yayasan sofa

Upload: panglima-tok-sany

Post on 08-Apr-2018

276 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    1/26

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    2/26

    Ini adalah pemahaman yang salah dan buruk serta menunjukkan kecetekan pandangan orang yang menilai hadis

    tersebut. Maksud sebenar hadis ialah Nabi Muhammad SAW melarang memujinya secara keterlaluan sebagaimana

    yang dilakukan oleh kaum Nasrani terhadap Nabi Isa AS yang mengatakan bahawa Nabi Isa AS itu adalah anak

    Allah.

    Adapun orang yang memuji Nabi SAW dan menyifatkannya dengan sifat-sifat yang tidak terkeluar daripada hakikat

    kemanusiaan, di samping meyakini bahawa Baginda SAW adalah hamba Allah dan utusan-Nya, dan menjauhi

    keyakinan dan kepercayaan kaum Nasrani, maka sesungguhnya tidak disyaki lagi merupakan orang ini adalah yang

    paling sempurna tauhidnya.

    Tepatlah madah Imam al-Busiri RH dalam qasidah Burdahnya yang menegaskan,

    "Tinggalkan cara orang Nasrani (Kristian) dalam menyanjung Nabi mereka (Nabi Isa AS). Ertinya: Jangan katakan

    Muhammad SAW itu mempunyai sifat-sifat ketuhanan). Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji Baginda

    SAW sesuka hati mu.

    Kerana hakikatnya keagungan Rasulullah SAW itu tiada had baginya, sehingga mampu lidah mengungkapkannya

    secara sempurna.

    Kemuncak pengetahuan mereka tentang diri Baginda SAW mereka hanya mampu mengatakan bahawa Baginda

    SAW itu adalah seorang manusia, yang sebenarnya merupakan semulia-mulia di kalangan makhluk Allah

    seluruhnya."

    Mana mungkin dikatakan bahawa memuji Baginda SAW itu salah sedangkan Allah SWT sendiri memuji Nabi-Nya,

    melalui beberapa firman-Nya termasuk: Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat mulia. (al-

    Qalam: 4)

    Allah juga memerintahkan supaya umat manusia sentiasa beradab bersama Nabi SAW sama ada ketika berbicara

    mahupun menjawab panggilannya. Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat

    suaramu melebihi suara Nabi. (al-Hujuraat: 2)

    Allah SWT juga melarang kita daripada berurusan dan bergaul dengan Nabi SAW sebagaimana kita berurusan dan

    bergaul sesama manusia yang lain, atau memanggil Baginda SAW sebagaimana cara kita memanggil sesama kita.

    Allah SWT berfirman: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau

    panggilan sesama kamu. (al-Nur:63).

    ARKIB : 08/02/2011

    Kekeliruan yang dipasarkan

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    3/26

    Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI

    SEMBILAN

    KITA sentiasa menegaskan bahawa antara cabaran utama

    umat Islam di zaman ini adalah untuk membetulkan

    kefahaman agama mereka. Ini kerana fikrah-fikrah yang

    mengelirukan boleh muncul di mana-mana sahaja.

    Para penerbit buku agama misalnya, ada yang bersifat

    terlalu komersial sehingga tidak berhati-hati memilih dan

    menapis bahan-bahan yang hendak dicetak dan

    dipasarkan.

    Sebab itu ada terjumpa di rak sebuah kedai buku

    beberapa buku kecil berkaitan isu-isu agama yang bertemakan beramal menurut cara Nabi SAW.

    Seperti yang dijangka, buku-buku itu turut mengandungi fikrah beracun iaitu membidaahkan sesetengah amalan

    seperti zikir dan selawat yang sebenarnya menurut sebahagian besar ulama Islam tidak bercanggah, malah selari

    dengan perlembagaan al-Quran dan al-Sunnah.

    Yang menariknya, bersebelahan dengan buku-buku itu, turut ditemui sebuah buku terjemahan karangan al-Marhum

    Sheikh Dr. Abdul Halim Mahmud, bekas Sheikhul Al-Azhar berkenaan dengan galakan berzikir yang diterbitkan oleh

    penerbit yang sama.

    Dalam buku ini terdapat galakan mengamalkan zikir dan selawat yang dibidaahkan oleh buku-buku yang

    sebelumnya. Maka apakah nasib yang bakal menimpa orang-orang awam yang dengan jujur mahu menambah

    sedikit kefahaman agama mereka dengan membeli buku-buku ini?

    Jika mereka tersalah pilih, bukankah mereka terdedah kepada kekeliruan dan fahaman yang salah yang akan

    menjauhkan lagi mereka daripada ajaran Islam yang benar?

    Malangnya, buku-buku itu diterbitkan oleh penerbit yang sangat aktif menerbitkan buku-buku agama bagi masyarakat

    awam. Oleh kerana itu, buku-buku itu akan memasuki pasaran secara meluas dan akan mudah diperoleh.

    Sepatutnya, penerbit-penerbit besar buku-buku agama harus lebih berhati-hati dalam menjalankan perniagaan.

    Usaha menerbitkan bahan-bahan agama adalah suatu usaha yang mulia tetapi ia turut datang dengan amanah dan

    tanggungjawab yang besar di hadapan Allah SWT.

    Mereka tidak boleh lewa dan cuai dalam memilih bahan-bahan agama yang hendak dilambakkan dalam pasaran.

    Penerbitan bahan-bahan agama adalah suatu usaha yang

    mulia tetapi ia turut datang dengan amanah dantanggungjawab besar. -Gambar hiasan

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    4/26

    Sebahagian masyarakat awam Islam pula mengambil jalan mudah dengan hanya mengambil ilmu agama mereka

    daripada buku-buku dan bahan agama popular yang ada di pasaran tanpa merujuk kepada guru-guru yang boleh

    dipercayai.

    Ini adalah resipi-resipi yang boleh menyebabkan tersebarnya lebih banyak kekeliruan dan salah-faham agama di

    tengah masyarakat. Semoga Allah SWT menjauhkan dan memelihara kita daripadanya.

    Atas kesedaran bahawa masyarakat awam cenderung untuk memilih yang mudah dan ringkas, kami di Yayasan

    Sofa berusaha dalam ruangan ini untuk mempersembahkan perbahasan dalam buku-buku yang lebih ilmiah dalam

    bentuk yang lebih ringkas dan mudah.

    Begitu juga dalam penerbitan buku-buku dan bahan rujukan agama lain yang kami terbitkan yang belum mampu

    kami cetak dan pasarkan secara besar-besaran.

    Pun begitu, masyarakat Islam sepatutnya disedarkan bahawa mereka tidak boleh terus-menerus bersikap bermudah

    dan bermalasan dalam menimba kefahaman agama mereka.

    Dalam membentuk kefahaman dan penghayatan Islam yang sahih sebenarnya tidak ada jalan pintas dan mudah.

    Resipi utamanya adalah dengan menuntut dengan guru-guru yang benar-benar diperakui oleh para ulama dan boleh

    dipercayai keilmuan dan penghayatan agama mereka.

    Cara ini menuntut mujahadah dan pengorbanan yang bukan sedikit tetapi akan lebih menjanjikan pembukaan ilmu

    dan makrifah yang sebenar selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan mereka yang berjihad pada jalan

    kami nescaya akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap bersama para Muhsinin.

    (al-Ankabut: 69)

    ARKIB : 18/01/2011

    Tawassul menurut Imam al-Syaukani

    Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

    IMAM al-Syaukani adalah seorang lagi tokoh ulama yang sering menjadi rujukan sebahagian daripada mereka yang

    mendakwa mahu memperbaharui agama di zaman ini.

    Tawassul pula menjadi salah satu amalan yang dituduh sebagai terpesong dan menjadi penghalang kepada

    pembaharuan agama. Oleh itu wajarlah kita menyorot pandangan tokoh ini tentang tawassul.

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    5/26

    Menurut al-Imam Sheikh Muhammad ibn Ali al-Syaukani di dalam risalahnya al-Dur al-Nadhid fi Ikhlas Kalimah al-

    Tauhid: "Adapun bertawassul kepada Allah dengan perantaraan salah seorang daripada makhluk-Nya bagi suatu

    permohonan yang dituntut oleh seseorang hamba daripada Tuhannya."

    Sheikh 'Izzuddin Ibnu Abdul Salam pula menyatakan: "Sesungguhnya tidak harus bertawassul kepada Allah SWT

    melainkan dengan kemuliaan Nabi SAW, sekiranya hadis mengenainya adalah sahih."

    Berkemungkinan, yang dimaksudkan oleh Sheikh 'Izzuddin Ibnu Abdul Salam adalah hadis yang diriwayatkan oleh

    al-Nasaei dalam Sunannya dan juga al-Tirmizi dan disahihkannya oleh Ibnu Majah dan lain-lainnya: Bahawa seorang

    buta datang kepada Nabi SAW, lalu diajarkan dengan doa tawassul, maka beliau menyebut hadis tersebut.

    Berkata Imam Syaukani: "Pada pandangan manusia tentang makna ini, terdapat dua pendapat:

    Pendapat pertama: Bertawassul adalah apa yang disebut oleh Umar al Khattab r.a, sebagaimana katanya: Kami

    apabila ditimpa musim kemarau, kami bertawassul dengan nabi kami kepada-Mu, maka Engkau menurunkan hujan

    kepada kami, dan sekarang kami bertawassul kepada-Mu dengan kemuliaan bapa saudara nabi kami (Abbas r.a).

    Hadis ini terdapat di dalam Sahih al Bukharidan lain-lainnya.

    Umar r.a telah menyebut, bahawa mereka bertawassul dengan nabi SAW semasa hidupnya supaya diturunkan

    hujan. Kemudian mereka bertawassul pula dengan bapa saudara baginda SAW, Abbas r.a selepas kewafatan

    baginda SAW.

    Tawassul mereka adalah permohonan supaya diturunkan hujan ketika nabi SAW berdoa dan mereka juga berdoa

    bersamanya.

    Maka jadilah baginda SAW sebagai wasilah mereka kepada Allah SWT dan nabi SAW dalam hal seperti ini sebagai

    pemberi syafaat dan orang yang mendoakan bagi mereka.

    Pendapat kedua: Bertawassul dengan kemuliaan nabi SAW boleh dilakukan tidak kira semasa hidup Baginda SAW

    dan selepas kewafatannya. Begitu juga ketika keberadaannya dan ketiadaannya.

    Tidak tersembunyi lagi, bahawa telah sabit keharusan bertawassul dengan baginda SAW semasa hayatnya. Begitu

    juga bertawassul dengan selain baginda SAW selepas kewafatannya berdasarkan ijmak sahabat iaitu ijmak sukuti.

    Lantaran kerana tiada seorang daripada kalangan mereka yang mengingkari ketika Saidina Umar r.a bertawassul

    dengan Saidina Abbas r.a.

    Pada pendapat saya sendiri,sebenarnya tidak ada jalan untuk membataskan keharusan bertawassul hanya dengan

    perantaraan nabi SAW sahaja, sebagaimana yang didakwa oleh Sheikh 'Izzuddin Ibnu Abdul Salam. Hal ini

    disebabkan dua perkara:

    1. Hujah ijmak sahabat sebagaimana yang kami kemukakan di atas.

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    6/26

    2. Hakikat bahawa bertawassul kepada Allah dengan kemuliaan orang-orang yang mulia dan berilmu, sebenarnya

    adalah bertawassul dengan amalan soleh dan keistimewaan mereka yang mulia.

    Sebabnya, mereka tidak menjadi mulia melainkan dengan amalan-amalan yang telah mereka lakukan. Maka jika

    seseorang berkata: "Ya Allah! Sesungguhnya aku bertawassul kepada-Mu dengan orang alim fulan." Maka tawassul

    ini dilakukan kerana keilmuan orang tersebut

    ARKIB : 11/01/2011

    Pensyariatan tawassul

    Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI

    SEMBILAN

    SHEIKH Ibnu Taimiyyah adalah antara tokoh yang sering

    menjadi rujukan dan sandaran utama oleh kelompok yang

    memandang serong terhadap tawassul dan beberapa isu

    lain seperti bidaah hasanah dan fiqh bermazhab.

    Mungkin atas sebab itu, Al-Allamah Dr. Sayyid Muhammad

    bin Sayyid Alawi al-Maliki turut merujuk khusus kepada

    pandangan beliau dalam kitabnya Mafahim (Kefahaman

    Yang Wajib Diperbetulkan).

    Berkata Sheikh Ibnu Taimiyyah di dalam kitabnya Qaidah

    Jalilah fi al Tawassul wa al Wasilah (H: 5) ketika

    membicarakan tentang firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan

    carilah wasilah (jalan/perantara) untuk mendekatkan diri kepada-Nya. (al-Maaidah: 35),

    Mencari wasilah kepada Allah hanya berlaku bagi orang yang bertawassul kepada Allah dengan keimanan terhadap

    Nabi Muhammad SAW dan ikutan terhadap Sunnahnya.

    Bertawassul dengan keimanan dan ketaatan kepada Baginda SAW, merupakan kefarduan bagi setiap individu

    dalam setiap keadaan; zahir dan batin, tidak kira sama ada ketika Rasulullah SAW masih hidup atau selepas

    kewafatannya, ketika kewujudannya atau ketiadaannya.

    Baginda SAW dapat mendengar ucapan selawat dan salamumatnya dan membalas ucapan tersebut. - Gambar hiasan

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    7/26

    Tidak jatuh kewajipan bertawassul dengan keimanan dan ketaatan kepada Baginda SAW daripada seseorang

    makhluk dalam apa jua keadaan sekali pun setelah tertegaknya hujah. Bahkan, ia tidak akan gugur dengan apa pun

    jua alasan.

    Tidak ada jalan untuk menuju kepada kemuliaan dan rahmat Allah, serta terselamat daripada kehinaan dan siksaan-

    Nya, melainkan dengan bertawassul dengan keimanan dan ketaatan kepada Baginda SAW.

    Rasulullah SAW adalah pemberi syafaat kepada makhluk, pemilik makam yang terpuji yang amat dicemburui oleh

    manusia yang terdahulu dan terkemudian. Baginda SAW adalah pemberi syafaat yang paling agung kedudukannya

    dan paling tinggi pangkatnya di sisi Allah.

    Allah telah berfirman tentang Musa a,d yang bermaksud: Dan adalah dia seorang yang mempunyai kedudukan yang

    terhormat di sisi Allah. (al-Ahzaab: 69)

    Allah juga telah berfirman tentang al Masih a.s: Dia merupakan seorang yang terkemuka di dunia dan akhirat. (ali-

    Imran: 45)

    Adapun, Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang paling tinggi pangkat dan kedudukannya daripada nabi-nabi

    dan rasul-rasul yang lain, tetapi syafaat dan doa baginda SAW hanya dapat dimanfaatkan oleh orang yang

    disyafaatkannya dan didoakannya.

    Maka sesiapa yang didoakan dan disyafaatkan oleh Rasulullah SAW, barulah dia boleh bertawassul kepada Allah

    dengan syafaat dan doa baginda SAW tersebut, sebagaimana para sahabat r.a bertawassul kepada Allah dengan

    doa dan syafaat baginda SAW.

    Begitu juga sebagaimana manusia bertawassul kepada Allah pada hari Kiamat dengan doa dan syafaat baginda

    SAW.

    Dalam al Fatawa al Kubra (1/140), Sheikh Ibnu Taimiyyah ditanya: Adakah harus bertawassul dengan Nabi SAW

    ataupun tidak? Maka beliau menjawab: Alhamdulillah, adapun bertawassul dengan keimanan dengan Nabi SAW,

    kasih dan ketaatan kepada Baginda SAW, bacaan selawat dan salam ke atas Baginda SAW, doa-doa dan

    syafaatnya dan sebagainya yang merupakan perbuatan Baginda SAW dan hamba-hamba Allah yang sememangnya

    diperintahkan menunaikan haknya, maka ia adalah disyariatkan dengan persepakatan kaum Muslimin

    ARKIB : 28/12/2010

    Sandaran tawassul lepas wafat Nabi SAW

    Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    8/26

    KITA menyambung bicara kita tentang tawassuldalam latar kehangatan beberapa isu-isu agama yang timbul dalam

    masyarakat seperti penangkapan pengikut fahaman Syiah, ancaman faham Pluralisme Agama dan fatwa tentang

    peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah.

    Di samping, sikap dan pendirian majoriti umat yang tercermin antara lainnya dalam suara majoriti mufti-mufti,

    kedengaran juga di sana-sana suara-suara sumbang dan syadz (ganjil/asing). Ada yang mempertikaikan

    penggunaan undang-undang terhadap aliran menyeleweng malah ada juga ilmuwan yang bukan ulama yang cuba

    menghujah bahawa Syiah bukanlah aliran yang bermasalah.

    Suka kita mengambil kesempatan di sini untuk berpesan kepada diri dan para pembaca sekalian untuk berwaspada

    terhadap pandangan-pandangan yang menyalahi majoriti umat ini. Khalayak awam yang punya tumpuan dan

    kehidupan mereka masing-masing tidaklah dibebankan untuk meneliti setiap hujah dan dalil yang cuba dikemukakan.

    Nanti terhenti dan terganggu pula kehidupan masyarakat. Inilah rahsianya prinsip-prinsip mengutamakan ijmak

    ataupun suara majoriti umat (sawad al-a'zam) dalam Islam.

    Umat Nabi Muhammad SAW tidak akan bersepakat atas suatu yang batil. Bagi orang awam, cukuplah sandarannya

    untuk menolak pandangan mereka ini dengan bersandar dengan sekian ramai para ulama dan ilmuwan Islam lain

    yang bersama suara majoriti. Menganggap bahawa semua mereka ini jahil, leka, tersalah ataupun sudah dibeli oleh

    kepentingan duniawi adalah suatu sikap prasangka yang melampau terhadap Islam dan umat Islam.

    Mungkin dalam isu bertawassulini juga suara-suara yang sama akan membangkang pandangan majoriti yang

    sedang kami bentangkan. Semoga kita sentiasa ditawfiqkan untuk memakai pandangan yang terbaik.

    Bertawassul selepas kewafatan Nabi SAW memang ada sandarannya. Antaranya, telah meriwayatkan Ibnu Abi al

    Dunya di dalam kitab Mujabi alDu'a', katanya: "Telah menyampaikan kepada kami Abu Hasyim, aku mendengar

    Kathir ibnu Muhammad ibnu Kathir ibnu Rifa'ah berkata 'telah datang seorang lelaki kepada Abdul Malik ibnu Sa'id

    ibnu Abjar, lalu dia memerhatikan perutnya dan berkata, "Kamu mengidap satu penyakit kronik yang sukar untuk

    sembuh." Katanya: "Penyakit apakah yang aku hidapi?" Jawabnya: "Al Dubailah, iaitu kanser dan bisul besar yang

    tumbuh dalam perut. Biasanya, ia boleh meragut nyawa orang yang menghidapnya."

    Beliau berkata: "Maka lelaki itu berpaling dan berdoa: "Allah, Allah, Allah adalah Tuhanku, aku tidak

    mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Ya Allah! Sesungguhnya aku bertawajjuh kepada-Mu dengan Nabi-Mu;

    Muhammad; Nabi pembawa rahmat SAW, wahai Muhammad! Sesungguhnya aku bertawajjuh denganmu kepada

    Tuhanmu dan Tuhanku agar Dia merahmatiku (dengan menyembuhkan) penyakit yang menimpaku."

    Ibnu Rifa'ah berkata: "Abdul Malik ibnu Said menyentuh perut lelaki itu, lalu berkata, 'kamu telah pun sembuh dan

    penyakit itu tidak ada lagi padamu'."

    Berkata Ibnu Taimiyyah: "Doa ini dan doa lain yang sepertinya, telah diriwayatkan, bahawa ia telah digunakan oleh

    Salaf. (Ibnu Taimiyyah, Qa'idah Jalilah fi al Tawassul wa al Wasilah H: 91)."

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    9/26

    Kita sedia maklum, bahawa Ibnu Taimiyyah mengetengahkan hadis ini untuk menjelaskan maksudnya dan

    memfokuskannya seperti mana yang dikehendakinya. Namun, yang penting bagi kita di sini ialah pengakuannya

    bahawa Salaf telah menggunakan doa sedemikian dan terhasilnya penyembuhan dengan doa tersebut. Inilah

    ketetapan daripada permasalahan ini yang penting bagi kita. Adapun ta'liq (komen)nya ke atas hadis ini, ia hanya

    pendapatnya sahaja. Bagi kami, itu tidak penting kecuali adanya penetapan nas untuk dijadikan dalil atas apa yang

    kami inginkan, dan Syeikh Ibnu Taimiyyah juga berhak menggunakan hadis tersebut sebagai dalil sebagaimana yang

    diingininya.

    Sebahagian daripada mereka berbunyi dan bersuara lantang mengenai hadis Tawassul Nabi Adam AS dan hadis

    Uthman ibnu Hunaif RA dan lain-lainnya. Mereka beria-ia menolaknya dengan segala kekuatan, berdebat, berdialog,

    berdiri dan duduk serta melakukan bermacam-macam cara. Semua yang mereka lakukan tidak ada faedahnya

    kerana walau bagaimana hebat sekalipun usaha mereka untuk menolak hadis-hadis yang berkaitan dengan bab ini,

    ulama besar terlebih dahulu telah pun mengemukakan pendapat mereka.

    Ternyata ulama-ulama besar tersebut lebih sempurna akalnya, lebih luas ilmunya, lebih jauh pengalamannya, lebih

    dalam kefahamannya dan lebih banyak cahaya, ketakwaan dan keikhlasannya daripada mereka. Misalnya, Imam

    Ahmad ibnu Hanbal RH. Beliau berkata mengenai keharusan bertawassulsebagaimana yang dinaqalkan

    daripadanya oleh Ibnu Taimiyyah dan al 'Iz Ibnu Abdul Salam. Ibnu Taimiyyah sendiri menyatakan di dalam salah

    satu pendapatnya tentang keharusan bertawassulsecara khusus dengan Nabi SAW. Kemudian diikuti pula, oleh

    Muhammad ibnu Abdul Wahhab yang menafikan tuduhan bahawa dia mengkafirkan orang yang bertawassul.

    Bahkan, jelas di dalam kitab Fatawanya, beliau menegaskan bahawa tawassulhanyalah menyentuh masalah cabang

    agama dan bukannya berkaitan tentang masalah usul. Semuanya ini akan diperincikan di dalam kitab Mafahim yang

    kita bentangkan sedutannya di sini, insya-Allah.

    Dalam hal ini, Syeikh al Allamah al Muhaddith Abdullah al Ghumari telah menulis sebuah risalah khusus yang

    membicarakan tentang hadis ini yang diberi tajuk, Misbah al Zujajah fi Fawaid Solat al Hajah . Beliau telah

    mengupasnya dengan kupasan yang amat baik dan berguna, bahkan telah menghasilkan sesuatu yang mampu

    menyembuhkan dan mencukupkan pelbagai keperluan. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan

    ARKIB : 22/12/2010

    Negeri Sembilan sasar jadi 'Lembah Ilmu'

    Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL

    [email protected]

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    10/26

    SEREMBAN 21 Dis. - Kecemerlangan pendidikan telah

    menjadi agenda utama kerajaan negeri sepanjang tahun

    ini dan ia akan terus dibangunkan pada tahun hadapan,

    sesuai dengan harapan menjadikan negeri ini sebagai

    'Lembah Ilmu' dan nadi mengeluarkan modal insan

    keperluan negara.

    Perkara ini dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri

    Mohamad Hasan dalam banyak ucapannya yang antara

    lain mahu melihat benih kecil yang disemai di peringkat

    prasekolah menjadi pohon kukuh apabila insan berkenaan

    menduduki dan menamatkan pengajian di peringkat

    universiti.

    ''Semua itu kita perlu tunjukkan kepada anak-anak kecil agar mereka boleh membuat imbasan dan mengingati

    bangunan universiti dan kolej, pusat pengajian tinggi awam dan swasta yang melata di negeri ini.

    ''Apabila mereka balik ke rumah kelak, akan wujud satu azam dalam diri mereka untuk belajar bersungguh-sungguh

    dan memasuki pusat pengajian berkenaan, sekali gus mencapai sasaran kerajaan negeri untuk menjadi

    penyumbang besar modal insan negara pada masa hadapan," katanya di sini baru-baru ini.

    Mohamad berkata, banyak usaha telah dilakukan untuk melebarkan jajahan 'Lembah Ilmu' termasuklah menyediakan

    jajaran jalan yang sempurna, selain melakukan pemasaran pendidikan bagi menjadikan kawasan Nilai, Sendayan,

    Enstek, Seremban, Port Dickson, Rembau dan Kuala Pilah sebagai zon pendidikan.

    Sebab itulah, pembinaan kampus di negeri ini memperlihatkan daya usaha tinggi sepanjang tahun ini untuk

    mewujudkan zon pendidikan bertaraf dunia.

    Bagi tujuan itu, kerajaan negeri aktif membangunkan tenaga manusia, kepesatan pertumbuhan ekonomi, pembaikan

    taraf dan kualiti kebajikan sosial, pemodenan dan reformasi sosial masyarakat, kecemerlangan budaya fikir dan

    intelektual.

    Selain itu, tumpuan juga telah diberikan kepada pembangunan teknologi dan sains serta kejayaan meningkatkan

    kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat di sini.

    ''Sambutan yang menggalakkan ini didorong oleh pelbagai faktor seperti wujudnya kemudahan infrastruktur dan

    kemudahan asas yang baik, bekalan air dan elektrik yang terjamin serta kemudahan ICT dan telekomunikasi maju,"

    kata Mohamad.

    Mohamad Hasan bersama 10 graduan cemerlang yangmengharumkan nama Negeri Sembilan selepas menerima

    insentif daripada Yayasan Negeri Sembilan pada majlisProgram Bicara Cendekia Bersama Menteri Besar di DewanKolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah baru-baru ini.

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    11/26

    Tambahnya, pelabur pendidikan kini telah melihat keistimewaan membina kampus mereka di negeri ini, apatah lagi

    kawasan Nilai, Seremban dan sebahagian Port Dickson telah pun dimasukkan dalam bandar gabungan Kuala

    Lumpur (Kuala LumpurConurbation).

    ''Ini bermakna, rancangan pembangunan yang diwujudkan di Kuala Lumpur itu akan juga tempias di kawasan yang

    dinyatakan tadi, sekali gus ia dapat membangun dengan baik sebagai hab pendidikan serantau," tegasnya.

    Ketika ini sudah banyak universiti dan kolej membuka kampus mereka di sini dan paling membanggakan Universiti

    Sains Islam Malaysia (USIM) yang menjadikan kawasan Nilai, dekat sini sebagai kampus induk mereka.

    Selain USIM, beberapa lagi universiti, pusat penyelidikan dan kolej turut dibuka iaitu Centre For Foundation Studies,

    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nilai; Inti International College, Nilai; Nilai University College, Nilai

    dan Murni Nursing College, Nilai.

    Turut dibangunkan di satu kawasan strategik di Bandar Enstek, Nilai bagi memastikan Lembah Ilmu ini benar-benar

    berimpak besar, maka diwujudkan kawasan Kompleks Pendidikan Nilai untuk membangunkan pelbagai pusat

    pengajian tinggi yang masih dalam pembinaan.

    Di kawasan kompleks inilah terdapatnya Politeknik Nilai; Institut Aminudin Baki; Kolej Tunku Kurshiah (TKC); Institut

    Pendidikan Guru Malaysia dan Pusat Latihan Bahasa Inggeris.

    Juga dibangunkan di Bandar Enstek ini ialah Cempaka Ladies School selain International University College Of

    Nursing, Bandar Seri Sendayan; PNC International College Of Nursing & Health Science, Kota Seriemas dan Kolej

    Lagenda dan Kolej Pertama, Mantin.

    Mohamad juga berkata, sepanjang tahun ini juga pelabur pendidikan yang menawarkan kursus sains, teknologi dan

    bioteknologi seperti kejuruteraan, arkitek dan perubatan amat menggalakkan.

    ''Kawasan Nilai juga dikenali sebagai Lembah Bio dan tentulah fokusnya kepada bidang perubatan dan

    farmaseutikal," katanya.

    Ujarnya, sudah terdapat beberapa syarikat berkaitan seperti Inno Biologics Sdn. Bhd. yang mengeluarkan

    'glycoproteins & antibodies' berasaskan produk biofarmaseutikal dan Institut Kanser Nilai yang memberi fokus

    rawatan dan penyelidikan kanser.

    Begitu juga Felda Argicultural Bioteknologi iaitu pusat penyelidikan bagi membangunkan tisu kultur daripada kelapa

    sawit serta Stevian Biotechnology (M) Sdn. Bhd. yang mengeluarkan produk pemanis natural yang diekstrak

    daripada daun stevia.

    ''Kerajaan negeri telah meluluskan permohonan Universiti Malaya untuk menubuhkan fakulti Sains Biologi dan

    Pertanian Moden di daerah kecil Gemas, di mana menempatkan lebih 2,000 pelajar.

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    12/26

    ''Di negeri ini juga sudah pun mempunyai banyak kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan sedang membina

    Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Perpustakaan dan Maklumat Negara, selain sedia ada Akademi Audit

    Negara," ujarnya.

    Di Rembau juga diwujudkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Latihan Perindustrian, serta Pusat

    Pembangunan Kemahiran Negeri Sembilan di Mantin, Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan dan Kolej

    Komuniti di Rembau, Jempol, Jelebu selain banyak Pusat GiatMara dan Kolej Mara Seremban serta Politeknik Port

    Dickson.

    Di sini juga terdapat Universiti Terbuka (Open University); Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) dan pusat pakar

    serta banyak lagi.

    Beberapa kolej swasta juga dibangunkan seperti Kolej Tafe Seremban; Kolej Negeri; Institut Logica; Kolej Uniti Port

    Dickson; Institut Teknologi Seremban; Institut Teknologi Putra; Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL);

    Kolej Karisma; Kolej Linton; East West College dan Institut Medical Sciences (IMM).

    Dalam sektor pendidikan agama pula, beberapa kampus dan sekolah swasta juga dibangunkan termasuklah Sekolah

    Tinggi Islam As Sofa, Rembau selain adanya usaha membawa cawangan Universiti Al Azhar kampus Malaysia di

    negeri ini.

    Jelaslah bahawa, sepanjang tahun ini agenda pendidikan dan mencari pelaburan dalam sektor ini semakin

    membuahkan hasil, ditambah pula dengan keputusan cemerlang pelajar sekolah dalam ujian kebangsaan seperti

    Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan

    Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

    Negeri Sembilan meninggalkan tahun 2010 ini dengan gagasan Lembah Ilmu yang menjadikannya sebagai

    penyumbang terbesar modal insan negara, serta menjulang kembali kegemilangan pendidikan lampau dengan

    lahirnya ramai ilmuan dan cendekiawan yang berasal dari negeri Adat Perpatih ini.

    ARKIB : 21/12/2010

    Bertawassul selepas kewafatan Nabi SAW

    Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

    SESUDAH kita menghuraikan tentang bolehnya bertawassuldengan Nabi SAW sebelum hayat Baginda SAW, mari

    pula kita melihat hukum tawassulsemasa hayatnya dan selepas wafat Baginda SAW. Untuk itu marilah kita merujuk

    kepada beberapa dalil utama yang berkaitan.

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    13/26

    Diriwayatkan daripada Uthman ibn Hunaif RA berkata: Aku mendengar, seorang lelaki buta datang kepada

    Rasulullah SAW, lalu mengadu tentang penglihatannya yang hilang. Dia berkata, "Wahai Rasulullah! "Doakanlan

    keafiatan untukku." Maka Rasulullah SAW bersabda, "Jikalau kamu mahu, aku akan lewatkannya (tidak

    mendoakannya supaya dia dapat balasannya di Akhirat) dan jikalau kamu mahu, aku akan mendoakan keafiatan

    untuk kamu." Lelaki itu menjawab "Doakanlah." Maka Baginda SAW menyuruh lelaki buta itu berwuduk dan

    memperelokkan wuduknya serta melakukan solat dua rakaat, kemudian berdoa dengan doa ini:

    "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dan bertawajjuh kepada-Mu dengan (hak) Nabi-Mu; Muhammad

    SAW; Nabi pembawa rahmat, wahai Muhammad! Sesungguhnya aku bertawajjuh denganmu kepada Tuhanmu, agar

    engkau tunaikan hajatku ini. Ya Allah! Syafaatkanlah dia untukku dan syafaatkanlah aku padanya."

    Telah berkata al-Hakim: Hadis ini adalah sohih sanadnya dan tidak dikeluarkan oleh al Bukhari dan Muslim ( Al

    Mustadrak, Jld 1, H: 519). Telah berkata al-Zahabi tentang hadis ini: Ia adalah sohih. Telah berkata al-Tirmizi di

    dalam bab-bab Berdoa di bahagian akhir kitab Sunannya: Ini ialah hadis hasan sohih gharib, kami tidak

    mengetahuinya melainkan daripada wajah ini daripada hadis Abu Ja'far, dan dia bukan al Khatmi.

    Aku berkata: Yang benarnya, Abu Ja'far ialah al Khatmi al Madani sebagaimana yang didatangkan dengan jelas di

    dalam riwayat-riwayat al-Tabrani, al-Hakim dan al-Baihaqi. Al-Tabrani menambah di dalam al Mu'jam al Soghir

    bahawa namanya ialah 'Umair ibn Yazid dan dia adalah seorang yang thiqah (dipercayai).

    Telah berkata al 'Allamah al Muhaddith Abdullah ibn Siddiq al Ghumari di dalam risalahnya Ittihaf al Azkiya': Tidak

    diterima akal, para hafiz bersatu di dalam mentashihkan hadis yang ada di dalamnya sanadnya yang majhul,

    terutamanya al-Zahabi, al-Munziri dan al-Hakim.

    Telah berkata al-Munziri: Ia juga diriwayatkan oleh al-Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah di dalam Sohihnya.(al

    Targhib wa al Tarhib pada kitab al Nawafil, bab al Targhib fi Solat al Hajah (Jld 1, H: 474).

    Kesimpulan daripada kisah yang diberikan, Uthman ibn Hunaif RA yang merupakan periwayat hadis ini dan

    menyaksikan kisah tersebut, telah mengajar orang yang mengadu kepadanya tentang kelewatan Khalifah Uthman

    RA menunaikan hajatnya doa ini yang terkandung di dalamnya tawassul dengan Nabi SAW dan seruan kepada

    Baginda SAW untuk meminta tolong dengan Baginda SAW selepas kewafatannya. Setelah lelaki itu menyangka

    bahawa hajatnya terlaksana disebabkan pemberitahuan Uthman ibn Hunaif RA kepada Khalifah RA, lekas-lekas

    Uthman ibn Hunaif RA menafikannya. Lantas beliau menceritakan kepadanya tentang peristiwa yang telah didengari

    dan dilihatnya untuk menjelaskan bahawa hajatnya diterima kerana tawassul, doa dan istighathahnya dengan

    Rasulullah SAW. Bahkan, dia menguatkan lagi hal tersebut dengan sumpahnya bahawa dia tidak memberitahu

    khalifah tentang aduan lelaki itu. Maka jelaslah bahawa ada asas yang kukuh bagi membolehkan bahkan

    menggalakkan bertawassul dengan Nabi SAW semasa hayatnya dan selepas wafat Baginda SAW.

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    14/26

    ARKIB : 14/12/2010

    Bertawassul sebelum adanya Nabi SAW

    Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI

    SEMBILAN

    MENYAMBUNG perbicaraan minggu lepas, di dalam hadis

    tawassul dengan Rasulullah SAW sebelum kewujudan

    baginda SAW, menunjukkan bahawa paksi kesahihan

    bertawassul adalah hendaklah orang yang ditawassulkan

    itu mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT

    dan tidak disyaratkan hidup di dunia.

    Daripada sini dapat diketahui, bahawa pendapat yang

    menyatakan bahawa bertawassul dengan seseorang itu

    tidak sah melainkan sewaktu hidupnya di dunia merupakan

    pendapat orang yang hanya mengikut hawa nafsu.

    Bukannya berdasarkan petunjuk daripada Allah.

    Kesimpulannya, hadis ini telah disahihkan dengan hadis-hadis yang mendukungnya, dan ia telah dinaqalkan oleh

    sekumpulan ulama besar, imam-imam ahli hadis dan para hafiznya; yang kesemuanya mempunyai kedudukan yang

    sememangnya telah makruf dan pangkat yang tinggi.

    Mereka juga adalah orang yang bersifat amanah terhadap Sunnah Nabawiyyah. Di antara mereka adalah al Hakim,

    al Suyuti, al Subki dan al Balqini.

    Selain mereka, al Baihaqi juga menaqalkan hadis ini di dalam kitabnya, Dalail al Nubuwwah; yang beliau syaratkan

    tidak meriwayatkan hadis-hadis yang mauduk (palsu atau rekaan) di dalamnya, dan seperti yang dikatakan oleh al

    Zahabi: Hendaklah kamu berpegang dengannya kerana kesemua hadis yang terkandung di dalam kitabnya

    merupakan petunjuk dan juga cahaya. (Syarah al Mawahib Jld 1, H: 62.)

    Ibnu Kathir pula menyebutnya di dalam al Bidayah. Sementara Ibnu Taimiyyah telah mendatangkan pendukung-

    pendukung hadis ini di dalam kitabnya, al Fatawa. Adapun ulama yang berselisih pendapat mengenai hadis ini.

    Sebahagiannya menolak dan sebahagian lagi menerimanya, bukanlah perkara yang ganjil kerana kebanyakan hadis

    Nabi SAW tidak dapat lari daripada berlakunya khilaf ulama.

    Malah terdapat lebih banyak daripada ini dan ia dikritik oleh pengkritik hadis dengan kritikan yang lebih hebat

    daripada hadis ini.

    Umat Islam mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah untuk

    beribadat mengambil berkat wafat dan disemadikan Nabi SAWdi situ.

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    15/26

    Disebabkan perkara tersebut, lahirlah kitab-kitab karangan yang besar ini. Di dalamnya terdapat istidlalat (tunjuk

    dalil), taaqqubat (menerangkan yang salah dan yang betul), murajaat (munaqasyah) dan muakhazat (penerangan

    mengenai perselisihan dalam menentukan darjat hadis).

    Namun, perselisihan pendapat dalam sudut darjat sesuatu hadis tidaklah sampai melemparkan tuduhan syirik, kufur,

    sesat atau terkeluar daripada iman. Hadis ini termasuk dalam kelompok hadis-hadis tersebut.

    ARKIB : 07/12/2010

    Dalil tentang bertawassul

    Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

    SETELAH melihat asas-asas kefahaman tentang tawassulatau mengambil wasilah di minggu lepas, kita

    menyambung pula dengan meninjau dalil-dalil yang membolehkan tawassul.

    Di antara dalil utama adalah firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan

    carilah wasilah yang boleh menyampaikan kepada-Nya. (al-Maaidah: 35)

    Wasilah dalam ayat ini adalah semua yang dijadikan oleh Allah sebagai sebab untuk mendekatkan diri di sisi-Nya

    dan penghubung atau penyampai kepada terlaksananya segala hajat daripada-Nya.

    Paksi dalam perkara ini, hendaklah orang yang diwasilahkan itu mempunyai kedudukan dan kemuliaan di sisi Allah.

    Lafaz wasilah dalam ayat ini berbentuk umum. Sebagaimana yang dapat dilihat, ia meliputi bertawassuldengan zat-

    zat yang mulia daripada kalangan para nabi dan orang-orang soleh; sama ada ketika mereka hidup atau pun setelah

    mati, dan juga dengan mengamalkan amalan-amalan soleh mengikut sebagaimana suruhan-Nya, dan bertawassul

    dengannya setelah melakukannya.

    Seterusnya, kita akan meninjau hadis-hadis dan athar-athar yang akan membuka kepada kita maksud ayat yang

    umum ini dengan jelas. Maka dengarilah dan kita akan menjadi saksi terhadap kebenarannya.

    Kita akan lihat, bahawa telah thabit hukum bertawassuldengan Baginda SAW; sebelum dan selepas kewujudannya

    di dunia, selepas kewafatannya di alam barzakh, dan selepas kebangkitannya di Padang Mahsyar pada hari kiamat

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    16/26

    ARKIB : 30/11/2010

    Kefahaman tentang tawassul

    Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

    Di antara isu yang banyak menimbulkan salah faham dan membuka pintu tuduhan sesat sesama Islam adalah isu

    tawassul. Oleh yang demikian, bermula minggu ini kami akan menjelaskan kefahaman tawassul yang sahih pada

    penelitian kami.

    Berikut adalah premis ataupun asas pendirian kami dalam isu ini:

    1. Tawassul adalah salah satu daripada cara berdoa dan pintu untuk bertawajjuh (menghadapkan sesuatu

    permintaan) kepada Allah SWT kerana tujuan asal tawassul yang sebenar ialah Allah SWT.

    Orang yang dijadikan sebagai tempat bertawassul hanyalah sebagai wasitah (perantara) dan wasilah (jalan) untuk

    mendekatkan diri kepada Allah SWT. Justeru, sesiapa yang tidak beriktikad sedemikian adalah syirik.

    2. Orang yang bertawassul tidak bertawassul dengan wasilah ini melainkan kerana perasaan kasihnya terhadap

    wasilah tersebut dan kepercayaannya bahawa Allah SWT mengasihi wasilah tersebut.

    Sekiranya tidak, sudah pasti orang yang bertawassul itu akan menjadi orang yang paling berusaha menjauhi dirinya

    daripada wasilah tersebut dan paling membencinya.

    3. Sekiranya orang yang bertawassul beriktikad bahawa orang yang dijadikan perantaraan itu boleh mendatangkanmanfaat dan mudarat dengan sendiri, seumpama Allah SWT, maka dia telah mensyirikkan Allah.

    4. Amalan bertawassul bukanlah perkara yang lazim atau wajib. Termakbulnya permintaan seseorang itu tidak

    terhenti kepada amalan ini, bahkan asalnya ialah dia berdoa kepada Allah secara mutlak.

    Ia sebagaimana firman Allah SWT: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka

    (beritahu kepada mereka), "Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka)". (al-Baqarah: 186)

    Tawassul yang disepakati ulama

    Tidak seorang pun dari kalangan kaum Muslimin yang berselisih pendapat mengenai pensyariatan tawassul kepada

    Allah melalui amalan-amalan soleh.

    Maka orang yang berpuasa, mengerjakan solat, membaca al-Quran atau pun bersedekah, mereka bertawassul

    dengan amalan puasa, solat, bacaan al Quran dan sedekah yang mereka lakukan.

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    17/26

    Bahkan, ia adalah amalan yang paling diharapkan untuk termakbulnya suatu hajat dan sebesar-besar amalan untuk

    tercapainya apa yang dihajati, tanpa diperselisihkan oleh mana-mana pihak.

    Dalilnya, hadis mengenai tiga orang pemuda yang terperangkap di dalam gua.

    Salah seorang daripada mereka bertawassul dengan kebajikan yang dilakukan kepada kedua ibu bapanya.

    Pemuda yang kedua, bertawassul dengan perbuatannya menjauhi perbuatan yang keji yang mampu dilakukannya

    pada waktu tersebut.

    Sementara itu, pemuda yang ketiga, bertawassul dengan sifat amanah dan penjagaannya terhadap harta orang lain

    serta kejayaannya menunaikan tanggungjawab tersebut dengan sempurna. Maka Allah melepaskan mereka

    daripada kesusahan yang mereka hadapi.

    Jenis tawassul ini telah diperinci dan diterangkan dalil-dalilnya (keharusannya) serta ditahqiq permasalahannya oleh

    Sheikh Ibnu Taimiyyah di dalam kitab-kitabnya, khususnya di dalam risalahnya yang bertajuk: Qa'idah Jalilah fi al

    Tawassul wa al Wasilah (Kaedah yang Besar dalam Bertawassul dan Wasilah).

    ARKIB : 03/12/2010

    D

    aQwaH lahirkan pewaris nabi

    Oleh Ainol Amriz Ismail

    SUATU perkembangan positif yang dapat dilihat dalam

    masyarakat kita mutakhir ini adalah peningkatan minat

    yang ketara terhadap al-Quran. Terutamanya aspek

    hafalan, tajwid, tarannum dan bahasa Arab sebagai

    bahasa al-Quran.

    Kecenderungan itu sedikit sebanyak disemarakkan lagi

    dengan pengaruh pelbagai program-program berkaitan al-

    Quran di media elektronik.

    Antara kesan sampingan fenomena itu ialah muncul dan

    suburnya institusi tahfiz dan ilmu-ilmu al-Quran selari

    Pelajar-pelajar meluangkan masa membaca ayat suci al-Qurandi Darul Quran wal Hadith yang terletak di Taman Tun Abdul

    Razak, Ampang, Selangor.

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    18/26

    dengan permintaan yang semakin bertambah.

    Dengan latar itu, kemunculan Darul Quran wal Hadith (DaQwaH), mungkin mudah disalahertikan sebagai sekadar

    menambah satu lagi pusat tahfiz biasa, tiada bezanya dengan institusi tahfiz yang lain.

    Namun, apabila kita berpeluang mendampingi lebih akrab dengan DaQwaH, ternyata sangkaan itu meleset.

    Sebabnya, institusi tersebut merupakan satu usaha Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) dan Masjid Darul Ehsan

    Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Selangor untuk melahirkan kader ilmu yang cemerlang dalam al-Quran dan

    hadis.

    Misi DaQwaH jelas, iaitu untuk melahirkan para pelapis ulama yang merupakan pewaris para ambia seperti maksud

    salah satu sabda baginda SAW.

    Oleh kerana itu, DaQwaH tidak hanya memfokuskan kepada agenda hafazan al-Quran tetapi turut

    menggandingkannya dengan hafazan dan penguasaan hadis, regu kembar al-Quran sebagai sumber dan asas

    agama Islam.

    Maka tidak hairanlah nama DaQwaH itu sendiri memberi mesej yang jelas tentang komitmen terhadap penguasaan

    hadis dan ilmu-ilmu berkaitannya.

    Selain itu, di DaQwaH, penekanan secukupnya turut diberi terhadap pelbagai ilmu-ilmu Islam lain yang perlu dikuasai

    oleh seseorang yang mahu benar-benar mencapai martabat ulama pewaris Nabi SAW.

    Sesiapapun boleh mendakwa bahawa mereka mahu melahirkan para pelapis ulama, tetapi dalam kes DaQwaH, kita

    boleh meletakkan lebih keyakinan bahawa ia bukan hanya gimik dan angan-angan kosong apabila mengenali tokoh

    utama di balik tabir DaQwaH.

    Pastinya, tokoh utama yang mencetuskan idea serta bersungguh-sungguh menjelmakan DaQwaH ialah Sheikh

    Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki al-Ahmadi.

    Beliau ialah tokoh ulama muda lulusan di bidang syariah daripada Universiti al-Azhar, Mesir.

    Beliau turut mendapat perakuan sekian ramai gurunya daripada kalangan para ulama dunia Islam.

    Pengerusi Lembaga Pengelola DaQwaH, Dr. Yusri Mohamad berkata, pelajar DaQwaH akan menyelesaikan hafalan

    al-Quran dalam peringkat tiga tahun pertama yang digelar Idadiy (persediaan).

    Di tahap ini mereka juga akan dilatih untuk menguasai teks-teks asasi (matan) ilmu-ilmu Islam yang utama seperti

    bahasa Arab, Tajwid, Tafsir, Fiqh, Tasauf, Pengajian Hadis Bersanad, Mustalah Hadis, Sirah dan seumpamanya.

    Pada tahap kedua (Thanawi) selama dua tahun pula, para pelajar akan mula dilatih menguasai ilmu hadis dengan

    lebih intensif selain mengulangkaji hafalan al-Quran serta mempelajari teks-teks klasik ilmu-ilmu Islam yang lain.

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    19/26

    Mereka akan dipecahkan kepada dua aliran iaitu al-Quran dan hadis, katanya ketika ditemui Mega di Seremban,

    baru-baru ini.

    Tambah Yusri, apabila pelajar ini menamatkan pengajian, lulusan DaQwaH aliran hadis, insya-Allah turut menghafaz

    al-Quran dan kitab hadis Riyadh al-Solehin (hampir 2,000 hadis) serta mengkhatamkan pembacaan kitab Sahih

    Bukhari.

    Lulusan aliran al-Quran pula dimestikan menghafaz al-Quran, mengkhatamkan pengajian kitab Tafsir al-Jalalayn

    dan menghafal kitab hadis Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah (hampir 300 hadis), katanya.

    ARKIB : 24/02/2011

    'Baulu Kemboja' bawa sinar hidup Ruzita

    Oleh HAMIZUL ABDUL HAMID

    APAKAH yang perlu dilakukan oleh seorang isteri kala

    suaminya menderita kesakitan? Pihak hospital

    mengesahkan usus besar suami harus dipotong. Pada

    masa yang sama, perbelanjaan keluarga, rumah sewa,yuran sekolah dan segala keperluan lain terus mendesak.

    Itulah secebis kisah kesempitan hidup Ruzita Ismail, 32,

    dan suaminya, Azman Ali, 40, yang bakal mengisi ruangan

    Jejak Asnafkali ini.

    Kata Ruzita, peristiwa itu berlaku pada tahun 2006.

    Suaminya disahkan mengidap ketumbuhan di usus besar dan doktor meminta bahagian yang dijangkiti itu dipotong.

    "Sebelum itu, suami saya adalah pemandu bas kontrak dengan gaji kira-kira RM1,500 sebulan. Ditambah pelbagaimasalah lain, beliau terpaksa berhenti kerja.

    "Bayangkanlah, sebagai suri rumah sepenuh masa kami tidak mempunyai pendapatan lain bagi menyara keluarga.

    Mujurlah keluarga suami ada juga sedikit-sebanyak membantu. Namun, kehidupan amat rumit. Sukar rasanya

    mengenangkan saat itu," katanya.

    RUZITA Ismail dan Azman Ali tekad memasarkan kuih baulu

    Kemboja mereka ke luar daerah Sabak Bernam.

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    20/26

    Ibu muda itu terdiam seketika. Rona wajahnya kembali mengenang kisah silam saat hidup mereka sekeluarga

    dirundung kelam.

    "Bayangkan, sewa rumah sudah tertunggak hampir setahun lamanya. Yuran tadika anak pun saya tidak mampu

    jelaskan. Kami terpaksa meminjam daripada kawan-kawan bagi membayar bil elektrik dan air, jika tidak semuanya

    akan dipotong.

    "Saat itu, saya selalu menangis mengenang kesusahan diri dan keluarga. Tidak pernah saya bayangkan, kami akan

    melalui kegetiran sehebat itu," katanya sayu.

    Azman yang berada di sisi kala wawancara hanya mendengar isterinya berkisah tentang kenangan itu. Setelah

    menjalani pembedahan, Azman tidak mampu melakukan kerja-kerja berat, kerana bimbang boleh menjejaskan kesan

    luka di ususnya. Semuanya menambah parah, kerana beliau adalah nadi kepada keluarganya.

    Menurut Ruzita, mujurlah pada tahun 2006 itu juga, mereka didatangi pihak jawatankuasa masjid berdekatan yang

    dapat menghidu kesusahan lantas membuat bancian dan siasatan.

    "Akhirnya, kami didaftarkan sebagai asnaf zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Bermula dari saat itulah, sinar

    kebahagiaan mulai memancar kembali dalam hidup kami sekeluarga.

    "LZS banyak memberikan bantuan yang tidak kami jangkakan. Misalnya, rumah kami sekarang ini adalah hasil

    bantuan LZS. Cukup memuaskan, dengan tiga bilik dan siap dengan kemudahan elektrik dan air. Dapatlah kami

    enam beranak tidur dengan selesa tanpa memikirkan sewa lagi," jelasnya.

    Penulis terpandangkan kelengkapan membuat kuih baulu Kemboja yang tersedia di sudut rumahnya. Ada dua mesin

    pengadun dan sebuah ketuhar pembakar yang agak besar.

    "Ketuhar dan mesin ini pun saya dapat daripada pihak LZS di bawah Skim Bantuan Modal. Saya memang berhasrat

    menjalankan perniagaan.

    "Alhamdulillah, pihak LZS telah membantu saya memenuhi impian itu. Di samping LZS, pihak kerajaan juga ada

    memberikan bantuan tambahan," katanya penuh semangat.

    Sebuah lagi mesin pengadun dan sebuah ketuhar yang lebih besar sudah pun disumbangkan oleh pihak kerajaan.

    Kini, pasangan itu bercadang menambah sedikit lagi binaan di tepi rumah untuk menempatkan segala kelengkapan

    membuat kuih.

    "Lagipun, tidak selesa rasanya berkongsi ruangan dengan mesin. Nanti jika sudah ada bengkel, mudahlah jika LZS

    nak membawa orang datang melawat," tambah Ruzita.

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    21/26

    Kini kehidupan Ruzita dan suaminya Azman, bersama empat orang anak mereka, Adzwin, 11; Fauzan, 9; Fauzul, 7

    dan Faizul, 5, kian teratur.

    Ada senyuman yang menghiasi wajah mereka. Senyuman itu pastinya terbit daripada sebuah kegembiraan yang

    bukan rekaan.

    Kini, keluarga itu disantuni dengan wang zakat dalam pelbagai bentuk. Mereka diberi bantuan hari raya, bantuan

    bulanan dan anak-anak mereka diberi bantuan persekolahan setiap tahun. Rumah mereka pula dibina pada tahun

    2009 dengan kos RM38,000 oleh LZS. Modal bagi memulakan perniagaan pula berjumlah RM5,000.

    "Kini, kuih baulu kami sudah menembusi pasaran di merata tempat. Bagi daerah Sungai Besar ini sahaja, ada 44

    kedai yang menjadi pelanggan tetap kami.

    "Hitung panjang, setiap bulan kami mengeluarkan sejumlah 2,400 keping baulu Kemboja dengan harga pasaran

    RM3 setiap satu. Tetapi bagi pengedar, adalah keistimewaannya.

    "Insya-Allah, kami dalam proses menambahkan lagi rangkaian pengedar. Sambutan memang positif. Tak menang

    tangan kami berdua," katanya.

    Menjelang hari raya, kata Ruzita, tempahan akan meningkat sekali ganda. Bahkan ada orang menjadikan produk

    mereka sebagai oleh-oleh kenduri kahwin.

    "Mereka kata, produk kami berbeza. Mungkin kerana resipi saya memang istimewa berbanding baulu Kemboja yang

    lain," tambahnya.

    Hari ini, Ruzita dan Azman boleh tersenyum bangga dengan titik peluh mereka. Pendapatan mereka juga kian

    meningkat. Tidak mustahil dalam tahun ini, mereka sudah terkeluar daripada senarai asnaf di LZS.

    "Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembayar zakat. Teruskanlah membayar

    zakat kerana terbukti sudah, LZS benar-benar mengotakan amanahnya membela ummah," kata Ruzita.

    Jika ada pembaca yang menempah atau menjadi pengedar kuih Baulu Kemboja keluaran Ruzita Ismail, sila hubungi

    beliau di talian 013-3109337.

    ARKIB : 24/02/2011

    Jalan hidayah Catherine Heseltine

    Susunan ZUARIDA MOHYIN

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    22/26

    ADAKAH aku ingin menjadi seorang Muslim? Lebih-lebih

    lagi, pada usiaku 16 tahun. Tidak sama sekali dan terima

    kasih sahajalah. Manakan aku sanggup meninggalkan

    nikmat dunia yang dikecapi selepas ini.

    "Agamaku adalah minum-minum, berparti sepanjang

    malam, malah aku selesa dengan teman-temanku yang

    ada."

    Itu pengakuan Catherine Heseltine sambil menggeleng-

    geleng kepala kepada soalan yang dianggap tidak masuk

    akal itu.

    Dibesarkan di Chelsea, utara London, Catherine, 32, tidak pernah mengamalkan mana-mana agama pun di

    rumahnya. Apatah lagi kehidupannya lebih kepada lingkungan kelas menengah terpelajar menyebabkan agama

    dalam keluarganya adalah dianggap sesuatu yang kuno atau ketinggalan zaman serta tidak relevan.

    Hingga pada suatu hari, guru tadika itu bertemu seorang pemuda bernama Syed. Pemuda itu, akui Catherine,

    berbeza dengan kebanyakan lelaki yang dikenalinya.

    "Dia mencabar segala prasangka saya terhadap agama. Orangnya masih muda, seorang Muslim, seorang yang

    sangat percaya kepada Tuhan dan yang paling saya tidak berkenan, dia juga seorang yang normal atau dia sama

    seperti pemuda-pemuda seusianya.

    "Yang membezakan Syed dengan pemuda-pemuda Inggeris lain ialah dia tidak langsung minum minuman keras,"

    katanya.

    Bagi Catherine, perbincangan dengan Syed banyak membuatnya sering seperti ditampar.

    Menurut Syed, seorang yang berpegang dengan fahaman agnotisme juga menyedari bahawa tanpa pegangan

    agama itu juga sebenarnya satu pegangan atau keyakinan.

    Agnotisme adalah orang yang berpendapat atau berpendirian bahawa hanya sesuatu yang berupa kebendaan

    sahaja yang boleh diketahui manakala pengetahuan tentang Tuhan dan segala yang abstrak tidak mungkin.

    Setahun kemudian, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Dalam diam-diam, Catherine jatuh hati kepada Syed dan

    Islam. Yang peliknya, dia sendiri tidak tahu yang mana datang dahulu sama ada kepada Islam ataupun Syed.

    Yang jelas, dia semakin tekun membaca buku-buku berkaitan Islam.

    Pasanganbahagia Catherine Heseltine dan Muhammad Ali.

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    23/26

    Apa yang paling menarik perhatian Catherine daripada semua bahan bacaan itu?

    "Al-Quran. Kitab ini sangat menarik dari sisi intelektual, sisi emosional dan spiritual. Saya menyukai penjelasannya

    tentang kewujudan alam semesta yang dikesan sejak 1,500 tahun yang lalu.

    "Malah, Islam telah memberikan hak-hak kepada wanita yang tidak dimiliki di dunia Barat. Saya makin yakin bahawa

    al-Quran itu adalah betul-betul sebuah wahyu," kata hatinya.

    Namun, untuk menyatakan keislaman diri, dia masih belum sanggup.

    Baginya, pengislaman diri bukan sekadar melakukan syahadah atau demi mendapatkan apa yang diinginkan.

    Dalam konteks Catherine, apa yang berpusing di mindanya ialah untuk mendapatkan Syed sebagai suaminya.

    "Agama ini benar-benarcool. Tapi selama tiga tahun saya menyimpan minat dalam Islam untuk diri sendiri," ujarnya.

    Tidak lama kemudian, timbul keberanian untuk mengucap dua kalimah syahadah ketika berada di tahun pertama

    kuliah.

    Pada tahun yang sama juga, atas alasan tidak mahu membina hubungan cinta yang panjang, mereka bersetuju

    menamatkan zaman bujang dengan melangsungkan pernikahan agar bergelar suami isteri di segi syariat Islam.

    "Reaksi awal ibu, dia mempersoalkan tidakkah kami sekadar hidup bersama tanpa perlu bernikah? Ini salah satu

    tanda hatinya agak berat merestui perhubungan itu," kata Catherine.

    Bagi ibunya, rumah tangga Muslim adalah rumah tangga yang banyak menindas kaum isteri.

    Pada awal pengislaman, Catherine tidak terus memakai tudung, cuma pada acara-acara keagamaan sahaja. Namun

    dalam rutin kehidupan seharian, dia lebih selesa mengenakan bandana atau sekadar bertopi untuk menutupi

    rambutnya.

    Alasannya, dia sengaja tampil demikian untuk menarik perhatian, waima ketika berada di rumah, sedang menikmati

    hidangan, membeli-belah, ataupun sewaktu berada di luar rumah. Kalau orang bertanya, maka akan mudah baginya

    untuk bercerita tentang Islam.

    Beliau mahu orang ramai dapat mengadaptasikan ajaran Islam secara berperingkat-peringkat.

    "Saya juga mahu mereka menghakimi diri saya pertamanya dari sudut kecerdasan dan karakter, bukan pada agama

    saya. Inilah yang saya maksudkan sebagai syiar," katanya.

    Ramai yang beranggapan pengislaman Catherine hanya untuk menggembirakan keluarga suami tetapi bukan atas

    kerelaan, keikhlasan dan kepercayaan diri sendiri.

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    24/26

    Tidak terkecuali juga kalangan teman-temannya termasuk ada yang terkejut bahawa Islam mengharamkan arak,

    menyalahgunakan dadah dan tidak menggauli lelaki secara bebas.

    Hal ini mengambil masa terutamanya kepada kawan-kawan lelaki di universiti seperti tidak boleh bercium atau

    mengucapkan salam dengan menyentuh pipi dan banyak lagi.

    "Saya terpaksa memberitahu mereka, minta maaf ini bukan cara orang Islam.

    "Lama-kelamaan, saya sebenarnya beralih menjadi seorang yang lebih Islamik daripada suami. Hal ini menyebabkan

    hubungan kami semakin renggang.

    "Pada akhirnya, hati saya kuat mengatakan tanggungjawab suami dalam rumah tangga semakin berat dipikul

    olehnya dan krisis ini berlanjutan sehingga kami semakin menjauh dan kian terasing. Jodoh kami cuma bertahan

    selama tujuh tahun.

    "Selepas berstatus janda, saya pindah ke rumah keluarga. Ramai yang pelik apabila mereka lihat saya masih lagi

    bertudung. Sejak itu, dalam situasi ditinggalkan sendirian, menjadikan keyakinan dan keimanan saya semakin kuat.

    Saya mula mencari kekuatan diri sebagai seorang Muslim dan mula berdikari," katanya.

    Catherine akui, Islam banyak memberikannya petunjuk dan hala tuju dalam hidup ini. Dia mula melibatkan diri

    dengan Muslim Public Affairs Committee. Beliau mengetuai kempen-kempen anti-Islamophobia, diskriminasi

    terhadap wanita di masjid, kemiskinan dan situasi serta perjuangan rakyat Palestin.

    "Apabila segelintir pihak memanggil kami kumpulan pelampau, saya rasa itu sesuatu yang tidak masuk akal.

    Hakikatnya, terdapat terlalu banyak masalah dalam komuniti Muslim, tetapi apabila orang ramai rasa dikepung, ia

    menjadikan jalan perubahan itu semakin berliku dan sukar.

    "Saya masih sebahagian masyarakat kulit putih di Britain tetapi saya beragama Islam. Sebenarnya, ia mengambil

    masa juga untuk saya menyesuaikan dua identiti itu agar serasi berganding," katanya

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    25/26

    Bertawassul dengan makam Nabi SAW

    Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

    PADA minggu ini kita melihat pula perbuatan para sahabat yang bertawassuldengan makam

    Nabi SAW. Perbuatan mereka ini boleh dijadikan sandaran bahawa ia bukanlah suatu kesalahandan menjernihkan lagi kefahaman kita tentang tawassul ini.

    Berkata al-Imam al-Hafiz al-Darimi di dalam kitabnya al-Sunan, bab kemuliaan yang

    dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW selepas kewafatannya: Pada suatu masa,penduduk Madinah ditimpa kemarau yang dahsyat. Maka mereka mengadu kepada Sayyidah

    Aisyah RA, lalu Sayyidah Aisyah RA berkata, "Perhatikanlah makam Rasulullah SAW. Makabuatlah sebuah tingkap menghadap ke arah langit hingga tiada satu atap yang menghalang di

    antara maqamnya dengan langit."

    Aus ibnu Abdullah berkata: "Maka mereka pun membuat tingkap tersebut. Lalu selepas itu, kami

    diturunkan hujan hingga rumput-rumput tumbuh dengan subur dan unta-unta menjadi gemuk,(seolah-olah) badannya pecah kerana banyaknya lemak. Maka tahun itu dinamakan Tahun al-

    Fatq (binatang gemuk dan berlemak) (Sunan al-Darimi Jld 1, H: 43)."

    Inilah yang dinamakan bertawassuldengan makam baginda SAW. Bukan kerana ia adalah kubursemata-mata tetapi kerana di dalamnya disemadikan jasad makhluk yang paling mulia dan

    kekasih Tuhan semesta alam. Maka ia mendapat kemuliaan kerana berhampiran dengan BagindaSAW dan layaklah ia mendapat kedudukan yang mulia.

    Jika dikaji sanad hadis ini maka kita dapati ia tidak mengapa (untuk digunakan). Bahkan di sisi

    saya, sanadnya adalah amat baik. Ia telah diterima baik oleh ulama dan mereka telah menjadikan

    sanad seperti ini sebagai pendukung kepada hadis yang lain, bahkan dengan sanad yangmempunyai kriteria yang lebih rendah daripada itu.

    Sebahagian ulama berkata bahawa atharini mauquf(terhenti atau disandarkan) kepada Aisyah,

    dan beliau adalah seorang sahabat, sedangkan perbuatan sahabat tidak boleh dijadikan sebagaihujah.

    Jawapannya ialah, sekalipun bertawassuldengan makam Rasulullah SAW hanyalah lahir

    daripada idea Aisyah, namun beliau adalah seorang yang terkenal dengan keluasan dan kesaratanilmunya dan beliau melakukan perbuatan tersebut di Madinah, di tengah-tengah ulama yang

    terdiri daripada sahabat yang hebat.

    Kisah ini sudah cukup bagi kami menjadikan dalil bahawa Sayyidah Aisyah, Ummul Mukminin

    mengetahui bahawa Rasulullah SAW tetap mengasihi dan memberikan pertolongan kepadaumatnya selepas kewafatannya. Orang yang menziarahinya dan memohon syafaat dengannya

    pasti akan diberikan syafaat sebagaimana yang dilakukan oleh Ummul Mukminin.

    Perbuatannya ini tidak termasuk di dalam kategori amalan syirik atau salah satu jalan menujukesyirikan sebagaimana anggapan salah golongan yang mempermudahkan urusan mengkafirkan

  • 8/7/2019 yayasan sofa

    26/26

    dan menyesatkan orang lain. Sesungguhnya Aisyah dan orang yang menyaksikannya bukanlahorang yang buta dan jahil tentang kesyirikan.

    Kisah ini membatalkan hujah mereka yang suka mengkafirkan dan menyesatkan golongan yang

    mengharuskan bertawassuldengan Nabi SAW selepas kewafatannya. Kisah ini telah

    menegaskan bahawa Nabi SAW tetap mengambil berat dan prihatin tentang keadaan umatnya didalam maqamnya sekalipun telah wafat. Telah diriwayatkan bahawa Sayyidah 'Aisyah RApernah berkata:

    "Pada suatu ketika, aku masuk ke dalam rumahku yang terdapat makam Rasulullah SAW dan

    ayahandaku di dalamnya dan aku tidak menutup auratku di situ, dan aku berkata tidak mengapakerana yang ada hanyalah suami dan ayahandaku.

    "Setelah Umar ibn al Khattab dikebumikan di samping makam Rasulullah SAW danayahandaku, maka demi Allah aku tidak pernah masuk ke dalamnya melainkan dalam keadaan

    menutup aurat kerana malu dengan Umar RA." (riwayat Ahmad, al-Hakim dalam al-Mustadrak,

    al-Haithami mengatakan dalam Majma' al-Zawaidbahawa rijalnya sahih).

    Aisyah tidak melakukan suatu perkara yang batil. Tetapi dia mengetahui bahawa Nabi SAW dan

    kedua orang temannya mengetahui siapakah insan yang berada di sisi kubur merek