webblog

23
MTS 3042 PEMBANGUNAN BLOG DAN LAMAN WEB Tugasan Kumpulan: Perbandingan Blog dan Laman Web Ahli Kumpulan Nama Nombor Matrik Delphina Lim May Hwei D20121057672 Melissa Intrathep D20121057656 Lim Boon Yao D20131062827 Afiqah Binti Mohd Noor D20121057679 Semester : Semester 2 Sesi 2013/2014 Pensyarah: Pn. Saira Banu Omar Khan

Upload: delphina-lim

Post on 06-Jul-2015

72 views

Category:

Internet


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Webblog

MTS 3042

PEMBANGUNAN BLOG DAN LAMAN WEB

Tugasan Kumpulan:

Perbandingan Blog dan Laman Web

Ahli Kumpulan

Nama Nombor Matrik

Delphina Lim May Hwei D20121057672

Melissa Intrathep D20121057656

Lim Boon Yao D20131062827

Afiqah Binti Mohd Noor D20121057679

Semester : Semester 2 Sesi 2013/2014

Pensyarah:

Pn. Saira Banu Omar Khan

Page 2: Webblog

Isi Kandungan

1. Pengenalan

2. Mengoptimumkan Pengalaman Pengguna

3. Pautan dan Label

4. Page Layout

5. Teks, Grafik, Imej & Multimedia

6. Senarai (Lists)

7. Kandungan (Content)

8. Kesimpulan

Rujukan

Muka surat

1

1

3

7

9

14

17

20

21

Page 3: Webblog

1

Pengenalan

Dalam era globalisasi ini, kebanyakan orang dapat capaian internet dan banyak yang

memiliki laman web atau blog sendiri. Namun bukan semua blog atau laman web adalah

berkualiti dan menarik. Blog atau laman web yang baik dan menarik terdapat kriteria-

kriteria yang tertentu yang perlu diberi perhatian.

Dalam tugasan ini, kami telah memilih satu blog dan satu laman web untuk

dibandingkan dan dibuat penilaian. Laman web yang terpilih ialah AnimeTake

(http://www.animetake.com/) yang akan dikenali sebagai laman web A dalam tugasan ini.

Laman web ini menyediakan semua siri anime semasa yang sedang disiarkan di Jepun.

Pengguna laman web A dapat memuat turun setiap episode anime yang telah disertakan

sari kata bahasa Inggeris dengan percuma.

Blog yang dipilih untuk perbandingan ialah http://honeykoyuki.blogspot.com/

yang ditulis oleh Fatin Liyana yang biasa dikenali sebagai FL. Beliau merupakan seorang

pelajar perubatan yang suka menulis blog. Beliau selalu menulis kehidupan beliau di

universiti dan pelancongan ke luar negara beserta dengan gambar-gambar. Blog tersebut

merupakan diari beliau. Blog ini akan dikenali sebagai blog B dalam tugasan ini.

Mengoptimumkan Pengalaman Pengguna

Apabila pengguna melayari di laman web atau blog anda untuk mencari maklumat, dia

mahu mengimbas halaman secepat yang mungkin. Pengguna akan mengimbas senarai

kandungan anda, tulisan dan grafik di laman web ataupun blog anda. Jika dia tidak dapat

mencari apa yang dia cari, dia akan meninggalkan serta-merta dan mungkin juga tidak

pernah datang kembali. Jadi faktor mengoptimunkan pengalaman pengguna untuk

sesuatu laman web atau blog haruslah dititikberatkan untuk memudahkan pengguna

mendapatkan maklumat tertentu.

1. Mempiawaikan jujukan tugas

Jujukan tugas yang menggunakan urutan dan cara sama haruslah dilaksanakan dalam

setiap laman web atau blog untuk memudahkan pengguna mencapai apa yang

dikehendaki. Sebagai contoh, sekiranya pengguna ingin mencapai maklumat mengenai

resepi masakan tertentu, pengguna hanya perlu ke ruangan kategori yang ada resepi dan

ia tidak seharusnya dicampuradukkan dengan senarai kategori yang berlainan.

Page 4: Webblog

2

Laman web A menunjukkan piawaian jujukan tugas yang baik. Hal ini kerana

ruangan yang dipaparkan di tengah adalah ruangan bagi pengguna untuk memuat turun

seri anime terbaru manakala ruangan di bahagian kanan merupakan ruangan untuk

pengguna berforum di antara satu sama lain.

Blog B menunjukkan piawaian jujukan tugas seperti senarai melancong

diletakkan di kategori Travelogue, manakala untuk pengguna yang meminati resepi

masakan bolehlah klik di kategori Recipe yang telah ditetapkan.

2. Reka bentuk limitasi ingatan bekerja

Page 5: Webblog

3

Untuk membuat laman web atau blog yang bagus, anda haruslah meletakkan label-label

atau simbol-simbol tertentu khususnya di bahagian menu atau senarai kandungan untuk

memudahkan pengguna mendapat maklumat tertentu dengan senang dan tepat. Hal ini

kerana pengguna bolehlah melayari dengan lebih senang tanpa berasa pening dengan

halaman mana yang dilayari.

Laman web A menunjukkan label-label pada menu di bahagian atas untuk

memudahkan lagi pengguna untuk ke halaman yang dikehendaki. Dengan ini, pengguna

tidaklah sesat apabila melayari halaman laman web ini.

Blog B juga menunjukkan label-label seperti Home, About Me, As Seen On,

Contact me di bahagian menu untuk pengguna mengetahui lebih lanjut tentang penulis.

Pautan dan Label

Pautan dan label merupakan unsur-unsur yang biasa kita dapat lihat dalam sesebuah blog

ataupun web yang baik. Pautan ataupun dikenali sebagai ‘link’ dalam bahasa Inggeris

berfungsi untuk menyalur para pengguna ke lokasi yang lain untuk mendapatkan

Page 6: Webblog

4

informasi yang dikehendaki. Untuk label pula, lazimnya pautan-pautan yang diletakan

pada blog atau web yang baik mempunyai label yang bermakna dan jelas. Pautan yang

dilabel dengan teks yang sesuai, nama yang jelas dan membawa maksud akan dapat

memberikan kesenangan kepada pengguna untuk mencari maklumat dan informasi serta

tidak mengelirukan para pengguna. Berikut merupakan sub kiteria yang menentukan

sesebuah blog atau web berada pada tahap yang baik atau tidak.

1. Gunakan label pautan yang bermakna.

Pautan haruslah dilabel dengan bermakna, ini bermaksud pautan tersebut membawa

maksud akan dapat menunjukkan maknanya sama ada tersirat atau tersurat untuk

menyenangkan kefahaman para pengguna tentang maksud yang dibawa oleh pautan

tersebut.

Pautan tersebut pada Laman web A menunjukkan maknanya bahawa anda boleh

dapatkan episode tersebut iaitu episode One Piece 644 dengan click pautan itu (bermakna

dan berfungsi).

Page 7: Webblog

5

Pautan tersebut pada Blog B turut menunjukkan anda boleh dapatkan maklumat

tentang ‘Tips Menghadapi Peperiksaan’, dengan kata lain pautan tersebut memberikan

makna kepada pengguna.

2. Nama pautan mestilah sama dengan nama destinasi.

Seterusnya, nama pautan tersebut adalah sama dengan nama destinasi, dengan ini para

pengguna tidak akan keliru dengan informasi atau maklumat yang hendak dicari dan

menyenangkan penggunaan blog atau web tersebut.

Setelah ‘click’ pautan pada Laman web A tersebut, nama pautan (One Piece

Episode 644) adalah sama dengan nama destinasi pautan.

Page 8: Webblog

6

Setelah ‘click’ pautan pada Blog B tersebut, nama pautan (Tips Menghadapi

Peperikasaan) turut sama dengan nama destinasi pautan.

3. Gunakan teks untuk pautan dan menggunakan label kategori yang jelas.

Di samping itu, teks yang bersesuaian, mudah dibaca serta difahami haruslah digunakan

untuk melabelkan pautan. Kategori pautan yang jelas turut dapat menyenangkan

pencarian maklumat oleh para pengguna blog atau web.

Segi empat panjang di atas menunjukkan Laman web A ini menggunkan teks

(bahasa Inggeris) untuk kesemua pautan dan senang dibaca serta difahami oleh para

pengguna. Bulatan di atas pula menunjukkan Laman web A ini menggunakan label

kategori yang jelas seperti ‘The Latest Anime Episodes’ mengkategorikan episode-

episode terbaru Animasi.

Page 9: Webblog

7

Segi empat panjang di atas menunjukkan Blog B ini menggunkan teks (bahasa

Inggeris & bahasa Melayu) untuk kesemua pautan dan senang dibaca serta difahami oleh

para pengguna. Bulatan di atas pula menunjukkan Blog B ini menggunakan label

kategori yang jelas seperti ‘Travelogue mengkategorikan tempat-tempat yang telah

dilawati oleh penulis blog tersebut.

Page Layout

Page layout adalah proses meletakkan, mengatur, menyusun semula teks dan grafik pada

halaman untuk menampakkan ianya lebih kualiti dalam sebuah halaman. Dalam erti kata

lain, page layout juga merujuk kepada halaman dokumen sebenar dan komposisinya.

Program-program perisian utama bagi penerbitan atas meja dipanggil aplikasi page

layout.

1. Item-item penting diletakkan secara konsisten dan dibahagian atas

Item-item sangat penting untuk diletakkan secara konsisten supaya ianya nampak

tersusun dengan rapi dan mudah dilihat. Item-item juga hendaklah disusun dibahagian

atas kerana pandangan pertama pengguna perlu diutamakan.

Page 10: Webblog

8

Blog B mempunyai item-item yang tersusun secara konsisten dan diletakkan

dibahagian atas, namun item diketepikan sedikit. Ianya mungkin sedikit terganggu.

Laman web A kelihatan tidak tersusun dan mempunyai page layout yang sangat

hambar. Laman web A terganggu oleh lapisan iklan yang banyak dan padat. Laman web

A ini juga mempunyai item-item yang tidak konsisten dan tidak teratur. Ini agak

menyukarkan untuk pengguna melawatiya. Halaman utama yang sarat dengan gambar

telah menutupi item-item penting terutamanya dibahagian tepi. Item-item dibahagian

tengah atas kelihatan konsisten meskipun ia terlalu banyak item.

2. Susunan untuk kemudahan perbandingan, cara susunan pada muka surat atau

halaman

Susunan pages perlu disusun dengan teratur untuk kemudahan perbandingan oleh

pengguna dalam mencapainya. Selain daripada itu, item-item hendaklah disusun dalam

barisan menegak atau mendatar. Hal ini adalah bertujuan untuk menjadikan muka

halaman web berada pada nombor yang sama.

Page 11: Webblog

9

Bagu halaman web A hanya tajuk dan pautan yang menjadi pilihan, dan klik di

pautan untuk pilihan seterusnya. Halaman web A disusun secara teratur membolehkan

pengguna dapat memilih ‘Anime Episodes’ yang terkini, sebelumnya atau terdahulu

selain memudahkan mereka mencapai halaman tersebut.

3. Hapuskan scrolling secara horizontal

Item-item seperti penulisan, gambar dan sebagainya perlu disusun dalam baris menegak.

Oleh itu, ianya dapat menghapuskan scrolling secara horizontal dimana pengguna hanya

perlu scrolling ke atas sahaja. Kemudahan, tidak mengganggu kosentrasi pengguna

dalam melawati halaman.

Susunan yang menegak akan menghapuskan scrolling secara horizontal. Ianya juga

menampakkan kekemasan dalam halaman web A dan blog B.

Teks, Grafik, Imej dan Multimedia

Sebuah laman web atau blog yang jelas akan memberikan anda idea tentang sesuatu

maklumat yang ingin disampaikan dan ia sangatlah mudah apabila teks yang jelas dan

berwarna hitam ataupun memasukkan grafik, imej dan multimedia yang bersesuaian

dalam penjelasan maklumat tertentu. Ini akan memudahkan lagi pembaca untuk

mendapatkan sesuatu gambaran mengenai maklumat yang ingin disampaikan dengan

lebih tepat dan jelas.

Page 12: Webblog

10

1. Gunakan teks warna hitam pada paparan yang berlatarbelakang kosong dan kontra

tinggi

Teks berwarna hitam atau gelap pada paparan yang berlatarbelakang kosong dan kontra

tinggi memainkan peranan yang penting untuk menonjolkan sesuatu maklumat serta

informasi dengan lebih berkesan. Sekiranya teks yang berwarna putih atau cerah

dilengkapkan dengan latarbelakang yang berkontra tinggi, ini hanyalah akan membuat

pembaca menjadi keliru dan blur.

Laman web A menggunakan teks yang berwarna hitam tetapi berpadankan

dengan latarbelakang yang berwarna kelabu di mana warnanya lebih kurang seperti

warna teks. Ini sedikit sebanyak akan membuat pembaca sukar untuk membaca

maklumat yang ada di dalam laman web ini.

Blog B pula memaparkan teks yang berwarna hitam dan dipadankan dengan

latarbelakang yang kosong dan kontra tinggi. Ini amat memudahkan pembaca untuk

membaca informasi yang ingin dikongsi.

Page 13: Webblog

11

2. Melabel imej yang boleh diklik

Label pada imej haruslah diletakkan untuk pembaca mendapat gambaran yang tepat atas

apa yang ingin disampaikan. Jadi, ini memudahkan pembaca untuk klik imej tersebut

dengan label yang telah dinyatakan di mana akan menambahkan lagi kefahaman

pembaca.

Laman web A meletakkan label bagi imej yang boleh diklik di mana pembaca

boleh mengerakkan mouse ke imej tertentu dan label tentang imej itu keluar maka

pembaca akan lebih jelas tentang imej itu.

Blog B meletakkan label mengenai Nona di bawah imej “Nona” untuk pembaca

tahu apa yang cuba disampaikan oleh penulis.

3. Pastikan imej tidak melambatkan proses muat turun

Paparan imej di dalam sesuatu laman web atau blog dengan masa yang paling singkat

menjadi salah satu faktor tarikan untuk pengguna melawat laman web atau blog tertentu.

Jikalau imej di dalam sesuatu laman web atau blog mengambil masa yang lama untuk

proses muat turun, maka pengguna akan menjadi boring dan berkemungkinan tidak akan

melawat laman web itu lagi.

Page 14: Webblog

12

Laman web A memaparkan imej ataupun grafik dalam masa yang sangat singkat

iaitu dalam kira-kira 2 saat. Ini menarik perhatian pengguna untuk melawat laman web

anime ini kerana ianya mudah dan mengambil masa yang singkat.

Blog B pula mengambil masa yang agak lama untuk proses muat turun imej-imej

yang terdapat di dalam blog ini. Penulis sepatutnya merubah saiz gambar dahulu sebelum

memuat turun di dalam blog, jadi masa untuk proses muat turun akan menjadi lebih

singkat.

4. Konsistensi Visual

Konsistensi Visual merujuk kepada penggunaan yang konsisten daripada elemen-elemen

reka bentuk visual seperti warna dan susun atur ruang. Font hendaklah digunakan secara

konsisten untuk tajuk dan teks badan gaya, saiz dan warna. Jika aplikasi atau laman web

adalah yang bersifat formal ia akan membingungkan bagi pengguna jika separuh ke

bawah halaman maklumat, fon berubah dari Times New Roman kepada Comic Sans.

Kedudukan konsisten elemen visual dan penggunaan simbol dan ikon juga penting.

Page 15: Webblog

13

Laman web A menunjukkan grafik-grafik dan font yang kurang konsisten dan ini

sangat memeningkan pengguna. Hal ini kerana pengguna tidak berapa memahami tulisan

yang mempunyai pelbagai bahasa dan konsistensi saiz juga berlainan serta grafik yang

berada di kiri, kanan atas dan bawah. Sepatutnya penulis hanya menggunakan satu

bahasa atau dua bahasa yang difahami ramai contohnya bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris.

Blog B menunjukkan paparan imej yang kurang konsisten di mana imej menegak

dan mendatar diletakkan sekali. Penulis sepatutnya meletakkan imej-imej menegak

sekali, imej-imej mendatar di ruangan yang lain. Ini akan nampak lebih kemas.

5. Saiz banner tidak terlalu besar

Page 16: Webblog

14

Banner dalam laman web atau blog anda sangat penting kerana ia merupakan perkara

yang pertama kebanyakan orang melihat apabila mereka melawat mana-mana halaman di

laman anda. Banner yang lebih kecil adalah lebih baik. Hal ini kerana apabila membuka

sesuatu laman web dan blog yang mempunyai banner yang bersaiz kecil, pengguna akan

tahu secara ringkas dan cepat mengenai laman web dan blog tersebut dengan ruangan

lebih banyak untuk paparan tulisan.

Laman web A memaparkan banner yang bersaiz kecil. Ini memudahkan

pengguna untuk membaca sepintas lalu apa yang terdapat di dalam laman web ini kerana

saiz banner yang kecil tidak mengambil banyak ruangan di dalam laman web ini.

Blog B memaparkan banner yang sederhana besar di mana setengah daripada

muka laman web ini hanya dipenuhi dengan banner. Sepatutnya penulis menggunakan

banner yang lebih kecil saiznya untuk memudahkan pembaca baca maklumat seterusnya

yang ada di dalam blog ini.

Senarai

Senarai merupakan unsur yang mengkategorikan item-item atau pautan-pautan yang

diletak pada sesebuah blog atau web. Senarai boleh dibina secara melintang ataupun

menegak bergantung kepada lokasi dan item yang dipilih untuk diletakkan senarai

tersebut. Senarai untuk item atau pautan lazimnya diletak secara menegak pada sisi kiri

atau kanan untuk menjimatkan tempat blog atau web. Senarai untuk item penting

Page 17: Webblog

15

lazimnya diletak secara menlintang pada kedudukan atas di mana senarai tersebut dapat

dipapar dengan cepat dan mendedahkan item itu kepada pengguna secara berkesan.

Selain itu, format yang sesuai turut perlu digunakan dalam senarai dan paparan item-item

dalam senarai haruslah mempunyai perkaitannya. Kesemua sub kiteria dalam senarai

dapat menyenangkan penggunaan blog atau web dan menjadikan informasi yang

dipaparkan senang dicari oleh para pengguna.

1. Meletakkan item penting pada kedudukan atas.

Item-item yang penting dalam blog atau web haruslah diletak pada kedudukan atas untuk

menyenangkan penggunaan blog atau web tersebut. Ini kerana apabila para pengguna

melayar blog atau web, paparan pertama blog atau web adalah mengenai item yang

diletak pada atas dan itu, para pengguna lebih senang dan cepat untuk mencari maklumat

yang dikehendaki.

Item-item penting seperti ‘Muat Turun Animasi’, ‘Manga’, ‘Genre Animasi’ dan

lain-lain lagi diletak pada kedudukan paling atas dalam Laman web A. Ini sememangnya

dapat memberikan kesenangan kepada para pengguna dalam proses mencari maklumat

yang dikehendaki.

Terdapat item-item penting dan kurang penting telah diletak pada kedudukan

paling atas dalam Blog B, item ‘Home’ dan ‘About me’ merupakan item penting,

manakala bagi pendapat kami, item seperti ‘As Seen On’ merupakan item yang kurang

penting. Item lain seperti ‘Travelogue’ dan ‘Recipe’ boleh diletak di atas menggantikan

Page 18: Webblog

16

item ‘As Seen On’. Kami merasakan pengguna lebih berminat untuk mendapatkan

maklumat lanjut atau perkara yang dikongsi oleh penulis blog, dengan meletakkan item

tersbut pada kedudukan teratas dapat menpercepatkan pencarian maklumat oleh

pengguna.

2. Format yang bersesuaian untuk senarai dan paparkan item-item yang mempunyai

perkaitan dalam satu senarai.

Format yang sesuai sama ada menegak atau melintang perlulah dipilih dan digunakan

secara bersesuaian dengan kategori item yang dipaparkan. Item-item dalam senarai

perlulah berkait antara satu sama lain supaya maklumat yang dipaparkan tidak

mengelirukan para pengguna.

Senarai pada Laman web A di atas menggunakan format yang sesuai iaitu secara

menegak. Item-item dipaparkan mempunyai perkaitan dalam satu senarai di mana

kesemua item tersebut menunjukkan Siri Animasi Terbaru yang telah ditambah.

Senarai Blog B di atas juga menggunakan format yang sesuai iaitu secara

menegak. Item-item dipaparkan mempunyai perkaitan dalam satu senarai di mana

kesemua item tersebut menunjukkan Resipi makanan yang dikongsi oleh penulis blog

tersebut.

Page 19: Webblog

17

Kandungan

Kandungan adalah sesuatu yang membawa makna dalam sebuah subjek. Ianya

merupakan subjek yang ingin dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesebuah konteks.

Kandungan yang boleh diterima di dalam sesuatu konteks yang terpendam berbanding

kandungan yang nyata.

1. Gunakan tajuk yang jelas, susunan kandungan yang jelas dan teratur.

Penggunaan tajuk yang jelas disetiap halaman sangat penting utuk menarik perhatian

pembaca. Ini juga bertujuan supaya pengguna dapat mengenal pasti isi yang terkandung

dan akan membayangkan olahan yang bakal diolah. Susunan kandungan yang teratur dan

jelas memberi peranan penting untuk menaikkan kualiti sesebuah halaman web dan blog.

Blog B ini mempunyai susunan item kandungan yang teratur dibahagian sebelah

kiri. Kami juga dapati blogger menggunakan tajuk yang jelas di semua halaman seperti

yang tersedia dibahagian kiri blog. Menyusun tajuk item mengikut kategori seperti

travelogue, recipe dan tips and inspirations. Susunan kandungan juga mempunyai

turutan yang jelas dan teratur. Manakala Laman web A tidak menyediakan susunan item

kandungan yang teratur.

2. Elakkan penggunaan istilah jargon/pelik

Dalam sebuah penulisan atau penyampaian seharusnya dielakkan penggunaan istilah

jargon atau pelik. Untuk menarik minat dan menyampaikan maklumat, kandungan

sepatutnya menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tepat. Istilah pelik akan

mengelirukan pengguna, malah kemungkinan akan menimbulkan salah faham.

Page 20: Webblog

18

Blog B sangat banyak menggunakan istilah jargon yang rata-rata pengguna

dewasa atau kanak-kanak sukar untuk memahaminya. Bahasa yang digunakan terlalu

selamba dan sempoi serta mewujudkan istilah pelik seperti ‘iolls, kose, siot, mengagau,

omjeee, ngeng’ dan banyak lagi. Manakala Laman web A tidak ada masalah sebegitu.

3. Melimitkan bilangan perkataan dan kemudahan pembacaan.

Bilangan perkataan yang terlalu padat dan banyak menyebabkan pengguna mudah berasa

bosan dan hilang tumpuan dalam pembacaan. Hal ini memberi kesan dalam kepantasan

pengguna dalam pembacaan kerana perkataan yang melebihi limit standard. Kemudahan

pembacaan bermaksud bahawa pengguna dapat menghabiskan kandungan dalam masa

yang sesuai dengan limit perkataan.

Blog B tidak melimitkan bilangan perkataan dan ayat. Manakala laman web A

pula sangat limit bilangan ayat dan perkataannya. Setiap isi kandungan dalam blog ini

sederhana dalam penggunaan tajuk utama, jadi ia melambatkan pembacaan. Ini adalah

kerana bahasa yang digunakan bercampur Inggeris dan Melayu. Manakala nama tempat

pula terdiri pelbagai bahasa.

Page 21: Webblog

19

Perenggan yang digunakan juga ada yang pendek dan ada yang panjang. Namun

demikian, kami dapati panjang atau pendek perenggan masih lagi senang dibaca. Pada

penggunaan bahasa Inggeris, perenggan pendek lagi mudah dibaca.

Demikian pula, kami hanya dapat mengkritik blog berkenaan dengan criteria ini

berbanding laman web A, kerana ianya adalah laman web video, forum dan pautan lain.

Kandungan dalam halaman ini disusun secara kemas, tetapi ianya mempunyai

kepelbagaian video dan episode.

4. Mengurangkan masa pencarian atau scanning

Item-item, pautan dan tajuk yang penting telah diletakkan secara konsisten dan teratur

memudahkan para pengguna untuk mencari halaman yang ingin dicapai Hal ini dapat

mengurangkan masa pencarian, selain daripada untuk menampakkan ianya lebih kemas.

Page 22: Webblog

20

Blog B menyediakan maklumat dan fungsi berkaitan mengikut kategori tertentu

untuk mengurangkan masa pencarian atau scanning. Ini adalah seperti yang telah

diterangkan dan seperti gambar di atas. Manakala Laman web A menyediakan kotak

“search” untuk memudahkan pencarian maklumat oleh pengguna.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, blog dan laman web yang berkualiti hendaklah memilik kriteria

yang disebutkan. Dengan kriteria yang sempurna, pembaca akan tertarik dengan blog

atau laman web dan akan berkunjung selalu.

Kedua-dua blog dan laman web yang dibandingkan dalam tugasan ini merupakan

blog dan laman web yang agak berkualiti. Hal yang demikian kerana ia memiliki hampir

semua kriteria yang diperlukan. Namun masih terdapat kekurangan yang boleh

disempurnakan lagi.

Page 23: Webblog

21

Rujukan

Animetake (n.d.). Dilayari pada 02 Mei 2014 di http://www.animetake.com/

Fatin Liyana (n.d.). Dilayari pada 02 Mei 2014 di http://honeykoyuki.blogspot.com/