1 pa cabaran pelaksanaan syariah islam di malaysia

Upload: sang-kelembai

Post on 20-Jul-2015

867 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

CTU 101 CABARAN PERLAKSANAAN SYARIAT ISLAM SECARA MENYELURUH DI MALAYSIAAHLI KUMPULAN : MUHAMMAD ADZIM BIN YUSOFF MUHAMMAD AKRAM BIN MALEK HANIF BIN AHMAD NORIZAN KELAS: AT110 1A NAMA PENSYARAH: USTAZ ZULKEFLI BIN MOHAMMED TARIKH SERAH: 29 FEBUARI 2012[Type text]

(2011120519) (2011783629) (2011374591)

SENARAI KANDUNGAN

CABARAN MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM DI MALAYSIA

Tajuk *PENDAHULUAN *CABARAN PELAKSANAAN *PERANAN SYARIAT ISLAM DI MALAYSIA *ISU ISU SEMASA *FAKTOR YANG MENGHALANG *CADANGAN *KESIMPULAN *PENUTUP *BIBLIOGRAFI[Type text]

m/s

PENDAHULUANSegala puji hanya kepada Allah SWT selawat dan Salam semoga dilimpahkan ke atas rasul-Nya, yang menerangi dunia ini dengan cahaya iman yang takkan malap higga ke akhir zaman. Ajakan baginda diikuti, perjuangan baginda diterusi dan kehidupan baginda dijadikan teladan. Selagi ilmu yang diwarisi itu dihayati, Muhammad SAW tetap dalam ingatan dan memberi inspirasi di hujung pena setiap penulis. Buah fikirannya menjadi obsesi, idea tidak pernah kering dan ghairah yang tidak menjemukan, sentiasa segar dalam ingatan.

Syariat islam mempunyai maksud yang sama dengan syariah.Ianya berasal daripada perkataan arab yang mempunyai dua maksud iaitu jalan ke air dan jalan yang lurus.Walaupun ia mempunyai dua maksud yang berbeza tetapi mempunyai makna yang sama dan saling berkaitan kemudian kami jadikan kamu berada di atas satu syariat (peraturan dan undang-undang) dariapada urusan (agama) itu,maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang yang tidak mengetahui (al-Jathiyah 45:18) Ayat di atas menerangkan tentang betapa penting nya syariat islam di dalam kehidupan manusia.Allah SWT menurunkan ayat tersebut sebagai panduan kepada umat manusia dalam menjalani kehidupan seharian.Selain itu,ayat tersebut juga menerangkan bahawa setiap hambaNya wajib menuruti segala perintahnya dan melaksanakan tanpa segala pengurangan.Peraturan dan hukum-hakam ini dinamakan syariah. Wahai orang yang beriman,sahutilah seruan Allah dan Rasul,apabila kamu diseru kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu. (al-Anfal 8:24) Syariah islam merangkumi pelbagai aspek antaranya hukum,fiqh,fiqah dan undangundang.Ianya hendaklah diguna pakai dalam kehidupan kita semua kerana setiap perkara yang dijadikan Allah mempunyai hikmah dan kebaikan.[Type text]

CABARAN PELAKSANAAN SYARIAT ISLAM SECARA MENYELURUH DI MALAYSIA

Undang-undang Islam semenjak dahulu lagi telah mempunyai ciri-ciri evolusi yang begitu menarik untuk diperkatakan. Perkembangan sistem perundangan Islam sejak dari zaman Rasullullah SAW, para Sahabat RA, para Khulafa al-Rasyidin, para tabiin sehinggalah zaman penyebaran agama Islam ke seluruh dunia, antara lain menyaksikan bahawa pengubahsuaian dan penyesuaian dibuat demi untuk memastikan bahawa undang-undang Islam sesuai pada semua masa, tempat dan keadaan.

Dalam konteks negara kita Malaysia, undang-undang Islam telah pun menjadi undang-undang tempatan (lex loci) lebih awal sebelum kedatangan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris lagi. Negeri Melaka contohnya, menjadi pusat penyebaran agama Islam yang terkenal di Nusantara dan setanding dengan Kerajaan Acheh yang lebih awal menerima Islam. Selain itu, kesemua penghuni Tanah Melayu yang berbilang bangsa dan agama pada waktu itu menjadikan undang-undang Islam sebagai sumber perundangan dalam kehidupan sehari-hari. Dalam hal ini, tanpa usaha pengkayaan ilmu, pentadbiran yang bersistematik dan kesabaran yang tinggi yang diwarisi oleh para ulama dan umara pada zaman itu, adalah mustahil undang-undang Islam boleh diletakkan di suatu tahap yang tertinggi dalam negara ini selain dapat bertahan sebegitu lama sehingga ke hari ini. Atas dasar ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) cuba meneladani semangat golongan umara silam yang telah berjaya mendaulatkan undang-undang Islam ke mercu kegemilangan.[Type text]

Tajuk kertas ini kelihatannya memaparkan tanggapan yang negatif bahawa Perlembagaan Malaysia menghalang pelaksanaan undang-undang Jenayah Islam. Bagaimanapun apakah yang dikatakan sebagai halangan ini suatu fakta atau hanya merupakan satu pendapat/ilusi yang boleh disanggah adalah sesuatu yang perlu dihalusi dengan lebih lanjut.Pelbagai aspek perlu dikaji dan diteliti dalam mengetahui permasalahan dalam melaksanakan undang-undang syariah di Malaysia.

Namun begitu terdapat juga faktor lain yang menghalang dalam melaksanakan syariat islam secara menyeluruh di Malaysia.Tajuk kertas ini akan menerangkan antara cabaran dalam melaksanakan syariat islam dan masalah yang timbul jika syariat islam tidak diguna pakai di dalam kehidupan seharian manusia dan cadangan yang realistik dalam melaksanakan cadangan ini.

[Type text]

PERANAN SYARIAT ISLAM DI MALAYSIASeperti yang sedia maklum syariat islam amat penting dalam semua perkara.Termasuk lah didalam jual beli dan sebagainya.Ianya mempunyai pelbagai peranan dalam membantu kehiduan manusia.Namun begitu di Malaysia syariat islam jarang diguna kan dan sebahagian masyarakt menganggap syariat islam hanya sesuai untuk orang islam sahaja.Sedangkan syariat islam yang diturunkan Allah melalui RasulNya sesuai dan berguna kepada semua masyarakat tidak kira kaum ataupun agama.Tajuk yang ingin kami kupaskan mempunyai pelbagai peranan dalam menjalani kehidupan seharian dan di Malaysia. Antara peranannya ialah:

i.

Mengekalkan peraturan dan hukum Allah dalam semua perkara dan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.Setiap hukum yang dicipta oleh Allah tidak boleh diubah dan dikurangkan.Contohnya hukum hudud, antara hukum hudud ialah minum arak dikenakan 80 kali sebatan. Ianya kelihatan seperti menyeksa manusia namun kita haruslah faham ianya dilakukan bertujuan untuk mengelak manusia dari minum arak kerana arak itu mempunyai banyak keburukan dan memberi masalah kepada manusia.

" Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yang meminumnya ,orang yang membawanya ,orang yang meminta dibawa arak kepadanya ,orang yang memberi minum arak kepada orang lain ,orang yang menjual arak ,orang yang mendapat hasil daripada arak ,orang yang membeli arak ,orang yang meminta dibelikan arak untuknya " (riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baikdaripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? (QS Al Maidah ayat 50)

Hadis di atas menerangkan tentang kenapa Allah dan RasulNya mengharamkan arak dan ayat di atas menghalang hambaNya mengubah hukum yang telah dicipta. Ayat di atas menunjukkan [Type text]

hukum Allah lebih baik dari hukum jahiliyah. Allah melarang umatnya mengubah hukum yang telah dicipta kerana hukum ini sesuai diguna pakai sehingga hari kiamat.

ii.

Menjalankan pentadbiran agama Islam berpandukan al-Quran dan asSunnah bagi menjamin kesejahteraan orang IslamJAKIM dan jabatan agama islam negeri ditubuhkan bagi menjalankan pentadbiran agama. Namun begitu, kuasa mereka terhad kepada orang islam sahaja. Ini kerana, di Malaysia mengamalkan pentadbiran berpandukan undang-undang British sejak dahulu. Namun tetapi undang-undang di Malaysia mempunyai banyak kelemahan kerana tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Contohnya, di dalam mahkamah, gejala rasuah berleluasa dan orang bersalah terlepas dari hukuman. Jika di dalam syariat islam pesalah akan disiasat dan diadili di hadapan hakim yang adil dan alim termasuklah empat orang saksi yang adil. dan apabila kamu berkata,maka hendaklah kamu berlaku adil,sekalipun ia adalah kerabat mu (al-Anam 152) Ayat di atas jelas Allah menuntut hambaNya berlaku adil dan berpandukan al-Quran dan asSunnah. Ia bertujuan bagi menjamin kesejahteraan orang islam dan orang bukan islam.Jika pentadbiran di Malaysia berpegang kepada ayat tersebut pentadbiran akan berjalan lancar dan memudahkan kerja . sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya keatas orang yang beriman (an-Nisaa 103) Kebanyakkan pentadbiran di Malaysia tidak menitik beratkan kewajipan solat sedangkan solat itu wajib tanpa mengira tempat dan waktu. Sedangkan solat itu menjadikan individu lebih baik dan berdisiplin. Ianya selaras dengan hadis nabi di mana nabi menyuruh umatnya mendirikan solat seperti mana yang dilakukan Nabi Muhammad sendiri. Jika pentadbiran di Malaysia menitik beratkan perkara asas iaitu solat Insyaallah hidup akan lebih diberkati dan pentadbiran akan sentiasa di mudahkan oleh Allah.

[Type text]

iii.

Menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya.Semua orang mempunyai keluarga. Semua orang juga ingin kan keluarga yang bahagia. Namun begitu sejak akhir-akhir ini banyak berlaku masalah rumah tangga seperti cerai, dera anak , pergaduhan suami isteri dan lain-lain lagi. Jika dilihat dari masalah yang berlaku ia berpunca kerana mereka tidak berpegang dengan syariat islam dalam menjalani bahtera rumah tangga. Sedangkan Allah telah menurunkan pelbagai ayat berkaitan dengan rumah tangga untuk hambaNya dan Rasulullah sendiri telah mengajar kita tentang cara-cara untuk bahagia dan rumah tangga dibekati. Antara hadis dan ayat al-Quran yang berkaitan dengan rumah tangga ialah

Dari Aisyah, berkata dia: bersabda Rosululloh SAW, Sesungguhnya sempurnanya orang iman yang beriman adalah yang baik budi pekertinya dan menyayangi keluarganya.

(Wahai para laki-laki/suami) Dan bergaullah pada mereka (istri) dengan baik. Maka jika kalian tidak menyukai mereka, barangkali kalian tidak menyukai sesuatu (pada istri), padahal Alloh telah menjadikan pada istri tersebut kebaikan yang banyak. (an-Nisaa 19) Syariat islam menitik beratkan kebahagian keluarga seperti mana yang terdapat di dalam alQuran dan as-Sunnah. Jika setiap keluarga mengamalkan cara hidup yang berpandukan syariat islam hidup mereka lebih bahagia dan setiap masalah dapat diselesaikan dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Selain itu , dengan menjalankan syariat Islam secara menyeluruh di Malaysia , keluarga yang bukan beragama Islam juga boleh mendapat manfaat yang baik .

[Type text]

iv.

Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan lain-lain perkara mungkarSetiap negara di dunia mempunyai masalah sosial dalam masyarakat seperti judi,minum arak, riba,khalwat, dan lain-lain perkara mungkar. Masalah-masalah tersebut sememangnya bertentangan dengan syariat Islam dan masyarakat bukan Islam juga memandang hina masalah sosial yang semakin menular di kalangan manusia. Di Malaysia misalnya masalah sebegini sering kali dipaparkan di media massa dan media cetak. Jika dilihat dari sudut perundangan masalah sebegini diselesaikan dengan pelbagai cara antaranya denda,penjara,sebat dan lain-lain lagi. Namun tetapi masalah tersebut masih tidak berkurangan malah bertambah dari hari ke hari. Adakah terdapat kekurangan di dalam undang-undang yang dicipta oleh manusia ini sehingga masalah ini masih tidak dapat diselesaikan.

wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah semata-mata kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya (al-Maidah : 90) perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, sebatlah setiap seorang daripada keduanya seratus kali sebatan.. (al-Nur 24 : 2)Ayat- ayat diatas jelas menunjukkan Allah SWT menghalang hambaNya melakukan perkara yang mungkar. Ianya mempunyai pelbagai sebab kenapa Allah mengahalang hambaNya melakukan perbuatan tersebut. Selain itu Allah SWT juga menurunkan ayat tersebut sebagai hukuman ataupun jalan penyelesaian bagi menghadapi masalah tersebut. Contohnya perempuan ataupun laki-laki yang berzina dikenakan seratus kali sebatan. Walaupun hukuman tersebut seperti ingin menyeksa manusia namun ia jauh lebih baik dari undang-undang yang dicipta manusia. Jika dilihat dari sudut positif ia bertujuan untuk mengelakkan manusia dari melakukan zina dan mengelakkan perkara buruk yang berlaku contohnya pembuangan anak luar nikah. Namun begitu masalah lain juga dapat diselesaikan jika undang-undang di Malaysia berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Di dalam al-Quran menerangkan cara-cara untuk menghadapi masalah sebegini.

[Type text]

Isu-isu semasaSaban hari sering kali dipaparkan tentang pelbagai masalah yang timbul. Masalah ini sering kali dibacakan di berita-berita dan di dada akhbar. Masalah-masalah ini memberi kesan buruk kepada pelbagai pihak. Masalah yang semakin menular di negara Malaysia kini tidak boleh lagi dipandang enteng ,kerana masalah sebegini memberi kesan buruk kepada masyarakat. Masyarakat di Malaysia perlu sedar bahawa masalah yang dihadapi oleh negara Malaysia boleh membawa konflik . Konflik yang timbul juga boleh menimbulkan masalah yang lain. Antara masalah-masalahnya ialah:

i.Masalah gejala sosial dalam kalangan remaja .Antara gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja adalah ponteng sekolah dan kelas, merosakkan harta benda sekolah dan awam, merokok, mencuri, buli, gangsterisme, penyalahgunaan dadah, rempit, pergaulan bebas, melihat atau menonton bahan lucah, seks luar nikah, pelacuran, pembuangan bayi dan telah sampai ke peringkat membunuh. Di samping itu terdapat juga gejala sosial dalam aspek meninggalkan atau tidak memahami ajaran agama seperti tidak solat, tidak berpuasa, tidak tahu mengangkat hadas besar, tidak tahu membaca al-Quran dan sebagainya.Oleh itu, perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja perlu dilaksanakan. Justeru, strategi untuk mengatasi masalah sosial ini perlu ditumpukan kepada golongan remaja dan pelbagai langkah yang perlu diambil oleh semua pihak bagi mengatasi masalah sosial ini. Agama Islam sebagai ad-Deen atau way of life amat menekankan kepada pendidikan akhlak. Sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud

Agama itu adalah nasihat (Sahih Muslim, Jilid 1, Bil. 43);Selain itu, tujuan utama perutusan Nabi Muhammad s.a.w. oleh Allah s.w.t kepada manusia juga memperlihatkan kepentingan nilai akhlak atau moral dalam Islam, sebagaimana sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia (Imam Malik, hal. 132).Menurut kaca mata Islam nilai akhlak adalah sebahagian daripada agama Islam itu sendiri. Oleh itu, jika syariat Islam dapat diamalkan secara menyeluruh maka masalah gejala sosial dalam kalangan remaja dapat diatasi di Malaysia. Akhlak yang mulia dan sempurna akan melahirkan individu. Jika di Malaysia rakyatnya mempunyai akhlak yang baik Insyaallah masalah gejala sosial tidak akan berlaku. Oleh kerana [Type text]

remaja mudah terpangaruh dan lebih cenderung kearah kemaksiatan. Oleh hal yang demikian, ibubapa perlu memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai murni islam agar sebati dalam diri anak-anak mereka.

ii. Rasuah.

Malaysia sering memperkatakan dadah merupakan musuh nombor satu negara walhal musuh nombor satu negara adalah rasuah. Rasuah kini menjadi kebiasaan , di mana seseorang ingin hidup mewah , ingin cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hakhak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.

" Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 ) "Rasulullah S.A.W telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain)" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)Jika kita lihat berdasarkan nas al-Quran dan hadis di atas jelas menunjukkan Allah S.W.T dan Rasulallah mengharamkan dan melarang manusia terutamanya umat Islam mengambil atau memberi rasuah.Ini kerana rasuah mempunyai banyak kesan buruk kepada negara , masyarakat , dan individu. Namun begitu , kebanyakkan di Malaysia lebih-lebih lagi di dalam sistem pentadbiran mengamalkan rasuah.Ini kerana mereka sudah mengangap rasuah perkara biasa tanpa memikirkan halal haram. Sudah jelas diterangkan di dalam Al-Quran dan Hadis Allah S.W.T melaknat pemberi dan penerima rasuah . Kebanyakkan mereka mengangap dengan cara menerima dan memberi rasuah dapat menyelesaikan semua masalah. Sedangkan banyak lagi cara yang dapat dilakukan yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

[Type text]

iii.Hiburan yang melampau.

Anugerah Bintang Paling Popular, Muzik-Muzik, Jom heboh, Konsert Artis, Rancangan Realiti TV dan Sambutan Malam Tahun Baru semakin mendapat perhatian di mata masyarakat. Ini kerana program seperti ini diberi galakkan dan disokong sendiri oleh kerajaan. Apabila hiburan sudah mula bertapak dinegara kita, sudah tentu perkara-perkara maksiat semakin berleluasa. Kerajaan hanya menginginkan keuntungan yang berlipat ganda dari konsert atau undian yang sudah menjadi kewajipan. Islam bukanlah satu agama yang mengharamkan segala bentuk kegembiraan dan hiburan dalam hidup manusia. Allah mengetahui bahawa manusia melalui dalam hidup mereka berbagai suasana dan keadaan. Ada kala manusia perlukan hiburan atau perlu dihiburkan. Hiburan wujud dalam berbagai bentuk. Islam datang bukan untuk mengharamkan, tetapi untuk memberi garis panduan yang tepat kepada manusia sejagat. Tujuan hidup insan bukan kepada hiburan, tetapi kepada mengabdikan diri kepada Allah. Hiburan dan nyanyian hanya sampingan yang menghiasi rempah ratus kehidupan dan asam garamnya, bukannya tujuan asal kehidupan.

Dalam riwayat al-Bukhari, juga dari Aisyah r.a. bahawa Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan. Maka, dalam hadis ini menunjukkan Nabi s.a.w prihatin dengan kecenderungan hiburan sesuatu kaum dalam majlis-majlis yang bertujuan untuk kegembiraan dan kesukaan seperti majlis perkahwinan. Mungkin hal ini boleh diluaskan kepada majlis sambutan kesukaan yang lain seperti majlis keluarga atau pejabat dan seumpamanya. Bahkan mengenai majlis perkahwinan Nabi s.a.w pernah bersabda: Perbezaan antara yang haram dan yang halal adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. (Riwayat al-Nasai dan al-Tirmizi, hadis ini bernilai hasan).

Dalam perkahwinan pun Nabi menyuruh kita menhiburkan diri. Maka menjadi sunnah ketika majlis perkahwinan adanya hiburan seperti pukulan kompang dan suara nyanyian. Maka apa yang diamalkan dalam tradisi melayu ketika perkahwinan diadakan pukulan kompang dan nyanyian adalah tidak becanggah dengan ajaran Nabi s.a.w. Rasulullah tidak menghalang kite untuk berhibur kerana hiburan itu indah namun ad batas-batasnya yang perlu dijaga. Namun hiburan masa kini jelas tidak mempunyai unsur-unsur kerohanian dan mempunyai unsur-unsur maksiat contohnya pergaulan bebas antara lelaki

[Type text]

dan perempuan. Ia bertentangan dengan syariat islam yang jelas mengharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Faktor Yang Menghalang

Terdapat pelbagai faktor yang menghalang bagi melaksanakan syariat islam di seluruh Malaysia. Faktorfaktor ini berlaku atas pelbagai sebab. Jika faktor-faktor ini tidak diselesaikan dari awal,bagaimana syariat islam dapat dilaksanakan di Malaysia.

I.

Umat islam sendiriCabaran atau halangan yang paling kuat ialah daripada umat Islam itu sendiri.Sebagaimana Nabi saw dihalang dan dicabar oleh kaumnya sendiri , maka dalam hal pelaksanaan perundangan Islam ini juga, tentangan dan masalah itu adalah datang dari umat Islam yang menjadikan barat sebagai idola dan ikutan.Malah yang paling malang sekali, tentangan ini selalunya dipelopori atau diketuai oleh golongan yang terlibat secara langsung dalam bidang perundangan sesebuah negara Islam , tetapi telah mendapat didikan dan pengetahuan undang-undang dari negara-negara barat.Barat telah menyogok dan menyuap mulut mereka ini dengan sampah-sampah kotor lagi keji yang dipandang mulia oleh golongan ini untuk disebarkan keseluruh negara Islam. Kebanyakkan umat islam sendiri mengangap jika syariat islam dijalankan di Malaysia, negara Malaysia akan jadi mundur, lembab, dan tidak berkembang seperti negara lain. Mereka ini sebenarnya tidak faham apakah maksud syariat di dalam islam. Mungkin ada di kalangan umat Islam yang akan berkata Bagaimana nak buat undang-undang Islam, sedangkan dalam negara kita ini ada macam-macam bangsa dan agama. Mesti diaorang marah dan akan menganggap ini satu kezaliman. Penyataan ini adalah salah satu penyataan yang akan kita dengar yang lahir dari mulut golongan yang tidak mahu undang-undang Islam dilaksanakan. Mereka ini sama ada tidak mahu perundangan Islam menjadi undang-undang yang diguna pakai dalam negara mereka atau pun sememangnya kenyataan itu lahir dek kejahilan dan kebodohan mereka dalam memahami sistem perundangan Islam. Jika mereka benar-

[Type text]

benar memahami maksud islam mereka akan berasa indah kerana islam itu indah dan tidak pernah menindas penganutnya.

II.

Kekangan dan halangan pihak pemerintah dan kelompok yang berkepentingan sendiri.Terdapat sebahagian pemerintah di Malaysia yang menghalang dan membantah jika Malaysia mengamalkan syariat islam dalam semua aspek. Mereka menganggap syariat islam adalah kolot, tidak maju, menyeksa rakyat dan sebagainya. Pada masa yang sama, kelompok pemimpin, pembesar, pemerintah dan pihak berkuasa pula mempunyai pendirian yang amat menentang pelaksanaan syariah ini, dengan pelbagai alasan dan kritikan. Memang tepat apa yang diperkatakan oleh Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi di dalam buku beliau Syariah Al Islam Sholihah Lil at Thatbiq Fi Kulli Zaman Wa Makan(Pelaksanaan Syariah Islam Sesuai Dilaksanakan Setiap Tempat dan Waktu)

: . )

Abdullah bin Umar ra berkata: Nabi saw bersabda: mendengar dan taat itu wajib bagi seorang dalam apa yang ia suka atau benci, selama ia tidak diperintah berbuat maksiat, maka jika diperintah maksiat maka tidak wajib mendengar dan tidak wajib taat (Bukhari, Muslim)

Pemimpin di Malaysia sebahagiannya hanya mementingkan diri sendiri dan menjalankan tugas tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Contoh tugas yang tidak berpandukan alQuran dan as-Sunnah ialah menyalah guna duit syarikat ataupun duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Imam Ghazali ada mengemukakan beberapa ciri yang seharusnya ada pada diri seseorang pemimpin Islam, seseorang pemimpin mesti mempunyai kesedaran tinggi bahawa dia berhadapan dengan amanah Allah yang pasti akan ditanya mengenai tanggungjawab di akhirat kelak. Tidak ada sebarang makna kepada rakyat jelata seandainya pemimpinnya menyeleweng dan cuai dari tanggungjawabnya atau tidak jujur dalam urusan rakyat. Sebab itu kita dapati bahawa Umar Al-Khattab apabila melihat ada seekor kambing mati, dia termenung dan sedih atau risau sangat kalau-kalau kambing itu mati akibat [Type text]

kecuaiannya. Hebatnya peribadi dan hati Umar itu. Adakah lagi pemimpin seperti Umar di bumi Allah ini ? Seterusnya kata Imam Al-Ghazali, pemimpin Islam yang baik itu akan sentiasa suka berdamping dengan alim ulama dan sukakan kepada orang-orang yang berilmu.

III.

Kurang Didikan Dari Ibu BapaSyariat islam sebenarnya bermula dari rumah lagi. Ianya bermula dari ibu bapa dan seterusnya anak-anak mereka. Jika dilihat masa kini ibu bapa kurang menitik berat kan tentang soal syariat islam. Buktinya anak-anak mereka dibiarkan keluar bersama lelaki yang bukan muhrim, bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, melewati tempattempat maksiat dan lain lain lagi. Ibu bapa sepatutnya mendidik anak anak mereka supaya mengamalkan cara hidup berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Ini kerana anak anak muda ini lah yang akan memimpin Malaysia pada masa akan datang. Jika mereka tidak di didik dari awal lagi dengan syariat islam yang sebenar, bagaimana mereka hendak memimpin Malayasia berdasarkan syariat islam. Jika perkara ini berterusan syariat islam untun dilaksanakan di Malaysia agak mustahil untuk dilaksanakan.

Rasulullah SAW menekankan soal pergaulan dengan sabdanya : Hindarilah kamu dari bercampur (secara bebas) dengan kaum wanita. Anak juga mesti dididik dengan batas aurat terutama bila telah baligh.

Suatu ketika Asma binti Abu Bakar memasuki rumah Rasulullah SAW dengan pakaian yang tipis, lalu Rasulullah SAW menegurnya: Wahai Asma, apabila perempuan telah mencapai (sampai) usia baligh, maka ia tidak boleh dipandang kecuali ini dan ini (baginda SAW menunjukkan wajah dan kedua-dua telapak tangannya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibu bapa di rumah seharusnya memandang berat perkara ini kerana jika anak-anak dirumah kurang didedahkan dan di didik tentang syariat islam,syariat islam mustahil dapat dilaksanakan di Malaysia. Jika semua ibu bapa di Malaysia melaksanakan syariat islam yang sebenar di rumah dengan cara melalui mendidik akhlak mereka, mengajar mereka mengenali islam Insyallah syariat islam dapat dilaksanakan di Malaysia kerana ia bermula dari akar iaitu sebuah keluarga.

[Type text]

CadanganDi dalam kertas kerja kami ini kami sertakan beberapa cadangan agar syariat islam dapat dilaksanakan di Malaysia.

A. Mendidik akhlak, adab dan budi pekertiIlmu tinggi tidak berguna kalau tidak beradab dan tidak berakhlak dengan Allah dan sesama manusia. Pastikan ilmu dan amalan anak-anak kita menghasilkan buah yang masak ranum (akhlak terpuji). Sabda Rasulullah SAW :

Elokkanlah namanya (anak) dan elokkanlah adabnya. (Hadis riwayat alBaihaqi) Rasulullah SAW bersabda lagi: Tiada seorang bapa yang memberikan sesuatu kepada anaknya yang lebih bermakna daripada pemberian adab yang baik. (Hadis riwayat at-Tirmizi)Anak-anak yang tidak ada tujuan dan matlamat hidup akan mudah terpesong dari jalan kebenaran dan mudah juga hanyut dalam arus duniawi. Matlamat hidup tak lain dan tak bukan ingin mendapat keredhaan Allah SWT berpedomankan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Tujuan hidup atau tujuan kenapa Allah mencipta manusia perlu ditanamkan dalam jiwa dan minda anak-anak iaitu untuk berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah di atas dunia. Kita hendak lah mendidik anak-anak dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Namun begitu diri sendiri juga perlu dididik dengan akhlak yang baik kerana akhlak yang baik adalah tunjang bagi melaksanakan syariat islam di seluruh Malaysia khusus nya.

[Type text]

B. Memilih Pemimpin Yang BaikPemimpin Islam yang berwibawa lagi hebat keperibadiannya menjadi penggiat dan pendorong kepada aktiviti keilmuan. Inilah yang ada pada diri khalifah ar-Rasyidin, pemimpin kerajaan Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyah dan juga kerajaan Turki Uthmaniyah dulu.Tidak hairan pusat pengajian ilmu pengetahuan dan kegiatan meneroka ilmu begitu rancak dijalankan sehingga terbina masyarakat Islam yang hebat dalam segenap bidang. Pemimpin yang mencintai ilmu pengetahuan adalah seorang pemimpin Islam yang sejati. Hal itu tergambar bukan semata-mata mengarahkan atau mewar-warkan agar rakyat mendalami ilmu pengetahuan, tetapi dia sendiri menunjukkan teladan kepada rakyat yang dia juga seorang yang dahagakan ilmu. Selain itu, kata Imam Ghazali lagi seseorang pemimpin juga seharusnya dapat mengawal tingkah laku orang bawahan atau rakyatnya daripada perbuatan bertentangan dengan syariat Islam. Dengan erti kata lain pemimpin Islam itu mesti bertindak tegas menegakkan amar makruf dan mencegah kemungkaran. Juga seseorang pemimpin perlu memiliki daya juang yang mantap dalam perkara yang diharuskan agama dan sentiasa mempunyai azam teguh dalam wawasan memajukan ummah. Demikian ciri-ciri yang seharusnya dimiliki oleh seseorang pemimpin Islam dalam mengendalikan urusan kepada rakyatnya. Dalam usaha mengangkat martabat ummah, peranan dan tanggungjawab pemimpin akan menjadi faktor pemangkin utama. Jadikan kehebatan dan keunggulan pemimpin Islam terdahulu sebagai ikutan dan idola dan bangkitlah menjadi sehebat mereka. Kepemimpinan adalah satu keperluan dalam sesebuah masyarakat dan negara. Lantaran itu, Islam telah menggariskan prinsip-prinsip asas dalam aspek kepimpinan. Semua yang bergelar pemimpin pasti akan dipersoalkan Allah di akhirat nanti apakah mereka telah melaksanakan amanah yang disandang di bahu mereka itu. Pemimpin yang menyeleweng dan tidak beramanah pasti akan berhadapan azab seksa maha pedih dari Allah manakala pemimpin yang jujur dan mematuhi kehendak Islam sudah tentu berada di bawah lindungan Allah S.W.T. Jika pemimpin di Malaysia mempunyai sikap seperti para sahabat Rasulullah, pemimpin kerajaan Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyah dan juga kerajaan Turki Uthmaniyah dulu tidak mustahil syariat islam dapat dilaksanakan di seluruh Malaysia dan ajaran islam di Malaysia akan berkembang .

[Type text]

C. Pihak MediaPihak media seharusnya memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan syariat islam di Malaysia. Pihak media tidak boleh tunduk pada budaya barat dengan memikir jika hanya memaparkan program yang memebentuk kerohanian penguna akan berasa bosan dan syarikat mereka akan gulung tikar. Banyak rancangan yang boleh dipaparkan oleh pihak media antaranya mensiarkan ceramah agama, program hiburan yang berbentuk agama seperti IMAM MUDA , mensiarkan waktu azan, dan sebagainya. Tidak salah jika pihak media mensiarkan program berbentuk hiburan tetapi haruslah tidak bertentangan dengan syariat islam. Mereka harus fikir program yang mereka siarkan ditonton oleh pebagai peringkat umur. Jika mereka menyiarkan program yang boleh merosokkan minda dan iman yang ada dalam diri individu bagaimana syariat islam dapat dilaksanakan sedangkan iman dan minda saling berkait rapat dan iman yang kuat serta inda yang bersih dapat membantu mengembangkan syariat islam di Malaysia. Ini kerana jika ingin mempelajari dan menyampaikan ilmu agama hati dan minda seseorang itu hendaklah bersih dari segala kekotoran. Kekotoran yang dimaksudkan ialah maksiat mata, hati, minda, tangan dan fikiran.

Wahai orang yang beriman,sahutilah seruan Allah dan Rasul,apabila kamu diseru kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu. (al-Anfal 8:24)Berdasarkan ayat di atas jelas lah kita disuruh untuk menyampaikan segala seruhan Allah dan RasulnNya. Oleh itu pihak media haruslah menyampaikan nya misalnya memaparkan hadis-hadis nabi, ceramah agama dan lain lain lagi supaya syariat islam dapat dilaksanakan di Malaysia.

[Type text]

Kesimpulan

Pelaksanaan syariat Islam secara menyeluruh di Malaysia sememangnya mencabar dan mempunyai pelbagai halangan .Cabaran atau halangan yang paling kuat ialah daripada umat Islam itu sendiri.Sebagaimana Nabi saw dihalang dan dicabar oleh kaumnya sendiri , maka dalam hal pelaksanaan perundangan Islam ini juga, tentangan dan masalah itu adalah datang dari umat Islam yang menjadikan barat sebagai idola dan ikutan.Malah yang paling malang sekali, tentangan ini selalunya dipelopori atau diketuai oleh golongan yang terlibat secara langsung dalam bidang perundangan sesebuah negara Islam , tetapi telah mendapat didikan dan pengetahuan undang-undang dari negara-negara barat.Barat telah menyogok dan menyuap mulut mereka ini dengan sampah-sampah kotor lagi keji yang dipandang mulia oleh golongan ini untuk disebarkan keseluruh negara Islam . Contohnya apabila Khilafah Turki Uthmaniyah runtuh pada tahun 1924, para ulama dan sarjana Islam cari-cari formula baru sebagai alternatif atau 'ganti' kepada khilafah. Pada ketika inilah wujud istilah 'Negara Islam' yang awalnya digagaskan oleh Rashid Ridha, tokoh islah pada zaman tersebut. Para Fuqaha' mensyaratkan dua asas penting dalam sesebuah negara Islam iaitu melaksanakan undangundang Islam serta adanya kekuasaan dan ketenteraan milik orang Islam. Dr. Rumaizuddin Ghazali berpendapat selain daripada kedua syarat tersebut, umat Islam juga bebas mengamalkan ajaran Islam tanpa gangguan.Walaubagaimanapun definisi dan syarat-syarat bagi sesebuah negara Islam ini tidak disepakati oleh para ulama'. Justeru definisi bagi sebuah negara Islam cenderung berbentuk 'ijtihadi' atau termasuk dalam perkara yang boleh diijtihad kerana tidak wujud nas yang qat'ie dalam menerangkannya. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa untuk melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh sememangnya sukar .Tetapi jika seluruh umat Islam bersatu-padu dan bertoleransi mencari jalan penyelesaian untuk melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh mahupun di Malaysia atau di negara dunia yang lain tidak mustahil. Kebanyakkan umat Islam seluruh dunia mempunyai perselisihan faham, Rasulullah sallahu alaihi wasallam (SAW) telah mengisyaratkan kepada kita bahawa, selepas kewafatan beliau (SAW) maka akan berlaku perselisihan yang sangat dahsyat, iaitu perselisihan yang menakutkan, menggerikan atau perselisihan yang besar .Walaubagaimanapun, dalam keadaan demikian Rasulullah SAW menasihati kepada umatnya agar tetap berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah dan para sahabatnya radiyallahu anhum (r.a) yang mendapat petunjuk, iaitu mengikut pemahaman sahabat yang mendapat petunjuk kerana mereka lebih memahami al-Sunnah dan faham apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW. [Type text]

Sebagai kesimpulannya, seluruh umat Islam perlulah berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnah dan Insyaallah syariat Islam dapat dilaksanakan secara menyeluruh di Malaysia .

Penutup

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. [Type text]

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

Sebelum kami mengakhiri kertas kerja kami kami selitkan tentang khutbah terakhir Rasulallah yang cukup bermakna kepada semua umatnya. Antara yang isi yang terdapat dalam khutbah terakhir itu ialah berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah nescaya kita tidak akan sesat selamanya. Kesimpulan yang kita dapat ialah setiap perkara yang kita lakukan mestilah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dan mudah mudahan apa yang kita lakukan itu diberkati Allah dan RasulNya.

[Type text]

BIBLIOGRAFIi. ii. Buku ijtihad dalam syariat islam , Yusuf al-Qurdlawy Ahmed, Akbar (1999). Islam Today: A Short Introduction to the Muslim World, edisi 2.00, I. B. Tauris. Tidak selaras syariat Islam Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD dan AZHARI ZAINOODIN [email protected] Peguam Syarie Menulis: Memartabatkan imej Mahkamah Syariah Berita Harian. 19 Mei 2010 http://layarminda2.blogspot.com/2011/06/keistimewaan-dan-kelebihan-pelaksanaan.html RAMALAN-RAMALAN RASULULLAH SAW TENTANG AKHIR ZAMAN, Ali Hamdi Mudaim, Cetakan ketiga 2000, m/s 111-115. MEMBANGUN FITRAH KEHIDUPAN, Siti Fatimah Abdul Rahman, Cetakan pertama 1996, m/s 9799. AT-TAKWA, Adeysham Nor, Cetakan pertama 2008, m/s 109-113. MEMBENTUK KEGEMILANGAN, syeikh Muhammad syakir, cetakan pertama 1994, m/s 1-3 http://ms.wikipedia.org/wiki/Syariat_Islam

iii.

iv. v. vi.

vii.

viii. ix. x.

[Type text]