zakaria bahari

11
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 735 SETAKAT MANA DIMENSI CSR DAN KONSTRUK INSTRINSIK PENGGUNA MUSLIM MEMPENGARUHI PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA 1 Zakaria Bahari 2 Email : [email protected] Email : [email protected] Abstrak Setiap institusi korporat mempunyai tanggungjawab sosial yang terjelma dalam sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Begitu juga Institusi Perbankan Islam yang bertaraf korporat. Ada pandangan mengaitkan CSR institusi perbankan Islam antaranya akan menarik pengguna untuk memilihnya selain daripada faktor intrinksi dan juga ekstrinsik. Persoalannya, apakah benar dimensi CSR perbankan Islam dapat mempengaruh pengguna Muslim untuk memilih Institusi Perbankan Islam (IPI)? Atau ada faktor lain seperti faktor instrinsik dan ekstrinsik yang mempengaruhi pengguna Muslim memilih untuk IPI. Kertas kerja ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti sama ada pengaruh CSR IPI mempunyai pengaruh terhadap IPI. Kedua, menganalisis faktor yang lebih dominan mempengaruhi pemilihan pengguna Muslim terhadap IPI. Metodologi yang diaplikasikan ialah dengan menggunakan data kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang diedarkan di seluruh Semenanjung Malaysia kepada pengguna Muslim. Analisis regresi berganda menjadi alat analisis. Dapatan kajian menunjukkan dimensi kefahaman CSR IPI signifikan dalam mempengaruhi pengguna Muslim memilih IPI dan konstruk instrinsik tidak signifikan dalam mempengaruhi pengguna Muslim memilih IPI. 1 Kertas kerja ini dibentangkan The 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. 2 Pensyarah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Upload: idmac2015

Post on 13-Jan-2017

311 views

Category:

Economy & Finance


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 735

SETAKAT MANA DIMENSI CSR DAN KONSTRUK INSTRINSIK

PENGGUNA MUSLIM MEMPENGARUHI PEMILIHAN PERBANKAN

ISLAM DI MALAYSIA1

Zakaria Bahari2

Email : [email protected]

Email : [email protected]

Abstrak

Setiap institusi korporat mempunyai tanggungjawab sosial yang terjelma dalam

sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Begitu juga Institusi Perbankan

Islam yang bertaraf korporat. Ada pandangan mengaitkan CSR institusi perbankan

Islam antaranya akan menarik pengguna untuk memilihnya selain daripada faktor

intrinksi dan juga ekstrinsik. Persoalannya, apakah benar dimensi CSR perbankan

Islam dapat mempengaruh pengguna Muslim untuk memilih Institusi Perbankan

Islam (IPI)? Atau ada faktor lain seperti faktor instrinsik dan ekstrinsik yang

mempengaruhi pengguna Muslim memilih untuk IPI. Kertas kerja ini mempunyai

dua objektif. Pertama, mengenal pasti sama ada pengaruh CSR IPI mempunyai

pengaruh terhadap IPI. Kedua, menganalisis faktor yang lebih dominan

mempengaruhi pemilihan pengguna Muslim terhadap IPI. Metodologi yang

diaplikasikan ialah dengan menggunakan data kuantitatif melalui instrumen soal

selidik yang diedarkan di seluruh Semenanjung Malaysia kepada pengguna Muslim.

Analisis regresi berganda menjadi alat analisis. Dapatan kajian menunjukkan dimensi

kefahaman CSR IPI signifikan dalam mempengaruhi pengguna Muslim memilih IPI

dan konstruk instrinsik tidak signifikan dalam mempengaruhi pengguna Muslim

memilih IPI.

1 Kertas kerja ini dibentangkan The 9th ISDEV International Islamic Development Management

Conference (IDMAC2015) anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),

Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. 2 Pensyarah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia

(USM), Pulau Pinang.

Page 2: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 736

PENGENALAN

Setiap institusi korporat mempunyai tanggungjawab sosialnya tersendiri dalam usaha

memberi sumbangan sosial kepada orang yang berkepentingan dalam perjalanan

operasinya setiap hari yang dipanggil Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Begitu

juga Institusi Perbankan Islam yang bertaraf korporat. Institusi-institusi ini

mempunyai sebahagian daripada keuntungannya untuk diberikan kepada orang yang

berkepentingan seperti pengguna (pelanggan), pelabur, pekerja, pengurusan, pemilik

saham dan sebagainya (Muhammad Yasir Yusuf, 2012). Pemberian dalam bentuk

sumbangan, penganjuran program sosial, pekerjaan amal, memberi latihan pekerja

dan kemudahan pendidikan dan kesihatan. Malah menjadi satu usaha institusi

perbankan Islam untuk mendapatkan kesetiaan pengguna dan pelanggan terhadap

produk dan perkhidmatan yang diberi dan menjadi ikon kenapa pengguna

menggunakannya.

Hujah ini telah diberikan oleh Steiner dan John (1994), kenapa CSR perlu dilakukan

oleh korporat perniagaan. Mereka mengemukakan 3 sebab. Pertama, korporat ialah

makhluk masyarakat dan kerana itu mesti memberi tindak balas atas permintaan

masyarakat. Kedua, kepentingan perniagaan dalam jangka panjang dipengaruhi

semangat tanggungjawab sosial sendiri; dan ketiga, CSR merupakan satu cara untuk

mengurangi dan menghindari kritikan masyarakat, boleh jadi akan sampai pada

upaya sebagai akta dalam melaksanakan korporat, seperti mana undang-undang

pensyarikat korporat di Indonesia (Muhammad Yasir Yusuf, 2012).

Namun apabila dikaitkan CSR dengan pemilihan pengguna Muslim memilih

perbankan Islam, CSR mungkin menjadi antara faktor yang memberi peluang kepada

pengguna Muslim mengambilnya untuk membuat keputusan dalam memilih

perbankan Islam kerana tanggungjawab sosial. Faktor lain seperti ekstrinsik yang

terdiri daripada perkara seperti perkhidmatan, ciri-ciri produk, reputasi dan

pengesyoran dan promosi boleh membawa kepada pemilihan perbankan Islam. Di

samping itu faktor kepatuhan beragama juga mempengaruhi pengguna Muslim dalam

memilih perbankan Islam (Dalfiza Mohd. Yusof, 2012; & Ahmad Azrin Adnan,

2010).

Dapat dirumuskan perkara di atas yang mengaitkan CSR institusi perbankan Islam

antaranya akan menarik pengguna untuk memilihnya selain daripada faktor intrinksi

dan juga ekstrinsik. Persoalannya, apakah benar dimensi CSR perbankan Islam dapat

mempengaruh pengguna Muslim untuk memilih Institusi Perbankan Islam (IPI)?

Atau ada faktor lain seperti faktor instrinsik dan ekstrinsik yang mempengaruhi

pengguna Muslim memilih untuk IPI. Kertas kerja ini mempunyai dua objektif.

Pertama, mengenal pasti sama ada pengaruh CSR IPI mempunyai pengaruh terhadap

IPI. Kedua, menganalisis faktor yang lebih dominan mempengaruhi pemilihan

pengguna Muslim terhadap IPI.

Page 3: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 737

Oleh itu perbincangan kertas kerja dibahagian kepada lima bahagian iaitu; 1)

pengenalan; 2) perbincangan sorotan karya; 3) metodologi yang digunakan dalam

mengukur pengaruh konstruk bebas; 4) perbincangan tentang output hasil analisis;

dan 5) penutup.

SOROTAN KARYA

Kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruh pengguna memilih perbankan Islam

telah banyak dilakukan oleh pengkajian sebelum ini. Antara lain oleh Ahmad Azrin

Adnan (2010) mengkajian faktor-faktor pemilihan perbankan Islam oleh pengguna

Muslim di Terengganu. Dalfiza Mohd Yusof (2013) melakukan kajian faktor-faktor

yang mempengaruhi pengguna Islam di Terengganu memilih pembiayaan

Musyarakah Mutanaqisah. Inke Kesumawati Adnan (2010) menyelidiki faktor-faktor

yang mempengaruh pengguna Muslim memilih penggunaan kad kredit Islam

perbankan Syariah di Bandung di Indonesia. Manakala Erol, Kyanak & El-Bdour

(1994) melihat gelagat pemilihan pengguna terhadap sistem perbankan Islam dan

konvensional di Jordan. Selain kajian tentang faktor-faktor pengguna Muslim

terhadap perbankan Islam, terdapat kajian lain terhadap pemilihan pengguna Muslim

terhadap kewangan lain, misalnya takaful (Juniza Mohamad Jamari, 2012) &

Norafizah Makhtar, 2009) dan Dana Amanah (Mohd Adli Zahri, 2015).

Antara faktor yang sering digunakan menjadi konstruk yang mempengaruh

pemilihan perbankan adalah terdiri daripada konstruk intrinsik, ekstrinsik dan

kepatuhan beragama misalnya kajian Ahmad Azrin Adnan (2010), Dalfiza Mohd.

Yusof (2012), dan Mohd Adli Zahri (2015). Namun dimensi yang mewakili ketiga-

tiga konstruk ini pada umumnya adalah sama. Antara dimensi yang mengambarkan

konstruk intrinsik ialah kefahaman, kesedaran dan persepsi. Misalnya kajian tentang

kefahaman banyak dilakukan, antaranya ialah Nuradili Ridzwan dan Syahidwati

(2007) serta Suzaida Abu Bakar (2003). Bagi kajian tentang kesedaran pula telah

dilakukan oleh Fatimah dan Darna (2006) serta Adiwarman A Karim dan Adi

Zakaria Affif (2005). Kajian mengenai persepsi dilakukan oleh Mohammad

Zulfakhairi Mokhtar (2015), Mohd Adli Zahri (2015), Dalfiza Mohd. Yusof (2012)

dan Ahmad Azrin Adnan (2010).

Dari aspek konstruk ekstrinsik, kebanyakan kajian lepas menggunakan dimensi-

dimensi yang disediakan oleh pihak perbankan Islam kepada penggunanya.

Antaranya reputasi dan pengesyoran, ciri-ciri produk, perkhidmatan yang diberi dan

promosi. Reputasi dan pengesyoran telah digunakan oleh Ahmad Azrin Adnan

(2010). Namun dalam kajian beliau, reputasi telah digugurkan. Dimensi ciri-ciri

produk yang ditawarkan oleh perbankan Islam kepada pengguna banyak telah

digunakan, antaranya kajian yang dilakukan oleh Adli Zahri (2015), Dalfiza Mohd.

Yusof (2012), Ahmad Azrin Adnan (2010) dan Juniza Mohamad Jamari (2012).

Perkhidmatan yang baik oleh perbankan Islam dapat menarik pengguna Muslim

untuk memilihnya. Antara pengkaji yang menggunakan khidmat ini adalah

Mohammad Zulfakhairi Mokhtar (2015), Mohd Adli Zahri (2015), Dalfiza Mohd.

Yusof (2012) dan Ahmad Azrin Adnan (2010).

Page 4: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 738

Begitu juga dimensi kepatuhan beragama yang merupakan perkara asas kepada

pengguna Muslim dalam memilih perbankan Islam, soal halal dan haram menjadi

peraju utama dalam membuat pilihan yang sepatut menjadikan pengguna Muslim

mengaplikasikannya. Konstruk sepatutnya memberikan bukti yang nyata kepada

kajian ini, antara kajian yang menggunakan dimensi ini dalam melihat faktor-faktor

yang mempenagaruhi pemilihan ialah Mohammad Zulfakhairi Mokhtar (2015),

Mohd Adli Zahri (2015), Dalfiza Mohd. Yusof (2012), Ahmad Azrin Adnan (2010)

dan Sonaryo (2012).

Namun kajian mengenai tanggungjawab sosial korporat(CSR) menjadi salah satu

dimensi dalam memilih perbankan Islam khusus amatlah jarang ditemui. Walau

bagaimanapun kajian yang berkaitan dengan CSR perbankan Islam pernah

dilakukan. Misalnya kajian menggenai CSR dari perspektif Islam oleh Asyraf Wajdi

Dusuki dan Humayon Darr (2005). Kajian bentuk falsafah Islam berhubungan

dengan prinsip CSR, kajian mengenai konsep CSR berteraskan Islam baik dari

tasawur, prinsip, kriteria dan persepsi pengguna Muslim terhadap CSR (Muhammad

Yasir Muhammad & Zakaria Bahari, 2011; Zakaria Bahari & Muhammad Yasir

Muhammad, 2014) dan terakhir oleh Zakaria Bahari (2015) yang melakukan kajian

mengenai kefahaman, kesedaran dan persepsi pengguna Muslim di Semenanjung

Malaysia. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh CSR (kefahaman)

pengguna Muslim di Semenanjung Malaysia dalam memilih perbankan Islam.

Adakah dimensi yang lebih dominan dalam mempengaruh pengguna Muslim

melakukkan pemilihan perbankan Islam?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini mengaplikasi reka bentuk diskriptif yang mengggunakan analisis statistik

diskriptif dan inferens serta merupakan kajian empirikal. Pensampelan yang

digunakan merupakan persampelan bertujuan di tiga syarikat takaful terpilih, iaitu

Syarikat Takaful Malaysis Berhad, Syarikat Takaful Etiqa Berhad dan Syarikat

Takaful Ikhlas Berhad. Soal selidik telah diedarkan kepada 1,000 orang responden di

pejabat-pejabat utama di dua bandar utama di setiap negeri, namun data yang layak

diperoses hanya 985 sahaja. Pembahagian lokasi dilakukan mengikut 4 buah zon:

iaitu Zon Tengah terdiri daripada negeri Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan

Selangor; Zon Selatan terdiri daripada negeri Johor dan Melaka; Zon Pantai Timur

terdiri daripada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang; dan Zon Utara terdiri

daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Analisis ini dilakukan

dengan mengaplikasikan pakej Statistik Package for Social Sciences (SPSS) versi 20.

Sebelum dilakukan kajian lapangan sebenar, ujian rintis telah dilakukan berdasarkan

kepada 50 orang responden bagi tujuan mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan

penggunaan data. Bagi maksud melihat hubungan dan pengaruh setiap dimensi CSR

mempengaruhi pemilihan pengguna Muslim memilih perbankan Islam dan juga

konstruk manakah yang paling dominan pengguna Muslim membuat pilihan terhadap

perbankan Islam. Bagi maksud itu regresi pelbagai digunakan untuk dibuat analisis.

ANALISIS HASIL REGRESI PELBAGAI KONSTRUK BERWAKAF

Page 5: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 739

Sebelum dilakukan regresi pelbagai, beberapa prasyarat ujian perlu dilakukan.

Antaranya ialah melibatkan saiz sampel yang memcukupi, tiada data terpencil, tidak

wujud masalah multikolinearan dan singulariti dan bertaburan normal. Korelasi yang

tinggi antara pemboleh ubah bebas akan menyebabkan masalah singulariti. Perkara

ini akan menyebabkan ketepatan menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah bebas

dengan bersandar akan terjejas. Kajian ini dapat dikesan melalui ujian Varian

Inflation Factor dan nilai Tolerance. Nilai Varian Inflation Factor hendaklah berada

dalam lingkungan di antara 0.00 hingga 10.00 dan nilai Tolerance berada di antara

0.00 hingga 1.00 barulah dikatakan tidak wujudnya malasah multikolinearan.

Jadual 1: Keputusan Ujian Statistik Kolineartiti Konstruk Pemilihan

Perbankan Islam

Pembolehubah Peramal Statistik Kolineariti

Tolerance VIF

Intrinsik 0.526 1.901

Ekstrinsik 0.491 2.035

Kepatuhan Beragama 0.715 1.398

Sebelum perbincangan pengaruh konstruk dan dimensi pengguna Muslim di

Semenanjung Malaysia membuat pemilihan terhadap perbankan Islam, perlu

dijelaskan komponen-komponen yang membentuk konstruk tersebut. Konstruk

intrinsik yang terdiri daripada kefahaman, kesedaran dan persepsi pengguna Muslim.

Konstruk ekstrinsik terdiri daripada reputasi dan pengsyoran, ciri-ciri produk,

perkhidmatan produk dan promosi. Konstruk kepatuhan agama terdiri daripada

dimensi kepatuhan agama.

Hasil Ujian Statistik Kolinearan pada Jadual 1 menunjukkan bahawa tidak

berlakunya masalah multikolinearan dan singulariti dalam data ini. Bukti

menunjukkan Varian Inflation Factor adalah lebih daripada 0.00 dan kurang

daripada 10.00. Begitu juga dengan nilai Tolerance yang lebih daripada 0.00 dan

kurang daripada 1.00. Nilai Tolerance yang paling tinggi adalah konstruk kepatuhan

beragama iaitu 0.715, tetapi kecil daripada 1 dan nilai Varian Inflation Factor paling

tinggi adalah konstruk ekstrinsik sebesar 2.035, tetapi lebih kecil daripada 10. Ujian

seterusnya adalah dengan Graf Plot Normal Regresi.

Page 6: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 740

Rajah 1: Graf Plot Normal Regresi Pemilihan Perbankan Islam

Untuk melihat normaliti, lineariti dan hemodekasiti dalam melakukan regresi

berganda, maka penelitian hendaklah dilakukan dengan penghasilan Graf Plot

Normal Regresi seperti dalam Rajah 1. Rajah ini menunjukkan sebahagian besar data

yang dikumpulkan daripada responden bertaburan di atas garisan lurus dari sebelah

bawah kiri ke bahagian atas di sebelah kanan. Ini membukti tidak ada lencongan

besar daripada normaliti (Coakes, 2005). Ini menunjukkan tidak ada masalah

multikolinearan dalam masalah regresi berganda, data bersifat normal, linear dan

mempunyai varian sama (homodekasiti).

Hasil regresi berganda seperti Jadual 2 menunjukkan bahawa konstruk instrinsik

yang terdiri daripada kefahaman Tanggungjawab Sosial Korporat, kesedaran dan

persepsi pengguna Muslim di Semenanjung Malaysia tidak signifikan. Ini bererti dari

segi analisis konstruk kefahaman, kesedaran dan persepsi pengguna Muslim terhadap

pemilihan perbankan Islam tidak berlaku. Konstruk ekstrinsik yang terdiri daripada

reputasi dan pengsyoran, ciri-ciri produk, perkhidmatan produk dan promosi produk

adalah signifikan pada aras keertian 5 peratus, manakala konstruk kepatuhan agama

pula signifikan pada aras keertian 1 peratusan. Ini bermakna kepatuhan beragama

merupakan konstruk yang dominan mempengaruh pengguna Muslim dalam

melakukan pemilihan perbankan Islam dengan nilai kekuatan pengaruhnya, iaitu

nilai betanya ialah 0.972. berbanding dengan konstruk ekstrinsik bernilai 0.024.

Peningkatan 1 peratus kepatuhan beragama kepada pengguna Muslim, pengguna

Muslim akan meningkatkan pemilihan perbankan Islam sebanyak 0.972 peratus.

Jadual 2: Keputusan Analisis Regresi Berganda Konstruk Terhadap Pemilihan

Perbankan Islam

Page 7: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 741

Model R R2 ΔR

2 F B Beta t Sig

1. Constant 0.961a 0.924 0.924 3975.358 -0.378 -8.001 0.000

2. Intrinsik 0.003 0.003 0.229 0.819

3. Ekstrinsik -0.024 -0.024 -1.943 0.052

4. Kepatuhan

Beragama

1.075 0.972 93.422 0.000

ANALISIS HASIL REGRESI PELBAGAI DIMENSI TERHADAP

PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM

Jadual 3 menunjukkan bahawa tidak berlakunya masalah multikolinearan dan

singulariti dalam setiap dimensi.. Nilai Tolerance dimensi yang paling tinggi sebesar

0.686 adalah ciri-ciri produk dan niai Tolerance paling rendah sebesar 0.484

(dimensi kesedaran) yang lebih daripada 0.00 dan kurang daripada 1.00. Begitu juga

dengan nilai Varian Inflation Factor paling rendah ialah 1.457 (dimensi ciri-ciri

produk) dan dan nilai Varian Inflation Factor paling tinggi ialah dimensi kesedaran

(1.526). Bukti kedua-dua nilai ini menunjukkan nalai Varian Inflation Factor adalah

lebih daripada 0.00 dan kurang daripada 10.00.

Jadual 3: Keputusan Ujian Statistik Kolineartiti Setiap Dimensi

Pembolehubah Peramal Statistik Kolineariti

Tolerance VIF

1. Kefahaman 0.518 1.930

2. Kesedaran 0.484 2.068

3. Persepsi 0.588 1.700

4. Reputasi dan Pengesyoran 0.590 1.694

5.Ciri-ciri Produk 0.686 1.457

6. Perkhidmatan Produk 0.563 1.776

7. Promosi Produk 0.550 1.817

8. Kepatuhan Beragama 0.672 1.488

Untuk melihat normaliti, lineariti dan hemodekasiti dalam melakukan regresi

berganda, maka penelitian hendaklah dilakukan dengan penghasilan Graf Plot

Normal Regresi seperti dalam Rajah 2. Rajah ini menunjukkan sebahagian besar data

yang dikumpulkan daripada responden bertaburan di atas garisan lurus dari sebelah

bawah kiri ke bahagian atas di sebelah kanan. Ini menunjukkan tidak ada lencongan

Page 8: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 742

besar daripada normaliti. Ini menunjukkan tidak ada masalah multikolinearan dalam

masalah regresi berganda, data bersifat normal, linear dan mempunyai varian sama

(homodekasiti).

Rajah 2: Graf Plot Normal Regresi Dimensi Pemilihan Terhadap Perbankan

Islam

Untuk melihat normaliti, lineariti dan hemodekasiti dalam melakukan regresi

berganda, maka penelitian hendaklah dilakukan dengan penghasilan Graf Plot

Normal Regresi seperti di Rajah 2. Rajah ini menunjukkan sebahagian besar data

yang dikumpulkan daripada responden bertaburan di atas garisan lurus dari sebelah

bawah kiri ke bahagian atas di sebelah kanan. Ini menunjukkan tidak ada lencongan

besar daripada normaliti. Ini menunjukkan tidak ada masalah multikolinearan dalam

masalah regresi berganda, data bersifat normal, linear dan mempunyai varian sama

(homodekasiti).

Jadual 4: Keputusan Ujian Statistik Kolineartiti Dimensi Terhadap Pemilihan

Perbankann

Model R R2 ΔR

2 F B Beta t Sig

Constant 0.964a 0.929 0.928 1587.161 -0.323 -6.786 0.000

1. Kefahaman -0.024 -0.029 -2.475 0.013

2. Kesedaran 5.654E-005 0.000 0.005 0.996

3. Persepsi 0.012 0.14 1.264 0.207

4. Reputasi dan

Pengesyoran

0.026 0.040 3.582 0.000

5.Ciri-ciri

Produk

0.006 0.008 0.787 0.431

Page 9: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 743

6. Perkhidmatan

Produk

-0.041 -0.048 -4.200 0.000

7. Promosi

Produk

-0.023 -0.033 -2.835 0.005

8. Kepatuhan

Beragama

1.089 0.985 94.417 0.000

Hasil regresi berganda seperti Jadual 4 menunjukkan bahawa dimensi kesedaran,

persepsi dan ciri-ciri produk tidak signifikan. Dua dimensi daripada konstruk

intrinsik (dimensi kesedaran dan persepsi) dan satu dimensi daripada konstruk

ekstrinksik iaitu dimensi ciri-ciri produk. Selain dimensi yang disebutkan tadi, adalah

signifikan, dimensi tersebut adalah kefahaman tanggungjawab sosial korporat

daripada konstruk intrinsik, sedangkan dimensi reputasi dan pengsyoran,

perkhidmatan produk dan promosi produk daripada dimensi ekstrinsik dan konstruk

kepatuhan beragama.

Namun demikian dimensi-dimensi yang signifikan hanya dimensi kefahaman CSR

sahaja yang signifikan kurang daripada aras keertian 5 peratus dan dimensi lain aras

keertian yang kurang daripada 1 peratus. Dimensi kepatuhan beragama merupakan

dimensi yang mempunyai kekuatan hubungan yang kuat dengan pemilihan

perbankan Islam oleh pengguna Muslim dengan nilai beta yang paling tinggi, iaitu

0.985. Keadaan ini dibuktikan dengan nilai beta konstruk kepatuhan beragama (nilai

betanya ialah 0.975). Ini bererti setelah lebih 30 tahun penubuhan bank Islam di

Malaysia telah dapat membuka peluang kepada pengguna Muslim yang

mengalamkan kehidupan secara Islam tetap akan memilih perbankan Islam kerana

patuh pada agama dan kurang dipengaruhi oleh faktor ekstrinsik, apa lagi pengaruh

CSR yang ditawarkan.

Walau bagaimanapun, dimensi perkhidmatan dan promosi yang signifikan

mempunyai hubungan yang berlawanan dan tidak mengikut ramalan. Hanya dimensi

reputasi dan pengesyoran menunjukkan arah hubungan yang positif. Yang membawa

maksud reputasi perbankan, baik daripada aspek pengurusan, keuntungan dan patuh

syariah dan pengesyoran daripada keluarga, teman dan iklan telah berjaya membawa

pengguna Muslim memilih perbankan Islam.

PENUTUP

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepatuhan beragama merupakan faktor yang

paling besar mempengaruhi masyarakat Islam di Semenanjung Malaysia untuk

membuat pilihan memilih perbankan Islam di Semenanjung Malaysia. Perkara ini

dapat dilihat dengan nilai beta yang paling tinggi, iaitu 0.985. Kemudian diikuti oleh

konstruk perkhidmatan yang signifikan pada aras keertian 5 peratus. Hanya konstruk

intrinsik yang tidak signifikan. Analisis dari aspek pengaruh dimensi pula, didapati

kepatuhan beragama merupakan dimensi yang utama mempengaruhi orang ramai

berwakaf, iaitu nilai beta 0.972 dan diikuti dengan dimensi reputasi dan pengesyoran

(0.040). Dimensi kefahaman CSR, perkhidmatan produk dan promosi signifikan

tetapi mempunyai arah yang negatif. Kesemua nilai beta ketiga-tiga dimensi ini

adalah kurang daripada nilai 0.05 yang mengambarkan pengaruh ketiga-tiga ini

amatlah kecil sekali, baik hubungannya negatif mahupun positif. Perkara ini berlaku

Page 10: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 744

kerana faktor kepatuhan beragama adalah tinggi sekali, iaitu 0.972 mendekati satu

berbanding dimensi lainnya.

RUJUKAN

Adiwarman A. Karim & Adli Zakaria Affif. (2005). Islamic Bank Consumer

Behaviour in Indonesia: A Qualitatitive Approach. The 6th International

Conference on Islamic Economics and Finance

Coakes, S.J. (2005). SPSS Version 12.0 for Windows Analysis without Anguish.

Australia: National Library of Australia.

Dalfiza Mohd. Yusof. (2012). Faktor-faktor Penerimaan Pembiayaan Perumahan

Masyarakah Mutanaqisa dalam Kalangan Pengguna Muslim Terengganu

Selatan. Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan) Pusat Kajian Pengurusan

Pembangunan, Universiti Sains Malaysia.

Erol, Kyanak & El-Bdour (1994). Attitude, Behavior and Patronage Factors of Bank

Customers towards Islamic Banks. International Journal of Bank Marketing,

7(6).

Inke Kesumawati Adnan (2010). Persepsi Masyarakat Muslim Bandung Terhadap

Pemilihan Kad Kredit Syariah. Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan) Pusat

Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains Malaysia.

Juniza Mohamad Jamari. (2012). Sambutan Pelajar Muslim Universiti Sains

Malaysia (USM) Terhadap Takaful Hayat. Disertasi Sarjana (tidak

diterbitkan) Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains

Malaysia.

Mohammad Zulfakhairi Mokhtar (2015). Konsep Niat Dalam Tingkah Laku

Berteraskan Islam dan Faktor-faktor Mempengaruhi Niat untuk Berwakaf

Tunai dalam Kalangan Staf Muslim Universiti Sains Malaysia (USM).

Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan) Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan,

Universiti Sains Malaysia.

Mohd. Adli Zahri. (2015). Persepsi Pelajar Muslim Univerisiti Sultan Zainal Abidin

(UniSZA) Terhadap Faktor Pemilihan Pelaburan Dana Amanah Islam (DAI).

Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan)), Pusat Kajian Pengurusan

Pembangunan, Universiti Sains Malaysia.

Muhammad Yasir Yusof. (2011). Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social

Responsibility) dalam Perspektif al-Quran. Jurnal Ilmiah Al-Mu’Mu’ashirah

Media Kajian Al-Quran dan Al-Hadiths Perspektif. Vol. 8. No. 2 Juli (hal

163-180).

Muhammad Yasir Yusof. (2012). Tanggungjawab Sosial Korporat Institusi

Perbankan Islam di Aceh: Analisis Kriteria dan Persepsi. Tesis Doktor

Falsafah (tidak dicetak) di Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan.

Steiner, George A. & John. F. (1994). Business, Government, and Socity: A

Managerial Perspective. Text and Cases. Singapore. McGraw Publishing

Sdn. Bhd.

Suzaida Abu Bakar. (2003). Persepsi Masyarakat Akademik di Universiti Awam

Tempatan Terhadap Sistem Perbankan Islam. Tesis Sarjana (tidak

diterbitkan). Universiti Utara Malaysia.

Zakaria Bahari & Muhamad Yasir Yusof. (2014). Corporate Social Responsibility In

Islam Banking Institution in Aceh: Analysis of Criteria and Perception.

Page 11: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 745

Journal of Education and Social Research. MCSER Publishing. Rome Italy.

Vol. 4 No.2 (hal 390-480)

Zakaria Bahari. (2015). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tanggungjawab Sosial

Korporat Perbankan Islam di Malaysia. Prosiding Bengkel RUT, ISDEV.

Bilik Persidangan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains

Malaysia, 2-4 Mac.