1 pengenalan

2
1.0 PENGENALAN Pendidikan Jasmani Suaian adalah satu program yang dibentuk khusus untuk murid berkeperluan khas bagi membolehkan mereka mempelajari serta mengetahui cara menjaga keselamatan untuk kepuasan diri dan pengalaman mengecapi kejayaan seperti manusia biasa. Di Malaysia, kemudahan yang disediakan bagi murid berkeperluan khas untuk beriadah adalah sangat kurang. Ini menyebabkan murid berkeperluan khas mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. Aktiviti pendidikan jasmani suaian sebenarnya adalah satu langkah atau terapi yang sangat membantu mereka dalam mengurangkan masalah yang dihadapi. Bagi golongan normal adalah mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah tetapi golongan berkeperluan khas pula adalah sukar untuk mendapat peluang untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan. Begitu juga dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999). Terdapat banyak halangan yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas untuk melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan jasmani di sekolah kerana terdapat murid-murid berkeperluan khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang kurang sempurna. Maka, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian masa kini memerlukan para guru yang proaktif dalam memahami dan menghuraikan kandungan kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian. Guru perlu kreatif dan berpengetahuan tinggi tentang Pendidikan Jasmani Suaian dalam membentuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan murid berkeperluan khas seterusnya dapat memberi

Upload: sitifatimah92

Post on 01-Oct-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ssdss

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANPendidikan Jasmani Suaian adalah satu program yang dibentuk khusus untuk murid berkeperluan khas bagi membolehkan mereka mempelajari serta mengetahui cara menjaga keselamatan untuk kepuasan diri dan pengalaman mengecapi kejayaan seperti manusia biasa. Di Malaysia, kemudahan yang disediakan bagi murid berkeperluan khas untuk beriadah adalah sangat kurang. Ini menyebabkan murid berkeperluan khas mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. Aktiviti pendidikan jasmani suaian sebenarnya adalah satu langkah atau terapi yang sangat membantu mereka dalam mengurangkan masalah yang dihadapi. Bagi golongan normal adalah mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah tetapi golongan berkeperluan khas pula adalah sukar untuk mendapat peluang untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan. Begitu juga dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999). Terdapat banyak halangan yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas untuk melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan jasmani di sekolah kerana terdapat murid-murid berkeperluan khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang kurang sempurna. Maka, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian masa kini memerlukan para guru yang proaktif dalam memahami dan menghuraikan kandungan kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian. Guru perlu kreatif dan berpengetahuan tinggi tentang Pendidikan Jasmani Suaian dalam membentuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan murid berkeperluan khas seterusnya dapat memberi peluang kepada meraka dalam melaksanakan aktiviti seperti murid normal yang lain. Terdapat banyak isu yang dibangkitkan oleh masyarakat tentang ketidakupayaan guru dalam mengendalikan pendidikan jasmani murid berkeperluan khas secara berkesan dan sistematik. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah dalam menyiapkan diri bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa guru di Malaysia dapat mengendalikan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang releven dengan keadaan semasa selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan yang memberikan peluang kepada setiap individu memperkembangkan potensi dirinya.Justeru, amatlah penting kepada guru pelatih mempelajari Pendidikan Jasmani Suaian serta bersedia dalam melaksanakan tugas bagi membantu murid-murid berkeperluan khas mencapai matlamat yang digariskan dalam Kurikulum Pendidikan Jasmani (Suaian).