-penulisan-kajian-tindakan

50
PENDAHULUAN Pengenalan Penyelidikan tindakan ini adalah bertujuan untuk membantu murid dalam menjawab soalan kertas soalan sains bahagian B yang melibatkan kemahiran proses sains mentafsirkan data. Penyelidikan ini dijalankan terhadap 5 orang murid tahun 5 Nilam di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan, Kelantan. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah temubual, soal selidik serta pemerhatian terhadap ujian bulanan pertama iaitu Ujian Berakala Berpusat (UBB1). Hasil daripada tinjauan, saya mendapati bahawa mereka kurang mengetahui cara bagaimana untuk mendapatkan maklumat serta mentafsirkan data dan maklumat yang diberikan didalam soalan bahagian B yang menguji Kemahiran Proses Sains. Mereka juga kurang mahir dalam mendapatkan maklumat yang terdapat pada graf, jadual dan gambar rajah. Pengetahuan bagi matapelajaran sains di kalangan guru merupakan satu isu yang amat penting dalam pendidikan sains. Lilia Halim (2006) melaporkan bahawa guru-guru sains masih mempunyai pemahaman konsep yang salah dalam kerangka alternatif tentang sains seperti yang dimiliki oleh murid-murid yang diajar. Terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa ramai guru yang mengajar sains di sekolah masih belum mendapat latihan yang mencukupi di dalam 1

Upload: linasally

Post on 06-Feb-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KT

TRANSCRIPT

Page 1: -Penulisan-Kajian-Tindakan

PENDAHULUAN

Pengenalan

Penyelidikan tindakan ini adalah bertujuan untuk membantu murid dalam menjawab

soalan kertas soalan sains bahagian B yang melibatkan kemahiran proses sains

mentafsirkan data. Penyelidikan ini dijalankan terhadap 5 orang murid tahun 5 Nilam di

Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan, Kelantan. Tinjauan awal telah dilakukan dengan

menggunakan kaedah temubual, soal selidik serta pemerhatian terhadap ujian bulanan

pertama iaitu Ujian Berakala Berpusat (UBB1). Hasil daripada tinjauan, saya mendapati

bahawa mereka kurang mengetahui cara bagaimana untuk mendapatkan maklumat serta

mentafsirkan data dan maklumat yang diberikan didalam soalan bahagian B yang

menguji Kemahiran Proses Sains. Mereka juga kurang mahir dalam mendapatkan

maklumat yang terdapat pada graf, jadual dan gambar rajah.

Pengetahuan bagi matapelajaran sains di kalangan guru merupakan satu isu yang

amat penting dalam pendidikan sains. Lilia Halim (2006) melaporkan bahawa guru-guru

sains masih mempunyai pemahaman konsep yang salah dalam kerangka alternatif

tentang sains seperti yang dimiliki oleh murid-murid yang diajar. Terdapat juga kajian

yang mengatakan bahawa ramai guru yang mengajar sains di sekolah masih belum

mendapat latihan yang mencukupi di dalam bidang sains Abu Hassan Kassim (2002).

Bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran sains secara aktif dan efektif guru itu

sendiri perlu menguasai kemahiran proses sains dengan baik selain menguasai konsepsi

1

Page 2: -Penulisan-Kajian-Tindakan

sains. Kedua-dua kemahiran proses sains dan konsepsi sains perlulah selari untuk

penghasilan pengajaran dan pembelajaran yang lebih sempurna.

Latar Belakang Kajian

Seseorang guru perlu menguasai kemahiran proses sains dengan baik dan

berkesan sebelum dapat menyampaikannya dengan baik kepada pelajar. Perkara seperti

miskonsepsi dan kurang keyakinan apabila ditanya dapat diatasi. Kemahiran proses sains

ini juga tidak diajar secara nyata di dalam sukatan tetapi merupakan sisipan dan titipan

yang berlangsung sepanjang tahun dan berkekalan. Ia hanya diberikan penerapan dan

penekanan di dalam aktiviti pentaksiran kerja amali pelajar (PEKA). Oleh itu, guru perlu

memastikan penerapan kemahiran ini adalah berterusan dan guru juga perlu menguasai

dan menghayati kemahiran ini seadanya. Kemahiran proses sains dapat membantu

pembelajaran sains dengan lebih aktif dan efektif dengan kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan tidak hanya tertumpu kepada teori selain

pembelajaran yang lebih sistematik. Kajian yang dijalankan terhadap guru pelatih yang

membuat perancangan pengajaran bagi Kursus Diploma Pendidikan mendapati, guru

tidak merancang kemahiran saintifik yang menyeluruh dan hanya menumpu kepada

kemahiran proses sains yang sama yang berulang-ulang. Ini menyebabkan berlakunya

polarisasi kekerapan kemahiran proses sains dan terdapat kemahiran proses sains yang

langsung tidak wujud di dalam perancangan guru. Ini mungkin ada hubungkaitnya

dengan tahap penguasaan konsepsi sains dan kemahiran proses sains di kalangan guru

dan keyakinan guru untuk menyampaikan dan menerapkannya di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mereka.

2

Page 3: -Penulisan-Kajian-Tindakan

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Saya telah diamanahkan untuk mengajar matapelajaran sains kelas 5 Nilam. Kelas ini

terdiri daripada 36 orang murid. Buat kali pertama saya memasuki kelas ini merupakan

kelas yang yang kedua dari 5 kelas bagi tahun 5. Murid-murid di dalam kelas ini

merupakan murid-murid yang aktif. Pada pandangan awal saya, mereka merupakan

murid yang dapat mengikuti pelajaran dan memahami pelajaran yang diajarkan dengan

cepat. Mereka dapat menerima semua dan mengikuti semua arahan yang saya berikan

dengan baik.

Pada pengajaran saya yang pertama, saya dapat mengesan bahawa murid-murid

saya ini tidak dapat mengikuti pengajaran yang saya jalankan. Ini kerana pengajaran

yang saya ajarkan begitu cepat dan tinggi. Hal ini berlaku kerana ini merupakan kali

pertama saya mengajar kelas ini dan saya meletakkan murid saya pada aras yang tinggi.

Selepas itu, saya menemui satu masalah yang timbul di kalangan murid saya iaitu

tidak menghantar buku dan juga tugasan yang diberikan. Masalah ini mula saya kesan

apabila saya meminta mereka menghantar buku nota dan juga latihan yang saya berikan.

Perkara ini berlaku berulang kali sehingga sehingga saya perlu mendenda murid yang

tidak menghantar buku.

Di samping mereka tidak menghantar buku, mereka juga tidak menyiapkan

tugasan atau kerja rumah yang saya berikan. Apabila saya meminta mereka

mengeluarkan buku yang tidak dihantar pada waktu pengajaran pada hari berikutnya,

mereka menunjukkan buku mereka dengan tugasan yang tidak disiapkan. Selain itu, ada

3

Page 4: -Penulisan-Kajian-Tindakan

juga murid yang memberi alasan tertinggal buku dan juga buku hilang bagi mengelak

daripada didenda akibat tidak menyiapkan kerja rumah.

Pada pengajaran saya yang berikutnya, saya telah merendahkan aras pembelajaran

dan saya telah menambahkan pengajaran dengan aktiviti murid. Saya mendapati bahawa

murid saya dapat mengikuti pengajaran yang saya jalankan dengan baik. Mereka dapat

menjawab soalan yang saya berikan dengan betul. Kebanyakan objektif pengajaran saya

dapat dicapai.

Selepas murid menduduki Ujian Berkala Berpusat (UBB1) pada bulan februari,

saya mendapati bahawa beberapa orang murid saya mendapat markah yang sangat rendah

dalam ujian bagi matapelajaran sains. Setelah saya membuat pemerhatian dan analisis

terhadap kertas soalan yang dijawab oleh murid tersebut, saya mendapati bahawa mereka

mendapat markah yang sangat rendah pada Bahagian B. Mereka tidak dapat menjawab

kebanyakan dari soalan. Saya telah membuat pemerhatian keatas kertas soalan bagi

semua murid saya. Saya mendapati bahawa murid- murid yang mendapat markah yang

lebih tinggi juga banyak kehilangan markah pada soalan bahagian B. Dengan itu, saya

melihat masalah ini sebagai masalah yang perlu saya tangani. Saya mengambil

keputusan untuk menjadikan masalah ini sebagai isu bagi kajian saya.

4

Page 5: -Penulisan-Kajian-Tindakan

5

Page 6: -Penulisan-Kajian-Tindakan

FOKUS KAJIAN

Isu Kajian

Kajian ini bertumpu kepada masalah murid yang menghadapi masalah dalam menjawab

soalan sains Bahagian B. Kajian ini dijalankan terhadap beberapa orang murid kelas 5

Nilam yang mendapat keputusan yang sangat rendah di dalam Ujian Berkala Berpusat

(UBB1) yang dijalankan pada bulan februari baru-baru ini.

Permasalahan mula saya sedari apabila saya melihat dan meneliti kertas ujian

mereka iaitu UBB1 baru-baru ini. Mereka dapat memahami dan mengingati isi pelajaran

yang mereka pelajari dan dapat menjawab soalan latihan yang diberikan dengan betul,

tetapi mereka tidak dapat menjawab soalan ujian yang diberikan. Kebanyakan dari

mereka mendapat markah yang sangat rendah kerana mereka tidak mendapat markah

pada soalan di bahagian B. Berdasarkan temubual yang saya jalankan terhadap murid-

murid tersebut, mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan adalah kerana

mereka tidak memahami ransangan yang diberikan pada soalan. Selain itu, saya juga

menjalankan pemerhatian terhadap latihan-latihan yang telah dibuat oleh murid. Dengan

itu, saya merumuskan bahawa murid-murid tidak dapat menjawab soalan ujian bahagian

B adalah kerana mereka lemah dalam kemahiran mentafsirkan data.

Hal ini telah mendorong saya untuk membuat penyelidikan tindakan mengenai

masalah yang dihadapi bagi membantu mereka menjawab soalan bahagian B.

6

Page 7: -Penulisan-Kajian-Tindakan

Objektif Kajian

Meningkatkan kemahiran mentafsirkan data daripada graf, gambar rajah dan jadual

bagi murid tahun 5.

Meningkatkan prestasi murid di dalam matapelajaran sains.

Soalan Kajian

Adakah murid dapat mentafsirkan data pada graf, gambar rajah dan jadual dengan

betul dan tepat?

Adakah kemahiran mentafsir data dapat membantu meningkatkan prestasi murid di

dalam matapelajaran sains?

Kepentingan Kajian

Membantu murid menguasai Kemahiran Proses Sains (KPS) mentafsirkan data agar

murid –murid dapat mentafsir data yang terdapat pada graf, gambar rajah dan jadual

dengan betul dan tepat.

Membantu murid untuk menjawab soalan sains bahagian B dengan betul dan tepat

sekaligus dapat meningkatkan prestasi murid dalam metapelajaran sains.

Menyediakan garis panduan kepada guru-guru sains bagi membantu murid agar dapat

menguasai kemahiran mentafsir data dengan betul dan tepat agar murid dapat

menjawab soalan sains bahagian B dengan betul dan dapat meningkatkan prestasi

murid dalam ujian sains.

Membantu semua pihak yang terlibat dalam matapelajaran sains yang ingin

meningkatkan Kemahiran Proses Sains murid-murid.

7

Page 8: -Penulisan-Kajian-Tindakan

Definisi Istilah

Kemahiran saintifik

Terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif sains yang telah

dikenalpasti untuk diperkembangkan dalam kalangan murid sekolah rendah melalui

Kurikulum Sains Sekolah Rendah. Dalam hal ini, sebanyak tujuh kemahiran proses

sains asas, lima kemahiran proses sains bersepadu dan lima kemahiran manipulatif

sains telah dikenalpasti. (PPK, 1993).

Kemahiran proses sains

Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan

kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan

komponen kemahiran saintifik. Kemahiran proses sains terdiri dapripada kemahiran

proses sains asas dan kemahiran proses asas bersepadu (Pusat Pembangunan

Kurikulum, 1993).

Kemahiran mentafsirkan data

Mentafsir data merupakan satu proses memberi penerangan rasional tentang objek,

peristiwa atau pola daripada maklumat yang dikumpul atau yang diberikan. Data atau

maklumat yang dikumpul adalah dalam pelbagai bentuk seperti graf, gambar rajah

dan jadual.

Power point

Power point merupakan salah satu perisian yang terdapat di dalan perisian Microsoft

Office. Secara amnya, power point digunakan sebagai alat persembahan. Saya

menggunakan power point ini bagi membantu sesi pengajaran saya dimana saya dapat

memasukkan graf, gambar rajah dan jadual ke dalam slaid bagi tujuan peneragan

8

Page 9: -Penulisan-Kajian-Tindakan

serta mendapatkan fokus murid. Perisian ini mempunyai keistimewaannya yang

tersendiri iaitu:

Boleh digunakan untuk membuat slaid persembahan untuk pengajaran di dalam

bilik darjah.

Dapat dimuatkan dengan gambar, grafik, animasi serta video yang menarik.

Melukis carta, graf atau jadual dengan cepat.

Kesan animasi yang boleh dimasukkan kepada grafik atau teks.

9

Page 10: -Penulisan-Kajian-Tindakan

10

Page 11: -Penulisan-Kajian-Tindakan

SOROTAN KAJIAN

Kebolehan meengaplikasikan kemahiran proses sains amat ditekankan dalam kurikulum

KBSR untuk subjek sains. Subjek sains dalam KBSR dan KBSM bertujuan

membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran proses sains serta menekankan

kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains

(Khairun Nadwa, 2007).

Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains asas dan kemahiran

proses asas bersepadu (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2006). Menurut Kiu Ling Feng

(2006), Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran

manipulatif. Kemahiran-kemahiran ini penting untuk memupuk sikap kreatif dan kritis

murid dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah.

Secara umum, matlamat pendidikan sains adalah untuk menghasilkan pelajar yang

memenuhi falsafah pendidikan sains Negara. Menurut Mohd Ali & Rohaiza (2005),

beberapa perkara perlu dilaksanakan dalam mempelajari ilmu sains, antaranya ialah

aktiviti aktif yang berpusatkan pelajar dan memberikan penumpuan kepada tahap kognitif

kemahiran tinggi seperti pembelajaran secara inkuiri, menganalisis data, sintesis dan

penilaian. Pembelajaran sains juga sepatutnya menyediakan medium yang interaktif bagi

mewujudkan satu suasana sistem sosial dalam institusi dan bukannya penilaian melalui

penghafalan sahaja ketika proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Kaedah

pembelajaran sehala yang sering dipraktikkan guru adalah ketinggalan dan tidak boleh

11

Page 12: -Penulisan-Kajian-Tindakan

dipraktikkan lagi. Melalui pendekatan pembelajaran inkuiri, pelajar dapat

memahami sifat sains yang tidak muktamad dan boleh lentur (Abdul Rahman Majid,

2008).

Menurut Hawk dan Shah (2007), pembelajaran murid yang berkesan adalah

pembelajaran yang dapat memberi pengalaman secara langsung. Hal ini akan

meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid. Terdapat empat langkah yang dalam

Teori Pembelajaran Kolb 1984 yang menekankan pengalaman konkrit yang dapat

membantu murid dalam memahami sesuatu yang abstrak iaitu pemerhatian, reflektif,

konseptualisasi abstrak dan eksperimental aktif.

12

Page 13: -Penulisan-Kajian-Tindakan

13

Page 14: -Penulisan-Kajian-Tindakan

PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN TINDAKAN

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ialah Kajian Tindakan yang menggunakan model Gelung Kajian

tindakan Kemmis dan McTaggart, 1988. (Choong Lean Keow, 2011) Model Kemmis

dan McTaggart (1988)  iaitu ‘action research cycle’ merupakan model yang biasanya

digunakan dalam menjalankan kajian tindakan. Terdapat 4 elemen utama dalam model ini

iaitu:

i. Merancang

ii. Bertindak

iii. Memerhati

iv. Mereflek

14

Kitaran 1 Kitaran 2

Merancang

Bertindak

Memerhati

Mereflek

Merancang

Bertindak

Memerhati

Mereflek

Page 15: -Penulisan-Kajian-Tindakan

Proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu

pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan

satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru

melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah

memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu

disifatkan sebagai Gelungan Pertama (kitaran 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi,

maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (kitaran 2)

sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan

membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah

ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang

menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan

tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

Kumpulan Sasaran

Latar Belakang Sekolah

Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan atau nama ringkasnya SK Pasir Pekan, merupakan

sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Pasir Pekan iaitu di dalam jajahan

Tumpat di negeri Kelantan. Ia berhampiran dengan Wakaf Bharu menjadi laluan dari

Kota Bharu ke pekan Tumpat dan Pasir Mas. Kini , Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan

memiliki 556 pelajar lelaki dan 504 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan

murid seramai 1060 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.

15

Page 16: -Penulisan-Kajian-Tindakan

Latar Belakang Murid

Responden yang saya pilih bagi menjalankan kajian ini adalah terdiri dari murid tahun 5

Nilam yang terdiri daripada 36 orang murid kesemuanya iaitu 16 orang murid lelaki dan

20 orang murid perempuan. Bagi tujuan kajian ini, saya hanya memilih 5 orang murid

sahaja iaitu 3 murid perempuan dan 2 murid lelaki yang saya kenalpasti mempunyai

masalah sebagai responden untuk kajian saya ini.

Murid dari kelas 5 Nilam ini datang dari pelbagai latar belakang keluarga dan cara

pembelajaran serta prestasi akademik. Secara purata, mereka dari keluarga yang

berpendapatan sederhana. Jika dibandingkan murid-murid di dalam kelas 5 Nilam ini, 6

orang responden yang saya pilih berada di tahap yang sangat lemah. Mereka merupakan

murid-murid yang aktif di dalam kelas sewaktu sesi pembelajaran berlaku namun rentak

pembelajaran mereka adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka

yang lain. Masalah ini dapat dikesan melalui pemerhatian serta analisis yang telah saya

jalankan terhadap kertas UBB1 yang diduduki oleh mereka pada bulan februari yang lalu.

Selain itu, ujian diagnostik yang telah saya jalankan terhadap semua murid tahun 5 Nilam

telah membuktikan bahawa responden yang saya pilih adalah responden yang betul bagi

menjalankan kajian ini. Nama-nama murid yang telah saya pilih adalah seperti berikut::

BIL. NAMA JANTINA

R1 Zaim Bin Enche Tarmizi Lelaki

R2 Nik Muizzuddin Bin Nik Mohamad Lelaki

R3 Faqihah Binti Sheikh Mohamad Perempuan

R4 Siti Damia Binti Abd Razak Perempuan

R5 Zulaikha Farhana Binti Mohd Zuki Perempuan

Jadual 1: Senarai nama responden

16

Page 17: -Penulisan-Kajian-Tindakan

Perlaksanaan Tindakan

Tindakan 1: Pembelajaran berpandukan grafik.

Pembelajaran berpandukan grafik merupakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan dengan dengan menggunakan perisian power point. Semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran berlaku, guru akan mengajar dengan menggunakan perisian power

point sebagai bahan bantu mengajar.

Saya menggunakan kaedah ini bagi membantu murid dalam menguasai

Kemahiran Proses sains mentafsir data. Saya merasakan cara ini mampu membantu

murid belajar kerana power point yang disertakan dengan kombinasi grafik, animasi,

tulisan dan warna mampu menarik minat murid. Selain itu, saya juga dapat menarik

minat murid untuk belajar di samping dapat meningkatkan fokus murid. Seterusnya,

kombinasi warna dan animasi serta grafik yang menarik dipercayai mampu membantu

murid dalam mengingati pengajaran yang disampaikan.

Jika cadangan tindakan 1 tidak berjaya mencapai objektif yang dilaksanakan, saya akan

menggunakan cadangan tindakan 2.

Tindakan 2: Pembelajaran berbantukan pen warna.

Pembelajaran berbantukan pen warna merupakan satu kaedah pembelajaran dimana

menggunakan pen yang berwarna. Dalam melaksanakan kaedah ini, saya akan

menyediakan pen warna kepada responden bagi membantu pembelajaran mereka.

17

Page 18: -Penulisan-Kajian-Tindakan

Kegunaan pen warna ini adalah bertujuan untuk responden menanda pada

maklumat-maklumat penting yang terdapat pada graf, gambar rajah dan jadual. Saya

akan menyediakan kertas soalan yang mempunyai graf, gambar rajah dan jadual yang

menyerupai soalan bahagian B ujian sains sekolah rendah. Responden akan diajar cara

untuk mentafsir data dari graf, gambar rajah dan jadual dengan cara membulatkan

maklumat penting dengan menggunakan warna-warna tertentu.

Kaedah Pengumpulan Data

Dalam menjalankan sesuatu kajian penyelidikan, para pengkaji boleh menggunakan

pelbagai kaedah pengumpulan data. Antara kaedah-kaedah yang boleh digunakan adalah

seperti soal selidik, temubual secara langsung atau tidak langsung, pemerhatian

berstruktur atau tidak berstruktur, ujian pra, ujian pos dan analisis item. Bagi

menjalankan kajian penyelidikan ini, saya telah manjalankan proses pengumpulan data

menggunakan kaedah analisis item, pemerhatian berstruktur (borang pemerhatian), ujian

pra dan ujian pos.

Instrumen borang pemerhatian telah digunakan bagi mendapatkan maklumat untuk

mengenalpasti dapatan bagi persoalan kajian yang pertama iaitu meningkatkan

kemahiran mentafsirkan data daripada graf, jadual dan gambar rajah. Instrumen ini di

jalankan sebelum dan selepas melakukan intervensi kajian. Borang pemerhatian yang

digunakan ialah borang pemerhatian sebelum tindakan dilaksanakan dan borang

pemerhatian selepas tindakan dilaksanakan. Pemerhatian sebelum tindakan telah

dijalankan terhadap responden pada peringkat awal kajian iaitu sebelum melaksanakan

tindakan. Manakala pemerhatian selepas tindakan dijalankan selepas tindakan pertama

18

Page 19: -Penulisan-Kajian-Tindakan

dilakasanakan. Oleh kerana tindakan pertama yang dilaksanakan tidak berjaya mencapai

objektif kajian yang telah ditetapkan, maka tindakan kedua dilakasanakan dan

pemerhatian selepas tidakan dijalankan ke atas responden untuk kali yang kedua.

Pemerhatian ini melibatkan tiga item utama kajian yang diperhatikan secara berasingan

iaitu graf, jadual dan gambar rajah.

Instrumen Kajian

1) Analisis dokumen

Saya menggunakan kaedah analisis dokumen untuk mendapatkan punca murid

mendapat markah yang rendah didalam soalan bahagian B. Analisis terhadap kertas

UBB1 murid tahun 5 Nilam memberikan saya jawapan terhadap isu yang timbul.

Setelah dianalisis dengan mendalam, saya mendapati bahawa punca utama responden

tidak menjawab kebanyakan soalan dengan betul adalah kerana mereka tidak

menguassai kemahiran mentafsir data.

2) Borang Pemerhatian

Borang pemerhatian ini merupkan borang yang digunakan dalam menentukan samada

murid dapat menguasai kemahairan mentafsir data atau tidak. Borang ini digunakan

oleh guru bagi menilai tahap kemahiran mentafisr data responden terhadap bahan

yang diberikan. Di dalam borang ini, terdapat perkara-perkara yang perlu

diperhatikan oleh penyelidik terhadap setiap responden. Pemerhatian di jalankan

secara individu terhadap setiap responden bagi mengelakkan daripada berlakunya

gangguan daripada responden yang lain. Pemerhatian ini di jalankan sebelum

19

Page 20: -Penulisan-Kajian-Tindakan

tindakan dijalankan dan juga selepas tindakan dijalankan bagi mengesan perubahan

yang berlaku dalam diri responden. Pemerhatian ini dinilai dengan meggunakan

skala yang telah ditetapkan.

Borang pemerhatian ini dibina mengikut item yang akan diperhatikan. Borang

pemerhatian yang dibina adalah:

a. Borang Pemerhatian Kemahiran Mentafsir Data Jadual

b. Borang Pemerhatian Kemahiran Mentafsir Data Graf

c. Borang Pemerhatian Kemahiran Mentafsir Data Ganbar Rajah.

3) Ujian Pra

Ujian pra merupakan ujian yang dilakukan terhadap responden bagi mendapatkan

prestasi sebenar mereka dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Soalan yang

dikemukakan adalah berfokuskan kepada isu yang ingin dikaji. Soalan pos dibina

berdasarkan 3 item penting yang di fokuskan iaitu graf, jadual dan gambar rajah..

Ujian ini dijalankan bagi sebelum tindakan dilaksanakan.

4) Ujian Pos 1

Ujian Pos 1 merupakan ujian yang dijalankan selepas tindakan pertama yang

dirancang dilaksanakan terhadap responden. Ujian ini bertujuan untuk menilai

samada tindakan yang dilaksanakan adalah berkesan atau tidak. Soalan pos dibina

berdasarkan 3 item penting yang di fokuskan iaitu graf, jadual dan gambar rajah.

5) Ujian Pos 2

Ujian Pos 2 merupakan ujian yang dijalankan selepas tindakan kedua yang dirancang

dilaksanakan terhadap responden. Ujian ini bertujuan untuk menilai samada tindakan

20

Page 21: -Penulisan-Kajian-Tindakan

yang dilaksanakan adalah berkesan atau tidak. Soalan pos dibina berdasarkan 3 item

penting yang di fokuskan iaitu graf, jadual dan gambar rajah.

21

Page 22: -Penulisan-Kajian-Tindakan

22

Page 23: -Penulisan-Kajian-Tindakan

DAPATAN DAN REFLEKSI

Dapatan Kemahiran Mentafsir Data Daripada Graf

Keputusan pemerhatian sebelum tindakan terhadap kemahiran mentafsir data daripada

graf (n=5)

Responden Purata skor Justifikasi kemahiran

R1 1 Sangat lemah

R2 1 Sangat lemah

R3 1 Sangat lemah

R4 1 Sangat lemah

R5 1 Sangat lemah

Jadual 2: Keputusan pemerhatian sebelum tindakan(kemahiran mentafsir data daripada graf)

23

Page 24: -Penulisan-Kajian-Tindakan

24

Page 25: -Penulisan-Kajian-Tindakan

Berdasarkan keputusan dalam jadual 2 bagi pemerhatian terhadap kemahiran

mentafsirkan data daripada graf sebelum tindakan dilakasanakan, didapati bahawa

kesemua responden berada di tahap yang sangat lemah (purata skor=1). Kebanyakan

responden mendapat skor 1 bagi item-item yang diperhatiakan sepertimana yang terdapat

di dalam borang pemerhatian. Mereka mempunyai masalah dalam mengenalpasti graf

yang dikemukakan. Selain itu, mereka juga tidak dapat memahami maklumat yang

disampaikan melalui graf tersebut. Mereka juga tidak mempunyai kemahiran bagi

mentafsir graf tersebut serta tidak memahami apa fungsi graf tersebut terhadap soalan

yang dikemukakan di dalam ujian.

Keputusan pemerhatian selepas tindakan 1 terhadap kemahiran mentafsir data daripada

graf (n=5)

Responden Purata skor Justifikasi kemahiran

R1 3 Sederhana

R2 3 Sederhana

R3 3 Sederhana

R4 3 Sederhana

R5 3 Sederhana

Jadual 3: Keputusan pemerhatian selepas tindakan 1(kemahiran mentafsir data daripada graf)

Berdasarkan keputusan dalam jadual 5 bagi pemerhatian terhadap kemahiran

mentafsirkan data daripada graf sebelum tindakan dilakasanakan, didapati bahawa

kesemua responden berada di tahap yang sederhana (purata skor=3). Kebanyakan

responden mendapat skor 3 bagi item-item yang diperhatikan sepertimana yang terdapat

25

Page 26: -Penulisan-Kajian-Tindakan

di dalam borang pemerhatian. Tedapat beberapa orang responden yang mendapat skor 2

dan 4 bagi beberapa item yang dikemukakan di dalam borang pemerhatian.

R1 mendapat skor 2 bagi item 4 dan skor 4 bagi item 5.

R2 mendapat skor 2 bagi item 4 dan skor 4 bagi item 1 dan 5.

R3 mendapat skor 2 bagi item 4 dan skor 4 bagi item 1 dan 5.

R4 mendapat skor 4 bagi item 1 dan 2.

R5 mendapat skor 2 bagi item 4 dan skor 4 bagi item 1 dan 5

Keputusan pemerhatian selepas tindakan 2 terhadap kemahiran mentafsir data daripada

graf (n=5)

Responden Purata skor Justifikasi kemahiran

R1 5 Sangat baik

R2 5 Sangat baik

R3 5 Sangat baik

R4 5 Sangat baik

R5 5 Sangat baik

Jadual 4: Keputusan pemerhatian selepas tindakan 2(kemahiran mentafsir data daripada graf)

Berdasarkan keputusan dalam jadual 8 bagi pemerhatian terhadap kemahiran

mentafsirkan data daripada graf sebelum tindakan dilakasanakan, didapati bahawa

kemahiran mentafsirkan data daripada graf kesemua responden adalah berada di tahap

yang sangat baik (purata skor=5). Kebanyakan responden mendapat skor 5 bagi item-

item yang diperhatikan sepertimana yang terdapat di dalam borang pemerhatian. Tedapat

beberapa orang responden yang mendapat skor 4 bagi beberapa item yang dikemukakan

di dalam borang pemerhatian.

26

Page 27: -Penulisan-Kajian-Tindakan

R1 mendapat skor 4 bagi item 6

R3 mendapat skor 4 bagi item 3

R4 mendapat skor 4 bagi item 3

R5 mendapat skor 4 bagi item 6

27

Page 28: -Penulisan-Kajian-Tindakan

Dapatan Kemahiran Mentafsir Data Daripada Jadual

Keputusan pemerhatian sebelum tindakan terhadap kemahiran mentafsir data daripada

jadual (n=5)

Responden Purata skor Justifikasi kemahiran

R1 1 Sangat lemah

R2 1 Sangat lemah

R3 1 Sangat lemah

R4 1 Sangat lemah

R5 1 Sangat lemah

Jadual 5: Keputusan pemerhatian sebelum tindakan(kemahiran mentafsir data daripada jadual)

Berdasarkan keputusan dalam jadual 3 bagi pemerhatian terhadap kemahiran

mentafsirkan data daripada jadual sebelum tindakan dilakasanakan, didapati bahawa

kesemua responden berada di tahap yang sangat lemah (purata skor=1). Kebanyakan

28

Page 29: -Penulisan-Kajian-Tindakan

responden mendapat skor 1 bagi item-item yang diperhatiakan sepertimana yang terdapat

di dalam borang pemerhatian. Mereka mempunyai masalah dalam mengenalpasti jadual

yang dikemukakan. Selain itu, mereka juga tidak dapat memahami maklumat yang

disampaikan melalui jadual tersebut. Mereka juga tidak mempunyai kemahiran bagi

mentafsir jadual tersebut serta tidak memahami apa fungsi jadual tersebut terhadap

soalan yang dikemukakan di dalam ujian.

Keputusan pemerhatian selepas tindakan 1 terhadap kemahiran mentafsir data daripada

jadual (n=5)

Responden Purata skor Justifikasi kemahiran

R1 3 Sederhana

R2 3 Sederhana

R3 3 Sederhana

R4 3 Sederhana

R5 3 Sederhana

Jadual 6: Keputusan pemerhatian selepas tindakan 1(kemahiran mentafsir data daripada jadual)

Berdasarkan keputusan dalam jadual 6 bagi pemerhatian terhadap kemahiran

mentafsirkan data daripada jadual sebelum tindakan dilakasanakan, didapati bahawa

kesemua responden berada di tahap yang sederhana (purata skor=3). Kebanyakan

responden mendapat skor 3 bagi item-item yang diperhatikan sepertimana yang terdapat

di dalam borang pemerhatian. Tedapat beberapa orang responden yang mendapat skor 2

dan 4 bagi beberapa item yang dikemukakan di dalam borang pemerhatian.

R1 mendapat skor 2 bagi item 4 dan 6 dan skor 4 bagi item 5.

R2 mendapat skor 2 bagi item 4 dan skor 4 bagi item 1 dan 5.

29

Page 30: -Penulisan-Kajian-Tindakan

R3 mendapat skor 2 bagi item 1 dan 5.

R4 mendapat skor 4 bagi item 4 dan 5.

R5 mendapat skor 2 bagi item 6 dan skor 4 bagi item 1 dan 2

Keputusan pemerhatian selepas tindakan 2 terhadap kemahiran mentafsir data daripada

jadual (n=5)

Responden Purata skor Justifikasi kemahiran

R1 5 Sangat baik

R2 5 Sangat baik

R3 5 Sangat baik

R4 5 Sangat baik

R5 5 Sangat baik

Jadual 7: Keputusan pemerhatian selepas tindakan 2(kemahiran mentafsir data daripada jadual)

Berdasarkan keputusan dalam jadual 9 bagi pemerhatian terhadap kemahiran

mentafsirkan data daripada jadual sebelum tindakan dilakasanakan, didapati bahawa

kemahiran mentafsirkan data daripada jadual kesemua responden adalah berada di tahap

yang sangat baik (purata skor=5). Kebanyakan responden mendapat skor 5 bagi item-

item yang diperhatikan sepertimana yang terdapat di dalam borang pemerhatian. Tedapat

beberapa orang responden yang mendapat skor 4 bagi beberapa item yang dikemukakan

di dalam borang pemerhatian.

R1 mendapat skor 4 bagi item 2 dan 5

R3 mendapat skor 4 bagi item 3 dan 6

R4 mendapat skor 4 bagi item 6

30

Page 31: -Penulisan-Kajian-Tindakan

R5 mendapat skor 4 bagi item 2

Dapatan Kemahiran Mentafsir Data Daripada Gambar Rajah

Keputusan pemerhatian sebelum tindakan terhadap kemahiran mentafsir data daripada

gambar rajah (n=5)

Responden Purata skor Justifikasi kemahiran

R1 1 Sangat lemah

R2 1 Sangat lemah

R3 1 Sangat lemah

R4 1 Sangat lemah

R5 1 Sangat lemah

Jadual 8: Keputusan pemerhatian sebelum tindakan(kemahiran mentafsir data daripada gambar rajah)

Berdasarkan keputusan dalam jadual 4 bagi pemerhatian terhadap kemahiran

mentafsirkan data daripada gambar rajah sebelum tindakan dilakasanakan, didapati

bahawa kesemua responden berada di tahap yang sangat lemah (purata skor=1).

Kebanyakan responden mendapat skor 1 bagi item-item yang diperhatiakan sepertimana

31

Page 32: -Penulisan-Kajian-Tindakan

yang terdapat di dalam borang pemerhatian. Mereka mempunyai masalah dalam

mengenalpasti gambar rajah yang dikemukakan. Selain itu, mereka juga tidak dapat

memahami maklumat yang disampaikan melalui gambar rajah tersebut. Mereka juga

tidak mempunyai kemahiran bagi mentafsir gambar rajah tersebut serta tidak memahami

apa fungsi gambar rajah tersebut terhadap soalan yang dikemukakan di dalam ujian.

Keputusan pemerhatian selepas tindakan 1 terhadap kemahiran mentafsir data daripada

gambar rajah (n=5)

Responden Purata skor Justifikasi kemahiran

R1 3 Sederhana

R2 3 Sederhana

R3 3 Sederhana

R4 3 Sederhana

R5 4 Baik

Jadual 9: Keputusan pemerhatian selepas tindakan 1(kemahiran mentafsir data daripada gambar rajah)

Berdasarkan keputusan dalam jadual 7 bagi pemerhatian terhadap kemahiran

mentafsirkan data daripada gambar rajah sebelum tindakan dilakasanakan, didapati

bahawa empat orang responden (R1, R2, R3 dan R4) berada di tahap yang sederhana

(purata skor=3) dan R5 berada di tahap yang baik (purata skor=4). Kebanyakan

responden mendapat skor 3 bagi item-item yang diperhatikan sepertimana yang terdapat

di dalam borang pemerhatian. Tedapat beberapa orang responden yang mendapat skor 2

dan 4 bagi beberapa item yang dikemukakan di dalam borang pemerhatian.

R1 mendapat skor 2 bagi item 3dan skor 4 bagi item 5.

32

Page 33: -Penulisan-Kajian-Tindakan

R2 mendapat skor 2 bagi item 4 dan skor 4 bagi item 5.

R3 mendapat skor 2 bagi item 6 dan skor 4 bagi item 1, 4 dan 5.

R4 mendapat skor 4 bagi item 2 dan 5.

R5 mendapat skor 4 bagi item 1, 2 dan 5.

Keputusan pemerhatian selepas tindakan 2 terhadap kemahiran mentafsir data daripada

gambar rajah (n=5)

Responden Purata skor Justifikasi kemahiran

R1 5 Sangat baik

R2 5 Sangat baik

R3 5 Sangat baik

R4 5 Sangat baik

R5 5 Sangat baik

Jadual 10: Keputusan pemerhatian selepas tindakan 2(kemahiran mentafsir data daripada gambar rajah)

Berdasarkan keputusan dalam jadual 10 bagi pemerhatian terhadap kemahiran

mentafsirkan data daripada gambar rajah sebelum tindakan dilakasanakan, didapati

bahawa kemahiran mentafsirkan data daripada ganbar rajah kesemua responden adalah

berada di tahap yang sangat baik (purata skor=5). Kebanyakan responden mendapat skor

5 bagi item-item yang diperhatikan sepertimana yang terdapat di dalam borang

pemerhatian. Tedapat beberapa orang responden yang mendapat skor 4 bagi beberapa

item yang dikemukakan di dalam borang pemerhatian.

R1 mendapat skor 4 bagi item 6

R2 mendapat skor 4 bagi item 3

33

Page 34: -Penulisan-Kajian-Tindakan

R3 mendapat skor 4 bagi item 6

Berdasarkan keputusan yang diperoleh merujuk kepada jadual 5, 6 dan 7, saya

berpendapat bahawa tindakan pertama yang dilaksanakan ke atas responden memberi

kesan terhadap kemahiran mentasfsirkan data daripada graf, jadual dan gambar rajah

responden. Namun, tindakan pertama yang dilakasanakan ini tidak memberi keputusan

yang memuaskan kerana kemahiran responden masih berada di tahap yang sederhana.

Objektif kajian yang telah ditetapkan tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya. Tindakan

kedua telah dijalankan bagi memenuhi objektif kajian yang pertama yang telah

ditetapkan.

Merujuk kepada keputusan yang diperoleh dalam jadual 8, 9 dan 10, saya

berpendapat bahawa tindakan kedua yang dilaksanakan ke atas responden memberi kesan

terhadap kemahiran mentasfsirkan data daripada graf, jadual dan gambar rajah responden.

kesemua responden dapat menentukan jenis item (graf, jadual dan ganbar rajah) yang

dikemukakan serta dapat menyatakan tajuk bagi item-item tersebut dengan betul dan

tepat. Selain itu, responden juga dapat menyatakan maklumat yang terdapat di dalam

item-item yang ditunjukkan dan dapat menyatakan pemerhatian mereka dengan sangat

baik. Seterusnya, responden juga menyatakan corak perubahan data serta dapat

memahami apa yang disampaikan oleh item-item tersebut dengan sangat baik, betul dan

tepat. Tindakan kedua ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu meningkatkan

kemahiran mentafsirkan data daripada graf, jadual dan gambar rajah. Secara

keseluruhannya, kesemua responden telah mendapat skor 5 bagi kesemua item yang

terdapat di dalam borang pemerhatian.

34

Page 35: -Penulisan-Kajian-Tindakan

Dapatan Prestasi Murid Di Dalam Matapelajaran Sains

Instrumen Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 telah digunakan bagi mendapatkan

maklumat untuk mengenalpasti dapatan bagi persoalan kajian yang kedua iaitu

meningkatkan prestasi murid di dalam matapelajaran sains. Instrumen ini di jalankan

sebelum dan selepas melakukan intervensi kajian . Ujian Pra telah dijalankan terhadap

responden pada peringkat awal kajian iaitu sebelum melaksanakan tindakan. Manakala

Ujian Pos 1 dijalankan selepas tindakan pertama dilakasanakan. Oleh kerana tindakan

pertama tidak berjaya mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan, maka tindakan

kedua dilakasanakan dan Ujian Pos 2 dijalankan ke atas responden. Ujian-ujian ini telah

menuguji tiga item utama kajian iaitu graf, jadual dan gambar rajah.

Keputusan Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2

35

Page 36: -Penulisan-Kajian-Tindakan

RespondenMarkah (%)

Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2

R1 33 50 100

R2 33 58 100

R3 25 42 100

R4 25 33 100

R5 8 17 100

Jadual 11: Keputusan Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2

Ujian pra dan Ujian Pos 1 telah dijalankan ke atas responden pada masa yang berbeza

dengan menggunakan soalan yang sama yang mengandungi 12 soalan. Soalan berlainan

yang mengandungi 20 soalan telah digunakan sebagai item Ujian Pos 2 dan telah

dijalankan keatas responden. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah dalam bentuk

subjektif dan menguji kemahiran mentafsir data daripada graf, jadual dan gambar rajah.

Data yang diperoleh bagi ujian pra, ujian pos 1 dan ujian pos 2 adalah dalam bentuk

markah. Graf 1 dan jadual 2 di atas menunjukkan keputusan (% markah) bagi ujian pra,

ujian pos 1 dan ujian pos 2.

Markah-markah ujian tersebut telah dikategotikan kepada lima tahap pencapaian iaitu

sangat lemah, lemah, sederhana, baik dan cemerlang. Tahap pencapaian adalah

dikategorikan seperti berikut:

36

Page 37: -Penulisan-Kajian-Tindakan

TAHAP PENCAPAIAN MARKAH (%)

SANGAT LEMAH 0-20

LEMAH 21-40

SEDERHANA 41-60

BAIK 61-80

CEMERLANG 81-100

Jadual 12: Kategori tahap pencapaian

Merujuk kepada Jadual 3 di atas, responden yang mendapat markah di antara 0 hingga 20

adalah dikategorikan sebagai responden yang sangat lemah. Seterusnya, responden yang

mendapat markah di antara 21 hingga 40 adalah dikategorikan sebagai responden yang

lemah dan responden yang mendapat markah di antara 41 hingga 60 adalah dikategorikan

sebagai responden yang sedehana. Bagi responden yang mendapat markah di antara 61

hingga 80 adalah dikategorikan sebagai responden yang baik manakala responden yang

mendapat markah di antara 81 hingga 100 adalah dikategorikan sebagai responden yang

cemerlang.

Berdasarkarkan kategori markah yang telah ditetapkan, markah-markah yang diperolehi

oleh responden-responden bagi ketiga-tiga ujian telah dipindahkan ke dalam bentuk

jadual dan dianalisis. Jadual yang diperoleh adalah seperti berikut:

37

Page 38: -Penulisan-Kajian-Tindakan

TAHAP

UJIAN PRA UJIAN POS 1 UJIAN POS 2

BILANGAN

MURIDPERATUS(%)

BILANGAN

MURIDPERATUS(%)

BILANGAN

MURIDPERATUS(%)

CEMERLANG - - - - 5 100

BAIK - - - - - -

SEDERHANA - - 3 60 - -

LEMAH 4 80 1 20 - -

SANGAT

LEMAH1 20 1 20 - -

JUMLAH 5 100 5 100 5 100

Jadual 13: Tahap pencapaian responden

Jadual 4 di atas menunjukkan perbandingan markah bagi Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan

Ujian Pos 2 mengikut tahap pencapain responden. Tahap pencapaian responden telah

dibahagikan kepada lima tahap iaitu seperti dalam Jadual 3.

Beradasarkan jadual 4 diatas, kesemua responden adalah berada di tahap cemerlang

pada Ujian Pos 2 iaitu sebanyak 5 orang (100%) berbanding dengan Ujian Pra dan Ujian

Pos 1. Bagi Ujian Pra, tiada responden (0%) yang berada pada tahap cemerlang, baik dan

sederhana. 4 orang (80%) responden berada di tahap lemah dan 1 orang (20%)

responden berada di tahap sangat lemah. Bagi Ujian Pos 1 pula, tiada (0%) responden

berada di tahap cemerlang dan baik. 3 orang (60%) responden berada di tahap sederhana,

1 orang (20%) responden berada di tahap yang lemah dan 1 orang (20%) berada di tahap

sangat lemah.

38

Page 39: -Penulisan-Kajian-Tindakan

Bardasarkan keputusan yang diperoleh, didapati bahawa responden memperoleh

keputusan yang semakin meningkat di dalam Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2. Keputusan

ujian Pos 1 menunjukkan bahawa tindakan 1 yang digunakan adalah sangat kurang

berkesan dalam membantu meningkatkan kemahiran mentfsir data (graf, jadual dan

gambar rajah) responden. Keputusan yang diperoleh menyebabkan saya mengambil

keputusan bagi meneruskan tindakan kedua. Setelah tindakan 2 dijalankan keatas

responden, keputusan Ujian Pos 2 menunjukkan peningkatan yang mendadak. Kelima-

lima responden dapat menjawab kesemua 20 soalan yang dikemukan dengan betul dan

tepat tanpa gangguan luar semasa sesi Ujian Pos 2 dijalankan. Peningkat kepetusan ujian

ini menunjukkan bahawa tindakan 2 yang dilaksanakan adalah sangat berkesan dalam

membantu meningkatkan kemahiran mentafsir data (graf, jadual dan gambarjah)

responden. Responden dapat mentafsir data dengan betul dan dapat menterjemahkan data

yang diperoleh dari graf, jadual dan gmbar rajah ke dalam jawapan terhadap soalan yang

dikemukakan dengan tepat. Hasil dari dapat ini jelas menunjukkan bahawa tindakan

yang dilaksanakan mencapai sobjektif yang ditetapkan sepenuhnya.

39

Page 40: -Penulisan-Kajian-Tindakan

40

Page 41: -Penulisan-Kajian-Tindakan

RUMUSAN DAPATAN

Kemahiran dalam menjawab soalan bahagian B sangat penting bagi murid-murid

mendapatkan markah yang tinggi di dalam ujian dan peperiksaan. Kegagalan dalam

menjawab soalan bahagian B akan menyebabkan markah yang diperoleh adalah sangat

rendah. Ini kerana, markah yang diperoleh pada bahagian B mampu meningkatkan

jumlah markah yang diperolehi sekaligus meningkatkan prestasi dalam matapelajaran

sains.

Berdasarkan analisis yang dibuat terhadap kajian ini, terbukti bahawa kemahiran

mentafsir data dalah sangat penting dan wajib dikuasai oleh semua murid. Selepas

tindakan yang dirancang dilaksanakan, ternyata ianya menunjukkan kesan yang begitu

positif dan kedua-dua objektif kajian yang telah ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya.

Dengan itu, murid-murid perlu menguasai kemahiran proses sains khususnya kemahiran

mentafsirkan data. Dengan adanya penguasaan terhadap kemahiran mentafsir data yang

baik akan membantu murid menjawab soalan bahagian B dengan betul. Ini kerana soalan

bahagian B banyak memerlukan murid untuk mentafsir data pada graf, gambar rajah dan

jadual dengan betul bagi menjawab soalan yang dikemukan.

Oleh itu, saya berharap agar pembelajaran berbantukan pen berwarna ini dapat

dipraktikkan oleh guru-guru sains yang berada di luar sana. Saya berharap agar kajian ini

dapat diteruskan dan diterima pakai oleh semua pihak. Saya juga berharap agar pengkaji-

pengkaji lain dapat meneruskan serta menambahbaik kajian ini agar ianya dapat

41

Page 42: -Penulisan-Kajian-Tindakan

membantu murid-murid di sekolah agar dapat menguasai kemahiran mentafsir data secara

optimum dan membantu mereka dalam meningkatkan prestasi dalam matapelajaran sains.

42

Page 43: -Penulisan-Kajian-Tindakan

RUJUKAN

Abu Hassan Kassim (2002). Perspektif Amali Sains: Kemahiran saintifik. Johor.:Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Rahman Abdul Majid (2008). Guru Sebagai Penyelidik. Selangor: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Hawk & Shah (2007). Using Learning Style Instuments To Enhance Student Learning. Diperoleh dari http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1540-4690.2007.00125.x/full#f2

Khairun Nadwa Md. Akhir. (2007). Kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI) Melalui Web Terhadap Prestasi dan Persepsi Pelajar Dalam Matapelajaran Fizik Peringkat Universiti. Universiti Sains Malaysia: Disertasi Sajana Sastera

Kui Ling Feng. (2006). Tahap Penguasaan Kenahiran Proses Sains Bersepadu Dalam Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun 2 Sesi 2005/06, Jurusan Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Diperoleh dari http:www.fp.utm.my/ mysumber/pdffail/ptkghdfwP.pdf

Lilia Halim (2006.) Analisis Keperluan Guru-guru Sains Sekolah Rendah Dalam Aspek Pengajaran Sains di Daerah Kota Setar, Kedah. Jurnal Teknologi. 44. Jun: Universiti Teknologi Malaysia, 13-30

Mohd Ali & Rohiza (2005) Penguasaan Kemahiran Memerhati Dan Kemahiran Meramal Dalam Mata Pelajaran Sains Di Kalangan Pelajar Tahun Lima Daerah Johor Bahru Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum (1993). PULSAR Pukal latihan Sains Rendah:Modul 2.Kemahiran Saintifik. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2006). Huraian Sukatan Pelajaran Sains . Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

43

Page 44: -Penulisan-Kajian-Tindakan

LAMPIRAN

44