yus kepentingan hubungan etnik yang harmonis

6
KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK KESAN DARIPADA PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI 1969 Peristiwa rusuhan kaum ini merupakan implikasi daripada kegagalan hubungan etnik di Malaysia. Beberapa pergaduhan antara kaum telah wujud dan direkodkan sejak selepas Perang Dunia Kedua seperti pergaduhan kaum yang berlaku di Batu Pahat pada tahun 1945, Batu Kikir (1946), Pulau Pangkor (1959) dan Bukit Mertajam (1967) (Syed Husin Ali 2008:171). Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 merupakan rusuhan kaum paling buruk yang pernah berlaku dan menjadi kemuncak masalah perpaduan kaum di Malaysia. Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah Negara Malaysia. Tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969. Angka rasmi menunjukkan 196 orang mati, 439 orang cedera, 39 orang hilang dan 9,143 ditahan. 211 buah kenderaan musnah. Sebuah tesis PHD daripada Universiti California, Berkeley menganggarkan seramai 2000 orang telah terbunuh dari tragedi ini. Peristiwa hitam ini disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran. Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikankhususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969. Tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu

Upload: yushaidy-mohamad-yunus

Post on 02-Oct-2015

232 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

HUBUNGAN ETNIK

TRANSCRIPT

KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK KESAN DARIPADA PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI 1969

Peristiwa rusuhan kaum ini merupakan implikasi daripada kegagalan hubungan etnik di Malaysia. Beberapa pergaduhan antara kaum telah wujud dan direkodkan sejak selepas Perang Dunia Kedua seperti pergaduhan kaum yang berlaku di Batu Pahat pada tahun 1945, Batu Kikir (1946), Pulau Pangkor (1959) dan Bukit Mertajam (1967) (Syed Husin Ali 2008:171). Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 merupakan rusuhan kaum paling buruk yang pernah berlaku dan menjadi kemuncak masalah perpaduan kaum di Malaysia. Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah Negara Malaysia. Tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969. Angka rasmi menunjukkan 196 orang mati, 439 orang cedera, 39 orang hilang dan 9,143 ditahan. 211 buah kenderaan musnah. Sebuah tesis PHD daripada Universiti California, Berkeley menganggarkan seramai 2000 orang telah terbunuh dari tragedi ini.Peristiwa hitam ini disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran. Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikankhususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969. Tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub didalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Berdasarkan peristiwa hitam 13 Mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis memainkan peranan penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan kemajuan ekonomi sesebuah Negara. Di antara kepentingan hubungan etnik yang harmonis ialah untuk mewujudkan suasana kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Semangat saling menghormati dan memahami antara satu sama lain mampu mengelak sebarang prasangka negatif, pentingkan diri sendiri dan lain-lain lagi. Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang aman dan tenteram bahkan juga dapat menyumbangkan kemakmuran kepada Negara. Jika kita lihat pada hari ini, negara Malaysia telah mencapai banyak perubahan yang positif sehingga terkenal sebagai sebuah Negara membangun dan akan menuju ke arah maju pada tahun 2020.Selain itu, kehidupan yang harmoni antara pelbagai kaum di negara Malaysia merupakan jambatan utama menuju kemajuan. Negara yang maju dan sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Semua pihak dapat bersama-sama berganding bahu melaksanakan tugas dan peranan masing-masing tanpa sebarang prejudis dan syak wasangka dalam usaha membangunkan negara. Ini membolehkan negara dapat membangun dengan pesat dan stabil dalam segenap lapangan kehidupan. Menyedari kepentingan hubungan kaum yang baik dan harmonis maka beberapa langkah yang efisien telah dijalankan bagi mengekalkannya. Langkah ini bermula dari peringkat asas iaitu peringkat kanak-kanak melalui Dasar Pendidikan Negara. Dasar Pendidikan Negara diperkenalkan untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan Negara tercapai melalui pelbagai strategi seperti menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama, mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin dan sebagainya.Kerajaan juga telah merangka, memperkenalkan dan melaksanakan pelbagai langkah untuk memupuk perpaduan dikalangan etnik di Malaysia. Misalnya mewujudkan Sekolah Wawasan yang bertujuan untuk menyediakan satu ruang sosial yang memberikan kesempatan kepada pelajar daripada kumpulan etnik untuk berinteraksi dan seterusnya menjalinkan hubungan yang harmonis. Institusi pendidikan dengan corak perpaduan kaum ini membantu masyarakat untuk saling mengenali dan menghormati kebudayaan serta adat resam kaum-kaum yang lain. Hal ini secara tuntasnya menjamin kestabilan negara dengan adanya hubungan yang erat di antara kaum. Selain itu, Kerajaan juga memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) iaitu kerjasama antara sekolah pelbagai aliran dalam semua program pelajar dan guru. Rancangan ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan guru dan murid dalam kegiatan bersama, mewujudkan sikap kerjasama dan tolong-menolong, melahirkan persefahaman dan bertolak ansur antara Hal ini secara tuntasnya menjamin kestabilan negara dengan adanya hubungan yang erat di antara kaum.Selain itu, kepentingan hubungan etnik penting dalam aspek kestabilan ekonomi. Perbezaan dan penguasaan ekonomi oleh sesuatu golongan etnik dan wujudnya jurang pendapatan antara etnik boleh membawa ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Ini jelas telah dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kedua iaitu perpaduan Negara tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kumpulan etnik dan social di Malaysia melalui penyertaan dalam pembangunan Negara dan pertumbuhan ekonomi. Pendek kata, faktor pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan yang tidak adil dan tidak seimbang dalam kalangan rakyat merupakan faktor yang paling kuat mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia (Sanusi Osman, 1987). Jadi, kerajaan telah melancarkan pelbagai dasar dan program bagi usaha mencapai keadilan ekonomi dikalangan etnik seperti Dasar Ekonomi baru (DEB) dan Wawasan 2020.Dasar ekonomi Baru (DEB) misalnya bertujuan mencapai perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang-peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia. Melalui strategi serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat dianggap penting bagi mengelak kecemburuan sosial yang dianggap sebagai punca berlakunya rusuhan etnik.Cetusan visi dan misi para pemimpin ini menyemarakkan lagi usaha mengekalkan perpaduan kaum. Ini jelas dibuktikan dengan konsep keadilan dari segi memperolehi kekayaan. Semua kaum berpeluang menceburi bidang ekonomi mengikut kemahiran dan usaha masing-masing. Kesannya, kestabilan dari segi ekonomi turut memperkembangkan kemajuan negara sehingga menjadi contoh kepada negara jiran seperti Indonesia.Kepentingan hubungan etnik juga penting untuk kestabilan politik. Peristiwa 13 mei 1969 telah memberi beberapa pengajaran penting kepada ahli-ahli politik dan setiap rakyat Malaysia, bak kate pepatah "yang baik buat tauladan, yang buruk dijadikan sempadan."Persetujuan yang termaktub dalam perlembagaan Negara mengenai bentuk dan lambang-lambang Negara, hak setiap kaum serta kuasa kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan menjadi asas dan kerangka bagi segala usaha dalam bidak politik untuk memupuk identiti nasional, perpaduan antara kaum dan keturunan serta integrasi antara wilayah. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang diambil pihak kerajaan dalam usaha perpaduan kaum dan kestabilan politik mestilah merujuk kepada peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Diantaranya ialah mengenai Demokrasi Berparlimen, Raja Berpelembagaan, Kedudukan Raja-raja Melayu, Bahasa Kebangsaan, hak asasi rakyat Malaysia, kedudukan istimewa kaum Bumiputera dan peribumi dan sebagainya.Apabila kesedaran rakyat tentang kewujudan satu bangsa Malaysia semakin mantap dan semangat perkauman menjadi semakin cair, maka dengan sendirinya pertubuhan-pertubuhan kebangsaan yang mempunyai keahlian merentasi batasan-batasan kaum dan wilayah akan muncul. Perkembangan sedemikian akan membawa kesan yang positif dan akan mempercepatkan lagi proses pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Misalnya kewujudan parti-parti politik yang mempunyai keahlian yang pelbagai kaum secara tidak langsung akan melahirkan ahli yang dapat mewujudkan interaksi dan pergaulan yang luas dikalangan mereka. Apabila wujudnya kehidupan mesra dan saling mengenali antara satu sama lain maka sikap-sikap negatif terhadap kaum lain dapat dihakis.Di Malaysia, kerja antara semua etnik utama sangat penting. Ini adalah kerana tiada satu golongan etnik yang dapat menegakkan kerajaan sendiri.Oleh itu, kerjasama antara etnik akan mengelakkan berlakunya penganiayaan ke atas etnik atau kelompok-kelompok dikalangan rakyat hanya semata-mata percaturan kuasa dan politik sempit. Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi keutamaan kerana pemupukan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi Negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi Negara. Kerajaan hendaklah sentiasa perihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di kalangan rakyat. Oleh yang demikian, setiap individu daripada setiap kaum hendaklah meletakkan nilai-nilai murni dalam diri mereka seperti menjadikan saling kenal-mengenal, saling memahami antara satu sama lain, bekerjasama, berkasih sayang dan saling melindungi antara satu sama lain. Jika ini diamalkan dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum, kehidupan masyarakat bertambah makmur dan berkat.