(1 september 2019 - 31 ogos 2020) 1. definisi · kempen “mungkin anda, jutawan?” terma dan...

19
Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat (1 September 2019 - 31 Ogos 2020) TnC - Final BM.docx halaman 1 daripada 19 1. Definisi “AmOnline” bermaksud perkhidmatan Perbankan Internet yang ditawarkan oleh Kumpulan AmBank kepada pelanggannya untuk melakukan transaksi perbankan melalui Internet selaras dengan terma dan syarat yang ditetapkan di https://ambank.amonline.com.my. “Bancatakaful Am” merujuk kepada kontrak polisi Takaful am yang ditawarkan oleh Kumpulan AmBank dan/atau Syarikat Berkaitan (selain daripada Takaful keluarga) yang menyediakan bayaran atas kerugian yang ditanggung akibat peristiwa yang tidak dapat dielakkan. “Bancatakaful Keluarga” merujuk kepada kontrak polisi yang ditawarkan oleh Kumpulan AmBank dan/atau Syarikat Berkaitan yang menyediakan bayaran sekali gus kepada waris setelah kematian atau kecacatan kekal keseluruhan peserta. “Bank” merujuk kepada AmBank Islamic Berhad (No. Syarikat: 295576-U), yang mempunyai alamat berdaftar di Aras 22, Bangunan AmBank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. “BPB” merujuk kepada Baki Purata Bulanan, dan ditakrifkan sebagai jumlah semua baki penutup harian deposit dalam Akaun Simpanan AmWafeeq-i Pelanggan yang Layak, dibahagikan dengan bilangan hari dalam bulan yang sama. “CASA” merujuk kepada Akaun Semasa dan Akaun Simpanan yang ditawarkan oleh Kumpulan AmBank. “Cawangan Satelit” merujuk kepada cawangan Kumpulan AmBank yang menyediakan keperluan perbankan asas, iaitu pembukaan akaun, pembaharuan deposit bertempoh, kemasukan dan penebusan, pengiriman wang dan pertanyaan. “Deposit Bertempoh (RM)” merujuk kepada akaun deposit bertempoh yang dibuka oleh pelanggan dengan Kumpulan AmBank yang membolehkan pelanggan untuk membuat kemasukan dalam Ringgit Malaysia dan dikira pada kadar tetap untuk tempoh tertentu. “DuitNow” ialah perkhidmatan pemindahan dana elektronik untuk menghantar atau menerima wang dengan selamat dan serta-merta ke nombor mudah alih atau nombor Kad Pengenalan. “Kad Kredit” merujuk kepada kad kredit yang dikeluarkan oleh Kumpulan AmBank kepada Pemegang Kad Utama atau Pemegang Kad Tambahan. “Kempen” bermaksud Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” yang dianjurkan oleh Bank selaras dengan terma dan syarat seperti yang ditetapkan dalam ini. Kumpulan AmBank” merujuk kepada semua Syarikat Berkaitan dan Syarikat Bersekutu bagi Bank sama ada diperbadankan di dalam atau di luar Malaysia, sudah wujud pada masa ini atau pada masa hadapan dan rujukan terhadap “Kumpulan AmBank” dalam terma dan syarat ini, hendaklah merangkumi semua atau mana-mana entiti dalam Kumpulan AmBank.

Upload: others

Post on 15-Oct-2019

15 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 1 daripada 19

1. Definisi

“AmOnline” bermaksud perkhidmatan Perbankan Internet yang ditawarkan oleh Kumpulan AmBank kepada pelanggannya untuk melakukan transaksi perbankan melalui Internet selaras dengan terma dan syarat yang ditetapkan di https://ambank.amonline.com.my. “Bancatakaful Am” merujuk kepada kontrak polisi Takaful am yang ditawarkan oleh Kumpulan AmBank dan/atau Syarikat Berkaitan (selain daripada Takaful keluarga) yang menyediakan bayaran atas kerugian yang ditanggung akibat peristiwa yang tidak dapat dielakkan. “Bancatakaful Keluarga” merujuk kepada kontrak polisi yang ditawarkan oleh Kumpulan AmBank dan/atau Syarikat Berkaitan yang menyediakan bayaran sekali gus kepada waris setelah kematian atau kecacatan kekal keseluruhan peserta. “Bank” merujuk kepada AmBank Islamic Berhad (No. Syarikat: 295576-U), yang mempunyai alamat berdaftar di Aras 22, Bangunan AmBank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. “BPB” merujuk kepada Baki Purata Bulanan, dan ditakrifkan sebagai jumlah semua baki penutup harian deposit dalam Akaun Simpanan AmWafeeq-i Pelanggan yang Layak, dibahagikan dengan bilangan hari dalam bulan yang sama. “CASA” merujuk kepada Akaun Semasa dan Akaun Simpanan yang ditawarkan oleh Kumpulan AmBank. “Cawangan Satelit” merujuk kepada cawangan Kumpulan AmBank yang menyediakan keperluan perbankan asas, iaitu pembukaan akaun, pembaharuan deposit bertempoh, kemasukan dan penebusan, pengiriman wang dan pertanyaan. “Deposit Bertempoh (RM)” merujuk kepada akaun deposit bertempoh yang dibuka oleh pelanggan dengan Kumpulan AmBank yang membolehkan pelanggan untuk membuat kemasukan dalam Ringgit Malaysia dan dikira pada kadar tetap untuk tempoh tertentu. “DuitNow” ialah perkhidmatan pemindahan dana elektronik untuk menghantar atau menerima wang dengan selamat dan serta-merta ke nombor mudah alih atau nombor Kad Pengenalan. “Kad Kredit” merujuk kepada kad kredit yang dikeluarkan oleh Kumpulan AmBank kepada Pemegang Kad Utama atau Pemegang Kad Tambahan. “Kempen” bermaksud Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” yang dianjurkan oleh Bank selaras dengan terma dan syarat seperti yang ditetapkan dalam ini. “Kumpulan AmBank” merujuk kepada semua Syarikat Berkaitan dan Syarikat Bersekutu bagi Bank sama ada diperbadankan di dalam atau di luar Malaysia, sudah wujud pada masa ini atau pada masa hadapan dan rujukan terhadap “Kumpulan AmBank” dalam terma dan syarat ini, hendaklah merangkumi semua atau mana-mana entiti dalam Kumpulan AmBank.

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 2 daripada 19

“Notis Terlebih Dahulu” ialah notis oleh Bank tentang fakta tertentu atau keadaan tertentu sekurang-

kurangnya tiga (3) hari kalendar.

“Pelanggan yang Layak” ialah pelanggan Bank, mengikut keperluan konteksnya, yang layak di bawah Klausa 3. “Pembiayaan Bertempoh-i yang dijamin oleh Sijil ASB” merujuk kepada kemudahan pembiayaan yang dijamin oleh sijil Amanah Saham Bumiputera. “Pembiayaan Kenderaan” merujuk kepada kemudahan sewa beli yang ditawarkan oleh Kumpulan AmBank kepada pelanggannya untuk tujuan pembelian kenderaan bermotor. “Pemegang Kad” merujuk kepada orang yang nama akaun kadnya telah dibuka dengan Kumpulan AmBank dan jika berkaitan, juga bermaksud Pemegang Kad Tambahan. “Penyertaan” ialah penyertaan yang layak diperoleh dengan memenuhi kriteria dalam klausa 4.3 yang memberikan hak kepada Pelanggan yang Layak untuk melayakkan diri untuk hadiah Kempen. “Syarikat Bersekutu” hendaklah mempunyai maksud yang sama yang ditetapkan di bawah Seksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, yang mana berkenaan, dan “Syarikat Berkaitan” hendaklah mempunyai maksud yang sama yang ditetapkan kepadanya di bawah Seksyen 7 Akta Syarikat 2016. Perkataan yang menunjukkan seseorang hendaklah termasuk seseorang yang masih hidup dan, jika dan yang mana berkenaan, badan atau seseorang yang ditubuhkan atau tidak ditubuhkan. Perkataan yang membawa maksud tunggal juga hendaklah termasuk jamak dan sebaliknya. Perkataan yang membawa maksud jantina lelaki hendaklah termasuk jantina wanita dan neuter. 2. Tempoh Kempen

Kempen ini bermula pada jam 9.00 pagi pada 1 September 2019 dan tamat pada jam 5.00 petang pada 31 Ogos 2020 (merangkumi kedua-dua tarikh tersebut) (“Tempoh Kempen”) atau apa-apa tempoh lain seperti yang ditentukan dengan Notis Terlebih Dahulu oleh Bank. 3. Kelayakan

3.1 Tertakluk pada Klausa 3.2 di bawah, Kempen ini adalah terbuka kepada semua pelanggan individu yang merupakan pemegang akaun utama (18 tahun dan ke atas) yang membuka Akaun Simpanan AmWafeeq-i dengan deposit permulaan minimum sebanyak RM100.00 (“Pelanggan yang Layak”).

3.2 Kategori individu yang berikut TIDAK layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini:

a. Pelanggan bukan individu termasuk, tetapi tidak terhad kepada: i. Pemilikan Tunggal/Perkongsian; dan/atau

ii. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS); dan/atau

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 3 daripada 19

iii. Organisasi Bukan Untung/Badan Amal/Pertubuhan b. Pekerja Tetap dan/atau Kontrak AmBank (M) Berhad dan AmBank Islamic Berhad

serta ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak dan ibu bapa). c. Wakil, penjual dan/atau ejen (termasuk ejen pengiklanan dan promosi) Kumpulan

AmBank (termasuk Syarikat Berkaitan mereka masing-masing) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (pasangan, anak dan ibu bapa).

4. Mekanik

4.1 Semua Pelanggan yang Layak yang membuka Akaun Simpanan AmWafeeq-i dengan deposit

permulaan minimum sebanyak RM100.00 dengan Bank semasa Tempoh Kempen akan

didaftarkan secara automatik untuk menyertai Kempen ini.

4.2 Kempen ini akan dijalankan mengikut tempoh yang berikut dan tarikh yang sepadan:

Tempoh Tarikh

1 1 September 2019 – 30 September 2019

2 1 Oktober 2019 – 31 Oktober 2019

3 1 November 2019 – 30 November 2019

4 1 Disember 2019 – 31 Disember 2019

5 1 Januari 2020 – 31 Januari 2020

6 1 Februari 2020 – 29 Februari 2020

7 1 Mac 2020 – 31 Mac 2020

8 1 April 2020 – 30 April 2020

9 1 Mei 2020 – 31 Mei 2020

10 1 Jun 2020 – 30 Jun 2020

11 1 Julai 2020 – 31 Julai 2020

12 1 Ogos 2020 – 31 Ogos 2020

4.3 Semua Pelanggan yang Layak berhak mendapat Penyertaan dalam Tempoh Kempen seperti

yang dinyatakan di bawah:

Huraian Bilangan

Penyertaan *

Untuk Akaun Simpanan AmWafeeq-i dengan BPB bawah RM5,000 setiap RM100 daripada BPB

1 Penyertaan setiap bulan

Untuk Akaun Simpanan AmWafeeq-i dengan BPB RM5,000 dan ke atas, setiap RM100 daripada BPB

2 Penyertaan setiap bulan

*Pelanggan yang Layak akan diberitahu tentang bilangan Penyertaan mereka yang terkumpul setiap

bulan melalui SMS/e-mel/laman sesawang/dan lain-lain.

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 4 daripada 19

Contoh:

Tempoh BPB (RM)

Bilangan Penyertaan Diperoleh Bilangan

Penyertaan Terkumpul

1 200 2

(RM200 ÷ RM100) 2

2 199 1

(RM199 ÷ RM100) 3

3 10 0

(RM10 ÷ RM100) 3

4 5,000 100

(RM5,000 ÷ RM100 x 2 Penyertaan) 103

5 11,999 239

(RM11,999 ÷ RM100 x 2 Penyertaan) 342

6 50,999 1,019

(RM50,999 ÷ RM100 x 2 Penyertaan) 1,361

7 100 1

(RM100 ÷ RM100) 1,362

Akaun Simpanan AmWafeeq-i pelanggan ini akan mengumpulkan sejumlah 1,362 Penyertaan.

4.4 Penyertaan yang diperoleh dikira mengikut tahap pelanggan. Jika pemegang akaun utama

mempunyai beberapa Akaun Simpanan AmWafeeq-i, maka semua BPB bagi suatu tempoh untuk akaunnya hendaklah dijumlahkan dan bilangan penyertaan hendaklah dikira dengan sewajarnya.

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 5 daripada 19

Contoh 1 untuk Tempoh 1:

Akaun Simpanan AmWafeeq-i BPB (RM) dalam Tempoh 1

Akaun 1 500

Akaun gabungan utama bersama pelanggan A 1,500

Akaun gabungan utama bersama pelanggan B 2,000

Akaun gabungan utama bersama pelanggan C 900

Jumlah 4,900

Pelanggan Akaun Simpanan AmWafeeq-i di atas akan memperoleh 49 Penyertaan untuk Tempoh 1 (RM4,900 ÷ RM100). Contoh 2 untuk Tempoh 2:

Akaun Simpanan AmWafeeq-i BPB (RM) dalam Tempoh 2

Akaun 2 500

Akaun gabungan utama bersama pelanggan X 1,000

Akaun gabungan utama bersama pelanggan Y 1,500

Akaun gabungan utama bersama pelanggan Z 2,000

Jumlah 5,000

Pelanggan Akaun Simpanan AmWafeeq-i di atas akan memperoleh 100 Penyertaan untuk Tempoh 2 (RM5,000 ÷ RM100 x 2 Penyertaan).

4.5 Sepanjang Tempoh Kempen, Penyertaan tambahan akan diberikan untuk transaksi perbankan

terpilih yang dijalankan pada tarikh atau tempoh tertentu (“Penyertaan Bonus”). Butiran dan kelayakan untuk Penyertaan Bonus ini akan diumumkan sebelum peristiwa tersebut dengan Notis Terlebih Dahulu melalui akaun rasmi Kumpulan AmBank Facebook/Instagram/laman sesawang/SMS/e-mel/dan lain-lain.

4.6 Semua Pelanggan yang Layak yang melakukan mana-mana transaksi perbankan berikut untuk

mana-mana produk atau perkhidmatan seperti yang dinyatakan di bawah semasa Tempoh Kempen berdasarkan tarikh dan masa sistem Bank, akan memperoleh Penyertaan Berganda (“Penyertaan Berganda”). Walau bagaimanapun, Penyertaan Berganda hanya akan diberikan satu (1) masa untuk tempoh tertentu tanpa mengira bilangan transaksi perbankan yang dilakukan dalam tempoh tersebut.

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 6 daripada 19

Butiran dinyatakan dalam jadual di bawah:

No. Produk/

Perkhidmatan Mekanik

Penyertaan

(untuk

Tempoh

yang sama

sahaja)

Tempoh/

Kekerapan

1 AmOnline Semasa Pendaftaran Penyertaan

Berganda

Sekali setiap

pendaftaran

2 Kad Kredit Semasa Permohonan Penyertaan

Berganda

Sekali setiap

permohonan

3 Pembiayaan

Kenderaan Semasa Permohonan

Penyertaan

Berganda

Sekali setiap

permohonan

4 Deposit Bertempoh

(RM)

Semasa Kemasukan/

e-Kemasukan/Pembaharuan

(terpakai untuk tempoh tiga

(3) bulan dan ke atas)

Penyertaan

Berganda

Sekali setiap

kemasukan/

e-kemasukan/

pembaharuan

5 Bancatakaful

Keluarga Semasa Penerbitan Polisi

Penyertaan

Berganda

Sekali setiap

penerbitan polisi

6 Bancatakaful Am* Semasa Penerbitan Polisi Penyertaan

Berganda

Sekali setiap

penerbitan polisi

7

Pembiayaan

Bertempoh-i yang

dijamin oleh sijil ASB

Semasa Permohonan Penyertaan

Berganda

Sekali setiap

permohonan

8 DuitNow Semasa Pendaftaran Penyertaan

Berganda

Sekali setiap

pendaftaran

9 CASA

(Ringgit Malaysia)

Semasa Pembukaan Akaun

(terhad kepada tiga (3) CASA

untuk setiap Pelanggan yang

Layak untuk seluruh

kempen)

Penyertaan

Berganda

Sekali setiap

pembukaan

* Polisi yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad adalah tidak layak untuk Penyertaan

Berganda.

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 7 daripada 19

Pengiraan Penyertaan Berganda adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:

Contoh:

Huraian September ‘19 Oktober ‘19 November ‘19 Jumlah

AmWafeeq-i BPB (RM)

200 3,000 1,000 TB*

Daftar untuk AmOnline

TB

Mohon Pembiayaan Kenderaan

TB

Mohon Kad Kredit TB

Bilangan Penyertaan yang diperoleh

4 (2 x2 penyertaan)

60 (2 x30 penyertaan)

20 (2 x10 penyertaan)

84

Akaun Simpanan AmWafeeq-i pelanggan ini akan mengumpulkan sejumlah 84 Penyertaan.

*TB - Tidak Berkenaan.

4.7 Apabila BPB daripada mana-mana Pelanggan yang Layak mencapai RM5,000 dan ke atas dalam tempoh tertentu semasa Tempoh Kempen, Pelanggan yang Layak kemudian berhak memperoleh empat (4) kali Penyertaan jika Pelanggan yang Layak melakukan mana-mana transaksi perbankan bagi mana-mana produk atau perkhidmatan yang dinyatakan di bawah Klausa 4.6 (“4 x Penyertaan”). Walau bagaimanapun, 4 x Penyertaan hanya akan diberikan sekali untuk tempoh masing-masing tanpa mengira jumlah transaksi perbankan yang dilakukan dalam tempoh tersebut. Pengiraan 4 x Penyertaan adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:

Contoh:

Huraian September ‘19 Oktober ‘19 November ‘19 Jumlah

AmWafeeq-i BPB (RM)

200 5,000 1,000 TB*

Daftar untuk AmOnline

TB

Daftar untuk DuitNow

TB

Mohon Pembiayaan Kenderaan

TB

Mohon Kad Kredit TB

Bilangan Penyertaan yang diperoleh

4 (2 x2 Penyertaan)

200 (4 x50 Penyertaan)

20 (2 x10 Penyertaan)

224

Akaun Simpanan AmWafeeq-i pelanggan ini akan mengumpulkan sejumlah 224 Penyertaan.

*TB - Tidak Berkenaan.

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 8 daripada 19

4.8 Semua Akaun Simpanan AmWafeeq-i yang baru dibuka akan berhak mendapat Penyertaan Berganda atau 4 x Penyertaan, mengikut mana yang berkenaan, jika Pelanggan yang Layak menjalankan mana-mana transaksi perbankan bagi mana-mana produk atau perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan di bawah Klausa 4.6 untuk tempoh masa sehingga tiga puluh (30) hari kalendar sebelum tarikh pembukaan sebenar Akaun Simpanan AmWafeeq-i oleh Pelanggan yang Layak. Sebagai contoh, sekiranya Akaun Simpanan AmWafeeq-i dibuka pada 6 September 2019, Pelanggan yang Layak berhak mendapat Penyertaan Berganda atau 4 x Penyertaan, mengikut mana yang berkenaan, untuk tempoh satu (1) jika Pelanggan yang Layak menjalankan transaksi perbankan tersebut dari 7 Ogos 2019 hingga 5 September 2019.

4.9 Bank tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pencatatan lewat ke akaun Pelanggan yang Layak oleh mana-mana pedagang dan/atau pihak ketiga yang mungkin mengakibatkan Penyertaan Pelanggan yang Layak ditinggalkan daripada Kempen.

4.10 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan Bank tidak melanggar terma dan syarat Kempen ini seperti yang terkandung di sini, Bank boleh mengubah/menyemak/meminda mekanisme/proses/syarat pemilihan Kempen sebagaimana yang difikirkannya wajar pada bila-bila masa dengan Notis Terdahulu.

5 Hadiah

5.1 Hadiah yang ditawarkan dan jumlah pemenang bagi setiap kategori hadiah adalah seperti yang

berikut:

Kategori Hadiah untuk

setiap Pemenang

Bilangan Pemenang

bagi setiap peristiwa

Jumlah

Pemenang

bagi

keseluruhan

Kempen

Penyertaan bagi

Pemenang yang dikira

pada

Hadiah Utama Wang Tunai

RM1,000,000

1

setiap Kempen 1 31 Ogos 2020

Hadiah Kedua Wang Tunai

RM100,000

2

setiap Kempen 2 31 Ogos 2020

Hadiah Suku Tahunan Wang Tunai

RM50,000

3 setiap

Suku Tahun 9

30 November 2019,

29 Februari 2020

dan 31 Mei 2020

Hadiah Bulanan Wang Tunai

RM1,000

30

setiap Tempoh 330

Setiap Hujung Bulan

(30 September 2019

hingga 31 Julai 2020)

Hadiah Khas

Penyertaan Awal

TV LED 50-inci 165

setiap Kempen 165 30 November 2019

5.2 Dalam mana-mana tempoh, setiap Pelanggan yang Layak dibenarkan memenangi satu (1)

Hadiah sahaja.

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 9 daripada 19

5.3 Hadiah-hadiah ini tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana pihak ketiga dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai, kredit atau apa-apa jenis lain yang sedemikian.

5.4 Untuk memenuhi syarat sebagai pemenang berpotensi yang disenarai pendek bagi mana-mana kategori Hadiah, mana-mana Pelanggan yang Layak mesti mengekalkan baki agregat minimum sebanyak RM300 pada hujung bulan (jumlah baki hujung bulan semua Akaun Simpanan AmWafeeq-i bagi Pemegang Akaun Utama) bersama dengan sekurang-kurangnya satu (1) Penyertaan yang terkumpul oleh Pelanggan yang Layak.

6 Pemilihan Pemenang

(A) Hadiah Utama – Wang Tunai RM1,000,000 6.1 Sistem Bank akan menetapkan nombor bersiri unik bagi setiap Penyertaan yang diperoleh oleh

semua Pelanggan yang Layak semasa Tempoh Kempen, yang kemudiannya digunakan untuk menyisih semua Penyertaan dalam turutan menaik. Susulan kepada itu, setiap Penyertaan kemudiannya dinomborkan secara berurutan mulai dari satu (1) untuk nombor siri dengan nilai terendah (“Nombor Berurutan”).

6.2 Selepas perolehan Penyertaan, jumlah Penyertaan akan dibahagikan pada sepuluh (10) untuk mengembalikan nilai pengganda untuk penyenaraian pendek sepuluh (10) Pelanggan yang Layak untuk Hadiah Utama (“Pemenang Hadiah Utama Berpotensi”).

Contoh: 1,000 jumlah Penyertaan dibahagikan dengan 10 untuk mengembalikan nilai pengganda sebanyak 100, yang bermaksud Pelanggan yang Layak ke-100 dan gandaannya, iaitu Penyertaan ke-200, ke-300 hingga ke-1,000 akan disenarai pendek sebagai Pemenang Hadiah Utama Berpotensi.

6.3 Seorang Pelanggan yang Layak hanya boleh disenarai pendek sekali untuk Hadiah Utama.

Sekiranya Pelanggan yang Layak yang sama disenarai pendek lebih daripada satu kali, penyenaraian pendek akan berdasarkan Nombor Berurutan Pelanggan yang Layak yang terendah. Penyertaan lain Pelanggan yang Layak akan diabaikan dan Pelanggan yang Layak seterusnya dengan Nombor Berurutan yang berikutnya akan disenarai pendek, seperti ditunjukkan di bawah:

Contoh: Sekiranya Penyertaan ke-200 dan ke-300 adalah daripada Pelanggan yang Layak yang sama, maka penyenaraian pendek akan berdasarkan Penyertaan ke-200. Bagi Penyertaan ke-300 Pelanggan yang Layak yang tidak dipilih, Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang disenarai pendek berikutnya, iaitu penyertaan ke-400, akan dipilih sebagai gantinya.

6.4 Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang disenarai pendek dengan Nombor Berurutan

terendah akan dihubungi untuk sesi Soal dan Jawab melalui panggilan telefon yang direkodkan ("S&J Telefon") melalui nombor mudah alih mereka yang diselenggara dalam sistem Bank,

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 10 daripada 19

antara jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dari hari Isnin hingga Jumaat (kecuali hari cuti umum), dalam tempoh dua belas (12) minggu dari akhir Tempoh Kempen, mengikut budi bicara Bank.

6.5 Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang disenarai pendek akan dikehendaki menjawab

satu (1) soalan dengan betul untuk dipilih sebagai Pemenang Hadiah Utama. Pihak Bank akan membuat tiga (3) percubaan untuk menghubungi Pemenang Hadiah Utama Berpotensi. Sekiranya percubaan hubungan pertama gagal atas sebab-sebab seperti panggilan tidak dijawab, nombor mudah alih tidak berada dalam perkhidmatan, tiada sambungan atau apa-apa sebab sedemikian, maka pihak Bank akan membuat dua (2) lagi percubaan dalam tempoh dua (2) hari bekerja pada masa tersedia yang seterusnya mengikut budi bicara Bank. Sekiranya percubaan terakhir juga gagal, maka Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang disenarai pendek akan disingkirkan daripada memenangi Hadiah tersebut. Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang berikutnya dengan Nombor Berurutan terendah daripada senarai Pemenang Hadiah Utama Berpotensi akan dihubungi kemudiannya untuk peluang memenangi Hadiah Utama.

6.6 Sekiranya Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang disenarai pendek tersebut gagal menjawab S&J Telefon dengan betul, maka Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang disenarai pendek itu akan hilang kelayakan daripada menang dan Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang berikutnya akan dihubungi untuk peluang memenangi Hadiah Utama.

6.7 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, pihak Bank tidak akan bertanggungjawab

terhadap apa-apa panggilan telefon yang dibuat kepada Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang disenarai pendek yang tidak lengkap, terputus, tidak dijawab, atau tidak terdapatnya Pemenang Hadiah Utama Berpotensi tersebut pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan/atau disebabkan oleh apa-apa sebab lain sedemikian.

(B) Hadiah Kedua – Wang Tunai RM100,000

6.8 Berikutan Klausa 6.1, jumlah Penyertaan akan dibahagikan dengan dua puluh (20) untuk

mengembalikan nilai pengganda untuk penyenaraian pendek dua puluh (20) Pelanggan yang Layak bagi Hadiah Kedua (“Pemenang Hadiah Kedua Berpotensi”).

Contoh: 1,000 jumlah Penyertaan dibahagikan dengan dua puluh (20) untuk mengembalikan nilai pengganda sebanyak 50, yang bermaksud Pelanggan yang Layak ke-50 dan gandaannya, iaitu Penyertaan ke-100, ke-150 hingga ke-1,000 akan disenarai pendek sebagai Pemenang Hadiah Kedua Berpotensi .

6.9 Seorang Pelanggan yang Layak hanya boleh disenarai pendek sekali untuk Hadiah Kedua.

Sekiranya Pelanggan yang Layak yang sama disenarai pendek lebih daripada satu kali untuk Hadiah Kedua, penyenaraian pendek hanya akan berdasarkan Nombor Berurutan Pelanggan yang Layak yang terendah. Penyertaan lain Pelanggan yang Layak akan diabaikan dan Pelanggan yang Layak seterusnya dengan Nombor Berurutan yang berikutnya akan disenarai pendek, seperti yang tertera di bawah:

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 11 daripada 19

Contoh: Sekiranya Penyertaan ke-50 dan ke-100 adalah daripada Pelanggan yang Layak yang sama, maka penyenaraian pendek akan berdasarkan Penyertaan ke-50. Bagi Penyertaan ke-100 Pelanggan yang Layak yang tidak dipilih, Pemenang Hadiah Kedua Berpotensi yang disenarai pendek berikutnya, iaitu penyertaan ke-150, akan dipilih sebagai gantinya.

6.10 Seorang Pelanggan yang Layak hanya boleh disenarai pendek sekali untuk Hadiah Utama atau

Hadiah Kedua. Sekiranya Pelanggan yang Layak yang sama disenarai pendek lebih daripada satu kali untuk Hadiah Utama atau Hadiah Kedua, Pelanggan yang Layak tersebut hanya akan disenarai pendek berdasarkan Nombor Berurutan Pelanggan yang Layak yang terendah. Penyertaan disenarai pendek lain Pelanggan yang Layak akan diabaikan dan Pelanggan yang Layak seterusnya dengan Nombor Berurutan yang berikutnya akan disenarai pendek, seperti yang tertera di bawah:

Contoh: Sekiranya Penyertaan Ke-200 dan Penyertaan Ke-100 bagi Pemenang Hadiah Kedua Berpotensi adalah daripada Pelanggan yang Layak yang sama, maka Pelanggan yang Layak hanya akan disenarai pendek sebagai Pemenang Hadiah Kedua Berpotensi berdasarkan Penyertaan Ke-100 Pelanggan yang Layak. Bagi Penyertaan ke-200 Pelanggan yang Layak yang tidak dipilih, Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang disenarai pendek berikutnya akan dipilih sebagai gantinya.

6.11 Pemenang Hadiah Kedua Berpotensi yang disenarai pendek dengan Nombor Berurutan

terendah akan dihubungi untuk sesi Soal Jawab melalui panggilan telefon yang direkodkan ("S&J Telefon") di nombor mudah alih Pelanggan yang Layak yang diselenggara dalam sistem Bank, antara jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dari hari Isnin hingga Jumaat (kecuali hari cuti umum), dalam tempoh dua belas (12) minggu dari akhir Tempoh Kempen mengikut budi bicara Bank.

6.12 Pemenang Hadiah Kedua Berpotensi yang disenarai pendek akan dikehendaki menjawab satu (1) soalan dengan betul untuk dipilih sebagai Pemenang Hadiah Kedua. Pihak Bank akan membuat tiga (3) percubaan untuk menghubungi Pemenang Hadiah Kedua Berpotensi. Sekiranya percubaan hubungan pertama gagal atas sebab-sebab seperti panggilan tidak dijawab, nombor mudah alih tidak berada dalam perkhidmatan, tiada sambungan atau apa-apa sebab sedemikian, maka pihak Bank akan membuat dua (2) lagi percubaan dalam tempoh dua (2) hari bekerja pada masa tersedia yang seterusnya mengikut budi bicara Bank. Sekiranya percubaan terakhir juga gagal, maka Pemenang Hadiah Kedua Berpotensi yang disenarai pendek akan disingkirkan daripada memenangi Hadiah tersebut. Pemenang Hadiah Kedua Berpotensi yang berikutnya dengan Nombor Berurutan terendah daripada senarai Pemenang Hadiah Kedua Berpotensi kemudiannya akan dihubungi untuk peluang memenangi Hadiah Kedua.

6.13 Sekiranya Pemenang Hadiah Kedua Berpotensi yang disenarai pendek tersebut gagal

menjawab S&J Telefon dengan betul, maka Pemenang Berpotensi tersebut akan hilang kelayakan daripada menang dan Pemenang Hadiah Kedua Berpotensi yang berikutnya akan dihubungi untuk peluang memenangi Hadiah Kedua.

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 12 daripada 19

6.14 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa panggilan telefon yang dibuat kepada Pemenang Hadiah Kedua Berpotensi yang disenarai pendek yang tidak lengkap, terputus, tidak dijawab, atau tidak terdapatnya Pelanggan yang Layak tersebut pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan/atau disebabkan oleh apa-apa sebab lain sedemikian.

(C) Hadiah Suku Tahunan – Wang Tunai RM50,000

6.15 Berikutan Klausa 6.1, jumlah Penyertaan akan dibahagikan dengan tiga puluh (30) untuk

mengembalikan nilai pengganda untuk penyenaraian pendek tiga puluh (30) Pelanggan yang Layak pada setiap suku tahun bagi Hadiah Suku Tahunan (“Pemenang Hadiah Suku Tahunan Berpotensi”):

Contoh: 9,000 jumlah Penyertaan dibahagikan dengan tiga puluh (30) untuk mengembalikan nilai pengganda sebanyak 300, yang bermaksud Pelanggan yang Layak dengan Penyertaan ke-300 dan gandaannya, iaitu Penyertaan ke-600, ke-900, ke-1,200 hingga ke-9,000, akan disenarai pendek sebagai Pemenang Hadiah Suku Tahunan Berpotensi.

6.16 Seorang Pelanggan yang Layak hanya boleh disenarai pendek sekali untuk Hadiah Suku

Tahunan pada setiap suku tahun. Sekiranya Pelanggan yang Layak yang sama disenarai pendek lebih daripada satu kali, Pelanggan yang Layak tersebut hanya akan disenarai pendek berdasarkan Nombor Berurutan Pelanggan yang Layak yang terendah. Penyertaan lain Pelanggan yang Layak akan diabaikan dan Pelanggan yang Layak seterusnya dengan Nombor Berurutan yang berikutnya akan disenarai pendek, seperti yang tertera di bawah:

Contoh: Sekiranya Penyertaan ke-300 dan ke-600 adalah daripada Pelanggan yang Layak yang sama, maka Pelanggan yang Layak itu hanya akan disenarai pendek berdasarkan Penyertaan ke-300 Pelanggan yang Layak. Bagi Penyertaan ke-600 Pelanggan yang Layak yang tidak dipilih, Pemenang Hadiah Suku Tahunan Berpotensi yang disenarai pendek berikutnya, iaitu Penyertaan ke-900, akan dipilih sebagai gantinya.

6.17 Pemenang Hadiah Suku Tahunan Berpotensi yang disenarai pendek dengan Nombor

Berurutan terendah akan dihubungi untuk sesi Soal Jawab melalui panggilan telefon yang direkodkan ("S&J Telefon") di nombor mudah alih Pelanggan yang Layak yang diselenggara dalam sistem Bank, antara jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dari hari Isnin hingga Jumaat (kecuali hari cuti umum), dalam tempoh dua belas (12) minggu dari akhir suku tahun, mengikut budi bicara Bank.

6.18 Pemenang Hadiah Suku Tahunan Berpotensi yang disenarai pendek akan dikehendaki menjawab satu (1) soalan dengan betul untuk dipilih sebagai Pemenang Hadiah Suku Tahunan. Pihak Bank akan membuat tiga (3) percubaan untuk menghubungi Pemenang Hadiah Suku Tahunan Berpotensi. Sekiranya percubaan panggilan pertama gagal disebabkan oleh sebab-sebab seperti panggilan tidak dijawab, nombor mudah alih tidak ada dalam perkhidmatan,

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 13 daripada 19

tiada sambungan atau apa-apa sebab sedemikian, Bank akan membuat dua (2) lagi percubaan dalam masa dua (2) hari bekerja pada masa yang tersedia seterusnya mengikut budi bicara Bank. Sekiranya percubaan terakhir juga gagal, maka Pemenang Hadiah Suku Tahunan Berpotensi yang disenarai pendek akan disingkirkan daripada memenangi Hadiah tersebut. Pemenang Hadiah Suku Tahunan Berpotensi yang berikutnya dengan Nombor Berurutan terendah daripada senarai Pemenang Hadiah Suku Tahunan Berpotensi akan dihubungi kemudiannya untuk peluang memenangi Hadiah Suku Tahunan.

6.19 Sekiranya Pemenang Hadiah Suku Tahunan Berpotensi yang disenarai pendek tersebut gagal menjawab S&J Telefon dengan betul, maka Pelanggan yang Layak tersebut akan hilang kelayakan daripada menang dan Pemenang Hadiah Suku Tahunan Berpotensi yang berikutnya akan dihubungi untuk peluang memenangi Hadiah Suku Tahunan.

6.20 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, pihak Bank tidak akan bertanggungjawab

terhadap apa-apa panggilan telefon yang dibuat kepada Pemenang Hadiah Suku Tahunan Berpotensi yang disenarai pendek yang tidak lengkap, terputus, tidak dijawab, atau tidak terdapatnya Pelanggan yang Layak tersebut pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan/atau disebabkan oleh apa-apa sebab lain sedemikian.

6.21 Mana-mana Pelanggan yang Layak yang telah memenangi mana-mana Hadiah Suku Tahunan tidak layak memenangi Hadiah Bulanan dalam tempoh yang sama. Walau bagaimanapun, Pelanggan yang Layak masih layak memenangi Hadiah Suku Tahunan berikutnya, Hadiah Kedua atau Hadiah Utama serta Hadiah Bulanan berikutnya.

(D) Hadiah Bulanan – Wang Tunai RM1,000

6.22 Berikutan dengan Klausa 6.1, jumlah bilangan Penyertaan hendaklah dibahagikan dengan

tiga ratus (300) untuk mengembalikan nilai pengganda untuk penyenaraian pendek tiga ratus (300) Pelanggan yang Layak sebagai Pemenang Hadiah Bulanan (“Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi”):

Contoh: 9,000 jumlah Penyertaan dibahagikan dengan tiga ratus (300) untuk mengembalikan nilai pengganda sebanyak 30, yang bermaksud Pelanggan yang Layak dengan Kemasukan ke-30 dan gandaannya, iaitu Penyertaan ke-60, ke-90 hingga 9,000 akan disenarai pendek sebagai Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi.

6.23 Pelanggan yang Layak hanya boleh disenarai pendek sekali untuk Hadiah Bulanan dalam

Tempoh yang sama. Sekiranya Pelanggan yang Layak yang sama disenarai pendek lebih daripada satu kali untuk Hadiah Bulanan dalam Tempoh yang sama, Pelanggan yang Layak hanya akan disenarai pendek berdasarkan Nombor Berurutan yang paling rendah Pelanggan yang Layak. Penyertaan lain Pelanggan yang Layak akan diabaikan dan Pelanggan yang Layak seterusnya dengan Nombor Berurutan yang berikutnya akan disenarai pendek, seperti yang tertera di bawah:

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 14 daripada 19

Contoh: Sekiranya Penyertaan ke-30 dan ke-60 adalah daripada Pelanggan yang Layak yang sama, maka Pelanggan yang Layak hanya akan disenarai pendek berdasarkan Penyertaan ke-30 Pelanggan yang Layak. Untuk Penyertaan ke-60 Pelanggan yang Layak yang tidak dipilih, Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi yang disenarai pendek seterusnya, iaitu Penyertaan ke-90, akan disenarai pendek.

6.24 Pelanggan yang Layak hanya boleh disenarai pendek sekali untuk Hadiah Suku Tahunan atau

Hadiah Bulanan dalam Tempoh yang sama. Sekiranya Pelanggan yang Layak yang sama disenarai pendek lebih daripada satu kali untuk Hadiah Suku Tahunan atau Hadiah Bulanan dalam Tempoh yang sama, Pelanggan yang Layak hanya akan disenarai pendek berdasarkan Nombor Berurutan yang paling rendah Pelanggan yang Layak. Penyertaan disenarai pendek lain Pelanggan yang Layak akan diabaikan dan Pelanggan yang Layak seterusnya dengan Nombor Berurutan yang berikutnya akan disenarai pendek, seperti yang tertera di bawah:

Contoh: Jika Penyertaan ke-600 untuk Pemenang Hadiah Suku Tahunan Berpotensi dan Penyertaan ke-90 Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi adalah daripada Pelanggan yang Layak yang sama, maka Pelanggan yang Layak hanya akan disenarai pendek berdasarkan Penyertaan ke-90 Pelanggan yang Layak. Untuk Penyertaan ke-600 Pelanggan yang Layak yang tidak dipilih, maka Pemenang Hadiah Suku Tahunan Berpotensi yang disenarai pendek seterusnya akan disenarai pendek.

6.25 Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi yang disenarai pendek dengan Nombor Berurutan yang

paling rendah akan dihubungi untuk sesi Soal Jawab dengan panggilan telefon yang direkodkan ("S&J Telefon") di nombor mudah alih Pelanggan yang Layak yang dikekalkan dalam sistem Bank, antara 9.00 pagi hingga 5.00 petang, dari Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum), dalam masa dua belas (12) minggu daripada akhir setiap Tempoh masing-masing mengikut budi bicara Bank.

6.26 Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi yang disenarai pendek dikehendaki menjawab satu (1) soalan dengan betul untuk dipilih sebagai Pemenang Hadiah Bulanan. Bank akan membuat tiga (3) percubaan untuk menghubungi Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi. Sekiranya percubaan panggilan pertama gagal disebabkan oleh sebab-sebab seperti panggilan tidak dijawab, nombor mudah alih tidak ada dalam perkhidmatan, tiada sambungan atau apa-apa sebab sedemikian, Bank akan membuat dua (2) lagi percubaan dalam masa dua (2) hari bekerja pada masa yang tersedia seterusnya mengikut budi bicara Bank. Jika percubaan terakhir juga gagal, pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi yang disenarai pendek akan hilang kelayakan daripada memenangi Hadiah tersebut. Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi yang seterusnya dengan Nombor Berurutan yang paling rendah daripada senarai Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi akan dihubungi untuk mendapat peluang memenangi Hadiah Bulanan.

6.27 Sekiranya Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi yang disenarai pendek tidak dapat menjawab S&J Telefon dengan betul, maka Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi yang disenarai pendek akan hilang kelayakan daripada menang dan Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi yang seterusnya akan dihubungi untuk mendapat peluang memenangi Hadiah Bulanan.

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 15 daripada 19

6.28 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Bank tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa panggilan telefon yang dibuat kepada Pemenang Hadiah Bulanan Berpotensi yang disenarai pendek yang tidak lengkap, terputus atau tidak dijawab, atau tidak terdapatnya Pelanggan yang Layak tersebut pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan/atau disebabkan sebab lain.

6.29 Mana-mana Pelanggan yang Layak yang telah memenangi mana-mana Hadiah Bulanan tidak layak memenangi Hadiah Suku Tahunan atau Hadiah Khas tetapi masih layak memenangi Hadiah Bulanan, Hadiah Suku Tahunan, Hadiah Kedua atau Hadiah Utama berikutnya.

(D) Hadiah Khas Penyertaan Awal: Televisyen LED 50 inci

6.30 Satu (1) unit Hadiah Khas Penyertaan Awal dalam bentuk Televisyen LED 50 inci akan

diperuntukkan kepada setiap cawangan Bank dan AmBank (M) Berhad, kecuali Cawangan-cawangan Satelit seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah :

No Cawangan Satelit Cawangan Berkelompok

1 UIA Gombak Selayang

2 Kuala Sepetang Taiping

3 Pangkor Sitiawan

4 Sungai Dua Bagan Ajam

5 Sibu Jaya Sibu Pedada

6.31 Semua Pelanggan yang Layak di setiap Cawangan Satelit akan dikumpulkan bersama Pelanggan yang Layak di Cawangan Berkelompok masing-masing seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas, untuk penyenaraian pendek Pemenang Hadiah Khas Penyertaan Awal Berpotensi.

6.32 Setiap cawangan dan Cawangan Berkelompok, mestilah mempunyai sekurang-kurangnya lima puluh (50) Pelanggan yang Layak di cawangan masing-masing pada 30 November 2019 untuk proses penyenaraian pendek Pemenang Hadiah Khas Penyertaan Awal Berpotensi. Tiada Hadiah Khas Penyertaan Awal akan diberikan di mana-mana cawangan yang kurang daripada lima puluh (50) Pelanggan yang Layak pada 30 November 2019.

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 16 daripada 19

6.33 Untuk mengenal pasti cawangan dengan Pelanggan yang Layak yang akan disenarai pendek untuk Hadiah Khas Penyertaan Awal, proses penyenaraian pendek akan berdasarkan pada cawangan pertama Pelanggan yang Layak membuka Akaun Simpanan AmWafeeq-i.

6.34 Sistem Bank akan memberikan nombor bersiri unik kepada setiap Penyertaan yang diperoleh

oleh semua Pelanggan yang Layak setiap cawangan pada 30 November 2019, yang kemudiannya digunakan untuk menyisih semua Penyertaan dalam tertib menaik. Berikutan ini, setiap Penyertaan kemudiannya dikira secara berurutan bermula dari 1 untuk nombor bersiri dengan nilai paling rendah ("Nombor Berurutan untuk Pemenang Hadiah Khas Penyertaan Awal").

6.35 Di dalam setiap cawangan, jumlah penyertaan akan dibahagikan pada sepuluh (10) untuk mengembalikan nilai pengganda untuk penyenaraian pendek sepuluh (10) Pelanggan yang Layak setiap cawangan (“Pemenang Hadiah Khas Penyertaan Awal Berpotensi”):

Contoh: 1,000 jumlah Penyertaan dalam Cawangan tertentu dibahagikan dengan sepuluh (10) untuk mengembalikan nilai pengganda sebanyak 100, yang bermaksud Pelanggan yang Layak dengan Penyertaan ke-100 dan gandaannya, iaitu Penyertaan ke-200, ke-300 hingga Penyertaan ke-1,000 akan menjadi Pemenang Hadiah Khas Penyertaan Awal Berpotensi yang disenarai pendek di setiap cawangan.

6.36 Pelanggan yang Layak hanya boleh disenarai pendek sekali untuk Hadiah Bulanan, Hadiah Suku

Tahunan atau Hadiah Khas Penyertaan Awal. Sekiranya Pelanggan yang Layak yang sama disenarai pendek untuk lebih daripada satu (1) Hadiah, Pelanggan yang Layak hanya akan disenarai pendek berdasarkan pada Nombor Berurutan yang paling rendah Pelanggan yang Layak. Penyertaan yang disenarai pendek lain Pelanggan yang Layak akan diabaikan dan Pelanggan yang Layak seterusnya dengan Nombor Berurutan yang seterusnya akan disenarai pendek.

6.37 Setiap Pemenang Hadiah Khas Penyertaan Awal Berpotensi yang disenarai pendek di cawangan

dengan Nombor Berurutan yang paling rendah akan dihubungi untuk sesi Soal Jawab dengan panggilan telefon yang direkodkan ("S&J Telefon") di nombor mudah alih Pelanggan yang Layak yang dikekalkan dalam sistem Bank, antara 9.00 pagi hingga 5.00 petang, dari Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum), dalam masa dua belas (12) minggu dari tarikh penutupan Penyertaan Hadiah Khas Penyertaan Awal untuk pengiraan pemenang mengikut budi bicara Bank.

6.38 Pemenang Hadiah Khas Penyertaan Awal Berpotensi yang disenarai pendek dikehendaki menjawab satu (1) soalan dengan betul untuk dipilih sebagai Pemenang Hadiah Khas Penyertaan Awal. Bank akan membuat tiga (3) percubaan untuk menghubungi Pemenang Hadiah Khas Penyertaan Awal Berpotensi. Sekiranya percubaan panggilan pertama gagal disebabkan oleh sebab-sebab seperti panggilan tidak dijawab, nombor mudah alih tidak ada dalam perkhidmatan, tiada sambungan atau apa-apa sebab sedemikian, Bank akan membuat dua (2) lagi percubaan dalam masa dua (2) hari bekerja pada masa yang tersedia seterusnya mengikut budi bicara Bank. Jika percubaan terakhir juga gagal, Pemenang Hadiah Khas Penyertaan Awal Berpotensi yang disenarai pendek akan hilang kelayakan daripada memenangi Hadiah tersebut.

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 17 daripada 19

Pemenang Hadiah Khas Penyertaan Awal Berpotensi yang seterusnya dengan Nombor Berurutan yang paling rendah daripada senarai Pemenang Hadiah Khas Penyertaan Awal Berpotensi akan dihubungi untuk mendapat peluang memenangi Hadiah Khas Penyertaan Awal.

6.39 Sekiranya Pemenang Hadiah Khas Penyertaan Awal Berpotensi yang disenarai pendek tidak

dapat menjawab S&J Telefon dengan betul, maka Pemenang Berpotensi tersebut akan hilang

kelayakan daripada menang dan Pemenang Hadiah Khas Penyertaan Awal Berpotensi yang

seterusnya akan dihubungi untuk mendapat peluang memenangi Hadiah Khas Penyertaan Awal.

6.40 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Bank tidak akan bertanggungjawab untuk

sebarang panggilan telefon yang dibuat kepada Pemenang Hadiah Khas Penyertaan Awal yang

disenarai pendek yang tidak lengkap, terputus atau tidak dijawab, atau tidak terdapatnya

Pelanggan yang Layak tersebut pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan/atau disebabkan

sebab lain.

6.41 Mana-mana Pelanggan yang Layak yang telah memenangi Hadiah Khas Penyertaan Awal tetapi

masih layak memenangi Hadiah Bulanan/Hadiah Suku Tahunan/Hadiah Kedua/Hadiah Utama

berikutnya.

7 Pemenang Hadiah

7.1 Pihak Bank akan memaklumkan kepada pemenang hadiah melalui SMS/telefon/surat elektronik/surat/dan lain-lain berdasarkan butir-butir hubungan mereka yang dikekalkan dalam sistem Bank. Walau apa pun yang disebut di atas, Bank berhak untuk menggunakan mana-mana medium atau kaedah lain, termasuk laman sesawang Bank di ambank.com.my sebagaimana yang difikirkan sesuai untuk tujuan mengumumkan pemenang.

7.2 Keputusan semua pemenang akan diumumkan dalam tempoh dua belas (12) minggu dari tarikh penutupan Penyertaan Hadiah yang berkaitan untuk pengiraan pemenang.

7.3 Semua pemenang mungkin dikehendaki untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah dan/atau

program publisiti lain dengan kos dan perbelanjaan mereka sendiri dan apabila diperlukan seperti yang diberitahu oleh Bank melalui panggilan telefon dan/atau surat elektronik berhubung dengan tarikh, masa dan tempat majlis penyampaian hadiah dan/atau program publisiti yang lain. Bank akan membuat tiga (3) percubaan untuk menghubungi Pemenang. Jika pemenang gagal dihubungi selepas percubaan ini, Bank tidak akan membuat percubaan lagi untuk menghubungi pemenang atau jika pemenang berjaya dihubungi tetapi gagal menghadiri majlis dan/atau program sedemikian tanpa sebab yang sah, Bank berhak untuk membatalkan Hadiah Pemenang dan memilih Pelanggan yang Layak yang Disenarai Pendek seterusnya melalui S&J Telefon sebagai pemenang baharu yang seterusnya.

7.4 Hadiah Khas Penyertaan Awal akan diberikan kepada pemenang atas dasar "sebagaimana

adanya", dan tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau jenis lain, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Pemenang Hadiah Khas Penyertaan Awal

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 18 daripada 19

dikehendaki mengambil hadiah di cawangan masing-masing. Hadiah boleh dihantar kepada pemenang mengikut budi bicara Bank.

7.5 Semua hadiah wang tunai bagi Hadiah Utama, Hadiah Kedua, Hadiah Suku Tahunan dan Hadiah

Bulanan akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan AmWafeeq-i setiap pemenang masing-masing.

7.6 Pemenang Hadiah Penyertaan Awal bersetuju dan memberi kuasa kepada Bank untuk

mendedahkan maklumat mereka (termasuk nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat dan mana-mana butiran lain) kepada penjual yang akan menghubungi pemenang tentang penyerahan Hadiah ini.

7.7 Dengan menerima Hadiah Penyertaan Awal, pemenang bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan Bank daripada apa-apa tindakan, tuntutan, kerosakan, perbelanjaan, penghakiman, liabiliti atau prosiding yang ditanggung berhubung dengan penyertaan mereka dalam Kempen atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Hadiah Penyertaan Awal.

8 Hilang Kelayakan

8.1 Bank berhak membatalkan penyertaan dan/atau transaksi mana-mana Pelanggan yang Layak

untuk tujuan Kempen ini tanpa perlu memberitahu Pelanggan yang Layak sekiranya:

a) Transaksi perbankan yang dipilih diterima sebelum dan/atau selepas Tempoh Kempen yang ditetapkan; atau

b) Akaun Simpanan AmWafeeq-i Pelanggan yang Layak memungkiri pinjaman yang diberikan pada bila-bila masa semasa Tempoh Kempen; atau

c) Akaun Simpanan AmWafeeq-i Pelanggan yang Layak ditutup sebelum pemberitahuan pemenang oleh Bank; atau

d) Pelanggan yang Layak telah memberikan maklumat yang tidak benar, menipu atau tidak bertindak dengan niat baik dalam apa-apa cara semasa Tempoh Kempen; atau

e) Pelanggan yang Layak telah melanggar mana-mana terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini.

9 Am

9.1 Keputusan Bank tentang semua perkara yang berkaitan dengan Kempen ini adalah terikat dan muktamad dan tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan.

9.2 Semua terma dan syarat yang dinyatakan di dalam ini ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut

undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian undang-undang akan dimulakan dan didengar di mahkamah di Kuala Lumpur.

9.3 Bank mempunyai hak untuk menggantung, menamatkan atau membatalkan Kempen pada

bila-bila masa dengan memberikan Notis Terdahulu di laman sesawang Bank di ambank.com.my.

Kempen “Mungkin Anda, Jutawan?” Terma dan Syarat

(1 September 2019 - 31 Ogos 2020)

TnC - Final BM.docx halaman 19 daripada 19

9.4 Bank mempunyai hak dan budi bicara untuk mengubah, meminda, memadam atau menambah kepada mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan secara khusus, secara keseluruhan atau dalam mana-mana bahagian dari semasa ke semasa, termasuk mengubah Tempoh Kempen sebagaimana yang difikirkan sesuai dengan Notis Terdahulu. Tiada pampasan dalam bentuk wang tunai atau apa-apa jenis yang akan diberikan kepada Pelanggan yang Layak untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan yang Layak sebagai hasil langsung atau tidak langsung dari perubahan, pengubahan, penghapusan, penambahan atau pengubahan terma dan syarat di dalamnya melainkan jika ianya semata-mata disebabkan oleh kecuaian dan/atau kegagalan kasar Bank.

9.5 Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini oleh

Bank tidak akan memberi hak kepada Pelanggan yang Layak apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap Bank untuk sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan yang Layak sebagai hasil langsung atau tidak langsung tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan.

9.6 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap

Pelanggan yang Layak untuk apa-apa percukaian berhubung dengan semua jenis Hadiah, kerugian atau kos (termasuk kehilangan peluang atau keuntungan perniagaan) yang disebabkan oleh keadaan tidak normal dan tidak dapat dijangka di luar kawalan munasabah Bank yang tidak dapat dielakkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa kemalangan, tindakan keganasan, kerosakan jentera, kekecohan awam, kebakaran, pertikaian industri, kerusuhan buruh, penguncian, bencana alam, rusuhan, mogok, peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak diisytiharkan) , atau sistem pemprosesan data, sistem telekomunikasi, telekomunikasi atau kegagalan pautan penghantaran.

9.7 Untuk sebarang bantuan dan/atau maklum balas yang berkaitan dengan Kempen ini, Pelanggan

yang Layak boleh menghubungi Pusat Panggilan 24 Jam di Bank dengan menghubungi +603-2178 8888 atau e-mel kepada [email protected].