minggu 1 & 2 tamadun islam & tamadun asia

117
Dr Zulmahari Bin Marawi @ Merawi No. Telefon: 082-581524

Upload: naadiyah-haris

Post on 24-Jul-2015

573 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Dr Zulmahari Bin Marawi @ Merawi

No. Telefon: 082-581524

Page 2: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA (TITAS – SSX0012)

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

Dr Zulmahari Bin Marawi @ Merawi

Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia

Universiti Malaysia Sarawak

Page 3: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

• Definisi Tamadun• Ciri-ciri Utama Tamadun• Hubungan Tamadun dengan Agama, Budaya

dan Bangsa• Kelahiran, Kejayaan dan Keruntuhan Tamadun• Teori Ketamadunan menurut Pandangan

Sarjana • Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun• Interaksi antara Pelbagai Tamadun• Dialog Tamadun/Peradaban• Pembinaan Tamadun Malaysia

Perbincangan akan meliputi:

Page 4: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Etimologi Perkataan TamadunPerkataan tamadun berasal dari perkataan

Arab “maddana” yang bermaksud; membuka bandar, memperhaluskan budi pekerti, membangunkan atau memajukan bandar, dan berkelakuan seperti orang bandar. Perkataan Maddana dan maddani berasal daripada perkataan al-deen yang bermaksud agama iaitu menggambarkan kehidupan beragama (Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd. Radzi, Hashim Hj. Musam Mohd. Dan Zuhdi Marsuki, 2002: 3). Perkataan-perkataan yang berkaitan termasuk madinah (bandar) dan madani (keselesaan hidup dan ketinggian budi) (Mohd. Liki Hamid, 2004: 4-5)

DEFINISI TAMADUN

Page 5: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Dalam bahasa Inggeris, tamadun bermaksud civilization. Ia berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kota, dan istilah city (bandar) dalam bahasa Perancis. Seperti hadarah (kehidupan menetap) dan peradaban, civilization menekankan penggabungan antara ketinggian budaya hidup dan kemajuan kebendaan

Page 6: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Pengertian Tamadun secara am• Keseluruhan cara hidup yang

merangkumi cara bertindak, cara berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian sesebuah masyarakat dan peradaban (Kamus Dewan, 1998)

Page 7: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Tamadun bermakna Baru dan mutakhir (new and up to date) (The Oxford Dictionary, 1995).

Page 8: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Tamadun sering disamakan dengan peradaban yang membawa maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam sesebuah bangsa dan masyarakat.

Page 9: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Pengertian Tamadun Menurut Sajana Barat

(Marjuki, 1994: 51-59, dalam Mohd. Liki Hamid, 2000: 3) Suatu sistem masyarakat yang dapat

membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemem iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni (Arnold Toynbee)

Page 10: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat atau proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan (J. K. Fiebleman)

Page 11: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilakan oleh masyarakat (E. B. Taylor)

Page 12: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi, moral dan kesenian (Will Durant)

Page 13: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Kemuncak pembangunan yang berkaitan dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Ia termasuk keperluan kepada bahan-bahan makanan, pakaian, peralatan rumah tangga dan seumpamanya (Ibn Khaldun). Ia dikaitkan dengan umran (kawasan tanah yang subur yang dihuni secara tetap) dan Hadharah (kewujudan wilayah maju yang diduduki penduduk sama bandar atau kampung.

Pengertian Tamadun Menurut Sarjana Islam(Marjuki, 1994: 51-59, dalam Mohd. Liki Hamid, 2000: 3)

Page 14: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam (Sayyid Qutb).

Page 15: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu manakala tamadun Jahiliah ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral (Said Hawa).

Page 16: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan (Umar Audah al-Khatib).

Page 17: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain (Muhammad al-Bahiy).

Page 18: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Pengertian Tamadun Menurut Sarjana Melayu

(Marjuki, 1994: 51-59, dalam Mohd. Liki Hamid, 2000: 3) Sesuatu yang lahir dan berkembang

bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang berupa niskala (nisbah) mahupun yang berupa sekala (material) (Abu Bakar Hamzah)

Page 19: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila iaitu adab, budi pekerti serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan menguruskan sesebuah kerajaan yang demokratik. Ia juga meliputi kemajuan dalam pengurusan ekonomi dan perdagangan serta peningkatan dalam teknologi yang berkemampuan meningkatkan keselesaan hidup manusia (Wan Hashim Wan Teh)

Page 20: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Bolehlah dirumuskan bahawa: Tamadun Barat lebih menonjolkan aspek

pencapaian kebendaan sebagai ukuran bagi menentukan sama ada sesebuah masyarakat itu bertamadun atau tidak.

Tamadun Islam mengimbangi di antara pembangunan kebendaan dan kerohanian.

Tamadun Melayu meletakkan aspek keagamaan dan moral suatu unsur penting selain pembangunan kebendaan.

Rumusan

Page 21: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Kewujudan sistem agama dan kepercayaan. Spiritual merupakan unsur penting dalam tamadun-tamadun dunia misalnya tamadun Mohenjo Daro-Harappa, tamadun Sumeria dan Mesir. Agama dan kepercayaan dimanifestasikan melalui pembinaan bangunan-bangunan keagamaan yang kemudiannya menjadi pusat kepada urbanisasi dan seterusnya kemunculan bandar-bandar yang dikaitkan dengan bermulanya kemunculan tamadun di tempat itu.

CIRI-CIRI UTAMA TAMADUN

Page 22: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Kewujudan penempatan kekal masyarakat manusia di sesebuah kawasan yang disatukan membentuk kota, bandar atau madinah, cth. Lembah Sungai Indus (tamadun Mahenjo Daro-Harappa), Lembah Sungai Kuning (tamadun Shang), Lembah Sungai Euphrates dan Tigris (tamadun Sumeria) & Lembah Sungai Nil (tamadun Mesir) (Azhar Hj. Mad aros, Azharudin Mohd. Dali; Arba’iyah Mohd. Noor; Salina Hj. Zainol, 2000: 7)

Page 23: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Urbanisasi merupakan proses pembentukan bandar. Bandar merupakan pusat utama kegiatan pentadbiran, ekonomi, keagamaan, kemasyarakatan dan sebagainya dan ia dianggap sebagai nadi sesebuah tamadun kerana ia adalah tempat di mana hampir semua aktiviti masyarakat dilangsungkan.Tamadun Lembah Indus memberi contoh terbaik di mana proses urbanisasi atau perbandaran memainkan peranan yang penting dan menakjubkan.

Page 24: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Kewujudan sistem politik & pemerintahan yang teratur merupakan simbol atau lambang kepada ketamadunan sesebuah masyarakat. Pada peringkat awal perkembangan sesuatu tamadun sistem ini berdasarkan hubungan kekeluargaan dan darah dan apabila manusia mencapai tahap tamadun yang tinggi ia menjadi semakin kompleks dan bentuk pemerintahan bermula dengan ketua kepada kuasa pemerintah tertinggi yang dikenali sistem beraja atau monarki cth. raja atau sultan dalam tamadun Melayu dan Firaun dalam tamadun Mesir.

Page 25: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Perkembangan sains & teknologi memartabatkan sesebuah tamadun dsri satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi. Tidak dapat dinafikan sejarah sesebuah tamadun amat bergantung kepada ketinggian sains dan teknolojinya, cth. penciptaan piramid kekal menjadi mercu tanda tamadun Mesir hingga ke hari ini.

Page 26: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Stratifikasi & organisasi sosial berlaku dalam perkembangan sesebuah tamadun. Pengkelasan atau stratifikasi sosial biasanya bermula dengan pemilikan tanah pertanian yang dianggap mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat sementsara golongan yang tidak mempunyai tanah pertanian menjadi golongan pekerja atau buruh iatu kelas yang lebih rendah cth. hamba. Oleh itu kelas sosial seseorang atau sesebuah keluarga pada awal kemunculan tamadun adalah ditentukan berdasarkan pemilikan tanah pertanian.

.

Page 27: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Kewujudan sistem tulisan merupakan ciri tamadun yang paling penting bagi perkembangan sesebuah tamadun dalam jangka masa panjang kerana masyarakat memerlukan komunikasi untuk berinteraksi sambil memberi atau menerima maklumat. Kemunculan tulisan menjadi petunjuk kepada dinamisme masyarakat sesebuah tamadun kerana melalui sistem tulisan, komunikasi dalam masyarakat menjadi lebih luas dan berkesan.

Page 28: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Perkembangan revolusi pertanian yang disebabkan penciptaan kekayaan menjadi ukuran kepada ketamadunan sesebuah masyarakat iaitu berdasarkan kekayaan yang diperolehi. Revolusi pertanian turut memperkembang dan mempertingkatkan pengkhususan pekerjaan dalam kalangan anggota masyarakat.

Page 29: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Perbincangan akan berfokus kepada hubungan tamadun dengan:◦Agama;◦Budaya; dan◦Bangsa

HUBUNGAN TAMADUN DENGAN AGAMA, BUDAYA DAN BANGSA

Page 30: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Kamus Dewan (1998): Agama ialah kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat, kekuasaan, penerimaan, ajaran dan perintah-Nya. Ia merupakan perkara asas yang wujud dalam diri setiap manusia dan menjadi suatu keperluan kepadanya.

Hubungan Tamadun dengan Agama

Page 31: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Pandangan Barat : agama sebahagian daripada kebudayaan iaitu agama lahir daripada aktiviti manusia atau hasil daripada interaksi manusia dengan alam sekitar atau ketakutan kepada kuasa ghaib. Dunia Barat yang pernah mengalami Zaman Kegelapan meletakkan agama penyebab kemunduran dalam kehidupan manusia, dan oleh yang demikian memisahkan agama dengan kehidupan.

Page 32: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Islam: agama didefinisikan dengan nama al-deen iaitu sebagai cara hidup yang disepadukan daripada kepatuhan peraturan yang diturunkan oleh Allah dengan meletakkan Islam sebagai kebudayaan. Islam meletakkan hubungan yang amat erat di antara agama dan tamadun di mana kekuatan sesebuah tamadun itu bergantung kepada kekuatan agamanya. Tamadun Islam bermula serentak dengan turunnya wahyu.

Page 33: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Peranan agama dalam membentuk pandangan semesta sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan adalah amat penting. Kemunculan tamadun-tamadun silam sebelum ini merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama dalam masyarakat ketika itu, cth. Tamadun Barat dipengaruhi agama Kritian, tamadun Timur Tengah, Rusia dan China kebanyakannya dipengaruhi oleh agama Islam manakala tamadun Asia Tengah dipengaruhi oleh Hindu dan Buddha.

Page 34: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Hubungan Tamadun dengan Budaya

Kamus Dewan (1998): kebudayaan ialah cara hidup sesuatu masyarakat.

Page 35: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

E. B Taylor: kebudayaan adalah satu kesatuan jalinan yang meliputi ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hukum, adat dan apa-apa kebolehan yang dimiliki oleh sesuatu masyarakat.

Page 36: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Prof. Sidi Ghazalba : kebudayaan ialah cara berfikir dan cara merasa yang menyatakan diri dalam seluruh aspek kehidupan.

Kamus Dewan : budaya = cara hidup

Page 37: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Berdasarkan definisi-definisi di atas Budaya boleh ditakrifkan sebagai tatacara manusia bertindak ke atas persekitaran( termasuk persekitaran sosial ) dalam menguruskan kehidupan bermasyarakat.

Page 38: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Tamadun berbeza daripada budaya dalam dua keadaan berikut (Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah, Hashim dan Mohd. Zuhdi, 2001: 5):• Pengaruh dari natijah tamadun berkekalan

lebih lama daripada budaya, cth. Kesetiaan kepada Maharaja Jepun (cara berpakaian?) ;• Tamadun melampaui batas-batas

kenegaraan sedangkan budaya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu, cth. budaya pakaian masyarakat Islam (Melayu & Arab)

Page 39: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Hubungan antara tamadun dan budaya boleh dilihat melalui kesamaan sumber kedua-duanya yang dihasilkan oleh fikiran dan keilmuan manusia dalam membangunkan insan untuk mencapai taraf hidup yang lebih maju dan baik.

Page 40: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Perkaitan tamadun dengan budaya dapat juga dilihat melalui ciri-ciri khusus kemajuan kehidupan sesuatu masyarakat yang meliputi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, kesenian, senibina, pakaian, agama dan seumpamanya.

Page 41: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Hubungan Tamadun dengan Bangsa. Ensiklopedia Malaysiana: bangsa merujuk

kepada sekumpulan manusia yang mengikhtiraf diri mereka sebagai komuniti atau kumpulan.

Page 42: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Lucy Mair : bangsa terdiri daripada gagasan manusia yang berhubung secara kolektif, bertanggungjawab dan saling mengikhtiraf. Ciri-ciri ini menyebabkan sesuatu bangsa itu mampu membina tamadun mereka sendiri. Tamadun yang dibina itu dikenali dengan nama kumpulan itu sendiri. Contoh : Tamadun China dibangunkan oleh bangsa Cina.

Page 43: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Hubungan antara tamadun dengan bangsa adalah tidak begitu ketara.

Kebanyakan tamadun merentasi bangsa seperti Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Terdapat juga beberapa tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti Tamadun China, Tamadun Jepun dan Tamadun India.

Page 44: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Kesimpulan Agama memainkan peranan penting dalam

melahirkan tamadun dan faktor utama yang menjamin kelangsungan sesebuah tamadun yang gemilang.

Tamadun dan budaya juga sangat berkait rapat antara satu sama lain khususnya dalam perbincangan mengenai kemajuan sesuatu bangsa dan masyarakat.

Page 45: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Faktor-faktor yang menyebabkan Kelahiran dan Kejayaan Tamadun (Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah, Hashimdan Mohd. Zuhdi, 2003: 13): Politik yang kukuh

Politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menyebabkan kelahiran & kejayaan sesebuah tamadun dan menentukan jangka hayatnya, cth. tamadun Mesopotamia dengan sistem beraja dan Kod Hammurabinya, tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan sistem hierakinya, tamadun Lembah Indus dan tamadun Melayu dengan sistem beraja dan sistem pembesarnya seperti empayar Melaka.

KELAHIRAN, KEJAYAAN, KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN

Page 46: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Kedudukan yang StrategikKelahiran & kejayaan sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan kedudukannya yang strategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan mudah untuk mendapat sumber-sumber semulajadi bagi menampung kehidupan masyarakatnya, cth. Tamadun China di Lembah Huang-He dan Yang Tse, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nil dan tamadun Melaka di pinggiran Selat Melaka.

Page 47: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Rangsangan Keagamaan & KerohanianAjaran agama dan amalan rohani mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci ke arah kehidupan bertamadun. Kemunculan & kejayaan tamadun Islam misalnya, amat jelas dipengaruh oleh ransangan nilai daripada penghayatan cara hidup Islam yang sempurna

Page 48: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Penghayatan Tinggi terhadap Moral Nilai TerpujiPenghayatan tinggi terhadap moral nilai terpuji boleh mendorong kelahiran & kejayaan sesebuah tamadun kerana nilai-nilai murni yang wujud dalam masyarakat sudah pasti menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, semangat berdidiplin dan seumpamanya. Nilai-nilai murni seperti penekanan konsep keadilan dalam pemerintahan telah dihayati oleh hampir semua tokoh tamadun seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung Fu Tze dalam tamadun China, Kautilya dan Samkara dalam Tamadun India, dan al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam tamadun Islam.

Page 49: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Pengalaman Kesengsaraan HidupKesengsaraan dan penderitaan menjadi sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka ke arah kehidupan bertamadun. Contohnya, kemunculan & kejayaan negara Jepun sebagai sebuah negara yang maju dalam bidang sains dan teknolgi dan sebagai salah satu kuasa ekonomi dunia sering kali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua.

Page 50: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Toleransi dengan Tamadun lainTolerani yang tinggi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain boleh mendorong kelahiran & kejayaan sesebuah tamadun. Kewujudan semangat berinteraksi antara tamadun dan toleransi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain juga boleh membantu kemunculan tamadun baru.

Page 51: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Ketidakadilan dan Perbezaan JurangKemerosotan dan seterusnya keruntuhan tamadun berlaku apabila berlakunya ketidakadilan dan wujudnya jurang yang begitu ketara di antara golongan kaya dan miskin. Situasi seperti ini berlaku pada zaman pemerintahan raja-raja zaman Greek awal di mana terdapat golongan hamba abdi yang hidup miskin & melarat dan golongan kaya yang semakin kaya, dan keadaan ini akhirnya mencetuskan perasaan tidak puas hati dan seterusnya pemberontakan & rusuhan orang bawahan.

Faktor-faktor yang menyebabkan Kemerosotan dan Keruntuhan Tamadun

Page 52: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Penindasan dan KezalimanKeruntuhan sesebuah tamadun itu berlaku apabila berluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan diketepikan, dan kehidupan bertamadun sudah tidak bermakna lagi. Contohnya, semasa era pemerintahan Dinasti Sui (589–618), tindakan Maharaja Yang Li (604-617) yang kejam dan memaksa rakyatnya membina istana-istana raja telah mencetuskan pemberontakan dan akhirnya menjatuhkan dinasti tersebut (Azhar Hj. Mad. Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansur, Zulkarnaian Abdul rahman, 2001: 23).

Page 53: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Keruntuhan Moral dan Nilai MasyarakatKeruntuhan sesebuah tamadun boleh didorong oleh berlakunya keruntuhan moral dan nilai masyarakat terutama sekali dalam kalangan pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang murni. Kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan tamadun Islam misalnya, boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai khususnya dalam kalangan pemimpin.

Page 54: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Sikap Tertutup dari Menerima Perubahan (Jumud)Sesebuah masyarakat itu boleh mengalami keruntuhan tamadunnya apabila wujudnya sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutama sekali dari segi perubahan teknologi dan perubahan dalam politik, ekonomi dan sosial, dalam masyarakat itu. Contohnya, tamadun Islam Uthmaniyyah dan tamadun China telah mengalami keruntuhan disebabkan sikap tersebut.

Page 55: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Malapetaka dan bencana alam merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah tamadun. Ia berlaku di Athens, di mana wabak penyakit yang dahsyat telah merebak ke seluruh Athens dan telah mengakibatkan kematian dan kemusnahan pada sekitar 429S.M.

Page 56: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Ibn Khaldun Bapa ilmu ketamadunan dan sosiologi

moden dengan teori kitaran manusia. Beliau membandingkan jangka hayat

tamadun dengan jangka hayat manusia. (A) Generasi pertama

- mengekalkan sifat padang pasir : kasar dan hidup mengembara.

- Kehidupan terdesak dan tamak- Asabiyyah.

TEORI KETAMADUNAN MENURUT PANDANGAN SARJANA

Page 57: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

(B) Generasi kedua- Hidup menetap di suatu tempat.- Masyarakat bersikap merendah diri dan mudah dipengaruhi.

(C) Generasi ketiga - Lupa kehidupan padang pasir - Semangat asabiyyah sudah

tidak wujud kerana sudah biasa diperintah.

- Lupa untuk melindungi dan mempertahankan hak.

Page 58: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Selepas 3 generasi tersebut, sesebuah tamadun akan mengalami keruntuhan

Ibn Khaldun: perkembangan dan kejatuhan tamadun adalah disebabkan: Asabiyah Agama Sistem Berkerajaan Perbandaran

Page 59: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

• Asabiyyah ‒ Pertahanan akan lebih kuat jika

masyarakat terdiri daripada mereka yang mempunyai pertalian darah.

‒ Manusia lebih cenderung untuk mengutamakan kaum kerabat.

‒ Saling bantu membantu dan gotong royong sehingga menimbulkan perasaan gentar di hati musuh.

‒ Matlamat utama: kedaulatan‒ Kemewahan dan kesenangan

menyebabkan mereka lupa diri dan menghapuskan semangat asabiyyah.

‒ Lenyap semangat asabiyyah – keruntuhan tamadun.

Page 60: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

• Agama‒Agama mengukuhkan jiwa pemimpin

jika mereka taat.‒Pemimpin yang tidak mentaati agama

akan bersikap mementingkan diri yang seterusnya menyebabkan keruntuhan tamadun.

Page 61: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

• Sistem berkerajaan‒Sistem berkerajaan yang adil akan

membolehkan rakyat hidup dengan aman damai.

‒Ketidakadilan dalam pemerintahan akan menyebabkan rakyat memberontak.

‒Antara bentuk ketidakadilan yang berlaku:• Mengutip cukai secara tidak berpatutan.• Mengambil harta rakyat dan

penggunaan tenaga secara paksa.• Tidak mempedulikan hak orang lain.

Page 62: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

• Perbandaran‒Bandar dibina dengan tujuan sebagai

petempatan dan perlindungan.‒Dibina di tempat yang jauh dari bahaya,

berdekatan dengan sumber semulajadi.

Page 63: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Oswald Spengler (1880-1936)

Ahli falsafah dan sejarawan dari Jerman dalam bukunya The Decline of The West : kebudayaan bersifat organik iaitu melalui pola hayat yang dibahagikan kepada 4 musim:• Musim bunga (bayi)• Musim panas ( muda)• Musim luruh (matang)• Musim dingin (tua)

Page 64: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

• Musim bunga : - sistem feudal mula wujud, agama

muncul disebabkan rasa takut kepada bencana alam.• Musim panas :

- berlaku reformasi dalam agama.• Musim luruh :

- muncul bandar, kepercayaan kepada akal rasional, lahir teori ilmu.• Musim dingin :

- kebudayaan bertukar menjadi tamadun.

Page 65: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Arnold Toynbee (1889-1979) Sejarawan British. Membahagikan tamadun kepada 5 fasa:• Kelahiran tamadun• Perkembangan tamadun• Kelemahan tamadun• Perpecahan tamadun• Kehancuran

Page 66: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

• Kelahiran tamadun₋ Faktor fizikal dan persekitaran

bukanlah pencetus kemunculan tamadun.

₋ Kemunculan dikaitkan dengan kebebasan manusia memilih.

• Perkembangan tamadun₋ Bergantung kepada pemimpin yang

kreatif iaitu strategi pemerintahan.• Kelemahan tamadun

₋ Berlaku apabila pemimpin hilang kreativiti, merosot dari segi agama dan akhlak.

₋ Cepat berpuas hati dengan kejayaan tamadun.

Page 67: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

• Perpecahan tamadun- Boleh dielakkan- Berlaku apabila rakyat menjauhi pemimpin dan pemimpin pula menggunakan kuasa

untuk mempertahankan kedudukan.• Kehancuran tamadun

- Tamadun tidak dapat dipertahankan lagi.

Page 68: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Malek Bennabi (1905-1973) Kejatuhan Kerajaan Al-Muwahhid (1130-

1269) yang memerintah utara Afrika dan Sepanyol : titik tolak kepada kebangkrapan tamadun Islam.

Tamadun Islam yang menjulang nama dalam bidang sains dan intelektual beralih ke paksi Barat.

Terdapat 3 fasa tamadun:• Fasa kerohanian• Fasa fasa rasional• Fasa naluri

Page 69: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

• Fasa kerohanian‒Bermula dengan turunnya wahyu kepada

Nabi Muhammad SAW dan berakhirnya dengan kekalahan Khulafa’ Ar-Rasyidin dalam Perang Siffin.‒Sama dengan Ibnu Khaldun – agama

memainkan peranan besar dalam menggerakkan tamadun.

Page 70: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

• Fasa rasional‒Prinsip agama masih kukuh dan

berkembang. Begitu juga dengan aktiviti ilmu dan sains.

‒Muncul banyak idea hebat yang memankin kemajuan tamadun dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi rakyat.

‒Boleh dilihat semasa zaman Khalifah Umayyah dan Abbasiyyah (Tamadun Islam) serta zaman Renaissance (Tamadun Barat)

Page 71: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

• Fasa naluri‒Mengalami zaman kegelapan dan

kemunduran.‒Ikatan agama mulai longgar.

Page 72: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Dr. Ali Shari’ati (1933-1977) Tamadun biasanya dibangunkan oleh para nabi

yang asalnya adalah pengembara. Antara peranan yang dimainkan ialah : • Membimbing dan membangunkan masyarakat• Membantu masyarakat dan mengembalikan

identiti yang hilang• Membangunkan keperibadian masyarakat.• Mencari kaedah terbaik untuk membangunkan

tamadun.• Membantu masyarakat keluar dari kesusahan

hidup.• Menanamkan dalam pemikiran masyarakat

supaya menangani cabaran dengan bijak.• Menghayati pemikiran cendekiawan dari

tamadun lain.

Page 73: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Kesimpulan

Tamadun diibaratkan sebagai pusingan hayat manusia.

Berubah mengikut fasa-fasa tertentu.

Page 74: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Tamadun-tamadun yang lahir di dunia mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan dari aspek- aspek berikut:Teologi dan Etika• Persamaan: semua tamadun ada konsep

ketuhanan kecuali Buddha (falsafah moral), dan ada doktrin dalam kitab suci (Islam – Al-Quran, Hindu – Veda, Kristian – Bible (New Testament), Yahudi – Old Testament) manakala Buddha dan Hindu ada konsep karma (pembalasan setimpal).• Perbezaan: manifestasi ketuhanan (Islam – Tuhan

Yang Esa, Kristian – Triniti, Hindu – politiesme) dan konsep ‘kelahiran semula’ hanya dalam agama Hindu.

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

Page 75: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Alam Sekitar• Persamaan: hidup harmoni dengan alam

sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama, dan pelihara alam sekitar adalah menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab (Islam, Buddhisme dan Kristian).• Perbezaan: alam sekitar diberi

pentafsiran pasif sehingga disembah dan dilihat sebagai Divine Power (tamadun tradisional).

Page 76: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Keluarga• Persamaan: keluarga merupakan unit asas

pembentukan masyarakat dalam setiap tamadun dan agama.• Perbezaan: Konfucianisme – pengabaian

terhadap keluarga bertentangan dengan keadilan dan amat mementingkan kesetiaan dan hubungan yang erat (‘li’) seperti Maharaja dengan rakyat, bapa dengan anak, abang dengan adik, suami dengan isteri dan kawan dengan kawan, manakala Islam – konsep kekeluargaan amat mementingkan kasih sayang dan hormat-menghormati.

Page 77: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Komuniti (Masyarakat)• Persamaan: identiti individu terbentuk

daripada komunitinya seperti pandangan semesta, pemikiran.• Perbezaan: Islam – komuniti bukan hanya

kekeluargaan/kekerabatan tetapi juga sesama agama (ukhuwah), tamadun India Awal – sistem kasta yang rigid, dan tamadun China – unit keluarga labih penting daripada komuniti, pemusatan kuasa kepada bapa, dan sistem kelas berasaskan pendidikan

Page 78: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Kerajaan• Persamaan: moraliti dan akhlak asas

kerajaan dan raja adalah gelaran tertinggi.• Perbezaan: Islam – tiada pemisahan

antara agama dan politik,dan keadilan dan syura adalah prinsip utama, tamadun Melayu – kesetiaan kepada raja dan jangan menderhaka, dan tamadun China – pemerintah berperanan seperti bapa kepada rakyat (Confucius).

Page 79: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Kegiatan Ekonomi• Persamaan: kegiatan ekonomi berlaku

dalam konteks moral semesta (universal moral).• Perbezaan: Buddha – hak kehidupan

berasaskan ‘Eight Fold Path’, Islam – prinsip halal haram berasaskan akhlak, cth. haramkan riba kerana tidak berakhlak, dan tamadun China – falsafah Konfusianisme yang mementingkan golongan petani.

Page 80: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Eight Fold Path (Siddhartha Gautama)• Wisdom• Right View• Right Intention

• Ethical Conduct• Right Speech• Right Action• Right Livelihood

• Mental Development• Right Effort• Right Mindfulness• Right Concentration

describes the way to the end of suffering

Page 81: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Pendidikan• Persamaan: asas membentuk peribadi

dan sifat individu, dan transformasi dalaman mesti berlaku sebelum menguasai persekitaran luar.• Perbezaan: tamadun Islam – konsep

tauhid asas kepada transformasi dalaman manusia, dan ajaran Buddha & Hindu – transformasi sifat dicapai menerusi proses mencari diri sendiri.

Page 82: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Kesihatan dan Kesejahteraan• Persamaan: secara holistik, kesihatan

seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang luas dan menyeluruh, dan segala yang wujud adalah saling berhubungan. Konsep ini adalah penting bagi tamadun-tamadun traditional dan tidak terpisah daripada pandangan semesta setiap agama.

Page 83: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Bolehlah disimpulkan bahawa tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan dan juga perbezaan yang menjadi teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidupnya. Dengan menyedari dan memahami keadaan ini, kita seharusnya lebih bersikap terbuka ke arah mewujudkan keharmonian sejagat

Kesimpulan

Page 84: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Interaksi antara tamadun boleh dilihat dan dijelaskan dengan merujuk kepada jenis-jenis interaksi yang wujud, dan di antaranya:Interaksi dalam lingkungan budaya yang

sama;Interaksi antara budaya & tamadun yang

berbeza; Interaksi antara tamadun yang kuat

dengan yang lemah; dan Interaksi dalam sejarah.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Page 85: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Interaksi dalam Lingkungan Budaya yang Sama Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama

berlaku dalam masyarakat Melayu, Cina dan India yang mempunyai pelbagai kaum:• Masyarakat Melayu terdiri daripada kaum

Jawa, Banjar, Bugis, Mandailing dan sebagainya;• Masyarakat Cina terdiri kaum Hakka,

Kantonis, Hainan, Teochew, Foochow dan sebagainya; dan• Masyarakat India terdiri daripada kaum

Tamil, Malayalam, Punjabi dan sebagainya.

Page 86: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Interaksi antara Budaya & Tmadun yang Berbeza Interaksi antara budaya & tamadun yang

berbeza berlaku di antara masyarakat Islam dan Buddha di Asia Tenggara, misalnya di Indonesia (sebuah negara yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada penganut Islam), hak masyarakat Buddha untuk mengamalkan agama mereka adalah dihormati, dan sikap toleransi ini terbukti apabila kuil-kuil seperti Borobudur masih wujud di Jawa.

Page 87: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Interaksi antara Tamadun yang Kuat dengan yang Lemah Interaksi antara tamadun yang kuat dengan

yang lemah berlaku di antara Islam dan Yahudi dan juga di antara Islam dan Kristian pada masa kelahiran Islam di Semanjung Arab:• hak masyarakat Yahudi, Kritian dan kaum-

kaum yang lain diberi jaminan perlindungan dalam Piagam Madinah yang digubal oleh Rasulullah S.A.W. sendiri (tempat-tempat ibadat mereka diberi perlindungan dan mereka bebas mengamalkan agama mereka); dan

Page 88: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

• beberapa individu YahudI dan Kristian telah diberi kepercayaan menjawat jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan Islam.

Page 89: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Interaksi dalam Sejarah Interaksi dan saling hubungan antara Islam dengan

Konfusianisme telah bermula sejak kurun ke-7M. Interaksi berlaku dalam bentuk perdagangan. Melalui proses interaksi ini berlakunya perkahwinan di antara orang Arab dan parsi dengan orang China, dan munculnya beberapa tokoh Islam yang mmemberi sumbangan yang penting kepada perkembangan tamadun China (menjadi gabenor wilayah dan panglima tentera seperti Zheng He) iaitu semasa pemerintahan Dinasti Tang, Dinasti Sung, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Selain itu, beberapa tokoh Islam juga telah memberi sumbangan kepada pemikiran Konfusianisme seperti Liu Zhi dan Ma Zhu, dalam bidang astronomi, seni bina dan penghasilan peralatan tentera.

Page 90: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Pengertian Dialog Berdasarkan pendapat pakar-pakar

ketamadunan, zaman ini dikenali sebagai Zaman Dialog, pengganti Zaman Monolog yang telahpun berlalu. Dialog di antara peradaban dan kajian serta amalan tentang ketemadunan perlu dan harus dilakukan dengan kadar segera berikutan berlakunya tragedi serangan pada 11 September 2001 terhadap World Trade Center, New York yang seolah-olah membenarkan teori Huntington, “clash of civilizations” atau pertentangan tamadun.

DIALOG ANTARA TAMADUN/PERADABAN

Page 91: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Kesinambungan daripada tragedi ini, pelbagai siri konflik dan keganasan berdarah berlaku di dunia iaitu antara kumpulan budaya, pemelok agama dan mazhab, dan di antaranya ialah:• antara penganut Islam, Kristian dan Yahudi

di Palestin;• konflik berdarah antara pemelok agama

Kristian daripada Mazhab Katholik dan Protestan di Ireland; dan• antara pemelok agama Kristian dan Islam di

Sudan dan Indonesia.

Page 92: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Selain itu, dialog antara tamadun juga diperlukan akibat daripada perkembangan sains dan teknologi, khususnya teknologi komunikasi dan maklumat.

Oleh yang demikian tahun 2001 telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui UNESCO 2001 sebagai “United Nations’ Year of Dialogue Among Civilizations”.

Page 93: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Dialog antara tamadun penting supaya: kita dapat membincangkan perkara-perkara

yang boleh atau perlu disepakati,cth., idea dan prinsip asas tamadun Malaysia perlu dihayati bukan melalui pendirian atau pendekatan yang mengaku salah (apologetic) dan menepis (defensive) tetapi melalui pendekatan yang fitrah dan berasaskan fakta sejarah dan realiti kehidupan; dan

Page 94: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

• kita boleh memanfaatkan keadaan di mana nilai tamadun-tamadun yang diwarisi rakyat Malaysia banyak mempunyai persamaan dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kemanusiaan, kepentingan alam tabii dan keperluan hidup berharmoni dengannya.

Page 95: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Pembudayaan Dialog di Malaysia Pembudayaan dialog antara tamadun di

Malaysia telah diusahakan oleh beberapa pihak sejak 1980-an, cth. dialog di antara agama yang melibatkan sarjana, ahli agama dan cendekiawan.

Ia juga dilakukan dalam kehidupan seharian melalui proses bekerjasama, berkomunikasi dan hidup bersama-sama dalam konteks pekerjaan, sekolah, penggunaan hospital, pengangkutan awam dan seumpamanya.

Page 96: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Prinsip-prinsip Dialog Prinsip-prinsip dialog yang berkesan:• Memahami dan menyedari tujuan utama

dialog.• Dialog mestilah merupakan projek yang

bermanfaat kepada kedua-dua pihak yang terlibat dan ia boleh berlaku secara intra dan juga inter tamadun.• Dialog perlu dilaksanakan dengan penuh

ikhlas.

Page 97: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

• Kedua-dua pihak mesti boleh dan berupaya menjelaskan pandangan, kepercayaan dan nilai yang mereka pegang.• Kedua-kedua pihak mesti cuba memahami

persepsi dan pengalaman rakan dialognya.• Kedua-dua pihak mesti berkemah semasa

memberikan komen dan pandangan terhadap tamadun orang lain.• Sikap prejudis kedua-dua pihak mesti

dielakkan.

Page 98: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Halangan kepada Dialog Terdapat beberapa halangan kepada dialog,

dan di antaranya ialah:• Bertukar agama (conversion) – ada orang

beranggapan bahawa dialog boleh mengakibatkan pendialog menukar agamanya.• Perasaan rendah diri dan tidak bersedia

untuk berdialog.

Page 99: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

• Sindiran sosial – perasaan tidak senang apabila ada dalam kalangan penganut yang sama mempersoalkan ketulenan iman seseorang iru terhadap agamanya sekiranya dia berbaik-baik dengan penganut agama atau tamadunyang lain. • Perasaan syak wasangka atau curiga terhadap

para penganjur dan pendialog, dan juga terhadap tujuan dialog diadakan.

Walau bagaimanapun halangan-halangan ini dapat diatasi dengan mengamalkan etika berdailog iaitu setiap agama dan tamadun mesti dihormati, dan ciri-ciri serta prinsip-prinsip agama tidak dijadikan bahan untuk dikompromikan.

Page 100: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Pengisytiharaan tahun 2001 sebagai “United Nations’ Year of Dialogue Among Civilizations” oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui UNESCO (iaitu berikutan berlakunya tragedi serangan terhadap World Trade Center, New York pada 11 September 2001) telah mempelihatkan betapa pentingnya pengetahuan tentang pengajian ilmu ketemadunan di seluruh dunia.

Pembinaan Tamadun Malaysia

Page 101: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Pengajian tentang pelbagai tamadun manusia amat penting dan releven dengan keadaan masyarakat Malaysia yang merupakan sebuah masyarakat majmuk.

Page 102: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Untuk menjaga integriti masyarakat Malaysia cabaran-cabaran semasa perlu ditangani secara berhemah dengan mengisi semangat kemerdekaan yang positif melalui penghayatan sejarah negara sebelum dan selepas kemerdekaan. Di antara cabaran-cabaran tersebut ialah jurang kebudayaan dan pencapaian ekonomi di antara pelbagai etnik, dan polarisasi kaum. Beberapa langkah pembaikan telah dilaksanakan, dan di antaranya ialah: penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan; dasar ekonomi negara; dan konsep kebudayaan Malaysia.

Page 103: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Untuk memastikan pembentukan negara Malaysia yang harmoni pendekatan-pendekatan berikut perlu dan wajar diberi perhatian dan tindakan:–Memahami realiti amalan dan penghayatan

Islam iaitu Islam merupakan cara hidup (way of life) yang mencakupi semua bidang kehidupan (ekonomi, politik, rekreasi, budaya, pentadbiran dan pemerintahan), dan mengatur segala aspek kehidupan manusia secara individu dan kolektif.

Page 104: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Menangani perbezaan dan interaksi dalam suasana pluraliti etnik, budaya dan agama menerusi pandangan tamadun Islam. Ia boleh dilakukan dengan mematuhi prinsip kebebasan beragama dan mengelak gejala-gejala buruk seperti: pendirian melampaui batas (extremism); ta’sub (chauvanism) iaitu menganggap fikiran dan cara sendiri atau kumpulan adalah yang terbaik dan orang lain ditolak dan ditentang; dan membabi buta (fanaticism) iaitu melaksanakan sesuatu dengan cara dan pendekatan sendiri tanpa mempeduli serta menolak sekeras-kerasnya pendapat dan cara orang lain.

Page 105: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Memahami ilmu ketamadunan kerana ia boleh memberi kefahaman yang jelas tentang budaya, bangsa dan negara Malaysia yang mempunyai pluraliti budaya, etnik dan agama.

Page 106: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Bolehlah disimpulkan bahawa Malaysia mempunyai kriteria, faktor dan acuan tersendiri untuk membina, membangun dan memajukan tamadunnya iaitu berteraskan polarisasi kaum, ras dan bangsa.

Kesimpulan

Page 107: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

1. Bincangkan ciri-ciri asas yang membezakan antara sebuah masyarakat bertamadun dengan tidak bertamadun.

2. Bincangkan rasional & kepentingan pengajian ketamadunan dalam usaha membina tamadun Malaysia.

3. Jelaskan kepentingan dialog antara tamadun dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia

SOALAN PERBINCANGAN

Page 108: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Definisi Tamadun• Definisi Tamadun secara am• Definisi Tamadun menurut Sarjana Barat• Definisi Tamadun menurut Sarjana Islam• Definisi Tamadun menurut Sarjana Melayu

RINGKASAN

Page 109: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Kewujudan sistem agama dan kepercayaan Kewujudan penempatan kekal masyarakat

manusia Urbanisasi Kewujudan sistem politik & pemerintahan

yang teratur Perkembangan sains & teknologi Stratifikasi & organisasi sosial Kewujudan sistem tulisan Perkembangan revolusi pertanian

Ciri-ciri Utama Tamadun

Page 110: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Hubungan Tamadun dengan Agama Hubungan Tamadun dengan Budaya

Hubungan Tamadun dengan Bangsa

Hubungan Tamadun dengan Agama, Budaya dan Bangsa

Page 111: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Faktor-faktor Kelahiran dan Kejayaan Tamadun–Politik yang kukuh–Kedudukan yang Strategik–Rangsangan Keagamaan dan Kerohanian–Penghayatan Tinggi terhadap Moral dan

Nilai Terpuji–Pengalaman Kesengsaraan Hidup–Toleransi dengan Tamadun Lain

Kelahiran, Kejayaan dan Keruntuhan Tamadun

Page 112: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Faktor-faktor Keruntuhan Tamadun–Ketidakadialan dan Perbezaan Jurang–Penindasan dan Kezaliman–Keruntuhan Moral dan Nilai Masyarakat–Sikap Tertutup dari Menerima Perubahan–Malapetaka dan Bencana Alam

Page 113: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Ibn Khaldun Oswald Spengler (1880-1936) Arnold Toynbee (1889-1979) Malek Bennabi (1905-1973) Dr. Ali Shari’ati (1933-1977)

Teori Ketamadunan menurut Pandangan Sarjana

Page 114: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Persamaan antara Tamadun Perbezaan antara Tamadun

Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun

Page 115: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Interaksi dalam Lingkungan Budaya yang Sama

Interaksi antara Budaya dan Tamadun yang Berbeza

Interaksi antara Tamadun yang Kuat dengan yang Lemah

Interaksi dalam Sejarah

Interaksi antara Tamadun

Page 116: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Pengertian Dialog Pembudayaan Dialog di Malaysia Prinsip-prinsip Dialog Halangan kepada Dialog

Dialog antara Tamadun/Peradaban

Page 117: Minggu 1 & 2 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Pengisytiharaan tahun 2001 sebagai “United Nations’ Year of Dialogue Among Civilizations” oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui UNESCO.

Untuk memastikan pembentukan negara Malaysia yang harmoni pendekatan-pendekatan berikut perlu dan wajar diberi perhatian dan tindakan:– Memahami realiti amalan dan penghayatan

Islam iaitu Islam merupakan cara hidup (way of life).

– Menangani perbezaan dan interaksi dalam suasana pluraliti etnik, budaya dan agama menerusi pandangan tamadun Islam.

– Memahami ilmu ketamadunan

Pembinaan Tamadun Malaysia