web viewbab 2. n. ilai-nilai universal dalam tamadun. pendahuluan. persamaan dan perbezaan nilai...

12
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam BAB 2 NILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN 1. Pendahuluan 1. Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah tamadun bergantung kepada perkara yang menjadi pegangan secara menyeluruh dalam tamadun tersebut. 2. Tamadun Islam berpaksi kepada sumber wahyu yang mengarahkan semua perkara yang dilakukan oleh umatnya perlu berada pada landasan wahyu. Manakala tamadun selain Islam menjadikan manusia sebagai objeknya. Ini termasuk batas keupayaan, pemikiran, siapa yang kuat maka dialah yang berkuasa. 3. Selain itu, faktor yang menjadi punca persamaan dan perbezaan antara tamadun ialah doktrin, amalan agama, ciri keturunan dan budaya. 2. Konsep Nilai 1. Menurut Kamus Dewan, nilai bermaksud darjah, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian. 2. Identiti tidak boleh dipisahkan daripada nilai-nilai. Nilai-nilai yang diamalkan atau dihayati oleh sesuatu kaum atau tamadun itu secara tidak langsung menggambarkan identiti kaum atau tamadun tersebut. 3. Terdapat perbezaan antara tamadun yang muncul disebabkan setiap tamadun muncul sebagai manifestasi budaya, falsafah hidup atau penghayatan agama masyarakatnya. Tamadun Islam misalnya lahir daripada manifestasi tauhid (kepercayaan), tamadun India banyak dipengaruhi konsep ketuhanan Hinduisme, tamadun Greek dengan falsafah dan keseniannya. 1 4. Dalam tamadun Islam, nilai-nilai ketamadunannya merangkumi nilai kebendaan dan kerohanian. 5. Kemunculan setiap tamadun mempunyai nilai-nilainya tersendiri yang membezakan antara satu tamadun dengan tamadun lain namun terdapat persamaan nilai-nilai antara tamadun, itulah nilai universal tamadun. 6. Nilai universal diertikan sebagai nilai yang diterima umum dalam semua masyarakat. 2 Terdapat beberapa nilai universal tamadun yang akan dibincangkan yang mewujudkan persamaan dan perbezaan. 1 Zulkifli Dahalan et. al, 2009, Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam, Shah Alam: UiTM, hlm. 49. 2 Mohd Nasir Ayub et. al, 2011, Pengenalan Tamadun Islam & Pemikiran Islam Kontemporari, Kedah: UiTM, hlm. 54. 1

Upload: vuongtu

Post on 06-Feb-2018

298 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewBAB 2. N. ILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN. Pendahuluan. Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah tamadun bergantung kepada perkara yang

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

BAB 2NILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN

1. Pendahuluan

1. Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah tamadun bergantung kepada perkara yang menjadi pegangan secara menyeluruh dalam tamadun tersebut.

2. Tamadun Islam berpaksi kepada sumber wahyu yang mengarahkan semua perkara yang dilakukan oleh umatnya perlu berada pada landasan wahyu. Manakala tamadun selain Islam menjadikan manusia sebagai objeknya. Ini termasuk batas keupayaan, pemikiran, siapa yang kuat maka dialah yang berkuasa.

3. Selain itu, faktor yang menjadi punca persamaan dan perbezaan antara tamadun ialah doktrin, amalan agama, ciri keturunan dan budaya.

2. Konsep Nilai

1. Menurut Kamus Dewan, nilai bermaksud darjah, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian.2. Identiti tidak boleh dipisahkan daripada nilai-nilai. Nilai-nilai yang diamalkan atau dihayati oleh sesuatu kaum

atau tamadun itu secara tidak langsung menggambarkan identiti kaum atau tamadun tersebut.3. Terdapat perbezaan antara tamadun yang muncul disebabkan setiap tamadun muncul sebagai manifestasi

budaya, falsafah hidup atau penghayatan agama masyarakatnya. Tamadun Islam misalnya lahir daripada manifestasi tauhid (kepercayaan), tamadun India banyak dipengaruhi konsep ketuhanan Hinduisme, tamadun Greek dengan falsafah dan keseniannya.1

4. Dalam tamadun Islam, nilai-nilai ketamadunannya merangkumi nilai kebendaan dan kerohanian.5. Kemunculan setiap tamadun mempunyai nilai-nilainya tersendiri yang membezakan antara satu tamadun

dengan tamadun lain namun terdapat persamaan nilai-nilai antara tamadun, itulah nilai universal tamadun.6. Nilai universal diertikan sebagai nilai yang diterima umum dalam semua masyarakat.2 Terdapat beberapa

nilai universal tamadun yang akan dibincangkan yang mewujudkan persamaan dan perbezaan.

3. Nilai-nilai Universal Tamadun

3.1 Nilai Kepercayaan1. Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur

sosial dan intelektual sesuatu tamadun. 2. Semua tamadun sama ada berasaskan kepercayaan samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi

doktrin keagamaan, malah dari agama inilah lahirnya kebudayaan dan sains. Idea ketuhanan yang transcendence (kudus) sama ada dengan panggilan Ti, Brahman atau Sang Hyang Tunggal menyebabkan institusi dan ajaran keagamaan agama lain juga di hormati.3

3. Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah tamadun yang menitikberatkan persoalan ketuhanan dan kerohanian yang bersumberkan wahyu. Agama memberi tenaga, fikiran dan penggerak kepada dinamisme sesebuah tamadun.

4. Dalam tamadun Jepun pula banyak dipengaruhi ajaran Shintoisme yang menanamkan rasa kebangsaan dan semangat patriotisme. Konsep ini disokong dengan semangat Bushido iaitu sanggup membunuh diri jika gagal melaksanakan perintah.4

5. Sungguhpun setiap tamadun mempunyai nilai kepercayaan, tetapi amalannya dan kefahaman mengenainya adalah berbeza. Misalnya tamadun Islam meletakkan kepercayaan kepada Allah sebagai matlamat utama dalam pekerjaan dan pembinaan tamadun berbanding tamadun lain yang menganggap manusia sebagai penentu kemajuan dan Tuhan tidak dijadikan asas utama.

3.2 Nilai Ekonomi dan Kebendaan1. Nilai ekonomi atau kebendaan menjadi matlamat utama, pada kebanyakkan tamadun khususnya Barat

sehingga menghalalkan semua perkara bagi mencapai matlamat nilai kebendaan.

1Zulkifli Dahalan et. al, 2009, Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam, Shah Alam: UiTM, hlm. 49.2Mohd Nasir Ayub et. al, 2011, Pengenalan Tamadun Islam & Pemikiran Islam Kontemporari, Kedah: UiTM, hlm. 54.3 http://treebuilder.blogspot.com/2010/12/nilai-nilai-universal-antara-tamadun.html4Zulkifli Dahalan et. al, op.cit, hlm. 51.

1

Page 2: Web viewBAB 2. N. ILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN. Pendahuluan. Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah tamadun bergantung kepada perkara yang

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

2. Berbeza dengan Islam di mana nilai ekonomi perlu berlandaskan syariat iaitu mengambil persoalan hukum halal dan haram serta mendapatkan keredhaan Allah. Manusia merupakan pemegang amanah dan bukan pemilik harta secara mutlak. Harta dan kebendaan hanya alat untuk mencapai keredhaan Allah. Firman Allah:

ىئى ى ی ی ی ی ىئ ىئ ېئ ېئ ېئ ۈئ ۈئ ۆئ ۆئ ۇئ ۇئ وئ وئ ەئ ەئ ائ ائ جب يئ ىئ مئ حئ جئ

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan "5

1. Justeru, amalan-amalan ekonomi seperti riba, menipu, menyorok barang, rasuah dan sebagainya adalah diharamkan dalam Islam.

2. Aktiviti ekonomi yang berteraskan syariat Islam bukan sahaja mampu mewujudkan hubungan perpaduan sosial menerusi konsep nikmat sama dirasai malah meningkatkan ekonomi negara dan mengurangkan aras kemiskinan.

3. Tanpa kekuatan ekonomi, umat Islam akan berada di bawah paras kemiskinan dan ditakuti dengan kemiskinan akan membawa kepada kekufuran seperti yang diingatkan oleh Rasulullah.

4. Pengalaman dan penglibatan Rasulullah dan para sahabat terlibat secara aktif dalam bidang perniagaan dan penternakan serta pertanian telah menyumbang kepada kegemilangan tamadun Islam di Madinah dan sebagai model bagi umat Islam menguasai ekonomi untuk melahirkan tamadun Islam yang hebat bagi mengimbangi penguasan ekonomi Barat.

3.3 Nilai Kerja1. Nilai kerja bermaksud etika atau budaya kerja. Nilai kerja tamadun atau masyarakat Barat melihat

kepada keuntungan dari segi kebendaan berbanding etika kerja sebenarnya. Masyarakat Jepun dan Korea yang sering dikaitkan dengan nilai kerja yang penuh berdisiplin dan beretika seperti juga yang dituntut dalam Islam namun ianya tetap terarah kepada kepentingan dan keuntungan dunia.6

2. Berbeza dengan Islam, nilai kerja hendaklah berlandaskan tuntutan syariat dan mencari keberkatan daripada Allah s.w.t.

3. Dalam Islam,bekerja memenuhi keperluan hidup secara halal merupakan amalan mulia dan dianggap sebagai ibadah apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

a. Dilakukan dengan niat kerana Allahb. Kerja yang dilakukan menepati kehendak syarakc. Dilakukan dengan penuh tanggungjawabd. Menjauhi larangan Allah dalam melaksanakan tugas dan kerja seperti menipu dan rasuahe. Tidak melalaikan dan meninggalkan ibadah khusus.

4. Allah amat menyukai umatNya yang rajin bekerja dan tidak hidup dengan meminta-minta. Justeru kegemilangan tamadun Islam yang pernah dikecapi dulu adalah hasil kerja umat Islam dalam berbagai bidang di samping penerokaan berbagai ilmu pengetahuan yang berterusan.

5. Dorongan Islam supaya umat Islam sentiasa bekerja untuk mencapai keselesaan dan kejayaan jelas ditegaskan dalam laungan azan – “Hayya ‘alal falah” (marilah menuju kejayaan)

3.4 Nilai Kemanusiaan1. Nilai kemanusiaan merupakan nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan

kemuliaan manusia. Nilai ini tidak akan wujud melainkan sebuah kelompok masyarakat itu memahami hakikat kejadian manusia secara menyeluruh.7

2. Nilai kemanusiaan dalam Islam merupakan yang perlu dipupuk dan nilai kebendaan hanya sebagai nilai tambah.

3. Tamadun Islam adalah diasaskan atas dasar masyarakat yang meletakkan nilai kemanusiaan yang mengamalkan sifat bertimbangrasa, lemah lembut, kasih sayang, adil dan sebagainya.

5Al-Quran,Surah al-Qasas: 776Mohd Nasir Ayub et. al, Op.cit, hlm. 56.7Ibid., hlm 56.

2

Page 3: Web viewBAB 2. N. ILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN. Pendahuluan. Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah tamadun bergantung kepada perkara yang

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

4. Kasih sayang merupakan nilai kemanusiaan yang paling murni. Tanpa kasih sayang, segala urusan akan pincang. Maksud sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya”

5. Orang yang dikasihi Allah s.w.t dan disukai masyarakat ialah orang yang hidup untuk dirinya dan untuk orang lain serta memikirkan kebaikan ummah. Kasih sayang sesama manusia menguatkan hubungan sesama manusia walaupun berlainan agama dan bangsa.

6. Bagi menjamin keamanan sejagat Islam melarang manusia melakukan angkara dan pencerobohan terhadap hak orang lain sama ada dengan lidah, tangan atau apa-apa jua sekali pun.

7. Dalam Tamadun China pula terdapat konsep Ren yang bermaksud kasih sayang. Konsep ini merujuk kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap “ekspresi jantung manusia”.

8. Dalam Tamadun Hindu terdapat konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang boleh membawa kepada tiadanya kekejaman terhadap sebarang makhluk sama ada manusia ataupun binatang.8

3.5 Nilai Keilmuan1. Semua tamadun menerima kepentingan ilmu pengetahuan dalam membangun dan membina sesebuah

tamadun. Bangsa yang meneroka dan menguasai ilmu pengetahuan akan dapat mewujudkan tamadun yang gemilang

2. Keutamaan ilmu jelas dirakamkan di dalam wahyu yang pertama diturunkan (al-Alaq: 1-5).3. Umat Islam perlu mempunyai kesedaran tentang kewajipan menuntut ilmu kerana tanpa ilmu umat

Islam tidak akan maju sedangkan umat Islam diibaratkan oleh Allah sebagai ‘ummah wasatan’ iaitu umat yang mampu meneroka dan membangun alam ini dengan ilmu yang dipelajari.

ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ ڄ ڄ ڄ“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu”9

4. Tiada lagi bangsa yang maju dan berjaya tanpa penguasaan ilmu. Begitu juga keimanan seseorang tidak dapat ditegakkan dengan kukuh dan mantap, serta amalan seseorang tidak diterima tanpa ilmu.

5. Konsep mencari ilmu dalam Islam berbezadengan tamadun-tamadun lain di mana perolehan ilmu hemdaklah berlandaskan konsep tauhid. Proses transformasi tidak akan berhasil jika tujuan ilmu tidak mensasarkan Allah s.w.t sebagai matlamat utama, maka akan berlakulah pegawai yang meminta rasuah, doktor yang menipu dan sebagainya.10

6. Sejarah telah merakamkan bagaimana umat Islam dahulu telah berjaya mengembangkan ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang hingga melahirkan peradaban yang gemilang seperti di Andalus dan di Baghdad yang kemudiannya menjadi penyumbang kepada kebangkitan tamadun Eropah.

3.6 Nilai Akhlak1. Akhlak dalam Islam merupakan sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Tanpa akhlak

mulia kehidupan manusia akan menjadi lebih huru-hara dan mementingkan diri. Justeru, perutusan Rasulullah adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia, sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”2. Antara faktor perutusan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang rasul ialah untuk memperelok akhlak

manusia.3. Akhlak Islam bersifat syumul iaitu merangkumi hubungan manusia dengan Allah s.w.t, sesama manusia

dan makhluk lain termasuk alam persekitaran.4. Dalam tamadun Cina, terdapat konsep dao (jalan) dan li (tatasusila) dalam ajaran Konfusius yang

menekankan peraturan akhlak dan kehidupan berasaskan tiga perhubungan – manusia dengan Tuhan, sesama manusia dan perhubungan politik.

8 http://treebuilder.blogspot.com/2010/12/nilai-nilai-universal-antara-tamadun.html9Al-Quran, al-Baqarah: 14310 Mohd Nasir Ayub et. al, Op.cit, hlm. 62-63.

3

Page 4: Web viewBAB 2. N. ILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN. Pendahuluan. Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah tamadun bergantung kepada perkara yang

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

5. Dalam ajaran Konfusius juga menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan di mana manusia perlu hidup bersederhana dan elakkan kekerasan sebagai jalan penyelesaian.

6. Dalam tamadun India, ajaran Hindu menekankan konsep Dharma (jalan kehdupan berlandaskan kebenaran)11 dan karma (apa yang dialami manusia adalah hasil perbuatan yang lalu atau sekarang); perbuatan baik akan mendapat balasan baik dan perbuatan buruk akan mendapat balasan buruk. Menurut ajaran ini, manusia perlu mencapai mokhsa iaitu kebebasan dari rantian kelahiran semula.12

3.7 Nilai Keadilan1. Nilai keadilan amat besar ertinya dalam kehidupan dan perhubungan manusia kerana ianya mampu

mewujudkan keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun. Sebagai contoh kerajaan yang melaksanakan keadilan sosial akan membahagikan kekayaan negara kepada seluruh rakyat di mana menghadkan monopoli golongan kaya dan meningkatkan pendapatan golongan miskin, maka dengan ini akan merapatkan jurang perbezaan. Ini bermakna kekayaan tidak hanya dinikmati oleh golongan kaya malah turut dirasai oleh golongan miskin.13

2. Sejarah telah merakamkan bahawa salah satu sebab keruntuhan sesebuah tamadun ialah apabila pemerintah atau kerajaan tidak lagi berlaku adil terhadap rakyatnya dengan melakukan kezaliman dan mengabaikan hak-hak rakyat.

3. Saranan menegakkan keadilan jelas ditekankan dalam ajaran Islam sebagaimana firman Allah s.w.t: ۉ ھ ھ ھ ھ ڭ ڭ ڭ ڭ ۇ ۇ ۆ ۆ ۈ ۈ ۋ ۋ ې ې ۉ ۅ ۅ ٴۇ ۓ ۓ ے ے ہ ہ

ې“Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan”14

3.8 Nilai Kekeluargaan1. Menurut Malik bin Nabi untuk membina sebuah tamadun, ianya bermula dengan membina masyarakat

yang berperadaban dan untuk itu ia bermula dengan pembentukan keluarga. Keluarga yang dimaksudkan lazimnya keluarga extended yang mempunyai hirarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum wanita dan lelaki.

2. Menurut konfusius, kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang terpenting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan bermakna penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan.

3. Konsep kekeluargaan dalam Islam pula mementingkan kasih sayang dan saling hormat menghormati. Ini bermakna kedudukan wanita dan lelaki bukanlah menjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka mestilah menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat menghormati.15

3.9 Nilai Alam Sekitar1. Pemuliharaan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama kerana alam

sekitar dianggap sebagai anugerah tuhan.2. Dalam Islam, manusia sebagai khalifah Allah berkewajipan memelihara alam dari sebarangn

kerosakan. Begitu juga dalam ajaran agama-agama lain. Ada sesetengah tamadun lain memelihara alam sekitar sehingga alam sekitar disembah dan dilihat sebagai Divine Power.16

3. Dalam ajaran Shinto, tuhan disebut ‘kami’ yang merangkumi binatang-binatang, tumbuhan yang dianggap mempunyai kuasa yang boleh memberi kesan kepada manusia.

4. Dalam agama Buddha, manusia dikatakan mempunyai hubungan harmonis dengan alam sekitar melalui konsep ‘Esho Fuai’ iaitu manusia dan alam saling berkaitan dan memerlukan.

11 http://id.wikipedia.org/wiki/Dharma12 Mohd Nasir Ayub et. al, Op.cit, hlm. 64.13Ibid., hlm. 6014Al-Quran, surah al-Maidah ayat 815 Chandra Muzaffar et.al, Pengenalan Ilmu Ketamadunan, dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Cetakan Keempat, 2004, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 14.16Ibid, hlm.13

4

Page 5: Web viewBAB 2. N. ILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN. Pendahuluan. Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah tamadun bergantung kepada perkara yang

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

4 Interaksi Antara Tamadun

1. Walaupun setiap tamadun mempunyai keistimewaan tersendiri, sifat sebenar sesebuah tamadun tidak tertutup. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi17 antara tamadun sama ada diperingkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah.18

2. Kewujudan interaksi antara tamadun disebabkan oleh semangat toleransi serta sikap saling menghormati antara sebuah tamadun dengan sebuah tamadun lain.

3. Sebagai contoh hubungan antara pelbagai tamadun yang berjiran sejak beberapa dekad silam dan terbukti dapat terjalin dengan harmoni hubungan antara tamadun Cina dan tamadun Islam, antara tamadun India dan tamadun Melayu melalui hubungan perdagangan.

4. Saling berinteraksi antara tamadun sebenarnya akan melahirkan kesan-kesan positif dan terdapat juga kesan-kesan negatif. Sama ada kesan yang lahir bersifat positif ataupun negatif, apa yang pasti ia disebabkan wujudnya interaksi antara tamadun dan ianya bergantung sejauhmana bentuk interaksi itu dijalinkan.19

5. Proses interaksi boleh berlaku dengan pelbagai cara antaranya melalui kehidupan bersama, pedagangan, peperangan, pejelajahan, penjajahan dan media. Ia boleh dilihat dalam proses rentesan persempadanan akibat pertembungan agama, bahasa, adat, makanan, pakaian dan sebagainya. Akibatnya menyaksikan peradaban yang besar akan mendominasi peradaban yang kecil.20

6. Pada umumnya, terdapat empat jenis interaksi berlaku antara tamadun, iaitu:a. Interaksi fizikal. Seperti yang berlaku di Alam Melayu di mana pedagang Arab mengahwini penduduk

tempatan dan membina petempatan khas di kawasan pantai timur dan barat Sumatera.b. Interaksi teologi atau agama. Sebagai contoh proses asimilasi beberapa ajaran Buddha ke dalam

ajaran Shinto di Jepun tentang nilai etika dan moral.c. Interaksi sains dan teknologi. Seperti Jepun mempelajari sains dan teknologi dari Eropah dan

Amerika Syarikat ekoran hubungan yang terjalin.d. Interaksi budaya. Ia merupakan interaksi yang paling ketara berlaku pada mana-mana tamadun yang

meliputi pelbagai aspek seperti makanan, pakaian, seni bina, muzik dan sebagainya.21

4.1 Faktor-faktor Berlaku Interaksi

a. Faktor Geografi1. Kelahiran sesebuah tamadun banyak didorong oleh kedudukannya yang strategik yang

memungkinkan penempatan masyarakat memperolehi sumber-sumber semulajadi untuk keperluan hidup.

2. Faktor lokasi ini adalah merujuk pada kesesuaian faktor geografi yang dilihat menggalakkan kemunculan tamadun Cina di lembah Hwang Ho, tamadun Mesopotamia di lembah Tigris, tamadun Mesir di lembah sungai Nil dan tamadun Melayu Melaka di pinggiran selat Melaka.

3. Kebiasaannya kawasan yang terbuka bentuk kawasan geografi seperti kawasan yang menjadi laluan perdagangan bersifat lebih terbuka dalam orientasi ketamadunannya. Ini menyebabkan sesebuah tamadun itu terdedah kepada tamadun luar.

4. Sebagai contoh melalui jalan laut orang Arab merentasi laut Arab ke benua India, kepulauan Melayu hingga ke Canton, Cina.22

b. Faktor Perdagangan1. Interaksi antara tamadun turut berlaku menerusi aktiviti perdagangan. Misalnya, hubungan

perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina melalui jalan darat dan laut. Hubungan ini terjalin sejak abad ke 3 Masehi. Pedagang Arab dan Parsi telah membina penempatan mereka di Canton malah mereka turut membina masjid di Guangzhou. Ini membuktikan berlakunya proses Islamisasi di wilayah tersebut.

17Interaksi diertikan sebagai tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak. Lihat Kamus Dewan, Edisi Ketiga, 1996, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 496.18Chandra Muzaffar et.al, op.cit, hlm. 1019Zulkifli Dahalan et.al, op.cit, hlm. 5420Mohd Nasir Ayub et. al, op.cit, hlm. 6621Zulkifli Dahalan et.al, op.cit, hlm. 55-5622Ibid., hlm. 55

5

Page 6: Web viewBAB 2. N. ILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN. Pendahuluan. Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah tamadun bergantung kepada perkara yang

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

2. Hubungan pedagangan juga berlaku antara pedagang Arab dengan penduduk Alam Melayu apabila mereka singgah di beberapa pelabuhan penting di kepulauan Melayu seperti Melaka sebelum meneruskan perjalanan ke Cina.23

c. Faktor Keagamaan1. Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan keagamaan dan

kerohanian. Ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

2. Islam merupakan agama yang bersifat terbuka iaitu menerima kebaikan daripada agama lain selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. Sebagai contoh, walaupun kerajaan Islam dapat mengekalkan kuasanya selama 7 abad di Andalusia tetapi tidak pernah mendiskriminasi24 penduduknya yang beragama Kristian dan Yahudi malah diberi peluang turut serta membangunkan ekonomi, ilmu pengetahuan dan perdagangan.

d. Faktor Pemerintah1. Sikap pemerintah menunjukkan sikap terbuka dan toleransi dengan mewujudkan hubungan

dengan tamadun lain. Misalnya, pemerintah Islam pada zaman kegemilangan tamdun Islam mengamalkan sikap terbuka dengan menerima sumber ilmu daripada tamadun Yunani, India dan Cina.25

4.2 Faktor Penghalang Interaksi1. Antara faktor penghalang interaksi antara tamadun ialah:

a. Kedudukan geografi atau daerah yang membataskan perhubungan antara satu tamadun dengan tamadun lain.

b. Semangat nasionalisme (kebangsaan) yang menebal sehingga melahirkan sikap perasaan kebencian dan permusuhan terhadap bangsa atau warga negara lain.

c. Tiada sikap toleransi atau tolak ansur di kalangan kaum migran dan bukan migran. Perkara ini menyebabkan masing-masing membawa haluan sendiri dan tiada semangat perpaduan dan bekerjasama.

d. Penggunaan bahasa yang berbezae. Pegangan agama yang berbeza di mana masyarakat akan sentiasa berpegang teguh pada

kepercayaan yang menjadi pegangan sejak turun menurun.f. Golongan yang mengamalkan cara hidup tradisional dengan golongan moden terutama yang

terpengaruh dengan pemikiran Barat.26

4.3 Kesan Interaksi

4.3.1 Kesan Positif1. Antara contoh interaksi positif ialah interaksi antara Islam dengan Kristian dan Yahudi pada

peringkat awal perkembagan Islam di zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w di Madinah di mana menerusi piagam (perlembagaan) Madinah yang dibentuk oleh baginda Rasulullah s.a.w hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut agama lain diberi pelindungan dan kebebasan mengamalkan agama mereka tanpa sebarang gangguan selagi mana mereka menjamin keamanan dan menghormati orang Islam. Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah

23Ibid., hlm. 5624Diskriminasi bermaksud perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, layanan dan sebagainya. Lihat Kamus Dewan, hlm. 309. Lihat juga http://ms.wikipedia.org/wiki/Diskriminasi25Zulkifli Dahalan et.al, op.cit, hlm. 57.26Mohd Nasir Ayub et. al, op.cit, hlm. 68

6

Page 7: Web viewBAB 2. N. ILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN. Pendahuluan. Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah tamadun bergantung kepada perkara yang

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

Islam selepasnya. Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, mereka turut diberi kedudukan dan jawatan dalam pentadbiran negara.

2. Contoh lain kesan positif interaksi antara tamadun ialah antara tamadun Islam dengan China melalui hubungan perdagangan. Hasil Interaksi antara pedagang-pedagang Arab dan Parsi dengan orang-orang Cina telah melahirkan komuniti Arab Islam di negara China ekoran berlakunya perkahwinan campur.

3. Kesan terpenting ialah penyebaran agama Islam di China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina dan juga cendikiawan-cendikiawan Islam tempatan yang masyhur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu.

4. Cendikawan tempatan telah mencari keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai Islam dengan konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatan kepada ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat Cina.

5. Disamping itu, interaksi ini turut menemukan seni Arab-Islam dengan seni bina China, contohnya dalam bentuk masjid-masjid.

6. Hubungan antara Tamadun Islam dengan tamadun Melayu juga bermula menerusi hubungan perdagangan. Kesan positif yang paling ketara ialah tersebarnya ajaran Islam di Kepulauan Melayu sehingga munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan seperti di Pasai, Melaka, Acheh, Demak, Brunei dan sebagainya. Ia juga turut membawa tulisan jawi yang berperanan dalam perkembangan ilmu. Selain itu, kesan positif juga boleh dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, bahasa dan sebagainya.

7. Interaksi antara tamadun China dan tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif dalam bentuk kemahiran dan teknologi serta kebendaan contohnya kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar dan pertukangan logam. Termasuk juga beberapa jenis makanan masyarakat Cina yang telah diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya.

4.3.2 Kesan Negatif1. Interaksi antara tamadun juga boleh mendatangkan kesan negatif. Di Eropah, misalnya hubungan

antara orang-orang Yahudi dengan Kristian yang tidak baik telah menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke 9M dan ke 18M. Ini adalah ekoran perbezaan agama dan ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.

2. Faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik juga telah mencetuskan ketegangan dan peperangan antara orang-orang Islam dengan Kristian yang dikenali sebagai Perang Salib.

3. Di India, hubungan antara penganut Islam dengan Hindu sentiasa dalam keadaan tegang di mana ada orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu dan begitu juga sebaliknya. Contohnya, raja-raja Islam dalam kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa upacara keagamaan Hindu.

4. Permusuhan antara orang-orang Islam dengan orang China juga berlaku di negara China kerana rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan khususnya yang dinikmati oleh orang Islam. Pada tahun-tahun 758M dan 876M telah berlaku pemberontakan-pemberontakan yang menyebabkan ramai orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan Kedah.

5. Semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada pengukuhan ajaran Konfusianisme telah tidak berlaku adil kepada penganut-penganut Islam sehingga berlakunya siri pemberontakan seperti pemberontakan Sinking I (1756M), pemberontakan Kansu (1781M), pemberontakan Jehangir (1820-27M) dan sebagainya.

7

Page 8: Web viewBAB 2. N. ILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN. Pendahuluan. Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah tamadun bergantung kepada perkara yang

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam

8

Disediakan oleh:

Mohd Kamal B. Shah RaniPensyarah Kanan Pengajian IslamJabatan Pengajian UmumKPTMKL