1 7 m*p...menjadi tenaga penggerak seasa singapura di masa hadapan. sebenarnya, sewaktu presiden...

6
National Archives Singapore UCAPAN HJ ABO BAKAR HASHIM, 1 7 M*p DI DPACARA PEMBUKAAN PERSIDANGAN SERANTAU SEASA YANG KE-5 YANG DIADAKAN PADA BARI JOMAAT, 26 FEB 88 JAM 9.00 MALAM DI ICS Assalamualaikum wr wb Sebagai Pengerusi, Jawatankuasa Sementara SEASA Singapura, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Persidangan Serantau SEASA kali yang ke-5 ini. Pemilihan Singapura sebagai tempat Persidangan kali ke-5 ini merupakan satu penghormatan bagi masyarakat Islam Singapura khususnya bagi mereka yang dijangka menjadi tenaga penggerak SEASA Singapura di masa hadapan. Sebenarnya, sewaktu Presiden SEASA Pusat, Prof Datok Dr Ahmad Ibrahim, seorang yang tidak asing bagi kita semua, mengadakan kunjungan singkat ke Singapura pada akhir bulan Disember tahun yang baru lalu, dan beliau mengemukakan cadangan supaya persidangan SEASA kali ke-5 diadakan di Republik singapura ini, saya ...rasakan pada mulanya cadangan

Upload: others

Post on 10-Nov-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 7 M*p...menjadi tenaga penggerak SEASA Singapura di masa hadapan. Sebenarnya, sewaktu Presiden SEASA Pusat, Prof Datok Dr Ahmad Ibrahim, seorang yang tidak …

N a tio n a l A rc h iv e s Singapore

UCAPAN HJ ABO BAKAR HASHIM, 1 7 M* pDI DPACARA PEMBUKAAN PERSIDANGAN SERANTAU

SEASA YANG KE-5 YANG DIADAKAN PADA BARI JOMAAT,26 FEB 88 JAM 9.00 MALAM DI ICS

Assalamualaikum wr wb

Sebagai Pengerusi, Jawatankuasa Sementara

SEASA Singapura, saya mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan

mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke

Persidangan Serantau SEASA kali yang ke-5 ini.

Pemilihan Singapura sebagai tempat Persidangan kali

ke-5 ini merupakan satu penghormatan bagi masyarakat

Islam Singapura khususnya bagi mereka yang dijangka

menjadi tenaga penggerak SEASA Singapura di masa

hadapan.

Sebenarnya, sewaktu Presiden SEASA Pusat,

Prof Datok Dr Ahmad Ibrahim, seorang yang tidak

asing bagi kita semua, mengadakan kunjungan singkat

ke Singapura pada akhir bulan Disember tahun yang

baru lalu, dan beliau mengemukakan cadangan supaya

persidangan SEASA kali ke-5 diadakan di Republik

singapura ini, saya ...rasakan pada mulanya cadangan

Page 2: 1 7 M*p...menjadi tenaga penggerak SEASA Singapura di masa hadapan. Sebenarnya, sewaktu Presiden SEASA Pusat, Prof Datok Dr Ahmad Ibrahim, seorang yang tidak …

r

itu tidak mungkin dapat terlaksa kerana masa yang

dicadangkan hanyalah dua bulan. Tetapi setelah

beliau sendiri mengadakan hubungan secara peribadi

dan juga selaku Presiden SEASA, sambutan yang diberi

oleh pihak JAMIYAH dan MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA

amatlah memberangsangkan. Sejak saat itu,

Jawatankuasa Sementara SEASA Singapura telah

mengadakan hubungan beberapa pihak termasuk

Sekretariat SEASA Pusat yang beribu-pejabat di

Jakarta. Akhirnya apa yang dicadangkan oleh

Presiden SEASA itu mula menampakkan tanda-tanda yang

positif.

Dalam kesempatan ini saya ingin menyampaikan

setinggi-tinggi penghargaan kepada Presiden SEASA

kerana usaha-usaha beliau di peringkat permulaan dan

seterusnya sehingga terbentuk Jawatankuasa

Page 3: 1 7 M*p...menjadi tenaga penggerak SEASA Singapura di masa hadapan. Sebenarnya, sewaktu Presiden SEASA Pusat, Prof Datok Dr Ahmad Ibrahim, seorang yang tidak …

Persidangan SEASA kali ke-5 di bawah kelolaan MUIS.

Jawatankuasa ini mendapat dokongan dan sokongan dari

berbagai pihak termasuk yang menganggotai

badan-badan Islam setempat.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian

Selama 3 hari tuan-tuan dan puan-puan

mengikuti Persidangan SEASA kali ke-5 ini, apa yang

diharapkan ialah kesediaan tuan-tuan dan puan-puan

untuk mengkaji dan memberikan sumbangan fikiran dan

pendapat yang berguna. Sumbangan pendapat dan

pandangan yang berguna itu bukan sahaja akan memberi

faedah bagi negara-negara yang tuan-tuan dan

puan-puan wakili, bahkan pendapat-pendapat itu akan

mendapat perhatian secara langsung dari kesemua

negara-negara yang terlibat.

3

\

Page 4: 1 7 M*p...menjadi tenaga penggerak SEASA Singapura di masa hadapan. Sebenarnya, sewaktu Presiden SEASA Pusat, Prof Datok Dr Ahmad Ibrahim, seorang yang tidak …

4

Adalah diharapkan buah fikiran yang membina

itu akan dijadikan bahan untuk mengadakan

perubahan-perubahan yang boleh meningkatkan lagi

mutu kehakiman Syariah di rantau inif insyaAllah.

Inilah semangat SEASA sejak ia diwujudkan. SEASA

adalah pertubuhan yang bercita-cita menimbulkan dan

melahirkan ilham untuk meningkatkan

pelaksanaan-pelaksanaan Undang-Undang Pentabdiran

Syariah di rantau ini.

Sepertimana yang saya jelaskan pada

permulaan ucapan saya tadi, persediaan yang

dilakukan untuk Persidangan ini hanya secara yang

agak singkat. Kepada para perwakilan yang datang

dari Negara Brunei, Indonesia, Malaysia, Philipina,

Sri Lanka dan Thailand, saya mengharapkan, jika

terdapat kekurangan atau ketidak-sempurnaan, saya

Page 5: 1 7 M*p...menjadi tenaga penggerak SEASA Singapura di masa hadapan. Sebenarnya, sewaktu Presiden SEASA Pusat, Prof Datok Dr Ahmad Ibrahim, seorang yang tidak …

5

dengan rasa penuh tawadhu' menyusun sepuluh jari

memohon maaf semoga kekurangan-kekurangan itu dapat

dimaafkan. Sekiranya ada kesilapan yang menurut

pandangan tuan-tuan dan puan-puan hendak dimaafkan,

mungkin ini merupakan kelemahan kami yang tidak

disengajakan.

Kejayaan Persidangan SEASA kali ke-5 ini,

jika dapat disebut sebagai satu kejayaan, adalah

disebabkan adanya sokongan dari berbagai pihak.

Jika hendak disebut satu persatunya akan memakan

masa yang panjang. Antara yang telah menghulurkan

bantuan ialah berbagai Jabatan Pemerintah yang telah

mengadakan berbagai kemudahan untuk menyambut tetamu

kenamaan, Dr Ahmad Mattar, Menteri Sekitaran dan

merangkap Menteri Yang Bertanggungjawab Bagi Ehwal

Masyarakat Islam yang telah memberi galakkan dan

Page 6: 1 7 M*p...menjadi tenaga penggerak SEASA Singapura di masa hadapan. Sebenarnya, sewaktu Presiden SEASA Pusat, Prof Datok Dr Ahmad Ibrahim, seorang yang tidak …

6

sokongan sejak mula cadangan mengadakan Persidangan

dikemukakan kepadanya, Presiden dan anggota MUIS

kerana dengan murah hati sanggup menganjurkan

Persidangan ini. MUIS juga telah sanggup

menyediakan anggota sekretariat yang dianggotai oleh

orang-orang perseorangan dan dari badan-badan Islam

setempat. Dan berbagai pihak lagi yang sudah dan

sedang bekerja keras untuk menjayakan Persidangan

ini. Segala sumbangan dan sokongan yang dihulurkan

itu akan tercatat dalam sejarah SEASA Singapura dan

didoakan semoga Allah (swt) akan melimpahkan

ganjaran pahala atas khidmat dan sokongan yang

tuan-tuan dan puan-puan berikan.

Sekian sahaja, selamat bersidang dan

wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum wr wb.

0O0