manual pengguna aplikasi pendaftaran upsr...

36
MANUAL PENGGUNA APLIKASI PENDAFTARAN UPSR [SUP] BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Penafian. Hakcipta © Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

Upload: vananh

Post on 26-Feb-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MANUAL PENGGUNA

APLIKASI PENDAFTARAN UPSR

[SUP]

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT,

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Penafian. Hakcipta © Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

Halaman | 2

Adalah DIGALAKKAN bagi SUP membaca

keseluruhan manual pengguna yang

disediakan ini sebelum memulakan proses

pendaftaran pusat peperiksaan dan calon

bagi melancarkan proses pendaftaran

sekaligus mengelakkan kesilapan di dalam

mendaftar pusat dan calon.

Halaman | 3

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 4

2.0 PENGGUNAAN SISTEM

2.1 Pra Penggunaan Sistem 4 – 7

2.2 Senarai Menu 7

3.0 PROSES PENGGUNAAN SISTEM

3.1 MENU PROSES PUSAT

3.1.1 Daftar Pusat 8 – 9

3.1.2 Senarai Pusat 10 – 11

3.2 MENU PROSES CALON

3.2.1 Daftar Calon

3.2.1.1 Calon Sekolah Kerajaan 11 – 16

A. Calon Lengkap Dokumen 12 – 14

B. Calon Tiada Dokumen 14 – 15

3.2.1.2 Calon Sekolah Swasta 15 – 16

3.2.2 Tambah Calon 17 – 19

3.2.3 Kemaskini Calon 20 – 21

3.2.4 Senarai Calon Jana Angka Giliran 22 – 27

3.2.5 Senarai Calon KOHORT 28

3.2.6 Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas 29 – 31

3.3 MENU CETAKAN 31 – 32

3.4 MENU IMPORT / EKSPORT 33

3.5 MENU LAIN-LAIN 34

3.6 MENU BANTUAN 34 – 35

3.7 MENU UTAMA 36

4.0 KELUAR DARI SISTEM 36

Halaman | 4

1.0 PENGENALAN

Aplikasi Pendaftaran Calon UPSR Atas Talian dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan

Maklumat (BPM) untuk memudahkan Setiausaha Peperiksaan (SUP) mendaftar pusat

peperiksaan dan calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Ini adalah satu langkah

yang dilakukan oleh LP untuk menaiktaraf sistem Pendidikan Negara dengan

mengaplikasikan kemudahan teknologi siber di peringkat sekolah selaras dengan agenda

PIPP Nasional. Diharapkan dengan pembangunan dan kemudahan sistem aplikasi ini, proses

pendaftaran pusat peperiksaan dan calon UPSR dapat dilakukan dengan lebih efisien.

2.0 PENGGUNAAN SISTEM

2.1 PRA PENGGUNAAN SISTEM

Buka pelayan web Internet (dinasihatkan penggunakan pelayar web Mozila

Firefox 3.0 ke atas dengan saiz resolusi skrin 1024 x 768 piksel)

Taipkan alamat url seperti berikut:

http://apps2.moe.gov.my/daftar

Skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 5

Peringatan: Perubahan tarikh tutup sistem bergantung kepada pihak

Lembapa Peperiksaan Malaysia (LPM) dari masa ke semasa.

Klik pada butang Setiausaha Peperiksaan

Skrin di bawah akan dipaparkan.

Masukkan Nama Login dan Kata Laluan seperti yang diberikan oleh Lembaga

Peperiksaan melalui ‘Surat Login’ untuk Aplikasi Pendaftaran UPSR.

Klik butang Masuk dan skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 6

Untuk pengguna yang baru pertama kali mendaftar masuk (login) ke aplikasi ini,

proses pengemaskinian Kata Laluan perlu dilakukan.

Masukkan Kata Laluan Lama dan Kata Laluan Baru.

Halaman | 7

Maklumat seperti Nama SUP, No. Tel Pejabat, No. Tel Bimbit dan Emel wajib

dimasukkan. Jika tidak, ralat dikeluarkan dan maklumat tidak akan disimpan.

Klik butang SIMPAN dan mesej ‘Maklumat Berjaya Dikemaskini’ dipaparkan.

2.2 SENARAI MENU

Bagi SUP menu-menu yang boleh dicapai di dalam aplikasi ini adalah seperti berikut:

Utama

Proses Pusat

o Daftar Pusat

o Senarai Pusat

Proses Calon

o Daftar Calon

o Tambah Calon

o Kemaskini Calon

o Senarai Calon (Jana Angka Giliran)

Cetakan

Import / Eksport

Lain-lain

o Tukar Katalaluan

Bantuan

o Manual Pengguna

o Pegawai Dihubungi

Keluar

Halaman | 8

3.0 PROSES PENGGUNAAN SISTEM

3.1 MENU PROSES PUSAT

Ini adalah menu di mana SUP akan mendaftar pusat peperiksaan pilihan. Untuk

melancarkan proses mendaftar pusat peperiksaan, SUP diwajibkan mendapat

kebenaran untuk mendaftar pusat pilihan daripada PPD/JPN masing-masing.

Terdapat dua (2) submenu untuk Proses Pusat iaitu Daftar Pusat dan Senarai Pusat.

Proses terperinci bagi kedua-dua submenu ini diterangkan di bawah:

3.1.1 Daftar Pusat

Untuk mendaftar pusat peperiksaan, masukkan No Pusat dan No Sekolah.

Tekan butang SEMAK.

Jika No Pusat dan No Sekolah belum diwujudkan, skrin di bawah akan

dipaparkan.

Halaman | 9

Klik butang DAFTAR. Mesej ‘No Pusat dan No Sekolah Berjaya didaftarkan’

akan dipaparkan.

Jika No Pusat dan No Sekolah telah wujud, ralat ‘No. Pusat dan No.

Sekolah Telah Wujud’ seperti di bawah akan dipaparkan.

Jika pusat peperiksaan SUP mempunyai lebih daripada satu No Sekolah,

pastikan No Sekolah yang dimasukkan adalah mengikut turutan. Jika

tidak, aplikasi tidak akan mendaftar pusat pilihan dan ralat akan

dipaparkan seperti di bawah.

SUP dibenarkan mengemaskini Nama Pusat sahaja. Nama Pusat tidak

boleh melebihi 54 aksara.

Bahasa Pengantar dan Jenis Calon akan dipaparkan secara automatik.

Halaman | 10

3.1.2 Senarai Pusat

Melalui menu ini, SUP boleh melihat senarai pusat peperiksaan yang telah

didaftarkan, senarai pusat tumpang (jika ada), bahasa pengantar, bil

calon, status janaan angka giliran, status pengesahan pendaftaran calon,

mengemaskini Nama Pusat serta boleh terus mendaftar calon untuk pusat

pilihan.

Untuk mengemaskini Nama Pusat, tekan ikon Kemaskini ( ) dan

tekan butang KEMASKINI setelah mengemaskini Nama Pusat.

Untuk mendaftar calon untuk pusat peperiksaan, tekan pautan Daftar

Calon.

Maklumat Bil Calon akan dipaparkan setelah SUP mendaftar calon.

Pusat asal hanya boleh melihat maklumat pusat tumpang sahaja.

Kemaskini dan Daftar Calon tidak dibenarkan.

Skrin di bawah adalah skrin Senarai Pusat Peperiksaan selepas SUP

mendaftar calon serta telah melakukan Janaan Angka Giliran dan

Pengesahan Calon Didaftarkan.

Halaman | 11

SUP boleh menekan pautan Bil Calon ( ) untuk terus melihat Senarai

Calon yang didaftarkan.

3.2 MENU PROSES CALON

Terdapat enam (6) submenu untuk Proses Calon iaitu Daftar Calon, Tambah Calon,

Kemaskini Calon, Senarai Calon Jana Angka Giliran, Senarai Calon KOHORT dan

Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas. Proses terperinci bagi submenu ini

diterangkan di bawah:

3.2.1 Daftar Calon

Bagi submenu ini, terdapat perbezaan SKRIN dan PROSES mendaftar calon

bagi sekolah kerajaan (jenis calon 1, 3, 4) dan sekolah swasta (jenis calon 5).

3.2.1.1 Daftar Calon Sekolah Kerajaan (Jenis Calon 1, 3, 4)

Terdapat dua (2) pilihan submenu bagi Daftar Calon Sekolah

Kerajaan iaitu submenu Calon Lengkap Dokumen dan submenu

Calon Tiada dokumen.

Halaman | 12

A. Calon Lengkap Dokumen

Submenu ini akan memaparkan keseluruhan calon yang

mempunyai id pengenalan diri sama ada No Kad Pengenalan, No

Sijil Kelahiran atau No Pasport.

Pilih No Pusat dan No Sekolah yang hendak didaftarkan calon.

Masukkan No Kelas dan tekan butang SENARAIKAN.

Pilih calon yang hendak didaftarkan berdasarkan No Kelas

yang dimasukkan dengan memilih (√) pada ruang kotak

Daftar.

Tekan butang SIMPAN untuk mendaftar Calon sebelum

menekan pautan SETERUSNYA>> atau <<SEBELUMNYA.

Mesej ‘Maklumat Calon UPSR telah berjaya disimpan’ akan

dipaparkan.

Halaman | 13

Jika tidak, satu tetingkap kecil peringatan akan keluar. Jika

pautan SETERUSNYA>> / <<SEBELUMNYA ditekan sebelum

menekan butang SIMPAN, calon yang telah dipilih tidak akan

didaftarkan.

Hanya Kod Calon Istimewa dibenarkan untuk dikemaskini.

Hanya 20 orang calon dipaparkan setiap paparan.

Bagi Jenis Calon 3 & 4, terdapat tambahan ruang kotak

Ambil BM 011/012 untuk dipilih seperti skrin di bawah.

Proses Daftar Calon sama sahaja seperti langkah di atas.

Halaman | 14

B. Calon Tiada Dokumen

Submenu ini akan memaparkan calon yang tidak mempunyai id

pengenalan diri langsung sama ada No Kad Pengenalan, No Sijil

Kelahiran atau No Pasport.

Calon ini akan didaftarkan dengan No LP sebagai id pengenalan

diri.

Pilih No Pusat dan No Sekolah yang hendak didaftarkan calon.

Masukkan No Kelas dan tekan butang Senaraikan.

Pilih calon yang hendak didaftarkan dengan memilih (√) pada

ruang kotak Daftar.

Klik butang SIMPAN.

No LP akan diberikan secara automatik.

Halaman | 15

Bagi Jenis Calon 3 & 4, terdapat tambahan ruang kotak Ambil

BM 011/012 untuk dipilih seperti skrin di bawah. Proses Daftar

Calon sama sahaja seperti langkah di atas.

3.2.1.2 Daftar Calon Sekolah Swasta (Jenis Calon 5)

Pilih sama ada No Kad Pengenalan atau No Sijil Lahir calon yang

ingin didaftarkan.

Masukkan id calon dan tekan butang CARIAN.

Jika id pengenalan calon tidak wujud, ralat ‘Rekod Calon Tidak

Wujud’ akan dipaparkan.

Jika id pengenalan calon wujud, skrin akan memaparkan calon

yang dicari. Jika ada lebih daripada seorang calon yang berkongsi

id yang sama, aplikasi akan menyenaraikan calon tersebut dan

SUP perlu membuat pilihan dengan menekan pautan pada Nama

Calon. Lihat skrin di bawah.

Halaman | 16

Pilih No Pusat dan No Sekolah yang hendak didaftarkan calon.

Masukkan No Kelas dan pilih Kod Calon Istimewa (jika berkaitan)

dan tekan butang DAFTAR.

Jika calon berjaya didaftarkan, mesej ‘Maklumat Calon Berjaya

Disimpan’ akan dipaparkan.

Halaman | 17

3.2.2 Tambah Calon

Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP mendaftar calon secara

manual JIKA calon yang hendak didaftarkan TIADA pada submenu Daftar

Calon.

Pilih No Pusat dan No Sekolah yang hendak didaftarkan calon.

Masukkan No Kelas dan tekan butang TERUSKAN>>.

Skrin di bawah akan dipaparkan.

SUP perlu memasukkan sendiri No Kad Pengenalan (id pengenalan diri

sama ada No Kad Pengenalan, No Sijil Lahir atau No Pasport), Nama

Calon, Agama, Kod Calon Istimewa (jika berkaitan), Jantina, Tarikh Lahir

(dalam format ddmmyy) dan Keturunan.

Jika calon tidak mempunyai id pengenalan diri, tekan butang Jana No. LP

untuk menjana No LP.

Halaman | 18

Jika Tarikh Lahir yang dimasukkan melebihi KOHORT umur yang

ditetapkan pada setiap tahun peperiksaan, ralat ‘Sila masukkan tarikh

yang sah’ akan dipaparkan. Calon yang melebihi KOHORT umur tidak akan

didaftarkan.

Tekan butang DAFTAR untuk mendaftar calon.

Jika calon ditambah selepas SUP menjana angka giliran, ruang No. Calon

akan dipaparkan dan No Kelas tidak boleh dimasukkan. Lihat skrin di

bawah.

Halaman | 19

Jika calon berjaya didaftarkan, mesej ‘Maklumat Calon telah berjaya

disimpan’ seperti di bawah akan dipaparkan.

JANGAN sesekali klik pada kotak ‘□ Prevent this page from creating

additional dialogs’ di atas.

SUP hanya dibenarkan klik pada butang OK sahaja.

Bagi Sekolah Kerajaan (Jenis Calon 3 & 4), terdapat tambahan ruang

kotak Calon SJK Yang Mengambil BM 011/012 untuk dipilih seperti

skrin di bawah. Proses Tambah Calon sama sahaja seperti langkah di atas.

Halaman | 20

3.2.3 Kemaskini Calon

Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP Kemaskini maklumat calon

atau Hapus calon melalui carian id pengenalan diri atau angka giliran.

Masukkan id pengenalan diri atau angka giliran dan tekan butang CARIAN.

Jika id pengenalan calon atau angka giliran wujud, skrin akan

memaparkan calon yang dicari. Jika ada lebih daripada seorang calon

yang berkongsi id yang sama, aplikasi akan menyenaraikan calon tersebut

dan SUP perlu membuat pilihan dengan menekan pautan pada Nama

Calon. Lihat rajah di bawah.

Jika Janaan Angka Giliran hanya dilakukan sebanyak dua (2) kali sahaja

dan Pengesahan Pendaftaran belum dilakukan, hanya No Kelas dan

Kod Calon Istimewa boleh dikemaskini.

Jika Janaan Angka Giliran telah dilakukan sebanyak tiga (3) kali dan

Pengesahan Pendaftaran belum dilakukan, hanya Kod Calon Istimewa

boleh dikemaskini.

Halaman | 21

Jika calon didaftarkan melalui submenu TAMBAH CALON dan jika

Janaan Angka Giliran hanya dilakukan sebanyak dua (2) kali sahaja

serta Pengesahan Pendaftaran belum dilakukan, semua maklumat

calon boleh dikemaskini.

Jika Pengesahan Pendaftaran telah dilakukan, mana-mana maklumat

calon didaftarkan melalui menu Tambah Calon tidak boleh dikemaskini

lagi.

Tekan butang KEMASKINI untuk menyimpan maklumat calon yang telah

dikemaskini.

Tekan butang HAPUS untuk membuang calon daripada Senarai Calon yang

telah didaftarkan.

Bagi Sekolah Kerajaan (Jenis Calon 3 & 4), terdapat tambahan ruang

kotak Calon SJK Yang Mengambil BM 011/012 untuk dipilih seperti

skrin di bawah. Proses Kemaskini Calon sama sahaja seperti langkah di

atas.

Halaman | 22

3.2.4 Senarai Calon Jana Angka Giliran

Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP melihat senarai calon yang

telah didaftarkan bagi setiap pusat peperiksaan kawalannya dan menjana

angka giliran.

Melalui Senarai Calon ini juga SUP boleh mengemaskini maklumat calon yang

dibenarkan dan menghapus calon dengan menekan ikon yang disediakan.

***PENTING: Perlu diingatkan, SUP hanya dibenarkan menjana angka

giliran sebanyak TIGA (3) kali sahaja. Setelah pasti dengan senarai calon

yang didaftarkan dan angka giliran telah dijana, SUP MESTILAH menekan

butang PENDAFTARAN DISAHKAN. Hanya selepas butang PENDAFTARAN

DISAHKAN ini ditekan, calon yang didaftarkan akan disimpan di dalam

pangkalan data sebagai senarai calon yang sah untuk didaftarkan.

***SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM MENJANA ANGKA GILIRAN:

SUP masih dibenarkan untuk mengemaskini maklumat calon seperti No

Kelas dan Kod Calon Istimewa dan menghapus calon setelah angka giliran

dijana sebanyak dua (2) kali.

SUP HANYA dibenarkan untuk mengemaskini maklumat calon seperti Kod

Calon Istimewa sahaja dan menghapus calon setelah angka giliran dijana

sebanyak tiga (3) kali.

Sekiranya butang PENDAFTARAN DISAHKAN telah ditekan, SUP TIDAK

BOLEH sama sekali mengemaskini mana-mana maklumat calon,

menambah dan menghapus calon. Sila pastikan SUP benar-benar pasti

dengan senarai calon yang ingin didaftarkan.

JIKA SUP ada menambah calon selepas menjana angka giliran buat kali

pertama (1) atau kali kedua (2), SILA jana angka giliran sekali lagi

sebelum menekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN.

Halaman | 23

Pilih No Pusat dan No Sekolah yang hendak didaftarkan calon.

Tekan butang CARIAN.

Skrin di bawah akan dipaparkan.

Klik pautan SETERUSNYA>> atau <<SEBELUMNYA untuk melihat

keseluruhan senarai calon.

Klik ikon ( ) untuk Kemaskini maklumat calon.

Klik ikon ( ) untuk Hapus calon.

Tekan butang JANA ANGKA GILIRAN untuk menjana angka giliran.

Halaman | 24

Skrin di bawah akan dipaparkan setelah angka giliran dijana buat kali

pertama (1).

Tekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN untuk mengesahkan pendaftaran

calon SEKIRANYA SUP tidak ingin mengemaskini mana-mana maklumat

calon dan senarai calon telah dipastikan.

Mesej di bawah akan dipaparkan setelah butang PENDAFTARAN

DISAHKAN ditekan.

Halaman | 25

Skrin di bawah akan dipaparkan setelah angka giliran dijana buat kali

kedua (2).

Tekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN untuk mengesahkan pendaftaran

calon SEKIRANYA SUP tidak ingin mengemaskini mana-mana maklumat

calon dan senarai calon telah dipastikan.

Halaman | 26

Skrin di bawah akan dipaparkan setelah angka giliran dijana buat kali

ketiga (3).

Tekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN untuk mengesahkan pendaftaran

calon SEKIRANYA SUP tidak ingin mengemaskini mana-mana maklumat

calon dan senarai calon telah dipastikan.

Setelah butang PENDAFTARAN DISAHKAN ditekan, senarai calon yang

telah didaftarkan akan disimpan di dalam pangkalan data sebagai calon

yang sah didaftarkan.

Halaman | 27

Skrin di bawah akan dipaparkan setelah butang PENDAFTARAN DISAHKAN

ditekan.

Sekiranya ada penambahan calon untuk didaftarkan selepas angka giliran

dijana pada kali pertama (1) atau kedua (2), DAN butang PENDAFTARAN

DISAHKAN terus ditekan TANPA menjana angka giliran SEKALI LAGI,

mesej ralat ‘Masih terdapat calon yang tidak mempunyai angka giliran.

Sila Jana Angka Giliran’ akan dipaparkan.

Klik butang OK.

Tekan butang JANA ANGKA GILIRAN.

Halaman | 28

3.2.5 Senarai Calon KOHORT

Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP melihat senarai calon di

bawah KOHORT umur yang sah pada setiap tahun peperiksaan yang

didaftarkan pada setiap pusat peperiksaan.

Pilih No Pusat dan No Sekolah untuk dipaparkan.

Jenis Calon akan dipaparkan secara automatik.

Tekan butang CARIAN.

Skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 29

3.2.6 Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas (CBK)

Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP memasukkan keperluan khas

bagi setiap calon istimewa yang didaftarkan.

HANYA calon istimewa yang telah SAH didaftarkan akan dipaparkan pada

submenu ini.

Pilih No Pusat dan No Sekolah untuk dipaparkan.

Jenis Calon akan dipaparkan secara automatik.

Tekan butang CARIAN.

Skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 30

Masukkan setiap keperluan khas calon istimewa (jika berkaitan) pada

ruang yang disediakan.

Sila pilih kotak Tambah Masa, Kertas dan Pengecualian PEKA dan PAFA

(jika berkaitan). Kotak akan bertanda (√) setelah dipilih.

Calon yang beragama Islam tidak boleh dikecualikan daripada tidak

mengambil PAFA. Mesej di bawah akan dipaparkan jika SUP memilih kotak

Pengecualian PAFA bagi calon istimewa beragama Islam.

Setelah memasukkan semua keperluan khas calon istimewa, tekan butang

SIMPAN.

Mesej ‘Maklumat Calon Istimewa telah disimpan’ akan dipaparkan. Klik

butang OK.

Aplikasi akan mengira jumlah setiap keperluan khas calon secara

automatik.

Skrin di bawah menunjukkan skrin Borang Maklumat CBK yang telah

dimasukkan keperluan dan telah dikira jumlah setiap keperluan.

Halaman | 31

Sekiranya ada keperluan khas calon istimewa yang perlu dikemaskini, pilih

kotak yang berkaitan dan tekan butang SIMPAN.

3.3 MENU CETAKAN

Menu ini disediakan bagi membolehkan SUP mencetak dokumen standard yang

diperlukan pada setiap proses pendaftaran calon.

Terdapat 7 jenis cetakan yang disediakan iaitu:

Kenyataan Semakan

Kenyataan Kemasukan

Senarai Kemasukan Mata Pelajaran

Rumusan Sekolah – Mata Pelajaran

Senarai Calon Istimewa

Borang Perakuan Calon Peperiksaan UPSR

Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas

Halaman | 32

SUP perlu memilih No Pusat dan No Sekolah pada SETIAP jenis cetakan. Paparan

di bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan kepada cetakan.

Klik ikon Disket untuk simpan Surat Login pada komputer PPD.

Klik ikon Pencetak untuk cetak terus Surat Login melalui aplikasi.

Bagi cetakan Kenyataan Semakan:

Pilih sama ada Semua Calon / No Calon / No Kelas.

Tekan butang PAPAR.

Bagi cetakan Kenyataan Kemasukan:

Pilih sama ada Semua Calon / No Calon / No Kelas.

Tekan butang PAPAR.

Bagi cetakan Senarai Kemasukan Mata Pelajaran:

Pilih sama ada Semua Calon / No Calon / No Kelas.

Tekan butang PAPAR.

Bagi cetakan Rumusan Sekolah – Mata Pelajaran

Pilih No Pusat dan No Sekolah.

Tekan butang PAPAR

Bagi cetakan Senarai Calon Istimewa:

Pilih sama ada Semua Calon Istimewa / Kod Calon Istimewa

Tekan butang PAPAR.

Bagi cetakan Borang Perakuan Calon Peperiksaan UPSR:

Pilih sama ada Semua Calon / Angka Giliran

Tekan butang PAPAR.

Bagi cetakan Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas

Pilih No Pusat dan No Sekolah.

Tekan butang PAPAR

Halaman | 33

3.4 MENU IMPORT/EKSPORT

Menu ini disediakan bagi membolehkan SUP mengeksport dan menyimpan maklumat

calon dalam bentuk fail Excel (.xls) ke komputer sendiri.

Pilih No Pusat dan No Sekolah untuk dieksport data calon.

Jenis Calon dan Nama Pusat akan terus dipaparkan.

Tekan butang EKSPORT DATA CALON.

Skrin di bawah akan dipaparkan.

SUP mempunyai pilihan sama ada untuk terus membuka fail (Open With) atau

menyimpan fail (Save File) pada komputer.

Klik butang OK.

Halaman | 34

3.5 MENU LAIN-LAIN

Menu ini mempunyai satu submenu iaitu Tukar Katalaluan. Melalui submenu ini, SUP

boleh mengemaskini maklumat sekolah, maklumat peribadi dan katalaluan.

Skrin di bawah akan dipaparkan setelah submenu Tukar Katalaluan ditekan.

Tekan butang SIMPAN setelah maklumat di atas dikemaskini.

3.6 MENU BANTUAN

Terdapat dua (2) submenu bagi menu Bantuan iaitu Manual Pengguna dan Pegawai

Dihubungi.

3.6.1 Manual Pengguna

Tekan submenu Manual Pengguna untuk memaparkan dan menyimpan

manual ke komputer.

Paparan di bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan

kepada Manual Pengguna.

Halaman | 35

Klik ikon Disket untuk simpan dokumen pada komputer SUP.

Klik ikon Pencetak untuk cetak terus dokumen melalui aplikasi.

3.6.2 Pegawai Dihubungi

Tekan submenu Pegawai Dihubungi bagi menyenaraikan pegawai yang

bertanggungjawab membantu SUP di dalam proses pendaftaran pusat dan

calon peperiksaan sekiranya mengalami kesulitan.

Contoh skrin bagi submenu Pegawai Dihubungi:

Halaman | 36

3.7 MENU UTAMA

Menu ini akan memaparkan maklumat am pusat peperiksaan SUP.

4.0 KELUAR DARI SISTEM

Klik menu Keluar untuk keluar dari sistem.