1. objektif utama pj kbsr (aril)

Upload: aril-eles

Post on 05-Apr-2018

250 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 1. Objektif Utama Pj Kbsr (Aril)

    1/2

    NAMA : NOOR ELYAZRIL BIN ELES

    KELAS : PPISMP 2E

    PENDIDIKAN JASMANI

    1.Nyatakan dan huraikan objektif utama Pendidikan Jasmani KBSR

    Antara objektif utama Pendidikan Jasmani KBSR ialah :

    Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan

    perlakuan motor :

    Murid dapat mengekalkan tahap kecergasan berasaskan kesihatan dengan

    melakukan aktiviti seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot ,kekuatan,

    kelenturan dan komposisi badan .

    Manakala mengekalkan tahap kecergasan berasaskan perlakuan motor pula ialah

    dengan melakukan koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa untuk

    bertindak balas dan kepantasan.

    Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuandiri :

    Kemahiran asas pergerakan dan permainan merupakan keupayaan murid

    melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus.

    Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik,

    pergerakan kreatif rekreasi dan kesenggangan.

    Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian :

    Dengan menguasai kemahiran asas dan perlakuan motor,murid-murid akan lebih

    aktif dan gemar dalam melakukan aktiviti kecergasan seperti bersenam dan

    berekreasi secara berkala.

    Melalui aktiviti bersenam yang dilakukan sebagai rutin harian,ianya dapat

    meningkatkan tahap kecergasan seseorang secara drastik dan konsisten.

    Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertaipelbagai kegiatan fizikal :

  • 7/31/2019 1. Objektif Utama Pj Kbsr (Aril)

    2/2

    Melalui tunjang pembelajaran sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani

    KBSR,murid-murid didedahkan dengan pengetahuan kesihatan dan keselamatan

    semasa beraktviti.

    Murid-murid akan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dalam melakukan

    apa-apa tindakan yang boleh mengakibatkan kemalangan atau kecederaan

    justeru mengaplikasikan pengetahuan yang telah diajar melalui tunjang

    pembelajaran Pendidikan Jasmani KBSR.

    Membentuk sahsiah dan disiplin serta dapat membuat keputusan bijak dalam

    kehidupan :

    Melalui Pendidikan Jasmani,seseorang itu akan lebih sihat tubuh badannya jika

    mengamalkan gaya hidup sihat seperti melakukan aktiviti fizikal dan mentalsecara konsisten.

    Disamping itu,dapat membentuk disiplin dan sahsiah seseorang dalam

    melakukan sebarang tindakan contohnya dalam membuat keputusan yang bijak

    dalam kehidupan.

    Minda yang cerdas dan badan yang cergas diperolehi dengan melakukan

    kemahiran asas dan perlakuan motor serta mengamalkan gaya hidup sihat dapat

    melahirkan individu yang mantap dari segi disiplin dan sahsiahnya.

    Melahirkan individu yang seimbang dari segi fizikal dan mentalnya.