perubatan tradisional vs islam

37
1.0 Pengenalan Islam menitikberatkan soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber asal Al-Quran, hadis, ijmak dan qias adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara perlu diberi perhatian oleh semua pihak, ialah hanya Allah berkuasa mutlak dalam menentukan sesuatu dan menjadikannya, lebih- lebih lagi sakit dan sembuh adalah haknya. Manusia hanya disuruh berusaha dan berikhtiar. Bagaimana pun umat Islam tidak dilarang untuk menggunakan jampi. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Berkat Abu Zubair, aku dengar Jabir Bin Abdullah berkata, seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama Rasulullah. Maka, berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku jampi?. Baginda bersabda, “ Barang siapa yang mampu diantara kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan.”- Hadis riwayat muslim- Bab Istihbab Al-Ruqyah min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, jilid 9, mukasurat 5905. Kaedah rawatan yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadiths-hadiths Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selagi tidak mengandungi unsur kesyirikan, seperti penggunaan kalimah salam, bismillah, nama-nama nabi dan rasul-rasul, nama-nama malaikat, kalimah

Upload: othersides118284

Post on 10-Jun-2015

3.826 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perubatan Tradisional vs Islam

1.0 Pengenalan

Islam menitikberatkan soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan

kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber asal Al-Quran, hadis, ijmak dan qias

adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara perlu diberi perhatian

oleh semua pihak, ialah hanya Allah berkuasa mutlak dalam menentukan sesuatu dan

menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit dan sembuh adalah haknya. Manusia hanya disuruh

berusaha dan berikhtiar.

Bagaimana pun umat Islam tidak dilarang untuk menggunakan jampi. Rasulullah

SAW bersabda bermaksud: “ Berkat Abu Zubair, aku dengar Jabir Bin Abdullah berkata,

seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama

Rasulullah. Maka, berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku jampi?. Baginda

bersabda, “ Barang siapa yang mampu diantara kamu untuk memberi manfaat kepada

saudaranya maka hendaklah dilakukan.”- Hadis riwayat muslim- Bab Istihbab Al-Ruqyah

min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, jilid 9, mukasurat 5905.

Kaedah rawatan yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang

bersumber dari hadiths-hadiths Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selagi

tidak mengandungi unsur kesyirikan, seperti penggunaan kalimah salam, bismillah, nama-

nama nabi dan rasul-rasul, nama-nama malaikat, kalimah barakat dan sebagainya, termasuk

kalimah syahadah dibolehkan sebagai cara perubatan Islam. Sekiranya berlaku

percanggahan dengan prinsip akidah Islam maka amalan tersebut dianggap terkeluar dari

landasan Islam. Sebagai contoh dalam amalan mantera dan jampi serapah, kandungan isi

mantera perlu jelas dan terang dan perkataan yang digunakan tidak mengandungi elemen

yang mempersekutukan kekuasaanNya.

Page 2: Perubatan Tradisional vs Islam

1.1 Latar belakang masalah

Dalam ledakan dunia teknologi ilmu perubatan semakin canggih. Pelbagai jenis

ubat-ubatan dan rawatan yang canggih digunakan sepanjang proses rawatan. Namun

begitu ilmu teknologi masih lagi tidak boleh membatasi proses rawatan dalam islam. Hal

ini kerana ilmu teknologi hanya boleh merawat penyakit yang boleh dilihat secara zahir

sahaja bukannya secara batin. Sekiranya kita mengalami masalah pening kepala biasa kita

boleh mengambil paracetomal untuk melegakan rasa pening, tetapi bagaimana pula dengan

masalah pening sekiranya terkena buatan manusia yang hasad dengki , contohnya

santau,sihir dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini hanya dapat disembuhkan dengan

izinNya dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumberkan

hadiths-hadiths Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selagi tidak mengandungi

unsur kesyirikan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang tidak menurunkan suatu penyakit kecuali

Dia menurunkan juga ubat penawarnya.

.Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Setiap penyakit ada ubat

penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu

akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim ) Dan yakinlah bahwa tiada yang mampu

menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang

paling tepat dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit dan menangkal mara

bahaya adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-

Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :

Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar." ( QS. Fushshilat : 44 ). “Dan

kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi

rahmat bagi orang yang beriman." ( QS. Al-Isra' : 82 )

Namun begitu Masyarakat pada umumnya tidak dapat membezakan antara kaedah

perubatan Islam yang menggunakan doa-doa dan kaedah rawatan Melayu tradisional.

Rawatan yang menggunakan ungkapan kata yang mengandungi unsur-unsur Islam seperti

yang dijelaskan, tidak membuktikan bahawa kaedah yang diamalkan itu merupakan kaedah

Page 3: Perubatan Tradisional vs Islam

perubatan Islam yang sebenar. Tukang-tukang tilik dan ramal yang melibatkan diri dengan

rawatan Melayu tradisional juga memanggil jin-jin untuk melakukan sihir dengan

menyebut kalimah-kalimah yang kedengaran seperti sebutan a'uzubillah, menyebut kalimah

salam, sebutan nama-nama nabi, termasuk kalimah syahadah. Keadaan seperti ini selain

melahirkan keraguan dan kecelaruan, ia juga memberi imej buruk terhadap mereka yang

melibatkan diri dengan kaedah Perubatan Islam yang menggunakan doa-doa seperti yang

dijelaskan.

1.2 Objektif

Objektif kajian ini ialah:

a) Mengkaji sejauh mana tahap kepercayaan masyarakat melayu terhadap perubatan

tradisional sekitar Parit Raja.

b) Mengkaji cara-cara perubatan yang digunakan sepanjang proses rawatan

c) Mengkaji tahap pemahaman masyarakat melayu terhadap perubatan dalam Islam

1.3 Kaedah

Kaedah yang digunakan ialah membuat tinjauan dan membuat temubual kepada penduduk

sekitar Parit Raja bagi mendapatkan kesahihan maklumat.

1.4 Hipotesis

a) Masih ramai masyarakat melayu mempercayai perubatan tradisional sekitar Parit

Raja.

b) Masih ramai masyarakat melayu sekitar Parit Raja kurang pemahaman dengan

cara perubatan dalam islam .

Page 4: Perubatan Tradisional vs Islam

2.0 Perubatan Tradisional

2.1 Pengenalan

Perubatan tradisional adalah warisan turun temurun yang telah bermula sejak

zaman nenek moyang kita lagi. Banyak pengorbanan, keadaan atau cara telah dilakukan

dalam usaha mendapatkan ubat-ubatan yang benar-benar berkesan. Dalam masyarakat

Melayu, perubatan tradisional yang merujuk kepada institusi bomoh atau pawing. Ia

adalah institusi sosial yang dihormati. Perubatan tradisional merupakan sebahagian hidup

masyarakat Melayu, lebih-lebih lagi bila pengamalnya mencampur-adukkan rawatan

mereka dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Kaedah rawatan tradisional biasanya diamalkan

dengan jampi serapah di samping ubat-ubatan asli yang didapati daripada tumbuh-

tumbuhan, haiwan serta serangga. Sokongan inilah melahirkan lebih ramai lagi pengamal

perubatan tradisional sehingga susah hendak dikenalpasti yang mana benar atau yang

mana menyimpang atau palsu.

Seperti cendawan tumbuh selepas hujan, ramai pengamal perubatan tradisional

membuka klinik baru, kononnya mampu mengubati segala jenis penyakit, dari kecil

sehingga ke sebesar-besar penyakit. Dalam pada itu, perubatan tradisional yang

menggunakan herba dan daun serta akar kayu sudah mula mendapat tempat dihati

masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sistem perubatan tradisional bukanlah asing bagi penduduk di negara kita. Bagi

masyarakat luar Bandar, sistem perubatan seperti itu sudah menjadi sebahagian daripada

kepercayaan mereka. Mereka mempercayainya kerana keberkesanan cara rawatan yang

dijalankan oleh pengamal perubatan tradisional ke atas mereka. Selain itu, kos rawatan

juga lebih rendah daripada perubatan moden. Mereka tidak perlu di tahan di wad dan

hanya melalui beberapa proses sahaja. Pelbagai testimoni yang baik juga telah diterima

dari kalangan masyarakat setempat. Ini juga merupakan punca utama mengapa masyarakat

kini berminta untuk mencubanya.

Page 5: Perubatan Tradisional vs Islam

Kepercayaan terhadap perubatan tradisional semakin menular di kalangan

masyarakat beragama Islam kini. Salah satu penyebabnya adalah kerana amalan ini

merupakan warisan turun-temurun daripada generasi terdahulu. Walaubagaimanapun

terdapat pelbagai jenis cara rawatan perubatan ini. Ia terpulang kepada Iman setiap insane

samada ingin mempercayainya atau tidak

2.2 Hukum Dan Amalan

2.2.1 HUKUM

Menurut agama Islam, hukum bagi penggunaan perubatan tradisoinal ini

terutamanya bomoh terbahagi kepada dua iaitu hukum harus dan hukum haram.

a) Hukum Harus

Hukum harus terjadi apabila seseorang itu jatuh sakit dan harus diubati. Salah satu

cara bagi merawatnya adalah dengan perubatan tradisional. Tetapi haruslah diingat bahawa

perubatan tradisional itu hanyalah boleh merawat dan hanya Allah saja yang dapat

menentukannya. Ianya harus jika bomoh itu menggunakan cara rawatannya berpandukan

ajaran agama Islam dan tidak bertentangan dengan syarak. Contohnya menggunakan ayat-

ayat al-Quran, surah-surah tertentu, amalan-amalan yang diamalkan oleh para nabi dan

sebagainya.

b) Hukum Haram

Hukum haram pula ialah apabila kita menggunakan khidmat bomoh dan mempercayainya

bahawa bomoh itu menyembuhkan penyakit tanpa bergantung kepada Allah taala. Yang

menjadi haram juga ialah dari segi cara, rawatan yang digunakan dalam merawat

pesakitnya yang bertentangan dengan syarak. Contohnya menggunakan khidmat jin,

pemujaan, jampi, mantera dan sebagainya yang tidak mengikut cara rawatan yang

berlandaskan Islam.

Page 6: Perubatan Tradisional vs Islam

2.2.2 Amalan

Perubatan cara tradisional adalah warisan turun temurun. Ia telah bermula pada

nenek moyang kita lagi dan banyak pengorbanan, keadaan atau cara telah dilakukan dalam

usaha mendapatkan ubat-ubatan yang benar-benar berkesan .Dalam masyarakat Malaysia

kaedah rawatan tradisional biasanya diamalkan oleh jampi serapah di samping ubat-ubatan

asli yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga.

Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu cabang ilmu perubatan yang

penting kerana ia memberi pelbagai sumbangan ke arah meningkatkan taraf kesihatan

negara ini.Perubatan tradisional masih diperlukan biarpun dunia perubatan semakin

canggih. Malahan dalam beberapa jenis penyakit, sistem perubatan tradisional ternyata

lebih berkesan daripada perubatan moden.

Perubatan tradisional masih lagi diperlukan oleh masyarakat sekarang kerana

beberapa faktor .Antaranya ialah warisan amalan hidup tradisional masih mengekang nilai

hidup sebahagian besar masyarakat khususnya orang melayu di kawasan

pedalamaan .Sejak sekian lama orang Melayu amat terpengaruh kepada kepercayaan

animisme dan saki baki kepercayaan ini masih lagi wujud walaupun angin perubahan dan

kemodenan begitu kencang bertiup.

Kepercayaan animisme mengajar masyarakat bahawa setiap penyakit bermula

daripada lebihan kecairan, racun dan pengaruh makhluk halus. Jika hendak menyembuhkan

penyakit tersebut, amalan perubatan tradisional diperlukan. Selain itu, perubatan moden

masih gagal mengubati penyakit ganjil yang berkaitan dengan kuasa ghaib, misalnya

santau, histeria atau rasukan hantu.

Penyakit –penyakit ganjil juga boleh disembuh melalui perubatan tradisional dan

memang sukar disembuhkan dengan perubatan moden. Kaedah perubatan tradisional

memang berkesan untuk mengubati penyakit seperti ini. Oleh sebab itulah golongan seperti

ini masih memerlukan perubatan tradisional dan menolak pengubatan moden.

Page 7: Perubatan Tradisional vs Islam

Perubatan tradisional masih lagi diperlukan kerana berupaya dan menjadi

penawar kepada pelbagai penyakit yang berbahaya. Penyakit -penyakit seperti darah tinggi,

lelah, lumpuh, patah tulang dan penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf

kebiasaannya lebih serasi dengan perubatan tradisional jika dibandingkan dengan perubatan

moden.

Sesetengah rawatan perubatan tradisional mendatangkan kesan yang baik,

khasnya dalam mengubati tulang yang patah. Ada bomoh patah atau bomoh tulang yang

dapat menyembuhkan sakit ini menurut kepakarannya tanpa melalui proses pembalutan

seperti kaedah rawatan perubatan moden. Selain itu pengamal perubatan tradisional

mendakwa bahawa perubatan moden telah gagal menangani penyakit-penyakit yang

berkaitan dengan urat saraf dan angin.

Justeru itu masyarakat kini lebih mempercayai kaedah rawatan tradisional. Lebih-

lebih lagi untuk mengubati penyakit-penyakit yang berbahaya. Dan perubatan tradisional

semakin mendapat sambutan memandangkan kejayaan rawatan dan penemuan khasiat

ubatan tradisional yang mujarab. Sistem rawatan secara tradisional juga dikatakan amat

berkesan untuk menyembuhkan penyakit yang kronik seperti jangkitan HIV atau AIDS,

penagihan dadah, kencing manis dan penyakit mental. Penyakit tersebut sememangnya

tidak dapat disembuhkan melalui rawatan perubatan moden. Untuk penyakit hilang akal

atau gila umpamanya, terdapat bomoh atau pengamal perubatan tradisional yang mampu

untuk menyembuhkannya.

Begitu juga dengan buta, bisu, pekak dan sebagainya yang dapat disembuhkan

oleh rawatan tradisional, bukannya melalui pembedahan seperti yang digunakan di dalam

perubatan moden. Dalam penagihan dadah pula, terdapat pusat rawatan tradisional yang

telah memulihkan para penagih banyak menggunakan sistem rawatan tradisional. Semua

ini membuktikan bahawa perubatan tradisional masih diperlukan .

Perubatan tradisional masih lagi diperlukan kerana rata-rata masyarakat masih

lagi belum mampu hendak membiayai belanja dan kos perubatan moden. Bayaran

perubatan tradisional lebih mudah berbanding dengan perubatan moden. Maksudnya kian

Page 8: Perubatan Tradisional vs Islam

canggih dan moden alatan yang digunakan dalam perubatan moden ,kian tinggi pula kos

yang terpaksa ditanggung oleh orang ramai. Contohnya kos sebanyak RM20 000 yang

diperlukan untuk merawat sakit lemah jantung dengan menggunakan laser.

Memang kesan perubatan begini dapat memberi impak yang cepat dan tepat,

tetapi dengan kos yang tinggi itu, berapa orangkah yang mampu membiayainya?. Bagi

rawatan tradisional, bayarannya murah kerana perkhidmatan ini berlandaskan niat ingin

menolong dan bukan semata-mata mengaut keuntungan. Maka, bayaran biasanya mengikut

keikhlasan dan kemampuan pesakit. Dari segi rawatan pula, perubatan tradisional tidak

diperlukan alat-alat yang mungkin berharga beribu-ribu ringgit, tetapi perbelanjaan

perubatan lebih murah dengan menggunakan ramuan tertentu sahaja.

Kadar bayarannya yang rendah juga berpunca daripada harga ubat-ubatan

tradisional yang murah. Bayaran yang murah dalam perubatan tradisional, boleh

mengurangkan tanggungjawab golongan miskin dan setengahnya mengalihkan perhatian

orang ramai kepada perubatan tradisional. Dengan sebab itu sistem perubatan tradisional

masih diperlukan lagi.

Selain itu sistem rawatan tradisional ini masih diperlukan di negara ini kerana

bagi masyarakat luar bandar sistem perubatan seperti itu sudah sebahagian daripada

kepercayaan mereka. Bagi masyarakat yang tinggal di pedalaman dan masih tertinggal

dalam arus pembangunan moden,sistem perubatan tradisional adalah warisan nenek

moyang sejak zaman-berzaman lagi. Dalam semua jenis penyakit, mereka meletakkan

sepenuh kepercayaan kepada bomoh atau dukun untuk menyembuhkannya. Kepercayaan

ini telah dibuktikan benar melalui pengalaman sehari-harian mereka.

Page 9: Perubatan Tradisional vs Islam

1) Kaedah Mengenalpasti Penyakit

Setiap bomoh mempunyai cara tersendiri dalam mengenalpasti sesuatu penyakit.

Pesakit tidak perlu memberi tahu penyakit yang di hidapinya. Bagi Tok Muhaimi (bukan

nama sebenar) mempunyai pendekatan yang tersendiri. Cukup sekadar memberi butiran

peribadi atau salasilah diri pesakit. Contohnya seperti:

Nama

Nama ayah atau ibu

Usia

Berapa lama penyakit tersebut telah dihidapinya

Melalui nama atau salasilah yang diberi Tok Muhaimi akan mengenalpasti jenis

penyakit yang di hidapi oleh pesakit tersebut. Melalui nama yang diberi penilaian akan

dibuat menurut empat sudut iaitu:

 Syarat

 Tarikat

 Hakikat

 Makrifat

Selain dari itu Tok Muhaimi juga menggunakan kaedah tangan di atas angin .

Maksudnya beliau tidak menyentuh pesakit, cukup hanya melayang-layang tangan ke atas

pesakit yang datang untuk mengesan penyakit.

 

2) Kaedah Perubatan

Di dalam perubatan atau rawatan tradisional memerlukan bahan dan peralatan

yang khusus. Menurut Tok Muhaimi bahan-bahan perubatan berkait dengan penyakit yang

di hidapi oleh pesakit. Menurut beliau bahan yang sentiasa digunakan ialah ibu kunyit,

kunyit muda, limau nipis/limau purut, tepung, kunyit hitam , daun cekur, daun sirih, asam

jawa, asam gelugur, garam dan air hujan

Page 10: Perubatan Tradisional vs Islam

Setiap bahan yang digunakan mempunyai kepentingan yang tersendiri di dalam

setiap rawatan. Persiapan Tok Muhaimi memerlukan sembilan biji buah limau. Limau di

gunakan sebagai bahan ramuan mandian. Limau akan dipotong empat penjuru, iaitu kiri

kanan ,atas bawah dan depan dan belakang. Selepas itu buah limau tersebut akan dibelah

dengan belahan yang berbeza. Cara membelah buah limau ada cara iaitu belah tiga ,belah

empat dan belah lima. Belahan limau yang dilakukan bukanlah bertujuan untuk

mengeluarkan air tetapi juga mempunyai maksud-maksud yang tertentu. Menurut beliau:

 Buah limau belah tiga- Belahan ini melambangkan atau membawa maksud tanah, air dan

api.

 Buah limau belah empat - Belahan ini melambangkan atau membawa maksud tanah, air,

api, dan angin.

 Buah limau belah lima- Belahan ini melambangkan atau membawa maksud tanah, air,

api, angin dan tanah.

Penggunaan unsur tanah ,air api ,dan angin dikatakan berkait rapat dengan

kejadian manusia dan ianya cukup sinonim di dalam perubatan Melayu Tradisional. Buah

limau yang telah disempurnakan dengan jampi mentera akan digunakan sebagai mandian

kepada pesakit. Upacara mandi akan dilakukan sebanyak tiga kali dan setiap kali mandi

menggunakan tiga biji limau. Bagi tepung pula kuantiti yang diperlukan hanya dianggarkan

sebesar sebiji telur. Digunakan sebagai bahan rawatan untuk disapu ke seluruh badan.

Kaedah ini bertujuan untuk mengeluarkan bisa atau penyakit yang terdapat di dalam badan

pesakit. Semasa tepung disapu ke seluruh badan mentera tertentu akan dibaca sesuai

dengan penyakit. Sekiranya penyakit yang di rawat itu tenat atau serius tepung akan

menjadi panas dan pecah.

Kunyit pula digunakan untuk membuang penyakit yang dihidapi oleh pesakit.

Bahan ini akan dicampur dengan kapur sirih. Kunyit yang telah dicampur akan disapukan

keseluruh badan pesakit. Kunyit muda juga di gunakan untuk membuang penyakit. Kunyit

mudai tidak dicampurkan dengan bahan –bahan yang lain. Semasa proses rawatan, kunyit

10

Page 11: Perubatan Tradisional vs Islam

muda perlu dikunyah terlebih dahulu. Selepas dikunyah, hampasnya akan disemburkan di

tepi tangga rumah pesakit tiga kali. Ia perlu dilakukan pada waktu petang dan lokasinya

mestilah di tempat yang sama.

Air hujan digunakan bukanlah air hujan sebarangan tetapi merupakan air hujan

yang diperolehi pada malam Jumaat saja. Air hujan ini memerlukan jangka masa tertentu

sebelum digunakan dengan diyasinkan selama empat puluh satu malam berturut-turut

barulah ia boleh digunakan sebagai bahan perubatan.

Daun cekur digunakan sebagai bahan mandian. Selain itu boleh dilumurkan

keseluruh badan sebelum upacara mandian dijalankan. Ketika rawatan menggunakan daun

cekur, kain putih digunakan. Kain putih ini bertujuan untuk membebaskan penyakit yang

dihidapi. Biasanya rawatan ini digunakan kepada penyakit yang terkena di dalam hutan,

contohnya terkena ketika berburu. Dengan lain perkataan bermaksud terkena keteguran

atau badi binatang yang di buru.

Setiap kali rawatan dijalankan, tujuh helai daun sirih diperlukan. Daun sirih ini

disertakan dengan sebuku ibu kunyit. Sirih dan ibu kunyit ini akan dijampi dan pesakit

dimestikan memakannya. Perubatan yang melibatkan daun sirih mempunyai kaitan dengan

penyakit sengugut, angin medu dan perempuan yang sukar mendapatkan zuriat.

Asam Jawa di gunakan untuk merawat pesakit demam panas. Asam Jawa yang dicampur

dengan air akan dijadikan minuman dan juga bahan sapuan di kepala dan seluruh badan

pesakit. Proses ini bertujuan untuk menghilangkan penyakit dan berfungsi sebagai bahan

penyejuk kepada badan yang mengalami suhu yang panas.

Asam Gelugur dan garam digunakan bagi memagar kawasan rumah. Pengamal perubatan

Melayu mempercayai wujud kuasa-kuasanya sering mengganggu rumah, sama ada rumah

pesakit yang dituju dan juga rumah yang baru didirikan. Bomoh atau pawang akan

membacakan mentera bagi menghindarkan kuasa-kuasa jahat mencerobohi kawasan

sesebuah rumah.

11

Page 12: Perubatan Tradisional vs Islam

2.3 Cara Rawatan Tradisional

Terdapat berbagai-bagai cara yang digunakan oleh tok bomoh, pawang, dukun

dan seumpanya dalam menjalankan rawatan merawat pesakit-pesakitnya. Setiap tok bomoh

mempunyai cara yang berbeza antara satu sama lain bergantung kepada amalan mereka.

Terdapat tok bomoh yang mempunyai hubungan dan meminta pertolongan dengan

khadam-khadam yang terdiri samada daripada Jin Islam alam rendah atau yang terdiri

daripada Jin-Jin kafir. Antara cara rawatan yang dilakukan oleh tok bomoh adalah:

2.3.1 Melalui Jampi, Mentera dan Serapah.

Di dalam pengamalan perubatan melayu mentera digunakan untuk

menyembuhkan banyak penyakit. Masyarakat melayu masih lagi percaya bahawa mentera

mampu menyembuhkan penyakit. Kepentingan mentera di dalam masyarakat Melayu

Lama dapat disamakan dengan peranan yang dimainkan oleh para doktor hari ini. Mentera

ini mempunyai perkaitan dengan kejiwaan dan kepercayaan. Masyarakat melayu lama

menyifatkan mentera sebagai saluran untuk menghubungkan antara manusia dan kuasa-

kuasa ghaib yang ada di sekeliling mereka. Kepercayaan masyarakat Melayu Lama

terhadap alam dan makhluk halus serta kuasa-kuasa ghaib telah menjuruskan masyarakat

Melayu dahulu mendekati mentera. Masyarakat Melayu zaman itu amat percaya bahawa

alam mempunyai penunggunya yang mesti di hormati. Pokok yang besar mempunyai

penjaga, di laut ada makhluk yang menjaganya dan begitulah bagi setiap kawasan

dikatakan mempunyai penunggu atau penjaganya. Kepercayaan ini bermukim teguh di hati

setiap ahli masyarakat. Untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa

tersebut, menteralah yang menjadi pengantaranya. Kepercayaan yang begitu kuat dan

menjadi budaya hidup masyarakat melayu akhirnya membantu mentera berkembang dan

subur dalam dunia masyarakat melayu hingga ke hari ini.

12

Page 13: Perubatan Tradisional vs Islam

Orang Melayu dalam masyarakat tradisional percaya bahawa penyakit yang

dialami oleh seseorang merupakan akibat perbuatan jahat atau dirasuk oleh hantu dan

jembalang. Untuk mengubati penyakit tersebut bomoh amat diperlukan untuk menghalau

hantu-hantu yang mengacau pesakit yang berkenaan. Bomoh dipercayai mempunyai

kekuasaan luar biasa yang boleh menghapuskan segala kekuasaan jahat dan

memusnahkannya. Sebagai tokoh yang di hormati bomoh perlu menguasai sebanyak

mungkin mentera untuk setiap penyakit yang datang kerana setiap penyakit mempunyai

menteranya sendiri. Bomoh atau pawang pada masa itu berlumba-lumba untuk

mendapatkan atau mempelajari mentera sebanyak mungkin supaya disegani dan dapat

menjadi pawang besar yang masyhur.

Mentera penyangga buatan orang di gunakan oleh bomoh untuk melindungi

pesakit dari sebarang buatan orang. Masyarakat Melayu terkenal dengan ilmu-ilmu hitam

seperti santau dan sihir. Sudah menjadi hukum adat, sakit yang disebabkan oleh buatan

orang hanya boleh disembuhkan melalui mentera yang dimiliki oleh bomoh. Di sinilah

kepentingan yang diperlihatkan oleh mentera dalam masyarakat Melayu Lama. Tambahan

pula penyakit ini cukup sinonim dengan masyarakat dahulu. Situasi ini meletakkan mentera

sebagai agenda yang penting dalam kehidupan mereka.

(i) Amalan Batin.

" Bismillahirrahmanirrahim." Kuliat kulit banyu, sufaat daging banyu, rai ro ra

inson, rogo iro rogo inson, aku bali gowo cohyo, cohyo maskinang kining, sang yang

tunggang gerono anci-ancik kendali puro, berkat bulan kembang bintang dengan berkat

Lailahaillah Muhammadurrasulullah”

(ii) Serapah lekat Tulang

" Bismillahirrahmanirrahim." Hei ! kerancang tulang dalam buluh, melela makan

buat daku, kalau kau hendak ke dalam, kedalam tulang, kalau kau nak keluar, keluar tulang,

kalau tidak aku sumpah kata Allah berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

13

Page 14: Perubatan Tradisional vs Islam

(iii) Serapah menepung Tawar

" Bismillahirrahmanirrahim." Hai Jin Tanah Jembalang Bumi, Hai Jin Hitam

serangkap rang bumi, pelesit di bumi, putar tanggah di bumi, puak juak mu, aku nak minta

tolong jaga, tempat yang aku buat ni, aku menanggung baik di atas aku, dan jahat di atas

mu, dengan berkat kata Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

(iv) Mentera Menepung Tawar

" Bismillahirrahmanirrahim." Hai ya sema yang semung, ya sema tiga

terkendong, kembang wadi kembang wada cat udi nyunyi, batang wong batang wang

batang terkendong, ribut salah musim, kiong kemaling cendi seruka, dalam usul punya

melepas, siapa yang melepas, dalam asal punya melepas, siapa punya melepas, kedi bunuh

punya melepas, siapa punya melepas, sema putih punya melepas, siapa punya melepas,

sema hitam punya melepas, Pelepas di padang luas, melepas mak inang kurang sa empat

puluh, pelepas kata dgn berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.”

(v) Mentera Penyangga

“Bismillahirrahnirrahim, Batu sangin ,batu sangga, Batu terpendap hujung

syurga, Datang dari kanan sangga di kanan, Datang dari kiri sangga di kiri, Datang dari

atas sangga di atas, Datang dari bawah sangga di bawah, Datang sepenjuru sangga

sepenjuru, Sekelian alam sekelian kun, Kun kata Allah, Fayakun kata Muhamad,

Rabbukum kata Jibrail, Berkat doa, Lailahaillallah Muhammadar, Rasulullah”

(vi) Mentera Sakit Perut

“Tedung Si Kudung,Si Nadung, Datang bukit berapi, Apa buat bukit berapi,

Hendak mencari seladang jati, Buat apa seladang jati, hati, Hendak buat ubat cika, Buat

apa cika hati, Hendak buat ubat cika baung laut si anu itu, Berkat tawar ia ilaha ilallah

Muhamad Rasulullah “

14

Page 15: Perubatan Tradisional vs Islam

(vii) Mentera Demam

“Berdegup bedegap, Menumbuk lesung tersalah nama, Datang ia tiga beranak,

Datang penawar datang jampi, Si anu (nama pesakit ), Kalau kau terkena di batu di

batang, Seruap di sungai hujan panas, Ribut di langit, Aku minta pulih bagai sediakala,

Tawar Allah tawar Muhammad, Dengan berkat, Lailahailallah Muhammadar Rasululla”

Kesesatan yang telah dilakukan oleh Tok Bomoh yang menggunakan kaedah ini

adalah terhadap dirinya sendiri, kerana jampi mentera yang digunakan itu mengandungi

permintaan pertolongan kepada kuasa khadam dampingannya di samping meminta

pertolongan daripada Allah, ini menunjukkan seolah-olah terdapat dua pihak yang berkuasa

dan dapat memberi pertolongan kepada mereka, iaitu Allah s.w.t dan Khadam-khadam

mereka. Perbuatan tersebut dengan terang-terang telah melakukan perbuatan syirik kerana

menyamatarafkan Allah s.w.t dengan mahkluk lain dan meminta pertolongan kepada

mahkluk lain selain daripada Allah.

2.3.2 Melalui Perbuatan / Kelakuan

(i) Perbuatan atau Kelakuan Tok Bomoh Semasa Rawatan

Cara rawatan Tok Bomoh dan seumpamanya boleh berlaku pada perbuatan dan

kelakuan Tok Bomoh tersebut melalui penjelmaan Jin ke dalam tubuh badan mereka yang

di panggil " Tanasakhul Aruah " semasa mereka melakukan perubatan. " Menurun " yang

dilakukan untuk mengubati itu, adalah dengan bergantung kepada pertolongan dan kuasa

Jin bagi membantu merawat pesakit tersebut.

Bercakaplah Jin itu menggantikan Tok Bomoh atau Tok Pawang dengan

mengkhabarkan berita-berita atau masalah-masalah yang dihadapi oleh pesakit tersebut.

Pada hakikatnya yang sedang mengubati itu adalah Jin dan bukannya Tok Bomoh atau Tok

Pawang tersebut, kerana tiada nas dan dalil dalam Al-Quran, hadis, ijmak ulama ataupun

qias dan lain-lain pendapat yang muktabar yang boleh di pakai dalam Islam, yang

15

Page 16: Perubatan Tradisional vs Islam

menyatakan bahawa aruah Jin dan wali-wali boleh menjelma dan masuk ke dalam diri

seseorang serta memperkenalkan dirinya dengan nama yang dijelmakan.

Demikian juga yang dilakukan oleh Mak Bidan ketika menyambut kelahiran bayi.

Ada yang tidak sedarkan diri ketika menyambut bayi, namun mereka dapat melaksanakan

tugas tersebut hingga selesai walaupun mereka tidak sedarkan diri. Persoalannya, siapakah

sebenarnya yang memainkan peranannya ketika Mak Bidan tersebut tidak sedarkan diri.

Mak Andam juga memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana

persandingan ala Hindu dengan adat istiadat pelamin dan pengantinnya. Bermula dari

berinai , masuk pelamin sehinggalah selesai majlis persandingan tersebut di penuhi dengan

suasana dan perkara-perkara Khurafat yang berhubung rapat dengan majlis pemujaan Dewa

Rama dan Dewi Sita.

Sedangkan sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa upacara persandingan

tidak pernah wujud dalam tamadun Islam, tambahan lagi mempertontonkan aurat wanita di

khayalak ramai itu hukumnya haram dan persandingan pula bukanlah merupakan Sunnah

Nabi s.a.w.

2.3.3 Kesesatan Yang Dilakukan Kepada Orang Berubat

(i) Memuja Kubur-kubur yang di anggap Keramat

Terdapat sesetengah daripada orang Melayu memuja kubur-kubur yang di anggap

keramat dalam usaha meminta pertolongan bagi mengubati penyakit yang di alaminya.

Sebenarnya kubur tersebut tidak dapat memberi apa-apa pertolongan dan kesan kepada

penyakit mereka. Perbuatan tersebut amat bertentangan dengan ajaran Islam yang

menyuruh umatnya meminta pertolongan hanya kepada Allah. Di samping perbuatan

mereka itu juga tidak ada bezanya dengan amalan orang-orang Hindu dan Buddha.

16

Page 17: Perubatan Tradisional vs Islam

Menziarahi kubur sebenarnya tidaklah salah atau menjadi satu kesalahan, bahkan

sunat bagi umat Islam menziarahi kubur kedua ibu bapa , sanak saudara, keluarga, sahabat

handai, tok-tok guru, alim ulama, para syuhadak dan orang-orang saleh, tetapi mengadakan

pemujaan atas kubur tersebut, dengan mengadakan sesuatu upacara tertentu atau khusus di

luar batasan syarak, itulah yang menjadi kesalahan dan kadang-kala boleh menyebabkan

seseorang itu menjadi murtad dengan tidak disedari.

Antara contoh perbuatan memuja kubur yang dianggap kubur Tok Keramat yang

berlaku dalam masyarakat kita ialah seperti memuja kubur Mak Bidan Tetek Lanjut di

Taiping, memuja kubur Tok Temong di Temong, Kati, Kuala Kangsar, Memuja kubur-

kubur di Pulau Besar, Melaka. Mak Bidan Tetek Lanjut yang di puja itu tidak siapa pun

yang mengetahui asal usul dan kesolehannya. Jadi mengunjungi kuburnya dengan sesuatu

tujuan, membayar nazar dan niat adalah merupakan perbuatan bidaah dholalah yang haram

semata-mata, kerana menganggapnya keramat dengan membawa pisang, pulut kuning dan

sebagainya dengan tujuan untuk mendapat berkat dan sebagainya.

Manakala pemuja Kubur Tok Temong di Kati pula, pengunjung-pengunjung

mengunjunginya dengan tujuan untuk menunaikan hajat dengan membawa pulut kuning,

ancak, kemian, serta mengadakan tahlil di kubur tersebut bagi mendapatkan sesuatu hajat.

Ada juga pengunjungnya yang menyembelih ayam dan di niatkan darah dan tulang ayam

itu adalah untuk makanan Jin penunggu Tok Temong. Tidak ketinggalan kubur tersebut

juga di kunjungi oleh sesetengah guru-guru latihan pertahanan diri dan pengikut mereka

untuk mengambil berkat dan lain-lain yang seumpamanya. Mengikut sejarah Tok Temong

hanyalah merupakan pemerintah asal kawasan tersebut sebelum kedatangan Sultan ke

Kuala Kangsar sahaja.

Pemuja-pemuja kubur di Pulau Besar di Melaka pula menganggap kebanyakan

kubur-kubur di Pulau tersebut adalah kubur wali-wali Allah yang keramat. Sebenarnya

kubur-kubur di pulau tersebut banyak yang kosong tanpa penghuni. Hanya orang yang

tidak tahu menilai kebenaran sahaja yang mahu mengunjunginya. Mereka di tipu oleh

kumpulan-kumpulan Jin yang mendiami pulau tersebut dan memberitahu mereka melalui

mimpi supaya dibangunkan kubur-kubur untuk pemujaan.

17

Page 18: Perubatan Tradisional vs Islam

(ii) Pengeras / Upah

Kebiasaan pengeras yang ditetapkan oleh sesetengah Tok Bomoh adalah

berlainan. Ada yang menetapkan seperti lima ringgit suku dengan jarum tiga batang dan

garam setahil. Sesetengah pengeras pula dengan membawa sireh bertemu urat sebanyak

tujuh helai, kapur dan pinang. Ada juga yang menetapkan pengerasnya dengan buah kelapa

masak, beras secupak dan minyak kelapa. Jika membuang barang hikmat yang tertanam

upahnya adalah sekali ganda dari upah yang dikenakan oleh orang yang menanamnya,

contohnya kalau RM 100.00 jadi RM 200.00 dan sebagainya. Ada juga yang mengenakan

pengeras atau upah sampai beribu ringgit mengikut kemampuan dan kemampuan pesakit.

Terdapat juga Tok Bomoh yang menetapkan upah sekadar ikhlas pesakit sahaja.

Kesalahan dan kesesesatan yang berlaku dalam keadaan ini ialah apabila pesakit

tersebut percaya jika tidak menyediakan pengeras seperti yang di minta oleh Tok Bomoh

itu maka penyakitnya tidak akan sembuh atau sukar untuk disembuhkan atau menganggap

pengeras yang disediakan itulah yang menyebabkan penyakitnya sembuh.

Sebenarnya mengambil upah berubat dan menjampi dengan ayat-ayat Al-Quran ,

Selawat-selawat Nabi dan susunan ayat-ayat yang baik adalah diharuskan oleh syarak,

berdasarkan suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqas.

(iii) Pemutus Ubat.

Pemutus ubat bermakna menamatkan rawatan dengan Tok Bomoh tersebut

setelah pesakit sembuh dari penyakit yang di alaminya. Kononnya kalau tidak " putus ubat

" penyakit itu akan kembali semula. Berbagai jenis dan syarat amalan pemutus ubat diminta

dan dikenakan oleh Tok Bomoh, antaranya seperti :-

Pesakit mesti menyembelih seekor ayam hitam, sepinggan pulut putih atau kuning dan

sebiji telur dadar yang diletakkan di atas pulut tersebut.

Melepaskan ayam hitam di tepi hutan dengan niat tertentu

Mandi di kolah masjid tertentu sebanyak 3 atau 7 kali

18

Page 19: Perubatan Tradisional vs Islam

Membuat kenduri arwah dan di antara persiapannya ialah kemian yang di bakar, pulut

kuning dan lain-lain kuih muih dan sebagainya.

Apabila seseorang itu yakin dan mempercayai serta berittikad bahawa tok-tok

Bomoh atau doktor-doktor itulah yang menyembuhkan penyakit dengan ikhtiar dan usaha

mereka atau melalui ubat-ubatan dan jampi-jampian mereka yang memberi bekas dalam

menyembuhkan penyakit itu, ini bererti dia telah menyediakan dirinya jatuh kedalam

murtad, kerana ia telah berpegang teguh dengan keyakinan tersebut sehingga menjadi satu

ittikad bahawa sebab beradat yang Allah telah datangkan itu memberi bekas dalam

menghasiklan sesuatu.

2.3.4 Tanda-Tanda Tok Bomoh Menggunakan Khadam / Jin Dalam Perubatan

Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh

sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil

( yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini

berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah

di tipu oleh lakonan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan

diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan

khadam dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui

salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-

A ) Cara berpakaian semasa mereka berjampi.

Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan

khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-

Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau

memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.

19

Page 20: Perubatan Tradisional vs Islam

Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya

dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau

bersahabat dengan Jin Islam.

Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau

berketayap.

Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa,

Sumatera dan sebagainya.

B ) Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.

Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi

atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga

yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja

masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang

berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.

Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat

tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan

adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya

kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut

jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa

Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai

dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? "

C) Tanpa Menurun / Menyelap

Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada golongan Jin yang

memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan

dengan berbagai cara antaranya :-

Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di

hadapannya.

20

Page 21: Perubatan Tradisional vs Islam

Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan

menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan

kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. Mereka juga

kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan

membuat ramalan.

Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan

jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.

D) Membelah Batin

Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang

dapat membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti

pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan

pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai

seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai

melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun

sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.

Sebenarnya kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita

dengan syarat-syarat berikut, antaranya :-

Tidak terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam

Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )

Kelakuan yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan

Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.

Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin menjadi Tok Bomoh, tok dukun atau

Mak Bidan, malahan Islam juga menggalakkan umatnya menceburi Bidang tersebut,

kerana Bidang tersebut merupakan salah satu daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara

dan amalan serta kaedahnya itu merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak dengan

mengikuti contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bukannya yang di

terima melalui mimpi, menggunakan pertolongan khadam yang terdiri daripada para Jin

dan sebagainya.

21

Page 22: Perubatan Tradisional vs Islam

2.3.5 Tok Bomoh Makan Upah

Terdapat sejenis Tok Bomoh lagi yang amat bahaya dalam masyarakat Melayu,

yang kerjanya hanyalah untuk menimbulkan kesusahan dan huru hara kepada orang lain.

Tok Bomoh jenis ini lebih di kenali sebagai Tok Bomoh yang makan upah. Tok Bomoh

jenis ini kebiasaannya mempunyai khadam daripada golongan Jin Islam yang fasik dan Jin

Kafir serta kuncu-kuncu mereka.

Mereka menggunakan perkhidmatan Jin-Jin tersebut untuk menganiayai manusia

lain atas sebab-sebab tertentu, antaranya seperti iri hati, hasad dengki atau cemburu atas

kejayaan orang lain samada dalam bidang perniagaan, pekerjaan, persekolahan atau marah

kepada orang atasan kerana tidak terpilih untuk kenaikan pangkat atau tidak memenangi

tender dan sebagainya. Terdapat juga mereka yang menggunakan Tok Bomoh jenis ini bagi

membalas dendam sebab sakit hati kerana di hina, di kutuk atau kerana senda gurau yang

berlebihan.

Terdapat juga sesetengah orang yang menggunakan perkhidmatan Tok Bomoh ini

semata-mata kerana marah atau benci kepada orang lain di sebabkan kekayaan orang

tersebut atau iri hati melihat orang tersebut lebih berada daripadanya atau marah kerana

kesombongan orang lain terhadapnya dan lain-lain lagi.

Kebanyakan kes yang dijadikan alasan oleh sesetengah orang yang mendapatkan

perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini kebiasaanya berhubung dengan masalah rumah tangga

contohnya seperti untuk menundukkan suami atau isteri yang terlalu garang, meruntuhkan

rumah tangga orang lain, supaya dirinya nampak cantik dan di sayangi oleh suami ( dalam

kes si suami yang berpoligami ), kerana pinangannya di tolak oleh pihak keluarga wanita

atau kekasihnya di rampas oleh lelaki lain dan sebagainya.

22

Page 23: Perubatan Tradisional vs Islam

2.3.6 Perubatan Menurut Islam

Menurut Islam, hukum menggunakan khidmat bomoh atau seumpamanya dalam

perubatan tradisional terbahagi kepada dua iaitu harus dan haram. Keharusan menggunakan

khidmat bomoh dalam perubatan tradisional tidak bersifat mutlak. Ia dibatasi dengan syarat

tertentu seperti;

1) Perubatan bomoh itu menyebut nama Allah atau salah satu namanya.

2) Menggunakan ayat Al-Quran dan doa yang diamalkan oleh nabi dan rasul.

3) Menyakini bahawa perkara itu tidak dapat memberi kesan secara tersendiri,bahkan

adalah dengan ketentuan Allah SWT.

Perubatan bomoh menjadi haram jika;

1) Cara rawatannya itu bertentangan dengan syarak. Misalnya, menggunakan khidmat jin,

pemujaan, jampi, mentera dan sebagainya yang tidak mengikut cara rawatan yang

diharuskan oleh Islam.

2) Orang yang berubat benar-benar beriktikad bahawa bomoh itulah menyembuhkan

pesakitnya tanpa bergantung kepada Allah.

Kesan daripada amalan mempercayai bomoh ini sangat besar. Ia telah

menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Jika ia terus diamalkan, akan

mendatangkan imej buruk kepada Islam dari pandangan agama lain. Akidah adalah penentu

kaitan seseorang dengan Islam, manakala syariah pula sebagai pengukur keteguhan dan

kekuatan akidah. Akidah Islam adalah akidah yang bebas daripada sebarang unsur syirik

dan khurafat. Syirik adalah pencemaran terhadap akidah, sementara khurafat adalah

pencemaran terhadap kewarasan berfikir.

Menggunakan khidmat bomoh yang mengubati dengan cara yang salah seperti

menggunakan khidmat jin, jampi mantera dan pemujaan bukanlah jalan penyelesaian yang

hakiki bagi semua penyakit dan masaalah yang dihadapi. Usaha untuk menyelesaikan

sesuatu masaalah digalakkan oleh Islam. Tetapi, biar bertepatan dengan fitrah kemanusiaan

dan selari dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

23

Page 24: Perubatan Tradisional vs Islam

Setiap bomoh hendaklah merasakan bahawa setiap sesuatu yang dilakukannya itu

kerana takut kepada Allah. Pada masa yang sama, orang yang menerima rawatan daripada

bomoh pula harus memastikan rawatannya tidak bercanggah dengan Islam.

2.3.7 Jampi Boleh Guna Ayat Al-Quran, Bahasa Difahami

Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah SWT dan sifat-Nya atau

maksud disebalik kalimah atau nama Allah atau sifat-Nya. Contohnya, mengatakan ilmu

bomoh itu diterima terus daripada Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah atau melalui

mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya. Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan

sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah SAW, malaikat,

nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya.

Mengikut Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang di keluarkan Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia;

1) Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau

peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada

seseorang. Contohnya seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek, sahabat,

hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau

putih.

2) Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah atau

tulisan yang tidak difahami seperti objek tertentu dan bercampur aduk dengan

ayat Al-Quran. Jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.

Penggunaan Jampi Dibolehkan Dan Digunakan Dengan Syarat;

1) Menggunakan ayat Al-Quran.

2) Menggunakan bahasa yang difahami.

3) Jangan mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si

pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.

24

Page 25: Perubatan Tradisional vs Islam

Mengikut garis panduan itu, tidak boleh mengamalkan bacaan tertentu yang tidak

difahami maknanya. Ia dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis

syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan Al-Quran. Selain itu,

tidak boleh membaca mana-mana ayat Al-Quran secara songsang seperti Qul Huwallah.

Dalam perbomohan Islam, tidak boleh menggunakan Al-Quran secara tidak wajar

menurut syarat. Contohnya, menggantung Al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak untuk

dijadikan alas an tertentu. Jika berpusing begini, dan jika tidak, begini pula maksudnya.

Semuanya ini ttermasuk menghina Al-Quran ( Istihza' ).

Perkara lain yang dilarang adalah;

1) Meninggalkan ibadat wajib yang dituntut Islam seperti sembahyang lima waktu

dan puasa Ramadhan ketika melakukan amalan perbomohan.

2) Tidak boleh menggunakan perbuatan 'menurun', memanggil roh orang mati atau

sebagainya dalam kaedah perbomohan.3)

3) Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengikut garis panduan itu adalah

mengenai bayaran perkhidmatan atau pengeras. Sebarang pengeras tidak boleh

digunakan dalam perbomohan jika ia dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau

baik

4) Bayaran perkhidmatan hanya dibolehkan mengikut kesesuaian perubatan dengan

tidak terlampau tinggi hingga boleh memberatkan atau menindas dan tidak

membawa maksud tolong menolong.

5) Perbomohan mengikut Islam juga melarang upacara yang mengandungi

penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada

kuasa atau tenaga ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan dan

menyembelih ayam.

25

Page 26: Perubatan Tradisional vs Islam

2.3.8 Berubat Hanya Kerana Allah S.W.T

Islam menitikberatkan soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan

kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber asal Al-Quran, hadis, ijmak dan qias

adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara perlu di ingat oleh

semua pihak, bahawa hanya Allah berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan

menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit and sembuh adalah haknya. Manusia hanya disuruh

berusaha dan berikhtiar.

Islam juga tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir kerana Rasulullah

SAW bersabda bermaksud: " Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan". Sahabat bertanya:

"Apakah tujuh perkara itu?". Baginda menjawab: " Menyekutukan Allah, sihir, membunuh

orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh

perempuan baik melakukan maksiat terkutuk". – Hadis riwayat Al-Bukhari, Kitab Sahih

Al-Bukhari, Kitabul Hudud, Bab 44 mukasurat 33.

Walaubaagaimana pun umat Islam tidak dilarang untuk menggunakan jampi.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Berkat Abu Zubair, aku dengar Jabir Bin Abdullah

berkata, seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk

bersama Rasulullah. Maka, berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku jampi?.

Baginda bersabda, " Barang siapa yang mampu diantara kamu untuk memberi manfaat

kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan."- Hadis riwayat muslim- Bab Istihbab Al-

Ruqyah min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, jilid 9, mukasurat 5905.

2.4 Tahap kepercayaan masyarakat terhadap perubatan tradisional

Masyarakat di sekitar Parit Raja kebanyakannya mempunyai tahap kepercayaan

yang tinggi terhadap perubatan tradisional ini. Mereka rata-ratanya tidak mengetahui sama

ada kaedah perubatan yang digunakan bercanggah dengan ajaran Islam ataupun tidak. Hal

ini dibuktikan lagi dengan beberapa temuramah yang telah dibuat terhadap masyarakat di

Parit Raja.

26

Page 27: Perubatan Tradisional vs Islam

3.0 Kesimpulan

Semua amalan yang telah diamalkan oleh masyarakat di negara kita terutamanya

masyarakat Melayu kerana kebanyakan mereka dari kecil dibesarkan dengan kepercayaan

sebegitu. Zaman dahulu bukan mudah untuk berjumpa dengan doktor. Segala jenis

penyakit disembuhkan melalui bantuan bomoh. Kepercayaan itu sudah sebati dalam

masyarakat kerana diamalkan sepanjang generasi. Tetapi pada masa kini, kebanyakan yang

datang meminta bantuan bomoh terdiri daripada mereka berpendidikan tinggi dan ada yang

membesar di luar negara dengan mentaliti moden. Tanggapan bahawa hanya orang tua atau

kolot yang meyakini kemampuan bomoh adalah salah sebab semua manusia tak kira latar

belakang mempunyai keinginan.

Sama ada berkesan atau tidak rawatan bomoh sebenarnya bergantung kepada

individu untuk mempercayainya. Tetapi janganlah terlalu taksub hingga membelakangkan

agama dan kewarasan yang akhirnya kita sendiri yang menggigit jari.

27

Page 28: Perubatan Tradisional vs Islam

4.0 Rujukan

Off - line

Faizah Din.Cara untuk mengekalkan perubatan Traditional, Penerbitan Dewan bahasa

Pustaka, 1980

Hashim Awang A.R. April 1996 Prinsip Asas Perubatan Melayu dalam Dewan Budaya.

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Pembomohan dan kebertahanannya, suatu tinjauan kritis. Azhar Ibrahim Alwee, Institut

Pendidikan Nasional

Perubatan Tradisional: Antara manfaat dan risiko, Razak Haji Lajis, Pusat Racun Negara,

Universiti Sains Malaysia

Kaeatan Majalah : Percaya pada cara tradisional, Selasa, 3 April 2007, laporan Azman

Mohd Nawi, Salawati Haris, Dalia Ismail

On-line

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/kamal.html

28