tamadun melayu sebagai asas tamadun islam

Upload: asyraf-sallehudin

Post on 05-Oct-2015

311 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

CTU 151

TRANSCRIPT

  • *PERANAN TAMADUN MELAYU SERTA PERANANNYA DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

    *

  • Bangsa Melayu Menurut PerlembagaanTamadun Melayu mencapai era kegemilangan setelah penerimaan Islam oleh Masyarakat Melayu. Perkembangan dan penyebaran Islam di Alam Melayu tidak dapat dipisahkan daripada peranan penting yang dimainkan oleh Bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa tertua di rantau Asia Tengara. Bukti-bukti epigrafi menunjukkan bahawa bahasa Melayu sudah digunakan sejak abad ketujuh MasihiBegitu juga dengan era selepas Perang Dunia Kedua yang memperlihatkan penghakisan sedikit sebanyak penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang terpaksa member laluan kepada bahasa Inggeris.Ia merupakan syarat yang diwajibkan oleh pihak inggeris untuk mempercepatkan penerimaan sistem Common Law British dan sistem pentadbiran mereka

  • Bangsa Melayu Menurut PerlembagaanSetelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, penggubal perlembagaan menerima hakikat sejarah penerimaan bahasa Melayu dinegara ini. Satu peruntukan dimasukan kedalam Perlembagaan Persekutuan untuk memberi kedudukan kepada bahasa Melayu ini.

  • Bangsa Melayu Menurut PerlembagaanPekara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa Kebangsaan dan bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi dan bahasa lain walaupun boleh diajar dan dipelajari, tetapi bagi tujuan selain daripada maksud rasmi. Akta Pelajaran 1961 juga telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, baik di peringkat rendah, menengah dan tinggi.Kesan pengaruh tamadun melayu sebagai bahasa Lingua Franca atau bahasa perantaraan suatu ketika dahuluBM juga sebagai bahasa pengantar agama Islam di Gugusan Kepulauan Melayu di samping menjadi bahasa ilmuSemua bangsa atau etnik boleh menerima dengan baik BM sebagai bahasa perantara, malah ada yang boleh menuturnya tanpa pelatPenggunaan tulisan jawi juga telah mempengaruhi aspek BM

  • Bangsa Melayu Menurut PerlembagaanBahasa Melayu hari ini dilihat agak kehilangan arah dan masih tercari-cari jati diri khususnya di kalangan warga Malaysia sendiri. Mereka lebih gemar mengunakan bahasa Inggeris atau bahasa rojak sebagai bahasa pertuturan sehariaan. Ini ditambah lagi dengan kehadiran bahasa SMS yang cukup membimbangkan di kalangan remaja dan para pelajar khususnya.Keadaan ini membimbangkan pihak kerajaan khususnya badan yang dipertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka.Lantaran itu, dalam tahun 2006, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah diberi kuasa oleh kerajaan unhtuk memantau malah mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan dan mencemarkan kesuian bahawa kebangsaan ini.

  • JATI DIRI MELAYUKonsep kemuliaan insan dan ketinggian taraf sebagai nadi utama masyarakat bertamadun perlu diterapkan dalam rangka pembinaan tamadun Malaysia. Istilah peradaban yang diperjuangkan oleh masyarakat Melayu merangkumi ketinggian akhlak dan budi pekerti perlu mengatasi nilai-nilai material yang diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat hari ini.Justeru, dalam usaha membina jati diri Melayu, ia memerlukan kebudayaan bangsa yang selari dengan prinsip-prinsip Islam. Apa yang jelas mutakhir ini ialah nilai-nilai kemuliaan insan ini semakin terhakis akibat gelombang modenisasi dan globalisasi yang melanda umat Melayu Islam di negara kita khususnya.

  • JATI DIRI MELAYUIa juga dapat diperincikan menerusi:

    i)Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling menghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia

    ii) Meluaskan fahaman meterialisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang menjadikan kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara manusia dilihat kepada nilai kebendaan

    Dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini, sewajarnya umat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang telah diterap oleh umat Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam yang syamul yang tentunya akan melahirkan watak insan Melayu yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.

  • DASAR PENDIDIKAN NEGARACIRI-CIRI AM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA

    Semasa mencapai kemerdekaan, telah timbul kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat tentang betapa pentingnya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negaraSetiap jenis sekolah khusus untuk sesuatu kaum.Tidak ada dasar mengenai bahasa pengantar yang tunggal.Sekolah-sekolah terpisah di antara satu dengan lain menurut kedudukan geografi dan taburan penduduknya.Kurikulum adalah berbeza dan tidak sehalaSebelum perang, orang Melayu menerima pendidikan asas dari sekolah pondok dan sekolah kebangsaan. Masyarakat Cina pula mengasaskan sekolah Cina Persendirian. Sekolah Tamil disediakan oleh majikan estet. Kerajaan Inggeris pula memperkenalkan pendidikan rendah dan menengah Inggeris bagi semua kaumKesannya wujud sekolah berbilang bangsa dan mengikut kaum.

  • DASAR PENDIDIKAN NEGARADASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    MATLAMAT: PERPADUAN NEGARAUntuk mencapai matlamat tersebut, penyata razak (1956) dan laporan rahman talib (1965) telah mengariskan tiga asas utama seperti berikut:

    1.Sistem persekolahan yang sama bagi semua.2.Bahasa malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan; dan3.Kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaan.

  • DASAR PENDIDIKAN NEGARASTRATEGI PELAKSANAAN

    Menjadikan Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman

  • DASAR PENDIDIKAN NEGARASTRATEGI PELAKSANAAN Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M. Matlamat untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh.Memperluas pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978.Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat Universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin seperti kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri islam dan lain-lain

    *

  • Dasar Kebudayaan Kebangsaan

  • KepentingannyaPenting dlm proses pembangunan dimana keperibadian Malaysia harus dipupuk dlm usaha2 meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi dan politik.

    Usaha ini memerlukan perancangan yg rapi supaya dpt lahirkan cara hidup bersifat kemanusiaan.

  • Dasar Kebudayaan KebangsaanDigubal dlm 1971 kerana sejak merdeka tiada kemajuan ke arah mewujudkan kebudayaan kebangsaan. Ini disebabkan kesedaran yg rendah dan kefahaman mengenai kebudayaan, kepentingan politik yg menekankan kebudayaan kaum shj dan penekanan yg lebih kpd kemajuan ekonomi.

  • Rasional Dasar Kebudayaan KebangsaanPertimbangan fakta2 perkembangan sejarah serantauPengwujudan dasar ini adalah berdasarkan unsur2 dan tiga prinsip yg ditetapkan oleh kerajaan:

  • Rasional1.Berteras kpd kebudayaan rakyat asal rantau iniMelaka merupakan pusat perkembangan, pemancaran dan warisan kebudayaan Melayu.Kebudayaan serantau digambar dgn penggunaan Bahasa Melayu.Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras kpd Kebudayaan Kebangsaan

  • Rasional2. Unsur2 kebudayaan lain yg sesuai dan wajarUnsur2 budaya asing, Cina, Arab, India dsbnyaKesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan kebudayaan bergantung kpd tidak wujudnya percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsip2 Rukun Negara

  • rasional3. Islam menjadi unsur yg penting dlm pembentukan kebuyaan kebangsaanPeringkat tertinggi- sepatutnya menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam Peringkat kedua- menerapkan budaya2 lain yg tidak bertentangan dgn budaya Islam

  • Pencapaian dan Masalah Dasar Kebudayaan KebangsaanPelbagai usaha dijlnkan utk mencapai matlamat dasar iniDalam mewujudkan satu Kebudayaan Nasional ,proses penyerapan dan penerimaannya ambil masa yg lamaPenggubalan dasar ini berasaskan nilai murni Islam tlh dijalankan

  • pencapaian dan masalahIdentiti kewarganegaraan dan seni budaya jelas terlihat dalam perayaan2 rasmi dan tidak rasmiContohnya penggunaan Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah dan menengahRancangan2 televisyen yg pelbagai

  • pencapaian dan masalahUsaha terhadap dasar ini adalah sukar.Antara kelemahannya ialah perkembangan sosio-ekonomi yg membawa kepada pencemaran bahasa, seni bina bangunan yg tak melambang kebudayaan negara, dan sikap penduduk yg tidak menitikberat unsur2 budayaSokongan secara langsung dan tidak langsung diperlukan dari semua pihak

  • PENGIKTIRAFAN PERLEMBAGAAN MENGENAI KEDUDUKAN BANGSA MELAYUDapat dilihat dalam perkara 153 PP berkaitan kedudukan istimewa org Melayu dan Anak Negeri di Sabah dan Sarawak.Juga dalam perkara 160(2) yang mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganut agama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu, lahir sebelum hari merdeka di Persekutuan atau Singapura. Sementara ibu atau bapanya lahir di persekutuan atau Singapura dan bermastautin di Persekutuan atau Singapura pada hari Merdeka

    *

  • PENGARUH ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN TANAH MELAYUPerkara 3 Perlembagaan Persekutuan Islam adalah agama rasmi Persekutuan ; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian PersekutuanSyiar Islam (masjid, bacaan doa majlis rasmi dll) mendominasi masyarakat di seluruh negaraOleh itu wajarlah agama Islam dijadikan sebagai asas kepada pembinaan tamadun di MalaysiaTambahan lagi, keamanan dan keharmonian negara tidak tergugat, bahkan semua bangsa dan pelbagai etnik hidup selesa dan saling bekerjasama antara satu sama lainMasing2 agama bebas melakukan ibadah dan upacara keagamaan tanpa ada gangguan

    *

  • MALAYSIA MAHU MENJADIKANNYA SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM CONTOHOleh itu, pembangunannya mestilah dibangunkan dengan cara menepati kehendak Islam ( sepadu dan seimbang antara intelektual, spiritual, emosional dan material)Dibangunkan mengikut acuan sendiri (tidak mengikut arus Barat dan Timur)

  • KERAJAAN MALAYSIA BERNAUNG DI BAWAH PEMERINTAHAN YD AGUNG DARIPADA KALANGAN RAJA-RAJA MELAYU Semasa pertabalan baginda bersumpah dengan menggunakan kalimah waLlahi wa biLlahi wa taLlahi (sumpah syarie)Al-Quran didaulatkan sebagai lambang dan syiar Islam

  • TAMADUN ISLAM MENEPATI FITRAH MANUSIAMenepati naluri dan kehendak manusia sejagat walaupun berlainan agama, bangsa dan etnikTerbukti semenjak merdeka hingga kini rakyat hidup aman dan damaiRusuhan yang berlaku bukan kerana agama tetapi kerana semangat perkauman

  • *

    *

    *