sejarah tingkatan 2 bab 7 perjuangan rakyat tempatan mengembalikan kedaulatan bangsa : rentap

16
SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 : PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA

Upload: sahfirah-firah

Post on 24-Jun-2015

817 views

Category:

Internet


3 download

DESCRIPTION

SLIDESHOW SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA RENTAP AGI IDUP AGI NGELABAN

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP

SEJARAH TINGKATAN 2

BAB 7 : PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN

KEDAULATAN BANGSA

Page 2: SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP

7.3 RENTAP WIRA SARAWAK : AGI

HIDUP , AGI NGELABAN

Muka

surat 169

Page 3: SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP

FAKTOR - FAKTOR PENENTANGAN

1. “Agi Hidup , Agi Ngelaban” merupakan slogan yang digunakan oleh masyarakat Iban untuk mempertahankan maruah mereka.

2. Rentap merupakan seorang pahlawan Iban yang bangkit menentang penjajah British di Sarawak.

3. Rentap dilahirkan pada tahun 1800.

Page 4: SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP

Rentap

Nama asalnya ialah Libau

yang bermaksud

“penggoncang ribut”

Digelar sebagai Raja

Darat

Pemimpin orang Iban di

Sungai Skrang dan

Sungai Saribas

Page 5: SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP

4. Rentap menentang hebat pentadbiran keluarga Brooke kerana :

a. Keluarga Brooke menganggap masyarakat Iban di Sungai Skrang sebagai lanun

b. James Brooke membina kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban

c. James Brooke telah menghapuskan tempat tinggal orang Iban di Sungai Skrang

Page 6: SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP

PERISTIWA PENENTANGAN

1. Pada tahun 1853 , kubu James Brooke di Nanga Skrang telah diserang oleh Rentap.

2. Pasukan Rentap berjaya mengalahkan tentera James Brooke.

3. Seorang pegawai Brooke bernama Allan Lee terbunuh dalam pertempuran.

4. Kejayaan ini menjulang nama Rentap dalam kalangan orang Iban.

Page 7: SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP

5. Pada tahun 1854 , James Brooke menyerang dan menawan kubu Rentap di Sungai Lang.

6. Ketika menyerang kubu Rentap , James Brooke turut membakar perkampungan Rentap.

7. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok dan mendirikan kubu di sana.

8. Penduduk Iban memberikan sokongan padu kepada Rentap dan menggelarnya “Raja Ulu”.

9. Pada tahun 1857 , James Brooke melantik Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.

Page 8: SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP

KEGAGALAN CHARLES BROOKE MENAWAN KUBU RENTAP PADA TAHUN 1857

Tuan Muda Charles Brooke

Gagal

Sebab kegagalan : Kubu Rentap

kukuh

Mendapat bantuan

daripada : 3 000 orang Iban dan 500

orang Melayu

Menyerang kubu Rentap

Page 9: SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP

10. Pada tahun 1858 , Charles Brooke mengetuai pasukannya untuk menyerang Bukit Sadok.

11. Serangan tersebut masih gagal menewaskan Rentap.

12. Hal ini kerana Rentap mempunyai semangat perjuangan yang tinggi.

13. Semangat Rentap dapat dibuktikan melalui kata – kata beliau iaitu :

“Bawalah semua meriam kamu dari Eropah , kami tidak takut kepada

kamu orang Eropah.”

Page 10: SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP

PERISTIWA SERANGAN TERAKHIR JAMES BROOKE TERHADAP RENTAP

TAHUN PERISTIWA KESAN

1863 a. James Brooke memimpin sendiri pasukannya menyerang Rentap di Bukit Sadok.

b. Pertempuran berlaku selama satu bulan.

c. James Brooke telah membakar kubu serta rumah pengikut Rentap.

a. Rentap dapat ditewaskan.

b. Rentap berundur ke Entabai untuk mengatur serangan baru.

c. Rentap meninggal dunia sebelum dapat meneruskan penentangan.

Page 11: SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP

14. Perjuangan Rentap dan pengikutnya membuktikan mereka bukannya lanun tetapi merupakan pejuang bangsa.

15. Kehebatan kebangkitan Rentap telah diabadikan pada Batu Peringatan Rentap.

Page 12: SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP

KRONOLOGI PENENTANGAN RENTAP TERHADAP PEMERINTAHAN JAMES BROOKE

1863

1858

1857

1854

TAMBAHAN

1853

James Brooke menewaskan Rentap

Rentap menewaskan Charles Brooke sekali lagi

Rentap berjaya menewaskan Tuan Muda Charles Brooke

James Brooke menawan kubu Rentap

Rentap menyerang kubu James Brooke

Page 13: SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP

Soalan

1. Maklumat di atas menunjukkan peristiwa di Sarawak pada tahun 1853.

- Apakah kesan peristiwa tersebut ?

A Penentangan Rentap berakhir

B Penyokong Rentap meningkat

C Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British

D Pelantikan Rentap dalam pentadbiran Brooke

Jawapan : B

Seorang pegawai Brooke yang bernama Allan Lee telah dibunuh oleh Rentap di

Nanga Skrang

Page 14: SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP

2. Senarai berikut menunjukkan kawasan petempatan utama di Sarawak.

- Mengapakah Rentap dihormati oleh penduduk di kawasan tersebut ?

A Merupakan pembesar yang kaya

B Mengalahkan James Brooke

C Menjadi pahlawan gagah perkasa

D Memperjuangkan kepentingan orang Iban

Jawapan : D

Sungai SaribasSungai Skrang

Page 15: SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP

Jawab semua soalan dengan tepat dan betul.

1. Mengapakah Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak ?

: Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak kerana Brooke mengganggap orang Iban sebagai lanun dan menghapuskan petempatan orang Iban di Sungai Skrang.

2. Apakah peristiwa yang telah menaikkan nama Rentap dalam kalangan orang Iban ?

: Peristiwa yang telah menaikkan nama Rentap dalam kalangan orang Iban ialah Rentap dan pengikutnya berjaya menewaskan kubu James Brooke di Nanga Skrang.

Page 16: SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA : RENTAP

SEKIANTERIMA KASIH