darah sebenarnya terdiri daripada 4 jenis bahan iaitu sel darah merah

14
Darah sebenarnya terdiri daripada 4 jenis bahan iaitu sel darah merah, sel darah putih, platlet dan plasma. Darah berwarna merah kerana ada pigmen merah yang disebut sebagai hemoglobin. Jom tengok satu persatu kandungan dalam darah! Sel darah merah merupakan sel yang berbentuk cakera dan cembung. Sel ini berwarna merah kerana mengandungi pigmen (pewarna) merah yang juga dikenali sebagai hemoglobin . Sel ini tidak bernukleus. Fungsi untuk sel darah merah adalah untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan . Jangka hayat bagi sel darah merah adalah selama 120 hari.

Upload: zakri-zakaria

Post on 25-Dec-2015

303 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Artikel

TRANSCRIPT

Page 1: Darah Sebenarnya Terdiri Daripada 4 Jenis Bahan Iaitu Sel Darah Merah

Darah sebenarnya terdiri daripada 4 jenis bahan iaitu sel darah merah, sel darah putih, platlet dan plasma. Darah berwarna merah kerana ada pigmen merah yang disebut sebagai hemoglobin. Jom tengok satu persatu kandungan dalam darah!

 Sel darah merah merupakan sel yang berbentuk cakera dan cembung. Sel ini berwarna merah kerana mengandungi pigmen (pewarna) merah yang juga dikenali sebagai hemoglobin. Sel ini tidak bernukleus. Fungsi untuk sel darah merah adalah untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Jangka hayat bagi sel darah merah adalah selama 120 hari.

Page 2: Darah Sebenarnya Terdiri Daripada 4 Jenis Bahan Iaitu Sel Darah Merah

Sel darah putih pula adalah sel yang tidak mempunyai bentuk yang tetap. Bentuk macam-macam. Namun begitu, sel darah putih mempunyai nukleus. Sel darah putih berfungsi untuk melawan jangkitan penyakit dengan membunuh bakteria dan juga mikroorganisma dalam badan dengan penghasilan antibodi. Selain daripada itu, sel darah putih juga menghasilkan antitoksin. Jangka hayat bagi sel darah putih adalah selama 2 hari hingga 2 bulan.

Platlet pula adalah kepingan sel pecah yang sangat kecil. Platlet tidak mempunyai nukleus. Oleh kerana ia nya adalah sel-sel yang pecah, maka ia tidak mempunyai bentuk yang tetap. Platlet berfungsi untuk membantu dalam pembekuan darah. Selain daripada itu, platlet juga memulakan proses

Page 3: Darah Sebenarnya Terdiri Daripada 4 Jenis Bahan Iaitu Sel Darah Merah

penyembuhan dan membaiki luka-luka pada sel.

Akhir sekali adalah plasma, iaitu bendalir yang ada bersama-sama bahan lain untuk membentuk darah. Plasma sebenarnya adalah 90% air dan 10% bahan terlarut. Antara bahan terlarut yang ada dalam plasma adalah nutrien, garam mineral, bahan kumuh, protein terlarut dan juga hormon. Selain daripada itu, plasma juga mengangkut bahan yang tidak larut dan habaDarah manusia adalah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Kumpulan darah manusia pula dikelaskan kepada empat kumpulan yang berbeza. Keempat-empat kumpulan tersebut adalah A, B, AB dan O yang juga dikelaskan mengikut Sistem ABO.

Page 4: Darah Sebenarnya Terdiri Daripada 4 Jenis Bahan Iaitu Sel Darah Merah

Sebenarnya selain daripada Sistem ABO ini, terdapat hampir 32 jenis sistem lain yang digunapakai bagi mengklasifikasikan kumpulan darah. Namun yang paling popular adalah yang menggunakan Sistem ABO yang diasaskan oleh Karl Landsteiner pada tahun 1901. Kemudian sistem ini dimurnikan lagi dengan Sistem Rhesus yang diusahakan secara bersama dengan Alexander S Wiener pada tahun 1937.

Jenis kumpulan darah adalah terwaris dan disumbangkan oleh kedua ibu bapa. Mengikut budaya Jepun, mereka percaya bahawa jenis kumpulan darah ini boleh mempengaruhi personaliti, watak dan kesesuaian seseorang dengan individu lain. 

1. JENIS DARAH A ADALAH PETANI (FARMERS) Mereka berdarah A adalah golongan pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup. 

2. JENIS DARAH B ADALAH PEMBURU (HUNTERS)Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan. 

3. JENIS DARAH AB ADALAH AHLI KEMANUSIAAN (HUMANISTS)

Page 5: Darah Sebenarnya Terdiri Daripada 4 Jenis Bahan Iaitu Sel Darah Merah

Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka. 

4. JENIS DARAH O ADALAH PEJUANG (WARRIORS)Mereka "outgoing","expressive", dan "passionate". O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Berikut adalah Fakta menarik mengenai kumpulan darah manusia1. Pemindahan darah yang pertama dalam sejarah telah berlaku seawal tahun 1667. Jean-Baptise telah memindahkan darah sebanyak 1 liter dari seekor kambing ke seorang pemuda.2.  Seorang perempuan memiliki sekitar 4-5 liter darah dalam tubuh, sedangkan seorang lelaki mempunyai 5-6 liter darah.3. 2 juta sel darah merah akan mati pada setiap saat.4. Dengan mendermakan setengah liter darah, kita telah menyelamatkan 4 nyawa manusia.5. Secara puratanya, terdapat sehingga 40% manusia yang mempunyai darah jenis kumpulan O. keluar dari badan.

Apabila ada perkara yang memerlukan pemindahan darah, kita perlu pastikan kumpulan darah penderma dan penerima adalah sama atau serasi. Perkara ini disistemkan dengan lebih jelas melalui Sistem ABO yang dibangunkan oleh Karl Landsteiner pada tahun 1901. Jika darah yang digunakan adalah tidak sama dan serasi, darah tersebut akan menggumpal. Hal ini akan membunuh penerima darah tersebut.

Page 6: Darah Sebenarnya Terdiri Daripada 4 Jenis Bahan Iaitu Sel Darah Merah

Berikut adalah jadual yang boleh digunakan bagi menentukan samada darah penderma tadi adalah sesuai atau tidak dengan darah penerima.

Bagaimana untuk memahami jadual di atas?Jika penderma adalah berdarah kumpulan A, maka penerima boleh terdiri daripada kumpulan darah A dan juga AB.

Jika penderma adalah berdarah kumpulan B, maka penerima boleh terdiri daripada kumpulan B dan juga AB.

Jika penderma adalah berdarah kumpulan AB, maka penerima boleh terdiri daripada kumpulan darah AB sahaja.

Jika penderma adalah berdarah kumpulan O, maka penerima boleh terdiri daripada kumpulan A, B, AB dan O.

Page 7: Darah Sebenarnya Terdiri Daripada 4 Jenis Bahan Iaitu Sel Darah Merah

Penderma UniversalKumpulan darah O boleh menderma kepada SEMUA kumpulan darah, tetapi hanya boleh menerima daripada kumpulan darah O sahaja. 

Oleh itu kumpulan darah O juga dikenali sebagai Penderma Universal kerana boleh mendermakan darahnya kepada semua kumpulan.

Penerima UniversalMankala Kumpulan darah AB pula boleh menerima daripada SEMUA kumpulan darah, tetapi hanya boleh menderma kepada kumpulan AB sahaja.

Oleh itu kumpulan darah AB juga dikenali sebagai Penerima Universal kerana boleh menerima darahnya daripada semua kumpulan. Manusia mungkin kehilangan banyak darah akibat pendarahan yang berlebihan. Pendarahan yang berlebihan ini mungkin berpunca daripada kecederaan ataupun penyakit. Jadi, darah tersebut perlulah digantikan melalui pemindahan darah. Apabila perkara ini berlaku, maka beberapa perkara perlu diambil kira seperti kesesuaian darah penderma dengan darah penerima.

Antara syarat lain bagi penderma darah adalah seseorang itu mestilah sihat, berat melebihi 50kg dan berumur antara 17 hingga 60 tahun. Seseorang itu boleh menderma sehingga 0.5 liter darah pada satu-satu masa. Derma darah terakhir juga adalah sekurang-kurangnya 90 hari sebelum.

Walaubagaimanapun, ada beberapa faedah yang berkaitan dengan kepentingan menderma darah.

1. Boleh menyelamatkan nyawa seseorang

Page 8: Darah Sebenarnya Terdiri Daripada 4 Jenis Bahan Iaitu Sel Darah Merah

Bagi orang-orang yang berisiko tinggi kehilangan darah seperti akibat kemalangan dan juga ibu yang melahirkan anak, darah yang didermakan adalah sangat penting. Dalam keadaan kecemasan seperti itu, mereka sangat memerlukan darah yang banyak dalam kadar yang segera. Sudah tentu pada saat kecemasan itu, jika tiada bekalan darah yang didermakan, proses ini akan menyulitkan lagi keadaan pesakit. 

2. Boleh membantu seseorang dengan penyakit yang berkaitan dengan darahDerma darah juga penting dalam membantu pesakit yang menghidap penyakit yang berkaitan dengan darah. Antara penyakit yang berkaitan dengan darah adalah hemofilia, anemia dan talasemia yang berkaitan dengn sel darah merah. Manakala penyakit kegagalan sumsum tulang dan leukimia pula adalah penyakit yang berkaitan dengan platlet.

Mereka ini sangat memerlukan darah bagi menjalani kehidupan biasa seperti kita. Tanpa bekalan darah yang berterusan, maka perkara ini boleh mengundang maut kepada pesakit. Justeru itu, darah yang diderma adalah sangat penting. Manusia mungkin kehilangan banyak darah akibat pendarahan yang berlebihan. Pendarahan yang berlebihan ini mungkin berpunca daripada kecederaan ataupun penyakit. Jadi, darah tersebut perlulah digantikan melalui pemindahan darah. Apabila perkara ini berlaku, maka beberapa perkara perlu diambil kira seperti kesesuaian darah penderma dengan darah penerima.

Manusia mungkin kehilangan banyak darah akibat pendarahan yang berlebihan. Pendarahan yang berlebihan ini mungkin berpunca daripada kecederaan ataupun penyakit. Jadi, darah tersebut perlulah digantikan melalui pemindahan darah. Apabila perkara ini berlaku, maka beberapa perkara perlu diambil kira seperti kesesuaian darah penderma dengan darah penerima.

Langkah Pengendalian dan Penyimpanan Darah Yang Didermakan

Jumaat, Januari 24, 2014  PBS, Sains Ting 3  65 comments

Bagaimanakah prosedur simpanan darah yang didermakan? Terdapat 6 langkah bagi mengendalikan darah yang diderma sehingga siap digunakan oleh penerima. 

Page 9: Darah Sebenarnya Terdiri Daripada 4 Jenis Bahan Iaitu Sel Darah Merah

Langkah 1Penderma diberi kaunseling percuma oleh pihak klinik. Penderma akan diperiksa sama ada layak atau pun tidak untuk mendermakan darah. Rekod derma darah juga akan disemak bagi memastikan kali terakhir penderma mendermakan darah adalah sekurang-kurangnya 90 hari yang lalu. 

Langkah 2Penderma akn mendermakan darah. Darah yang didermakan adalah lebih kurang 400 cm3. Darah diambil melalui vena pada lengan. Darah kemudiannya disimpan dalam beg darah yang berisi natrium sitrat. Tujuannya adalah bagi menghalang pembekuan darah. Masa yang diambil bagi menyalurkan satu beg darah adalah kira-kira 5-10 minit.

Page 10: Darah Sebenarnya Terdiri Daripada 4 Jenis Bahan Iaitu Sel Darah Merah

Langkah 3Darah yang diderma kemudiannya akan diuji bagi menentukan kumpulan darah ABO. Ini adalah langkah penting bagi memastikan kesesuaian darah penderma dengan darah pesakit yang bakal menerima darah tersebut. Jika tidak memastikan kumpulan yang betul, proses pemindahan darah akan bertambah sulit.

Langkah 4Saringan darah dilakukan bagi sebarang tanda penyakit seperti Hepatitis B dan C, AIDS dan penaykit pemindahan darah yang lain. Kehadiran virus seperti virus imunodefesiensi manusia (HIV) dan bahan yang tidak dikehendaki juga akan dikenalpasti. Beg darah yang dicemari akan disingkirkan.

Page 11: Darah Sebenarnya Terdiri Daripada 4 Jenis Bahan Iaitu Sel Darah Merah

Langkah 5Setelah dipastikan darah adalah benar-benar bersih dan sihat, maka darah akan disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4 C selama 5  - 10 hari ataupun lebih lama setelah ditambahkan dengan glukosa. Secara spesifiknya komponen darah boleh disimpan seperti berikut:Sel darah merah - dalam peti sejuk selama 42 hariPlatlet - pada suhu bilik selama 5 hariPlasma - dibekukan selama 1 tahun

Page 12: Darah Sebenarnya Terdiri Daripada 4 Jenis Bahan Iaitu Sel Darah Merah

Langkah 6Langkah terakhir adalah pesakit menerima darah yang diderma. Tetapi sebelum itu, bagi memastikan tahap kebersihan dan kesihatan, maka darah tersebut diuji lagi sekali. Kemudiannya proses pemindahan darah ini diteruskan pada kadar dan suhu yang betul juga adalah melalui vena pada lengan.undefinedundefined

menggantikan eritrosit yang tua dan yang tercedera.

menggantikan eritrosit yang tua dan yang tercedera.