penggunaan e-pembelajaran dan hubungannya ......penggunaan e-pembelajaran dan hubungannya dengan...

28
PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR. ERDA YUMIZA BINTI IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 18-Mar-2021

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR.

ERDA YUMIZA BINTI IBRAHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

TIDAK TERHAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya ERDA YUMIZA BINTI IBRAHIM (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. * * Sila tandakan ( √ )

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

Alamat Tetap: 2753, KG. GONG SEKOLAH,

MENGABANG TELIPOT, DR. MOHD ANUAR B. ABDUL RAHMAN

21030, K. TERENGGANU, (Nama Penyelia) TERENGGANU DARUL IMAN

Tarikh : 23 April 2008 Tarikh : 23 April 2008

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Page 3: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : Dr. Mohd Anuar B. Abdul Rahman

Tarikh : 23 April 2008

Page 4: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

ERDA YUMIZA BINTI IBRAHIM

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : Erda Yumiza Binti Ibrahim

Tarikh : 23 April 2008

Page 6: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji atas

limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas

junjungan Nabi Muhamad S.A.W.

Buat ayahanda dan bonda yang dikasihi,

Ibrahim Bin Saleh & Juwariyah Binti Tawang

Tiada apa yang dapatku bicarakan, hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidupku ini. Harapanmu sejak ku dilahirkan kini telah ku tunaikan jua.

Buat saudara kandungku,

Erda Irdiani Binti Ibrahim

Mohd Ezani Bin Ibrahim

Qurrata A`yun Binti Ibrahim

Era Asmaulhusna Binti Ibrahim

Qurratu Aini Binti Ibrahim

Sesungguhnya kehadiranmu amat ku hargai.

Buat Teman Seperjuangan......

Semangat, kerjasama, nasihat serta dorongan kalian membuatkan diriku terus

bertahan dan terus bersaing. Anda semua adalah sahabat yang baik.

Terima kasih semuanya!!!!

Page 7: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Bersyukur

ke hadrat Allah S.W.T berkat limpah dan kurniaNya dan kepadaNya jugalah saya

memohon taufik dan hidayah dalam menempuh liku-liku kehidupan. Selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Salam penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Penyelia

Projek Sarjana Muda saya, Dr. Mohd Anuar B. Abdul Rahman di atas segala

kesabaran beliau dalam membimbing dan menunjuk ajar serta nasihat yang

berterusan sehingga laporan projek ini dapat disiapkan.

Penghargaan dan terima kasih kepada pelajar-pelajar tahun akhir Jabatan

Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan sesi 2007/2008 kerana telah memberikan

kerjasama dalam membantu menyempurnakan soal selidik bagi menjayakan projek

ini. Seterusnya terima kasih juga kepada rakan-rakan di atas bantuan, dorongan dan

tunjuk ajar, sumbangan idea dan pendapat dalam menyiapkan projek ini.

Page 8: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat tahap penggunaan

e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat perhubungan di antara penggunaan

e-pembelajaran dengan pencapaian akademik dan perbezaan penggunaan

e-pembelajaran berdasarkan jantina dan juga kursus. Satu set soal selidik digunakan

untuk mengumpulkan data kajian dan dianalisis dengan bantuan Statistical Packages

For Social Science (SPSS versi 12.0). Hasil kajian rintis menunjukkan nilai

kebolehpercayaan item dan nilai alpha yang diperolehi bagi soal selidik adalah 0.959.

Responden kajian adalah seramai 130 orang pelajar. Dapatan kajian menunjukkan

sikap pelajar terhadap penggunaan e-pembelajaran pada tahap sederhana manakala

kemahiran mengakses pelajar adalah pada tahap tinggi. Hasil Ujian-t, mendapati

tidak terdapat perbezaan penggunaan e-pembelajaran yang signifikan berdasarkan

jantina pelajar. Hasil ujian ANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan

penggunaan e-pembelajaran yang signifikan berdasarkan kursus. Ujian korelasi

membuktikan bahawa terdapat hubungan yang tinggi dan kuat di antara penggunaan

e-pembelajaran dengan pencapaian akademik. Di akhir penulisan ini beberapa

cadangan telah dikemukakan.

Page 9: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive study was to identify the level of utilization of

the e-learning among the final year students of Technical and Engineering Education

Department from Faculty of Education University Technology Malaysia, Skudai,

Johor. Beside that, this study also aimed to examine the correlation between the

utilization of e-learning and the academic achievement and differences of utilization

of e-learning based on gender and courses. A set of questionnaire used to gather all

data related to the study and Statistical Packages for Social Science (SPSS version

12.0) was used to analyze the data. The alpha reliability index of the pilot study was

0.959. 130 students were selected as the respondents of this study. The analysis of

questionnaires showed the behaviors of students towards the level of utilization of

e-learning are moderate whereas the skills of access are high. The t-test result

showed there were no significant differences of the utilization of e-learning based on

gender. ANOVA showed there were significant differences of the utilization of e-

learning based on courses. The result of the Pearson correlation test showed that

there was a high relationship between the utilization of e-learning and academic

achievement. Several recommendations are suggested at the end of this study.

Page 10: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL ix

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xii

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Hipotesis Kajian 10

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 12

Page 11: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

viii

1.9 Kerangka Kajian 12

1.10 Definisi Kajian 13

1.11 Penutup 15

2 TINJAUAN PENULISAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 E-pembelajaran 16

2.3 Penggunaan E-Pembelajaran dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. 19

2.4 Kajian-kajian Lepas Yang Berkaitan Dengan

E-Pembelajaran Di Institusi Pengajian Tinggi 21

2.5 Sikap Terhadap Penggunaan e-pembelajaran 24

2.6 Kemahiran Terhadap Penggunaan E-Pembelajaran 25

2.7 Penutup 26

3 METODOLOGI KAJIAN 28

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Persampelan 29

3.4 Instrumen Kajian 31

3.5 Kajian Rintis 33

3.6 Prosedur Kajian 34

3.7 Kaedah Pengalisisan Data 35

3.8 Penutup 37

Page 12: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

ix

4 PENGANALISISAN DATA DAN PENEMUAN 38

4.1 Pengenalan 38

4.2 Latar belakang Pelajar 39

4.3 Penganalisisan Data Mengikut Persoalan

Kajian dan Hipotesis Kajian

4.4 Rumusan

42

51

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 53

5.1 Pengenalan 53

5.2 Rumusan Kajian 54

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 56

5.4 Cadangan 63

5.5 Penutup 66

RUJUKAN 67

LAMPIRAN 75 – 98

Page 13: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Populasi dan Sampel 30

3.2 Pengkelasan Skala Likert 32

3.3 Jadual Pembolehubah 33

3.4 Kaedah Analisis Data Berdasarkan Kepada

Persoalan Kajian

35

3.5 Skala Min 36

3.6 Garis Panduan Guilford 36

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 39

4.2 Taburan Responden Mengikut Kursus 40

4.3 Taburan Responden Mengikut Kekerapan

Melayari E-pembelajaran

41

4.4 Taburan Responden Mengikut Purata Nilai

Gred Keseluruhan (CGPA)

42

4.5 Taburan Responden Mengenai Sikap dan

Minat Pelajar Terhadap E-pembelajaran

43

4.6 Taburan Responden Mengenai Kemahiran

Mengakses Pelajar Terhadap

E-pembelajaran

46

Page 14: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

xi

4.7 Analisis Ujian-t terhadap Tahap Penggunaa

E-pembelajaran Berdasarkan Jantina

49

4.8 Analisis ANOVA Terhadap Penggunaan

E-pembelajaran Mengikut Kursus

50

4.9 Nilai Korelasi Hubungan Penggunaan

E-pembelajaran dengan Pencapaian

Akademik Pelajar

51

4.10 Taburan Purata Min Keseluruhan 52

Page 15: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Kajian 12

Page 16: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

ANOVA - Analysis of Variance

BBS - Sistem Papan Buletin

CD - Compact Disk

CGPA - Purata Gred Keseluruhan

CICT - Centre for Information and Communication Technology

DVD - Digital Video Disk

EDI - Pertukaran Data Elektronik

FP - Fakulti Pendidikan

GPS - Sistem Kedudukan Global

ICT - Information Communication Technology

IPDA - Institut Perguruan Darul Aman

IPT - Institut Pengajian Tinggi

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IT - Information Technology

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

KUITHO - Kolej Universiti Tun Hussein Onn

LCD - Liquid Crystal Display

MSC - Multimedia Super Coridor

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

ROM - Read Only Memory

SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPC - Sarjana Muda Sains dan Pendidikan (Kimia)

Page 17: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

xiv

SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

α - Alpha

% - Peratus

Page 18: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 75

B Surat Memohon Data-data Pelajar Jabatan

Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan 81

C1 Surat Pengesahan Item 1 82

C2 Surat Pengesahan Item 2 83

D Analisis Kebolehpercayaan Alpha

Cronbach (Kajian Rintis) 84

E Output Analisis Data – Kajian Sebenar 86

Page 19: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa dalam

abad ke-21, sekolah-sekolah atau institusi-institusi pengajian tinggi perlu mempunyai

hala tuju masing-masing dalam memberi cabaran pendidikan kepada pelajar-

pelajarnya. Penyediaan sedemikian merupakan keperluan yang wajib ada pada

pelajar-pelajar selaras dan sejajar dengan kehendak keperluan tersebut. Bagi

merancang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai untuk masa hadapan, mereka

perlu merancang dan memikirkannya bermula dari sekarang. Untuk memenuhi dan

menyahut cabaran tersebut, institusi-institusi berkenaan perlu menukar

‘paradigmanya’, dari hanya melahirkan pelajar yang hanya berkemahiran tertentu

kepada pelajar atau warganegara yang boleh dijadikan sumber rujukan, boleh

mentadbir dan boleh digunakan sebagai penyelesai masalah serta dapat membuat

sesuatu keputusan dengan baik dan bernas. Kemahiran sedemikian adalah

merupakan proses pembelajaran seumur hidup, yang mana pembelajaran tersebut

perlu dipelajari dengan pelbagai kaedah sama ada secara penyertaan atau dengan

kaedah pembelajaran pelajar-pelajar itu sendiri.

Page 20: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

Dalam dunia moden hari ini, pengetahuan tentang komputer yang dilengkapi

dengan kemudahan internet adalah satu keperluan penting dalam apa jua industri.

Internet merupakan satu teknologi terkini yang begitu hangat diperkatakan pada

zaman millenium ini. Kemunculan internet telah membawa kepada perubahan-

perubahan dalam pelbagai bidang. Kini maklumat dari seluruh dunia dapat

diperolehi menerusi penggunaan internet. Di Malaysia, penggunaan internet oleh

masyarakat tempatan hanya mula berkembang pada akhir tahun 1995 (Yeow Leong

Swee, 1996).

Penggunaan komputer berinternet digunakan secara meluas dalam pelbagai

bidang. Kebolehan komunikasi maklumat secara tepat dan cepat telah menukar

kaedah manusia menjalankan urusan kehidupan seharian. Aplikasi-aplikasi teknologi

komunikasi seperti mel elektronik, mel suara, tele persidangan, faks, tele tukartertib,

pertukaran data elektronik (EDI), sistem kedudukan global (GPS), sistem papan

buletin (BBS) dan perkhidmatan dalam talian telah mula digunakan secara meluas

dekad ini (Hizamudin Awang, 1997).

Dengan perkembangan teknologi yang canggih dan pantas ini, semua individu

perlu peka dan berusaha untuk mendapatkan pengetahuan tentang komputer dan

internet seberapa banyak yang mungkin. Untuk menguasai ilmu pengetahuan dalam

bidang ini, pendidikan sejak dari awal perlu dititikberatkan. Perkembangan

penggunaan komputer dalam pendidikan begitu ketara sekali di institusi-institusi

pengajian tinggi. Semua universiti di negara kita telah memasuki rangkaian internet.

Dengan menggunakan kecanggihan teknologi ini, para pelajar dengan mudah dapat

belajar, membuat rujukan dan berhubung dengan pelajar-pelajar lain dengan hanya

menekan butang sahaja. (Jalaluddin, 1997).

Proses pendidikan yang dijalankan menggunakan kaedah elektronik dan

rangkaian internet ataupun dikenali sebagai e-pembelajaran mampu melatih dan

mendidik pelajar menjadi insan yang mahir, berdikari, kreatif, inovatif dan beretika

tinggi. E-pembelajaran ditakrifkan sebagai penghantaran arahan melalui media

Page 21: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

elektronik yang mana salah satunya melalui laman web atau melalui cakera padat

(CD-ROM) dan Digital Video Disk (DVD). Dalam penggunaan medium

e-pembelajaran, pelajar bebas memilih kaedah belajar yang sesuai dengan tahap

kefahaman dalam bidang yang dipelajari. E-pembelajaran menyediakan bahan

pembelajaran dan latihan atau ulangkaji dalam bentuk laman web, cakera padat (CD-

ROM) dan bahan-bahan bercetak selain pertemuan bersemuka dengan tenaga

pengajar (Codone, 2001).

Sejauh mana keberkesanan kaedah e-pembelajaran masih belum dapat

ditentukan dan kajian ke atasnya masih lagi dilakukan. Konsep e-pembelajaran di

negara kita masih lagi baru dan memerlukan banyak pengkajian ke atasnya bagi

meningkatkan lagi kebolehcapaian serta keberkesanannya kepada kumpulan sasaran

terutamanya pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Secara tradisi, kaedah pembelajaran lebih menjurus antara guru dan pelajar.

Kaedah ini amat popular di kebanyakan sekolah. Melalui kaedah tersebut, guru

menjadi sumber ilmu atau sebagai ‘input’ kepada pelajar. Kini, kaedah pembelajaran

sedemikian sudah tidak begitu sesuai lagi, sebaliknya ia sesuai dengan menukarkan

guru sebagai fasilitator dan pengurus dalam bidang pengajaran dan pembelajaran

masing-masing. Dalam pada itu, sikap pelajar-pelajar itu sendiri perlu juga berubah

dari pelajar yang ‘pasif’ kepada pelajar yang berdikari, bermatlamat, berpandangan

jauh, mempunyai sifat-sifat yang mulia dan bertanggungjawab dalam segala tindak-

tanduknya, demi untuk mencapai cita-cita yang dicita-citakan. Keperluan tersebut

bukan sahaja dapat melatih dan membolehkan pelajar-pelajar sentiasa mengambil

bahagian dengan cara yang tersendiri, tidak terlalu mengharapkan orang lain, tetapi

dapat belajar melalui pengalaman tersendiri. Berdasarkan fakta tersebut, ‘Internet’

adalah merupakan alat yang sangat sinonim atau berkait rapat dengan keperluan

Page 22: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

pelajar-pelajar yang sedemikian, yang lebih menjurus kepada mencorak dan menjana

minda selaras dengan perkembangan dunia semasa. Disamping itu juga, ia boleh

memberi pengalaman kepada pelajar supaya turut serta dalam pembelajaran secara

terus dan pantas dengan dunia luar. Dengan itu pelajar-pelajar secara langsung,

bukan sahaja tahu menggunakan teknologi berkenaan melalui bacaan dan tulisan

yang terpapar dilayarnya tetapi tahu bagaimana menggunakannya untuk mendapatkan

sumber maklumat yang pelbagai menerusi perkhidmatan yang ditawarkannya. Doyle

(1992) secara ringkas mendefinasikan bahawa kepandaian dan kemampuan seseorang

itu memperolehi maklumat membolehkan ia dapat:

i. Menambah ilmu pengetahuan

ii. Mengenal pasti dan mendapat tahu dengan tepat sumber maklumat

iii. Mengetahui bagaimana maklumat yang terkandung dalam sumber tersebut

diperolehi

iv. Menilai kualiti maklumat yang diperolehi

v. Tahu menguruskan maklumat tersebut

vi. Dapat menggunakan maklumat secara efektif

Bagi mereka yang ingin memperluaskan pengetahuan, internet adalah pilihan

yang tepat buat masa kini. Seandainya kita yakin yang maklumat itu sebagai

penyalur pengetahuan, kemudian dapat menjadi penghubung antara manusia sejagat

setiap masa dengan pelbagai rangkaian dan pangkalan data, maka ianya sudah tentu

menjadi jalan penentu bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing (McLain &

DiStefano, 1995).

Berkaitan dengan keperluan menyediakan kemudahan teknologi maklumat,

Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan sektor swasta perlu prihatin dalam

menyediakan kemudahan teknologi maklumat yang komprehensif. Penggunaan

e-pembelajaran seharusnya dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar, kemahiran

mengakses, motivasi pelajar dari segi sikap serta menggunakan maklumat dengan

betul. Perkembangan teknologi maklumat di IPT mempengaruhi proses pengajaran

Page 23: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

dan pembelajaran di samping berupaya mendedahkan keterbukaan perolehan

maklumat kepada pelajar dan tenaga pengajar (Asarudin, 1998).

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga tidak ketinggalan menerajui

Information Communication Technology (ICT) dengan membangunkan kampus siber

yang menggunakan ICT secara menyeluruh dalam semua bidang (Jamaludin et al.,

2000). Semua urusan kampus dijalankan secara elektronik. Begitu juga dengan

bahan kuliah, tutorial, perpustakaan elektronik ianya dapat diakses oleh pelajar secara

langsung pada bila-bila masa.

Pada tahun 1997, Menteri Pendidikan telah merasmikan e-pembelajaran di

UTM pada semester II sesi 2001/2002. Ini membuktikan bahawa UTM sendiri telah

menyediakan kemudahan e-pembelajaran kepada pelajarnya. Melalui projek ini,

bahan pengajaran dan pembelajaran boleh dicapai melalui rangkaian internet yang

meluas di UTM. Pelaksanaan projek ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar

mendapatkan maklumat untuk sesuatu matapelajaran yang mereka ambil,

meningkatkan minat serta kefahaman pelajar serta menyediakan pelajar belajar

mengikut kemampuan diri dan mendedahkan pelajar kepada konsep pendidikan tidak

terbatas.

Persekitaran pembelajaran menerusi mana-mana sistem e-pembelajaran yang

disediakan untuk kegunaan pelajar IPT sewajarnya menawarkan kemudahan bagi

menggalakkan aktiviti sosial seperti kemudahan mel elektronik, forum perbincangan

dalam talian, perkongsian bijak secara elektronik dan sebagainya (Tam, 2000). Ini

secara tidak langsung membolehkan pelajar bekerja secara koperatif serta berkongsi

idea di samping mencabar kognitif masing-masing menerusi aktiviti perbincangan.

Kemudahan komunikasi menerusi sistem e-pembelajaran seperti forum elektronik

berpotensi dalam membantu pendekatan pembelajaran berasaskan kumpulan di

kalangan pelajar IPT.

Page 24: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

Dalam proses menjayakan peralihan ‘pembelajaran tradisi’ kepada

‘pembelajaran yang berteraskan IT dan ICT’, kejayaannya sebenarnya bergantung

kepada sejauh mana pengendalian, penerimaan dan penggunaan sumber IT dan ICT

itu sendiri. Tanpa seorang guru yang bertindak sebagai fasilitator, pelajar yang

menggunakan e-learning gagal menguasai kaedah-kaedah pembelajaran yang

berkesan seperti membuat nota ringkas (Mohd. Jasmy et al, 2001).

Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif

yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu

memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun,

penggunaan e-pembelajaran di sekolah terutamanya penggunaan internet atau www

masih lagi rendah. Kajian yang dilakukan oleh Rosli et al (2001) menunjukkan tahap

penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah

UiTM adalah sekitar 30 peratus. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat sekolah

pasti akan memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan

kemudahan dan kemahiran.

Menurut Mohd Koharudin (2004), tahap penggunaan e-pembelajaran di

kalangan pelajar-pelajar universiti di Malaysia masih berada pada tahap sederhana.

Kesederhanaan ini kerana kebanyakan pelajar masih dalam proses mengadaptasi atau

menyesuaikan diri dengan teknologi baru ini. Keadaan ini tidak menghairankan

kerana pembelajaran melalui kaedah ini masih baru di negara ini.

Satu kajian tentang e-pembelajaran di Universiti Putra Malaysia telah

dilakukan oleh Zakaria et al (2004) yang melakukan kajian khusus ke atas

penggunaan teknologi Webcast dalam penyampaian kuliah. Kajian beliau ini

dilakukan lebih kepada untuk meninjau tahap keberkesanan penggunaan teknologi ini

dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di Universiti Putra Malaysia. Secara

keseluruhannya, pelajar mempunyai persepsi yang sederhana positif terhadap

teknologi Webcast. Walaubagaimanapun, ini menunjukkan tahap penerimaan kaedah

pengkuliahan di kalangan pelajar adalah amat menggalakkan sekali.

Page 25: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

Di UTM sendiri terdapat beberapa kajian yang berkaitan e-pembelajaran telah

dijalankan. Salah satu kajian itu ialah kajian ke atas penggunaan e-pembelajaran

dalam pembelajaran dewasa di Sekolah Professional dan Pendidikan Berterusan

(SPACE) oleh Ng Lai Peng (2003). Hasil kajian menunjukkan tahap penggunaan e-

pembelajaran di kalangan pelajar dewasa adalah sederhana. Ini menunjukkan

bahawa pelajar SPACE di UTM, Skudai masih tidak giat menggunakan

perkhidmatan e-pembelajaran dalam membantu meningkatkan pembelajaran

berterusan mereka. Mereka masih berada dalam proses meningkatkan kemahiran

penggunaan Internet atau e-pembelajaran.

Hasil kajian Mohd Koharudin (2004) menunjukkan para pelajar sedar bahawa

e-pembelajaran banyak memberikan mereka faedah dan kelebihan dalam

pembelajaran. Kebanyakan pelajar sedar bahawa dengan menggunakan

e-pembelajaran, mereka memperolehi banyak nota-nota dan bahan pembelajaran

sebagai tambahan kepada nota kuliah. Di samping itu, e-pembelajaran dipersetujui

pelajar dapat membantu pencapaian akademik mereka. Hasil kajian ini juga

menunjukkan bahawa pelajar sentiasa bersikap positif terhadap penggunaan

e-pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, pembelajaran menggunakan e-pembelajaran akan

sentiasa berkembang dan digunakan dengan lebih meluas di kalangan pelajar IPT.

Keberkesanan penggunaan e-pembelajaran bergantung kepada banyak pihak

terutamanya pelajar, pensyarah dan pihak yang membangunkan laman web e-

pembelajaran itu sendiri.

Page 26: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

1.3 Penyataan Masalah

Penerimaan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia amatlah menarik

untuk diteliti kerana ia menggambarkan sejauh manakah tahap kesediaan pelajar

universiti di Malaysia terhadap pembelajaran berasaskan e-pembelajaran yang sedang

dilaksanakan oleh sebahagian besar universiti di negara ini.

Melalui kajian ini diharap dapat mengenalpasti tahap sikap dan kemahiran

mengakses pelajar dalam penggunaan e-pembelajaran dan hubungannya dengan

pencapaian akademik pelajar. Kajian akan dilakukan terhadap pelajar-pelajar tahun

akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan sesi

2007/2008 untuk mengetahui tahap sikap dan kemahiran mengakses dalam

penggunaan e-pembelajaran dan hubungannya dengan tahap pencapaian akademik

mereka. Pelajar yang merupakan bakal pendidik harus menguasai teknologi ini

supaya dapat menggunakannya untuk persediaan proses pengajaran dan pembelajaran

kelak.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk :

1.4.1 Mengenalpasti tahap sikap terhadap penggunaan e-pembelajaran di kalangan

pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti

Pendidikan, UTM.

1.4.2 Mengenalpasti tahap kemahiran mengakses terhadap penggunaan

e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik

dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM.

Page 27: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

1.4.3 Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan penggunaan e-pembelajaran di

kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan,

Fakulti Pendidikan, UTM mengikut jantina.

1.4.4 Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan penggunaan e-pembelajaran di

kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan,

Fakulti Pendidikan, UTM mengikut kursus.

1.4.5 Mengenalpasti hubungan di antara penggunaan e-pembelajaran dengan tahap

pencapaian akademik pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, berikut adalah persoalan-

persoalan kajian yang akan dijawab dalam kajian ini :

1.5.1 Apakah tahap sikap pelajar terhadap penggunaan e-pembelajaran?

1.5.2 Apakah tahap kemahiran mengakses pelajar terhadap penggunaan

e-pembelajaran?

1.5.3 Adakah terdapat perbezaan penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar

mengikut jantina?

1.5.4 Adakah terdapat perbezaan penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar

mengikut kursus?

Page 28: PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA ......PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA…

1.5.5 Adakah terdapat hubungan di antara penggunaan e-pembelajaran dengan

tahap pencapaian akademik pelajar?