rph minggu keempat ( norimah bt hussin d20102042514 ).pdf

22
KPR 3974 LATIHAN MENGAJAR 1 KUMPULAN UPSI206 (A132PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NORIMAH BT HUSSIN D20102042514 0134562496 NAMA TUTOR E-LEARNING : Dr. Zainiah @ Zaniah binti Mohamed Isa TARIKH SERAH : 12 APRIL 2014 Rancangan Pengajaran Harian minggu ke 4

Upload: haru-biru

Post on 14-Nov-2015

275 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • KPR 3974

    LATIHAN MENGAJAR 1

    KUMPULAN

    UPSI206 (A132PJJ)

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    NORIMAH BT HUSSIN D20102042514 0134562496

    NAMA TUTOR E-LEARNING : Dr. Zainiah @ Zaniah binti Mohamed Isa

    TARIKH SERAH : 12 APRIL 2014

    Rancangan Pengajaran Harian minggu ke 4

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    2

    Isi Kandungan

    Bil Perkara Muka surat

    1 Rancangan Pengajaran Harian Tunjang Sains dan

    Teknologi Awal Sains 3 - 8

    2 Refleksi pengajaran 1 8 - 9

    3

    Lampiran

    Gelas berlabel A, B dan C

    Borang untuk aktiviti kumpulan

    Kad perkataan

    Kad gambar

    9 - 14

    4 Lembaran kerja 15

    4

    Rancangan Pengajaran Harian Tunjang

    Perkembangan Fizikal & Estetika ( Kreativiti )

    16 - 19

    5 Refleksi pengajaran 2 20

    6

    Lampiran

    Bahan-bahan untuk membina model aiskrim

    Model aiskrim

    21 - 22

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    3

    1.0 Rancangan Pengajaran Harian Tunjang Sains dan Teknologi Awal Sains

    Tarikh : 10 April 2014 ( Khamis )

    Kelas : Prasekolah Dahlia

    Masa : 11.05 11.45 pagi

    Bilangan pelajar : 18 orang

    Fokus : Menyiasat alam bahan.

    Standard kandungan : ( ST 2.3 ) Membanding dan mengelaskan objek.

    Standard pembelajaran : ( ST 2.3.5 ) Mengasingkan makanan mengikut rasa

    (manis, masam, masin dan pahit).

    Standard Pembelajaran yang disepadukan :

    (BM 2.1.3) Berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul.

    (PM 10.1.1) Bersedia menunggu giliran

    Objektif pembelajaran : Pada akhir pelajaran, murid dapat :

    1) Menamakan makanan yang ditunjukkan oleh guru.

    2) Mengenalpasti jenis-jenis makanan mengikut rasa masam, manis, masin dan pahit.

    Pengetahuan sedia ada murid :

    1) Murid-murid mengenali beberapa jenis makanan yang biasa dimakan oleh mereka.

    2) Murid-murid mengetahui nama-nama makanan yang pernah mereka makan di rumah

    dan di sekolah.

    Strategi pengajaran : Eksperimen, perbincangan , Soaljawab

    Kemahiran proses sains / Kemahiran manipulatif dan kemahiran berfikir:

    1. Membuat pemerhatian

    2. Mengelaskan

    3. Menjana idea

    4. Berkomunikasi

    Sikap sainstifik dan nilai murni:

    1. Bekerjasama

    2. Berkeyakinan dan berdikari

    3. Berhati-hati

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    4

    Bahan pengajaran dan pembelajaran:

    1) Kad gambar makanan

    2) Kad perkatan

    3) Gelas yang dilabel A, B dan C.

    4) kek, gula-gula, kicap , ikan masin, peria, serbuk kopi, mangga muda, asam boi.

    5) Lembaran kerja

    Langkah/Masa

    Isi Pelajaran

    Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

    Catatan Aktiviti guru Aktiviti Murid

    Set Induksi

    ( 5 minit)

    Meneka nama

    bahan.

    Air gula

    Air garam

    Jus limau

    Guru menyediakan

    dan meletakkan tiga

    gelas air mineral yang

    dicampur dengan jus

    limau, gula dan garam

    di atas meja yang

    berada di hadapan

    kelas.

    Guru melabelkan

    gelas tersebut dengan

    abjad A, B dan C.

    Guru meminta

    beberapa orang murid

    untuk meneka bahan

    yang terdapat di dalam

    air tersebut.

    ( Murid tidak dapat

    kenal pasti dengan

    melihat )

    Murid

    memerhati gelas

    air yang terletak

    di atas meja,

    Murid meneka

    bahan yang

    terdapat di

    dalam gelas A,

    B dan C.

    Murid menghidu

    air di dalam

    gelas A, B, dan

    C serta

    menyatakan apa

    yang mereka

    hidu.

    KPS:

    Membuat

    pemerhatian

    Menghubungkait

    Membuat

    ramalan

    KB:

    Menyumbang

    dan Menjana

    idea

    BBM:

    Gelas yang berisi

    :

    Air limau

    Air gula

    Air garam

    A

    B

    C

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    5

    Soalan :

    Cuba kamu teka

    apakah bahan yang

    terdapat di dalam air

    ini ?

    Guru meminta dua

    orang murid menghidu

    dan mengenalpasti

    bahan dalam gelas A,

    B dan C. ( Murid

    mungkin hanya kenal

    pasti C sebagai air

    limau tetapi masih

    tidak dapat kenal pasti

    A dan B.

    Guru meminta dua

    orang murid merasa

    dan kenal pasti bahan

    A, B dan C

    Soalan :

    Cuba kamu rasa air di

    dalam gelas A, B dan

    C.

    Apakah rasa bagi air

    di dalam gelas A, B

    dan C.

    Apakah bahan yang

    terdapat di dalam

    gelas berkenaan.

    Guru membimbing

    Murid merasa

    air di dalam

    gelas A, B, dan

    C serta

    menyatakan

    rasa bagi air di

    dalam gelas

    tersebut.

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    6

    murid untuk

    mengaitkan aktiviti

    dengan tajuk yang

    akan dipelajari iaitu

    rasa.

    Langkah 1

    ( 5 minit )

    Mengenalpasti

    makanan dan

    membuat

    ramalan

    tentang rasa

    makanan yang

    dipaparkan.

    Guru memaparkan

    beberapa gambar

    makanan di papan

    tulis.

    Guru meminta murid

    menamakan

    makanan-makanan

    tersebut.

    Guru meminta murid-

    murid meneka rasa

    bagi makanan-

    makanan yang

    dipaparkan.

    Guru membimbing

    murid membuat

    rumusan bahawa

    terdapat pelbagai rasa

    bagi makanan yang

    dimakan setiap hari.

    Guru memperkenalkan

    perkataan manis,

    masin, masam dan

    pahit.

    Murid

    memerhati dan

    menyatakan

    nama makanan

    yang

    ditunjukkan oleh

    guru.

    Murid meneka

    rasa bagi

    makanan yang

    dipaparkan oleh

    guru.

    Murid menyebut

    perkataan yang

    diperkenalkan

    oleh guru.

    KB:

    mengenalpasti

    BBM:

    Kad gambar

    Kad perkataan

    Nilai :

    Kerjasama

    bersyukur

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    7

    Langkah 2

    ( 15 minit )

    Mengenalpasti

    rasa makanan

    Guru meletakkan

    contoh makanan di

    atas meja murid

    mengikut kumpulan

    masing-masing.

    Guru meminta murid

    merasa dan

    mengenalpasti rasa

    makanan tersebut

    serta merekodkannya

    di dalam borang yang

    disediakan oleh guru

    mengikut kumpulan

    masing-masing

    Guru meminta murid

    memberi pelbagai

    contoh makanan yang

    lain mengikut rasa

    yang dinyatakan oleh

    guru.

    Murid merasa

    makanan

    mengikut

    kumpulan.

    Murid

    merekodkan

    rasa makanan di

    dalam borang

    yang disediakan

    oleh guru.

    Murid

    menyatakan

    nama makanan

    mengikut rasa

    yang dinyatakan

    oleh guru.

    KPS:

    Meramalkan

    BBM:

    kek

    gula-gula

    kicap

    ikan masin

    peria

    serbuk kopi

    mangga muda

    asam boi

    borang

    Nilai:

    berhati-hati

    bekerjasama

    Langkah 3

    (10 minit)

    Penilaian

    Guru mengedarkan

    lembaran kerja kepada

    murid.

    Guru meminta murid

    melengkapkan

    lembaran kerja

    tersebut

    Guru meminta

    beberapa orang murid

    untuk menunjukkan

    Murid

    melengkapkan

    lembaran kerja

    yang diberikan

    oleh guru.

    Murid

    menyatakan

    jawapan yang

    diperolehi

    kepada rakan-

    KPS:

    Mengenalpasti

    Menjana idea

    BBM:

    Lembaran kerja

    Nilai :

    Rajin

    Berkeyakinan

    Berani

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    8

    jawapan di hadapan

    kelas.

    rakan.

    Penutup

    5 minit

    Rumusan bagi tajuk yang dipelajari

    Guru meminta murid menyatakan rasa bagi makanan yang disebut oleh guru. Guru meminta murid merasa makanan ibu di rumah apabila pulang

    Murid menyatakan rasa makanan yang telah mereka pelajari. Murid dikehendaki melaporkan rasa makanan ibu pada keesokan hari

    KPS:

    Menghubungkait

    Menjana idea

    3.0 Refleksi :

    Saya telah merancang slot pengajaran dan pembelajaran sebelum sesi pengajaran berjalan.

    Pada awalnya saya memulakan dengan set induksi dengan mencungkil pengetahuan sedia ada

    murid tentang deria yang ada pada diri mereka, iaitu deria lihat, hidu dan rasa. Saya dapati

    murid-murid begitu teruja untuk meneka dengan betul bahan yang terdapat di dalam gelas A, B

    dan C. Aktiviti ini juga dapat menekankan tentang kepentingan deria rasa dalam kehidupan kita

    seharian. Langkah seterusnya pula adalah menamakan makanan dan membuat ramalan

    tentang rasa makanan tersebut. Dalam langkah ini, murid-murid perlu menggunakan kemahiran

    berfikir sebelum memberi pandangan mereka. Mereka juga perlu mengaitkan pengalaman

    mereka dalam kehidupan seharian.

    Seterusnya, aktiviti merasa makanan secara berkumpulan. Aktiviti yang dijalankan secara

    berkumpulan dapat memupuk semangat kerjasama dan mewujudkan persaingan yang sihat di

    antara murid-murid di prasekolah ini serta menggalakkan mereka untuk berkomunikasi. Mereka

    perlu merasa makanan dan melengkapkan borang yang disediakan dalam masa yang

    ditetapkan. Saya dapati aktiviti ini amat menyeronokkan mereka dan mereka lebih mudah

    memahami apa yang dipelajari kerana mereka mengalami sendiri apa yang ingin disampaikan

    kepada mereka. Namun demikian, terdapat juga beberapa orang murid yang pasif dan tidak

    mahu turut serta dalam aktiviti tersebut. Selain itu, penggunaan bahan bantu yang sebenar

    dapat menarik minat kanak-kanak terhadap apa yang diajar kepada mereka.

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    9

    Sekiranya saya berpeluang untuk mengajar prasekolah lagi bagi tajuk ini, saya mungkin akan

    menggunakan komputer untuk menunjukkan gambar-gambar makanan kepada murid-murid

    kerana gambar-gambar yang terdapat di dalam internet lebih menarik, banyak dan saiz yang

    lebih besar. Di samping itu, saya juga akan memastikan murid-murid yang pasif untuk turut

    serta dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara kesimpulannya, objektif pengajaran dan

    pembelajaran bagi tajuk ini tercapai . Ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian dan lembaran

    kerja yang telah dibuat oleh mereka.

    Lampiran 1- Gelas yang di label dengan A, B dan C

    Bahan - Gula Bahan : garam Bahan: Jus limau

    A B A C

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    10

    Lampiran 2

    Borang kumpulan

    Makanan Manis Masin Masam Pahit

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    11

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    12

    Lampiran 3 Kad perkataan

    manis

    masin

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    13

    masam

    pahit

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    14

    Kad gambar makanan.

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    15

    LEMBARAN KERJA

    Nama :___________________________

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    16

    2.0 Rancangan Pengajaran Harian Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika ( Kreativiti )

    Mata Pelajaran : Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika ( Kreativiti )

    Kelas : Prasekolah Dahlia ( 6 Tahun )

    Tarikh : 11 April 2014 ( Jumaat )

    Masa : 10. 35 11. 15 a.m

    Bilangan Pelajar : 18 orang

    Tema : Alam bahan

    Sub-tema : Makanan

    Standard Kandungan : (KTI 1.1) Menggunakan pengetahuan tentang bahan dan teknik dalam menghasilkan karya seni (Aplikasi seni). (KTI 1.2) Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya. (Ekspresi kreatif). (KTI 1.3) Menunjukkan apresiasi seni

    Standard Pembelajaran :

    1. ( KTI 1.1.2) Mengenal bahan yang diperlukan dalam menghasilkan sesuatu karya

    contohnya berus.

    2. ( KTI 1.1.3) Memilih pelbagai bahan yang sesuai dalam penghasilan karya.

    3. ( KTI 1.2.12) Menggunakan bahan kutipan yang sesuai untuk penghasilan karya.

    4. ( KTI 1.3.4 ) Menceritakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri.

    Standarad pembelajaran yang disepadukan :

    1. (PSE 3.2.7) Berkongsi idea, barangan dan peralatan.

    Pengetahuan Sedia Ada :

    1. Murid pernah melihat aiskrim.

    2. Murid pernah merasa aiskrim kon dan mengetahui bentuk, warna dan rasanya.

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    17

    Objektif Pengajaran :

    Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

    1. Murid dapat menghasilkan model aiskrim daripada bahan-bahan yang disediakan oleh guru.

    2. Murid dapat mewarna model aiskrim dengan warna air yang sesuai mengikut perisa yang

    disukai.

    Kemahiran Berfiki : Mengecam dan mengenalpasti

    Konsep / teori : Kecerdasan pelbagai (verbal linguistik, interpersonal),

    kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan konstruktivisme

    Penerapan Nilai : Berkerjasama, Kebersihan, berhati-hati, bertanggungjawab

    menjaga kesihatan

    Bahan : Kad manila, gunting, berus lukisan, warna air, gam, kapas

    Langkah langkah pengajaran:

    Langkah/ masa

    Isi Kandungan

    Aktiviti Sikap/nilai/ KBKK/

    Strategi/kaedah/BBM

    Peranan guru Peranan murid

    Langkah 1 Set induksi (5 Minit)

    Teka-teki tentang aiskrim Badanku sejuk berbagai rupa, Rasaku manis tidak terkira Berbagai rasa dan juga warna, Kalau pandai cubalah teka.

    Guru memperdengarkan satu teka-teki kepada murid.

    Guru meminta murid untuk menjawab teka-teki tersebut. Guru bersoaljawab dengan murid tentang aiskrim. i) Siapa suka makan aiskrim ? ii. Apakah rasa aiskrim ? iii) Bolehkan kita makan aiskrim dengan banyak ? iv) Apakah akibatnya jika kita selalu makan aiskrim ?

    Murid mendengar teka-teki dengan teliti. Murid cuba meneka jawapan bagi teka-teki tersebut. Jawapan : Aiskrim Murid menjawab soalan guru

    BBM : Gambar aiskrim . KBKK Mencungkil idea murid tentang makanan sihat / berkhasiat. Kaedah Soaljawab, teka-teki Sikap: Mendengar dengan teliti Nilai : Menjaga kesihatan

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    18

    Guru mengaitkannya dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

    Langkah 2 ( 6 minit )

    Penerangan aktiviti dan bahan yang akan digunakan untuk membuat model aiskrim

    Guru memaparkan gambar aiskrim kon. Guru meminta murid menyatakan nama makanan yang ditunjukkan . Guru menyatakan aktiviti yang akan dilakukan sambil menunjukkan bahan-bahan yang akan digunakan. Guru meminta murid menamakan bahan-bahan tersebut. Guru menunjukkan langkah langkah membuat model aiskrim

    Murid memerhati gambar tersebut Murid menyatakan nama makanan yang ditunjukkan oleh guru. Murid mendengar penerangan guru dengan teliti. Murid menamakan bahan-bahan yang ditunjukkan oleh guru Murid mendengar dan memerhati cara membuat model aiskrim.

    KBKK: Mengenalpasti Kaedah : Penerangan Tunjuk cara Soaljawab Strategi khusus: Menggunakan kad gambar aiskrim dan bahan-bahan yang sesuai untuk membuat Model aiskrim Sikap & nilai: Bekerjasama, teliti dan berdisiplin. BBM: Kad manila -Kapas -Warna air -Berus lukisan -Tempat bancuh warna -gunting -gam

    Langkah 3 (15 minit)

    Menghasilkan model aiskrim dengan bimbingan guru. Langkah-langkah membuat model aiskrim : 1) Lukis bulatan sederhana besar pada kad manila.

    Guru mengedarkan kad manila, gam, gunting, kapas dan berus kepada murid-murid . Guru membimbing murid membuat model aiskrim menggunakan bahan-bahan tersebut.

    Murid menghasilkan model aiskrim dengan bimbingan guru.

    BBM: Model Aiskrim Kaedah: Penerangan KBKK: Memerhati Penilaian: Pemerhatian.

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    19

    2) Gunting kad manila mengikut bentuk yang dilukis. 3) Bentukkan guntingan tersebut menjadi kon 4) Warnakan kapas mengikut perisa yang digemari. 5) Masukkan kapas ke dalam kon tersebut.

    Nilai : Teliti Berhati-hati

    Langkah 4 Penilaian ( 7 minit )

    Menilai hasil kerja murid.

    Guru meminta murid mempamerkan hasil kerja masing-masing di hadapan kelas Guru menilai hasil kerja murid.

    Murid mempamerkan hasil kerja dihadapan kelas.

    BBM: KBKK: Mengenalpasti Nilai : rajin

    Langkah 5 Penutup ( 7 minit )

    Bercerita tentang hasil kerja

    Guru meminta murid memegang hasil kerja masing-masing. Guru meminta beberapa orang murid untuk menceritakan tentang hasil kerja mereka Guru meminta murid menyatakan kembali alatan atau bahan yang diperlukan untuk membuat aiskrim dan cara membuatnya.

    Murid memegang model aiskrim. Murid menceritakan tentang hasil kerja masing-masing dari segi : Rasa aiskrim Kenapa suka makan aiskrim Murid menyatakan bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuat model aiskrim.

    Nilai : bekerjasama Kaedah : Bercerita

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    20

    REFLEKSI PENGAJARAN

    Pada hari ini pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Saya dapati semua

    murid berasa gembira ketika melakukan aktiviti membuat model aiskrim. 15 daripada 18 orang

    murid di dalam kelas ini dapat menyiapkan hasil kerja mereka mengikut bimbingan guru.

    Kekuatan bagi pengajaran kali adalah pemilihan kaedah yang sesuai bermula dengan

    permainan teka-teki pada langkah set induksi yang dapat menimbulkan minat dan rasa ingin

    tahu murid terhadap apa yang akan diajar kepada mereka. Kemudian, diikuti oleh kaedah

    penerangan dan tunjuk cara membuat model aiskrim . Kaedah penerangan dan tunjuk cara

    sangat sesuai digunakan untuk menerangkan sesuatu aktiviti yang memerlukan murid

    memahami setiap kemahiran yang ingin diajar kepada mereka terutamanya bagi aktiviti seni.

    Seterusnya, pengajaran ini diakhiri dengan kaedah bercerita di mana murid-murid sangat

    seronok ketika bercerita tentang aiskrim masing-masing.

    Namun begitu terdapat juga beberapa kelemahan pada pengajaran kali ini iaitu ketepatan

    masa. Aspek masa sangat penting bagi memastikan setiap aktiviti yang dirancang dapat

    berjalan dengan lancar. Dalam hal ini, masa yang diambil oleh murid untuk membuat aiskrim

    agak lama dan tidak mengikuti apa yang telah dirancang. Ini disebabkan oleh terdapat segelintir

    murid-murid yang tidak mahu berkongsi bahan-bahan dengan rakan-rakan yang lain

    terutamanya warna air.

    Oleh itu, pada pengajaran yang akan datang, saya akan memastikan aktiviti pengajaran saya

    mengikut masa yang telah ditetapkan dalam rancangan pengajaran. Di samping itu, saya juga

    akan menerapkan sikap berkongsi barang serta tolak- ansur dengan rakan-rakan yang lain

    dalam diri murid-murid di prasekolah ini semasa melakukan aktiviti. Secara keseluruhannya,

    objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai dan murid-murid dapat menghasilkan model

    aiskrim dengan baik dan kemas.

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    21

    Lampiran Bahan-bahan untuk membuat model aiskrim.

  • NORIMAH BT HUSSIN | D20102042514

    22

    Hasil binaan murid