y. bhg. brig. jen. dato’ prof.dr. kamarudin hussinunimap edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai...

20

Upload: buidan

Post on 13-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun
Page 2: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

PenaungY. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSIN

Naib Canselor Unimap

PenasihatENCIK RAZLI AHMAD

Penolong Naib Canselor Jhepa

PengerusiEN. ABD. AZIZ MOHD NAJIMUDIN

Ketua Penolong Pendaftar

Penolong Ketua EditorCIK SITI SHARINA BT MOHD SHUKRI

EditorPN. MASHITOH ABU

PN. SAYANG NURSHAHRIZLEEN RAMLANEN. MOHD IZWAN IZHAR HARISPN. WAN SANIAH WAN YAHYA

CIK AIZATUL AKMA WANI ARIFFINCIK NORSYAZWANI MOHD RADZIPN. NYAK MADZURA MD. FAZILAH

PN. NUR AIMI MUSLIMPN. NOORA MD. YUSOFF

EN. MOHAMAD HAFIZ MOHAMAD SHOKRIEN. MOHD HAKAM HASSAN

EN. AZFARDON ZULKAMAL AZMI

Grafik & FotoEN. AMIR EFFENDY CIK AZIEDA AZIZAN

PN. SITI KASMAH AB. LATIFF

PengedaranEN. YUSRI IDRIS

EN. HAFIFI BIN HAMDAN

03

04

05

06

07

08

08

09

10

12

13

14

15

16

16

17

18

20

20

20

Setitis Tinta

Personaliti HEPA

2012 International Youth Invention Exhibition (IYIE)

Khidmat Seni Budaya Bersama Anak Kampung Wang Tok Rendong

Kursus Pra Kepimpinan

Majlis Simbolik Penyerahan Baucar Buku RM200

Bengkel Penyelidikan Berkesan Sekolah Berasrama Penuh

Karnival Kerjaya 2011

i-ENVEX, Medan Penyelidik Muda Pamerkan Bakat Inovasi

Program Integrasi Erat dan Khidmat Masyarakat UTEM - UniMAP

Taklimat Bimbingan Kerjaya 2012

Program Aman Kampus

Taklimat Kesedaran Membayar Balik Pembiayaan PTPTN

Hari Bertemu Pelanggan Unit Pinjaman Dan Kebajikan Pelajar UniMAP

Tabung Amanah Khas & Tabung Amanah Zakat UniMAP 2012

Lawatan Ke Rumah Anak Yatim & Miskin Daerah Baling

Santapan Minda : Kisah Tiga Budak Hitam

Sekalung Tahniah

Tahniah Diatas PerkhidmatanCemerlang

New Born

Page 3: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

3BULETIN HEPA

Edisi 11

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Sesungguhnya segala puji bagi Allah (s.w.t) Tuhan sekalian alam. Marilah kita bersama-sama mengucapkan rasa syukur yang menggunung kepada Allah (s.w.t) kerana lautan nikmat zahir dan batin yang dianugerahkan-Nya kepada kita sepanjang detik hayat yang masih disambungkan-Nya.

Tahun-tahun yang berlalu ialah tahun yang istimewa bagi kita semua. Tiada tahun yang meninggalkan kita tanpa peningkatan pencapaian dalam aspek-aspek yang menjadi misi penubuhanan universiti ini. Tahun ini menjadi bertambah istimewa kerana kita menyambut ulangtahun UniMAP yang ke-10. Telah sedekad kita bersama-sama menciptakan kegemilangan universiti awam yang ke-17 ini.

Bermula dengan penubuhan kampus sementara di Kubang Gajah sehingga mempunya kampus tetap di Pauh Putra telah menyemarakkan rasa gembira yang tidak terhingga dalam diri saya. Bermula dengan kampus sementara Kubang Gajah, sehingga kini kita memiliki kampus tetap; Kampus Alam di Pauh Putra, Kampus Hijau di Sungai Chuchuh yang sedang giat dibangunkan; dan Kampus Kota di sekitar Bandar Kangar.

Sejajar dengan perkembangan, dan pembangunan kampus UniMAP. Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni(JHEPA) ingin menjadi penyumbang kepada kemajuan tersebut dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan pelajar. Semuanya adalah untuk memberi nilai tambah kepada kehidupan mereka di Kampus di samping tanggungjawab asas mereka sebagai pelajar yang mengejar prestasi akademik. Jabatan Hal Ehwal Pelajar akan terus menjadi pemain utama mengembangkan bakat dan kebolehan pelajar dalam semua bidang serta akan terus komited memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat Universiti untuk menghasilkan graduan yang berbakat istimewa. Beberapa program yang telah dianjurkan dan disertai oleh pelajar UniMAP telah memberikan hasil yang sangat membanggakan dengan menggondol pelbagai pingat dan pengiktirafan samada dalam dan luar Negara. Semua ini dicapai melalui sumbangan pelbagai pihak samada kakitangan di HEPA sendiri dan juga daripada PTJ lain di UniMAP. Semangat berpasukan telah memberikan hasil yang membanggakan.

Akhir kalam, sebelum mengundur diri saya merakamkan setingi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada sidang redaksi kerana berkat kesungguhan yang terpadu daripada idea yang kreatif, serta iltizam yang tinggi merialisasikan misi dan visi universiti untuk melahirkan Siswazah yang Berintegriti dan Berbakat Istimewa.

Encik Razli Bin AhmadPenolong Naib Canselor (HEPA)Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

3BULETIN HEPA

Edisi 11

Page 4: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

4 BULETIN HEPA

Edisi 11

Beliau mendapat pendidikan awal di SK BandarTemerloh, Temerloh, Pahang (darjah 1-2), SRK Sultan Abu Bakar, Mentakab, Pahang (darjah 3) dan SK Douglas, Ipoh, Perak (darjah 4-6). Pada Beliau bersekolah di SMK Dato’ Megat Khas, Ipoh, Perak (tingkatan 1-3) dan menamatkan alam persekolahan di MRSM, Beseri, Perlis (tingkatan 4-5) pada tahun 1990.

Selepas menamatkan pelajaran di tingkatan lima, pada tahun 1991 beliau menyambungkan pelajaran di Pusat Matrikulasi, MRSM Kulim dan USM pada tahun 1991 sehingga 1993. Seterusnya beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam jurusan Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM pada tahun 1993. Sebaik sahaja tamat pengajian di USM, beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun sehingga tahun 2002. Berbekalkan kelulusan dalam bidang seni bina, beliau menimba pengalaman sebagai pelukis pelan, mereka bentuk bangunan, membantu pengurusan projek binaan, penyeliaan tapak projek dan pengurusan bangunan. Antara projek yang melibatkan beliau ialah pembinaan Kampus UitM Permatang Pauh, Projek Perumahan Bertam dan Kampus Kejuruteraan, USM Nibong Tebal.

Pada 10 April 2002, Beliau mendapat tawaran jawatan sebagai Pegawai Tadbir (N41) di UniMAP. Beliau memulakan tugas di UniMAP pada 14 April 2002 di Jabatan Pendaftar dan membantu Y.Bhg. Naib Canselor UniMAP secara rapat membangunkan prasarana dan kemudahan UniMAP. Seterusnya bersama rakan-rakan baru UniMAP,beliau membangunkan Jabatan Pembangunan. Antara tugas harian beliau kini adalah mengawasi kewangan jabatan, Unit Pengangkutan, kontrak kebersihan dan cucian bangunan dan terlibat secara langsung dengan aktiviti-aktiviti dan majlis-majlis rasmi university (AJK Fizikal dan Pengangkutan) seperti konvokesyen, pendaftaran mahasiswa baru, sukan dan bulan kemerdekaan.

Beliau juga aktif dalam bidang sukan di peringkat universiti. Beliau merupakan pemain dan pengurus bolong tenpin universiti dan AJK bola sepak UniMAP FT. beliau pernah menjadi Pengurus Rumah Kuning untuk sukan olahraga Universiti pada tahun 2007.

Sebagai menghargai perkhidmatan beliau di UniMAP, beliau dianugerahi beberapa anugerah, antaranya Anugerah Khas Staf 2002 pada 2 September 2003, Anugerah Khas Perkhidmatan

Cemerlang 2003 pada 28 April 2004 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2004 pada 3 April 2005.

Nama : Rosfarizal Abd. MananTarikh lahir : 26 Februari 1973Tempat lahir : Ayer Molek, MelakaJawatan sekarang : Penolong Pendaftar Kanan di Hal Ehwal Pelajar & AlumniMatlamat Hidup : Hidup Mesti Ceria & Sentiasa Ingat yang Satu

4 BULETIN HEPA

Edisi 11

Page 5: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

13 Februari 2012 menyaksikan seorang pelajar UniMAP telah berjaya merangkul anugerah utama bagi pertandingan IYIE 2012 yang berlangsung di Taiwan. Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari, iaitu dari 11hb hingga 13hb Februari itu menyaksikan Nabilah Yahya merupakan pelajar PPK Sistem Elektrik telah memperoleh pingat emas dan juga anugerah Asia Invention Association (AIA) dengan merangkul wang tunai sebanyak TWD 1,000.00.

Untuk penyertaan kali ini, UniMAP telah menghantar sebanyak 4 produk pelajar dan telah berjaya mencatatkan 2 emas; 1 perak dan 1 gangsa. Pingat emas telah dimenangi melalui produk Magnetic Pitched Vertical Axis Wind Turbine Low Wine Speed Area (Nabilah Yahya) dan juga produk Lost Metal Detector Robot oleh Low Tian Chuan yang turut menyandang Taiwan Special Award. Bagi pingat perak pula telah dimenangi oleh produk SMS Based Device Switching yang dicipta oleh Ng Shao Kay dari PPK Mikroelektronik. Manakala pingat gangsa diperolehi oleh Ahmad Ariffuddin Ashshaari dari PPK Sistem Elektrik melalui produk Patient Monitor Device.

Secara keseluruhannya, pasukan penyelidik muda UniMAP melalui EYReC telah terus mencatatkan kejayaan 100% bagi pungutan pingatnya. Kejayaan ini diperoleh hasil dari kegigihan semua pihak yang terlibat dalam memastikan penyelidikan di kalangan penyelidik muda dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

SENARAI PINGAT DI IYIE, TAIWAN

BIL PRODUK PESERTA PINGAT & AWARD

1. Magnetic Pitched Vertical Axis Wind Turbine For Low Wind Speed Area

NABILAH BINTI YAHYASPVR : Nor Hanisah Baharudin & Tunku Muhammad Nizar Tunku MansurPPK Sistem Elektrik

i) GOLD MEDALii) Asia Invention Association Award (AIA) – ( Taiwan)iii) Semi Grand Award (Korea)

2. Patient Monitor Device (Heart Beat And Body Temperature)

AHMAD ARIFFUDDIN ASHSHAARISPVR : Mohd Adzrie Bin Haji RadzaliPPK Sistem Elektrik

i) BRONZE MEDAL

3. SMS Based Device Switching NG SHAO KAYSPVR : Mohd Fikri Bin Che HusinPPK Mikroelektronik

i) SILVER MEDAL

4. Lost Metal Detector Robot LOW TIAN CHUANSPVR : Wan Shahrizal Bin Wan NadhariPPK Mekatronik

i) GOLD MEDALii) Taiwan Special Award

5BULETIN HEPA

Edisi 11

Disediakan oleh: Pn. Aizatul Akma Wani Arifin

Page 6: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

6 BULETIN HEPA

Edisi 11

16-18 FEBRUARI 2012 - Kelab Kebudayaan dan Kelab Penyayang UniMAP dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah menganjurkan Program Khidmat Seni Budaya 2012 bersama warga kampung Wang Tok Rendong selama 3 hari 2 malam (16 hingga 18 Februari 2012) bertempat di Tanah Rancangan KEDA, Kampung Wang Tok Rendong, Langkawi, Kedah.

Program kali kedua ini telah mendapat sambutan hebat daripada ahli-ahli Kelab Kebudayaan dan Kelab Penyayang seramai 32 orang dan juga sekitar 200 orang warga Kampung wang Tok Rendong dan diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta betapa pentingnya dalam menyalurkan khidmat seni budaya bersama yang diperlukan oleh semua pihak. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program tersebut, antaranya kelas seni budaya, sukaneka, ceramah motivasi, gotong royong, kenduri kampung dan sebagainya.

Majlis Penyerahan Anak Angkat telah membuka tirai program ini pada pukul 11 pagi, 16hb Februari 2012 dan ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengerusi JKKK Kampung Wang Tok Rendong iaitu En. Bujang bin Saad. Selepas itu, pada pukul 3 petang diadakan kelas seni budaya kepada anak-anak kampung yang terbahagi kepada 5 cabang seni kebudayaan iaitu Boria, Dikir Barat, Tarian Melayu, Puisi dan Nyanyian. Kelas tamat pada pukul 6 petang tetapi disambung semula pada sebelah malamnya ekoran permintaan yang tinggi oleh anak-anak kampung untuk mendalami seni budaya Malaysia.

Jam 9 pagi hari kedua program dimulakan dengan sukaneka yang menawarkan 5 acara sukan yang berakhir pada pukul 10.30 pagi, kemudian disusuli dengan Ceramah Motivasi oleh Kaunselor UniMAP, Pn. Nur Aimi binti Muslim. Beliau telah menerangkan hala tuju dan pilihan-pilihan yang disediakan untuk membina kerjaya pada masa hadapan. Beliau turut menekankan bahawa matlamat utama kita sebenarnya adalah untuk mencapai keredhaan Allah

dan kita perlu menjadi yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi. Pada masa yang sama juga, peserta wanita UniMAP telah membantu ibu-ibu memasak makanan untuk kenduri kampung pada waktu tengahari.Sebelah malamnya, Majlis Perasmian Program Khidmat Seni Budaya 2012 telah diadakan dan berjaya menghimpun lebih 300 orang bersama-sama memeriahkan majlis ini. Yang Berbahgia En Razli bin Ahmad, Penolong Naib Canselor (HEPA) UniMAP telah berbesar hati hadir dan seterusnya memberi ucapan pada majlis ini. Beliau telah menyatakan program ini adalah merupakan permulaan jalinan kerjasama yang erat diantara UniMAP dan warga Kg. Wang Tok Rendong dan UniMAP akan membantu di dalam semua bidang jika diperlukan oleh pihak kampung. Kata-kata beliau ini telah mendapat tepukan yang hebat daripada semua hadirin yang hadir. Pengisian acara pada majlis ini ialah persembahan kebudayaan daripada semua peserta dan warga kampung, penyampaian hadiah sukaneka dan penyampaian cenderamata kepada wakil kampung dan UniMAP.

Pada 18hb Februari 2012, iaitu hari terakhir untuk program ini dimulakan dengan gotong-royong membersihkan kawasan dewan orang ramai kampung Wang Tok Rendong dan seterusnya majlis penyerahan kembali anak angkat kepada UniMAP telah diadakan pada jam 11.30 pagi. Kemudian semua peserta telah dibawa ke Taman Rekreasi Laut Sg. Kilim bagi melawat tempat yang dinobatkan khazanah warisan dunia oleh UNESCO. Alhamdulilah, pada jam 7.30 malam semua peserta telah kembali berada di kolej kediaman UniMAP.

Sekalung tahniah dan terima kasih ditujukan pada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap pengalaman dan ilmu yang diperolehi daripada Program Khidmat Seni Budaya ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan pegangan dan panduan untuk menempuhi cabaran dan ujian dalam kehidupan yang akan datang.

Disediakan oleh: Mashitoh Binti Abu

6 BULETIN HEPA

Edisi 11

Page 7: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

Kuala Kangsar Perak, Pada 24 hingga 26 Februari yang lalu, pihak Unit Latihan & Pembangunan Insan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah berjaya mengadakan kursus Pra Kepimpinan Bakal Calon MPP Fasa ke 2. Program ini telah diadakan dengan kerjasama Biro Tatanegara Putrajaya di Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak. Seramai 103 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum dan Pusat Pengajian telah berjaya mengharungi cabaran di dalam kursus tersebut.

Terdapat beberapa objektif sepanjang perjalanan kursus tersebut. Antaranya ialah untuk membentuk barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar yang baru dan juga membentuk para pelajar UniMAP supaya mempunyai tahap kepimpinan yang tinggi dalam mengurus dan memimpin organisasi dan menjadi wakil kepada pelajar yang berkaliber. Selain itu juga ia juga bertujuan untuk membentuk satu rangkain jaringan persahabatan sesama peserta. Ini adalah bertujuan untuk memastikan semangat kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Antara pengisian program yang terdapat dalam kursus tersebut ialah, ceramah 1 Malaysia yang telah disampai oleh En Fazdi b Che Harun iaitu Penolong Pengarah daripada Biro Tatanegara Putrajaya dan ceramah yang kedua yang bertajuk Isu – Isu Semasa telah disampaikan oleh Tn Roslan b. Latiff iaitu Pegawai Khas Kepada Menteri Belia & Sukan Malaysia. Terdapat pelbagai perkara yang positif dan input – input terbaru disampaikan kepada peserta kursus ini yang lebih memfokuskan mengenai isu – isu semasa yang berlaku di dalam mahupun di luar negara pada masa kini. Selain itu juga, beberapa persoalan telah diajukan oleh peserta untuk meminta pandangan dan nasihat daripada penceramah jemputan tersebut.

Selain daripada ceramah, turut juga diadakan sesi Perbincangan Dalam Kumpulan. Sesi ini telah diketuai oleh beberapa orang fasilitator berpengalaman yang telah dijemput khas dan juga dibantu oleh beberapa orang Ko-Fasilitator yang terdiri daripada ahli MPP UniMAP. Tujuan utama sesi ini ialah untuk melihat kematangan pada peserta kursus dalam mengambil tahu perkembangan semasa yang sedang berlaku di dalam mahupun di luar negara. Ini adalah kerana input – input dan ilmu yang baru diperbincangkan tidak terdapat ketika mereka berada di dalam kuliah. Ia juga merupakan satu medan yang menguji peserta untuk bercakap di khalayak ramai ataupun ``public Speaking``, menguji mereka bagaimana menyelesaikan permasalahan dan mengajar untuk meyerap tekanan dan cabaran ketika kursus tersebut.

Secara rumusannya, kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya dan kursus seperti ini haruslah diperbanyakkan bagi melatih seluruh pelajar UniMAP supaya bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan cemerlang dalam bidang kepimpinan pelajar. Semua peserta yang hadir ini diharap bukan sahaja akan menjadi pewaris kepada kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 malahan ada dikalangan mereka yang akan menjadi ketua kepada kelab dan persatuan yang berada di dalam dan juga luar UniMAP.

Disediakan oleh:Mohamad Hafiz Bin Mohamad Shokri

TARIKH : 24–26FEBRUARI2012TEMPAT : KEMBINANEGARAULUKENAS

7BULETIN HEPA

Edisi 11

Page 8: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

8 BULETIN HEPA

Edisi 11

Jabatan hal Ehwal Pelajar & Alumni dengan kerjasama Jabatan Bendahari,Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 10 Januari 2012 telahpun mengadakan Majlis Simbolik Penyerahan Baucar Buku RM200.00 kepada wakil-wakil pelajar di Kampus Kubang Gajah di sini serentak dengan Program Senamrobik bersama Naib canselor UniMAP. Pemberian baucar buku bernilai RM1.44 juta oleh UniMAP itu merupakan sebahagian daripada baucar buku bernilai RM260 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk diagihkan kepada 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2012 lalu.

Di majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Bendahari UniMAP, Puan Saodah Hassan; Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Razli Ahmad dan Ketua-ketua Jabatan menyaksikan UniMAP memulakan edaran baucar buku kepada seramai 7,184 pelajar UniMAP yang layak. Pelajar-pelajar tempatan yang mengikuti kursus Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang aktif dan berdaftar sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa di UniMAP adalah layak untuk menerima baucar tersebut. Setiap daripada pelajar ini akan menerima baucar bernilai RM200 dalam bentuk empat keping baucar RM50 dan boleh membuat tuntutan di Pusat-Pengajian masing-masing mulai 10 Januari 2012.

Sementara itu, saudara Aminudin Anuar selaku Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP, menyambut baik pemberian baucar buku oleh kerajaan yang disifatkan mampu meringankan bebanan kewangan pelajar terutama untuk membeli buku-buku rujukan tambahan. Beliau pada masa yang sama menyeru dan menasihatkan rakan-

rakan agar menggunakan baucar buku ini sebaik mungkin serta membeli mengikut keperluan.

JHEPA, UniMAP berharap semoga dengan pemberian ini akan memberikan sedikit motivasi kepada semua pelajar untuk lebih memberikan tumpuan kepada pengajian masing-masing serta menggunakan baucar ini membeli buku-buku yang berfaedah untuk pengajian masing-masing.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dengan kerjasama PPK Mikroelektronik telah berjaya mengumpulkan seramai 63 orang guru-guru pakar dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia bagi menjayakan Bengkel Penyelidikan Berkesan SBP. Bengkel selama 4 hari yang telah bermula dari 5hb hingga 8hb Februari ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan penambahan ilmu kepada guru-guru pakar di sekolah-sekolah berasrama penuh seluruh Malaysia mengenai penyelidikan berkesan dan hal ini adalah amat bersesuaian dengan visi Kementerian Pengajian Tinggi dalam menjadikan tahun 2012 adalah sebagai tahun inovasi.

Bengkel ini adalah merupakan medan promosi bagi UniMAP dan turut member pengetahuan asas berkaitan penyediaan penyelidikan yang berkesan kepada para

guru untuk dipraktikkan di sekolah masing-masing. Selain itu, melalui bengkel ini juga para guru telah didedahkan mengenai cara-cara untuk membuat pembentangan produk inovasi dengan sebaik mungkin dan berkesan.

Bengkel selama 4 hari ini diisi dengan pelbagai slot-slot yang amat berguna kepada para guru dalam proses penyediaan produk inovasi yang baik. Selain itu, turut diadakan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk para guru mempraktikkan ilmu yang telah disampaikan oleh para penceramah. Hal ini dilihat amat berkesan dari segi pemahaman para guru untuk diketengahkan kepada pelajar di sekolah masing-masing.

Disamping itu, kursus ini juga diharap dapat menaikkan nama UniMAP sebagai sebuah institusi pendidikan yang memberi informasi dan pengetahuan khususnya kepada individu-individu yang terlibat dengan pengurusan projek di Perlis dan di bahagian utara amnya.

8 BULETIN HEPA

Edisi 11

Disediakan oleh: Pn. Noora Yusoff

Disediakan oleh: Pn. Aizatul Akma Wani Arifin

Page 9: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

9BULETIN HEPA

Edisi 11

Karnival Kerjaya 2012 atau dikenali dengan Exposure Day Graduate Employability (EdGE) adalah satu program yang di laksanakan oleh UniMAP dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Pusat Kerjasama Industri (CIC) dan Unit Keusahawanan yang bermatlamat untuk memperkukuhkan hubungan UniMAP dan industri di Malaysia sekaligus meningkatkan peratus kebolehpasaran siswazah UniMAP seperti mana yang di tekankan dalam CAS PSPTN iaitu CAP Graduate Employability.

MEGA EdGE 2012 yang telah diadakan pada 18 dan 19 April 2012 tersebut telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis, Y. Bhg. Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin dan telah dihadiri oleh 1500 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar-pelajar UniMAP dan warga Perlis.

MEGA EdGE 2012 mensasarkan 40 buah industri dari seluruh Malaysia termasuk institusi latihan lanjutan yang melibatkan semua warga kerja UniMAP dan graduan yang bakal bergraduasi pada tahun 2012 dan turut di bukan kepada semua warga Perlis, Kedah, IPTA, IPTS dan Politeknik tempatan serta Pusat-pusat latihan dan kemahiran yang berminat. Program seumpama ini memberi banyak kebaikan kepada warga mahasiswa/I khususnya kepada bakal graduan. Program ini memberi peluang kepada semua bakal graduan dan warga Perlis bagi memohon jawatan kosong yang ditawarkan. Ia juga membantu meningkatkan hubungan UniMAP dengan industri-industri lain dalam menyediakan graduan-graduan yang berkualiti.

Krisis untuk mendapatkan pekerjaan boleh di katakan amat kritikal. Kadar pengangguran yang semakin bertambah setiap tahun menyebabkan pelajar-pelajar di IPTA terpaksa bersaing dengan pelbagai golongan dan lapisan umur yang mempunyai latar belakang pendidikan serta pengalaman kerja yang berbeza.

Justeru itu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terpanggil untuk mengambil langkah yang lebih bijak dengan menjalinkan hubungan industri supaya ia dapat memberi pendedahan kepada bakal-bakal graduan berhubung peluang-peluang pekerjaan yang terapat di setiap pelosok negeri di seluruh Malaysia

Oleh : Nur Aimi Muslim Pegawai Psikologi

9BULETIN HEPA

Edisi 11

Page 10: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

10 BULETIN HEPA

Edisi 11

Kangar, 11 April – International Engineering Invention and Innovation Exhibition (i-ENVEX) 2011 yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis menjadi platform terbaik untuk penyelidik muda mempamerkan bakat inovasi masing-masing.

NAib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato’ Prof Dr. Kamarudin Hussin berkata, melalui pertandingan itu, para saintis muda terutama dari pelajar-pelajar sekolah boleh mengenengahkan idea masing-masing ke tahap yang lebih tinggi. “Generasi muda merupakan aset penting yang akan menjamin masa depan Negara, justeru dengan adanya pertandingan seperti ini, setidak-tidaknya idea yang dimiliki oleh generasi muda ini dapat disalurkan untuk penilaian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup i-ENVEX 2011 yang disempurnakan oleh Canselor UniMAP, DYTM Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail. Berkenan berangkat hadir ialah Pro-Canselor UniMAP, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Selain pelajar sekolah, i-Envex turut disertai oleh pelajar dari 18 institusi Pengajian Tinggi Awam dan peserta antarabangsa dari lima negara iaitu Indonesia, Cambodia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, penglibatan peserta antarabangsa pada pertandingan kali ini adalah selaras dengan hasrat dan teras strategik UniMAP 2011-2015 yang memberi fokus kepada aktiviti pengantarabangsaan.

10 BULETIN HEPA

Edisi 11

Page 11: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

11BULETIN HEPA

Edisi 11

“Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, adalah menjadi tanggungjawab UniMAP untuk memantapkan aktiviti pengantarabangsaan dan berusaha memperkaya ilmu dan pengkomersilan melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi.“Maka atas sebab itulah, pada tahun ini, kita melipatgandakan usaha untuk menarik penyertaan daripada pelajar dan penuntut universiti-universiti, kolej dan institusi pengajian dari negara-negara luar,” ujarnya sambil menambah, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding hanya tiga negara luar tahun lalu.

i-ENVEX 2011 yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bakal berlangsung pada 8 hingga 10 April 2011 bertempat di Dewan 2020, Kangar.

Sementara itu, Pengerusi i-ENVEX 2011, Dr. Mukhzeer Mohd. Shahimeen berkata, penganjuran pada tahun ini juga turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dan Asean Caucus of Invention Associations (ACIA) serta Cements Industries of Malaysia Berhad (CIMA).

Pada pertandingan tersebut, pelajar Universiti Teknologi Malaysia, meraih Hadiah Khas KPT berupa piala dan wang tunai RM3,000, manakala dua lagi anugerah khas iaitu Hadiah Khas CIMA berupa piala dan wang tunai RM2,000 serta Hadiah Khas Naib Canselor yang menawarkan hadiah piala dan wang tunai RM1,000 diraih oleh penyelidik muda dari Universiti Malaysia Perlis.

11BULETIN HEPA

Edisi 11

Page 12: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

12 BULETIN HEPA

Edisi 11

KANGAR 3-4 Mac 2012 – Dalam usaha mengukuhkan ikatanperpaduan

dikalangan 80 orang mahasiswa, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Teknikal

Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Unit Kebudayaan dan Kesenian, HEPA

UniMAP, Kelab PPK Alam Sekitar UniMAP dan Persatuan Mahasiswa Anak Sabah

Sarawak (PMass)UTeM telah menganjurkan Program Integrasi Erat dan Khidmat

Masyarakat di sini baru-baru ini.

Program ini bertujuan memupuk semangat 1Malaysia yang mana penyertaan dari

golongan mahasiswa/i yang berbilang kaum dan agama serta penduduktempatan

yang berbeza latar belakang.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang program itu antaranya majlis jamuan

makan malam bagi meraikan ketibaan delegasi UTeM pada malam 3hb Mac 2012,

program Khidmat Masyarakat di Rumah Amal Hembusan Kasih, Kubang Gajah,

Perlis, serta lawatan ke kampus UniMAP dan kesekitar negeri Perlis.

Pada 4hb Mac 2012, aktiviti khidmat masyarakat untuk anak-anak yatim di Rumah

Amal Hembusan Kasih, Kubang Gajah, Perlis telah dijalankan aktiviti mewarna,

motivasi pelajar, sukaneka dan gotong royong yang melibatkan 120 orang termasuk

anak-anak yatim, mahasiswa dan staf pengurusan UniMAP dan UTeM.

Amatlah diharap melalui penganjuran program seperti ini, akan memberi manfaat

kepada mahasiswa dari aspek kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja

berpasukan dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling

umumnya.

Disediakan oleh : Mashitoh Binti Abu

12 BULETIN HEPA

Edisi 11

Page 13: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

13BULETIN HEPA

Edisi 11

Cabaran mahasiswa hari ini untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian amat sengit.

Mereka dikatakan gagal memenuhi kehendah bakal majikan kerana kekurangan kemahiran berfikir

yang kritis seta lemah dalam berkomunikasi. Justeru, mahasiswa tidak seharusnya mengharapkan

pihak universiti sahaja untuk membantu sebelum melangkah ke alam pekerjaan, sebaliknya para

mahasiswa juga perlu memahami apakah keperluan dan kehidupan sebenar di alam pekerjaan

kelak. Oleh itu, Unit Kaunseling & Kerjaya dan Unit Alumni Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

dengan kerjasama Job Advisor (M) Sdn.Bhd dan Jobs Malaysia.gov.my telah menganjurkan

program Taklimat Bimbingan Kerjaya 2012 kepada para pelajar tahun akhir & Alumni UniMAP

pada 25 Februari 2012 yang lalu. Program tersebut telah diadakan di Dewan Kuliah Kampus

UniMAP Pauh Putra. Taklimat kerjaya yang mendapat sambutan menggalakkan daripada 400

orang pelajar tahun akhir itu telah disampaikan oleh En. Mokhtar bin Ibrahim daripada job Advisor

(M) Sdn. Bhd.

Antara pengisian program tersebut ialah :

• Pengenalan pasaran kerja di Malaysia

• Kaedah penyediaan resume/CV terbaik

• Kaedah menulis surat permohonan kerja secara terbaik.

• Strategi untuk dapat kerja secara mudah dan cepat.

• Strategi menjawab soalan personaliti.

• Strategi menjawab soalan temuduga.

• Info ribuan kerja professional untuk graduan

13BULETIN HEPA

Edisi 11

Disediakan oleh: Pn. Nur Aimi Muslim

Page 14: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

14 BULETIN HEPA

Edisi 11

Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) adalah sebuah persatuan bukan kerajaan (NGO) yang dipelopori oleh barisan alumni pemimpin mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Malaysia yang berperanan menghimpunkan pimpinan dan bekas pimpinan mahasiswa dari pelusuk tanah air. Agenda pendidikan dan pembangunan kepimpinan mahasiswa menjadi teras ASPIRASI. Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) yang diketuai oleh Presidennya Encik Mohd Shahar Abdullah, NGO-NGO serta pemimpin mahasiswa telah menganjurkan Program Aman Kampus bersama masyarakat di seluruh negara dari 2-20 Februari 2012.

Pada 17 Februari 2012 yang lalu, Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Malaysia (ASPIRASI) dengan kerjasama Persatuan Alumni UniMAP, telah menganjurkan satu program ‘Aman Kampus’ peringkat Negeri Perlis yang disertai oleh 17 ‘NGO’ dan 100 mahasiswa IPTA dari seluruh Malaysia. Tujuan program antaranya ialah untuk mendekati masyarakat dan golongan muda seterusnya menunjukkan kelangsungan kepimpinan mahasiswa sebagai agen penyampai maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkenaan isu-isu semasa yang mempengaruhi aktiviti sosio-politik masyarakat serta mampu memastikan suasana keharmonian dan kedamaian kampus terus dipelihara agar penekanan dapat diberikan sepenuhnya terhadap kecemerlangan akademik dan sahsiah diri. Majlis Perasmian Program & ‘Flag Off’ peserta kembara telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Shahidan Kassim yang merupakan wakil Rakyat DUN Tambun Tulang pada pukul 10 pagi, bertempat di Masjid Ibnu Taimiyyah, Tambun Tulang, Perlis.

Seramai 400 orang pelajar Tingkatan 4, 5 & 6, 100 orang pelajar Kolej Komuniti Arau dan Peserta Kembara Aman Kampus termasuk alumni Universiti Malaysia Perlis yang diketuai oleh Presiden Persatuan Alumni Unimap iaitu Encik Syed Akhmal Syed Jamalil telah hadir pada majlis perasmian tersebut. Pihak rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 telah membuat liputan secara siaran langsung pada hari itu bermula jam 6.30 pagi hingga 9.00 pagi yang dipengacakan oleh Ally Iskandar dan Nurul Syuhada Nurul Ain.

14 BULETIN HEPA

Edisi 11

Disediakan oleh: En. Azfardon Zulkamal Azmi

Page 15: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

15BULETIN HEPA

Edisi 11

Disediakan oleh: Pn. Noora Yusoff

Bertempat di Dewan Kapitol, Kangar pada 20 dan 21 Februari 2012 telah berlangsung sesi Taklimat Kesedaran Membayar Balik Pembiayaan PTPTN serta Kesedaran Pengurusan Kewangan yang bijak. Taklimat yang diadakan selama dua(2) hari telah berjaya menghimpunkan seramai hampir 1400 orang pelajar tahun tiga(3) yang diadakan sempena Program Bengkel Kepimpinan InTra Ijazah dengan kerjasama Pusat Kerjasama Industri(CIC).

Taklimat yang telah disampaikan sendiri oleh wakil daripada PTPTN dan wakil Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit(AKPK) cawangan Utara dilihat telah berjaya memberikan sedikit input dan maklumat penting kepada pelajar UniMAP yang rata-ratanya penerima tajaan PTPTN.

Unit Pinjaman dan Kebajikan JHEPA, melihat taklimat ini sebagai satu yang amat bertepatan diadakan bagi memberikan maklumat terbaik berkaitan keperluan untuk membayar balik pembiayaan PTPTN. Pada masa yang sama melalui taklimat pengurusan Kewangan ini juga pula dilihat mampu untuk membantu setiap individu untuk menjadikan maklumat ini sebagai persediaan asas sebelum memasuki alam pekerjaan kelak. Berdasarkan perancangan,lebih banyak taklimat-talimat sebegini akan diadakan dengan kerjasama Unit latihan & Permbangunan Pelajar HEPA dan CIC di masa-masa akan datang. Mengikut perancangan terkini, sesi taklimat ini akan turut diadakan sempena Karnival Kerjaya @ Mega EdGE 2012 yang dijangka menghimpun seramai kira-kira 1200 pelajar tahun akhir UniMAP.

Adalah diharapkan dengan penganjuran program-program seperti ini mampu untuk melahirkan mahasiswa/I UniMAP yang bukan sahaja berilmu malah mengetahui tanggungjawab untuk membayar balik serta pengurus kewangan peribadi yang bijak. Dan seterusnya tidak terjebak dengan bebanan hutang yang tinggi apabila memasuki dunia pekerjaan kelak.

15BULETIN HEPA

Edisi 11

Page 16: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

16 BULETIN HEPA

Edisi 11

Mengambil pendekatan untuk mendekati pelajar serta berkongsi maklumat dan perkhidmatan yang disediakan, Unit Pinjaman dan Kebajkan Pelajar buat pertama kalinya telah menganjurkan program Hari Bertemu Pelanggan(HBP) bertempat di lima(5) buah lokasi terpilih di sekitar UniMAP. Antara lokasi tersebut adalah Dewan Terbuka Wang Ulu, Kolej Kediaman Kg Wai, Pusat Kegiatan pelajar Pauh, PPIPT, dan Perpustakaan UniMAP di Kangar bermula dari 23 Februari 2012 dan berakhir pada 1 Mac 2012.

Memandangkan program ini pertama kali diadakan, Unit Pinjaman dan Kebajikan melihat sambutan yang diberikan oleh pelajar amatlah menggalakkan serta wajar dikekalkan dan diadakan secara berkala. Pelajar dilihat bukan sahaja boleh menggunakan sauran ini bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan hal-hal pinjaman mahupun kebajikan malah juga boleh berkongsi pendangan serta pendapat bagi meningkatkan kualiti sedia ada. Hasil daripada maklumbalas yang berjaya dikumpulkan itu, dapat disimpulkan bahawa kesedaran pelajar untuk mengambil tahu serta mendapatkan maklumat berkaitan kemudahan kebajikan pelajar seperti sekiranya berlaku kematian, kemalangan, kelayakan hospital yang ada, tuntutan insurans ataupun hal-hal lain yang bersangkutan dengan diri sendiri masih sedikit dan perlu terus dipertingkatkan.

Bagi tujuan penambahbaikan, program HBP yang akan datang dijangka akan diadakan pada bulan Mei 2012 akan dilaksanakan dengan beberapa penambahbaikan seperti perubahan masa serta lokasi dengan mengambil kira pemerhatian dan komen yang diterima daripada pelajar semasa program HBP siri 1/2012 ini berlangsung. Adalah menjadi harapan semoga program HBP ini akan menjadi satu medium terbaik kepada Unit Pinjaman dan Kebajikan,HEPA untuk

terus mendekati dan seterusnya membantu menyelesaikan segala kekeliruan dan kemusyikilan berkaitan pinjaman dan Kebajikan yang

dihadapi oleh pelajar UniMAP.

Mulai tahun 2012, Unit Pinjaman akan membuka permohonan bantuan Tabung Amanah dan Tabung Amanah Zakat bagi sepanjang tahun 2012 melalui Sistem E-Tabung di alamat http://publicweb.unimap.edu.my/~hep/. Bermula tahun 2012, setiap permohonan yang diterima akan diproses melalui beberapa siri permohonan yang telah ditetapkan iaitu:

Keputusan permohonan bagi siri 1/2012 telahpun diumumkan pada 27 Februari 2012 selepas diluluskan dan diperakukan oleh YBhg Dato’ Naib Canselor pada 13 Februari 2012. Sebanyak 57 permohonan yang diterima melalui Tabung Amanah Zakat dan sebanyak 48 permohonan melalui Tabung Amanah Khas telahpun diluluskan melibatkan peruntukan sebanyak RM31,900.00 .

Bagi tujuan penambahbaikan, bagi siri-siri yang berikutnya, Unit Pinjaman dan Kebajikan pelajar dijangka akan mengkreditkan terus bantuan yang berkenaan ke dalam akaun penerima yang layak. Bagi mana-mana pelajar yang berjaya diharap dapat menggunakan sebaik mungkin bantuan yang diterima bagi tujuan yang berfaedah dan kebaikan sepanjang pengajian di UniMAP.

KELOMPOK

SIRI 1/2012

SIRI 2/2012

SIRI 3/2012

SIRI 4/2012

1-NOV-2011 hingga 15-JAN-2012

16-JAN-2012 hingga 10-APR-2012

11-APR-2012 hingga 10-JUL-2012

11-JUL-2012 hingga 12-OKT-2012

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA TARIKH AKHIR PENYERAHANBORANG PERMOHONAN

16-JAN-2012

16-APR-2012

16-JUL-2012

16-OKT-2012

16 BULETIN HEPA

Edisi 11

Disediakan oleh: Pn. Noora Yusoff

Disediakan oleh: Pn. Noora Yusoff

Page 17: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

17BULETIN HEPA

Edisi 11

Bertempat di Rumah Anak Yatim & Miskin Daerah Baling(Kompleks Aman) di Kampong Teluk Teduri, Baling pada 24 Mac 2012 telah diadakan satu program lawatan berbentuk kebajikan yang dianjurkan dengan kerjasama Unit Pinjaman dan Kebajikan JHEPA, Majlis Perwakilan Pelajar serta Kelab Penyayang UniMAP.

Melalui program sehari ini, seramai 13 orang anak yatim dan miskin yang tinggal di sini telah ditemukan dengan seramai 25 orang pelajar UniMAP bagi berkongsi perasaan serta impian melalui beberapa aktiviti yang telah diatur. Dimulakan dengan sesi perkenalan yang diketuai oleh Presiden Kelab Penyayang sendiri diteruskan dengan sedikit program motivasi dan agihan pakaian terpakai yang telah dikumpulkan oleh pelajar UniMAP sendiri, makan tengahari serta solat Zohor berjemaah.

Di sebelah petangnya pula telah dimulakan dengan aktiviti sukaneka melibatkan semua anak-anak yatim dan pelajar UniMAP dan diakhiri dengan majlis penutupan yang dihadiri bersama Pegawai Tadbir Unit Pinjaman dan Kebajikan UniMAP selaku Penasihat Kelab Penyayang UniMAP dan warden asrama Encik Azman. Mengambil kata-kata puan Noora semasa majlis tersebut’ Terima kasih kepada pelajar UniMAP kerana sudi melibatkan diri dengan aktiviti seperti ini kerana sebenarnya di sinilah kita boleh mengenali diri serta rahsia diri kita sebenar disebalik hilangnya nilai-nilai kemanusiaan.

Di majlis penutupan ini selain diadakan majlis penyampaian hadiah, turut diserahkan Sejumlah 10 beg beras berserta susu sumbangan oleh JHEPA UniMAP. Program yang dianggap cukup besar maknanya buat pihak pengurusan dan adik-adik ini diakhiri dengan aktiviti rekreasi di Taman Rekreasi Air Panas Lenggong, Baling, Kedah Darul Aman.

Melihat kepada keperluan dan keadaan rumah-anak yatim dan miskin ini, satu sesi lawatan susulan bagi membantu adik-adik ini akan dirancang dan seterusnya mengeratkan lagi silaturahim yang sedia terjalin.

17BULETIN HEPA

Edisi 11

Disediakan oleh: Pn. Noora Yusoff

Page 18: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

18 BULETIN HEPA

Edisi 11

Dikisahkan tiga orang budak hitam sedang mengembara di padang pasir yang luas tanpa di ketahui di manakah penghujungnya. Dalam perjalanan, tiga sahabat tersebut terjumpa sebuah labu sayung. Dalam keadaan yang amat dahaga, salah seorang dari mereka membuka tudung labu berkenaan dengan harapan dapat menghilangkan dahaga. Walau bagaimanapun, setelah dibuka, alangkah terkejutnya tiga orang sahabat tersebut apabila mendapati asap berkepul-kepul keluar dari labu tersebut. Ketiga-tiga sahabat lantas lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Tiba-tiba terdengar suara garau ketawa terbahak-bahak. Seekor jin telah keluar dari labu tersebut. “Ha ha ha ha… aku bebas! Aku bebas ! Terima kasih kerana telah membebaskan saya wahai tiga budak hitam. Untuk membalas jasa baik tuan bertiga, saya akan menunaikan setiap satu permintaan tuan bertiga” . Mendengarkan tawaran jin tersebut, tiga budak hitam berhenti berlari dan kembali mendekati jin tersebut. “Benarkah tuan akan menunaikan permintaan setiap orang dari kami?” salah seorang dari sahabat berkenaan cuba mendapatkan kepastian. “Benar tuan. Silakanlah kemukakan permintaan tuan itu”.

“Baiklah, jika begitu… Saya seringkali diejek dan di cemuh hanya kerana saya berkulit hitam. Jadi, saya minta supaya kulit saya ditukar menjadi putih”. Dengan hanya mengenyitkan mata, jin tersebut menunaikan permintaan budak hitam yang pertama. Setelah kulit beliau bertukar menjadi putih, beliau kelihatan sangat tampan dan hal tersebut menyebabkan dua orang lagi budak hitam berasa cemburu dan ingin menjadi sepertinya. Lantas budak hitam yang kedua cepat-cepat bersuara. “Saya juga ingin menjadi putih seperti sahabat saya supaya saya akan di sukai oleh semua rakan-rakan saya. Boleh kah tuan tunaikan permintaan saya ini?”. Tanpa menjawab soalan budak hitam kedua, jin tersebut mengenyitkan matanya.

Lantas budak hitam itu bertukar menjadi putih dan kelihatan sangat tampan. Hal tersebut menyebabkan seorang lagi budak hitam berasa sangat cemburu. Budak hitam ketiga berkata-kata di dalam hati. “Ini tak boleh jadi, aku tak boleh biarkan mereka berdua sahaja yang kelihatan tampan. Aku juga ingin menjadi perhatian ramai.” Belum sempat budak hitam ketiga menyuarakan hasratnya, jin lantas bersuara. “Tuan tak boleh membuat permintaan yang sama dengan mereka berdua. Saya tak boleh tunaikan tiga permintaan yang sama berturut-turut kerana ia tidak akan menjadi. Tuan buatlah permintaan yang lain, saya akan tunaikan”. Mendengar kata-kata jin tersebut, budak hitam ketiga merasa sangat kecewa.

Beliau merasakan bahawa beliaulah yang akan kelihatan paling hodoh di kalangan mereka bertiga. Beliau merenung sejenak, memikirkan apakah permintaan yang akan dibuat. Dalam keadaan yang amat kecewa, tiba-tiba beliau mendapat satu idea. “Baiklah, jika saya tak boleh membuat permintaan seperti mereka, saya minta supaya mereka berdua dihitamkan kembali ke rupa asal!”. Dengan sekelip mata, kedua-dua sahabat beliau kembali menjadi hitam seperti keadaan mereka yang asal. Budak hitam ketiga tersenyum tanda berpuas hati kerana permintaanya telah ditunaikan.

18 BULETIN HEPA

Edisi 11

Page 19: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun

19BULETIN HEPA

Edisi 11

Jika direnung sejenak, kisah budak hitam bertiga ini memang wujud dalam masyarakat kita sejak dahulu lagi. Perasaan cemburu, hasad dengki dan tidak senang melihat orang lain mendapat habuan yang lebih dari kita. Ada sahaja yang tak kena di mata kita. Jika ada rakan yang diberi kenaikan pangkat, kita anggap mengampu bos, jika ada rakan yang beli kereta mewah, kita anggap terlibat dengan rasuah. Pendek kata pelbagai prasangka buruk yang timbul disebabkan rasa cemburu dan tidak puas hati dengan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain. Seperti dalam kisah tiga budak hitam ini, akhirnya ketiga-tiga mereka yang rugi hanya disebabkan oleh perasaan cemburu.

Pembunuhan pertama yang berlaku dalam sejarah manusia juga disebabkan oleh perasaan cemburu. Kisah Qabil dan Habil iaitu putera kepada Nabi Adam A.S. disebutkan dalam Al-Quran. Pokok pangkalnya bermula dari perasaan cemburu.Justeru, sebagai seorang insan yang dipertanggungjawabkan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini, kita perlu sama-sama bermuhasabah diri, memperbaiki kelemahan dan memperbanyakkan kebaikan. Sikap bertolak ansur, dan sentiasa berbaik sangka amat penting dalam mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Tidak seperti kisah tiga budak hitam yang akhirnya akan merugikan diri kita sendiri. Kata pepatah ada menyebutkan “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

19BULETIN HEPA

Edisi 11

Page 20: Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF.DR. KAMARUDIN HUSSINUniMAP edisi …beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Arkitek di Ikatan Cipta Bina (ICB) di Alor Star, Kedah selama 5 tahun