04 · tambahnya, pertandingan ini memerlukan peserta menyediakan rancangan perniagaan serta...

4
NIBONG TEBAL, 4 September 2016 - Koperasi Siswa Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal Berhad berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Pertandingan Hi-Per Student Co-operatives 2016 membawa pulang wang tunai RM30,000 sebagai 'seed fund' anjuran bersama Teraju, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, ANGKASA dan INSKEN dengan hadiah disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Dr. Noor Zari Hamat. Kosiswa USM Kejuruteraan adalah antara 10 Koperasi Siswa yang layak ke pusingan akhir Disember 2016 untuk merebut 'seed fund' bernilai RM100,000. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... BRAINY MOO CHOCO DRINKS BAWA PULANG RM30,000 SEED FUND 04 SEP

Upload: others

Post on 28-Mar-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 04 · Tambahnya, pertandingan ini memerlukan peserta menyediakan rancangan perniagaan serta membentangkannya dalam sesi 'Business Pitching' selama 2 minit dan di adili oleh pegawai

NIBONG TEBAL, 4 September 2016 - Koperasi Siswa Universiti Sains Malaysia (USM) KampusKejuruteraan Nibong Tebal Berhad berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Pertandingan Hi-PerStudent Co-operatives 2016 membawa pulang wang tunai RM30,000 sebagai 'seed fund' anjuranbersama Teraju, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, ANGKASA dan INSKEN dengan hadiahdisampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Dr. Noor Zari Hamat.

Kosiswa USM Kejuruteraan adalah antara 10 Koperasi Siswa yang layak ke pusingan akhir Disember2016 untuk merebut 'seed fund' bernilai RM100,000.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

BRAINY MOO CHOCO DRINKS BAWA PULANGRM30,000 SEED FUND04

SEP

Page 2: 04 · Tambahnya, pertandingan ini memerlukan peserta menyediakan rancangan perniagaan serta membentangkannya dalam sesi 'Business Pitching' selama 2 minit dan di adili oleh pegawai

Menurut Ahli Lembaga Koperasi Mohd Nur Badri bin Mohd Nazli selaku Penasihat Projek, Brainy MooChoco Drinks merupakan jenama yang dimiliki oleh Koperasi Siswa USM kejuruteraan Nibong TebalBerhad sebagai produk pertamanya.

"Brainy Moo Choco Drinks adalah minuman koko yang kaya dengan Stevia, Gingko Biloba danFlavonoid serta rendah kandungan gula, rasa cokelat asli tanpa kolesterol.

"Minuman ini diformulasi oleh warga Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral iaitupensyarah Profesor Madya Dr. Ahmad Badri Ismail, Pegawai Latihan Vokasional Muhamad Azwan binMad Naser dan pelajar Ph.D. Muhamad Afiq Misman," jelas Felo Keusahawanan Kampus Kejuruteraanini.

Tambahnya, pertandingan ini memerlukan peserta menyediakan rancangan perniagaan sertamembentangkannya dalam sesi 'Business Pitching' selama 2 minit dan diadili oleh pegawaiSuruhanjaya Koperasi Malaysia, ANGKASA, INSKEN dan Teraju.

Page 3: 04 · Tambahnya, pertandingan ini memerlukan peserta menyediakan rancangan perniagaan serta membentangkannya dalam sesi 'Business Pitching' selama 2 minit dan di adili oleh pegawai

Koperasi Siswa USM Kejuruteraan Nibong Tebal Berhad diwakili oleh Ahli-ahli Lembaga Koperasi iaitupelajar-pelajar tahun 2 dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral iaitu MuhammadAzrin bin Abd Jamil, Mohd Amiruddin bin Zahari, Muhamad Syazwan bin Norilham, Azfar Husni BinIdris, Nur Raihan binti Ridzwan dan Nur Diyana Syazni binti Sharin.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Nur Akmar binti Idris

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Page 4: 04 · Tambahnya, pertandingan ini memerlukan peserta menyediakan rancangan perniagaan serta membentangkannya dalam sesi 'Business Pitching' selama 2 minit dan di adili oleh pegawai

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015