1.1 membezakan perubahan kimia dan fizikal

Upload: roslina-abdullah

Post on 07-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

timss

TRANSCRIPT

  • 1MODUL: Perubahan KimiaEPISOD 1: Pemerhatian Kimia

    Fasa 1 Lihat ruang 1 pada jadual di akhir lembaran ini. Jadual ini adalah tentang semua peristiwa yang anda tonton dalam klip video dan disusun mengikut urutan dalam video. Adakah anda masih ingat semua akan adegan itu?Lihat pada ruang 2. Bagi setiap adegan, bincangkan perubahan yang berlaku dalam kumpulan anda. Tuliskan hasil perbincangan anda pada ruang 2. (Dua contoh telah disediakan untuk anda).

    Aktiviti ini perlu dilakukan dalam kumpulan kecil.

    Lembaran Kerja 1.1: Membezakan perubahan kimia dan fizikal dan mengenal pasti bukti-bukti perubahan kimia dan fizikal yang telah berlaku

  • 2Fasa 2 Baca tentang perubahan kimia dan fizikal yang berikut:

    Perubahan kimia Perubahan kimia berlaku apabila atom dan molekul bagi satu atau lebih bahan (bahan tindak balas) bertindak balas untuk membentuk bahan baru (hasil tindak balas).

    Semua tindak balas atau perubahan kimia mempunyai ciri-ciri tertentu. Satu atau lebih daripada ciri-ciri boleh diperhatikan atau dikesan, contohnya:

    perubahan rupa bentuk hasil tindak balas kelihatan berbeza daripada bahan tindak balas

    perubahan tenaga suhu, cahaya, bunyi dihasilkan perubahan warna satu atau lebih hasil tindak balas

    mempunyai warna yang berbeza penghasilan gas buih-buih gas diperhatikan atau bau

    dikesan

    Perubahan kimia amat sukar untuk berbalik dan sebahagiannya tidak boleh lagi berubah kepada bahan asal.

    Perubahan Fizikal Perubahan fizikal juga melibatkan tenaga dan keadaan jirim (pepejal, cecair, gas). Tidak seperti perubahan kimia, bahan baharu tidak terbentuk.

    Perubahan keadaan atau fasa (pembekuan, peleburan, pendidihan, kondensasi) ialah perubahan fizikal:

    HABA DIKELUARKAN

    HABA DIKENAKAN

    AIS(pepejal)

    WAP (gas)

    AIR (cecair)

    Peleburan

    Pembekuan

    Pendidihan

    Kondensasi

  • 3Fasa 3 Lihat pada jadual yang sama dan gunakan gunting untuk memotong kad perubahan fizikal dan kimia pada ruang 3 dan 4 serta jawapan anda bagi soalan Apakah perubahan yang berlaku? pada ruang 2. Kad-kad itu juga akan digunakan bagi aktiviti yang berikut.

    1. Susun kad tersebut kepada tiga kelompok di atas meja kumpulan anda.

    2. Secara bergilir, setiap pelajar akan meletakkan kad Apakah perubahan yang berlaku? di tengah-tengah meja.

    3. Secara berkumpulan, mereka akan menentukan sama ada perubahan itu ialah perubahan fizikal atau kimia dengan meletakkan kad yang sesuai di sebelah kad Apakah perubahan yang berlaku?

    4. Ahli dalam kumpulan berbincang sehingga mencapai persetujuan bersama. Setiap kumpulan perlu memberi alasan dan justifikasi untuk keputusan yang telah dibuat.

    5. Aktiviti ini dilakukan bagi kesemua 12 kad Apakah perubahan yang berlaku?.

  • 4Ruang 1Keadaan yang diperhatikan

    Ruang 2Apakah perubahan yang berlaku

    Gas dihidupkan dan api menyala

    Kulit telur pecah tetapi masih kelihatan seperti kulit telur biasa

    PERUBAHAN FIZIKAL

    PERUBAHAN KIMIA

    Kulit telur dipecahkan Telur telah masak, perubahan pada rupa bentuk, warna, bentuk dan menjadi pepejal.

    PERUBAHAN FIZIKAL

    PERUBAHAN KIMIA

    Telur digoreng di dalam kuali

    PERUBAHAN FIZIKAL

    PERUBAHAN KIMIA

    Roti bakar di dalam pembakar roti

    PERUBAHAN FIZIKAL

    PERUBAHAN KIMIA

    Seorang lelaki yang sedang makan

    PERUBAHAN FIZIKAL

    PERUBAHAN KIMIA

    Cerek yang diisi air dipanaskan di atas api

    PERUBAHAN FIZIKAL

    PERUBAHAN KIMIA

    Gula ditambahkan ke dalam teh

    PERUBAHAN FIZIKAL

    PERUBAHAN KIMIA

    Ais ditambahkan ke dalam air panas

    PERUBAHAN FIZIKAL

    PERUBAHAN KIMIA

    Tablet Vitamin C ditambahkan ke dalam air (mendesir)

    PERUBAHAN FIZIKAL

    PERUBAHAN KIMIA

    Seorang lelaki menggosok gigi dan mencuci tangan

    PERUBAHAN FIZIKAL

    PERUBAHAN KIMIA

    Kereta dihidupkan dan bergerak mengeluarkan asap

    PERUBAHAN FIZIKAL

    PERUBAHAN KIMIA