business proposal lengkap

Download business proposal lengkap

If you can't read please download the document

Upload: along

Post on 06-Jun-2015

19.986 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Terlebih dahulu, kami mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, kumpulan kami dapat menyiapkan segala tugasan yang telah diamanahkan kepada kami dengan jayanya. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh pensyarah kami, Cik Azlinzuraini binti Ahmad di atas segala panduan dan tunjuk ajar kerana tanpa panduan dan tunjuk ajar beliau, kami yakin tugasan ini tidak dapat disempurnakan sebagaimana yang dikehendaki dan dalam tempuh yang telah ditetapkan. Walaupun pada peringkat awal pihak kami menghadapi masaalah untuk membuat proposal ini tetapi kini alhamdulillah, ianya dapat di atasi dengan usaha yang keras dan komitmen yang jitu dari kumpulan kami. Terima kasih juga kepada salah sebuah perniagaan francais yang sudi memberikan sedikit maklumat mereka berkaitan dengan perniagaan yang telah diuruskan oleh mereka untuk kami aplikasikan dalam menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan kepada kami untuk menyiapkannya dengan lebih tepat, padat serta berprestij agar kerja kursus ini lebih bermakna buat kumpulan kami. Akhir kata kami berharap segala tugasan yang diberikan kepada kami ini menepati segala kehendak yang diinginkan oleh puan pensyarah kami. Mudah-mudahan ianya dapat dimanfaatkan oleh kita semua, insyaallah. Sekian.

1

Perunding Jaya Bakti Sdn Bhd, Lot 42-A Jalan Sultan Omar, Bangunan Wangsa Maju, 20201 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Tel : 09-6989897/ 6989898/ 6989899 Faks : 09-6989889/ 6989879 E-mel :http://www.jayabakti.com.my/ Hubungi : 1. Encik Osfarizal Bin Othman Ahli Lembaga Pengarah Syarikat 2. Puan Mimi Yuhannis Binti Mohamed Rina Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Tarikh Penubuhan Syarikat : Januari 2005 Moto Syarikat : Membangun Seiring Bersama Anda Logo Syarikat :

2

PERKARA

MUKA SURAT

Pengenalan Syarikat Ringkasan Eksekutif Latar Belakang dan Tujuan Objektif Analisis Pasaran Pembangunan dan Pengeluaran Rancangan Pemasaran Rancangan Kewangan Organisasi dan Pengurusan Pemilikan Ringkasan dan Kesimpulan Penjadualan dan Peristiwa Penting Rujukan dan Lampiran Terima Kasih 43 44 32

2 4 7 10 12 21 24 27

39 42

49

3

Syarikat Perunding Jaya Bakti Sdn Bhd, Lot 42-A Jalan Sultan Omar, Bangunan Wangsa Maju, 20201 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia. Tel : 09-6989897/ 6989898/ 6989899 Faks : 09-6989889/ 6989879 E-mel :http:// www.jayabakti.com.my/

Hubungi Encik Osfarizal Bin Othman, Presiden I Puan Mimi Yuhannis Binti Mohamed Rina, Presiden II

Jenis Perniagaan Menawarkan khidmat nasihat, motivasi, bimbingan, dorongan yang membina kepada semua golongan individu yang mempunyai permasalahan yang berkaitan dengan diri serta kehidupan harian mereka.

4

Ringkasan Syarikat Perundingan Jaya Bakti merupakan salah satu perniagaan yang menawarkan perkhidmatan kepada individu yang mengalami konflik dalam kehidupan mahupun dalam diri mereka yang bercorak khidmat nasihat, motivasi, bimbingan serta dorongan yang membina kepada individu tersebut untuk kenal situasi diri mereka setelah mendapat khidmat daripada pakar-pakar motivasi dari syarikat kami. Walaupun syarikat kami baru bercadang untuk membuka syarikat ini, tetapi dari segi persaingan dengan syarikatsyarikat lain agak memberangsangkan. Hal ini membuatkan syarikat kami berpotensi untuk lebih maju dari masa ke masa. Kami juga berasa yakin dengan kewibawaan pakarpakar motivasi untuk sahut cabaran dunia global pada hari ini. Seterusnya mengangkat martabat syarikat kami ke persada pentas dunia.

Pengurusan Encik Osfarizal bin Othman, merupakan presiden I syarikat pernah bekerja Kementerian Negara Brazil sebagai seorang kaunselor profesional selama lebih dari 12 tahun. Beliau merupakan lulusan PhD dalam jurusan Kaunseling Organisasi dari Universiti Colorado, U.S.

Puan Mimi Yuhannis binti Mohamed Rina, merupakan presiden II syarikat pernah bekerja di Jabatan Psikiatri di Eropah sebagai Pakar Psikiatri Profesional selama lebih 9 tahun. Beliau merupakan lulusan PhD dalam jurusan Psikologi Kemanusiaan dari Universiti Oxford, London.

5

Perkhidmatan dan Persaingan Sehingga kini, perkhidmatan yang kami tawarkan di negeri ini hanya terdapat dua buah syarikat yang mampu memberi persaingan sengit bagi kami. Antara syarikat tersebut ialah Melor Enterprise dan Syarikat Emosi Bhd. Dianggarkan perkhidmatan yang bakal kami tawarkan mendapat sambutan yang baik khususnya bagi masyarakat negeri ini.

Sandaran Tiada

Sejarah Kewangan Tiada

Jangkaan/ Ramalan Kewangan Modal yang disumbangkan oleh ahli-ahli sebanyak RM 60 ribu sahaja dan tidak mampu untuk meluaskan perniagaan dengan jayanya.

6

Latar Belakang dan Tujuan Dalam era globalisasi dan siber maju pada alaf baru ini, fungsi perkhidmatan juru runding peribadi dalam pembangunan masyarakat amatlah penting. Di Malaysia, budaya perkhidmatan juru runding ini bertambah kritikal lagi di kala Malysia hendak melangkah pentas menuju status negara maju Par- Excellence pada masa hadapan. Selain dari peri pentingnya kematapan budaya perunding peribadi untuk memacu pembangunan masyarakat Malaysia secara umumnya, penyertaan dan dan penglibatan meluas masyarakat secara khususnya dalam perkhidmatan ini lebih penting lantaran ia memberikan impak ke atas kestabilan politik dan keseimbangan sosioekonomi antara pelbagai kaum di Negara ini pada masa hadapan. Syarikat mendapat idea ini, hasil daripada penyelidikan dan kepekaan dengan suasana serta perubahan di sekelilingnya. Idea-idea ini mencerminkan keperluan kepada satu-satu perkhidmatan dan bukannya semata-mata satu fenomena yang bersifat sementara dan jangka pendek semata-mata. Antara kaedah yang digunakan oleh syarikat kami untuk mencari dan meneroka peluang . Idea-perniagaan adalah seperti berikut :a. Menyelesaikan masalah orang awam Masalah orang lain boleh menjadi peluang yang baik untuk syarikat kami lebih berkembang dengan lebih kondusif berbanding syarikat pesaing lain. b. Menerima pakai idea orang lain yang berjaya untuk tempat yang lain. Contohnya Syarikat Excel Training and Consultancy yand di kendalikan oleh seseorang pakar motivasi yang terkenal iaitu Dato Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah.

7

c. Membuat kajian pasaran. Menentukan jurang antara bekalan dengan permintaan melalui kajian pasaran boleh memberi idea-idea baru mengenai perkhidmatan ini. d. Mengeksploitasikan kemahiran khusus. Menggunakan kemahiran dan ilmu yang sedia ada iaitu bekas graduan kaunseling untuk menubuhkan perniagaan dalam bidang tersebut. e. Bertutur dan mendengar keperluan orang ramai Dengan menjadi pendengar yang baik, boleh mengetahui keperluan orang ramai yang mungkin dapat dikomersilkan.

Syarikat ini ditubuhkan adalah hasil perkongsian antara ahli-ahlinya. Maka modal permulaan untuk memulakan perniagaan ini adalah sebahagian daripadanya adalah aset ahli lembaga pengarah. Jumlah keseluruhan perbelanjaan modal untuk menubuhkan syarikat ini merangkumi aset tetap, modal pusingan dan kos pentadbiran. Di sini modal yang dapat dikumpulkan ialah sebanyak RM 60 ribu tetapi tidak mencukupi kerana kos tanah dan penyediaan infrastruktur, bangunan dan kemudahan yang lain adalah tinggi. Oleh itu, modal yang sepenuhnya yang diperlukan oleh syarikat ialah sebanyak RM 120 ribu. Oleh itu, syarikat akan mendapatkan bantuan pinjaman dari pihak bank-bank dan syarikat-syarikat kewangan yang lain. Antaranya MARA, PUNB, bank-bank saudagar dan sebagainya. Sekiranya pihak bank memberikan pinjaman, syarikat akan memberikan cagaran untuk pinjaman tersebut. Antaranya :i. ii. Tanah. Peralatan dan kenderaan syarikat

8

iii.

Jaminan- persetujuan pihak ketiga untuk menanggung bayar balik pinjaman. Misalnya ahli keluarga dan rakan-rakan pekongsi.

Tempoh pinjaman yang dipohon oleh syarikat ialah selama lima tahun kerana jumlah pinjaman yang diperlukan adalah sebanyak RM 60 ribu.

9

Objektif Objektif syarikat dari segi reka cipta (creation) adalah berlandaskan daripada perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat ataupun klien. Iaitu dengan mempelbagaikan corak perkhidmatan bagi memuaskan hati pelanggan. Dari segi untuk terus hidup (survival) dengan menetapkan harga yang berpatutan yang mungkin disebabkan persaingan yang terlampau sengit di pasaran. Dari segi keuntungan pula, syarikat telah menetapkan harga agar dapat memaksimumkan keuntungan dengan cara membuat anggaran terhadap permintaan dan kos. Dengan itu harga yang di pilih lazimnya adalah tinggi yang membolehkan perniagaan memaksimumkan keuntungan dan memantapkan pengaliran tunai atau pulangan ke atas pelaburan. Objektif ini biasanya adalah untuk jangka masa yang pendek iaitu untuk merebut peluang bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum semasa tahap persaingan masih lagi rendah. Dari segi jangka masa, objektif ini terdiri daripada objektif jangka pendek dan jangka panjang. Objektif jangka pendek ialah hasil yang boleh dicapai dalam masa 1 tahun. Contohnya hasil yang diperolehi adalah keuntungan bersih apabila telah ditolak dengan pemiutang dan overdraf dari bank atau institusi kewangan. Bagi jangka masa panjang pula ia memerlukan lebih daripada 1 tahun untuk mendapatkan hasil. Biasanya antara jangka masa 3 hingga 5 tahun. Dalam jangka masa ini syarikat dapat melihat keuntungannya apabila hutang pinjaman telah langsai di bayar pada masa yang ditetapkan. Dari segi pengukuran, sesuatu objektif boleh diukur dari sudut kuantitatif dan kualitatif. Contoh ukuran kuantitatif ialah pulangan atas jualan, pulangan atas ekuiti atau

10

pusing ganti pekerja. Ukuran kualitatif pula biasanya merupakan penanda kecekapan bagi syarikat. Ukuran ini menunjukkan syarikat menggunakan sumber-sumber yang diperuntukkan dengan cekap tanpa pembaziran semasa menghasilkan output. Contohnya margin kasar (yang menunjukkan kos perkhidmatan yang ditawarkan dan harga upah perunding langsung sebagai peratusan daripada (jualan). Margin kasar yang tinggi menunjukkan tahap kecekapan yang tinggi kerana kos lebih rendah daripada pendapatan dan sebaliknya.

11

Analisis Pasaran a. Pasaran keseluruhan Jumlah keseluruhan saiz pasaran bagi syarikat ialah pada peringkat permulaan pengoperasian adalah berskala sederhana kerana terletak di lokasi yang yang strategik iaitu kawasan bandar yang dipenuhi dan dikeliling oleh masyarakat dan pengguna. Walaupun masih baru, tetapi pihak syarikat berkeyakinan tinggi bahawa permintaan dari segi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikat kami mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat. Ini kerana keadaan atau suasana masyrakat lain yang sibuk dengan kerjaya untuk mengejar kehidupam materialistic yang memerlukan perkhidmatan jururunding peribadi untuk menyempurnakan kehidupan mereka agar lebih baik. Kami juga melihat prospek perkhidmatan ini akan terus berkembang dan amat diperlukan dalam keadaan sekarang kerana masyarakat kini lebih mementingkan kualiti hidup dan sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk berjumpa dengan juru runding supaya dapat memenuhi kehendak mereka. Di samping itu, kami melihat tidak banyak firma yang membuka perniagaan jenis perkhidmatan ini, jika ada pun tidak banyak sesuatu kawasan tersebut. Tetapi syarikat telah merangka strategi agar ia berjalan dengan teratur dan lebih tersusun kerana berkemungkinan pada masa dan tahun yang akan datang kadar pertumbuhan perkhidmatan jenis ini akan meningkat. Persaingan utama berkemungkinan juga datangnya daripada syarikat-syarikat baru yang dibuka ataupun syarikat-syarikat yang telah sedia ada yang telah dikendali oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut. Oleh itu kami telah membuat penganalisisan

12

data untuk perjalanan syarikat iaitu dari segi kualiti perkhidmatan, harga, strategi pasaran, persaingan dan trend masa depan. Dengan itu, kami perlu membuat sasaran jualan sendiri dari segi jumlah dan nilai perkhidmatan yang diberikan mengikut pertimbangan teknikal dan kewangan. Pembahagian pasaran ini juga dibuat melalui ujian pasaran (market test) yang dilaksanakan dengan bantuan konsultan pasaran. Melihat dari lokasi kami beroperasi, kedudukan pasarannya tidak tergugat kerana terletak di tengah-tengah kawasan bandar dan dikelilingi masyarakat sekelilingi dan mudah untuk ditemui. Pada permulaan operasi perniagaan ini kami lebih tertumpu pada kawasan setempat kerana modal permulaan yang kecil tetapi syarikat mempunyai misi dan visi dalam jangka masa 5 tahun ke atas, pasaran syarikat kami akan meningkat keseluruh peringkat kebangsaan dan seterusnya ke peringkat global dengan menggunakan prospek-prospek perniagaan yang telah ditetapkan pihak syarikat. b. Pasaran khusus Dalam meganalisis pasaran, syarikat telah membuat sasaran yang lebih khusus untuk memasarkan perniagaan kami iaitu perkhidmatan juru runding peribadi. Antara sasaran pengguna perkhidmatan ini ialah :i. ii. iii. iv. Individu Suri rumah Institusi Firma-firma Dengan melihat keadaan sekarang, pihak syarikat dapat menggambarkan bahawa skop perkhidmatan ini akan berkembang dan tumbuh dengan drastik. Ini

13

kerana dalam senario alaf baru ini, masyarakat perlu membuat anjakan paradigma dengan memberi perhatian kepada perkhidmatan ini untuk mengimbangi kehidupan sosiobudaya mereka agar lebih baik. Syarikat juga telah meramal bahawa banyak firma akan membuka perniagaan jenis ini, jadi pihak syarikat telah bersiap sedia dengan pelbagai strategi perniagaan terutamanya dalam pemasaran. Antaranya :1) Memberikan perkhidmatan yang cepat, tepat dan telus. 2) Sentiasa membuat jualan promosi pada hari-hari tertentu. 3) Sentiasa meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Dari segi pelanggan atau pengguna, mereka lebih mengetahui faedah-faedah daripada perkhidmatan ini. Kewujudan perkhidmatan ini di pasaran disebabkan oleh wujudnya permintaan daripada masyarakat sekeliling yang mahukan kesempurnaan dalam kehidupan yang merupakan satu keperluan atau kehendak yang tidak terbatas. Perkhidmatan ini disediakan tidak mengira golongan sama ada atasan mahupun bawahan. Oleh itu, masyarakat tidak perlu takut atau segan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Malah, syarikat telah menetapkan beberapa tingkat harga mengikut keperluan dan kehendak pengguna iaitu harga diskaun, harga diskriminasi, harga promosi, harga geografi dan harga psikologikal. c. Faktor persaingan Setiap perniagaan yang wujud ada persaingannya, tidak kira kecil atau besar perniagaan tersebut. Bagi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak kami, ia wujud persaingan yang kecil pada masa sekarang tetapi ia akan cepat

14

berkembang pada masa akan datang. Ini kerana disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya :i. ii. iii. Modal yang sedikit untuk permulaan perniagaan. Permintaan yang tinggi daripada masyarakat. Lahirnya ramai tenaga pakar dan professional dalam bidang ini pada masa akan datang. iv. Galakan kerajaan menyeru bumiputera membuka perniagaan pada masa kini. Oleh itu,pelbagai strategi dirancang untuk menarik minat masyarakat ataupun pengguna terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat. Antaranya :(1) Membuat pengiklanan bagi empromosikan perkhidmatan yang ditawarkan melalui media cetak dan elektronik. (2) Memberi insentif kepada pengguna yang kerap. Contohnya, harga diskaun, kupon, hadiah percuma dan sebagainya. (3) Sentiasa membuat publisiti kepada pengguna agar mudah mendapat informasi terkini tentang perkhidmatan yang ditawarkan. Pihak syarikat juga melihat dari segi kuasa pembeli dan perkhidmatan pengganti, halangan kemasukan dalam sesuatu perniagaan dan keadaan persaingan dalam industri untuk menganalisis pasaran. Kuasa pembeli terletak pada pengguna. Oleh itu hak atau keistimewaan pengguna harus dijaga. Dari segi perkhidmatan pengganti pula, ia tidak kurang hebatnya kerana firma ini akan cuba menarik pelanggan atau pengguna sedia ada untuk mencuba perkhidmatan mereka. Oleh itu, pelbagai insentif harus diberi kepada pelanggan tetap. Keadaan

15

persaingan dapat diatasi kerana pelbagai strategi telah dirancang oleh pihak syarikat dalam menangani masalah ini. Antaranya :i. ii. iii. iv. Fahami apakah yang benar-benar dikehendaki oleh pelanggan. Kesediaan mengambil risiko. Memberi layanan dan perhatian seistimewa mungkin. Kenalpasti apa yang diperlukan oleh pelanggan dan sebagainya. Untuk mencapai strategi tersebut, syarikat haruslah ada kekuatannya yang tersendiri seperti :(1) Mengambil berat mengenai kualiti perkhidmatan kerana mempunyai tenaga pakar yang ramai. (2) Bertindak dengan pantas. Contohnya bersikap proaktif. (3) Sumber modal yang kukuh. (4) Lokasi yang strategik. (5) Tenaga kerja yang cemerlang Bagi syarikat persaingan pula mungkin sukar untuk masuk ke pasaran perniagaan ini kerana :i. Sukar untuk mendapat kepercayaan daripada pengguna kerana pengguna telah menggunakan perkhidmatan yang tersedia ada dan terbukti akan keberkesanannya. ii. Perlukan modal yang tinggi untuk memperkenalkan perkhidmatan kepada pelanggan baru. iii. Kekurangan tenaga kerja yang mahir dan sebagainya.

16

d. Pengaruh persekitaran makro Untuk melihat dan mengenalpasti peluang-peluang perniagaan bergantung kepada sejauh mana kita peka dan memberi perhatian kepada perkembangan yang berlaku dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, teknologi, serta trendtrend semasa dan masa depan. Oleh itu, syarikat kami telah membuat tinjauan persekitaran (environmental scanning) yang kemudiannya diperincikan lagi bagi menyediakan pelbagai opsyen dari segi idea-idea projek tersebut. i. Persekitaran politik. Iklim politik merupakan satu unsur terpenting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Kestabilan politik di negara ini adalah stabil dan aman damai serta tiada gangguan daripada anasir-anasir luar. Maka amat mudah untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Pihak kerajaan juga memberi galakan untuk melahirkan usahawan yang berjaya. Pelbagai aktiviti dan intensif yang diberikan. Antaranya penyediaan sumber modal melalui Tabung Usahawan Baru, penyediaan tempat perniagaan melalui Majlis Tempatan, UDA, latihan dan kemahiran seperti MARA dan sebagainya. Amalan demokrasi yang menjadi landasan kepada negara ini telah membawa kesejahteraan negara ini. Oleh itu, tiada masalah, malah lebih mudah untuk memulakan perniagaan. ii. Persekitaran ekonomi Analisis ekonomi merupakan aspek penting dalam membantu untuk kenalpasti trend dan kadar pertumbuhan yang memberi kesan kepada perniagaan. Oleh itu, kajian mengenai kedudukan dan tahap ekonomi dari segi

17

pendapatan perkapita, kadar pertumbuhan tahunan, pendapatan semasa, kadar simpanan, pembahagian pendapatan, kadar faedah semasa, kedudukan kecairan ekonomi dan kemudahan kredit akan tentukan ia kondusif untuk membuat pelaburan dan menubuhkan projek. Selain itu keupayaan syarikat membuat unjuran prospek pertumbuhan ekonomi adalah untuk kenalpasti peluang-peluang perniagaan yang timbul daripada trend masa depan tersebut. Semasa ekonomi mengembang sudah tentunya lebih kondusif kepada pertumbuhan projek begitu juga sebaliknya. Justeru itu, syarikat harus peka kepada keadaan ekonomi semasa bagi mengelakkan risiko kerugian. Oleh itu, untuk mendapat data dan maklumat yang tepat dan terperinci dalam menganalisis prospek dan peluang-peluang perniagaan, pihak syarikat sentiasa mendekatkan diri dengan jadatan perangkaan, bank negara yang biasa mengeluarkan angka-angka ekonomi dan laporan perdagangan negara. Perangkaan yang dikeluarkan bukan sahaja berkaitan dengan ekonomi nasional malah perkembangan yang berlaku antara wilayah,negeri dan juga daerah yang boleh menunjukkan trend semasa dalam bidang tertentu. Oleh itu, syarikat dapat merangka prospek perniagaan yang mudah, jelas dan tepat. Syarikat juga perlu mengkaji sumber-sumber tempatan sama ada dari segi kecukupan bekalan, kualiti dan harga yang terdapat di satu-satu kawasan. Sumber ini juga merupakan unsure penting dalam menentukan daya maju sesuatu projek terutamanya dalam perniagaan yang diceburi.

18

iii.

Persekitaran teknologi. Ini merangkumi perkembangan atau penemuan baru dalam bidang sains dan teknologi daripada industri elektronik, telekomunikasi, bioteknologi, teknologi informasi dan sebagainya. Dalam mengenal pasti peluang-peluang perniagaan ini, pihak syarikat telah mengkaji beberapa persoalan yang boleh mencetuskan idea-idea baru sama ada sesuatu perkhidmatan tersebut dapat dibesarkan atau dikecilkan, sama ada perkhidmatan menjadi gantian untuk perkhidmatan lain atau sebagainya.

iv.

Sosiobudaya. Salah satu cara untuk kenal pasti peluang-peluang perniagaan adalah dengan membuat pemerhatian dan analisis terhadap trend dan perkembangan yang berlaku dalam sosiobudaya masyarakat. Perbezaan dan persamaan antara pelbagai budaya dalam masyarakat juga memberi ruang untuk memulakan projek perniagaan. Contohnya kesibukan masyarakat pada hari ini mengejar kehidupan yang lebih moden dan terkini menyebabkan keperluan ada kehendak emosi dan spiritual mereka terabai.

v.

Demografi. Kewujudan satu-satu aktiviti perniagaan juga boleh dihasilkan daripada perubahan dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, pihak syarikat perlu menganalisis trend demografi yang akan memberi kesan ke atas daya maju projek seperti cirri-ciri kependudukan, kiadar kelahiran, pola pembelian dalam segmen pasaran yang pelbagai, pilihan pembelian mengikut perbezaan

19

budaya, agama dan sebagainya. Pecahan pelbagai faktor demografi ini ditunjukkan seperti berikut :Melalui penyelidikan dan dan penelitian yang dibuat ke atas pesekitaran makro ini dapat memberikan gambaran kepada pihak syarikat bahawa keadaan adalah baik kerana semua faktor tersebut memenuhi kriteria dan kehendak yang diperlukan oleh syarikat dalam membina prospek perniagaan yang lebih berdaya maju dan memperoleh unjuran perniagaan yang positif. Setiap perniagaan ada risikonya seperti inflasi dan deflasi. Oleh itu, perancangan yang baik harus direncanakan agar kerugian dapat diatasi dan keuntungan yang bakal diperolehi.

20

Pembangunan dan Pengeluaran Di dalam bahagian ini, kami ingin menjelaskan tentang elemen-elemen terpenting yang berkaitan dengan penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran syarikat kami. Antara elemen-elemen tersebut ialah : a. Proses pengeluaran. Syarikat kami merupakan sebuah syarikat yang menguruskan perniagaan dari segi sistem perkhidmatan perunding peribadi. Oleh itu, matlamat syarikat kami hanya satu iaitu ingin membantu klien yang memerlukan khidmat runding berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh mereka. Kami cuba mengeluarkan pelbagai sumber-sumber idea semata-mata untuk membantu klien ke arah pencapaian intelek mereka agar dapat memikirkan sesuatu yang positif berkaitan dengan masalah yang bakal dirujuk kepada pihak kami iaitu dalam maksud lain ialah klien berasa celik akal setelah memdapat khidmat rundingan dari pakarpakar yang profesional dalam syarikat kami. Apabila syarikat kami menerima klien, kami akan cuba membantu klien dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik agar masalah yang dihadapi oleh klien dapat diselesaikan. Kebiasaannya syarikat kami akan menjalankan beberapa sesi tertentu sebelum seseorang klien itu dapat menyelesaikan masalahnya. Dari segi kewangan pula, syarikat kami akan mengenakan kadar yang berpatutan kepada klien berdasarkan jenis masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselorkaunselor syarikat kami merupakan mereka yang berpengalaman dan

berpendidikan dan kebolehan mereka dalam membantu klien tidak boleh dipertikaikan.

21

Syarikat kami juga tidak dinafikan mempunyai cabaran dan risiko serta kesukaran dalam menjalankan perkhidmatan tersebut. Contohnya persekitaran perniagaan yang selalu berubah. Pengeluaran sentiasa peka dan sedar akan pengetahuan dan teknologi terkini. Pengurus perlu memastikan pekerjanya sentiasa dilatih agar dapat menggunakan pengetahuan dan teknologi tersebut untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengeluaran. Selain itu, pengurus pengeluaran perlu sentiasa sedar akan kebolehgantian antara modal dan pekerja serta kos yang sentiasa berubah bagi dua faktor ini. Ini bermaksud pengurus pengeluaran sebagai pemangkin perkhidmatan perlu bijak dalam penggunaan pekerja, modal dan pengurusan untuk meningkatkan perkhidmatan. b. Sumber-sumber yang diperlukan. Antara sumber-sumber yang diperlukan oleh syarikat kami ialah berbentuk kewangan, fizikal, manusia, teknologi, sumber-sumber organisasi, reputasi untuk membolehkan syarikat dapat beroperasi dengan baik. Sumber kewangan yang diperolehi oleh syarikat adalah dari perkongsian ahli sahaja. Tetapi ia masih tak mencukupi dan memerlukan pihak kami memohon pinjaman dari pihak bank untuk meluaskan perniagan kami ke pelosok negara umumnya. Selain itu, sumber manusia memainkan peranan yang penting dalam menjalankan operasi syarikat. Ini kerana perkhidmatan yang disediakan perlu kepada pekerja yang berkebolehan dan berkemahiran. Sumber teknologi juga diperlukan untuk bersaing lebih fleksibel dengan syarikat perkhidmatan yang lain. Hal ini kerana sekiranya teknologi yang rendah digunakan akan menyebabkan klien tidak berminat untuk menjalani sesi kaunseling di syarikat kami.

22

Reputasi syarikat yang baik juga mempengaruhi operasi syarikat sekiranya syarikat mendapat reputasi yang buruk, maka klien tidak akan mempercayai syarikat akan berjaya dapat menyelesaikan masalah mereka. Oleh yang demikian syarikat kami akan terus berusaha untuk membantu individu yang bermasalah agar mereka berasa puas hati berkaitan khidmat yang telah kami tawarkan dan menepati moto syarikat iaitu Membangun Seiring Bersama Anda. Kami juga akan berusaha sedaya-upaya agar klien tidak akan berasa terkilan dengan khidmat yang telah kami tawarkan kepada mereka. c. Jaminan kualiti. Dari segi jaminan kualiti bagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kami tidak lagi boleh dipertikaikan. Hal ini disebabkan kaunselor-kaunselor yang akan memberi runding cara merupakan golongan kaunselor yang profesional. Oleh itu dari segi jaminan kualiti bagi pakar-pakar kami tidak boleh lagi diperlekehkan oleh pihak lain. Mereka menggunakan pelbagai teknik dan teori yang membina untuk mengadaptasikannya dengan masalah yang dihadapi oleh klien. Klien juga akan berasa lebih selesa dengan budi bicara dari pakar-pakar kami yang berpengalaman dalam membantu mereka mengenal identiti mereka sendiri dalam erti kata menempuh alam realiti yang sebenar. Oleh itu, dari segi kualiti khidmat runding cara dari pakar-pakar kami tidak boleh diragukan akan keberkesanan mereka dalam membantu klien kea rah pembangunan mental dan emosi yang stabil seperti insan lain.

23

Rancangan Pemasaran Dalam bahagian ini, syarikat akan mengeksploitasikan sumber-sumber yang ada bagi membentuk tumpuan pemasaran yang menyeluruh seperti syarikat perkhidmatan yang bakal kami kendalikan ini mempunyai ramai pekerja yang berkebolehan dan berkemahiran. Oleh itu, syarikat kami akan menggunakan pelbagai kaedah agar dapat memberikan khidmat pertolongan dan bantuan yang terbaik kepada setiap pelanggan atau klien kami agar mereka berpuas hati dengan layanan, tumpuan dan kerjasama yang telah kami tawarkan kepada mereka. Hal ini menyebabkan secara tidak langsung, klien ini akan memberitahu kepada rakan-rakan, ahli keluarga, dan sesiapa sahaja tentang kebolehan syarikat kami menyelesaikan masalah. Selain daripada kempen-kempen promosi tentang syarikat kami melalui iklan dan brosur untuk memasarkan syarikat ini, klien juga memainkan peranan mereka bagi menghebahkan kejayaan perkhidmatan kami menyelesaikan masalah mereka secara tidak langsung syarikat kami boleh berkembang dengan majunya hasil daripada klien yang memberitahu dan memperkenalkan perkhidmatan yang bermutu yang ditawarkan oleh syarikat kami. Terdapat beberapa faktor penting dalam menjayakan lagi rancangan pemasaran bagi syarikat kami. Antara faktor-faktor tersebut ialah : a. Konsep keseluruhan dan orientasi. Dari segi konsep keseluruhan dan orientasi pula, syarikat kami lebih memfokuskan kepada klien. Oleh itu faedah dan hasil positif yang bakal diperoleh klien atau pelanggan daripada interaksi mereka dengan syarikat dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikat mereka akan berasa puas hati kerana masalah

24

mereka dapat diselesaikan oleh syarikat kami. Selain itu, klien juga dapat menjalani hidup yang ceria selepas melakukan sesi kaunseling dengan pakarpakar runding kami yang cukup berkaliber. b. Strategi pemasaran. Syarikat kami juga menawarkan perkhidmatan yang terbaik dari syarikat pesaing yang wujud di negeri ini. Umpamanya, syarikat kami memberikan latihan, kursus kepada para pekerja sebelum mereka mengendalikan kerja-kerja dalam organisasi. Hal ini bagi melatih para pekerja sama ada mahir, separa mahir, atau tidak mahir dalam menguruskan organisasi bagi memudahkan pakar-pakar kami menjalankan sesi kaunseling dengan klien. Selain itu, syarikat kami juga mengrekrut dan memilih para pekerja yang terbaik dengan cara menganalisis kerja iaitu menggunakan teknik-teknik mengumpulkan maklumat secara sistematik dan teratur berkenaan dengan tugas, tanggung jawab dan keperluan kemahiran serta pengalaman pekerja itu sendiri bagi melayakkan mereka diterima oleh syarikat kami. Setelah kesemua prosedur menepati kelayakan pekerja pihak syarikat kami akan memberikan latihan dan kursus sebelum diserapkan di dalam organisai kami. Syarikat kami amat menitikberatkan soal pekerja yang berkebolehan untuk menjana mutu dan kualiti dari syarikat kami dapat dibanggakan oleh klien. Dengan adanya pekerja yang berkebolehan, jentera organisasi dalam syarikat dapat berjalan dengan lebih lancar demi memartabatkan nama syarikat ke persada antarabangsa. Oleh itu, syarikat pesaing akan berasa gerun untuk bersaing dengan syarikat kami kerana mereka tidak mampu memiliki pekerja yang berpotensi

25

untuk memajukan syarikat kerana mereka memilih pekerja secara rambang hasil dari pemantauan yang kami jalankan terhadap syarikat pesaing tersebut. Strategi yang kami jalankan ini dapat menyokong kekuatan syarikat kami untuk lebih mara ke hadapan sejajar dengan saranan kerajaan ingin membantu para usahawan meningkatkan mutu perniagaan mereka. Kami juga berasa yakin dengan strategi pemasaran yang kami lakukan ini akan memberi impak yang terserlah kepada syarikat pesaing dalam menjaga mutu perkhidmatan yang mereka tawarkan berbanding mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kami yang lebih efektif selaras dengan era global. c. Ramalan jualan. Ramalan yang dijangkakan oleh syarikat kami ialah syarikat kami akan cuba menarik ramai klien yang bermasalah agar perkhidmatan yang kami tawarkan mendapat sambutan yang menggalakkan. Namun, kami juga tidak dapat menetapkan jangkaan keuntungan yang bakal diperoleh kerana bentuk perniagaan yang kami ramalkan berbentuk perkhidmatan. Oleh itu, dari segi ramalan jualan adalah di bawah jangkaan syarikat kami. Tetapi peluang untuk mendapat pulangan hasil atau keuntungan adalah tinggi. Ini juga hasil pemantauan kami sebelum mewujudkan perniagan ini. Oleh yang demikian ramalan tentang jualan tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kami adalah di luar jangkaan syarikat kami. Namun kami akan berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami sejajar dengan visi dan misi syarikat.

26

Rancangan Kewangan Ramalan tentang penyata kewangan syarikat, sumber kewangan dan strategi kewangan dapat di lihat seperti di bawah ini. a. Ramalan Penyata kewangan. (Jangkaan)

Perunding Jaya Bakti Sdn Bhd Penyata Pendapatan Bagi Bulan Berakhir 31 Januari 2005 (RM) Perkhidmatan Tolak : Kos perkhidmatan Untung kasar Belanja Operasi : Belanja am dan pentadbiran Belanja pemasaran Belanja pelbagai Belanja susut nilai Jumlah belanja operasi Pendapatan sebelum faedah dan cukai : Tolak : Belanja faedah Pendapatan sebelum cukai Tolak: cukai 30% Untung bersih 2000 1200 800 200 4200 5520 520 5000 1500 3500 30,120 20,400 9720

27

Perunding Jaya Bakti Sdn Bhd Penyata Aliran Dana Bagi Bulan Berakhir 31 Januari 2005

(RM) Sumber-sumber dana Dari operasi Untung bersih Campur susut nilai Dari sumber lain : Hutang jangka panjang 4700 Pengurangan dana Belian aset tetap Pembayaran dividen Pertambahan modal kerja 1400 2300 1000 4700 Pertambahan modal kerja Pengurangan tunai Peningkatan akaun penghutang Peningkatan inventori Peningkatan akaun pemiutang Peningkatan belanja terakru Peningkatan pinjaman jangka pendek (200) 1100 1300 (400) (600) (200) 1000 1000 3500 200 3700

28

Perundingan Jaya Bakti Sdn Bhd Kunci Kira-Kira Bagi Bulan Berakhir 31 Januari 2005 Aset (RM) Aset Semasa : Tunai Akaun Penghutang Inventori Jumlah aset semasa Aset Tetap : Aset tetap Tolak : Susut nilai terkumpul Jumlah aset tetap Jumlah aset Liabiliti dan Ekuiti Pemilik Liabiliti semasa : Akaun pemiutang Pinjaman jangka pendek Belanja terakru Jumlah liabiliti semasa Hutang jangka panjang Jumlah liabiliti Ekuiti Pemilik : Saham biasa Premium saham Pendapatan Tertahan Jumlah ekuiti pemilik Jumlah liabiliti dan ekuiti 2000 2000 2500 6500 7600 14,100 2000 5800 5200 13,000 27,100 1640 5900 5300 12,840 21,000 6740 14,260 27,100

29

b. Sumber Kewangan. Kos permulaan perniagaan syarikat Perunding Jaya Bakti adalah sebanyak RM 60 ribu. Di sini syarikat akan kemukakan semua aset fizikal yang perlu dibeli oleh syarikat sebelum syarikat dapat beroperasi dengan jayanya.. contoh aset fizikal yang dibeli oleh syarikat ialah alatan pejabat,alat tulis, perabut,dan sebagainya. Semua ini penting untuk memulakan sesuatu perniagaan terutamanya perkhidmatan perundingan. Perletakan harga yang ditetapkan oleh syarikat kami adalh berdasarkan seperti berikut: 1. Individu satu sesi RM 50 ( 1 jam ) 2. Surirumah satu sesi RM 45 (1 jam) 3. Institusi- satu sesi RM 250 (1 jam ) 4. Firma satu sesi RM 650 (1 jam ) Kesemua wang yang diperlukan oleh perniagaan adalah sebanyak RM 120 ribu. Oleh itu, syarikat kami perlu membuat pinjaman dengan pihak bank. Sandaran atau cagaran daripada syarikat akan berikan sekiranya pinjaman diluluskan adalah seperti rumah, tanah dan sebagainya. Syarikat akan membayar balik pinjaman kepada pihak bank pada kadar yang berpatutan dan tetap pada setiap bulan. Daripada penyata kewangan yang telah diramalkan, pihak syarikat kami amat berkeyakinan dengan kemampuan pihak kami untuk membayar balik jumlah pinjaman yang telah diluluskan. c. Strategi kewangan Dari segi strategi kewangan terbahagi kepada dua iaitu pembiayaan hutang jangka panjang dan pembiayaan hutang jangka pendek. Pembiayaan hutang

30

jangka panjang pula terbahagi kepada dua iaitu pinjaman tetap atau bertempoh dan terbitan sekuriti.

i.

Pinjaman tetap atau bertempoh Syarikat kami akan cuba mendapatkan sumber kewangan daripada bank atau agensi kerajaan seperti MARA, Tabung Pemulihan Usahawan, pinjaman belia dan sebagainya.

ii.

Pembiayaan hutang jangka pendek Terdiri daripada kemudahan kredit yang diberi oleh pembekal dan institusi kewangan. Antaranya kredit perdagangan, overdraf, pinjaman jangka pendek, surat kredit dan pemfaktoran. Bagi memantapkan strategi kewangan syarikat kami, kami akan cuba

meminta sumber pinjaman dari Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn) dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) antara cara terbaik bagi syarikat kami untuk memohon pinjaman bagi menjayakan perniagaan kami.

31

Organisasi dan Pengurusan. a. Sumber Personel Utama Dalam sumber personel utama ini pihak syarikat kami akan memaparkan carta organisasi syarikat, hasil tinjauan kami sebelum menubuhkan syarikat ini, kami juga akan memaparkan latar belakang pendidikan kaunselor-kaunselor kami serta eksekutif pentadbiran kami yang bertungkus lumus menjayakan perniagaan kami ini. Kami juga akan memaparkan secara terperinci tentang vitae kurikulum klien yang boleh menjalankan sesi kaunseling dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kami. Syarikat kami merupakan sebuah syarikat yang baru memulakan perniagaan berbentuk perkhidmatan. Oleh itu, kami tidak banyak mempunyai pengalaman tentang menguruskan syarikat sendiri. Tetapi, kami bernasib baik kerana pengalaman kerja kami menyebabkan kami telah mengetahui tentang selok-belok berkaitan dengan perniagaan. Selain itu, hasil pemantauan kami terhadap syarikat pesaing merupakan titik tolak kami adaptasikan pengalaman syarikat mereka sebelum tertubuhnya syarikat kami. Sebelum menubuhkan syarikat ini, kami telah menjalankan pemantauan selama hampir dua tahun. Oleh itu kami berasa yakin dengan keuntungan yang akan diperoleh syarikat kami ini adalah tinggi.Kami juga bercadang akan mengembangkan lagi syarikat kami sehingga tersenarai di bursa saham. kajian dan

32

Manakala dari segi latar belakang pendidikan jentera pentadbiran kami adalah seperti berikut :

Encik Osfarizal bin Othman, (841028-11-5149), beralamat di No. 42, Jalan Pantai Penyu, Kampung Kuala Abang, 23050 Dungun, Terengganu, merupakan Presiden I syarikat pernah bekerja Kementerian Negara Brazil sebagai seorang kaunselor profesional selama lebih dari 12 tahun. Beliau dilahirkan pada 28 Oktober 1984 dan merupakan lulusan PhD dalam jurusan Kaunseling Organisasi dari Universiti Colorado, U.S.

Puan Mimi Yuhannis binti Mohamed Rina, (840420-03-5544), beralamat di 45E, Kampung Awek, Jalan Gong Tebu, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu, merupakan Presiden II syarikat pernah bekerja di Jabatan Psikiatri di Eropah sebagai Pakar Psikiatri Profesional selama lebih 9 tahun. Beliau dilahirkan pada 20 April 1984 dan merupakan lulusan PhD dalam jurusan Psikologi Kemanusiaan dari Universiti Oxford, London.

Puan Wan Azlindawati binti Mohd Arbee, (830428-08-6056), beralamat di No.7 Kampung Keranji, 33600 Enggor, Kuala Kangsar, Perak, merupakan Eksekutif I dalam syarikat pernah bekerja di Jabatan Patadologi di Benua Afrika selama hampir 8 tahun. Beliau dilahirkan pada 28 April 1983 dan merupakan lulusan PhD dalam jurusan Psikologi Perkembangan dari Universiti Ohio,Amerika.

33

Puan Siti Zawiyah binti Awang, (841210-02-5342), beralamat di Kampung Nyior, 06000 Jitra, Kadah, merupakan Eksekutif II dalam syarikat pernah bekerja di Jabatan Psikologi di Jakarta, Indonesia selama hampir 7 tahun. Beliau dilahirkan pada 10 Disember 1984 dan merupakan lulusan PhD dalam jurusan Kaunseling Organisasi dari Universiti Indiana, Bloomington, England.

Encik Ameerul Ashraf bin Che Ahzahan, (840418-03-6169), beralamat di No.4, Lorong NADA & COS, Kampung Pak Ramat, Seterpa, Peringat, 16400, Kota Bharu, Kelantan, merupakan Eksekutif Pentadbiran dalam syarikat pernah bekerja dengan Kementerian Perangkaan Malaysia selama 4 tahun. Beliau dilahirkan pada 18 April 1984 dan merupakan lulusan Master dalam jurusan Pemasaran dari Universiti Utara Malaysia.

Cik Hazwani binti Ismail, (850411-11-5082), beralamat di 6529-F Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu, merupakan Eksekutif Pemasaran dalam syarikat kami. Beliau dilahirkan pada 11 April 1985 dan merupakan lulusan Master dalam jurusan Pemasaran dari Universiti Sains Malaysia.

34

Cik Amylia binti Ahmad, (841231-02-5528), beralamat di Kampung Machang, Jalan Kodiang, 06000 Jitra, Kedah, merupakan Eksekutif Sumber Manusia dalam syarikat kami. Beliau dilahirkan pada 31 Disember 1984 dan merupakan lulusan Master dalam jurusan Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia.

Cik Nurul Huda binti Mat Isa @ Salleh, (840824-02-5174), beralamat di F 621 B Kampung Simpang 4, Sedaka, 06900 Yan, Kedah, merupakan Eksekutif Kewangan dalam syarikat kami. Beliau dilahirkan pada 24 Ogos 1984 dan

merupakan lulusan Master dalam jurusan Perakaunan dari Universiti Malaya.

Cik Nik Samihah binti Nik Man, (840701-03-6164), beralamat di Kampung Kemudi, Bachok, Kelantan, merupakan Eksekutif Perkhidmatan dalam syarikat kami. Beliau dilahirkan pada 01 Julai 1984 dan merupakan lulusan Master dalam jurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dari segi vitae kurikulum bagi pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan kami syarikat kami akan menerima klien tanpa mengira umur, jantina, budaya, agama dan sebagainya kecuali pengguna yang abnormal sahaja tidak akan di kategorikan oleh syarikat kami. Kami akan cuba membantu klien yang menghadapi masalah dengan sebaik mungkin untuk membawa klien kearah landasan yang betul dalam kehidupan realiti mereka.

35

Dari segi pemberian ganjaran kepada pekerja yang menyumbang kearah peningkatan taraf syarikat kami amat dititkberatkan oleh pihak kami. Umpamanya, bengan gaji, bonus, insentif serta faedah yang setimpal dengan penglibatan mereka dalam organisasi tersebut. Syarikat kami juga turut mengambil peguam syarikat untuk menjaga kepentingan syarikat dan mengurus perundangan syarikat. Di sini akan terbentuknya keberkesanan dan kelancaran syarikat. Selain itu, agensi pengiklanan turut memainkan peranan dalam memperkenalkan syarikat kepada masyarakat. Oleh itu, pelbagai iklan dan program yang telah diaturkan untuk menarik penglibatan masyarakat agar mereka tampil ke hadapan untuk menangani kehidupan mereka dengan lebih teratur. Melalui pengiklanan yang berkesan dapat menangkis anggapan masyarakat yang mengatakan individu yang inginkan khidmat kaunselor hanyalah individu yang bermasalah. b. Strategi Pengurusan Sumber Manusia Falsafah asas syarikat terhadap pengurusan sumber manusia adalah lebih cenderung mengamalkan penyeliaan secara umum terhadap pekerja. Namun, syarikat akan tetap memastikan pekerja menjalankan tugas dengan baik, mematuhi peraturan syarikat dan meningkatkan prestasi kerja serta semangat berpasukan dari semasa ke semasa. Penyeliaan secara umum ini akan memberikan peluang kepada pekerja syarikat lebih bijak mengambil sesuatu tindakan atau strategi agar kebajikan pekerja lebih terpelihara. Keadaan ini juga berikutan tidak

36

mahu memberikan tekanan yang berlebihan kepada pekerja, sebaliknya inginkan pekerja dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Pendekatan dan strategi firma terhadap pampasan, perkongsian

keuntungan dan pemilikan oleh pekerja. Pampasan diberikan kepada pekerja yang bersara. Objektif pemberian pampasan adalah untuk memberikan penghargaan kepada pekerja yang telah memberikan perkhidmatan secara taat dan baik, untuk membekalkan saran hidup kepada pekerja selepas bersara, untuk menggalakkan pekerja untuk terus berkhidmat kepada organisasi dan untuk memberikan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja semasa bekerja dengan syarikat. Strategi bagi pembangunan dan latihan bagi pekerja biasa dan pihak pengurusan iaitu latihan merupakan satu proses peningkatan kemahiran untuk memenuhi keperluan semasa yang boleh menyumbang ke arah pencapaian matlamat organisasi. Manakala, pembangunan pula merupakan proses

peningkatan kemahiran untuk memenuhi keperluan masa hadapan. Terdapat perbezaan antara latihan dan pembangunan iaitu dari segi latihan bidang ini memfokuskan kepada memberi latihan dalam pengurusan dalam organisasi. Melibatkan jangka masa sekarang yang bermatlamat memperbaiki kelemahan kamahiran dan meningkatkan prestasi. Contohnya, kemahiran komunikasi, penggunaan computer, pengurusan kepimpinan, pembuatan

keputusan, kemahiran teknikal, pengurusan pemasaran dan sebagainya. Manakala, bagi jangka masa panjang pula, matlamat strategi pembangunan ialah persediaan bagi keperluan pekerjaan kepada masa hadapan. Misalnya tujuan kenaikan

37

pangkat. Antara contoh kemahiran ialah kepimpinan kemahiran delegasi, pembuatan keputusan dan pengurusan perubahan. Pengambilan pekerja pula, berdasarkan kekosongan jawatan yang ditawarkan pada peringkat permulaan.Pengambilan pekerja mencukupi

memandangkan syarikat kami baru beroperasi. Dari segi pengambilan pekerja syarikat kami telah menetapkan beberapa syarat dengan jumlah yang terhad. Setakat ini pekerja di bawah organisasi kami adalah seramai 50 orang pekerja. Pekerja yang akan diambil akan disalurkan di bawah jabatan-jabatan tertentu dalam syarikat.

38

Pemilikan. a. Bentuk Perniagaan. Bentuk perniagaan syarikat kami ialah perkongsian. Perniagaan

perkongsian ialah perniagaan yang dimiliki di antara 2-50 orang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan atau sebarang faedah. Perniagaan perkongsian dikatakan lebih besar daripada perniagaan tunggal kerana mempunyai lebih daripada 4 orang pemilik. Dengan itu, ia boleh mengumpulkan banyak modal, idea serta kreativiti untuk menguruskan perniagaan dengan teratur dan baik. Perniagaan perkongsian mempunyai perjanjian perkongsian yang antara lain mengandungi butiran seperti : 1. Nama perniagaan dan firma perniagaan 2. Cukai perniagaan beroperasi 3. Jenis perniagaan 4. Jangka masa perniagaan beroperasi 5. Nama rakan kongsi dan jumlah modal yang mereka sumbangkan dalam perniagaan 6. Kerja dan tugas setiap rakan kongsi 7. Jumlah harta yang mereka boleh keluarkan daripada perniagaan untuk kegunaan peribadi 8. Jumlah modal pusingan 9. Prosedur pembubaran perniagaan 10. Peratus keuntungan yang perlu diagihkan antara rakan kongsi.

39

Butiran-butiran lain dalam perjanjian perkongsian bergantung kepada persetujuan bersama oleh rakan kongsi. Biasanya perniagaan perkongsian terlibat dengan industri peruncitan, restoran, perundangan, pengangkutan, perkhidmatan

profesional dan sebagainya. Antara kelebihan perniagaan perkongsian ialah: i. Ia mudah ditubuhkan jika dibandingkan dengan perniagaan perbadanan kerana tidak banyak prosedur yang perlu dipatuhi. ii. Modal perkongsian lebih banyak jika dibandingkan dengan perniagaan tunggal, oleh itu ia lebih mudah berkembang. iii. Kemahiran pengurusan lebih banyak kerana ramai yang terlibat sebagai rakan kongsi boleh menyumbangkan idea dan pandangan untuk pengurusan perniagaan. iv. Cukai dikenakan terhadap pemilik perniagaan sebagai pendapatan individu dan bukan sebagai pendapatan perniagaan. Setiap rakan kongsi perlu mengisytiharkan pendapatannya hasil keuntungan perniagaan perkongsian dan mereka akan dicukai berasingan (berpandukan

pendapatan individu. Cukai syarikat yang dikenakan ke atas perniagaan perkongsian.) v. Status perundangan perkongsian besar kerana ia mempunyai perjanjian jika dibandingkan dengan perniagaan tunggal dan perniagaan perkongsian perlu mendaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsian 1961.

40

b. Kedudukan Ekuiti

ASET TETAP EKUITI PEMILIK

MODAL LIABILITI

ASET BERUBAH

PEMBIAYAA N MODAL

41

Ringkasan dan Kesimpulan. Secara tuntasnya, perkhidmatan syarikat kami merupakan perkhidmatan yang terbaik berbanding perkhidmatan syarikat-syarikat lain. Pakar-pakar syarikat kami akan cuba memberikan khidmat kepakaran mereka yang terbaik kepada para pengguna atau klien yang ingin mendapatkan khidmat dari syarikat kami. Klien tidak perlu berasa malu untuk menceritakan masalah mereka kepada pakar-pakar kami kerana sudah menjadi etika kerja pakar-pakar kami merahsiakan masalah yang dikongsikan kepada kami. Selain itu juga, klien akan berasa lebih celik akal setelah membuat sesi kaunseling dengan pakar-pakar kami yang cukup terlatih. Sejajar dengan moto syarikat kami iaitu Membangun Seiring Bersama Anda, syarikat kami akan cuba pelbagai kaedah dan teknik yang difikirkan sesuai untuk membantu klien. Arah tuju syarikat pula ialah menjadikan perkhidmatan ini terus mara ke hadapan seterusnya syarikat kami dapat tersenarai di bursa saham. Kami juga akan melakukan strategi-strategi yang membina untuk menaikkan perkhidmatan yang ditawarkan ke persada antarabangsa. Kesimpulannya, syarikat yang bakal kami jalankan sememangnya lebih berpotensi untuk lebih maju pada era global pada masa kini. Kami juga akan membuat pemantauan dari masa ke masa agar perkhidmatan kami lebih mendapat sambutan baik dalam negeri ini mahupun luar negeri. Matlamat kami ialah ingin membantu individu yang mengalami kekeliruan tentang personaliti mereka demi mencapai misi dan visi syarikat. Oleh itu, kami mengharapkan agar segala bentuk pinjaman yang kami perlukan akan dapat dipertimbangkan oleh pihak atasan kerana syarikat yang bakal kami wujudkan ini sememangnya terbukti akan kejayaannya.

42

Penjadualan dan Peristiwa Penting.

BIL 1

PERISTIWA Sumbangan modal dari rakan-rakan kongsi untuk menubuhkan syarikat.

TARIKH 10- September-2004

2

Hasil kajian daripada pesaing-pesaing diperoleh untuk membentuk syarikat yang lebih efektif dan fleksibel untuk mengatur strategi yang lebih

12- Oktober-2004

3

kondusif. Membuat sinopsis lokasi, persekitaran, untuk membentuk sesebuah organisasi.

15-Oktober -2004

4

Tetapkan

bentuk

pemilikan

perniagaan

dan

01-November-2004

persetujuan dicapai untuk memilih perkongsian sebagai bentuk perniagaan. 5 Prosedur pemilihan pekerja untuk membantu jentera syarikat dalam menguruskan organisasi syarikat dan lakukan orientasi kepada pekerjapekerja baru. 6 Tertubuhnya Syarikat Perunding Jaya Bakti 01-Januari-2005 02-Disember-2004

43

Www.yahoo.com. Www.google.com

Siri teks STPM,Pengajian Perniagaan 1, Longman. Siri Teks STPM, Pengajian Perniagaan 2, Longman. Rujukan Komprehensif, Pengajian Perniagaan 1, Pustaka Sarjana. Rujukan Komprehensif, Pengajian Perniagaan 2, Pustaka Sarjana.

Siri Nota Kolej Matrikulasi Perlis, Pengurusan Perniagaan Semester 1, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Siri Nota Kolej Matrikulasi Perlis, Pengurusan Perniagaan Semester 2, Kementerian Pendidikan Malaysia. Contoh-contoh Business Proposal dari syarikat-syarikat milikan tunggal dan perkongsian

44

45

46

STESEN BAS Syarikat Kami

Hock Kee SengDari Kuala Terengganu ke KL POLITEKNIK HOTEL

MYDIN

47

AnDa BerMasALah ????? InGInkaN KetEnaNgAn??????? IngiNkan KhiDmat NasIhAt??????? InGInkaN BiMbinGaN?????? InGiNkaN KeMajuAn DalaM HidUp???? AnDA BuNtU????? TaK TaHu CaraNya?????

KAMI SEDIA MEMBANTU.. TIADA KEJAYAAN TANPA KEGAGALAN!!!TETAPKAN TEMUJANJI ANDA DI FIRMA KAMI!!!Perunding .Jaya Bakti Sdn Bhd, Lot 42 - A Jalan Sultan Omar, Bangunan Wangsa Maju, 20201 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Tel : 09-6989897/ 6989898/ 6989899 Faks : 09-6989889/ 6989879 E-mel :http://www.jayabakti.com.my Isnin- Jumaat : 8.00 pagi- 4.00 petang

MEMBANGUN SEIRING BERSAMA ANDA

48

Presiden I ( Kaunselor Psikiatrik ) Osfarizal Bin Othman

Presiden II ( Kaunselor Keluarga ) Mimi Yuhannis Mohd Rina

Eksekutif I ( Kaunselor Korporat ) Wan Azlindawati Mohd Arbee

Eksekutif II ( Kaunselor Psikologi ) Siti Zawiyah Awang

Eksekutif Pentadbiran ( Kaunselor Sakit Tuan ) Mohd Ameerul Ashraf Che Ahzahan

Eksekutif Pemasaran ( Kaunselor Sakit Puan ) Nor Hazwani Ismail

Eksekutif Kewangan ( Kaunselor Remaja ) Nurul Huda Mohd Isa @ Salleh

Eksekutif Sumber Manusia ( Kaunselor Orang Tua ) Amylia Ahmad

Eksekutif Perkhidmatan ( Kaunselor Kanak-kanak ) Nik Samihah Nik Man

SEKALUNG BUDI

49

Bersyukur kami ke hadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya dapat juga kami menyiapkan laporan ini dengan sempurna dan jayanya. Ini semua adalah berkat kesungguhan kami serta bantuan dari rakan-rakan seperjuangan dan tidak lupa juga Cik Azlinzuraini bt Ahmad, pensyarah Pengurusan dan Perniagaan (PGN 3101). Sebagai menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga, kami tujukan penghargaan ini khas kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menyiapkan laporan ini. Terima kasih terutamanya adalah kepada Encik Zahari B Md.Din selaku Penolong Pengurus Pemasaran Felcra Berhad Seberang Perak dan Puan Norima, pemilik Kedai Runcit Ima kerana kerjasama dan maklumat yang lengkap serta bantuan yang telah mereka berikan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya rakamkan kepada rakan-rakan sekelas yang turut membantu dan memberi sokongan kepada kami untuk memberi sepenuh komitmen terhadap tugasan ini. Akhir kata, segala pengalaman, pengetahuan, tunjuk ajar dan bantuan sama ada disedari atau tidak saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

50

51

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sector luar Bandar dengan membantu penduduk- penduduk sekitar menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1 September 1997 semasa dikorporatkan FELCRA telah ditukar nama kepada FELCRA BERHAD dan statusnya telah bertukar dari sebuah badan berkanun kepada sebuah syarikat milik penuh kerajaan. Penukaran entity korporat ini membolehkan FELCRA BERHAD menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional. Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan lading dan aktiviti- aktiviti teras, FELCRA BERHAD kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sector perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang. Akhirnya, FELCRA BERHAD berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya disamping mencipta sector luar Bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan selaras dengan strategi operasi berimbangnya diantara program yang berorientasikan keuntungan dan program obligasi sosial.

52

Falsafah

pembangunan

FELCRA

BERHAD

ialah

menerapkan

konsep

pembangunan kepada penduduk

yang miskin yang memerlukan pembelaan dari

kerajaan. Program pembangunan yang dibawa adalah berdasarkan kepada konsep untuk memodenkan sub sector pertanian luar Bandar dengan memperkenalkan teknologi

pengurusan perladangan moden supaya sub sector ini dapat besaing atau sekurangkurangnya tidak jauh ketinggalan dari sector Bandar dan industri. Selain itu, konsep berkenaan juga adalah untuk memberikan kebaikan kepada peserta dari segi pendapatan tambahan disamping menyediakan infrastuktur kepada mereka untuk bergiat di sub sector yang lebih produktif dimasa hadapan. Objektif penubuhan korporat FELCRA BERHAD adalah memberi nilai pulangan yang tinggi ke atas projek- projek yang dibangunkan selain meningkatkan kualiti hidup warga staf dan peserta. FELCRA BERHAD juga dapat memperbaiki tahap produktiviti melalui kecekapan dan teknologi pengurusan terkini. Selain itu, ia juga mampu memperluaskan teknologi penyatuan dan pengurusan tanah ke luar negara serta mempertingkatkan ekonomi nilai tambah syarikat.

53

Beberapa dasawarsa selepas merdeka Malaysia muncul lebih matang dan berpengalaman. Pada tahun-tahun 70-an kerajaan pimpinan YAB Tun Abdul Razak Dato Hussein melakukan rombakan strategic dalam hala tuju ekonomi. Bidang ekonomi diperkuat dengan mengurangkan pergantungan sepenuhnya kepada komoditi utama seperti bijih timah dan getah. Kerajaan menekankan betapa pentingnya usaha mempelbagaikan aktiviti, dengan menggalakkan penanaman kelapa sawit secara meluas. Kelapa sawit kemudiannya muncul sebagai tanaman utama negara. Penekanan turut diberi kepada bidang pembuatan dan perindustrian. Pada hari ini, lading getah dan lading kelapa sawit subur menghijau meliputi permukaan bumi Malaysia, di celah-celah kawasan Bandar dan hutan. Tanaman padi,lada hitam, sagu dan koko adalah antara usaha pertanian yang turut dijalankan. Pembangunan In-Situ di mana penyusunan semula kampung-kampung tradisional dilaksanakan untuk membolehkan mutu hidup masayarakat kampung melalui pengembangan aktiviti ekonomi yang menjamin tahap pendapatan yang lebih baik. Para pemilik tanah kampung digalakkan menyerahkan tanah mereka yang tidak seberapa itu supaya kerajaan negeri dapat menyelenggarakan penyatuan bidang tanah mereka dengan tanah negeri. Secara kolektif langkah ini menghasilkan kawasan tanah yang besar untuk penanaman getah dan kelapa sawit secara meluas. Daripada penyertaan ini penduduk kampung memperolehi pendapatan yang lebih baik berbanding dengan apa yang mampu mereka hasilkan sendiri daripada petak tanah yang kecil itu. 54

Kawasan rendah berpaya di Seberang Perak, Perak menjadi tumpuan suatu kajian khas pada tahun 1976. Menurut kajian itu, tanaman padi , kelapa sawit dan koko paling sesuai diusahakan dengan sokongan infrastruktur dan pengurusan input yang baik kerana daerah itu berada dalam lingkungan jelapang padi. Maka kerajaan telah memasukkan tanaman padi dengan harapan ia akan memenuhi permintaan tempatan yang semakin meningkat terhadap bahan ruji ini. Baki kawasan tersebut dijadikan lading kelapa sawit. Lebih daripada 20 agensi kerajaan diketuai oleh FELCRA telah dikerah untuk mmejukan kawasan pembangunan pertanian bersepadu seluas 13,027 hektar ini. Sejak tahun 1979 hingga sekarang, seluas 4,353 hektar telah ditanam dengan padi dan 8,034 hektar telah di tanam dengan kelapa sawit. Tanggungjawab FELCRA menjangkau berbagai-bagai aktiviti daripada menguruskan sawah padi dan ladaang kelapa sawit kepada menentukan tempat kediaman serta juga aktiviti sosioekonomi

55

Biji lerai sawit.

Cadges.

56

\ Fertilizer

57

Palm Oil

Masalah yang di hadapi oleh syarikat korporat

58

(FELCRA BERHAD)1) Pemasaran. Setelah dikorporatkan, FELCRA melangkah ke dunia baru yang penuh cabaran dan saingan. Perubahan kepada suasana baru ini bukan sahaja dari segi fizikal dalam bentuk nama dan logo baru malah dari aspek skop tugas dan tanggungjawab. Jika sebelum ini, Felcra tidak dibenarkan mencari keuntungan, FELCRA berurusniaga untuk menjana hasil pendapatnya sendiri. Unit pemasaran bertanggungjawab dalam memasarkan keluaran komoditi utamanya iaitu getah, padi dan kelapa sawit. Ia melibatkan analisis, perancangan, perlaksanaan dan kawalan program yang direka untuk mewujudkan dan mengekalkan pertukaran berfaedah dengan pembeli sasaran yang bertujuan untuk mencapai objektif organisasi. Saluran pemasaran FELCRA Berhad biasanya terdiri daripada BERNAS, Pusat Benih dan Swasta. Selain itu, FELCRA Berhad mempunyai masalah dalam menentukan harga bagi setiap tanaman yang dihasilkan untuk di pasarkan kerana perbezaan harga yang dibuat oleh pelanggan. Harga yang berpatutan dan terbaik perlu dipertimbangkan kerana Felcra perlu menjaga kepentingan para peserta. Ini menyebabkan proses pemasaran mengambil masa yang lama. Berhad perlu

59

2) Pengurusan kewangan. Kewangan merangkumi proses, institusi, pasaran instrumen yang terlibat dalam pemindahan data atau pemindahan wang antara individu, perniagaan, kerajaan dan pihakpihak lain yang terlibat dalam penggunan wang. Kemahiran dalam pengurusan kewangan membolehkan sesebuah organisasi membuat keputusan kewangan yang bijak. Pengurusan kewangan yang di buat oleh Felcra perlu teliti kerana ia melibatkan pihak lain iaitu peserta dan bukan sahaja syarikat itu sahaja.Matlamat Felcra adalah memajukan masyarakat pekebun kecil dan menjaga kebajikan mereka, oleh yang demikian golongan ini seolah-olah menaruh kepercayaan terhadap Felcra. Atas dasar inilah Felcra perlu mengekalkan persepsi peserta terhadap mereka. Oleh itu setiap tahun Felcra perlu membentangkan laporan belanjawan setiap tahun kepada peserta supaya peserta dapat mengetahui keuntungan dan kerugian yang di alami oleh Felcra yang juga melibatkan punca kewangan mereka. Secara umumnya, unit kewangan dan perakaunan bertanggungjawab dalam mengurus dan mengemaskini belanjawan syarikat iaitu hasil dan perbelanjaan Felcra yang melibatkan semua urusan kewangan seperti baucer, invois, cek kutipan hasil dan terimaan yang melibatkan resit daripada peringkat kawasan. Apa yang merumitkan ialah adakalanya data dan resit yang berkaitan pengurusan kewangan Felcra lambat diterima dan menyukarkan unit kewangan untuk menyediakan belanjawan. Apabila laporan tidak dapat disediakan dengan sebaiknya maka ini akan menyulitkan keadaan antara organisasi ini dan peserta.

60

3) Pengurusan pekerja. Sumber manusia bagi sesebuah organisasi adalah merupakan staf yang merangkumi pekerja dan pengurus yang terdapat dalam organisasi tersebut. Sumber manusia merupakan sumber yang terpenting dalam organisasi. Mereka menawarkan bakat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada organisasi. Tanpa sumber manusia organisasi bukan sahaja tidak dapat bergerak malah ia tidak akan wujud. Bagi Felcra, mereka memerlukan pekerja yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan,kemahiran teknikal tertentu dan kebolehan mentadbir organisasi supaya tanah dan tanaman yang mereka usahakan memberi hasil dan keuntungan yang lumayan. Hal ini sukar bagi Felcra kerana kebanyakan pesertanya merupakan penduduk- penduduk yang tahap pendidikannya rendah dan kurang berkemahiran. Pekerja- pekerja luar bandar ini perlu diberi latihan dan bimbingan sepenuhnya terlebih dahulu agar pembangunan kawasan desa dan kawasan bandar seimbang. Felcra memperkenalkan program untuk membantu kaum belia desa dengan memberi latihan kemahiran pertanian. Di bawah Rancangan Malaysia Kedua, tanah seluas 24,280 hektar telah diperuntukkan sebagai Rancangan Tanah Belia dan memerlukan ramai belia desa untuk menyertainya. Belia desa yang menganggur dan mempunyai tahap pendidikan yang rendah berumur 17- 23 tahun, telah diberi peluang untuk menjadi peserta. Belia- belia yang terpilih dihantar ke Pusat Latihan Belia Pelupur Negara Dusun Tua untuk menjalani kursus orientasi untuk menghadapi cabaran sebagai peserta. Mereka diberi latihan dalam asas-asas pembangunan tanah dan pertanian. Ini akan mengambil masa yang panjang bagi mendapatkan belia yang betul- betul berkemahiran.

61

4) Pembekal Pembekal biasanya mendapat keuntungan daripada jualan dan mendapat kebaikan daripada perkembangan sesebuah organisasi syarikat itu. Pembekal membekalkan keperluan yang diperlukan oleh syarikat. Oleh kerana Felcra mengeluarkan sendiri pengeluaran mereka seperti padi, getah dan kelapa sawit, maka mereka memerlukan peruntukan yang mencukupi bagi menjaga kualiti tanaman. Peruntukan baja dan racun serangga adalah sangat penting untuk tumbesaran dan kesuburan tanaman. Oleh itu,bekalan yang diperlukan adalah banyak berikutan kawasan tanaman yang luas. Jika peruntukan yang diberikan adalah sedikit, ini akan memberi masalah dalam menghasilkan tanaman yang bermutu. Dengan kehadiran serangga, rumpai dan perosak, ia menjejaskan hasil komoditi utama. Langkah- langkah pencegahan dan kawalan awal amat penting bagi kawasan tanaman yang luas dan ia juga memerlukan peruntukan yang besar dan peruntukan ini sukar diperolehi.

5) Produk dan perkhidmatan Produk yang dijual dalam pasaran merupakan sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran yang mempunyai ciri- ciri yang dapat menarik perhatian, dapat dimiliki, digunakan dan mempunyai faedah fizikal yang boleh memuaskan kehendak pelanggan. Felcra memproses sendiri komoditi utamanya seperti padi, getah dan kelapa sawit sebelum menghantar untuk tujuan pemprosesan yang selanjutnya. Tapi apa yang pasti, ia perlu dibuat kajian terlebih dahulu. FELCRA Berhad juga menubuhkan anak syarikat iaitu Felcra Plantation Services Sdn. Bhd.(FPS) yang merupakan sebuah syarikat Perunding dan Penasihat yang mempunyai kepakaran dalam perancangan dan

62

pembangunan tanah termasuk tanah pemilik pekebun kecil bagi tanaman kelapa sawit, getah dan padi secara estet. Apa yang dapat dilihat ialah matlamat penubuhan anak syarikat tersebut adalah untuk mempertingkatkan produktiviti dan menguntungkan ladang tanaman tapi apa yang berlaku sebaliknya kerana kebanyakan pengusaha seperti pekebun- pekebun kecil hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan produktiviti tanaman untuk dipasarkan. Selain itu, FPS melakukan lawatan secara berjadual bagi mengenalpasti kelemahan- kelemahan dan mengesyorkan kaedah penyelesaian yang terbaik. Operasi melalui peneapan disiplin ke dalam sistem ladang secara menyeluruh turut dilakukan kerana kebanyakan sistem ladang yang digunakan tidak mengikuti apa yang telah ditetapkan.

6) Pinjaman Modal yang mencukupi amat penting apabila ingin memulakan perniagaan. Antara banyak pertubuhan yang telah membantu Felcra dalam tugasnya ialah Bank Dunia, Bank Islam Malaysia Berhad dan Perwira Affin Bank. Peranan Bank Dunia amat besar sepanjang penubuhan Felcra pada awalnya. Di samping mengeluarkan pinjaman untuk menolong memperbaiki sektor luar bandar , Bank Dunia mengikuti kemajuan projek- projek yang dikendalikan oleh Felcra demi menjayakan rancangan tersebut. Daripada pemerhatian mereka yang mendapati perlunya disediakan bantuan teknikal bagi memastikan adanya pemindahan teknologi di bidang pengurusan ladang yang cekap.

63

Dapat dilihat, Felcra amat bergantung kepada perbadanan ini dalam mendapatkan peruntukan kewangan.dan sebagai pertukarannya Bank Dunia akan pantau setiap aktiviti yang dijalankan oleh Felcra. Bank Dunia juga meminjamkan ahli- ahli profesionalnya untuk bekerja rapat dengan para pegawai Felcra. Selain membantu Felcra meningkatkan tahap kecekapannya,ia juga adalah sebagai satu usaha untuk mengawasi projek yang dijalankan oleh Felcra. Satu kajian menyeluruh telah dilaksanakan oleh Konsultant KPM Khidmat bersama Snowy Mountain Engeneering Corporation untuk menentukan perancangan dan perlaksanaan yang teratur terhadap pembangunan kawasan Seberang Perak dengan persetujuan bersama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Hasil daripada kajian ini, Bank Dunia telah mempersetujui cadangan pembangunan kawasan Seberang Perak berasaskan perakuan Kerajaan dan secara rasmi pembiayaan tersebut dimulakan pada 5 Ogos 1981 dimana satu perjanjian pinjaman sebanyak US$50 juta telah ditandatangani antara Bank Dunia dengan Kerajaan Malaysia.Tapi sekarang jumlah itu telah dikurangkan berkuatkuasa pada tahun 1986 menjadi US$30.65 juta. Ini menyukarkan pihak pengurusan Felcra untuk melaksanakan projek-projek besar yang lain pada tahun akan datang.

64

KEBAIKAN SYARIKAT KORPORAT (FELCRA BERHAD)

Pemilikan perbadanan ialah sejenis perniagaan yang ditubuhkan di bawah kuasa undang- undang dan akta khas. Perniagaan ini mempunyai hak di bawah undang- undang untuk beroperasi dalam bidang perniagaan yang dibenarkan, memiliki harta dan liability, meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan terhadap entity lain. Kekuatan FELCRA Berhad ialah ia mempunyai rekod pengalaman lebih 30 tahun dalam perniagaan teras iaitu pembangunan tanah dan pengurusan ladang serta mempunyai jalinan hubungan yang kukuh dengan kerajaan. Ia juga memperolehi penawaran komoditi keluaran sendiri. Selain itu, modal yang besar melalui pinjaman yang diperoleh daripada Bank Dunia memudahkan perniagaan ini berkembang berbanding dengan perniagaan tunggal yang mempunyai modal yang kecil. Felcra juga menubuhkan Persatuan Kebajikan Staf bagi menjaga kepentingan pekerjanya. Antara kemudahan dan faedah yang diperolehi ialah bantuan perkahwinan, hadiah pelajaran bagi anak-anak pekerja, bantuan melanjutkan pelajaran (untuk diri ahli sahaja), pinjaman am iaitu maksimanya RM 1,000.00, hadiah persaraan,bantuan kematian, bantuan kemalangan, bantuan bencana, bantuan khas iaitu kesakitan dan berlakunya kecurian dan banyak lagi. Langkah Felcra dengan menghantar para belia desa untuk mengikuti latihan dan kemahiran berkaitan ladang adalah satu usaha yang berkesan. Ini kerana ia boleh

65

mengurangkan kadar pengangguran negara kita selain membantu mempertingkatkan ekonomi negara. Pengurusan perbadanan korporat lebih efisyen dan fleksibel berbanding pemilikan tunggal. Felcra mempunyai beberapa unit aktiviti yang menjalankan tugas masingmasing seperti unit pemasaran, unit kewangan, unit sumber manusia dan aktiviti organisasi berjalan dengan teratur. Mereka juga mempunyai pekerja yang berkemahiran dalam mengendalikan operasi syarikat dan berkemampuan untuk membuat keputusan sendiri dalam pengurusan ladang mahupun pentadbiran. Setiap kawasan perladangan juga dibahagikan kepada beberapa peringkat untuk memudahkan dan melicinkan perjalanan kerja di samping dapat memberi pulangan yang tinggi dan mengeluarkan keluaran yang berkualiti. Di sini, kita dapat lihat pembahagian tugas mengikut kemahiran pekerja membantu dalam meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi. Dalam menjalankan apa- apa projek, biasanya perbadanan korporat menggunakan teknologi yang canggih. Ini dapat memudahkan sebarang proses yang dijalankan dan mendapat hasil yang lebih lumayan berbanding milikan tunggal yang lebih bersifat sara diri.

66

KELEMAHAN SYARIKAT KORPORAT FELCRA BERHAD

Secara umumnya, perbadanan korporat sukar ditubuhkan kerana pelbagai prosedur yang perlu dipatuhi. Berbeza dengan perniagaan tunggal, operasi syarikat dikawal oleh undang-undang dan peraturan yang ketat yang mana kebanyakan undangundang bertujuan untuk melindungi pekerjanya. Setelah dikorporatkan FELCRA Berhad boleh menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional. Cukai yang dikenakan ke atas syarikat lebih tinggi berbanding bentuk perniagaan yang lain. Cukai- cukai yang dikenakan ialah cukai ke atas keuntungan syarikat yang belum diagihkan serta cukai ke atas dividen yang diperolehi oleh setiap pesertanya. Dalam menjalankan projek tanaman yang dikendalikan oleh Felcra seperti padi, getah dan kelapa sawit ia memerlukan penduduk- penduduk desa berpindah ke kawasan lain. Hal ini menyukarkan pihak Felcra untuk mendapatkan dan meyakinkan para penduduk kerana kebanyakan daripada mereka telah menginap di kawasan kampung itu berpuluh- puluh tahun lamanya. Mereka perlu memberi tanah atau rumah yang baru kepada penduduk tersebut dan ini memerlukan peruntukan yang tinggi.

67

68

Kedai runcit Ima ditubuhkan pada 1 Mei 2000 di Jalan Sultan Ismail, Kota Bharu Kelantan. Pemiliknya bernama Norima binti Jamaluddin. Kedai runcit bersaiz kecil ini menawarkan barangan keperluan harian atau barangan mudah beli dengan lini barangan yang terhad seperti miniman ringan, makanan ringan, tisu, rokok dan gula-gula. Kedai ini beroperasi selama 7 hari seminggu dan di buka pada siang hari dan boleh beroperasi atau tidak mengikut kemahuan pemiliknya. Pada awal penubuhan kedai ini, pemilik perlu mendaftar dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan dan dikehendaki mengisi dan melengkapkan Borang A. Modal yang dapat dikumpul ialah RM 30,000 yang digunakan untuk menyewa bangunan, membeli stok barangan, bayaran elektrik dan air, dan juga bayaran untuk mendapatkan lesen perniagaan. Modal diperoleh dari simpanan pemilik, saudara mara dan pinjaman bank. Walaubagaimanapun, pinjaman dari Bank Pertanian hanya diperoleh selepas 1 tahun penubuhan syarikat, oleh itu pemilik terpaksa menggunakan wang yang sedia ada untuk menjalankan perniagaan. Kedai runcit Ima mempunyai bilangan pekerja seramai 3 orang yang terdiri daripada anaknya sendiri dan 2 daripadanya merupakan penduduk setempat. Upah yang diberikan setiap pekerja adalah sebanyak RM 10 untuk sehari. Pada mulanya pemilik sukar unuk mendapat pembekal kerana modal yang terhad tetapi atas daya usaha dan 69

kesungguhan pemilik, pembekal memberi kepercayaan penuh kepada beliau. hingga sekarang Puan Norima merupakan pelanggan tetap pembekal tersebut. Pembekal

utamanya terdiri daripada pembekal roti Gardenia, Walls. Munchys, dan pembekal rokok Malboro, Dunhill dan Salem. Barangan Nestle seperti susu tepung dan susu pekat di bekalkan oleh Swee Hong Transport & Trading Kota Bharu Kelantan. Bagi perniagaan jenis ini, segala keuntungan dan risiko kerugian ditanggung oleh pemilik sepenuhnya. Kedai runcit Ima pernah mengalami kerugian yang teruk pada awal tahun 2003 kerana terdapat perniagaan yang bersaing hebat berhampiran kedainya. Kedai ini menawarkan harga yang lebih murah berbanding dengan harga kedai runcit biasa. Namun atas kecekapan pemiliknya berhubung rapat dengan pelanggan, maka mereka tetap menjadi pelanggan setia Puan Norima. Purata keuntungan setiap bulan ialah dalam anggaran RM10,000 dan pemilk telah mengambil inisiatif untuk membesarkan perniagaannya dengan memperluas bangunan dan menawarkan lebih banyak barang keperluan kepada pelanggan.

Masalah yang dihadapi oleh milikan tunggal70

Kedai Runcit Ima

1) Pemasaran. Milikan tunggal menghadapi masalah dalam memasarkan barangan kerana kebanyakan perniagaan jenis ini menjual barangan keperluan harian yang sama dan kuantiti adalah terhad. Kebiasaannya, milikan tunggal lebih banyak tertumpu di kawasan pekan atau desa yang mana mempunyai bilangan penduduk yang tidak berapa ramai. Selain kekurangan pelanggan, perniagaan jenis ini juga terpaksa bersaing hebat dengan perniagaan lain yang turut menawarkan baragan yang sama dari segi jenama, bentuk dan pembungkusan. Adakalanya, mereka terpaksa menggunakan strategi mengurangkan kos produk dan kos pengedaran dan ini menyebabkan mereka mengalami kerugian. Sekiranya harga sesuatu barang di naikkan, pengguna akan beralih kepada penjual lain yang menjual pada harga yang lebih rendah.

2) Pengurusan kewangan. Pemilik kepada perniagaan jenis milikan tunggal akan berkuasa sepenuhnya terhadap perniagaan mereka. Oleh itu, setiap urusan yang melibatkan kewangan dikendalikan oleh pemilik sendiri dan tiada campur tangan dari pihak lain. Kebanyakan pemilik tidak mempunyai kemahiran dalam pengurusan kewangan. Jadi mereka tidak mengetahui cara yang betul bagi menguruskan kewangan dalam perniagaan mereka. Bagi perniagaan milikan tunggal, modal bagi memulakan perniagaan adalah lebih kecil berbanding syarikat korporat. Pada kebiasaannya modal jenis perniagaan ini adalah

71

daripada wang simpanan pemilik atau pinjaman daripada saudara terdekat atau pinjaman dari syarikat kewangan. Sekiranya berlaku kerugian, pemilik harus menanggung semua kerugian tersebut. Untuk mendapatkan pinjaman dari syarikat kewangan, pemilik perlu mengikut beberapa prosedur yang telah ditetapkan. Antara prosedur yang perlu diikuti ialah

mencagarkan aset milik perniagaan tersebut. Amaun pinjaman bagi permulaan perniagaan milikan tunggal adalah terhad dan tidak melebihi amaun yang telah ditetapkan oleh syarikat kewangan dan pada kebiasaannya lebih rendah daripada jenis milikan lain. Perniagaan biasanya sukar untuk berkembang disebabkan oleh kekurangan modal dan kurangnya pengetahuan dalam mengendalikan pengurusan kewangan perniagaan. Pemilik terpaksa menanggung semua beban pengurusan dan risiko perniagaan. Perniagaan milikan tunggal selalunya tidak kekal lama.

3) Pengurusan pekerja Perniagaan milikan tunggal tidak mempunyai jumlah pekerja yang ramai disebabkan kekurangan pendapatan untuk membayar upah pekerja. Pekerja terdiri daripada keluarga terdekat dan sahabat handai. Kebiasaannya pekerja dalam milikan tunggal kebanyakannya tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman kerja.Mereka hanya berperanan membantu pemilik semata-mata. Hal ini menyebabkan pengurusan kerja tidak sistematik dan efisien. Ini kerana kemahiran pengurusan hanya tertumpu kepada pengetahuan seorang pemilik. Perniagaan jenis ini juga sukar berkembang berikutan kekurangan pekerja berkemahiran dalam mengatur strategi yang berkesan dalam mengembangkan syarikat.

72

Perniagaan Puan Norima hanya mempunyai pekerja dikalangan penduduk setempat yang berpendidikan rendah dan tidak berkemahiran untuk memberi cadangan yang bernas untuk memperkembangkan perniagaan. Mereka hanya bekerja untuk memperolehi pendapatan untuk menampung kehidupan.

4) Pembekal Milikan tunggal sukar mendapat pembekal kerana operasinya adalah kecil.

Pembekal merupakan jambatan atau orang tengah yang menghubungkan pihak pengeluar dengan pelanggan. Selain itu, pembekal juga bertanggungjawab membekalkan berangan kepada perniagaan.Barangan ini diperlukan oleh perniagaan untuk menjual dan memenuhi keperluan pelanggan Apa yang telah dihadapi oleh Puan Norima dalam menguruskan perniagaannya adalah untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan daripada pihak pembekal kerana kedudukan perniagaannya yang tidak kukuh dengan jumlah modal yang kecil. Di sini dapat dilihat peranan pembekal amat besar dalam mempertingkatkan keuntungan sesebuah perniagaan samaada milikan tunggal mahupun perbadanan korporat.Pembekal merupakan sumber utama bagi perniagaan milikan tunggal. Tanpa sokongan daripada mereka, perniagaan tesebut boleh dikatakan gagal berfungsi.

5) Produk dan perkhidmatan.

73

Produk yang dijual dalam pasaran merupakan sesuatu yang ditawarkan dalam pasaran yang mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik perhatian, dapat dimiliki dan dapat memberi faedah kepada setiap penggunanya. Kebanyakan produk yang dijual oleh perniagaan jenis milikan tunggal adalah produk mudah beli iaitu barangan yang dibeli dengan masa dan usaha yang paling minimum kerana produk ini kerap dibeli. Harga produk adalah murah dan pelanggan tidak membuang masa untuk membuat perbandingan harga dan kualiti. Antara contoh barangan mudah beli ialah sabun, minyak, gula, beras dan tepung. Ini merupakan barangan kawalan kerajaan dan pelanggan tidak dibenarkan membeli dalam kuantiti yang banyak walaupun permintaan bagi barangan ini adalah tinggi. Pemilik tidak dapat menyediakan barangan ini sepertimana yang diminta oleh pelanggan, jadi ini akan menjejaskan perniagaan tersebut kerana pelanggan akan berubah kepada perniagaan lain yang boleh menyediakan kuantiti yang lebih banyak.

6) Pinjaman Pemilik perniagaan milikan tunggal tidak mempunyai modal yang cukup dalam menjalankan aktiviti perniagaannya. Walaupun pemilik mempunyai simpanan sendiri tetapi jumlah itu terpaksa ditampung oleh saudara terdekat dan syarikat kewangan. Untuk memperolehi pinjaman ini, pemilik terpaksa mengikuti beberapa prosedur yang ditetapkan oleh pihak syarikat kewangan. Mereka perlu menyediakan kertas kerja yang berkualiti dan boleh meyakinkan pihak peminjam. Pinjaman ini mengambil masa yang panjang untuk diluluskan dan ini menyukarkan pemilik meneruskan perniagaannya.

74

Apa yang berlaku kepada Puan Norima, beliau menerima pinjaman daripada pihak Bank Pertanian setelah setahun menjalankan perniagaan. Hal ini menyebabkan beliau tidak mendapat keuntungan yang sepatutnya berikutan gagal untuk membeli stok barangan yang diperlukan oleh pelanggan.

75

KELEBIHAN SYARIKAT MILIKAN TUNGGAL.

Syarikat milikan tunggal mudah ditubuhkan kerana modal yang kecil dan memerlukan urusan perundangan yang ringkas. Perniagaan jenis ini mempunyai kurang prosedur undang-undang dalam penubuhannya kerana tidak mempunyai banyak syarat atau lesen yang perlu diperolehi sebelum memulakan sesuatu perniagaan dibawah pemilikan tunggal .Prosedur penubuhan adalah mudah kerana hanya perlu mendaftar di Pejabat Pendaftar Perniagaan ( Register of Business/ ROB ) dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 . Perniagaan jenis ini hanya memerlukan seorang pemilik sahaja dan ini menyebabkan pemilik bebas bertindak mengikut kemahuan sendiri .Keputusan sepenuhnya ditangan pemilik dalam apa sahaja keputusan untuk perniagaan seperti jumlah modal yang hendak dilaburkan ,berapa pekerja harus diambil, berapa banyak gaji pekerja yang perlu dibayar dan sebagainya.Pemilik akan mengunakan sepenuhnya kredibiliti ,idea ,kebolehan dan kemahiran meraka dalam menguruskan perniagaan tampa campur tangan dari pihak lain kerana mereka berkuasa penuh ke atas perniagaan yang dimiliki sendiri. Apabila pemilik memperolehi keuntungan dan kerugian ,pemilik akan menanggung semua itu tanpa melibatkan orang lain.Keuntungan yang di perolahi dimiliki tanpa dikongsi oleh orang lain kerana pemilik hanya seorang dan berliabiliti tidak terhad di dalam perniagaannya. Cukai akan dikenakan kepada setiap jenis perniagaan dan biasanya cukai yang dikenakan kepada pemilik perniagaan milikan tunggal adalah rendah berbanding jenis

76

perniagaan yang lain.Cukai ini merupakan cukai pendapatan pemilik ,bukan sebagai cukai terhadap perniagaan.Pemilik syarikat ini tidak terikat dengan cukai yang tinggi , pemilik hanya perlu membayar cukai pendapatan persendirian sahaja. Ini dapat meringankan beban pemilik yang hanya memperolahi keuntungan yang tidak seberapa . Walau bagaimana pun perniagaan jenis ini senang dibubarkan tanpa melibatkan pelbagai prosedur kerana perniagaan ini tidak berkaitan dengan pihak lain .Perniagaannya boleh dianggap telah dibubarkan jika pemilik tidak memperbaharui lesennya .Mudah bagi pemilik untuk membubarkan atau meneruskan perniagaan kerana status perundangan perniagaan ini tidak jelas . Tahap kerahsiaan dalam milikan tunggal adalah tinggi kerana pemilik hanya seorang dan pemilik sehaja mengetahui tentang perjalanan perniagaannya dan meklumat perkembangan perniagaan mereka .Tidak wajib begi mereka untuk menghantar kepada mana-mana pihak laporan kewangan perniagaan.Laporan kewangan juga tidak perlu dibentangkan kepada pihak lain kerana perniagaan mereka tidak melibatkan pihak lain .

77

KELEMAHAN SYARIKAT MILIKAN TUNGGAL

Walaupun syarikat milikan tunggal dianggap mudah di tubuhkan namun ia mempunyai kelemahan dan keburukan yang terpaksa dihadapi oleh pemilik. Konsep perniagaan milikan tunggal ialah mempunyai liabiliti yang tidak terhad. Mereka terpaksa menanggung sepenuhnya sebarang risiko yang berlaku dalam perniagaan mereka termasuklah kemungkinan untuk muflis. Apabila hal ini terjadi mereka terpaksa menjual aset yang ada untuk menampung kerugian yang dihadapi . Modal yang kecil mengakibatkan perniagaan terdedah kepada pelbagai risiko luar jangka seperti apa yang berlaku pada banyak perniagaan semasa kegawatan ekonomi apabila mereka tidak mempu lagi beroperasi disebabkan modal yang terhad. Ini menyebabkan perniagaan mudah ditutup kerana tidak mempu menampung yang bertahan dalam situasi berkenaan. Idea dan kebolehan seorang pengurus sahaja adalah terhad dan ini menyukarkan perniagaan berkembang maju kerana tidak boleh berkongsi idea dengan pekerja yang kurang pengetahuan dalam bidang perniagaan. Disebabkan semua tanggungjawab mengurus dan mengendalikan perniagaan adalah diatas bahu pemilik,merka lebih terdedah kepada tidak cukup masa dan kepakaran. Setiap masa yang ada di peruntukkan untuk menguruskan kewangan supaya tidak berlaku sebarang masalah, memastikan stok supaya ia mencukupi pemintaan pelanggan dan mengendalikan hal-hal lain yang berkaitan dengan perniagaan. Selain itu, pemilik sukar mendapat pekerja mahir untuk mengendalikan perniagaan. Ini kerana bagi mendapatkan pekerja yang berkemahiran samaada dalam bidang kewangan mahupun pengurusan kedai, ia memerlukan peruntukan yang besar.

78

Pemilik terpaksa membayar gaji yang tinggi selaras dengan kepakaran yang dimiliki mereka tetapi pemilik tidak mampu berbuat demikian disebabkan modal yang terhad.

79

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, syarikat korporat mempunyai perbezaan yang amat ketara dari semua aspek samada aspek pengurusan kewangan, pekerja, pemasaran produk, pembekal dan produk itu sendiri. Saiz perniagaan ini sudah menunjukkan perbezaan yang mana syarikat korporat mempunyai saiz yang besar manakala milikan tunggal bersaiz kecil. Dari segi modal, syarikat korporat memerlukan modal yang besar untuk beroperasi selain berpotensi untuk berkembang berbanding milikan tunggal yang hanya beroperasi dengan modal yang kecil. Melalui jumlah modal ini juga, pulangan yang diperolehi oleh syarikat korporat seperti Felcra Berhad lebih tinggi dan hanya mengambil masa kira-kira 30 tahun untuk menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan negara. Felcra juga merupakan salah satu penyumbang utama ekonomi negara yang berupaya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sebaliknya, pulangan yang diperolehi oleh perniagaan milikan tunggal kebanyakannya hanya untuk menampung kehidupan seharian dan untuk mendapat pulangan dari hasil jualan semata-mata. Matlamat mereka bukan untuk pihak lain tapi untuk menampung perbelanjaan mereka seharian di samping untuk mendapatkan sedikit keuntungan. Apa yang pasti, setiap bentuk perniagaan yang dijalankan mempunyai kelebihan dan kekurangan. Jelasnya, kejayaan sesebuah perniagaan bergantung kepada bagaimana pengusaha atau pemilik menggunakan kemahiran yang ada dalam menghadapi apa-apa cabaran dan bukannya bergantung besar atau kecilnya perniagaan tersebut.

80

81