sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

39

Upload: vophuc

Post on 15-Jan-2017

266 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb
Page 2: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

Berjumpa kita kembali untuk ezine Majalah Niaga edisi 21. Semoga Allah sentiasa merahmati usaha tuan puan untuk meraikan pakej ilmu yang terkan-dung dalam ezine ini. Amin Ya Rabb. Kami bersyukur sekali lagi, kerana dikurni-akan kesihatan dan kekuatan untuk menerbitkan sekali lagi ezine Majalah Niaga untuk tatapan para pembaca. Semua ini juga atas dasar sokongan padu daripada pihak pembaca.

Dalam ezine Majalah Niaga kali ini, tim Majalah Niaga membawakan kepada anda sebuah kisah usahawan yang hebat dalam pelaburan logam iaitu Ir Sofian. Sejak pelbagai jenis pelaburan logam seperti emas dan perak popular di Malaysia, kami tercari-cari siapakah individu yang sesuai untuk mengupas topik ini.

Malah kami juga berusaha keras untuk mendapatkan individu yang benar-benar pakar, dan mempunyai bukti ilmu yang kukuh untuk disampaikan kepada para pembaca. Maka dengan itu, Allah pertemukan kami dengan hambaNya yang ber-nama Ir Sofian.

Beliau adalah pakar pelaburan logam di Malaysia. Sebut sahaja pelaburan emas, beliau adalah individu rujukan utama orang ramai. Begitu juga pelaburan perak dan lain-lain. Jadi kami berpendapat beliau adalah individu yang sesuai untuk dite-muramah, supaya dapat memeriahkan lagi pakej ilmu dalam ezine Majalah Niaga edisi 21.

Dalam temuramah ini, tuan puan akan mendapati betapa bahayanya memulakan pelaburan logam tanpa ilmu. Di mana Tuan Ir Sofian berkongsi tentang kesilapan besarnya dalam pelaburan yang menyebabkan beliau rugi besar.

Ruginya cukup untuk membuatkan beliau terduduk dan termenung. Jika kita tidak mahu perkara yang sama berlaku terhadap diri sendiri, maka fokuskan sepenuhnya dalam meneliti setiap ayat transkrip temuramah, dan mendengar setiap perkong-sian yang disebut dalam audio.

Kerana perkongsian ini bakal mengubah kehidupan kita untuk menjadi lebih kaya dan berjaya dalam pelaburan logam. Kejayaan dan kekayaan pelaburan kita ber-mula di sini. Sebuah lubuk ilmu yang tepat dan betul.

Semoga setiap perkongsian kita terhadap ezine Majalah Niaga ini akan membantu negara Malaysia melahirkan lebih ramai usahawan yang hebat, profilik, kaya dan berjaya.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan. Yosh!

Aqif Azizan & Hasbul ‘AqillPengasas Majalah Niagawww.majalahniaga.com

SIDANG EDITORIALAssalamualaikum & Salam Sejahtera....

Pengarah UrusanEncik Idris Husin

Pengarah EksekutifHasbul Ariff

EditorHasbul Aqill & Aqif Azizan

PenulisPakdi - Aqif Azizan - Azzah AR - Eruwan Gerry Mazlan Mohamad - Rohaniah Noor Meor Zaidee - Azizi Zulkefli - Hazlam Anuar Nor Bahiyah Lasim - Shah Othman Hafiszi Othman

GrafikMarlia Muhamad

Pengurus WebRidhwan Razak & Marlia Muhamad

Eksekutif PengiklananZairol Affendi

Eksekutif PemasaranHasbul Aqill

Diterbitkan OlehINNOVATIC SOLUTION(Part Of Flarebiz Network)13-4-2 Jalan Semarak Api 2,Dimond Square Business Centre,53000 Setapak Kuala Lumpur.Tel: 603-4023 4641Email: [email protected]: www.majalahniaga.com www.facebook.com/MajalahNiaga www.twitter.com/majalahniaga

Hak Cipta Terpelihara:Dilarang sama sekali menerbit semula dalamlain-lain bentuk atau mempergunakane-majalah ini untuk tujuan keuntungan kecualidengan kebenaran bertulis dari pihak Majalah Niaga.com. Namun begitu, anda dibenar bah-kan digalakkan menyebar e-majalah iniuntuk tujuan kebaikkan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.

1 Majalah Niaga Edisi 21

Page 3: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

KANDUNGAN

WAWANCARA EKSKLUSIFJutawan Logam- Ir Sofian

TIP KEWANGAN5 Tokoh Pelabur Yang Wajib Kita Kenal- Suzardi Maulan@Pakdi

INSPIRASI USAHAWANRahsia USD1 Bilion Dalam 18 Bulan-Bagaimana Instagram Melakukannya- Aqif Azizan

MOTIVASI & INSPIRASI7 Rahsia CEO & Jutawan Muda Dari Silicon Valley- Mazlan Mohamad

TIP DEKORASI BISNESBilik Bernilai Sejuta Ringgit- Hazlam Anuar

TIP LELONGAN ONLINEAwas Usahawan eBay Jangan Lakukan 3 Kesilapan Ini- Eruwan Gerry

MOTIVASI & INSPIRASISistem Kejayaan Para Jutawan- Shah Othman

TIP PELABURAN HARTANAHPelaburan Hartanah-Tanya Hati Mati, Tanya Kalkulator Selamat- Rohaniah Noor

TIP KOMUNIKASI PERNIAGAAN5 Tip Memikat Pelanggan Melalui Keterampilan Diri- Nor Bahiyah Lasim

TIP PERNIAGAANPengurusan Harga Intelek Untuk Perunding Latihan- Azizi Zulkefli

TIP PELABURAN HARTANAHPembiayaan Semula(Refinancing) 6 Faktor Penentu- Meor Zaidee

TIP KEWANGANTip Kewangan Peribadi Suburkan Dirimu- Hafiszi Othman

CERPEN BISNESMuaz Ekspres-Idea Moto Cabuk- Azzah AR

...sebenarnya masyarakat lain telah terdedah dengan satu lagi pelaburan iaitu pelaburan perak. Sebab itu nama saya jutawan logam. Kerana kita kolaborasi antara

emas dan perak. Di mana perak sebenarnya mempunyai potensi yang sangat tinggi...

Cara yang paling baik untuk buat untung secara konsistenadalah dengan memahami dunia bisnes itu sendiri.

“Kami tidak pernah terfikir untuk menjual syarikat ini.”

“Kejutkan otak kanan engkau yang sudah tidur bertahun-tahun itu. Fikir! Fikir!”

04

1011

16

2925

33

22

3128

3436

14

2 Majalah Niaga Edisi 21

Page 4: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb
Page 5: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca, saya Hasbul ‘Aqill dan Aqif Azizan dari MajalahNiaga.com. Bersama kami ketika ini adalah tokoh usahawan Edisi Ma-jalah Niaga yang juga seorang pelabur yang tidak asing lagi iaitu Ir. Sofian. Sebelum kami memulakan sesi temuramah, lebih elok kami mulakan dengan maklumat ringkas tokoh usahawan untuk edisi kali ini.

Ir. Sofian atau nama penuhnya Mohd Sofian bin Abdullah, merupakan seorang jutawan logam. Beliau juga seorang pakar pelaburan logam serta berpengalaman luas di dalam pelaburan emas dan perak.

Ir. Sofian telah mengharungi pahit manis sejak berkecim-pung dalam dunia pelaburan logam pada tahun 2009 lagi. Dengan berbekalkan pengalaman dan keazaman yang tinggi. kini beliau menerajui syarikat Jutawan Logam den-gan mengadakan seminar dan kursus bagi memberi pende-dahan sebenar kepada masyarakat tentang pelaburan emas dan perak.

Jadi tanpa melengahkan masa, kami menjemput Ir. un-tuk ceritakan serba sedikit mengenai biodata diri serta bagaimana Ir. memulakan karier sebagai pelabur logam.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Terima ka-sih saya ucapkan kepada Tuan Hasbul ‘Aqill dan Aqif Azizan daripada Majalah Niaga.com. Pertama sekali saya sebena-rnya berasal dari Johor, lebih tepat lagi di Muar dan meli-batkan diri di dalam pelaburan emas dan perak ini selepas beberapa insiden dalam perniagaan.

Di mana saya mencari dan terus mencari, akhirnya saya dapati perniagaan itu sebenarnya adalah satu perkara yang agak berisiko. Alhamdulillah, saya akhirnya bertemu dengan pelaburan. Di mana ia lebih selamat.

Boleh Ir Sofian terangkan sebab musabab Ir. memilih pelaburan logam sebagai model pelaburan utama se-dangkan banyak lagi jenis pelaburan yang berpotensi tinggi di pasaran?

Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb-agai pelaburan yang berisiko rendah. Di mana kalau kita bi-asa dengar nama ASB (Amanah Saham Bumiputra), Amanah Saham Wawasan, ia adalah sama.

Tetapi walaupun ia berada dalam kategori pelaburan berisiko rendah, ia tetap menguntungkan. Keuntungan lebih banyak iaitu sekitar 3 kali ganda daripada pelaburan biasa.

Ia nampak mudah bagi orang ramai tetapi jika mahu pergi ke satu lagi peringkat, kita perlukan ilmu tentang pelaburan ini. Baru kita boleh nampak keuntungannya.

Ir. Sofian atau nama penuhnya

Mohd Sofian bin Abdullah, merupakan seorang jutawan logam. Beliau juga seorang

pakar pelaburan logam serta berpengalaman luas di dalam pelaburan emas dan

perak.

4 Majalah Niaga Edisi 21

Page 6: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

Melabur dalam industri barang berprestij bukanlah semudah yang disangkakan oleh banyak pihak. Oleh kerana jika tersalah langkah, ia melibatkan keru-gian yang besar. Jadi, apakah persediaan yang perlu diam-bil oleh usahawan-usahawan yang ingin menceburi dalam industri pelaburan logam?

Seperti mana saya katakan tadi, memang nampak agak mudah. Kebanyakannya orang di luar sana nampak pelaburan emas ini sebagai barang kemas dan sebenarnya ia bukan sekadar ba-rang kemas.

Dalam pelaburan emas, ia meli-batkan tiga perkara. Pertama, fizikal. Dalam fizikal sendiri ada tiga iaitu orang sebut sebagai bar atau jongkong. Yang kedua, dalam bentuk coin (dinar). Yang ketiga dalam bentuk jewelleries. Ini adalah emas fizikal.

Kedua dalam bentuk buku. Ke-banyakan orang ambil langkah mudah untuk menyimpan dalam bentuk buku. Sebagai contoh, Maybank, CIMB dan bank-bank lain yang menawarkannya. Na-mun begitu, kebanyakannya ti-dak menawarkan dalam bentuk fizikal. Di mana kalau kita lihat pada hukum, melabur di dalam emas yang tidak mempunyai bentuk fizikal dikategorikan seb-agai haram.

Ketiga adalah dalam bentuk trad-ing. Trading bermaksud mem-buat urus niaga saham. Bermak-na mereka berurus niaga dengan membeli dan menjual menggu-nakan platfom trading.

Yang agak berisiko adalah dalam bentuk trading. Sebelum ini, untuk buku, pihak bank ada menawarkan dalam bentuk emas fizikal. Namun berlaku peruba-han disebabkan beberapa faktor

seperti perubahan dalam dasar yang dibuat oleh bank sendiri.

Bermakna orang yang serius un-tuk melabur tidak boleh menga-wal dari segi risiko tersebut. Jadi saya memberikan penekanan ter-hadap emas fizikal. Di mana kalau saya ambil imbalan yang paling mudah, kita membeli dan mela-bur seperti membeli kereta. Beli kereta kita dapat kereta.

Dan kereta ini, kita boleh bawa ke mana-mana. Ini yang saya maksudkan sebagai fizikal. Kita mempunyai kebebasan. Namun untuk pergi ke arah fizikal kita memerlukan ilmu.

Jika tiada ilmu, emas fizikal itu hanya sekadar barang kemas. Di mana spread iaitu harga jual dan harga beli mempunyai jurang yang besar, yang menyebabkan keuntungan itu kurang.

Ramai orang telah tertipu den-gan beberapa skim. Inilah yang saya maksudkan dengan kepent-ingan ilmu untuk mengelakkan kita tertipu.

Seringkali pelaburan logam dikaitkan dengan modal yang besar, khususnya kepada us-ahawan-usahawan yang baru menceburi dalam bidang per-niagaan dan pelaburan. Jadi apa pendapat Ir. Sofian men-genai hal ini? Adakah ada selok

belok untuk bergiat dengan kos modal yang rendah?

Soal modal ini sebenarnya terlalu subjektif. Saya ambil pendeka-tan seperti ini; jika seseorang itu adalah pelajar, sebenarnya mer-eka pun sudah boleh melabur dalam emas. Dengan menggu-nakan teknik-teknik penyimpa-nan yang baik.

Ia melibatkan banyak kategori manusia dalam pelaburan emas (orang baru dan lama bekerja, suri rumah, ahli perniagaan dan sebagainya). Sebab itu saya cakap ada tiga kategori tadi iaitu barang kemas, coin (dinar) atau jongkong (bar).

Jongkong ini mempunyai beber-apa kategori berat. Contohnya 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, suku kilogram, seten-gah kilogram atau 1 kilogram. Jadi perbezaan ini yang menye-babkan ada kepelbagaian untuk pelbagai kategori pendapatan.

Oleh itu, ini juga yang saya dapati sepanjang penglibatan saya dalam memberi ceramah dan juga berkomunikasi dengan orang ramai, yang menyebabkan mereka rasa takut untuk melabur dalam emas dan perak.

Kerana bagi mereka, apabila melibatkan emas, mesti kena beli dalam 1 kilogram. Jadi, tugas kita adalah menerangkan hal ini.

Satu lagi yang menyebabkan mereka rasa tamak dan henda-kkan emas yang banyak tetapi akhirnya terjerumus dalam lem-bah hutang adalah Ar-Rahnu.Apabila tiada teknik dan ilmu yang betul,hasilnya mereka ti-dak dapat apa-apa dan emas itu dilelong. Jadi, bagi saya semuanya berkait rapat dengan ilmu. Teta-pi kalau mahu bermula dengan RM200 pun

Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb-

agai pelaburan yang berisiko rendah. Di

mana kalau kita biasa dengar nama

Amanah Saham Bu-miputera, Amanah

Saham Wawasan, ia adalah sama..

5 Majalah Niaga Edisi 21

Page 7: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

boleh. Kita boleh beli 1 gram emas untuk lingkungan harga RM190 hingga RM200 mengikut harga semasa. Harga untuk 5 gram juga tidak sampai RM1,000. Jadi kita kena tahu kemampuan sendiri. Pendedahan sep-erti ini yang saya mahu beritahu kepada semua orang, di mana mereka perlu memegang emas.

Kerana emas adalah kekayaan mereka yang sebenar.

Kami mendapat tahu, Ir Sofian. pernah menemui kegagalan ketika mula melibatkan diri dalam pelaburan ini. Boleh Ir. ceritakan serba sedikit pen-galaman ketika menghadapi situasi tersebut. Dan bagaimana Ir. bangkit semula sehingga berjaya mencapai status jutawan logam seperti sekarang ini.

Mula-mula dahulu, saya memilih dalam bentuk jong-kong. Kemudian saya ingin memecahkan pelaburan di dalam portfolio yang lain iaitu dalam bentuk barang kemas. Sehinggakan saya membeli barang kemas yang dikategorikan sebagai 22 karat atau 916.

Namun apa yang saya dapati, barang kemas tersebut adalah dalam lingkungan 18 karat. Jadi itu sebenarnya kerugian. Salah satu adalah disebabkan oleh ilmu yang kurang pada masa itu dan juga atas dasar kepercayaan pada orang lain.

Dalam pelaburan emas juga, sebelum ini saya mengi-kut kemampuan iaitu apabila saya ada duit, bukan mengikut masa. Apa yang saya dapati, selepas dari-pada saya melihat perubahan yang paling ketara iaitu pada tahun 2011.

Di mana pada bulan September 2011, pasaran betul-betul jatuh. Daripada lingkungan RM1,900 USD per Oz, jatuh sehingga RM1,600+. Di mana ketika itu me-mang ramai yang telah rugi.

Namun apa yang saya dapat pada masa itu adalah saya pemegang emas fizikal. Saya tidak dapat modal kem-bali. Alhamdulillah, disebabkan saya mencari ilmu dan melakukan kajian dalam bidang pembacaan graf dan sebagainya, saya dapat bangkit semula seperti hari ini.

Berbeza dengan trading. Jika kita berada dalam ben-tuk trading, ibaratnya ia sudah ‘terbakar’.

Sepertimana yang kita tahu, sudah ramai usaha-wan -usahawan mula sedar tentang keberkesanan medium internet, dalam memasarkan produk dan servis. Boleh Ir. kongsikan bagaimana Ia meman-faatkan sepenuhnya medium internet dalam pela-buran logam?

Saya sebenarnya bukan orang komputer (IT). Namun setakat ini saya tidak pernah membuat apa-apa pro-mosi atau menyebarkan ilmu dalam bentuk fizikal. Jadi saya hanya menggunakan Facebook saya (Ir So-fian) dan juga satu lagi Facebook Pages (Ir Sofian – Jutawan Logam).

Di situ adalah tempat saya mencurahkan ilmu kepada orang ramai. Rupa-rupanya ramai pengikut, sehing-gakan guru-guru saya pun turut serta. Ini semuanya kerana minat saya dalam bidang ini.

Saya kemaskini maklumat tentang harga, saya melaku-kan ramalan bila harga emas akan naik dan turun, dan saya memberitahu orang ramai untuk bersedia. Con-tohnya, pada sekitar bulan Ogos dan September, saya menyarankan orang ramai untuk bersedia membeli emas.

Saya tidak jangka ketika itu harga jatuh sehingga begi-tu teruk. Sekarang ini sudah menjadi satu rutin, seperti berkhidmat untuk negara. Tetapi pada saya, seronok

6 Majalah Niaga Edisi 21

Page 8: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

berbuat demikian kerana dapat membantu orang ramai. Kerana kebanyakan orang berkongsi harga dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM) per gram. Namun jutawan logam semasa, harian dalam bentuk USD (United States Dollar) per Oz.

Cuba tanya kenapa?

Kerana USD per Oz adalah harga antarabangsa. Harga yang saya ambil adalah daripada Kitco (www.kitco.com). Harga ini semua orang boleh tengok. Harga dalam Kitco ini dipanggil sebagai harga pasar borong.

Bermakna ia ada penawaran dan permintaan. Seluruh dunia merujuk pada harga ini. Jadi saya ingin membawa semua masyarakat, terutamanya masyarakat Malaysia untuk membuka mata mereka. Bahawa ini adalah harga yang orang di seluruh dunia lihat.

Sebenarnya ia ada perbezaan harga. Jadi, untuk pengiraan spesifik, saya rasa ia tidak sesuai diceritakan di sini. Kenalah hadir kursus yang saya anjurkan.

Dalam kursus ini, saya akan dedahkan apa maksud spread, dan segala-galanya mengenai pelaburan emas dan perak. Di mana ia sangat bermakna kerana ada orang membeli dengan harga yang sangat tinggi dari harga pasaran.

Ia ibarat seperti kita tertipu. Saya ingat lagi pada bulan Disember 2010, ada orang pernah berjumpa dengan saya. Sepatutnya harga 100 gram ketika itu adalah RM14,000, namun penjual itu menjual kepada beliau dengan harga RM16,000. Ia dikategorikan sebagai rugi. Sepatutnya dia boleh tambah lagi RM2,000 untuk membeli lebih banyak emas.

...sebenarnya masyarakat lain telah terdedahdengan satu lagi pelaburan, iaitu pelaburan perak.Sebab itu nama saya jutawan logam. Kerana kita

kolaborasi antara emas dan perak. Di mana perak sebenarnya mempunyai potensi yang sangat tinggi...

Apakah pendapat Ir. tentang masa depan kerjaya sebagai pelabur logam dan sejauh mana perkem-bangannya setakat ini di Malaysia?

Yang betul-betul pelabur ada, tetapi mungkin mereka mendiamkan diri. Kerana kebanyakannya seperti saya sendiri pun kalau boleh mahu bergerak dalam diam. Tetapi mungkin keadaan yang memaksa saya untuk beraksi dan menwar-warkan kepada orang ramai.

Jika saya tidak bertindak, maka kebanyakan bangsa Melayu kita tidak akan tahu berkenaan dengan emas. Kecuali mereka didatangi oleh orang yang menjual emas. Kalau penjual itu datang dari syarikat A, mereka akan cerita tentang produk mereka. Sama juga jika dari syarikat B. Akh irnya orang tidak tahu cerita sebenar tentang emas dan perak. Serta kebanyakan orang bercerita tentang emas sahaja.

Tetapi sebenarnya masyarakat lain telah terdedah dengan satu lagi pelaburan, iaitu pelaburan perak. Sebab itu nama saya jutawan logam. Kerana kita kolaborasi antara emas dan perak. Di mana perak sebena rnya mempunyai potensi yang sangat tinggi. Pada tahun lepas sahaja, dari awal Januari sehingga akhir april jika tidak silap saya, kenaikannya mencecah sehingga 84%.

Cuba tuan-tuan bayangkan, bagaimana jika kita am-bil peluang di situ. Amanah Saham Bumiputra hanya bagi 8% sahaja. Pelaburan perak 10 kali ganda lebih menguntungkan. Malah kita tidak perlu tunggu se-hingga 1 tahun untuk mengaut keuntungan. Itu yang sebenarnya menarik perhatian saya dan membuatkan saya seronok sangat. Apabila bercerita dengan orang ramai, ia merupakan satu kepuasan kerana perkara ini tidak pernah didedahkan kepada orang lain.

7 Majalah Niaga Edisi 21

Page 9: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

Bukan ditukar dalam bentuk duit, dan ini sebenarnya kekayaan kita, iaitu kekayaan pada umat Islam serta masyarakat kita. Cuma kalau kita tukarkan dalam bentuk wang fiat, bermakna ia merendahkan nilai duit dan emas kerana setiap tahun wang fiat ditelan oleh inflasi.

Jadi di sini saya sebenarnya ingin memberikan penekanan. Saya juga dalam perancangan untuk memberikan pendedahan di ja-batan agensi-agensi kerajaan, su-paya mereka yang bekerja di sana terbuka minda untuk melabur di dalam emas dan perak.

Kerana mudah untuk mereka mendapat duit. Dengan hanya me-nabung dan membuat pelaburan sedikit demi sedikit, mereka akan dapat mencapai matlamat bebas kewangan. Walaupun mereka han-ya makan gaji.

Dengan menggunakan emas seb-agai alat untuk beberapa strategi pelaburan yang saya sudah cip-takan dalam jutawan logam, dan ini yang sebenarnya alat yang mer-eka boleh gunakan. Di mana kita tidak perlu pegang duit. Tetapi ia bergantung pada beberapa ele-men dan peraturan yang telah saya tetapkan.

Apakah nasihat Ir. kepada usa-hawan dan bakal usahawan, khususnya kepada para pemba-ca Majalah Niaga?

Untuk usahawan dan bakal usaha-wan. Kepada bakal usahawan, bu-kan senang untuk menjadi usaha-wan. Maksud saya, nampak mudah untuk menjadi usahawan, tetapi sebenarnya persiapan mental di-perlukan.

Contohnya, semalam saya didatan-gi oleh seorang budak lepasan SPM. Beliau menjual CD dan buku di kedai makan. Apabila beliau se-dang bercerita, saya bertanya

nya di jabatan-jabatan kerajaan, dan juga matlamat saya untuk per-gi ke majlis agama. Kerana ingin memberikan pendedahan kepada mereka ini agar mereka tahu ramai orang akan datang, untuk mem-bayar zakat emas dan perak.

Pernah satu ketika, pada tahun lepas ketika saya mahu membayar zakat untuk emas dan perak, mer-eka tidak tahu berapa kadar dan berapa jumlah zakat yang hendak dibayar.

Jadi saya terpaksa memberitahu mereka bagaimana untuk melaku-kannya. Pada saya, benda itu perlu dan seboleh-bolehnya kita mahu mengikut hukum. Di mana emas dan perak zakatnya dibayar dalam bentuk emas dan perak.

Apakah perancangan jangka masa panjang (3-5 tahun akan datang) bagi memantapkan lagi pertumbuhan syarikat Kezo Re-sources?

Dalam tempoh 3 tahun hingga 5 tahun akan datang, jutawan lo-gam setakat ini telah didaftarkan (trademark) dan sekarang tengah bergerak dalam bentuk DVD dan CD, untuk memberikan pendeda-han kepada mereka yang tinggal jauh dengan saya.

Kita juga akan tulis buku tentang pelaburan. Kita tidak akan menjual apa-apa dalam buku ini dan fokus-nya adalah menerangkan semua maklumat berkaitan dengan emas dan perak. Selain itu saya juga mengadakan roadshow terutama-

8 Majalah Niaga Edisi 21

Page 10: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

kepadanya, “Adik, selepas ini mahu buat apa?” “Saya mahu berniaga,” dia beritahu saya. Saya tanya, “Adik mahu berniaga apa?”. Beliau hanya membalas dengan jawapan “Hendak berniaga.”. Jadi, fokus dan matlamat-nya tidak jelas. Dia tidak tahu mahu berniaga apa.

Contoh, jika pilih makanan, terlalu banyak pilihan dalam bidang ini. Pengalaman saya sepanjang lebih 10 tahun dalam pelbagai bidang perniagaan (kon-traktor, kilang plastik dan sebagainya)mendapati ini adalah punca kegagalan.

Ini juga disebabkan mereka tiada ilmu dan juga men-tor. Mentor ini maksudnya cikgu. Biasanya kita buat, berfikir, dan minta doa pada Allah. Sebenarnya Allah makbulkan doa kita, tetapi disebabkan kita tiada ilmu dan bimbingan, ia menyebabkan kita cepat jatuh.

Jadi, ini untuk para usahawan, pastikan anda mempu-nyai modal yang kuat. Tidak semestinya banyak, teta-pi kuat untuk tujuan balik modal (rolling). Jika tidak, berkemungkinan besar hati itu akan berpatah balik disebabkan oleh ketahanan mereka kurang.

Sudahlah sokongan itu kurang, kemudian ketahanan pun kurang. Ini yang menyebabkan mereka ingin ber-patah balik dan hidup makan gaji. Bagi saya perkara ini tidak elok untuk dilakukan.

Saya juga mungkin boleh memperingatkan kepada para usahawan, jikalau ada untung, senang-senang lapangkan minda untuk melabur dalam emas dan perak. Paling kurang pun untuk bermula, beli emas.

Bukan senang untuk kita dapat untung apabila men-jadi usahawan. Jadi cuba untuk hargai setiap keuntun-gan yang kita peroleh. Waktu kita di puncak, gunakan ilmu dan laburkan sedikit untuk masa hadapan.

Bagi saya, emas adalah alat yang paling baik untuk jaminan masa hadapan. Di saat kita tidak ada duit, emas adalah satu daripada penyelamat. Tetapi jika mahu lebih lanjut, boleh rujuk dengan saya di Face-book.

Boleh Ir. beritahu medium yang sesuai , contohnya seminar, buku, kursus untuk pembaca kami mem-pelajari selok belok berkenaan bidang pelaburan logam. Sama ada yang Ir. anjurkan atau anjuran individu mahupun organisasi lain?

Tentang seminar, banyak yang kita boleh dapat dalam Facebook. Kita boleh pergi ke mana-mana seminar berkaitan. Tetapi dengan syarat, saya mohon kepada yang baru berjinak-jinak agar lapangkan minda.

Jangan terus membuat tindakan terburu-buru. Pen-galaman saya sendiri, kebanyakannya mempunyai matlamat tertentu. Contohnya, kebiasaannya apabila saya turun dari pentas sahaja, kebanyakan orang akan beritahu saya mereka sudah jadi mangsa penipuan, Ar-Rahnu dan macam-macam lagi.

Bagi saya, ini yang sebenarnya perlu diberitahu kepada orang ramai. Bukan semuanya indah dalam pelaburan emas ini. Ramai yang tertipu kerana tidak didedahkan tentang hal pelaburan yang betul.

Namun untuk jutawan logam, selalunya saya akan beritahu dalam Facebook Pages saya www.facebook.com/irsofianfan (Ir Sofian–Jutawan Logam), saya akan sarankan agar orang untuk dengar dahulu. Tidak men-gapa jika tidak percaya. Tetapi maksud saya, dalam menerima ilmu ini kita kena membuka minda dan pe-mikiran.

Kemudian memilih satu saluran yang betul kerana kita mahu wang pelaburan kita itu berbaloi. Jangan ter-tipu. Sekali lagi saya cakap, jangan tertipu. Sekali lagi saya cakap, jangan tertipu kerana di luar sana terlalu banyak yang mengambil kesempatan.

Mereka yang melakukan skim biasanya berselindung dengan nama pelaburan emas. Jadi di situ orang ra-mai akan teruja. Untuk buku-buku pun, boleh cari buku bahasa Inggeris kerana buku bahasa Malaysia agak terhad.

Banyak buku mengenai emas dan perak tersenarai di kedai buku seperti MPH. Insya Allah, dalam jangka masa terdekat ini juga saya akan mengeluarkan buku yang lebih bersikap adil. Bermakna memberi maklu-mat secara jelas mengenai pelaburan emas dan perak.

Jadi. kami ucapkan jutaan terima kasih kepada Ir. Sofian kerana sudi menerima jemputan kami serta meluangkan masa untuk menjawab kesemua soa-lan kami dengan baik .Sekian sahaja dari kami.

Semoga perkongsian bersama Ir Sofian untuk e-Majalah Majalah Niaga sebentar tadi dapat mem-beri input serta pengetahuan yang luas mengenai pelaburan logam para pembaca Majalah Niaga. Kita jumpa pada edisi seterusnya,Assalamualaikum wrt wbt.

9 Majalah Niaga Edisi 21

Page 11: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

5 Ramai orang ada salah faham mengenai pasaran saham. Pasaran saham bukan sekadar untung turun naik harga. Ia sebenarnya adalah tempat di mana pemilikan sesuatu syarikat dijual beli dengan mudah. Disebalik saham-saham yang dijual beli ada bisnes yang sebenar. Syarikat yang terlibat bisnes haram, maka sahamnya jadi tidak patuh Shariah. Cara yang paling baik untuk buat untung secara konsisten adalah dengan memahami dunia bisnes itu sendiri. Ini adalah lima tokoh besar pelaburan saham dalam dunia ini:

Peter Lynch John C Bogle Philips A Fisher Warren Buffett Benjamin Graham

TIP KEWANGANSUZARDI MAULAN@PAKDI

tokoh pelabur yang wajib kita kenal

Peter Lynch menguruskan Magellan Fund dari 1977 – 1990. Secara purata pulangan dana tersebut memberi-kan pulangan 29.2% setahun. Prinsip pelaburannya mudah, “Melaburlah dalam sesuatu yang kita tahu.” Beliau mempunyai 3 buah buku bertajuk One Up on Wall Street, Beating the Street dan, Learn to Earn.

Beliau merupakan pengasas Vanguard Group yang terkenal dengan index fund yang berkos rendah. Prin-sip pelaburannya adalah “If you can’t beat the market, buy the market.” Tuan Bogle menulis sebuah buku yang bertajuk Common Sense on Mutual Funds: New Imperatives for the Intelligent Investor. Strategi pelaburan indeks merupakan strategi paling sesuai bagi kebanyakan orang termasuklah di Malaysia kerana kita cuma perlu ‘buy the market’.

Terkenal menerusi buku bertajuk Common Stocks and Uncommon Profits. Beliau mempunyai 15 kriteria untuk membeli sesuatu syarikat dan dikenali sebagai antara pengasas strategi growth investing. Beliau membeli saham Motorola pada 1955 dan tidak menjualnya sehinggal meninggal dunia pada 2004.

Pelabur paling kaya di dunia hari ini, Beliau menggabungkan kaedah Philip A Fisher dan Benjamin Graham. Tuan Buffett tidak pernah menulis buku melainkan Letters to Shareholder kepada semua pemegang saham Berkhsire Hathaway. Surat tersebut mengandungi banyak ilmu pelaburan dan ianya adalah percuma untuk kita baca menerusi laman web. Hidupnya simpel. Walaupun mempunyai kekayaan sekitar USD45 billion, beliau cuma mengambil USD100,000 gaji setahun, masih tinggal di rumah 5 bilik yang dibelinya pada 1957 di Omaha, Nebraska dan selepas mati akan mendermakan 99% hartanya kepada Gates Foundation.

Sifu kepada Warren Buffet. Buku beliau yang patut kita miliki adalah ‘The Intelligent Investor.” Sebuah lagi buku adalah ‘The Security Analysis’ tapi ia adalah lebih teknikal bahasanya. Pengasas prinsip Value Invest-ing. Memperkenalkan prinsip instrinsic value, margin of safety, Mr. Market dan perbezaan antara aktiviti pelaburan dengan aktiviti spekulasi. “The stock investor is neither right nor wrong because others agreed or disagreed with him; he is right because his facts and analysis are right.”

Benjamin Graham

Warren Buffett

Philip A Fisher

John C Bogle

Peter Lynch

10 Majalah Niaga Edisi 21

Page 12: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

INSPIRASI USAHAWANAQIF AZIZAN

RAHSIA USD1 BILIONDALAM 18 BULAN-BAGAIMANA INSTAGRAM MELAKUKANNYAMinggu ini kita dihebohkan dengan berita pemilikan syarikat yang berlaku di antara Facebook dan Instagram. Menurut sumber yang sahih, Facebook dikatakan telah membeli Instagram dengan nilai pemilikan sebanyak USD1 bilion. Satu angka yang mengejutkan dalam sejarah pemilikan syarikat teknologi maklumat. Instagram merupakan sebuah aplikasi perkongsian gambar yang dibangunkan oleh oleh dua orang anak muda iaitu Kevin Systrom dan Mike Krieger. Antara isu sensasi mengenai Instagram adalah tempoh pembangunan syarikat ini sebelum dibeli oleh Facebook.

18 Bulan, 9 Pekerja, dan Nilai USD1 Bilion

Instagram – 5 Rahsia Membina Perniagaan Bernilai Bilion Ringgit

Fokus pada minimalis

Kevin, usahawan yang berusia 27 tahun membangunkan syarikat Instagram bersama Mike Krieger pada bulan Oktober 2010. Dalam tempoh kurang 18 bulan, syarikat ini hanya mempunyai 9 pekerja sahaja.

Bermatlamat untuk menghasilkan sebuah aplikasi perkongsian gambar yang membuatkan penggunanya teruja untuk menggunakannya setiap hari, kini syarikat itu menjadi 100% milik Mark Zuckerberg dengan nilai melebihi 8 angka.Baru-baru ini juga, dikatakan jumlah pengguna Android yang muat turun aplikasi Instagram dalam telefon pintar mereka melebihi 5 juta dalam tempoh kurang daripada 1 minggu.

Dari aspek keusahawanan, terdapat lima elemen penting yang boleh kita ambil daripada kisah kejayaan mereka berdua membangunkan Instagram. Antaranya adalah:

1.Fokus pada minimalis.

2.Kuantiti tidak menjejaskan kualiti.

3.Sekecil-kecil masalah adalah peluang yang besar.

4.Tambah nilai, angka bilion akan hadir.

5.Setia dan percaya pada visi.

1Perbezaan ketara di antara aplikasi Instagram dan aplikasi-aplikasi perkongsian gambar yang lain adalah pendekatan yang dibawa oleh dua orang usahawan ini. Meletakkan terlalu banyak fungsi menarik tidak menja-min pengguna akan suka pada aplikasi kita.

Dengan mengamalkan pendekatan minimalis (satu daripadanya adalah gambar-gambar hanya boleh berkongsi di Twitter dan Facebook), Apple mengumumkan aplikasi Instagram sebagai “App of The Year” pada tahun 2011.Sesuatu yang simpel jangan disangka tidak akan mencetuskan kejayaan berganda. Ini sudah dibuktikan oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger.

11 Majalah Niaga Edisi 21

Page 13: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

Kuantiti Tidak Menjejaskan Kualiti

Sekecil-Kecil Masalah Adalah Peluang yang Besar

2

3

Sebelum ini kebanyakan orang berpendapat jum-lah pekerja yang banyak dalam sesebuah syarikat merupakan ikon kejayaan mereka. Lagi ramai pe-kerja, lagi besar keuntungan syarikat. Persepsi ini tidak betul. Instagram berjaya dijual dengan nilai USD1 bilion ketika jumlah keseluruhan pekerja dalam organisasi tersebut hanya mempunyai 9 orang sahaja.

Kejayaan sebuah syarikat tidak bergantung pada jumlah pekerja yang ramai. Kualiti sentiasa ber-jaya menandingi kuantiti. Namun begitu, sekiran

Semakin hari, banyak bukti yang menjelaskan ke-pada kita bahawa setiap masalah itu ibarat pelu-ang keemasan. Perkara ini turut berlaku dalam kes aplikasi Instagram.

Ketika ia pertama kali dilancarkan pada Oktober 2010, Kevin menyatakan dalam blognya di mana tujuan Instagram dibina adalah untuk menyele-saikan masalah orang ramai mengenai isu gambar yang diambil tidak cantik dan sukar untuk diedit serta merta, isu masa yang diambil terlalu lama untuk muat naik gambar ke dalam ruangan

ya Instagram mempunyai banyak kuantiti pekerja yang berkualiti, yakni memenuhi keperluan skil untuk me-mantapkan pembangunan syarikat, diyakini nilai Instagram akan jauh lebih besar berbanding USD1 bilion.

internet dan juga isu kesukaran untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan sekeliling. Masalah-masalah yang dinyatakan di atas yang membawa kepada nilai USD1 bilion Instagram. Jumlah angka muat turun juga membuk-tikan aplikasi ini berjaya menarik minat pengguna telefon pintar di seluruh dunia khususnya iPhone. Di mana mereka mencatatkan 1 juta angka muat turun pada bulan Disember 2010, dan sehingga kini jumlah pengguna aplikasi Instagram mencecah lebih 30 juta. Tidak ada masalah yang boleh diperkecilkan. Sekecil-kecil masalah, ia adalah satu peluang yang besar dari kaca mata seorang usahawan.

Tambah Nilai, Angka Bilion Akan Hadir4Masalah yang disinergikan dengan solusi yang dapat menambah nilai dalam kehidupan orang ramai akan menghasilkan lebih banyak manfaat. Sama ada dari sudut ekonomi, sosial dan pelbagai lagi.

Satu minggu sebelum Instagram dijual kepada Facebook, pihak TIME menemubual Kevin men-genai status syarikat jika ia berjaya menarik perhatian untuk para pelabur yang berminat un-tuk membelinya. Jawapan yang beliau berikan adalah,

12 Majalah Niaga Edisi 21

Page 14: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

“Kami tidak pernah terfikir untuk menjual syarikat ini.” Sehingga hari ini, kedua-dua pemilik aplikasi perkongsian gambar ini menjelaskan matlamat utama Instagram adalah untuk menambah nilai terhadap diri pengguna telefon pintar. Mereka mahu pengguna mempunyai kemudahan untuk: >Mengedit gambar dengan pantas dan kelihatan profesional. >Memuat naik gambar dalam jangka masa yang singkat. >Berkongsi dengan rakan-rakan khususnya menerusi ruangan sosial seperti Twitter dan Facebook. Daripada fokus untuk menambah nilai kepada pengguna, maka terhasilnya satu peluang untuk memperoleh USD1 bilion dalam tempoh kurang 18 bulan.

Setia dan Percaya Pada Visi5Visi yang jelas selaras dengan tugasan-tugasan yang mencabar untuk merealisasikannya. Cara paling mudah untuk mencapai visi ini adalah dengan berdampingan dengan orang-orang yang sudah berjaya mencapai visi yang hampir sama dengan apa yang kita mahu capai. Kevin berpengalaman bekerja di Google dan memperoleh 1,001 pengalaman menakjubkan menerusi inovasi yang dibangunkan oleh syarikat gergasi enjin carian itu. Dalam masa yang sama, ia memperkukuhkan visi beliau dengan rakannya

mengenai kuasa social sharing dalam dunia teknologi masa kini. Ini yang menyebabkan tercetusnya idea untuk membangunkan sebuah aplikasi yang diberi nama Instagram.

Siapa ‘The Next Instagram’ Malaysia?

Ketika menulis artikel ini, kita melihat satu perkembangan pesat dan baik dalam industri teknologi Malaysia. Di mana dalam kalangan anak-anak muda sendiri sudah mengorak langkah untuk membangunkan syarikat teknologi mereka sendiri. Ada yang sudah menghampiri kejayaan, dan ada juga yang masih jauh lagi ketinggalan. Namun begitu, kita sebagai rakyat tempatan wajar memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dari pelbagai sudut, untuk mencipta kejayaan yang lebih besar dalam industri teknologi tempatan. Siapa tahu, akan wujud syarikat yang setaraf nilainya dengan Facebook, Twitter mahupun Instagram suatu hari nanti.

13Majalah Niaga Edisi 21

Page 15: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

CERPEN BISNESAZZAR AR

MUAZIdea Moto Cabuk

Sedutan Kisah Lalu

E K S P R E SKesemua idea bisnes Muaz dicantas oleh Farhan. Muaz sendiri mendapati dia tidak mampu melaksanakan beberapa ideanya sendiri. Dia hampir kecewa, namun, kata-kata Farhan menyalakan kembali harapannya.

Farhan tersenyum lebar. Dia menjungkit kening kanan, dan berkata, “Apa harta yang engkau ada sekarang?” Muaz menarik nafas panjang. Dia me-mandang sekeliling, dan matanya terhenti apabila terpandang sesuatu. “Aku hanya ada motosikal cabuk itu.” Melebar senyuman Farhan mendengar jawapan Muaz itu. Lalu dia mengangkat-angkat kening dan memandang Muaz penuh makna.

Bisnes Motosikal Cabuk

“Daripada motosikal cabuk itulah, bisnes engkau akan dimulakan.”

“Berhentilah fikirkan wang yang besar bagi dijadi-kan modal bisnes. Sekiranya engkau jual motor itu, berapa benarlah yang engkau dapat? Dan bagaimana pula engkau mahu bergerak ke sana ke sini men-jalankan bisnes?” Wajah Muaz kembali muram. Dia mengeluh. “Jadi?” “Jadi,” kata Farhan, “Aku sudah beri klu. Sekarang masa untuk engkau berfikir. Kejutkan otak kanan engkau yang sudah tidur bertahun-tahun itu. Fikir! Fikir!”

Idea yang Tidak Hadir

Kipas meja yang sarat dengan habuk, berputar lemah walaupun dipasang dengan kelajuan maksimum. Muaz berbaring di atas tilam nipis, sambil lengan kanan diletakkan di atas dahi. Di sisinya, buku nota dan pen. Matanya sejak tadi terkebil-kebil merenung siling. Apa yang dapat aku buat dengan motosikal cabuk itu?”

Dia mengiring ke kanan. Kedua tapak tangannya melapik pipi.

“Apa agaknya?”

Dia mengiring ke kiri pula. Kali ini

bantal kekabu yang penuh dengan peta benua Asia itu dipeluk.

“Idea, datanglah. Idea, tolonglah datang.” Muaz bangun dan duduk bersandar ke dind-ing. Dia memegang kepala dengan kedua tangan. Rambutnya yang tidak panjang, dipintal-pintal. “Aku perlu keluar!”

Teguran Mat Despatch

Langkah kaki Muaz tidak tetap tujuan. Sebentar dia berjalan ke kanan. Masuk ke lorong kiri. Masuk ke kedai buah, dan keluar semula. Belok ke kanan.

Akhirnya dia duduk di perhentian bas yang penuh dengan tampalan iklan mencari teman serumah, jual emas, dan pinjaman wang berlesen.

Muaz duduk di bangku besi karat, dan memerhati-kan kenderaan lalu lalang di jalan raya. Sedang asyik mengelamun, tiba-tiba sebuah motosi-kal berhenti mengejut di hadapan Muaz. Bau hangit tayar menusuk ke hidung. Debu berterbangan. Muaz mengipas-ngipas wajah dengan tangan. Penunggang motosikal itu membuka visor topi kel-edar, dan menghampiri Muaz sambil tersengih-sengih. Dia mengangkat tangan tinggi, dan bertanya, “Abang tahu di mana Jalan Tulip 22?” Muaz menjawab, “Di sana, Jalan Tulip 7. Mungkin terus lagi ke hadapan.” Penunggang itu duduk di sebelah Muaz. “Abang main mungkin-mungkin sahaja, abang bukan pen-duduk di sini?” Muaz senyum.

“Saya duduk di sini, tetapi tidak pernah ronda satu kawasan perumahan.” Mengangguk-angguk penunggang itu sambil mem-betulkan tali topi keledar.

14 Majalah Niaga Edisi 21

Page 16: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

“Abang tahu, susah kerja begini. Setiap hari perlu cari alamat berlainan. Naik pening saya, lagi-lagi bila jumpa kawasan perumahan besar seperti ini. Baru Jalan Tulip sudah ada 22. Belum Jalan Mawar, Jalan Kiambang, Jalan Teratai. Entah berapa ratus jalan ada di kawasan sebesar ini!” Muaz tersengih. Dia memerhati peti hitam di belakang motosikal itu. “Kamu kerja apa?” “Saya hantar surat. Mat despatch. Kadang-kadang bukan surat sahaja, bunga yang bos saya kirim kepada kekasihnya pun saya hantar. Bekal makan tengah hari suami kepada setiausaha syarikat pun saya hantar. Pen-dek kata, selagi belum tutup mata, hantar, hantar, hantar sahaja kerja saya.”

Idea Bisnes Muncul Akhirnya

Sambung penunggang itu lagi,“Saya ada terbaca dalam majalah, masalah orang ramai, adalah peluang bisnes untuk kita. Saya fikir, kalaulah saya caj komisyen untuk setiap penghantaran selain surat, tentu saya sudah kaya raya.

Tetapi bos saya kedekut. Hantar gajah sekalipun, gaji saya tetap banyak itu juga. Apa boleh buat, rezeki saya jadi mat despatch. Reda sahajalah.” Sekali lagi Muaz tersengih. Penunggang itu kemudian bangun, dan menghulur tangan mahu bersalam. “Saya minta diri dahulu. Mendung semacam, saya tidak bawa baju hujan. Terima kasih kerana tolong saya. Abang kacak dan baik budi, semoga Tuhan mudahkan hidup abang.” Mata Muaz terkebil-kebil memandang motosikal yang memecut dengan bunyi seperti motobot itu. “Aku sangka, mat despatch hanya hantar surat sahaja. Ada juga mat despatch yang hantar bunga…” Tiba-tiba Muaz berdiri. “Hantar barang! Bisnes perkhidmatan penghantaran barang!” Muaz melompat-lompat. Kedua tangannya di-genggam dan dihayun-hayun ke bawah. “Aku sudah dapat idea! Motor cabuk! Hantar barang! Terima kasih, Tuhan!” (bersambung….)

15 Majalah Niaga Edisi 21

Page 17: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

MOTIVASI & INSPIRASIMAZLAN MOHAMAD

7 Rahsia CEO & Jutawan MudaDariSilicon Valley

Penulis percaya Silicon Valley bukanlah nama yang asing bagi bagi kebanyakan pembaca Majalah Niaga. Sili-con Valley yang terkenal di San Francisco, Amerika Syarikat amat sinonim dengan jenama teknologi maklumat dan Internet global seperti Microsoft, Apple, Twitter, Google, eBay, Yahoo dan sudah semestinya Facebook. Ini kerana di Silicon Valley, jenama-jenama ini dilahirkan sebagai ‘star-up company’ sebelum berkembang menjadi jenama global beberapa tahun kemudian.

Apabila menyebut nama Silicon Valley, wajah-wajah seperti Bill Gates, Mark Zuckerberg, Steve Jobs, Larry Page dan Jerry Yang akan bermain di minda kita. Mereka di antara perintis yang mencetuskan inovasi dan revolusi hebat dalam indusiti teknologi maklumat dan Internet melalui syarikat-syarikat yang disebut di atas.

berani mengambil risiko ini sebagai ‘kebangkitan Ketua Pegawai Eksekutif remaja’ dan sememangnya mereka masih muda remaja, semuda usia 18 tahun. Mengambil inspirasi daripada kejayaan pengasas facebook, keban-yakkan daripada mereka mempunyai pengetahuan mengenai kod komputer, gemar melakukan projek secara freelance dan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi Internet yang terkini.

Ini tidak jauh berbeza seperti Mark Zuckerberg yang mula menghasilkan permainan komputer semasa kecil, dan mengambil kursus komputer tahap universiti ketika awal remaja.

Namun dalam kita masih mengagumi pencapaian dan kejayaan mereka serta ‘meniru’ model kejayaan mereka, para pelabur modal teroka (venture capital-ists) di Silicon Valley ini kita telah mula mengalihkan perhatian kepada generasi usahawan Internet muda, yang dilihat berpotensi besar untuk menjadi “Mark Zuckerberg” atau “Steve Jobs” yang se-terusnya.

Agensi berita Reuters dalam artikelnya baru-baru ini mengelarkan fenomena golongan usahawan internet muda, yang

Silicon Valley-Lahirkan Ramai Usahawan Luar Biasa

Silicon Valley

16 Majalah Niaga Edisi 21

Page 18: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan olrh syarikat Ernst & Young, semenjak lima tahun yang lalu semakin ramai pelabur teroka modal berminat untuk melabur pada golongan usahawan Internet muda ini, di samping memberi-kan mereka bimbingan dan latihan yang diperlukan.

Ia berjaya mendapatkan pelaburan berjumlah RM4.5 juta daripada Google Venture. Andrew Hsu meninggalkan pengajian peringkat Ph.D di universiti Stanford untuk menubuhkan Air Labs pada awal 2011, dan mempunyai misi untuk mengubah dunia melalui permainan sosial berunsur pendidikan.

Para pelabor modal teroka dikatakan tertarik untuk mengambil risiko melabur dengan mereka. Kerana model perni-agaan Internet memerlukan modal per-mulaan yang rendah serta faktor kejay-aan syarikat Internet seperti Facebook dan Google.

Antara usahawan Internet muda yang mendapat perhatian pelabur teroka tersebut adalah Andrew Hsu. Beliau yang baru berusia 20 tahun, mengasas-kan Airy Labs yang menghasilkan per-mainan sosial berunsur pendidikan.

Kisah Air Labs & Andrew Hsu - Suntikan RM4.5 Juta

Seperti mana syarikat-syarikat baru di Silicon Valley yang lain, syarikat miliknya jugak sedang melalui proses kesukaran di peringkat awal operasi. Baru-baru ini beliau terpaksa memberhentikan pekerja-pekerjanya dan me-mindahkan operasinya ke pejabat baru, yang di sewa di Palo Alto untuk mengawal kos operasi.

dalam permainan video di Internet. Brian Wong mendapat idea ini hasil pemerhatiannya terhadap pengguna-pengguna iPad yang bermain permainan video.

Beliau mendapati kesemua permainan video tersebut hanya menawarkan mata atau point dalam permainan, dan beliau melihat ini sebagai peluang untuk menghasilkan sesuatu yang baru yang akan menguntungkan pemain dan juga pembangunan permainan.

Hala tuju syarikat tersebut dirombak dan kini Air Labs memfokuskan pada peng-hasilan produk pendidikan matematik, bahasa, seni dan sains. Seorang lagi us-ahawan Internet muda, Brian Wong yang berusia 20 tahun mengasaskan Kiip yang menawarkan ganjaran sebenar ke-pada pemain-pemain permainan video.

Menerusi perkhidmatan Kiip, pembangu-nan permainan (game developer) kini ti-dak dapat memberikan ganjaran berben-tuk produk fizikal seperti Xbox kepada pemain yang mencapai tahap tertentu

Brian Wong-Kiip dan Revolusi Permainan Video

17 Majalah Niaga Edisi 21

Page 19: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

Menurut pengasas syarikat yang berjaya memperolehi modal teroka sebanyak RM12 Juta ini, antara faktor yang membuatkan pelabur berani melabur dengan mereka adalah kerana umur mereka yang muda. Pelabur melihat mereka sebagai golongan yang tidak meletakkan had dalam mencapai sesuatu (sky is the limit), dan berani mem-buat perubahan yang boleh mengubah industri Internet.

Menjadi Usahawan pada usia yang sangat muda dan kurang pengalaman, usahawan Internet muda ini mempun-yai kekurangan yang menyerlahkan ketidakmatangan diri dalam dunia perniagaan. Menurut salah seoarng pela-bur modal teroka dari Google Ventures, Joe Kraus, antara kelemahan ketara golongan usahawan Internet remaja ini ialah mereka tidak mempunyai pendedahan terhadap kisah kejayaan usahawan-usahawan Internet sebelum era Facebook dan Google. Ini diakui juga oleh salah seorang pengasas Netscape, Marc Andreesen yang memiliki syarikat modal teroka Andreesen Horowitz.

Lebih daripada seorang usahawan Internet muda yang ditemuinya pernah bertanyakan kepadanya apa itu Netscape (Netscape adalah pelayar laman web komersil yang pertama, sebelum munculnya Internet Explorer, dan merupakan pemacu era Internet pada tahun 1993). Malah Brian Wong (Kiip) juga mengatakan beliau hanya berusia 9 tahun sewaktu syarikat-syarikat Internet melalui detik ‘dotcom bust’, pada tahun 2000 yang menyaksi-kan majoriti daripada syarikat-syarikat tersebut terpaksa gulung tikar.

Serta para pelabur terpaksa menanggung kerugian. Justeru beliau tidak mendapat memahami apa yang berlaku pada waktu itu. Faktor umur muda mereka turut menimbulkan kesulitan apabila mereka berurusan dalam perkara melibatkan kontrak dan perjanjian. Ini dilalui oleh Tim Chae, pengasas bersama syarikat pemasaran media sosial PostRocket.

Ketika beliau berumur 19 tahun, beliau terpaksa meminta ayahnya datang ke San Fransisco untuk menandatan-gani perjanjian bersama penyewaan apartmentnya. Ini kerana pemilik apartment tersebut sukar mempercayai penyewa muda yang tiada pengalaman bekerja, dan tidak mempunyai sebarang rekod kewangan.

Faktor-faktor Pelabur Sanggup Melaburkan RM12 Juta

Usia Muda Juga Dedahkan Risiko Besar

Seperti Andrew Hsu (Airy Labs), Tim Chae juga meninggalkan pengajiannya di Kolej Babson bersama rakan-nya untuk menubuhkan syarikat pertamanya, RedeemR yang menawarkan perisian penyelesaian kesetiaan dan pengekalan pelanggan (customer loyalty and retention solution) untuk perniagaan kecil dan sederhana.

mesyuarat tersebut ditolak. Beliau mengasaskan laman permainan dalam talian Minomonters. Namun bagi Buck-ley itu bukannya masalah besar kerana ketika berusia 15 tahun beliau telah mempunyai pengalaman menjual laman permainan dalam taliannya yang pertama, Menewsha.com dengan harga enam angka.

Sebelum itu beliau pernah mengasaskan nuSage, rangkaian sosial yang meng-hubungkan para pelajar kolej dan maji-kan, bagi membolehkan pelajar-pelajar kolej mencari pekerjaan semasa masih belajar dan juga selepas tamat penga-jian.

Seorang lagi usahawan Internet muda, Josh Buckley yang berusia 20 tahun, pernah terlepas menghadiri mesyuarat dengan sebuah syarikat teroka modal kerana tidur lewat malam sebelumnya. Permintaannya untuk menjadualkan

Lagi CEO Muda - Tim Chae dan Josh Buckley

18 Majalah Niaga Edisi 21

Page 20: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

Buckley tidak pernah mendedahkan harga sebenar jualan tersebut namun yang pasti kerana pengalamannya itu, beberapa syarikat teroka modal termasuk Andressen Harowitz bersetuju melabur sebanyak RM3 juta di dalam Mi-nomonsters yang mempunyai visi, untuk menjadi pesaing terhebat kepada permainan Pokemon di dalam iPhone.

Pengalaman yang sama turut dialami oleh pengasas syarikat pembayaran Gumroad yang berusia 19 tahun, Sahil Lavingia. Di sebabkan oleh cuaca panas, beliau pernah hanya memakai seluar pendek dan kemeja-t ketika menghadiri mesyuarat bersama sebuah syarikat teroka modal, VC Accel Partners.Namun begitu, beliau tetap berjaya mendapatkan modal teroka berjumlah RM3.3 juta.

Di sebalik kekurangan CEO-CEO muda ini, mereka amat bertuah kerana di Sili-con Valley terdapat pelbagai program yang dijalankan oleh pelbagai syarikat teroka untuk membimbing mereka.

Di antaranya adalah program 500 Sta-rups, program jangka pendek khusus un-tuk golongan muda yang ingin menjadi usahawan

Sahil Lavingia - 19 Tahun Peroleh RM3.3 Juta

Rahsia Silicon Valley - Pengurusan Sistematik

Melalui program ini, para peserta berpeluang bertemu dan mendapat khidmat para mentor dari pelbagai bidang serta bertemu dengan pelabur modal teroka untuk mendapatkan pembiayaan. Begitu juga dengan program Y Combinator yang mempunyai objektif yang sama, dan memberikan pendedahan selama tiga bulan kepada para

Namun, kisah usahawan-usahawan teknologi muda ini bukanlah suatu perkara baru di Silicon Valley. Sebelum ini, ramai usahawan Silicon Valley di bawah umur 20 tahun telah mencatat kisah kejayaan yang tersendiri, cuma kisah mereka ini tidak mendapat liputan meluas daripada media.

peserta. Pengasas Paypal, Peter Thiel, yang kini merupakan antara pelabur modal teroka terkemuka Silicon Valley, pula telah mengasaskan program 20 Under 20 Thiel Fellowship. Mereka yang terpilih di bawah program ini diwajibkan berhenti belajar demi untuk mengejar im-pian mereka menjadi usahawan Internet.

Mereka juga akan diberi bimbingan serta pembiayaan. Peter Thiel sememang-nya amat dikenali dengan pelaburannya dalam beberapa syarikat termasuk Zyn-ga, Linkedln dan Facebook.

19 Majalah Niaga Edisi 21

Page 21: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

Antaranya adalah Ben Casnocha. Ketika berusia 19 tahun beliau telah menghasilkan laman web Comcate.com yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian pengurusan khidmat pelanggan kepada badan-badan kerajaan. Mula berjinak-jinak dengan keusahawanan seawal usia 12 tahun, pendapatan yang dijana dari laman webnya itudianggarkan sekitar RM2.4 juta setahun pada awal tahun operasinya. Ben Cas-nocha telah merakamkan pengalaman nya di dalam bukunya yang bertajuk ‘My Start-Up Life: What a (Very) Young Entrepreneur Learned On His Journey ThroughSilicon Valley’ pada tahun 2007.

Pada tahun 2012, beliau menghasilkan buku terbarunya bertajuk ‘The Start-up of You’ bersama seorang penulis lain.

Ben Casnocha - Untung RM2.4 Juta Dalam Masa 12 Bulan

Seorang lagi usahawan Internet yang mencipta kejayaan pada seawal usia 14 tahun ialah Aaron Swartz. Pada seusia tersebut beliau telah menghasilkan RSS 1.0 bersama seorang rakannya. Kepada mereka yang menggu-nakan blog, RSS atau lebih dikenali sebagai RSS feed membolehkan pengunjung sesuatu blog mendapat

melibatkan diri dalam gerakan aktivis Internet dan beliau kini merupakan pengasas serta pengarah Demand Progress, sebuah gerakan perubahan yang tidak berasaskan keuntungan dan mempunyai hampir lima ratus ribu orang ahli.

makluman apabila maklumat di dalam blog tersebut dikemaskini.

Aaron Swartz meninggalkan pengajian-nya di Universitu Stanford selepas baru setahun pengajian, untuk menubuhkan syarikat perisian Infogami. Seterusnya beliau menghasilkan laman sosial Red-dit.com yang kemudiannya dijual kepada sebuah syarikat penerbitan majalah ter-kenal, Conde Nast Publications.

Berbanding usahawan Internet yang lain, Aaron Swartz kini lebih cenderung

Aaron Swartz - Pengasas RSS 1.0

20 Majalah Niaga Edisi 21

Page 23: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

TIP PELABURAN HARTANAHROHANIAH NOOR

PELABURAN HARTANAHTanya Hati Mati,

Tanya Kalkulator Selamat

Pelaburan hartanah adalah satu pelaburan yang mempunyai risiko untung dan rugi. Ia merupakan satu bentuk perniagaan yang memerlukan strategi yang betul dan perlu diuruskan melalui keputusan yang te-pat. Oleh yang demikian, membeli rumah untuk pela-buran jauh bezanya dengan membeli rumah untuk kediaman sendiri.

Beza Rumah Keluarga dan Rumah Pelaburan

Jika membeli rumah untuk didiami, keselesaan diri dan keluarga memainkan peranan penting. Soalan seperti, “Adakah anda sukakan rekabentuk susunan dalaman rumah ini?”, “Adakah jiran-jirannya baik?”, “Adakah persekitarannya selamat?” perlu anda jaw-ab.

Dalam bahasa ringkasnya, tanya sama hati.

Namun apabila anda membeli rumah untuk disewa, anda perlu bertanya kepada kalkulator anda. Kalkula-tor yang tidak rosak akan memberikan jawapan yang tepat untuk merungkai segala persoalan yang ada di dalam pemikiran anda.

Perlunya anda bertanya kepada kalkulator kerana pelaburan ini dilakukan untuk mendapat pulangan dalam bentuk angka, bukan? Maka biarlah angka yang menjawabnya.

Jadi, apakah soalan yang patut anda tanya kepada Encik Kalkulator anda?

Tip Perlaburan Hartanah - 3 Soalan Utama

Ada 3 soalan utama yang perlu ditanya sebelum anda membeli mana-mana rumah sebagai

pelaburan anda.

Soalan #1 - Tanya, “Berapa bajet saya?”

Soalan ini adalah soalan yang paling asas untuk dit-anya. Untuk membeli sesebuah hartanah dari lelon-gan atau pasaran kedua, anda perlu membayar wang deposit dan yuran guaman.

Secara asasnya, untuk membeli sebuah rumah, anda perlu membayar wang deposit sebanyak 10% daripa-da harga rumah. Sebagai contoh, jika anda berhasrat untuk membeli apartment bernilai RM100,000, anda perlu mempunyai wang tunai sebanyak RM10,000 khas untuk deposit sahaja.

Namun begitu, ia bergantung pula pada margin pin-jaman anda. Jika anda sudah pun mempunyai dua buah rumah yang masih di dalam pinjaman, anda hanya akan memperoleh pinjaman sebanyak 70% bagi rumah seterusnya.

Ini bermakna, bagi pinjaman perumahan ketiga dan seterusnya, anda perlu menyediakan deposit seban-yak 30% dari harga jualan. Dalam kes apartment berharga RM100,000 tadi, anda perlu menyediakan wang deposit sebanyak RM30,000.

Selain itu, anda juga perlu menyediakan wang untuk yuran guaman bagi 2 perkhidmatan peguam; peguam bagi proses jual-beli dan juga peguam untuk doku-men pinjaman.

Untuk yuran guaman jual-beli rumah, anda perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 3 – 4% dari-pada harga jual rumah tersebut. Ini bermakna, bagi pembelian apartment idaman anda yang berharga RM100,000 tadi, lebih kurang RM3,000 – RM4,000 diperlukan.

22 Majalah Niaga Edisi 21

Page 24: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

Cara ketiga merupakan cara yang lebih tepat iaitu dengan bertanya kepada pegawai bank yang mana anda berhasrat untuk memohon pinjaman daripadan-ya.

Anda perlu memberikan alamat penuh, butiran pegan-gan tanah, keluasan rumah dan sebarang pengubah-suaian, jika ada, pada rumah tersebut.

Cara keempat iaitu yang paling tepat adalah dengan mengupah penilai hartanah untuk membuat penilaian ke atas rumah tersebut.

Namun, anda perlu pastikan bahawa penilai hartanah ini merupakan panel kepada bank yang anda ingin memohon pinjaman nanti supaya laporan penilaian itu diterima oleh pihak bank tersebut.

Bagi caj peguam untuk dokumen pinjaman pula, anda boleh memohon bank memasukkan amaun tersebut di dalam pinjaman anda. Ini boleh menjimatkan wang tunai dan modal yang perlu anda keluarkan.

Secara kasarnya, jika anda mempunyai wang tunai sebanyak RM13,000 di dalam akaun bank, kalkulator anda akan menjawab yang anda boleh membeli se-buah rumah berharga RM100,000 ke bawah sahaja.

Soalan #2 – Tanya, “ Berpatutankah harganya?”

Untuk mengetahui sama ada harga yang ditawarkan kepada anda itu berpatutan atau tidak, anda harus mendapatkan nilai pasaran semasa rumah itu. Ter-dapat empat cara untuk mendapatkan nilai pasaran.

Cara pertama adalah merujuk kepada iklan jualan atau bertanya kepada agen hartanah yang mahir dengan kawasan tersebut. Jika anda merujuk kepada iklan, anda perlu berhati-hati kerana biasanya penjual cuba menjual rumah mereka lebih tinggi dari harga pasaran.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan men-gira purata harga di antara harga tertinggi yang dita-warkan dengan harga terendah.

Cara kedua, jika tiada iklan bagi rumah yang sama dijumpai, anda boleh merujuk kepada iklan jualan rumah yang berada di lokasi bersebelahan dengan-nya.

Sebagai contoh, katakan rumah teres di lorong be-lakangnya dijual dengan harga RM290,000 bagi kel-uasan sebanyak 1400 kaki persegi.

Anda bolehlah mengira berapa harga bagi setiap kaki persegi rumah yang anda ingin beli melalui formula ini:

Di dalam kes ini, anda akan dapati harga per kaki per-segi di apartment itu adalah RM207.14.

Anda boleh mendarab keluasan rumah yang anda in-gin beli dengan indicator RM207.14 per kaki persegi. Katakan rumah yang anda hendak beli itu berkelua-san 1300 kaki persegi, maka anggaran harga pasa-ran bagi rumah tersebut adalah RM1,300 x RM207.14 iaitu RM269,282.

Anda bolehlah membandingkan harga yang hendak dijual sama ada lebih tinggi atau lebih rendah dari harga indikator ini. Harus diingat, ini hanyalah indika-tor harga sahaja serta dengan andaian bahawa tiada pengubahsuaian atau kerosakan yang ketara di an-tara kedua-dua unit rumah ini.

23 Majalah Niaga Edisi 21

Page 25: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

Soalan #3 – Tanya, “Untungkah saya?”

Jika anda membeli untuk mendapatkan pulangan modal, anda perlu melihat prestasi kenaikan harga unit lain di kawasan yang sama sejak 3- 5 tahun lepas.

Adakah kenaikannya mencecah 10% setahun? Berapa pula sasaran keuntungan modal yang anda ingin perolehi selepas satu jangka masa? Jika anda mempunyai sasaran untuk memperoleh keuntungan kasar sekurang-kurangnya 40% dalam masa 4 tahun, perhatikan sama ada sasaran ini realistik atau tidak untuk dicapai berdasar-kan kenaikan harga semasa.

Jika tidak, sanggupkah anda menerima keuntungan lebih rendah sedikit, misalnya 30% sahaja dalam masa 4 tahun?

Perhatikan juga faktor-faktor positif yang mungkin akan muncul di dalam jangka masa terdekat yang membantu melonjakkan harganya. Antaranya seperti pembinaan stesyen LRT atau MRT baru, pembinaan lebuhraya yang boleh diakses dengan mudah, pembangunan universiti dan kolej atau pembangunan pusat komersial bertentan-gan dengan rumah ini.

Sebaliknya, jika anda membeli rumah ini untuk mendapatkan pulangan keuntungan sewaan, anda perlu mengira pulangan menggunakan formula ini:

Kadar pulangan sewa seharusnya melebihi 6% namun jika anda inginkan keuntungan dan jaminan keselamatan yang lebih tinggi, belilah rumah yang memberi anda pulangan sewa 7.5% ke atas.

Ikut hati mati.

Tindakan Keramat - Tanya Kalkulator Sekarang

Kesimpulanya, 3 soalan ini merupakan soalan keramat yang perlu anda tanya kalkulator anda sebelum anda membuat keputusan sama ada untuk membeli sesebuah hartanah itu atau tidak. Jika ia memberikan jawapan yang kurang memberansangkan, seeloknya anda berlalu sahaja dari hartanah tersebut.

Di dalam pelaburan hartanah, anda tidak dibenarkan sekali-kali jatuh cinta pada sesebuah hartanah kerana ia boleh mengaburi pertimbangan anda menjadi bias. Harus diingat, pelaburan hartanah mungkin adalah pelaburan termahal anda. Kesilapan yang sedikit boleh membuatkan anda kerugian atau merana berpuluh atau beratus ribu bertahun-tahun lamanya.

24 Majalah Niaga Edisi 21

Page 26: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

Jangan Lakukan 3 Kesilapan Ini

!AWAS

UsahawanTIP LELONGAN ONLINE

ERUWAN GERRY

Salam hormat saya ucapkan kepada semua pembaca setia laman web Majalah Niaga. Saya sen-tiasa mendoakan yang anda berada dalam keadaan sihat dan gembira di dalam kehidupan sehar-ian anda. Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi dengan anda 3 kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan-usahawan Internet yang menjual di portal eBay. Sama ada oleh mereka yang sudah lama menjual atau yang baru saja berjinak-jinak dengan portal eBay. Mari kita mulakan…

MEMBURU BARANGAN TERKINI YANG POPULARAnda mungkin pernah membaca mana-mana artikel atau pernah mendapat pendedahan daripada penjual-penjual eBay yang lain. Bahawa anda sepatutnya menjual barangan popular yang terkini untuk menjana keuntungan yang besar di portal eBay.

Strategi ini kelihatan mudah tetapi setelah anda melakukannya dalam masa sebulan dua, baru-lah anda akan dapat melihat bahawa ianya bukan satu perkara mudah untuk memburu barangan popular terkini untuk dijual semula di portal eBay pada setiap masa.

kerana tidak mendapat keuntungan yang baik daripada penjualan anda. Sikap sentiasa memburu barangan popular akan membinasakan perniagaan anda dalam jangka masa panjang.

Solusi: Buat Kajian Terlebih Dahulu Sikap usahawan eBay yang bijak adalah membuat kajian terlebih dahulu berdasarkan kategori barang yang paling sesuai untuk usahawan tersebut jual.Ini boleh jadi berdasarkan minatnya, kepakarannya atau sumber bekalan yang boleh diperolehinya. Berdasarkan kajian ini, maka usahawan tersebut boleh memilih jenis barangan yang paling sesuai untuk dijual olehnya, dan terus menumpukan usaha dalam kategori tersebut sehingga berjaya. Strategi sentiasa memburu barangan popular adalah seperti skim cepat kaya yang mana ianya cuma merugikan anda dalam jangkamasa panjang.

Masalah paling utama adalah barangan popular di portal eBay sering berubah. Apa yang popular pada hari ini belum tentu lagi akan terus popular pada keesokkan hari. Jika anda selalu terpak-sa mencari bekalan produk terkini untuk dijual maka anda akan menghabiskan kebanyakan masa anda, untuk mencari bekalan daripada melakukan jualan.

Lambat laun anda akan merasa bosan dan akh-irnya mengalah di dalam menjual di portal eBay

25 Majalah Niaga Edisi 21

Page 27: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

AKAUN EBAY TERBANGSaya tahu terdapat ramai individu yang bergelar “pakar” di dalam menjual di portal eBay meng-gunakan teknik yang salah ini. Teknik “Akaun eBay Terbang” adalah strategi di mana seseorang individu yang menjual di portal eBay membuka berbelas-belas, atau berpuluh-puluh akaun eBay dengan tujuan untuk menjual barangan mereka daripada pelbagai akaun ini. Rasional yang diberikan oleh mereka adalah sekiranya satu akaun ditutup maka mereka boleh menggunakan akaun yang lain. Strategi mereka adalah lebih kepada cuba untuk mengaburi pihak

Kerana mereka masih lagi mempunyai banyak akaun lain yang boleh digunakan. Memang strategi yang mereka lakukan ini dapat mendatangkan keuntungan yang baik jika kena pada caranya. Namun demikian, strategi ini langsung tidak membantu sekiranya anda mahu mewujudkan perni-agaan yang sebenar di portal eBay.

Solusi: Guna Satu atau Dua Akaun Tetap Usahawan eBay yang sebenar yang mahu perniagaan mereka berterusan dalam jangka masa yang panjang hanya akan menggunakan satu atau dua akaun eBay yang tetap. Ini bermaksud mereka cuma menggunakan satu atau dua UserID tetap di portal eBay untuk men-jual barangan mereka. Strategi utama mereka adalah lebih kepada membina empayar perniagaan mereka dalam jang-ka masa yang panjang dengan menumpukan usaha mereka kepada penjualan barangan yang berkualiti, pemberian perkhidmatan pelanggan yang baik dan juga membina jenama mereka di mata pelanggan-pelanggan dengan menggunakan satu atau dua UserID utama itu. Dengan berbuat demikian, usahawan ini sedang membina satu perniagaan yang sebenar di portal eBay yang mana usahawan ini akan dapat mengumpul senarai pelanggan yang setia dan mencapai keuntungan yang baik dalam jangka masa panjang.

eBay daripada mengenalpasti siapa diri mereka yang sebenarnya. Kerana mereka menggunakan pelbagai maklumat palsu untuk mendaftarkan akaun mereka seperti nama palsu, alamat palsu dan pelbagai maklumat palsu yang lain. Di setiap akaun ini, mereka jual pelbagai ba-rangan “rojak” dengan tujuan untuk mengaut keuntungan banyak dalam masa yang singkat. Setelah dapat untung, maka mereka tidak kisah jika akaun tersebut ditutup pihak eBay.

26 Majalah Niaga Edisi 21

Page 28: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

TIDAK MENGURUSKAN KEWANGANPenjualan barangan di portal eBay merupakan salah satu model perniagaan internet yang mampu menjana keuntungan yang baik untuk diri anda sama seperti model perniagaan internet lain yang ada pada masa kini.

Oleh kerana itu, untuk memastikan yang anda mampu menjana keuntungan yang baik, anda perlu terlebih dahulu mempunyai pengetahuan yang kukuh tentang urusan kewangan perniagaan. Anda perlu tahu berapa banyak wang yang keluar daripada perniagaan anda di portal eBay pada setiap

adalah seperti wang yang anda gunakan untuk membeli bekalan barangan dan membayar yuran portal eBay. Wang yang masuk ke dalam perniagaan anda adalah daripada setiap jualan yang ber-jaya anda lakukan di portal eBay. Solusi: Rekod Setiap Transaksi yang Berlaku Jika anda masih belum mempunyai gambaran yang jelas tentang prestasi perniagaan anda pada setiap bulan di portal eBay, anda boleh memulakan langkah pertama dengan merekod setiap uru-san kewangan anda pada setiap bulan. Catatlah setiap wang yang keluar dan masuk pada setiap bulan dan imbangilah akaun tersebut di setiap akhir bulan. Setelah anda tahu keuntungan atau kerugian pada setiap bulan, barulah anda boleh berfikir den-gan lebih jelas langkah seterusnya yang perlu anda ambil untuk memperbaiki pretasi kewangan anda. Mungkin anda perlu berunding dengan pembekal untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih murah atau anda boleh mengurangkan yuran eBay anda dalam keadaan-keadaan tertentu. Apa yang penting, jika anda jelas tentang kesihatan kewangan perniagaan anda di portal eBay maka anda akan lebih mudah menguruskannya dalam jangkamasa panjang dan mencapai kejay-aan yang besar. Begitulah sedikit perkongsian yang ingin saya berikan pada kali ini. Saya berharap yang anda telah mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini. Sehingga kita berjumpa lagi di keluaran yang akan datang, salamt hormat dan salam kejayaan!

bulan dan anda juga perlu tahu berapa banyak wang yang masuk.

Beza di antara kedua-dua wang masuk dan ke-luar ini adalah keuntungan anda. Jika anda lang-sung tidak mempunyai pengetahuan tentang keuntungan bersih perniagaan anda pada setiap bulan, maka anda akan menghadapi masalah untuk meningkatkan keuntungan perniagaan dalam jangka masa panjang. Wang yang keluar daripada perniagaan anda pada setiap bulan

27 Majalah Niaga Edisi 21

Page 29: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

TIP PERNIAGAANAZIZI ZULKEFLI

Modul pemasaran, pengurusan dan penje-namaan. Nota, persembahan Powerpoint, buku,Konsep RUTA.

Bahan Penulisan – Hak Cipta

Ke semua bahan berbentuk penulisan adalah dilindungi di bawah hak cipta. Justeru, segala nota, persembahan Powerpoint dan buku bagi ke semua modul pemasaran, pengurusan dan penjenamaan boleh dilindungi di bawah undang-undang hak cipta.

Bagi membuktikan pemilikan hak cipta bagi ke semua modul tersebut, Ahmad perlu membuat akuan hak cipta bagi setiap modul yang dimil-ikinya. Akuan hak cipta ini amat penting bagi membuktikan bahawa Ahmad adalah pemilik sah semua modul-modul tadi, jika berlaku ma-salah atau konflik pada masa hadapan.

Jika akuan ini tidak dibuat, Ahmad akan meng-hadapi masalah untuk membuktikan dia adalah pemilik bagi modul-modul yang diciptanya.

Konsep RUTA – Cap Dagangan

RUTA adalah jenama bagi program latihan Ah-mad. Justeru, jenama, nama atau logo yang berkaitan dengan program latihan boleh didaf-tarkan sebagai cap dagangan atau trademark.

Dengan mendaftarkan jenama RUTA sebagai cap dagangan, Ahmad akan memperoleh manfaat di mana jenama RUTA adalah eksklusif miliknya, dan dia mempunyai hak dari segi undang-un-dang untuk mengambil tindakan, terhadap mana-mana pihak yang menggunakan jenama RUTA tanpa kebenarannya.

Berdasarkan kajian kes di atas, industri latihan adalah bergantung sepenuhnya kepada peng-gunaan harta intelek. Harta intelek ini perlu dil-indungi bagi memelihara sumber pendapatan utama para perunding latihan.

Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat khususnya kepada mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri latihan.

PENGURUSAN HARGA INTELEK UNTUK PERUNDING LATIHAN(TRAINER)

Perunding latihan atau trainer banyak bergan-tung kepada modul dan bahan mengajar seb-agai alat untuk menjalankan sesi latihan kepada klien-klien mereka.

Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa modul-modul atau bahan bantuan mengajar yang dicipta, tergolong di dalam jenis-jenis har-ta intelek yang dilindungi undang-undang. Di sini, saya ingin berkongsi tentang panduan asas menguruskan harta intelek bagi mereka yang terlibat di dalam industri latihan.

Kajian Kes Ahmad

Ahmad adalah seorang perunding latihan pem-bangunan keusahawanan. Dia menjalankan lati-han berkaitan modul pemasaran, pengurusan dan penjenamaan perniagaan.

Semua modul ini telah dicipta sendiri hasil kajian dan pengalaman Ahmad yang berkecimpung di dalam dunia perniagaan selama 15 tahun. Mod-ul-modul ini telah diterjemahkan ke dalam ben-tuk penulisan, nota, persembahan ‘Powerpoint’ dan buku.

Selain itu, Ahmad telah mencipta jenama bagi program latihan yang dikendalikannya yang dikenali sebagai konsep RUTA. Menurut Ahmad, konsep RUTA adalah singkatan untuk:

(R) Rancang’, ‘(U) Usaha’, ‘(T) Tindakan’ dan ‘(A) Amal

Bagi memelihara modul-modul yang telah dicip-tanya dari ditiru, Ahmad ingin mendapatkan perlindungan untuk modul-modulnya di bawah perlindungan harta intelek. Namun begitu, Ah-mad tidak tahu bagaimana.

Kenal Pasti Jenis Harta Intelek

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh Ah-mad di atas, langkah pertama yang perlu Ahmad lakukan ialah dengan mengenal pasti jenis-jenis harta intelek yang terdapat di dalam program latihannya. Untuk mengenal pasti, Ahmad perluperlu senaraikan semua bahan atau modul yang dimilikinya sekarang. Contohnya:28 Majalah Niaga Edisi 21

Page 30: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

TIP DEKORASI BISNESHAZLAM ANUAR

Dengar tajuk sahaja, mungkin sebahagian anda terfikir, rumah kaya dan jutawan sia-pa yang mempunyai bilik bernilai jutaan ringgit. Adakah bilik itu diperbuat daripa-da emas atau kemasan yang bertatahkan berlian permata? Bukan. Bilik tersebut ialah brainstorming room. Ya, bilik yang terkumpulnya idea-idea hebat. Jika idea yang diperolehi berjaya dilaksanakan dan diperlukan setiap manusia, syarikat terse-but akan mempunyai keuntungan berjuta ringgit.

Kenapa Bukan Bilik Mesyuarat?

Bilik mesyuarat terlalu formal berband-ing bilik brainstorm. Mesyuarat selalunya kedengaran satu atau dua cadangan sa-haja, sebahagian pekerja akan menjadi pendengar setia, dan sebahagian lagi akan setuju sahaja. Terdapat juga pe-kerja yang takut memberi cadangan ker-ana berfikiran cadangan akan ditolak dan mendapat malu. Lain pula dengan bilik brainstorm, yang memerlukan semua pekerja memberikan idea yang gila-gila, luar biasa dan kadang-kadang idea merepek. Pelbagai cara boleh diberikan cadangan idea selain bercakap, iaitu menulis idea pada kad kecil jika malu bersuara. Dalam buku Kuasai Dunia den-gan Berfikir, pengarang Ainon Mohd dan Abdullah Hassan menyatakan, kajian yang dibuat oleh pakar-pakar psikologi dan kreativiti membuktikan idea yang banyak, pasti akan muncul satu atau dua idea yang hebat.

Ini telah dibuktikan oleh Thomas Edison yang melakukan idea eksperimennya beribu kali untuk menghasilkan mentol lampu yang berjaya. Antara 5 Ciri Bilik Brainstorm yang Berkesan adalah :-

Bilik BernilaiSejuta

Ringgit

1. Dinding yang Boleh Diconteng BebasDinding yang boleh diconteng dengan idea-idea yang hebat seperti whiteboard, cermin dan Ideapaint (lapisan cat yang boleh diconteng ) atau dinding kosong untuk menampal nota Post-it. Papan hitam atau papan hijau tidak digalakkan ker-ana meninggalkan kesan kotoran baki kapur tulis dan leceh untuk dibersihkan.

2. Perabot Yang SantaiPerabot yang digunakan bukan perabot yang jenis tipikal sep-erti meja dan kerusi. Perabot yang digunakan lebih kepada berbentuk santai seperti bean bag, sleeping hang net bed , fitness ball, sofa berbentuk klasik atau sampan yang digu-nakan dalam pejabat Google!

3. Warna Yang CeriaBilik yang diwarnakan dengan warna-warna ceria dan segar seperti warna kuning, jingga, merah, atau biru kehijauan (turquoise) boleh mengaktifkan minda separa sedar kita kerana warna mempunyai aura. Tambahkan keceriaan bilik dengan perabot yang bewarna.

4. Semi PrivasiBilik yang bercirikan semi privasi bermaksud, bilik yang tidak terlalu tertutup atau bilik yang tidak terlalu formal. Bilik ini hanya dipisahkan dengan dinding kaca atau partition yang berketinggian 5’-7’. Supaya kita tidak terasa sempit dan be-bas untuk kita berimaginasi.

5. Aksesori PelikBiasanya, pejabat mempunyai perabot dan benda yang tipi-kal seperti kerusi kerja, meja dan kabinet fail sahaja. Oleh itu, meletakkan benda asing atau aksesori pelik boleh dija-dikan sebagai pencetus idea ‘out of the box’ dan memberi-kan pekerja perspektif baru dalam mencurahkan idea. Con-tohnya, basikal antik, jaring bola keranjang, kiub Rubik atau blok Lego.

29 Majalah Niaga Edisi 21

Page 32: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

TIP KOMUNIKASI PERNIAGAANNOR BAHIYAH LASIM

5KETERAMPILAN DIRI

KESESU

AIA

N

RINGKAS & SIMPLE

TIP MEMIKAT PELANGGANMelalui

Apabila berbicara tentang pakaian kita selalunya berbicara tentang stail atau fesyen terkini. Namun terdapat faktor lain yang perlu kita ambil kira sebelum kita menyarungkan pakaian. Pakaian selain berperanan menutupi badan dan menutup aurat bagi Muslim, pakaian adalah bagi menutup kekurangan yang ada pada badan kita dan bukan menyerlahkannya. Oleh kerana itu apabila anda bepakaian, anda mesti mempunyai visual sama ada pakaian yang anda pakai akan menyerlahkan kelebihan diri anda atau sebaliknya. Selain daripada stail atau fesyen, terdapat lima kualiti terpenting yang perlu diambil kira sebelum anda menyarungkan baju kegemaran anda, supaya anda mudah disenangi dan ke-lihatan bergaya pada tempatnya.

Pertama adalah kesesuaian – Kesesuaian merujuk kepada usia anda, situ-asi yang ada, cuaca di mana anda berada, tujuan yang ingin anda capai dan bidang pekerjaan yang anda ceburi.

Kita ambil contoh sekiranya anda bekerja sebagai agen pemasaran bank atau insuran, dan tanggungjawab anda menarik pelabur. Maka janganlah anda memakai pakaian berbunga-bunga yang terlalu bewarna warni dan santai.

Sehingga kelihatan anda ingin ke tempat percutian di tepi pantai. Pakai pakaian yang menampilkan imej yang yakin, serius, kemas kerana kerjaya anda melibatkan orang harus percaya akan kredibiliti anda.

Jangan sampai klien anda mempunyai tanggapan bahawa sekiranya mereka melaburkan duit mereka kepada anda, ada harapan duit mereka mungkin masuk ke akaun percutian anda dan bukannya bank atau insuran.

Kedua adalah ringkas – Pernah anda melihat se-sorang yang mengenakan pakaian yang terlalu sarat sama ada dari segi fabrik, fesyen yang digayakan ataupun aksesori yang terlalu banyak sehingga menenggelamkan diri si pemakainya?

Dalam berpakaian apa yang kita inginkan adalah orang mengingati kita dan bukan mengingati baju sarat yang kita pakai.

Ambil contoh mereka yang ternama seperti mendiang Lady Diana, Permaisuri Rania, semuanya berpakaian agak ringkas dan kemas dan mereka sentiasa dikenang atas keterampilan mereka yang sederhana tapi bergaya.

31 Majalah Niaga Edisi 21

Page 33: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

YAKIN DIRI

PERAMAH

Anda mesti mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, bertanggungjawab dan mengetahui keupayaan anda Secantik dan sesegak mana anda tetapi jika tidak mempunyai keyakinan diri contohnya gemuruh, tergagap-gagap ketika berucap, sering mengasingkan diri daripada bergaul sesama rakan dan sebagainya, anda tidak akan da-pat menampilkan diri anda sebaik-baiknya dan tidak akan kelihatan menarik.

Ketidak yakinan diri kebanyakannya berpunca daripada tidak mempunyai pengetahuan secukupnya terhadap sesuatu perkara, dan cara mengatasinya adalah memastikan anda membaca buku dengan banyak untuk memahirkan diri.

Peramah di sini bukan bermaksud anda perlu beramah mesra terhadap semua orang yang anda jumpa atau kenali. Ia bermaksud anda seorang yang senang didekati kerana sikap dan sifat anda yang terbuka, tidak sombong diri, menghormati orang lain, berso-pan, ceria, pandai bergurau dan berfikiran positif.

Sifat ini menjadikan anda lebih kelihatan menarik dan boleh menarik lebih ramai rakan atau perniagaan, yang bersangkut paut dengan servis dan pelanggan.

SEMULAJADI Anda perlu menjadi siapa diri anda yang sebenarnya. Namun pada masa yang sama anda perlu belajar un tuk memperhalusi sikap dan sifat anda, yang mung-kin kurang elok supaya menjadi lebih baik dan disenangi.

Contohnya anda berambut panjang walaupun sebagai lelaki. Namun anda perlu memas-tikan bahawa rambut anda tetap kelihatan kemas, perlakuan anda yakin namun berso-pan, tegas namun mesra.

Dengan sifat-sifat yang positif tersebut anda masih boleh menjadi siapa diri anda yang anda kehendaki, namun lebih disenangi dan dihormati.

32 Majalah Niaga Edisi 21

Page 34: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

MOTIVASI & INSPIRASISHAH OTHMAN

Sistem Kejayaan Para JutawanAlhamdulillah, dapat bertemu lagi dalam ruangan blog Majalah Niaga ini. Seperti biasa, saya amat sibuk menguruskan perniagaan. Saya ingin berbicara mengenai kejayaan. Manusia mempunyai kira-kira 1,000 neu-ron (nerve cell) dalam tubuh. Setiap manusia adalah serupa. Tiada bezanya. Sekiranya seseorang manusia tersebut aktif berbanding anda, ini kerana sistem neuronnya bergerak lebih efektif.

Di sini kita dapat simpulkan, sekiranya seseorang mampu mencipta kejayaan, kenapa tidak anda? Anda dan mereka sama sahaja. Sebut sahaja nama mereka yang telah berjaya seperti Dr Azizan Osman, Hj Burhanud-din, Jay Conrad Levinson atau sesiapa sahaja yang anda kenali.

Mereka dan anda tiada bezanya. Apa yang mereka miliki, anda juga miliki. Justeru, anda perlu menetapkan semula setting fikiran anda supaya sama seperti mereka. Anda boleh mencuba beberapa teknik seperti:

Rahsia Sistem Kejayaan Jutawan

Komunikasi yang baik adalah apabila seseorang berasa senang dan selesa ketika berkomunikasi bersama anda. Komunikasi tidak boleh hanya bersifat sehala, iaitu anda bercakap dan lawan anda mendengar. Ini bukanlah pertandingan pidato!

Dalam pelbagai situasi atau keadaan, anda perlu bersifat positif. Berfikir secara positif, bertindak secara positif, malam bertutur juga perlu positif.

Kepantasan anda bertindak memaksimumkan peluang mencapai kejayaan. Orang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa pantas dalam melakukan tindakan. Orang yang gagal akan sentiasa mencari alasan untuk tidak bertindak. Mahukah anda hanya berdiri ditengah jalanraya menunggu kenderaan melanggar anda tanpa berusaha sedikit pun untuk menyelamatkan diri?

Maaf jika anda berasakan tips keempat ini bersifat negatif. Ia sebenarnya ‘sayangi diri terlebih dahulu sebelum anda menyayangi orang lain. Ini kerana, mereka yang berjaya tahu bagaimana untuk memastikan diri mereka mendapat kejayaan. Mereka akan berusaha sehabis baik supaya mereka berjaya. Sebarang tender yang disertai akan dilawan habis-habisan. Mereka akan me-mentingkan diri terlebih dahulu. Mereka akan pastikan diri mereka menang, bukan kalah. Ke-jayaan atau kegagalan, ia boleh dirancang sebenarnya. Semuanya telah ada didalam minda anda. Hanya anda sendiri yang perlu tetapkan.

BERKOMUNIKASI

POSITIF

BERTINDAK

PENTINGKAN DIRI

Jika sebuah komputer, kita boleh tukarkan beberapa setting supaya pencapaiannya di tahap maksimum sebagaimana yang kita kehendaki. Begitu juga dengan minda. Hanya memerlukan sedikit perubahan dalam teknik berfikir anda, anda akan dapat mencipta kejayaan, sebagaimana orang lain.

Semoga anda sukses selalu.

Konsep Komputer & Manusia

33 Majalah Niaga Edisi 21

Page 35: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

TIP PELABURAN HARTANAHMEOR ZAIDEE

PEMBIAYAAN SEMULA

(REFINANCING)6 FAKTOR PENENTU

Pembiayaan Semula atau lebih sinonim disebut ‘refinancing‘, merupakan salah satu cara pelabur hartanah mendapatkan modal untuk meneruskan pembelian hartanah beri-kutnya.

Malah cara ini turut dijadikan silibus pilihan bagi kebanyakan modul seminar hartanah dan turut dimuatkan ke dalam setiap buku berkaitan pelaburan hartanah.

Tetapi masih ramai yang kurang pasti tentang keperluan pembiayaan semula ini. Akibatnya ramai yang sekadar mengikut orang dan hasilnya, lebihan wang yang diperoleh men-jadi sia-sia sahaja.

34 Majalah Niaga Edisi 21

Page 36: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

6 Faktor Perlu Pembiayaan Semula (Refinancing)Bagi memudahkan khalayak pembaca untuk membuat keputusan berkaitan perkara ini, di sini saya sertakan beberapa faktor yang perlu anda perhalusi sebelum membuat keputusan sa-maada perlu atau tidak pembiayaan semula ini dilakukan.

Tujuan Pembiayaan SemulaIni merupakan faktor terpenting yang perlu diambil kira sebelum keputusan pembiayaan semula dibuat. Pastikan anda mendapat keun-tungan daripada proses ini sama ada menerusi lebihan wang yang diperoleh, mahu pun daripa-da pengurangan installment bulanan yang bakal dikenakan.

Nilai Semasa (Current Market Value)yang TinggiSekiranya anda menginginkan lebihan wang diterima daripada proses pembiayaan semu-la ini, pastikan rumah anda mempunyai nilai semasa yang tinggi. Kerana hanya dengan cara ini akan memungkinkan anda memperoleh lebi-han wang yang anda ingini.

Walau bagaimanapun,sekiranya anda hanya in-ginkan installment bulanan yang rendah daripa-da proses ini, maka faktor berikut menjadi fak-tor yang agak penting untuk diambil kira.

Kadar Keuntungan (Interest Rate)yang RendahTiada gunanya jika anda membiayai semula rumah anda pada kadar keuntungan yang leb-ih tinggi, melainkan janaan lebihan wang yang bakal anda peroleh mampu untuk membayar in-stallment pada kadar tinggi tersebut.

Apa pun adalah lebih baik sekiranya anda hanya membuat pembiayaan semula, sekiranya kadar keuntungan berada dalam keadaan yang lebih rendah daripada pinjaman yang sebelumnya.

Kerana selain daripada installment yang rendah, anda juga dapat menjimatkan jumlah ‘bunga’ yang bakal dikenakan ke atas anda.

Aliran Tunai PositifFaktor ini sebenarnya berkait rapat dengan in-terest rate di atas. Di mana sekiranya pembiay-aan semula dilakukan, adalah perlu untuk anda melihat letak duduknya aliran tunai anda. Se-barang kenaikan dari segi installment bulanan hendaklah mampu ditampung oleh anda, sama ada dari wang poket sendiri mahu pun keuntun-gan hasil dari lebihan wang yang anda peroleh dari pembiayaan semula ini.

Ingat, pastikan yang aliran tunai anda tidak akan terganggung dengan pertambahan jumlah installment bulanan tersebut. Kerana apa guna anda membiayai semula rumah anda sekiran-ya ianya bakal menyesakkan cashflow bulanan anda.

Rekod Pembayaran LampauLupakanlah sahaja hasrat anda untuk mem-buat pembiayaan semula sekiranya rekod pem-bayaran bulanan anda tidak ‘secantik’ yang bank harapkan. ‘Cantik’ di sini bermaksud pem-bayaran bulanan yang tidak pernah tertunggak yang bakal memudahkan pembiayaan semula anda ini diluluskan.

Kos Pembiayaan SemulaRamai melupakan faktor ini kerana masing-ma-sing sudah memikirkan lebihan wang yang bakal diperoleh. Bagi mereka yang kos guaman dan yuran penilaiannya (valuation fee) ditanggung oleh pihak bank, mereka boleh menarik nafas lega.

Tetapi bagi bank yang tidak menyediakan pakej sedemikian, maka anda perlu mula memikir-kan jumlah yang perlu dibayar sebelum lebihan tersebut anda peroleh.

Jawapan Positif - Bina Kejayaan Dengan Pelaburan HartanahKesimpulannya selama mana keenam-enam faktor ini menghasilkan jawapan yang positif, maka tidak perlu anda memeningkan kepala untuk membuat keputusan. Sebaliknya langkah menggandakan wang lebihan perlu anda rangka kerana ianya telah menjawab persoalan berbaloi atau tidak pembiayaan semula (refinancing) anda ini dilakukan.

Selamat melabur.35 Majalah Niaga Edisi 21

Page 37: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

TIPKEWANGAN

PERIBADISUBURKANDIRIMU

TIP KEWANGANHAFISZI OTHMAN

SYUKUR ALHAMDULILLAH, BER-JUMPA LAGI KITA DI KOLUM INI. TERIMA KASIH KERANA BERKONG-SI MASA MEMBINA DIRI BERSAMA MAJALAH NIAGA, MAJALAH DALAM TALIAN PILIHAN UTAMA ANDA.

JIKA SAYA MULAKAN DENGAN BER-TANYA KAN SATU SOALAN, BOLEH BUKAN? APAKAH LAWAN BAGI PERKATAAN TUMBUH? YA, TEPAT. MATI. JIKA SESUATU TIDAK TUM-BUH, IA MATI. MARI KITA TERUSKAN PERKONGSIAN KITA KALI INI DEN-GAN MEMILIH UNTUK TERUS TUM-BUH SUBUR DAN MEMBERI MAN-FAAT KEPADA SEKALIAN ALAM.

KITA TELAH KONGSIKAN BETAPA PENTINGNYA SIMPANAN 20% DI AR-TIKEL SEBELUM INI. 10% UNTUK DANA KEBEBASAN KEWANGAN DAN 10% LAGI UNTUK DANA HAJAT.

URUS WANG DENGAN DANA ILMU

Kemudian saya huraikan menerusi beberapa tulisan susulan mengenai kepentingannya. Kali ini mari kita sambung den-gan cadangan peratusan seterusnya. Bersiap semua, jom! Saya usulkan tuan-puan sidang pembaca, secepat mungkin wujudkan satu lagi dana dalam urusan kewangan peribadi tuan-puan.

Mari kita namakannya Dana Ilmu. Dicadangkan ia merang-kumi 10% dari pendapatan tuan-puan. Jika pendapatan tuan-puan ialah RM3,000 sebulan, maka peruntukkanlah RM300 untuk Dana Ilmu. Jika pendapatan tahunan tuan-puan ialah RM50,000 setahun, peruntukkanlah RM5,000 darinya untuk Dana Ilmu. Mudah difahami bukan?

BAJA CERDIK

Ibarat pokok yang tumbuh subur, ia mendapat baja yang cukup selain sumber asasinya cahaya, air dan mineral. Jika tidak, ianya bukan sahaja tidak subur, ia kurang memberi manfaat. Malah jika tidak tumbuh dengan baik, ia akan mati.

Begitu juga manusia, selain mendapat sumber asasi hidup, ia perlukan ‘baja’ untuk subur. Inilah analoginya. Kecerdikan kewangan bernisbah terus dengan maklumat yang tuan-puan perolehi. Dana Ilmu adalah cara merealisasikannya; sebagai baja, pengetahuan adalah kuasa.

Ke mana patut saya salurkan wang daripada dana ini? Jawa-pannya ialah salurkan kepada apa sahaja yang dapat menam-bah nilai diri tuan-puan. Jika masih tiada idea, mari kita beri beberapa contoh.

Katakan Dana Ilmu tuan-puan telah ditetapkan sebanyak RM300 sebulan (untuk pendapatan RM3,000 sebulan). Tuan-puan ambil inisiatif untuk membeli buku bina diri di toko buku berhampiran. Tuan-puan boleh pilih dari lautan tajuk yang ada di sana.

Tuan-puan mahu tahu tentang pelaburan hartanah, emas, si-lakan pilih. Tuan-puan mahu tentang masakan, silakan pilih. Alhamdulillah syukur, negara kita dikurniakan ramai penulis hebat yang mampu memberi faham dan menggerak motivasi diri.

36 Majalah Niaga Edisi 21

Page 38: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

Pagi hari, keluar nelayan

Bawa bakul mengisi bekal,

Baiki diri, bina kejayaan,

Syaratnya ilmu, iman dan amal.

TEPUK DADA, TANYA SELERA

Selain memilih buku atau majalah bina diri, tuan-puan silakan pilih genre agama, fiksyen motivasi, hobi, buat-sendiri (DIY), resipi, sukan dan lain-lain. Jika tuan-puan mempunyai rutin yang ketat, apa kata beli sahaja dari toko buku dalam talian.

Terdapat banyak juga e-book bina diri di pasaran hari ini. Tepuk dada, tanyalah selera. Malah ada banyak pula yang percuma. Atau tuan-puan langgan sahaja majalah bina diri kegemaran tuan-puan. Ia akan dihantar ke rumah tuan-puan setiap bulan. Mudah bukan? Membaca bukan lagi untuk lulus periksa, ini untuk suburkan diri mu. Jika membaca yang menjadi halangan, dapatkanlah pula CD dan DVD bina diri.

MERIAHKAN MAJLIS ILMU

Selain buku dan majalah, mari kita cadangkan tuan-puan gunakan dana RM300 tersebut bagi menghadiri sem-inar-seminar, bengkel-bengkel, konferen-konferen, majlis-majlis ‘networking’, kuliah-kuliah, kelas-kelas dan usrah-usrah bina diri yang banyak terdapat hari ini. Ia benar-benar baja mujarab bagi membina diri dan melatih kecerdikan kewangan peribadi tuan-puan. Alhamdulillah sekali lagi syukur, negara kita belum lagi ketandusan fasilitator pembelajaran yang mampu memberi faham dan menggerak motivasi diri.

Kata guru kewangan terkenal, Robert T. Kiyosaki pelaburan yang paling baik ialah pelaburan dalam masa dan ilmu. Dalam ajaran Islam pula, membaca dan menghadiri majlis ilmu (menuntut ilmu) adalah sangat dituntut malah diwajibkan. Malah ayat al-Quran yang pertama diturunkan Allah sendiri berbunyi, “Bacalah.”. Lagi pula, tuan-puan dapat pelepasan cukai pendapatan untuk tujuan ini. 10% yang menarik bukan?

RAHSIA JAYA

Sebenarnya inilah rahsia mereka yang berjaya di sekitar kita hari ini. Mereka terus subur setiap hari. Mereka tidak jemu belajar. Mereka tidak serik berguru. Mereka tidak malu diasuh. Mereka minta ditegur. Mereka tidak lokek dan berkira dengan ilmu dan guru. Manakala mereka yang gagal rata-ratanya jahil dan tidak menghormati ilmu. Noktah.

InsyaAllah, di keluaran akan datang, saya akan sambung lagi perkongsian kita dengan berkongsi bagaimana Dana Ilmu ini mempunyai kuasa gandaan (leverage), dan bagaimana ia dapat merawat ‘sakit-sakit’ kronik yang menghalang dan melambatkan proses bina diri.

Sehingga waktu itu, tekadlah tuan-puan. Mulakan hari ini juga. Wujudkan Dana Ilmu mu. Suburkanlah diri mu. Kerana diri mu amatlah berharga.

37 Majalah Niaga Edisi 21

Page 39: Sebenarnya dalam pelaburan logam ini dikategorikan seb

E-majalah ini diberikan PERCUMA!Hak cipta terpelihara oleh MajalahNiaga.com, dilarang

sama-sekali menerbit semula dalam lain-lain bentukatau mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan

keuntungan kecuali dengan kebenaran bertulis dari pihakMajalahNiaga.com. Namun begitu anda dibenarkan, bahkan

digalakkan menyebar e-majalah ini untuktujuan kebaikan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya

tanpa sebarang ubahan.

MAJALAH NIAGAwww.majalahniaga.com

INOVATTIC SOLUTION(PART OF FLAREBIZ NETWORK SDN BHD)