syazwanhamzah94.weebly.comsyazwanhamzah94.weebly.com/.../abm_proposal_syazwan.docx · web...

22
Isi Kandungan Muka Surat Fasa analisis 2-3 Fasa perancangan 4-5 Fasa pembinaan 6-8 Fasa penilaian 9-17 Lampiran 20 Isi Kandungan 1

Upload: duongbao

Post on 11-Jul-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Isi Kandungan Muka Surat

Fasa analisis 2-3

Fasa perancangan 4-5

Fasa pembinaan 6-8

Fasa penilaian 9-17

Lampiran 20

Isi Kandungan

1

FASA MENGANALISIS KEPERLUAN

Tajuk: BBM Jam dinding (Masa dan Waktu)

Pelajar Sasaran

Pelajar masalah pembelajaran yang terdiri daripada perlbagai ketidakupayaan seperti

slowlener, sindromdown, ADHD .

Objektif Pengajaran

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

I. Menyebut masa (jam) dalam sistem 12 jam sekurang-kurangnya 3 daripada 5 waktu

dengan betul.

II.  Menunjukkan waktu (jam) dalam sistem 12 jamsekurang-kurang 3 daripada 5 waktu

III. Murid dapat menyusun aktiviti yang sesuai dilakukanmengikut masa.

Isi Kandungan Pengajaran

I. Mengenal waktu dalam unit jam

II. Mengenal nombor pada muka jam

III. Mengenal jarum panjang dan jarum pendek

IV. Membezakan waktu

V. Menyatakan masa

Kaedah pengajaran

1. Kaedah Tunjuk Cara

Kaedah tunjuk cara juga dikenali sebagai kaedah demonstrasi. Sewaktu pengajaran,

kemahiran guru mendemonstrasikan langkah-langkah dan juga cara-cara melakukan kerja

amali yang melibatkan penggunaan alatan tangan di hadapan pelajar secara langsung

memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati dan meneliti. Ini juga disokong oleh

2

Ramlah (1992) yang menyatakan bahawa kaedah demonstrasi telah lama dikenal pasti

sebagai teknik yang paling berkesan untuk kemahiran psikomotor.

Menerusi kaedah pengajaran ini, pelajar-pelajar akan dapat mencontohi tunjuk cara

yang dilakukan oleh guru sewaktu pengajaran dengan lebih tepat. Di samping itu,

demonstrasi dari guru juga berupaya untuk membina keyakinan pelajar supaya mereka dapat

melaksanakan demonstrasi secara individu dalam kerja amali contohnya penggunaan alatan

tangan.

2. Kaedah Latih Tubi

Kaedah ini merupakan satu kaedah pengajaran yang menitikberatkan aktiviti

pengulangan

fakta-fakta atau kecekapan yang diperoleh. Tujuan kaedah latih tubi ini digunakan dalam

pengajaran adalah untuk mencapai taraf penguasaan pelajar terhadap kemahiran di samping

menjamin kekekalannya.

3. Kaedah Perbincangan

Kaedah perbincangan merupakan satu strategi pengajaran yang melibatkan satu aktiviti

perbualan yang melibatkan di antara pelajar dengan guru di dalam sesebuah kelas. Dalam sesi

perbincangan, guru lazimnya menjadi penyelia kepada sesi perbincangan. Pelajar pula

memainkan peranan yang aktif dalam sesi perbincangan tersebut.

Bahan Rujukan digunakan

Ragbir Kaur Joginder Singh. (2005). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk

KursusPerguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Dan Menengah.

KumpulanBudiman.

Mok Soon Sang. (2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1 &2),

Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Penerbitan Kumpulan Budiman Sdn.Bhd,Subang Jaya

3

FASA PERANCANGAN

Tujuan Bahan Dibina

Tujuan utama menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran ialah untuk membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan mudah,

tepat, cepat serta menarik. Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah memahami teknik

penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dan menggunakannya dengan cekap. Pembelajaran

dengan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dapat memastikan pelajar mengikuti serta 

dapat memberikan pelajar kefahaman yang berkesan dan juga dapat menarik minat mereka

terhadap mata pelajaran yang diajarkan.

Bahan-bahan yang diperlukan

Papan polisterin, Pensil, Pembaris, Kad manila pelbagai warna, Gunting, Gam, Pemadam,

Objek Berbentuk bulat(periuk), double tape

Prosedure perbinaan bahan

a. Sediakan bahan-bahan yang akan digunakan seperti di atas.

b. Lakar bulatan jam di atas kad polisterin berdasrakan objek bulat(periuk)

c. Gunting kad manila yang berbeza warna sama saiz dengan kad polisterin

berbentuk bulat tadi

d. Lekatkan double tap diatas kad polisterin dan tampalkan kad manila di atasnya.

e. Tuliskan numbor 1 hingga 12 kecil-kecil di atas kad manila dengan warna

pelbagai

f. Sediakan jarum jam dengan menggunakan jertas berwarna hitam. Jarum jam mesti

mempunai dua iaiu satu panjang dan satu pendek

Tempoh Masa Diperlukan

4

1. Tempoh masa diperlukan bagi menyiapkan ABM ini dalam 30 minit, tetapi jika dihias

dengan pelbagai corak masa yang diambil juga meningkat. Reka bentuk alat bantu

mengajar (ABM) hendaklah menarik dan berkesan untuk menarik perhatian dan

menimbulkan minat murid-murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan

gambar yang berwarna.

Kemahiran

Tiada kemahiran spesifik yang diperlukan, kecuali kemahiran asas iaitu moto halus dan

motor kasar.

Kos

Anggaran

Bil Perkara Jumlah(RM)

Papan polisterin, RM6.30

Kad manila pelbagai warna, RM0.70 X 4(RM2.80)

Kertas Warna RM 3.20

Gam, RM1.30

JUMLAH RM13.60

5

Fasa Pembangunan Bahan

a. Sediakan bahan-bahan yang akan digunakan seperti di bawah.

b. Lakar bulatan jam di atas kad polisterin berdasrakan objek bulat(periuk)

6

c. Gunting kad manila yang berbeza warna sama saiz dengan kad polisterin berbentuk

bulat tadi

d. Lekatkan double tap diatas kad polisterin dan tampalkan kad manila di atasnya.

7

e. Tuliskan numbor 1 hingga 12 kecil-kecil di atas kad manila dengan warna pelbagai

g. Sediakan jarum jam dengan menggunakan jertas berwarna hitam. Jarum jam mesti

mempunai dua iaiu satu panjang dan satu pendek

Tips. Untuk menampakkan jam lebih menarik boleh downlod gambar animasi

dalam internet dan lekatkan pada jam.

8

FASA PENILAIAN

Pelajar Sasaran

Pelajar masalah pembelajaran yang terdiri daripada perlbagai ketidakupayaan seperti slowlener, sindromdown, ADHD .

Objektif Pengajaran

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

IV. Menyebut masa (jam) dalam sistem 12 jam sekurang-kurangnya 3 daripada 5 waktu dengan betul.

V.  Menunjukkan waktu (jam) dalam sistem 12 jam sekurang-kurang 3 daripada 5 waktu

VI. Murid dapat menyusun aktiviti yang sesuai di lakukan mengikut masa.

Isi Kandungan Pengajaran

VI. Mengenal waktu dalam unit jam

VII. Mengenal nombor pada muka jam

VIII. Mengenal jarum panjang dan jarum pendek

IX. Membezakan waktu

X. Menyatakan masa

9

LANGKAH ISI KANDUNGANAKTIVITI PEMBELAJARAN DAN

PENGAJARANCATATAN

Set Induksi

(5minit)

1. Pengenalan Tajuk

Murid diminta

menyanyi lagu ”

Bangun Pagi

Lirik 1

"Bangun Pagi"

Bangun Pagi Gosok

Gigi,

Cuci Muka Terus

Mandi,

Pakai Baju Minum

Susu,

Salam Ayah Dan Ibu,

1. Guru menyanyi dan murid mengikut

nyanyian guru. (modifikasi pertuturan)

2. Murid-murid menyanyi bersama dan meniru

gaya guru. (modifikasi pergerakan,

pertuturan)

3. Guru mengaitkan lagu dengan pembelajaran

hari ini iaitu waktu bangun pagi dan amalan-

amalan yang wajib dilakukan setiap hari.

(modifikasi pengurusan diri dan tingkah

laku)

4. Guru cuba menutup lampu (suasana kelas

jadi gelap petanda malam) dan

menghidupkan kembali suiz lampu kelas

(suasan kelas cerah petanda siang).

- Pendekatan pengajaran sains

(fenomena siang dan malam).

Teknik

Nyanyian dan pergerakan

Terapi

Pendengaran

penglihatan

Pertuturan

Nilai

Mendengar Arahan Konsentrasi

Kerjasama

BBM-Gambar suasana

10

Pergi Sekolah Jalan

Kaki,

Jumpa Cikgu Depan

Pintu,

Selamat Pagi Cikgu

Sa'amah,

Selamat Pagi Cikgu

Aishah,

Rajin Belajar Cikgu

Ajar,

Pandai Tulis, Pandai

Lukis,

Pandai Nyanyi, Baca

Buku,

Semua Orang Suka Hati,

Kalau Kita Rajin Usaha,

Ibubapa Gembira,

Mari Kawan Sama-

Sama,

Memodifikasi pemahaman/

pengurusan masa murid masalah

pembelajaran tentang aktiviti-aktiviti

yang tepat sesuai dilakukan.

TKP

Muzik

Kinestetik

Verval-linguistik

KBKK

Membuat gambaran mental

Kemahiran

Menyebut

Meniru gaya (pergerakan)

11

Pasti Kita Berjaya !

Langkah 1

(5 Minit)

1. Aktiviti 1

Pengenalan tentang

unit dalam waktu

-unit jam

-pagi, tengahari, petang,

malam.

1. Guru menunjukkan jam (ABM) di hadapan

kelas.

2. Murid melihat dan menyentuh model jam

yang ditunjukkan oleh guru.(modifikasi

pengamatan melalui sentuhan)

3. Guru menunjukkan komponen jam kepada

murid.

4. Guru menunjukkan nombor-nombor yang

terdapat pada muka jam dan murid

menyebut.

5. Murid memberi respon mengenai penerangan

guru.

6. Guru meminta murid untuk mengebut

nombor secara berkumpulan pada jam

bermula dari nombor 1 hingga nombor 12

dan seterusnya secara individu dan kemudian

Teknik

Penerangan soal Jawab

Terapi

Penglihatan, Pertuturan, Pendengaran

KBKK

Menghubung kait

Mengenal pasti

Nilai

Teliti, Mendengar arahan, disiplin

TKP:

Kinestetik

Muzik (bunyi jam)

InterpersonaI

12

dari nombor 12 hingga 1 (menurun)

7. Murid mengikut arahan guru dengan teliti.

8. Guru memberitahu murid tentang jarum jam,

jarum minit, dan jarum saat. (modifikasi)

(loceng jam berbunyi meransang murid untuk

fokus semasa P&P- modifikasi kepekaan)

9. Guru menerangkan waktu pagi, tengahari,

petang, malam.

10. Guru menerangkan aktiviti yang sesuai

dilakukan mengikut waktu.

kontekstual

Kemahiran

Mengingati, mengenal

BBM

Jam loceng

Gambar

Langkah 2

(10 Minit)

Aktiviti 2

1. Membuat model jam

dinding

1. Guru mengagihkan murid pinggan kertas

setiap seorang.

2. Guru meminta murid untuk membentuk

model jam dinding seperti yang ditunjukkan

beserta lekatan nombor 1-12

3. Murid membentuk model jam dinding

mengikut contoh jam yang disediakan oleh

Teknik

Aktiviti melukis dan mewarna

Terapi

Psikomotor Halus

Pengamatan

13

guru.

4. Guru menunjukkan satu persatu langkah

melukis nombor dan jam pada pinggan

kertas.

5. Guru membekalkan lukisan yang belum

diwarnakan dan menyuruh murid melukis

jam dan mewarna berdasarkan contoh yang

diberi dan mengikut tahap keupayaan murid.

6. Murid-murid menerima tugasan yang

diberikan oleh guru dan mewarna mengikut

contoh yang diberi mengikut masa yang

ditetapkan.

7. Tugasan disiapkan oleh murid mengikut

masa yang ditetapkan. (modifikasi

pengurusan masa)

seni

Nilai

Teliti, cermat, kreatif dan berusaha,

menepati masa.

KBKK

Membuat gambaran Mental

BBM

Kertas

Model jam

Pen majis

Pelekat nombor

Kemahiran

Menampal, melukis, mewarna

Langkah 3

(5 Minit)

Aktiviti 3

Lembaran kerja

a) Menulis waktu

jam berdasarkan

1. Guru mengedarkan lembaran kerja yang

mengandungi gambar jam yang tidak

lengkap.

2. Murid menerima lembaran kerja yang

Teknik

LatihTubi, Psikomotor Halus

Nilai

14

gambar jam

yang betul

b) Menentukan

masa (pagi,

tengahari, petang

dan malam)

berdasarkan

gambar yang

terpapar pada

lembaran kerja.

diberikan oleh guru

3. Guru meminta murid untuk menulis waktu

jam berdasarkan pada model jam yang

disediakan. (Modifikasi BBM)

4. Murid melaksanakan arahan yang diberikan.

(Modifikasi disiplin)

5. Guru membimbing murid yang lemah dalam

menyiapkan lembaran kerja.

6. Murid memberi respon positif kepada guru.

(modifikasi tingkah laku melalui pujian)

Berusaha, Teliti,

Tekun.

KBKK

Menghubung kait

BBM

Lembaran Kerja

Pen Majis

TKP:Visual ruang

Interpersonal

intrapersonal

Kemahiran

menulis

Penutup

(5 Minit)

1. Mengimbas kembali

2. Penutup Sosial

1. Guru meneliti hasil kerja murid dan memberi

markah secara verbal dan bertulis.Pujian

diberi. (Modifikasi tingkah laku melalui

pengukuhan)

Teknik

Soal Jawab

Penerangan

15

2. Guru membuat ringkasan tentang pengajaran

pada hari ini dengan meminta murid

menyebut kembali waktu pada model jam.

(Modifikasi daya ingatan)

3. Murid memberikan ganjaran pujian atas

pencapaian dan penglibatan mereka dalam

pengajaran dan pembelajaran. (Modifikasi

tingkah laku melalui pengukuhan)

Terapi

Pertuturan

Nilai

Mendengar

Arahan

KBKK

Membanding beza

TKP-Kinestetik, Verbal- linguistik

Refleksi Secara keseluruhan, proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar . Murid dapat mengenali komponen jam

dengan tepat . Murid dapat menentukan waktu pagi, tengahari , petang dan malam. Daripada keseluruhan murid yang

dapat menjawab latihan masa yang diberikan melalui lembaran kerja. Proses pengajaran mencapai objektif tambahan

pula setiap modifikasi yang dilakukan dapat mengubah, meningkatkan, dan membaiki murid daripada negatif kepada

positif terutama dari segi tingkah-laku dan pemahaman mereka. Daripada RPH ini terdapat elemen-elemen

modifikasi yang telah saya jalankan. Ianya adalah berkaitan dengan:

1. Modifikasi strategi pengajaran

2. Modifikasi tingkah-laku

3. Modifikasi pengamatan

16

4. Modifikasi pertuturan

5. Modifikasi pendengaran

6. Modifikasi pengurusan masa

7. Modifikasi BBM

8. Modifikasi Set Induksi

9. Modifikasi disiplin

10. Modifikasi susun atur meja

11. Modifikasi kepekaan (ransangan atau tindak balas)

17

Refleksi Pengajaran

Tanggal 31 Mei 2016 saya telah mengadakan pengajaran Makro memenuhi subjek

Teknologi Pendidikan di bawah tutorial  Cik Mazalah Bt. Ahmad Pada hari tersebut saya

menjalankan sesi pengajaran matematik sosial. Dengan menerapkan modifikasi dalam

pembelajaran segalanya memerlukan perincian yang memenuhi keperluan kanak-kanak

masalah pembelajaran. Walaupun murid-murid hanya dari kalangan kawan-kawan sekelas

sendiri segala teknik pengajaran diubah seperti mengajar murid-murid sebenar. Oleh itu, RPH

yang dirancang untuk sesi P&P ini memerlukan elemen modifikasi sebagai kekuatan dalam

meningkatkan kualiti pemahaman atau pencapaian objektif dalam sesi P&P yang dijalankan.

Proses modifikasi inilah bertujuan untuk memulihkan kekurangan murid-murid

masalah pembelajaran ini.

Dalam set induksi saya menyanyi bersama murid iaitu lagu “bangun pagi” dan

pelajar-pelajar meniru gaya yang saya lakukan. Selepas itu saya cuba mengaitkan lagu

dengan pembelajaran hari ini iaitu waktu bangun dan amalan-amalan wajib dilakukan pada

setiap hari. Seterusnya saya cuba menutup lampu suasana kelas menjadi gelap iaitu petanda

malam dan menghidupkan kembali suiz lampu kelas menjadi cerah iaitu petanda siang. Saya

juga menyediakan ABM jam loceng untuk ditujukan kepada murid-murid. Saya

memperkenalkan komponen dalam jam. Selepas itu saya menerangkan konsep masa dan

waktu. Akhir sekali sebagai pengukuhan saya mengedarkan polistrin kepada pelajar supaya

mereka membuat model jam sendiri bagi mengukuh pemahaman pelajar.

Hasil daripada P&P yang dijalankan, kekuatan yang dapat dikatakan ialah melalui

aktiviti-aktiviti yang dirangka dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah berkesan dan

menarik. Hal ini kerana, semasa sesi P&P dijalankan menggunakan RPH murid-murid

memberi perhatian yang penuh. Melalui pemerhatian saya, murid-murid(rakan-rakan) yang

mengikuti pengajaran tersebut kelihatan teruja dengan pengajaran yang diikuti. Selain itu,

saya memberikan penjelasan dengan menujukan contoh untuk lebih mengukuhkan

pengajaran serta meningkatkan kefahaman pelajar bermasalah pembelajaran di dalam kelas.

Saya juga bersoal jawab di antara pelajar, dan dapat mewujudkan kerjasama antara murid dan

pelajar

18

Dari segi kelemahan pula, banyak pengulangan perkataan atau tabiat yang tidak elok seperti

“OK”. Secara kesimpulannya dapat saya katakan, hasil daripada latihan mengajar ini, banyak

perkara yang saya pelajari. Walaupun pelajar-pelajar dari kalangan rakan-rakan saya sendiri,

proses pengajaran dilakukan dapat melihat kelemahan dan kekuatan pengajaran dan

pembelajaran saya melalui rakaman video.

19

LAMPIRAN

1. Gambar di bawah menunjukkan sesi pengajaran menggunakan masa dan waktu, alat

ABM Jam

20