3. tugas sup pendataran upsr 2015

16
1 Pendaftaran UPSR 2015 1. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEBELUM PENDAFTARAN) 2. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEMASA PROSES PENDAFTARAN) 3. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)

Upload: roman-dragon

Post on 18-Dec-2015

87 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

setiusaha peperiksaan

TRANSCRIPT

  • *Pendaftaran UPSR 2015 1. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEBELUM PENDAFTARAN)2. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEMASA PROSES PENDAFTARAN)3. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)

  • *TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEBELUM PENDAFTARAN)1. Setiausaha Peperiksaan dengan kerjasama daripada Guru Kelas mengumpulkan dokumen murid Tahun 6 dan PT3.1.1 Salinan MyKid / MyKad / Kad Pengenalan / salinan kad pengenalan sementara / salinan cabutan kad pengenalan.Catatan:1.2. Salinan Surat Beranak 1.3. Salinan Permint Belajar tahunan semasa yang dikeluarkan oleh Sektor Pengurusan Sekolah.1.4. Dokumen Calon Berkeperluan Khas (CBK) Kad OKU / Laporan Doktor /Laporan Perubatan1.5. Surat permohonan /pengakuan ibu bapa memerlukan kemudahan CBK atau tidak

  • * Taklimat Pendaftaran UPSR / PT3 - Guru Kelas, Guru Mata Pelajaran dan Calon UPSR / PT32.1 Murid melengkapkan borang permohonan pendaftaran UPSR / PT3 secara manual.Catatan:2.2. Murid melengkapkan borang dengan bantuan Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran bagi memastikan maklumat murid betul dan mata pelajaran yang di pilih betul.2.3. Murid membawa pulang untuk mendapatkan tandatangan dari ibubapa/penjaga bagi mengesahkan segala maklumat yang diisi dalam borang pendaftaran adalah tepat dan betul.2.4 Sekiranya terdapat pembetulan, ibubapa / penjaga akan memotong maklumat yang salah dan menulis maklumat baru dengan menggunakan pen warna merah.TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEBELUM PENDAFTARAN)2.5 Murid menyerahkan semula kepada Setiausaha Peperiksaan melalui Guru Kelas bagi tujuan merekodkan dalam Aplikasi Pendaftaran

  • *Pendaftaran UPSR 20152. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEMASA PROSES PENDAFTARAN)

  • *TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEMASA PROSES PENDAFTARAN)Setiausaha Peperiksaan memasukkan maklumat dalam Online Aplikasi Pentaksiran PT3.1.1. Pendaftaran Calon, SuP hanya mengesahkan data murid dalam aplikasi pendaftaran yang telah sedia ada maklumat diri murid berpandukan borang pendaftaran manual yang telah disahkan oleh ibubapa / penjaga. SuP boleh membetulkan maklumat tersebut sekiranya maklumat dalam aplikasi tidak tepat.Catatan:1.2. Pendaftaran Mata Pelajaran / Ikut Aliran SK / SJKC / SJKT SuP mendaftarkan mata pelajaran yang dikehendaki oleh murid ke dalam aplikasi1.3. Pendaftaran CBK dan kemudahan yang diperlukan, SuP akan mendaftarkan calon CBK dengan menandakan jenis kecacatan serta keperluan untuk menduduki peperiksaan

  • *1.4. Calon berkeperluan khas ialah calon yang memerlukan perkhidmatan, peralatan serta perisian khas dalam peperiksaan. Segala keperluan calon berkenaan disediakan oleh sekolah berdasarkan permohonan calon dengan persetujuan guru besar/pengetua/ibubapa/penjaga.Catatan:1.5. Kategori calon berkeperluan khas adalah seperti berikut:

    Calon Terencat Akal/Sindrom Down Calon Buta Calon Pelbagai Kecacatan/Ketidakupayaan Lain Calon Disleksia/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/ Attention Deficit Disorder (ADD)/ Autisme/ Learning Disabilities (LD) Calon Bisu Calon Pekak Calon Rabun Calon Spastik/Cerebral Palsy TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEMASA PROSES PENDAFTARAN)

  • *4.8. Calon yang memerlukan keperluan khas hendaklah memohon kepada pihak sekolah. Calon yang tidak membuat permohonan akan dianggap sebagai calon biasa. Catatan:4.9. Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan menggunakan borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas LP/Am 89 berserta dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad Orang Kurang Upaya (OKU) kepada Pengarah Pelajaran Negeri. Borang boleh diperoleh daripada JPN atau dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan.TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEMASA PROSES PENDAFTARAN)4.10. Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah mengeluarkan surat pengesahan keperluan khas calon dan menghantar satu (1) salinan surat pengesahan berserta dokumen sokongan kepada Pengarah Peperiksaan. 4.11. Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan surat kelulusan keperluan khas kepada Pengarah Pelajaran Negeri.

  • *Catatan:4.12. Guru Besar/Pengetua sekolah hendaklah menyediakan bilik dan peralatan khas bagi calon-calon berkeperluan khas seperti yang diluluskan oleh Pengarah Peperiksaan. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEMASA PROSES PENDAFTARAN)4.13. Pihak sekolah atau JPN hendaklah mencetak Kenyataan Kemasukan Peperiksaan (KKP) sebelum tarikh tutup pendaftaran untuk disemak dan dibuat pembetulan oleh calon.4.14. Sekiranya ada pembetulan, pihak sekolah atau JPN hendaklah mengemas kini maklumat pendaftaran calon.4.15. KKP hendaklah diserahkan kepada calon untuk tujuan semakan. KKP yang betul hendaklah disahkan oleh calon dan ibubapa/penjaga.4.16. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat dalam KKP. Pembetulan perlu dibuat oleh SuP. KKP baru perlu dicetak semula untuk diberi kepada calon bagi tujuan pengesahan ibubapa / penjaga calon.

  • *Catatan:4.17. KKP yang telah disahkan oleh ibubapa/penjaga calon hendaklah dikumpul semula oleh SUP sebagai tujuan simpanan dan rujukan semasa peperiksaan nanti TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEMASA PROSES PENDAFTARAN)4.18 SuP perlu mencetak rumusan Pendaftaran Calon di mana Guru Besar/Pengetua bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan dokumen maklumat pendaftaran calon adalah betul dan tepat dengan menandatangani dokumen berkenaan. 4.19 JPN bertanggungjawab mencetak dan memberi kepada calon persendirian untuk menyemak dan mengesahkan dokumen maklumat pendaftaran (KKP) adalah betul dan tepat dengan menandatangani dokumen berkenaan. 4.20 Calon Persendirian perlu menyimpan sendiri KKP sebagai bukti pendaftaran untuk ditunjukkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan pada hari peperiksaan selain dari dokumen pengenalan diri.

  • *Pendaftaran UPSR 20153. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)

  • * TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)1.1 Permohonan pembetulan maklumat calon dan maklumat mata pelajaran hendaklah dengan menggunakan Borang Pembetulan Maklumat Calon (BPMC) yang boleh diperoleh daripada JPN atau dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan. 1.2 Lembaga Peperiksaan tidak akan melayan sebarang permohonan pembetulan maklumat selepas 15 Mei tahun peperiksaan 2.1 Murid sekolah tidak dibenarkan mendaftar sebagai calon persendirian.1 PEMBETULAN MAKLUMAT2 PERTUKARAN STATUS CALON 2.2 Calon persendirian dibenarkan membuat permohonan menukar status kepada calon sekolah setelah tarikh tutup pendaftaran dengan syarat calon diterima belajar di sekolah berkenaan. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh pihak sekolah kepada Pengarah Peperiksaan melalui Pengarah Pendidikan Negeri.

  • *3 PEMBATALAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN 3.1. Murid yang belum mendaftar peperiksaan dibenarkan membuat permohonan untuk menangguhkan peperiksaan.3.2. Calon yang telah mendaftar dibenarkan membuat permohonan pembatalan pendaftaran peperiksaan dan bukannya menangguhkan peperiksaan. 3.3. Pembatalan pendaftaran peperiksaan hanya akan diluluskan oleh Pengarah Peperiksaan bagi kes-kes berikut: 3.3.1. Kematian, 3.3.2. Sakit yang memerlukan rawatan berpanjangan. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)3.4. Calon/Ibubapa/Penjaga hendaklah membuat permohonan rasmi penangguhan/pembatalan peperiksaan berserta dokumen sokongan kepada Pengarah Pelajaran Negeri melalui pihak sekolah.

  • * TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)3.5. Pihak JPN hendaklah membuat pengesahan sebelum Pengarah Peperiksaan meluluskan permohonan pembatalan pendaftaran peperiksaan secara rasmi.

    3.6. Calon hendaklah mendaftar semula bagi menduduki peperiksaan pada tahun berikutnya. 3.7. Yuran pendaftaran bagi semua peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan tidak akan dikembalikan kecuali dalam hal yang ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan.

  • * TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)4. PINDAH PUSAT PEPERIKSAAN4.1. Calon Sekolah perlu mengemukakan permohonan pindah pusat peperiksaan melalui Guru Besar/Pengetua sekolah asal masing-masing. Permohonan hendaklah disertakan bersama dengan dokumen Kelulusan Pertukaran Sekolah.4.2. Calon Persendirian perlu mengemukakan permohonan pindah pusat peperiksaan melalui Pengarah Pelajaran Negeri di tempat calon mendaftar. 4.3. Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan hendaklah memilih sekolah yang menawarkan mata pelajaran yang didaftar. 4.4. Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan hendaklah melengkapkan Borang Perpindahan Calon dalam enam (6) salinan yang boleh diperoleh daripada JPN atau dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan.

  • *4.5. Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan TIDAK dikenakan bayaran4.6. Guru Besar/Pengetua sekolah pusat asal calon hendaklah menandatangani Bahagian A borang tersebut dan menghantar lima (5) salinan kepada Guru Besar/Pengetua sekolah baru calon berkenaan. Guru Besar/Pengetua sekolah baru calon hendaklah melengkapkan Bahagian B dan menghantar empat (4) salinan ke JPN. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)4.7. Permohonan pindah pusat peperiksaan hendaklah sampai kepada Unit/Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPN pada atau sebelum 15 Mei tahun peperiksaan. Permohonan yang diterima mulai 16 Mei akan dianggap sebagai calon menumpang dan mesti menggunakan angka giliran asal. 4.8. Angka giliran calon yang sudah berpindah tidak boleh diberi kepada calon lain.

  • *TAMAT

    ****************