so - soalan ramalan upsr pt3 spm 2017 , trial papers...

17
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8 Tema 4: Tenaga dan Kelestarian Hidup Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang penggunaan cermin, cahaya dan warna serta peranannya dalam kehidupan di samping sumbangan teknologi optik dalam usaha meningkatkan keupayaan deria manusia. Bidang pembelajaran 8. Cahaya dan Optik 8.1 Penggunaan cermin 8.2 Ciri cahaya 8.3 Pantulan Cahaya 8.4 Pembiasan Cahaya 8.5 Penyebaran Cahaya 8.6 Penyerakan Cahaya 8.7 Penambahan dan Penolakan Cahaya STANDARD PRESTASI Tahap Penguasaan Tafsiran 1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran sains mengenai penggunaan cermin/ ciri cahaya/ pantulan cahaya/pembiasan cahaya/penyebaran cahaya/penyerakan cahaya/penambahan dan penolakan cahaya. TE Contoh 1. Apakah ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah? A. Nyata. B. Tersongsang sisi. C. Lebih kecil. D. Lebih Besar. Jawapan : B 1

Upload: lamdang

Post on 29-Apr-2018

274 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: So - Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2017 , Trial Papers ...skorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewPada waktu senja, cahaya matahari akan melalui satu lapisan atmosfera

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

Tema 4: Tenaga dan Kelestarian Hidup

Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang penggunaan cermin, cahaya dan warna serta peranannya dalam kehidupan di samping sumbangan teknologi optik dalam usaha meningkatkan keupayaan deria manusia.

Bidang pembelajaran 8. Cahaya dan Optik 8.1 Penggunaan cermin8.2 Ciri cahaya8.3 Pantulan Cahaya8.4 Pembiasan Cahaya8.5 Penyebaran Cahaya8.6 Penyerakan Cahaya8.7 Penambahan dan Penolakan Cahaya

STANDARD PRESTASITahap Penguasaan Tafsiran

1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran sains mengenai penggunaan cermin/ ciri cahaya/pantulan cahaya/pembiasan cahaya/penyebaran cahaya/penyerakan cahaya/penambahan danpenolakan cahaya.

TEContoh

1. Apakah ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah?

A. Nyata. B. Tersongsang sisi.C. Lebih kecil.D. Lebih Besar.

Jawapan : B

2. Namakan semua juzuk warna dalam spektrum cahaya mengikut turutan yang betul

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan : merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu

1

Page 2: So - Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2017 , Trial Papers ...skorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewPada waktu senja, cahaya matahari akan melalui satu lapisan atmosfera

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

3. Muaz meletakkan pensel di dalam gelas, apabila dia perhatikan dari sisi gelas dia mendapati pensel tersebut seolah-olah dibengkokkan seperti dalam rajah di bawah.

Apakah fenomena tersebut?. Jelaskan

------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan: Pembiasan cahaya,

4. Nyatakan tiga jenis warna primer

A) _______________________

B) _______________________

C) _______________________

Jawapan: Merah Hijau Biru EST

ARIA

2

Page 3: So - Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2017 , Trial Papers ...skorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewPada waktu senja, cahaya matahari akan melalui satu lapisan atmosfera

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

STANDARD PRESTASITahap Penguasaan Tafsiran

2 Memahami penggunaan cermin/ ciri cahaya/ pantulan cahaya/pembiasan cahaya/penyebarancahaya/penyerakan cahaya/penambahan dan penolakan cahaya serta dapat menjelaskan kefahamantersebut.

Contoh soalan

1. Sila gunakan maklumat di bawah untuk menjawab soalan yang berikut.

Pelangi terhasil apabila cahaya dari matahari menyinari titisan air hujan dan anda hanya boleh melihat pelangi bila anda membelakangi matahari.

Apabila cahaya daripada matahari melalui titisan air hujan, cahaya ini akan dibiaskandan menghasilkan pelbagai warna pelangi.

a). Lengkapkan rajah yang berikut untuk menunjukkan bagaimana cahaya bergerak melalui titisan air hujan:

3

Page 4: So - Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2017 , Trial Papers ...skorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewPada waktu senja, cahaya matahari akan melalui satu lapisan atmosfera

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

jawapan

b. Pada pandangan anda, mengapakah pelangi selalunya melengkung?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan Bayangkan sudut yang dihasilkan oleh sinar matahari, titisan air hujan dan mata anda. Bila kedudukan sudut tersebut adalah betul, anda akan perhatikan sedikit sinar cahaya yang telah dibiaskan oleh titisan air hujan tersebut. Setiap titisan air hujan yang membentuk sudut yang sama di antara Matahari dengan mata anda akan membiaskan sedikit cahaya warna yang boleh anda lihat. Oleh itu, titisan air hujan tersebut menghasilkan satu bulatan relative kepada mata anda dan cahaya matahari yang dibiaskan juga menghasilkan satu bulatan di sekeliling bayang-bayang kepala anda.

Jika anda berada di dalam kapal terbang, anda akan dapat perhatikan keseluruhan bulatan yang dihasilkan oleh satu pelangi. Tetapi jika anda berada di bumi, anda hanya akan dapat perhatikan bahagian atas pelangi kerana bumi melindungi bahagian bawah bulatan pelangi daripada penglihatan anda. Sebanyak mana kawasan pelangi yang boleh anda lihat bergantung pada kedudukan matahari di langit. Jika matahari berada tinggi

4

Page 5: So - Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2017 , Trial Papers ...skorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewPada waktu senja, cahaya matahari akan melalui satu lapisan atmosfera

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

di langit, bumi akan melindungi sebahagian besar bulatan pelangi dan hanya bahagian atasnya sahaja yang akan kelihatan. Manakala, pada waktu matahari terbit dan terbenam, anda akan melihat sehingga separuh daripada bulatan pelangi tersebut.

STANDARD PRESTASITahap Penguasaan Tafsiran

3 Mengaplikasikan penggunaan cermin/ ciri cahaya/ pantulan cahaya/pembiasan cahaya/penyebarancahaya/penyerakan cahaya/penambahan dan penolakan cahaya untuk melaksanakan tugasanmudah.

Contoh soalan

1. Aisyah bermain di tepi sebuah kolam dan dia terlihat suatu objek. Pada mulanya dia melihat dasar kolam itu cetek. Tetapi apabila dia turun dalam kolam untuk mengambil objek tersebut, dia mendapati dasar kolam lebih dalam daripada yang disangkakan.

Jelaskan situasi tersebut.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5

Page 6: So - Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2017 , Trial Papers ...skorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewPada waktu senja, cahaya matahari akan melalui satu lapisan atmosfera

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

Jawapan: Kejadian ini disebabkan oleh pembiasan cahaya pada permukaan air. Aisyah melihat kolam lebih cetek pada awalnya kerana imej objek yang dilihat adalah imej maya pada kedudukan dipanggil dalam ketara.

2. Langit kelihatan biru pada waktu tengah hari. Jelaskan bagaimana fenomena tersebut berlaku.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan

Pada waktu tengah hari, cahaya matahari melalui lapisan atmosfera yang nipis sebelum sampai ke bumi. Penyerakan cahaya biru dan ungu oleh habuk, debu, wap air dan molekul gas dalam atmosfera menyebabkan langit kelihatan biru.

3. Langit kelihatan kemerah-merahan di waktu senja. Jelaskan bagaimana fenomena tersebut berlaku.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------Jawapan

Pada waktu senja, cahaya matahari akan melalui satu lapisan atmosfera yang lebih tebal sebelum sampai ke bumi. Sepanjang lintasan cahaya dalam atmosfera, cahaya yang paling kurang diserakkan seperti cahaya merah dan jingga akan melalui atmosfera mengikut lintasan yang sama tanpa gangguan. Cahaya berwarna lain yang banyak diserakkan akan hilang dari lintasan cahaya asal. Oleh itu Matahari kelihatan merah dan langit kelihatan jingga kemerahan.

6

Page 7: So - Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2017 , Trial Papers ...skorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewPada waktu senja, cahaya matahari akan melalui satu lapisan atmosfera

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

STANDARD PRESTASITahap Penguasaan Tafsiran

4 Menganalisis pengetahuan mengenai penggunaan cermin/ ciri cahaya/ pantulan cahaya/pembiasancahaya/penyebaran cahaya/penyerakan cahaya/penambahan dan penolakan cahaya dalam kontekspenyelesaian masalah mengenai kejadian atau fenomena alam.

HIDUPContoh soalan

1. Sila baca maklumat yang berikut dengan teliti dan jawab soalan berikutnya.

7

Kadangkala warna yang dapat dilihat oleh mata kita boleh mengelirukan. Satu objek berwarna akan memantulkan sesetengah gelombang cahaya dan menyerap yang lainnya. Contohnya, objek yang berwarna merah akan memantulkan cahaya merah dan akan menyerap warna lain.

Laporan yang disediakan oleh polis di London pada tahun 1923 berbunyi:

Malam itu merupakan malam yang gelap, tiada cahaya bulan. Seorang lelaki kelihatanberdiri di bawah lampu jalan yang menghasilkan cahaya kuning. Kemudiannya padamalam itu, barang kemas dan lukisan telah dicuri dari sebuah rumah yang berdekatan.Saksi yang telah melihat lelaki berkenaan menerangkan warna pakaian lelaki tersebutsebagai “semua hitam”.

Page 8: So - Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2017 , Trial Papers ...skorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewPada waktu senja, cahaya matahari akan melalui satu lapisan atmosfera

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

a. Seorang lelaki memakai baju biru dan seluar bewarna merah. Mungkinkah lelaki ini pencurinya,lyang pakaiannya kelihatan hitam dalam cahaya kuning lampu jalan? Terangkan jawapan anda.

Jawapan

Tidak. Baju berwarna biru tidak memantulkan cahaya kuning, maka, lelaki tersebut akankelihatan seperti memakai baju berwarna hitam. Tetapi, oleh sebab cahaya kuning adalah campuran cahaya merah dan hijau, seluarnya akan memantulkan warna merah sahaja. Oleh itu, lelaki ini akan kelihatan seolah-olah memakai seluar merah, maka, dia BUKAN pencuri itu.

b. Tiada seorang saksi pun menyebut tentang kereta yang digunakan untuk melarikan diri. Mungkinkah terdapat kereta berkenaan di kawasan tersebut tetapi sukar dilihat? Terangkan jawapan anda

Jawapan

Ya. Untuk kelihatan dalam cahaya kuning, kereta itu mesti memantulkan cahaya hijau, merah atau kuning. Jika tidak, kereta itu tidak akan kelihatan. Oleh itu, kereta berwarna biru atau hitam akan tersembunyi.

8

Page 9: So - Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2017 , Trial Papers ...skorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewPada waktu senja, cahaya matahari akan melalui satu lapisan atmosfera

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

STANDARD PRESTASITahap Penguasaan Tafsiran

5 Menilai kesesuaian penggunaan cermin/ ciri cahaya/ pantulan cahaya/pembiasancahaya/penyebaran cahaya/penyerakan cahaya/penambahan dan penolakan cahaya dalam dalamkonteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan untuk melaksanakan satu tugasan.

HIDUP

Contoh soalan

1. Sila baca maklumat yang berikut dengan teliti dan jawab soalan berikutnya.

9

Kadangkala warna yang dapat dilihat oleh mata kita boleh mengelirukan. Satu objek berwarna akan memantulkan sesetengah gelombang cahaya dan menyerap yang lainnya. Contohnya, objek yang berwarna merah akan memantulkan cahaya merah dan akan menyerap warna lain.

Laporan yang disediakan oleh polis di London pada tahun 1923 berbunyi:

Malam itu merupakan malam yang gelap, tiada cahaya bulan. Seorang lelaki kelihatanberdiri di bawah lampu jalan yang menghasilkan cahaya kuning. Kemudiannya padamalam itu, barang kemas dan lukisan telah dicuri dari sebuah rumah yang berdekatan.Saksi yang telah melihat lelaki berkenaan menerangkan warna pakaian lelaki tersebutsebagai “semua hitam”.

Page 10: So - Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2017 , Trial Papers ...skorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewPada waktu senja, cahaya matahari akan melalui satu lapisan atmosfera

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

c. Mungkinkah masalah yang sama timbul jika lampu jalan bercahaya putih? Terangkan jawapan anda.

Jawapan

Tidak. Dalam cahaya putih, semua warna akan kelihatan lebih tepat. Tetapi kon penerima cahaya di dalam mata kita tidak berfungsi dengan baik dalam cahaya yang malap. Oleh itu, jika lampu itu malap, kita mungkin tidak dapat melihat warna dengan jelas.

10

Page 11: So - Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2017 , Trial Papers ...skorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewPada waktu senja, cahaya matahari akan melalui satu lapisan atmosfera

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

STANDARD PRESTASITahap Penguasaan Tafsiran

6 Merekabentuk persembahan pelbagai media/visual/folio/poster/main peranan/drama secara kreatifdan inovatif dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains penggunaan cermin/ ciricahaya/ pantulan cahaya/pembiasan cahaya/penyebaran cahaya/penyerakan cahaya/penambahandan penolakan cahaya dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan denganmengambil kira nilai sosial/ekonomi/budaya masyarakat.

HIDUPContoh soalan

11

Page 12: So - Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2017 , Trial Papers ...skorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewPada waktu senja, cahaya matahari akan melalui satu lapisan atmosfera

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

Syarikat Magic Shadow Puppet

Kepada penyelidik,

Kami ingin mendapatkan bantuan dalam usaha untuk menghasilkan persembahanboneka baharu kami. Sebelum ini, kami mengadakan persembahan dengan bonekaakan disinari oleh lampu sorot dari bahagian hadapan. Walau bagaimanapun, untukpersembahan baharu ini, kami bercadang untuk menyinarkan lampu dari belakangboneka untuk menghasilkan bayang-bayang pada skrin yang lebih besar.

Terdapat beberapa perkara yang ingin kami capai dan kami berharap anda dapatmembantu dalam usaha ini.

1. Kami hendak menukar warna latar belakang skrin sambil kekal menggunakan skrin yang sama sepanjang suatu persembahan.

Bagaimanakah dapat kami melakukannya? Kami hanya mempunyai tiga lampu sorot, merah, biru dan hijau. Tetapi, kami perlu menukar latar belakang itu dari putih kepada pelbagai warna lain pada waktu-waktu yang

12

Page 13: So - Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2017 , Trial Papers ...skorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewPada waktu senja, cahaya matahari akan melalui satu lapisan atmosfera

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

berlainan. Bolehkah anda membantu menasihati kami bagaimana untuk melakukannya?

2. Adakah sebarang cara untuk kami menghasilkan warna kuning dengan pelbagai rona bagi menandakan masa yang berlainan dalam sehari semasa suatu persembahan?

3. Dalang perlu sentiasa tidak kelihatan di sepanjang suatu persembahan. Mohon maklumkan kepada kami warna pakaian yang sesuai untuk dalang. Adakah terdapat sebarang perbezaan yang ketara jika mereka memakai pakaian berwarna putih, hitam atau yang berwarna?

Kami amat menghargai sekiranya anda dapat membantu menyediakan satu laporanringkas yang mencadangkan bagaimana semua ini dapat dicapai.Sekian. Terima kasih.

Tok Dalang

Demonstrasi dan laporan

1. pertimbangkan soalan asal untuk laporan ringkas di atas:

a. Bagaimanakah warna latar belakang skrin dapat ditukarkan tanpa menukar skrin tersebut?

b. Bagaimanakah pelbagai rona warna untuk warna yang sama dapat dihasilkan?

c. Apakah warna pakaian yang patut dipakai oleh dalang di sepanjang persembahan.

2. Dengan menggunakan keputusan eksperimen anda, rancang satu demonstrasi untuk menunjukkan bagaimana objektif berkenaan dapat dicapai.

13

Page 14: So - Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2017 , Trial Papers ...skorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewPada waktu senja, cahaya matahari akan melalui satu lapisan atmosfera

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

Untuk setiap bahagian dalam ringkasan demonstrasi anda, tuliskan satu hipotesis.

Pernyataan hipotesis mungkin bermula seperti:

‘Warna latar belakang skrin boleh ditukar dengan... ..’

‘Dalang akan kurang kelihatan jika... …’

3. Apakah faktor yang perlu dikawal semasa demonstrasi anda? Apakah pemboleh ubah yang hendak anda uji?

4. Jalankan demonstrasi anda.

Anda mungkin dapat menjalankan beberapa pengujian: anda boleh membina satu model teater bayang-bayang dengan menggunakan skrin lut cahaya dan menghasilkan pementasan boneka anda sendiri.

5. Tulis laporan anda. Laporan ini perlu merangkumi latar belakang sains yang telah anda gunakan dan hasil eksperimen anda.

14