pusat perubatan alternatif islam di malaysia

26
61 Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015 PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA: PERSEPSI PERAWAT TERHADAP APLIKASI JIN DALAM RAWATAN Mohd Farhan Md Ariffin Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +6019-2169194 [email protected] Khadher Ahmad, PhD Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +603-79676010 [email protected] Muhammad Ikhlas Rosele Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +6014-8399331 [email protected] Mohamad Zaim Isamail Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +6013-4061865 [email protected] Abstrak Dalam perkembangan semasa kini, didapati pertumbuhan pusat rawatan alternatif berteraskan “rawatan Islam” semakin berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi arus perdana. Persoalannya, apakah realiti dan signifikan institusi rawatan Islam di Malaysia di sebalik pertumbuhannya yang pesat? Justeru, artikel ini cuba mendedahkan tentang realiti dan senario perkembangan pusat rawatan Islam di Malaysia untuk renungan semua pihak. Pusat rawatan Islam di Malaysia sememangnya memiliki potensi untuk dikembangkan bahkan mampu melangkaui

Upload: vothuy

Post on 10-Dec-2016

280 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

61

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA: PERSEPSI PERAWAT TERHADAP APLIKASI JIN DALAM RAWATAN

Mohd Farhan Md Ariffin

Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM),

50603, Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +6019-2169194

[email protected]

Khadher Ahmad, PhD

Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM),

50603, Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +603-79676010

[email protected]

Muhammad Ikhlas Rosele

Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM),

50603 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +6014-8399331

[email protected]

Mohamad Zaim Isamail Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +6013-4061865 [email protected]

Abstrak

Dalam perkembangan semasa kini, didapati pertumbuhan pusat rawatan alternatif berteraskan “rawatan Islam” semakin berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi arus perdana. Persoalannya, apakah realiti dan signifikan institusi rawatan Islam di Malaysia di sebalik pertumbuhannya yang pesat? Justeru, artikel ini cuba mendedahkan tentang realiti dan senario perkembangan pusat rawatan Islam di Malaysia untuk renungan semua pihak. Pusat rawatan Islam di Malaysia sememangnya memiliki potensi untuk dikembangkan bahkan mampu melangkaui

Page 2: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

62

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

sempadan negara. Hal ini boleh dibuktikan apabila permintaan terhadap khidmat rawatan berasaskan “tibb nabawi” kian mendapat perhatian. Namun, setelah berkembangnya pusat rawatan Islam, terdengar pula di telinga rungutan, cemuhan dan nada sinis terhadap pusat rawatan Islam, sama ada dari pesakit atau perawat seangkatan. Banyak pihak yang mendakwa pusat rawatan tertentu masih mengamalkan unsur jin dalam rawatan. Tidak kalah juga ramai pesakit bahkan pengamal perubatan Islam sendiri yang mendakwa masih terdapat unsur-unsur penggunaan jin dalam rawatan Islam. Jadi, apakah pandangan para pengasas institusi rawatan Islam di Malaysia berkaitan penggunaan jin dalam rawatan? Melalui kajian di tujuh puluh (70) pusat rawatan Islam di Malaysia melalui projek di bawah geran penyelidikan Universiti Malaya pada Disember 2012 hingga Jun 2013 bernombor UMRG 419-12 HNE Pusat Rawatan Alternatif Berteraskan Al-Quran & Al-Sunnah: Kajian Malaysia, pengkaji telah menyimpulkan pelbagai input berguna bermula dengan latar belakang perawat atau pengasas serta latar belakang institusi rawatan Islam di Malaysia itu sendiri. Pandangan pengasas pusat rawatan Islam tentang penggunaan jin turut dimuatkan agar dapat menjadi medium ilmu pengetahuan anggota masyarakat seluruhnya untuk dijadikan panduan dalam menilai kredibiliti dan integriti pusat rawatan Islam di Malaysia.

Kata Kunci: Latar Belakang, Pengasas, Pusat Rawatan Islam, Pandangan, Jin.

PENGENALAN

Dewasa ini, sambutan terhadap rawatan alternatif bercorak rawatan Islam mahupun tradisional di Malaysia kini dilihat semakin menggalakkan. Pusat-pusat rawatan alternatif tersebut menggunakan pelbagai pendekatan dalam rawatan yang ditawarkan. Antaranya perubatan berasaskan doa-doa yang disebut “rawatan Islam”, perubatan homeopathy, perubatan aura (reiki), perubatan berasaskan warna (terapi warna), perubatan herba dan lain-lain.

Demikian juga perubatan bertunjangkan kepada “rawatan Islam” didapati berkembang

pesat dengan pertumbuhan pusat-pusat rawatan Islam. Pertumbuhan pusat rawatan Islam ini menunjukkan bahawa sambutan terhadap rawatan berasaskan kepada pendekatan Islam semakin mendapat perhatian dalam masyarakat. Dalam isu ini, apakah kesemua pengasas pusat rawatan alternatif di Malaysia memiliki kelayakan dan kredibiliti yang diperlukan untuk mewujudkan institusi rawatan Islam dan adakah semua pusat rawatan Islam boleh diterima pakai perkhidmatan yang mereka tawarkan? Hal ini perlu diteliti agar setiap pusat rawatan menepati kriteria sebenar “pusat rawatan Islam” yang bertunjangkan maqasid syariah dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan umat manusia serta menghindari dari segala keraguan yang mampu menghilangkan keyakinan masyarakat terhadap kesahihan dan keberkesanan perubatan Islam.

Page 3: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

63

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

SKOP DAN METODOLOGI

Fokus utama perbahasan terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama: perbincangan terhadap latar belakang pengasas pusat rawatan Islam. Kedua: perbincangan terhadap perkara yang berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan sesebuah pusat rawatan Islam secara terperinci. Ketiga: penggunaan jin menurut pandangan pengasas pusat rawatan Islam yang seringkali diperbahaskan dalam lapangan ilmu perubatan alternatif. Hal ini dilakukan agar anggota masyarakat lebih peka terhadap corak perkembangan pusat rawatan alternatif Islam di Malaysia dan lebih berhati-hati dalam menilai status “pusat rawatan Islam”.

Metodologi utama yang digunakan dalam kajian ini adalah penelitian dan pemerhatian

secara lapangan (field work) terhadap tujuh puluh (70) pusat rawatan Islam yang terdiri daripada pusat rawatan ruqyah syar„iyyah, bekam, dan aura (batin). Selain itu, metode temubual dan borang kaji selidik turut dilaksana dalam mengumpul data berkaitan di bawah geran penyelidikan Universiti Malaya pada Disember 2012 hingga Jun 2013 bernombor UMRG 419-12 HNE Pusat Rawatan Alternatif Berteraskan Al-Quran & Al-Sunnah: Kajian Malaysia.

Daripada penelitian yang dijalankan, pusat rawatan yang dijalankan kajian ialah seperti

pusat rawatan Islam yang diasaskan melalui sesuatu pertubuhan atau persatuan seperti Darussyifa‟, Persatuan Perubatan Islam Darussalam dan Pusat Rawatan Islam al-Manarah (PRIM), atau berteraskan syarikat perniagaan, atau premis tertentu, atau di kediaman peribadi dan ada yang bergerak secara solo dan berkumpulan tanpa sebarang premis. Antaranya seperti Perubatan Islam al-Hidayah, Sinar Zamdurrani, Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Pusat Rawatan Sinar Nur, Pusat Rawatan Terapi Hikmah (Kedai Bekam dan Resdung), Kartika Buana: Pusat Rawatan Tradisional Islam Berasaskan al-Quran dan Pusat Rawatan Qalbun Sakinah yang bergerak dalam sebuah premis khusus. Manakala Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE), Pusat Rawatan Islam Gshahmisteri, Rawatan Islam Darul Manzil (RIDAM), Pusat Rawatan Ikhtiar Darul Syifa‟ (PURIDAS), Pusat Rawatan Islam al-Madani (PRIA), Pusat Rawatan Teknologi al-Quran dan Asma al-Husna, Perubatan Islam 7 Puteri, dan Pusat Rawatan Islam al-Mustaqim yang merupakan antara pusat rawatan Islam yang beroperasi berhampiran dengan

kediaman pengasas.1

HASIL DAN DAPATAN KAJIAN

1 Hasil analisis projek di bawah geran penyelidikan Universiti Malaya pada Disember 2012 hingga Jun 2013 bernombor UMRG 419-12 HNE Pusat Rawatan Alternatif Berteraskan Al-Quran & Al-Sunnah: Kajian Malaysia.

Page 4: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

64

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

Daripada hasil kajian yang dilakukan terhadap para pengasas tujuh puluh (70) pusat rawatan Islam di Malaysia. Data-data yang dikumpulkan adalah seperti berikut :-

LATAR BELAKANG PENGASAS PUSAT RAWATAN ISLAM DI MALAYSIA

PERTAMA: JANTINA PERAWAT

(Soal Selidik: Disember 2012-Jun 2013)

Berkenaan jantina para pengasas pusat rawatan Islam di Malaysia, pengkaji mendapati

bahawa sebanyak enam puluh lima (65) buah pusat rawatan Islam diasaskan oleh kaum lelaki dan selebihnya sebanyak lima (5) diasaskan oleh kaum wanita. Jadi, kebanyakkan pusat rawatan alternatif Islam dimonopoli oleh kaum lelaki. Meskipun begitu, wanita masih memainkan peranan dalam rawatan walaupun pengasasnya adalah lelaki terutamanya bagi mengubat pesakit wanita.

KEDUA: UMUR PENGASAS PUSAT RAWATAN ISLAM

93%

7%

JANTINA PENGASAS

Lelaki Perempuan

Page 5: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

65

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

(Soal Selidik: Disember 2012-Jun 2013)

Daripada graf di atas, dapat disimpulkan bahawa majoriti pengasas pusat rawatan

alternatif berumur antara 30 hingga 40 tahun iaitu sebanyak dua puluh lapan (28) orang. Kemudian, ia diikuti oleh para pengasas berumur 41 hingga 50 tahun sebanyak dua puluh (20) orang. Pada peringkat umur sebegini, para pengasas sudah matang, berpengalaman dan sedia untuk menjalankan rawatan dengan ilmu yang dituntut sebelumnya. Hal ini juga mendorong kepercayaan dan keyakinan pesakit terhadap rawatan perawat. Pada peringkat umur 51 tahun ke atas, terdapat sembilan belas (19) pengasas pusat rawatan Islam “senior” yang sebenarnya menjadi “mentor” dan guru kepada para perawat lapisan umur terkemudian. Pada tahap umur 18-29 tahun, hanya tiga (3) orang pengasas yang membuka pusat rawatan Islam.

KETIGA: TAHAP PENDIDIKAN PENGASAS PUSAT RAWATAN ISLAM

Berkenaan tahap pendidikan para pengasas pusat rawatan Islam, majoritinya hanya mendapat pendidikan sehingga ke tahap sekolah menengah sebelum terus menuntut ilmu dari guru-guru berkelayakan dalam bidang perubatan Islam iaitu seramai dua puluh (20) orang. Namun, jumlahnya tidak jauh berbeza dengan pengasas dari lapangan IPT dalam negara dan IPT luar negara yang masing-masing seramai sembilan belas (19) dan lapan belas (18) orang. Manakala tahap pendidikan pengasas pusat rawatan Islam yang paling sedikit ialah pada peringkat pendidikan tahap diploma/STPM iaitu seramai lima (5) orang, pondok pesantren seramai enam (6) orang dan sekolah rendah dua (2) orang. Peratusannya dapat dilihat pada graf di bawah,

4%

40%

29%

27%

UMUR PENGASAS

18 - 29 Tahun

30 - 40 Tahun

41 - 50 Tahun

51 Tahun Ke Atas

Page 6: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

66

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

(Soal Selidik: Disember 2012-Jun 2013)

KEEMPAT: LATAR BELAKANG PENGASAS PUSAT RAWATAN ISLAM

(Soal Selidik: Disember 2012-Jun 2013)

Berdasarkan tahap pendidikan pengasas pusat rawatan Islam, dapat disimpulkan

bahawa empat puluh empat (44) orang pengasas pusat rawatan Islam terdiri golongan ustaz dan dua puluh enam (26) golongan yang bukan ustaz. Golongan ustaz merupakan

27%

26% 7%

29%

8% 3%

TAHAP PENDIDIKAN PENGASAS

IPT Dalam Negara

IPT Luar Negara

Diploma/STPM

Sekolah Menengah

Pondok/Pesantren

Sekolah Rendah

63%

37%

LATAR BELAKANG PENGASAS

Ustaz Bukan Ustaz

Page 7: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

67

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

kumpulan pengasas yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan golongan yang arif dalam hal ilmu agama.

KELIMA: SUMBER ILMU PENGASAS PUSAT RAWATAN ISLAM

(Soal Selidik: Disember 2012-Jun 2013)

Seterusnya adalah berkaitan sumber ilmu pengasas pusat rawatan Islam. Majoriti pengasas pusat rawatan Islam mendapat atau mempelajari ilmu perubatan Islam secara berguru iaitu sebanyak sembilan puluh (90) peratus atau seramai enam puluh tiga (63) orang. Manakala yang selebihnya pula mendapat dan mempelajari ilmu perubatan Islam dari mimpi, kebolehan sendiri, anugerah dan ilham.

KEENAM: KETERLIBATAN PENGASAS PUSAT RAWATAN ISLAM

90%

6% 3%

1%

SUMBER ILMU PENGASAS

Berguru Mimpi Kebolehan Sendiri/Anugerah Ilham

Page 8: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

68

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

(Soal Selidik: Disember 2012-Jun 2013)

Akhirnya, daripada tujuh puluh (70) pengasas pusat rawatan Islam yang menjadi subjek

kajian, pengkaji mendapati bahawa lima puluh empat (54) orang pengasas pusat rawatan Islam terlibat dan mengendalikan pusat rawatan Islam masing-masing secara sepenuh masa dan diabadikan sebagai mata pencarian rezeki. Manakala selebihnya iaitu sebanyak enam belas (16) orang pengasas lain hanya mengendalikan pusat rawatan secara separuh masa dan mempunyai kerjaya lain sebagai kakitangan awam dan swasta.

LATAR BELAKANG PUSAT RAWATAN ISLAM DI MALAYSIA

Selanjutnya, daripada hasil kajian yang dilakukan melalui metode temubual dan borang kaji selidik terhadap tujuh puluh (70) pusat rawatan alternatif Islam di Malaysia, data-data yang disimpulkan adalah seperti berikut :-

PERTAMA: FAKTOR PENUBUHAN PUSAT RAWATAN ISLAM

77%

23%

KETERLIBATAN PENGASAS

Sepenuh Masa

Separuh Masa

Page 9: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

69

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

(Soal Selidik: Disember 2012-Jun 2013)

Faktor penubuhan pusat rawatan Islam yang utama2 ialah atas dasar khidmat atau

membantu anggota masyarakat yang menderita kesakitan, penyakit, gangguan mistik dan lain-lain, iaitu sebanyak dua puluh (20) buah pusat rawatan. Pusat-pusat rawatan ini merasa terpanggil untuk menubuhkan pusat rawatan Islam oleh kerana berleluasanya sihir

dan konco-konconya pada masa kini.3 Namun, sehingga kini walaupun pusat rawatan

2 Ini merupakan kesimpulan data temubual dengan di-di pusat rawatan Islam di Malaysia berkaitan “faktor penubuhan sesebuah pusat rawatan Islam” yang dijalankan sepanjang proses penyelidikan bermula Disember 2012-Jun 2013.

3 Data diperoleh dari hasil temubual bersama para pengasas dan pengurus pusat rawatan alternatif Islam seluruh Malaysia. Antaranya Abd. Majid Hassan di Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE) pada 1 Mei 2013; Khairul Syakirin Abd. Wahab di Pusat Rawatan Islam Darul Manzil (RIDAM) pada 3 April 2013; Nasaruddin di Pusat Perubatan Islam Kasturi pada 2 Mei 2013; Muhammad Khir, di Pusat Rawatan Nur Muhammad pada 4 Mei 2013; Ahmad Zaini Abd. Jamil, di Mohd Baitussyifa‟ pada 7 Mei 2013; Mohd Aznil Zulkifli, di Pusat Rawatan Kasturi Syifa‟ pada 8 Mei 2013; Alfian Izaz Abd. Halim, di Pusat Rawatan Islam: Penawar Sihir & Saka pada 10 Mei 2013; Mohd Raffi Haron, di Pusat Rawatan Islam Badan Ukhwah Darul Iman (BUDI LOSONG) pada 3 April 2013; Rahimi Mohd Rashid, di Pusat Rawatan Islam Al-Madani (PRIA) pada 5 April 2013; Mohd Khairey Saudi, di Pusat Rawatan Tradisional Khairey pada 9 Disember 2012; Azmi Siddiq, di Pusat Rawatan Walinur Syifa‟ pada 11 Disember 2012; Kamisan Siham, Ketua Kumpulan Perawat Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor (PEBATAP) di Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor pada 3 Mei 2013; Tengku Mansor Tengku Muda, di Pusat Rawatan Qalbun Asrar pada 10 Disember 2012; Fakhrul Ridzha, di Pusat Rawatan Islam Kiswah pada 8 Mac 2013; Nor Azlina Abu Bakar, di Azlina Terapi Tradisional pada 17 Februari 2013; Jamil Hashim, di Pusat Rawatan Aura Zikir pada 18 Februari 2013; Mohd Salleh Yon, di Pusat

0

2

4

6

8

10

12

14

16

18

20

Berkhidm

at

Permintaa

n

Dakwah Kesedaran Peristiwa

Lalu

Minat Keturunan Amanat Pembiayaa

n

Kepuasan

Faktor-faktor 20 9 10 8 7 7 4 2 2 1

Jum

lah

FAKTOR PENUBUHAN PUSAT RAWATAN ISLAM

Page 10: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

70

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

Islam makin banyak. Namun gangguan dan masalah berkait dengan bidang perubatan Islam juga makin bertambah seiring dengan pertumbuhannya.

Di samping itu, permintaan anggota masyarakat yang semakin hari semakin ramai juga

menggalakkan pertumbuhan pusat rawatan Islam. Sebanyak sembilan (9) pusat rawatan

Islam ditubuhkan atas permintaan anggota masyarakat.4 Perawat Islam yang pada

dasarnya merawat orang ramai atas dasar suka-suka dan ingin membantu, akan tetapi mempunyai “skil” dan kaedah rawatan yang tinggi dan terbukti mujarab, golongan inilah yang selalunya didorong oleh kehendak masyarakat agar membuka sebuah pusat rawatan Islam khusus untuk menyenangkan proses rawatan tanpa perlu pesakit bersesak-sesak ke rumah perawat.

Faktor ketiga yang mendorong penubuhan pusat rawatan Islam ialah atas dasar

dakwah.5 Dakwah yang dinyatakan di sini adalah demi menjaga akidah perawat dan

akidah pesakit agar tidak terjerumus ke jurang kesesatan dan hanya mencari perubatan yang berkonsepkan Islam, yang mana terbukti lebih selamat dan diredhai kesembuhannya dengan izin Allah SWT. Seterusnya, faktor keempat penubuhan pusat rawatan Islam ialah disebabkan kesedaran perawat itu sendiri. Kesedaran ini termasuklah kesedaran untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan mempelajari ilmu agama yang tersirat di sebalik ilmu perubatan Islam, melarikan diri dari fitnah dan godaan dunia, mencari inisiatif kaedah rawatan lain daripada kaedah rawatan Barat (orthodox) yang terbukti mempunyai kesan sampingan buruk hasil penggunaan ubat-ubatan berasaskan dadah (drugs) selain perlu bergantung kepada ubat-ubatan sepanjang hidup bagi yang menghidap penyakit

kronik.6

Rawatan Alternatif Tradisional Salleh pada 3 Jun 2013; Nizam Othman, di Pusat Perubatan Ahmadiah Sufi pada 4 Jun 2013; dan Rohaimi Yon, di Pusat Rawatan Alternatif Rohaimi pada 18 Jun 2013.

4 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Muhammad Yunus Sahari, di Pusat Rawatan Alternatif Rumah ~ Sihat (Bekam Terapi Moden Malaysia) pada 22 Mei 2013; Shamsuri Shafie, di Pusat Rawatan Islam al-Tobibi pada 28 Mei 2013; Azizi Misbah, di Pusat Rawatan Islam Gshah Misteri pada 13 Mei 2013; dan Mohd Faizal Fadzil, di Pusat Terapi Islam Al-Barokah pada 30 Jun 2013.

5 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Jahid Sidek, di pusat rawatan Islam Al-Manarah pada 1 Mei 2013; Lokman Abd. Hamid, di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah pada 15 Mei 2013; Engku Ansaruddin Agus, di Pusat Rawatan Komplimentari Islam Yashfien pada 17 Mei 2013; Md. Yusof Md. Sidek, di Pusat Rawatan As-Syifa‟ pada 14 Mac 2013; Muhammad Syawal Rizal Mustafa, di Pusat Rawatan Islam Ruqyah Isra‟ pada 21 Januari 2013; Kamal Ariffin Osman, di Islamic Medicine of Al-Kausar pada 3 Mei 2013; Hasrol Nizam Muhammad, di Pusat Rawatan Jabal Nur pada 22 Mei 2013; Mohd Hafizi Haris, di Pusat Terapi Ruqyah Syariyyah pada 19 Mac 2013; Abd. Manaf Ismail, di Baitul Syifa‟ Kersani pada 20 Jun 2013; dan Amirul Rahim Rosli, di Pusat Rawatan Islam TAPEDIRI 65 pada 21 Jun 2013.

6 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Rosli Abd. Ghani, di pusat Rawatan Tradisional Aura Nusantara pada 23 Mei 2013; Wan Zuraini Anuar, di Thibbun Nabawi Healing Centre pada

Page 11: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

71

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

Selanjutnya, peristiwa silam dan sejarah hitam juga mendorong para perawat untuk

menubuhkan pusat rawatan Islam. Para perawat yang rata-ratanya pernah disihir, diganggu atau mempunyai ahli keluarga yang sakit yang kemudiannya sembuh dengan

kaedah rawatan Islam telah membuka pusat rawatan Islam.7 Mereka ini cukup yakin

dengan kaedah rawatan Islam sehingga terdorong untuk membantu orang lain yang pernah menderitai penyakit dan kepayahan yang sama. Minat dalam ilmu perubatan Islam juga memainkan peranan penting yang menggalakkan pertumbuhan pusat rawatan Islam. Minat yang disemai dengan proses pembelajaran dengan guru-guru perubatan Islam yang berkelayakan pasti akan subur dan bercambah ilmu serta pengalaman. Hal inilah yang mendorong empat (7) buah pusat rawatan Islam untuk menubuhkan pusat rawatan

mereka sendiri.8 Mereka biasanya akan merawat pesakit dan kemudiannya akan merekrut

perawat-perawat muda yang mempunyai minat yang sama agar dapat seiring dalam membantu mereka yang dalam kesusahan.

Ketujuh, elemen keturunan dari salasilah keluarga yang mahir merawat juga

mendorong para perawat yang terkemudian untuk membuka pusat rawatan Islam. Ilmu perubatan yang diwarisi daripada ayah, ibu, datuk dan nenek lantas mempengaruhi

generasi terkemudian yang ingin meneruskan legasi keluarga mereka.9 Kelapan, amanat

24 Mei 2013; Mohd Razali Ahmad, di Pusat Bekam Sunnah pada 26 Mei 2013; Zulkarnain Sulaiman, di Pusat Perubatan Holistik & Alternatif pada 18 April 2013; dan Mohd Fadzil Ahmad, di Pusat Rawatan Islam Al-Mustaqim pada 27 Februari 2013.

7 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Mohd Suhaimi Rohani @ Rozali, di Pusat Rawatan Islam Darul Ruqqiyyah pada 28 Mei 2013; Mohd Hatig Haron, di Nan S Spa Centre pada 24 Mei 2013; Mohamed Hanafiah Abdul Malek, di D‟Urut Hanafi pada 25 Mei 2013; Jamillah Abdullah, di Pusat Rawatan Komplimentari Al-Syufia: Bekam & Refleksologi pada 26 April 2013; Mohamad Razali Ismail, di Pusat Rawatan Tradisional dan Bekam pada 23 Mei 2013; Azarudin Othman, di Pusat Rawatan Qalbun Sakinah pada 13 Februari 2013; Abdul Halim Yaacob, di Pusat Rawatan Alternatif Aura Nur Hikmah pada 14 Februari 2013; Abdul Malek Ladzim, di Pusat Rawatan Terapi Al-Quran Darul Hikmah pada 15 Februari 2013 dan Rosli Ibrahim, di Pusat Rawatan Aura Syifa‟ pada 17 Jun 2013.

8 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Shahrizal Samdin, di Pusat Rawatan Islam Sepohon Jadi (PRAWIS) pada 28 Mei 2013; Mohamad Hanafi Abd Rahman, di El-Fesfanji Islamic Traditional Medicine pada 29 Mei 2013; Mohd Idris Ismail, di Pusat Rawatan Alternatif Nur Islam (PUSRANI) pada 30 Mei 2013; Ahmad Hussein, di Pusat Terapi Hikmah (Kedai Bekam & Resdung) pada 31 Mei 2013; Zaiani Mohd Diah, di Pusat Perubatan Tradisional Delima Nurrun Nubuwwah pada 10 Mei 2013; Mohd Asna Amin, di Pusat Rawatan Ruhaniah pada 10 Mei 2013; Jumadi Mustar, di Pusat Rawatan Darul „Illaj pada 7 Jun 2013; dan Abd. Rahim T. Ahmad, di Pusat Rawatan Islam Permata Syifa‟ pada 19 Jun 2013.

9 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Sharani Ibrahim, di Pusat Rawatan Al-Quran, Akupuntur, Bekam Homeopati Ar-Ridhwan pada 21 Januari 2013; Azman Mohd Tahir, di Pusat Perubatan AZBUDI pada 22 Januari 2013; Sharifah Nashrah An-Nadia, di Pusat Rawatan Islam Al-Taqwa pada 23 Januari 2013; dan Mohamad Din, di Pusat Perubatan Islam 7 Puteri pada 11 Jun 2013.

Page 12: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

72

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

dari para guru, ibu bapa serta alim ulama‟ juga antara punca penubuhan sesebuah pusat

rawatan.10

Namun, elemen ini tidak begitu banyak, akan tetapi ia tetap dipuji kerana

menunaikan dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh sabar dan tabah.

Selain itu, pusat rawatan Islam juga ditubuhkan khusus untuk membiayai elemen sosial

dalam masyarakat. Hal ini termasuklah untuk membiayai biaya sekolah anak-anak yatim dan pondok. Hal ini dilakukan dengan menyalurkan wang yang diperolehi daripada rawatan yang dijalankan di pusat rawatan digunakan untuk kesenangan dan manfaat

orang lain.11

Akhir sekali, faktor terakhir penubuhan pusat rawatan Islam ialah kepuasan

diri. Manusia ialah makhluk yang cukup indah yang diciptakan dengan berbagai bagai citarasa dan kehendak. Malah, hal ini jua yang menjadi faktor utama penubuhan pusat rawatan Islam. Pusat rawatan Islam yang diasaskan atas dasar kepuasan kendiri ini ialah daripada pusat rawatan yang mahu menegakkan cara rawatannya yang tersendiri dan mahu meluaskan pengaruhnya dalam bidang rawatan Islam sekaligus ia dapat merawat

dengan caranya tersendiri.12

KEDUA: SENARAI PERKHIDMATAN PUSAT RAWATAN ISLAM

10 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Nor Aini Ismail, di Pusat Rawatan Tradisional Al-Tunjuniah al-Fununiah pada 13 Disember 2012; dan Mohd Nazri Mohd Saad, di Pusat Rawatan Alam Ghaib pada 1 Februari 2013.

11 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Muslim Abd. Karim, di Pusat Rawatan Amal pada 23 Februari 2013; dan Ahmad Yusuf Amin, di Pusat Perubatan Islam Al-Islah pada 24 Februari 2013.

12 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Mohd Faizal Omar, di Pusat Rawatan Islam Darun Nuraniyyah pada 30 Januari 2013.

Page 13: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

73

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

(Soal Selidik: Disember-Jun 2013)

Berkenaan senarai perkhidmatan yang ditawarkan pusat rawatan Islam di Malaysia, kaedah rawatan bagi penyakit fizikal ialah yang paling banyak disediakan. Hal ini kerana ia mendapat permintaan yang tinggi dari masyarakat malahan ramai pesakit yang datang setiap hari mencari kesembuhan bagi penyakit fizikal seperti barah, patah, batu karang, darah tinggi, strok dan kencing manis. Majoriti pesakit yang datang berubat di pusat rawatan Islam ialah golongan yang menghidap penyakit kronik, sudah tiada harapan untuk sembuh dan putus asa dengan kaedah rawatan secara klinikal. Perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah gangguan mistik seperti saka, jin dan rasukan juga merupakan perkara wajib yang perlu ada di setiap pusat rawatan Islam. Ia juga antara perkara yang

paling banyak dirujuk oleh masyarakat.13

Selain itu, bagi penyakit psikologi seperti kemurungan, tekanan perasaan, histeria dan

lain-lain masalah yang berkaitan gangguan fikiran, ia bukanlah masalah yang tidak diberi perhatian. Akan tetapi, ia amat rumit dan bergantung pada diri pesakit. Ia memerlukan kekuatan diri untuk mengatasinya. Para perawat dalam hal ini biasanya akan memberi khidmat nasihat agar pesakit lebih mendekatkan diri pada Allah SWT selain turut

dibekalkan dengan bacaan amalan dan air penawar kepada pesakit.14

Manakala bagi

perkhidmatan bekam, ia merupakan perkhidmatan yang jarang ditawarkan di pusat-pusat rawatan Islam. Pusat rawatan yang menyediakan perkhidmatan mengubati masalah gangguan mistik, masalah psikologi dan fizikal biasanya tidak menyediakan khidmat

13 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Muhammad Yunus Sahari, di Pusat Rawatan Alternatif Rumah ~ Sihat (Bekam Terapi Moden Malaysia) pada 22 Mei 2013.

14 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Fakhrul Ridzha, di Pusat Rawatan Islam Kiswah pada 8 Mac 2013.

30%

33%

22%

15%

SENARAI PERKHIDMATAN PUSAT RAWATAN

Gangguan Mistik Fizikal Psikologi Bekam

Page 14: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

74

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

bekam oleh kerana sudah terlalu sibuk melakukan rawatan. Ia biasanya disediakan oleh

pusat rawatan yang khusus untuk berbekam.15

KETIGA: TEKNIK UTAMA PUSAT RAWATAN ISLAM

Di samping itu, daripada tujuh puluh (70) pusat rawatan Islam yang menjadi subjek kajian, pengkaji mendapati bahawa sebanyak empat puluh lima (45) buah pusat rawatan Islam menggunakan kaedah ruqyah, doa-doa dan zikir dalam rawatan. Inilah teknik yang paling popular dalam bidang rawatan Islam. Manakala, tujuh belas (17) pusat rawatan lain menggunakan cara bekam malah turut ditambah serta digabungkan dengan amalan ruqyah dalam rawatan. Manakala bagi kaedah rawatan secara aura dan ghaib, hanya sebanyak lapan (8) buah pusat rawatan mempraktikkannya. Rujuk graf di bawah :-

(Soal Selidik: Disember 2012-Jun 2013)

Dalam menyebut tentang kaedah rawatan Islam, tidak semua rawatan yang dipraktikkan menepati ciri-ciri rawatan Nabi SAW. Sebahagian dari kaedah rawatan yang dipraktikkan adalah yang bercanggah dengan syariat Islam, ada yang meragukan dan ada juga yang memerlukan penelitian dan perbincangan yang lebih terperinci untuk mengetahui status

pengamalannya dalam rawatan penyakit.16

Kaedah dan cara rawatan dilakukan perawat

15 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Mohd Suhaimi Rohani @ Rozali, di Pusat Rawatan Islam Darul Ruqqiyyah pada 28 Mei 2013.

16 Antara kaedah rawatan yang didapati tidak menepati syariat Islam dan diragui ialah memerangkap jin, menarik keluar jin, rawatan jarak jauh, membunuh jin, rawatan batin (aura), scanning (diagnosis). Rujuk Khadher Ahmad, et al., Seni Perubatan Alternatif Di Malaysia:

64%

24%

12%

TEKNIK UTAMA PUSAT RAWATAN

Ruqyah Bekam Aura / Teknik Ghaib

Page 15: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

75

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

merupakan “praktikal” kepada ilmu yang diperolehi. Jika benar sumber ilmu yang didapati,

maka jelas dan baiklah cara rawatan yang dipraktikkan.17

Jadi, apa yang dapat dinyatakan di sini ialah perawat yang mendapat ilmu perubatan

dari guru atau merujuk kepada guru (secara belajar) majoritinya menggunakan kaedah yang thabit dengan merawat secara ruqyah, bekam dan doa zikir. Manakala perawat yang mendapatkan ilmu secara mimpi dan ilham atau dari sumber yang tidak dapat dipastikan

kebenarannya, majoritinya melakukan rawatan secara kaedah rawatan ghaib atau batin.18

Kesimpulannya, kaedah rawatan merupakan perkara yang penting dalam cara rawatan Islam. Hal ini merupakan perkara yang sering diperbahaskan dan dipertikaikan sesama pihak pusat rawatan Islam.

Seseorang perawat Islam sepatutnya mengenalpasti cara dan kaedah rawatannya19

terlebih dahulu dengan merujuk kepada al-Quran dan al-Hadith atau ulama‟ agar kaedahnya tidak meragukan dan tidak pula mengandungi unsur tipu daya jin. Malah, yang paling penting, selagimana teknik rawatan tidak bercanggah dengan matlamat dan cara al-Quran dan al-Hadith, para perawat perlu bersikap tolak ansur dan meraikan antara satu sama lain meskipun berbeza teknik rawatan.

KEEMPAT: BAYARAN PERKHIDMATAN PUSAT RAWATAN ISLAM

Analisis Permasalahan Metode Rawatan. Global Journal Al-Thaqafah (GJAT), V. 4, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Malaysia. 2013, h. 79-90. Rujuk juga Khadher Ahmad & Mohd Farhan Md Ariffin. (2013). Khurafat Tahyul dan Teknik Mistik dalam Rawatan Alternatif. Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan (SHP-KPT 2013). Anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, Malaysia. Pada 2-3 Julai 2013, h. 438.

17 Khadher Ahmad. Analisis Hadith-Hadith Mengenai Rawatan Sihir Dalam Al-Kutub Al-Sittah: Aplikasi Di Pusat Rawatan Islam Di Malaysia. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia. 2012, h. 351.

18 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Muhammad Syawal Rizal Mustafa, di Pusat Rawatan Islam Ruqyah Isra‟ pada 21 Januari 2013.

19 Amalan di Darussyifa‟ melalui dinya, Dato‟ Haron Din merupakan antara yang terbaik. Beliau berusaha mencari dan menekankan pendekatan dalam rawatan yang terbaik, ringkas (tidak membebankan pesakit), tidak diragui dan tidak menyalahi tuntutan syariat. Bahkan, beliau juga banyak menekankan penggunaan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang ma‟thur sebagai ruqyah berbanding dengan doa-doa yang tidak mempunyai sumbernya. Khadher Ahmad. Analisis Hadith-Hadith Mengenai Rawatan Sihir Dalam Al-Kutub Al-Sittah: Aplikasi Di Pusat Rawatan Islam Di Malaysia. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia. 2012, h. 351-352.

Page 16: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

76

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

(Soal Selidik: Disember 2012-Jun 2013)

Akhirnya, apabila disebutkan mengenai bayaran perkhdmatan rawatan, ia sebenarnya tertakluk kepada cara pengasasnya mengendalikan sesebuah pusat rawatan agar ia dapat terus beroperasi dan memberi khidmat terbaik kepada masyarakat. Jadi, berdasarkan penelitian yang dilakukan, sebanyak tiga puluh enam (36) pusat rawatan Islam mengenakan bayaran yang telah ditetapkan bagi perkhidmatan rawatan yang diberikan. Ini tidak lain bertujuan untuk memastikan operasi pusat rawatan dapat berjalan lancar selain menampung kos sedia ada. Majoriti perawat yang mengenakan bayaran dalam rawatan

ialah perawat secara sepenuh masa yang mengambil bayaran sebagai mata pencarian.20

Manakala dua puluh tiga (23) pusat rawatan Islam lain hanya mengambil sumbangan

ikhlas dari para pesakit berdasarkan keikhlasan dan kemampuan pesakit. Para perawat ini pula majoritinya adalah perawat secara separuh masa. Adapun sebelas (11) pusat rawatan Islam yang mengamalkan bayaran tetap dan sumbangan ikhlas dari pesakit. Mereka sebenarnya mengambil bayaran terhadap perkhidmatan yang memerlukan alatan, masa, tenaga seperti bekam dan khidmat rawatan seperti ruqyah hanya perlu dibayar mengikut kehendak pesakit.

PENGGUNAAN JIN DALAM RAWATAN MENURUT PANDANGAN PENGASAS PUSAT RAWATAN ISLAM DI MALAYSIA

20 Data diperoleh daripada pemerhatian, temubual dan edaran borang soal selidik di bawah geran penyelidikan Universiti Malaya pada Disember 2012 hingga Jun 2013 bernombor UMRG 419-12 HNE Pusat Rawatan Alternatif Berteraskan Al-Quran & Al-Sunnah: Kajian Malaysia.

51%

33%

16%

BAYARAN PERKHIDMATAN PUSAT RAWATAN

Bayaran Ditetapkan Sumbangan Ikhlas Kedua-duanya Sekali

Page 17: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

77

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

Dalam hal ini, masih terdapat perselisihan antara pengamal perubatan Islam di Malaysia. Berdasarkan kajian pengkaji, daripada tujuh puluh (70) orang pengasas pusat rawatan Islam yang ditemui, masih terdapat sembilan (9) orang pengasas yang bersetuju dengan kaedah rawatan yang menggunakan jin atau menjadikan jin sebagai dampingan dalam rawatan. Antara pandangan sembilan (9) buah pusat rawatan tersebut ialah :-

i. Penggunaan jin dalam perjalanan rawatan alternatif adalah terpulang kepada

perawat dengan syarat dia adalah pakar dan menjadi tuan kepada jin. Namun, jika dia menjadi hamba kepada jin, ini adalah salah dan tidak boleh dipraktikkan.21

ii. Penggunaan jin dalam kedah rawatan Islam adalah terbahagi kepada dua. Pertama; harus penggunaan jin jika perawat tersebut menguasai jin sehinggakan jin menjadi tunduk kepadanya. Kedua; tidak boleh menggunakan jin dalam rawatan sekiranya perawat sendiri tidak cukup ilmu, tidak memiliki asas fardhu ain yang sempurna kerana dikhuatiri akan ditipu oleh jin.22

iii. Berhubung dengan pengunaan jin dalam rawatan Islam, ia dibolehkan dengan syarat perawat tersebut mampu mengawal jin tersebut. Namun, ia akan bertukar menjadi syirik dan berdosa jika jin berkuasa dan manusia mengharapkan pertolongan daripadanya.23

iv. Penggunaan jin dalam aspek rawatan sebenarnya bergantung kepada ilmu perawat. Jika perawat memiliki ilmu dan darjat yang tinggi, dan dia mampu mengawal jin, maka dia boleh menggunakan jin. Akan tetapi, jika sebaliknya, tidak boleh menggunakan jin dalam aspek rawatan.24

v. Penggunaan jin dalam rawatan yang dijalankan adalah harus sekiranya jin itu merupakan jin Islam dan diharuskan berkawan dengan jin. Boleh meminta tolong kepada jin Islam. Namun, meminta tolong kepada jin kafir tidak boleh

21 Data diperoleh dari temubual bersama Tengku Mansor Tengku Muda, di Pusat Rawatan Qalbun Asrar pada 10 Disember 2012; Mohamad Razali Ismail, di Pusat Rawatan Tradisional dan Bekam pada 23 Mei 2013.

22 Data diperoleh dari temubual bersama Jamil Hashim, di Pusat Rawatan Aura Zikir pada 18 Februari 2013.

23 Data diperoleh dari temubual bersama Azman Mohd Tahir, di Pusat Perubatan AZBUDI pada 22 Januari 2013; Sharifah Nashrah An-Nadia, di Pusat Rawatan Islam Al-Taqwa pada 23 Januari 2013.

24 Data diperoleh dari temubual bersama Shahrizal Samdin, di Pusat Rawatan Islam Sepohon Jadi (PRAWIS) pada 28 Mei 2013.

Page 18: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

78

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

dan salah.25

vi. Penggunaan jin dalam rawatan Islam adalah berdasarkan apa yang diharuskan (dibolehkan) penggunaannya dalam Islam, pasti tidak mendatangkan masalah kepada perawat. Perawat mestilah berkemampuan untuk mengawal jin tersebut dan ia boleh selagimana jin tersebut tidak menguasai perawat.26

Setelah diteliti latar belakang sembilan (9) pengasas pusat rawatan yang menyokong

penggunaan jin dalam rawatan Islam, pengkaji dapat merumuskan bahawa perawat atau pengasas tersebut terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan. Hal ini dibuktikan pada graf di bawah :-

(Soal Selidik: Disember 2012-Jun 2013)

Justeru, hal berkenaan penggunaan jin dalam rawatan Islam sememangnya tidak

terhad kepada mana-mana perawat dan tidak mengenal latar belakang pendidikan seseorang perawat. Syaitan dan konco-konconya terbukti mampu mengeliru dan menyesatkan meskipun pada golongan yang berpendidikan agama. Bahkan penggunaan jin dalam rawatan turut disokong oleh para perawat yang memiliki kelulusan agama dari IPT dalam dan luar negara. Nabi SAW pernah bersabda;

25 Data diperoleh dari temubual bersama Ahmad Zaini Abd. Jamil, di Mohd Baitussyifa‟ pada 7 Mei 2013.

26 Data diperoleh dari temubual bersama Mohd Idris Ismail, di Pusat Rawatan Alternatif Nur Islam (PUSRANI) pada 30 Mei 2013; dan Mohd Nazri Mohd Saad, di Pusat Rawatan Alam Ghaib pada 1 Februari 2013.

23%

22%

11%

22%

22%

TAHAP PENDIDIKAN PERAWAT YANG MENYOKONG

PENGGUNAAN JIN

IPT Dalam Negara IPT Luar Negara Diploma/STPM

Pondok/Pesantren Sekolah Menengah

Page 19: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

79

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

الشاةعن يأ خذ كذئ بال غنم ن سان ذئ بال الشي طان قال:"إن اللو نب جبل،أن ب ن ي معاذ ا ال جد ماع ،وال عام ،وال مس بال والناحي ،فإياكم والشعاب،وعلي كم

Dari Mu„az bin Jabal: Sesungguhnya Nabi SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, sebagaimana serigala yang membaham kambing, Dia akan membaham kambing-kambing yang terpisah dari kumpulannya. Jauhilah dari berpecah belah, hendaklah kalian berada di dalam satu jemaah (bersatu

padu), orang ramai dan sentiasa melazimi masjid.”27

Namun, persamaan yang dapat ditemui ialah kesemua sembilan (9) pengasas yang pro

terhadap penggunaan jin dalam rawatan adalah dari kalangan ahli tariqat, golongan

kebatinan atau tasawuf.28

Soalnya kini, apakah ukuran “memiliki ilmu dan darjat yang

tinggi” yang menjadi garis panduan seseorang perawat untuk menguasai jin? Adakah dengan mempelajari ilmu tasawuf dalam tariqat, perawat dapat menundukkan jin? Adakah manusia “mampu” menguasai dan mengawal jin meskipun jin Islam?

Jadi, hal ini jelas masih terdapat beberapa keraguan. Ini secara tidak langsung mampu

menjadi fitnah yang akan menghilangkan keyakinan dan kebolehterimaan masyarakat terhadap pusat rawatan Islam sekaligus membantutkan perkembangannya di Malaysia.

Dari sudut perbahasan agama, penggunaan dan keterlibatan jin dalam rawatan yang

dijalankan oleh para pengamal perubatan disebut sebagai istighathah. Hukumnya haram

dan telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.29

Istighathah dengan kuasa ghaib yang bertujuan untuk perubatan dan selainnya sudah

lama wujud dalam budaya masyarakat Melayu. Amalan ini diwarisi dari masyarakat purba dan ajaran Hindu. Mereka percaya pada semangat, jin dan syaitan boleh memberi

27 Ahmad bin Hanbal, Al-Musnad Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, no. Hadith: 21928, j. 16, Cet. 1, Kaherah: Dar al-Hadith, 1995, h. 172,

28 Data diperoleh daripada temubual dan edaran borang soal selidik kepada di-di pusat rawatan Islam seluruh Malaysia di bawah geran penyelidikan Universiti Malaya pada Disember 2012 hingga Jun 2013 bernombor UMRG 419-12 HNE Pusat Rawatan Alternatif Berteraskan Al-Quran & Al-Sunnah: Kajian Malaysia.

29 Mohd Farhan Bin Md Ariffin, Khurafat Dan Tahyul Serta Penyelesaiannya Menurut Hadith: Analisis Terhadap Filem Seram Di Malaysia, Kertas Projek Untuk Memenuhi Keperluan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Universiti Malaya, Sesi 2011/2012.

Page 20: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

80

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

kebaikan dan kemudharatan pada manusia.30

Firman Allah SWT dalam surah al-Jinn (72):

6;

النسي ع كانرجالمن رىا وأنو ف زادوىم ن ال (6)وذونبرجالمن Maksudnya: “Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka (bahkan) jin-jin itu menambah bagi mereka lagi dari dosa dan kesalahan”.

Ayat ini merupakan dalil pengharaman istighathah dengan makhluk halus dan

menerangkan tentang orang Arab Jahiliyyah yang suka meminta izin dan perlindungan dari jin dan makhluk halus jika melalui atau ingin berehat di sesuatu kawasan kerana dikhuatiri akan ditimpa musibah.31 Termasuk dalam istighathah yang dilarang Islam adalah istighathah kepada jin dan syaitan, roh, kubur dan lain-lain. Hal ini tiada gunanya kerana semua makhluk adalah lemah di sisi Allah SWT dan perbuatan ini termasuk dalam perbuatan syirik.

Tidak dinafikan bahawa memohon pertolongan jin dan makhluk halus adalah satu

bentuk khurafat, kemusyrikan dan kekafiran. Ini telah menyebabkan jatuh hukum syirik ke atasnya kerana meletakkan kebergantungan dan kesembuhan pada jinnya dan bukan pada Allah SWT.32

Istighathah sesama makhluk dengan meyakini bahawa makhluk tersebut dapat

memberi kesan kepada permintaannya adalah sama seperti orang lemas meminta tolong kepada orang lemas dan banduan dengan banduan. Kedua-duanya tiada berguna. Hanya Allah SWT yang Maha Berkuasa ke atas tiap sesuatu.Mengapa perlu meminta kepada yang lain?33

30 Jawiah Dakir, Wan Awang Wan Ali, Sunnah & Bidaah Dalam Amalan Orang Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, Cet.1, h. 153.

31 al-Razi, Muhammad Fakhruddin, Tafsir Fakhr al-Razi Mafatih al-Ghaib, Lubnan-Beirut: Dar al-Fikr li Taba‟ah wa Nashr wa Tawzi‟, 1981, Cet.1, j. 30, h. 156.

32 Rujuk Rashid Layzul, al-Jin wa al-Sihr fi al-Manzur al-Islami, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, 2001, h. 202; dan Wahid Abdus Salam, (terj.), Jin & Syaitan, serta Penyakit Akibat Sihir: Panduan Mencegah dan Merawatnya, Kuala Lumpur: Darul Nu‟man, 1996, Cet. 1, h. 32.

33 Ahmad Kilani, “Jin dan Hubungannya Dengan Manusia: Satu Analisis Menurut al-Quran dan al-Sunnah”, (Disertasi yang dikemukakan untuk memenuhi Sarjana Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Disember 1991); dan Jawiah Dakir, Wan Awang Wan Ali, Sunnah & Bidaah Dalam Amalan Orang Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, Cet.1, h. 160.

Page 21: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

81

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

Nabi SAW lengkap mengajarkan tentang cara istighathah yang sebenar dalam Islam iaitu,

كن تخل فرسولاللوي و م ا،ف عناب نعباس،قال: فظ كلمات:اح أعلمك ال:ياغلم،"إنبالل تعن ت عن تفاس اس وإذا اللو أل سأل تفاس تاىكإذا ه تد اللو فظ ي فظ كاح أناللو ،واع لم و

فع ي ن علىأن تمعت م لواج ال تمعواعلىأن كتبواللولك،ولواج ءقد بشي فعوكإل ي ن ءل وكبشي كتبواللوعلي ك ءقد بشي يضروكإل ءل يضروكبشي

Dari Ibn „Abbas RA, beliau berkata: Aku pernah berada di belakang Rasullullah SAW dan Baginda bersabda: “Wahai anak muda, peliharalah (ajaran) Allah SWT, nescaya Dia akan memelihara engkau, dan peliharalah (agama) Allah SWT, (nescaya) engkau akan mendapatkannya di hadapanmu, jika engkau meminta sesuatu, mintalah pada Allah SWT, dan jika engkau mahu meminta pertolongan, mintalah pada Allah SWT. Dan ketahuilah jika seluruh umat (dari manusia) sekalipun yang berkumpul untuk memberikan manfaat (kebaikan) pada kamu, tidak akan terjadi sedemikian kecuali dengan ketentuan-Nya, dan jika mereka semua berkumpul untuk memudharatkan (melakukan kejahatan) padamu, tidak akan terjadi kecuali dengan ketentuan-Nya.” 34

Justeru, sudah jelas bahawa penggunaan jin atau khadam dalam sesi rawatan yang

dijalankan perawat hukumnya syirik. Syeikh Wahid al-Salimbaly yang cukup dikenali sebagai bapa perintis ilmu perubatan Islam juga pernah menyatakan bahawa haram menggunakan khadam jin dalam rawatan di dalam kitabnya karangannya, Waqiyyah al-Insan Min al-Jin Wa al-Ins. Manusia hanya boleh meminta kepada Allah SWT dan

berserah kepada-Nya.35

Malah, golongan jin dan manusia bukanlah dari dunia yang sama yang tidak

memungkinkan manusia untuk bergaul mesra dengannya. Apatah lagi untuk memohon pertolongan. Jika tidak, mengapa Allah SWT menghalang manusia dari dapat melihat jin? Sebaliknya, golongan jin yang patut meminta tolong kepada manusia kerana manusia adalah khalifah bumi dan bukan sebaliknya.

34 Hadith riwayat Imam Tirmidhi dalam [ صفة القيامة والرقائق والورعكتاب ], [ ما جاء في الصفة أواني الحوض باب ]. Lihat Abu „Isa al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, no.hadith: 2516, Riyad: Maktabah al-Ma‟arif li Nashar wa al-Tauzi‟, t.t., h. 567.

35 Nurnaningsih Nawawi, “Ilmu Sihir dan Perdukunan: Perspektif Budaya dan Akidah Islam”, (Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Program Pascasarjana Universitas Islam Negeri Syarif, Hidayah Jakarta, 2007).

Page 22: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

82

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

Golongan jin sangat takut kepada manusia. Ia tunduk dan patuh pada

manusia,36

kerana kita adalah khalifah besar di muka bumi ini. Kita perlu

berwaspada dengan tipu daya jin dan syaitan dengan meletakkan kebergantungan hanya pada Allah SWT dan segala makhluk tidak ada kuasa untuk memberi kemudharatan kecuali dengan keizinan-Nya.

(Ibn Abi Hatim)

Malah, berdasarkan hasil metode temubual dengan para pengamal perubatan Islam

lainnya yang anti kepada penggunaan jin dalam rawatan, mereka turut bersetuju dengan pengharaman penggunaan jin dalam rawatan. Berikut adalah antara pendapat yang diutarakan perawat berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka :-

i. Kaedah rawatan yang menggunakan jin adalah salah dan rata-rata penyakit

yang dirawat menggunakan kaedah jin akan datang kembali walaupun telah

sembuh.37

ii. Penggunaan jin dalam rawatan sememangnya menyerlahkan kelebihan

seseorang perawat. Namun, semua itu hanyalah bersifat sementara dan tidak kekal lama. Selain itu, ia boleh menjatuhkan iman seseorang. Hal ini kerana, jin adalah makhluk yang penuh dengan tipu helah yang cukup halus. Tujuannya untuk menyesatkan manusia. Walaupun didatangi jin Islam lagi sufi, ia akan tetap mengenakan manusia dan jin juga merupakan makhluk yang suka

menipu.38

iii. Penggunaan jin dalam aspek rawatan Islam adalah haram. Biasanya, jin

mempunyai gelombang dan frekuensi tertentu dan ia dapat dikenal pasti oleh orang berpengalaman. Tipu daya jin sememangnya cukup halus dan mampu mempengaruhi manusia terutama melalui minat dan kegemaran seseorang. Misalnya, bagi seseorang yang minat kepada ilmu persilatan, kebiasaannya dapat merawat. Ini disebabkan sanad rawatan yang diperolehi daripada ilmu

persilatan itu selalunya turut disertai unsur perdampingan jin.39

36 Abdul „Aziz „Ismail, Rahsia Makhluk Halus, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications, t.t., h. 199. 37 Data diperoleh dari temubual bersama Jumadi Mustar, di Pusat Rawatan Darul „Illaj pada 7 Jun

2013. 38 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Mohd Faizal Omar, di Pusat Rawatan Islam Darun

Nuraniyyah pada 30 Januari 2013. 39 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Mohamad Hanafi Abd Rahman, di El-Fesfanji

Islamic Traditional Medicine pada 29 Mei 2013; Abd. Majid Hassan, di Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE) pada 1 Mei 2013.

Page 23: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

83

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

iv. Penggunaan jin dalam perjalanan rawatan Islam adalah salah. Jin merupakan makhluk yang berlainan dengan manusia. Manusia tidak boleh berkawan

dengan jin, apatah lagi meminta tolong kepadanya.40

v. Penggunaan jin hanya mendatangkan mudharat pada manusia. Nabi SAW dan

para sahabat RA juga tidak pernah meminta pertolongan daripada jin atau makhluk halus. Melihat dan menguasai jin adalah mukjizat para Nabi dan Rasul RA dan manusia biasa tidak akan mampu menguasainya oleh kerana tipu daya

jin amatlah licik.41

vi. Penggunaan jin dalam rawatan Islam adalah salah dan akhirnya cucu cicit yang

akan menderita. Orang yang memelihara jin akan memberi kesan negatif kepada keturunannya sehingga ada antara mereka yang menghidap penyakit

“sindrom down” dan gila tanpa disedari akibat perbuatan jahat jin peliharaan.42

vii. Penggunaan jin dalam rawatan Islam ternyata salah dan boleh menjatuhkan

seseorang dalam lembah kesyirikan. Hal ini kerana para ulama‟ telah bersepakat haram meminta tolong jin. Puncak permohonan hanya pada Allah SWT. Pusat rawatan Islam yang yang bercampur baur antara penggunaan jin dan ayat suci al-Quran adalah fasid (rosak). Penggunaan dan pembabitan jin dalam bidang rawatan Islam merupakan suatu bentuk kekufuran kepada Allah

SWT.43

KESIMPULAN

Justeru, artikel ini cuba mendedahkan sedikit sebanyak tentang realiti perkembangan pusat rawatan Islam di Malaysia untuk renungan semua pihak. Pusat rawatan Islam di Malaysia sememangnya memiliki potensi untuk dikembangkan bahkan mampu melangkaui sempadan negara. Pusat rawatan Islam yang kini tumbuh bagai cendawan sebenarnya didasari atas pelbagai alasan dan tujuan daripada pengasas yang datang dari

40 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Sharani Ibrahim, di Pusat Rawatan Al-Quran, Akupuntur, Bekam Homeopati Ar-Ridhwan pada 21 Januari 2013.

41 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Mohd Asna Amin, di Pusat Rawatan Ruhaniah pada 10 Mei 2013; Abdul Malek Ladzim, di Pusat Rawatan Terapi Al-Quran Darul Hikmah pada 15 Februari 2013.

42 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Mohamad Razali Ismail, di Pusat Rawatan Tradisional dan Bekam pada 23 Mei 2013.

43 Data diperoleh dari hasil temubual bersama Zaiani Mohd Diah, di Pusat Perubatan Tradisional Delima Nurrun Nubuwwah pada 10 Mei 2013.

Page 24: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

84

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

pelbagai latar belakang. Justeru, para pesakit perlu celik dan peka dengan perawat dan suasana dalam pusat rawatan yang dikunjungi.

Sebagai saranan, anggota masyarakat harus bijak dalam menilai serta memenuhi

lunas-lunas syara‟ dalam mencari kesembuhan. Ini tidak lain agar dapat melalui ujian Allah SWT berupa penyakit dan musibah dengan cemerlang. Biarlah kesembuhan itu datangnya dari redha Allah SWT dan bukannya dari jin. Tidak boleh sama sekali berubat dengan perkara yang meragukan. Apatah lagi cuba dirawat oleh jin. Jika ditanya mana-mana pesakit di pusat rawatan Islam, nescaya tidak akan ada seorang pesakit pun yang suka dirawat oleh jin.

BIBLIOGRAFI Ahmad bin Hanbal. (t.t.). Al-Musnad Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal. Dar al-

Hadith, Kaherah, Mesir,. Ahmad Kilani. (1991). “Jin dan Hubungannya Dengan Manusia: Satu Analisis Menurut al-

Quran dan al-Sunnah”, (Disertasi yang dikemukakan untuk memenuhi Sarjana Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

al-Qurtubi, Abi „Abd Allah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr.. Al-Jami‟ li Ahkam al-

Qur‟an. (t.t.), Cet. 1. Muassasah al-Risalah, Beirut-Lubnan, Syria. al-Razi, Muhammad Fakhruddin. Tafsir Fakhr al-Razi Mafatih al-Ghaib. (1981). Dar al-Fikr li

Taba‟ah wa Nashar wa Tauzi‟. Lubnan-Beirut, Syria. Al-Tabari, Abi Ja‟afar Muhammad bin Jarir. (2001). Tafsir al-Tabari, Jami‟ al-Bayan „An

Ta‟wil Ay al-Qur‟an. Cet. 1. Hajr lil Taba‟ah wa al-Nashar wa al-Tauzi‟ wa al-I‟lan, Hajr.

Al-Tirmidhi. Abu „Isa. Sunan Al-Tirmidhi. (t.t.). Maktabah al-Ma„arif li Nashar wa al-Tauzi‟,

Riyad, Saudi Arabia. Ibn Abi Hatim, „Abd Rahman bin Muhammad bin Idris al-Razi. Tafsir Ibnu Abi Hatim.

(1997), Cet. 1. Maktabah al-„Arabiyyah al-Sa„udiyyah, Makkah al-Mukarramah-Riyad Saudi Arabia.

Jahid Sidek. (2004). Berpawang dan Bersahabat dengan Jin dari Perspektif Islam. Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Malaysia. 2004. Jawiah Dakir, & Wan Awang Wan Ali. (2010). Sunnah Dan Bidaah Dalam Amalan Orang

Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia.

Page 25: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

85

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

Khadher Ahmad & Mohd Farhan Md Ariffin. (2013). Khurafat Tahyul dan Teknik Mistik

dalam Rawatan Alternatif. Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan (SHP-KPT 2013). Anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, Malaysia. Pada 2-3 Julai 2013.

Khadher Ahmad & Mohd Farhan Md Ariffin. (2013). Pengubatan Alternatif Berteraskan

Islam: Analisis Perkembangan Dan Hala Tujunya Di Malaysia. Jurnal ILIM: Institut Latihan Islam Malaysia, V. 6, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Malaysia.

Khadher Ahmad & Mohd Farhan Md Ariffin. (2013). Pusat Rawatan Islam Di Malaysia:

Antara Tanggungjawab Dan Keuntungan. Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan (SHP-KPT 2013). Anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, Malaysia. Pada 2-3 Julai 2013.

Khadher Ahmad & Rushdi Ramli. (2011). Hukum Semasa Dalam Rawatan Islam: Isu

Terhadap Pengamalan Kaedah “Scanning” Dalam Rawatan Penyakit Gangguan Makhluk Halus. Prosiding Seminar Hukum Islam Semasa VII. Anjuran: Jabatan Fiqh dan Usul. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia. Pada 14-15 Disember 2011.

Khadher Ahmad, & Ishak Suliaman. (2011). Hadith-Hadith Mengenai Sihir dan

Rawatannya dalam Al-Kutub Al-Sittah: Satu Analisis Kualitatif. Al-Bayan: Journal of Al-Quran & Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Khadher Ahmad, et al., (2013). Seni Perubatan Alternatif Di Malaysia: Analisis

Permasalahan Metode Rawatan. Global Journal Al-Thaqafah (GJAT), V. 4, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Malaysia.

Khadher Ahmad. (2012). Analisis Hadith-Hadith Mengenai Rawatan Sihir Dalam Al-Kutub

Al-Sittah: Aplikasi Di Pusat Rawatan Islam Di Malaysia. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia.

Mohd Farhan Md Ariffin. (2012). Khurafat Dan Tahyul Menurut Hadith: Kajian Terhadap

Filem Seram Malaysia. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia. Nurnaningsih Nawawi, (2007). “Ilmu Sihir dan Perdukunan: Perspektif Budaya dan Akidah

Islam”, (Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Program Pascasarjana Universitas Islam Negeri Syarif, Hidayah Jakarta).

Rashid Layzul. (2001). al-Jin wa al-Sihr fi al-Manzur al-Islami, Beirut: Dar al-Kutub al-

„Ilmiyyah.

Page 26: PUSAT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM DI MALAYSIA

86

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Bil. 9 Januari 2015

Wahid Abdul-Salam. (1996). Jin & Syaitan serta Penyakit Akibat Sihir: Panduan Mencegah Dan Merawatnya. Darul Nu‟man, Kuala Lumpur, Malaysia.

Yusuf al-Qaradawi, Dr. (1415H/1994M) Mawqif al-Islam min al-Ilham…wa al-Khasf…wa al-

Ru‟ya…wa min al-Tama‟im…wa al-Kahanah…wa al-Ruqa, al-Qahirah: Maktabah Wahabiyyah.

Zaharuddin Abd Rahman. (2011). Siri Soal Jawab, Mutiara Akidah dan Ibadah. Grup Buku Karangkraf, Shah Alam, Selangor, Malaysia.