09_tajuk 2

44
Tajuk 2 KOMPONEN TILAWAH AL QURAN : 1.TAHSIN AL SOUT 2.TAJWID AL-QURAN 3. TARANNUM AL- QURAN Sinopsis Tajuk ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya menguasai ilmu tajwid, gaya bacaan al-Quran dan bacaan-bacaan khusus bagi riwayat hafs Torik Syatibi. Di samping itu tajuk ini memberi penekanan kemahiran pelajar tentang maratib (bentuk-bentuk) bacaan yang muktabar. Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat: Menjelaskan hujah dan dalil keperluan tahsin al-saut dan lahn al Arab dalam pembacaan Al-Quran Menginterpretasi dan mentatbiq istilah-istilah berkaitan tarannum Menerangkan peranan dan kepentingan suara yang baik dalam bacaan al-Quran Mengenalpasti dan menghuraikan makhraj dan sifat huruf dalam ayat-ayat Al-Quran Membanding beza makhraj dan sifat huruf Al-Quran berlahan arab dengan berlahan Ajam Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 1. Tahsin al-Saut: Hujah dan Dalilnya 1.1. Definisi suara Tahsin al-Saut merupakan dua kalimah Arab yang disatukan dan memberi maksud memperelokkan suara.Ia juga merupakan satu kaedah dalam tarannum yang bertujuan untuk 23

Upload: mohd-kurnia-mohd-isa

Post on 23-Nov-2015

172 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

yes

TRANSCRIPT

Tajuk 2KOMPONEN TILAWAH AL QURAN :

1.TAHSIN AL SOUT 2.TAJWID AL-QURAN 3. TARANNUM AL-QURAN

Sinopsis

Tajuk ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya menguasai ilmu tajwid, gaya bacaan al-Quran dan bacaan-bacaan khusus bagi riwayat hafs Torik Syatibi. Di samping itu tajuk ini memberi penekanan kemahiran pelajar tentang maratib (bentuk-bentuk) bacaan yang muktabar.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

Menjelaskan hujah dan dalil keperluan tahsin al-saut dan lahn al Arab dalam pembacaan Al-Quran

Menginterpretasi dan mentatbiq istilah-istilah berkaitan tarannum Menerangkan peranan dan kepentingan suara yang baik dalam bacaan al-Quran

Mengenalpasti dan menghuraikan makhraj dan sifat huruf dalam ayat-ayat Al-Quran

Membanding beza makhraj dan sifat huruf Al-Quran berlahan arab dengan berlahan Ajam Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

1. Tahsin al-Saut: Hujah dan Dalilnya

1.1. Definisi suaraTahsin al-Saut merupakan dua kalimah Arab yang disatukan dan memberi maksud memperelokkan suara.Ia juga merupakan satu kaedah dalam tarannum yang bertujuan untuk melunakkan suara mengikut tahap-tahap yang tertentu dalam membaca al-Quran.

1.2 Definisi Tahsin Al-SoutPenggubahan dan pengindahan suara-suara sehingga pembaca dan pendengar memahami maksud penuturun Allah Subhanahu waTaala, merasai kemanisan uslub-uslub dan menyampaikan kefahaman ke dalam pemikiran, hati serta ruh dan melaksanakan tuntutan-tuntutannya.

Pengkaedahan tahsin al-saut ini adalah berdasarkan beberapa dalil al-Sunnah yang menggalakkan membaca dan memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran dengan lunak suara yang baik di samping menjaga hukum-hukum tajwid.

Di antara dalil-dalil yang termaktub dalam Hadis Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:

a. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam bab "Galakan tahsin al-saut dalam membaca al-Quran":

Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Abdullah bin Qays atau al-Ash`ari dianugerahkan mizmar (suara yang sedap) dari jenis mizmar keluarga Nabi Daud a.s.

Keterangan hadis:

i. Hadis ini menunjukkan Rasulullah s.a.w telah memuji Abu Musa al- Ash`ari r.a yang mempunyai kelunakan suara dalam membaca al- Quran.

ii. Imam Nawawi dalam mentafsirkan hadis ini menyatakan bahawa "mizmar" berasal dari perkataan "al-zamr" yang bermaksud lagu atau kelunakan suara.

iii. Perumpamaan suara Imam al-Ash`ari r.a diibaratkan seperti kelunakan suara Nabi Daud a.s yang diriwayatkan bahawa Baginda a.s melagukan bacaan Kitab Zabur lebih daripada 70 jenis lagu.b. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Darimi dalam Sunannya, bab "Fadha'il al-Qur'an":

Maksudnya: Daripada al-Barra' bin `Azib berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suaramu, sesungguhnya kelunakan suara itu boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran itu.

Keterangan hadis:

i. Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w menggalakkan umatnya memperelokkan bacaan al-Quran dengan kelunakan suara iaitu merupakan bonus dalam membaca al-Quran secara tartil.

ii. Kaedah tahsin al-saut adalah sejajar dengan galakan membaca al- Quran dengan memperelokkan suara dengan mengikuti tahap-tahap (tabaqah) yang tertentu.

iii. Hadis ini juga menggesa agar para Qari menjaga kualiti dan mutu suara dalam membaca al-Quran serta mempertingkatkannya ke arah yang lebih baik.c. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Nasa'i dalam Sunannya, bab "Menghiasi bacaan al-Quran dengan kelunakan suara":

Maksudnya: Daripada al-Barra' berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Hiasilah bacaan al-Quran dengan kelunakan suaramu.

Keterangan hadis:

i. Hadis ini merupakan galakan Rasulullah s.a.w kepada umatnya supaya menghiasi bacaan al-Quran dengan kelunakan suara.

ii. Imam al-Sanadi mentafsirkan Lafaz "Zayyinu" itu bermaksud tahsin al-saut ketika membaca al-Quran.1.2 Suara lahn arab ( lahjah arab )Suatu gaya bunyi suara yang berbudaya kearaban.Ciri-ciri seperti berikut :1. Kemanisan dan kebasahan suara

2. Gema suara yangmeninggi kearah khaisyum

3. Kelembutan bunyi yang berbudaya kearaban

4. Pergerakan suara disampingburdah ( bunga suara ) berbudaya kearaban1.3 Tabaqat ( tingkatan ) suara1. Tabaqat pertama ( Qarar ), ianya berfungsi di dada

2. Tabaqat kedua ( Nawa ), ianya berfungsi pada tekak

3. Tabaqat ketiga ( jawab ), ianya berfungsi pada rongga hidung

Ketiga-tiga tabaqat ini berperanan dalam dalam bacaan Al-Quran secara murattal.

Rajah kedudukan tabaqat suara

1.4 Peranan suara dalam tilawah al-Quran

1. Memberi penyesuaian dengan kehendak lughat al Quran ( bahasa al-Quran )

2. Memberi penyesuaian dengan bentuk dan ragam ayat al-Quran seperti penceritaan,pertanyaan,amaran,larangan,perintah,peringatan,doa,berita gembira,berita sedih,kemarahan,rayuan,ganjaran dan azab. Ia juga menentukan tekanan bunyi suara yang menarik,lembut,keras,halus,kasar dan licin. Menentukan tabaqat frendah,sederhana dan tinggi.

.3, Memberi penyesuaian dengan irama tarannum bil al-Quran seperti irama tarannum Bayyati, Soba,Hijaz,Nahawand,Rast,Sikah dan Jiharkah serta nada dan irama yang seiring dengan proses penyusunan nada dan irama dengan teknik tertentu.

4. Memberi penyesuaian dengan lahjah arab. 2. PENGENALAN TAJWID Al-QURAN2.1. DEFINISI TAJWID

Ulamak Islam mengatakan bahawa setiap ilmu mempunyai asas yang menjadi teras perbincangan. Sepuluh asas ilmu tajwid ialah ;

1. Pengertian :

Pada bahasa bererti memperelokkan sesuatu

Pada Istilah : mengeluarkan huruf hijaiyah daripada makhrajnya dan diberikan hak (sifat asli) dan mustahaknya (sifat-sifat mendatang)

2. Hukum mempelajarinya:

Mendalami hukum-hukumnya secara ilmiah fardhu kifayah tetapi beramal dengannya ketika bacaan fadhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat.

3. Dalil-dalil kewajipan beramal dengannya.

Surah al-Muzammil ayat 4.

Sabda Rasulullah s.a.w

Ijmak ulamak sejak zaman sahabat hinggalah hari ini.

4. Nama ilmunya.

Ilmu tajwid

5. Tumpuan perbincangan.

Kalimah-kalimah al-Quran

6. Kelebihannya.

Antara ilmu termulia kerana ia berkaitan terus dengan kalam Allah

7. Penyusunnya.

Secara amali Nabi Shallallahu alaihi Wasallam

8. Masalah dalam perbincangannya.

Kaedah-kaedah umum yang menjuruskan kepada kaedah-kaedah yang lebih khusus.

9. Matlamatnya.

Memelihara lidah daripada melakukan kesalahan dalam bacaan.

10. Faedah umum.

Mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat daripada Allah di dunia dan akhirat.

Catatkan pendapat-pendapat ahli tafsir ketika mentafsirkan perkataan tartil ketika mentafsirkan ayat 4 surah al-Muzzammil.

2.2. MAKHRAJ HURUF DAN SIFAT HURUF

2.2.1 Pengertian Makhraj Huruf

Pada bahasa tempat keluar.

Pada istilah tempat keluar huruf-huruf hijaiyah yang membezakan antara satu huruf dengan huruf yang lain

Mengikut pendapat terpilih makhraj huruf am terbahagi kepada lima bahagian iaitu makhraj jauf, makhraj halq, makhraj lisan, makhraj dua bibir dan makhraj rongga hidung.

2.2.2 Makhraj jauf, halq, lisan, dua bibir, dan rongga hidung

Bagi makhraj am jauf hanya terdapat satu makhraj khas dan huruf-huruf yang terlibat ialah ketiga-tiga huruf mad. Bagi makhraj am halq terdapat tiga makhraj khas iaitu pangkal, tengah dan hujung halkum dan huruf-hurufnya pula ialah hamzah dan ha keluar daripada pangkal halkum, ain dan ha kecil keluar daripada tengah halkum dan ghain dan kho terbit daripada hujung halkum.

Makhraj am lidah pula mengandungi sepuluh makhraj khas yang meliputi pangkal, tengah, tepi dan hujung lidah. Huruf-huruf yang terlibat ialah Ta,Tho, Jim, Dal, Dzal, Ra, Zai, Sin,Syin,Shad, Dhad,To, Zha,Qaf, Kaf,Lam,Nun dan Ya.

Makhraj am dua bibir mempunyai dua makhraj khas dan huruf yang terlibat ialah ba,wau,mim dan fa. Makhraj am jauf pula mengandungi satu makhraj khas dan keluar daripadanya ghunnah.2.2.3 Sifat Huruf.

Pada bahasa bermaksud sesuatu yang wujud pada sesuatu benda seperti hitam, putih, kuat, lemah dan sebagainya.

Pada istilah bermaksud cara mengawal dan menekan udara ketika huruf-huruf dilafazkan samada tinggi, nyaring, kuat dan sebagainya. Sifat-sifat huruf ketara kedengaran ialah ketika ia mati berbanding ketika ia berbaris.

Mengikut pendapat yang masyhur huruf-huruf hijaiyah mempunyai tujuh belas sifat lazim. Ia merangkumi sifat-sifat tunggal dan sifat-sifat yang mempunyai lawan. Sifat-sifat tunggal ialah sofir bermakna siulan/berdesir dan huruf-hurufnya ialah (zai sin sod ,lin) bermaksud lembut, takrir bermaksud berulang/ulang dan hurufnya ialah (ro), istitolah bermaksud memanjang dan hurufnya ialah (dod), qolqolah bermaksud berdetak dan huruf-hurufnya digabung dalam ungkapan (qutubun jaddun ), inhiraf bererti melencong dan huruf-hurufnya ialah( lam dan ro ) tafassyi bererti menghembur dan hurufnya ialah (syin. )Sifat yang mempunyai lawan ialah jahar (nyaring) lawannya hamas (berbisik) , syiddah (kuat) lawannya rokhowah (lembut) dan di antaranya tawassut/bayyinah, istila (meninggi) lawannya istifal (merendah), itbaq (melekap) lawannya infitah (terbuka), ismat (tersekat) lawannya izlaq (tergelincir/lancar)

2.3. HUKUM NUN SAKINAH

2.3.1 Takrif Nun Dan Mim Sakinah

Nun Sakinah iaitu nun yang tidak berbaris dan ia akan menerima baris jika bertemu dengan huruf sukun. Tanwin pada bahasa bermakna suara dan pada istilah lafaz (suara) nun sakinah yang terdapat (tersirat) di akhir kata nama isim.

Apabila nun sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf hijaiyyah hukumnya terbahagi kepada empat iaitu izhar, idgham, ikhfa dan iqlab.

2.3.2 Izhar, Idgham, Iqlab, Ikhfa

Izhar.

Izhar bererti nyata dan terang dan pada istilah ialah mengeluarkan setiap huruf daripada makhrajnya dengan terang tanpa dengung. Terdapat enam huruf izhar yang digabungkan dalam ungkapan ighin kho a hu. Kejauhan nun sakinah atau tanwin dengan huruf-huruf halkum menyebabkan bacaannya diizharkan.

Idgham.

Pada bahasa bererti memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu dan pada istilah bermaksud memasukkan huruf yang sukun ke dalam huruf berbaris seolah-olah menjadi satu huruf bertasydid. Huruf-hurufnya digabungkan ke dalam ungkapan yarmaluna. Sebab-sebab bacaan diidgamkan kerana pertama nun sakinah dan tanwin adalah dua huruf mislain/ mutamasilain, kedua nun sakinah dan tanwin dengan mim adalah dua huruf yang bersekutu pada segala sifat dan ketiga nun sakinah dan tanwin dengan huruf-huruf lam,ra,wau dan ya adalah dua huruf mutaqaribain. Idgham terbahagi dua iaitu idgham tanpa dengung dan idgham dengan dengung. Idgham tanpa dengung mempunyai dua huruf yang digabungkan dalam ungkapan ralla dan huruf-huruf idgham maal ghunnah digabungkan dalam ungkapan yumin.

Martabat idgham juga terbahagi dua iaitu idgham kamil dan naqis. Ulama bersepakat mengatakan idgham kamil nun sakinah dan tanwin berlaku pada dua huruf iaitu lam dan ro dan kebanyakan ulama juga mengatakan idgham kamil juga berlaku pada huruf-huruf nun dan mim.

Tatbiqkan bacaan idgham kamil dan naqis dalam bacaan surah al-insan

Iqlab

Iqlab bererti memalingkan sesuatu dan pada istilah bermaksud menukarkan lafaz sesuatu huruf kepada yang lain dengan mengekalkan dengung serta ikhfak.(Dikhfakkan mim kepada ba)

Sebab-sebab ditukarkan nun sakinah dan tanwin kepada mim kerana kedua-dua huruf itu mempunyai persamaan iaitu; persamaan pada makhraj dan sifat-sifat kedua-duanya.

Ikhfa

Pada bahasa ikhfa bererti tersembunyi dan pada istilah mennyembunyikan huruf sukun dengan satu sifat antara izhar dan idgham tanpa tasydid serta kekal ghunnah pada huruf pertama. Huruf-hurufnya digabungkan dalam rangkaikata . Sebab-sebab diikhfakan kerana makhraj nun sakinah atau tanwin tidak berjauhan dan tidak berhampiran dengan makhraj huruf-huruf ikhfa. Jadi ia berada di pertengahan di antara izhar dan idgham.

Ikhfa mempunyai tiga martabat.1. Martabat tertinggi iaitu ikhfa kepada huruf to dan ta.

2. Martabat terendah iaitu ikhfa terhadap huruf-huruf kof dan kaf

3. Martabat pertengahan iaitu ikhfa terhadap huruf-huruf selain daripada huruf-huruf di atas.

Rujuk kepada guru al-Quran tertentu dan praktikkan bacaan ikhfa nun sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf istilak.

2.3.3 HUKUM MIM SAKINAH

Mim sakinah iaitu mim yang tidak berbaris. Mim sakinah akan menerima baris apabila bertemu dengan huruf sukun.

Dalam al-Quran mim sakinah terdapat pada kalimah isim, fiil dan harf

Apabila mim sakinah bertemu dengan huruf hijaiyah terbahagi kepada tiga hukum iaitu ikhfa,idgham dan izhar

Apabila mim sakinah bertemu dengan ba maka wajib diikhfakan dan dinamakan ikhfa syafawi atau ikhfa syafahi kerana mim dan ba makhrajnya di bibir.

Apabila mim sakinah bertemu dengan mim maka wajib diidghamkan dan dinamakan idgham saghir atau idgham mithlain soghir ataupun idgham mithlain syafawi

Apabila mim sakinah bertemu dengan huruf hijaiyah selain daripada ba dan mim maka wajib diizharkan dan dinamakan izhar syafawi atau izhar syafahi kerana mim makhrajnya di bibir

Hati-hati ketika melafazkan mim sakinah apabila bertemu dengan fa atau wau kerana takut diikhfakan mim sakinah tersebut kerana mim sakinah berkongsi dengan wau pada makhrajnya dan mim sakinah juga berhampiran dengan fa pada makhrajnya.

2.3.4 HUKUM NUN MUSYADDADAH DAN MIM MUSYADDADAH

Nun musyaddadah dan mim musyaddadah adalah nun dan mim yang diletakkan tanda tasydid di atas keduanya.

Huruf musyaddadah asalnya adalah dua huruf, huruf pertama sukun dan huruf kedua berbaris maka diidghamkan menjadi satu huruf yang bertasydid

Nun musyaddadah dan mim musyaddadah wajib dighunnahkan dengan kadar 2 harakat sama ada ketika wasal atau waqaf

Ghunnah ada lima martabat dari segi kesempurnaannya, di sini disusun mengikut martabat yang paling kuat hinggalah martabat yang paling lemah

Iaitu:

i. Ghunnah yang terdapat pada nun musyaddadah dan mim musyaddadah

ii. Ghunnah yang terdapat pada nun sakinah atau tanwin yang diidghamkan sebagai Idgham Naqis

iii. Ghunnah yang terdapat pada nun sakinah atau tanwin dan mim sakinah yang diikhfakan

iv. Ghunnah yang terdapat pada nun sakinah atau tanwin dan mim sakinah yang diizharkan

v. Ghunnah yang terdapat pada nun mutaharrikah dan mim mutaharrikah

2.4. HUKUM TAFKHIM ,TARQIQ DAN TAGHLIZ

2.4.1 Takrif Tafkhim, Tarqiq Dan Taghliz

Makna tafkhim ialah menebalkan sebutan huruf dengan mengangkat lidah ke lelangit manakala tarqiq ialah menipiskan sebutan huruf dengan membuka ruang antara lidah dengan lelangit.

Tebal nipis huruf-huruf hijaiyah terbahagi tiga;

1. huruf yang tebal selama-lamanya iaitu huruf-huruf istila.

2. huruf yang sentiasa tipis ialah huruf-huruf istifal kecuali huruf-huruf alif, ro dan lam.

3. huruf-huruf yang boleh nipis dan tebal (bergantung kepada keadaannya) iaitu huruf-huruf alif, lam dan ro.

Hukum huruf alif.

Ditebalkan jika sebelumnya huruf istila dan ditarqiqkan jika sebelumnya huruf-huruf istifal contohnya Hukum lam lafaz jalalah.

Dibaca taghliz atau tebal apabila didahului huruf berbaris fathah atau dhommah dan dibaca tarqiq jika didahului huruf berbaris kasrah atau baris dua di atas atau baris dua di hadapan seperti dibaca ((( ( ((((((( dibaca ( surah al-Araf ayat 164) dan

((( ((((((((( dibaca ( (surah al-Ikhlas ayat 1-2)Hukum huruf Ro.

Berdasarkan tafkhim dan tarqiq ro dibahagikan kepada empat bahagian iaitu;

1. yang mesti dibaca tebal dan ia berlaku dalam 10 keadaan berikut;

a. berbaris fathah

b. berbaris dhommah

c. ro mati dan sebelumnya berbaris fathah

d. ro mati dan sebelumnya berbaris dhommah

e. ro mati huruf sebelumnya berbaris kasrah dan selepasnya huruf istiklak

f. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah yang mendatang samada dalam satu kalimah atau kalimah berasingan

g. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya berbaris fathah

h. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya berbaris dhommah

i. ro mati kerana waqaf , huruf sebelumnya juga sukun (selain ya) dan huruf sebelumnya berbaris fathah.

j. Ro mati kerana waqaf huruf sebelumnya sukun (selain ya) dan huruf sebelumnya berbaris dhommah.

2. yang mesti dibaca nipis dan ia berlaku 9 keadaan berikut;

a. berbaris kasrah

b. berbaris kasrah arid (mendatang)

c. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah

d. ro mati huruf sebelumnya berbaris kasrah dan selepasnya huruf istila dalam kalimah berasingan

e. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya mati serta huruf sebelumnya berbaris kasrah

f. ro mati kerana waqaf dan sebelumnya ya mad

g. ro mati kerana waqaf dan sebelumnya ya lin

h. ro yang diimalahkan

i. ro yang diwaqaf secara raum

3. ro yang harus tipis atau tebal tetapi tebal lebih utama dan hanya berlaku pada kata di dalam surah-surah Yusuf (2) Yunus dan al-Zukhruf.

4. ro yang harus tebal atau tipis tetapi nipis lebih utama dan berlaku dalam keadaan berikut;

a. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah serta selepasnya huruf istila yang juga berbaris kasrah contoh b. ro sukun kerana waqaf (asalnya berbaris kasrah) dan huruf sebelumnya huruf istila yang juga berbaris sukun c. ro mati kerana waqaf (asalnya berbaris kasrah) dan selepasnya ya mahzufah iaitu pada kalimah Dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan hikmah hukum ro yang boleh di baca dua wajah di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

2.5. AL-MUDGHAM

2.5.1 Idgham mutamasilain.

Iaitu idgham yang berlaku antara dua huruf yang bersamaan sifat dan makhraj. Idgham ini terbahagi dua iaitu dengan ghunnah dan tanpa ghunnah. Idgham mutamasilain tanpa dengung berlaku pada beberapa huruf sahaja iaitu huruf ba, ta, dal, dzal, ro, ain, fa, kaf, lam, wau dan ha. Idgham mutamasilain dengan ghunnah berlaku pada antara huruf-huruf mim sakinah pada mim dan nun sakinah pada Nun.

2.5.2 Idgham mutaqaribain.

Ialah idgham yang berlaku pada dua huruf yang berhampiran sifat dan makhraj. Ia juga terbahagi dua tanpa dengung dan dengan dengung. Idgham mutaqaribain tanpa dengung berlaku antara huruf-huruf qaf sakinah pada kaf, nun sakinah pada ra, dan nun sakinah pada lam. Idgham mutaqaribain dengan dengung berlaku pada antara huruf-huruf nun sakinah pada wau dan nun sakinah pada ya.

2.5.3 Idgham mutajanisain.Iaitu idgham yang berlaku pada dua huruf yang bersamaan makhraj tetapi berlainan sifat. Ia juga terbahagi dua tanpa dengung dan dengan dengung. Ia berlaku pertemuan antara huruf-huruf ta sakinah dan dal, ta sakinah dan to, ta sakinah pada dzal, dal sakinah pada ta, dzal sakinah pada zha dan to sakinah pada ta. Idgham mutajanisain dengan ghunnah pula hanya berlaku pada antara huruf-huruf ba sakinah dan mim.

Hasilkan peta minda yang menggambarkan perbezaan antara idgham-idgham mutamasilain,mutaqaribain dan mutajanisain

2.6. AL-MUDUD

2.6.1 Mad Asli, Mad Muttasil, Mad Munfasil, Mad Aridh, Mad Lazim, Mad Lin, Mad iwadh, Mad Faraq dan Mad Silah

Mad

Mad pada bahasa bererti pertambahan. Pada istilah mad diertikan memanjang suara melalui salah satu huruf mad atau huruf-huruf lin. Dalil bacaan mad terdapat melalui hadith nabi yang diriwayatkan oleh ibnu Masud di mana seorang lelaki membaca ayat 60 surah al-Taubah tanpa bacaan mad.

Huruf mad ada tiga iaitu alif wau dan ya tetapi dengan syarat-syarat berikut; pertama alif yang didahului oleh baris fathah, kedua wau sakinah yang didahului baris dommah dan ketiga ya sakinah yang didahului baris kasrah. Contoh bagi keadaan-keadaan mad tersebut terdapat pada kalimah "" , manakala huruf lin terdapat dua iaitu wau dan ya yang berkehendakkan syarat-syarat ; wau sakinah didahului baris fathah dan ya sakinah yang didahului baris fathah seperti contoh-contoh " " .

Pembahagian mad.

Mad terbahagi dua mad asli dan mad farei. Mad asli iaitu mad yang terjadi dengan sebab utama mad iaitu kewujudan huruf mad. Ia juga dikenali mad tabie dan mad zati. Mad asli terbahagi kepada dua pula iaitu mad asli harfi atau mad asli thunai. Ia hanya terdapat di huruf-huruf tertentu pembukaan surah yang dikumpulkan dalam ungkapan " ". Mad asli kedua ialah mad asli kalimi atau mad asli mutlak seperti contoh sebelum ini.

Mad farie pula terhasil daripada sebab kewujudan hamzah atau sukun yang mengiringi huruf-huruf mad atau lin. Ia juga dikenali dengan nama mad mazidi. Terdapat tiga jenis yang terhasil dengan sebab kewujudan hamzah. Mad-mad itu ialah mad wajib muttasil, mad jaiz munfasil dan mad badal. Mad arid lissukun, mad lin dan mad lazim pula terhasil daripada kewujudan sukun.

Jenis mad akibat kewujudan hamzah.

Mad wajib muttasil.

Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam satu kalimah sama ada ketika bacaan wasal atau ketika waqaf. Mengikut imam Asim riwayat Hafs torik Syatibi wajib dibaca 4 atau 5 harakat ketika bacaan wasal dan harus dibaca 6 harakat ketika waqaf. Ketiga contoh bagi hukumnya terdapat pada kalimah-kalimah " " .

Mad jaiz munfasil.

Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika bacaan wasal sahaja. Hukumnya mengikut imam Asim riwayat Hafs torik Syatibi harus dibaca 4 atau 5 harakat ketika wasal dan hanya dibaca dua harakat ketika waqaf. Contohnya terdapat pada kalimah " " .

Mad badal.

Ia terjadi apabila hamzah mendahului huruf mad dengan syarat tiada hamzah atau sukun selepas huruf mad tersebut. Ia juga digelar mad badal asli. Mengikut riwayat Hafs torik Syatibi ia dibaca dua harakat. Contoh-contohnya terdapat pada kalimah-kalimah " " . Jika huruf mad terdapat selepas huruf hamzah asli ia dinamakan mad syabih bil badal. Contonya ialah ".

Mad arid li al-sukun.

Ia terjadi apabila huruf mad bertemu sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf sahaja. Bacaannya harus 2,4 dan 6 harakat.

Mad lin.

Ia terjadi apabila huruf lin bertemu dengan sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf sahaja. Ia harus dibaca 2 , 4 atau 6 harakat.

Mad lazim.

Secara am mad lazim terbahagi kepada dua kategori kalimi dan harfi. Mad lazim kalimi apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam kalimah-kalimah al-Quran dan mad lazim harfi berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli pada huruf-huruf pembukaan (fawatih) al-Quran. Setiap mad lazim harfi dan kalimi terbahagi kepada dua bahagian pula iaitu muthaqqal dan mukhaffaf. Maksud muthaqqal ialah huruf sukun selepas huruf mad diidghamkan ke dalam huruf selepasnya manakala mukhaffaf ialah huruf sukun selepas huruf mad tidak diidghamkan ke dalam huruf selepasnya.

Mad-mad farie yang lain.

Mad shilah.

Terjadi ketika membaca wasal pada ha domir yang berada di antara dua huruf berbaris dan ia terbahagi dua iaitu qosirah dan towilah. Mad silah qosirah ialah apabila ha domir mendahului huruf hijaiyyah selain daripada hamzah. Ia dibaca 2 harakat ketika wasal dan ketika waqaf dimatikan ha domir tersebut. Mad silah towilah pula ialah apabila ha domir mendahului hamzah. Mengikut riwayat Hafs torik Syatibi ia dibaca 4 atau 5 harakat ketika wasal dan apabila waqaf ia dimatikan.

Mad tamkin.

Apabila berhimpun dua huruf ya dengan syarat ya yang pertama bertasydid dan berbaris kasrah dan ya kedua sukun.

Mad iwad.

Ia terjadi apabila waqaf pada huruf bertanwin mansub kecuali ta marbutoh. Bacaannya 2 harakat kerana ia mad tabie yang terjadi ketika waqaf.

Mad faraq.

Ia terjadi apabila hamzah wasal yang berada sebelum lam tarif dimasuki hamzah istifham. Ia sebahagian daripada mad lazim kalimi sama ada muthaqqal dan mukhaffafah.

Mad tazim

Terjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu hamzah pada kalimah "". Hukumnya harus dibaca 4 atau 5 harakat kerana ia sebahagian daripada mad jaiz munfasil.

Mad tabriah.

Terjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu dengan huruf hijaiyyah selain daripada hamzah. Hukumnya wajib dibaca 2 harakat kerana ia sebahagian daripada mad asli.

Sediakan penjelasan istilah-istilah yang berkaitan dengan hukum mad berikut : mad wajib, mad lazim , mas jaiz , mad farq , mad tamkin dan mad tazim

2.7. HUKUM WAQAF DAN IBTIDA

2.7.1 Pengertian Waqaf

Waqaf Waqaf pada bahasa : menahan.

Waqaf pada istilah : memutuskan suara bacaan di akhir perkataan pada kadar masa boleh bernafas mengikut adatnya serta berniat untuk menyambung semula bacaan.

Hukum Belajar : Wajib pada pandangan setengah ulama

2.7.2 Bahagian-bahagian Waqaf ( Waqaf Ikhtiari, Waqaf Idhtirari, Waqaf Intizhari, Waqaf Ikhtibari )Waqaf boleh di bahagikan kepada empat bahagian;

1. Waqaf Ikhtiari iaitu waqaf pilihan yang dilakukan oleh pembaca tanpa sebarang sebab yang tertentu.

2. Waqaf Idhtirari iaitu waqaf terpaksa ( darurat) yang dilakukan pembaca kerana kehabisan nafas, terbersin, menguap dan sebagainya.

3. Waqaf Intizhari iaitu waqaf tangguh yang dilakukan oleh pembaca kerana membaca wajah ( qiraat) yang lain daripada wajah bacaan yang diterima.

4. Waqaf Ikhtibari iaitu waqaf pengetahuan yang dilakukan oleh pembaca bertujuan untuk menerangkan perbezaan antara maqtu dan maushul. Ithbat dan mahdzuf, menyoal dalam peperiksaan atau mengajar.

2.7.3 Jenis-jenis Waqaf Ikhtiari ( Tam, Kafi, Hasan, Qabih )Waqaf Ikhtiari dibahagikan kepada jenis;

1. Waqaf Tam ( berhenti dengan sempurna) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak mempunyai hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna.

2. Waqaf Kafi ( berhenti memadai ) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak mempunyai hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz tapi mempunyai hubungan dari segi makna.

3. waqaf Hasan (berhenti yang baik ) iaitu waqaf pada kalimah yang boleh memberi faham akan maknanya yang jelas tetapi mempunyai hubungan dengan kalimah atau ayat selepasnya dari segi lafaznya.

4. Waqaf Qabih ( berhenti yang tidak baik) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak memberi faham akan maknanya kerana berhubung kuat dengan kalimah selepasnya kecuali darurat dan ( jika berlaku) wajib memulakan dengan kalimah sebelumnya.

Ibtida

Makna Ibtida pada bahasa : permulaan.

Pada istilah : Memulakan bacaan al-Quran sama ada selepas waqaf atau qata

Hukum Ibtida terbahagi dua jenis;

1. Ibtida Jaiz ( permulaan yang harus) iaitu memulakan bacaan pada kalimah yang dapat memberi faham akan maknnya serta tidak bersalahan dengan apa yang dikehendaki Allah Taala

2. Ibtida Tidak Jaiz ( permulaan yang tidak harus) iaitu memulakan bacaan pada kalimah yang tidak menyampaikan maksud yang sebenar atau boleh mengubah makna yang dikehendaki.

Senaraikan waqaf-waqaf Jibril yang disepakati yang terdapat di dalam al-Quran dan kenapakah di tempat-tempat tersebut kita disunnahkan Waqaf.

2.7.4. BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS DARIPADA QIRAAT ASIM TORIQ SYATIBITalfiq.

Talfiq pada bahasa : rekaan

Talfiq pada istilah : mencampurkan bacaan sebahagian daripada toriq dengan toriq yang lain. Ia juga dikenali dengan tarkib turk

Hukum talfiq.

Ulama menjelaskan tidak harus berlaku talfiq ketika bacaan al-Quran. Imam Nuwairi menjelaskan bercampur beberapa toriq ada kalanya haram, makruh dan mengaibkan. Jika kita melakukannya akan terjadi satu bacaan yang tidak pernah diturunkan.

Wahai pelajar sekalian

Menjadi kesalahan jika kita menggabungkan bacaan antara toriq Imam Syatibi dengan torik Imam Ibnu Jazari dalam satu masa kerana terdapat jurang perbezaan antara kedua-dua toriq tersebut.

Tatbiqkan bacaan khusus riwayat Hafs toriq Syatibi

Bacaan khusus riwayat Hafs toriq Syatibi.

1. Attakbir : bermaksud ucapan " " atau sekurang-kurangnya " " atau " ". Ketika khatam al-Quran Hafs melalui torik Syatibi tidak membaca takbir.

2. Mad munfasil dibaca dengan kadar 4 dan 5 harakat.

3. Mad muttasil dibaca dengan kadar 4 atau 5 harakat dan 6 harakat apabila diwaqaf atas huruf mad berada di hujung kalimah.

4. Idgham nun sakinah atau tanwin kepada huruf lam dan ro tanpa ghunnah.

5. Saktah hanya berlaku pada 4 tempat.

6. Pada fatatih suwar surah yasin dan surah nun dibaca dengan dengan izhar.

7. Pada perkataan "" pada surah al-Insan ayat 4 boleh dibaca dua wajah ketika waqaf samada dihazaf alif serta disukunkan lam atau diisbat alif sebagai mad asli.

8. Kalimah-kalimah "" ( berulang tiga kali) pada ayat 24 surah al-Rum, harus dibaca dua wajah pada ketiga-tiga tempat tersebut iaitu dhad maftuhah(seperti dalam mushaf) dan dhad madhmumah.

9. Pada kalimah (((( ((((((((( (((((( (surah al-naml ayat 36 harus dibaca dua wajah ketika waqaf iaitu diwaqafkan dengan ya sebagai mad asli atau diwaqafkan tanpa ya serta disukunkan nun sebagai mad aaridh lissukun

10. Pada kalimah "" pada surah al-Syuara ayat 63 harus dibaca dua wajah pada ra iaitu tafkhim dan tarqiq.11. Huruf ain pada permulaan surah Maryam dan surah al-Syura harus dibaca dengan empat dan enam harakat.12. Pada kalimah " " dibaca dua wajah iaitu Isymam dan Raum/ikhtilas13. Wajib diidghamkan huruf ba ke dalam huruf mim pada kalimah " " surah Hud ayat 42.

14. Wajib didghamkan huruf tha ke dalam zal pada kalima " surah al-Araf ayat 176.15. Pada kalimah "" dalam surah surah an-Anam ayat 143-144 dan kalimah "" surah Yunus ayat 51 dan 91 dan kalimah "" dalam surah Yunus ayat 59 dan surah an-Naml ayat 59 boleh dibaca dua wajah iaitu secara ibdal dan tashil

16. Huruf sod pada kalimah "" surah al-Ghosyiah ayat 22 hanya dengan huruf sod.

17. Pada huruf sin kalimah "" surah al-Qamar ayat 37 harus dibaca dua wajah iaitu dengan sod dan sin18. Pada kalimah "" surah al-Baqarah ayat 245 dan pada kalimah "" surah al-Araf ayat 69 dibaca dengan huruf sin sahaja.

19. Pada kalimah " " harus dibaca dua wajah iaitu secara izhar berserta dengan saktah dan secara idgham.

20. Pada kalimah "" dibaca secara idgham kamil21. Kalimah "" ayat 41 surah Hud hendaklah dibaca secara imalah kubra.22. kalimah "" surah Fussilat ayat 44 dibaca dengan tashil.Tasmikan bacaan khas Qiraat Asim riwayat Hafs torik Syatibi di depan seseorang guru al-Quran yang mahir.

Layari laman web qquran (www.qquran.com).

a) Cari maklumat-maklumat berkaitan dengan nama-nama qori-qori mesir yang terkenal.

b) Pilih satu tokoh al-Quran Mesir yang anda minati dan nyatakan sumbangannya terhadap Al-Quran

Aktiviti Tutorial: Berdasarkan satu surah yang ditentukan oleh pensyarah anda dalam juzuk Amma:

a) Analisakan hukum-hukum tajwid yang sudah dipelajari dalam modul, dan

b) Tasmikan surah tersebut di hadapan pensyarah anda.

3. TARANNUM AL-QURAN

3.1 Pengenalan Asas Tarannum Al-QuranSINOPSIS

Tajuk ini membolehkan pelajar menjelaskan kurikulum bacaan al-Quran berpandukan hujah dan dalilnya dan menghuraikan konsep ilmu tarannum dari sudut istilah, bentuk dan peranan yang berkaitan dalam bidang ini para pelajar juga sepatutnya boleh menerangkan hukum tarannum al-Quran berdasarkan dalilnya dan membaca al-Quran dengan tarannum secara murattal.

HASIL PEMBELAJARAN:

i. Menjelaskan kurikulum bacaan al-Quran berpandukan hujah dan dalilnya;

ii. Menghuraikan konsep ilmu tarannum dari sudut istilah, bentuk dan peranan yang berkaitan dalam bidang ini; dan

iii. Menerangkan hukum tarannum al-Quran berdasarkan dalilnya

iv. Membaca ayat-ayat al-Quran dengan Tarannum secara murrattal..

3.1.1 Definisi TarannumTarannum merupakan satu kaedah yang menggunakan kelunakan suara dalam membacakan ayat al-Quran. Suara adalah suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain mengikut kehendak yang tertentu.

Jelasnya, tarannum ini boleh kita definisikan dari sudut bahasa sebagai lagu. Jika dibahaskan dari sudut istilahnya pula ia membawa maksud ilmu atau kaedah suara yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan kelunakan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya bacaan al-Quran.

3.1.2 Hukum Bertarannum al-Quran

Di antara dalil-dalil yang mengharuskan membaca al-Quran secara bertarannum adalah seperti berikut:

Ada pun hukum mempelajari ilmu tajwid ini adalah fardu kifayah dan hukum membaca al-Quran secara bertajwid adalah fardu ain iaitu wajib ke atas setiap individu Muslim. Di antara dalil-dalil yang mewajibkan membaca al-Quran secara bertajwid adalah seperti berikut:

a. Hadis yang diriwayat daripada Abu Hurayrah:

Maksudnya: Daripada Abu Hurayrah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Adapun yang diizinkan oleh Allah akan sesuatu perkara dan diakui perintah itu oleh Nabi s.a.w ialah melagukan bacaan al- Quran.

Keterangan hadis:

i. Hadis ini menunjukkan keizinan daripada Allah dan rasulNya s.a.w dalam melagukan bacaan al-Quran.

ii. Ijma` ulama berpendapat bahawa hadis di atas merupakan isyarat membolehkan membaca al-Quran dengan bertarannum selama mana tidak terkeluar dari hukum-hukum tajwid. Jika sekiranya terkeluar dari had dan hak ayat suci al-Quran seperti menambahkan huruf, maka hukumnya adalah haram. Perkara ini dipersetujui oleh Imam al- Mawardi yang menaqal kalam dari pendapat Imam al-Shafi`i dengan menyatakan bahawa haram hukumnya melagukan bacaan ayat suci al-Quran dengan terkeluar lafaz huruf dari makhrajnya.

b. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahihnya:

Maksudnya: Daripada Abu Hurayrah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukanlah daripada golongan kami iaitu mereka yang tidak melagukan bacaan al-Quran. Dan ditambah oleh perawi yang lain iaitu menjaharkannya (jelas) bacaan al-Quran.

Keterangan ayat:

a. Hadis ini menunjukkan galakan daripada Rasulullah s.a.w terhadap umatnya supaya melagukan bacaan al-Quran.

b. Adapun tambahan kalimah "menjaharkannya bacaan al-Quran" dari perawi yang lain itu pula membawa maksud yang sama iaitu melagukan bacaan al-Quran secara terang, jelas dan tepat sebagaimana ia diturunkan.

3.1.2 Tartil: Hujah dan Dalilnya

Kaedah tartil boleh kita definisikan sebagai ilmu atau kaedah yang dihasilkan oleh gabungan kaedah tahsin al-saut, tajwid dan tarannum.Ia juga merupakan bacaan cantik yang lengkap dan sempurna.

Di antara dalil-dalil yang termaktub sama ada bersandarkan hujah al-Quran dan al-Sunnah adalah seperti berikut:

a. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Furqan: 25:32:

Maksudnya :Dan kami membacanya(al-Quran) itu secara tartil.

Keterangan ayat:

i. Ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t menurunkan al-Quran ini dengan bacaan yang tartil

ii. Bacaan secara tartil ini merupakan tahap bacaan yang paling tinggi kedudukkannya kerana bacaan ini merupakan amalan baginda Rasulullah s.a.w.

b. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya, bab "Galakan membaca al-Quran secara tartil":

Maksudnya: Daripada Abdullah bin `Amru r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Dipersilakan ahli al-Quran ketika memasuki Syurga: Bacalah! Dan naiklah ketingkat atas (Syurga), dan perelokkanlah bacaan kamu sebagaimana kamu mengelokkan bacaannya ketika di dunia dahulu. Sesungguhnya tempat tinggal kamu di Syurga ini adalah berdasarkan akhir ayat al-Quran yang kamu baca.

Keterangan ayat:

i. Hadis ini menunjukkan bahawa tahap bacaan al-Quran secara tartil ini menjadi ukuran dan nilai yang tinggi di sisi Allah s.w.t serta dijanjikan syurga yang dihiasi dengan cantik.

ii. Adapun nilai bacaan al-Quran secara tartil iaitu bukan secara bersegera membacanya adalah merupakan nilai ganjaran yang selari dengan mutu dan kaedah bacaan yang diamalkan.

iii. Imam al-Khattabi menjelaskan bahawa terdapat riwayat yang menyatakan bahawa bilangan ayat al-Quran yang dibaca secara tartil akan menentukan kedudukan Syurga dan tahapnya di akhirat kelak.SEMAK KENDIRI

1. Tahukah anda apakah ilmu tarannum?

2. Apakah kaitan antara bacaan al-Quran dan tarannum?

3. Ceritakan tentang pengalaman anda dengan bacaan al-Quran dan tarannum.

AKTIVITI

Bincangkan falsafah tarannum dan sumbangan ilmu ini dalam memartabatkan mutu bacaan al-Quran di Malaysia.

3.1.4 Istilah-istilah dalam Tarannum al-QuranDi antara istilah-istilah dalam ilmu tarannum adalah seperti yang diterangkan dalam Jadual 1.1 berikut.

Jadual 1: Istilah-istilah dalam Ilmu Tarannum

Bil.IstilahCatatan

1Ikhtilal al-LahnIa bermaksud membunyikan suara dengan nada kesumbangan pada mana-mana irama yang tertentu. Ia bertujuan meningkatkan kualiti dan teknik ketika mempersembahkan bacaan al-Quran. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a. Ikhtilal al-Lahn secara menurun.

b. Ikhtilal al-Lahn secara mendaki.

2BurdahIa bermaksud bunga-bunga lagu atau getaran suara. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a. Burdah Asli: Suara yang hidup dan mempunyai getaran yang semula jadi

b. Burdah Sina`i: Bunga-bunga suara yang digubah dan disusun rapi mengikut kehendak jenis tarannum yang dipersembahkan.

3NaghamIa bermaksud lagu-lagu seperti bayati, nahwand dan sebagainya.

4MahattahIa bermaksud gaya penghujung (perhentian) kepada sesuatu harakah yang tertentu.

5Qit`ahIa bermaksud gerak lagu yang paling pendek tanpa mahattah yang tertentu.

6HarakatIa bermaksud gaya susunan lagu yang tersusun daripada beberapa qit`ah dengan mahattahnya yang tertentu.

7TaushikhIa bermaksud rangkap atau bait syair.

3.2 Bentuk dan Gaya Tarannum dalam al-Quran

Umumnya, ayat-ayat al-Quran yang dibaca mempunyai bentuk dan gayanya yang tersendiri seperti perintah, larangan, penceritaan, permohonan dan rayuan, perbualan, perumpamaan dan sebagainya.

Adapun bentuk atau seni lagu tarannum juga mengambil kira bentuk dan gaya sesuatu ayat yang dibaca. Hal ini memerlukan penyesuaian dengan gaya dan bentuk tarannum yang dipilih.

Di antara perkara yang perlu disesuaikan pada bentuk dan gaya tarannum dalam al-Quran dinyatakan dalam Jadual 1. 2 berikut.

Jadual 2: Perkara yang Perlu Disesuaikan pada Bentuk dan Gaya Tarannum al-Quran

Bil.Perkara

1Antara gaya tarannum dengan bentuk ayat al-Quran yang akan dibaca.

2Antara peranan suara dengan kehendak ayat yang akan dibaca.

3Antara tarannum dengan hukum tajwid.

4Antara peranan suara dengan kaedah fasohah al-Quran.

5Antara peranan tarannum dengan lahjah Arab.

6Antara qit`ah dan mahattah tarannum dengan waqaf ibtida' yang bersesuaian.

Dalam menentukan bentuk dan gaya sesuatu lagu dalam tarannum, ianya pasti tidak terpisah daripada beberapa ciri tarannum yang muktabar. Ciri-ciri tersebut adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.3 berikut.

Jadual 3: Ciri-ciri Tarannum yang Muktabar

Bil.PerkaraCiri-ciri Tarannum yang Muktabar

1NADAIa merupakan tingkatan atau tekanan bunyi suara.

2RENTAKIa merupakan pergerakan menghidupkan bunyi suara.

3IRAMAIa merupakan alunan atau bentuk bunyi.

3.3 Peranan Harakat

Istilah harakat dalam ilmu tarannum bermaksud gaya susunan lagu yang tersusun daripada beberapa qit`ah dengan mahattahnya yang tertentu. Harakah mempunyai peranannya, sama ada secara umum mahupun khusus.

Di antara peranan harakat adalah seperti Jadual 4 berikut.

Jadual 4: Peranan Harakat

Bil.PerkaraCatatan

1SECARA UMUM

2SECARA KHUSUSHarakat PertamaHendaklah disesuaikan dengan harakat yang terakhir pada lagu sebelumnya sama ada gaya, tabaqat dan susunannya.

Harakat KeduaIa merupakan harakat penggerak atau rangsangan kepada harakat yang berikutnya.

Harakat KetigaIa merupakan harakat jawab (harakat tinggi) pada tiap-tiap lagu.

Harakat KeempatIa merupakan harakat jawab al-jawab (harakat tertinggi) pada tiap-tiap lagu.

Harakat KelimaIa merupakan harakat persedian untuk menurun.

Harakat KeenamIa merupakan harakat penutup kepada sesuatu lagu.

Di samping peranan harakat dalam ilmu tarannum, pemahaman terhadap ciri-ciri mutu dan kualiti harakah amat dititik beratkan.Di antara ciri-cirinya adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 5 berikut.

Jadual 5: Ciri-ciri Mutu dan Kualiti HarakatBil.PerkaraCiri-ciri Tarannum yang Berkualiti

1NADAHarakat yang mempunyai tangga-tangga atau peringkat untuk menurun.

2RENTAKHarakat yang mempunyai tangga-tangga atau peringkat untuk menaik.

3IRAMAHarakat yang mempunyai gabungan dua angin lagu atau lebih.

4IKHTILAL AL-LAHNHarakat yang mempunyai kesumbangan untuk menurun dan menaik.

5BURDAHHarakat yang mempunyai bunga-bungaan yang menarik ketika mempersembahkan bacaan al-Quran.

AKTIVITI

Cari dan senaraikan susunan lagu-lagu tarannum yang popular di Malaysia.

SHAPE \* MERGEFORMAT

3.4 Ikhtilaf Ulama Berkenaan Hukum Tarannum al-Quran

Terdapat perbezaan atau ikhtilaf pendapat ulama berhubung dengan hukum tarannum al-Quran. Jelasnya, ia boleh dikategorikan kepada dua kumpulan. Ini dapat kita lihat dalam Rajah 1

Rajah 6:Ikhtilaf ulama mengenai tarannum al-Quran

a. Hujah Pendapat Kumpulan Mazhab Pertama yang Dipelopori Mazhab Imam Maliki dan Hanbali

i. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani:

Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Mereka menjadikan al-Quran itu sebagai seruling nyanyian, di mana mereka mengutamakan seseorang yang mampu melagukan al-Quran sekalipun ianya seorang yang kurang dalam pengetahuan agama.

ii. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani dan al-Bayhaqi:

Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah al-Quran itu dengan luhun (lahjah/lagu/makhraj) Arab dan suaranya. Dan janganlah sekali-kali membacanya dengan lagu dan suara yang berlahjah keyahudian atau kenasranian dan ahli fasik. Ini kerana, sepeninggalanku nanti akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih. Tiada melampaui halkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya.

b. Hujah Pendapat Kumpulan Mazhab Kedua yang Dipelopori Mazhab Imam Shafi'ie dan Hanafi

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Nasa'i:

Maksudnya: Daripada Abu Hurayrah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Adapun yang diizinkan oleh Allah akan sesuatu perkara dan diakui perintah itu oleh Nabi s.a.w ialah melunakkan suara dengan melagukan bacaan al-Quran dan menjaharkannya (jelas).

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud:

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Mughaffal, beliau berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w pada hari pembukaan kota Makkah, sedang menunggang unta, beliau membaca surah al-Fath di mana bacaan itu baginda melakukan tarji' (bacaan dengan suara yang lunak dan tartil).

Hujah kedua-dua kumpulan mazhab tersebut dikuatkan dan disokong melalui pendapat para Sahabat dan Tabi`in serta dalil-dalil aqli.Ini dijelaskan dalam Jadual 1.6.

Jadual 6: Dua Kumpulan Mazhab Disokong oleh Pendapat Para Sahabat dan Tabi`in

Bil.KumpulanCatatan

1MAZHAB MALIKI DAN HANBALI Pendapat ini dikuatkan lagi berdasarkan pendapat sebilangan daripada para Sahabat dan Tabi`in seperti Anas bin Malik, Sa`id bin al-Musayyib, Sa`id bin Jubayr, al-Hassan al-Basri, Ibnu Sirin dan lain-lain lagi.

Di antara dalil aqli yang menyokong pendapat ini ialah:

i. Tarannum boleh mencacatkan keaslian lafaz al- Quran seperti menambah huruf, memanjang dan sebagainya.

ii. Tarannum boleh melekakan daripada memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran.

2MAZHAB SYAFI`E DAN HANAFI Pendapat ini dikuatkan lagi berdasarkan pendapat sebilangan daripada para Sahabat dan Tabi`in seperti Umar bin al-Khattab, Ibnu Abbas, Ibnu Mas`ud, Abu Ja`far al-Tabari, Abu Bakr al-`Arabi dan lain-lain lagi.

Di antara dalil aqli yang menyokong pendapat ini ialah:

i. Tarannum boleh menarik minat masyarakat untuk mendekati al-Quran.

ii. Tarannum boleh menjadi medium pengajaran dan pembelajaran.

iii. Tarannum mempunyai budaya seni yang mengajak ke arah khusyuk dan menginsafi mukjizat al-Quran.

SHAPE \* MERGEFORMAT

3.5 Analisa Hukum Tarannum al-Quran

Setelah diteliti pegangan dan pandangan kedua-dua kumpulan mazhab tersebut, dapatlah kita ketahui dan membuat beberapa analisa seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.

Jadual 7: Analisa Hukum Tarannum al-Quran

Bil.KumpulanAnalisa

1MAZHAB MALIKI DAN HANBALI Hadis pertama yang dinyatakan dalam hujah pendapat kumpulan mazhab pertama tersebut, jika dikaji melalui sanadnya terdapat unsur-unsur hadis dha`if. Ini kerana salah seorang perawinya iaitu `Uthman bin `Umayr adalah tidak diketahui (majhul).

Hadis kedua yang dinyatakan pula, jika dikaji melalui sanadnya, juga terdapat unsur-unsur hadis dha`if. Ini kerana salah seorang perawinya iaitu Abu Muhammad dan Baqiyah adalah tidak diketahui (majhul).

2MAZHAB SHAFI`I DAN HANAFI Hadis-hadis yang menjadi sandaran kumpulan mazhab ini adalah lebih kuat jika dibandingkan dengan kumpulan mazhab pertama.

Isi kandungan hadis-hadisnya pula mempunyai maksud yang tepat sasarannya mengenai lagu bacaan al-Quran dan tidak perlu ditawilkan dan diqiyaskan lagi.

Jelasnya, kedua-dua pendapat dan hujah yang dijadikan sandaran oleh kedua-dua kumpulan mazhab di atas pada dasarnya tidaklah bercanggah berhubung dengan harus atau sunat melagukan bacaan al-Quran. Namun, apa yang menjadi titik khilaf dan pertikaian adalah dari sudut teknik dan sifat-sifat lagunya sahaja.

Adapun kedua-dua kumpulan mazhab tersebut tidak pernah menafikan atau menolak mana-mana hadis yang menjadi hujah dan sandaran pegangan keduadua pihak. Namun, apa yang menjadi pertikaiannya adalah dari sudut pentafsiran dan pendapat masing-masing. Walau bagaimanapun, tujuan dan matlamat kedua-dua pendapat ini mempunyai hala tuju yang sama iaitu memelihara kesucian al-Quran dari sebarang penyelewengan.Kesimpulannya, jika digabungkan kedua-dua pendapat berhubung dengan tarannum al-Quran atau melagukan bacaan al-Quran didapati bahawa ia merupakan suatu usaha dan amalan amat digalakkan bersandarkan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah serta disokong oleh pendapat para ulama al-Quran dan al- Qiraat. Ia bertujuan untuk memperelokkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran hingga mencapai satu tahap yang menghubungkan ayat-ayat yang dialunkan dengan hati sama ada orang yang mempersembahkan bacaannya atau orang yang mendengar bacaan al-Quran.

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-A`raf 7:204

Maksudnya: Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akannya serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

Keterangan ayat:

a. Ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t menuntut kepada hambaNya supaya menjaga adab ketika membaca atau mendengar ayat al-Quran dibaca.

b. Lafaz al-Istima` digunakan dalam ayat di atas menunjukkan bahawa mendengar dengan menghadirkan jiwa dan raga iaitu dengar dan menghayati. Ia berbeza dengan lafaz al-Sima` iaitu hanya menjurus kepada penerimaan sesuatu bunyi atau suara ke atas telinga.

SHAPE \* MERGEFORMAT

Jelasnya, hukum tarannum al-Quran atau melagukan bacaan al-Quran boleh dibahagikan kepada lima perkara, seperti yang dilampirkan dalam Jadual 8 berikut.

Jadual 8: Hukum Tarannum al-Quran

Bil.HukumCatatan

1SUNNAH Sekiranya dapat mempertingkatkan syiar Islam.

Dapat menarik perhatian orang ramai meminati al-Quran.

Dapat menarik minat terhadap proses pengajian dan pengajaran al-Quran.

Dapat menzahirkan nilai ketinggian mukjizat al-Quran.

2HARUS Sekiranya tidak mencacatkan al-Quran.

Tidak mengganggu ketenteraman awam.

Tidak menghalang ketenangan dalam beribadah.

Tidak menimbulkan fitnah.

3MAKRUH Sekiranya mengganggu ketenteraman awam.

Mengganggu ketenangan dalam beribadah.

Menimbulkan fitnah.

Mengganggu khusyuk dalam mentadabbur al-Quran.

4HARAM Sekiranya merosakkan keaslian al-Quran.

Menjatuhkan dan menghina kemukjizatan al-Quran.

Menghalang kemajuan dan perkembangan proses meninggikan kedudukan al-Quran.

Menyeleweng ke arah perkara-perkara yang dilarang Islam.

5FARDU KIFAYAH Sekiranya boleh mengurangkan kesalahan bacaan al-Quran.

Boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran.

Boleh menghilangkan keraguan terhadap mukjizat al-Quran.

Boleh memantapkan pemahaman kefahaman terhadap al-Quran.

3.6 Hukum Wanita Membaca Al-Quran

Umumnya, penurunan al-Quran adalah merupakan satu rahmat yang tidak dapat dihitung nilainya.Selain mengajak umat manusia memelihara kesuciannya, menghayati dan mengamalkan isi kandungannya, membacanya dengan sebaik-baik bacaan adalah asas dan syiar kepada rahmat agung ini.Perkara ini tidak terbatas kepada sesuatu bangsa, golongan mahupun jantina. Malah Allah s.w.t menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda kepada mereka yang membaca al-Quran sama ada lelaki mahupun wanita.

Jika dilihat melalui dalil-dalil melalui sandaran al-Quran dan al-Sunnah, tiada larangan secara jelas dan qat`i bagi wanita untuk membaca al-Quran.Namun, terdapat ikhtilaf pendapat di kalangan para ulama berhubung perbahasan hukum wanita membaca al-Quran apabila dilihat dari sudut suara wanita.Adakah suara wanita itu aurat atau sebaliknya?

Secara umumnya, suara wanita boleh dibahagikan kepada dua kategori seperti yang dinyatakan dalam Jadual 9.

Jadual 9: Kategori Suara Wanita

Bil.Suara WanitaHukum

1Suara wanita yang jelas didengari oleh lelaki ajnabi (bukan mahram) Terdapat ikhtilaf dalam kalangan ulama:

i. Haram secara total

ii. Harus secara total.

iii. Harus jika sekiranya tidak membawa fitnah kepada khalayak lelaki ajnabi (bukan mahram).

2Suara wanita yang sengaja dilembutkan, dimanjakan dan dimerdukan Itfaq dalam kalangan ulama secara Ijma' bahawa diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki ajnabi (bukan mahram).

Namun, dalam perbahasan berhubung dengan bacaan al-Quran oleh kaum Hawa ini, para ulama telah mengklasifikasikan perkara ini kepada dua kategori.Ini dinyatakan dalam Jadual.10.

Jadual 10: Kategori Perbahasan Bacaan al-Quran oleh Wanita

Bil.HukumCatatan

1Tiada pertikaian di kalangan para ulamaWanita yang membaca al-Quran dengan suara yang perlahan untuk didengarinya sendiri.

Wanita yang membaca al-Quran dengan suara yang agak nyaring dan tiada lelaki ajnabi (bukan mahram) mendengarinya.

Wanita yang membaca al-Quran dengan suara yang nyaring dan tidak mengetahui adanya lelaki ajnabi mendengarinya.

2Terdapat pertikaian, sama ada harus atau haramWanita yang membaca al-Quran dengan suara yang jelas untuk diperdengarkan di khalayak umum termasuk lelaki ajnabi.

Adapun perbahasan berhubung dengan adakah suara wanita ini adalah aurat atau sebaliknya, ulama berselisih pendapat mengenainya. Perkara ini bolehlah kita teliti melalui perbahasan di antara dua pendapat iaitu sama ada pandangan yang menyatakan suara wanita itu aurat atau pandangan yang bertentang dengannya. Rajah 2 menunjukkan ikhtilaf pendapat tersebut.

Rajah 2: Perselisihan pendapat ulama mengenai suara wanita dan tarannum al-quran

Hujah kedua-dua pihak tentang perkara tersebut diterangkan selanjutnya dalam Jadual 11 berikut.

Rajah 11: Hujah Mazhab Hanafi dan Mazhab Shafi`i Mengenai Suara Wanita dan tarannum al-Quran

Bil.PendapatHujah

1SUARA WANITA ADALAH AURATPegangan Mazhab Hanafi

Firman Allah dalam surah al-Nur: 24:31, bermaksud: "Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka." Ayat ini diqiyaskan larangan membunyikan perhiasan wanita kerana boleh membawa fitnah dengan larangan membunyikan suara wanita.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Membaca tasbih itu untuk lelaki, menepuk tangan pula untuk wanita."(Riwayat Ibnu Majah). Hadis ini diqiyaskan larangan wanita bersuara ketika menegur kesalahan imam dalam solat dengan suara wanita.

2SUARA WANITA ADALAH BUKAN AURATPegangan Mazhab Shafi`i

Terdapat banyak riwayat-riwayat yang menyatakan perihal komunikasi dan muamalat para Ummu al- Mukminat r.a. (isteri-isteri Rasulullah s.a.w.) dengan khalayak umum.

Islam menerima penyaksian kaum Hawa dalam perbicaraan pendakwaan dan sebagainya.

Kesimpulannya, setelah diteliti hujah kedua-dua pihak, maka didapati bahawa pegangan mazhab Hanafi yang berdalilkan ayat dan hadis di atas adalah kurang jelas dan tidak tepat.Ini kerana ayat di atas sebenarnya hanyalah ditujukan khusus perhiasan pakaian wanita sahaja.Begitu juga dengan sumber hadis yang disandarkan adalah khusus dalam perbahasan bagaimana seorang makmum wanita hendak menegur kesalahan imam dalam solat.

Manakala hujah yang dipegang oleh mazhab Shafi`i pula adalah lebih praktikal dan meyakinkan. Ini menunjukkan bahawa suara wanita bukanlah dikira sebagai aurat.

Namun jika kita teliti dengan lebih mendalam berhubung dengan kedua-dua pendapat di atas, didapati bahawa kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama iaitu menjaga kehormatan kaum Hawa yang mana Islam telah mengangkat kedudukan mereka dan diberikan hak-hak, kasih sayang dan kedudukan yang gambarkan melalui dua sumber utama Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Cuma teknik dan pendekatannya sahaja yang menjadi pertikaian dan perbahasan di kalangan para ulama.

SHAPE \* MERGEFORMAT

SEMAK KENDIRI

1. Terangkan konsep kurikulum bacaan al-Quran secara ringkas bersertakan hujahnya;

2. Huraikan tiga istilah tarannum yang anda pelajari dan bezakan peranan harakah secara umum dan khusus;

3. Jelaskan hukum tarannum al-Quran berserta hujahnya.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

Abu Mardhiyah. (2007). Tajwid Al-Quran Aashim, Riwayat Hafsh Toriqal-Syatibi, Jilid 1& 2. Kuala Lumpur: Al-Jenderaki Enterprise

Nik Jaafar Nik Ismail. (1998).Qawid al-Tarannum . Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.

Abdul Fattah as-Sayyid `Ajmi al-Mursifi. (2001).Hidayah al-qari` ilaTajwidiKalam al-Bari.Madinah al-Munawwarah: Daral-Fajral-Islamiyyah.Abdul Kadir Muhammad Riyadh Tulaimat. (1997).al-Adab ii al-tullabhalaqat wa khalawi wa mahid tahfiz al-quran al-karim. Saudi Arabia: Dar Nur al-Maktabat

Husni Syeikh Othman. 1998. Haq al-Tilawah. Juddah: Penerbit Dar al- Munayirah.

Mohd Ali Bakar. (1991).Seni lagu al-Quran. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Muhyiddin Abi Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi dan al-Imam al-Hafiz Sheikh al-Islam. (1999). At-Tibyan fi adab hamlati alquran. Beirut: Muassasah ar-Raiyan

NikJaafarbinNik Ismail, Haji. (1995).PanduanTartil al-Quran. Kuala Lumpur: Dr al-Fikr.

Urusetia Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran Kementerian Dalam Negeri. (2007). Buku Panduan Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.

IKON

Rehat

Perbincangan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

SHAPE \* MERGEFORMAT

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Mad disebabkan hamzah

Mad wajib muttasil

Mad jaiz munfasil

Mad badal

Mad disebabkan sukun

Mad arid lilsukun

Mad lin

Mad lazim

EMBED Unknown

EMBED Unknown

2329