1-perubatan islam (intro)

16
PERUBATAN ISLAM PERUBATAN ISLAM BAHAGIAN SATU BAHAGIAN SATU

Upload: sabrina-lye

Post on 20-Jul-2015

890 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1-Perubatan Islam (intro)

PERUBATAN ISLAMPERUBATAN ISLAM

BAHAGIAN SATUBAHAGIAN SATU

Page 2: 1-Perubatan Islam (intro)

DEFINISIDEFINISI & CIRI-CIRI& CIRI-CIRI

Bersifat sejagat, mencakupi segala hal,sesuai dalam semua keadaaan dan berkembang maju dalam kerangka yang dibentuk oleh al-quran dan as-sunnah

Berteraskan wahyu dan tauhid kepada Allah s.w.t.

Perubatan moden hanya berdasarkan ilmu sains semata-mata dan hanya bergantung kepada kekuatan akal fikiran dan usaha manusia tanpa mempunyai sebarang matlamat akhirat.

Perlu berteraskan bukti-bukti penyelidikan terkini serta sesuai dengan sifat Islam yang menjadikan ilmu sebagai agama.

Page 3: 1-Perubatan Islam (intro)

TIBB NABAWITIBB NABAWI

Perkataan atau perbuatan yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w berkaitan dengan penyakit, rawatan dan penjagaan pesakit.

Melibatkan hadis berkaitan dengan perubatan dan rawatan perubatan yang dilakukan ke atas nabi @ sahabat dan rawatan yang dilakukan ke atas orang lain yang tidak pernah dilarang nabi

Menyentuh 2 aspek: pencegahan dan penyembuhan

Page 4: 1-Perubatan Islam (intro)

ETIKA PERUBATAN ISLAMETIKA PERUBATAN ISLAM

Islam tidak memisahkan etika dan sistem perubatan seperti mana yang diamalkan dalam sistem perubatan Barat.

Seorang doktor yang benar-benar memahami Islam secara automatik akan mempunyai etika yang baik dalam rawatan dan seharian hidupnya.

Syariat Islam tidak membezakan di antara perlakuan peribadi dengan tugas merawat pesakit. Akhlak dan tingkah laku doktor semasa merawat atau tidak melawat pesakti haruslah sama.

Ini kerana matlamat akhir kedua-duanya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t

Page 5: 1-Perubatan Islam (intro)

PRINSIP-PINSIP ETIKA PERUBATAN ISLAMPRINSIP-PINSIP ETIKA PERUBATAN ISLAM

TERAS: Al-Quran, sunnah dan ijttihad ulama’. Namun, atas dasar menjaga nyawa dan kesihatan, beberapa asas fiqah yang lebih fleksibel dapat digunakan

Ini kerana, dasar utama ilmu perubatan adalah menyelamatkan nyawa dan menjaga kesihatan.

Page 6: 1-Perubatan Islam (intro)

ETIKA YANG PERLU DIIKUTI DOKTORETIKA YANG PERLU DIIKUTI DOKTOR

1. Ciri-ciri peribadi seorang doktor

2. Tanggungjawab kepada pesakit

3. Tanggungjawab kepada masyarakat

4.Tanggungjawab kepada doktor lain

5.Tanggungjawab kepada rakan sekerja

Page 7: 1-Perubatan Islam (intro)

1. CIRI-CIRI PERIBADI DOKTOR1. CIRI-CIRI PERIBADI DOKTOR

Lemah-lembut, bersikap baik, mempunyai belas ihsan kepada pesakitnya dan tidak menagih alkohol.

Perlu menjaga keterampilan diri dan pergaulan.

Mudah memaafkan dan tidak berdendam serta berperanan menjadi pendamai dalam pertelingkahan.

Page 8: 1-Perubatan Islam (intro)

2. TANGGUNGJAWAB KEPADA PESAKIT2. TANGGUNGJAWAB KEPADA PESAKIT

Doktor perlu mengelak daripada menentukan jangka hayat pesakitnya kerana itu adalah urusan Allah.

Sentiasa bersabar dlm melayan karenah pesakit dan berlemah-lembut dalam menyantuni mereka.

Melayan mereka sama rata tanpa mengira darjat, tahap pendidikan serta kekuasaan mereka.

Doktor perlu bersegera apabila diperlukan terutamanya ketika kecemasan.

Doktor perlu berterima kasih dengan bayaran yang diterima dan jangan terlampau memikirkan imbuhan yang diberikan pesakit (IKHLAS :P)

Menjaga batas-batas pergaulan dengan pesakit berlainan jantina dan menjaga rahsia pesakit.

Page 9: 1-Perubatan Islam (intro)

3. TANGGUNGJAWAB KEPADA MASYARAKAT3. TANGGUNGJAWAB KEPADA MASYARAKAT

Doktor tidak boleh melakukan perkara yang boleh merosakkan reputasi anggota masayarakat

Doktor tidak boleh memperlekehkan pegangan agama atau pon kepercayaan orang lain.

Page 10: 1-Perubatan Islam (intro)

4. TANGGUNGJAWAB KEPADA DOKTOR LAIN4. TANGGUNGJAWAB KEPADA DOKTOR LAIN

Saling menghormati antara satu sama lain.

Doktor tidak dibenarkan memburukkan orang lain demi meningkatkan imej diri sendiri.

Sekiranya doktor lain tersalah dalam melakukan diagnosis atau cadangan rawatan, doktor tidak dibenarkan memperkecilkan doktor itu. Sekiranya rawatan itu mungkin membahayakan pesakit, maka menjadi tanggungjawab doktor itu untuk membetulkannya.

Page 11: 1-Perubatan Islam (intro)

5. TANGGUNGJAWAB KEPADA RAKAN SEKERJA5. TANGGUNGJAWAB KEPADA RAKAN SEKERJA

Apabila didapati rakan sekerja melakukan kesalahan, tidak seharusnya dia dimarahi di depan khalayak ramai. Namun, mereka perlu diajak berbincang secara tertutup dan tidak memalukan mereka.

Page 12: 1-Perubatan Islam (intro)

PERKARA ASAS DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJWAB MERAWAT PERKARA ASAS DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJWAB MERAWAT PESAKIT.PESAKIT.

1. MENGHORMATI DAN MENJAGA HAK-HAK PESAKIT

2. MEMBERI MANFAAT

3.TIDAK MENDATANGKAN KEMUDARATAN

4. MEMBERIKAN KEADILAN

Page 13: 1-Perubatan Islam (intro)

MENGHORMATI DAN MENJAGA HAK PESAKITMENGHORMATI DAN MENJAGA HAK PESAKIT

Dilayan dengan penuh kehormatan sehingga mereka meninggal dunia.

Hak-hak mereka bagi mendapat rawatan terbaik dan bersesuaian perlu diberikan tanpa mengira latar belakang agama, keturunan atau status sosial mereka.

Kehormatan diri pesakit perlu sentiasa dipelihara.

Berhak mendapat maklumat yang benar dan adil sebelum membuat keputusan

Pandangan pesakit dihormati dan diambil kira semasa doktor melaksanakan tugas seorang doktor.

Hak-hak beragama haruslah sentiasa dihormati dan dipelihara

Page 14: 1-Perubatan Islam (intro)

2. MEMBERI MANFAAT2. MEMBERI MANFAAT

Perlu memastikan semua rawatan dan sebarang tatacara yang dilakukan ke atas pesakit terbukti bermanfaat dan mampu menyelamatkan nyawa dan kesihatan pesakit

Tujuan dan prosedur dijalankan bagi mencapai kesejahteraan pesakit

Page 15: 1-Perubatan Islam (intro)

3. TIDAK MENDATANGKAN KEMUDARATAN3. TIDAK MENDATANGKAN KEMUDARATAN

Tidak dibenarkan memberikan ubat dan dadah kepada pesakit yang mendatangkan mudarat kepada mereka.

Dilarang melakukan prosdur yang sengaja mendedahkan pesakit dalam bahaya. Namun, ia tidak bermaksud doktor tidak dibenarkan melakukan prosedur yang berisiko.

Mengelakkan kemudaratan adalah perkara pertama yang kita perlu dahulukan berbanding manfaat yang diperolehi.

Page 16: 1-Perubatan Islam (intro)

4.MEMBERIKAN KEADILAN4.MEMBERIKAN KEADILAN

Rawatan yang diberikan kepada pesakit dilakukan tanpa mengira bangs, agama, sosial status dan sebagainya.

Keperluan mendapatkan perubatan adalah berteraskan kepada keperluan perubatan