1 2

11
KERTAS CADANGAN PENGGUNAAN “WOOL” DALAM MELATIH KEMAHIRAN MEWARNA MURID PENDIDIKAN KHAS NORSYUHADA BINTI CHE MOHAMED PENYELIA : ENCIK SELVARAJ A/L GRAPRAGASEM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK, MIRI 2014 1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Upload: syuhada-mohamed

Post on 20-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PK

TRANSCRIPT

Page 1: 1 2

KERTAS CADANGAN

PENGGUNAAN “WOOL” DALAM MELATIH KEMAHIRAN MEWARNA MURID

PENDIDIKAN KHAS

NORSYUHADA BINTI CHE MOHAMED

PENYELIA : ENCIK SELVARAJ A/L GRAPRAGASEM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK, MIRI

2014

Page 2: 1 2

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Program Pendidikan Khas semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di

Malaysia dengan perancangan dan pelaksanaan program yang berkaitan bagi membantu

murid-murid Pendidikan Khas dan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan para guru

Pendidikan Khas. Pelaksanaan Pendidikan Khas di negara kita juga adalah sebagai mana

yang telah diperuntukkan dalam Akta Pendidikan dan juga pekeliling-pekeliling yang

berkaitan dengannya dan dikuatkan lagi dengan komitmen terhadap deklarasi

antarabangsa tentang Pendidikan Khas dapat dilihat dalam Falsafah Pendidikan Khas

sebagai mana berikut:

“Pendidikan Khas di Malaysia adalah usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.”

Menurut Jamilah (2005), dalam buku hasil penulisannya yang bertajuk

“Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa” menyatakan bahawa pendidikan khas

adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid

dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara

teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan

keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan yang memuaskan. Dengan

ini, proses pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung adalah mengikut tahap

kebolehan dan keupayaan murid pendidikan khas berdasarkan masalah yang mereka

hadapi sekaligus membantu mereka untuk meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan

mereka untuk berdikari.

Page 3: 1 2

Mengikut terjemahan Kirk (1993), murid Pendidikan Khas ialah kanak-kanak

yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri mental,

keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan otot mahupun fizikal, tingkah laku sosial atau emosi,

keupayaan komunikasi dan pelbagai kekurangan. Di Malaysia, masalah pembelajaran ini

merangkumi perkembangan lewat bagi kanak-kanak yang berusia bawah tiga tahun

seperti Sindrom Down, Autisme, terencat akal dan masalah pembelajaran spesifik yang

lain seperti disleksia, disgrafia dan lain-lain.

Murid Pendidikan Khas memerlukan metadologi pengajaran yang bersesuaian

dengan minat mereka bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam proses

pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Mereka akan menunjukkan tanda-tanda

awal sebagai murid bermasalah pembelajaran sejak dari kecil, tetapi hanya dengan tanda-

tanda yang minima yang tidak dapat dikesan. Masalah yang dihadapi akan dapat dikesan

setelah murid berusia lebih daripada 4 tahun dan seterusnya murid akan menjalani

beberapa prosedur yang ditetapkan sebelum disahkan sebagai murid Pendidikan Khas.

Dalam proses menempatkan murid di kelas Pendidikan Khas, murid akan bekerjasama

dengan beberapa pihak terlibat seperti doktor, kaunselor dan fisioterapis bagi

membolehkan murid berkenaan disahkan mengalami masalah yang disenaraikan di

bawah kategori Pendidikan Khas. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2008),

kanak-kanak bermasalah pembelajaran dikenalpasti dan disahkan oleh pakar perubatan

mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran.

Page 4: 1 2

Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran pula diubah suai daripada

kurikulum biasa dan digabungkan antara peringkat sekolah rendah dan sekolah

menengah. Kurikulum ini dibina berdasarkan tiga prinsip iaitu bermakna atau

menggembirakan, pendidikan sepanjang hayat dan pendidikan secara menyeluruh.

Pendidikan secara menyeluruh bermaksud proses pembelajaran yang bertumpukan

kepada perkembangan individu yang lengkap dari aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek (JERI). Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna bermaksud proses

pembelajaran yang berlaku dapat merangsang dan mengekalkan minat murid-murid

manakala pendidikan sepanjang hayat yang bermaksud pemerolehan ilmu pengetahuan

dan kemahiran di sekolah dapat diperluas dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian

murid Pendidikan Khas.

Proses pembelajaran dan pengajaran juga dilaksanakan mengikut beberapa

pendekatan yang diperkenalkan untuk murid pendidikan khas seperti analisis tugasan,

belajar melalui bermain, pengajaran bertema dan beberapa pendekatan yang lain. Selain

itu, dalam proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Khas turut diperkenalkan

rancangan pengajaran individu (RPI) yang mana dirancang dengan menetapkan matlamat

yang realistik akan dapat membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran yang perlu

mereka kuasai. Laporan penilaian daripada rancangan pengajaran individu ini akan

membantu ibu bapa dan guru merancang matlamat jangka panjang dan seterusnya

membuat pengubahsuaian pembelajaran serta mencadangkan perkhidmatan yang boleh

disediakan bagi murid-murid ini.

Page 5: 1 2

Proses pembelajaran dan pengajaran dalam Pendidikan Khas juga banyak

melibatkan kemahiran motor sama ada kemahiran motor halus mahupun motor kasar.

Menurut Singer (1980), kemahiran motor ialah pergerakan otot-otot atau pergerakan

badan untuk melakukan sesuatu pergerakan yang diingini. Pernyataan ini disokong oleh

Huttenlocher (1990, 1994) kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai

perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor kasar atau motor

halus. Perkembangan kemahiran-kemahiran ini bergantung kepada perkembangan otak,

keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. “Dalam

kemahiran motor halus, kanak-kanak mengalami masalah dalam mewarna, menulis atau

menggunting dan juga mempunyai masalah dalam keutamaan menggunakan tangan kiri

atau kanan.” (Tileston, 2004)

Kemahiran motor halus ini juga boleh menjadi lambat disebabkan oleh beberapa

faktor seperti kecederaan, penyakit atau keadaan tidak normal sejak lahir. Perkembangan

lambat ini dapat dilihat ketika kanak-kanak berada di peringkat prasekolah. Antara

masalah perkembangan yang sering ditunjukkan oleh kanak-kanak ialah sukar memegang

pensel, sukar untuk melukis, dan sukar untuk menggunting. Kanak-kanak ini akan

mempunyai masalah dalam mengawal koordinasi pergerakan badan khususnya bahagian

muka, tangan dan jari. Seterusnya kanak-kanak ini juga tidak dapat melakukan kerja

dengan kemas dan tersusun dan kadangkala tumpuan matanya bukan kepada apa yang

dipegang oleh mereka sedangkan tangan mereka bergerak untuk melakukan aktiviti yang

disediakan.

Page 6: 1 2

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengalaman pengkaji menjalani praktikum Fasa 1 dan praktikum Fasa 2 di salah sebuah

sekolah di bahagian Miri menunjukkan masalah mewarna dalam kalangan murid

Pendidikan Khas. Murid-murid ini mewarna dengan terlalu laju sehingga melebihi

garisan gambar rajah yang diberikan tanpa arah ayunan tangan yang betul sehinggakan

ada dari kiri ke kanan, kanan ke kiri, atas ke bawah dan bermacam-macam arah.

Kemahiran mewarna ini turut memberikan masalah kepada pengkaji dalam membuat

penilaian ke atas hasil kerja yang disiapkan oleh murid-murid ini kerana mereka hanya

menggunakan satu warna dengan kemahiran mewarna yang sangat lemah. Dengan itu,

mereka akan mengambil masa yang singkat untuk menyiapkan aktiviti yang dirancangkan

oleh pengkaji dan menyebabkan langkah pengukuhan yang dijalankan tidak mencapai

had masa yang telah ditetapkan. Pengkaji menjalankan aktiviti mewarna ini di dalam

kelas dengan harapan murid-murid yang mengambil bahagian dalam mewarna ini akan

dapat mengukuhkan pembelajaran yang telah diajarkan oleh pengkaji serta secara tidak

langsung melatih kemahiran motor halus murid dengan cara memegang pensel warna.

Kegagalan murid-murid ini dalam menghasilkan satu gambar yang menarik

adalah mungkin disebabkan oleh kemahiran motor halus yang kurang untuk memegang

pensel warna serta mereka tidak dapat memberikan fokus yang lama kepada sesuatu

aktiviti. Koordinasi mata dan tangan yang lemah menyebabkan mereka menggerakkan

tangan mengikut rasa mereka tanpa mata memberikan fokus kepada apa yang dilakukan.

Menurut pernyataan Abdul Rashid (2011), beliau menyatakan terdapat ketidakcekapan

pada koordinasi mata dan tangan semasa memegang pensel bagi mereka yang bermasalah

Page 7: 1 2

dan biasanya mereka tidak mempunyai koordinasi mata dan tangan yang tidak selari

kerana mereka tidak dapat melihat kertas semasa menulis atau mewarna. Selain itu,

mereka juga tidak mengenali warna-warna yang ada menjadikan mereka menggunakan

hanya satu warna dalam mewarna gambar yang diberikan. Tetapi, mereka akan

mendengar arahan pengkaji apabila mereka disuruh untuk menukar warna yang

digunakan tanpa mengetahui nama warna yang mereka gunakan.

Kanak-kanak bermasalah sindrom down mempunyai tulang yang kecil dan

langsing dengan kalsifikasi yang rendah, ibu jari yang rendah, jari-jari yang pendek dan

pekembangan tulang karpal yang lambat yang menyebabkan ketidakstabilan kepada

tangan. (Benda, 1969) Manakala menurut Edwards & Lafreniere (1995), kulit tangan

kanak-kanak sindrom down tebal dan kering yang mana merosakkan sensasi selari

dengan peningkatan usia.

Masalah ini tidak boleh dibiarkan berterusan memandangkan murid-murid ini

akan menjalani kehidupan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Jadi, pengkaji

merasakan satu penyelesaian yang dapat dijalankan dan memberikan kesan kepada murid

pendidikan khas perlu dilaksanakan. Pengkaji cuba untuk mengawal tangan murid-murid

namun disebabkan oleh murid pendidikan khas yang perlu diberikan tumpuan untuk

setiap seorang, pengkaji tidak dapat melaksanakan pembelajaran dan pengajaran secara

individu. Pengkaji juga meminta bantuan daripada pembantu pengurusan murid untuk

membantu mengawal pergerakan tangan murid-murid ini, namun masih ada murid yang

tidak dapat diberikan bantuan walaupun dengan bergilir-gilir. Hal ini adalah kerana

Page 8: 1 2

apabila pengkaji memberikan tumpuan kepada murid yang lain, murid tersebut akan

melakukan aktiviti yang lain ataupun kembali mewarna mengikut arah kesukaan mereka.

Pengkaji mengharapkan penyertaan aktif daripada semua murid dengan harapan

mereka akan dapat menguasai kemahiran yang diserapkan oleh pengkaji. Penyertaan aktif

ini amat penting dalam menjadikan murid seorang yang ingin mencuba walaupun mereka

mempunyai tahap kebolehan yang terhad. Namun apabila mereka tertarik untuk mencuba,

sekurang-kurangnya mereka dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dengan

penyertaan dan bersosial bersama rakan-rakan yang lain. Penyertaan aktif ini sekaligus

menerapkan nilai kesungguhan di mana mereka ingin melakukan apa yang ditunjukkan

oleh pengkaji dan daripada sikap kesungguhan ini, murid yang bertanggungjawab akan

dapat dilahirkan. Penerapan nilai-nilai semasa proses pembelajaran dan pengajaran

berlangsung akan membantu melahirkan murid yang berkeyakinan, bertanggungjawab

dan mempunyai keyakinan yang tinggi.

Setelah menilai kembali aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan

menunjukkan murid-murid perlu diberikan satu aktiviti yang berterusan bagi

membolehkan mereka melatih kemahiran motor halus mereka. Jadi, pengkaji

memutuskan untuk mengambil masalah ini sebagai masalah yang akan dikaji olehnya.

Bagi kajian ini, pengkaji akan mencuba beberapa langkah yang mungkin memberikan

kesan yang positif kepada kemahiran mewarna murid-murid sekaligus membolehkan

murid mengenali warna yang digunakan serta diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Menurut Kathleen Chee (2004), warna adalah unsur yang amat penting dalam ciptaan

Page 9: 1 2

hasil seni visual kerana warna dapat mempengaruhi perasaan kita. Jadi, penggunaan

warna yang ditunjukkan kepada murid pendidikan khas juga haruslah bersesuaian dalam

membantu meningkatkan emosi positif dalam diri mereka.

“ Warna adalah sama dengan nombor yang mana digunakan secara meluas tapi kurang konkrit daripada apa yang kita rasa. Warna adalah subjektif dan apabila melibatkan warna, ianya boleh menjana potensi kreativiti dalam kalangan murid. Persepsi terhadap warna dan pemilihan warna adalah bergantung kepada individu. Warna melambangkan perasaan dan mood. Secara ringkasnya, warna adalah kepelbagaian topik dengan potensi komunikasi yang tinggi.”

(Lewis dan Bedson, 2010)

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokuskan kepada cara untuk membantu murid Pendidikan Khas mengawal

kemahiran mewarna mereka dan mewarna di dalam garisan dengan menggunakan lebih

daripada satu warna. Berdasarkan pengalaman lalu pengkaji, murid yang diajar mengalami

masalah dalam kemahiran mewarna dalam garisan kerana kurangnya kemahiran motor halus

mereka. Hal ini adalah kerana memegang pensel warna merupakan salah satu aspek

kemahiran motor halus berdasarkan artikel yang bertajuk ‘Introduction to Fine Motor

Development’ yang disediakan oleh Raffi dan Fatima dengan pernyataan sebagaimana

berikut :

“Children benefit from experiences that enhance the development of their fine motor skills enabling them to utilize their hands and fingers. Children need to have strength and dexterity in their hands and fingers, as wel as eye-hand coordination, before being able to manipulate a pencil on paper.”

“Kanak-kanak mendapat faedah daripada pengalaman yang merangsang perkembangan kemahiran motor yang membolehkan mereka menggunakan tangan dan jari mereka. Kanak-kanak memerlukan kekuatan dan ketangkasan dalam menggunakan tangan dan jari mereka sebagaimana koordinasi mata dan

Page 10: 1 2

tangan, sebelum membolehkan mereka memanipulasikan pensel di atas sehelai kertas.”

Dengan menggunakan “wool” satu inovasi ke atas gambar rajah yang diberikan kepada

murid akan dijalankan. Inovasi ini difikirkan menjadi salah satu cara dalam melatih murid-

murid pendidikan khas untuk mengawal tangan dan mata mereka semasa melakukan aktiviti

mewarna. Apabila murid-murid ini dapat mengawal tangan mereka dalam mewarna, secara

tidak langsung mereka akan dapat memegang pensel dengan baik dan melakukan aktiviti

yang melibatkan kemahiran motor halus yang lain dengan baik. Ini seterusnya akan

membawa kepada perubahan dalam kehidupan mereka dengan memberikan kemahiran asas

untuk berdikari. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kemahiran-kemahiran yang diajar di

sekolah akan membantu murid-murid Pendidikan Khas menjalani kehidupan dengan baik

setelah mereka menamatkan persekolahan mereka. Ianya selari dengan kenyataan yang

ditulis oleh seorang guru Pendidikan Khas di dalam artikel yang bertajuk ‘Siapa Pembela

Murid-murid Pendidikan Khas’ yang berbunyi: “Hal ini kerana jika mereka sudah keluar dari

alam persekolahan kelak, kemahiran yang dipelajari boleh diaplikasikan dalam kehidupan

mereka.”

Kajian ini memberi fokus kepada warna dengan harapan warna yang digunakan dan

diperkenalkan kepada mereka akan dapat merangsang minat dan keyakinan mereka untuk

meneroka dengan lebih jauh mengenai kebolehan dan kreativiti mereka. Dalam kajian

Lynnan Hurchendorf (2007) yang dijalankan ke atas 115 orang pelajar di sebuah koleh

menunjukkan hasil yang berbeza mengikut kumpulan warna yang diberikan dan ia mendapati

bahawa warna sebagai ransangan psikologi. Jika warna boleh meningkatkan ransangan, dan

Page 11: 1 2

ransangan boeh meningkatkan memori maka kebarangkalian bahawa warna boleh

meningkatkan ingatan. Kajian Spence et. al (2006) yang mendapati bahwa warna

meningkatkan pengesanan sesuatu situasi itu baru atau lama kira-kira 5%.