1 kemerdekaan negara 31 ogos · pdf filepemasyhuran kemerdekaan tanah melayu pada 31 ogos 1957...

5
http://rosleyasin.blogspot.com SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur 1 Suruhanjaya Reid Perjanjian London Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 Matlamat Rombongan Merdeka Peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan Rombongan Merdeka Pemasyhuran Kemerdekaan Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perlembagaan Merdeka

Upload: lyhuong

Post on 06-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 Kemerdekaan Negara 31 Ogos · PDF filePemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 merupakan detik bersejarah yang bermakna kepada ... Microsoft Word - bab 5 peta minda.doc

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

1

Suruhanjaya Reid

Perjanjian London

Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Matlamat Rombongan Merdeka Peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan

Rombongan Merdeka

Pemasyhuran Kemerdekaan

Penyediaan Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu

Perlembagaan Merdeka

Page 2: 1 Kemerdekaan Negara 31 Ogos · PDF filePemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 merupakan detik bersejarah yang bermakna kepada ... Microsoft Word - bab 5 peta minda.doc

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

2

Hasil Rundingan London:-

i. Satu Suruhanjaya bebas untuk mengubal Perlembagaan Merdeka telah

ditubuhkan.

ii. British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada

31 Ogos 1957.

iii. Parti Perikatan tidak akan mengambil alih kepentingan British atau

Barat di Persekutuan Tanah Melayu.

iv. Perjanjian pertahanan dengan British bagi menjaga keselamatan

perdagangan dan kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.

v. Mengekalkan konsep Raja Berpelembagaan

vi. Meneruskan pembahagian kuasa di antara kerajaan pusat dan negeri.

Matlamat Rombongan

Merdeka

1. Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri

Persekutuan Tanah Melayu telah berunding

dengan raja-raja Melayu dan British untuk

mendapatkan kemerdekaan.

2. Satu rombongan kemerdekaan telah dibentuk

diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.

3. Rombongan Merdeka terdiri daripada empat

orang wakil raja-raja Melayu dan empat orang

wakil Parti Perikatan.

1. Matlamat Rombongan

Merdeka ke London

bertujuan untuk

merundingkan kemerdekaan

Persekutuan Tanah Melayu.

2. Beberapa keputusan telah

diperoleh sebagai asas

rundingan kemerdekaan

negara.

Rombongan Merdeka

Perjanjian London

1. Rundingan

dipengerusikan oleh

Lord Lennox-Boyd

Setiausaha Tanah

Jajahan British.

2. Rundingan berlangsung

dari 18 Januari hingga 8

Februari 1956.

3. Rombongan Merdeka

telah kembali ke tanah

air pada 20 Februari

1956 disambut secara

besar-besaran di padang

Merdeka, Bandar Hilir,

Melaka.

4. Dalam perhimpunan

tersebut, Tunku Abdul

Rahman telah

mengisytiharkan tarikh

kemerdekaan Tanah

Melayu, sambil orang

ramai yang hadir

melaungkan “Merdeka”.

Page 3: 1 Kemerdekaan Negara 31 Ogos · PDF filePemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 merupakan detik bersejarah yang bermakna kepada ... Microsoft Word - bab 5 peta minda.doc

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

3

Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada

bulan Mac 1956, dipengerusikan oleh

Lord Reid (Hakim British), manakala

anggota-anggotanya

i. Sir Ivor Jennings (England)

ii. Sir William MacKell (Australia)

iii. Hakim B. Malik (India)

iv. Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu Suruhanjaya Reid

Antara tugas Suruhanjaya Reid ialah:-

i. Merangka sebuah Perlembagaan Tanah Melayu yang Merdeka.

ii. Pembentukan dan penentuan kuasa kerajaan persekutuan dan negeri

iii. Menjamin kedudukan khas Raja-raja Melayu

iv. Mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu yang

Merdeka.

• Suruhanjaya Reid telah menerima 131

memorandum daripada Raja-raja Melayu, orang

persaorangan dan pertubuhan politik.

• Draf Perlembagaan Suruhanjaya Reid telah

diterbitkan pada Februari 1957 untuk

dibahaskan oleh penduduk dan parti politik

tempatan.

• Tolak ansur ini telah membolehkan pembentukan sebuah

kerajaan yang demokrasi dengan konsep Raja

Berpelembagaan.

• Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong

pakatan tersebut kerana menyedari pakatan murni antara

kaum ini akan mewujudkan perpaduan kaum di Tanah

Melayu.

• Parlimen British telah menerima cadangan Suruhanjaya

Reid pada bulan Jun 1957.

• Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan telah

mengesahkannya, pada 15 Ogos 1957 upacara

menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 telah diadakan

di Kuala Lumpur antara Raja-raja Melayu dengan

British..

• Beberapa cadangan Suruhanjaya Reid telah dipinda

untuk memuaskan hati semua pihak.

• Antara perkara yang dipersetujui ialah:-

i. Sebuah Negara persekutuan terbentuk dengan

pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan

negeri.

ii. Kerakyatan secara Jus Soli kepada yang lahir di

Tanah Melayu.

iii. Mengekalkan kedudukan istimewa orang

Melayu tanpa menjejaskan hak kaum lain.

iv. Bahasa Melayu menjadi bahasa Kebangsaan.

Bahasa Cina dan Tamil boleh dikembangkan

dan menjadi bahasa pengantar di sekolah

masing-masing.

v. Agama Islam menjadi agama Persekutuan.

Walau bagaimanapun agama lain bebas

diamalkan.

Page 4: 1 Kemerdekaan Negara 31 Ogos · PDF filePemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 merupakan detik bersejarah yang bermakna kepada ... Microsoft Word - bab 5 peta minda.doc

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

4

1. Antara fasal penting Perlembagaan

Kemerdekaan ialah

i. Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan

dinamakan Persekutuan Tanah Melayu.

ii. Yang Dipertuan Agong sebagai ketua

Negara.

iii. Pentadbiran Negara berasaskan demokrasi

berparlimen yang mempunyai Dewan Rakyat

dan Dewan Negara.

iv. Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran

Negara di Bantu oleh sebuah cabinet.

v. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

vi. Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja

yang dilahirkan di Persekutuan Tanah

Melayu. Kerakyatan secara permohonan

dengan beberapa syarat juga

dipertimbangkan.

vii. Kedudukan istimewa orang Melayu

dikekalkan tanpa mengurangkan hak

warganegara yang lain.

2. Perjanjian persekutuan memberikan hak yang

mutlak kepada penduduk tempatan untuk

mentadbir Negara.

3. Penghargaan seharusnya diberikan kepada

tokoh-tokoh kemerdekaan kerana kebijaksanaan

menyelesaikan isu-isu rumit dan sensitif

sehingga kemerdekaan dapat dicapai tanpa

pertumpahan darah.

4. Tanpa usaha gigih tokoh-tokoh pemimpin tanah

air mencorakkan hala tuju negara, kemerdekaan

yang membawa keharmonian dan kemakmuran

Negara seperti hari ini tidak akan tercapai.

Perlembagaan Merdeka

Pemasyhuran Kemerdekaan

1. Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos

1957 merupakan detik bersejarah yang bermakna kepada

warganegara Malaysia.

2. Dengan pemasyhuran kemerdekaan Negara bebas daripada

belenggu penjajahan selama-lamanya.

Peristiwa pemasyhuran kemerdekaan

1. Tepat pada pukul 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, di

hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera

Union Jack diturunkan.

2. Bendera Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya

dinaikkan oleh beberapa orang pemuda UMNO.

3. Peristiwa tersebut disaksikan oleh ribuan rakyat

Persekutuan Tanah Melayu dengan laungan merdeka

bergema menandakan kemenangan rakyat bebas daripada

belenggu penjajahan.

4. Pada keesokan harinya, 31 Ogos 1957, pemasyhuran

kemerdekaan Tanah Melayu telah lakukan di Stadium

Merdeka, Kuala Lumpur.

5. Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellington, bersedia

dengan dokumen penyerahan kuasa.

6. Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan Parti Perikatan telah

membaca pengisytiharan kemerdekaan Negara dengan

lantang.

7. Tunku kemudian melaungkan laungan Merdeka dan

disambut oleh rakyat yang memenuhi ruangan stadium.

Page 5: 1 Kemerdekaan Negara 31 Ogos · PDF filePemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 merupakan detik bersejarah yang bermakna kepada ... Microsoft Word - bab 5 peta minda.doc

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

5

Kandungan pemasyhuran kemerdekaan

1. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris.

2. Antara kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan ialah:-

i. Persekutuan Tanah Melayu mencapai taraf sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat setaraf

dengan Negara-negara lain di dunia.

ii. Raja-raja Melayu dengan Ratu Elizabeth menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

iii. Semua penguasaan British ke atas negeri-negeri Selat terbatal.

iv. Perlembagaan Kemerdekaan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957.

v. Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka terdiri daripada negeri Johor, Pahang, negeri Sembilan, Selangor,

Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang.

vi. Persekutuan Tanah Melayu adalah sebuah Negara demokrasi yang mementingkan kesejahteraan rakyat.

3. Pengisytiharan merupakan tanda pembebasan Negara daripada penjajahan British.

4. Ini bermakna kita bebas mencorak pemerintahan mengikut acuan dan hala tuju sendiri.

Rumusan

1. Usaha mendapatkan kemerdekaan telah dilakukan oleh Parti Perikatan setelah memenangi pilihanraya Majlis

Undangan Persekutuan.

2. Rombongan Kemerdekaan telah berjaya mendapatkan tarikh kemerdekaan dan membentuk sebuah suruhajaya

bebas merangka perlembagaan kemerdekaan.

3. Pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka menandakan kebebasan mutlak kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajahan British.