manual pengguna aplikasi pendaftaran pt3 (sup)

45
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MANUAL PENGGUNA APLIKASI PENDAFTARAN PT3 [SUP] BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Upload: kong-sin-yew

Post on 06-Jul-2016

80 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pt3

TRANSCRIPT

Page 1: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA

APLIKASI PENDAFTARAN PT3

[SUP] BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT,

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 2: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Halaman | 2

Penafian. Hakcipta © Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

Adalah DIGALAKKAN bagi SUP membaca keseluruhan manual pengguna yang disediakan ini sebelum memulakan proses pendaftaran pusat pentaksiran dan calon bagi melancarkan proses pendaftaran sekaligus mengelakkan kesilapan di dalam mendaftar pusat dan calon.

Page 3: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 42.0 PENGGUNAAN SISTEM

2.1 Pra Penggunaan Sistem 4 – 72.2 Senarai Menu 7

3.0 PROSES PENGGUNAAN SISTEM3.1 MENU PROSES PUSAT

3.1.1 Daftar Pusat 8 – 93.1.2 Senarai Pusat 10 – 11

3.2 MENU PROSES CALON3.2.1 Daftar Calon

3.2.1.1 Calon Sekolah Kerajaan 11 – 16A. Calon Lengkap Dokumen 12 – 14 B. Calon Tiada Dokumen 14 – 15

3.2.1.2 Calon Sekolah Swasta 15 – 163.2.2 Tambah Calon 17 – 193.2.3 Kemaskini Calon 20 – 213.2.4 Senarai Calon Jana Angka Giliran 22 – 27

3.2.6 Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas 29 – 313.3 MENU CETAKAN 31 – 323.4 MENU IMPORT / EKSPORT 33 3.5 MENU LAIN-LAIN 34

Halaman | 3

Page 4: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

3.6 MENU BANTUAN 34 – 35 3.7 MENU UTAMA 36

4.0 KELUAR DARI SISTEM 36

1.0 PENGENALAN

Aplikasi Pendaftaran Calon PT3 Atas Talian dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) untuk memudahkan Setiausaha Pentaksiran (SUP) mendaftar pusat pentaksiran dan calon yang akan menduduki pentaksiran PT3. Ini adalah satu langkah yang dilakukan oleh LP untuk menaiktaraf sistem Pendidikan Negara dengan mengaplikasikan kemudahan teknologi siber di peringkat sekolah selaras dengan agenda PIPP Nasional. Diharapkan dengan pembangunan dan kemudahan sistem aplikasi ini, proses pendaftaran pusat pentaksiran dan calon PT3 dapat dilakukan dengan lebih efisien.

2.0 PENGGUNAAN SISTEM

2.1 PRA PENGGUNAAN SISTEM Buka pelayan web Internet (dinasihatkan penggunakan pelayar web Mozila

Firefox 3.0 ke atas dengan saiz resolusi skrin 1024 x 768 piksel) Taipkan alamat url seperti berikut:

http://apps2.moe.gov.my/pt3 Skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 4

Page 5: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Klik pada butang Setiausaha Pentaksiran

Skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 5

Page 6: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Masukkan Nama Login dan Kata Laluan seperti yang diberikan oleh Lembaga Pentaksiran melalui ‘Surat Login’ untuk Aplikasi Pendaftaran PT3.

Klik butang Masuk dan skrin di bawah akan dipaparkan.

Untuk pengguna yang baru pertama kali mendaftar masuk (login) ke aplikasi ini, proses pengemaskinian Kata Laluan perlu dilakukan.

Halaman | 6

Page 7: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Masukkan Kata Laluan Lama dan Kata Laluan Baru. Maklumat seperti Nama SUP, No. Tel Pejabat, No. Tel Bimbit dan Emel wajib

dimasukkan. Jika tidak, ralat dikeluarkan dan maklumat tidak akan disimpan. Klik butang SIMPAN dan mesej ‘Maklumat Berjaya Dikemaskini’ dipaparkan.

2.2 SENARAI MENU

Bagi SUP menu-menu yang boleh dicapai di dalam aplikasi ini adalah seperti berikut: Utama Proses Pusat

o Daftar Pusato Senarai Pusat

Proses Calono Daftar Calono Tambah Calono Kemaskini Calono Senarai Calon (Jana Angka Giliran)

Cetakan Import / Eksport Lain-lain

o Tukar Katalaluan Bantuan

o Manual Penggunao Pegawai Dihubungi

Keluar

Halaman | 7

Page 8: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

3.0 PROSES PENGGUNAAN SISTEM

3.1 MENU PROSES PUSAT

Ini adalah menu di mana SUP akan mendaftar pusat pentaksiran pilihan. Untuk melancarkan proses mendaftar pusat pentaksiran.

Terdapat dua (2) submenu untuk Proses Pusat iaitu Daftar Pusat dan Senarai Pusat. Proses terperinci bagi kedua-dua submenu ini diterangkan di bawah:

3.1.1 Daftar Pusat Untuk mendaftar pusat pentaksiran, masukkan No Pusat. Tekan butang

SEMAK.

Halaman | 8

Page 9: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Jika No Pusat belum diwujudkan, skrin di bawah akan dipaparkan.

Klik butang DAFTAR. Mesej ‘No Pusat Berjaya didaftarkan’ akan dipaparkan.

Jika No Pusat telah wujud, ralat ‘No. Pusat Telah Wujud’ seperti di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 9

Page 10: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

SUP dibenarkan mengemaskini Nama Pusat sahaja. Nama Pusat tidak boleh melebihi 40 aksara.

3.1.2 Senarai Pusat Melalui menu ini, SUP boleh melihat senarai pusat pentaksiran yang telah

didaftarkan, Jenis calon, bil calon, status janaan angka giliran, status pengesahan pendaftaran calon, mengemaskini Nama Pusat serta boleh terus mendaftar calon untuk pusat pilihan.

SUP boleh menekan pautan Bil Calon ( ) untuk terus melihat Senarai Calon yang didaftarkan.

Halaman | 10

Page 11: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Untuk mengemaskini Nama Pusat, tekan ikon Kemaskini ( ) dan tekan butang KEMASKINI setelah mengemaskini Nama Pusat.

Untuk mendaftar calon untuk pusat pentaksiran, tekan butang Daftar Calon. Paparan skrin di bawah akan terpapar.

Halaman | 11

Page 12: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

3.2 MENU PROSES CALON

Terdapat lima (5) submenu untuk Proses Calon iaitu Daftar Calon APDM, Tambah Calon, Selenggara Calon, Selenggara Mata Pelajaran, dan Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas. Proses terperinci bagi submenu ini diterangkan di bawah:

3.2.1 Daftar Calon APDM

Bagi submenu ini, terdapat 2 perbezaan SKRIN dan PROSES mendaftar calon iaitu Calon Lengkap Dokumen dan Calon Tidak Lengkap Dokumen. 3.2.1.1Daftar Calon Lengkap Dokumen

Submenu ini akan memaparkan No. Pusat, No. Sekolah, Jenis Sekolah (K, L, M, N, P, R, S, T), Nama Kelas APDM.

Pilih No. Pusat dan No. Sekolah yang hendak didaftarkan calon.

Pilih Jenis Sekolah yang hendak didaftarkan mengikut kategori yang yang telah disenaraikan. Petunjuk:

K- Calon Sekolah Menengah KerajaanL- Calon MRSM/Perantis PetronasM- Calon Sekolah Agama Tadbiran Kerajaan Negeri N- Calon Sekolah Swasta P- Calon PersendirianR- Calon Sekolah Agama RakyatS- Calon Sekolah Tidak Berdaftar Dengan KPM T- Calon Sekolah Intergriti / Tunas Bakti / Seri Puteri /

Asrama Akhlak

Halaman | 12

Page 13: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Pilih Nama Kelas APDM yang telah didaftarkan. Paparan skrin seperti di bawah. SUP perlu memilih nama Kelas APDM.

Masukkan No Kelas bagi menentukan kedudukan calon dan tekan butang SENARAIKAN.

Skrin akan memaparkan keseluruhan maklumat calon yang mempunyai id pengenalan diri sama ada No Kad Pengenalan, No Sijil Kelahiran atau No Pasport, Tarikh Lahir, Keterunan, Calon Istimewa dan Daftar. Paparan skrin seperti di bawah .

Halaman | 13

Page 14: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Pilih calon yang hendak didaftarkan berdasarkan No Kelas yang dimasukkan dengan memilih (√) pada ruang kotak Daftar.

Halaman | 14

Page 15: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Tekan butang SIMPAN untuk mendaftar Calon .

Mesej ‘Maklumat Calon PT3 telah berjaya disimpan’ akan dipaparkan dan tekan

Jika tidak, satu tetingkap kecil peringatan akan keluar.

Halaman | 15

OK

Page 16: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

PERINGATAN :Jika pautan SETERUSNYA>> / <<SEBELUMNYA ditekan sebelum menekan butang SIMPAN, calon yang telah dipilih tidak akan didaftarkan.

Hanya Kod Calon Istimewa dibenarkan untuk dikemaskini. Hanya 20 orang calon dipaparkan setiap paparan.

Halaman | 16

Page 17: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Pilih No Pusat yang hendak didaftarkan calon. Masukkan No Kelas dan pilih Kod Calon Istimewa (jika berkaitan)

dan tekan butang DAFTAR.

Jika calon berjaya didaftarkan, mesej ‘Maklumat Calon Berjaya Disimpan’ akan dipaparkan.

3.2.2 Tambah Calon

Halaman | 17

Page 18: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP mendaftar calon secara manual JIKA calon yang hendak didaftarkan TIADA pada submenu Daftar Calon.

Pilih No Pusat dan No Sekolah yang hendak didaftarkan calon. Masukkan No Kelas dan tekan butang TERUSKAN>>.

Skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 18

Page 19: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

SUP perlu memasukkan sendiri No Kad Pengenalan (id pengenalan diri sama ada No Kad Pengenalan, No Sijil Lahir atau No Pasport), Nama Calon, Agama, Kod Calon Istimewa (jika berkaitan), Jantina,

Tarikh Lahir (dalam format ddmmyy) dan Keturunan. Jika calon tidak mempunyai id pengenalan diri, tekan butang Jana No.

LP untuk menjana No LP.

Tekan butang DAFTAR untuk mendaftar calon. Jika calon ditambah selepas SUP menjana angka giliran, ruang No.

Calon akan dipaparkan dan No Kelas tidak boleh dimasukkan. Lihat skrin di bawah.

Halaman | 19

Page 20: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Jika calon berjaya didaftarkan, mesej ‘Maklumat Calon telah berjaya disimpan’ seperti di bawah akan dipaparkan.

JANGAN sesekali klik pada kotak ‘□ Prevent this page from creating additional dialogs’ di atas.

SUP hanya dibenarkan klik pada butang OK sahaja.

Halaman | 20

Page 21: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

3.2.3 Kemaskini Calon

Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP Kemaskini maklumat calon atau Hapus calon melalui carian id pengenalan diri atau angka giliran.

Masukkan id pengenalan diri atau angka giliran dan tekan butang CARIAN.

Jika id pengenalan calon atau angka giliran wujud, skrin akan memaparkan calon yang dicari. Jika ada lebih daripada seorang calon yang berkongsi id yang sama, aplikasi akan menyenaraikan calon tersebut dan SUP perlu membuat pilihan dengan menekan pautan pada Nama Calon. Lihat rajah di bawah.

Jika Janaan Angka Giliran hanya dilakukan sebanyak tiga (3) kali sahaja dan Pengesahan Pendaftaran belum dilakukan, hanya No Kelas dan Kod Calon Istimewa boleh dikemaskini.

Jika Janaan Angka Giliran telah dilakukan sebanyak tiga (3) kali dan Pengesahan Pendaftaran belum dilakukan, hanya Kod Calon Istimewa boleh dikemaskini.

Halaman | 21

Page 22: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Jika calon didaftarkan melalui submenu TAMBAH CALON dan jika Janaan Angka Giliran hanya dilakukan sebanyak dua (2) kali sahaja serta Pengesahan Pendaftaran belum dilakukan, semua maklumat calon boleh dikemaskini.

Jika Pengesahan Pendaftaran telah dilakukan, mana-mana maklumat calon didaftarkan melalui menu Tambah Calon tidak boleh dikemaskini lagi.

Tekan butang KEMASKINI untuk menyimpan maklumat calon yang telah dikemaskini.

Tekan butang HAPUS untuk membuang calon daripada Senarai Calon yang telah didaftarkan.

3.2.4 Selenggara Calon Jana Angka Giliran

Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP melihat senarai calon yang telah didaftarkan bagi setiap pusat pentaksiran kawalannya dan menjana angka giliran.

Melalui Senarai Calon ini juga SUP boleh mengemaskini maklumat calon yang dibenarkan dan menghapus calon dengan menekan ikon yang disediakan.

***PENTING: Perlu diingatkan, SUP hanya dibenarkan menjana angka giliran sebanyak TIGA (3) kali sahaja. Setelah pasti dengan senarai calon yang didaftarkan dan angka giliran telah dijana, SUP MESTILAH menekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN. Hanya selepas butang PENDAFTARAN DISAHKAN ini ditekan, calon yang didaftarkan akan disimpan di dalam pangkalan data sebagai senarai calon yang sah untuk didaftarkan.

***SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM MENJANA ANGKA GILIRAN:

Halaman | 22

Page 23: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

SUP masih dibenarkan untuk mengemaskini maklumat calon seperti No Kelas dan Kod Calon Istimewa dan menghapus calon setelah angka giliran dijana sebanyak dua (2) kali.

SUP HANYA dibenarkan untuk mengemaskini maklumat calon seperti Kod Calon Istimewa sahaja dan menghapus calon setelah angka giliran dijana sebanyak tiga (3) kali.

Sekiranya butang PENDAFTARAN DISAHKAN telah ditekan, SUP TIDAK BOLEH sama sekali mengemaskini mana-mana maklumat calon, menambah dan menghapus calon. Sila pastikan SUP benar-benar pasti dengan senarai calon yang ingin didaftarkan.

JIKA SUP ada menambah calon selepas menjana angka giliran buat kali pertama (1) atau kali kedua (2), SILA jana angka giliran sekali lagi sebelum menekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN.

Pilih No Pusat, Jenis Calon, Nama Kelas APDM dan masukkan no kelas untuk daftarkan calon.

Tekan butang SENARAIKAN. Skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 23

Page 24: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Klik SIMPAN untuk teruskan dengan pendaftaran calon. Skrin di bawah akan dipaparkan setelah angka giliran dijana buat kali

pertama (1).

Tekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN untuk mengesahkan pendaftaran

calon SEKIRANYA SUP tidak ingin mengemaskini mana-mana maklumat calon dan senarai calon telah dipastikan.

Mesej di bawah akan dipaparkan setelah butang PENDAFTARAN DISAHKAN ditekan.

Halaman | 24

Page 25: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Skrin di bawah akan dipaparkan setelah angka giliran dijana buat kali kedua (2).

Tekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN untuk mengesahkan pendaftaran calon SEKIRANYA SUP tidak ingin mengemaskini mana-mana maklumat calon dan senarai calon telah dipastikan.

Skrin di bawah akan dipaparkan setelah angka giliran dijana buat kali ketiga (3).

Halaman | 25

Page 26: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Tekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN untuk mengesahkan pendaftaran calon SEKIRANYA SUP tidak ingin mengemaskini mana-mana maklumat calon dan senarai calon telah dipastikan.

Setelah butang PENDAFTARAN DISAHKAN ditekan, senarai calon yang telah didaftarkan akan disimpan di dalam pangkalan data sebagai calon yang sah didaftarkan.

Skrin di bawah akan dipaparkan setelah butang PENDAFTARAN DISAHKAN ditekan.

Halaman | 26

Page 27: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Sekiranya ada penambahan calon untuk didaftarkan selepas angka giliran dijana pada kali pertama (1) atau kedua (2), DAN butang PENDAFTARAN DISAHKAN terus ditekan TANPA menjana angka giliran SEKALI LAGI, mesej ralat ‘Masih terdapat calon yang tidak mempunyai angka giliran. Sila Jana Angka Giliran’ akan dipaparkan.

Klik butang OK. Tekan butang JANA ANGKA GILIRAN.

3.2.5 Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas (CBK)

Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP memasukkan keperluan khas bagi setiap calon istimewa yang didaftarkan.HANYA calon istimewa yang telah SAH didaftarkan akan dipaparkan pada submenu ini.

Pilih No Pusat untuk dipaparkan. Jenis Calon akan dipaparkan secara automatik. Tekan butang CARIAN.

Halaman | 27

Page 28: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 28

Butang CARIAN

Page 29: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Halaman | 29

Page 30: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Masukkan setiap keperluan khas calon istimewa (jika berkaitan) pada ruang yang disediakan.

Sila pilih kotak Tambah Masa, Kertas dan Pengecualian PEKA dan PAFA (jika berkaitan). Kotak akan bertanda (√) setelah dipilih.

Calon yang beragama Islam tidak boleh dikecualikan daripada tidak mengambil PAFA. Mesej di bawah akan dipaparkan jika SUP memilih kotak Pengecualian PAFA bagi calon istimewa beragama Islam.

Setelah memasukkan semua keperluan khas calon istimewa, tekan butang SIMPAN.

Mesej ‘Maklumat Calon Istimewa telah disimpan’ akan dipaparkan. Klik butang OK.

Aplikasi akan mengira jumlah setiap keperluan khas calon secara automatik.

Skrin di bawah menunjukkan skrin Borang Maklumat CBK yang telah dimasukkan keperluan dan telah dikira jumlah setiap keperluan.

Halaman | 30

Page 31: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Sekiranya ada keperluan khas calon istimewa yang perlu dikemaskini, pilih kotak yang berkaitan dan tekan butang SIMPAN.

4.0 CALON PINDAH KELUAR

Masukkan No. Kad pengenalan atau nama dan klik CARI.

Halaman | 31

Page 32: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Kemudian Klik Pilih nama calon, PINDAH KELUAR.

Paparan berikut akan dipaparkan sekiranya calon berjaya dipindah keluar

5.0 CALON PINDAH MASUK

Halaman | 32

Page 33: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Masukkan No. Kad pengenalan klik CARI- kemudian Klik Nama Calon Pindah Masuk , kemudian klik pada PINDAH.

Bila Maklumat Calon pindah masuk telah berjaya dikemaskini, proses ini telah berjaya.

6.0 MENU CETAKAN

Halaman | 33

Page 34: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Menu ini disediakan bagi membolehkan SUP mencetak dokumen standard yang diperlukan pada setiap proses pendaftaran calon.

Terdapat 6 jenis cetakan yang disediakan iaitu: Kenyataan Kemasukan Rumusan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan Senarai Kemasukan Mata Pelajaran Rumusan Sekolah – Mata Pelajaran Senarai Calon Istimewa Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas

SUP perlu memilih No Pusat dan No Sekolah pada SETIAP jenis cetakan. Paparan di bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan kepada cetakan.

Klik ikon Disket untuk simpan Surat Login pada komputer PPD. Klik ikon Pencetak untuk cetak terus Surat Login melalui aplikasi.

Bagi cetakan Kenyataan Kemasukan: Pilih sama ada Semua Calon / No Calon / No Kelas. Tekan butang PAPAR.

Bagi cetakan Rumusan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan: Pilih sama ada Semua Calon / No Calon / No Kelas. Tekan butang PAPAR.

Bagi cetakan Senarai Kemasukan Mata Pelajaran: Pilih sama ada Semua Calon / No Calon / No Kelas. Tekan butang PAPAR.

Bagi cetakan Rumusan Sekolah – Mata Pelajaran Pilih No Pusat dan No Sekolah. Tekan butang PAPAR

Bagi cetakan Senarai Calon Istimewa: Pilih sama ada Semua Calon Istimewa / Kod Calon Istimewa Tekan butang PAPAR.

Bagi cetakan Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas Pilih No Pusat dan No Sekolah.

Halaman | 34

Page 35: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Tekan butang PAPAR

7.0 MENU IMPORT/EKSPORT

Menu ini disediakan bagi membolehkan SUP mengeksport dan menyimpan maklumat calon dalam bentuk fail Excel (.xls) ke komputer sendiri.

Pilih No Pusat untuk dieksport data calon. Jenis Calon dan Nama Pusat akan terus dipaparkan. Tekan butang EKSPORT DATA CALON.

Skrin di bawah akan dipaparkan.

SUP mempunyai pilihan sama ada untuk terus membuka fail (Open With) atau menyimpan fail (Save File) pada komputer.

Klik butang OK.8.0 MENU LAIN-LAIN

Menu ini mempunyai satu submenu iaitu Tukar Katalaluan. Melalui submenu ini, SUP boleh mengemaskini maklumat sekolah, maklumat peribadi dan katalaluan.

Halaman | 35

pendaftaranPT3.xls

Page 36: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Skrin di bawah akan dipaparkan setelah submenu Tukar Katalaluan ditekan.

Tekan butang SIMPAN setelah maklumat di atas dikemaskini.

9.0 MENU BANTUAN

Terdapat tiga (3) submenu bagi menu Bantuan iaitu Manual Pengguna Pendaftaran, Manual Pengguna Kemasukan Markah dan Pegawai Dihubungi.

9.1.0 Manual Pengguna Pendaftaran Tekan submenu Manual Pengguna Pendaftaran untuk memaparkan dan

menyimpan manual ke komputer. Paparan di bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan

kepada Manual Pengguna Pendaftaran.

Klik ikon Disket untuk simpan dokumen pada komputer SUP. Klik ikon Pencetak untuk cetak terus dokumen melalui aplikasi.

9.1.1 Manual Pengguna Kemasukan Markah

Halaman | 36

Page 37: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

Tekan submenu Manual Pengguna Kemasukan Markah untuk memaparkan dan menyimpan manual ke komputer.

Paparan di bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan kepada Manual Pengguna Kemasukan Markah.

Klik ikon Disket untuk simpan dokumen pada komputer SUP. Klik ikon Pencetak untuk cetak terus dokumen melalui aplikasi.

9.1.2 Pegawai Dihubungi

Tekan submenu Pegawai Dihubungi bagi menyenaraikan pegawai yang bertanggungjawab membantu SUP di dalam proses pendaftaran pusat dan calon pentaksiran sekiranya mengalami kesulitan.

Contoh skrin bagi submenu Pegawai Dihubungi:

9.1.3 MENU UTAMA

Menu ini akan memaparkan maklumat am pusat pentaksiran SUP.

Halaman | 37

Page 38: Manual Pengguna Aplikasi Pendaftaran Pt3 (Sup)

9.1.4 KELUAR DARI SISTEM

Klik menu Keluar untuk keluar dari sistem.

Halaman | 38