12 soalan soalan2

28
1

Upload: angeltieu

Post on 06-Feb-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Page 1: 12 soalan soalan2

1

Page 2: 12 soalan soalan2

2

Page 3: 12 soalan soalan2

3

Page 4: 12 soalan soalan2

4

Page 5: 12 soalan soalan2

5

Page 6: 12 soalan soalan2

6

Page 7: 12 soalan soalan2

7

Page 8: 12 soalan soalan2

8

Page 9: 12 soalan soalan2

9

Page 10: 12 soalan soalan2

10

Page 11: 12 soalan soalan2

11

Page 12: 12 soalan soalan2

12

Page 13: 12 soalan soalan2

13

Page 14: 12 soalan soalan2

14

Page 15: 12 soalan soalan2

15

Page 16: 12 soalan soalan2

16

Page 17: 12 soalan soalan2

17

Page 18: 12 soalan soalan2

18

Page 19: 12 soalan soalan2

Pembinaan item soalan untuk menguji tatabahasa murid.

Pilih jawapan yang betul.

1. Suasana di pasar raya itu _______ dengan orang ramai kerana adanya jualan murah pada hari itu.

A hiruk pikukB riuh rendahC semak samunD mundar mandir

2. _____ kelab Rukun Negara baru sahaja menghantar laporan perjumpaan kelab minggu lepas kepada guru penasihat pagi tadi.

A Setiausaha B SediausahaC Setia usahaD Sedia usaha

3. Pemandangan itu ____ nian.Pilih jawapan yang paling sesuai.

A indah B cantik C hodohD menarik

Pilih jawapan yang paling tepat

4. Guru sedang _____ kertas soalan kepada murid-murid dalam dewan peperiksaan.A BeredarB Pengedar C DiedarkanD Mengedar

19

Page 20: 12 soalan soalan2

5. Ali sedang ____ sementara Abu membaca majalah yang dipegangnya.A Menari B MencuciC MenjengukD Mengelamun

6. Penceramah memberi peluang kepada audien untuk mengemukakan ____ yang merupakan ___ bagi mereka sebelum menamatkan ceramah sesi tersebut.

A ruang... ...kesukaanB pandangan... ...cetusanC kelebihan... ...kerisauanD persoalan... ...kemusykilan

7. Pilih ayat yang betul.A Encik Rosli kelemahan setelah sibuk bekerja sepanjang hari.B Sifat Puan Aishah yang lemah lembut menjadikan beliau guru kegemaran murid-

murid di sekolah.C Abu berlemah-lembut semasa berjalan agar tidak terlanggar rakan-rakan lain

yang sedang berlari-lari di koridor. D Hamid ditegur oleh jurulatih kerana membuat hayunan bola lemah lembut

sewaktu latihan permainan sofbol semalam.

8. Pilih ayat yang betul.I Apakah nama kamu?II Miza memelihara enam ekor kucing.III Sikap saling menghormati perlu disemai dalam jiwa anak-anak sejak

kecil lagi.IV Rancangan televisyen itu disediakan khas sempena Hari Kemerdekaan

tahun ini.

A. I dan II shj.B. I dan III shj.C. I, II dan III shj.D. II, III dan IV shj.

20

Page 21: 12 soalan soalan2

9. Susun ayat di bawah mengikut urutan yang betul.

I Baju yang berwarna cerah diasingkan daripada baju lain.II Rendam baju ke dalam air bersabun.III Keluarkan baju daripada air bersabun dan masukkan baju ke dalam mesin basuh.IV Masukkan serbuk sabun ke dalam mesin basuh.

A I, III, II, IVB II, I, III, IVC III, IV, II, ID IV, I , II, III

10. Pilih kata gabung yang tepat pembinaan kata majmuk pada dua ayat berikut:

A Dan B AtauC Semasa D Walaupun

11. Apakah sinonim bagi peribahasa berikut?

A Seperti isi dengan kukuB Seperti anjing dengan kucingC Kerjasama membawa muafakatD Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

12.

Apakah maksud “putih mata”?

A ButaB Dihina dan dimalukan C Mata menjadi besar dan bengkak.

21

1. Alias sedang makan nasi.2. Alias tercekik.

Bagai aur dengan tebing.

“Sebagai askar,biar putih tulang jangan putih mata!” kata Komander yang tertawan itu.

Page 22: 12 soalan soalan2

D Anak mata bertukar warna menjadi putih.

22

Page 23: 12 soalan soalan2

Ulasan soalan:

Soalan: 1 dan 2

Soalan 1 dan 2 merupakan soalan yang menguji aras pengetahuan. Kedua-dua

soalan ni menguji kebolehan calon untuk mengingat kembali ilmu bahasa yang telah

dipelajari. Pengetahuan fakta khusus telah diuji dalam dua soalan ini. Soalan 1

merupakan persoalan bersifat pengetahuan prinsip dan generalisasi dalam tatabahasa

bahasa Melayu. Soalan tersebut yang menguji dua jenis pengetahuan bahasa, iaitu

penggunaan betul prinsip penggandaan berentak dan makna kosa kata. Manakala

soalan 2 menguji tentang pengetahuan kriteria dalam penggunaan kata majmuk

golongan kata nama dalam bahasa Melayu. Soalan 2 menanyakan kata majmuk

berbentuk mantap dan ejaan tepat bagi kata majmuk tersebut. Jawapan yang diperlukan

oleh soalan boleh diperoleh dengan cara hafalan dan ingatan.

Soalan: 3 dan 4

Soalan 3 dan soalan 4 merupakan soalan yang menguji kebolehan calon

memahami serta menjelaskan fakta dan hukum bahasa yang telah dipelajari. Soalan 3

menguji tentang penggunaan kata adjektif yang paling sesuai dengan subjek soalan

yang diberikan. Manakala soalan 4 menguji tentang makna penggunaan pengimbuhan.

Murid yang memahami makna perkataan jawapan pilihan soalan 3 secara kontekstual

mampu menjawab soalan tersebut. Soalan 4 mampu dijawab oleh murid yang

memahami penggunaan pengimbuhan yang betul dan mengetahui makna kata terbitan

daripada pengimbuhan yang berbeza untuk melengkapkan makna ayat tidak lengkap

dalam soalan.

23

Page 24: 12 soalan soalan2

Soalan: 5 dan 6

Soalah 5 dan 6 merupakan soalan aplikasi iaitu soalan yang menguji kebolehan

calon menggunakan fakta, prinsip dan hukum bahasa berdasarkan konteks situasi

tertentu. Soalan 5 dan 6 menguji keupayaan calon untuk memilih penggunaan kata yang

paling sesuai berdasarkan keadaan soalan tersebut. Calon perlu mengetahui makna

setiap perkataan pilihan jawapan dan mengenalpasti makna konteks penggunaan setiap

perkataan. Hal ini demikian wujudnya perbezaan makna antara konteks penggunaan

pilihan jawapan meskipun mereka merujuk kepada perlakuan yang sama. Untuk soalan

5, konteks penggunaan perkataan dijelaskan dalam bentuk grafik. Meskipun pilihan C

dan pilihan D merujuk kepada pergerakan yang membabitkan penglihatan mata, namun

makna konteks penggunaannya berlainan. Untuk soalan 6, situasi digambarkan

menggunakan frasa kunci iaitu penceramah dan audien dalam menggambarkan situasi

penggunaan kata dalam soalan 6.

Soalan: 7 dan 8

Soalan 7 dan 8 merupakan soalan aras analisis. Aras soalan ini menilai

kebolehan calon untuk membanding, menghuraikan, membezakan dan menghubungkan

faktor-faktor dalam ayat soalan dalam bentuk tatabahasa yang baku. Kedua-dua soalan

menanyakan struktur ayat gramatis. Calon perlu menganalisis faktor-faktor atau elemen

tatabahasa dan kosa kata dalam ayat-ayat yang terdapat pada soalan dan

mengenalpasti perhubungan antara faktor tersebut mematuhi peraturan tatabahasa

bahasa Melayu baku. Hanya terdapat satu ayat betul dalam soalan 7 dan 8 tetapi calon

tidak diberikan kepastian mengenai jumlah ayat tepat pada pilihan ayat-ayat yang

berikut. Calon perlu mencerakin bahagian-bahagian soalan dan membandingkan

penggunaan tatabahasanya dengan peraturan penggunaan bahasa Melayu baku untuk

mendapatkan jawapan.

24

Page 25: 12 soalan soalan2

Soalan: 9 dan 10

Soalan ini berbentuk soalan aras sintesis. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff

(1983), kebolehan calon untuk menggabungkan pecahan-pecahan kepada sesuatu yang

besar dan baharu diuji dalam aras sintesis. Soalan-soalan tersebut merupakan soalan

pengujian kemahiran kognitif pengeluaran satu perutusan unik dan pengeluaran satu

cadangan. Soalan 9 merupakan soalan yang menguji pengeluaran satu perutusan unik

kerana calon diminta untuk menyusun semua idea-idea yang bercelaru susunannya

kepada proses yang bermakna kepada pembaca. Kata kunci aras sintesis yang

digunakan pada soalan 9 ialah susun. Soalan 10 merupakan soalan sintesis menguji

keupayaan menggabung ayat murid. Calon diminta untuk menganalisis jenis dan makna

ayat serta memilih kata hubungan yang betul untuk menghasilkan kata majmuk yang

betul dan tepat.

Soalan: 11 dan 12

Dalam soalan aras penilaian Blooms, calon akan dinilai kebolehannya menilai,

mengkritik dan memberi pendapat tentang sesuatu penyataan, prinsip, teori dan

sebagainya. Bagi soalan 11, murid perlu mengetahui makna dan menilai makna bagi

setiap pilihan jawapan yang diberikan. Jawapan dengan makna yang paling sesuai akan

dipilih. Dalam soalan tersebut, terdapat satu pengganggu yang mempunyai makna yang

hampir sama tetapi berlainan konteks. Dengan ini, murid perlu mentafsir makna

peribahasa dan memberikan jawapan yang memiliki makna yang sama dalam konteks

yang sama. Untuk soalan 12 pula, murid perlu mentafsir makna putih mata daripada

peribahasa tersebut. Putih mata merujuk kepada gaya pandangan berunsur penghinaan

manakala putih tulang merujuk kepada kereputan daging badan dan tinggalnya tulang.

Tafsiran makna frasa putih mata dapat ditafsir melalui penggambaran visualisasi.

Dengan kata lain, murid akan melalui aras penilaian dengan menjawab soalan-soalan

yang disediakan.

25