bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · pdf filemalam dan siang, bahtera yang...

18
CTU261 18/5/2014 Fatimah Hamrie 1 CTU 261: ISLAM DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR FATIMAH HAMRIE PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Menjelaskan konsep alam menurut Islam dan tanggungjawab manusia terhadap alam sekitar. Menghuraikan prinsip pengurusan alam sekitar menurut perspektif Islam. Mengaplikasi qawaid fiqhiyyah dalam pengurusan habitat dan alam sekitar Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar. Menghuraikan konsep perbandaraan, pembangunan dan pengurusan bandar dalam Islam. 2 ISI KANDUNGAN Islam dan Alam Sekitar Gambaran alam dalam al-Quran dan Al-Sunnah Sifat-sifat alam Hubungan manusia dengan alam • Kepentingan pemeliharaan alam sekitar

Upload: hoangngoc

Post on 05-Mar-2018

322 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 1

CTU 261: ISLAM DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR FATIMAH HAMRIE

PENGENALAN

HASIL PEMBELAJARAN

• Menjelaskan konsep alam menurut Islam dan tanggungjawab manusia terhadap alam sekitar.

• Menghuraikan prinsip pengurusan alam sekitar menurut perspektif Islam.

• Mengaplikasi qawaid fiqhiyyah dalam pengurusan habitat dan alam sekitar

• Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar.

• Menghuraikan konsep perbandaraan, pembangunan dan pengurusan bandar dalam Islam.

2

ISI KANDUNGAN • Islam dan Alam Sekitar

• Gambaran alam dalam al-Quran dan Al-Sunnah

• Sifat-sifat alam

• Hubungan manusia dengan alam

• Kepentingan pemeliharaan alam sekitar

Page 2: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 2

ISLAM DAN ALAM SEKITAR 3

Alam sekitar (environment) membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan.

Bagaimanapun secara khusus alam sekitar merujuk kepada “fenomena fizikal di persekitaran manusia termasuk tanah, air, atmosfera, cuaca, bunyi, bau, rasa, faktor biologi haiwan, dan tumbuhan serta faktor sosial yang estetik.”

Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yg berkait dgn iklim dan cuaca

DEFINISI

ALAM

SEKITAR

ISLAM DAN ALAM SEKITAR 4

Secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah

keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh

mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma.

Defini ini adalah definisi yang diterima dalam

pengajian sains alam sekitar yang hanya terbatas

kepada fenomena fizikal.

DEFINISI

ALAM

SEKITAR

Page 3: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 3

5

KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM

Menurut Islam, ‘invironmentalisme’ berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang mengabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan

Menurut hadith Rasulullah, misi kerasulannya ialah

menyempurnakan akhlak mulia

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan

akhlak yang mulia.

6

Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan.

Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu.

Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.

KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM

Page 4: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 4

GAMBARAN ALAM DALAM AL-QURAN

DAN AL-SUNNAH 7

Sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran, alam ini

diciptakan oleh Allah SWT yang merangkumi seluruh isi alam

termasuk syurga sebelum terciptanya manusia.

FIRMAN ALLAH yang bermaksud:

“Allah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di

antara keduanya dalam masa 6 hari (sittati ayyam), kemudian dia

bersemayam di atas arasy’. Tidak ada bagi kamu selain

daripadanya seorang penolong dan tidak pula seorang pemberi

manfaat. Maka apakah kamu tidak melihat?”

(AS-SAJDAH: 4)

GAMBARAN ALAM DALAM AL-QURAN

DAN AL-SUNNAH 8

Ayyam di atas bermaksud masa, era dan menurut Ibn Kathir 6

peringkat masa dalam ayat di atas ialah:

1. 4 peringkat masa penciptaan bumi dan isinya

2. 2 peringkat masa untuk penciptaan langit dan isinya

Menurut teori 'big bang', alam ini pada asalnya bercantum padu,

kemudian berlakulah satu letupan yang kuat (cosmix explotion) 10

hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan 'big bang'.

Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan (expending

and cooling) sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi

dan seumpamanya.

Page 5: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 5

GAMBARAN ALAM DALAM AL-QURAN

DAN AL-SUNNAH 9

PROSES PENCIPTAAN MANUSIA 10

GAMBARAN ALAM DALAM AL-QURAN

DAN AL-SUNNAH

TEORI BIG BANG DI DALAM AL-QURAN

Perkara ini sudah lama diceritakan dalam al-Quran:

Allah berfirman: “Apakah orang-orang kafir tidak melihat

bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah

bercantum sebagai satu, kemudian kami pisahkan keduanya…”

(Surah al-Anbiya ayat 21:30)

Page 6: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 6

11

SIFAT-SIFAT ALAM

AZWAJ - BERPASANGAN

TAWAZUN - SEIMBANG

JAMAL - CANTIK

NASIM - SEGAR

12

SIFAT-SIFAT ALAM

MAKSUD AZWAJ - Azwaj bermaksud simetri atau berpasangan. Segala yang wujud di alam ini sama ada yang dapat dilihat atau sebaliknya adalah wujud secara berpasangan

• BUKTI PASANGAN :

• DARATAN/LAUTAN, MALAM/SIANG, LELAKI/PEREMPUAN, BETINA/JANTAN

DALIL AL-QURAN - “Dialah yang mencipta langit dan bumi, Ia menjadikan bagi kamu pasang-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang itu berpasang-pasangan ” (Al-Rahman: 8)

• “Dan Dia mengetahui apa yang ada didarat dan di laut” (Al-An’am: 59)

Page 7: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 7

13

TAWAZUN – Tawazun bermaksud seimbang yakni sesuatu yang kadarnya tidak terlebih atau terkurang – Fenomena tidak melampau

BUKTI/CONTOH :

Manusia – lelaki / perempuan, Gas – Oksigen / karbandioksida, Udara - Panas / sejuk , Taburan hujan , Taburan spesis tumbuhan/bintang

DALIL AL-QURAN :

Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi, dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya ” ( Al-Mukminun: 6 )

SIFAT-SIFAT ALAM

14

Inilah sunnatullah dan keadaan ini akan berterusan sehingga tercetusnya gangguan yang menyebabkan ketidak seimbangan alam yang dicetuskan oleh manusia.

Oleh itu sifat melampau dilarang oleh Islam:

1. Larangan perubahan jantina/hubungan seksual melampau

2. Perubahan struktur alam:

Hutan hujan tropika kpd ladang-ladang getah/ kelapa sawit

Gunung ganang kpd tanah rata

SIFAT-SIFAT ALAM

Page 8: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 8

15

SIFAT-SIFAT ALAM

16

SIFAT-SIFAT ALAM

JAMAL

• MAKSUD JAMAL :

• Sifat alam seterusnya ialah cantik dan indah yakni menarik hati apabila dipandang /hati suka dan terhibur

BUKTI/

CONTOH :

• Permandangan – gunung-ganang/tepi pantai

• Spesis tumbuhan - berbunga

• Spesis binatang - Liar dan ternakan

DALIL AL-QURAN :

• Dan kamu melihat bumi ini kering. Dan apabila Kami turunkan air ke atasnya, Hidup lah bumi itu dan menumbuhkan berbagai macam tumbuhan yang indah ” (al-hajj:5)

Page 9: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 9

17

SIFAT-SIFAT ALAM

ALAM -JAMAL /INDAH Isi alam indah dan cantik – kesukaan manusia:

(dorongan berkhidmat sebagai khalifah)

“Dihiaskan (dijadikan alam ini indah) kepada manusia:

kesukaan kepada perkara-perkara yang dingini nafsu

wanita-wanita, anak pinak, harta benda yang berpikul-

pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang

bertanda lagi terlatih, binatang ternak serta kebun-kebun

tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di-

dunia. Dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali

yang sebaik-baiknya (Syurga)”…. Ali Imran: 14.

18

SIFAT-SIFAT ALAM

MAKSUD NASIM/SEGAR :

Sifat Nasim adalah mengambarkan kepada suatu keadaan / suasana yang baharu, segar, nyaman

BUKTI/CONTOH :

Pemandangan – kesegaran /nyaman

Kesuburan tanah - kehijauan ladang

Flora - Kejernihan air dan sejuk

DALIL AL-QURAN

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih berganti malam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa muatan berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati).

Page 10: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 10

19

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN

ALAM SEKITAR

Manusia diciptakan oleh Allah untuk mentadbirkan alam dengan

bijaksana tanpa melakukan kerosakan dan ini telah dinyatakan

dengan jelas dalam al-Quran, disokong oleh ayat ayat:

“…… janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi ini. sesungguhnya

Allah membenci mereka yang melakukan kerosakan.”

Alam adalah sumber kehidupan manusia dan al-Quran telahpun

mengariskan banyak panduan dan konsep bagi manusia dalam

pengurusan alam sekitar.

20

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR

Manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar kerana manusia dijadikan daripada unsur-unsur alam dan akhirnya akan kembali seperti asal kejadiannya.

Unsur alam lain seperti air juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia kerana ia membina pertumbuhan dan kesihatan daripada manusia

Page 11: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 11

21

Bahan makanan manusia juga dijadikan daripada

unsur air termasuk juga semua jenis haiwan.

Ini jelas menunjukkan bahawa hubungan manusia

dengan alam sekitar adalah sangat erat saling berkait

rapat antara satu sama lain.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR

22

PRINSIP-PRINSIP DALAM HUBUNGAN

MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

TAUHID KHALIFAH DAN

AMANAH

SYARIAH KEADILAN DAN

KESEDERHANAAN

Page 12: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 12

23

PRINSIP-PRINSIP DALAM HUBUNGAN

MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

TAUHID

Konsep tauhid – KeEsaan Allah (sentiasa mengingati Allah)

Matlamat utama perbuatan, pemikiran dan perasaan adalah untuk

mendapat keredhaan Allah SWT

PERSOALANNYA, BAGAIMANA HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

- Perlu berinteraksi dengan lain-lain spesies yang mendiami bumi ini-

Bagaimana anda berinteraksi?

- Tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya – ambil kira kesan dan

akibat tindakan terhadap spesies-spesies lain.

- Sabda Rasulullah SAW “Semua ciptaan Allah SWT adalah seperti

keluarga; dan Dia paling menyayangi mereka yang paling baik terhadap

keluarganya.”

24

PRINSIP-PRINSIP DALAM HUBUNGAN

MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

KHALIFAH DAN AMANAH :

Al-Quran menjelaskan bahawa alam ini dijadikan mengikut ukuran

tertentu dan berada dalam keadaan seimbang dan harmoni.

Alam bersifat teratur dan boleh difahami. Ia menjadi ‘ayat’ atau

‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT.

Ada dinyatakan dalam Surah Taha ayat 53-54:

-manusia dipilih menjadi khalifah kerana kelebihannya.

-Manusia hendaklah bertanggungjawab atas amanah yang

diberikan (sebagai khalifah)

-Amanah yang diberi akan dipersoalkan.

“Dunia adalah tempat ujian, di mana ia merupakan tempat

dalam menentukan kesudahan hari akhirat.”

Page 13: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 13

25

PRINSIP-PRINSIP DALAM HUBUNGAN

MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

SYARIAH :

Asas etika dan norma serta perundangan untuk panduan.

Matlamat akhir syariah : - kebaikan umum semua makhluk

dalam kehidupan dunia dan akhirat

KEADILAN DAN KESEDERHANAAN :

Surah al-Nahl, ayat 90 : rujuk tafsir untuk ayat ini.

*Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa Allah SWT

menyuruh berlaku adil dan berbuat kebajikan.

*Konsep adil – sentiasa dalam keseimbangan dan keharmonian

*Islam mengajak kita hidup di dalam kesederhanaan, tidak

boleh berlebihan

26

SEBAGAI BUKTI KETAATAN KPD

ALLAH SWT

MEMASTIKAN KELANGSUNGAN

MANFAAT UTK MANUSIA

MANFAAT TUMBUHAN

TEMPAT UTK TADABBUR DAN

TAFAKKUR

KEMUDAHAN MANUSIA UTK

BERAMAL

KEPENTINGAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Page 14: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 14

27

Manusia sebagai pemegang amanah Allah. Manusia

diberi pilihan sama ada mentaati atau mengingkari

perintahNya namun di akhirat ganjaran sedia

menunggu utk diterima.

Dalam al-Quran terkandung etika-etika penjagaan alam,

antaranya “ Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di

muka bumi “ (al-Baqarah : 11)

Kepatuhan manusia terhadap perintah penjagaan hak

milik Allah yang diamanahkan membuktikan ketaatan

mereka terhadap perintah Allah.

SEBAGAI BUKTI KETAATAN KPD ALLAH

KEPENTINGAN PEMELIHARAAN

ALAM SEKITAR

28

KEPENTINGAN PEMELIHARAAN

ALAM SEKITAR

Segala isi alam tunduk kepada perintah Allah utk

kemudahan manusia. Sebagai contohnya udara, tanah,

air dll.

Kandungan mineral dan oksigen dlm air, begitu juga

pelbagai galian dlm tanah adalah utk manfaat hidup

manusia.

Tanpa penjagaan terhadapnya manusia akan hadapi

masalah dari segi pemakanan, kesihatan, tempat

tinggal dan lain-lain.

MEMASTIKAN KELANGSUNGAN MANFAAT UTK MANUSIA

Page 15: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 15

29

Segala isi alam diciptakan utk

manfaat bagi manusia-cthnya

pakar Bidang Botani –

kebanyakan ubat2 yg

digunakan utk pemulihan

adalah drpd herba, tumbuhan

dan pokok2. cthnya daun sireh,

tongkat ali, kacip fatimah,

mengkudu, misai kucing dan

lain-lain.

MANFAAT TUMBUHAN

KEPENTINGAN PEMELIHARAAN

ALAM SEKITAR

30

“Tiada penyakit yg diturunkan Allah melainkan diturunkan ubat baginya.” (hadith Rasulullah)

“Tuhan mengadakan penyakit dan mengadakan ubatnya drpd tumbuhan yg ada di daerah itu” (ahli falsafah Yunani – bapa perubatan Yunani.)

KEPENTINGAN PEMELIHARAAN

ALAM SEKITAR

Page 16: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 16

31

Kejadian alam yg unik dan

komplek mengandungi tanda2

keagungan dan kebesaran Allah

sebagai Pencipta. Mudah-

mudahan melalui pemerhatian,

renungan dan pengamatan ini

maka ia boleh memberikan

kesedaran dan keinsafan kpd

manusia. Terdapat byk ayat

menggesa manusia agar sentiasa

mengamati kejadian alam.

TMPT TADABBUR DAN TAFAKKUR

KEPENTINGAN PEMELIHARAAN

ALAM SEKITAR

32

FirmanNya: maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan? Dan langit bagaimana ia ditinggikan dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan? (al-Ghasiyah 17-20)

KEPENTINGAN PEMELIHARAAN

ALAM SEKITAR

Page 17: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 17

33

Air – minum, mandi – harus, sunat

dan wajib, berwudhuk dan lain-lain.

Tanah – kesuburan utk tanaman-

peningkatan pengeluaran zakat,

pemprosesan air bersih, tayamum

dan lain-lain.

Kesuburan tanah – peningkatan

binatang ternakan – penambahan

amalan – zakat, aqiqah, korban

dan sebagainya.

KEMUDAHAN MANUSIA UNTUK

BERAMAL

KEPENTINGAN PEMELIHARAAN

ALAM SEKITAR

KESIMPULAN 34

Daripada nas-nas yg diwahyukan, alam ini adalah

segala entiti/makhluk yg ada selain Allah SWT :

diciptakan dalam keadaan teratur, sempurna dan

mempunyai tujuan dan misi yang khusus.

Alam tidak terjadi dengan sendirinya dan manusia

bukanlah hasil kesilapan evolusi kerana manusia adalah

khalifah yang diciptakan oleh Allah SWT untuk

mentadbir alam dengan bantuan wahyu Allah, al-

Quran dan Hadith.

Page 18: Bab 2: nilai-nilai universal dalam tamadun islam · PDF filemalam dan siang, bahtera yang belayar di lautan membawa ... ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah SWT

CTU261 18/5/2014

Fatimah Hamrie 18

35

Manusia sebagai khalifah di muka bumi ini mempunyai peranan terhadap alam sekitar ini iaitu menjaga, memelihara dan melindunginya dari musnah kerana alam sekitar ini telah diamanahkan kepada manusia untuk melindunginya.

Oleh itu, umat manusia haruslah mempunyai perasaan dan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar iaitu flora, fauna mahupun manusia itu sendiri.

KESIMPULAN

36

KUMPULAN 1 :

BENTUK HUBUNGAN POSITIF MANUSIA DENGAN ALAM DAN KESAN NEGATIF

APABILA GAGAL DILAKSANAKAN.

KUMPULAN 2 :

FAKTOR MANUSIA TIDAK MENGHARGAI ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

DAN KAEDAH BERKESAN MENGAJAK MANUSIA MENGHAYATINYA.

KUMPULAN 3:

APAKAH PANDANGAN ANDA TERHADAP FENOMENA JEREBU YANG BERLAKU

SEKARANG? APAKAH PUNCANYA DAN BAGAIMANA MENANGANINYA?

KUMPULAN 4 :

NYATAKAN PERANAN KERAJAAN, MASYARAKAT DAN INDIVIDU TERHADAP

PEMELIHARAAN/PENJAGAAN ALAM SEKITAR.

TUGASAN & PERBINCANGAN

DALAM KELAS