profesor dato’ zakaria stapa institut islam hadhari ukm...

48
Profesor Dato’ Zakaria KEUTUHAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH (ASWJ) DI MALAYSIA DALAM MEMERTABATKAN AGAMA ISLAM 1 Oleh Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM (Email: [email protected]) PENDAHULUAN Sesungguhnya mazhab atau aliran ASWJ merupakan satu manhaj yang memperincikan secara syumul keseluruhan ajaran agama Islam untuk menjelaskan perihal bagaimana seseorang Muslim itu sewajibnya meyakini, mengamalkan dan menghayati sepenuhnya ajaran Islam tersebut. Ia merupakan satu bentuk tatacara atau gaya hidup syumul bagi diikuti oleh seseorang Muslim, merangkumi aspek-aspek pegangan akidah, amalan fiqh serta penghayatan akhlak dalam kehidupan harian mereka. Adalah suatu perangkaan yang diterima umum bahawa penganut yang berpegang kepada mazhab ASWJ merupakan 90 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia masa kini. Ini menunjukkan bahawa mazhab ASWJ merupakan golongan arus perdana umat Islam sejak zaman berzaman. Dari sudut ini sahaja pun sudah boleh menunjukkan betapa aliran ASWJ merupakan satu aliran atau mazhab yang orthodox dan autentik mewakili keseluruhan ummah dengan membawa bendera kebenaran dan ketulenan ajaran Islam yang maha suci. Ini kerana, menjadi amat sukar diterima akal majoriti sebegitu besar ummah akan bersekongkol memperakui perkara yang sesat dan tidak benar. Di rantau Nusantara ini, aliran atau mazhab ASWJ telah diterima pakai dalam kehidupan harian ummah sejak mula kedatangan Islam ke rantau ini sehingga ke hari ini. Pola pemegangan, pengamalan dan penghayatan rantau ini terhadap aliran ASWJ adalah tertumpu kepada aliran al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah dari segi akidah; al-Shafi’iyyah dari segi fiqh dan dalam aspek akhlak dan tasawuf pula bersumber dan berpandukan pendekatan yang dihayati oleh al-Ghazali. Pola pemegangan dan pengamalan sebegini ternyata telah berjaya menyumbang kedamaian dan keharmonian dalam kehidupan beragama di rantau ini. Dalam lain perkataan, aliran ASWJ sebagaimana yang dipegang, diamal dan dihayati di rantau ini telah menjadi paksi perpaduan ummah, sehingga sejarah rantau ini tidak pernah mencatatkan berlakunya pertumpahan darah dan huru hara atas nama agama. Dengan itu, ASWJ merupakan satu aset yang amat bernilai yang mesti dijaga dan dipertahan sebaik mungkin walau terpaksa melibatkan harga yang amat tinggi demi perpaduan dan kemajuan ummah, khususnya di rantau Nusantara ini. Bagaimanapun, akhir-akhir ini ternyata bahawa aliran ASWJ secara keseluruhan ataupun aliran al- Asha’irah dan al-Maturidiyyah yang merupakan aliran pemikiran akidah dalam ASWJ secara khusus, cuba digugat dan dihimpit oleh pihak-pihak tertentu yang muncul dalam suatu gelombang, dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan peralatan, bertujuan untuk menghancurkannya atau paling kurang mengkaburkan wajah dan identitinya dalam pandangan dan persepsi ummah (Zakaria 2011, 40-41). 1 Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah: Pengukuhan Akidah Menurut Manhaj Wasatiyyah, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Pusat Islam Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, pada 28 Oktober 2015, bertempat di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

Upload: lymien

Post on 05-Feb-2018

278 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

KEUTUHAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH (ASWJ) DI MALAYSIA DALAM MEMERTABATKAN

AGAMA ISLAM1

Oleh

Profesor Dato’ Zakaria Stapa

Institut Islam Hadhari

UKM

(Email: [email protected])

PENDAHULUAN

Sesungguhnya mazhab atau aliran ASWJ merupakan satu manhaj yang memperincikan secara syumul

keseluruhan ajaran agama Islam untuk menjelaskan perihal bagaimana seseorang Muslim itu sewajibnya

meyakini, mengamalkan dan menghayati sepenuhnya ajaran Islam tersebut. Ia merupakan satu bentuk tatacara

atau gaya hidup syumul bagi diikuti oleh seseorang Muslim, merangkumi aspek-aspek pegangan akidah, amalan

fiqh serta penghayatan akhlak dalam kehidupan harian mereka.

Adalah suatu perangkaan yang diterima umum bahawa penganut yang berpegang kepada mazhab

ASWJ merupakan 90 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia masa kini. Ini menunjukkan bahawa

mazhab ASWJ merupakan golongan arus perdana umat Islam sejak zaman berzaman. Dari sudut ini sahaja pun

sudah boleh menunjukkan betapa aliran ASWJ merupakan satu aliran atau mazhab yang orthodox dan autentik

mewakili keseluruhan ummah dengan membawa bendera kebenaran dan ketulenan ajaran Islam yang maha suci.

Ini kerana, menjadi amat sukar diterima akal majoriti sebegitu besar ummah akan bersekongkol memperakui

perkara yang sesat dan tidak benar.

Di rantau Nusantara ini, aliran atau mazhab ASWJ telah diterima pakai dalam kehidupan harian

ummah sejak mula kedatangan Islam ke rantau ini sehingga ke hari ini. Pola pemegangan, pengamalan dan

penghayatan rantau ini terhadap aliran ASWJ adalah tertumpu kepada aliran al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah

dari segi akidah; al-Shafi’iyyah dari segi fiqh dan dalam aspek akhlak dan tasawuf pula bersumber dan

berpandukan pendekatan yang dihayati oleh al-Ghazali. Pola pemegangan dan pengamalan sebegini ternyata

telah berjaya menyumbang kedamaian dan keharmonian dalam kehidupan beragama di rantau ini. Dalam lain

perkataan, aliran ASWJ sebagaimana yang dipegang, diamal dan dihayati di rantau ini telah menjadi paksi

perpaduan ummah, sehingga sejarah rantau ini tidak pernah mencatatkan berlakunya pertumpahan darah dan

huru hara atas nama agama. Dengan itu, ASWJ merupakan satu aset yang amat bernilai yang mesti dijaga dan

dipertahan sebaik mungkin walau terpaksa melibatkan harga yang amat tinggi demi perpaduan dan kemajuan

ummah, khususnya di rantau Nusantara ini.

Bagaimanapun, akhir-akhir ini ternyata bahawa aliran ASWJ secara keseluruhan ataupun aliran al-

Asha’irah dan al-Maturidiyyah yang merupakan aliran pemikiran akidah dalam ASWJ secara khusus, cuba

digugat dan dihimpit oleh pihak-pihak tertentu yang muncul dalam suatu gelombang, dengan menggunakan

pelbagai pendekatan dan peralatan, bertujuan untuk menghancurkannya atau paling kurang mengkaburkan

wajah dan identitinya dalam pandangan dan persepsi ummah (Zakaria 2011, 40-41).

1 Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah: Pengukuhan Akidah Menurut Manhaj Wasatiyyah, anjuran

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Institut Wasatiyyah

Malaysia (IWM), Pusat Islam Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, pada 28 Oktober 2015, bertempat di

Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

Page 2: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

Oleh itu, dalam keadaan sekarang satu gerakan terancang daripada pihak ASWJ amat perlu dilancarkan

untuk mempertahan dan mengesahkan kelangsungan hayat mazhab arus perdana ummah yang merupakan firqah

najiah ini. Ia tidak wajar sama sekali dibiar untuk digugat bagi meruntuhkan keseluruhan sendi-sendinya atau

diasak dengan pelbagai cara untuk menolak atau menidakkan kesahihan misalnya aliran pemikiran akidah yang

sudah demikian kukuh kedudukannya dalam mazhab tersebut. Dalam suasana sebegini, perlulah dipertegas

secara sungguh-sungguh dan diperjelas serta disebarluaskan secara terancang dan sistematik aspek-aspek utama

yang mengungguli dan menunjangi kekuatan mazhab ASWJ ini. Dalam konteks rantau Nusantara secara khusus

dan dunia Islam seluruhnya, perkara ini amat penting sekali diambil tindakan secara segera dan bijaksana oleh

pihak ASWJ bagi menjamin dan mengesahkan ummah seluruhnya tidak terperangkap dalam kekeliruan dan

ketidak-pastian yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam kesesatan, di samping boleh pula membawa

kepada perpecahan dan pertumpahan darah dalam kalangan ummah seperti yang telah dan sedang terjadi di

beberapa negara orang Islam masa kini.

Dalam konteks semasa, sesungguhnya umat Islam seluruhnya sudah tidak ada masa untuk berpecah

dan berperang sesama sendiri atas nama atau sebab apa sekalipun, lebih-lebih lagi atas nama agama. Ini ialah

kerana mereka sedang berhadapan dengan sebuah tamadun kebendaan Barat yang terus-terusan tanpa henti-

henti berusaha dengan pelbagai cara bagi menidakkan keupayaan mereka untuk muncul sebagai pembawa obor

rahmat ke serata alam; iaitu satu tugas kemanusiaan yang amat berat yang diamanahkan oleh Allah SWT ke atas

batu jemala umat Islam untuk disempurnakan. Dan di sinilah sesungguhnya ASWJ yang dianuti oleh lebih 90%

umat Islam seluruh dunia itu perlu memainkan peranan besar menyatu-padukan ummah di bawah panji-

panjinya. Sesungguhnya hanya dengan bersatupadu sahaja umat Islam masa kini akan berupaya mengesakan

tekad dan azam, mengembeling tenaga dan kudrat untuk bangun berdiri tegap dengan jati diri mereka dan

seterusnya bergerak maju ke hadapan menerajui arah tuju perjalanan harian manusia di dunia ini, sepertimana

satu ketika dahulu telah dibuktikan keupayaan berbuat demikian oleh golongan umat Islam. Oleh itu, dalam lain

perkataan, apa yang dicatatkan di sini bukanlah satu perkara mustahil untuk direalisasikan oleh umat Islam masa

kini, kerana sejarah dunia telah merakamkan perihal keupayaan umat Islam satu ketika dahulu; kalau dulu boleh

kenapa sekarang tidak? Apa yang mesti dilakukan oleh umat Islam semasa ialah berusaha secara penuh

bijaksana bagi mengulangi kembali perkara-perkara yang telah dilakukan oleh saudara-saudara mereka pada

satu masa dahulu. Di sinilah ASWJ bersama-sama dengan segala kekuatan dan keistimewaan yang dimilikinya

dilihat sebagai amat munasabah sekali diserahkan mandat dan tanggung jawab untuk melaksankan tugas

kemanusiaan yang maha berat yang masih tertangguh semenjak kejatuhan umat Islam sehingga kini.

Oleh itu, tulisan ini yang merupakan satu usaha kecil ke arah merealisasikan harapan besar seperti

tercatat di atas, akan cuba memaparkan secara menyeluruh bagi mengesah dan menegaskan kebenaran aliran

ASWJ—definisi, ciri, manhaj serta golongan yang setepatnya bernaung di bawah panji-panjinya--tidak cuma

dapat difahami dengan baik selok beloknya oleh khalayak ummah, tetapi juga dapat mengelak berlakunya

kekeliruan dan kekaburan yang boleh mengundang perpecahan dalam kalangan ummah. Dengan itu, mudah-

mudahan, akan dapat diharapkan berkumpulnya seluruh ummah di bawah kesatuan panji-panji ASWJ bagi

menggerak dan meneruskan perjuangan murni kemanusian yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada umat

Islam seluruhnya menerusi misi yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sebagaimana

terungkap dalam firman Allah, Surah al-Anbiya’ ayat 107 [yang bermksud]: “ Dan tiadalah Kami mengutus

kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam”. Sesungguhnya inilah jihad

agong ummah semasa yang mesti dijayakan sepenuhnya sekalipun terpaksa mengorbankan segala apa yang

mereka miliki.

Bagaimanapun, untuk membicarakan mauduk tulisan ini dengan lebih detil—untuk maksud

mempertegaskan kedudukan ASWJ dan menjelaskan kewibawaan serta keutuhan ASWJ di Malaysia bumi

bertuah ini—maka tulisan ini perlu dibahagikan kepada dua bahagian seperti berikut:

Page 3: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

1. Mempertegaskan ketepatan segi-segi ASWJ—definisi, prinsip, manhaj, ciri dan golongan yang

bernaung di bawahnya. Hal ini terutamanya berbangkit atas sebab wujudnya pihak-pihak tertentu yang

mendakwa bahawa merekalah sebenarnya ASWJ bukan pihak lain.

2. Menjelaskan kewibawaan dan keutuhan ASWJ di Malaysia. Hal ini pula berbangkit atas sebab

Perlembangan Persekutuan tidak mengkhususkan mazhab ASWJ kepada agama Islam yang menjadi

agama Persekutuan seperti yang terdapat dalam Perlembangan tersebut.

BAHAGIAN I: ASWJ ITU

SEBENARNYA APA?

ASWJ: PENGGUNAAN ISTILAH DAN DEFINISI

Penggunaan Istilah

Sesungguhnya, istilah Ahli Sunah Waljamaah sudah wujud sejak zaman Rasulullah SAW (al-Baghdadi t. th.)

lagi, namun ia menjadi lebih ketara dan lebih jelas selepas zaman Rasulullah SAW dan Sahabat, sesuai dengan

perkembangan dan keperluan umat Islam pada ketika itu. Istilah ini mengambil dasar dan sumbernya daripada

al-Quran dan Sunah. Umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan Sahabat serta zaman-zaman seterusnya yang

disebut di dalam al-Quran sebagai al-Sābiqūn al-Awwalūn adalah umat yang mempunyai jiwa yang kuat

dipengaruhi roh al-Quran dan Sunah. Dasar pengambilan dan penolakan mereka terhadap sesuatu urusan dan

perkara adalah merujuk kepada al-Quran dan Sunah, justeru istilah yang diberikan kepada mereka iaitu

golongan selepas zaman Sahabat ini adalah selari dan bertepatan dengan Nas al-Quran dan Sunah itu sendiri

(Mohd Sulaiman Yasin 1997: 16)2. Secara khususnya, dapat difahami bahawa penamaan Ahli Sunah Waljamaah

adalah merujuk kepada pegangan, keyakinan, pengamalan serta sifat dan ciri-ciri yang dimiliki oleh golongan

yang datang selepas zaman Sahabat Rasulullah SAW yang menjadikan al-Quran dan Sunah sebagai sumber

rujukan utama mereka dalam setiap aspek kehidupan.

Berdasarkan al-Quran dan Sunah, terdapat beberapa ayat dan Hadis yang membuktikan bahawa istilah

Ahli Sunah Waljamaah adalah istilah yang mempunyai sandaran yang kuat kepada al-Quran dan Sunah

sebagaimana berikut:

Pertama: al-Quran memerintahkan supaya mentaati Rasulullah s.a.w dengan mengikuti Sunahnya. Allah

berfirman:

سول ولذي القربى واليتامى والمساك على رسوله من أهل القرى فللهه وللره ول بين ما أفاء للاه و ا يل ك ين وابن السه

سول فخذوه وما نهاكم ع م وما آتاكم الره شدد العقاب األغنياء من ه للاه إ 3نه فانتهوا واتهقوا للاه

Maksudnya: Apa yang Allah s.w.t kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta

penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah

s.w.t, dan bagi Rasulullah s.a.w, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah s.a.w), dan anak-anak

yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang

demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan

kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w kepada kamu maka terimalah

serta amalkan, dan apa jua yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah larangannya,

2Bandingkan dengan Muhamad Yusri 2004: 25-35.

3 Al-Quran, Al-Hasyr 59: 7

Page 4: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

dan bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t; Sesungguhnya Allah s.w.t amatlah berat azab

seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).

Justeru, seseorang atau segolongan manusia yang mentaati Rasulullah s.a.w. dengan mengikuti segala

yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Baginda dikategorikan

sebagai Ahli Sunah Waljamaah. Selain itu, al-Quran juga menyuruh umat Islam supaya mengikuti ijmak ulama,

sebagaimana firman Allah S.W.T:

Kedua: al-Quran menyuruh umat Islam supaya mengikuti ijmak Ulama. Firman Allah s.w.t:

ع غير سيل المؤمنين نوله ما ت سول من بعد ما تيهن له الهدى وته ا ومن شاقق الره ير م هنهم وساء له 4ولهى ون

Maksudnya:Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah s.a.w sesudah terang nyata

kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikuti jalan yang lain dari

jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan

(kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke

dalam neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Justeru, Ahli Sunah Waljamaah ialah mereka yang mengikuti dan mengambil contoh sikap para

Sahabat dan Tabiᶜīn serta ulama-ulama Islam, malah tidak pernah membelakangi golongan-golongan ini dalam

apa jua perkara. Mereka adalah golongan yang tidak mengikuti jalan yang lain selain daripada jalan orang-

orang yang beriman sebagaimana yang disebut dalam al-Quran. Jalan inilah jalan yang disepakati (ijmac)

kebenarannya oleh para ulama sejak dahulu hingga ke hari ini.

Ketiga: Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa kurun yang terbaik dari kalangan umat Islam adalah tiga

kurun yang terawal iaitu kurun Rasulullah s.a.w, para Sahabat, Tabiᶜīn dan AtbaᶜTabiᶜīn, dengan maksud supaya

umat Islam mengikuti jejak langkah mereka. Sabda Rasulullah s.a.w ketika menjawab pertanyaan seorang

Sahabat:

5ثم الذن لونهم... خير أمت القر الذن بعثت فيهم

Maksudnya: Sebaik-baik umatku adalah mereka yang hidup dalam kurun yang aku

dibangkitkan, kemudian kurun sesudah mereka…

Berdasarkan Hadis di atas, Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa generasi umat Islam yang hidup

dalam tiga kurun yang pertama merupakan generasi terbaik sehingga mendapat pengiktirafan daripada Baginda

s.a.w sendiri. Generasi ini terdiri daripada kalangan Sahabat, Tabiᶜīn, dan seterusnya adalah golongan yang

bersih dari bidah. Mereka menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan mengharamkan apa

yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w. sebagai suri tauladan dan

contoh ikutan bagi generasi sesudah mereka.

Keempat: Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda lagi bahawa umat Baginda tidak akan berijmaᶜ atau bersepakat

dalam suatu kesesatan yang nyata. Rasulullah s.a.w bersabda:

6إ أمت ا تجتمع على ضالل . فإذا رأتم اختالفا فعليم بالسوا األعظم

4 Al-Quran, Al-Nisā’ 4: 115.

5 Muslim. Sahih Muslim. Kitāb Faḍā’il al-Sahabah Radhiyallāhu Taᶜāla ᶜAnḥum. Bab Faḍl al-Sahābah Thumma al-Lazīna Yalūnahum Thumma al-Lazīna Yalūnahum.

6Ibn Majah. Sunan Ibn Majah. Kitab al-Fitan. Bab al-Sawād al-Aᶜẓham.

Page 5: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

Maksudnya: Sesungguhnya umat aku tidak akan bersepakat dalam kesesatan. Sekiranya kamu

melihat perselisihan dalam kalangan mereka, maka ikutilah golongan yang paling ramai

ahlinya.

Umat Nabi Muhammad s.a.w yang taat adalah umat yang tidak akan melakukan kemaksiatan dan

pendustaan kepada Nabi sekalipun dia berada dalam situasi keseorangan, apatah lagi apabila ia berada dalam

kelompok yang ramai. Mereka sekali-kali tidak akan bersepakat dalam kesesatan kerana mereka sangat takut

melakukan kemaksiatan dan pendustaan terhadap Nabi s.a.w.

Kelima: Rasulullah s.a.w bersabda lagi bahawa umat Islam selepas Baginda perlu berpegang kepada Sunah

Baginda dan ijmak para Sahabat berdasarkan Hadis:

أوصيم بتقوى للا والسمع والطاع وإ عد حش فإنه من عش منم رى اختالفا كثيرا وإاكم ومحدثا األمور فإنها ضالل

7 فمن أرك ذلك منم فعليم بسنت وسن الخلفاء الراشدن المهدين عضوا عليها بالنواذ

Maksudnya: Aku wasiatkan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah s.w.t, dengarlah dan

taatlah, meskipun kamu dipimpin oleh seorang hamba habshi. Sesungguhnya barangsiapa

diantara kamu yang masih hidup sesudah pemergianku, ia akan melihat banyak perselisihan

yang akan berlaku dan jauhilah perkara-perkara yang baharu, sesungguhnya ia adalah suatu

kesesatan. Barangsiapa dari kalangan kamu yang mendapati perkara tersebut, maka ketika itu

hendaklah kamu berpegang teguh kepada Sunahku dan Sunah Khulafā’ al-Rāshidīn al-

Mahdiyyīn. Gigitlah ia (sunah itu) dengan gerahammu.

Rasulullah s.a.w telah memberikan satu jalan untuk diikuti oleh umatnya. Mereka yang mengikuti jalan

Baginda dan Khulafā’ al-Rāshidīn adalah umat yang berjaya di dunia dan akhirat. Mereka adalah golongan yang

sentiasa mendahulukan sunah Rasulullah s.a.w dan kemudian diikuti sunah khalifah yang empat. Mereka inilah

yang mendapat gelaran Ahli Sunah Waljamaah sebagaimana yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w dalam

Hadis Baginda s.a.w.

Keenam: Firman Allah dalam surah Āli ᶜImrān, ayat 106:

ا ت الهذن وأمه وههم ابيضه فف و رحم فيها هم للاه 8خالدو

Maksudnya: Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada

dalam limpah rahmat Allah s.w.t (Syurga), mereka kekal di dalamnya.

Ibn Abbas menafsirkan orang yang putih berseri mukanya dalam ayat di atas adalah merujuk kepada

golongan Ahli Sunah Waljamaah dan Ahli Ilmu (al-Lalaka’i 2005: 72).

Ketujuh: Istilah al-Jamāᶜah juga telah disebutkan oleh Ibn Jawzī dalam Manāqib Imam Aḥmad bin Ḥanbal

bahawa anaknya ᶜAbdullāh meriwayatkan bahawa bapanya pernah menyebut (al-Nashshār dan al-Talibi 1971:

9):

“Antara sifat mukmin dalam Ahli Sunah Waljamaah ialah mengembalikan perkara-perkara

yang ghaib itu kepada Allah s.w.t”.

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, jelas bahawa istilah Ahli Sunah Waljamaah adalah istilah yang datang

dari al-Quran dan Sunah dan ia menyarankan umat Islam selepas zaman mereka ini mengikuti jejak langkah

7 Al-Tirmidhi. Al-Jāmiᶜ al-Sahīh Sunan al-Tirmīdhi. Kitab al-ᶜIlm. Bab al-Akhzu Bi al-Sunnah Wa Ijtināb al-Bidᶜa.

8 Al-Quran, Āli ᶜImrān 3: 106.

Page 6: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

golongan al-Sābiqūn al-Awwalūn yang telah diiktiraf oleh Allah s.w.t Ternyata ia bukan istilah yang direka

semata-mata mengikut kehendak hawa nafsu, bahkan ia datang dari apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Sungguhpun al-Quran dan Sunah tidak menjelaskan secara terperinci nama yang diistilahkan dan juga

tidak merujuk kepada mana-mana golongan tertentu yang digelar sebagai Ahli Sunah Waljamaah, istilah Ahli

Sunah Waljamaah ini adalah istilah yang jelas diisyaratkan oleh dua sumber perundangan tersebut. Istilah Ahli

Sunah Waljamaah tidak diperkenalkan pada zaman Rasulullah s.a.w dan Sahabat adalah kerana faktor tertentu.

Menurut Mohd Sulaiman Yasin (1997: 19) bukan tidak timbul persoalan dalam jiwa mereka ini untuk

memberikan nama bagi golongan ini, tetapi mereka takut untuk memberikan satu istilah yang tidak benar-benar

menepati dengan apa yang dikehendaki oleh Nas yang jelas tersebut, di samping wujud faktor yang menghalang

mereka dari memberi penamaan tersebut pada zaman Rasulullah SAW dan Sahabat.

Mohd Sulaiman Yasin (1997: 19) menjelaskan lagi bahawa antara faktornya ialah mungkin kerana bagi

mereka, istilah Sahabat adalah suatu istilah yang sangat istimewa, berbanding istilah Ahli Sunah Waljamaah,

yang ditujukan pada satu golongan yang sangat mulia di sisi Allah s.w.t dan golongan yang sangat-sangat

hampir dengan Nabi. Tidak ada lagi satu golongan pun sesudah zaman Sahabat ini yang menamakan diri mereka

dengan istilah Sahabat, dan ini menunjukkan betapa mulianya istilah itu. Selain itu antara faktor lain ialah

mungkin kerana pada zaman Rasulullah s.a.w dan Sahabat, istilah Ahli Sunah Waljamaah ini barangkali tidak

perlu kerana ketika itu tidak wujud gejala firqah dan bidcah yang bersandarkan pada nama mereka sehingga

memerlukan kepada suatu istilah yang disepakati kebenarannya sebagaimana yang berlaku selepas berakhir

zaman Sahabat.

Definisi Ahli Sunah Waljamaah

Sunah menurut bahasa adalah Tarīqah atau Sīrah; bermaksud cara atau jalan yang diikuti sama ada jalan yang

baik atau buruk (Ibn Manẓūr 1955: 218).

Rasulullah s.a.w bersabda:

من سن ف اإلسالم سن حسن فعمل بها بعده كتب له مثل أر من عمل بها و ا نقص من أورهم شء ومن سن ف

9 سيئ فعمل بها بعده كتب عليه مثل وزر من عمل بها و ا نقص من أوزارهم شءاإلسالم سن

Maksudnya: Barangsiapa yang melakukan suatu sunah yang baik dalam Islam dan ia

diamalkan selepasnya, maka ditulis baginya pahala seperti pahala orang yang beramal

dengannya tanpa dikurangi pahala mereka sedikitpun. Barangsiapa yang melakukan suatu

sunah yang buruk dalam Islam, kemudian diamalkan selepasnya, maka ditulis baginya dosa,

seperti dosa orang yang mengamalkannya, tanpa dikurangi dosa mereka sedikitpun.

Pentakrifan mengenai Sunah menurut istilah mempunyai banyak pendapat. Menurut ulama Fiqh,

mereka menakrifkan Sunah sebagai sesuatu yang diterima daripada Rasulullah s.a.w dari sudut perkara-perkara

yang berkaitan dengan wajib, sunat, harus, makruh dan haram (Mustafa al-Sibaᶜi 1985: 47). Menurut ulama

akidah pula, Sunah adalah petunjuk yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan diikuti para Sahabatnya dari sudut

ilmu dan iktiqad, perbuatan mahupun perkataan. Iawajib diikuti dan diamalkan. Orang yang mengikutinya akan

dipuji dan mereka yang menyalahinya akan dikeji (Muhamad bin Ibrāhīm al-Ḥamd 1416H: 21). Menurut ulama

Usul Fiqh pula, mereka mendefinisikan Sunah sebagai satu perkara yang dinaqal dari Rasulullah s.a.w sama ada

dari sudut perkataan atau perbuatan mahupun taqrīr baginda (al-Sibāᶜi 1985: 47).

9Muslim. Sahih Muslim. Kitāb al-ᶜIlm. Bab Man Sanna Sunnatan Hasanah Aw Sayyi’ah Wa Man Daᶜā ila Ḥuda Aw Ḍhalālah.

Page 7: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

Pentakrifan mengenai Sunah menurut istilah dalam pandangan ulama muta’akhirin pula ialah mereka

bersepakat mendefinisikan bahawa lafaz sunah apabila digunakan maka ia mengarahkan kepada jalan yang

diambil oleh Nabi Muhamad s.a.w dan seluruh Sahabat beliau sama ada dari sudut ᶜilmi, amali, akhlak dan adab

sehingga meliputi keseluruhan aspek kehidupan manusia (al-Miṣrī t.th: 41).

Sufyan al-Thawri (al-Miṣrī t.th: 41) pula berpendapat bahawa maksud golongan Ahli Sunah adalah dari

kalangan a’immah yang mengikuti sunah iaitu golongan yang mengikuti jalan yang diambil oleh Nabi s.a.w dan

para Sahabatnya. Dalam kata lain, ia adalah jalan yang selamat dan jauh dari syubhat dan syahwat.

Kalimah ‘Jamaah’ pula dalam konteks definisi Ahli Sunah Waljamaah pula bermaksud ijmak atau

persepakatan para Sahabat atau ulama, sama ada dari sudut suluk amalinya mahupun akidahnya. Ia berasaskan

kepada Manhaj Ahli Sunah Waljamaah yang sebenar seperti mana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w lalu

diperturunkan oleh golongan Salaf al-Ṣālih kepada kita sehingga ke hari ini (Mohd Sulaiman Yasin 1997: 27).

Sebahagian ulama berpendapat bahawa maksud ‘Jamaah’ di sini adalah para Sahabat Nabi s.a.w dan bukan dari

kalangan golongan selepas mereka (al-Miṣrī t.th: 45). Al- Miṣrī (t.th: 45) memetik pandangan al-Marwi yang

mengatakan ᶜUmar ᶜAbdul Azīz r.a. pernah menyebut bahawa:

Mereka adalah golongan yang mendirikan tiang-tiang agama serta mempertahankannya,

mereka adalah golongan yang tidak bersepakat dalam perkara kesesatan.

Pandangan ini menunjukkan bahawa lafaz ‘Jamaah’ adalah bersesuaian dengan lafaz yang disebut

dalam riwayat yang lain iaitu dari Hadis Nabi s.a.w yang berbunyi:

ما أنا عليه وأصحاب

Maksudnya: Jalan yang diambil oleh aku dan para Sahabatku

Sebilangan ulama lain berpandangan bahawa lafaz ‘Jamaah’ merujuk kepada Ahli Ilmu, Ahli Fiqh dan

Ahli Hadis dari kalangan ulama Mujtahid. Ini kerana menurut al-Bukhari, golongan ini telah dijadikan oleh

Allah s.w.t sebagai hujah kepada sekalian makhluk supaya mereka ini diikuti dalam urusan agama. Pandangan

ini dikuatkan oleh Imam al-Tirmidhi ketika menafsirkan kalimah ‘Jamaah’ di sisi Ahli Ilmu bahawa mereka

adalah dari kalangan ulama Fiqh, Ahli Ilmu dan Ahli Hadis (al-Miṣrī t.th: 45). Sebilangan ulama lain

berpendapat bahawa lafaz Jamaah merujuk kepada golongan Ahli Islam yang bersepakat dan sama pandangan

jika terdapat satu-satu masalah dari masalah-masalah yang wujud dalam Syarak. Lafaz ini juga merujuk kepada

Ahli Ijmak apabila mereka bersepakat dalam satu-satu perkara atau hukum sama ada dalam persoalan Syarak

mahupun iktikad. Pandangan ini diambil dari Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Umat aku tidak akan

bersepakat dalam kesesatan” (al-Miṣrī t.th: 45).

Pandangan-pandangan di atas jelas menunjukkan bahawa kalimah ‘Jamaah’ merujuk kepada golongan

pemimpin yang mempunyai jiwa yang selari dengan al-Quran dan Sunah. Selain itu, ia turut menjelaskan

bahawa persepakatan ke atas selain dari Sunah adalah terkeluar dari istilah lafaz ‘Jamaah’ yang dirujuk oleh al-

Quran dan Hadis sebagaimana telah disebut di atas.

Berdasarkan perbincangan sebelum ini, adalah jelas bahawa istilah Ahli Sunah Waljamaah merupakan

istilah yang diambil sumbernya daripada al-Quran dan Sunah, serta disepakati oleh jumhur ulama dari kalangan

Salaf mahupun Khalaf. Persepakatan ulama terhadap istilah Ahli Sunah Waljamaah ini adalah merujuk kepada

kelompok kaum Muslimin yang mengikuti apa yang diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasul-Nya.

Kelompok inilah yang merupakan kelompok majoriti dan dominan dalam masyarakat Islam sepanjang zaman

sehingga ke hari ini.

Page 8: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

ASWJ: PRINSIP, MANHAJ, CIRI

DAN GOLONGAN

Prinsip-Prinsip ASWJ

Dalam membicarakan prinsip-pinsip ASWJ, tulisan ini mengemukan dua set prinsip yang diutarakan oleh dua

tokoh besar ASWJ, iaitu Imam Abu Hanifah dan ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi. Kedua-dua set prinsip tersebut

dapat merangkumkan keseluruhan prinsip yang perlu dipegang oleh golongan yang memperaku diri mereka

sebagai tergolong dalam mazhab ASWJ.

Prinsip-Prinsip Menurut Abu Hanifah

Sungguhpun Abu Hanifah r.a lebih dikenali sebagai ulama fiqh, beliau juga sebenarnya adalah salah seorang

tokoh ulama kalam Ahli Sunah Waljamaah yang terkenal dari kalangan Tabiᶜīn (al-Kurdari 1981: 9). Antara

karya beliau dalam bidang ilmu Kalam ialah sebuah kitab berjudul al-Wasiyyah yang bertujuan untuk

menjelaskan prinsip Ahli Sunah Waljamaah dan sekaligus menolak pandangan-pandangan golongan firqah dan

bidᶜah seperti kalangan Syiah Hashwiyyah, Karamiyyah, Mujassimah dan lain-lain pada zamannya yang

mengelirukan umat Islam. Beliau juga sering berdebat dalam menegakkan Islam mengikut manhaj Ahli Sunah

Waljamaah dan menolak bidᶜah (Iblāgh 1971: 94).

Imam Abū Hanīfah telah merumuskan dua belas prinsip umum bagi Ahli Sunah Waljamaah. Beliau

juga pada awalnya menasihatkan supaya para pelajarnya sentiasa berpegang kepada prinsip tersebut supaya

tidak terjerumus dalam golongan pembuat bidᶜah dan sesat. Wasiat beliau (Abū Ḥanīfah 2001: 76) adalah

seperti berikut:

Ketahuilah wahai sahabat dan saudaraku bahawa Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah berdiri atas

dua belas sifat. Sesiapa yang mengikut cabang-cabang ini tidak akan sesat dan tidak akan

menjadi orang yang mengikut hawa nafsu. Hendaklah kamu berpegang dengan sifat-sifat ini

sehingga kamu mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama: Iman ialah ikrar dengan lidah dan membenarkan dengan hati. Ikrar sahaja tidak

dinamakan iman kerana sekiranya dikatakan ikrar sahaja adalah iman, orang munafik semuanya

adalah orang yang beriman. Demikian juga al-maᶜrifah tidaklah dinamakan iman kerana

sekiranya dikatakan iman, maka ahli-ahli kitab semuanya orang yang beriman. Firman Allah

s.w.t dalam (al-Quran 63: 1) adalah menyatakan tentang orang munafik dan firman Allah s.w.t

dalam menyatakan tentang ahli kitab ialah (al-Quran 2: 146). Iman tidak bertambah dan tidak

berkurang kerana tiada gambaran kekurangannya melainkan dengan bertambahnya kekufuran,

dan tidak digambarkan pertambahan iman melainkan berkurangnya kekufuran. Bagaimana

mungkin seseorang itu boleh menjadi orang yang beriman dan orang yang kufur pada masa yang

sama? Orang yang beriman adalah sebenar-benarnya beriman manakala orang yang kufur adalah

sebenar-benarnya kufur. Dan tiada ragu-ragu lagi syak dalam iman sebagaimana tiada keraguan

pada kufur. Firman Allah s.w.t (al-Quran 8: 4) dan (al-Quran 4: 151) menerangkan keadaan ini.

Orang yang membuat maksiat dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w semuanya beriman

dan bukannya orang yang kufur. Amal adalah berlainan dengan iman, dan iman berlainan

dengan amal. Ini berdalilkan bahawa pada kebanyakan masa, amal itu diangkat (tidak

diwajibkan) kepada orang mukmin dan tidak harus dikatakan (pada waktu itu) diangkat iman

daripada (mukmin tersebut). Sesungguhnya wanita yang (kedatangan) haid diangkat (tidak

diwajibkan) solat ke atasnya, dan tidak harus dikatakan (kepada wanita (tersebut) bahawa telah

diangkat iman daripadanya dan (tidak harus dikatakan bahawa Allah s.w.t) mengarahkannya

agar meninggalkan imannya. Sesungguhnya agama menyuruh wanita (yang kedatangan haid)

Page 9: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

agar meninggalkan puasa kemudian menggantinya kembali, dan tidak harus dikatakan bahawa

(agama menyuruh wanita yang kedatangan haid) agar meninggalkan imannya kemudian

menggantinya semula. Harus dikatakan bahawa tiada (dikenakan) zakat bagi golongan fakir dan

tidak harus dikatakan bahawa tiada iman bagi golongan fakir. Segala takdir yang baik dan buruk

(adalah ketentuan) dari Allah s.w.t, kerana jika seseorang menganggap bahawa takdir yang baik

dan buruk itu (adalah ketentuan) selain dari Allah s.w.t, maka ia telah menjadi kufur kepada

Allah s.w.t dan telah terbatal tauhidnya.

Kedua: Kami mengakui bahawa sesungguhnya amalan itu (terbahagi) kepada tiga; fardhu,

kurniaan dan maksiat. (Amalan) fardhu itu berdasarkan suruhan Allah s.w.t dan kehendak-Nya,

kasih sayang-Nya, redha-Nya, qaḍā’ dan qadar-Nya, penciptaan-Nya, hukum-Nya,

pengetahuan-Nya, tawfiq-Nya dan suratan-Nya (yang tertulis) di Luh Mahfuz. (Amalan)

kurniaan bukanlah kerana suruhan Allah s.w.t, tetapi (amalan itu terjadi) dengan kehendak-Nya,

kasih sayang-Nya, redha-Nya, qaḍā’ dan qadar-Nya, penciptaan-Nya, hukum-Nya,

pengetahuan-Nya, tawfiq-Nya dan suratan-Nya (yang tertulis) di Luh Mahfuz. (Amalan) maksiat

kerana suruhan Allah s.w.t, tetapi (amalan itu terjadi) dengan kehendak-Nya, bukan dengan

kasih sayang-Nya, (amalan itu terjadi) dengan qaḍā’ dan qadar-Nya, bukan dengan redha-Nya,

(amalan itu terjadi) dengan takdir-Nya, bukan dengan tawfiq-Nya, (amalan itu terjadi) dengan

kekecewaan-Nya dan (amalan itu terjadi) dengan pengetahuan-Nya dan suratan-Nya (yang

tertulis) di Luh Mahfuz.

Ketiga: Kami mengakui bahawa sesungguhnya Allah s.w.t beristiwa’ di atas ᶜArash tanpa Ia

berhajat kepada (istiwa’) dan Ia menetap (istiwa’) di atas ᶜArash. Ia menjaga ᶜArash dan selain

ᶜArash tanpa (Ia) berhajat kepadanya. Jika Ia berhajat kepada sesuatu, (mana mungkin) Ia

mampu menciptakan alam ini dan mentadbirnya sepertimana makhluk (yang berhajat kepada

sesuatu dan tidak mampu mencipta dan mentadbir alam ini). Jika Ia berhajat kepada duduk (al-

Julus) dan penempatan (al-Qarar), maka sebelum Ia menciptakan ᶜArash, di manakah Ia berada?

Maha Tinggi Allah s.w.t dari (penempatan di atas ᶜArash) dengan ketinggian dan kebesaran-Nya.

Keempat: Kami mengakui bahawa sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah s.w.t bukan

makhluk dan ia merupakan wahyu yang diturunkan daripada-Nya, (kalam) itu bukan-NyaAllah

s.w.t dan bukannya lain dari Allah s.w.t, bahkan (kalam) merupakan sifat-Nya, tertulis di dalam

mushaf, dibaca dengan lisan, dihafal di dada, dan tulisan (al-Quran) segalanya adalah mahkluk

kerana ianya merupakan (hasil) perbuatan manusia. Kalam Allah s.w.t bukannya makhluk

kerana tulisan, huruf, kalimat, dan ayat merupakan dilālah al-Quran kerana hajat para hamba

kepadanya. Kalam Allah s.w.t itu berdiri pada zat-Nya, dan maknanya difahami dengan perkara-

perkara ini. Maka, sesiapa yang mengatakan bahawa kalam Allah s.w.t adalah makhluk, maka

dia telah kufur kepada Allah s.w.t Allah s.w.t merupakan Tuhan yang disembah dan Ia masih

kekal sepertimana Ia. Kalam-Nya dibaca, ditulis, dan dihafal.

Kelima: Kami mengakui bahawa sesungguhnya sebaik-baik manusia dalam umat ini selepas

Nabi Muhammad s.a.w ialah Abū Bakar al-Ṣiddīq r.a., kemudian ᶜUmar al-Khaṭṭāb r.a.,

kemudian ᶜUthman Ibn cAffān r.a., kemudian ᶜAlīibn Abī Ṭālib r.a. berdasarkan firman Allah

s.w.t (al-Quran 56: 10-12). Setiap orang yang terdahulu, maka mereka lebih afdal. Mereka

dikasihi oleh setiap orang mukmin dan dibenci oleh setiap orang munafik.

Keenam: Kami mengakui bahawa sesungguhnya hamba bersama perbuatan, ikrar dan

makrifahnya adalah makhluk. Apabila pembuat (hamba) itu adalah makhluk, maka perbuatannya

itu lebih utama (dikatakan) adalah makhluk.

Page 10: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

Ketujuh: Kami mengakui bahawa Allah s.w.t menciptakan makhluk dan tiada pada mereka

(makhluk) kekuatan, kerana mereka adalah lemah. Allah s.w.t mencipta dan memberi rezeki

kepada mereka, berdasarkan firman-Nya (al-Quran 30: 40). Dan usaha itu adalah halal, dan

pengumpulan harta (dari sumber dan cara) yang halal adalah halal, dan pengumpulan harta dari

(sumber dan cara) yang haram adalah haram. Manusia itu (terbahagi kepada) tiga golongan:

Mukmin yang ikhlas dalam imannya, orang kafir yang ingkar dalam kekufurannya, dan orang

munafik yang (mudahin) dalam nifaqnya. Allah s.w.t mewajibkan ke atas orang yang beriman

itu (dengan) amalan, dan ke atas orang kafir (dengan) keimanan, dan ke atas orang munafik

(dengan) keikhlasan, berdasarkan firman-Nya (al-Nisa’ 4: 1) iaitu (dengan lafaz) “Wahai orang-

orang yang beriman, taatilah”, dan “Wahai orang-orang kafir, berimanlah”, dan “Wahai orang-

orang munafik, ikhlaslah”.

Kelapan: Kami mengakui bahawa sesungguhnya kemampuan (daya) itu (berlaku serentak)

dengan perbuatan, ia tidak berlaku sebelum atau selepas perbuatan. Kerana jika ia (kemampuan)

itu (berlaku) sebelum perbuatan, maka hamba (makhluk menjadi) tidak berhajat kepada Allah

s.w.t apabila mereka memerlukan, dan ini bersalahan dengan hukum nas firman Allah s.w.t (al-

Quran 47: 38). Jika ia (kemampuan) itu (berlaku) selepas perbuatan, (perkara sedemikian) adalah

mustahil kerana (perbuatan) itu terhasil tanpa kemampuan dan daya.

Kesembilan: Kami mengakui bahawa menyapu atas Khuf adalah wajib bagi (orang) yang

bermukim (bagi tempoh) sehari semalam, dan bagi orang yang bermusafir (bagi tempoh) tiga

hari tiga malam kerana terdapat Hadis yang menjelaskan sedemikkian. Maka barangsiapa yang

mengingkarinya, dikhuatiri menjadi kufur kerana (Hadis) hampir kepada (darjat) Hadis

mutawatir. Qasar dan berbuka puasa bagi musafir adalah rukhsah yang jelas dengan nas kitab

(al-Quran) berdasarkan firman-Nya (yang berkaitan dengan qasar) (al-Quran 4: 101), dan

firman-Nya (yang berkaitan dengan berbuka puasa ketika musafir) (al-Quran 2: 183).

Kesepuluh: Kami mengakui bahawa sesungguhnya Allah s.w.t Taala memerintahkan al-Qalam

agar menulis, maka berkata al-Qalam: “Apa yang hendakku tulis wahai Tuhanku?! Maka Allah

s.w.t berfirman: Tulislah segala yang terjadi sehingga hari kiamat, berdasarkan firman-Nya (al-

Quran 54: 52-53).

Kesebelas: Kami mengakui bahawa sesungguhnya azab kubur adalah bukan mustahil, dan soal

(dari Malaikat) Munkar dan Nakir adalah benar berdasarkan Hadis, dan syurga dan neraka

adalah benar, dan telah diciptakan bagi penghuni keduanya, berdasarkan firman-Nya bagi hak

(janji Allah s.w.t bagi) orang mukmin (al-Quran 3: 133) dan bagi hak (janji Allah s.w.t bagi)

orang yang kufur (al-Quran 3: 24, al-Quran 3: 131). Allah s.w.t menciptakan keduanya (syurga

dan neraka) sebagai (tempat ganjaran) pahala dan dosa. Dan timbangan (Mīzān) adalah benar

berdasarkan firman-Nya (al-Quran 21: 47) dan pembacaan kitab (buku catitan amalan) adalah

benar berdasarkan firman Allah s.w.t (al-Quran 17: 14).

Keduabelas: Kami mengakui bahawa Allah s.w.t menghidupkan segala jiwa (jasad) selepas

kematian, dan (Allah s.w.t) menghidupkan mereka semula pada satu hari yang tempohnya

(selama) 50000 tahun (di dunia) untuk pembalasan, pemberian ganjaran dan penunaian hak (bagi

amalan manusia semasa di dunia) berdasarkan firman-Nya (al-Quran 22: 7). Dan pertemuan

Allah s.w.t dengan ahli syurga (Ru’yat Allah s.w.t) adalah benar tanpa kaifiat dan (tanpa ada)

perbandingan dan (melihat Allah s.w.t itu) tanpa (bergantung pada satu-satu) sudut Syafaat Nabi

kita Muhammad s.a.w adalah benar bagi penghuni syurga, walaupun ia (penghuni syurga

pernah) melakukan dosa besar (semasa di dunia). Aishah merupakan sebaik-baik wanita di alam

ini selepas Khadijah al-Kubra, (ᶜĀ’ishah) merupakan Umm al-Mukminīn, suci (dari tuduhan)

berzina dan terlepas dari tuduhan golongan al-Rawāfiḍ. Maka, sesiapa yang bersaksi bahawa

Page 11: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

(ᶜĀ’ishah) melakukan zina, maka ia (orang yang bersaksi) itu adalah anak zina. Ahli syurga

kekal di dalam syurga, dan ahli neraka kekal di dalam neraka berdasarkan firman-Nya bagi hak

(janji-Nya bagi) orang mukmin (al-Quran 2: 82) dan (firman-Nya) bagi hak (janji-Nya) bagi

orang kafir (al-Quran 2: 39).

Prinsip-prinsip di atas adalah merupakan pegangan Ahli Sunah Waljamaah dalam menolak pandangan-

pandangan golongan firqah dan bidᶜah seperti kalangan Syiah Hashwiyyah dan Mujassimah. Prinsip ketiga

sebagai contohnya, ialah penolakan terhadap dakwaan golongan Mujassimah tentang keberhajatan Allah s.w.t

kepada ᶜArash. Dalam prinsip tersebut, Allah s.w.t tidak berhajat kepada makhluk kerana Dia adalah Maha

Pencipta, bahkan Dialah yang Maha Berkuasa ke atas ᶜArash tersebut. Jika Dia berhajat kepada makhluk,

bagaimanakah Dia boleh menjadi Pencipta kerana pencipta bukanlah dari kalangan sesuatu yang berhajat

kepada apa yang diciptanya. Jelaslah bahawa prinsip-prinsip Ahli Sunah Waljamaah seperti yang dihuraikan

oleh Imam Abū Hanīfah bertujuan memurnikan akidah umat Islam daripada segala bentuk penyelewengan dan

kesesatan berdasarkan kepada sumbernya yang asli iaitu al-Quran dan Sunah.

Prinsip-Prinsip Menurut al-Baghdadi

Menurut al-Baghdadi, setiap yang baligh dan berakal dalam kalangan orang Islam wajib mengetahui prinsip-

prinsip Ahli Sunah Waljamaah (al-Baghdādī 1982: 14; Yusof bin Yunus 2007: 6). Terdapat lima belas prinsip,

yakni rukun atau usul yang disepakati dalam Ahli Sunah Waljamaah iaitu:

i. Mengakui kewujudan hakikat sesuatu

Ulama Ahli Sunah telah mengisbatkan bahawa hakikat-hakikat sesuatu dan ilmu berkaitan dengannya

merupakan suatu yang wujud, justeru mereka membahagikan ilmu kepada tiga bahagian. Pertama, ilmu badīhī

iaitu ilmu yang diperolehi secara sendiri tanpa perlu difikirkan. Kedua, ilmu berbentuk hissi iaitu ilmu yang

ditanggapi melalui pancaindera dan ketiga adalah ilmu istidlali iaitu ilmu yang dicapai melalui proses

pengambilan bukti melalui pembuktian sama ada menggunakan akal mahupun lain-lain sumber.

ii. Mengetahui huduthnya alam

Ahli Sunah Waljamaah telah bersepakat bahawa alam adalah suatu benda selain dari Allah s.w.t Alam bukanlah

antara sifat-sifat Allah s.w.t yang azali dan mereka bersepakat bahawa alam adalah makhluk, dan pencipta alam

bukan makhluk dan bukan juga sebahagian daripada makhluk. Ulama Ahli Sunah juga bersepakat bahawa alam

ini terdiri daripada jawhar dan ᶜaraḍ. Mereka mengakui bahawa malaikat, jin, manusia, syaitan dan kesemua

yang berhajat adalah makhluk. Mereka juga bersepakat dalam menyesatkan golongan ahli falsafah yang

mengingkari alam ini adalah sesuatu yang baharu dan mengatakan bahawa alam adalah bukan makhluk yakni

Qadim dan bersifat dengan sebahagian dari sifat-sifat Allah s.w.t.

iii. Mengenal Pencipta Alam dan Sifat-Sifat Zat-Nya

Ahli Sunah Waljamaah bersepakat menyesatkan golongan Qadariyyah yang mengatakan bahawa Allah s.w.t

mencipta jisim sahaja tanpa mencipta ᶜaraḍ dan yang mencipta ᶜaraḍ adalah jisim itu sendiri. Mereka mendakwa

bahawa kejadian yang belum wujud adalah berupa sesuatu benda atau suatu yang sudah berjisim dan ᶜaraḍ. Ahli

Sunah Waljamaah telah bersepakat juga bahawa Allah s.w.t tidak mempunyai tempat dan tidak memerlukan

masa. Mereka turut menentang golongan Shihamiyyah dan Karamiyyah yang mengatakan bahawa Allah s.w.t

bersentuhan dengan ᶜArash.

iv. Mengenal sifat-sifat Allah s.w.t yang Azali

Prinsip ini menjelaskan penentangan Ahli Sunah Waljamaah terhadap golongan Muktazilah yang mengatakan

Allah s.w.t tiada sifat, wujud hanya Zat-Nya dan sifat Allah s.w.t adalah Zat Allah s.w.t itu sendiri, bukan selain

Page 12: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

dari Zat Allah s.w.t secara mutlak. Ahli Sunah Wa al-Jamaah juga bersepakat bahawa Kalam Allah s.w.t adalah

Qadīm dan bukan baharu sebagaimana yang didakwa oleh golongan Muktazilah.

v. Mengenal Nama-Nama Allah s.w.t

Ulama Ahli Sunah telah bersepakat mengenai nama Allah s.w.t bahawa pemberian nama bagi Allah s.w.t adalah

berdasarkan kepada al-Quran dan Hadis. Nama Allah s.w.t ini tidak boleh ditentukan atau diberikan melalui

jalan qiyas ataupun mengikut hawa nafsu sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Muktazilah Basrah yang

menamakan Allah s.w.t melalui qiyas10.

vi. Mengenal keadilan dan hikmah Allah s.w.t

Ahli Sunah Waljamaah telah bersepakat bahawa Allah s.w.t mencipta segala perbuatan manusia sama ada baik

atau buruk, dan Allah s.w.t juga memberi pilihan kepada manusia sama ada melakukan ketaatan atau

kemaksiatan. Pandangan ini bertujuan menentang kumpulan Qadariyyah yang mendakwa bahawa Allah s.w.t

tidak mencipta perbuatan manusia, bahkan manusia berkuasa ke atas perbuatannya sendiri. Pandangan ini juga

menentang golongan Jahmiyyah dan Jabariyyah yang mendakwa bahawa Allah s.w.t mencipta segala perbuatan

manusia dan manusia tidak mempunyai kuasa dalam pemilihan untuk melakukan ketaatan mahupun

kemaksiatan. Ahli Sunah Waljamaah juga bersepakat bahawa manusia mampu mengusahakan atau memilih

sama ada gerak, diam, kehendak, kemahuan, bercakap, berfikir, melakukan ketaatan atau kemaksiatan, atau

meninggalkan ketaatan atau kemaksiatan dan sebagainya. Ini menunjukkan keadilan dan hikmah bagi Allah

s.w.t . Mereka juga bersepakat bahawa Allah s.w.t memberikan rezeki kepada semua hamba-Nya tidak kira

sama ada mereka taat atau melakukan maksiat kepada-Nya kerana mereka semua adalah hamba Allah s.w.t dan

Allah s.w.tbersifat Maha Adil kepada setiap hamba-Nya.

vii. Mengenal Para Rasul dan Nabi Allah

Prinsip ini menjelaskan bahawa para Rasulullah dan Nabi adalah utusan Allah s.w.t yang menerima wahyu dari

Allah s.w.t dan diberikan kepada mereka kelebihan sama ada berbentuk mukjizat dan kelebihan-kelebihan yang

lain. Prinsip ini juga adalah untuk menyatakan bahawa kewajipan mengetahui para Rasul adalah bermula

dengan Nabi Adam a.s.dan diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w, dan menentang pandangan golongan

Khamiyyah yang mengatakan Rasulullah sentiasa dibangkitkan tanpa kesudahan. Prinsip ini juga menjelaskan

bahawa Ahli Sunah Waljamaah beriktiqad bahawa Nabi Isa a.s. tidak mati dibunuh, dan beriktiqad bahawa Nabi

Isa a.s. diangkat ke langit dan akan diturunkan semula ke bumi setelah keluarnya Dajjal dan beliau akan

membunuhnya, seterusnya beliau akan memerintah bumi dengan menjalankan syariat Nabi Muhamad s.a.w di

atas muka bumi ini.

viii. Mengenal mukjizat Para Nabi dan karamah Para wali

Asas ini adalah untuk menjelaskan bahawa setiap Nabi ada mukjizat yang tersendiri dan mukjizat itu tidak dapat

ditandingi oleh mana-mana kuasa pun kerana ianya datang dari Allah s.w.t. Prinsip ini bertentangan dengan

pandangan Qadariyyah yang mendakwa bahawa Nabi tidak memerlukan mukjizat yang lebih dari kebenaran

Syariat yang dibawa olehnya sendiri. Ahli Sunah Waljamaah mengakui bahawa para wali Allah mempunyai

karamah yang tersendiri dan Ahli Sunah Waljamaah juga mengharuskan berlakunya karamah itu kepada wali-

wali Allah tersebut. Prinsip ini juga bertentangan dengan pandangan Qadariyyah yang mengingkari para wali

Allah mempunyai karamah.

ix. Mengenal Rukun Islam yang disepakati

Islam terbina atas lima rukun dan Ahli Sunah Waljamaah bersepakat mengenainya. Rukun tersebut adalah

mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Ahli Sunah Waljamaah bersepakat mengatakan

sesat atau kafir bagi mereka yang menggugurkan salah satu daripada rukun tersebut. Dalam kata lain, mereka

10 Lihat perbincangan sebab-sebab al-Ashᶜari keluar dari Muktazilah yang dibincangkan dalam Bab Tiga mengenai al-Jubbā’ī menamakan

Allah s.w.t melalui jalan qiyas.

Page 13: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

yang mengatakan tidak wajib bagi salah satu daripada rukun tersebut maka boleh menjadi sesat atau kafir

dengan iktikad tersebut.

x. Mengenal hukum-hukum taklif

Ahli Sunah Waljamaah juga bersepakat bahawa hukum-hukum suruhan dan hukum-hukum larangan serta

hukum-hukum taklif bagi manusia itu ada lima iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Setiap perbuatan

manusia di muka bumi akan dipersoalkan berdasarkan kepada hukum taklif ini. Jika perkara wajib ditinggalkan

dan perkara haram dilakukan bermakna ia akan disiksa dan begitulah sebaliknya.

xi. Meyakini Kematian dan Pembalasan

Ahli Sunah Waljamaah bersepakat bahawa seluruh manusia di alam ini akan merasai kematian. Seluruh alam ini

akan musnah dan tiada yang akan terselamat sekalipun malaikat. Syurga dan neraka tidak akan binasa dan apa

yang dikehendaki Allah s.w.t tidak musnah maka ianya tidak akan musnah sebagaimana yang telah disebutkan

Allah s.w.t dalam al-Quran. Ahli Sunah Waljamaah juga bersepakat bahawa manusia akan dibangkitkan semula

di hari akhirat dan nikmat syurga bakal menanti mereka yang beriman dan siksaan neraka bakal menanti mereka

yang kafir dan berbuat maksiat.

xii. Mengenal khalifah dan syarat-syarat kepimpinan

Ahli Sunah Waljamaah bersepakat bahawa umat Islam wajib menegakkan khalifah iaitu pemerintah yang

menguasai urusan dan pengadilan serta pentadbiran, menguasai urusan pertahanan negara, peperangan,

pembahagian harta rampasan perang dan pemerintah hendaklah dilantik menerusi pilihan dan ijtihad. Rukun ini

bertentangan dengan pandangan Rafiḍah yang mendakwa bahawa Ali r.a. telah ditentukan oleh Nabi menjadi

khalifah setelah kewafatannya sedangkan tidak ada langsung Hadis atau nas berkenaan dengan perkara itu.

Menurut Ahli Sunah Waljamaah lagi, syarat bagi Imam Mahdi adalah dari keturunan Quraisy dan ini

bertentangan dengan pandangan golongan Dharawiyyah yang mengatakan bahawa Imam Mahdi boleh terdiri

daripada orang Arab atau bukan Arab.

xiii. Mengenal hakikat keimanan dan keislaman

Ahli Sunah Waljamaah bersepakat bahawa keimanan adalah makrifah dan tasdiq dalam hati dan iman tidak

gugur dengan perlakuan dosa sama ada dosa kecil mahupun besar. Sesiapa yang melakukan perbuatan dosa

selain dari mensyirikkan Allah s.w.t, maka dia masih dalam agama Islam dan hanya dihukum fasiq sahaja.

Rukun ini bertentangan dengan pandangan fahaman Khawarij yang mengatakan sesiapa yang melakukan

mungkar maka wajib dibunuh.

xiv. Pengiktirafan Terhadap Para Wali Allah s.w.t

Menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaah, para malaikat dihukum sebagai maksum iaitu bersih daripada

melakukan maksiat terhadap Allah s.w.t. Manakala sepuluh orang Sahabat yang telah dijanjikan Allah s.w.t

masuk ke dalam Syurga adalah Sahabat yang mempunyai martabat yang tinggi dari kalangan umat yang

bertaqwa. Mereka adalah Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Talhah, Zubair al-Awwam, Saad Abi Waqas,

Said bin Zaid, Abdul Rahman Auf dan Abū Ubaidah al-Jarrah riḍwānuLlāh ᶜalayhim. Menurut Ahli Sunah

Waljamaah lagi, Kibār al-Sahābah dari kalangan mereka yang mengikuti perang Badar dan Uhud juga adalah

dari kalangan mereka yang masuk syurga. Selain itu, antara mereka yang dimasukkan ke dalam syurga tanpa

hisab adalah 70 ribu orang yang menyertai Baiᶜah al-Riḍwān.

xv. Mengenali musuh-musuh Islam

Menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaah, musuh Islam terdiri dari dua jenis iaitu musuh Islam yang wujud

sebelum Islam dan musuh Islam yang lahir serta berselindung di bawah naungan Islam, sedangkan mereka

bermati-matian menghancurkan Islam. Musuh yang pertama adalah terdiri dari kalangan penyembah-

penyembah berhala, bintang-bintang, bulan, matahari, api dan sebagainya dan orang Islam diharamkan

memakan sembelihan dari mereka dan diharamkan juga berkahwin dengan perempuan dari kalangan mereka.

Walau bagaimanapun, para ulama dan fuqaha’ telah mengharuskan memakan sembelihan Ahli Kitab Yahudi

Page 14: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

dan Nasrani, dan mengharuskan juga berkahwin dengan perempuan-perempuan dari kalangan mereka. Musuh

yang kedua pula adalah daripada kalangan kumpulan atau kelompok yang sesat dan menyeleweng yang terdiri

daripada golongan pelampau-pelampau seperti Syiah Rafiḍah, Batiniyyah, Hululiyyah, Khawarij dan lain-lain.

Begitu juga dengan kumpulan-kumpulan ahli hawa nafsu seperti Hisyamiyyah, Najariyyah, Imamiyyah,

Mushabbihah dan lain-lain yang mengkafirkan Ahli Sunah Waljamaah dan para sahabat Nabi s.a.w. Dalam hal

ini, umat Islam diharamkan memakan sembelihan mereka dan mengahwini perempuan-perempuan daripada

kalangan mereka.

Prinsip atau usul yang telah disepakati oleh ulama Ahli Sunah Waljamaah adalah prinsip asas yang

antaranya bertujuan menolak segala bentuk firqah dan bidᶜah yang dilakukan oleh kelompok-kelompok yang

terkeluar daripada Ahli Sunah Waljamaah. Jika dilihat dalam prinsip yang pertama sehingga prinsip ke lima, ia

adalah penentangan terhadap pandangan golongan firqah seperti golongan ahli falsafah, Karamiyyah dan lain-

lain yang mengatakan bahawa alam adalah qadīm, penafian sifat baharunya alam dan sifat Allah s.w.t yang

Qadīm tidak bersekutu dengan ciptaannya iaitu alam. Selain itu, ia juga menolak pandangan golongan

Mujassimah yang mengatakan bahawa Allah s.w.t berhajat kepada makhluk seperti ᶜArash dan Kursi sedangkan

Allah s.w.t tidak langsung berhajat kepada apa yang dicipta-Nya berdasarkan sifat yang telah jelas disebutkan

dalam al-Quran. Jika dilihat contoh lain pula iaitu prinsip yang ketujuh, sembilan, dua belas, tiga belas, dan

empat belas, ianya bertentangan dengan pegangan yang dianuti oleh fahaman Syiah antaranya seperti masalah

syarat khalifah, pemilihan pemimpin, hukum dan rukun iman serta Islam. Golongan Syiah mempunyai

pandangan yang jauh menyimpang daripada apa yang telah ditetapkan oleh Ahli Sunah Waljamaah, bahkan ada

di kalangan mereka mengkafirkan pula para Sahabat dan golongan yang dianggap sebagai wali-wali Allah s.w.t

yang mempunyai martabat yang tinggi.

Tujuan prinsip atau usul ini ditegaskan adalah untuk memberi panduan kepada umat Islam supaya

dapat mengenali sifat-sifat yang seharusnya ada dalam diri setiap umat Islam yang berfahaman Ahli Sunah

Waljamaah, dan membezakannya dengan golongan-golongan yang terkeluar daripada prinsip atau usul ini.

Selain itu, umat Islam juga seharusnya tidak terkeliru dengan golongan yang mengaku bahawa mereka adalah

Ahli Sunah Waljamaah sedangkan mereka jauh tersasar daripada prinsip-prinsip serta usulnya yang asas.

Jelasnya, penegasan terhadap prinsip-prinsip serta usul yang menjadi pegangan Ahli Sunah Waljamaah seperti

yang dibincangkan ini adalah penting untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam tasawwur umat Islam

terhadap Islam itu sendiri.

Manhaj Atau Metodologi ASWJ

Ahli Sunah Waljamaah adalah golongan yang dinisbahkan kepada mereka yang berpegang dengan manhaj yang

khusus. Golongan yang tidak berpegang dengan manhaj ini tidak diiktiraf sebagai Ahli Sunah Waljamaah (al-

Buti 1990: 19). Manhaj-manhaj berkenaan adalah seperti berikut (Mohd Sulaiman Yasin 1997: 65):

i. Mendahulukan al-Quran dan al-Sunah

Asas ini adalah asas yang paling pokok dalam fahaman Ahli Sunah Waljamaah. Walaupun banyak perbahasan

dalam kalangan ulama Kalam dan falsafah tentang asas ini tetapi perbahasan mengenainya hanyalah berkisar

sekitar hubungan antara dalil Naqal (al-Quran dan Sunah) dan dalil cAqal (akal). Naqal menjadi hakim kepada

akal, sedang akal pula mestilah dipandu oleh Naqal kerana wahyu adalah sesuatu yang bersifat mutlak dan qatᶜī.

Perkara ini membawa kepada beberapa hakikat yang tidak dapat diubah secara tabii. Hakikat pertama ialah al-

Quran diturunkan untuk memandu akal terutama dalam permasalahan yang membabitkan perkara yang di luar

kemampuan akal seperti perkara ghaib, akhlak dan syariat. Hakikat kedua ialah al-Quran diturunkan kepada

manusia iaitu makhluk yang berakal, yang mana dengan akal manusia dapat memahami ayat-ayat hukum dan

ayat tashbih serta melihat bahawa keduanya tidak pernah bercanggah antara satu sama lain. Hakikat ketiga, al-

Quran adalah milik Allah s.w.t sebagai suatu yang mutlak. Dialah yang Maha benar melebihi segala makhluk

Page 15: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

yang dicipta-Nya. Ini menjadikan Naqal atau wahyu (al-Quran dan Sunah) sebagai yang terutama melebihi yang

lain.

ii. Mentafsir al-Quran dengan al-Quran

Hanya al-Quran yang mengetahui apa yang dikehendaki oleh al-Quran itu sendiri. Hakikat ini sudah jelas kerana

jika diumpamakan dengan seorang manusia sekalipun, hanya dia yang mengenali dirinya dan bukan orang lain.

Tafsir al-Quran dengan al-Quran sudah diamalkan sejak zaman Nabi Muhamad s.a.w serta para Sahabatnya,

dan tafsiran ini memerlukan kepada kepakaran.

iii. Mentafsir al-Quran dengan al-Sunah

Apabila tidak didapati penafsiran al-Quran dengan al-Quran baharulah berpindah kepada penafsiran al-Quran

dengan Sunah. Rasulullah s.a.w telah diberikan kepadanya al-Quran dan diberikan juga kepadanya penafsiran

dan pemahaman beliau terhadap al-Quran yang melebihi dari orang lain. Rasulullah s.a.w telah diizinkan oleh

Allah s.w.t supaya menjelaskan kandungan al-Quran dan apa yang dikehendaki di dalamnya. Kesimpulannya,

al-Quran memerlukan Hadis dalam memahami maksudnya.

iv. Mendahulukan Pendapat Para Sahabat dan Tabiᶜīn

Para ulama Ahli Sunah Waljamaah telah bersepakat tentang asas manhaj ini kerana mereka semua mengetahui

dan mengakui bahawasanya para Sahabat dan Tabiᶜīn adalah generasi penelusur sejarah yang lebih mengetahui

tentang Islam dan Kitab Allah. Mereka lebih menghayati dan lebih mengetahui rahsia di sebalik penurunan al-

Quran kerana mereka sendiri mendampingi Rasulullah s.a.w ke mana sahaja Rasulullah s.a.w berada. Mereka

mendapat didikan dan ilmu dari Rasulullah s.a.w dan mereka mempunyai kefahaman yang lebih tinggi tentang

agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w kerana kurun mereka adalah kurun yang paling hampir dengan

Rasulullah s.a.w. Merekalah yang digelar sebagai Ahli Ilmu terutama mereka yang mendapat gelaran Sahabat

terbesar daripada kalangan sahabat Rasulullah s.a.w.

v. Menerima ijmak Ulama

Ijmak ialah kesepakatan ulama terhadap satu-satu perkara. Pandangan mereka sangat berautoriti tinggi

berdasarkan apa yang telah dinaqal oleh Rasulullah s.a.w bahawasanya umat baginda tidak akan bersepakat

dalam kesesatan. Ini menunjukkan satu kemustahilan bahawa para ulama mungkin bersepakat untuk

menonjolkan kesesatan pada umat.

vi. Menggunakan Kaedah Bahasa Arab

Allah s.w.t berbicara dengan Nabi s.a.w dengan bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran. Malah ia

menjadi bahasa yang terpenting dan bahasa yang dipilih oleh Allah s.w.t dalam proses al-Quran diturunkan.

Bahasa Arab merupakan satu mukjizat yang terpenting bagi al-Quran kerana dari sudut uslubnya, bahasanya dan

lafaznya menjadi mukjizat yang terpenting dalam menundukkan ahli-ahli syair Arab. Jika Allah s.w.t

menurunkan bahasa al-Quran selain daripada bahasa Arab, nescaya golongan yang kafir akan meminta supaya

ianya diperincikan kerana tiada bahasa yang dapat menandingi kedalaman uslub bahasa Arab. Tidak ada satu

bangsa pun yang mempunyai keistimewaan dalam bidang bahasa daripada semua sudutnya seperti bangsa Arab.

vii. Tidak Mentakwil Nas Tanpa Bukti

Asas ini menunjukkan bahawa secara khususnya perkataan dan ayat-ayat al-Quran merujuk kepada maknanya

yang zahir. Justeru tidak boleh memindahkan daripada maknanya yang zahir kepada yang lain melainkan wujud

dalil, bukti serta hujah yang menunjukkan kepadanya.

viii. Mengisbatkan Ayat Mutashabihat

Dalam persoalan ayat mutashabihat, ia tidak merujuk kepada keserupaan Allah s.w.t dengan makhluk. Apa yang

perlu difahami oleh manusia hanyalah mentanzihkan Allah s.w.t dari segala perkara yang membawa kepada

penyerupaan antara Allah s.w.t dengan makhluk-Nya. Para Sahabat ketika membaca ayat-ayat sebegini, mereka

Page 16: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

hanya membacanya tanpa memikirkan maksud yang dikehendaki oleh Allah s.w.t tentang penggunaan ayat

mutashabihat ini.

Menurut Sulaiman Yasin (1997: 29), golongan Ahli Sunah Waljamaah adalah golongan yang

berpegang kepada manhaj di atas. Mereka yang menolak satu sahaja daripada asas-asas tersebut, maka mereka

terkeluar daripada manhaj Ahli Sunah Waljamaah yang sebenar. Dalam hal ini, aliran Ashāᶜirah dikenali sebagai

Ahli Sunah Waljamaah kerana mereka berpegang teguh terhadap semua manhaj dan prinsip yang disepakati

untuk mereka dikenali sebagai Ahli Sunah Waljamaah. Begitu juga dengan al-Maturidiyyah, mereka tergolong

dalam Ahli Sunah Waljamaah kerana mereka berpegang teguh kepada manhaj Ahli Sunah Waljamaah yang

telah disepakati kaedahnya. Pemahaman terhadap perkara ini amat penting kerana terdapat kekeliruan dalam

pemikiran umat Islam hari ini yang menganggap hanya Ashāᶜirah dan Maturidiyyah sahaja yang dianggap

sebagai Ahli Sunah Waljamaah sedangkan para Sahabat, Tabiᶜīn, Tabiᶜ Tabiᶜīn dan golongan penerus seperti

mazhab al-Ẓāhiri, aliran Ḥijāzī dan ᶜIrāqī, dan golongan yang lain juga adalah tergolong dalam Ahli Sunah

Waljamaah kerana mereka berpegang dengan manhaj asas akidah Ahli Sunah Waljamaah yang telah disepakati

sejak dari zaman Rasulullah s.a.w, Sahabat dan seterusnya. Jelaslah bahawa asas-asas ini menjadi penanda aras

atau tanda pengukur dan menjadi pembeza di antara mereka yang bermazhab Ahli Sunah Waljamaah dengan

mazhab yang lain daripada Ahli Sunah Waljamaah.

Ciri-Ciri ASWJ

Untuk mengenali dengan lebih jelas siapakah Ahli Sunah Waljamaah yang sebenar, al-Miṣrī (1994: 108) telah

memberikan gambaran umum tentang sifat mereka, iaitu:

i. Ahli Sunah Waljamaah menyatukan ajaran agama Islam melalui ilmu dan amal, zahir dan batin.

ii. Ahli Sunah Waljamaah menyatukan ajaran agama Islam secara menyeluruh dan menegakkan

ajarannya. Mereka bersepakat di dalam hal tersebut kerana al-Jamācah adalah sebab dan akibat,

ketaatan dan rahmat. Dengan ketaatan Allah s.w.t akan memelihara al-Jamācah, dan sebahagian

daripada rahmat Allah s.w.t kepada golongan yang taat adalah menjaga al-Jamācah.

iii. Ahli Sunah Waljamaah adalah golongan pertengahan dan moderat.

iv. Ahli Sunah Waljamaah berpegang teguh kepada al-Quran, Sunah dan ijmak.

v. Ahli Sunah Waljamaah adalah penerus bagi umat Islam.

vi. Ahli Sunah Waljamaah adalah mereka yang mematuhi Syariat, iaitu mereka yang mengikuti sunah

Rasulullah s.a.w meliputi seluruh aspek ajaran Islam, sama ada dalam akidah, syariat, ibadah, politik

dan lain-lain.

vii. Ahli Sunah Waljamaah hanya mengambil perkara yang sabit dari Rasulullah s.a.w dan Salaf al-Ṣālih.

viii. Ahli Sunah Waljamaah adalah golongan yang paling mengetahui berkaitan dengan Rasulullah s.a.w

dari segi perbuatannya dan kata-katanya.

ix. Ahli Sunah Waljamaah adalah orang yang mencintai Hadis dan mentaati apa yang disuruh dan

meninggalkan apa yang dilarang oleh Hadis tersebut.

x. Ahli Sunah Waljamaah mempunyai tahap yang berbeza dalam memahami dan menguasai Sunah

xi. Ahli Sunah Waljamaah adalah golongan yang berbeza ijtihad mereka mengikut keupayaan mereka

dalam menguasai Sunah.

xii. Ahli Sunah Waljamaah adalah golongan yang mampu mengawal perbezaan pandangan ijtihad mereka

untuk menjaga kesatuan umat.

xiii. Ahli Sunah Waljamaah adalah golongan yang sentiasa dalam kebenaran.

xiv. Ahli Sunah Waljamaah adalah golongan yang sentiasa mendapat pertolongan Allah s.w.t.

xv. Ahli Sunah Waljamaah adalah manusia biasa, ada dalam kalangan mereka baik, dan ada dalam

kalangan mereka melakukan maksiat.

xvi. Ahli Sunah Waljamaah adalah jumhur umat dan Sawād al-Aᶜẓham.

Page 17: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

Golongan yang disebut sebagai Ahli Sunah Waljamaah bukanlah satu golongan yang ekstrem dalam

menentang golongan yang salah tetapi mereka menjelaskan kebenaran berdasarkan kepada apa yang telah

dibawa oleh Rasulullah s.a.w, para Sahabat dan ijmak ulama sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.

Sungguhpun begitu Ahli Sunah Waljamaah adalah golongan yang tetap memerangi golongan yang terkeluar

daripada Syariat Islam sebagaimana yang telah dilakukan oleh Khulafā’ al-Rāshidīn dalam memerangi golongan

yang tidak membayar zakat, murtad, munafiq, dan golongan pelampau. Ciri-ciri Ahli Sunah Waljamaah

sebagaimana yang telah digambarkan di atas menunjukkan dengan jelas bahawa ciri yang dibawa oleh golongan

Ahli Sunah Waljamaah adalah ciri yang selari dan selaras dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan

para Sahabat. Mereka tidak terlalu ekstrem kepada kekerasan sehingga sentiasa mahu mengkafirkan golongan

yang bercanggah pendapat dengan mereka dan mereka juga tidak terlalu ekstrem kepada kelembutan sehingga

memberi laluan kepada golongan yang menyeleweng dari al-Quran dan Sunah, menyesatkan umat tanpa ada

usaha mereka dalam menerangkan kebenaran. Ciri-ciri golongan Ahli Sunah Waljamaah adalah contoh terbaik

dalam menangani isu-isu firqah dan bidᶜah atau dalam menangani berbagai isu semasa umat Islam selaras

dengan kesesuaian masa dan tempat mereka.

Golongan ASWJ

Menurut al-Baghdādī (t.th: 272-274) golongan yang dinisbahkan kepada Ahli Sunah Waljamaah sebagaimana

yang disepakati oleh ulama adalah lapan golongan iaitu:

i. Golongan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai ilmu yang mendalam mengenai bab tauhid dan

kenabian, hukum-hukum ganjaran dan balasan, pahala dan siksaan, syarat-syarat ijtihad, ru’yatullāh di

akhirat dan lain-lain. Mereka mengikuti jalan golongan al-Ṣifatiyyah dan bersih daripada sebarang

fahaman tashbīh dan taᶜtil seperti Khawarij, Rafiḍah, Jahmiyyah dan lain-lain. Golongan ini dipelopori

oleh Abū al-Ḥasan al-Ashᶜarī, al-Awzaᶜī, Abū Manṣūr al-Māturidī dan lain-lain.

ii. Golongan yang terdiri daripada kalangan ulama Fiqh sama ada Ahl al-Ra’y mahupun Ahl al-Hadīth yang

mempunyai pandangan mazhab sealiran dengan golongan al-Ṣifatiyyah. Golongan ini terdiri daripada

kalangan pengikut-pengikut Imam Mālik, Shāfiᶜī, al-Awzaᶜi, al-Thawri, Abū Ḥanīfah, Ibn Abī Laylā, Abū

Thawr, Ibn Ḥanbal, ᶜAlī Zahir dan lain-lain.

iii. Golongan yang terdiri daripada kalangan orang yang mempunyai ilmu yang mendalam mengenai selok

belok Khabar dan Sunah atau Hadis, serta peninggalan-peninggalan Nabi Muhammad s.a.w. Mereka

mampu membezakan di antara Khabar yang palsu dan benar, juga Khabar yang sahih dan ḍaᶜif.

iv. Golongan yang terdiri daripada kalangan ulama bahasa yang mempunyai ilmu yang mendalam mengenai

Adab, Nahu dan Saraf. Mereka terdiri dari AbūᶜAmru Ibn al-ᶜAla, Sibawayh, al-Farrā’, al-Akhfash, al-

Asmā’ī al-Mazanī, AbūᶜĀbid dan semua ulama Nahu dari Kufah mahupun Basrah.

v. Golongan yang terdiri daripada kalangan ulama Qurra’, sama ada dari sudut bacaan al-Quran, penafsiran,

pentakwilan, dan lain-lain yang selari dengan mazhab Ahli Sunah Waljamaah dan mereka bukanlah dari

kalangan ahli hawa nafsu yang sesat. Golongan ini dipelopori oleh imam-imam Qurra’ seperti Nafiᶜ, Ibn

Kathīr, AbūᶜAmru, Ibn ᶜĀmir, ᶜAṣim, Hamzah, Kisa’i dan imam-imam yang lain.

vi. Golongan yang terdiri daripada kalangan ulama tasawuf. Mereka mengetahui setiap anggota mereka

seperti pendengaran, penglihatan dan hati mereka akan dipersoalkan tentang segala kebaikan dan

keburukan. Mereka sentiasa sabar dalam menempuh ujian dan sentiasa bersifat qanaᶜah dalam semua

perkara. Mereka sentiasa bermuhasabah, berkata-kata seperti golongan ulama Hadis, dan meninggalkan

ucapan yang membawa kepada kelalaian. Mereka merasakan jiwa mereka sentiasa bersama Allah s.w.t

dan malu melakukan maksiat kepada-Nya. Golongan ini dipelopori oleh al-Hallāj dan lain-lain.

vii. Golongan yang terdiri daripada kalangan umat yang bersatu padu dan mempunyai tali ikatan yang sangat

kukuh dalam kalangan mereka dalam penentangan terhadap golongan kafir. Mereka menentang musuh-

musuh Allah s.w.t dan menjaga akidah serta kehormatan kaum Muslimin, dan menentang golongan kuffār

Page 18: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

serta sentiasa menegakkan panji-panji Allah s.w.t melalui jalan peperangan. Golongan ini dipelopori oleh

Sultan Ṣalaḥuddīn al-Ayyūbi, Sultan Muḥammad al-Fāteh, Ḥasan al-Bannā dan lain-lain.

viii. Golongan yang terdiri dari mereka yang hidup dan menetap di negeri-negeri di mana syiar Ahli Sunah

Waljamaah menaklukinya, serta mereka sendiri mengamalkan syiar-syiar Ahli Sunah Waljamaah.

Golongan kelapan ini bukan dari kalangan ulama-ulama, tetapi mereka adalah dari kalangan orang awam

yang mengikuti apa yang dibawa oleh Ahli Sunah Waljamaah dan berpegang teguh dengan akidah dan

segala ajaran yang dibawa oleh Ahli Sunah Waljamaah.

Golongan yang dikategorikan di atas adalah golongan Ahli Sunah Waljamaah yang mana mereka ini

adalah golongan yang sentiasa diredhai Allah s.w.t dan sentiasa mendapat kemenangan berkat pertolongan dari

Allah s.w.t. Mereka adalah golongan yang telah disebutkan oleh Nabi s.a.w sebagai golongan ke-73 yang

terselamat dari 72 golongan yang sesat (Syed Abd al-Rahman bin Muhammad 1381H: 398). Keadaan hidup

mereka diperhalusi dengan kehidupan beragama sepertimana yang benar-benar dibawa oleh Nabi s.a.w dan

diikuti oleh para Sahabat yang lain. Ahli Sunah Waljamaah adalah golongan yang telah jelas tidak ada

kekeliruan dalam fahamannya, tidak ada kesesatan dalam manhajnya dan tidak ada kecacatan dalam sikapnya.

Golongan inilah yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai golongan yang selamat dan benar-benar terjamin

pengakhiran hidup mereka.

Di samping al-Baghdadi yang menjelaskan kumpulan ASWJ dalam bentuk di atas, masih terdapat

sejumlah ulama lain juga memberikan pandagan mereka mengenai golongan yang terjumlah dalam mazhab

ASWJ ini. Para ulama berkenaan telah memberikan huraian mengenai golongan yang dikenali sebagai Ahli

Sunah Waljamaah, antaranya adalah seperti berikut:

Imam al-Baghdādī Rahimahullah (1988: 39) menghuraikan golongan Ahli Sunah Waljamaah dengan

menyatakan:

Maka golongan yang ke 73 ialah Ahli Sunnah Waljamaah iaitu golongan ahl al-Ra'y (Abū

Ḥanīfah dan murid-muridnya) dan ahl al-Hadis, bukan mereka yang mempermain-mainkan

Hadis, dan ulama fiqh, penghafal al-Quran, perawi Hadis, dan mutakallimun ahli hadith dalam

kalangan mereka, semuanya sepakat atas keesaan Pencipta, keesaan sifat-sifat-Nya, keadilan-

Nya, hikmah-Nya, dan nama-nama-Nya dan pada bab kenabian dan kepimpinan, hukum

hudud, dan pada perkara usuluddin.

Imam al-Subkī Rahimahullah (w771H) (1918: 365) telah berkata, golongan Ahli Sunah Waljamaah

adalah:

وهؤ اءالحنفي والشافعي والمالي وفضالء الحنابل ف العقائد د واحدة كلهم على رأي السن والجماع دنو هلل تعالى بطرق

عقيدة األشعري ه ما تضمنته عقيدة أب عفر الطحاوى الت تلقاها علماء :وبالجمل... شيخ أهل السن أب الحسن األشعري

.المذاهب بالقول ورضوها عقيدة

Maksudnya: Dan mereka adalah pengikut mazhab Hanafiyyah, Shafiᶜiyyah, Mālikiyyah dan

tokoh-tokoh Ḥanābilah. Dalam persoalan akidah, mereka semua bersepakat dengan pandangan

Ahli Sunah Waljamaah yang dibawa oleh Imam Abū Ḥasan al-Ashᶜarī... secara umumnya akidah

al-Ashᶜarī ialah sama dengan akidah Abū Jaafar al-Tahawi yang diterima oleh ulama-ulama

mazhab dan mereka redha ianya sebagai akidah.

Al-ᶜAllāmah Ibn ᶜĀbidīn Rahimahullah (w. 1252H) (1995: 52) menyebut golongan Ahli Sunah

Waljamaah adalah:

Page 19: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

أي عما نعتقد من غير المسائل الفرعي مما جب اعتقاه على كل ملف بال تقليد أحد، وهو ما عليه أهل السن :قوله عن معتقدنا

متوافقو إ ا ف مسائل سيرة أرعها بعضهم إلى الخالف اللفظ كما بين ف والجماع وهم األشاعرة والماترد، وهم

.محله

Maksudnya: Pegangan kami: Iaitu apa yang kami beriktiqad selain dalam masalah-masalah

cabang (furuᶜ) yang wajib diiktiqad oleh setiap mukallaf tanpa taqlid seseorang, menurut ajaran

Ahli Sunah Waljamaah iaitu ajaran al-Ashāᶜirah dan al-Maturidiyyah. Mereka bersepakat dalam

persoalan akidah kecuali pada beberapa perkara kecil yang dirujuk oleh sebahagian mereka

sebagai khilaf lafẓi sahaja sebagaimana yang diterangkan pada tempatnya.

Imam Muḥammad bin Muḥammad al-Ḥusaynī al-Al-Zabīdī (1994: 6) meriwayatkan:

إذا أطلق أهل السن فالمرا بهم األشاعرة والماترد، قال الخيال ف حاشيته على شرح العقائد: األشاعرة هم أهل السن

.قطار وف ار ما وراء النهروالجماع، وهذا هو مشهور ف ار خراسا، والعراق، والشام، وأكثر األ

Maksudnya: Apabila disebut Ahli sunah, dikehendaki maksud dengannya al-Ashāᶜirah dan

al-Maturidiyyah. Al-Khayālī berkata, dalam Hashiyahnya bahawa golongan Ashāᶜirah

kesemua mereka adalah dari kalangan Ahli Sunah Waljamaah, dan pandangan ini

sememangnya masyhur dalam kalangan penduduk Khurasan, Iraq, Syam, kebanyakan dunia

Islam dan di kalangan penduduk-penduduk seberang sungai (Jaykhun).

Menurut Prof. Dr. ᶜAlī Jumᶜah (2008: 221) dalam kitabnya:

الحنل : أهل السن والجماع ثالث فرق:وقول ا امام محمد احمد السفارن

ا اثر : وامامهم احمد ابن حنل

األشاعرة : وامامهم ابو الحسن ا اشعري

الماترد : وامامهم ابو منور الماتردي

Maksudnya: Berkata imam Muḥammad Aḥmad al-Safarīnī al-Hanbali: Ahli Sunah Waljamaah

mempunyai tiga firqah. Mereka adalah:

al-Athriyyah: iaitu imamnya Aḥmad bin Ḥanbal.

Al-Ashāᶜirah: iaitu imamnya Abū Ḥasan al-Ashᶜarī.

Al-Maturidiyyah: iaitu imamnya Abū Manṣūr al-Maturidi.

Di samping itu, selain daripada perakuan-perakuan di atas berkait dengan ASWJ, terdapat sekumpulan

pengikut paradigma pemikiran Shaikh Ibn Taimiyyah al-Harrani yang dewasa ini dikenali sebagai golongan

Salafi-Wahabi adalah juga, khususnya kebelakangan ini, dengan lantang membuat dakwaan bahawa kumpulan

merekalah yang benar-benar tepat digelarkan sebagai ASWJ (Muhammad Idrus Ramli 2013, 25). Kumpulan ini

mendakwa bahawa al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah adalah golongan bidaah yang tidak termasuk dalam

mazhab ASWJ. Oleh itu di sini, untuk menjadi lebih adil dalam hal ini, perlulah diteliti selok belok prinsip

pegangan dan amalan golongan Salafi-Wahabi ini bagi menentukan apakah dakwaan mereka benar atau

sebaliknya.

PRINSIP-PRINSIP PEGANGAN SALAFI-WAHABI

Mendakwa mengikut al-Salaf al-Saleh, Ibn

Taymiyyah dan Ibnu Qayyim al-Jauziah

Pada dasarnya golongan Salafi-Wahabi mendakwa bahawa mereka adalah satu golongan yang berpegang

kepada dalil al-Quran, al-Hadis dan pendapat ulama salaf semata-mata. Selain daripada sumber itu ia dianggap

menyalahi sunah dan menghampiri bid’ah (Aizam Mas’od 2010). Di samping itu, golongan ini juga mendakwa

Page 20: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

bahawa mereka mengikuti ulama tertentu seperti Ibnu Taymiyyah serta Ibnu al-Qayyim al-Jauziah, dan menolak

ulama-ulama yang lain dengan anggapan mereka telah menyimpang daripada kebenaran (Khalif 2012).

Bagaimanapun, sebenarnya aliran Salafi-Wahabi tidak menjadikan al-Salaf al-Saleh, dan malahan Ibnu

Taymiyyah serta Ibnu al-Qayyim al-Jauziah sekalipun, sebagai ikutan mereka dalam semua perkara. Hakikat ini

dapat dibuktikan dengan beberapa contoh di bawah:

i Takwil

Adalah sesuatu yang cukup terkenal bahawa golongan Salafi-Wahabi mendakwa ayat-ayat dan hadis-

hadis berkaitan dengan sifat Allah SWT mestilah difahami dalam bentuk zahir dan tidak boleh

ditakwil. Mereka mengatakan pendekatan dalam memahami hal ini adalah selaras dan mewakili

pendekatan dan kefahaman para Sahabat, Tabi’in serta juga golongan al-Salaf al-Saleh (Abdullah

Umar 2012).

Ini bermakna golongan Salafi-Wahabi tidak menerima pendekatan takwil dan mendakwa

bahawa pendekatan tersebut adalah ambilan dan ikutan mereka terhadap manhaj golongan al-salaf al-

Saleh. Sedangkan golongan salaf sebenarnya melakukan takwil terhadap ayat-ayat dan hadis-hadis

berkaitan sifat Allah SWT. Contoh-contohnya, antara lain, adalah seperti di bawah (Abdullah Umar

2012; Idrus Ramli 2013):

a. Ibnu Abbas r.a, iaitu bapa saudara kepada Rasulullah SAW menggunakan kaedah takwil

apabila bertemu dengan ayat-ayat sifat. Firman Allah SWT dalam surah al-Qalam (68), ayat

42:

Yang bermaksud:

(ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara

(hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya”

Dalam menjelaskan ayat ini, Ibnu Abbas berkata: “Disingkapkan dari kekerasan atau

kegentingan”. Perkataan ساق (betis) ditakwil dengan makna شدة (kekerasan/kegentingan).

b. Ibnu Abbas r.a juga mentakwilkan ayat 47 surah al-Dhariyyat (51)

Yang bermaksud,

“dan langit itu Kami dirikan Dengan Kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh

rapi). dan Sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang Luas tidak terhingga”.

Perkataan اد dalam ayat di atas secara lahirnya adalah telapak tangan dari hujung jari

hingga lengan. Ia adalah bentuk jamak dari perkataan د Dalam konteks ini Ibnu Abbas r.a

mentakwilkan perkataan د dengan قوة . Oleh itu ayat di atas difahami secara berikut

(maksudnya): “dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan - quwwah (Kami) dan

sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa”. Selain daripada Ibnu Abbas r.a takwil yang sama

dilakukan oleh para tokoh Sahabat, Tabi’in dan pemuka al-Salaf al-Saleh seperti Ibnu

Mas’ud, Ali bin Abi Talib, Hasan al-Basri, Imam Malik, Imam al-Auza’i, Qatadah, Mujahid,

Mansur Ibnu Zaid, Ikrimmah serta Sufian al-Thauri (Abdullah Umar 2012; Mahfuz 2010).

c. Al-Imam Ahmad bin Hanbal, pengasas mazhab Hanbali melakukan takwil terhadap beberapa

teks mutasyabihat yang terdapat dalam al-Quran. Contohnya teks yang berkaitan dengan

datangnya Tuhan. Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr (89), ayat 22:

Yang bermaksud:

“dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan

perintah)”.

Page 21: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

Ibnu Hanbal menakwilkan perkataan datangnya Tuhan (Ja’a) kepada datangnya

pahala dari Tuhan, dan bukan datangnya dalam erti kata Tuhan bergerak dan berpindah.

Berdasarkan contoh-contoh di atas jelas bahawa golongan Salafi-Wahabi

menggunakan pendekatan atau manhaj yang berbeza dengan golongan al-Salaf al-Saleh dalam

hal yang berkaitan dengan takwil ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis mengenai sifat Allah

SWT. Malahan al-Qaradawi mengatakan takwil adalah diperlukan dalam zaman ini seperti

terungkap dalam petikan di bawah (Khalif 2013):

“Takwil diperlukan pada zaman ini ketika kita menterjemahkan makna-

makna al-Quran kepada bahasa-bahasa asing yang berbagai, tidak dapat

diterima oleh akal orang asing jika kita mengatakan kepada mereka: “dalam

perkara ini kita berdiam diri, dan tidak perlu menjelaskan maksudnya dan

kita menyerahkannya kepada Allah SWT”, sesungguhnya mereka amat

memerlukan penjelasan bukan berdiam diri”

ii Ilmu Tasawuf

Golongan Salafi-Wahabi mengatakan bahawa mereka adalah pengikut tegar Ibnu Taymiyyah dan Ibnu

al-Qayyim al-Jauziah sehingga mereka menolak ulama-ulama yang lain dengan anggapan bahawa

ulama lain tersebut telah menyimpang daripada kebenaran. Namun dalam kaitan dengan persoalan ilmu

Tasawuf golongan Salafi-Wahabi jelas bertentangan dengan pandangan dan pendekatan kedua-dua

tokoh yang menjadi ikutan mereka. Perkara ini dapat disahkan dengan fakta-fakta di bawah:

a. Menerusi beberapa tulisan Ibnu Taymiyyah seperti al-Sufiyyah wa al-Fuqara’ serta kitab al-

Hujjaj al-Naqliyyah wa al-‘Aqliyyah beliau mengecam hebat tokoh-tokoh sufi seperti Abu

Mansur al-Hallaj dan Ibnu al-‘Arabi dengan mengatakan tokoh-tokoh sufi ini melakukan

bid’ah dan layak dituduh kafir. Namun pada waktu yang sama Ibnu Taymiyyah didapati

memberikan penghormatan yang tinggi kepada sebahagian tokoh sufi yang lain seperti Fudail

bin ‘Iyyad, Ibrahim bin Adham, Abu Sulayman al-Darani, Ma’aruf al-Karkhi, al-Junayd al-

Bagdadi, al-Tustari dan lain-lain dengan menggelarkan mereka sebagai masha’yikh Ahl al-

Kitab wa al-Sunnah dan Ahl al-‘ilm. Malahan Ibnu Taymiyyah juga pada tempat-tempat

tertentu dalam tulisan beliau, menggunakan para ahli sufi berkenaan sebagai rujukan yang

berautoriti (Zakaria 1995).

Selain itu, dapatan kajian para penyelidik menunjukkan bahawa Ibnu Taymiyyah adalah

seorang sufi pengamal tarekat al-Qadariyyah yang dinisbahkan kepada Syeikh Abd-Qadir al-

Jaylani iaitu seorang sufi bermazhab Hanbali (Zakaria 2002).

Berdasarkan fakta di atas menunjukkan golongan Salafi-Wahabi tidak benar-benar mengikut

jejak yang dilalui oleh tokoh sanjungan mereka. Ini kerana jelas Ibnu Taymiyyah tidak

menolak seratus peratus ilmu Tasawuf sedangkan golongan Salafi-Wahabi langsung tidak

boleh menerima ilmu Tasawuf sebagai satu disiplin ilmu yang sah dalam Islam (Zaidi 2010).

Malahan tokoh besar mereka membuat seruan: “Wahai umat Islam, Islam yang kamu anuti

tidak memberi manfaat kecuali kamu mengisytiharkan peperangan dengan bersungguh-

sungguh terhadap golongan Tasawuf dan kamu menyelesaikan mereka sebelum kamu pergi

memerangi golongan Yahudi dan Majusi” (al-Husainiyy 2013).

b. Hal yang sama seperti di atas terjadi juga kepada Ibnu Qayyim al-Jauziah, seorang lagi tokoh

sanjungan Salafi-Wahabi. Ibnu Qayyim jelas mengiktiraf ilmu Tasawuf. Hal ini berdasarkan

kerja keras beliau membuat syarah secara panjang lebar terhadap kitab Manazil al-Sa’irin

Page 22: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

(1962) yang ditulis oleh Abdullah Ibn Muhammad al-Ansari al-Harawi seorang tokoh sufi

aliran Hanabilah. Syarah tersebut dimuatkan sepenuhnya dalam kitab beliau Madarij al-

Salikin: Byna Manazil Iyakka Na’budu wa Iyakka Nasta’in (2000).

Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa golongan Salafi-Wahabi tidak setia kepada kumpulan yang

menjadi rujukan kepada mereka. Mereka hanya memilih mana-mana perkara yang sesuai dengan keperluan dan

kehendak mereka serta meninggalkan yang lain.

Pegangan Akidah

Dari segi akidah golongan Salafi-Wahabi berpegang teguh kepada pandangan Ibnu Taymiyyah, khususnya

tentang akidah yang membahagikan konsep tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyyah, Tauhid

Uluhiyyah dan Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat. Dalam sejarah perkembangan ilmu Tauhid dalam Islam konsep

tauhid yang dibahagikan kepada tiga ini tidak pernah disentuh oleh mana-mana ulama salaf dan juga tidak

pernah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW. Hanya apabila muncul Ibnu Taymiyyah dalam abad yang ke-7 Hijrah

barulah konsep ini dikemukan oleh beliau (Idrus Ramli 2013; Ahmad Faizzurahim 2013; Hadzullathfi et.al

2012).

Menurut Ibnu Taymiyyah Tauhid Rububiyyah bermaksud mengesakan Allah SWT dari aspek

perbuatan-perbuatan-Nya seperti mencipta, menghidupkan, mematikan, memiliki, mentadbir dan lain-lain.

Namun demikian, Tauhid Rububiyyah bukanlah pembeza antara muslim dengan orang kafir kerana mereka juga

memiliki tauhid ini. Beliau juga menyatakan tauhid jenis ini diyakini oleh semua orang sama ada musyrik

ataupun mukmin. Mereka berdalilkan dengan surah al-Zukhruf (43), ayat 9:

Yang bermaksud,

“dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:"

siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah

Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”

Ayat ini menjelaskan bahawa orang musyrikin penyembah berhala di zaman Nabi SAW beriman

dengan Allah SWT.

Tauhid Uluhiyyah pula, bererti hanya Tuhan yang berhak disembah iaitu menyakini bahawa Allah

SWT sahaja yang berhak disembah dan tidak boleh disekutukan dengan sesiapapun juga dalam ibadah. Atas

sebab itulah tauhid jenis ini dinamakan juga Tauhid Ibadat. Jadi kandungan utama kalimat tauhid tersebut

bukanlah Tauhid Rububiyyah dan bukan pula Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat. Malah kedua-duanya ini sekadar

pelengkap sahaja bagi Tauhid Uluhiyyah. Di samping itu, ia juga merujuk kepada pelaksanaan ibadat yang

hanya ditujukan kepada Allah SWT dan Dia sahaja yang berhak disembah. Adapun Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat

meletakkan hakikat nama-nama dan sifat Allah SWT sesuai dengan pengertian zahirnya. Tauhid al-Asma’ wa

al-Sifat juga ialah mengesakan Allah SWT dari aspek nama-nama-Nya. Maka segala penjelasan Allah SWT di

dalam al-Quran tentang sifat-Nya dan nama-Nya ataupun penjelasan dari Rasulullah SAW dalam hadis yang

sahih tentang sifat dan nama Allah SWT sewajarnya diterima sahaja sesuai dengan kebesaran-Nya tanpa

mempertikaikannya sama ada secara tahrif, ta’til (penghapusan), takyif dan tamthil (menyerupakannya) (Aziz

Hanafi 2010; Hadzullathfi et.al 2012; Engku Ibrahim et.al 2011; Ahmad Faidzurrahim 2013).

Terdapat beberapa implikasi yang menakutkan dari perspektif pegangan akidah hasil daripada

keyakinan terhadap tiga jenis tauhid di atas:

i Berlakunya pertentangan dengan ayat al-Quran dan hadis. Al-Quran dan hadis tidak membezakan

makna Rabb dengan makna Ilah. Malah dalil-dalil al-Quran dan hadis mengisyaratkan adanya kaitan

Page 23: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

yang sangat rapat, melazimi dan malahan sama di antara kedua-duanya. Hal ini dapat dilihat dalam

contoh-contoh berikut (Hadzullathfi et.al 2012; Idrus Ramli 2013; Ahmad Faidzurrahim 2013):

a. Firman Allah SWT dalam surah al-Arif (7), ayat 172:

Yang bermaksud:

“dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam

(turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri

mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firman-Nya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?"

mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". yang

demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah

lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”

Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah SWT bertanya dengan menggunakan lafaz

Penggunaan lafaz ini menjelaskan bahawa cukup .)ألست بإلهم( bukan dengan lafaz ,)ألست بربم(

bagi mereka menerima tauhid Rububiyyah kerana sesiapa yang mengiktiraf kedudukan Allah

SWT dari sudut Rububiyyah, maka mereka sebenarnya secara tidak langsung telah

mengiktiraf tauhid Uluhiyyah berdasarkan ayat selepas )ألست بربم( itu. Maka dikatakan

bahawa tiada Rabb selain Ilah, bahkan Dialah Ilah itu sendiri. Ini bermaksud Rububiyyah

(Rabb) dan Uluhiyyah (Ilah) merujuk kepada Allah SWT sahaja. Perkara ini adalah suatu

yang tidak pernah berlaku khilaf dalam kalangan ulama Ahli Sunah Waljamaah semenjak dari

zaman sahabat sehingga ke zaman sekarang.

Selain itu ayat ini boleh difahami juga bahawa Allah SWT telah membuat perjanjian

yang teguh dengan seluruh manusia di alam roh agar mereka akur dengan ketuhanan Allah

SWT dan sanggup menuruti perintah-Nya. Namun setelah manusia berada di dunia, mereka

lupa tentang perjanjian tersebut. Sekiranya tauhid yang terkandung di dalam ayat tersebut

adalah tauhid Rububiyyah, yang mana tauhid ini turut dimiliki oleh orang kafir dan ia tidak

boleh memberi apa-apa manfaat kepada mereka kerana ia merupakan tauhid yang tidak

sempurna. Ia seolah-olah menunjukkan perjanjian tersebut tidak bererti apa-apa kepada

manusia dan kerana itu juga tidak sah untuk dikatakan: “Sesungguhnya kami (anak-anak

Adam) adalah orang yang lupa terhadap ini (keesaan Tuhan). Oleh itu, jelas bahawa

pernyataan perjanjian tersebut menghendaki mereka tauhid Uluhiyyah kerana tauhid

Rububiyyah merupakan tauhid yang tidak sempurna. Ini menunjukkan bahawa Rububiyyah

dan Uluhiyyah adalah saling melazimi antara keduanya dan tidak wajar ditafsirkan secara

terpisah antara keduanya. Kalau ia berbeza, tentu sekali terma perjanjian tersebut dibuat

berdasarkan pengiktirafan manusia seluruhnya terhadap tauhid Uluhiyyah”.

b. Firman Allah SWT dalam surah al-An’am (79), ayat 80:

Yang bermaksud:

“dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku mengenai

Allah, padahal Sesungguhnya ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? dan Aku pula

tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan Dengan Allah, kecuali

Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku

meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?”

Ayat di atas menunjukkan Nabi Ibrahim a.s menggunakan lafaz Rabb bagi

menjelaskan bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang mencipta langit dan bumi serta Dialah

yang berkuasa memberikan manfaat dan mudarat terhadap sesuatu. Ketika berinteraksi dengan

kaumnya pula, Baginda telah menyatakan secara jelas lafaz ‘Rabb aku’. Tanpa Baginda

menyatakan lafaz ‘Ilah aku’, sedangkan baginda seorang yang beriman kepada Allah SWT.

Page 24: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

Jika mengikut huraian Muhammad bin Abdul Wahab sudah tentu Baginda mesti menyebut

lafaz ‘Ilah aku’ sebagai membuktikan tauhid Uluhiyyah hanya terdapat kepada orang yang

beriman sahaja. Selain itu, lafaz Rabb ini telah diketahui oleh manusia sebagai Ilah

berdasarkan lafaz Baginda ketika menyeru kaumnya kepada beriman kepada Allah SWT.

Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa makna terkandung dalam tauhid Rububiyyah dan

Uluhiyyah saling melazimi di antara satu sama lain.

c. Sabda Rasulullah SAW (Muslim 2008):

نزلت ىف عذاب القرب فيقال له: من ربك؟ فيقول: ريب اهلل ونيب حممد صلى اهلل عليه وسلمYang bermaksud:

“Diturunkan (ayat 27 surah Ibrahim) bagi menjelaskan azab kubur. (Orang di dalam kubur)

ditanya: Siapakah Rabbuka (Tuhan kamu)? Lalu dia menjawab: Allah Rabbi (Tuhanku) dan

Muhammad SAW Nabiku”.

Hadis di atas menjelaskan bahawa malaikat akan bertanya kepada mayat tentang

siapakah Tuhan yang layak disembah dengan menggunakan lafaz Rabb. Berdasarkan

pengertian Uluhiyyah yang dikemukakan oleh Ibnu Taymiyyah dan Muhammad bin Abdul

Wahab, maka malaikat pasti akan bertanya menggunakan lafaz Ilah kerana pertanyaan tentang

Rabb tidak menunjukkan Allah SWT yang layak disembah. Ini bermakna, Rububiyyah dan

Uluhiyyah mempunyai pengertian yang berlaziman antara satu sama lain. Di samping itu,

kedua-dua tauhid ini adalah merujuk kepada Allah SWT sahaja.

ii Selain itu, terdapat beberapa ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa orang kafir tidak bertauhid

kepada Allah SWT walaupun dengan tauhid Rububiyyah. Hal ini jelas berdasarkan ayat-ayat al-Quran

di bawah (Hadzullathfi et.al 2012; Idrus Ramli 2013; Ahmad Faidzurrahim 2013):

a. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran (3), ayat 80:

Yang Bermaksud:

“dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-

tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu Dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam?”

Ayat di atas menegaskan bahawa orang kafir mengakui adanya beberapa Tuhan yang

terdiri daripada malaikat dan para nabi dengan menggunakan lafaz Rabb. Ini bermaksud

mereka tidak mempunyai tauhid Rububiyyah yang menyatakan Allah SWT sebagai Tuhan

pencipta alam ini sepertimana dakwaan Ibnu Taymiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahab.

b. Firman Allah SWT dalam surah al-Shu’ara (26), ayat 97-98:

Yang bermaksud:

Demi Allah! Sesungguhnya Kami (semasa di dunia dahulu) adalah di Dalam kesesatan yang

jelas nyata, kerana Kami menyamakan kamu Dengan Tuhan sekalian alam”.

Ayat di atas menunjukkan pengakuan dan penyesalan orang kafir di akhirat kerana

tidak bertauhid kepada Rabb iaitu tauhid Rububiyyah. Ini kerana tauhid Rububiyyah dan

Uluhiyyah mempunyai pengertian serupa yang hanya merujuk kepada Allah SWT sahaja.

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan bahawa orang kafir tidak memiliki tauhid sama

ada tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah. Maka pendapat yang mengatakan bahawa tauhid

Rububiyyah sahaja tidak mencukupi untuk menentukan keimanan seseorang adalah pendapat

yang bid’ah dan bertentangan dengan ijma’ umat Islam.

Page 25: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

iii Manakala kenyataan Ibnu Taymiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahab yang mengkhususkan tauhid

Uluhiyyah terhadap penyembahan atau ibadat sahaja dilihat bertentangan dengan beberapa dalil

daripada al-Quran, antara lainnya adalah seperti berikut (Hadzullathfi et.al 2012; Idrus Ramli 2013;

Ahmad Faidzurrahim 2013):

a. Firman Allah SWT dalam surah Yusuf (12), ayat 39-40:

Yang bermaksud,

“Wahai sahabatku berdua Yang sepenjara, memuja dan menyembah berbilang-bilang Tuhan

Yang bercerai-berai itukah Yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa,

lagi Maha Kuasa? apa Yang kamu sembah, Yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama Yang

kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang

Bukti Yang membenarkannya. sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah

bagi Allah. ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan dia. Yang

demikian itulah ugama Yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

Ayat di atas menjelaskan tentang penghuni penjara yang tidak mengakui Rabb iaitu

tauhid Rububiyyah dengan menyembah Tuhan-tuhan selain daripada Allah SWT. Ayat ini

juga menggunakan lafaz ibadat yang difahami oleh Ibnu Taymiyyah dan Muhammad bin

Abdul Wahab sebagai Uluhiyyah, tetapi Allah SWT telah menggunakan lafaz Rabb bagi

menunjukkan tauhid ibadat kepada-Nya.

b. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi (18), ayat 38:

Yang bermaksud,

“tetapi Aku sendiri percaya dan yakin Dengan sepenuhnya Bahawa Dia lah Allah, Tuhanku,

dan Aku tidak sekutukan sesuatu pun Dengan Tuhanku”.

Dan Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi (18), ayat 40:

Yang bermaksud:

“maka Mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan

(aku bimbang) Dia akan menimpakannya Dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah

menjadilah kebunmu itu tanah Yang licin tandus”.

Ayat pertama mengisahkan pengakuan seorang beriman yang tidak melanggar tauhid

Rububiyyah, manakala ayat kedua mengisahkan pengakuan seorang kafir melanggar tauhid

Rububiyyah. Oleh itu, kedua-dua ayat di atas memberikan satu kesimpulan bahawa antara

tauhid Rububiyyah dan tauhid Uluhiyyah mempunyai kaitan yang saling melengkapi. Ayat

kedua ini juga telah membatalkan dakwaan Ibnu Taymiyyah dan Muhammad bin Abdul

Wahab yang mengatakan bahawa orang kafir mengakui tauhid Rububiyyah.

Tauhid Rububiyyah dan tauhid Uluhiyyah diasaskan oleh Ibnu Taymiyyah dan dikembangkan oleh

Muhammad bin Abdul Wahab. Ia tidak pernah diperkatakan oleh golongan al-Salaf al-Saleh. Kedua-dua jenis

tauhid ini ternyata bertentangan dengan sejumlah ayat-ayat al-Quran dan hadis seperti yang dijelaskan di atas.

Ini bermakna keyakinan terhadap dua bentuk tauhid tersebut mempunyai masalah yang cukup asas dalam

pandangan Islam. Golongan yang berpegang kepada dua jenis tauhid ini tidak hanya berbeza dengan pandangan

al-Salaf al-Saleh, kerana itu ia menjadi bid’ah, tetapi juga melakukan kesalahan kerana gopoh dan tidak teliti

dalam memahami ayat-ayat al-Quran dan hadis.

iv Implikasi Mujasimmah dan Musyabbihah

Keyakinan golongan Salafi-Wahabi terhadap tauhid al-Asma’ wa al-Sifat menyebabkan mereka terjerumus ke

dalam pengisbatan Mujasimmah dan Musyabbihah dalam hubungan dengan sifat-sifat Allah SWT. Ini ialah

Page 26: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

kerana keyakinan terhadap tauhid jenis ini mengisbatkan sifat-sifat Allah SWT seperti yang terungkap di dalam

ayat al-Quran dan hadis sahih tanpa sebarang takwil. Oleh itu sifat-sifat Allah SWT difahami mengikut

pengertian zahir dan literal semata-mata. Hal ini menjadikan golongan Salafi-Wahabi terjebak dalam

Mujasimmah dan Musyabbihah. Antara contohnya adalah seperti berikut (Ahmad Faizzurahim 2013; Zamihan

2010; Ibnu Qayyim 1993; Idahram 2011; Khairi Tajudin 2012; Amin Daud 2010):

a. Firman Allah SWT dalam surah Taha (20), ayat 5:

Yang bermaksud,

“Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy”

Dan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2), ayat 225:

Yang bermaksud,

“Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga

serta memelihara keduanya. dan Dia lah yang Maha tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha besar

(kekuasaan-Nya)”

Dalam mentafsirkan ayat-ayat di atas golongan Salafi-Wahabi tanpa segan dan silu mendakwa

Allah SWT bersemayam atau duduk di atas arasy. Manakala kursi pula ditafsirkan sebagai tempat

Allah SWT meletakkan kedua telapak kaki-Nya.

b. Seorang ulama Salafi-Wahabi yang bernama Abdullah Ibn Ahmad dalam tulisannya berjudul al-Sunah

ketika ditanya tentang tafsiran ayat dalam surah al-Nisa (4), ayat 164:

Yang bermaksud:

“dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada

perantaraan)”

Dia menjawab dengan mengatakan dengan lidah-Nya Allah SWT bercakap-cakap bersama

Musa a.s dengan Mulut-Nya. Demikian juga seorang tokoh Salafi-Wahabi yang bernama Abu Ya’la

dalam tulisan beliau Tabaqat al-Hanabillah dengan mengatakan bahawa Allah SWT bercakap-cakap

bersama Musa a.s dengan mulut-Nya dan Allah SWT memberikan kepada Musa a.s kitab Taurat dari

tangan-Nya kepada tangan Musa a.s.

c. Firman Allah SWT dala surah al-Ma’aidah (5), ayat 64:

Yang bermaksud,

“bahkan kedua tangan Allah SWT sentiasa terbuka. Dia belanjakan sebagaimana yang ia kehendaki”

Dan firman Allah SWT dalam surah Sad’ (38), ayat 75:

Yang bermaksud,

“Allah berfirman: "hai lblis! apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku

telah ciptakan dengan tangan-Ku?”

Dan lagi firman Allah SWT dalam surah Hud (11), ayat 37:

Yang bermaksud,

“dan buatlah bahtera Dengan pengawasan serta kawalan kami, dan Dengan panduan wahyu Kami

(tentang cara membuatnya); dan janganlah Engkau merayu kepada-Ku untuk menolong kaum yang

zalim itu, kerana Sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan)”

Dalam menjelaskan ayat-ayat di atas seorang tokoh Salafi-Wahabi yang bernama Muhammad

bin Saleh al-Uthaimin dalam kitab beliau ‘Aqidah Ahli Sunah Waljamaah mengatakan kami beriman

bahawa “bagi Allah SWT mempunyai dua tangan yang mulia dan agong tetapi tangan Allah SWT tidak

sama dengan tangan makhluk”. Bagaimanapun apabila diisbatkan kepada Allah SWT sifat tangan, ini

Page 27: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

bermakna Allah SWT telah ditajsimkan. Dalam hubungan dengan mata pula al-Uthaimin mengatakan

“kami beriman bahawa bagi Allah SWT ada dua mata yang kedua-duanya bersifat hakiki.

Adalah jelas bahawa golongan Salafi-Wahabi mengisbatkan sifat-sifat Allah SWT secara zahir

sesuatu ayat dengan memberikan pengertian literal terhadap ayat-ayat tersebut, sehingga dengan itu

mereka ternyata mentajsimkan Allah SWT dan mentasbihkan-Nya sama dengan makhluk ciptaan-Nya.

v Menolak aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah

Berdasarkan pegangan golongan Salafi-Wahabi terhadap tauhid al-Asma’ wa al-Sifat maka mereka menolak

aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah seperti yang dijelaskan oleh Saleh Ibn Fauzan dalam buku beliau Min

Mashahir al-Mujaddidin fi al-Islam yang mengatakan bahawa aliran-aliran tersebut tidak berhak digelar

sebagai Ahli Sunah Waljamaah. Ini kerana al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah bertentangan pendapat dengan

para Sahabat dan Tabi’in serta para imam yang empat dalam banyak isu akidah dan usuluddin (Ustaz Moden

Weblog 2014). Oleh itu kedua-dua aliran tersebut tidak sama dengan pendekatan Salafi-Wahabi dalam

membincangkan tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT. Di samping itu, tokoh Salafi-Wahabi

Muhammad bin Saleh al-Uthaimin ketika membuat komentar terhadap buku al-‘Aqidah al-Wasatiyyah tulisan

Ibnu Taymiyyah menjelaskan seperti berikut (Idahram 2011):

“Definisi dari Ibnu Taymiyyah ini menunjukkan bahawa al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah

dan yang sejenisnya bukan Ahli Sunah Waljamaah, kerana keyakinan mereka itu

bercampur dengan bid’ah. Kesimpulan inilah yang sebenar bahawa al-Asya’irah dan al-

Maturidiyyah dalam hal pendapat mereka tentang al-Asma’ wa al-Sifat tidak dianggap

sebagai Ahli Sunah Waljamaah. Sesungguhnya al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah dan yang

selain daripadanya tidak termasuk sebagai Ahli Sunah Waljamaah”

Seorang tokoh Salafi-Wahabi yang lain, Dr. Falah Ismail dalam akhbar Harian al-Watan al-Kuwaitiyah

Mac 2007 menjelaskan hal berikut (Idahram 2011):

“Sesungguhnya al-Asya’irah sangat jauh dari Ahli Sunah Waljamaah berbanding

Muktazilah, disebabkan pendapat-pendapat mereka penuh dengan kebohongan dan

penipuan. Begitu juga dengan apa yang mereka tetapkan tentang sifat-sifat Allah SWT,

mereka tidak memperkatakan sesuatu yang sesuai dengan Ahli Sunah Waljamaah dalam

masalah itu, kerana mereka menetapkannya hanya melalui akal”

Tokoh utama Salafi-Wahabi moden Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz dalam majalah al-Buhush al-

Islamiyyah menjelaskan perkara ini seperti berikut (Idahram 2011):

“maka al-Asya’irah dan orang-orang yang sama dengan mereka dalam masalah sifat-sifat

Allah SWT tidak termasuk Ahli Sunah Waljamaah. Ini kerana mereka menyalahinya dalam

masalah itu dan menempuh jalan berbeza. Hal itu mengakibatkan pengingkaran atas

mereka dan jelasnya kesalahan-kesalahan mereka dalam hal takwil (mentafsirkan teks yang

kurang jelas), sebagaimana juga tidak terlarang untuk dikatakan bahawa al-Asya’irah

bukan Ahli Sunah Waljamaah dalam masalah al-Asma’ wa al-Sifat, meskipun mereka

dalam masalah lain termasuk Ahli Sunah Waljamaah. Sehingga mengamal mazhab tentang

mereka dapat mengetahui bahawa mereka salah dalam mentakwil sebahagian sifat-sifat

Allah SWT dan mazhab takwil itu tidak boleh dinisbahkan kepada Ahli Sunah Waljamaah

sama sekali, bahkan takwil itu bukan mazhab Ahli Sunah Waljamaah. Takwil hanya boleh

dinisbahkan kepada al-Asya’irah dan semua ahli bid’ah yang telah mentakwilkan teks-teks

agama keluar dari takwil yang sebenarnya”

Golongan Salafi-Wahabi menganggap kumpulan mereka adalah Ahli Sunah Waljamaah yang sebenar

berdasarkan pendekatan dan pegangan mereka terhadap tauhid al-Asma’ wa al-Sifat. Oleh itu mereka

mengatakan aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah sebagai tidak termasuk dalam kumpulan Ahli Sunah

Waljamaah kerana kedua-dua aliran tersebut berbeza dengan mereka dalam mengisbatkan al-Asma’ wa al-Sifat

Page 28: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

Allah SWT. Perbezaan yang jelas di antara aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah dengan golongan Salafi-

Wahabi tertumpu kepada penggunaan akal dan takwil dalam proses pengisbatkan al-Asma’ wa al-Sifat Allah

SWT. Pada pandangan Salafi-Wahabi penggunaan akal dan takwil adalah bertentangan dengan pendekatan dan

pegangan al-Salaf al-Saleh. Kerana itu mereka mengyingkirkan al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah daripada

kelompok Ahli Sunah Waljamaah.

vi Penglibatan dalam takfir

Pegangan dan keyakinan Salafi-Wahabi terhadap tauhid Rububiyyah telah membawa mereka begitu mudah

mentakfirkan umat Islam yang tidak sehaluan dengan mereka. Ini ialah kerana tauhid Rububiyyah dalam

pandangan Salafi-Wahabi adalah jenis tauhid yang dimiliki bersama oleh golongan orang kafir seperti Abu Jahal

dan Abu Lahab. Seseorang itu dalam pandangan Salafi-Wahabi akan hanya terselamat daripada kekufuran

apabila dia mempraktikkan tauhid Uluhiyyah atau tauhid Ibadat dalam kehidupannya. Salafi-Wahabi

mengatakan mana-mana bentuk ibadat yang dilihat sebagai tidak tertuju terus hanya kepada Allah SWT maka

pengamal ibadat berkenaan terjerumus ke dalam kancah kekufuran. Berdasarkan kefahaman sebegini dalam isu

tauhid, maka terlihat golongan Salafi-Wahabi acap kali menghukum kafir kepada tidak hanya individu, malah

masyarakat dan negara. Tidak hanya kepada kalangan yang masih hidup, tetapi juga kepada mereka yang sudah

meninggal dunia, dan implikasi langsung kepada hukuman ini ialah; menjadi halalnya darah dan harus dibunuh

mereka yang dihukum kafir. Oleh itu golongan Salafi-Wahabi juga terkenal dengan penghalalan darah dan

pembunuhan mereka yang masih Islam dalam pandangan majoriti ulama Islam yang lain (Engku Ibrahim 2011;

Hadzrullathi 2012).

Sikap dan amalan golongan Salafi-Wahabi yang mudah mengtakfir golongan yang tidak sehaluan

dengan mereka dan menghalalkan darah golongan tersebut memberikan justifikasi yang amat wajar untuk

disamakan mereka dengan golongan Khawarij. Oleh itu banyak pihak menggelarkan mereka sebagai Neo-

Khawarij (Muhammad Ariffin 2008; Wan Zahidi 2013).

Golongan Salafi-Wahabi mensyaratkan ibadat yang boleh menghindarkan pengamalnya daripada

kekufuran mestilah ia ditujukan secara terus tanpa sebarang perantaraan kepada Allah SWT. Oleh itu amalan

tawasul dan istighathah termasuk ke dalam amalan syirik, tanpa mengira tawasul dan istighathah tersebut

dilakukan menerusi keagungan Nabi SAW, wali ataupun orang saleh. Hal ini jelas daripada fatwa Ibnu Baz

yang terkandung dalam bukunya fatawa fi al-‘Aqidah seperti berikut (Idahram 2011):

“orang-orang yang beristighathah dan bertawasul dengan (kebenaran) Nabi SAW dan

para wali adalah orang-orang musyrik kafir. Seorang muslim tidak boleh menikahi

mereka, serta tidak boleh masuk ke dalam Masjidil Haram (untuk menunaikan ibadah

Haji). Seorang muslim juga tidak boleh bergaul dengan mereka dengan cara seperti

bermuamalah dengan orang-orang Islam, meskipun mereka mengaku jahil. Seorang

muslim jangan beralasan dengan keadaan bahawa mereka jahil, melainkan mereka wajib

bermuamalah dengan cara orang kafir”

Di samping itu Abdullah Ibnu Muhammad Ibnu Abdul Wahab, cucu pengasas wahabi, dalam tulisan

beliau al-Durur al-Saniyyah fi al-Ajwibah al-Najiyyah menjelaskan prihal orang yang bertawasul dan

istighathah seperti berikut (Idahram 2011):

“Sesungguhnya orang yang berkata, Ya Rasulullah SAW, atau ya Ibnu Abbas, atau ya

Abdul Qadir atau yang selain daripada makhluk Allah SWT dengan perantara itu dia

meminta kepada Allah SWT untuk menolak keburukan atau mendatangkan kebaikan dari

segala yang tidak ada kuasa atas selain Allah SWT, seperti sembuh daripada penyakit,

menang atas musuh, terjaga dari yang tidak disukai dan sebagainya. Sesungguhnya orang

musyrik dengan syirik akbar (terbesar), menyebabkan halal darahnya (untuk

dinodai/dibunuh) dan hartanya boleh dirampas, meskipun orang itu meyakini bahawa

Page 29: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

penguasa alam semesta ini adalah Allah SWT. Oleh itu Dia berkata kepada makhluk-

makhluk-Nya dengan meminta manfaat mereka dan bertaqarrub dengan perantara mereka

agar hajatnya kepada Allah SWT dimakbulkan berkat daripada syafaat mereka dalam

menghadapi masalah ketika di alam barzakh”.

Selain daripada tawasul dan istighathah Muhammad bin Abdul Wahab menyatakan bahawa seseorang

muslim akan jatuh ke dalam syirik besar sekiranya salah satu jenis perbuatan berikut dipersembahkan kepada

selain daripada Allah SWT (Hadzrullathi 2012): “doa, isti‘anah, menyembelih binatang korban, nazar, khawf,

raja’, tawakal, ‘inabah, mahabbah, khashyah, raghbah, rahbah, ta’alluh, ruku’, sujud, khusu’ dan ta’zim”.

Huraian-huraian sebelum ini memperlihatkan betapa pegangan terhadap konsep tauhid Rububiyyah,

Uluhiyyah dan al-Asma’ wa al-Sifat telah mewujudkan jurang yang amat luas memisahkan golongan Salafi-

Wahabi dengan golongan arus perdana Ahli Sunah Waljamaah. Hal ini pastinya boleh menyemarakkan

perselisihan dan perpecahan dalam sesebuah masyarakat muslim yang dihuni oleh kedua-dua pihak ini.

Hukum Fiqh

Dari segi fiqh golongan Salafi-Wahabi, sejak zaman Muhammad bin Abdul Wahab, mendakwa bahawa mereka

mengikuti mazhab Hanbali. Tetapi apa yang aneh kitab-kitab biografi para ulama mazhab Hanbali yang ditulis

oleh golongan Hanabilah sejak generasi Muhammad bin Abdul Wahab tidak mencatat satu nama pun dalam

kalangan pengikut Muhammad bin Abdul Wahab dalam senarai para fuqaha mazhab Hanbali. Apa yang jelas

Ibnu Humaid al-Najdi ada mencatatkan dalam kitabnya al-Suhub alwabillah ‘ala dara’ih al-Hanabilah bahawa

pada masa mudanya Muhammad bin Abdul Wahab adalah seorang pemalas, tidak rajin belajar ilmu fiqh

sehingga sering dimarahi oleh ayahnya, Syeikh Abdul Wahab bin Sulayman (Idrus Ramli 2013).

Bertolak dari keadaan ketiadaan tempat bagi mereka dalam mazhab fiqh Hanbali seperti tercatat di atas,

golongan Salafi-Wahabi beralih kepada sikap menentang taklid mazhab dalam bidang fiqh. Justeru, mereka

mengatakan bahawa bertaklid kepada mazhab-mazhab fiqh yang ada adalah termasuk ke dalam perbuatan syirik

yang haram secara mutlak sehingga mereka mendakwa pengikut mazhab empat adalah kafir dan sesat. Bagi

mereka umat Islam wajib mengikuti apa yang ada di dalam al-Quran dan al-Sunah secara langsung tanpa

perantaraan mazhab. Inilah intisari pendapat Siddiq Hasan Khan al-Qinnauji, seorang tokoh Salafi-Wahabi dari

India, seperti yang dicatatkan di dalam kitab beliau al-Din al-Khalis. Hal yang sama diungkapkan Nasir al-

Albani, seorang tokoh Salafi-Wahabi dari Jordan yang mengatakan bahawa fiqh mazhab Hanafi adalah sama

dengan kitab Injil yang telah diputarbelitkan dan tidak boleh diikuti lagi. Pendapat al-Albani ini bermakna

kalangan umat Islam yang mengikuti mazhab Hanafi atau mazhab-mazhab fiqh yang lain adalah sama dengan

golongan orang Kristian yang mengikuti kitab Injil yang sudah diputarbelitkan. al-Albani juga, dalam tulisannya

Silsilah al-Ahadith al-Sahihah menyatakan bahawa musuh sunah adalah golongan yang bermazhab, berakidah

Asya’irah, para sufi dan lain daripada mereka (Idrus Ramli 2013; Idahram 2011; Aizam Mas’od 2010).

Dalam perkara yang berkaitan dengan fiqh ternyata golongan Salafi-Wahabi mengambil pendirian

tidak berpegang dengan mana-mana mazhab. Walaupun mereka berkembang dalam kerangka pemikiran

Hanabilah dengan berpijak kepada tradisi Ibnu Hanbal yang dikembangkan kemudiannya oleh Ibnu Taymiyyah

dan Ibnu Qayyim al-Jauziah, mereka jelasnya berpendirian bahawa berpegang kepada mazhab adalah satu

perbuatan syirik.

Persoalan-persoalan fiqh yang selalu ditimbulkan oleh golongan Salafi-Wahabi adalah berkisar sekitar

persoalan bid’ah yang meliputi amalan-amalan seperti: Qunut pada solat Subuh, menyebut lafaz niat ketika solat

‘usalli’, bacaan basmallah di dalam surah al-fatihah, bacaan yasin berjamaah, angkat tangan semasa berdoa dan

makmum mengaminkan doa imam, sambutan maulidul Rasul, bacaan berzanji, majlis zikir, berdiri waktu

Page 30: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

berselawat, bilangan rakaat terawih, talkin, tahlil, kenduri arwah dan lain-lain (Nadiyah Hashim 2007; Mahfuz

Muhammad 2010).

Menurut golongan Salafi-Wahabi perbuatan bid’ah semuanya sesat. Mereka berpandukan kepada

hadis Rasulullah SAW (Sunan Tirmidhi t.th):

ها بالن وا علي كوا با , وعض م وحمد ف عليكم بسنت وسنة اللفاء الراشدين المهديني , تس ذ ويا حمدثةب بدعة, , و بدعةب للة, ثات ال وا مورف فن

Yang bermaksud:

“maka wajiblah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah yang mendapat petunjuk,

hendaklah kamu berpegang dengannya, hendaklah kamu menggigitnya dengan graham (berpegang teguh) dan

jauhkanlah diri kamu daripada perkara-perkara baru yang diada-adakan. Maka sesungguhnya setiap perkara baru

yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah sesat”

Menurut Syeikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin seorang tokoh Salafi-Wahabi dalam kitab beliau

al-Ibda’ fi Kabali al-Syar’i wa Khatir al-Ibtida’ mengatakan bahawa hadis Kullu Bid’atin Dalalah di atas

adalah bersifat general, umum dan menyeluruh tanpa kecuali dan ia diapit dengan kata alat yang paling kuat

iaitu perkataan Kull. Adakah selepas adanya perkataan al-Kull masih lagi boleh kita membahagikan bid’ah

kepada beberapa bahagian sama ada tiga ataupun lima? tentu sekali ia selamanya tidak boleh.

Pandangan al-Uthaimin ini cuba menegaskan berdasarkan hadis Rasulullah SAW di atas yang

berkaitan dengan bid’ah bahawa bid’ah tidak mungkin lagi dibahagiakan kepada lebih dari satu kerana sighah

hadis tersebut menggunakan perkataan Kull yang membawa makna menyeluruh tanpa sebarang kecuali. Namun

dalam kitab Syarah al-‘Aqa’id al-Wasatiyyah al-Uthaimin ada menjelaskan: “sesungguhnya ungkapan seperti

ini, iaitu Kull Shai’in (segala sesuatu) adalah perkataan general yang kadang-kadang dikehendaki untuk

kegunaan khusus seperti firman Allah SWT dalam surah al-Naml (27), ayat 23 mengenai Ratu Saba’:

Yang bermaksud:

“Ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu”.

Sedangkan banyak sekaki sesuatu yang tidak masuk dalam kekuasaan Ratu Saba’ seperti kerajaan Nabi

Sulaiman a.s.

Jelas kelihatan bahawa al-Uthaimin juga menggunakan lafaz kull untuk perkara yang khusus, tidak

semestinya menunjukkan makna umum. Hal ini sesuai dengan pandangan pihak tertentu yang mengtakhsiskan

lafaz kull dalam Hadis Rasulullah SAW: kull bid’ah dalalah dan membhagikan bid’ah kepada dua, iaitu bid’ah

hasanah dan bid’ah sayyi’ah (Tamyes 2012)

Sikap dan amalan golongan Salafi-Wahabi amat keras terhadap perkara yang termasuk ke dalam

kategori bid’ah dalam pandangan mereka seperti memerangi amalan tasawuf sehingga mereka mengharamkan

zikir secara lantang, memerangi majlis-majlis bacaan al-Quran dan zikir secara berjemaah kerana mereka

menganggap perkara tersebut adalah bid’ah dan khurafat. Antara contohnya Muhammad bin Abdul Wahab

menegah mengucapkan selawat kepada Nabi SAW dan keluarganya sehingga ia merasa jijik bila mendengarnya

dan menegah orang ramai daripada membacanya pada malam jumaat. Begitu juga beliau menegah menyebut

atau membaca selawat secara lantang di atas mimbar sehingga beliau menghukum orang yang melakukannya

dan mengenakan tindakan keras yang kadang-kadang boleh membawa kepada pembunuhan (al-Saqqaf 2007).

Berdasarkan huraian tentang prinsip-prinsip pegangan golongan Salafi-Wahabi yang meliputi aspek

akidah, fiqh dan juga ketidakserasian mereka dengan manhaj al-Salaf al-Saleh, maka dapatlah disimpulkan

bahawa golongan ini tidak selari dengan prinsip-prinsip pegangan arus perdana atau jumhur Ahli Sunah

Waljamaah.

Page 31: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

RESPONS PEMUKA ASWJ TERHADAP

SALAFI-WAHABI

Ramai dalam kalangan ulama Ahli Sunah Waljamaah, sejak kelahiran Salafi-Wahabi sehinggalah masa kini,

mengatakan bahawa golongan Salafi-Wahabi adalah satu golongan yang membawa fahaman negatif, keras,

tidak teliti dan boleh membawa kepada perpecahan ummah. Ini kerana mereka memiliki sikap dan amalan yang

tidak berkompromi dengan pihak lain yang tidak sehaluan dengan mereka dan tidak pernah menilai positif

kecuali kepada diri mereka sendiri. Oleh itu, terdapat tokoh-tokoh ulama Ahli Sunah Waljamaah memberikan

reaksi penentangan terhadap prinsip pegangan, ajaran dan amalan golongan Salafi-Wahabi. Sebahagian daripada

reaksi penentangan tersebut adalah seperti berikut (Abu Zuhrah 1996; Zamihan 2011; al-Hayah 5 April 2011;

Zaini Dahlan t.th; Ahmad Faizurrahim 2013; http://www/alkhoirot.net/2012/02/Salafi-Wahabi-menurut-ulama-

sunni); Akhbar al-Watan 2010; al-Buti 1996):

i Penentangan terawal terhadap ajaran Salafi-Wahabi muncul daripada abang kepada Muhammad bin

Abdul Wahab sendiri, iaitu Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Beliau menulis kitab Fasl al-Khitab fi

Radd ‘ala Muhammad Ibn ‘Abd al-Wahab dan kitab al-Sawa’iq al-Ilahiyyah fi Radd ‘ala al-

Wahabiyyah bagi menolak fahaman yang dibawa oleh adik beliau ini.

ii Menurut al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan bahawa Muhammad bin Abdul Wahab

bersama-sama dengan pengikutnya sentiasa sibuk menanam bibit-bibit perpecahan dalam kalangan

umat Islam dengan membid’ahkan dan mengkafirkan kaum Muslimin. Di samping itu, beliau

mengutuskan sekumpulan pengikutnya untuk merosakkan akidah ulama al-Haramain dengan

memasukkan beberapa muslihat agar mereka mudah terpedaya dengan fahaman Salafi-Wahabi. Selain

itu, golongan Salafi-Wahabi juga gemar membangkitkan perkara remeh-temeh untuk mengundang

perpecahan sesama umat Islam. Al-‘Allamah Zaini Dahlan juga menghasilkan beberapa buah kitab

untuk menolak fahaman atau ajaran Salafi-Wahabi, antaranya: kitab al-Durur al-Saniyyah fi Radd ‘ala

al-Wahabiyyah dan kitab Khulasat al-Kalam fi Bayan ‘Umara’ al-Balad al-Haram.

iii Muhammad bin Abdullah bin Hamid al-Hanbali al-Najdi seorang yang pernah menjadi mufti Mekah

menjelaskan dalam tulisan beliau al-Suhub al-Wabilah ‘ala Dara’ih al-Hanabilah bahawa Abdul

Wahab bin Sulaiman, ayah kepada Muhammad bin Abdul Wahab tidak meredhai anak beliau menjadi

pelopor wahabi dan mengkafirkan golongan yang tidak sehaluan dengannya serta menghalalkan darah

umat Islam yang tidak mengikutinya.

iv Terdapat banyak kitab yang dihasilkan oleh para ulama Ahli Sunah Waljamaah untuk menolak

fahaman dan ajaran Salafi-Wahabi, antaranya:

a. Kitab al-Aqwal al-Mardiyyah fi al-radd ‘ala al-Wahabiyyah oleh Syeikh al-Faqih ‘Atha’ al-

Qasam al-Dimashqi al-Hanafi

b. Kitab al-Radd ‘ala al-Wahabiyyah oleh Syeikh Saleh al-Kuwaisy al-Tunisi

c. Kitab al-Radd ‘ala al-Wahabiyyah oleh Abu Hafs Umar al-Mahjub

d. Kitab al-Radd ‘ala al-Wahabiyyah oleh Syeikh Muhammad Saleh al-Zamzami al-Syafie

e. Kitab al-Radd ‘ala al-Wahabiyyah oleh Syeikh Ibrahim Ibn Abdul Qadir al-Tarabulasi al-

Riyahi al-Tunisi.

f. Kitab al-Radd ‘ala al-Wahabiyyah oleh Mufti Madinah, Syeikh Abdul Muhsin al-Asyniqri al-

Hanbali

g. Kitab al-Radd ‘ala al-Wahabiyyah oleh Mufti Fez, syeikh al-Makhdum al-Mahdi

h. Kitab al-Radd ‘ala al-Wahabiyyah oleh Qadhi Jama’ah di Maghribi, Syeikh Ibn Kiran

i. Kitab al-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syeikh Islam Tunisia

j. Kitab al-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syiekh Ahmad al-Misri al-Ahsa’i

Page 32: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

v Abu Zuhrah menyatakan bahawa golongan Salafi-Wahabi menyerupai kaum Khawarij yang

mengkafirkan pelaku dosa besar. Mereka juga memperluaskan lagi pengertian bidaah dan memandang

perkara yang tiada hubungan dengan ibadah juga adalah bid’ah. Oleh itu, contohnya perbuatan

memasang kain di Raudhah yang mulia yang tidak ada seseorang pun berkata perbuatan itu merupakan

ibadah. Sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanya untuk menghiasi Raudhah tersebut supaya ia

tertarik melihatnya seperti mana hiasan di Masjid Nabawi. Golongan Salafi-Wahabi melakukan perkara

yang sungguh pelik kerana mereka menghukum bid’ah terhadap perbuatan menghiasi Raudhah, tetapi

tidak mengingkari perbuatan menghiasi Masjid Nabawi, sedangkan kedua-dua perkara ini berada

dalam posisi yang sama.

vi Syeikh Ali Juma’ah mengatakan bahawa Salafi-Wahabi merupakan gerakan militan dan terorarisme.

vii Syeikh Ahmad al-Tayyib mengatakan bahawa golongan Salafi-Wahabi tidak layak menggelarkan diri

mereka salafi kerana mereka tidak mengikut manhaj salaf. Syeikh al-Azhar ini juga menyifatkan

golongan salafi sebagai “Khawarij masa kini”. Dalam masa yang sama beliau memberi amaran tentang

bahaya wujudnya rancangan Salafi-Wahabi untuk mengubah pemikiran dan manhaj al-Azhar yang

bersifat sederhana yang dipertahankan oleh al-Azhar lebih daripada seribu tahun. Dr. Ahmad al-Tayyib

juga mengkritik pencerobohan Salafi-Wahabi ke atas kawasan perkuburan dan makam para auliya’ dan

menegaskan bahawa perbuatan tersebut sebagai bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

viii Syeikh Yusuf al-Qaradawi menjelaskan bahawa Salafi-Wahabi adalah gerakan fanatik yang

menganggap dirinya paling benar tanpa salah dan menganggap fahaman yang lain adalah salah. Beliau

juga mengatakan gerakan Salafi-Wahabi di Gaza lebih suka memerangi dan membunuh sesama muslim

daripada membunuh Yahudi.

ix Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Buti menyatakan bahawa fahaman Salafi-Wahabi sebagai

fahaman yang menyeleweng, bersifat radikal dan menganjurkan kegiatan terrorisme agama.

x Syeikh Wahbah Al-Zuhayli mengatakan Salafi-Wahabi yang mengkafirkan Jama’ah Tabligh.

Golongan Salafi-Wahabi adalah orang-orang yang suka mengkafirkan majoriti kaum muslim selain diri

mereka.

xi Satu persidangan berkaitan dengan “Fahaman Salafi-Wahabi Mengancam Dunia Islam” yang dihadiri

oleh para ulama al-Azhar dan beberapa orang tokoh Gerakan Islam telah diadakan pada tahun 2010.

Persidangan ini telah mengambil ketetapan dan menegaskan bahawa sesungguhnya Salafi-Wahabi

merupakan satu pemikiran dan gerakan musuh yang paling berbahaya bagi umat Islam dan dunia. Ia

juga tidak kurang bahayanya jika dibandingkan dengan Gerakan Zionis, kerana ia menyebarkan

pemikiran dan sikap serta tindak tanduk yang bengis. Selain itu, ia bersifat ganas (teroris), berperasaan

benci serta sikap mudah mengkafirkan mana-mana pihak yang bertentangan dengan pendapat mereka.

Reaksi yang ditunjukkan oleh para ulama di atas menggambarkan bahawa gerakan Salafi-Wahabi tidak

hanya menyeleweng daripada jumhur Ahli Sunah Waljamaah, tetapi juga merupakan satu gerakan yang boleh

mendatangkan bencana besar kepada survival ummah dan tamadunnya. Oleh itu, dapat dilihat para ulama telah

mula bangun menentang gerakan ini sejak ia lahir hinggalah ke masa kini menerusi pelbagai cara termasuklah

penulisan kitab-kitab bagi menolak fahaman yang menyeleweng ini.

Secara kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa ASWJ adalah satu kelompok yang telah pun dikenali

identitinya. Malah sebahagian ulama telah menjelaskan ciri-ciri kelompok ASWJ berdasarkan kepada

manhajnya, prinsipnya dan beberapa ciri lain yang telah ditetapkan oleh ulama terdahulu. Oleh itu tidak harus

dinisbahkan satu-satu kelompok kepada Ahli Sunah Waljamaah melainkan mereka yang benar-benar beriltizam

Page 33: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

dengan prinsip, manhaj dan identiti mereka sebagaimana yang telah pun diperkenalkan oleh ulama terdahulu

dari kalangan Salaf mahupun Khalaf. Mereka yang tidak beriltizam dengan manhaj dan prinsip yang telah

ditetapkan oleh jumhur ulama, bukanlah dari kalangan ASWJ seperti golongan Syiah dan Khawarij serta

beberapa kelompok yang lain, termasuk golongan Salafi-Wahabi kerana manhaj dan prinsip mereka berbeza

dengan prinsip dan manhaj yang telah ditetapkan oleh ulama Ahli Sunah Waljamaah.

BAHAGIAN II: KEUTUHAN DAN KEKEBALAN

ASWJ DI MALAYSIA

KEDUDUKAN ASWJ DI MALAYSIA

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, namun agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan (Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan

Malaysia). Ini menunjukkan bahawa agama Islam mempunyai kedudukan yang istimewa kerana ia adalah satu-

satunya agama yang disebut di dalam perlembagaan. Bagaimanapun, terdapat perselisihan dalam mendefinisi

dan mentafsirkan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan. Adakah ia khusus kepada satu aliran mazhab

sahaja? Atau menerima sahaja mazhab yang wujud dalam dunia Islam?. Mohamed Imam (1994) berpendapat

bahawa definisi Islam di dalam perlembagaan Malaysia ialah mazhab Ahli Sunah Waljamaah. Ini bermakna

Islam yang dimaksudkan oleh Perlembagaan Persekutuan adalah Islam bermazhab Ahli Sunah Waljamaah.

Kenyataan ini berpandukan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam sebilangan Negeri di Malaysia yang

memasukkan Ahli Sunah Waljamaah sebagai mazhab rasmi Negeri. Antara negeri tersebut ialah Kedah,

Kelantan dan Perlis. Negeri-negeri ini telah mengistiharkan ‘Agama Islam bermazhabkan Ahli Sunah

Waljamaah sebagai agama rasmi negeri dan Sultan juga mestilah bermazhab tersebut (Nurjaanah Abdullah

2007). Negeri Johor juga sedang dalam proses menambah baik Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri

dengan memasukkan ‘Islam Ahli Sunah Waljamaah al-Asya’irah wa al-Maturidiah’ sebagai mazhab rasmi

negeri tersebut (Tahrir 2013).

Manakala bagi Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Melaka dan Terengganu menyatakan Agama Islam

adalah agama rasmi negeri tanpa menyebut Mazhab Ahli Sunah Waljamaah. Hanya Perak yang meletakkan

Islam bermazhab Shafie sebagai mazhab negeri (Seksyen 39, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 1992).

Sebagaimana yang diketahui, mazhab Shafie adalah sebahagian daripada mazhab Ahli Sunah Waljamaah.

Peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak jelas menunjukkan bahawa mazhab Ahli Sunah

Waljamaah adalah mazhab yang diiktiraf dalam sistem pentadbiran negeri tersebut.

Kebelakangan ini, apabila isu Syiah dibangkitkan, terdapat sebilangan para ilmuan, para tokoh

akademik dan masyarakat mempersoalkan frasa ‘Islam sebagai Agama Persekutuan’ yang terdapat di dalam

Perlembagaan. Mereka mencadangkan agar ‘Ahli Sunah Waljamaah’ dimasukkan ke dalam Perlembagaan

Malaysia supaya masyarakat tahu bahawa Islam yang dianuti di Malaysia adalah bermazhab ‘Ahli Sunah

Waljamaah’. Apabila ‘Ahli Sunah Waljamaah’ dimasukkan, secara rasminya maka mazhab lain atau ajaran sesat

sama sekali tidak boleh disebarkan dan diamalkan di Malaysia kerana ia bertentangan dengan pegangan Ahli

Sunah Waljamaah. Dalam keadaan sekarang, perlembagaan negara hanya menyatakan ‘Islam Agama

Persekutuan’ dan tidak menjelaskan maksud Islam itu dengan lebih terperinci. Ini memberi ruang kepada

mazhab tertentu yang mengaku sebagai Islam boleh menyebarkan ajaran mereka di Malaysia, seperti Syiah

(Ezad Azraai et.al 2011).

Page 34: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

Dalam Perlembagaan negara Iran telah memasukkan perkataan mazhab rasmi iaitu Syiah Ithna

Asyarah–Ja’afariyah (Imam Dua Belas). Dalam Perkara 12, Perlembagaan Republik Islam Iran menyatakan;

“The official religion of Iran is Islam and the Twelver Ja’fari school in usul al-Din and fiqh, and this principle

will remain eternally immutable”. Bagaimanapun, penganut Ahli Sunah Waljamaah dibenarkan untuk

mengamalkan akidah dan fiqh mereka secara bebas terutamanya dalam aspek pendidikan, proses perbicaraan di

mahkamah dan agama (Perkara 12, Perlembagaan Republik Islam Iran 1996) (Ezad Azraai et.al 2011).

Apabila Perlembagaan Persekutuan tidak mendefinisikan Islam dalam Perkara 3, maka satu kaedah

pentafsiran perlu digariskan. Pentafsiran itu dapat dibuat dengan melihat kepada sebarang peruntukan dalam

statut bertulis yang digubal menerusi kuasa Perlembagaan. Pentafsiran juga boleh diperolehi dengan

menganalisis keputusan mahkamah di Malaysia yang menunjukkan bahawa mazhab Ahli Sunah Waljamaah

adalah rujukan dan pegangan di Malaysia. Hal yang sama dapat dilihat dalam banyak enakmen di peringkat

negeri di Malaysia. Ini menjelaskan lagi bahawa Islam yang diterima dan diiktiraf di Malaysia hanyalah Ahli

Sunah Waljamaah. Selain itu, Ahli Sunah Waljamaah telah dijadikan sebagai sumber rujukan sama ada dalam

Pentadbiran Islam dan sebagai salah satu syarat dalam perlantikan jawatan berkaitan agama Islam (Harding, A

2002).

Bukti utama bahawa undang-undang Islam di Malaysia hanya mengiktiraf Ahli Sunah Waljamaah ialah

menerusi rujukan nas dan mazhab yang dinyatakan secara jelas oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam di

negeri-negeri di Malaysia. Semua Enakmen tersebut telah mentafsirkan istilah ‘Hukum Syarak’ iaitu ‘Undang-

undang Islam mengikut mana-mana mazhab yang diiktiraf dalam Islam’, seperti yang diperuntukan dalam

seksyen 2 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Harding. A 1996). Setiap

negeri telah memasukkan peruntukan berkaitan dengan rujukan nas dan mazhab, apabila sesuatu keputusan

fatwa hendak dikeluarkan ataupun rujukan dalam mentadbir perundangan Islam. Bagaimanapun, peruntukan-

peruntukan yang ada hanya berkaitan dengan hukum fiqh iaitu merujuk kepada qaul muktamad dalam mazhab

Shafie. Sekiranya bercanggah dengan kepentingan awam, pandangan dalam mazhab Hanbali, Hanafi dan Maliki

akan dirujuk. Sekiranya Mufti atau Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu qaul muktamad daripada

empat mazhab itu, para Mufti bolehlah membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa terikat dengan qaul muktamad

daripada mana-mana Mazhab yang empat tersebut (Mohammed Imam 1994).

Peruntukan di atas terdapat dalam semua negeri melainkan Perlis. Menurut Enakmen Pentadbiran

Agama Islam Perlis tahun 2006 di bawah seksyen 54 menyatakan bahawa dalam memperakukan fatwa dan

membenarkan pendapat, jawatankuasa fatwa negeri Perlis hendaklah mengikut al-Quran dan al-Sunah. Ini ada

kaitan dengan kecenderungan Jawatankuasa fatwa negeri Perlis yang terpengaruh dengan fahaman Salafi-

Wahabi yang sedang berkembang di Malaysia. Selain itu, dari hukum syarak pula mereka merujuk kepada Ahli

Sunah Waljamaah (Seksyen 2 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006). Namun dari segi hukum akidah

tidak dinyatakan secara jelas dalam mana-mana peruntukan di dalam negeri tersebut (Nurjaanah Abdullah

2007).

Ezad Azraai et. al (2011) menyatakan bahawa Negeri Kelantan lebih terkehadapan berbanding dengan

negeri yang lain kerana menyatakan secara bertulis bahawa semua perkara akidah perlu mengikut pandangan

Ahli Sunah Waljamaah. Bagi menyelesaikan kekeliruan ini, perlu diketahui bahawa ‘Hukum Syarak’

merangkumi akidah dan fiqh. Justeru, dalam peruntukan yang sedia ada berkenaan ‘rujukan nas’, mazhab yang

diterima hanyalah Shafie, Maliki, Hanbali dan Hanafi. Kesemua mazhab ini adalah terdiri daripada golongan

mazhab Ahli Sunah Waljamaah. Oleh itu, mazhab Ahli Sunah Waljamaah tetap digunakan dalam perkara akidah

walaupun tidak dinyatakan secara bertulis oleh setiap negeri melain negeri Kelantan.

Menurut Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi hal Ehwal Ugama Islam

Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah membuat beberapa ketetapan yang berkaitan dengan Ahli

Sunah Waljamaah sebagai mazhab yang diiktiraf sebagaimana berikut (Kertas kerja JKF bil. 2/102.2012):

Page 35: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

1. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan

pegangan Ahli Sunah Waljamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

2. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri-

negeri bagi peruntukan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-negeri hendaklah

agama Islam berasaskan pegangan Ahli Sunah Waljamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

3. Memperuntukan pindaan kepada semua Undang-undang dan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif

hukum syarak atas undang-undang Islam seperti berikut: Hukum Syarak atau Undang-undang Islam

bererti undang-undang Islam yang berasaskan kepada pegangan Ahli Sunah Waljamaah dari segi

akidah, syariah dan akhlak.

4. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang selain daripada Ahli Sunah Waljamaah adalah bercanggah

dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain

daripada pegangan Ahli Sunah Waljamaah adalah dilarang.

5. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam

hukum syarak yang berasaskan pegangan ajaran Ahli Sunah Waljamaah sahaja.

6. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran buku, risalah, filem, video dan lain-lain

berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Waljamaah adalah

diharamkan.

Fatwa yang telah dikeluarkan ini benar-benar menggambarkan bahawa Islam yang diiktiraf di Malaysia

adalah pegangan Ahli Sunah Waljamaah sahaja. Fahaman atau ajaran selain daripada itu, perlu dikawal dan

disekat. Oleh itu, semua Muslim hendaklah membuat pentafsiran berasaskan kepada metodologi Ahli Sunah

Waljamaah.

Keautoritian Ahli Sunah Waljamaah sebagai mazhab ‘Rasmi’ juga dapat dilihat dalam aspek

perjawatan dalam organisasi agama Islam, sama ada badan kerajaan mahupun profesional. Negeri Perlis dan

Johor adalah negeri yang mensyaratkan para peguam Syarie mestilah berakidah dengan Ahli Sunah Waljamaah

menerusi seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Perlis 1991 dan kaedah 9 iaitu kaedah-

kaedah peguam Syarie Johor 1982 (Rehman, J 2000). Berbanding dengan negeri yang lain seperti Wilayah

Persekutuan yang hanya sekadar mensyaratkan beragama Islam. Manakala Selangor tidak menyatakan sebarang

syarat bersifat agama bagi peguam syarie. Selain itu, perlantikan tujuh ahli Mahkamah Rayuan Syariah di negeri

Perlis disyaratkan berpegang dengan fahaman Ahli Sunah Waljamaah. Bagi negeri Kelantan telah menetapkan

syarat untuk menjadi ahli Majlis Agama dan Istiadat Melayu Kelantan mestilah seorang Islam yang berakidah

Ahli Sunah Waljamaah (Ezad Azraai et. al 2011).

Seterusnya dalam seksyen 26 kaedah-kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan

telah mensyaratkan bagi ‘Pentauliahan mengajar agama Islam’ 2006 dinyatakan bahawa setiap guru agama yang

telah diberikan tauliah kebenaran untuk mengajar agama Islam, mestilah tidak mengajar atau berdakwah

sebarang ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah. Di samping itu, para guru juga tidak

dibenarkan menghina perkara khilafah yang terdapat dalam empat mazhab dalam Ahli Sunah Waljamaah.

Daripada dua perkara ini, (pentauliahan mengajar agama Islam dan tidak dibenarkan menghina perkara khilafah)

menjelaskan bahawa Dewan Undangan Negeri dan Parlimen mempunyai niat untuk mendefinisikan Islam

sebagai Ahli Sunah Waljamaah. Peruntukan ini juga menguatkan lagi bahawa mazhab dan ajaran selain Ahli

Sunah Waljamaah tidak diiktiraf oleh mana-mana perundangan Islam bertulis di Malaysia. Bagi mengukuhkan

pernyataan ini, kedudukan Ahli Sunah Waljamaah perlu disabitkan ke dalam kes-kes yang diputuskan oleh

Mahkamah di Malaysia (Nurjaanah Abdullah 2007).

Page 36: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

Mahkamah Sivil dan Syariah turut mengiktiraf mazhab Ahli Sunah Waljamaah sebagai asas dalam

kerangka perundangan di Malaysia. Di mahkamah syariah mengutamakan mazhab Ahli Sunah Waljamaah

sebagai asas perundangan Islam. Manakala bagi mazhab dan ajaran yang lain tidak mendapat tempat dalam

kerangka perundangan Islam di Malaysia (Joseph, A.L.R 2009). Sebagai contoh dalam kes Pendakwa v Abd.

Talib bin Harun. Tertuduh telah dituduh menjalankan perbuatan yang bertentangan dengan Hukum Syarak iaitu

berkahwin secara Mut’ah, menyebar ajaran sesat, menerima zakat serta mengajar tanpa tauliah. Tertuduh telah

dituduh di bawah seksyen 85, 153, 162 dan 165 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 1978.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku bahawa beliau adalah pengikut ajaran Syiah Imamiah yang membenarkan

perkahwinan mut’ah. Justeru, kes ini disabitkan juga di mahkamah syariah di Malaysia walau bagaimanapun kes

ini digugurkan atas sebab tiada bahan bukti yang kukuh. Daripada penghakiman kes ini, jelas menunjukkan

undang-undang syarak yang ditegakkan di Malaysia adalah Ahli Sunah Waljamaah. Mana-mana pihak yang

mendakwa menganut mazhab selainnya, adalah tertakluk kepada perundangan Islam di Malaysia. Ini bermaksud

sekiranya perkahwinan itu dilaksanakan di bawah hukum ajaran Syiah, ia tetap juga perlu didaftarkan di bawah

undang-undang di Malaysia. Daripada kes ini, mahkamah menegaskan bahawa tindakan mahkamah yang

membuat keputusan dan hukum tidak harus difahami sebagai suatu penentangan terhadap mana-mana mazhab

tertentu, tetapi tindakan ini kepada orang Islam yang melanggar peruntukan undang-undang syarak yang

dikuatkuasakan di setiap negeri (Kirby, M 2008).

Manakala di mahkamah sivil, perbicaraan tentang mazhab Ahli Sunah Waljamaah yang digunakan di

Tanah Melayu bermula semenjak tahun 1918 Masihi. Ketika itu, hakim-hakim Inggeris sudah menyedari dan

mengiktiraf mazhab yang digunapakai di Tanah Melayu. Mahkamah sivil menolak autoriti kes Banoo Begum v

Mir Abed Ali memandangkan kes ini diputuskan mengikut mazhab Syiah. Mahkamah menyatakan bahawa kes

ini boleh memberi kesan sekiranya pembuat wasiat adalah seorang yang bermazhab Syiah, tetapi tidak memberi

kesan kepada seorang Melayu yang bermazhab Shafie yang merupakan sebahagian daripada mazhab Ahli Sunah

Waljamaah (Cooray, A 2000).

Pemakaian mazhab Ahli Sunah Waljamaah yang lain selain Shafie adalah diterima dalam perkara-

perkara yang melibatkan orang Islam. Para ulama menyatakan bahawa semua umat Islam boleh memilih untuk

mengikuti mana-mana empat mazhab, yang mereka cenderung dalam melaksanakan kewajipan agama. Sama

ada diamalkan sebahagian atau sepenuhnya. Ini memandangkan keempat-empat mazhab ini tergolong dalam

Ahli Sunah Waljamaah (Harding, A 1996).

Karean, V. S (2006) dan Nurjaanah Abdullah (2007) menyatakan bahawa Islam yang dijadikan sebagai

Agama Persekutuan sebenarnya adalah Islam Ahli Sunah Waljamaah. Perkara ini telah diterangkan oleh statut-

statut Enakmen Pentadbiran Islam Negeri-negeri di Malaysia menyatakan Ahli Sunah Waljamaah sebagai dasar

dan kerangka kepada perundangan Islam. Persoalannya, sejauh mana kumpulan mazhab minoriti selain Ahli

Sunah Waljamaah, walaupun masih Muslim, mempunyai hak penyebaran mazhab dan ideologi mereka?.

KEBEBASAN BERAGAMA

Apabila membincangkan isu kebebasan beragama ia meliputi tiga aspek yang perlu diberikan perhatian iaitu hak

menganut, mengamal dan mengajar agama berkenaan. Menurut Taylor, P.M (2006) di bawah kompenan

pengajaran agama, wujud hak penyebaran agama atau dakwah kepada individu dan kelompok lain. Kebebasan

beragama adalah suatu yang dijamin oleh Perkara 18 Universal Declaration of Human Rights (Deklarasi Hak

Asasi Manusia Antarabangsa) dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan di Malaysia. Walaupun Islam agama

Persekutuan sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara (3) Perlembagaan Persekutuan, berdasarkan

Page 37: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

peruntukan ini, kelihatan bahawa setiap seorang bebas untuk memilih apa-apa mazhab, ajaran dan ideologi

dalam Islam. Tiada peruntukan undang-undang yang menghalang seseorang itu berbuat sedemikian, melainkan

apabila mazhab dan ajaran tersebut diisytiharkan sebagai ajaran sesat. Perlu diketahui bahawa terdapat

perbezaan antara ajaran Islam yang benar (Ahli Sunah Waljamaah) dan kumpulan minoriti ajaran yang

dikategorikan sebagai ajaran sesat serta kumpulan minoriti ajaran yang masih Muslim tetapi tidak berpegang

dengan Ahli Sunah Waljamaah.

Di Malaysia, terdapat sekatan perundangan terhadap aktiviti penyebaran agama kepada orang Islam.

Harding, A (1996) menyatakan Perkara 11 secara jelas menggariskan perbezaan antara mengamalkan agama

dan menyebarkan agama. Perkara 11 ini jugalah yang menggambarkan konsep kebebasan beragama di Malaysia

tidak bersifat mutlak, dan ia bersyarat, sebagaimana yang telah dilakukan di Barat. Ini bermakna kebebasan

beragama di Malaysia tidak meliputi semua bentuk dan aktiviti keagamaan. Menurut Perkara 11 Perlembagaan

Persekutuan, kebebasan beragama tertakluk di bawah Fasal 4: ‘Undang-undang Negeri serta Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Undang-undang persekutuan mengawal atau menyekat

pengembangan apa jua doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam’. Di

samping itu, Perkara 11 ini hanya memberikan kebebasan untuk menganut apa-apa kepercayaan, kefahaman dan

agama, tetapi tidak boleh menyebarkan sebarang mazhab dan ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunah

Waljamaah kepada orang Islam. Ini bermakna sebarang penyebaran agama selain Islam Ahli Sunah Waljamaah

adalah dilarang. Sekatan ini meliputi ajaran dan mazhab yang bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah.

Memandangkan peruntukan perlembagaan bersifat umum, justeru wajar ia dijelaskan sebagai umum

merangkumi semua jenis agama, mazhab atau ajaran dalam sesuatu agama. Harding, A (2002) menyatakan

bahawa peruntukan Perkara 11 (4) turut melibatkan mana-mana individu Muslim atau tidak, agama selain Islam

ataupun kumpulan dalam Islam itu sendiri. Selain itu, Perkara 11 (5) apa jua agama, kepercayaan, ajaran dan

iktikad yang boleh mengancam keselamatan awam, kesihatan dan moral tidak boleh diamalkan di Malaysia dan

boleh dianggap sebagai satu kesalahan serta dikenakan tindakan undang-undang.

Nasir Disa (2013) menyatakan bahawa kawalan perundangan terhadap kebebasan menyebarkan agama

perlu dalam konteks di Malaysia. Hakim Raja Azlan Shah dalam kes Prosecutor v Ooi Kee Saik (Perlembagaan

Persekutuan 1995) menyatakan seperti berikut:

‘Tidak boleh terdapat keadaan membenarkan kebebasan mutlak atau tanpa kawalan yang

keseluruhannya bebas dari sekatan; kerana ini akan menjurus kepada kacau-bilau. Pemilikan

semua hak adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang munasabah yang dianggapkan sebagai

penting kepada keselamatan, kesihatan, keamanan dan ketenteraman awam dan moral

masyarakat. Apa yang cuba dilakukan oleh Perlembagaan dalam mengisytiharkan hak-hak

rakyat ialah mengimbangkan antara kemerdekaan individu dan kawalan sosial’

Daripada kenyataan di atas, menunjukkan bahawa sekatan kebebasan beragama tidak menyentuh

kepada anutan dan amalan, tetapi hanya menghalang sebarang aktiviti penyebaran terhadap orang Islam sahaja.

Jika ajaran, ideologi dan mazhab itu disebarkan kepada bukan Islam, maka tindakan undang-undang tidak boleh

diambil. Menurut Kirby, M (2008) bahawa sekatan kepada beragama adalah suatu yang sah. Perkara ini disebut

dalam Konvensyen Antarabangsa Tentang Hak Sivil dan Politik 1976 (International Covenant on Civil and

Political Rights – ICCPR):

‘Article 18 (3): Freedom to manifest one’s religion or beliefs may be subject only to such

limitations as are prescribed by law and are necessary to protect public safety, order, health or

morals or the fundamental rights and freedoms of others’

Walaupun, peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan selari dengan ICCPR, namun

Malaysia tidak menandatangani ICCPR. Justeru, peruntukan perundangan yang menghalang penyebaran agama

Page 38: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

kepada Muslim tidak dianggap sebagai ketidakpatuhan kepada konvensyen tersebut. Selain itu, sekiranya

terdapat penyebaran agama bukan Islam kepada Muslim dan juga kawalan negeri terhadap dakwah dalam ajaran

Islam adalah bertujuan untuk mengekalkan kestabilan masyarakat. Walaupun peruntukan ini dilihat bermasalah

kerana bercanggah dengan konsep kebebasan beragama, namun tujuan peruntukan ini adalah untuk

mengekalkan kestabilan masyarakat di Malaysia yang begitu sensitif dengan penyebaran agama lain ataupun

mazhab selain Ahli Sunah Waljamaah berpotensi untuk menjejaskan keselamatan negara dan keharmonian

kaum. Sebagai contoh kes pengharaman kumpulan al-Arqam yang difatwakan sebagai terkeluar daripada

mazhab Ahli Sunah Waljamaah. Pengikut al-Arqam telah ditahan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam

Negeri pada tahun 1994 dan 1996 kerana menjejaskan keselamatan negara (Nurjaanah Abdullah 2007). Contoh

kes Hajah Halimatunsaadiah bte Hj. Kamaruddin v Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia menyatakan

mahkamah telah membenarkan hak seseorang itu untuk mengamalkan tuntutan agamanya sebagaimana yang

dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan tetapi mempunyai had batasan iaitu tidak boleh menjejaskan

keselamatan awam. Walaupun kes ini tidak membincangkan tentang hak menyebarkan agama, namun

mahkamah secara jelas membuktikan bahawa kebebasan beragama hanyalah tertakluk kepada kepentingan

awam dan keselamatan negara. Justeru, prinsip perundangan ini turut mentadbir hak penyebaran mana-mana

agama dan ajaran (Ezad Azraai et.al 2011).

Di samping itu, Coalition of Malaysian NGO’S (COMANGO) iaitu gabungan NGO liberal dan anti

Islam Malaysia yang menghantar laporan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk melobi

negara-negara dunia supaya menekan Malaysia agar menerima tuntutan mereka, antaranya ialah (Azril Amin

2014); (Nasharuddin Mat Isa 2014):

i Kebebasan untuk murtad.

ii Menghalalkan seks songsang (LGBT).

iii Menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.

iv Memaksa tafsiran perkauman menurut sekular liberal Barat.

v Menghapuskan kesalahan jenayah syariah.

vi Menuntut perterjemahan ‘God’ kepada Allah oleh Kristian Katolik di Malaysia.

vii Menuntut kebebasan beragama bagi ajaran sesat juga Syiah di Malaysia.

viii Menuntut agar mana-mana ibu bapa yang memeluk Islam tidak diberi hak penjagaan anak.

Berkaitan dengan isu ini terdapat beberapa peruntukan hak asasi manusia yang perlu ditandatangani

oleh setiap negara. Satu konvensyen telah diadakan di Geneva pada tahun 2013 adalah bertujuan untuk

menandatangani Deklarasi Hak Asasi Manusia yang diwakili oleh setiap negara termasuk Malaysia. Cadangan

menantadatangani deklarasi mendapat tentangan hebat daripada negara-negara OIC di seluruh dunia. Menurut

Azril Amin (2013) dan Shamrahayu Abdul Aziz (2014) menyatakan isu yang dibawa oleh COMANGO ini

berakarkan daripada liberal dan sekular bertujuan untuk merosakkan akidah masyarakat Islam. Isunya apabila

sesebuah negara menandatangani Deklarasi Hak Asasi Manusia yang terdiri daripada beberapa fasal hak asasi

manusia ia akan membawa kepada kerosakkan sesebuah negara. Ini kerana fasal-fasal yang terdapat dalam

Deklarasi adalah bertentangan dengan fitrah manusia. Dalam hal yang berkaitan, COMANGO mengambil

kesempatan mengemukakan perkara berikut:

i Mempromosikan hak-hak manusia.

ii Mengasingkan agama daripada masyarakat.

iii Politik berkembang bebas daripada agama.

Apabila sesebuah negara itu telah menandatangani Deklarasi tersebut, secara automatik negara tersebut

bebas melakukan apa sahaja perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam kawasan Asia Tenggara

setakat ini hanya Thailand yang telah menandatangani fasal-fasal yang berada di dalam Deklarasi itu, antaranya

ialah hak kebebasan transeksual. Ini bermakna amalan lesbian, gay, transeksual dan biseksual (LGBT) bebas

Page 39: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

dilaksanakan di Thailand. Ini merupakan hak asasi manusia yang telah terkeluar daripada fitrah manusia itu

sendiri (Azril Amin 2013; Nasharuddin Mat Isa 2014).

Kebebasan beragama mempunyai dua jenis iaitu forum internum dan forum externum. Forum internum

bermaksud kebebasan untuk menganut dan bersifat mutlak dan dijamin oleh semua perlembagaan dan

konvensyen antarabangsa. Manakala forum externum adalah amalan atau manifestasi agama yang melibatkan

pihak lain di tempat awam (Vickers, L 2008). Scharffs (2011) pula menyatakan forum externum merangkumi

semua bentuk ibadah, pengajaran, penyebaran dan amalan agama. Aktiviti penyebaran agama termasuklah

menyediakan bahan bertulis dan bercetak untuk tujuan dakwah. Forum externum adalah hak yang tidak

diberikan sepenuhnya, malah pihak kerajaan atau badan perundangan boleh menyekatnya. Justeru, apa-apa

manifestasi agama adalah tertakluk kepada mana-mana perundangan boleh disekat. Sebarang penyebaran dan

pengajaran agama kepada individu atau kumpulan di mana-mana tempat sama ada di rumah ibadah, sekolah,

Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTA/IPTS) dan rumah perlulah mengikut lunas undang-undang yang

wujud di sesebuah negara.

Selain itu, sekatan boleh dibuat berasaskan kepada justifikasi untuk menjaga keselamatan awam, moral,

kesihatan dan lain-lain. Menurut Breams (2006) undang-undang sekatan itu mestilah benar-benar boleh

bertindak sebagai pelindung kepada semua perkara yang disebut keselamatan awam, moral dan kesihatan. Oleh

itu, perundangan terbukti sebagai suatu yang perlu. Sehubungan itu, berdasarkan hujah-hujah ini sekatan

undang-undang terhadap penyebaran ideologi dan ajaran kumpulan Muslim minoriti adalah sah dan merupakan

suatu amalan yang diterima oleh masyarakat antarabangsa. Jika diteliti pada semua konvensyen antarabangsa

berkenaan hak kebebasan beragama, semuanya memberikan kebebasan beragama kepada setiap individu (forum

internum) tetapi membenarkan undang-undang untuk menyekat mana-mana bentuk manifestasi (forum

externum) yang menjejaskan keselamatan awam, moral dan kesihatan serta hak asasi yang lain. Menurut

Rehman, J (2000) sebarang keganasan terhadap kumpulan minoriti agama dan pelanggaran hak ke atas mereka

bukanlah suatu kesan daripada pemakaian perundangan Islam. Sebaliknya keadaan keganasan itu kesan daripada

situasi politik dan perlembagaan sesebuah negara yang tidak efektif dalam mempertahankan hak beragama

rakyatnya. Jelasnya, apa yang diamalkan dalam perundangan di Malaysia adalah tidak bercanggah dengan

konvensyen antarabangsa berkenaan hak kebebasan beragama kerana amalan di Malaysia termasuk di bawah

forum externum sebagai yang dimaksudkan oleh konvensyen. Apa yang menjadi kebimbangan pendokong

sekularis amalan ini akan mencambahkan trend Islamisasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Ini adalah

implikasi yang begitu ditakuti oleh para pendukung sekularis yang berterusan berhujah bahawa Islam hanyalah

agama ritual di Malaysia.

KEKEBALAN ASWJ DI MALAYSIA

Timbul persoalan adakah terdapat peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap pengikut mana-

mana agama, mazhab atau ajaran selain Ahli Sunah Waljamaah di Malaysia?. Menurut Jadual 9 Senarai II,

Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan memperuntukan kuasa kepada kerajaan negeri untuk ‘mengawal

pengembangan akidah dan kepercayaan antara orang yang menganut agama Islam’, suatu peruntukan yang

berhubung dengan Perkara 11. Sehubungan itu, setiap negeri telah menggubal dua jenis statut iaitu satu

enakmen jenayah di bawah sistem perundangan syariah yang akan dikuatkuasa oleh mahkamah syariah dan satu

lagi enakmen di bawah sistem perundangan sivil yang akan dikuatkuasakan oleh mahkamah sivil. Kewujudan

dua statut dalam sistem perundangan ini bertujuan untuk memastikan tiada siapa boleh terlepas daripada

tindakan perundangan jika melakukan sebarang penyebaran agama mahupun ajaran kepada orang Islam.

Nurjaanah Abdullah (2007) menyatakan, bahawa mahkamah syariah hanya boleh mendakwa orang Islam di

Malaysia. Oleh itu, hanya Muslim yang membawa ajaran bertentangan dengan Islam ‘Ahli Sunah Waljamaah’

sahaja yang boleh didakwa. Pendakwaan di mahkamah syariah tidak boleh dibuat terhadap bukan Muslim yang

Page 40: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

menyebarkan ajaran agama mereka terhadap Muslim, sebaliknya mahkamah sivil adalah tempat pembicaraan

yang tepat.

Peruntukan berkaitan penyebaran agama terhadap orang Islam atau sesama Islam itu sendiri telah

berkembang bermula pada zaman pemerintahan British sehingga pada hari ini. Jika dilihat enakmen pentadbiran

Islam di negeri-negeri sebelum merdeka, terdapat beberapa bentuk peruntukan yang melibatkan kawalan

terhadap sebarang ajaran dan mazhab yang bercanggah dengan Ahli Sunah Waljamaah (Nawaz, M.K 1965).

Sebagai contohnya:

i Mengajar apa-apa ajaran Islam tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa agama.

ii Mengajar dan menyebarkan apa-apa ajaran atau mengajarkan amalan yang bercanggah dengan hukum

syarak.

iii Mencetak dan menerbitkan bahan terbitan yang bercanggah dengan hukum syarak.

Selepas merdeka, sistem perundangan telah dikemaskini dan lebih terperinci. Sehingga hari ini, setiap

negeri di Malaysia telah memperuntukan statut yang berkaitan dengan kesalahan jenayah akidah di bawah

enakmen kesalahan jenayah syariah negeri. Menerusi peruntukan inilah pelbagai mazhab dan ajaran sesat yang

bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah dikenakan tindakan. Nasir Disa (2013) menyatakan antara

peruntukan itu ialah kesalahan mengembangkan doktrin agama yang bertentangan dengan Islam11 serta

mengajar dan amalan salah12. Antara contoh peruntukan statut berkaitan dengan penyebaran ajaran agama ialah

seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 telah memperuntukkan tentang kesalahan doktrin serta

ajaran palsu dan sesat yang bertentangan dengan hukum syarak dan fatwa boleh dikenakan denda RM 5,000

atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-

mana kombinasi hukuman tersebut.

Di samping itu, terdapat satu statut yang mengawal dan menyekat pengembangan agama bukan Islam

kepada orang Islam di negeri-negeri di seluruh Malaysia yang tidak ditadbir oleh mahkamah syariah, tetapi oleh

mahkamah sivil. Terdapat sembilan negeri sudah menguatkuasakan Enakmen Kawalan dan Sekatan

Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam yang ditadbir di bawah mahkamah sivil iaitu: (1)

Enakmen No.1 (Terengganu) 1980, (2) Enakmen No. 11 (Kelantan) 1981, (3) Enakmen No, 1 (Selangor) 1988,

(4) Enakmen No.10 (Perak) 1988, (5) Enakmen No, 1 (Melaka) 1988, (6) Enakmen No, 11 (Kedah) 1988,(7)

Enakmen No, 5 (Pahang) 1989, (8) Enakmen No, 9 (Negeri Sembilan) 1991 dan (9) Enakmen No, 12 (Johor)

1991. Antara kesalahan yang berada di kesemua sembilan buah negeri ini di bawah statut kesalahan akidah

ialah:

i. Memujuk.

ii. Menghasut orang Islam supaya mengubah kepercayaan.

iii. mendedah orang Islam berumur bawah 18 tahun kepada pengaruh agama bukan Islam.

iv. Mendekati orang Islam untuk mendedahkannya kepada apa jua ucapan atau pertunjukan

mengenai agama bukan Islam.

11 Seksyen 5 Enkmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997, seksyen 166 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

(Pahang) 1982, seksyen 5 Enakmen kesalahan Jenayah Syariah (P.Pinang) 1996, seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992,

seksyen 5 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, seksyen 5 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah

Persekutuan) 1997.

12 Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992, Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Sabah) 1995.

Page 41: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

v. Menyebarkan risalah penerbitan berkaitan mana-mana agama selain Islam kepada orang

Islam.

vi. Mengedarkan bahan cetakan mengenai agama bukan Islam di tempat awam kepada orang

Islam.

Kesemua perkara di atas ini mestilah didapati bertentangan dengan mazhab Ahli Sunah Waljamaah.

Menurut Nawaz, M.K (1965) perkara di atas juga menjelaskan bahawa peruntukan undang-undang jenayah

syariah lebih tertumpu untuk mengawal sebarang penyebaran ajaran daripada kumpulan mazhab minoriti

terhadap penganut Muslim Ahli Sunah Waljamaah. Walaupun para pengikut kumpulan mazhab Muslim (bukan

Ahli Sunah Waljamaah) telah terjejas hak mereka untuk menyebarkan ajaran mereka, namun mereka masih

bebas untuk menganut dan mengamalkan ajaran mereka. Walau bagaimanapun tafsiran Nawaz ini, tidak selari

dengan ketetapan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1996 yang menyebut (E-Fatwa, Portal Rasmi Fatwa

Malaysia 2013):

‘Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan

pegangan Ahli Sunah Waljamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak’

dan,

dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain

daripada pegangan Ahli Sunah Waljamaah adalah dilarang’

Selain itu, peruntukan undang-undang di setiap negeri sudah cukup kuat untuk mensabitkan kesalahan

terhadap mazhab dan ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah. Hal ini dibuktikan dengan

terdapaperuntukan dalam enakmen jenayah syariah di setiap negeri di Malaysia. Nasir Disa (2013) menyatakan,

persoalan yang timbul mengapa masih tiada tindakan yang diambil terhadap ajaran dan amalan mazhab yang

bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah? Adakah semua perkara yang berkaitan dengan ajaran dan amalan

mazhab yang bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah, termasuk akidah perlu diselesaikan dengan

menunggu keputusan fatwa? Dalam hal ini, Nasir Disa (2013) menegaskan bahawa undang-undang jenayah

syariah di setiap negeri sudah lengkap dan cukup kuat untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap

mana-mana mazhab dan ajaran yang sesat termasuk Syiah. Beliau juga berpendapat, hal ini mungkin disebabkan

bidang penguatkuasan di setiap negeri masih lemah atau penguatkuasa tidak mendalami undang-undang jenayah

syariah negeri dengan lebih mendalam. Kesannya apabila mereka membuat serbuan ke markaz-markaz ajaran

sesat, mereka ini tidak dapat mengenalpasti bahan-bahan bukti yang kukuh dan berkaitan. Ini menyebabkan

kesalahan tidak boleh disabitkan dan sesuatu kes itu mudah digugur.

Setiap undang-undang yang telah digubal boleh dikaitkan dengan mana-mana kesalahan yang hampir

sama dengan yang telah diperuntukan di dalam undang-undang walaupun ia tidak dinyatakan secara jelas tanpa

perlu menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebanggsaan. Oleh kerana itu, sekiranya berlaku sebarang

permasalahan akidah dan syariah dalam sesebuah negeri, pihak berkuasa agama negeri boleh mensabitkan

kesalahan tersebut dengan enakmen negeri yang telah sedia ada. Dalam masalah ini, Nasir Disa (2013)

selanjutnya menegaskan, pihak berkuasa agama negeri atau bidang penguatkuasaan perlu mengambil tindakan-

tindakan seperti berikut bagi memperkemaskan prosedur penguatkuasaan, iaitu:

i Pegawai-pegawai penguatkuasa perlu mahir dalam perundangan dan enakmen jenayah syariah

negeri masing-masing.

ii Memahami serta mendalami enakmen undang-undang jenayah syariah di negeri masing-

masing.

Page 42: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

iii Menggiatkan seminar, latihan, bengkel mengenai undang-undang berkaitan dengan enakmen

jenayah syariah negeri.

iv Mengadakan ujian undang-undang jenayah syariah.

v Membina dan memperkemaskan modul latihan penguatkuasaan.

vi Memperkukuhkan kerjasama dengan beberapa pihak yang penting dalam melaksanakan tugas

penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri dan beberapa

badan NGO yang lain serta masyarakat.

Sehingga kini, semua negeri telah memfatwakan pengharaman Syiah. Daripada empat belas buah

negeri tersebut, hanya Sarawak dan Sabah yang belum mewartakannya atau dalam proses pewartaan, manakala

12 yang lain telah berbuat demikian. 12 negeri tersebut adalah (JAKIM 2014):

i. Wilayah Persekutuan (8 Mac 1997, PU(B)106);

ii. Selangor (24 September 1998, PU10);

iii. Negeri Sembilan (12 Mac 1998, NS.PU5);

iv. Terengganu (25 September 1997, PUN Tr.1110);

v. Kelantan (2 Januari 1997, No. 1)

vi. Melaka (27 Julai 1997, M.PU5);

vii. Pulau Pinang (6 Januari 1997, Pg.PU1);

viii. Kedah (18 Februari 1999, No. 37);

ix. Perak (4 Januari 2012);

x. Johor (16 Februari 2012, No. 1156);

xi. Perlis (7 Ogos 2012, No. 109);

xii. Pahang (12 September 2013, No. 1564)

Berdasarkan analisis terhadap warta yang telah dikeluarkan, wujud persamaan dan perbezaan sighah

(kenyataan) fatwa dalam pewartaan di setiap negeri. Namun begitu, perbezaan tidak menjejaskan

kebolehgunaan pewartaan tersebut untuk dikuatkuasakan. Ini kerana, selagi pewartaan tersebut ada menetapkan

bahawa segala amalan atau kepercayaan yang bercanggah dengan Ahli Sunah Waljamaah adalah dilarang, maka

secara umumnya ia boleh diguna pakai untuk menyekat apa jua ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunah

Waljamaah termasuk Syiah dan selainnya. Walau bagaimanapun, sekiranya fatwa tersebut diperincikan dengan

menyebut ciri-ciri ajaran, ia lebih sempurna dan lebih kukuh bagi memudahkan pihak penguatkuasaan,

pendakwaan dan mahkamah untuk membuat penyiasatan, penilaian dan keputusan (JAKIM 2014).

Hasil daripada perbincangan dan huraian yang dicatatkan setakat ini, adalah jelas bahawa Mazhab

ASWJ mempunyai kewibawaan dan keutuhan, malahan boleh diungkapkan sebagai mazhab rasmi negara ini.

Dengan kedudukan yang sedemikian ASWJ sebenarnya berupaya mengawal dan mempertahankan agama Islam

yang maha suci dari dicerubuhi oleh ajaran-ajaran yang sesat dan menyeleweng. Di samping itu ASWJ juga

berupaya memertabatkan ajaran agama Islam selaras dengan pegangan rasmi negara, iaitu ajaran ASWJ yang

dari segi akidah berpegang kepada ajaran al-Asha’irah dan al-Maturidiyah; dari segi fiqh dan hukum hakam

berpegang kepada al-Shafi’iyyah dan dari segi akhlak dan tasawuf berpegang kepada pandangan al-Ghazali.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa ASWJ adalah satu kelompok yang telah pun dikenali

identitinya. Malah sebahagian ulama telah menjelaskan ciri-ciri kelompok ASWJ berdasarkan kepada

Page 43: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

manhajnya, prinsipnya dan beberapa ciri lain yang telah ditetapkan oleh ulama terdahulu. Oleh itu tidak harus

dinisbahkan satu-satu kelompok kepada Ahli Sunah Waljamaah melainkan mereka yang benar-benar beriltizam

dengan prinsip, manhaj dan identiti mereka sebagaimana yang telah pun diperkenalkan oleh ulama terdahulu

dari kalangan Salaf mahupun Khalaf. Mereka yang tidak beriltizam dengan manhaj dan prinsip yang telah

ditetapkan oleh jumhur ulama, bukanlah dari kalangan ASWJ seperti golongan Syiah dan Khawarij serta

beberapa kelompok yang lain, termasuk golongan Salafi-Wahabi kerana manhaj dan prinsip mereka berbeza

dengan prinsip dan manhaj yang telah ditetapkan oleh ulama Ahli Sunah Waljamaah.

Seterusnya, secara umumnya Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan dan mengiktiraf hak

kebebasan individu untuk menganut dan mengamalkan mazhab/agama masing-masing. Perlembagaan juga telah

memperuntukan Islam adalah di bawah bidangkuasa negeri. Dalam konteks Malaysia peruntukan yang ada

dalam perlembagaan Negara dan perincian yang dibuat oleh kerajaan negeri serta Majlis Fatwa Kebanggsaan

1996 selaras dengan kehendak konvensyen antarabangsa berkenaan hak kebebasan beragama yang memberikan

kebebasan beragama kepada setiap individu (forum internum), tetapi membenarkan undang-undang untuk

menyekat mana-mana bentuk manifestasi (forum externum) yang menjejaskan keselamatan awam, moral dan

kesihatan serta hak asasi yang lain.

Hasil analisis yang dibuat sebelum ini menunjukkan dengan jelas bahawa mazhab Ahli Sunah

Waljamaah adalah mazhab rasmi negara Malaysia. Walaupun ia tidak disebut secara khusus dalam

Perlembagaan Persekutuan namun peruntukan ini mesti dibaca bersama dengan undang-undang kerajaan negeri

berkaitan kedudukan agama dan amalan pentadbiran agama serta syarat perlantikan penjawat agama di negeri-

negeri di Malaysia yang diasaskan kepada mazhab Ahli Sunah Waljamaah. Oleh kerana itu, ajaran dan amalan-

amalan yang selain daripada mazhab Ahli Sunah Waljamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak adalah

bertentangan dan tidak dibenarkan.

Di samping itu, analisis juga menunjukkan bahawa peruntukan undang-undang jenayah syariah sudah

memadai untuk mengambil tindakan ke atas pelbagai perbuatan jenayah akidah, namun pelbagai kelemahan

pihak penguatkuasa agama telah menyebabkan banyak kes tidak dapat dibawa ke muka pengadilan atau tidak

berjaya disabitkan.

BIBLIOGRAFI

Abū ᶜAbdullāh, Muhamad Yusri. 2004. ᶜIlm al-Tauhīd ᶜInda Ahl al-Sunnah Wal Jamāᶜah. Al-Qāhirah: t.pt.

Abū Ḥanīfah, al-Nuᶜmān bin Thābit. 2001. Waṣiyyah. Dlm. Al-ᶜĀlim wa al-Mutaᶜālim. Pnyt. Muḥammad Zahīd bin Ḥasan al-Kawtharī.

Miṣr: Al-Maktabah al-Azhariyyah Li al-Turāth.

Aḥmad Maḥmūd Ṣubhī. 1977. Fī ᶜIlm al-Kalām (al-Ashᶜarīyyah): Dirāsah al-Falsafiyyah li Arā’ al-Firaq al-Islāmyyah Fi Usūl al-Dīn. Juz

2. Miṣr: Mu‘assasah al-Thaqāfah al-Jāmiᶜiyyah.

ᶜAlī Jumᶜah. 2005. al-Bayān lima yashghul al-Azhān. Al-Qāhirah: Al-Maqātam Li al-Nashr wa al-Tauzīᶜ.

al-Ashᶜarī, al-Imām Abī al-Ḥasan ᶜAlī bin Ismāᶜil. 1950. Maqālat al-Islāmiyyīn wa al-Ikhtilāf al-Muṣallīn. Pnyt. Muhammad Muhyiddin abd

al-Hamid. Al-Qāhirah: Maktabah al-Nahḍah al-Miṣryyah.

al-Ashᶜarī, al-Imām Abī al-Ḥasan ᶜAlī bin Ismāᶜil. 1977. Al-Ibānah ᶜan Usūl al-Diyānah. Pnyt. Fawqiyyah Husin Mahmud. Al-Qāhirah: Dār al-Ansar.

al-Ashᶜarī, al-Imām Abī al-Ḥasan ᶜAlī bin Ismāᶜil. 1344H. Istihsān al-Khaūd fī ᶜIlm al-Kalām. India: Maṭbaᶜah Majlis Dairah al-Maarif al-

Nizamiyyah

Page 44: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

al-Baghdādī, Abd al-Qāhir bin Ṭāhir bin Muhamad.1982. Al-Farq Bayn al-Firāq. Terj. Ibrahim Abū Bakar. Aqidah Ahli Sunah Waljamaah.

Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

al-Baghdādī, Abd al-Qāhir bin Ṭāhir bin Muhamad. 1988. Al-Farq Bayn al-Firāq wa Bayān al-Firqat al-Nājiyah Minhum. Al-Qāhirah: Maktabah Ibn Sinā.

al-Baqilanī, Abū Bakar Muḥamad bin Ṭayyib. 1998. Al-Taqrīb Wa al-Irsyād. Bayrūt: al-Risālah Publisher.

al-Būṭī, Muḥammad Saᶜīd Ramaḍān. 1990. Al-Salāfiyyah: Marḥalah Zamaniyyah Li al-Mubārakah Lā Mazhab al-Islāmiyy. Damsyiq: Dār

al-Fikr.

al-Buti Muhammad Saᶜid Ramadhan et al. t.th. Ahl al-Sunnah al-Ashāᶜirah, Syahādatu ᶜUlamā’ al-Ummah Wa Adillatuhum. t.tp: Dār al-

Ḍiya’ lil al-Nasyr wa al-Tauzīᶜ.

al-Ghazālī, Muḥamad bin Muḥamad bin Aḥmad. 1927. Miᶜyār al-ᶜIlm Fī al-Manṭiq. Pnyt. Mahy al-Dīn Ṣabrī al-Kurdī. Miṣr: Tabaᶜat al-

ᶜArabiyyah.

al-Ghazālī, Muḥamad bin Muḥamad bin Aḥmad. 1972. Taḥāfut al-Falāsifah. Pnyt. Sulyman Dunya. Miṣr: Dār al-Maᶜarif.

Al-Ījī, ᶜAḍd al-Dīn. 2004. Sharh Mukhtaṣar al-Muntaḥā al-Uṣūlī. Pnyt. Muḥammad Ḥasan Muḥammad Ḥasan Ismāᶜil. Bayrūt: Dār al-Kutub al-ᶜIlmiyyah.

Iblāgh, ᶜInāyat Allāh. 1971. al-Imām al-Aᶜẓham Abī Hanīfah al-Mutakallim. T.tp: al-Majlis al-Aᶜlā Lī al-Shu’ūn al-Islāmiyyah

Ibn ᶜĀbidīn, Muḥammad Amīn. 1995. Hashiyyah radd al-Mukhtār. Jil. 1. Bayrūt: Dār al-Fikr.

Ibn ᶜAsākir, Abū al-Qāsim Ali al-Ḥasan bin Hibbat Allāh al-Dimasyqī. 1347H. Tabyīn Kadhb al-Muftarī Fīmā Nusiba Ilā al-Imām Abī al-

Ḥasan al-Ashᶜāri. Damsyiq: Maṭbaᶜat al-Tawfīq.

Ibn Ḥajar, Aḥmad bin ᶜAlī. 1968. Inbā’ al-Ghumr bi Abnā’i al-ᶜUmr Fī al-Tārīkh. Juz 2. Pnyt. Muḥamad bin ᶜAbd al-Muᶜīd Khān.

Haydarabad: Majlis Dā'irat al-Maᶜārif al-ᶜUthmāniyah.

Ibn al-ᶜImād, Abū al-Fallāh Abd al-Harr bin Ibn al-Hanbali. 1989. Shadharāt al-Zahab. 8 Juz. Pnyt. Maḥmūd al-Arna’uṭ. Bayrūt: Dār Ibn Kathīr.

Ibn Kathīr, Abū al-Fida’. 1966. Al-Bidāyah wa al-Nihāyah. 14 Juz. Bayrūt: Maktabah Dār al-Maᶜārif.

Ibn Khalqān, Abū al-ᶜAbbās Syams al-Dīn Aḥmad bin Muḥamad bin Abū Bakr. 1968. Wafiyāt al-Aᶜyān: Wa Anbā’ Abnā’ al-Zamān. Pnyt.

Iḥsān ᶜAbbās. Bayrūt: Dār al-Ṣādir.

Ibn Manẓūr, Muḥammad bin Mukarram bin ᶜAlī bin Aḥmad. 1955. Lisān al-ᶜArab. 20 Juz. Bayrūt: Dār Sadir.

Jalāl Muḥamad ᶜAbd al-Hamīd Mūsā. 1982. Nash’ah al-Ashᶜarīyyah wa Taṭawwuruha. Bayrūt: Dār al-Kutub al-Lubnānī.

al-Jurjānī, ᶜAlī bin Sayyid Muḥammad bin ᶜAlī. T.th. Sharh al-Mawāqif . Pnyt. Aḥmad al-Maḥdi. Al-Qahīrah: Maktabah al-Azhār.

al-Kurdari, Hafiz al-Din bin Muhammad. 1981. Manāqib Abī Hanīfah. Bayrūt: Dār al-Kitāb al-ᶜArabī.

al-Lalaka’ī, Abī al-Qāsim Hibbat Allāh bin al-Ḥasan bin Manṣūr al-Ṭabari. 2005. Syarh Usūl al-Sunah. Riyaḍ: Dār Ṭayyibah

al-Malṭī, Abū al-Husayn Muḥamad bin Aḥmad bin ᶜAbd al-Raḥmān al-Shāfiᶜī. 1388H. Al-Tanbīh wa al-Radd ᶜAlā Ahl al-Ahwā’ wa al-Bidāᶜ. Taᶜliq Muhamad Zāhid al-Kawthari. Baghdād: Maktabah al-Muthānī.

al-Miṣrī, Muhammad Abdul Hadi. 1994. Ahl al-Sunnah Wa al-Jamāᶜah, Maᶜālim al-Inṭilāqah al-Kubrā. Terj. Sidang Pengarang Kintan.

Ahlussunnah Waljamaah Petunjuk Jalan yang Benar. Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan Sdn. Bhd.

al-Miṣrī, Muhammad Abdul Hadi. t.th. Ahl al-Sunnah Wa al-Jamāᶜah, Maᶜālim al-Inṭilāqah al-Kubrā. Al-Qāhirah: Dār al-Iᶜlām al-Duwalī.

Mohammad Idrus Ramli. 2009. Madzhab Al-Ashᶜarī, Benarkah Ahlussunnah Wal-Jamaᶜah? Surabaya: Khalista kerjasma dengan Lajnah

Taᶜlif Wan Nasyr (LTNU) Jawa Timur.

Mohammad Syakirin al Ghozaly. 2010. Fahaman Al-Ashāᶜirah Dalam Nadlatul Ulama Di Indonesia. Dlm. Kertas Kerja Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II. Anjuran Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kuala Lumpur, 20-22 Julai 2010.

Mohd Haidhar Kamarzaman. 2011. Syiah di Selangor. Tesis Sarjana Muda, Jabatan Usuludin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Page 45: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

Mohd Hisyam Abd Rahim & Syed Muhammad Dawilah al-Edrus. 2010. Al-Sanūsī dan Perbahasan Berkaitan Sifat-Sifat Allah s.w.t dengan

Merujuk Kepada Kitab Umm al-Barāḥin. Dlm. Isu-Isu dalam Pengajian Islam. Pnyt. Sharifah Khadijah Syed Abū Bakar. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Mohd Samsuddin Harun & Azmul Fahimi Kamaruzaman. 2011. Kemunculan Budaya Syiah di Alam Melayu: Satu Kajian Awal. Dlm.

Prosiding Seminar Nadwah Ulama Nusantara III. Ketokohan dan Pemikiran Ulama Melayu. Bangi: Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Shukri Yeoh ᶜAbdullāh. 2009a. Riwayat Hidup Pengarang teks `Umdat al-Muhtajin. Dlm. Panduan Individu Menuju ke Jalan Allah s.w.t: Mesej ᶜUmdat al-Muhtajīn Ilā Suluk Maslak al-Mufradīn. Bangi, UKM: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).

Mohd Sulaiman Yasin. 1997. Ahlis Sunah Waljamaah. Bangi: Yayasan Salman.

Muhammad Abdullah. 2000. Laporan Penelitian: Teologi Asyᶜariyyah Nurudin al-Raniri dalam Kitab Durrat al-Farā’id bi Sharh al-ᶜAqāid

(suntingan dan kajian isi teks). Semarang: Universitas Diponegoro.

Mudasir Rosder. 1993. Uluhiyyah dalam Aliran Ashāᶜirah dan Kesannya dalam Pengajian Akidah di Johor. Tesis Dr. Falsafah, Jabatan

Usuludin, Universiti Malaya.

Muhammad Uthman El. Muhammady. 2006. Ketokohan Ulama Melayu. Dlm. Prosiding Seminar Nadwah Ulama Nusantara III. Ketokohan dan Pemikiran Ulama Melayu. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhamad bin Ibrahim al-Ḥamd. 1416H. Aqīdah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamāᶜah. Dār al-Waṭan.

Muslim, Muslim bin Hajjaj al-Qushayrī. Ṣaḥīḥ Muslim. Pnyt. Muhammad Fu’ād ᶜAbd al-Bāqī. Bayrūt: Dār Ihyā’ al-Turāth al-ᶜArabī.

al-Nashshār, ᶜAlī Sāmiᶜ & al-Talibi, ᶜUmar al-Jāmiᶜ. 1971. ᶜAqāid al-Salaf. Al-Qāhirah: Dār al-Dakwah.

al-Rāzī, Muḥamad bin ᶜUmar bin al-Ḥusayn Fahkr al-Dīn. 1992. Al-Kāsyif ᶜAn Uṣūl al-Dalā’il Wa Fuṣūl al-ᶜIlal. Pnyt. Aḥmad Hijāzī Al-

Saqā. Bayrūt: Wāz al-Jā’il.

al-Rāzī, Muḥamad bin ᶜUmar bin al-Ḥusayn Fahkr al-Dīn. 1987. Maṭālib al-ᶜĀliyah Min al-ᶜĪlm al-Ilāhī. Pnyt. Aḥmad Hijāzī Al-Saqā.

Bayrūt: Dār al-Kitāb al-ᶜArabī.

al-Rāzī, Muḥamad bin ᶜUmar bin al-Ḥusayn Fahkr al-Dīn. T.th. al-Mahṣūl Fī ᶜĪlm Uṣūl Fiqh. Pnyt. Ṭaha Jābir Fiyyaḍ al-ᶜAlwanī. T.tp: Muassasah al-Risālah.

Richard J. McCarthy. 1953. The Theology of al-Ashᶜarī. Bayrūt: Impremerie Catholic.

al-Samᶜānī, Abī Saᶜad ᶜAbd al-Karīm bin Muḥammad bin Manṣūr al-Tamīmī. 1963. Al-Ansāb. India: Dā’irah al-Maᶜarif al-ᶜUthmaniyya.

al-Sanūsī, Muḥamad bin Yūsuf bin ᶜUmar bin Syuᶜaib. 2005. Al-ᶜAqīdah al-Wusṭa Wa Sharḥuha. Pnyt: al-Sayyid Yūsuf Aḥmad. Bayrūt: Dār

al-Kutub al-ᶜIlmiyyah.

al-Sanūsī, Muḥamad bin Yūsuf bin ᶜUmar bin Syuᶜaib. 1351H. Sharh Umm al-Barāḥin. T.tp: Maṭbaᶜah al-Istiqāmah.

al-Sibaᶜī, Musṭafā. 1985. Al-Sunnah wa Makānatuḥā fi al-Tashrīᶜ al-Islāmī. Bayrūt: Maktabah al-Islāmī.

Sayyid ᶜAbd al-Raḥmān bin Muḥamad. 1381H. Bughyat al-Mustarshidīn. Al-Qāhirah: Matbaᶜah Amīn ᶜAbd al-Majīd.

Siti Saadiah Shafik. 2010. Perbahasan Ilāhiyyat Menurut Ulama Ashāᶜirah: Tinjauan Terhadap Pemikiran Fakhr Al-Din Al-Rāzī Dalam Muhassal. Dlm. Kertas Kerja Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II. Al-Ashāᶜirah dan Cabaran Mutakhir. Kuala

Lumpur: Universiti Malaya.

al-Subkī, Abū Naṣr ᶜAbdul Wahhāb bin ᶜAlī bin ᶜAbd al-Kāfī. 1918. Ṭabaqāt al-Shāfiᶜiyyah al-Kubrā. Juz. 3. Al-Qāhirah: Dār Ihyā’ al-

Kutub al-ᶜArabiyyah.

al-Taftazanī. 1987. Sharḥ al-ᶜAqā’id al-Nasafiyyah. Pnyt. Ahmad Hijāzī al-Saqā. Al-Qāhirah: Maktabah al-Kulliyyat al-Azhariyyah.

al-Tirmidhī, Muḥammad bin ᶜĪsa. 1937. Sunan al-Tirmīdhī. Miṣr: Musṭafā al-Bābi al-Halabī.

Wan Zailan. 1994. Asal-Usul, Pengaruh dan Kesan Aliran al-Ashᶜarī dan Ashāᶜirah di Malaysia dan Kepulauan Melayu. Dlm. Malaysia Dari Segi Sejarah. Hlm. 84-106. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Watt W.M. 1962. Islamic Philosophy and Theology. Edinburgh: University Press.

Yusof bin Yunus. 2007. Mengenal Ahli Sunah Waljamaah. Selangor: Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor.

al-Zabīdī, Muḥammad bin Muḥammad al-Husaynī. T.th. Ittihāf al-Sādāt al-Muttaqīn. Juz. 2. Bayrūt: Dār al-Kutub al-ᶜIlmiyyah.

Page 46: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

al-Zabīdī, Muḥammad bin Muḥammad al-Husaynī. 1994. Ittihāf al-Sādāt al-Muttaqīn. Juz. 2. Bayrūt: Muassasah al-Tārikh al-ᶜArabī.

Abu Dawud, Sulayman ibn al-Ash‘ath al-Sijistani al-Azdi. 1956. Sunan Abi Dawud. Jld 3. Beirut: Al-Matabi al-Majidi.

Abu Zahrah, Muhammad. t.th. Tarikh al-Madhahib al-Fiqhiyyah. Jld 2. Kaherah: Ma’tabah al-Madani.

Abu Zahrah, Muhammad. 1996. Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah. Kaherah: Dar al-Fikr al-‘Arabi.

Ahmad Faidzurrahim. 2013. Darah Wahabi. Setapak: Darul Taklim.

Ahmad Zaini Dahlan. t.th. al-Durar al-Saniyyah fi al-Rad ‘ala al-Wahabiyyah Dar jawami’ al-Kalam. Kaherah: Dar al-Arabi.

al-Amidi, Ali b Abi Ali b Muhammad. 1971. Ghayat al-Maram fi ‘llm al-Kalam, Suntingan Hasan Mahmud Abd al-Latif, Kaherah: al-

Majlis al-A’ala li al Syu’un al-Islamiyyah.

Amin Daud. 2010. Tafsir lengkap ayat-ayat mutasyabihat ‘Dua tangan’ bagi Allah SWT.http://al-amindaud.blogspot.com.

Aizam Mas’od. 2013. Soal Jawab Syiah di Malaysia. Putrajaya: JAKIM.

Aizam Mas’od. 2010. Diskusi Isu Bid’ah dan Anti Mazhab Dlm Diskusi Isu Akidah dan Pemikiran Semasa. Putrajaya: JAKIM.

Ali, Jum’ah. 2005. Al-bayan Lima Yusyghiluhu al-Azhan. Kaherah: al-Muqatim li al-Nasyr wa al-Tauzi.

Azril Mohd Amin. 2014. Pertubuhan-pertubuhan Islam di Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (Muslim UPRO) ke Geneva, Switzerland

Dlm Seminar Islam dan Hak Asasi Manusia. Bangi: UKM.

Aziz Hanafi. 2010. Kertas kerja dalam Muzakarah Ulama’ Se-Melaysia dalam menangani Isu-isu Akidah dan Syariah; Isu-isu Akidah yang

mencabar kesucian Ahli Sunah Waljamaah al-Asya’irah di Malaysia. Kedah: Insaniah.

al-Baihaqi, t.th. Abu Bakr Ahmad bin al-Husain, al-I’tiqad ‘ala Mazhab al Salaf Ahli Sunah Waljamaah. Tahqiq Abdullah al-Shiddiq al-Ghumari.Kaherah: Dar Ma’rifah.

al-Baihaqi, Imam. 1985. Al-I’tiqad wa al-Hidayah. Edisi ke-2. Amman: ‘Alim al-Kutub.

al-Baghdadi, Abu Manzur Abdul Qahir bin Tahir. t. th. al-Farq baina al-firaq wa Bayan al-Firqah al-Najihah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Illmiyah.

Brems, E. 2006. A Commentary on The United Nations Convenstion on The Rights of The Child: Article 14: The Right to Freedom of Thought, Conscience and Religion. The Netherland: Marrtinus Nijhoff Publishers.

al-Buti, Muhammad Said Ramadan. 1996. al-Salafiyyah. Damsyiq: Dar al-Fikr al-‘Arabi.

al-Bukhari, Muhammad b Ismail b Ibrahim Ibn al-Mughirah. t.th. Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Jayl

al-Bukhari, Muhammad b Ismail b Ibrahim Ibn al-Mughirah. t.th. Sahih al-Bukhari. Bab la yashad ‘ala shahadatun jawari dha al-Ashad. Beirut: Dar al-Jayl

Cooray, A. 2000. The Protection and promotion of religious right: A Commomwealth Survey. Sri lanka: Journal of International Law.

Ezad Azraai et.al. 2011. Penetapan Mazhab Ahli sunah Waljamaah sebagai Definasi Islam di Malaysia: Hak Penyebaran agama bagi Kumpulan Agama Minoriti dlm Jurnal Undang-Undang Malaysia.

Engku Ibrahim engku Wok Zin et.al 2011. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dan Kaitanya dengan Isu Takfir. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Jld 4. Terengganu. Unisza.

Harding, A. 2002. The keris, The crescwnt and the blind goddess: the state, Islam and the constitution in Malaysia. Singapore Journal International & Comparative Law.

Harding, A, 1996. Law, Govement and the Constitution. Kuala Lumpur: Malayan Law Journal.

al-Hasyimi, Al-Sayyid Hasan al-Saqqaf. 1998. Al-Salafiyyah al-Mua’sarah. Jordan: Dar al-Imam al-Nawawi.

Hasan Ali al-Saqafi. 2007. Al-Salafiyyah al-Wahabiyyah. Beirut: Dar al-Mizan.

Ibn Manzur, Abi al-Fadl jamaluddin Mohammad Ibn Makram. 1968. Lisan al-Arab. Beirut: Dar al-Kutub.

Ibn Majah, Abi’ Abdullah Mohammad Ibn Yazid al-Qazwani. 1998. Sunan Ibn Majah. Jilid 4. Kaherah: Dar al-Hadith.

Jainal Sakiban al-Jauhari. 2010. Bertawasul Bid’ah Dalalah? Johor Bahru: Majlis Agama Islam Johor.

Page 47: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

Joseph, A.L.R. 2009. Unfettered religious freedom hangs by the thread of minority dissent in Malaysia: A review of the dissenting judgment

of the federal court in the Lina Joy case review of constitutional Studies. Singapore.

Lembaga Penyelidik Undang-undang. 1995. Perlembagaan persekutuan dlm International Law Book services. Kuala Lumpur.

Kamaluddin Nurdin Murjini. 2010. Al-Mazahib al-‘Aqa’idiyah al-Islamiyyah. Malaysia: Universiti Sains Islam Malaysia.

Khalif Muammar A. Harris. 2012. PSEUDO Salafi, Ekstremisme dan Keruntuhan Autoriti. Jurnal Kefahaman Ahli Sunah Waljamaah.

Brunei: Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Bagawan.

Karean, V. S. 2006. The Malaysian constitution and its identity crisis-secular or theocratic. Lawasia Journal.

Kirby. M. 2008. Fundamental human right and religious apostasy: The Malaysian case of Lina Joy. Griffith Law Review.

Mahfuz Muhammad 2010. Akidah Ahli Sunah Waljamaah dan Pertentangan dengan aliran wahabiyyah. Majlis Agama Islam Johor Johor

bahru: Cetak Ratu Sdn. Bhd.

Muhammad Ariffin. 2008. Cabaran Akidah: Antara Khawarij dan Liberal Prosiding Seminar Pemurniaan akidah 2008. Kuala Lumpur:

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Muhammad Uthman el-Muhammady. 2011. Akidah Ahli Sunah Waljamaah. Al-Bayan. Majlis Agama Islam Negeri Johor. Johor bahru:Master Gifts Sdn. Bhd.

Muhammad Idrus Ramli. 2013. Bekal Pembela Ahli Sunah Waljamaah Menghadapi Radikalisme Salafi-Wahabi. Surabaya: Aswaja Nu Center Jawa Timur.

Mohammad Imam. 1994. Freedom of religion under federal constitution of Malaysia. Jld 2. A. Reappraisal (Jun).

Muslim. t.th.Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi.

Muhammad Idrus Ramli. 2013. Mazhab al-Asy’ari Benarkah Ahli Sunah Waljamaah. Surabaya: Khalista.

Mohd Tamyes bin Abdul Wahid. 2013. Bid’ah daripada pandangan Ahli Sunah Waljamaah Dlm Simposium Serantau Ahli Sunah

Waljamaah. Bangi: Uniten.

Nadiah Hashim. 2007. Pengaruh Fahaman Wahabi dalam kalangan Masyarakat Islam di Perlis. Tesis Sarjana. Bangi: UKM.

Nasaruddin Ibrahim Sulaiman. 1998. Syarah Akidah Wasatiyyah. Beirut: Dar al-Arabiyyah.

Nasharuddin Mat Isa. 2014. Strategi Umat Islam Dlaam Menangani Isu Hak Asasi Manusia Dlm Seminar Islam dan Hak Asasi Manusia.

Bangi: UKM.

Nawaz, M.K. 1965. The concept of human right in Islamic Law. Howard Law Journal 11.

Nurjaanah Abdullah. 2007. Legislating Faith in Malaysia. Singapore Journal of Legal Studies. Singapore.

Rehman, J. 2000. Accomodating religious identities in an Islamic state: International law, freedom of religion and the rights of religious minorities. International Journal on Monority and Group Right 7(2).

Salim Alwan al-Husainiyy. 2013. Seminar Pemurnian Akidah: Golongan Pelampau dan bahayanya ke atas akidah ummah. Kuala Lumpur:

Intan Press.

Shamrahayu Abdul Aziz. 2014. Tuntutan COMANGO dan Cabaran Terhadap Islam di Malaysia Dlm Seminar Islam dan hak Asasi

Manusia. Bangi: UKM.

Scharffs, B.G. 2011. The freedom of religion and belief jurisprudence of the European Court of Human Rights: Legal, Moral, Polotical and

Religions Perspectivrs. Journal of Low and Relogion 26 (1).

Syeikh Idahram. 2011. Mereka Memalsukan Kitab-kitab Karya Ulama Klasik: Episod Kebohongan Publik Sekte Salafi-Wahabi.

Yogyakarta: PT LKiS Printing Cemerlang.

Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar et. al. 2012. Konsep Pengajian Tauhid Tiga: Satu Analisis. Jurnal Kefahaman Ahli Sunah Waljamaah.

Brunei: Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Bagawan.

Syaltut, Mahmud. 2001. Al-Fatawa. Kaherah: Dar al-Syuruq.

al-Taftazani, Sa’duddin Mas’ud bin Umar, Syarh al-‘Aqaid al-Nasafiyyah. Kaherah: Dar al-Arabi.

Taylor, P.M. 2006. Freedom of Religion: UN and European Human Rights Law and Practice. United States of America: Cambridge University Press.

Page 48: Profesor Dato’ Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari UKM ...ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Keutuhan_Ahli_Sunnah_wal_Jama… · Profesor Dato’ Zakaria 1. Mempertegaskan ketepatan

Profesor Dato’ Zakaria

al-Tirmaidhi, Abu Isa Muhammad bin Isa bin Sarwah. 1980. Al-Sunan Wahuwa al-Jami’ al-al-Sahih. Tahqiq al-Wahhab Abd al-Latif. Jld 4.

Beirut: Dar al-Fikr.

Tuan Hj. Nasir bin Disa. 2013. Sistem Perundangan di Malaysia. 18. November 2013

al-Qaradawi, Yusuf. 1981. Haqiqah al-Tawhid. Kaherah. Maktabah Wahbah.

al-Qaradawi, Yusuf. 2009. Fatawa Mu’asarah. Kaherah: Dar al-Qalam.

Vickers, L. 2008. Religious Freedom: Religious Discrimination and the Workplace. Great Britain: Hart Publishing.

Wan Zahidi Wan Teh. 2013. Fenomena Pemikiran Khawarij dan ancamannya terhadap perpaduan ummah Dlm Melihat jendela Islam.

Selangor: al-Hikmah Sdn. Bhd

Zakaria Stapa. 2000. Islam Pemikiran dan Penghayatan. Johor Bahru: Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Johor.

Zakaria Stapa. 1995. Akhlak dan Tasawuf Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Zakaria Stapa. 2011. Kedudukan Pemikiran al-Ash’ari dan al-Maturidi dalam mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Islamiyyat. 33(2011):37-

44.

Zaidi. 2010. Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan ii. Satu Perspektif dalam memahami gerakan wahabi. Prosiding UM.

Zamihan Mat Zain. 2011. Siapa Sebenarnya Wahabi?. Puchong: Kemah Enterprise.

Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2013. Asia Tenggara rantau Ahli Sunnah Waljamaah Dlm Simposium Serantau Ahli Sunah Waljamaah. Bangi:

Univeristi Tenaga Nasional

Laman Web

http://www/alkhoirot.net/2012/02/salafi-wahabi-menurut-ulama-sunni

http://www.e-fatwa.gov.my/blog/pandangan-mengenai-golongan-wahabi 2013

http://www.youtube.com/watch?v=lDqu3t3cCr4: baderudin 2014

http://berandamadina.wordpress.com/2010/02/05/kenali-7-tokoh-ulama-wahabi-malaysia: Mohamed Omar 2010

http://tokwan.wordpress.com/2009/11/04/mufti-perak-dato-harussani-sokong-tindakan-jais/;

http://www.malaysiawaves.net/2009/11/dr-asri-ditangkap-jais-bukankah-jais.html

http://k-taiping.blogspot.com/2011/07/asri-sijil-palsu-tohmah-ke-atas-ust.html

http://hanputra.com/2008/07/fikrah9959 Razhan 2008

http://Khairitajudin.blogspot.com/2012/07/membongkar-kesesatan-wahabi

http://www/youtube.com: Pengalaman Dato’ Harun Din di Rekrut

http//ustazmoden.wordpress.com./2014/01/13/wahabi-tolak-alasya’irah-dan-al-maturidiyyah

http://www.ippimakassar.net/7/post/2014/01/analisis-kritis-makna-bid.ah-menurut-wahabi: Abdullah Umar 2012