yb menteri pengajian tinggi lancarkan dasar e-pembelajaran ... filee-pembelajaran negara (depan),...

20
1 Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011 YB Menteri Pengajian Tinggi Lancarkan Dasar E-Pembelajaran Negara Y B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah melancarkan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN), buku-buku e-Pembelajaran dan Portal Malaysia Educaon Online (MedO) pada 16 April 2011 di Hotel Pan Pacific KLIA. Pelancaran DePAN bertepatan dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi yang menyasarkan e-Pembelajaran dapat dilaksanakan secara opmum di semua instusi pengajian nggi (IPT) negara menjelang tahun 2015 selain memperkukuh dan memantapkan pembelajaran sepanjang hayat. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Seausaha KPT, Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor IPTA, Ketua Jabatan, ahli MEIPTA dan para pelajar IPT. Penggubalan DePAN adalah hasil dapatan kajian oleh ahli MEIPTA yang diketuai oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi. Kajian yang bertajuk Amalan, Keberkesanan dan Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia merupakan kerjasama antara pihak KPT dan MEIPTA telah mendapat maklumbalas daripada 6301 pelajar dan 1365 kakitangan akademik. Dalam majlis tersebut, YB Menteri mengharapkan menjelang tahun 2015 semua kakitangan dan pelajar IPT turut disasarkan dapat menggunakan e-Pembelajaran di semua peringkat negeri dan antarabangsa di mana IPT diharap dapat berkongsi amalan terbaik dalam e-Pembelajaran. Ini bermakna sesiapa saja yang sebelum ini dak dapat memasuki universi atas alasan tertentu kini boleh mendapatkan ilmu menerusi wadah ini. Pembesaran universi dan kawasan juga dak lagi menjadi isu yang besar. Kandungan e-Pembelajaran 3 YB Menteri Pengajian Tinggi Lancarkan Dasar e-Pembelajaran Negara Persidangan Meja Bulat MEIPTA Ke-11 4 Bengkel T.O.T Jurulah Utama E-Pembelajaran UKM Seminar LectureMaker 5 Dr. Ahmad Zamri Mansor dan Dr. Afendi Hamat Dinobat Sebagai Pemenang Anugerah Inovasi e-Pembelajaran 2011 UKM 6 Kursus e-Pembelajaran Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM 2011 7 Bengkel Training of Trainers (T.O.T) Jurulah Utama E-Pembelajaran UKM ISO 12 Kursus Perdana Asas MS ISO 9001:2008 SPK PPPS 13 Pensijilan MS ISO 9001:2008 Mekanisme Penng Semai Budaya Kuali Sesebuah Organisasi 14 SPK PPPS Berjaya Melepasi Audit Pengawasan Sirim QAS SPPK Diubah Nama Jadi SPP Pengembangan & Inovasi Kurikulum 15 PPA Pelawa Ahli Akademik Sertai Inovasi Pendidikan Bengkel Penyediaan Garis Panduan Penyeliaan Tesis Program Siswazah UKM 16 PPA Menerima 224 Permohonan Untuk Projek PTS 2011 17 10 Projek PTS Terpilih Untuk Penerbitan Dalam Gema Online™ Journal of Language Studies Karya Warga 18 Amalan 5S dan Kesannya Terhadap Kuali dan Produkvi Organisasi Berita Semasa 20. Kalendar Lahan PPA 2011 Bil. 6 Jan - Jun 2011 Pusat Pembangunan Akademik Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah melancarkan Dasar e-Pembelajaran Negara pada 16 April 2011 lalu.

Upload: dinhduong

Post on 01-Apr-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

YB Menteri Pengajian Tinggi Lancarkan Dasar E-Pembelajaran Negara

YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah melancarkan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN), buku-buku e-Pembelajaran dan Portal Malaysia Education Online (MedO) pada 16 April 2011 di Hotel

Pan Pacific KLIA. Pelancaran DePAN bertepatan dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi yang menyasarkan e-Pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum di semua institusi pengajian tinggi (IPT) negara menjelang tahun 2015 selain memperkukuh dan memantapkan pembelajaran sepanjang hayat.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Setiausaha KPT, Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor IPTA, Ketua Jabatan, ahli MEIPTA dan para pelajar IPT. Penggubalan DePAN adalah hasil dapatan kajian oleh ahli MEIPTA yang diketuai oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi. Kajian yang bertajuk Amalan, Keberkesanan dan Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia merupakan kerjasama antara pihak KPT dan MEIPTA telah mendapat maklumbalas daripada 6301 pelajar dan 1365 kakitangan akademik.

Dalam majlis tersebut, YB Menteri mengharapkan menjelang tahun 2015 semua kakitangan dan pelajar IPT turut disasarkan dapat menggunakan e-Pembelajaran di semua peringkat negeri dan antarabangsa di mana IPT diharap dapat berkongsi amalan terbaik dalam e-Pembelajaran. Ini bermakna sesiapa saja yang sebelum ini tidak dapat memasuki universiti atas alasan tertentu kini boleh mendapatkan ilmu menerusi wadah ini. Pembesaran universiti dan kawasan juga tidak lagi menjadi isu yang besar.

Kandungan

e-Pembelajaran

3YB Menteri Pengajian Tinggi Lancarkan Dasar e-Pembelajaran Negara

Persidangan Meja Bulat MEIPTA Ke-11

4Bengkel T.O.T Jurulatih Utama E-Pembelajaran UKM

Seminar LectureMaker

5Dr. Ahmad Zamri Mansor dan Dr. Afendi Hamat Dinobat Sebagai Pemenang Anugerah Inovasi e-Pembelajaran 2011 UKM

6Kursus e-Pembelajaran

Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM 2011

7 Bengkel Training of Trainers (T.O.T) Jurulatih Utama E-Pembelajaran UKM

ISO

12 Kursus Perdana Asas MS ISO 9001:2008 SPK PPPS

13Pensijilan MS ISO 9001:2008 Mekanisme Penting Semai Budaya Kualiti Sesebuah Organisasi

14SPK PPPS Berjaya Melepasi Audit Pengawasan Sirim QAS

SPPK Diubah Nama Jadi SPP

Pengembangan & Inovasi Kurikulum

15PPA Pelawa Ahli Akademik Sertai Inovasi Pendidikan

Bengkel Penyediaan Garis Panduan Penyeliaan Tesis Program Siswazah UKM

16 PPA Menerima 224 Permohonan Untuk Projek PTS 2011

1710 Projek PTS Terpilih Untuk Penerbitan Dalam Gema Online™ Journal of Language Studies

Karya Warga

18 Amalan 5S dan Kesannya Terhadap Kualiti dan Produktiviti Organisasi

Berita Semasa

20. Kalendar Latihan PPA 2011

Bil. 6 Jan - Jun 2011 Pusat Pembangunan Akademik

Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah melancarkan Dasar e-Pembelajaran Negara pada 16 April 2011 lalu.

2

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

Assalamualaikum wmh wbt dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Sidang Pengarang Buletin Pembangunan Akademik

kerana berjaya menerbitkan Buletin ini buat kali ke-6. Saya juga mengucapkan tahniah kepada warga PPA dan pemilik proses Sistem Pengurusan Kualiti bagi Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan Siswazah atas kejayaan melepasi Audit Pengawasan yang telah dilaksanakan oleh SIRIM QAS baru-baru ini.

Kejayaan PPA dan semua Pusat Tanggungjawab/pemilik proses SPK PPPS mempertahankan Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi proses pengajaran dan pembelajaran mencerminkan persefahaman, komitmen dan pematuhan pihak pengurusan dan warga kerja UKM, khasnya PTJ yang terlibat terhadap keperluan Sistem Pengurusan Kualiti mengikut piawai MS ISO 9001:2008.

Izinkan saya berbicara sedikit sebanyak tentang isu inovasi khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada hari ini kreativiti dan inovasi menjadi elemen penting dan kritikal dalam aspek penyampaian perkhidmatan. Menerusi kreativiti dan inovasi, perkhidmatan serta proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, mempunyai nilai tambah, cekap dan berkesan. Inovasi boleh dilaksanakan pada peringkat input, proses dan output/produk akhir. Warga kerja yang kreatif, inovatif dan produktif boleh menyumbang kepada peningkatan kualiti dan kecemerlangan sesebuah organisasi.

Perlu diingat, pelanggan dan pihak-pihak yang berkepentingan sudah menjadi bertambah matang dan bersifat memilih. Pelanggan memerlukan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah, kreatif dan pembaharuan yang berupaya memenuhi kehendak, kepuasan dan cita rasa mereka. Dalam hal ini, ahli akademik sewajarnya lebih bersifat proaktif untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, kreatif dan inovatif bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang tinggi dan mencapai tahap kecemerlangan yang membanggakan.

Saya meletakkan keyakinan yang tinggi kepada warga UKM, khasnya ahli akademik agar berusaha memberikan nilai tambah dan mempamerkan daya kreativiti serta inovasi yang tinggi dalam aspek penyampaian perkhidmatan, demi manfaat pelanggan dan pihak-pihak yang berkepentingan. Keupayaan kita memberikan perkhidmatan yang berkualiti, kreatif dan inovatif bukan sahaja memuaskan hati dan kehendak pelanggan, tetapi juga berupaya melonjakkan imej dan kecemerlangan UKM di peringkat lokal dan global.

“ Sederap Melangkah, Kejayaan Terserlah ”

Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat

Penasihat• Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K.

Rahmat

Editor Kehormat• Prof. Dr. Mohamed Amin Embi• Prof. Madya Dr. Kamisah Osman• Dr. Salleh Amat• Dr. Sity Daud

Ketua Editor• Encik Mohd Hanafiah Omar

Penyunting• Encik Mohd Najib Adun

Pereka Grafik• Encik Hashim Muda

Jurufoto• Encik Mohd Hidayat Rahim• Encik Mohd Iqbal Ishak

Pengedaran• Encik Md Nora Md Don

Terbitan:Pusat Pembangunan Akademik,Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 UKM Bangi,Selangor Darul Ehsan.Tel: 03-8921 3858/3600 Faks: 03-8926 4816

Buletin Pembangunan Akademik edisi online boleh dicapai di laman sesawang Pusat Pembangunan Akademik www.ukm.my/ppa

VisiBertekad menjadi pusat rujukan dan penggerak program pembangunan akademik bagi merealisasikan UKM sebagai Pusat Ilmu Terpilih sebelum

2015.

MisiMeneraju dan memimpin ke arah

pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia melalui perancangan dan

pelaksanaan program pembangunan akademik, inovasi kurikulum serta

pengajaran dan pembelajaran.

Sidang Redaksi

Dari Meja Pengarah

3e-Pem

belajaran

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

YB Menteri Pengajian Tinggi Lancarkan Dasar E-Pembelajaran Negara Oleh: Mohd Najib Adun

Dasar e-pembelajaran negara (depan)mempunyai tiga fasa dan akan berjalan selama lima tahun dari tahun

2011 – 2015. Fasa Permulaan (2011-2012), Fasa Pengisian (2013-2014) dan Fasa Optimum (2015). Manakala untuk RoadMap DePAN pula meliputi lima tunggak yang menjadi asas iaitu Infrastruktur; Struktur Organisasi; Kurikulum dan e-Kandungan; Perkembangan Profesional; dan Pembudayaan.

Setiap tunggak akan memberi tumpuan kepada bidang fokus e-Pembelajaran yang telah ditetapkan. Tunggak Infrastruktur memberi

Persidangan Meja Bulat MEIPTA Ke-11Oleh: Mohd Najib Adun

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama UKM telah mengadakan Persidangan Meja Bulat

MEIPTA pada 3 Mac 2011 di Putrajaya. Persidangan MEIPTA kali ke-12 ini yang bertemakan Insentif dan Pengiktirafan e-Pembelajaran telah dihadiri oleh semua ahli MEIPTA daripada semua IPTA.

Sempena persidangan tersebut, Majlis Penyerahan Buku e-Pembelajaran di IPTA Malaysia kepada semua IPTA telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Zarida Hambali, Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik KPT. Buku ini yang mengandungi 25 bab merupakan penerbitan pertama MEIPTA yang memperihalkan tentang amalan terbaik dalam pelaksanaan e-Pembelajaran setiap IPTA. Perkongsian amalan terbaik ini dapat memperkukuhkan pelaksanaan e-Pembelajaran

sejajar dengan hasrat KPT untuk menyasarkan e-Pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum di semua institusi pengajian tinggi (IPT) negara menjelang tahun 2015.

Bagi tahun 2011, MEIPTA juga bercadang untuk mewujudkan jaringan antarabangsa mengenai e-Pembelajaran dengan IPT luar negara dan menghasilkan sebuah lagi buku bertajuk Application of Web 2.0 Tools in Teaching & Learning. Persidangan MEIPTA kali ke-12 akan diadakan di UniSZA pada Jun 2011.

tumpuan kepada tiga bidang fokus e-Pembelajaran iaitu menyediakan Jalur lebar, Helpdesk atau meja bantuan, dan Peralatan ICT. Tunggak Struktur Organisasi memberi tumpuan kepada lima bidang fokus e-Pembelajaran iaitu menentukan Misi, Plan, Kepimpinan (pasukan), Polisi, dan Unit e-Pembelajaran. Tunggak Perkembangan Profesional memberi tumpuan kepada tiga bidang fokus e-Pembelajaran iaitu meningkatkan Pengetahuan, Kemahiran, dan Sikap.

Tunggak Kurikulum dan e-Kandungan memberi tumpuan kepada empat bidang fokus e-pembelajaran iaitu Kurikulum, Pembangunan e-Kandungan, e-Taksiran, dan Piawai e-Pembelajaran. Tunggak Budaya memberi tumpuan kepada tiga bidang fokus e-Pembelajaran iaitu menyediakan Kemudahan e-Pembelajaran, Penggunaan e-Pembelajaran dalam semua aktiviti di IPT, dan Insentif dan Dorongan.

Para perserta MEIPTA yang mewakili setiap IPTA bergambar sebelum persidangan dimulakan.

4e-

Pem

bela

jara

n

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

Bengkel T.o.T Jurulatih Utama e-pembelajaran UKMOleh: Mohd Najib Adun

Pusat pembangunan akademik telah menganjurkan Bengkel ToT Jurulatih Utama e-Pembelajaran UKM pada 11-13

Februari 2011 di Hotel Royale Bintang Seremban. Bengkel yang dihadiri seramai 30 peserta telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah, Pengarah PPA. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman dan melatih peserta membangunkan bahan kuliah interaktif dengan menggunakan perisian Raptivity & Camtasia.

Menurut Prof. Dr. Mohamed Amin Embi (Timbalan Pengarah e-Pembelajaran PPA), kesemua jurulatih utama yang dilantik oleh pihak kedekanan fakulti masing-masing akan diberikan latihan dari masa ke semasa oleh PPA untuk meningkatkan kemahiran dalam membangunkan bahan

kuliah interaktif. Mereka ini kemudiannya akan berperanan untuk melatih rakan-rakan pensyarah di fakulti masing-masing sejajar dengan hasrat UKM untuk mengoptimumkan e-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sehingga kini, setiap fakulti telah mempunyai perisian raptivity dan camtasia dalam usaha membangunkan bahan kuliah interaktif. Peluang ini seharusnya digunakan oleh semua pensyarah untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan medium e-pembelajaran sepertimana yang dinyatakan dalam Dasar e-Pembelajaran UKM.

Peserta bengkel T.O.T yang terdiri daripada wakil-wakil PTJ

Seminar LectureMakerOleh: Mohd Najib Adun

Pusat pembangunan akademik dengan kerjasama TM Smart School telah menganjurkan Seminar

Lecture Maker pada 22 Mac 2011 di Bilik Bengkel 3 CRIM yang telah dihadiri seramai 25 peserta merupakan Penyelaras e-Pembelajaran dan Jurulatih Utama e-Pembelajaran UKM.

Semua peserta yang hadir telah didedahkan dengan perisian terkini iaitu Lecture Maker dan Test Maker daripada TM Smart School. Perisian ini amat prktikal dan mudah untuk digunakan oleh semua pensyarah dalam membangunkan bahan kuliah interaktif.

Menurut En. Analiz Alias (Ketua Pemasaran TM Smart School), produk ini telah digunakan oleh beberapa IPTA dan amat praktikal serta harga yang kompetitif. Sehubungan itu, untuk peringkat permulaan PPA mencadangkan agar setiap fakulti membeli sekurang-kurangnya 1 lesen perisian tersebut.

Demonstrasi LectureMAKER oleh Encik Analiz Alias

5e-Pem

belajaran

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

Dr. Ahmad Zamri Mansor dan Dr. Afendi Hamat dinobat sebagai pemenang Anugerah Inovasi e-Pembelajaran 2011 UKMOleh : Mohd. Najib Adun

Tahniah diucapkan kepada Dr. Ahmad Zamri Mansor dari Pusat Pengajian Umum dan Dr. Afendi Hamat dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, FSSK kerana telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi e-Pembelajaran UKM. Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung sempena

Majlis Inovasi UKM yang telah diadakan pada 15 April 2011.

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pensyarah (individu atau kumpulan) yang paling inovatif dalam merekabentuk dan membangunkan kandungan pembelajaran dalam bentuk digital untuk kursus yang ditawarkan pada sesuatu sesi pengajian. Inovasi meliputi bahan pembelajaran berkaitan dengan kursus yang ditawarkan oleh pensyarah untuk semester semasa (tahun penilaian). Bahan yang dibangunkan boleh dalam bentuk CD-ROM atau berasaskan web. Bahan boleh dibangunkan menggunakan sebarang alat pengarangan (authoring tools) termasuk sumber terbuka.

Penilaian merangkumi lima aspek berikut: i. Mengambilkira keperluan end-users (pelajar) melalui analisis keperluan. ii. Rekabentuk berasaskan prinsip rekabentuk instruksi yang sesuai. iii. Penekanan kepada interaktivi yang efektif. iv. Antaramuka mesra pengguna. v. Bukti keberkesanan pembelajaran dari pengguna.

PPA selaku urusetia telah menjemput semua calon untuk mengadakan sesi pembentangan pada 22 Mac 2011. Panel penilai terdiri daripada Pengarah PPA (Pengerusi), Timbalan Pengarah PTM, Dekan FTSM, Dekan FKAB dan Dekan FPEND.

Dr. Ahmad Zamri Mansor (Pemenang Kategori Individu)

Tajuk Projek : Blog Kursus Kemahiran Membuat Keputusan (KMK)

Blog Kursus KMK diwujudkan untuk menyediakan persekitaran e-pembelajaran yang interaktif dan mesra-pengguna. Melalui blog ini, pelajar bukan saja dapat menjalani aktiviti pembelajaran dengan memainkan fail slaid kuliah secara online malah mereka juga dapat berinteraksi dengan pensyarah tanpa mengira waktu dan juga secara realtime. Blog ini juga telah diintegrasikan dengan SPIN dengan menggunakan kaedah ‘Linking and Framing’ di mana bingkai yang tersembunyi di dalam set bingkai (frameset) SPIN digunakan untuk memaparkan blog tersebut.

Dr. Afendi Hamat (Pemenang Kategori Kumpulan)

Tajuk Projek : Integrated English Language Literacy System (i-ELLS)

i-ELLS is a prototype of an integrated literacy system with a focus on reading. It is designed to integrated research findings on reading strategies into a web-based platform that allows for both individual and social learning. The system can be used to deliver reading materials online or can be integrated into a wider system for learning. It has undergrone three rounds of field testing and is now in the final stages of evaluations.

6e-

Pem

bela

jara

n

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

Kursus e-Pembelajaran

Kandungan Kursus e-Pembelajaran anjuran PPA ialah :

• Pengenalan kepada e-pembelajaran. • Teori-teori pembelajaran yang

mendasari e-pembelajaran. • Aplikasi e-pembelajaran. • Penyediaan nota kuliah interaktif

(Camtasia). • Pembangunan bahan pembelajaran

multimedia, kuiz dan ujian atas talian. • Pembinaan item ujian menggunakan

hot potatoes. • Pembelajaran koloboratif & koperatif.• Pengurusan forum

Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM 2011Oleh : Duratul Ain Yahya

Pengajaran & pembelajaran sedang mengalami perubahan besar selepas penguatkuasaan Kerangka

Kelayakan Malaysia (MQF). Kongres ini adalah merupakan perkongsian pengalaman, penyelidikan dan amalan terbaik di kalangan kakitangan akademik UKM. Perkongsian ini adalah melibatkan pengajaran & pembelajaran, pengukuran & penilaian, penyeliaan dan pembangunan profesional kakitangan akademik. Kongres tahun ini merupakan kongres ke-3 diadakan dan untuk tahun ini ianya dibuka kepada semua IPTA untuk mengambil bahagian. Pada tahun ini, kongres yang bertemakan “Memacu Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran” akan berlangsung pada 18-20 Disember bertempat di Pulau Pinang. Maklumat lanjut boleh di dapati di http://www.ukm.my/kongres/

TARIKH-TARIKH PENTING KONGRES P & P 2011

Perkara Tarikh

Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak 15 Ogos 2011Tarikh Akhir Pendaftaran 1 November 2011Tarikh AkhirPenerimaan Kertas Kerja 15 Oktober 2011Tarikh Akhir Pembayaran Yuran 1 Disember 2011

Hasil Pembelajaran :

• Peserta kursus dapat menerangkan prinsip asas e-pembelajaran.

• Peserta kursus dapat menyediakan nota kuliah berbentuk interaktif dengan menggunakan perisian camtasia.

• Peserta kursus dapat membangunkan bahan pembelajaran multimedia, kuiz, ujian dan forum secara atas talian.

• Peserta kursus dapat mengaplikasikan pembelajaran secara koloboratif dan koperatif

7e-Pem

belajaran

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

BENGKEL Training of Trainers (T.o.T) JURULATIH UTAMA E-PEMBELAJARAN UKMOleh: Duratul Ain Yahya

Bengkel T.O.T Jurulatih Utama E-Pembelajaran UKM telah berlangsung pada 11 hingga 13 Februari, bertempat di

Hotel Royale Bintang, Seremban, Negeri Sembilan. Bengkel ini menyasarkan dua (2) objektif iaitu:

1. Meningkatkan tahap kefahaman peserta dengan perisian Raptivity dan Camtasia.

2. Melatih peserta membangunkan bahan kuliah interaktif dengan menggunakan perisian Raptivity dan Camtasia.

Peserta seramai 32 orang adalah di kalangan pensyarah, pustakawan dan guru bahasa dari Pusat Tanggungjawab yang pelbagai di UKM

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Profesor Ir. Dr Riza Atiq, Pengarah PPA. Dalam ucapan perasmian beliau telah menyatakan kepentingan kaedah pembelajaran interaktif agar sejajar dengan tuntutan generasi digital hari ini. Pembangunan bahan pengajaran dalam bentuk elektronik dan interaktif dipercayai dapat menarik minat pelajar untuk lebih memahami dan mengikuti pengajian. Selain daripada itu, keperluan capaian internet yang baik juga menyumbang ke arah kejayaan pembelajaran elektronik. E-Pembelajaran juga telah dinyatakan di dalam Indeks Pencapaian Utama (KPI) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menurut Profesor Mohd. Amin Embi, Timbalan Pengarah (e-pembelajaran) PPA, UKM, e-learning telah menjadi suatu budaya di UKM dengan adanya aplikasi Sistem Pembelajaran Interkatif (SPIN). Walau bagaimanapun penggunaannya dianggarkan masih lagi sekitar 70% sahaja. Kebanyakan pengguna SPIN di kalangan pensyarah memuatkan bahan-bahan pengajaran dalam bentuk dokumen fail boleh dicetak (.pdf), pemprosesan perkataan (.doc), helaian elektronik (.xls) dan juga dalam bentuk slaid power point (.ppt).

Pensyarah menggunakan SPIN kerana ia adalah menjadi salah satu aspek yang dinilai dalam Sistem Penilaian Pengajaran Kursus (SPPK) dan Sistem Penilaian Prestasi Universiti (SPPU), di kalangan pelajar pula, ia merupakan salah satu aspek berkaitan dengan kemahiran Teknologi Maklumat (ICT). Tetapi, adakah SPIN telah digunakan secara optimum oleh mereka? Dan adakah telah dimuatkan dengan bahan-bahan pengajaran yang mampu menarik minat pelajar untuk menggunakan aplikasi SPIN. Dengan memuatkan bahan pengajaran dalam bentuk aplikasi multimedia, ia sebenarnya dapat menjimatkan kos mencetak, tenaga dan masa banyak pihak.

Antara alasan yang sering kedengaran ialah aplikasi multimedia adalah terlalu teknikal dan sukar untuk dibangunkan, tiada kepakaran dan keperluan untuk dimuatkan di dalam SPIN. Persepsi inilah yang harus dibetulkan dengan menjelaskan definisi istilah multimedia iaitu suatu penggunaan integrasi elemen-elemen yang berbeza yang membentuk multimedia itu. Ia terdiri daripada Audio, Grafik, Animasi, Video dan Teks

Fred T.Hofsteffer (2001) menyatakan :

‘Multimedia is the use of a computer to present and combine text, graphics, audio and video with links and tools that let the user navigate, interact, create and communicate’

Oleh itu, dengan mengadakan bengkel ini yang lebih menjurus kepada penggunaan perisian Raptivity dan Camtasia, para jurulatih utama akan mendapat pendedahan yang lebih jelas berkenaan dengan pembangunan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia interaktif.

Raptivity ialah sejenis perisian yang membolehkan pengguna menghasilkan bahan pengajaran dalam bentuk elektronik dengan mudah, cepat dan interaktif. Di dalamnya telah disediakan beberapa jenis model-model interaksi yang bersesuaian dengan keperluan pengguna. Antaranya ialah simulasi perisian, kuiz interaktif, diagram interaktif, alat bantu mengajar, objek 3D, kajian soal selidik dan rajah carta alir (hanya menyatakan beberapa contoh sahaja). Ia tidak memerlukan pengetahuan bahasa pengaturcaraan sebaliknya memerlukan pengguna memperbanyakan latihan untuk menguasainya.

8e-

Pem

bela

jara

n

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

Antara ciri-ciri perisian Raptivity ialah:

• Sebanyak lebih daripada 200 interaksi model-model pengajaran tersedia di dalam interaction library. Di dalamnya disusun mengikut teori-teori pendidikan untuk memudahkan penguna memilih model interaksi yang bersesuaian dengan bahan pengajaran masing-masing. Contohnya Bloom’s taxonomy dan Gagne’s Nine Events.

• Setiap latihan yang dihasilkan boleh diintegrasikan dengan SCORM, oleh itu memudahkan semakan terhadap maklumbalas daripada pelajar dan markah yang diperolehi mereka.

• Pembangunan bahan pembelajaran adalah berdasarkan kepada kaedah amalan terbaik dalam rekebentuk instruksi. Pengguna oleh menghasilkan output yang menarik tanpa memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi.

Camtasia ialah perisian untuk menghasilkan rakaman video daripada skrin yang terpapar di atas desktop pengguna (screen video capture software). Pengguna perlu menetapkan kawasan pada skrin yang akan dirakamkan ataupun memilih keseluruhan skrin. Penetapan ini dilakukan sebelum rakaman dimulakan. Selain daripada merekod imej, ia juga boleh merekod audio dan memasukkan rakaman video.

Beberapa contoh bahan pengajaran multimedia interaktif yang dibangunkan oleh Profesor Mohd Amin Embi dengan perisian Raptivity telah ditontonkan kepada para peserta bengkel. Contoh-contoh ini boleh dicapai dari e-Learning Online Kiosk (eLOK @UKM) di http://www.ukm.my/elok/tutospin.php?view=tutorialspin

J. Tucket et.al (1997) telah menjalankan kajian berkenaan dengan masa depan pembelajaran berasaskan multimedia. Di antara hasil analisis data yang diperolehi ialah impak daripada penggunaan

aplikasi multimedia dalam proses pembelajaran di atas talian. Ia adalah lebih interaktif serta output daripada pengajaran itu lebih bertahan lama jika dibandingkan dengan kaedah lain.

Menurut Brown, Colling dan Duguid (1989)

‘skills and knowledge are too often taught out of context as end in and of themselves. To overcome this, teachers are using multimedia to bring into the classroom real-life examples of situations that provide the contextual framework so important for learnings’

Professor James Kulik dari Universiti of Michigan telah mendokumentasikan kelebihan multimedia dalam pembelajaran (1985, 1986, 1991 dan 1994).

Sepanjang 20 tahun yang lalu, beliau bersama-sama dengan rakan sekerja, telah menjalankan banyak kajian yang berkaitan dengan keberkesanan pembelajaran berasaskan komputer. Ketika itu, proses pembelajaran menggunakan bahan-bahan dalam bentuk grafik, animasi dan video serta audio. Daripada hasil kajian beliau telah menunjukkan bahawa secara puratanya, prestasi pelajar telah ditingkatkan sehingga 80%.

Ini menjelaskan bahawa proses pembelajaran yang menggunakan aplikasi multimedia adalah lebih berkesan di kalangan

9e-Pem

belajaran

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

para pelajar, seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan interaktif. Masa pembelajaran yang fleksibel dan boleh diulang menyumbang kepada keberkesanan penyampaian dan pemahaman pelajar terhadap sesuatu matapelajaran.

Dengan berakhirnya bengkel selama 3 hari ini, diharap semua jurulatih utama dapat meneruskan penggunaan kedua-dua perisian di Pusat Tanggungjawab masing-masing, selain daripada memberi tunjuk akar kepada rakan sekerja. Seterusnya menggalakkan pembangunan aplikasi multimedia digunakan secara meluas dalam Sistem Pembelajaran Interaktif (SPIN) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ini juga dapat membentuk para pengajar menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk menghasilkan bahan-bahan pengajaran dalam bentuk multimedia interaktif. Oleh itu secara tidak langsung dapat meningkatkan penggunaan SPIN ke tahap yang optimum di kalangan pensyarah dan pelajar.

Renungan” berikan sebanyak-banyaknya

jangan menerima sebanyak-banyaknya “- Laskar Pelangi-

Rujukan :

BukuHofstetter, F. T. (2001). Multimedia Literacy New York, McGraw Hill.Zi-Nian Li, M. S. D. (2004). Fundamentals of Multimedia. Upper Saddle River, New Jersey, Prentice Hall.

Artikel JurnalCartwright, W. “Development of Multimedia.” Springerlink.J.Tuckett, P. J. T., S.R. Jones (1997). “Expert Opinion on the Future of Multimedia Based Education.” AI & Soc 11: 16.

Laman WebRaptivity - Office of Information Resources and Technologyhttp://www.drexel.edu/irt/coursetools/toolList/raptivity/

Rapid Learning, Rapid Learning Software, http://www.raptivity.com/raptivity-software.html

Learn Camtasia - Online Camtasia Training and Tutorialshttp://www.learncamtasia.com/

TechSmith | Camtasia Screen Recorder Software, Homehttp://www.techsmith.com/camtasia/

Sumber Grafikhttp://www.enseignerenontario.ca/employment/images/learning_pyramid_EN.jpghttp3.bp.blogspot.com-boFsWDHNpu0TcpvPyU724IAAAAAAAAAScreLhIKYoo18s400e-learning-2

12IS

O

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

Kursus perdana Asas MS ISO 9001:2008 SPK PPPSOleh: Md Nora Md Don

Sebagai usaha memberikan kefahaman kepada warga Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengenai SPK ISO Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan Siswazah UKM, PPA di bawah Jawatankuasa Publisiti dan Latihan SPK PPPS menganjurkan Kursus Perdana Asas SPK MS ISO 9001:2008 PPPS. Dua siri kursus

telah diadakan seperti dalam jadual di bawah;

Siri / Penceramah Tarikh / Tempat Sasaran/PesertaSiri I Prof. Ir.Dr.Shahrir Abdullah, Prof.Madya Dr. Azian Abd.Latif, Dr. Sity Daud, Dr. Zainol Mustafa, Puan Kiftiah Abd.Razak dan Encik Mohd Hanafiah Omar

7 - 8 Februari 2011 / Bilik Pujangga, Puri Pujangga, UKM

Pensyarah / Pegawai Tadbir /Pegawai Sains dan kakitangan sokongan seramai 40 peserta hadir

Siri II:Prof. Ir.Dr.Shahrir Abdullah, Prof.Madya Dr. Azian Abd.Latif, Dr. Sity Daud, Dr. Zainol Mustafa, Puan Kiftiah Abd.Razak dan Encik Mohd Hanafiah Omar

9 - 10 Februari 2011 / Bilik Pujangga, Puri Pujangga, UKM

Pensyarah / Pegawai Tadbir /Pegawai Sains dan kakitangan sokongan seramai 40 peserta hadir

Pelaksanaan latihan telah diuruskan den-gan terancang dan baik pada 7 hingga 10 Februari 2011 bagi membantu golongan sasaran memahami prinsip matlamat dan keperluan MS ISO 9001:2008. Perkara-perkara yang diberi tumpuan dan pemaha-man adalah seperti berikut;• Pengenalan konsep dan kepentingan SPK MS

ISO 9001:2008 PPPS• Memahami Hirarki Dokumen Kualiti Mengikut

Standard MS ISO 9001:2008• Memahami Manual Kualiti dan Rasional Peng-

gabungan SPK MS ISO 9001:2008 PPPS• Memahami Perbezaan Standard antara versi

2000 dengan versi 2008• Memahami Audit Dalaman mengikut Prinsip,

Kepentingan dan Proses• Prosedur Kawalan Ketakpatuhan SPK MS ISO

9001:2008 PPPS• Memahami proses kerja dan ama-

lan baik proses peperiksaan• Aduan dan Maklum Balas Pelang-

gan menerusi peti cadangan, perkh-idmatan kaunter dan SPPP. Teknik mengutip data dan análisis data un-tuk tujuan penambahbaikan kualiti perkhidmatan; dan

• Pengukuran objektif kualiti SPK PPPS mengikut kaedah dan kepent-ingan.

Kursus Siri I dan Siri II telah diadakan di Puri Pujangga UKM. Sera-

mai 40 peserta di kalangan pensyarah dan pegawai tadbir/sains dan kakitangan sokongan telah hadir pada kedua-dua siri kursus tersebut. Kerjasama dari semua penceramah yang dilantik menjamin kelan-caran kursus dan sentiasa bersedia untuk memberi-kan ceramah dan input dari masa ke semasa amat dihargai.

Pendedahan dari kursus ini peserta secara langsung dan tidak langsung menyedari dan meng-hayati konsep serta kepentingan Sistem Pengurusan Kualiti mengikut piawai MS ISO 9001:2008 (versi baru) dapat direalisasikan sebaik mungkin oleh semua PTJ di Fakulti/Institut/Pusat/Jabatan untuk menjamin budaya kualiti dan komitmen pihak pen-gurusan dan warga kerja terhadap pelaksanaan SPK.

Peserta kursus mendengar ceramah daripada Puan Kiftiah Abd. Razak

13

ISO

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

Pensijilan MS ISO 9001:2008 Mekanisme Penting Semai Budaya Kualiti Sesebuah OrganisasiOleh: Mohd Hanafiah Omar

Pensijilan MS ISO 9001:2008 menjadi salah satu mekanisme atau instrumen penting dalam

usaha menyemai budaya kualiti dan kecemerlangan sesebuah organisasi. Menerusi instrumen ini, warga sesebuah organisasi perlu memahami keperluan standard yang bersifat universal dan mematuhi sistem serta proses kualiti yang dinamik, sentiasa mengutamakan pelanggan dan berusaha menambah baik mutu perkhidmatan secara sistematik dan berterusan. Demikian menurut Encik Mohd Bakri Jali, Perunding Kualiti SIRIM QAS semasa beliau mengendalikan kursus asas Audit Dalaman kepada bakal Juru Audit Dalaman SPK PPPS UKM pada 22 – 24 April 2011 di Everly Resort Melaka.

Beliau menegaskan bahawa Juru Audit Dalaman ISO tidak bertugas untuk mencari kesilapan orang lain. Juru Audit Dalaman juga tidak mencari kelemahan organisasi. Juru Audit Dalaman merupakan agen perubahan yang mendorong organisasi melakukan penambahbaikan ke atas sistem dan proses kerja. Sebagai agen perubahan, Juru Audit Dalaman antara lain berfungsi melakukan penilaian ke atas sistem dan proses kerja utama sesebuah organisasi dan meneliti tahap pematuhan warga kerja ke atas pelaksanaan SPK. Apabila proses kerja berada pada tahap

kualiti yang baik, lazimnya keluaran/perkhidmatan sesebuah organisasi berada dalam keadaan yang baik dan berkualiti. Proses kerja yang berkualiti dan konsisten sifatnya dapat menjamin kepuasan pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan.

En. Bakri menambah, dalam konteks negara kita, budaya dan amalan kerja berkualiti yang diterap dalam sektor awam dan korporat, menerusi SPK ISO sejak beberapa tahun lalu

sebenarnya merupakan sebahagian daripada inisiatif dan strategi penting dalam melonjakkan kecemerlangan dan daya saing organisasi dalam era yang semakin kompetitif pada masa ini dan masa depan.

Seramai 40 orang bakal Juru Audit Dalaman SPK PPPS telah menghadiri kursus selama tiga hari itu. Kursus tersebut dianjurkan oleh Bahagian Jaminan Kualiti Pusat Pembangunan Akademik dengan kerjasama SIRIM QAS. PPA telah merancang untuk menganjurkan kursus Pemantapan Audit Dalaman kepada Juru Audit Dalaman yang sedia ada sebagai persediaan menghadapi Audit Dalaman SPK PPPS.

Encik Mohd Bakri Jali, Perunding Kualiti SIRIM QAS

The ISO 9000 standards are produced by an international consensus of countries with the aim of creating global standards of product and service quality. These sets of standards form a quality management system and are applicable to any organization

regardless of product, service, organizational size, or whether it’s a public or private company.

ISO 9001 sets out the requirements for an organization whose business processes range all the way from design and development, to production, installation and servicing

sumber : http://bpaq.upsi.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=23%3Aapa-itu-ms-iso-90012008&lang=en

14IS

O

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

SPPK Diubah Nama Jadi SPPPOleh: Mohd Hanafiah Omar

Sistem Penilaian dan Pengajaran Kursus (SPPK) yang telah dibangunkan sejak tahun 2004, kini telah diubah nama menjadi Sistem

Penilaian Pengajaran dan Penyeliaan (SPPP) dan berkuat kuasa mulai bulan Januari 2011. Serentak dengan itu, Pentadbir Sistem SPPP telah dipindahkan daripada Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan (PPKK) kepada Pusat Pembangunan Akademik (PPA). Sebagai Pentadbir SPPP, PPA bertanggungjawab mengurus, menyelaras dan memantau keberkesanan SPPP serta membuat pelaporan kepada pihak pengurusan atasan, termasuk dibawa ke Mesyuarat Semakan Pengurusan ISO SPK PPPS. Seperti amalan lepas, pelajar diminta memanfaatkan SPPP untuk menyatakan persepsi mereka terhadap mutu pengajaran dan penyeliaan

SPK PPPS Berjaya Melepasi Audit Pengawasan SIRIM QAS Oleh: Mohd Hanafiah Omar

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasiswazah

dan siswazah UKM telah berjaya melepasi Audit Pengawasan pada 11 – 14 April 2011. Audit Pengawasan itu dikendalikan oleh SIRIM QAS mengikut keperluan standard yang telah ditetapkan. Dalam tempoh tersebut, SIRIM QAS telah meneliti tahap pelaksanaan SPK di beberapa buah Fakulti, Institut dan Bahagian. PTJ yang telah menjalani Audit Pengawasan pada kali ini ialah Pusat Pembangunan Akademik, Pusat Pengurusan Siswazah, Fakulti Farmasi, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Bahagian Pengurusan Akademik, KITA, LESTARI, UMBI, IKMAS, IMEN dan ATMA. Walaupun Juru Audit Utama SIRIM QAS menemui tiga kes ketakakuran (NCR) bagi keseluruhan UKM, namun kes itu merujuk kepada NCR minor. Pada masa ini usaha telah diambil untuk menangani kes NCR yang berkenaan. Di peringkat PPA sendiri, tiada sebarang kes NCR ditemui atau direkodkan oleh pihak SIRIM QAS.

SIRIM QAS mendapati penilaian prestasi ke atas dokumen kualiti, sistem dan proses kerja PPPS berada pada tahap yang baik dan masih memenuhi keperluan standard. Sejak penggabungan SPK PPPS pada bulan Julai 2009, budaya kualiti dan komitmen pihak pengurusan dan warga kerja di pelbagai peringkat terhadap pelaksanaan SPK adalah memuaskan. Pihak SIRIM QAS turut berpuas hati terhadap usaha-usaha yang telah diambil oleh Pemilik Proses dalam mempertahankan sistem pengurusan kualiti dan melakukan penambahbaikan ke atas SPK PPPS. Juru Audit Utama SIRIM QAS juga mendapati Audit Dalaman dan Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) telah dilaksanakan mengikut keperluan standard. Hasil serta keputusan MSP telah dihebahkan kepada pemilik proses yang terlibat. Ekoran MSP, beberapa tindakan pembetulan dan penambahbaikan kualiti telah dapat dilaksanakan dan dapat dibuktikan dengan sewajarnya mengikut keperluan piawai MS ISO 9001:2008, ujar Puan Parimala Devi Ganesan Ketua Juru Audit Utama SIRIM QAS semasa beliau mempengerusikan mesyuarat penutup tidak lama dulu. Beliau turut memberikan penghargaan kepada Ketua Pasukan Audit Dalaman, Jawatankuasa Penyelarasan Operasi, Jawatankuasa Dokumentasi, Jawatankuasa Audit Dalaman, Jawatankuasa Publisiti dan Latihan serta Jawatankuasa Aduan dan Maklum Balas Pelanggan kerana telah mengambil inisiatif melakukan penambahbaikan kualiti dengan sewajarnya.

ahli akademik UKM pada setiap semester. Mengikut Dr. Sity Daud, Ketua Pengurusan Kualiti PPA, selain aspek pengajaran, pelajar siswazah berpeluang membuat penilaian dan menyatakan persepsi mereka terhadap mutu dan proses penyeliaan. Pihak universiti, menerusi Pentadbir Sistem SPPP menggunakan instrumen ini untuk mengumpul dan mengukur maklum balas pelajar serta mengambil inisiatif melakukan penambahbaikan ke atas mutu pengajaran dan penyeliaan, sesuai dengan matlamat, budaya dan amalan UKM yang sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan secara berterusan ke atas mutu penyampaian perkhidmatan. Sebarang maklum balas dan pertanyaan untuk menambah baik mutu pengurusan dan pelaksanaan SPPP, boleh hubungi Puan Rohaizah Maslan, Pentadbir SPPP di PPA menerusi talian telefon sambungan 4767. Maklum balas dan persepsi pelajar yang disalurkan menerusi SPPP adalah dirahsiakan.

15Perkem

bangan & Inovasi Kurikulum

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

PPA Pelawa Ahli Akademik Sertai Inovasi PendidikanOleh: Mohd Hanafiah Omar

Pusat pembangunan akademik mempelawa ahli akademik melaksanakan inovasi ke atas proses pengajaran dan

pembelajaran dan seterusnya mengajak mereka menyertai anugerah inovasi pendidikan bagi tahun penilaian 2011 menerusi Pusat Tanggungjawab masing-masing. Setakat ini UKM menyediakan dua kategori hadiah kepada pemenang anugerah inovasi pendidikan, iaitu kategori individu dan kategori kumpulan.

Menurut Prof. Ir. Dr Riza Atiq Abdullah O.K Abdullah, Pengarah PPA, PTJ perlu meneliti hasil dan pencapaian inovasi ahli akademik masing-masing dan membuat saringan serta pemilihan di peringkat PTJ terlebih dahulu sebelum ia dikemukakan kepada Jawatankuasa/Panel Pemilih peringkat UKM. Sehubungan ini, PTJ diminta mewujudkan panel pemilih di peringkat Jabatan/Pusat Pengajian untuk meneliti dan memilih pemenang inovasi yang sesuai dan mengemukakannya kepada PTJ masing-masing. Hanya calon dan projek inovasi yang terbaik sahaja perlu dikemukakan kepada PPA untuk dipilih di peringkat Universiti.

Antara kriteria penting projek inovasi pendidikan termasuk;

• Projek inovasi mempunyai matlamat yang jelas dan sesuai dengan bidang pengajaran dan pembelajaran/pendidikan,

• Keaslian idea – dilihat dan dinilai sama ada idea inovasi benar-benar asli dan baru atau idea lama yang diadaptasi semula,

• Hasil yang baik – dilihat dan dinilai dalam konteks bermanfaat dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

• Mempunyai dokumen yang jelas - dilihat dan dinilai ke atas fakta dan dokumen yang lengkap, termasuk isu/permasalahan serta pencapaian yang dibandingkan sebelum dan selepas inovasi,

• Tahap pelaksanaan - dilihat dan dinilai sama ada inovasi dilaksanakan secara penuh (melepasi peringkat percubaan) atau sekadar peringkat percubaan (peringkat prototaip),

• Signifikan – dilihat dan dinilai dari segi kesan/impak inovasi ke atas PTJ, UKM, masyarakat dan negara.

Y. Bhg. Tan Sri Naib Canselor mahu PTJ memilih calon pemenang anugerah inovasi pendidikan dan calon pemenang Anugerah Pengajar Cemerlang di peringkat PTJ dan mengadakan majlis penyampaian anugerah di peringkat Fakulti/Pusat/Institut lebih awal, antara bulan Disember 2011 – Januari 2012. Hanya calon yang telah disaring dan terbaik sahaja perlu dikemukakan kepada pihak UKM. Bentuk dan nilai hadiah untuk pemenang anugerah di peringkat PTJ ditetapkan oleh PTJ masing-masing.

BENGKEL PENYEDIAAN GARIS PANDUAN PENYELIAAN TESIS PROGRAM SISWAZAH

UKMOleh Raja Norlilawati Binti Raja Muda

Pihak Pengurusan Universiti melalui Petikan Minit Mesyuarat Senat Ke-361 telah bersetuju supaya Pusat Pembangunan Akademik (PPA) menyediakan Garis Panduan Penyeliaan Tesis Program Siswazah bagi kaki-tangan Akademik. Garis Panduan yang bakal dihasilkan kelak diharapkan dapat dijadikan garis panduan peny-eliaan tesis di Universiti Kebangsaan Malaysia secara keseluruhannya.

Pada 18 April 2011 baru-baru ini, PPA telah ber-jaya mengadakan Bengkel Penyediaan Garis Panduan Penyeliaan Tesis Program Siswazah di Puri Pujangga yang dipengerusikan oleh Pengarah PPA, YBhg. Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat. Semua Timbalan Dekan di Fakulti/Penyelaras program Siswazah di In-stitut/Pusat telah hadir untuk sama-sama membangun dan mengemaskini garis panduan tersebut. Di antara perubahan yang dicadangkan adalah tentang pelantikan pemeriksa dalam dan luar serta pemeriksa ketiga; kur-sus penyelidikan yang wajib diambil oleh pelajar; kuota penyeliaan; penyeliaan secara on-line; dan PhD Indus-tri.

Garis panduan yang digubal ini akan menerang-kan lebih jelas tentang peranan yang perlu dimainkan oleh PPS, Fakulti, Institut dan Pusat dalam usaha me-mantapkan pelaksanaan pengajian Sarjana dan PhD di UKM. PPS akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas semua cadangan tersebut untuk diterbitkan seb-agai garis panduan kepada kakitangan akademik UKM.

16Pe

rkem

bang

an &

Inov

asi K

urik

ulum

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

PPA Menerima 224 Permohonan Untuk Projek PTS 2011Oleh: Zahidah Az-Zahraa’ Buni Amin

Awal Februari 2011 permohonan bagi projek Penyelidikan Tindakan/Strategik (PTS) telah dibuka dan sambutan daripada warga UKM amat menggalakkan. Sejumlah 3.5 juta telah diperuntukkan bagi menjayakan projek tersebut yang merangkumi 2 juta bagi kategori projek tindakan manakala

selebihnya untuk kategori penyelidikan strategik. Bengkel pemilihan dan penilaian proposal juga telah diadakan pada awal Mac yang bertempat di Puri Pujangga.

Bilangan permohonan proposal yang telah diluluskan didapati telah meningkat sebanyak 19% berbanding tahun lepas. Jumlah permohonan pada tahun ini telah diringkaskan seperti jadual berikut:

Gugusan Bil. Permohonan Bil. Peraku (%) Bil. Ditolak Peruntukan Diluluskan (RM)

SAINS SOSIAL 111 67 (60.3%) 44 793,500

SAINS TEKNOLOGI 39 30 (76.92%) 9 500,000

FKAB 24 22 (92.3%) 2 510,250

KESIHATAN 16 12 (75.0%) 4 427,000

STRATEGIK 34 24 (70.5%) 10 1,335,000

Jumlah 224 155 (69.2%) 69 3,565,750

Bermula tahun ini juga, PTS telah menggaris-kan beberapa perkara se-bagai syarat penerimaan geran projek tersebut. An-taranya ialah ketua peny-elidik yang menerima dana di bawah RM 40,000 perlu menerbitkan sekurang-kurangnya satu jurnal Sco-pus/ISI manakala 2 jurnal atau lebih bagi yang me-nerima dana melebihi RM 40,000. Syarat yang lain ial-ah membentangkan kertas dalam Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM, ke-cuali projek kategori strate-gik yang tidak berkaitan langsung dengan mana-mana tema dalam kongres.

Sistem pemantauan secara atas talian projek PTS yang sedang dibina oleh Pusat Teknologi Maklu-mat (PTM) dengan kerjasama PPA dijangka dapat disiapkan pada awal Jun. Sistem ini memudahkan ketua penyelidik memaklumkan kemajuan projek dan secara tidak langsung memudahkan pemantauan pihak PPA. Aspek pemantauan dikategorikan kepada dua jenis iaitu projek strategik dan projek tindakan yang meliputi kriteria seperti Pembangunan Modal Insan, Artikel Jurnal, Prosiding, Buku, Bab Dalam Buku, Penambahbaikan Program/Modul/Intervensi, dan Rekabentuk Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran. Di samping itu juga, PPA akan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi memastikan pemantauan adalah berke-san dan boleh memberi impak positif untuk jangka masa panjang.

Bengkel Penilaian Proposal PTS 2011 bertempat di Puri Pujangga pada 4 Mac lalu.

17Perkem

bangan & Inovasi Kurikulum

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

10 Projek PTS Terpilih Untuk Penerbitan Dalam Gema Online™ Journal Of Language StudiesOleh: Zahidah Az-Zahraa’ Buni Amin

Penerbitan jurnal merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan yang dapat menyumbang kepada prestasi UKM sebagai universiti penyelidikan yang unggul serta diambil kira dalam proses kenaikan pangkat dan penilaian prestasi tahunan (SPPU) bagi semua kakitangan akademik.

Sehubungan itu, dalam merealisasikan hasrat tersebut, sebanyak 18 projek PTS telah dihantar untuk proses penilaian dan pra-pemilihan oleh ketua editor GEMA online iaitu, Prof. Madya Dr. Saadiyah Darus.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10 kertas telah diterima untuk diterbitkan dalam Jurnal Gema Online yang telah mempunyai status SCOPUS. Semua kertas tersebut telah dibentangkan pada Kongres Pengajaran & Pembelajaran 2009 dan telah diterbitkan dalam prosiding gugusan sains sosial.

Berikut merupakan senarai projek PTS yang akan diterbitkan dalam GEMA online :

Nama Ketua & Ahli Penyelidik Tajuk Kod projek

Koo Yew Lie, Kemboja IsmailWong Fook Fei

Critical literacy of postgraduate students: voices and discourses UKM-PTS-057-2009

Nadzrah Abu Bakar (PhD), Hafizah Latif, Azizah Ya’acob

The implementation of blogs in esl classroom for low proficiency students UKM-PTS-055-2009

Noraini Md Yusof, Ruzy Suliza Hashim, Ravichandran Vengadasamy, Nackeeran K. Sivapunniam

Virtual voices: enhancing on-line publication in creative writing course UKM-PTS-047-2009

Pramela Krish, Supyan HussinNackeeran Sivapuniam

Language enhancement through participation in online forums: utilization, issues and future directions among undergraduates at UKM

UKM-PTS-056-2009

Radha Nambiar, Noraini Ibrahim, Nor Fariza Mohd Nor,Tamby Subahan Mohd Meerah

Academic literacy socialization: a case study of international undergraduates in Universiti Kebangsaan Malaysia

UKM-PTS-053-2009

Rusdi Abdullah, Azlan AhmadMd. Suhada Kadar

Kelemahan penulisan pelajar indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kursus kemahiran bahasa Melayu

UKM-PTS-085-2009

Sithaletchemy A/P S Krishnaiyer, Raja Hanani Raja Mushahar, Nuretna Asurah Ahmad

The use of blog in english for law to enhance students’ reflection UKM-PTS-078-2009

Zarina Othman, Taufik RashidSharifah Zurina Syed KamarulzamanJohari Talib

A diagnostic result in the identification of stu-dents’ areas of weaknesses in their language use of forms and functions in conversational dialogues

UKM-PTS-111-2009

Taufik Rashid, Harieza Hussin, Michi Farida Abdul Halim, Nor Huda Md Anuar dan Sharifah Salmah Syed Ali

The effectiveness of teaching reference words using two strategies to muet band 3 students at ukm: preliminary findings

UKM-PTS-082-2009

Shahidi A.H, Zulkifley Hamid, Rahim Aman, Mohammad Fadzeli Jaafar

Kemahiran lisan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar melayu di universiti kebangsaan malaysia: satu laporan awal

UKM-PTS-061-2009

18Ka

rya

War

ga

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

AMALAN 5S DAN KESANNYA TERHADAP KUALITI DAN PRODUKTIVITI ORGANISASIOleh:Suhana Mat Saad

Se c a r a l i t e r a l n y a istilah 5S

merujuk kepada singkatan perkataan dalam bahasa Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke yang masing-masing bermaksud SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL. Dari segi konseptualnya pula 5S merujuk kepada kaedah pengurusan persekitaran kerja yang digunapakai bagi aktiviti kemasan dan pembersihan.

Objektif 5S

• Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif.

• Memelihara aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan persekitaran tempat kerja.

• Memastikan mesin dan alat kelengkapan menjadi bersih, cekap dan dalam keadaan berfungsi.

• Membina budaya kerja dan nilai-nilai bersama yang baik dan cemerlang.

• Melahirkan idea kreatif dan inovatif untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan.

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengeluarkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam melalui surat Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 19 Mei 2010. Tujuan utama panduan ini adalah

untuk menjadi rujukan dan panduan kepada agensi kerajaan dalam melaksanakan Amalan 5S secara sistematik dan praktikal.

Panduan tersebut mengandungi perkara-perkara berikut:

• Menerangkan konsep Amalan 5S secara umum;

• Memberi panduan asas pelaksanaan Amalan 5S di agensi Kerajaan; dan• M e n e r a n g k a n kaedah pelaksanaan audit dalaman Amalan 5S kepada agensi kerajaan.

Amalan-amalan 5S

Sisih (Seiri) Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada s e k u m p u l a n barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan

haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.

Susun (Seiton) Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan

Rajah 5s

19

Karya Warga

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang. Secara ringkasnya ianya bermaksud “setiap barang/benda ada tempatnya” iaitu setiap barang hendaklah diletakkan semula pada tempat asalnya.

Sapu (Seiso) Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.

Seragam (Seiketsu) Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.

Sentiasa Amalkan (Shitsuke) Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan 5S1. Sokongan dan komitmen berterusan dari semua pihak termasuk pengurusan atasan. 2. 5S bermula dengan kesedaran, latihan,pemantauan dan penilaian. 3. Semua orang mengamalkannya dan tiada siapa yang memerhati sahaja.4. Menjadikan 5S sebagai satu amalan dan budaya kerja.

Sumber rujukan:BuletinMAMPU Bil. 2/2010 http://www.mampu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=05861430-b06a-45ec-a556-8375cd337bd2&groupId=10136

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang http://www.kktmb-5s.blogspot.com/

Sumber Grafik :httphtml.rincondelvago.com000403830.pnghttpwww.encob.netblogwp-contentuploads2009085SSeiton.gifhttp1.bp.blogspot.com_WzgYy6SccpQSX9i3lwRM1IAAAAAAAAACMlVUzhUtD7eEs320SEISO.pnghttpwww.encob.netblogwp-contentuploads2009085SSeiketsu.gifhttp1.bp.blogspot.com_BYOBSUXC1PQTRoHECYjMBIAAAAAAAAAlkRgVIZ3eIYycs1600s4.gif

20La

tihan

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 6 Jan - Jun 2011

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:

Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul EhsanTelefon: +603-8921 3858/3600 Faksimili: +603-8926 4816 E-mel: [email protected]

Laman Web: http://www.ukm.my/ppa Kordinit GPS: 101º 47’ 13.6” E / 2 º 55’ 44.3” N

KALENDAR LATIHAN PPA TAHUN 2011Oleh: Ramzie Rosli

Bahagian latihan & perkembangan akademik, Pusat Pembangunan Akademik (PPA) telah berjaya menjalankan beberapa Program Pemantapan Tenaga Akademik UKM sepanjang tempoh bulan Januari hingga Mei tahun 2011. Berikut adalah maklumat berkenaan program yang

telah dijalankan :

Bil Program Latihan Tarikh Tempat Jumlah Peserta Hadir

1Bengkel Pengajaran & Pembelajaran PPA – Strategi Memotivasikan Pelajar

17 Januari 2011 Puri Pujangga, UKM Bangi 19

2 Kursus Persediaan Penulisan Syarahan Perdana 18 Januari 2011 Nilai Springs Resort Hotel,

N.Sembilan 13

3 Bengkel Penyediaan Soalan 7 – 8 Februari 2011 Puri Pujangga, UKM Bangi 24

4 Kursus Pemantapan Strategi Pengajaran (TOT) 7 Mac 2011 Hotel Residence, UNITEN

Bangi 11

5 Kursus Kaedah Penyelidikan Kuantitatif (SPSS) 10 – 11 Mac 2011 Makmal Siber@PTSL, UKM

Bangi 30

6 Kursus Analisis Data Penyelidikan Kualitatif (NVIVO) 16 – 17 Mac 2011 Makmal Multimedia PTM,

UKM Bangi 20

7 Kursus Pengurusan Stress 26 – 27 Mac 2011 Royale Bintang, N.Sembilan 21

8 Kursus Asas Penyelidikan & Penerbitan 4 – 5 April 2011 Hotel Residence, UNITEN

Bangi 33

9Bengkel Pengajaran & Pembelajaran PPA – Aplikasi Pendekatan Metakognitif

7 April 2011 Puri Pujangga, UKM Bangi 16

10 Kursus Kemahiran Asas Kaunseling 8 – 10 April 2011 A’Famosa Resort, Melaka 21

11 Kursus Strategi Mentoran Yang Berkesan 21 April 2011 Puri Pujangga, UKM Bangi 14

12 Kursus Pengajaran & Pembelajaran IPT 9 – 14 Mei 2011 Danau Golf Club, UKM Bangi 30

Data diperolehi daripada Sistem Pengurusan Latihan (eSPeL)