pengenalan rmt[1]

Download PENGENALAN RMT[1]

Post on 26-Jun-2015

514 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

-1-

NAMA NO.KP.

: R.NAVAMANI A/P RAMAKIRISNAN : 711202-05-5124

NO.MATRIKS: 711202055124002 TUTOR TARIKH : EN.RAZAK BIN SULONG : 28 NOVEMBER 2010

-2-

ISI KANDUNGANBIL. 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 PERKARAPENGHARGAAN Pengenalan Pentadbiran Sumber kewangan RMT Kaedah Dan Criteria Pemilihan Pelajara RMT Kaedah Dan Kriteria Pemilihan Tender Kantin Kaedah Pembayaran Kepada Pihak Penyediaan Makanan Kaedah Pengagihan Makanan Kepada Pelajar Pemilihan Pekerja-Pekerja Yang Terlibat Dalam RMT. Pemilihan Bahan-Bahan Mentah Menu Makan RMT Cara Penyediaan Makanan Disediakan Pemilihan Sampel Pelajar Berdasarkan Kriteria Keberkesanan Program RMT Kesimpulan Rujukan Lampiran

MUKASURAT 4 5 6 7 7 8 9 9 - 10 11 12 13 13 14 15 16 17 18 19

-3-

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada En.Razak Bin Sulong, Pensyarah menyiapkan tugasan ini. Penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan sekelas di OUM 2010 yang telah sudi berkongsi maklumat dengan saya. Saya memohon maaf jika ada kesalahan dalam menyediakan tugasan ini. Sebagai insan biasa, sudah tentu kami tidak dapat lari daripada melakukan sebarang kesilapan. Saya amat menghargai sumbangan rakan-rakan yang sudi menegur kelemahan ini agar dapat memperbaiki lagi kerja saya pada masa akan datang. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan tugasan ini. Program Bersepadu Sekolah Sihat di atas segala tunjuk ajar dan bimbingannya dalam

Sekian, terima kasih.

R.NAVAMANI A/P RAMAKIRISNAN 711202055124002

1.0 PENGENALAN Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang sedang dilaksanakan di sekolah rendah di seluruh Malaysia pada hari ini merupakan salah satu usaha murni pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membantu meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan pelajar-pelajar sekolah rendah.Rancangan ini bertujuan untuk

-4memberi makanan percuma kepada pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah secara imbuhan. Rancangan ini buat sementara waktu adalah untuk memperbaiki taraf pemakanan dan kesihatan mereka sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Menurut Aziz Ibrahim (1997) dalam Buletin Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), rancangan ini sebenarnya tidak bermaksud untuk mengambil alih tugas ibu bapa dalam memberi makanan kepada anak-anak mereka tetapi ianya adalah sekadar membekalkan 25% hingga 33% daripada keperluan kalori harian kanak-kanak tersebut. Objektif khusus pemberian makanan tambahan adalah seperti berikut: untuk member makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi pelbagai masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan langsung dan tidak langsung. untuk memupuk budaya sopan santun ,disiplin,timbang rasa serta amalan amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri,kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. Pemilihan sekolah-sekolah berdasarkan kepada criteria-kriteria pemberian makanan tambahan kepada murid-murid.Kementerian Pendidikan sedang menilai semula menu dan perlaksanaan program bagi memastikan keberkesanan dan pencapaian matlamat program.Program ini dapat meningkatkan taraf kesihatan murid dan juga taraf pendidikan murid.Kita dapat menghayati keberkesanan Rancangan Makanan Tambahan ini.

1.1 PENTADBIRAN/ORGANISASI CARTA ORGANISASI RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN SJK(TAMIL) ST.HELIER,72100 BAHAU,NSDK. PENGERUSI(GURU BESAR)

-5EN.SUBRAMANIAM

NAIB PENGERUSI(GPK HEM) PN.R.NAVAMANI

SETIAUSAHA(GURU RMT) CIK.MOHANA MARIE

AJK

PN.PUSPARANI (GURU TAHUN 1) PN.LALITHA (GURU TAHUN 2) PN.PN.THANGAM (GURU TAHUN 3) CIK.ESWARY (GURU TAHUN 4) CIK.MOHANA SAKTI (GURU TAHUN 5) PN.ANUREKHA (GURU KELAS TAHUN 6)

1.2 SUMBER KEWANGAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2010

A

Tarikh Mula & Tempoh

-6-

i) Dilaksanakan mulai pada hari pertama pesekolahan untuk tempoh enam bulan pertama persekolahan tahun 2010. ii) Tempoh enam bulan kedua pula akan diteruskan tertakluk kepada peruntukan yang disalurkan melalui Jabatan Pelajaran Negeri ke semua sekolah oleh KPM.

B

Kadar Bantuan RMT Dibawah program ini ,setiap murid yang menyertai program Rancangan Makanan Tambahan diberi bantuan dalam bentuk makanan dengan kadar; i) Semenanjung Malaysia : RM 1.80 / murid /hari. ii)Sabah ,Sarawak ,WP Labuan :RM2.05 / murid /hari.

1.3 KAEDAH DAN KRITERIA PEMILIHAN PELAJAR RMT Rancangan makanan Tambahan hanya diberi kepada murid yang layak sahaja. Antara kriteria pemilihan murid RMT adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

Pendapatan ibubapa di bawah RM400.00 atau Pendapat perkepita RM 80.00

-7 Saiz endrolmen sekolah iaitu kelonggaran di beri khusus kepada sekolah rendah dengan bilangan murid 100 orang dan kebawah. Status pemakanan murid-murid yang mengalami pemakanan yang salah perlu dikesan dan disahkan oleh pegawai perubatan. Jarak rumah dari sekolah bagi murid-murid yang tinggal jauh dari sekolah dan tidak mempunyai kemudahan pengangkutan.

1.4 KAEDAH DAN KRITERIA PEMILIHAN TENDER UNTUK RMT Tender pemilihan pihak penyediaan RMT adakah satu proses yang amat penting. Pihak sekolah perlu mengambil tindakan yang wajar dan baik untuk melaksanakan tender RMT.Guru Besar memainkan peranan penting dalam pelaksanaan tender RMT. Tender dibuka secara menyeluruh.Pihak yang berminat akan mendapatkan borang tender yang disediakan oleh pihak sekolah.Biasanya tender dibuka pada masa yang tertentu iaitu sekurang-kurangnya sebulan.Borang tender itu akan di isi dan dipulangkan di sekolah .Satu jawatankuasa khas di wujudkan untuk melaksanakan pemilihan pihak penyediaan RMT. Jawatankuasa terdiri daripada pegawai Pegawai Pelajaran Daerah ,Guru Besar,Guru Penolong Kanan Hem dan juga Guru DG41.Tender itu akan dibuka dihadapan jawatankuasa dan akan dipilih pihak pengendali RMT.

1.5 KAEDAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK PENYEDIAAN MAKANAN Pembekal RMT di setiap sekolah hendaklah menuntut bayaran penyediaan makanan tambahan pada pihak sekolah.Pembekal RMT haruslah menuntut bayaran

-8mereka setiap akhir bulan selepas habis perkhidmatannya. Pembekal akan

menyerahkan borang tuntutan mereka kepada pihak sekolah. Pembantu tadbir di setiap sekolah akan menyemak borang tuntutan pembekal dengan teliti. Sekiranya semua maklumat di borang itu adalah betul dan memuaskan pembantu tadbir akan menguruskan bayarannya. Pembantu tadbir akan menyediakan cek serta baucar bayaran untuk pembekal. Seterusnya pembekal memberi resit penerimaan pembayaran kepada Guru Besar.

1.6 KAEDAH PENGAGIHAN MAKANAN KEPADA PELAJAR Makanan Tambahan diberi kepada pelajar mengikut peruntukan tempoh yang diberi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Cawangan Bantuan.Sehubungan itu,Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan mengarahkan semua sekolah yang melaksanakan RMT hendaklah bermula pada haripertamapersekolahan.Selama 190 hari diberi RMT kepada murid-murid RMT. Kualiti makanan yang diberi hendaklah mengikut kadaran bayaran iaitu RM 1.80 seorang. Kandungan makanan adalah makanan ,minuman dan

-9buah.Pihak pengendali makanan perlu mengikut menu yang disediakan oleh pihak sekolah.Bahan bahan makanan perlu mengikut pyramid makanan.Makanan berkhasiat perlu disediakan.Antaranya ialah sayur-sayuran,ikan ,daging , susu dan banyask lagi. 1.7 PEMILIHAN PEKERJA-PEKERJA YANG TERLIBAT DALAM RMT Pihak pekerja kantin yang mengendalikan Rancangan Makanan Tambahan hendaklah diperiksa dan disahkan sihat oleh doktor kerajaan. Pekerja yang mengendalikan RMT di sekolah mesti mempunyai sijil kesihatan yang sah.Jika mereka y tidak mempunyai sijil kesihatan yang sah mereka tidak akan dibenarkan bertugas atau membantu di tempat penyediaan makan. Pemeriksaan berkala hendaklah diusahakan. Tidak boleh dibenarkan pekerja yang sakit, batuk, selsema dan berkudis bekerja di tempat masak / makanan. Dari segi pakaian pula hendaklah sentiasa bersih.Semua pekerja mesti memakai pakaian yang bersih dan seberapa boleh, yang berwarna putih. Pekerja yang mengendalikan RMT tidak dibenarkan memakai singlet yang tidak berlengan atau tidak memakai baju langsung. Pekerja digalakkan memakai kain apron dan menutup kepala. Kuku tangan pekerja hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Sebelum memulakan tugas di tempat masak / makanan setiap pekerja mesti membasuh tangan mereka hingga ke siku dengan menggunakan sabun. Tangan hendaklah juga dibasuh dengan sabun setiap kali selepas membuang air besar atau air kecil atau selepas memegang barang-barang yang kotor untuk menjamin kebersihan makanan. Setiap penyedia makanan hendaklah menjaga rambut supaya jangan terjuntai semasa membongkok sehingga tersentuh bahan makanan. Pekerja-pekerja yang berambut panjang hendaklah digalakkan memakai jaring rambut, topi yang sesuai atau diikat dengan kemas.

- 10 -

1.8 PEMILIHAN BAHAN-BAHAN MENTAH

- 11 -

Pemilihan bahan-bahan mentah adalah berdasarkan pyramid makanan di atas.Semasa perjanjian pihak sekolah akan menjelaskan tentang kualiti dan kuantiti makanan.Pihak penyediaan makanan perlu menitik berat terhadap penyediaan makanan. Sebagai pembekal makanan perlu mengikut menu makanan dan masa yang ditetapkan iaitu diberi pada pukul 7.15 pagi.Pihak pembekal juga perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Pihak sekolah perlu memberi penjelasan yang mendalam tentang kandungan makanan RMT kepada pihak sekolah.Bahan- bahan yang disediakan perlu segar dan baru dibeli.Bahan mentah yang lama disimpan tidak boleh digunakan dalam masakan RMT.

- 12 1.9 MENU MAKANAN RMT BIL 1 HARI ISNIN MENU NASI LEMAK - IKAN BILIS - KACANG TANAH - TIMUN - TELUR REBUS - SAMBAL TUMIS 2 SELASA