sukj.dn.600-3/4/1 jld.4 dewan negeri johor soalan-soalan … · 2020. 12. 16. · sukj.dn.600-3/4/1...

295
SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020 UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020) 1 YB DATO’ HAJI OSMAN BIN HAJI SAPIAN (KEMPAS) SOALAN B1 Mengapakah Kompleks Pekan Rabu di Tampoi yang telah siap diubah masih belum diisi lagi? JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Bagi makluman YB Kempas, semasa YB menjadi YAB Menteri Besar Johor ke-16, YB telah mengarahkan JKR supaya reka bentuk dan susun atur yang dibuat oleh PUJB itu diubah kepada reka bentuk lama atau asal tetapi tiada jumlah peruntukan tambahan yang diberi menyebabkan PUJB Sdn. Bhd. mengalami kesukaran untuk mendapatkan penyewa kerana kurangnya lot-lot kecil (sebagaimana yang telah dipersetujui sebelum ini) yang mampu disewa oleh usahawan-usahawan mikro di sekitar kawasan. Turut giat dilakukan adalah mendapatkan sewa dari entiti perniagaan mahupun syarikat yang lebih besar, namun usaha itu turut gagal. Berikut dikongsikan antara syarikat yang pada awalnya berminat tetapi tidak meneruskan hasrat mereka atas sebab tertentu: BIL NAMA SYARIKAT/VENDOR SEBAB MENOLAK 1. Maslee Ada perancangan membina 1 bangunan sendiri 2. Mydin Radius yang hampir dengan kepadatan penduduk (di Bandar Baru Uda) 3. ST Rosyam Mart Masalah logistik 4. Al-Ikhsan Tidak berminat 5. Usahawan produk pengantin Tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk memulakan perniagaan 6. Jabatan Alam Sekitar Tidak dapat kelulusan daripada Kementerian. 7. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pekan Rabu antara 3 pilihan untuk mereka berpindah PUJB terus giat berusaha untuk mendapatkan usahawan atau vendor bagi menyewa keseluruhan bangunan dan akhirnya usaha tersebut berhasil. Seorang usahawan pendidikan telah berminat untuk menjadikan Kompleks Pekan Rabu sebagai lokasi bagi tujuan pendidikan. Untuk makluman, usahawan terbabit telah mengusahakan sekolah swasta aliran agama yang menyediakan pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah. Usahawan ini juga merancang untuk menyewa di Kompleks Pekan rabu untuk mengembangkan aktiviti sekolah yang bermula dari pusat asuhan kanak-kanak, tadika, sekolah rendah sehingga ke tahap pendidikan sekolah menengah. Usahawan tersebut telah pun mendapatkan ulasan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Agama Islam Johor dan juga Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SSI) yang menyatakan tiada halangan untuk menjalankan aktiviti berbentuk pendidikan di Kompleks Pekan Rabu. Urusan permohonan sewaan telah pun diuruskan oleh pemilik bangunan iaitu SSI dan jangkaan untuk usahawan ini menjalankan kerja ubahsuai dan memulakan operasi adalah pada awal tahun 2021.

Upload: others

Post on 30-Jan-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    1

    YB DATO’ HAJI OSMAN BIN HAJI SAPIAN (KEMPAS) SOALAN B1 Mengapakah Kompleks Pekan Rabu di Tampoi yang telah siap diubah masih belum diisi lagi? JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Bagi makluman YB Kempas, semasa YB menjadi YAB Menteri Besar Johor ke-16, YB telah mengarahkan JKR supaya reka bentuk dan susun atur yang dibuat oleh PUJB itu diubah kepada reka bentuk lama atau asal tetapi tiada jumlah peruntukan tambahan yang diberi menyebabkan PUJB Sdn. Bhd. mengalami kesukaran untuk mendapatkan penyewa kerana kurangnya lot-lot kecil (sebagaimana yang telah dipersetujui sebelum ini) yang mampu disewa oleh usahawan-usahawan mikro di sekitar kawasan. Turut giat dilakukan adalah mendapatkan sewa dari entiti perniagaan mahupun syarikat yang lebih besar, namun usaha itu turut gagal. Berikut dikongsikan antara syarikat yang pada awalnya berminat tetapi tidak meneruskan hasrat mereka atas sebab tertentu:

    BIL NAMA SYARIKAT/VENDOR SEBAB MENOLAK

    1. Maslee Ada perancangan membina 1 bangunan sendiri

    2. Mydin Radius yang hampir dengan kepadatan penduduk (di Bandar Baru Uda)

    3. ST Rosyam Mart Masalah logistik

    4. Al-Ikhsan Tidak berminat

    5. Usahawan produk pengantin Tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk memulakan perniagaan

    6. Jabatan Alam Sekitar Tidak dapat kelulusan daripada Kementerian.

    7. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

    Pekan Rabu antara 3 pilihan untuk mereka berpindah

    PUJB terus giat berusaha untuk mendapatkan usahawan atau vendor bagi menyewa keseluruhan bangunan dan akhirnya usaha tersebut berhasil. Seorang usahawan pendidikan telah berminat untuk menjadikan Kompleks Pekan Rabu sebagai lokasi bagi tujuan pendidikan. Untuk makluman, usahawan terbabit telah mengusahakan sekolah swasta aliran agama yang menyediakan pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah. Usahawan ini juga merancang untuk menyewa di Kompleks Pekan rabu untuk mengembangkan aktiviti sekolah yang bermula dari pusat asuhan kanak-kanak, tadika, sekolah rendah sehingga ke tahap pendidikan sekolah menengah. Usahawan tersebut telah pun mendapatkan ulasan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Agama Islam Johor dan juga Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SSI) yang menyatakan tiada halangan untuk menjalankan aktiviti berbentuk pendidikan di Kompleks Pekan Rabu. Urusan permohonan sewaan telah pun diuruskan oleh pemilik bangunan iaitu SSI dan jangkaan untuk usahawan ini menjalankan kerja ubahsuai dan memulakan operasi adalah pada awal tahun 2021.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    2

    YB DATO’ HAJI OSMAN BIN HAJI SAPIAN (KEMPAS) SOALAN B2 Berapa banyakkah hutang yang terkumpul oleh Perbadanan Johor(Johor Corporation) termasuk anak-anak syarikat tanggungannya? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk Makluman YB Kempas, berdasarkan penyata kewangan beraudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019, pinjaman terkumpul Perbadanan Johor (JCorp) adalah berjumlah RM1.79 billion, manakala pinjaman terkumpul bagi JCorp dan Syarikat dalam Kumpulannya (Kumpulan) adalah sebanyak RM9.39 billion. Daripada jumlah ini, pinjaman semasa yang mempunyai tempoh matang kurang daripada 12 bulan bagi JCorp adalah sebanyak RM3.0 juta manakala pinjaman semasa bagi Kumpulan adalah sebanyak RM2.12 bilion. Pada tahun kewangan yang sama, JCorp dan Kumpulan telah masing-masing merekodkan jumlah aset bernilai RM7.57 bilion dan RM23.28 bilion, yang mana sejumlah RM1.42 bilion dan RM4.48 bilion adalah aset semasa. Berdasarkan pada nilai aset ini, nisbah jumlah aset berbanding pinjaman terkumpul untuk JCorp adalah pada kadar 4.22 kali ganda, manakala nisbah untuk Kumpulan adalah pada kadar 2.47 kali ganda. Ini menunjukkan bahawa jumlah aset milik JCorp dan kumpulan masih berada di tahap yang baik bagi mengimbangi jumlah pinjaman yang direkodkan, di samping memiliki nilai aset semasa yang kukuh dan positif bagi membiayai komitmen pinjaman jangka masa pendek. Pengurusan pembiayaan dan pinjaman sentiasa dijadikan salah satu agenda terpenting JCorp dan Syarikat dalam kumpulannya. Untuk makluman, JCorp sedang melaksanakan pelan penstrukturan kewangan (Financial Restructuring) dan penyatuan pinjaman-pinjaman sedia ada (Debt Consolidation) yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi kedudukan kewangan syarikat sekali gus mengurangkan kos pembayaran pinjaman. Pihak pengurusan JCorp juga sentiasa memastikan segala pembayaran pinjaman dibuat tepat pada waktunya. Ini adalah salah satu strategi penting dalam Pelan Pelestarian Perniagaan yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan. Sebagai sebuah kerajaan yang mengutamakan kemakmuran bersama, negeri Johor sentiasa komited dalam mengurus dan mengawal setiap anak syarikat serta agensi di bawah kerajaan negeri agar dapat menyumbang kepada kemajuan pembangunan semasa di samping mengurus tadbir keperluan jabatan dan agensi khususnya berkaitan kewangan dengan telus dan berintegriti.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    3

    YB DATO’ HAJI OSMAN BIN HAJI SAPIAN (KEMPAS) SOALAN B3 Berikan angka jumlah penghidap dan sebab-sebab wabak denggi yang semakin hari semakin serius di Johor sehingga kini? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Jumlah kes demam denggi yang telah direkodkan di negeri Johor daripada minggu pertama tahun 2020 (01.01.2020) sehingga Minggu Epid ke 46/2020 (14.11.2020) ialah 10,669 kes dan mencatatkan peningkatan sebanyak +10% kes berbanding tempoh yang sama tahun 2019 iaitu 9,703 kes. Antara faktor penyebab kepada peningkatan kes denggi adalah:

    1) Masalah kurang kesedaran atau kurang peka masyarakat di dalam pencegahan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Masih banyak tempat kediaman mempunyai banyak bekas bertakung air di dalam rumah yang tidak dibersihkan dengan sempurna. Anggota kesihatan menemui banyak tempat pembiakan yang mempunyai jentik-jentik semasa pemeriksaan dilakukan. Antara bekas yang kerap ditemui jentik-jentik adalah dalam baldi, bekas air, pam tandas rosak serta pasu bunga.

    2) Masyarakat masih mempunyai tabiat yang tidak diingini seperti membuang merata-

    rata sampah/ bekas yang boleh menakung air di luar rumah. Kebersihan di persekitaran rumah yang tidak dijaga dengan baik menyebabkan terdapat kesediaan untuk pembiakan nyamuk Aedes sekali gus meningkatkan populasi nyamuk Aedes di kawasan persekitaran rumah.

    3) Pembuangan sampah yang tidak terkawal seperti longgokan sampah haram dan

    sampah yang terbiar dan melimpah daripada tong sampah turut menjadi punca kepada peningkatan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Antara tempat-tempat yang kerap dilonggokkan sampah adalah rumah-rumah kosong, kawasan bawah talian TNB dan tanah kosong. Perkhidmatan pembuangan sampah yang efisien termasuk tindakan penguatkuasaan perlu diambil bagi membanteras masalah ini.

    Walau bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan terus mempergiatkan aktiviti pencegahan, kawalan serta penguatkuasaan bagi membendung peningkatan kes demam denggi ini. Di samping itu, pihak Jabatan Kesihatan akan sentiasa mengadakan kerjasama dengan pihak-pihak terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), SWCorp dan pihak pengurusan tempat kediaman untuk mengatasi masalah-masalah ini. Kerjasama daripada semua pihak akan membantu dalam menurunkan kes denggi di negeri Johor.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    4

    YB DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH (BEKOK) SOALAN B4 Penggunaan teknologi digital dalam pertanian (agrikultur) adalah lebih menguntungkan daripada penggunaan kaedah tradisional. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan Johor untuk memastikan petani menuju ke arah agrikultur 4.0 JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Penggunaan teknologi menuju ke arah revolusi industri (IR) 4.0 dalam sektor pertanian perlu diperluaskan termasuk penggunaan teknologi pintar seperti Internet Kebendaan atau Internet of Things (IoT) dalam aktiviti itu yang berupaya memajukan lagi sektor berkenaan. Potensi besar dalam IoT wajar diberi perhatian untuk memodenkan industri pertanian terutama melalui subsektor makanan dan industri komoditi pertanian. Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan kos, mengurangkan beban kerja dan meningkatkan produktiviti. Mendepani Revolusi Industri 4.0, Jabatan Pertanian Negeri Johor terutamanya, amat menekankan kerangka dan strategi kepada para petani untuk bersiap sedia menghadapi perubahan teknologi. Melalui transformasi pembangunan pertanian, modenisasi bidang pertanian dirangka bagi menjamin bekalan makanan dan bahan mentah serta menjana pendapatan lebih tinggi dalam kalangan usahawan tani dan pekebun kecil. Pertanian pintar dan bernilai tinggi telah dikenal pasti sebagai aktiviti pertumbuhan ekonomi utama pembangunan sektor pertanian. Pengenalan teknologi dan inovasi seperti penggunaan mekanisasi dan automasi dalam pengurusan ladang, penggunaan teknologi maklumat seperti satelit dan dron dalam aktiviti pertanian, serta pembangunan R&D dapat membantu bagi meningkatkan pengeluaran hasil tani. Penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi, dron dan aplikasi mudah alih akan membantu petani, penternak, nelayan dan usahawan tani di sepanjang rantaian nilai agro makanan sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga buruh. Selain itu, penglibatan belia dalam sektor pertanian perlu bagi mengubah mentaliti daripada konsep pertanian tradisional kepada pertanian moden yang boleh diusahakan di kawasan luar bandar. Jabatan turut menyalurkan bantuan promosi/latihan untuk menggalakkan mereka mengamalkan teknologi terkini bagi meningkatkan pengeluaran dan seterusnya pendapatan mereka. Pelbagai insentif, latihan dan bantuan kepakaran telah disediakan oleh pihak Jabatan Pertanian untuk menjadikan golongan ini sebagai petani moden. Melalui insentif Menyebarluaskan Penggunaan Teknologi Pertanian (Mekanisasi dan Automasi), tumpuan akan diberikan kepada Skim Pembiayaan Mekanisasi dan Automasi melalui pembiayaan daripada Agrobank selain daripada perolehan mekanisasi, pelaksanaan kajian pembangunan agro-robotik dan teknologi industri hiliran dan latihan mekanisasi sedia ada. Skim ini bertujuan meningkatkan pemilikan jentera dan peralatan mekanisasi pertanian kepada usahawan tani untuk menggandakan kecekapan pengeluaran hasil pertanian serta melahirkan petani yang berkemahiran teknikal. Program mekanisasi dan automasi akan melaksanakan kajian dan prototaip kejenteraan seperti penggunaan dron untuk aktiviti pembajaan dan pembenihan, penggunaan aplikasi berasaskan Internet of Things (IoT) bagi tujuan pertanian pintar dan pembangunan agro-robotik bagi pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    5

    Pada tahun 2020, seiring dengan hala tuju pertanian Johor, aplikasi teknologi moden turut ditekankan di dalam projek-projek pertanian di bawah peruntukan Jabatan. Setiap program pembangunan yang dirancang akan diselitkan dengan penggunaan teknologi dan mekanisasi yang menjurus kepada pertanian moden. Selain itu, latihan turut diberikan kepada para petani sama ada dijalankan terus di lapangan/kebun oleh Agen Pengembangan Tanaman (APT) kawasan mahupun latihan secara maya atau dalam talian terutama semasa berlakunya pandemik COVID-19. Sebanyak 80 latihan petani telah dijalankan sepanjang tahun 2020 dengan penglibatan seramai 2,674 orang petani dari pelbagai latar belakang.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    6

    YB DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH (BEKOK) SOALAN B5 Bilakah sempadan Singapura – Johor Bahru akan dibuka? Apakah inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan negeri Johor dalam perkara ini untuk mempercepatkan proses pembukaan sempadan antara dua negara ini? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Bekok dan YB Kukup bagi soalan ini akan dijawab secara bersekali. Mesyuarat Teknikal Di Peringkat Negeri Bagi Pembukaan Sempadan Malaysia – Singapura telah dibentuk yang dipengerusikan oleh YB Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) dan melibatkan beberapa agensi berkaitan. Isu sempadan merupakan perkara yang melibatkan hubungan antara dua buah negara. Namun begitu, kerajaan negeri Johor, telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan rakyat Malaysia yang tinggal di negeri Johor khususnya dapat kembali bekerja di Singapura. Pada Jun 2020, satu Standard Operation Procedure (SOP) untuk aturan keluar masuk Malaysia dan Singapura melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) telah dihantar kepada kerajaan persekutuan. Cadangan SOP ini telah disemak dan diteliti oleh pihak Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan jabatan-jabatan berkepentingan yang telah dibawa ke perundingan dengan kerajaan Singapura melalui Kementerian Luar Negeri. Hasil persefahaman Malaysia dan Singapura, terdapat dua cadangan balas telah dipersetujui iaitu Periodical Commuting Arrangement (PCA) bagi tujuan bekerja dan Reciprocal Green Lane (RGL) bagi tujuan perniagaan merupakan antara inisiatif tersebut. Perlaksanaan bagi kedua-dua skim ini telah mencatatkan kejayaan dan mendapat sambutan yang baik daripada golongan mereka yang bekerja di Singapura. Sehingga 14 November 2020, bilangan pengunjung yang menggunakan skim ni adalah seramai 14,768 pengunjung. Sehubungan dengan itu, sambutan yang baik dan kejayaan pelaksanaan bagi kedua-dua skim ini, telah membuktikan bahawa, inisiatif yang diusahakan oleh kerajaan negeri bersama kerajaan persekutuan ini memberikan manfaat kepada warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura. Rentetan daripada pelaksanaan bagi kedua-kedua skim ini, kerajaan negeri dalam usaha memohon pembukaan sempadan Malaysia – Singapura bagi tujuan ulang alik harian iaitu Daily Commuting Arrangement (DCA). Kerajaan negeri telah mengesyorkan Standard Operation Procedure (SOP) kategori DCA kepada Kementerian Luar Negeri (KLN) pada 26 Oktober 2020 dan pada 9 November 2020 pihak KLN telah memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dipanjangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kajian kewajaran kesihatan dan melalui perbincangan teknikal bersama pihak Kementerian Kesihatan Singapura. Pengenalan SOP DCA ini memfokuskan aturan SOP pergi dan balik secara harian bagi kategori pekerja dan kategori pelajar. Pengajar dan ibu bapa bagi pelajar untuk keluar masuk ke Johor dan Singapura. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan skim DCA ini

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    7

    dapat dilaksanakan dengan berkesan, kerajaan negeri juga telah menyediakan kapasiti dari 10,000 hingga 30,000 sehari untuk menjalankan ujian swab hasil kolaborasi bersama makmal-makmal persendirian yang diakreditasi oleh Institute of Medical Research (IMR). Hal ini membuktikan kerajaan negeri sentiasa berusaha dan begitu komited dalam memastikan usaha pembukaan sempadan ini dapat terus direalisasikan tanpa mengetepikan kepentingan kesihatan dan keselamatan awam rakyat di negeri Johor. Pelbagai cara dan langkah yang akan diusahakan oleh pihak kerajaan demi mengembalikan keadaan kepada asal, khususnya berkaitan dengan sempadan dan juga ekonomi antara Johor dan Singapura.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    8

    YB DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH (BEKOK) SOALAN B6 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) haruslah mewujudkan peluang pekerjaan semasa dan selepas wabak Covid-19. Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh GLC, GLIC dan agensi-agensi lain untuk mewujudkan peluang pekerjaan di negeri Johor. JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Serangan Pandemik COVID-19 memberi kesan langsung yang buruk terhadap sektor ekonomi dan modal insan negeri Johor mahupun negara. Sepanjang tempoh pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP banyak operasi perniagaan yang terpaksa menghentikan operasi mereka dan ramai pekerja yang telah hilang pekerjaan. Merujuk kepada soalan YB ADUN Johor Jaya mengenai bilangan SME yang terjejas iaitu tutup sepanjang tempoh berkenaan. Jumlah usahawan yang terjejas yang telah dilaporkan berdasarkan statistik secara umum yang diperolehi dari hasil kajian SME Corp. adalah kira-kira 170,000 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), mikro dan koperasi di seluruh negara. Jumlah itu meliputi 20 peratus daripada kira-kira 850,000 PKS di seluruh negara menurut hasil kajian oleh SME Corp. Manakala mengikut laporan yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM, terdapat sejumlah 9,675 syarikat dan perniagaan yang telah menutup operasi mereka sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu bermula 18 Mac sehingga 9 Jun 2020. Manakala, sebanyak 22,794 syarikat dan perniagaan telah menutup operasi mereka sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu bermula dari tarikh 10 Jun 2020 sehingga bulan September 2020 dan jumlah pemberhentian atau penamatan operasi syarikat yang tertinggi telah dicatatkan adalah pada bulan Ogos 2020 iaitu sebanyak 17,800 syarikat dan perniagaan. Apa yang amat membimbangkan, ekoran dari pemberhentian mahupun pengecilan saiz operasi perniagaan, perusahaan atau syarikat secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran akibat jumlah pekerja yang terpaksa diberhentikan juga meningkat. Situasi ini diburukkan lagi dengan lambakan pekerja tempatan yang bekerja di Singapura yang telah diberhentikan. Merujuk kepada laporan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor, angka terkini bagi pekerja-pekerja swasta yang telah kehilangan pekerjaan mengikut pecahan industri adalah berjumlah 4135 orang dan seramai 3334 orang pekerja tempatan di negeri Johor telah kehilangan pekerjaan sejak mula tempoh PKP dikuatkuasakan iaitu bermula pada 18.03.2020 sehingga 02.09.2020. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan Survei Tenaga Buruh (STB) yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di negeri Johor pada suku tahun pertama 2020 telah mencatatkan peningkatan pada kadar 3.2 peratus dengan bilangan penganggur berjumlah 57.5 ribu orang. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berterusan dalam tempoh suku tahun kedua 2020 yang mana secara tidak langsung turut mengehadkan operasi aktiviti ekonomi didapati telah memberi kesan drastik terhadap kadar pengangguran negeri Johor dengan peningkatan kadar kepada 4.9 peratus dengan jumlah penganggur seramai 81.2 ribu orang.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    9

    Bagi menjawab soalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kemelah berkaitan jumlah pekerja dari negeri Johor (termasuk yang bekerja di Singapura), sehingga kini yang hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19. Jumlah pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19 yang membuat permohonan Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800) PERKESO adalah sebanyak 8,942 permohonan yang diterima bagi tempoh Januari 2020 sehingga Oktober 2020. Merujuk kepada pertanyaan YB ADUN Semerah mengenai jumlah pekerja asing yang berada di Johor setakat Oktober 2020 mengikut negara asal mereka untuk setiap daerah, di sini saya kongsikan butiran statistik jumlah pekerja asing di negeri Johor serta bidang yang diceburi sepertimana laporan yang dikeluarkan oleh PERKESO. Jumlah tenaga asing di negeri Johor yang berdaftar dengan PERKESO adalah seramai 256,916 orang. Berikut adalah statistik jumlah tenaga asing di negeri Johor mengikut pecahan negara asal dan sektor. Jadual 1 : Pecahan tenaga pekerja asing mengikut negara asal

    DAERAH

    NEGARA BATU PAHAT

    JOHOR BAHRU

    KLUANG MUAR SEGAMAT JUMLAH

    BANGLADESH 5199 35935 2233 16277 2021 61665

    CAMBODIA 147 174 35 18 25 399

    CHINA 0 1063 6 6 1 1076

    CROATIA 0 1 0 0 0 1

    INDIA 309 5366 785 290 311 7061

    INDONESIA 3071 54093 2491 6009 4219 69883

    JAPAN 0 1 0 0 0 1

    LAO PDR 0 1 0 0 0 1

    MYANMAR 5296 18863 999 6121 1103 32382

    NEPAL 8096 42937 1599 8109 1313 62054

    NORWAY 0 1 0 0 0 1

    PAKISTAN 639 9278 2837 856 582 14192

    PHILIPPINES 2 791 8 5 2 808

    POLAND 0 1 0 0 0 1

    REPUBLIC OF KOREA

    0 1 0 0 0 1

    SRI LANKA 1351 1356 9 32 17 2765

    THAILAND 47 791 73 79 46 1036

    UKRAINE 0 2 0 0 0 2

    VIETNAM 1164 1893 105 355 70 3587

    JUMLAH 25321 172548 11180 38157 9710 256916

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    10

    Jadual 2. Pecahan tenaga pekerja asing mengikut sektor

    Kerajaan negeri memandang serius isu pengangguran yang dilihat semakin kritikal. Justeru itu, pelbagai inisiatif telah dilakukan serta giat dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi menangani isu terbabit. Turut sama terlibat menggembleng usaha bersama kerajaan negeri adalah pelbagai agensi termasuk GLC mahupun GLIC. Antara inisiatif kerajaan negeri Johor bagi membantu mereka yang telah diberhentikan pekerjaan atau menganggur melalui Unit Strategik Modal Insan Negeri Johor atau SMI adalah seperti berikut :- 1.PROGRAM MINGGU KERJAYA JOHOR Sejajar dengan pembukaan semula ekonomi negara yang melibatkan beberapa sektor ekonomi telah kembali beroperasi, ini secara tidak langsung menunjukkan tanda pemulihan dalam pasaran pekerjaan. Program Minggu Kerjaya Johor telah dilaksanakan dan dijalankan serentak di buah 3 lokasi meliputi 3 zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan. Zon Utara telah diadakan di Muar, Zon Tengah di Kluang manakala Zon Selatan di Johor Bahru. Program ini telah menawarkan lebih 1000 peluang pekerjaan. 2.PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN TEKNIKAL LEPASAN SISWAZAH & SPM Usaha lain yang turut akan dilaksanakan adalah Program Peningkatan Kemahiran Teknikal Lepasan Siswazah dan SPM yang membuka peluang pembelajaran berterusan atau peluang kedua untuk meningkatkan kemahiran teknikal. Program ini menyasarkan penglibatan graduan yang masih menganggur selama setahun selepas tamat pengajian dan juga lepasan SPM. Menerusi program ini, para belia akan diberi pendedahan yang baharu berkenaan dengan keperluan kemahiran tambahan dalam pembangunan kemahiran bagi kesan jangka masa pendek dan panjang. Program telah bermula pada bulan Oktober 2020. Bagi Fasa Pertama, program ini menawarkan 3 kursus latihan yang terdiri daripada Pengurusan Pelabuhan, Pengurusan Logistik dan Pengurusan Peruncitan. Ia menyasarkan penyertaan seramai 100 orang graduan menganggur. Selain unit SMI, Program Peningkatan Kemahiran Teknikal Lepasan Siswazah dan SPM turut dilaksanakan dengan usaha sama institut kemahiran teknikal seperti Johor Skills Development Centre (JOHOR SKILLS). Pengambilan pertama peserta program bagi sesi 2020 ini telah dilaksanakan pada 10 Julai 2020 yang lalu dan telah disertai oleh lebih kurang 100 pelatih lepasan siswazah bagi mengikuti 6 kursus kemahiran yang ditawarkan.

    DAERAH

    SEKTOR BATU PAHAT

    JOHOR BAHRU

    KLUANG MUAR SEGAMAT JUMLAH

    PEMBINAAN 893 34830 1260 603 1380 38966

    PEMBUATAN 881 5371 305 1172 158 7887

    PERKHIDMATAN 1231 20343 776 1464 1211 25025

    PERKILANGAN 19658 89721 3696 28469 2334 143878

    PERLADANGAN 508 10206 1726 880 1937 15257

    PERTANIAN 2150 12077 3417 5569 2690 25903

    JUMLAH 25321 172548 11180 38157 9710 256916

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    11

    3.PROGRAM UPSKILLING & RESKILLING Bermula 1 September 2020 yang lalu, Unit SMI juga telah membuat hebahan di laman social Facebook serta hebahan kepada Pejabat- Pejabat Daerah, Pejabat-Pejabat Dun dan Penyelaras-Penyelaras DUN bagi mendapatkan penyertaan pelaksanaan Program Johor Up-skilling and Re-skilling. Program ini bertujuan untuk membantu rakyat Negeri Johor yang diberhentikan akibat pandemik COVID-19 melalui latihan kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran mengikut keperluan industri semasa di Negeri Johor dan meningkatkan peluang penempatan pekerjaan. Antara kursus bagi Fasa 1 yang akan dijalankan ialah bidang kimpalan, penyelenggaraan elektrik, penyelia keselamatan tapak bina dan pemasang perancah. Program ini menyasarkan penyertaan seramai 300 orang.

    BIL KURSUS KEMAHIRAN JUMLAH PELATIH

    1 Penyelia Keselamatan Tapak Bina 32

    2 Kursus Kimpalan 40

    3 Kursus Pemasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik 40

    4 Kursus Penyelenggaraan Penyamanan Udara 40

    5 Kursus Pemasangan Perancah Tahap Asas 32

    6 Kursus Perniagaan Peruncitan 20

    7 Kursus Operasi Logistik Pelabuhan 20

    8 Kursus Pengurusan Operasi Bangunan 20

    9 Kursus Gas Pipe Fitting 20

    10 Kursus Sistem Bangunan Industri (Industrial Building System) 20

    11 Kursus Logistik Pergudangan 20

    12 Kursus Operasi Pelabuhan 20

    13 Kursus Koorinator Landskap Pembinaan 20

    14 Kursus Pembantu Kesihatan 50

    15 Kursus Operator Kren 50

    16 Kursus Internet Of Things (Electrical Instrumentation) 50

    JUMLAH KESELURUHAN 494

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    12

    4.PROGRAM INSAN JOHOR Selain dari itu, di bawah Unit SMI juga turut dianjurkan Program Insan Johor dengan menyediakan bantuan peralatan perniagaan serta latihan asas kepada para peserta. Seramai 400 peserta telah berjaya memperoleh bantuan melalui pakej bantuan peralatan yang di berikan iaitu:

    Pihak Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor melalui JobsMalaysia Johor turut mengambil inisiatif dan telah melaksanakan pelbagai aktiviti serta program perkhidmatan pekerjaan bagi mengatasi masalah pengangguran di negeri ini. Antara inisiatif atau program yang telah dilaksanakan adalah penganjuran 4 edisi Karnival Kerjaya yang telah dijalankan pada tarikh - tarikh berikut :-

    Bil Program Tempat Tarikh

    1. Karnival Kerjaya JobsMalaysia Pasir Gudang

    UTC Pasir Gudang 23.02.2020

    2. Karnival Kerjaya JobsMalaysia Batu Pahat

    Bangunan Gunasama Persekutuan

    01.03.2020

    3. Karnival Kerjaya JobsMalaysia Segamat

    U Central Mall, Segamat

    08.03.2020

    4. Karnival Kerjaya JobsMalaysia Johor Bahru

    B5, Johor Bahru 15.03.2020

    Selain itu, pihak JobsMalaysia juga giat mengadakan Program Temu duga Terbuka yang dijalankan di semua pejabat JobsMalaysia (JMC) UTC Johor dan pejabat JobsMalaysia Point (JMP) di seluruh negeri Johor. Sehingga 31.08.2020, sebanyak 56 buah Program Temu duga Terbuka telah pun dijalankan bagi membantu pekerja yang telah kehilangan pekerjaan. JobsMalaysia juga telah menjalinkan kerjasama dengan industri tertentu bagi pelaksanaan Program Temu duga Terbuka. Sebagai contoh, sebanyak 10 buah temu duga telah diadakan bersama pihak Kulim (M) Sdn. Bhd. bagi sektor perladangan di mana 169 orang telah berjaya mendapat pekerjaan sebagai pekerja ladang. Berdasarkan statistik JobsMalaysia Johor terdapat sebanyak 44,957 peluang pekerjaan baru berjaya diwujudkan di negeri Johor dari tarikh 01.01.2020 hingga 31.08.2020. Langkah kerajaan menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menangani masalah pengangguran adalah seperti berikut :- 1. Pencarum yang kehilangan pekerjaan boleh menuntut tuntutan faedah di bawah Akta 800 iaitu Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Antara faedah yang boleh diterima adalah :

    BIL PAKEJ BANTUAN BILANGAN PESERTA

    1 PAKEJ AGRO 35

    2 PAKEJ AUTOMOTIF 42

    3 PAKEJ GUNTING RAMBUT 24

    4 PAKEJ MESIN JAHIT 94

    5 PAKEJ MAKANAN & MINUMAN 205

    JUMLAH KESELURUHAN 400

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    13

    i. Elaun Mencari Pekerjaan (3 – 6 Bulan Faedah) bergantung kepada jumlah caruman pekerja. ii. Elaun Bekerja Semula Awal (25% daripada baki faedah EMP) iii. Elaun Pendapatan Berkurangan (25% daripada EMP yang diterima) dibayar secara one-off iv. Yuran Latihan (RM4,000.00) v. Elaun Latihan (RM10.00 – RM20.00 sehari) vi. Program Penempatan Pekerjaan Semula (PPPS) dibawah seliaan Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (ESO) 2. Melalui Program Penempatan Pekerjaan Semula (PPPS), inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan berlandaskan Active Labour Market Policies (ALMPs) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di seluruh Negeri Johor adalah seperti yang dinyatakan di bawah :- i. Sebanyak 36 kali perlaksanaan program telah dilaksanakan seperti Mini Karnival PENJANA Kerjaya dan Sesi Temu duga Terbuka. ii. Sebanyak 29 perlaksanaan program kebolehpasaran pekerjaan seperti Bengkel Employability, kaunseling kerjaya dan career talk kepada golongan yang kehilangan pekerja dan mahasiswa IPT dan Institut Latihan Kemahiran (ILK). iii. Pelancaran portal pekerjaan negara iaitu MYFutureJobs khas buat semua pencari kerja. Di negeri Johor sahaja terdapat 27,032 kekosongan jawatan. Jawatan aktif bulan November 2020 adalah sebanyak 8,175 kekosongan jawatan dan ianya dari pelbagai sektor industri. (Data sehingga 6 November 2020) 3. Inisiatif-inisiatif kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) yang melibatkan PERKESO adalah seperti berikut: i. Program SIP Plus 600

    • RM 600 bagi tempoh 3 Bulan • OB yang hilang pekerjaan di bawah AKTA 800 (SIP) dan caruman tidak

    mencukupi. • Didaftarkan di bawah Program Penempatan Pekerjaan Semula (PPPS) untuk

    dibantu kembali bekerja semula oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, PERKESO.

    ii. Program Latihan (Training Plus)

    • Kadar bantuan untuk menjalani latihan secara intensif pada kadar sebanyak RM30 sehari dan yuran/fi latihan sebanyak RM6,000 kepada penyedia latihan yang tertakluk kepada bantuan kewangan sekali sahaja dalam tempoh program latihan.

    iii. ERP (Employment Retention Program)

    • RM 600 bagi setiap pekerja yang dimohon untuk tempoh 1 – 6 Bulan berdasarkan pengesahan Cuti Tanpa Gaji (CTG) daripada majikan.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    14

    • Sebanyak 5,177 buah majikan telah membuat permohonan manakala jumlah pekerja yang menerima insentif kerajaan adalah sebanyak 44,159 (Data Mac – Jun 2020)

    iv. PSU (Program Subsidi Upah) 1.0

    • Sebanyak 46,322 majikan telah membuat permohonan manakala jumlah pekerja yang dimohon menerusi PSU 1.0 adalah sebanyak 356,580 pekerja. (Data April – September 2020)

    v. PSU 2.0

    • Sebanyak 85,347 majikan telah membuat permohonan lanjutan PSU 2.0 rentetan daripada PSU 1.0 manakala bagi majikan yang baru membuat permohonan PSU 2.0 adalah sebanyak 6,387.

    vi. PENJANA Kerjaya – Insentif Pengambilan Pekerja

    • Terdapat empat kategori di bawah PENJANA Kerjaya adalah MYApprentice (RM600), Hire Malaysia Below 40 (RM800), Hire Malaysia Above 40 (RM1000) dan OKU (RM1000) untuk tempoh 6 Bulan.

    • Bantuan mobiliti – bayaran one-off kepada pekerja melalui majikan yang berpindah dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja melebihi 100 km.

    • Latihan – menyediakan latihan semula (re-skilling and up-skilling) berdasarkan keperluan majikan dan pekerja yang diambil di bawah kategori #HireMalaysia.

    vii. PENJANA Gig

    • Pekerja Gig adalah mereka yang terlibat untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja di mana mereka dibayar upah dan dikendalikan melalui platform penyedia perkhidmatan atas talian (online) serta aplikasi digital.

    • Pelan caruman yang dipilih adalah pelan kedua iaitu RM232.80 setahun. • Bantuan caruman dibayar untuk tempoh perlindungan selama setahun.

    Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Bekok, antara usaha yang telah dilakukan oleh GLC mahupun GLIC di negeri Johor dalam membantu menangani permasalahan pengangguran dan menyediakan peluang pekerjaan adalah : 1. Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) Antara usaha yang dilakukan oleh pihak Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) ialah melalui inisiatif usaha sama antara KPRJ dan Kerajaan Negeri yang secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan pada masa akan datang. Kolaborasi ini termasuklah sokongan KPRJ terhadap inisiatif pendigitalan negeri melalui pegangan saham KPRJ di dalam syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan berteraskan digital. 2. Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech) Pelaksanaan pembangunan projek-projek di Bio Desaru mampu mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang iaitu separuh mahir, mahir dan profesional di peringkat pengurusan, teknikal, pekerjaan am serta pekerja ladang dengan sasaran sebanyak 2,000 secara keseluruhannya terutama kepada komuniti setempat. Ini secara langsung akan dapat meningkatkan sosioekonomi kepada penduduk setempat pada masa wabak pandemik COVID-19 ketika ini. J-Biotech juga mempunyai anak syarikat yang memasarkan produk mikrob dan asas bio. Bagi mempertingkatkan jumlah jualan produk secara runcit, sebanyak lima belas (15) syarikat yang kebanyakannya merupakan pengusaha nurseri telah dilantik

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    15

    oleh syarikat bagi menjadi wakil jualan produk pada pertengahan tahun 2020. Bagi tahun 2021 pula, pihak syarikat bercadang untuk menambah sepuluh (10) lagi wakil jualan di seluruh negeri Johor. Di bawah inisiatif ini J-Biotech mensasarkan untuk mewujudkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada golongan pekerja yang diberhentikan kerja. Bagi pembangunan di bawah komponen “Bio New Frontiers”, J-Biotech telah memperkenalkan satu inisiatif yang dinamakan sebagai Johor Bio-economy Center of Excellence (JBCoE) di mana pelbagai program pembangunan kemahiran, kursus latihan, pensijilan kompeten serta insentif akan ditawarkan bagi semua lapisan masyarakat di negeri Johor. Sebagai salah satu inisiatif bagi membendung masalah pengangguran yang semakin meningkat di negeri Johor, JBCoE berperanan sebagai sebuah platform yang menyediakan kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan melalui latihan dan kursus untuk melahirkan modal insan yang berkualiti serta berkemahiran tinggi selaras dengan kehendak dan keperluan industri dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan. Pembangunan sumber modal insan ini akan merangkumi golongan pelajar sekolah menengah, lepasan sekolah, pelajar universiti, golongan belia dan pekerja yang diberhentikan. Berteraskan tiga teras utama iaitu Pembangunan Bakat, Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Komuniti, JBCoE menawarkan pelbagai insentif dan manfaat secara percuma sebagai galakan kepada mereka yang ingin berkecimpung di dalam bidang ini. Kerajaan negeri Johor amat prihatin tentang pembangunan dan peningkatan kemahiran dan kebolehsaingan dalam kalangan pekerja. Justeru di bawah teras Pembangunan Bakat, J-Biotech telah melaksanakan Program Peningkatan Kemahiran Industri Bioteknologi dan Kem Pembangunan Bakat Bio-ekonomi bertujuan untuk membolehkan lepasan graduan mendapat peluang tawaran pekerjaan yang lebih baik dengan gaji yang lebih kompetitif. Seterusnya, Program Keusahawanan Bio-ekonomi di bawah teras Pembangunan Usahawan juga akan dilaksanakan di daerah terpilih di negeri Johor bertujuan memupuk nilai keusahawanan kepada golongan belia dan pelajar lepasan sekolah yang berminat untuk membina kerjaya dalam bidang perniagaan. Di samping itu, Program Peningkatan Kemahiran Komuniti Melalui Aktiviti Akuakultur dan program-program kesedaran seperti Program Pengagihan Produk Berasakan Bio dan Produk Mesra Alam Kepada Komuniti “Kampung Rendah Karbon” di bawah teras Pembangunan Komuniti telah dijalankan di beberapa daerah di sekitar negeri Johor dengan matlamat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seterusnya dapat mencipta peluang perniagaan kepada komuniti setempat. Antara insentif yang akan diperkenalkan di bawah JBCoE adalah Bantuan Pembiayaan “Bio-Grow” yang memfokuskan kepada pembangunan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berasaskan bio dan juga Insentif Pendidikan Bio-Johor khas untuk siswazah jurusan bio. Insentif-insentif ini akan membantu meningkatkan kebolehan pasaran usahawan IKS di peringkat domestik dan antarabangsa di samping melahirkan modal insan yang kompetitif dalam bidang akademik khususnya dalam jurusan bio. Sehingga tahun 2020 telah menyaksikan pelbagai pencapaian diraih dalam bidang bioteknologi menerusi inisiatif yang dilaksanakan oleh J-Biotech. Melalui pelaksanaan program Johor Bio-economy Center of Excellence misalnya, seramai 7,000 modal insan telah berjaya dilatih menerusi kursus latihan dan pensijilan yang ditawarkan dan dari jumlah ini, lebih 71% telah berjaya menerima tawaran pekerjaan sebelum bergraduat. Oleh itu, J-Biotech mensasarkan peningkatan bilangan modal insan

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    16

    terlatih sebanyak 3,000 orang bagi tahun 2021 dengan menawarkan lebih banyak Program Latihan Modal Insan dan Kursus Pensijilan Kekompetenan seperti Program Academia Industry Linkage selain Program Pengukuhan Keusahawanan IKS Makanan Negeri Johor dan Business Matching Program. Inisiatif-inisiatif yang telah dirangka ini adalah sebahagian inisiatif dari pihak J-Biotech dalam usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan di negeri Johor semasa dan selepas wabak COVID-19. 3. Permodalan Darul Ta’zim (PDT) Permodalan Darul Ta’zim (PDT) sentiasa membuka peluang kepada individu yang berkelayakan bagi menyertai PDT dan juga anak syarikat kumpulan yang lain. Walaupun tidak mempunyai program yang khusus bagi pengambilan pekerja semasa dan selepas wabak COVID-19, tetapi inisiatif mewujudkan peluang pekerjaan tersebut sentiasa dibuka berdasarkan keperluan semasa syarikat. Jumlah pengambilan pekerja dari Mac hingga November 2020 adalah seramai 22 orang yang telah ditempatkan di PDT dan anak syarikat kumpulan yang lain. Manakala terdapat lima (5) lagi kekosongan jawatan yang akan dibuka pada masa akan datang.

    BIL PDT & ANAK SYARIKAT JUMLAH

    1 Permodalan Darul Ta’zim (PDT 10

    2 Syarikat Air Johor Sdn. Bhd. (SAJSB) 5

    3 Johor Center for Construction Development (JCCD) 4

    4 PDT Oil & Gas Services 2

    5 Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) 1

    JUMLAH KESELURUHAN 22

    PDT juga memberi peluang kepada para graduan yang telah tamat pengajian untuk mencari pengalaman bekerja menerusi program Management Trainee (Pelatih Pengurusan). Seramai tujuh (7) orang pelatih pengurusan telah ditempatkan di PDT sepanjang Mac hingga November 2020. 4. Johor Corporation (JCorp) Johor Corporation (JCorp) sentiasa membuka peluang pekerjaan terutamanya untuk pekerja tempatan melalui Syarikat-Syarikat dalam Kumpulannya iaitu Johor Land Berhad, Kulim (M) Berhad, KPJ Healthcare Berhad dan QSR Brands (M) Holdings Bhd. Mengambil kira saranan Kerajaan, JCorp telah berusaha mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan usaha meningkatkan jumlah pekerja tempatan telah dilaksanakan di dalam sektor makanan (KFC dan Pizza Hut) dan juga perladangan (Kulim (M) Bhd.). Jcorp melalui Yayasan Johor Corporation seterusnya sedang merangka program yang dikenali sebagai Latihan Industri, Re-skilling dan Up-skilling. Dijangkakan program ini akan dilaksanakan pada awal tahun 2021. Melalui program ini, Yayasan JCorp berperanan sebagai sistem ‘Integrator’ yang akan menghubungkan antara Institusi Kemahiran, Kolej Vokasional, Sekolah TVET dan golongan yang ingin meningkatkan kemahiran dengan syarikat-syarikat majikan di negeri Johor. Sebagai permulaan, Yayasan JCorp sedang menjalankan program Latihan Industri dengan penempatan awal di syarikat-syarikat dalam kumpulan JCorp. Dijangkakan seramai 50 peserta akan mengikuti program ini sepanjang tahun 2021. Melalui program ini, peserta yang berpotensi berpeluang untuk diserapkan terus kepada syarikat tersebut berdasarkan kepada keperluan syarikat majikan tertentu.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    17

    Seterusnya, bagi program re-skilling dan up-skilling, Yayasan JCorp telah mengenal pasti bidang yang berpotensi untuk mewujudkan peluang pekerjaan berikutan COVID-19 sepertimana berikut:

    KEMAHIRAN TEKNOLOGI TINGGI KEMAHIRAN KONVENSIONAL

    KEMAHIRAN TEKNIKAL

    1. Teknologi & Data Analisis -Data Analyst Data Scientist 2. Teknikal & Kejuruteraan -Mekanikal, Elektrikal, Maritim, Chargeman, Minyak & gas 3. Digital & Media Kreatif -Kesenian, rekabentuk pembangunan Software (Coding), web & Apps, animasi

    1. Pemprosesan Makanan & Hospitaliti

    -Teknologi pemprosesan & makanan, hospitaliti, pembuatan roti & kulinari. 2. Agro Teknologi &

    Akuakumtur -Perladangan, pekebun bandar, ternakan. 3. Kecantikan & Kesihatan -Pengayaan rambut, Spa, fesyen & jahitan.

    1. Elektrikal 2. Penyaman

    Udara 3. Perabot & hiasan

    Dalaman

    Selain itu, Yayasan Jcorp juga telah membentuk satu Jawatankuasa Perhubungan Industri & Institusi Kemahiran. Ahli Jawatankuasa ini adalah terdiri daripada agensi kerajaan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pusat Kemahiran dan syarikat-syarikat majikan. Antara peranan Jawatankuasa ini adalah: a. Memantau dan menyelaras keperluan majikan & penempatan pelajar kemahiran. b. Mengawal kualiti, keperluan dan pematuhan program c. Jaringan antara keperluan industri dan institusi kemahiran. d. Pengumpulan data majikan dan pelajar khususnya di Negeri Johor. Seterusnya, bagi menjayakan program re-skilling dan up-skilling, Yayasan JCorp bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI). Program ini memberi peluang kepada pekerja dan pekerja berkemahiran untuk meningkatkan kemahiran mereka. Bidang kemahiran ini juga adalah berdasarkan kepada modul ‘National Occupational Skills Standard (NOSS). 5. IRDA - Iskandar Malaysia Kerajaan negeri melalui IRDA dan pelbagai agensi lain berkaitan sentiasa memberi ruang dan peluang kepada individu yang memerlukan untuk meningkatkan kebolehan masing-masing dalam bidang keusahawanan mahupun kemahiran. Pelbagai program dan inisiatif telah dan sedang dilaksanakan secara khusus di Iskandar Malaysia bagi menangani masalah pengangguran di koridor ekonomi ini. Sebagai contoh, program Iskandar Malaysia Employment Grant (IMEG) yang telah dilaksanakan bermula tahun 2016 sehingga kini membuka peluang kepada pelbagai kategori kumpulan sasar untuk peluang pekerjaan di Iskandar Malaysia termasuk warga tempatan yang telah diberhentikan kerja di Singapura. Usaha bagi memperkasa dan memperluaskan program ini terus dilakukan dari masa ke semasa. Untuk makluman, pihak IRDA telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM3 JUTA daripada Kementerian

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    18

    Kewangan di bawah PENJANA dan masih menunggu keputusan Kementerian berhubung perkara berkenaan. Ingin dikongsikan juga bahawa IMEG adalah satu inisiatif bagi menggalakkan industri memberi peluang pekerjaan kepada golongan sasar yang telah dikenal pasti, terutama golongan tercicir. Golongan sasar yang dimaksudkan adalah graduan yang tidak bekerja, pekerja yang diberhentikan kerja (retrenched), graduan TVET sektor teknikal dan sektor perkhidmatan, graduan kemahiran terhad atau “dropouts” dan tidak mempunyai kelulusan, wanita, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga pesara. Inisiatif ini menggunakan kaedah berupa bantuan sebanyak 50% bayaran gaji pekerja selama 6 bulan, geran maksimum sebanyak RM2,500 sebulan untuk setiap pekerja yang diambil oleh majikan. Pelaksanaan program ini dapat membantu rakyat mendapat pekerjaan dengan lebih mudah. Selain geran berbentuk gaji, IRDA juga memberi geran latihan sekali bayaran bersamaan sebulan geran gaji yang diluluskan supaya pekerja yang diambil itu dapat menjalani latihan peningkatan kemahiran semasa bekerja di dalam industri. Geran ini disediakan untuk semua rakyat tempatan dari semua bangsa dan agama, dan dari pelbagai Industri di Iskandar Malaysia.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    19

    YB DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH (BEKOK) SOALAN B7 Perusahaan kecil dan sederhana termasuk syarikat profesional telah terjejas teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Apakah bantuan dan sokongan yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk membantu golongan yang terjejas ini? JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Kerajaan negeri Johor amat peka, prihatin dan sentiasa mengambil tindakan proaktif dalam membantu usahawan-usahawan di negeri ini yang terjejas. Pelbagai inisiatif mahupun insentif giat dilaksanakan dan telah diberikan. Antara inisiatif awal kerajaan negeri bagi golongan ini adalah pelancaran Pakej Rangsangan Ekonomi Inisiatif Ihsan Johor Fasa 1 & 2 yang telah diumumkan YAB Menteri Besar Johor yang mana dalam pakej inisiatif tersebut kerajaan negeri telah memberi pengecualian bayaran lesen perniagaan selama setahun bermula Januari hingga Disember 2020 kepada PKS kategori mikro yang berdaftar dan memiliki lesen perniagaan dengan PBT iaitu sebanyak 11,737 usahawan mikro di seluruh negeri Johor. Bagi yang telah membuat pembayaran lesen perniagaan untuk tahun 2020, ia akan diselaraskan dengan bayaran lesen perniagaan bagi tahun 2021 yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM2.3 juta. Selain itu, pengecualian tapak perniagaan Pasar Tani, Pasar Malam & Pasar Pagi di kawasan PBT seluruh negeri Johor mulai April sehingga Oktober 2020. Pengecualian sewa premis milik individu di bawah pengurusan PBT dan juga Perbadanan Usahawan Negeri Johor (PUJB) Sdn Bhd turut telah diberikan dari tempoh bermula bulan April hingga Disember 2020 begitu juga bagi sewaan tapak berniaga di premis milik kerajaan negeri Johor yang telah diberi tempoh pengecualian sewa selama setahun bermula Januari hingga Disember 2020. Perbadanan Usahawan Negeri Johor (PUJB) Sdn. Bhd. sebagai agensi pelaksana usaha-usaha pembangunan usahawan di negeri ini khususnya turut giat aktif memainkan peranan penting dalam membantu, membangun dan seterusnya memperkasa para usahawan ini. Pelbagai inisiatif serta insentif telah pun dilaksanakan bagi tujuan tersebut antaranya adalah seperti berikut :- 1. Insentif Tunai secara ‘one-off’ bernilai RM300 Inisiatif pemberian insentif Tunai secara ‘one-off’ bernilai RM300 kepada penjaja dan peniaga kecil telah pun dilaksanakan pada bulan Jun 2020. 2. E-Bazar Makmur Johor Program E-Bazar Makmur Johor telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan tempo hari. Para peniaga Bazar Ramadhan yang sudah berdaftar dengan pihak PBT diberi peluang untuk memasarkan produk secara atas talian. Terdapat 2 pilihan pasaran iaitu melalui laman web based dan juga aplikasi. Platform ini telah dimanfaatkan kepada lebih 500 peniaga dengan nilai transaksi jualan yang berjaya dicatatkan sepanjang kempen berlangsung adalah sebanyak RM 107,344.27 3. Johor E-Marketplace @Shopee Program Johor E-Marketplace adalah hasil usaha sama strategik kerajaan negeri melalui PUJB Sdn. Bhd. bersama penyedia platform e-dagang no. 1 di Asia Tenggara iaitu Shopee. Melalui program ini laman mikro khas yang akan menampilkan puluhan ribu produk dalam pelbagai kategori hasil dari usahawan di negeri Johor. Johor E-Marketplace adalah platform

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    20

    bagi membantu golongan usahawan memasarkan produk mereka dengan lebih meluas selain dapat memangkinkan usaha transformasi digital lebih 3,800 usahawan di negeri ini. 4. PUJB@Biz Talk Dalam usaha membimbing dan memberi galakkan kepada usahawan ke arah transformasi digital. Menerusi PUJB, pelbagai kursus atau webinar telah pun dan masih giat dianjurkan dengan pelaksanaan inisiatif PUJB@Biz Talk. Program yang dilaksanakan secara maya ini bertujuan memudahkan usahawan PKS mencapai maklumat yang berkaitan. Sehingga 31 Ogos, lebih 40 kursus secara atas talian atau webinar telah pun dilaksanakan selain kursus secara fizikal. Lebih 10 ribu penonton yang menerima manfaat telah dicatatkan sepanjang siri ini berlangsung. 5. Program 3P ( Pemulihan, Pemerkasaan dan Peningkatan ) - Bantuan Foodtruck Bantuan dalam bentuk bimbingan,latihan serta geran tunai secara one-off sebanyak RM3,000.00 telah diberikan kepada usahawan yang sedang menjalankan perniagaan dan bersedia untuk memulakan perniagaan bergerak atau lebih dikenali sebagai ‘Food truck’. Melalui program ini, seramai lebih 250 pengusaha food truck dari seluruh negeri Johor telah pun menerima manfaat. 6. Program Geran Orang Lokal 2.0 (GOL 2.0) Inisiatif Geran Orang Lokal 2.0 atau GOL 2.0 adalah program bantuan yang dilaksanakan bagi membantu usahawan mikro yang terjejas akibat Pandemik COVID19. Inisiatif berbentuk pemberian bantuan mesin dan peralatan yang bernilai sehingga RM10,000.00 mengikut kluster perniagaan tertentu. Kluster perniagaan yang layak memohon adalah Jahitan, Automotif, Gunting Rambut, Spa dan Kecantikan, Pendidikan dan Percetakan. Menerusi program ini ia telah memberi manfaat kepada lebih 200 usahawan yang layak. 7. Inisiatif Misi Jejak PKS Program Misi Jejak PKS merupakan sebuah program berbentuk kunjungan ke premis perniagaan, memberi khidmat nasihat dan menyalurkan bantuan kepada 100 PKS di seluruh Negeri Johor. Melalui program ini, para usahawan akan dikunjungi oleh para pegawai dari agensi-agensi keusahawanan seperti PUJB, TEKUN, MARA, SME Corp dan lain-lain lagi. Para usahawan ini akan diberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan perniagaan dan peluang-peluang yang ditawarkan oleh agensi berkaitan. Di antara manfaat melalui program ini, ia dapat membantu meningkatkan jualan sehingga 10%. Selain itu, turut disampaikan dalam misi tersebut adalah bantuan dalam bentuk peralatan/pemasaran dengan nilai maksimum sehingga RM3,500.00 bagi setiap usahawan. Bagi menjawab soalan YB Bukit Naning mengenai inisiatif kerajaan dalam membantu kontraktor di negeri Johor sepanjang PKP, PKPP dan PKPB ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri melalui Johor Centre for Construction Development (JCCD) telah melaksanakan beberapa inisiatif komprehensif sepanjang tempoh PKP, PKPP dan PKPB ini dengan mengadakan pelbagai program pembangunan prestasi tinggi yang ditawarkan kepada para kontraktor secara menyeluruh di negeri Johor amnya. Program pembangunan ini merangkumi keseluruhan aspek seperti peningkatan pengurusan kualiti pembinaan, peningkatan pengetahuan bagi kerja-kerja infrastruktur mahupun landskap. Melalui inisiatif ini, para kontraktor yang terlibat dapat meningkatkan kompetensi teknikal serta kepakaran kontraktor dalam menguruskan kerja-kerja pembinaan mahupun pengurusan.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    21

    YB DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH (BEKOK) SOALAN B8 Menurut IRDA, sebanyak 790,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan sejak tahun 2007 di Iskandar Malaysia. Di sektor manakah peluang pekerjaan ini diwujudkan? Bolehkah IRDA memberikan perincian dari segi kategori, iaitu bagaimana peratus atau jumlahnya adalah tenaga kerja berkemahiran tinggi. JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Pecahan peratusan mengikut sektor di Iskandar Malaysia :

    NO SEKTOR PERATUS

    1 Logistik 1.65

    2 Elektrik dan Elektronik 51.32

    3 Pelancongan 3.15

    4 Kreatif 0.27

    5 Pendidikan 0.05

    6 Kewangan 3.23

    7 Petrokimia & Oleokimia + Minyak & Gas 0.48

    8 Kesihatan 0.07

    9 Pemprosesan Makanan & Pertanian 3.71

    10 Lain-lain seperti Pembinaan dan Hartanah 21.15

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    22

    YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B9 JPS telah mencadangkan langkah-langkah penyelesaian jangka pendek bagi mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku di daerah Muar pada 13hb Julai 2020, apakah status pelaksanaan cadangan-cadangan tersebut? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Lanjutan dari kejadian banjir yang melanda daerah Muar Pada 13 Julai 2020, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan tindakan jangka pendek bagi menyelesaikan segera masalah yang dihadapi. Permohonan melibatkan beberapa projek yang berjumlah RM4.83 juta telah dibuat. Sebanyak RM1.059 juta telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan bagi melaksanakan kerja-kerja yang telah dipohon melibatkan tujuh (7) projek. Projek yang dipohon telah pun siap dijalankan, sebagaimana berikut:

    Bil. Nama Projek

    1. Kerja Membuang Kelodak di Kuala Parit Subari, Skim Saliran Sarang Buaya, Muar

    2. Kerja Membuang Kelodak di Kuala Parit Raja, Skim Saliran Parit Jawa, Muar

    3. Kerja Meninggikan Aras Benteng Sungai Muar di Kg. Pergam, Mukim Sungai Terap, Muar

    4. Menggali dan Mendalamkan Kuala Parit Kedondong, Skim Saliran Seri Menanti, Muar.

    5. Kerja Membuang Kelodak di Kuala Parit Khalidi, Saliran Bandar Maharani, Muar

    6. Kerja Menaiktaraf Pintu Air Di Sungai Pagoh, Mukim Jorak/Pagoh, Muar, Johor

    7. Kerja Membuang Kelodak di Kuala Parit Keroma, Skim Saliran Parit Jawa, Muar

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    23

    YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B10 Nyatakan jumlah unit Rumah Mampu Biaya yang telah berjaya dijual mengikut kategori RMB A, RMB B & PMB C pada tahun 2018, 2019 dan 2020 di setiap daerah. JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Jumlah unit Rumah Mampu Biaya yang berjaya dijual mengikut kategori RMBJ A, RMBJ B dan RMBJ C pada setiap tahun 2018, tahun 2019 dan tahun 2020 mengikut daerah adalah sebagaimana berikut:

    i. Tahun 2018

    ii. Tahun 2019

    DAERAH PKJ A PKJ B RMMJ

    JOHOR BAHRU 108 491 3443

    KLUANG 58 63 301

    KOTA TINGGI 116 0 92

    MUAR 78 43 0

    PONTIAN 16 9 0

    SEGAMAT 85 87 23

    KULAI 4 184 323

    TANGKAK 7 36 0

    BATU PAHAT 181 109 28

    MERSING 13 5 0

    MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG

    0 0 0

    JUMLAH 666 1027 4210

    JUMLAH KESELURUHAN 5903

    DAERAH PKJ A PKJ B RMMJ

    JOHOR BAHRU 53 768 1795

    KLUANG 48 78 199

    KOTA TINGGI 62 0 22

    MUAR 53 32 1

    PONTIAN 83 59 4

    SEGAMAT 37 158 24

    KULAI 1 50 482

    TANGKAK 40 63 72

    BATU PAHAT 80 141 36

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    24

    iii. Tahun 2020 (01 Januari 2020 – 31 Oktober 2020)

    DAERAH PKJ A PKJ B RMMJ

    JOHOR BAHRU 21 268 1367

    KLUANG 45 84 76

    KOTA TINGGI 50 0 19

    MUAR 16 12 0

    PONTIAN 23 18 4

    SEGAMAT 37 50 25

    KULAI 3 2 258

    TANGKAK 13 21 40

    BATU PAHAT 46 193 6

    MERSING 1 3 0

    MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG

    0 0 0

    JUMLAH 255 651 1795

    JUMLAH KESELURUHAN 2701

    MERSING 6 0 0

    MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG

    0 0 0

    JUMLAH 463 1349 2635

    JUMLAH KESELURUHAN 4447

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    25

    YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B11 Senaraikan jumlah kompaun yang telah dikeluarkan oleh setiap PBT kepada premis dan kilang atas kesalahan gagal mematuhi SOP dan jumlah kutipan kompaun yang diperolehi oleh setiap PBT setakat ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor telah melakukan pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Pemantauan dan tindakan bersepadu telah dijalankan bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) / Jabatan Kesihatan dan agensi-agensi yang berkaitan. Premis-premis dan kawasan perindustrian ini diperiksa bagi memastikan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dilaksanakan dengan baik. Sebanyak 818 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan tertentu di bawah Seksyen 109, Akta Kerajaan Tempatan 1976 atas kesalahan ingkar arahan notis yang telah dikeluarkan oleh PBT dan Undang-undang Kecil Tred, Pelesenan dan Perindustrian. Namun begitu, terdapat premis dan kilang yang mematuhi arahan dan tiada pelanggaran SOP dilakukan. Jumlah kutipan kompaun di PBT Negeri Johor adalah berjumlah RM129,850.00.

    PBT JUMLAH KOMPAUN YANG DIKELUARKAN

    JUMLAH KUTIPAN KOMPAUN (RM)

    MBJB TIADA TIADA

    MBIP 432 58,000

    MPM 61 41,250

    MPBP 189 14,550

    MPK TIADA TIADA

    MPKU TIADA TIADA

    MPPG TIADA TIADA

    MPS 2 2,000

    MPP 85 KUTIPAN OLEH PEJABAT KESIHATAN DAERAH

    MDT 18 4,050

    MDYP 11 3,500

    MDSR 14 4,500

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    26

    MDL TIADA TIADA

    MDP 3 1,500

    MDKT TIADA TIADA

    MDM 3 500

    JUMLAH KESELURUHAN

    818 129,850

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    27

    YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B12 Senaraikan jumlah pelaburan yang terhenti, ditarik balik dan tidak diteruskan di negeri Johor pada tahun 2020 mengikut industri yang terjejas dan apakah tindakan yang diambil kerajaan untuk mengekalkan pelaburan tersebut? JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Bagi menjawab soalan ini dan setelah mengambil kira maklum balas serta berbincang dengan pemegang taruh yang berkaitan dan berdasarkan data yang ada dari Mac hingga Ogos 2020, hanya terdapat satu pelaburan yang terhenti, ditarik balik dan tidak diteruskan di negeri Johor melibatkan syarikat milik pelabur asing dan ianya terletak di Kluang, Johor.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    28

    YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B13 Nyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan India (SJKT), Sekolah Menengah Persendirian Cina dan Badan bukan Kerajaan (NGO) masyarakat Cina & India pada tahun 2020? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Jumlah peruntukan yang diterima oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN Johor) dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk penyelenggaraan bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bagi negeri Johor tahun 2020 adalah sebanyak RM10.21 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4.01 juta disalurkan kepada 86 buah SJKC dan RM6.21 juta telah disalurkan kepada 40 buah SJKT. Pecahan peruntukan penyelenggaraan bagi kategori Sekolah Kerajaan – SJKC ialah sebanyak RM2.98 juta (54 sekolah) dan SJKT ialah sebanyak RM867 ribu (11 sekolah). Di bawah peruntukan tabung penyelenggaraan untuk Sekolah Bantuan Kerajaan pula ialah SJKC – RM1.01 Juta (32 sekolah) dan SJKT – RM5.86 juta (29 sekolah). JPN Johor hanya menguruskan permohonan penyelenggaraan untuk SJKC dan SJKT (Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan). Manakala, peruntukan penyelenggaraan Sekolah Menengah Persendirian Cina dan Badan bukan Kerajaan (NGO) masyarakat Cina & India bukan di bawah kuasa dan kawalan JPN Johor. Berdasarkan Garis Panduan Peruntukan Penyelenggaraan Sekolah Bantuan Kerajaan Tahun 2020, peruntukan akan disalurkan kepada Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) bagi penyelenggaraan Aset Tak Alih (ATA) sepertimana yang dinyatakan dalam Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012 - Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan. Manakala status Sekolah Kerajaan pelaksanaan diuruskan oleh JPN Johor & PPD Negeri Johor.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    29

    YB TUAN HAJI ABD TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B14 Apakah usaha jangka panjang yang boleh dilakukan oleh Ranhill SAJ dalam mengatasi kekerapan gangguan bekalan air di Kg. Pinggir, Kg. Bukit Kenangan dan Kg. Bukit Nyamuk di Simpang Renggam? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Machap, kawasan-kawasan yang disebutkan di atas menerima bekalan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam seterusnya pengagihan menerusi tangki pengimbang Ladang Hay. Kg Bukit Pinggir, Bukit Kenangan dan Bukit Nyamok mendapat bekalan air dari sistem 'In Line Pumping' dari Bukit Kenangan. Kawasan ini mula terjejas ekoran ketidakstabilan paras air di tangki pengimbang Ladang Hay dan hal ini telah menjejaskan operasi 'In Line Pumping' di Bukit Kenangan. Alternatif jangka panjang yang bakal dilaksanakan adalah dengan penambahbaikan sistem operasi bekalan air ke Kg Pinggir, Bukit Kenangan dan Bukit Nyamok dengan pemasangan sistem 'In Line Pumping' yang baharu dengan anggaran kos berjumlah RM400,000.00 dan dijangka siap sepenuhnya pada awal Februari 2021. Oleh itu, alternatif dan inisiatif yang sedang dilaksanakan ini dilihat mampu membantu pengurusan pembekalan air bersih terawat kepada pengguna, khususnya penduduk di Kg Pinggir, Bukit Kenangan dan Bukit Nyamok agar lebih sempurna dan berada pada tahap optimum untuk masa akan datang.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    30

    YB TUAN HAJI ABD TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B15 Mohon pencerahan tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri Johor terhadap penyediaan prasarana jalan raya, perparitan, lampu jalan di rumah generasi ke 2 FELDA Air Hitam yang masih belum sempurna. JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman, FELDA kini sedang memberi tumpuan untuk menaik taraf infrastruktur jalan raya dan perparitan di kawasan peneroka. Kerja-kerja menaik taraf ini masih sedang berjalan. Setelah kerja-kerja menaik taraf infra kawasan peneroka selesai, FELDA akan mempertimbangkan untuk menaik taraf kawasan perumahan generasi ke-2.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    31

    YB TUAN HAJI ABD TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B16 Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Johor bagi memastikan tidak ada pencerobohan yang mengambil hasil sawit di kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan di Empangan Machap. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Machap, Empangan Machap merupakan projek saliran di bawah Pembangunan Pertanian Johor Barat dan terletak di km 90, Jalan Johor Bahru ke Air Hitam, kira-kira 1km daripada Pekan Machap. Kawasan Empangan ini terletak di dalam Mukim Kluang dan Renggam daerah Kluang yang merangkumi 1,054 hektar (2,604.50 ekar). Tanah ini telah dirizabkan sebagai Kawasan Empangan Machap dan telah dibuat permohonan ukur sebagaimana PU Bil: 176/2005. Tanah ini dipecahkan kepada 2 status iaitu:- i. Tanah Milik Kerajaan Negeri 306.5 Ha (757.40 ekar). ii. Tanah Bermilik (PBT) oleh Kerajaan Persekutuan pada 22.11.1979 747.5 Ha

    (1,847.11 ekar). Kawasan Empangan Machap ini telah diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 di bawah jagaan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan diselenggarakan oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran WKJ Bil 12044 bertarikh 8.12.2011 sebagaimana berikut : i) PW 3319 Kawasan Takungan Air ii) PW 1878 Kawasan Tadahan Air iii) PW 2758 Kawasan Empangan Selain itu, ianya juga telah diwartakan sebagai kawasan larangan di bawah Akta Kawasan Dan Tempat Larangan sebagaimana PW 3347 dan PW 1743. Oleh itu, semakan Pentadbiran Tanah Johor mendapati bahawa, kawasan larangan Empangan yang dimaksudkan terdapat sebahagian pokok kelapa sawit yang mana pokok-pokok ini dahulunya terletak di dalam tanah berhak milik. Seterusnya, tanah ini telah dibuat Pengambilan Balik Tanah (PBT) sebagaimana Warta Kerajaan Bil 1376 bertarikh 22 November 1979 dengan keluasan 890.31 Ha (2200 ekar) iaitu lebih kurang 98% adalah daripada jumlah keluasan Empangan Machap. Proses PBT tersebut ini telah pun sempurna pendaftaran Borang ‘K’ dan disahkan dalam hak milik yang terlibat. Memandangkan sebahagian tanah ini hasil daripada proses PBT, terdapat tanaman-tanaman asal kebanyakannya tanaman kelapa sawit yang masih dituai hasilnya oleh pemilik asal tanah ini. Walau bagaimanapun, Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran yang merupakan Jabatan atau agensi yang bertanggungjawab untuk menyelenggarakan tapak Empangan Machap ini, mengambil perhatian ke atas perkara yang berbangkit dan sentiasa bekerjasama dengan

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    32

    Pentadbiran Tanah Johor bagi keperluan tindakan penguatkuasaan yang akan dilaksanakan mengikut keperluan. Pihak JPS akan memagar kawasan ini secara berfasa kerana melibatkan peruntukan yang tinggi. Jika terdapat sebarang tindakan pencerobohan, pihak JPS akan memaklumkan kepada Pejabat Tanah Daerah dan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan bagi meminta bantuan untuk menjalankan tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    33

    YB TUAN HAJI ABD TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B17 Apakah punca kehadiran lalat yang bermusim pada waktu-waktu tertentu di sesuatu tempat sehingga mengganggu ketenteraman penduduk? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Kerajaan negeri mengambil maklum berkenaan kehadiran lalat adalah disebabkan adanya baja binatang dan pembuangan sisa makanan atau sampah sarap yang tidak sempurna. Kawalan lalat memerlukan penghapusan tempat-tempat pembiakan lalat, pemusnahan larva dan lalat dewasa serta menjadikan makanannya sukar diperolehi. Penghapusan pembiakan lalat bergantung terutamanya kepada kebersihan alam sekeliling dan penggunaan racun serangga yang sempurna, umpan yang beracun, 'electric grids' dan perangkap. Cara lain termasuklah menjaga kebersihan, penyelenggaraan rumah yang baik dan melaksanakan kawalan kebersihan secara menyeluruh. Kawasan sasaran kawalan ubat merangkumi premis makanan, restoran, rumah, ladang binatang, tempat penyembelihan dan kilang makanan.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    34

    YB TUAN HAJI ABD TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B18 Apakah usaha yang dilakukan oleh JPS dalam membantu mengurangkan banjir ekoran petani dan penduduk membina jambatan culvert merintangi parit ke kebun mereka sehingga menghalang pergerakan air bila berlaku hujan lebat? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Para petani dan penduduk yang membina pembetung (culvert) merintangi parit ke kebun mereka, sebahagian besarnya adalah dalam tanah milik mereka. Parit-parit yang dirintangi tidak diwartakan sepertimana sungai atau saliran utama. Sehubungan itu, pihak JPS tidak dapat untuk menghalang perbuatan mereka sekiranya mereka berbuat demikian. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan hanya menasihati mereka sahaja. Namun apabila keadaan kritikal dan memerlukan tindakan diambil kerana membawa akibat kepada pihak jiran atau kepentingan ramai, bantuan dari Pejabat Tanah akan dimohon bagi membantu dalam urusan berkaitan.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    35

    YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B19 Senaraikan pengusaha dan maklumat projek di kawasan pertanian moden di Ayer Hitam yang terkini. JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Projek Pertanian Moden (PPM) adalah satu projek berskala besar yang menempatkan aktiviti-aktiviti pertanian secara bersepadu di bawah pengawasan terus Kementerian Pertanian dan Makanan (MAFI). PPM yang telah dilancarkan pada tahun 2004 membabitkan keluasan keseluruhan 3,655.62 hektar Tanah yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Ia dibahagiakan kepada beberapa komponen yang digunakan oleh Institut Veterinar Malaysia (IVM) dan Pusat Ternakan Haiwan (PTH) sebagai pusat latihan dan pengeluaran tenusu (566.6 hektar), Pusat Pertanian Ayer Hitam (81.7 hektar), Pusat Pengumpulan FAMA (4.86 hektar), pejabat pentadbiran PPM (5.26 hektar) dan baki selebihnya seluas (2,997.2 hektar) dipajak kepada peserta untuk tempoh antara 10 hingga 30 tahun bagi mengusahakan pelbagai aktiviti tanaman, ternakan, ikan hiasan dan agro pelancongan.

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    36

    YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B20 Senaraikan mengikut kawasan perumahan bilangan kes dan maklumat lengkap kes denggi di DUN Yong Peng. JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Jumlah kes demam denggi di daerah Batu Pahat dari Minggu Epid pertama (01.01.2020) sehingga Minggu Epid ke 46/2020 (14.11.2020) ialah 253 kes. Dari jumlah tersebut, 46 kes dilaporkan dari Mukim Tanjung Semberong (Dun Yong Peng) dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 58.6% kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019, iaitu 29 kes. Berikut adalah senarai lokaliti berserta bilangan kes demam denggi di Mukim Tanjung Semberong sehingga Minggu Epid 46/2020:

    No. Lokaliti Bil Kes

    1 TAMAN KOTA 5 1

    2 PT. SERANI 1

    3 TAMAN ORKID 1

    4 TMN BERJAYA 1

    5 TMN. DESA 2

    6 SK TAMAN SRI KOTA 2

    7 TAMAN MADU 1

    8 TMN. SELATAN 3

    9 TMN. SRI AMAN 6

    10 TAMAN SRI BAYU 1

    11 TAMAN KOTA 3 5

    12 SK SERI YONG PENG 1

    13 TMN. MELOR 1

    14 TMN. DESA PUTIH 2

    15 JLN. LIM EE GOH 1

    16 TAMAN KOTA 2 1

    17 TAMAN SUTERA 1

    18 SJKC YONG PENG 2 1

    19 TMN. TIMOR 1

    20 TMN KOTA AMAN 1

    21 JLN. LAMA Y.PENG 1

    22 SMK YONG PENG 2

    23 JLN. BESAR Y.PENG 1

    24 SJKC YONG PENG 1 1

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    37

    25 JLN ANN MOH SAM 1

    26 TAMAN YONG PENG JAYA 1

    27 SK YONG PENG 1

    28 PT. KHALID LAUT 1

    29 BT 1 JLN. AYER HITAM 1

    30 SMK DATO SETH 1

    31 TEO SENG KAPITAL BERHAD 1

    JUMLAH 46

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    38

    YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B21 Apakah kriteria kerosakan jalan di kawasan perumahan bagi membolehkan pihak Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) melakukan penurapan semula dan nyatakan speks kerja serta garis panduan kerja penurapan tersebut? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Bagi kerja-kerja turapan jalan di taman, ianya dilaksanakan berdasarkan siasatan, lawatan dan aduan awam dan Ahli Majlis. Kriteria turapan jalan adalah berdasarkan kerosakan jalan. Selain itu tempoh menurap semula jalan tersebut mengambil kira turapan sebelumnya (melebihi 5 tahun). Speks kerja dan garis panduan turapan jalan adalah sebagaimana standard Jabatan Kerja Raya Malaysia. Antara rujukan yang diguna pakai ialah garis panduan lukisan piawaian jalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (Cawangan Jalan).

  • SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.4 DEWAN NEGERI JOHOR

    SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BELANJAWAN 2021) PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

    MULAI PADA 26 NOVEMBER 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020

    UNIT DEWAN

    PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Nov 2020)

    39

    YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B22 Senaraikan semua projek Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) yang telah siap, sedang berjalan dan yang bakal dilaksanakan bermula dari tahun Jan 2020 sehingga Dis 2020 mengikut tarikh mula, tarikh siap, kos projek, dan kontraktor yang terlibat. JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Sehingga Oktober 2020, sebanyak 55 projek telah dilaksanakan oleh Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) dengan kos keseluruhan sebanyak RM9,126,857.98. Daripada 55 projek, 49 telah siap dilaksanakan manakala 6 projek masih dalam pelaksanaan. Jumlah bayaran yang telah dijelaskan adalah sebanyak RM3,261,698.50. Perincian projek serta prestasi kewangan dan fizikal adalah sebagaimana Lampiran B22.

  • SILING KOS JUMLAH BAKI STATUS

    BIL BUTIRAN PELAKSANA/ PERUNTUKAN SEBENAR TELAH BELUM

    PROJEK KONTRAKTOR (RM) (RM) DIBAYAR BAYAR

    (RM) (RM) Tarikh Tarikh Peratus Tarikh Tarikh Peratus

    Mula Siap Siap Mula Siap Siap

    1. Menaiktaraf Gerai MDYP di Lam Lee PEMBORONG YES 200,000.00 182,920.20 182,920.20 Siap 10/5/2020 21/6/2020 100% 10/5/2020 21/6/2020 100%

    2 Menaiktaraf Dewan Orang Ramai Sri Medan NAFELLA ENT 500,000.00 475,000.00 475,000.00 Proses tuntutan

    bayaran10/5/2020 5/7/2020 100% 10/5/2020 5/7/2020 100%

    3 Membaikpulih & Menyenggara Perparitan

    Serta Kerja - kerja Berkaitan di Jalan Susur

    Jalan Besar, Yong Peng

    KAMAZ MAJU TRADING 750,000.00 641,054.00 641,054.00 Dalam Tindakan

    Kontraktor

    16.8.2020 25.10.2020 100% 16.8.2020 70%

    4 Membaikpulih & Menyenggara Perparitan

    Serta Kerja - kerja Berkaitan di Kawasan

    Taman Kota Mas, Yong Peng

    TEBRAU VISION 600,000.00 510,689.50 510,689.50 Dalam Tindakan

    Kontraktor

    16.8.2020 25.10.2020 100% 16.8.2020 70%

    5 Menurap Semula Jalan serta Kerja -kerja

    Berkaitan Di Sekitar Jalan Keruing, Taman

    Kota Yong Peng

    SZ LANDSKAP &

    ENGINEERING

    700,000.00 599,885.50 599,885.50 Dalam Tindakan

    Kontraktor

    16.8.2020 11.10.2020 100% 16.8.2020 90%

    6 Membaikpulih Dan Menyelenggara

    Perparitan Serta Kerja-kerja Berkaitan di

    Jalan Aman, Jalan Perdana, Taman Kota

    dan Kawasan Taman Jelita, Yong Peng

    TEGUH SEMPURNA

    JAYA ENTERPRISE

    700,000.00 579,100.00 579,100.00 Dalam Tindakan

    Kontraktor

    16.8.2020 4.10.2020 100% 16.8.2020 20%

    7 Menurap semula jalan, menyenggara

    Perparitan dan kerja lain berkaitan di Taman

    Sri Lalang Ayer Hitam

    FA12 MANAGEMENT AND

    CONSULTANCY650,000.00 550,980.00 550,980.00 Dalam Tindakan

    Kontraktor

    16.8.2020 8.11.2020 100% 16.8.2020 90%

    8 Menyelenggara Lampu Isyarat di sekitar

    Kawasan Yong Peng, Ayer Hitam, Parit

    Sulong, Sri Medan dan Parit Yaani

    DB POWER 300,000.00 278,688.88 278,688.88 Proses Tuntutan

    Bayaran

    1.3.2020 11.10.2020 100% 1.3.2020 11.10.2020 100%

    9 Menyelenggara Lampu Jalan di Sekitar

    kawasan Yong Peng, Kangkar Bahru, Lam

    Lee, Ayer Hitam, Parit Sulong, Sri Medan dan

    Parit Yaani

    YY ELECTRICAL

    ENGINEERING

    300,000.00 284,350.00 284,350.00 Proses Tuntutan

    Bayaran

    1.3.2020 11.10.2020 100% 1.3.2020 11.10.2020 100%

    10 Menyelenggara Perabot Jalan di sekitar

    Kawasan Yong Peng

    TEGUH ISSANI 200,000.00 186,120.20 186,120.20 Siap 10.5.2020 7.6.2020 100% 10.5.2020 7.6.2020 100%

    Sebenar

    LAMPIRAN B22

    LAPORAN PRESTASI KEWANGAN DAN FIZIKAL

    MAJLIS DAERAH YONG PENG

    SEHINGGA 31 OKTOBER 2020

    PRESTASI FIZIKAL

    Jadual

  • SILING KOS JUMLAH BAKI STATUS

    BIL BUTIRAN PELAKSANA/ PERUNTUKAN SEBENAR TELAH BELUM

    PROJEK KONTRAKTOR (RM) (RM) DIBAYAR BAYAR

    (RM) (RM) Tarikh Tarikh Peratus Tarikh Tarikh Peratus

    Mula Siap Siap Mula Siap Siap

    Sebenar

    PRESTASI FIZIKAL

    Jadual

    11 Menurap semula jalan serta kerja-kerja lain

    berkaitan di kawasan Bukit Jambu, Yong

    Peng

    BIZAZ ENT 200,000.00 186,960.00 186,960.00 Siap 10.5.2020 7.6.2020 100% 10.5.2020 7.6.2020 100%

    12 Menurap semula jalan di Kawasan Taman

    Yong Peng Jaya, Yong Peng

    AYUNI BINA 100,000.00 93,320.00 93,320.00 Siap 10.5.2020 7.6.2020 100% 10.5.2020 7.6.2020 100%

    .

    13 Menurap semula jalan serta kerja -kerja

    berkaitan di kawasan Taman Berjaya, Yong

    Peng

    PERNIAGAAN SETIA

    SINARAN

    200,000.00 184,950.00 184,950.00 Siap 10.5.2020 7.6.2020 100% 10.5.2020 7.6.2020 100%

    14 Membaikpulih dan menyelenggara perparitan

    serta kerja- kerja berkaitan di kawasan

    Taman BCB dan Taman Sembrong Barat,

    Yong Peng

    PAPA BINA ENT 200,000.00 187,060.00 187,060.00 Proses tuntutan

    bayaran

    10.5.2020 5.7.2020 100% 10.5.2020 5.7.2020 100%

    15 Membaikpulih dan menyelenggara perparitan

    serta kerja- kerja berkaitan di kawasan

    Taman Rahmat dan Taman Sri Indah, Yong

    Peng

    MOHD SAIFULLAH ENT 200,000.00 192,000.00 192,000.00 Proses tuntutan

    bayaran

    10.5.2020 5.7.2020 100% 10.5.2020 5.7.2020 100%

    16 Membaikpulih Sistem perparitan di Taman

    Mekar, Ayer Hitam

    KOZAID ENT 200,000.00 188,000.00 188,000.00 Proses tuntutan

    bayaran

    10.5.2020 5.7.2020 100% 10.5.2020 5.7.2020 100%

    17 Membaikpulih Sistem Perparitan dan Kerja-

    kerja di Taman Desa Baru, Ayer Hitam

    SUPAAT BERKAT 200,000.00 187,902.00 187,902.00 Proses tuntutan

    bayaran

    10.5.2020 7.6.2020 100% 10.5.2020 7.6.2020 100%

    18 Menurap semula Jalan di Taman Mutiara,

    Parit Sulong

    SAIFUL HAFIZ ENT 200,000.00 185,050.00 185,050.00 Siap 10.5.2020 7.6.2020 100% 10.5.2020 7.6.2020 100%

    19 Menyelenggara Perabot Jalan di sekitar

    Kawasan Lam Lee dan Kangkar Bahru

    PEMBINAAN

    ZAHIRUDDIN

    80,000.00 74,260.00 74,260.00 Proses Tuntutan

    Bayaran

    10.5.2020 5.7.2020 100% 10.5.2020 5.7.2020 100%

    20 Membaikpulih sistem perparitan serta kerja-

    kerja berkaitan di Taman Medan Jaya, Sri

    Medan

    EDDIE CONST 100,000.00 91,140.00 91,140.0