ifolio.ukm.my · web viewgambar berikut menunjukkan saya terlibat dalam persediaan bagi bahagian...

18
NAMA KURSUS: HHHC9801 SET 19 KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF SEMESTER: 2 SESI: 2013/2014 PENYELIA: DR. MOHAMAD RIZAL BIN ABD RAHMAN NAMA: WENDY GOH XIN PEI NO. MATRIK: A145993 FAKULTI: SAINS DAN TEKNOLOGI TAJUK AKTIVITI: PESTA TANGLUNG 1 MALAYSIA D’KAJAI 2 1

Upload: trinhcong

Post on 08-Apr-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewGambar berikut menunjukkan saya terlibat dalam persediaan bagi bahagian pameran pesta ini dengan mengunting barangan hiasan bersama-sama dengan ahli kumpulan

NAMA KURSUS: HHHC9801 SET 19 KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF

SEMESTER: 2

SESI: 2013/2014

PENYELIA: DR. MOHAMAD RIZAL BIN ABD RAHMAN

NAMA: WENDY GOH XIN PEI

NO. MATRIK: A145993

FAKULTI: SAINS DAN TEKNOLOGI

TAJUK AKTIVITI: PESTA TANGLUNG 1 MALAYSIA D’KAJAI 2

1

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewGambar berikut menunjukkan saya terlibat dalam persediaan bagi bahagian pameran pesta ini dengan mengunting barangan hiasan bersama-sama dengan ahli kumpulan

SENARAI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka Surat1. Definisi kursus 3

2. Sinopsis kursus 33. Pengenalan 4-5

4. Objektif Aktiviti 5

5. Anjuran 5

6. Penglibatan 6

7. Pelaporan Aktiviti 6-10

8. Pembuktian 11

9. Hasil Pembelajaran 12

10. Kesimpulan 13

11. Lampiran 13

2

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewGambar berikut menunjukkan saya terlibat dalam persediaan bagi bahagian pameran pesta ini dengan mengunting barangan hiasan bersama-sama dengan ahli kumpulan

1. DEFINISI KURSUS

Kemahiran kreatif adalah kecekapan atau keupayaan seseorang menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai.

Kemahiran inovatif adalah sifat sensitif dan kritikal terhadap persekitaran dan mampu menambahbaik rekaan/barangan/produk/perkhidmatan dengan menggunakan suatu strategi seperti eksplorasi atau eksperimen. Ia adalah hasil cetusan idea-idea dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

2. SINOPSIS KURSUS

Kemahiran kreatif dan inovatif adalah suatu komponen penting dalam pembangunan masyarakat lestari. Eksplorasi dan eksperimen adalah kaedah terbaik untuk mengatasi permasalahan sedia ada bagi mencipta inovasi dalam pelbagai disiplin untuk membawa perubahan yang lebih signifikan. Pelajar harus mampu mengaplikasi kemahiran kreatif dan inovatif dalam memberi sumbangan signifikan ke arah menyelesaikan isu atau permasalahan yang dikenal pasti. Pelajar harus berfikiran terbuka ketika menjana idea atau pendekatan dan pemikiran kritis baru. Hal ini adalah untuk dipertimbangkan serta diterjemahkan secara praktikal dalam keupayaan penghasilan terbaik dalam konteks memupuk budaya kreatif dan inovatif.

3

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewGambar berikut menunjukkan saya terlibat dalam persediaan bagi bahagian pameran pesta ini dengan mengunting barangan hiasan bersama-sama dengan ahli kumpulan

KOD: DN00654/2013

NAMA AKTIVITI: PESTA TANGLUNG 1 MALAYSIA D’KAJAI 2

PERSATUAN: EKSEKUTIF INTEGRASI DAN PERPADUAN KOLEJ RAHIM

KAJAI(KRK) DENGAN KERJASAMA KAJAI CHINESE CLUB(KACC)

TEMPAT: HADAPAN FOYER KOLEJ RAHIM KAJAI(KRK), UNIVERSITI

KEBANGSAAN MALAYSIA

TARIKH PERSEDIAAN: 25/9/2013 - 14/11/2013

TARIKH PERLAKSANAAN: 14/11/2013

HARI: KHAMIS

JAWATAN: AHLI JAWATANKUASA

3. PENGENALAN

Pesta Tanglung adalah satu pesta Cina yang dirayakan pada hari ke lima-belas

dalam bulan lapan yang tercatat di dalam kalendar Cina.

Sewaktu Pesta Tanglung, kanak-kanak keluar ke tokong membawa tanglung

kertas dan bermain teka-teki yang digantungkan pada tanglung dan secara

rasminya mengakhiri perayaan Tahun Baru Cina.

Pada zaman kuno, tanglung yang digunakan adalah bersaiz sederhana, kerana

hanya maharaja dan kerabat bangsawan sahaja yang boleh menggunakann

tanglung berhias. Kini pada zaman moden, tanglung mempunyai pelbagai reka

bentuk.

Malah Pesta Tanglung juga turut dikenali sebagai Tahun Baru Kecil yang

menandakan berakhirnya turutan perayaan bermula dari Tahun Baru Cina.

Pesta Tanglung 1 Malaysia D’ Kajai II merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh

Eksekutif Integrasi dan Perpaduan Kolej Rahim Kajai (KRK) dengan kerjasama

Kajai Chinese Club (KACC) KRK, UKM. Program ini akan mendedahkan

4

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewGambar berikut menunjukkan saya terlibat dalam persediaan bagi bahagian pameran pesta ini dengan mengunting barangan hiasan bersama-sama dengan ahli kumpulan

mahasiswa serta mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) kepada salah

satu daripada perayaan tradisional Cina iaitu Pesta Tanglung

Program ini juga akan memberi pemahaman terhadap adat resam serta memupuk

semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UKM.

4. OBJEKTIF AKTIVITI Mengamalkan konsep “1 Malaysia” dalam mempromosikan budaya dan perayaan

kaum Cina kepada kaum-kaum lain.

Mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi

UKM melalui pemahaman pelbagai budaya antara satu sama lain.

Memberi pendedahan tentang Hari Perayaan Pesta Tanglung kepada warga Kolej

Rahim Kajai tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

5. ANJURANEKSEKUTIF INTEGRASI DAN PERPADUAN,

KOLEJ RAHIM KAJAI,

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

SESI 2013/2014.

DENGAN KERJASAMA,

KAJAI CHINESE CLUB (KACC)

KOLEJ RAHIM KAJAI,

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

SESI 2013/2014

5

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewGambar berikut menunjukkan saya terlibat dalam persediaan bagi bahagian pameran pesta ini dengan mengunting barangan hiasan bersama-sama dengan ahli kumpulan

6. PENGLIBATANProgram ini terbuka kepada semua warga UKM dan juga menjemput anak-anak yatim untuk bersama-sama memeriahkan program ini.

Jumlah peserta : 400 - 600 orang

Jumlah urusetia : 50 orang

7. PELAPORAN AKTIVITI

Pesta Tanglung 1 Malaysia D’Kajai 2 telah diadakan pada 14 November 2013 (Khamis) dari 5 petang hingga 11 malam. Pada hari tersebut, pengetua Kolej Rahim Kajai, iaitu Dr. Roslee bin Rajikan merupakan perasmi program ini.

Saya telah ditugasakan sebagai ahli jawatankuasa dalam program ini. Selain itu, saya juga dipilih untuk mempersembahkan tarian kipas Cina pada hari tersebut.

Bermula daripada 25 September 2013, saya telah terlibat dengan persediaan pesta tanglung ini seperti membuat tanglung dan menulis kaligrafi bagi biro pameran program ini.

Sebelum ini, beberapa mesyuarat dengan ahli jawatankuasa serta felo penasihat telah diadakan. Gambar berikut menujukkan mesyuarat diadakan untuk perbincangan projek bersamaan dengan felo dan pengarah-pengarah biro.

6

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewGambar berikut menunjukkan saya terlibat dalam persediaan bagi bahagian pameran pesta ini dengan mengunting barangan hiasan bersama-sama dengan ahli kumpulan

Gambar berikut menunjukkan saya terlibat dalam persediaan bagi bahagian

pameran pesta ini dengan mengunting barangan hiasan bersama-sama dengan ahli

kumpulan lain.

Gambar berikut menunjukkan saya serta ahli kumpulan lain sedang membina

struktur tanglung yang akan dipamerkan semasa pesta ini dilangsung.

7

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewGambar berikut menunjukkan saya terlibat dalam persediaan bagi bahagian pameran pesta ini dengan mengunting barangan hiasan bersama-sama dengan ahli kumpulan

Gambar berikut menujukkan ketua pengarah pesta ini menunjukkan dan menerangkan konsep pesta tanglung dan barang-barang pameran kepada perasmi pesta ini, iaitu Dr. Roslee bin Rajikan. Hasil daripada kerjasama kami, pelbagai jenis tanglung berjaya dibentuk dan dipamerkan semasa Pesta Tanglug 1 Malaysia ini diadakan.

8

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewGambar berikut menunjukkan saya terlibat dalam persediaan bagi bahagian pameran pesta ini dengan mengunting barangan hiasan bersama-sama dengan ahli kumpulan

Gambar berikut meunjukkan pentas juga dihiaskan dengan guntingan yang telah

kami gunting sepanjang persediaan pesta ini. Selain itu, banner tandatangan juga

berjaya dipamerkan bagi penonton untuk menandatangani padanya.

Gambar berikut menunjukkan kami sedang membakar hujung-hujung kain kerana

terdapat benang halus di hujungnya yang menyebabkan kain kami dinampak

buruk semasa persembahan.

9

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewGambar berikut menunjukkan saya terlibat dalam persediaan bagi bahagian pameran pesta ini dengan mengunting barangan hiasan bersama-sama dengan ahli kumpulan

Gambar berikut menunjukkan saya mempersembahkan tarian kipas Cina bersama dengan kawan-kawan lain pada hari tersebut.

Gambar menujukkan t-shirt pesta tanglung telah dijual pada hari tersebut. T-shirt ini adalah hasil rekaan kami dan penjualan t-shirt merupakan salah satu cara bagi mengumpulkan dana untuk menjalankan pesta tanglung ini. T-shirt pesta tanglung mula dijual sebulan sebelum pesta ini berlangsung.

10

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewGambar berikut menunjukkan saya terlibat dalam persediaan bagi bahagian pameran pesta ini dengan mengunting barangan hiasan bersama-sama dengan ahli kumpulan

8. PEMBUKTIAN

Selain gambar yang termasuk dalam laporan ini, saya juga memuatnaikkan video yang berkaitan dengan Pesta Tanglung 1 Malaysia D’Kajai 2 ke i-folio.

Video menunjukkan kami sedang mengadakan mesyuarat berkenaan dengan program ini.

Dalam mesyuarat tersebut, kami telah berbincang tentang tentatif program serta

laporan ringkas daripada setiap pengarah biro.

Dengan mengenalpasti persembahan yang dapat menarik perhatian para penonton,

kami telah mengaplikasikan kemahiran kreatif dan innovatif dalam mencadangkan

persembahan diabolo bercampur dengan tarian moden serta persembahan topeng.

Hasil daripada kreativiti kami, kami telah mencadangkan kedua-dua persembahan

ini, iaitu persembahan yang jarang dinampak.

Kami juga mengemukakan serta membincangkan masalah kewangan yang

dihadapi untuk meneruskan program ini,

Dengan ini, kami telah berfikir secara inovatif dan menncadangkan beberapa cara

untuk mengumpul dana supaya dapat meneruskan program ini. Antara cadangan

adalah dengan menjual “wristband”, “keychain”, t-shirt Pesta Tanglung serta

menjalankan ‘marketing operation’(MO) di Seremban, Kajang dan Bangi.

Akhirnya, kekurangan dana yang dihadapi dapat diselesaikan dengan sempurna

dan program ini dapat dijalankan dengan berjaya.

11

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewGambar berikut menunjukkan saya terlibat dalam persediaan bagi bahagian pameran pesta ini dengan mengunting barangan hiasan bersama-sama dengan ahli kumpulan

9. HASIL PEMBELAJARAN

Melalui aktiviti Pesta Tanglung 1 Malaysia D’Kajai 2, saya memahami bahawa kemahiran kreatif dan inovatif adalah sangat penting untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Semasa menyertai pesta ini, kami menghadapi masalah penggunaan lilin dalam tanglung tidak dapat bertahan lama sepanjang malam semasa program dijalankan dan mungkin berlaku kebakaran jika tidak dijaga dengan baik. Dengan itu, saya dan kawan-kawan lain telah mengaplikasikan kemahiran innovatif untuk menambahbaik rekaan tanglung dengan menggantikan lilin dengan mentol lampu dalam tanglung. Penggunaan mentol lampu adalah sesuatu inovasi kami kerana sejak zaman dahulu, lilin telah digunakan dalan tanglung.

Pada masa yang sama, kami juga menghadapi masalah kekurangan dana untuk membeli tanglung yang menarik dan berwarna-warni. Justeru, untuk menjimatkan kos, kami telah berfikiran secara kreatif untuk membuat tanglung sendiri dengan menggunakan dawai besi. Dengan adanya kain putih sahaja, kami telah menjana idea yang asli dan menggunakan alternatif yang kreatif untuk mempercantik tanglung kami dengan menulis kaligrafi Cina dan melukis gambar serta portret orang zaman dahulu yang bermakna. Tambahan pula, kami telah menggunakan tali merah untuk menghiaskan pinggir tanglung. Dengan ini, saya dapat belajar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan berfikiran secara kreatif ketika menjana idea.

Selain itu, sebagai penari tarian kipas Cina, saya dan kawan-kawan lain telah menghadapi kesuntukan masa untuk membuat latihan tarian. Untuk mengatasi permasalahan ini, kami telah berfikir secara inovatif untuk mengubahsuai tarian kipas ini semasa rekaan tarian supaya langkah tarian ini menjadi lebih senang berbanding dengan dulunya. Di samping itu, terdapat benang halus di hujung kain ungu yang kami gunakan dalam persembahan dan menyebabkan kain kami kelihatan buruk semasa persembahan. Kami telah menemui jalan penyelesaian yang kreatif dengan menggunakan lilin untuk membakar hujung kain supaya tiada lagi benang-benang halus di hujun kain. Hal ini dapat mengajar saya bahawa setiap masalah bukannya hanya boleh diselesaikan dengan cara konvensional sahaja, dengan berfikiran secara kreatif dan inovatif, tentulah dapat menjumpai jalan penyelesaian dan memberi sumbangan yang signifikan bagi mangatasi permasalahan yang dikenal pasti.

12

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewGambar berikut menunjukkan saya terlibat dalam persediaan bagi bahagian pameran pesta ini dengan mengunting barangan hiasan bersama-sama dengan ahli kumpulan

10. KESIMPULAN

Kesimpulannya, Pesta Tanglung 1 Malaysia D’Kajai 2 telah membekalkan satu platform kepada saya untuk mengaplikasikan kemahiran kreatif and inovatif bagi menyelesaikan sesuatu isu atau permasalahan yang dikenal pasti. Semasa melibatkan diri dalam persediaan pesta ini, selalunya terdapat pelbagai masalah yang ditimbulkan. Saya dapat belajar mengatasi masalah tersebut dengan menerokai jalan penyelesaian yang baru dan mempunyai semangat untuk membawa pembaharuan ketika menjana idea. Saya sedar bahawa kita memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan dan memperkenalkan budaya warisan bangsa masing-masing kepada kaum lain, terutamanya di negara berbilang bangsa seperti Malaysia. Dengan ini, pesta tanglung ini dapat mengekalkan budaya warisan bangsa kita dan pada masa yang sama memupuk budaya yang kreatif dan inovatif semasa pelakasanaan. Melalui pesta tanglung ini, semangat mengekalkan budaya warisan dapat ditanam dalam jiwa dan sanubari mahasiswa serta mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia.

11. LAMPIRAN

Surat Kelulusan JPPEL

Senarai nama AJK

Minit Mesyuarat

Surat Kebenaran untuk memohon sumbangan bagi tujuan marketing operation(MO)

Poster Pesta Tanglung D’ Kajai 2

Tentatif Pesta Tanglung D’Kajai 2

Post Mortem Pesta Tanglung D’Kajai 2

Video

13