nilai universal tamadun

Upload: jack-yip

Post on 08-Apr-2018

350 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    1/48

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    2/48

    y

    Nilai Universal atau nilai sejagat ialah nilai yangditerima umum dalam semua masyarakat

    y Antara contoh nilai sejagat ialah benar, cantikdan baik, sopan santun, kekayaan, kebebasan,

    kasih sayang dan kuasay Nilai universal adalah sesuatu yang abstrak.

    Berdasarkan laporan UNESCO, nilai universalyang patut dicambahkan oleh setiap negara ialahy Nilai kedamaian

    y Nilai kebebasan dan hak asasi manusia

    y Nilai demokrasi

    y

    Nilai pembangunan

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    3/48

    y Nilai-nilai universal dalam Tamadun Asia tertanamdalam ajaran-ajaran keagamaan yang telahberkembang subur di seluruh Asia; sama ada Islam,

    agama dan kepercayaan dari Tanah Besar Chinamahupun dari benua India.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    4/48

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    5/48

    Tamadun IslamTamadun Islam bertunjang dan berpaksikan

    kepada konsep tauhid.

    Ini bermaksud tauhid merupakan intipatidalam kehidupan bertamadun masyarakat

    Islam.Justeru itu, asas dalam Tamadun Islam adalah

    akidah, syariah dan akhlak.

    Ketiga-tiga aspek ini merupakan komponen

    dalam agama Islam.Sumber dalam tamadun Islam adalah sumber

    naqli iaitu sumber wahyu.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    6/48

    Sumber ini menjadi sumber asas, manakala sumberaqli iaitu yang berdasarkan akal merupakan

    sumber sekunder yang mana ketetapannyamestilah tidak bercanggah dengan sumber naqli.

    Aspek kerohanian dalam Tamadun Islam amatdipentingkan. Kerohanian (spiritual) dan

    kebendaan (material) mestilah seimbang danbersepadu.

    Kesepaduan ini akan membentuk matlamatTamadun Islam yang paling utama iaitu mencapaikeredaan Allah, manakala material berfungsisebagai wasilah atau alat penghubung dalammencapai matlamat utama tersebut.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    7/48

    Tamadun CinaMasyarakat Cina tetap percaya kepada konsep

    ketuhanan walaupun terdapat pelbagai agama yangmenjadi anutan mereka.

    Antaranya, penyembahan roh nenek moyang,fahaman Konfusius, Daoisme atau Taoisme danBuddhisme.

    Kesemua agama ini menekankan konsep ketuhanan

    dan kerohanian yang menjanjikan balasan baikbagi perbuatan baik dan sebaliknya, kecualiBuddhisme.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    8/48

    Dalam kosmologi Cina terdapat konsep tian yang

    bermaksud langit, iaitu merujuk kepada dewa yangterpenting.

    Dewa dalam masyarakat Cina merupakanpembuktian kewujudan Tuhan.

    Dalam Dinasti Chou, tian merujuk kepada makhlukunggul di langit (supreme being) yang mengaturperjalanan hidup dan nasib seseorang, menentukan

    keamanan dan kesejahteraan serta memberi balasanbaik dan buruk.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    9/48

    Ia juga mungkin menyebabkankemudaratan sebagai hukumanterhadap insan yang berkelakuan salah.

    Kepercayaan terhadap konsep ini,mendorong masyarakat merekamengawal tingkah laku bagimengelakkan dari mendapat balasandari tian.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    10/48

    Tamadun IndiaTamadun India juga memperlihatkan hal yang sama

    mengenai kedudukan agama dan kerohanian yang

    tinggi dalam masyarakat.Kepercayaan Hindu menekankan konsep ketuhanan

    dan kerohanian.

    Antaranya percaya kepada konsep trimurti iaitu

    percaya kepada ketuhanan Brahma (Tuhan Pencipta),Vishnu (Tuhan Pemelihara) dan Siva (TuhanPemusnah).

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    11/48

    Perbandingan dari segi

    institusi keluarga danaskpek kemanusiaan

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    12/48

    Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quranmemberi kepentingan dalam hubungankekeluargaan.

    Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskankepada hak dan tanggungjawab.

    Islam menegaskan hak terhadap anak mestilahdilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan.

    TAMADUN

    ISLAM

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    13/48

    Soal institusi kekeluargaan diperhalusi oleh ilmumunakahat yang mengatur pembinaan institusi keluargabermula dari proses mencari jodoh, tanggungjawabsuami isteri dan seterusnya.

    Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yangsempurna kepada anak-anak-merangkumi pendidikanagama dan kemahiran.

    Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa

    kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    14/48

    Selain itu terdapat juga hubungan yang baik dengan

    Allah (hablum minaLlah) dan hubungan yang baiksesama manusia (hablum minannas).

    Hablum minannas diikat dengan ukhuwah Islamiyah,dengan maksud semua umat Islam bersaudara dan sama

    di sisi Allah kecuali orang yang bertakwa.Islam menetapkan agar umatnya sentiasa menjaga akhlak

    antara sesama manusia yang merangkumi akhlak denganibubapa, guru, kawan, jiran, sesama Islam dan bukan

    Islam, malah akhlak terhadap musuh Islam juga perludijaga.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    15/48

    Hubungan yang baik sesama manusia amat perlu dijaga,malah andainya seorang Islam tidak mempunyaihubungan yang baik dengan manusia yang lainwalaupun mempunyai hubungan yang baik denganAllah, dia tidak dikira sebagai ahli syurga.

    Dalam konteks pergaulan juga, syariat Islam diturunkanagar kepentingan 5 hak asasi manusia terlaksana iaituhak beragama, menjaga kewarasan akal, menjaganyawa, harta benda dan maruah diri. Inimemperlihatkan ajaran Islam menekankan nilaikemanusiaan.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    16/48

    Keluarga merupakan unit asas dalam tamadun China.

    Ajaran Confucius menjadi asas kepada tamadun China-

    pentingkan hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa.

    Terdapat konsep Ren yang bermaksud kasih sayang.Konsep ini merujuk kepada sifat perikemanusiaan yang

    dianggap ekspresi jantung manusia.

    TAMADUN CHINA

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    17/48

    hubungan maharaja denganrakyat

    hubungan bapa dengan anak

    hubungan abang denganadik

    hubungan suami denganisteri

    hubungan kawan dengan

    kawan

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    18/48

    Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibubapa.

    Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapamenyebabkan masyarakat cina mengadakan upacaramengingati nenek moyang-bertujuan mengucapkanterima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada

    nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    19/48

    Unit penting dalam tamadun India.

    Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk

    membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikaldan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat.

    Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjoldalam sistem kekeluargaan India.

    TAMADUN INDIA

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    20/48

    Walaupun hubungan darah yang dikira daripadaanggota lelaki daripada keluarga yang samamerupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yanglebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh

    perasaan kasih sayang dan rasa hormat.Terdapat konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang

    boleh membawa kepada tiadanya kekejamanterhadap sebarang makhluk sama ada manusia

    ataupun binatang.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    21/48

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    22/48

    Tamadun IslamEtika dalam Islam adalah manfaat daripada

    penghayatan syariat.

    Syariat diutuskan Allah kepada NabiMuhammadSAWsebagai panduan dan mengatur kehidupan

    agar harmoni.Syariat Islam mengatur hubungan manusia dengan

    Allah melalui pengamalan ibadat dan hubunganmanusia sesama manusia melalui pelaksanaan

    muamalat, munakahat dan jinayat.Syariat Islam juga merangkumi akhlak iaitu sistem

    nilai yang menjamin kehidupan yang beretika.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    23/48

    Akhlak Islam bersifat syumul iaitu meliputi akhlakdengan Allah SWT, Rasulullah SAW, sesama

    manusia terutamanya ibu, bapa, guru, jiran dantermasuk sesama manusia walaupun dengan bukanIslam.

    Demikian juga akhlak Islam termasuk dengan alampersekitaran seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

    Penegasan soal etika dalam ajaran Islam menjadifaktor utama Rasulullah SAWdiutus oleh Allahkepada manusia.

    Justeru itu, Rasulullah merupakan model akhlakyang terbaik kepada umat Islam dan manusiaseluruhnya.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    24/48

    Tamadun ChinaTerdapat konsep Dao (jalan) dan pemikiran tentang Li

    (Tatasusila).Menerusi konsep ini, Konfusiusmenekankan peraturan akhlak dan peraturan kehidupanberasaskan 3 perkara berikut:

    Peraturan perhubungan manusia denganTuhan.

    Peraturan perhubungan manusia dengan

    manusia. Peraturan perhubungan politik

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    25/48

    Selain itu, Konfusius juga menekankan konsepzhong yong iaitu kesederhanaan.

    Segala perlakuan manusia perlulah sederhana dan

    tidak setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    26/48

    Tamadun IndiaDalam Hinduisme pula ia berpaksikan idea dharma

    (tanggungjawab) dan karma iaitu doktrin perbuatan;baik akan mendapat balasan yang baik.

    Demikian juga sebaliknya, buruk dibalas buruk.

    Masyarakat perlu mematuhi etika yang ditetapkan agarkehidupan barunya lebih baik dan mendapat matlamatdalam mencapai mokhsa.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    27/48

    Mementingkan

    kebijaksanaankepemimpinan

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    28/48

    Tamadun Islam Pemimpin adalah khalifah di muka bumi sinonim

    dengan kepemimpinan dalam Islam.

    Politik Islam menggariskan sistem dan corakpemerintahan Islam seperti asas dalam berpolitik

    adalah tauhid, risalah dan khilafah.Selain itu, prinsip politik Islam adalah keadilan,

    persamaan, syura dan akauntabiliti.

    Sumber dalam politik Islam ialah kitabuLlah dansunnah rasul-Nya, di samping ijtihad dan ijmak ulama.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    29/48

    Tamadun ChinaDalam Tamadun China, Konfucius menekankan ajaran

    moral kepada manusia, antaranya membantupemerintah yang baik dan sifat baik merupakan satuharta yang paling penting untuk dimiliki oleh setiap

    pegawai.Dalam hal ini, Raja-raja Chou mengaitkan diri mereka

    dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga.

    Ini merujuk kepada maksud raja adalah wakil Tuhan di

    bumi.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    30/48

    Justeru itu mereka perlu memerintah dengan adil danjika gagal, mandat akan ditarik semula.

    Selain itu, ajaran Konfusius juga menekankanpemerintahan yang berdasarkan zheng ming, iaitunama yang betul untuk menjelaskan di antara perkarayang benar dan salah.

    Ia bermaksud, peranan dan tanggungjawab adalahmengikut nama yang disandang.

    Tujuannya adalah untuk membezakan antara perkarayang betul dan salah.

    Pemerintah juga perlu memperbaiki diri sendiri atauzheng ji.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    31/48

    Tamadun IndiaDalam ajaran Hindu dan Buddha pula, konsep dharma

    dijadikan panduan tingkah laku yang wajar dari rajakepada rakyat.

    Dharma menekankan nilai-nilai moral sepertimengawal nafsu dan mengamalkan toleransi.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    32/48

    Menghargaialam sekitar

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    33/48

    Tamadun IslamIslam menekankan hubungan yang harmonis

    dengan alam dan melarang sebarang tingkah lakudan perbuatan yang bersifat fasad.

    Sehubungan ini, penggunaan alam sekitar dikawal

    oleh hukum Islam terutamanya konsep Halal danHaram.

    Alam sekitar merupakan anugerah Allah SWT yangdiamanahkan kepada manusia untuk

    dimanfaatkan sebaik mungkin.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    34/48

    Selain itu, alam merupakan tanda kekuasaan dankehebatan Allah SWT.

    Justeru itu, Allah telah menentukan adab dan akhlakmanusia dengan alam termasuk makhluk ghaib.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    35/48

    Tamadun CinaDalam Tamadun Cina, khususnya ajaran Tao, alam di

    anggap sebagai ibu atau Dao.

    Ini menunjukkan bumi sebagai entiti yang perludimuliakan.

    Dalam Buddhism dan Shinto pula, hubungan harmonismanusia dengan alam ditekankan melalui konsepEsho Fui, iaitu manusia dan alam saling memerlukan.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    36/48

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    37/48

    Tamadun IslamKonsep ulama dalam Islam berkait rapat dengan ilmu

    dan orang yang berilmu.

    Seorang individu di dalam masyarakat Islam hanyaditerima sebagai ulama jika persiapan ilmunya

    sempurna dan tercermin pada kewibawaan personalitidiri dalam segala aspek.

    Ulama memainkan peranan besar dalam Islam.Antaranya sebagai pembimbing umat, penyelesai

    masalah, pakar rujuk dan model atau contoh tauladandalam masyarakat Islam.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    38/48

    Tamadun ChinaDalam ajaran Konfusius, terdapat konsep Jun Zhi

    (orang budiman) yang bermaksud orang yang berilmudan tahu akan kewajaran sesuatu.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    39/48

    Tamadun IndiaSalah satu tingkat dalam empat perjalanan hidup

    (Asramas) seorang penganut Hindu pula ialahBramacarya yang memerlukan pengisian ilmupengetahuan.

    Tingkat Asramas yang lain adalah tahap Ghastra,Vanaprahastra, Sanayasa.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    40/48

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    41/48

    TAMADUN ISLAM

    Komuniti atau masyarakat adalah unit yang pentingdalam tamadun Islam.

    Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukanoleh hubungan kekerabatan, malah hubungan sesamaagama(ukhwah) dan hubungan sesama manusia yangmerangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yangbukan Islam.

    Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawabindividu Islam terhadap jirannya dan peringkat-peringkatikatannya dengan jiran tersebut.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    42/48

    a) ikatankekerabatan

    b)persamaanagama

    c) ikatankemanusiaan

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    43/48

    Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan

    konsep egalitarian bermaksud sama rata.Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud

    sistem kelas dalam masyarakat-tidak membezakankdudukan lelaki dan wanita.

    Konsep sama rata wanita dalam Islam ialahberdasarkan konsep keadilan.

    Ini bermakna fungsi dan peranan wanita adalahmerangkumi bidang pekerjaan yang sesuai dengan

    sifat kewanitaan dan fizikalnya.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    44/48

    TAMADUN CINA

    Pembentukan komuniti cina banyak dipengaruhi olehsistem kekeluargaan masyarakat cina-kuasa lelaki danbapa.

    Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah.

    Sistem kelas dalam komuniti ditentukan oleh tahappendidikan dan kemahiran.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    45/48

    TAMADUN INDIA

    Berbeza daripada tamadun lain, komuniti dalamtamadun India mempunyai peraturan yangketat.

    Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistemkasta.

    Penentuan kasta seseorang adala secara ascribediaitu diwarisi daripada nenek moyang.

    Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaanyang boleh dilakukan dan layanan yang patutdiberikan kepada individu tersebut.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    46/48

    Sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti kehidupandalam komuniti.

    Konsep dharma ditekankan dalam hubungan sesamaanggota masyarakat.

    Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagimenentukan apa yang harus dilakukan oleh setiap

    anggota.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    47/48

    Ke

    simpulanTamadun Asia mempunyai satu kekuatan yang telah

    diwarisi sejak Asia mula didiami oleh kelompokmasyarakat.

    Kekuatan tersebut ialah nilai kesejagatan danbersifat sepunya antara tamadun-tamadun di Asia.

    Nilai kesejagatan ini telah membentuk jalinan interaksi

    harmoni antara tamadun walaupun antara tamadunini memiliki dasar pegangan agama yang berbeza.

  • 8/7/2019 Nilai Universal Tamadun

    48/48