business model canvas malaysia

31
Business Model Canvas Malaysia WWW.FIRDAUSARIFF.COM WWW.MALAYSIANBUSINESSMODEL.COM

Upload: muhammad-firdaus-ariff

Post on 08-Aug-2015

301 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra menampilkan lima kajian kes Business Model inovatif tempatan. Setiap halaman disertakan dengan ilustrasi dan grafik.Dapatkannya sekarang di Downloadilmu!

TRANSCRIPT

Page 1: Business Model Canvas Malaysia

 

 

Business Model Canvas Malaysia

WWW.FIRDAUSARIFF.COM WWW.MALAYSIANBUSINESSMODEL.COM

Page 2: Business Model Canvas Malaysia

 

  2  

www.malaysianbusinessmodel.com

Sebarkan! Berikut adalah beberapa cara untuk anda membantu menyebarkan ilmu ini:

1. Kongsikan link http://www.firdausariff.com/p/ebook.html 2. Emelkan eBook ini kepada rakan-rakan anda 3. Cetak & fotostat eBook ini

Page 3: Business Model Canvas Malaysia

 

  3  

www.firdausariff.com

Isi Kandungan  

1

1.Kata Pengantar 2.Apa Itu Business Model? 3.Business Model Canvas 4.Blok-blok Business Model Canvas 5.Value Proposition 6.Customer Segment 7.Channels 8.Customer Relationship 9.Revenue Stream 10. Revenue Stream: Mekanisme Harga 11. Key Resources 12. Key Activities 13. Key Partners

2

14. Cost Structure 15. Cost Structure: Ciri-ciri Kos 16. Faktor-faktor Luaran 17. Kajian Kes: Cendol Bakar 18. Mahu Belajar Lebih Lanjut? 19. Profil Penulis

 

Page 4: Business Model Canvas Malaysia

 

  4  

www.malaysianbusinessmodel.com

Kata Pengantar

1

Berita sekarang dipenuhi dengan kisah mereka yang berjaya mengkomersilkan hasil inovasi mereka dan diterima baik oleh pasaran. Dalam masa yang sama ada juga yang membawa inovasi yang serupa tetapi tidak berjaya bertahan dalam pasaran. Kita juga lihat bagaimana tukang masak yang hebat hanya ada satu kedai sedangkan ada peniaga membuka berpuluh-puluh kedai dengan resipi yang biasa-biasa sahaja. Persoalan-persoalan itu semua sebenarnya berkisar kepada model bisnes. Selama ini model bisnes atau business model adalah satu istilah yang dianggap elit dan menjadi mainan ekseutif korporat serta konsultan antarabangsa. Sebenarnya itu tidak benar dan model bisnes seharusnya dikuasai oleh semua orang. Kekangan yang wujud selama ini adalah tidak ada satu kerangka mudah bagi memperihalkan dan berinovasi dengan model bisnes.

2

Melalui buku Business Model Generation, saya bertemu dengan pendekatan Business Model Canvas yang diperkenalkan oleh Dr. Alex Osterwalder & Dr. Yves Pigneur. Setelah mempraktikkannya dan berkongsi dalam beberapa siri kelas, saya mengambil keputusan untuk menuntut terus dengan mereka. Alhamdulillah, berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan saya dapat menghadiri Business Model Workshop & Masterclass di Singapura pada 15-16 Ogos 2012. Di sana, Dr. Yves menerangkan bahawa ilmu Business Model Canvas masih terbuka dan saya bebas untuk menghasilkan buku dalam topik ini dalam konteks Malaysia. Oleh itu, saya menghasilkan eBook ini dan diharap para pembaca mendapat manfaat dari perkongsian ini Muhammad Firdaus Ariff 30 Ogos 2012 Bandar Baru Bangi

Page 5: Business Model Canvas Malaysia

 

  5  

www.firdausariff.com

 

Apa Itu Business Model?  

Model bisnes adalah definisi bagaimana sesebuah organisasi mengumpul, mencipta dan menyalurkan nilai. Nilai tesebut boleh jadi nilai ekonomi, nilai sosial atau lain-lain. Model bisnes adalah kerangka bagaimana sesebuah organisasi menukar sumber yang ada kepada sesuatu yang lebih bernilai. Analogi yang mudah adalah membayangkan sebuah enjin. Secara asasnya enjin menukar bahan bakar kepada pergerakan. Namun bukan semua bahan bakar itu bertukar menjadi pergerakan kerana hilang dalam bentuk haba, geseran dan bunyi.  

Bisnes pula menukar modal/sumber menjadi nilai/keuntungan, tetapi ada modal yang habis sebagai kos menjalankan perniagaan. Kos boleh jadi kos pengeluaran, sewa, pengedaran, gaji dan sebagainya.  Enjin yang bagus adalah yang dapat menukarkan sebanyak mungkin bahan bakar menjadi pergerakan dan tidak terbuang dalam bentuk lain. Berapa peratus bahan bakar bertukar menjadi pergerakan? Lebih tinggi peratusnya, lebih tinggi tahap efisiennya. Begitu juga dengan bisnes, kita mahu bisnes yang efisien yang dapat menukar modal menjadi keuntungan!

Page 6: Business Model Canvas Malaysia

 

  6  

www.malaysianbusinessmodel.com

Business Model Canvas Business Model Canvas merupakan satu pendekatan yang diasaskan oleh Alexander Oesterwalder & Yves Pigneur dalam mencipta dan menilai model bisnes. Dalam satu halaman, pendekatan ini dapat merangkumi semua elemen-elemen penting bisnes tanpa berisiko menjadi terlalu ringkas.

Tuan-tuan mungkin biasa menggunakan peta minda bagi meringkaskan nota dan dalam masa yang sama meningkatkan kefahaman. Begitu juga dengan Business Model Canvas, pendekatan ini ibarat peta minda bagi pelan bisnes.  

Page 7: Business Model Canvas Malaysia

 

  7  

www.firdausariff.com

Page 8: Business Model Canvas Malaysia

 

  8  

www.malaysianbusinessmodel.com

1

1. Value Proposition 2. Customer Segment 3. Channels 4. Customer Relationship 5. Revenue Stream 6. Key Resources 7. Key Activites 8. Key Partners 9. Cost Structure

Blok-blok Business Model Canvas

2

Business Model Canvas memberikan satu pandangan menyeluruh bagaimana kesemua bahagian bisnes

memainkan peranan. Contoh di bawah adalah ilustrasi Business Model Canvas sebuah kedai laksa.

Page 9: Business Model Canvas Malaysia

 

  9  

www.firdausariff.com

Value Proposition

1

Value proposition atau tawaran nilai adalah apa yang dijanjikan oleh peniaga atas perkhidmatan atau produk yang dijual. Dalam erti kata lain, apa yang pelanggan dapat dengan wang mereka? Terdapat pelbagai jenis value proposition dan perbezaan itu boleh berlaku walaupun menggunakan alat yang sama serta industri yang serupa.

2

Newness (Baru) Peniaga menawarkan perkara baru dalam produk atau perkhidmatannya yang tidak pernah dijual sebelum ini. Sebagai contoh, syarikat Karangkraf mengeluarkan majalah baru Hijabista yang mempunyai rangkuman yang baru dan berbeza dengan majalah-majalah lain. Performance (Prestasi) Tawaran nilai prestasi selalunya berlaku dalam industri yang melibatkan peralatan dan jentera. Sebagai contoh, Toyota menawarkan kereta-kereta yang dicanang sebagai mempunyai prestasi yang lebih baik dari segi kuasa dan penjimatan minyak. Perbandingan prestasi boleh dibuat kepada produk sendiri atau pesaing.

Page 10: Business Model Canvas Malaysia

 

  10  

www.malaysianbusinessmodel.com

3

Customization (Personalisasi) Tawaran nilai ini adalah bagi perniagaan yang menghasilkan barangan atau memberikan perkhidmatan secara tempahan. Sebagai contoh, tukang jahit dan kedai papan tanda. Getting the Job Done (Selesaikan Tugas) Ada masanya, pembelian dibuat kerana 'terpaksa' dan 'terdesak' bagi menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, seseorang itu memanggil syarikat Rentokill kerana rumahnya sudah diserang anai-anai dan dia mahu semua perosak itu dihapuskan. Dalam erti kata lain, syarikat menawarkan sesuatu yang menjadi penyelesaian kepada masalah pelanggan. Design (Rekabentuk) Dalam sesetengah industri, rekabentuk menjadi perbezaan tawaran apabila harga sudah lebih kurang serupa. Sebagai contoh, kereta-kereta Toyota, Nissan dan Honda mensasarkan kelas harga yang sama. Dalam keadaan sebegini agak ramai juga yang membuat pilihan berdasarkan rekabentuk.

4

Status (Jenama) Ada juga barangan dan perkhidmatan yang dibeli kerana

status jenamanya. Sebagai contoh, memliki beg Louis Vuitton dikaitkan dengan kekayaan dan kejayaan. Price (Harga)

Sebuah syarikat boleh menonjol dalam pasaran dengan menawarkan produk atau perkhidmatan yang sama pada harga yang lebih rendah. Sebagai contoh, pasaraya Mydin dan syarikat penerbangan Air Asia. Cost Reduction (Pengurangan Kos) Value Proposition ini berlaku apabila kos keseluruhan memilih satu perkhidmatan atau produk akan menjadi lebih murah. Sebagai contoh, kereta terpakai mempunyai harga yang lebih murah berbanding kereta baru tetapi berhadapan dengan peningkatan kadar faedah dan kos selenggaraan yang lebih tinggi. Dalam contoh ini, kereta baru mempunyai value proposition Cost Reduction jika dibandingkan dengan kereta terpakai.

Page 11: Business Model Canvas Malaysia

 

  11  

www.firdausariff.com

5

Risk Reduction (Pengurangan Risiko) Bagi Value Proposition ini, pembeli tidak semestinya tidak boleh membuat sendiri produk atau perkhidmatan tersebut. Tetapi membiarkan pihak lain membuatnya adalah lebih selamat. Sebagai contoh, kita boleh sahaja baiki wayar lampu di rumah tetapi lebih baik kita panggil tukang bagi melakukan kerja tersebut. Accessibility (Kebolehcapaian) Kebolehcapaian membolehkan pengguna membeli produk dan perkhidmatan yang selama di luar jangkauan mereka atas sebab-sebab tertentu. Sebagai contoh, syarikat PTS banyak menerbitkan buku-buku terjemahan bestseller. Ini memberi satu value proposition yang besar kepada para pengguna yang kurang fasih Bahasa Inggeris tetapi sangat berminat dengan konten versi asal.

6

Convenience (Kemudahan) Sektor makanan banyak memberi contoh bagi value proposition seperti ini. Kemudahan boleh datang dalam bentuk makanan segera atau sejuk beku. Serbuk perencah juga satu bentuk kemudahan - berapa ramai antara kita masih membancuh serbuk kari sendiri? Bagi makanan siap juga, rangkaian makanan segera adalah raja kemudahan melalui perkhidmatan penghantaran dan kaunter pandu lalu.  

Page 12: Business Model Canvas Malaysia

 

  12  

www.malaysianbusinessmodel.com

Customer Segment

1

Customer segment atau segmen pelanggan adalah individu atau organisasi yang akan menjadi sasaran Value Proposition yang ditawarkan. Terdapat lima jenis segmen pelanggan iaitu:

1. Mass Market (Umum) 2. Niche 3. Segmented

(Bersegmen) 4. Diversified 5. Multi-sided

1. Mass Market (Umum) Perniagaan yang mempunyai segmen pelanggan seperti ini adalah pasaraya dan juga perkhidmatan pengangkutan. Mereka memnjual dan memberi perkhidmatan kepada semua. Antara contoh adalah Giant dan Transnasional.

2

Niche Menyambung contoh pasaraya, fikirkan niche pasaraya seperti barangan organik dan halal. Contohnya rangkaian kedai az-Zain. Perniagaan yang mensasarkan niche mempunyai ciri unik yang tersendiri. Segmented (Bersegmen) Sebuah syarikat boleh mempunyai pelbagai segmen produk bagi kategori pelanggan yang berbeza. Sebagai contoh, syarikat Lego mempunyai sub-jenama Technic bagi remaja lelaki, Duplo bagi kanak-kanak dan Mindstorm bagi pelanggan yang lebih dewasa serta sektor pendidikan. Diversified (Pelbagai) Segmen pelanggan diversified berlaku apabila sebuah syarikat mempunyai pelanggan-pelanggan yang tidak berkaitan langsung. Sebagai contoh, konglomerat seperti Sime Darby menjual rumah dengan niche tersendiri (lifestyle) dan dalam masa yang sama menjual produk makanan berjenama Alif untuk mass market.

Page 13: Business Model Canvas Malaysia

 

  13  

www.firdausariff.com

3

Multi-Sided (Platform) Segmen multi-sided atau platform selalu berlaku dalam penerbitan. Sebagai contoh syarikat Karangkraf mempunyai pelanggan dari kalangan pembaca majalah yang membeli naskhah dan pelanggan dari kalangan pengiklan yang membeli iklan yang diletakkan dalam majalah.      

Page 14: Business Model Canvas Malaysia

 

  14  

www.malaysianbusinessmodel.com

Channels Channels atau Saluran adalah jambatan antara Value Proposition kepada Customer Segment. Dalam erti kata lain, Channels adalah medium untuk anda membawa nilai kepada pelanggan.  Channels pula kemudiannya mempunyai beberapa jenis dan berfungsi untuk beberapa fasa.  

1. Pemborong (Orang Tengah + Rakan) 2. Kedai Rakan Niaga (Orang Tengah + Rakan) 3. Kedai Sendiri (Orang Tengah + Sendiri) 4. Web (Sendiri + Terus) 5. Jurujual (Sendiri + Terus)

1. Kesedaran 2. Penilaian 3. Pembelian 4. Penghantaran 5. Khidmat selepas jualan

Setiap saluran pula boleh digunakan untuk kesemua jenis fasa atau sebahagiannya. Sebagai contoh, kempen kesedaran boleh dilakukan secara online sehingga pada tahap pembelian (pembayaran) tetapi selepas itu penghantaran dan khidmat selepas jualan dilakukan oleh jurujual atau ejen syarikat.  

Page 15: Business Model Canvas Malaysia

 

  15  

www.firdausariff.com

1

Customer Relationship atau Perhubungan Pelanggan merujuk kepada kaedah dan tahap perhubungan bisnes dengan pelanggan. Terdapat beberapa pilihan Perhubungan Pelanggan dalam menjalankan sesuatu bisnes. Personal Assistance (Bantuan Peribadi) Personal Assistance berlaku sama ada melalui staf di kedai atau melalui telefon, emel & alat-alat komunikasi lain. Dalam cara perhubungan ini, memang ada seseorang yang melayan pelanggan secara peribadi pada waktu tersebut.

Customer Relationship

2

Dedicated Personal Assistance (Bantuan Peribadi Khusus) Bentuk perhubungan pelanggan jenis ini selalunya ditemui bagi produk dan perkhidmatan yang lebih mahal. Sebagai contoh pengurus dana saham amanah mungkin akan menjaga seorang hartawan yang melaburkan berjuta-juta. Self-Service (Khidmat Mandiri) Vending Machine adalah contoh terbaik bagi perhubungan pelanggan jenis ini. Pelanggan dibiarkan untuk bertindak sendiri dengan sistem atau mesin yang disediakan oleh syarikat.

Page 16: Business Model Canvas Malaysia

 

  16  

www.malaysianbusinessmodel.com

3

Automated (Sistem Auto) Kaedah Automated pula lebih canggih berbanding self-service kerana sistem ini akan mengetahui profil pelanggan dan dapat berinteraksi dengan pengguna. Sistem tempahan tiket online adalah contoh tipikal kaedah ini. Communities (Komuniti) Para pelanggan akan berkomunikasi sesama sendiri melalui forum atau platform online yang sudah disediakan. Kebanyakan pertanyaan-pertanyaan biasa akan dapat dijawab oleh pelanggan lain dan selebihnya akan dijawab oleh wakil syarikat. Co-Creation Co-Creation berlaku apabila syarikat dan pelanggan sama-sama terlibat dalam menawarkan produk atau perkhidmatan. Sebagai contoh Quirky.com membolehkan pengguna upload rekabentuk produk

4

mereka lalu diperhalusi oleh ahli-ahli lain sebelum dikilangkan serta diedarkan oleh Quirky. Perhubungan pelanggan jenis ini kurang digunakan dalam konteks tempatan kerana memerlukan pembangunan platform co-creation yang khusus. Memilih Kaedah Perhubungan Pelanggan Antara pertimbangan dalam pemilihan kaedah Perhubungan Pelanggan adalah kos.

Personal Assistance

tentunya

paling mahal kerana memerlukan syarikat membayar gaji, latihan dan infrastruktur. Sedangkan Self Service dan Automated itu kosnya lebih murah bagi setiap transaksi. Perbezaan kos ini sangat ketara apabila kita berinteraksi dengan syarikat seperti AirAsia kerana harga tiket akan berbeza mengikut kaedah perhubungan yang kita pilih. Malah, talian telefon AirAsia X merupakan talian premium yang mengenakan caj RM1.95 seminit!

Page 17: Business Model Canvas Malaysia

 

  17  

www.firdausariff.com

Revenue Stream

1

Revenue Stream atau Aliran Pendapatan adalah bagaimana bisnes mendapat pendapatan melalui Value Proposition yang ditawarkan. Terdapat 7 saluran aliran pendapatan (revenue stream) dan ini merupakan satu aspek yang menarik untuk berinovasi.  Asset Sale (Jualan Aset) Ini adalah aliran pendapatan yang klasik, peniaga menjual stok produk fizikal yang dimilikinya kepada pelanggan. Kita berhadapan dengan transaksi jenis ini setiap hari apabila berurusan dengan kedai runcit dan kedai makan. Sama juga apabila kita membeli baju dan kasut. Usage Fee (Yuran Penggunaan) Aliran pendapatan ini pula bergantung kepada kadar penggunaan oleh pengguna. Sebagai contoh, Celcom

2

mengenakan caj 15sen seminit bagi panggilan telefon dalam negara. Pos Malaysia pula mengenakan caj RM3 bagi satu sampul kecil Pos Ekspres.  Subscription Fee (Yuran Langganan) Aliran pendapatan jenis ini pula bergantung kepada tempoh penggunaan sesuatu perkhidmatan atau penghantaran produk. Sebagai contoh, kita boleh melanggan perkhidmatann UniFi pada harga RM149 sebulan dan melanggan dengan mamak di kampung bagi menghantar akhbar ke rumah setiap hari. Langganan juga membawa maksud penggunaan berterusan dan selalunya mempunyai tempoh minima setahun.

Page 18: Business Model Canvas Malaysia

 

  18  

www.malaysianbusinessmodel.com

3

Lending / Renting / Leasing (Sewaan) Sewaan pula merujuk kepada caj penggunaan bagi tempoh yang spesifik. Sebagai contoh, syarikat Avis mengenakan caj RM200 sehari bagi menyewa sebuah kereta. Licensing (Perlesenan)

Perlesenan pula merujuk kepada yuran

atau caj atas kebenaran menggunakan sesuatu. Selalunya perlesenan adalah bagi harta intelek seperti buku, muzik dan video. Sebagai contoh, komposer mendapat royalti setiap kali lagunya dimainkan di radio.

4

Brokerage Fee (Komisen) Komisen pula diperolehi apabila sesuatu entiti menjadi orang tengah bagi sebuah transaksi. Kadar komisen boleh jadi mengikut peratusan atau satu kadar rata. Sebagai contoh, kita dikenakan bayaran RM1 apabila mengeluarkan wang melalui ATM bank lain. Bank pula mengenakan caj 3% bagi transaksi kad kredit. Paypal pula mengenakan kadar rata RM2 serta caj 3.9%. Advertising (Iklan) Pendapatan jenis ini pula adalah atas hak untuk menyiarkan iklan dalam medium atau platform yang dimiliki oleh peniaga. Iklan digunakan sama ada untuk mengurangkan kos bahan penerbitan (Utusan Malaysia) atau memberi perkhidmatan percuma (Google).

Page 19: Business Model Canvas Malaysia

 

  19  

www.firdausariff.com

Revenue Stream: Mekanisme Harga

1

Mekanisme Harga terbahagi kepada dua iaitu Fixed Menu (Harga Tetap) dan Dynamic Pricing (Harga Dinamik) Harga Tetap

1. List price (harga tersenarai) 2. Product feature dependant (Bergantung kepada

ciri produk) - contoh: model kereta Toyota Camry mempunyai beberapa varian di mana harganya bergantung kepada saiz enjin dan bodykit

3. Customer Segment Dependant (Bergantung kepada segmen pelanggan) - contoh: harga tiket Aquaria berbeza untuk pelajar dan pelancong biasa

4. Volume Dependant (Bergantung kepada jumlah pembelian) - contoh: membeli barang secara borong akan membawa kepada harga yang lebih murah

2

 Harga Dinamik

1. Negotiation (Rundingan / Tawaran) 2. Yield Management (Pengurusan Hasil) - contoh:

Harga tiket AirAsia lebih murah jika dibeli lebih awal. Sistem pula memastikan semua kerusi dipenuhi.

3. Real-time-market (Pasaran masa nyata) - contoh: jual beli komoditi seperti emas, minyak, perak

4. Auction (Lelongan) – Harga ditentukan melalui bidaan dan dijual kepada pembida yang memenuhi kriteria

yang ditetapkan.  

Page 20: Business Model Canvas Malaysia

 

  20  

www.malaysianbusinessmodel.com

1

Key Resources atau Sumber Utama adalah bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan Value Proposition yang ditawarkan. Terdapat empat jenis Value Proposition. Manusia Sumber manusia meliputi pekerja serta

konsultan dan kontraktor luar. Dalam sesetengah bisnes, bakat sumber manusia adalah penjana utama pendapatan. Bagi perkhidmatan Web 2.0, pengguna aplikasi juga termasuk sebagai sumber manusia yang penting.

Fizikal Antara contoh sumber fizikal adalah premis, bahan mentah dan infrastruktur.

Kewangan Sebut sahaja bahagian ini, ramai yang terbayang pinjaman dan geran daripada bank atau agensi

Key Resources

2

kerajaan. Sebenarnya terdapat banyak sumber lain termasuklah bayaran awal daripada pelanggan. Kredit daripada pembekal juga boleh menjadi salah satu sumber kewangan dalam menjalankan bisnes. Intelek Sumber jenis ini semakin penting dalam ekonomi baru. Kebiasaannya sumber ini dalam bentuk paten, hakcipta dan trade secret. Jenama juga termasuk dalam sumber intelek.

Page 21: Business Model Canvas Malaysia

 

  21  

www.firdausariff.com

Key Activities

1

Key Activities atau Aktiviti Utama adalah

bahagian di mana ‘kerja sebenar’ berlaku. Mempunyai bakat

melakukan sesuatu kerja atau menghasilkan sesuatu sebenarnya

hanya memboleh seseorang menjalan Key Activities.

Pengeluaran (Production)

Pengeluaran melibatkan penghasilan

produk fizikal. Sebagai contoh, Ramly Burger mengeluarkan burger dan nugget dari kilangnya. Aktiviti jenis ini memerlukan bahan mentah serta mesin dan pekerja. Pengeluaran bersifat rutin di mana setiap produk yang dihasilkan adalah sama.

2

Menyelesaikan Masalah (Problem Solving) Berbeza dengan pengeluaran, penyelesaian masalah memerlukan penyelesaian yang berlainan bagi setiap pelanggan. Contoh paling mudah adalah klinik di mana doktor perlu mendiagnos pesakit dan memberikan rawatan yang bersesuaian. Kerja doktor adalah problem solving tetapi kilang pengeluaran ubat adalah production. Platform / Network (Platform / Rangkaian) Aktiviti jenis ini lebih rumit berbanding pengeluaran dan penyelesaian masalah kerana platform berhadapan dengan pelbagai jenis pelanggan dan pembekal (multi-sided). Sebagai contoh, syarikat Karangkraf harus mengendalikan pembaca akhbar serta majalah, wartawannya sendiri, penulis luar, penulis dan pengiklan. Pengendali platform harus memastikan platform dikenali dan semua infrastrukturnya berjalan lancar. Pihak Karangkraf harus memastikan semua majalah terbit tepat pada masanya, diedarkan dengan menyeluruh, dipromosikan secara meluas dan mendapat pengiklan yang berprestij.

Page 22: Business Model Canvas Malaysia

 

  22  

www.malaysianbusinessmodel.com

3

Kerja pengendalian platform adalah renyah dan melibatkan kedua-dua production serta problem solving. Sebagai contoh, kerja mencetak majalah adalah production tetapi memujuk pengiklan membeli ruang iklan itu adalah problem solving.  

4

Page 23: Business Model Canvas Malaysia

 

  23  

www.firdausariff.com

1

Key Partners atau Rakan Utama adalah individu atau organisasi yang membolehkan sesuatu bisnes beroperasi. Terdapat tiga motif mengapa sesuatu bisnes mendapatkan rakan kongsi. Economy of Scale Bagi motif ini, peniaga mahu mendapatkan kuasa pembelian yang lebih besar bagi mengurangkan kos. Sebagai contoh, McDonalds Malaysia yang mempunyai ramai franchisee dapat membeli bahan mentah pada harga yang lebih murah kerana mereka dapat membeli secara pukal.

2

Risk Reduction (Pengurangan Risiko) Berbeza dengan Kumpulan Karangkraf, PTS Publication tidak mempunyai unit percetakan sendiri. Kos membeli dan mengendalikan mesin pencetak adalah sangat mahal. Overhead yang tinggi dapat memberi kesan buruk kepada operasi syarikat. Tambahan pula, kepakaran yang diperlukan juga sangat berbeza. Buku mungkin tersalah cetak dan mesin boleh mengalami pincang tugas. Oleh itu, bagi mengurangkan risiko operasi dan kewangan, adalah lebih baik bagi PTS menggunakan khidmat syarikat pencetak. Acquisition of Resources & Activities (Pemerolehan Sumber & Aktiviti) Sebagai contoh, sebuah syarikat pembinaan boleh mempunyai sebuah syarikat perlombongan batu sebagai rakan niaga. Ini akan memberinya bekalan terus pada harga yang lebih murah dan konsisten. Kerjasama ini dapat memberikan kelebihan yang signifikan terutamanya bagi projek berskala besar.

Key Partners

Page 24: Business Model Canvas Malaysia

 

  24  

www.malaysianbusinessmodel.com

Cost Structure

1

Cost Structure atau Struktur Kos menerangkan kos yang terlibat dalam menyampaikan Value Proposition kepada pelanggan. Cost Structure boleh jadi Cost-Driven (Pacuan Kos) atau Value-Driven (Pacuan Nilai). Bagi Cost-Driven Cost Structure, harga jualan berkait rapat dengan kos penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan. Value-Driven Cost Structure pula meletakkan harga berdasarkan persepsi nilai sesuatu produk atau perkhidmatan.

2

Contoh paling mudah, kos bahan mentah Nasi Lemak Istimewa adalah sama di gerai dan di hotel. Katakan

kosnya RM3. Namun Cost Structure gerai adalah Cost-Driven menyebabkan pemilik

gerai hanya boleh caj maksima RM6. Berbeza dengan Cost Structure hotel yang Value-Driven membolehkan harga diletakkan melebihi RM20. Dalam keadaan ini, persepsi 'keistimewaan' itu yang turut dijual bersama

kepada pelanggan.

Page 25: Business Model Canvas Malaysia

 

  25  

www.firdausariff.com

1

Kos Tetap

Sesetengah bisnes mempunyai kos tetap yang signifikan. Selalunya ciri ini wujud dalam bisnes-bisnes yang memerlukan infrastruktur fizikal yang besar. Sebagai contoh, kilang mempunyai kos

tetap yang besar bagi bangunan, mesin dan overhead bulanan untuk elektrik, gaji serta air. Kos Boleh Ubah Kos boleh ubah pula boleh dilihat dalam bisnes seperti khidmat guaman. Peguam tidak dapat tahu lebih awal berapa banyak kos pengangkutan dan kos dokumentasi yang diperlukan bagi setiap kes. Hanya setelah selesai kes barulah dia tahu kos sebenar. Kos bagi kes berikutnya pula akan berbeza walaupun dalam bidang yang sama.

Cost Structure: Ciri-ciri Kos

2

Economies of Scale Model bisnes yang melibatkan pengeluaran biasanya mempunyai economies of scale kerana semakin banyak produk dihasilkan, semakin murah kosnya. Sebagai contoh, kos membuat acuan dan mesin menghasilkan berus gigi itu mahal kos permulaannya tetapi kos bahan mentah setiap unit berus gigi itu sangat murah. Setelah kos permulaan dapat ditampung, maka kos pengeluaran setiap unit selepas itu menjadi tersangat murah. Economies of Scope Economies of Scope pula datang apabila sesuatu bisnes menambah perkhidmatan atau produk yang mengoptimumkan penggunaan sumbernya. Sebagai contoh, syarikat perlombongan yang mempunyai kuari batu boleh menambah perkhidmatan sebagai kontraktor pembinaan jalan. Berbekalkan sumber utama yang terus dan lebih murah, mereka dapat meletakkan harga yang lebih rendah bagi kualiti yang sama.  

Page 26: Business Model Canvas Malaysia

 

  26  

www.malaysianbusinessmodel.com

Faktor-faktor Luaran

Page 27: Business Model Canvas Malaysia

 

  27  

www.firdausariff.com

1

Ramai yang bertanya, di manakan letaknya pesaing dalam Business Model Canvas? Apa yang ada di dalam Business Model Canvas hanyalah perkara yang boleh dikawal oleh pemilik bisnes. Semua perkara lain adalah faktor-faktor luaran yang tidak boleh dikawal tetapi mempengaruhi kejayaan sesebuah Business Model. Pesaing Para pesaing datang dengan Business Model mereka sendiri. Sebagai contoh, apabila Business Model pesaing meletakkan harga yang jauh lebih rendah, itu akan memaksa anda menyemak semula Cost Structure dan Revenue Stream. Teknologi Terdapat banyak cara teknologi boleh mempengaruhi Business Model. Paling ketara adalah kehadiran teknologi-teknologi baru yang menyebabkan Business Model lama menjadi lapuk. Sebagai contoh, bisnes akhbar mengalami kejatuhan teruk apabila para pembaca berita beralih kepada laman berita internet. Teknologi pengeluaran baru juga mengubah Cost Structure kerana pengilang tidak lagi perlu menghasilkan barangan dalam kuantiti besar.

2

Pasaran Keadaan pasaran memainkan peranan besar dalam menentukan kejayaan Business Model. Sebagai contoh, melancarkan jenama jam tangan mewah di zaman kegawatan selalunya bermakna menempah bankrupsi. Pelanggan Menghasilkan produk dan perkhidmatan yang inovatif semata-mata tidak mencukupi. Semua itu tetap akan gagal apabila tidak mendapat penerimaan pelanggan.

Undang-Undang Akta dan peraturan banyak mempengaruhi sama ada Key Activities boleh dilakukan dan Key

Resources boleh dilakukan. Sebagai contoh, sebuah bisnes perlombongan emas tidak dapat

beroperasi tanpa lesen daripada kerajaan. Di Malaysia, undang-undang mengehadkan

pengeluaran kad kredit dan itu bermakna banyak Business Model dari Amerika Syarikat tidak dapat ditiru begitu sahaja.

Page 28: Business Model Canvas Malaysia

 

  28  

www.malaysianbusinessmodel.com

Kajian Kes: Cendol Bakar Gerai Cendol Bakar milik Tuan Arif Ismail di Assam Jawa, Jalan Kuala Selangor merupakan satu inovasi Business Model yang menarik. Beliau hanya membuat beberapa perubahan pada sesetengah blok. Namun hasilnya ada sebuah gerai makanan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Perubahan besar yang dilakukannya adalah pada blok Value Proposition, Channel dan Key Activties. Perubahan kecil pula berlaku pada blok Key Resources & Cost Structure. Kita lihat satu persatu pada halaman berikut.  

Page 29: Business Model Canvas Malaysia

 

  29  

www.firdausariff.com

1

Value Proposition Perubahan pertama adalah pada produk yang ditawarkan iaitu Cendol Bakar. Namanya menerangkan sifat inovatif produk dan menarik minat pelanggan. Pemiliknya turut memfokuskan kepada Convenience dengan melakukan inovasi pada blok Channel. Channel Pemilik Cendol Bakar menambah kaunter pandu lalu bagi membolehkan pelanggan membeli tanpa turun daripada kereta. Ini membolehkan Cendol Bakar memberi perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan dan dapat terus beroperasi di waktu hujan.

2

Key Activities Perubahan resepi bermakna langkah penyediaan hidangan turut berubah. Gula merah dibakar terlebih dahulu sebelum dijadikan pemanis cendol. Key Resources Selain daripada penggunaan gula merah yang dibakar sebagai pemanis, resepi mereka turut menggunakan Nata de Coco, selasih, jagung dan kacang. Cost Structure Pembinaan kaunter pandu lalu memerlukan modal yang lebih besar daripada gerai biasa di bawah pokok. Tuan Mohd Arif Ismail dilaporkan membelanjakan RM20,000 bagi membina gerai berkonsep baru tersebut. Namun, Cost Structure di bahagian kaunter pandu lalu adalah lebih efisyen kerana tiada kos pelayan mengemaskan meja pelanggan. Pelanggan yang datang secara pandu

lalu juga bermakna jumlah jualan yang lebih tinggi bagi setiap jam beroperasi.

 

Page 30: Business Model Canvas Malaysia

 

  30  

www.malaysianbusinessmodel.com

Mahu Belajar Lebih Lanjut?

1

eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra Baca lebih lanjut lima kajian kes meliputi peniaga kecil, SME, korporat NGO dan kerajaan di http://bit.ly/bmcMYee Bengkel

Dapatkan maklumat terkni bengkel di http://www.firdausariff.com/p/bengkel.html

2

Coaching Saya menawarkan coaching Business Model Canvas kepada individu dan juga organisasi. Mohon berhubung terus melalui emel [email protected] atau talian 013-2002705. Sesi di Unit Kaunseling, UPM

Tuan Hadi Rofiee, Jurnalinspirasi.com

Page 31: Business Model Canvas Malaysia

 

  31  

www.firdausariff.com

 

Profil Penulis

1

Muhammad Firdaus bin Ariff merupakan pengamal dan coach Business Model Canvas. Beliau telah mencipta dan melaksanakan beberapa business model inovatif sepanjang tahun 2012.

Sebelum ini beliau juga merupakan penulis dan penterjemah freelance di PTS Media Group Sdn Bhd selain menulis artikel dan cerpen bagi penerbitan-penerbitan lain. Portfolio Projek

1. Saifulislam Store 2. Mudahnya Ibadah 3. CDkahwin.com 4. Downloadilmu.com 5. Eventilmu.com

Pengalaman Training

1. Kursus Pembangunan Kepimpinan PPZ: 6 November 2012

2

2. Kelas Asas Business Model Canvas, Persatuan Guru Agama Singapura: 14 Ogos 2012

3. Coaching Business Model Canvas, Unit Kaunseling UPM: 13 Ogos 2012

4. Bengkel Menulis Dengan Kreatif Bagi Pegawai JPA, Kings Hotel, Melaka: 7-9 Jun 2011

5. Bengkel Pemikiran Kreatif Dalam Kerjaya, INTAN Sabah: 18-22 Oktober 2010

3

Menghadiri Business Model Workshop & Masterclass kendalian Dr. Alexander Osterwalder & Dr. Yves Pigneur di Singapura.