1. perniagaan dan persekitarannya

23
1 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Tn.Hj Ramli Bin Ismail – SMK. Sg.Pasir Jamaludin Mohd Noh- SMK Baling. Mohd Fuad Abd.Latif- SMK.Padang Serai Wan Nazri Bin Wan Azib- SMK Pendang Roslinda Bt Mukhtar- SMK. Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Norleha Bt. Ibrahim – SMK.Kuala Ketil Farizan Md. Noor – SMK. Jitra

Upload: zulhilmi-mat-zain

Post on 18-Jun-2015

4.891 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

1

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tn.Hj Ramli Bin Ismail – SMK. Sg.PasirJamaludin Mohd Noh- SMK Baling.Mohd Fuad Abd.Latif- SMK.Padang SeraiWan Nazri Bin Wan Azib- SMK PendangRoslinda Bt Mukhtar- SMK. Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.Norleha Bt. Ibrahim – SMK.Kuala KetilFarizan Md. Noor – SMK. Jitra

Page 2: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

2

1.0 PERNIAGAAN & PERSEKITARANNYA1.1 Pengenalan kepada perniagaan

i. Definisi perniagaanii. Perniagaan dan bukan perniagaaniii. Perniagaan dan untungiv. Perniagaan dan ekonomi v. Perniagaan dan masyarakat.vi. Faktor pengeluaranvii.Memenuhi keperluan dengan sumber terhad .viii.Proses perniagaan.x. Perniagaan kini dan aktiviti perniagaan masa depan.

1.2 Persekitaran Perniagaan. i. Persekitaran umum

-Ekonomi -Persaingan dan jaringan -Sosiobudaya. -Politik dan perundangan -Teknologi. -Fizikal

ii. Persekitaran Tugas -Pelanggan. -Pembekal -Pembiaya dan pemodal -Pesaing. -Kerajaan

-Pekerja.

1.3 Entiti Perniagaan.i. Entiti perniagaan.

-Tunggal-Perkongsian.-Syarikat.-Koperasi.

ii. Aktiviti perniagaan. - Pengeluaran:

EkstraktifBarangan konsumerBarangan industriPembuatanPemasangan.

- PerkhidmatanRuncit

Borong Kewangan

ProfesionalPerhotelanPendidikan

iii Sektor - Swasta - Awam -Badan Berkanun

iv Tahap Perniagaan Primer

SekunderTertiarHuluanHiliranDomestikAntarabangsa

Page 3: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

3

Page 4: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

4

DEFINISI PERNIAGAAN

Sebagai aktiviti menyediakan barang dan perkhidmatan kepada pelanggan dengan bermotifkan keuntungan.Ianya merangkumi empat perkara yang berikut iaitu barangan dan perkhidmatan, pertukaran nilai,keuntungan perniagaan serta memuaskan keperluan dan kehendak.

**Barangan dan perkhidmatana)Barangan ialah produk fizikal seperti roti,kereta,telivisyen dan komputer yang dikeluarkan untuk kegunaan pengguna akhir atau untuk tujuan pengeluaran dan jualan semula.b)Perkhidmatan merupakan sesuatu aktiviti yang mendatangkan faedah kepada konsumer dan lain lain perniagaan.syarikat pengangkutan.salon ,agen perlancongan adalah merupakan contoh perniagaan yang berorientasikan perkhidmatan. **Pertukaran nilaia)Pertukaran nilai merujuk kepada semua aktiviti urusniaga di mana pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual sebagai pulangan kepada produk yang didapatinya samada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.b)urusniaga tersebut selalunya melibatkan pertukaran wang (nilai pada kadar semasa) **Keuntungan perniagaana)Keuntungan ialah matlamat dalam semua perniagaan.b)Keuntungan diperolehi setelah semua kos pengeluaran ,kos operasi dan cukai ditolak daripada jumlah pendapatan atau jumlah jualan.c)Keuntungan ialah kayu pengukur kejayaan dan juga ganjaran bagi sesuatu perniagaan yang mampu bersaing di pasaran. **Memuaskan keperluan dan kehendak penggunaa)Pengguna mempunyai keperluan semulajadi untuk barangan asas seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.b)Kehendak pengguna adalah tidak terhad yang merangsang pangguna untuk memiliki barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh pemasar.c)Untuk memastikan urusniaga berlaku dan keuntungan diperolehi,syarikat perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Page 5: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

5

PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN

Organisasi PerniagaanMempunyai objektif memaksimumkan keuntungan disamping objektif penakatan (survival), pertumbuhan dan tangungjawab sosial.

Organisasi Bukan Perniagaan

- Elemen keuntungan tidak wujud dalam menjalankan aktiviti perniagaan.

- Lebih memikul tangungjawab sosial dan ditubuhkan untuk memenuhi keperluan awam

- Aktiviti mereka dibantu dan dibiayai oleh kerajaan, derma dan sumbangan.

- Objektifnya untuk meningkatkan taraf hidup ahli, menjaga kepentingan ahli dan penglibatan ahli dalam aktivitinya.

- Contohnya :- sekolah, hospital, universiti, persatuan dan kelab dan lain-lain.

Page 6: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

6

PERNIAGAAN DAN UNTUNG

Keuntungan ialah baki pendapatan setelah semua perbelanjaan pengeluaran dan pemasaran barangan dan perkhidmatan di tolak dari jumlah pendapatan atau jumlah penerimaan.Perniagaan memperolehi keuntungan setelah semua kos pengeluaran ,kos operasi dan cukai ditolak daripada jumlah pendapatan dan jumlah jualan.

Keuntungan untuk perniagaan adalah untuk tujuan-tujuan berikut:-a)Penakatan merupakan objektif untuk terus beroperasi di pasaran kerana hanya apabila sesebuah syarikat itu dapat terus hidup,objektif objektif lain boleh tercapai.

b)Pertumbuhan pula adalah objektif untuk memajukan syarikat.Peningkatan syer pasaran,produktiviti dan pembangunan individu adalah objektif pertumbuhan yang sangat penting.pembukaan beberapa cawangan MAKRO diseluruh malaysia adalah satu objektif malalui pertumbuhan.

c)Tanggungjawab sosial ialah satu komitmen oleh pihak syarikat untuk memberi perhatian kepada keperluan dan kebajikan awam disamping aktiviti utama syarikat yang bermatlamatkan keuntungan.contohnya untuk mengawal pencemaran persekitaran,syarikat menggunakan bahan bahan pembungkusan yang boleh di kitar semula.

Page 7: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

7

PERNIAGAAN DAN EKONOMIHubungan antara perniagaan dan ekonomi.

Tenaga

Upah

Barang

Harga

Pengeluar/ PengusahaPekerja/ Pengguna

Kesan Persekitaran ekonomi dan Perniagaan.Kesan baik-perniagaan akan dapat mempengaruhi perniagaan.-perniagaan akan maju dalam keadaan ekonomi baik.-dapat wujudkan persaingan yang sihat.-peluang pekerjaan yang luas.Kesan buruk-perniagaan akan menjadi lembap dalam keadaan ekonomi yang tidak baik.-peluang sempit dalam sistem ekonomi sara diri-berlakunya pencemaran alam sekitar iaitu mengkhusus kepada air,udara dan bunyi-berlaku kekurangan bekalan air akibat kekurangan kawasan tadahan air-kesan terhadap penindasan iaitu tenaga yang disumbangkan tidak setimpal-masyarakat menghadapi masalah sosial terutamanya dengan kedatangan pekerja asing

Page 8: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

8

PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT.

Hubungan perniagaan dengan masyarakat- Mestilah menerima tanggungjawab untuk melindungi persekitaran seperti mengawal

pencemaran- Penjimatan tenaga dan penghapusan amalan amalan diskriminasi memberi sumbangan

derma kepada badan badan kebajikan- Membekalkan kepakaran dalam bidang pelajaran dan kemahiran- Menyediakan pekerjaan kepada orang yang kurang berupaya seperti golongan cacat- Menyediakan prasarana seperti taman rekreasi dan sebagainya

Konsep kepercayaan yang harus ada dalam sesebuah perniagaan- Apa yang baik untuk masyarakat juga baik untuk perniagaan- Objektif sosial sebenarnya meningkatkan lagi keuntungan syarikat dalam jangka masa

panjang- Syarikat perlu menyumbang ke arah pembentukan persekitaran yang sihat untuk

memastikan keadaan masyarakat (dimana syarikat memperolehi keuntungan ) akan berkekalan pada masa masa akan datang contohnya bersama-sama menyumbang dalam aktiviti sosial

Tanggungjawab sosial perniagaan terhadap masyarakat- Melindungi persekitaran seperti kawasan pencemaran,penjimatan dan penghapusan

amalan diskriminasai.- Memberi sumbangan derma kepada badan badan kebajikan- Menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan kurang berupaya seperti orang cacat.- Menyediakan prasarana seperti taman reakreasi.- Membekalakan kepakaran dalam bidang pelajaran dan latihan.

Page 9: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

9

FAKTOR PENGELUARAN

a) Tanah /Bahan Mentah Merupakan alam semulajadi yang boleh digunakan untuk keluaran barang dan

perkhidmatan.meliputi semua sumber perhutanan,sumber pertanian,sumber perusahaan dan sumber galian dan juga barang-barang separuh siap.

b) Buruh/ Guna tenaga. Merupakan semua sumber manusia yang diperlukan untuk menukarkan bahan bahan

mentah kepada barangan dan perkhidmatan termasuk dalam organisasi dati atas hing ke peringkat bawahan.setiap pekerja mampunyai kemahiran yang berbeza dan pengurusan merupakan aspek penting bagi tenga buruh dalam sesebuah organisasi.

c) Modal Adalah jumlah kewangan dan peralatan ,kelengkapan,jentera dan bangunan yang

digunakan untuk pengeluaran barang dan perkhidmatan.ianya bukan sahaja merujuk kepda wang kerana wang tidak proaktif namun wang digunakan untuk membeli kelengkapan organisasi tersebut dan barulah wang tersebut dikenali sebagai wang yang proaktif.

d) Keusahawanan Himpunan kemahiran dan keupayaan menghadaoi risikoserta kreativiti yang perlu

digabungkan dengan faktor faktor pengeluaran yang lai untuk peneluaran barang dan perkhidmatan

e) Teknologi.Merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk mengeluarkan sesuatu barangan dan ia juga merujuk kepada bentuk penggunaan mesin ataupun cara mengeluarkan sesuatu barangan.

Nota: Nyatakan juga hubungan faktor pengeluaran dengan faktor pembayaran untuk setiap satunya.

Page 10: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

10

MEMENUHI KEPERLUAN DENGAN SUMBER TERHAD

Bagaimana perniagaan menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan yang tidak terhad:-

a) Memastikan sumber itu betul betul diagihkan untuk pengeluaran yang benar benar dikehendaki oleh pengguna untuk memenuhi keperluan pengguna.

b) Memastikan sumber sumber yang digunakan secara maksimum tanpa pembaziran

c) Memastikan barang barang yang dikeluarkan cukup-cukup untuk memenuhi keperluan pasaran tanpa pembaziran.

d) Memenuhi kehendak setiap lapisan masyarakat walaupun secara minimum.e) Menabung untuk kegunaan pada masa hadapan atau tidak memaksimumkan

penggunaan sedia ada.

Persoalan di atas dapat diselesaikan dengan mengambil kira masalah asas ekonomi di bawah

1. Apa Yang Hendak dikeluarkan

2. Bagaimana Hendak Mengeluarkannya

3. Untuk Siapa Dikeluarkan

4. Berapa banyak Hendak Digunakan dan Berapa Banyak Hendak Ditabungkan.

Page 11: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

11

PROSES PERNIAGAAN

1. MEMBANGUNKAN KELUARAN

Mengenal pasti apakah produk yang hendak dikeluarkan:

a) Produk Inovasi

b) Produk Baru

2. PENGURUSAN PERMINTAAN

Mengenal pasti keperluan dan kehendak pengguna

a) Penyelidikan pemasaran

b) Promosi, pengiklanan, jualan, pembungkusan & pesanan

c) Peranan mewujudkan permintaan

3. MEMENUHI PESANAN

a) Perlu efisyen dan efektif

b) Merangkumi proses memesan bahan, mengumpul, menjadual,menyimpan dan lain-lain.

c) Pastikan keperluan mencukupi supaya pesanan dapat dipenuhi secepat mungkin dan mengikut spesifikasi

Page 12: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

12

PERNIAGAAN KINI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN MASA DEPAN.

Antara cabaran - cabaran kepada perniagaan pada masa depana) Kekurangan sumber tenaga yang semakin ketara. Apabila sumber tenaga berkurangan,perniagaan perlu mencipta kaedah baru untuk

menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang menggunakan sumber tenaga yang sedikit atau mencari sumber alternatif tenaga yang lain.

b) Pentingnya perniagaan di peringkat antarabangsa Kini perniagaan antarabangsa semakin mendapat perhatian kerana skop pasaran yang

luas.jumlah syarikat perniagaan dan peratusan transaksi atau urusniaga di peringkat antarabangsa semakin meningkat.

c) Cabaran teknologi Kebanyakkan industri berada di pertengahan revolusi teknologi .kehadiran robot dan

teknologi laser amat diperlukan dalam aktiviti perniagaan.industri berat seperti besi dan automotif perlu dilengkapi dengan teknologi baru sekiranya syarikat ingin bersaing seiring dengan syarikat-syarikat di peringkat antarabangsa.

d) Meningkatkan produktiviti Kemahiran pengurusan perlulah ditumpukan terhadap produktiviti(output) seorang

pekerja seharusnya setanding dengan output pekerja negara negara lain.e) Pentingnya tanggungjawab sosial di kalangan syarikat perniagaan Semakin banyak tekanan di kenakan terhadap sektor perniagaan untuk

menyempurnakan objektif dua hala iaitu objektif keuntungan dan tanggungjawab sosial.f) Penipuan dalam dunia perniagaan dengan bantuan teknologi yang canggih. Melalui pengunaan komputer dan penelitian terhadap kerja-kerja yang baru.

Page 13: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

13

Perubahan-perubahan yang perlu dilakukan oleh peniaga:

a) Peningkatan tahap dan kualiti kehidupan manusia melalui hasil keluaran yang lebih berkualiti seperti telivisyen yang membolehkan individu memperolehi maklumat dan hiburan.

b) Kemajuan dalam bidang komunikasi kesan daripada usaha giat pengeluar untuk berhubung dengan pengguna tentang barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Contohnya melalui usaha pelbagai pihak khasnya pengeluar , pelbagai barangan dan perkhidmatan dapat di pesan melalui komputer dengan kemudahan internet kini atau e-dagang.

c) Peningkatan mutu perkhidmatan kesan daripada penggunaan komputer yang semakin berleluasa. Komputer telah mempermudah dan mempercepat pelbagai proses pengeluaran seperti menyimpan rekod pelanggan dan membantu pengeluar mencipta produk baru.

Page 14: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

14

PERSEKITARAN PERNIAGAAN.

PEMILIK

PENGURUS

PEKERJA

LEMBAGA PENGARAH

Page 15: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

15

Persekitaran ekonomi.Melihat kepada sistem ekonomi yang diamalkan di dalam sesebuah negara. Antara sistem yang diamalkan ialah sisitem ekonomi kapitaslisme, sosialisme, campuran dan sisitem ekonomi islam.Setiap sistem yang diamalkan akan memberi kesan yang berbeza dari segi pemilikan perusahaan, hak keatas keuntungan, pengurusan perusahaan, hak pekerja, imbuhan dan pampasan pekerja.Persekitaran persaingan / jaringanIanya merupakan faktor yang mempengaruhi usaha usaha pemasaran syraikat oleh itu syarikat perlu untuk mengkaji pesaingnya dari segi strategi pemasaran, bentuk syarikat sama ada syarikat domestik atau syarikat asing dan juga saiz syarikat.Didalam persekitaran persaingan terdapat beberapa struktur pasaran iaitu persaingan monopoli,persaingan oligopoli, persaingan monopolistik, persaingan tulen.Persaingan persaingan tersebut secara tidak langsung dapat membantu syarikat perniagaan dalam meningkatkan kualiti sesuatu perniagaan yang hendak di jalankan.Persekitaran sosiobudaya.Sosiobudaya adalah satu set gabungan kepercayaan , nilai, adat, amalan, idea dan sikap yang serupa yang terdapat dalam sesuatu kumpulan.Ianya merangkumi aspek aspek kebendaan dan bukan kebendaan.Ini bermaksud sesuatu perniagaan yang hendak dijalankan mestilah mendasari kepercayaan masyarakat itu kerana jika perniagaan yang dijalan tidak memenuhi kehendak masyarakat tersebut maka ianya tidak dapat menembusi sesuatu pasaran.Oleh itu syarikat perniagaan yang ingin menebusi sesuatu pasaran perlu terlebih dahulu mengetahiu budaya tempat berkenaan kerana budaya penduduk sesuatu tempat itu mempengaruhi gaya hidup, cara pembelian dan pemikiran mereka.

Page 16: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

16

Persekitaran politik dan undang undangPersekitaran politik dan undang undang mengandungi undang undang dan peraturan yang kebanyakkannya menyekat aktiviti perniagaan.Namun perniagaan memerlukan politik dan perundangan yang dibuat oleh kerajaan untuk melindungi masyarakat daripada alam sekitar, mewujudkan persaingan yang sihat dan dapat melindungai pengguna dari di kelirukan oleh syarikat perniagaan yang tidak bertanggungjawab.Begitu juga dengan perubahan politik di sesuatu tempat.

Persekitaran teknologiMerujuk kepada ciptaan baru yang dihasilkan oleh penyelidikan.Teknologi telah mendatangkan kesan jangka panjang kepada gaya hidup, corak perbelanjaan dan ekonomi masyarakat.Penemuan teknologi baru boleh menyebabkan perubahan perubahan seperti:-

-Mewujudkan industri baru.-Mengubah atau menghapuskan industri yang sedia ada.-Merangsang pasaran dan industri yang tidak berkaitan dengan teknologi baru.-Berlaku kemajuan dalam teknologi seperti internet.

Persekitaran fizikalMerangkumi semua sumber semulajadi termasuk air , udara , bahan galian dan hasil tanaman yang dijadikan sebagi input untuk pengeluaran barangan.

Page 17: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

17

Pembekal-Pembekal merupakan orang yang menghubungkan diantara pihak pengeluar dan pelanggan.-Pembekal adalah pihak yang bertanggungjawab membekalkan bahan mentah, peralatan, barang siap, dan separuh siap sebagi input kepada sesebuah syarikat perniagaan.Input input tersebut diperlukan oleh peniagaan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatn yang diperlukan oleh pelanggan pelanggan lain.-contoh pembekal ialah pemborong, peruncit dan agen serta broker.-Fungsi penting yang dilakuakn oleh mereka ialah:- -tiada kekurangan barang berlaku -tiada kelewatan dalam penghantaran barang -barang yang dihantar mestilah mengikut spesifikasi, kualiti, keperluan pihak pelanggan.

Pelanggan-Pelanggan merupakan komponen terpenting dan fokus utama sesebuah perniagaan dijalankan.-Pelanggan adalah oarang yang terpenting dalam menentukan kehendak dan keperluan mereka.-contoh pelanggan ialah individu, kerajaan dan syarikat lain.-Setiap pelanggan mempunyai ciri yang berbeza sama ada dari segi produk yang dibeli ataupun cara keputusan belian yang dibuat.

Page 18: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

18

Pembiaya dan pemodal-Umumnya merujuk kepada bank, syarikat kewangan, syarikat insurans dan syarikat kad kredit yang terlibat dalam urus niaga kewangan yang menaggung risiko dalam urus niaga belian dan jualan barangan.-peniaga kecil banyak bergantung kepada pembiaya dan pemodal dalam mendapatkan sumber modal untuk meningkatkan aktiviti mereka.-selain itu pengguna akhir memerlukan khidmat pembiaya untuk membuat pembelian kerana sekiranya tiada pembiaya pengguna akhir tidak dapat melakukan pembelian akibat berlakunya kekangan dalam wang tunai.

Kerajaan

Tangungjawab firma terhadap perniagaan ialah memastikan perniagaan mengikut syarat-syarat, undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

Tujuannya untuk memastikan masyarakat mendapat layanan yang adil dan kesejahteraan dan keadaan fizikal terpelihara.

Dapat meyediakan kemudahan untuk golongan peniaga.

Pekerja.

Perniagaan mesti meyediakan suasana tempat kerja yang baik dan ianya dapat mempengaruhi tingkahlaku pekerja dan akhirnya akan membawa kepada produktivitinya.

Menyediakan kemudahan tempat kerja yang selamat.

Memberikan pelbagai faedah kepada pekerja diamping faedah wajib yang mereka perolehi.

Berlaku adil semasa melakukan pemilihan pekerja.

Page 19: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

19

ENTITI PERNIAGAAN.Dimensi Jenis Entiti Sumber Modal Milikan Cara Penubuhan

Tunggal Tiada Tidak Berasingan

1. Pemilik

2. Tabungan dan Keluarga

Dimiliki oleh seorang sahaja

-Daftar dgn Pejabat Pendaftar Perniagaan. -Mengisi Borang A-Bayar Yuran Pendaftaran

Perkongsian 1. Umum

2. Perkongsian Terhad

3. Perkongsian tetap

4. Perkongsian nominal

Tidak Berasingan

1.Rakan kongsi

2.Pinjaman

2 hingga 20 orang

-Daftar dgn Pejabat Pendaftar Perniagaan. -Mengisi Borang A-Bayar Yuran Pendaftaran

- Kawalan Akta Perkongsian 1961

Syarikat 1.Syarikat Sdn.Bhd

2.Sykt. Umum Bhd

3.Skt Bhd dgn saham

4.Syt. Bhd dgn jaminan

5.Skt dgn jaminan dan saham

Berasingan 1.Saham beberapa orang tertentu sahaja

2.Saham orang awam

Pemegang saham

-Daftar dgn pendaftar Syarikat.

Dokumen tertentu,borang 13A,14,7,44,48A,49,6,24.-Tataurus dan memorendum.-Bayaran berasaskan modal dibayar.-Kawalan Akta Syarikat 1965

Koperasi 1. Koperasi Pengeluar

2. Koop Pengguna

3. Koop perumahan

berasingan 1.Yuran ahli

2.Saham ahli

Dimiliki oleh ahli sekurang-kurangnya 100 orang dan ditadbir oleh ALP

-Didaftarkan dengan Pendaftar Kopeerasi. Jawatankuasa penaja sekurang-kurangnya 10 org-Akta Koperasi 1993.

Perbandingan antara milikan perniagaan.

Page 20: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

20

a) Runcit dan Borong

b) Kewangan & Insurans

c) Perkhidmatan Profesional

d) Pengangkutan dan pergudangan

e) Pembinaan dan kontrak

f) Pengurusan profesional dan pembangunan sumber manusia

g) Perkhidmatan Perhotelan

h) Perkhidmatan Pendidikan

AKTIVITI PERNIAGAAN

Pengeluaran

Ekstraktif dan perladangan

Barangan Pengguna dan industri

Pembuatan dan Pemasangan

Perkhidmatan

Page 21: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

21

SEKTOR

Swasta- Sektor swasta merujuk kepada organisasi perniagaan yang dimiliki oleh individu individu atau organisasi organisasi tertentu secara persendirian.

- Bentuk pernigaan yang termasuk dalam sektor swasta ialah perniagaan milikan tunggal , perkongsian,perniagaan syarikat.

- Bermatlamat untuk mencari keuntungan.

Awam - Sektor awam merujuk kepada organisasi-organisasi milik kerajaan yang

menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada rakyat seperti pendidikan, rawatan perubatan, perkhidmatan polis dan sebagainya.

- Organisasi ini boleh dibahagikan kepda jabatan-jabatan kerajaan dalam kemeterian tertentu.

- Ianya dibahagikan kepada peringkat kerajaan pusat dan kerajaan negeri.- Tidak bermatlamat mencari keuntungan

Badan berkanun- Merupakan perbadana yang ditubuhkan di bawah undang-undang tertentu - Organisasi organisasi ini mewujudkan perkhidmatan-perkhidmatan yang penting

kepada sektor industri , perdagangan dan juga sektor sosial dalam negeri.- Merupakan entiti berasingan daripada perkhidmatan awam yang diuruskan oleh

pengurus-pengurus yang berkemahiran dan kerpengalaman sebagai pentadbir dalam kerajaan.

Page 22: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

22

PrimerMerangkumi pengeluaran sumber sumber bahan mentah dari tempat asalnya dan altiviti aktiviti yang menggunakan sumber tersebut dalam bentuk asalnya.Industri yang terlibat dalam tahap ini ialah cari gali minyak, arang batu, besi dan lain lain bahan galian, pembalakan, pertanian, ternakanikan dan lain lain lagi.sektor dalam tahap primer ini juga termasuk penjanaan kuasa melalui arang batu , minyak dan stesen janauasa nuklear, gas asli dan hidroelektrik.

SekunderPerniagaan terlibat dalam pemprosesan sumber sumber semulajadi atau bahan mentah kepada barangan siap atau barangan separuh siap.contoh bijih besi ditukarkan kepada kepingan besi.Pengeluaran pada tahap sekunder termasuk pengeluaran baramg barang komponen yang di pasang kepada barangan pengguna dan barangan industri.sesetengan negara yang tidak mempunyai sumber semulajadi mereka masih mampu untuk mengeluarkan produk sekunder dengan menyimpan bahan mentah yang diperlukan.

Tertier Perniagaan pada tahap ini menghasilkan produk yang tidak ketara /perkhidmatan.contohnya ialah syarikat pengangkutan yang menghantar produk mereka dari kilang ke pasaran melalui udara , laut, darat.pengeluaran lain pada tahap tertiar ialah perkhidmatn perkapalan,pos dan telekom, hotel, bank,insuran dan kewangan.Perkhidmtan yang ditawarkan oleh badan badan profesioanal seperti doktor, akauntan, jurutera dan sebagainya.

TAHAP-TAHAP PERNIAGAAN

Page 23: 1. Perniagaan Dan Persekitarannya

23

Huluan Perniagaan pada peringkat huluan bermaksud perniagaan utama atau teras diwujudkan oleh sesebuah organisasi.perniagaan ini melibatkan aktiviti yang berasaskan semulajadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan lain lain.aktivitiaktiviti tersebut boleh dikategorikan kepada pelbagaiindustri seperti industri pertanian pembuatan dan perkhidmatan.

HiliranPerniagaan pada tahap hiliran pula meliputi aktiviti aktiviti perniagaan yang diwujudkan daripada sesebuah perniagaan yang lain.contohnya peruasahan perusahaan yang berasaskan kayu seperti kayu balak, kilang perabot dan sebagaimya.

Domestik Perniagaan yang beroperasi di dalam sesebuah negara dan mengeluarkanhasil keluaran untuk pasaran tempatan atau domestikdi negara tersebut sahaja.Perniagaan domestik di malaysia merangkumi perniagaan yang berteaskan pertanian ,perladangan ,pekilangan dan perkhidmatan.

AntarabangsaPerniagaan antarabangsa sama ada kecil atau besar merujuk kepada perniagaan yang memasarkan produknya dalam dua atau lebih negara.pengkibatan perniagaan di perngkat antarabangsa selalunya bermula dengan aktiviti eksport samada diperingkat seratau atau di peringkat global.operasi perniagaan selaunya berpusat di negara sendiri.