yusof gajah

4
http://yusofgajah.blogspot.sg/2008/05/citra-naive-malaysia.html Friday, May 30, 2008 CITRA NAIVE MALAYSIA Menghampiri penghujung dekad pertama alaf 2000 ini, kerja-kerja seni catan lebih daripada dua puluh orang pelukis gaya naive Malaysiadiperagakan dalam satu pemeran besar. Pameran dengan tema Malaysia Naive Art Showcase 2008 adalah suatu pameran penting yang memperlihatkan perkembangan muktahir seni catan tanah air di alaf 2000.\ Pameran berkumpulan seni catan naive pertama di Malaysia telah diadakan pada tahun 1998 yang hanya diwakili oleh empat pelukisgaya naive Zila Zain, Shima, Azmi S.H dan Yusof Gajah. Pameran naive kedua telah berlangsung pada tahun 2001 di mana Yusof Gajah bergandingan dengan Mat Dollah dan Adeputra dengan tema Appear Innocent. Kedua-dua pameran naive telah diusahakan oleh Yusof Gajah. Selepas pameran ini berakhir pelukis-pelukis naive yang terlibat dalam kedua-dua pameran ini membawa haluan masing- masing menghidupkan citra naive secara bersendirian. Namun atas usaha Yusof Gajah pelukis unggul Malaysia atau lebih dikenali sebagai Bapa Pelukis Naive Malaysia, beliau sekali lagi telah mengikhtiarkan kesinambungan pameran penting ini. Tujuan utama pameran Malaysia Naive Art Showcase 2008 ini pertamanya adalah untuk meletakkan seni catan gaya naive dilandasan yang

Upload: aris-jamaludin

Post on 08-Dec-2015

243 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Seni naif

TRANSCRIPT

Page 1: Yusof gajah

http://yusofgajah.blogspot.sg/2008/05/citra-naive-malaysia.htmlFriday, May 30, 2008

CITRA NAIVE MALAYSIA

Menghampiri penghujung dekad pertama alaf 2000 ini, kerja-kerja seni catan lebih

daripada dua puluh orang pelukis gaya naive Malaysiadiperagakan dalam satu

pemeran besar. Pameran dengan tema Malaysia Naive Art Showcase 2008 adalah

suatu pameran penting yang memperlihatkan perkembangan muktahir seni catan tanah

air di alaf 2000.\

Pameran berkumpulan seni catan naive pertama di Malaysia telah diadakan pada tahun

1998 yang hanya diwakili oleh empat pelukisgaya naive Zila Zain, Shima, Azmi S.H dan

Yusof Gajah. Pameran naive kedua telah berlangsung pada tahun 2001 di mana Yusof

Gajah bergandingan dengan Mat Dollah dan Adeputra dengan tema Appear Innocent.

Kedua-dua pameran naive telah diusahakan oleh Yusof Gajah. Selepas pameran ini

berakhir pelukis-pelukis naive yang terlibat dalam kedua-dua pameran ini membawa

haluan masing-masing menghidupkan citra naive secara bersendirian. Namun atas

usaha Yusof Gajah pelukis unggul Malaysia atau lebih dikenali sebagai Bapa Pelukis

Naive Malaysia, beliau sekali lagi telah mengikhtiarkan kesinambungan pameran

penting ini. 

Tujuan utama pameran Malaysia Naive Art Showcase 2008 ini pertamanya adalah

untuk meletakkan seni catan gaya naive dilandasan yang sewajarnya sebagai suatu

pergerakan seni yang penting dalam perkembangan seni catan tanah air. Selama ini

seni catan gayanaive di Malaysia bukan sebahagian daripada arus perdana seni catan

kontemporari tanah air. Seni catan gaya naive tidak mendapat tempat malah tidak

diiktiraf dengan sewajarnya. Keadaan ini berlaku antaranya disebabkan oleh sifat karya

seni catan gaya naive yang dipersepsikan sebagai gaya seni catan yang kebudak-

budakan dengan penampilan citra yang tidak serius lagi terlalu “mudah” sifatnya.

Ringkasnya karya-karya gaya naive sebegini dilihat sebagai gaya karya seni catan yang

tidak mencabar dengan alasan ia boleh dilakukan, dicipta, direka oleh sesiapa sahaja.

Page 2: Yusof gajah

Tetapi realitinya membuktikan seni catan gaya naive tidak mudah dilakukan. Ia turut

mempunyai ramuan-ramuan formalistik seni catan yang harus dipelajari, dilatih sebelum

dapat dikuasai. Menghasilkan karya gaya naive memerlukan ketrampilan, kemahiran

yang bukan sedikit. Ini hakikat yang perlu diterima.

Pameran Malaysia Naive Art Showcase 2008 ini memperagakan kepelbagaian karya-

karya citra naive. Kepelbagaian citra naive dapat dilihat dari pengolahan subject-

matter dalam kemeriahan pesta warna-warni yang kelihatan bagai tidak berkesudahan.

Citra lanskap gayanaïve ditampilkan antaranya dengan banjaran gunung, bukit bukau

beralun yang dipenuhi dengan hutan rimba, ladang pertanian serta aliran sungai,

takungan air di kolam, tasik dan pemandangan tepi laut. Mergastua yang berkeliaran di

udara, darat dan air menambahkan lagi keasyikan citra gaya naïve ala romantism.

Khalayak di bawa ke alam fantasi yang dipenuhi dengan spektrum warna-warna segar,

ceria yang kelihatan begitu dekat tetapi realitinya tidak begitu.

Gaya penceritaan secara visual turut menambah keragaman citra gaya naïve dapat

dilihat dalam pameran ini. Kemeriahan, kesibukan suasana kehidupan di luar bandar

dan bandar dengan pelbagai aktiviti turut dirasai malah dapat diidentifikasikan dengan

mudah kerana citra naïve yang dipaparkan mewakili sebahagian daripada pengalaman

yang pernah kita semua lalui pada masa kini dan masa lalu. Persembahan

visual gaya penceritaan secara ini mencetuskan kenangan-kenangan silam dalam

bentuk nostalgia emotif yang memudahkan kefahaman serta apresiasi terhadap karya-

karya gaya naive.

Menerusi Malaysia Naive Art Showcase 2008 ini terkesan dengan jelas unsur-unsur

pribumi Melayu Nusantara yang secara ketara sekali dapat mencipta

identiti gaya naive Malaysia. Citra rumah-rumah lama Melayu tradisional, pengolahan

caragaya kehidupan masyarakat pribumi seperti kelompok etnik Bajau di Sabah.

Bangunan-bangunan rumah kedai yang dibina sebelum meletusnya Perang Dunia

Kedua yang kini menjadi sebahagian daripada warisan sejarah seni bina tanah air di

Page 3: Yusof gajah

olah secara naïve menjadikan citra karya nampak nyata dan bukan kesan daripada

ekspresi imaginasi melulu tanpa rujukan.

Unsur-unsur pribumi Melayu Nusantara gaya naive ini adalah citra yang wajar sekali

diteruskan, dimantapkan malah diperkasakan bagi memperlihatkan kelainan, keunikan

serta dapat menjadi identiti citra gaya naive Malaysia. Orientasi pengolahan,

persembahan subject-matter citra gaya naive yang begitu terperinci sifatnya adalah

suatu kelebihan yang membolehkan unsur-unsur pribumi Melayu Nusantara dicipta,

diolah secara kreatif. Banyak lagi unsur-unsur pribumi Melayu Nusantara yang masih

menunggu untuk diterokai secara visual bagi meneruskan kelangsungan seni

catan gaya naïve Malaysia yang lebih kreatif dan segar. Ini adalah cabaran yang

menyediakan ruang bagi pelukis gaya naïve Malaysia.

Prof . Madya Mahzan Musa

Jabatan Psikologi & Kaunseling

Kolej Sastera & Sains

Universiti Utara Malaysia

Sintok, 06010

Kedah Darul Aman

16 April 2008