sssums.files.wordpress.com  · web viewyang terakhir, memberi keyakinan kepada para pelajar...

4
PROGRAM JELAJAH DELEGASI SEKOLAH SAINS SOSIAL PERSATUAN MAHASISWA SEKOLAH SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH TEMPAT: DAERAH JERANTUT, PAHANG TARIKH: 8 – 16 OGOS 2008 Program Jelajah Delegasi Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan salah satu daripada aktiviti kemahasiswaan yang dijalankan oleh mahasiswa dan mahasiswi Sekolah Sains Sosial di bawah seliaan Persatuan Mahasiswa Sekolah Sains Sosial dan dianjurkan bersama pihak Universiti Malaysia Sabah. Program ini dijalankan bersama dengan sekolah-sekolah Daerah Jerantut bagi tujuana mempromosikan UMS kepada pelajar di sana. Bersesuaian dengan cogankata Universiti Malaysia Sabah iaitu Bertekad Cemerlang, program Jelajah UMS memperlihatkan kesungguhan dan komitmen para peserta memberi galakan kepada para pelajar sekolah tersebut untuk berjaya dalam peperiksaan yang bakal mereka dihadapi kelak dan menggalakkan mereka untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah. Pemilihan Lokasi di sekolah-sekolah berkenaan adalah kerana pihak sekolah tersebut telah menjemput Persatuan Sekolah Sains Sosial untuk menjalankan program kemahasiswaan di sekolah tersebut. Selain itu juga masyarakat yang datang dari kepulauan Borneo dapat bertukar-tukar pendapat serta mengetahui adat budaya masyarakat di Semenanjung. Ini kerana hampir kesemua pelajar UMS yang mengikuti program ini adalah anak-anak Sabah yang tidak berpeluang untuk merasakan suasana di luar daripada negeri sendiri. Para peserta yang terlibat dalam program ini adalah daripada semua program yang terdapat dalam Sekolah Sains Sosial. Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan Universiti Malaysia Sabah kepada kalangan pelajar di Daerah Jerantut. Kedua, memantapkan keperibadian diri dan semangat kepada pelajar sekolah menengah untuk menghadapi peperiksaan. Ketiga, memberi bimbingan dan panduan kepada pelajar untuk memilih bidang pengajian yang terdapat di Universiti Malaysia Sabah selepas tamat sesi persekolahan. Keempat, meningkatkan jati diri Mahasiswa dan mahasiswi bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi sosial cara bagaimana berinteraksi dengan masyarakat dan penghidupan yang sebenar. Yang terakhir, memberi keyakinan kepada para pelajar sekolah menengah bahawa mereka mampu mendapat keputusan cemerlang walaupun bukan dari sekolah berasrama penuh. Dengan terlaksananya program jelajah UMS 2008 ini diharapkan

Upload: others

Post on 11-Jan-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: sssums.files.wordpress.com  · Web viewYang terakhir, memberi keyakinan kepada para pelajar sekolah menengah bahawa mereka mampu mendapat keputusan cemerlang walaupun bukan dari

PROGRAM JELAJAH DELEGASI SEKOLAH SAINS SOSIALPERSATUAN MAHASISWA SEKOLAH SAINS SOSIALUNIVERSITI MALAYSIA SABAH

TEMPAT: DAERAH JERANTUT, PAHANGTARIKH: 8 – 16 OGOS 2008

Program Jelajah Delegasi Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan salah satu daripada aktiviti kemahasiswaan yang dijalankan oleh mahasiswa dan mahasiswi Sekolah Sains Sosial di bawah seliaan Persatuan Mahasiswa Sekolah Sains Sosial dan dianjurkan bersama pihak Universiti Malaysia Sabah. Program ini dijalankan bersama dengan sekolah-sekolah Daerah Jerantut bagi tujuana mempromosikan UMS kepada pelajar di sana. Bersesuaian dengan cogankata Universiti Malaysia Sabah iaitu Bertekad Cemerlang, program Jelajah UMS memperlihatkan kesungguhan dan komitmen para peserta memberi galakan kepada para pelajar sekolah tersebut untuk berjaya dalam peperiksaan yang bakal mereka dihadapi kelak dan menggalakkan mereka untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah.

Pemilihan Lokasi di sekolah-sekolah berkenaan adalah kerana pihak sekolah tersebut telah menjemput Persatuan Sekolah Sains Sosial untuk menjalankan program kemahasiswaan di sekolah tersebut. Selain itu juga masyarakat yang datang dari kepulauan Borneo dapat bertukar-tukar pendapat serta mengetahui adat budaya masyarakat di Semenanjung. Ini kerana hampir kesemua pelajar UMS yang mengikuti program ini adalah anak-anak Sabah yang tidak berpeluang untuk merasakan suasana di luar daripada negeri sendiri. Para peserta yang terlibat dalam program ini adalah daripada semua program yang terdapat dalam Sekolah Sains Sosial.

Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan Universiti Malaysia Sabah kepada kalangan pelajar di Daerah Jerantut. Kedua, memantapkan keperibadian diri dan semangat kepada pelajar sekolah menengah untuk menghadapi peperiksaan. Ketiga, memberi bimbingan dan panduan kepada pelajar untuk memilih bidang pengajian yang terdapat di Universiti Malaysia Sabah selepas tamat sesi persekolahan. Keempat, meningkatkan jati diri Mahasiswa dan mahasiswi bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi sosial cara bagaimana berinteraksi dengan masyarakat dan penghidupan yang sebenar.

Yang terakhir, memberi keyakinan kepada para pelajar sekolah menengah bahawa mereka mampu mendapat keputusan cemerlang walaupun bukan dari sekolah berasrama penuh. Dengan terlaksananya program jelajah UMS 2008 ini diharapkan akan terbentuknya suatu lambang keperibadian mahasiswa dan mahasiswi Sekolah Sains Sosial sebagai geraduan yang seimbang dari segi emosi, rohani, dan intelek sebagai asas pembentukan warga Universiti Malaysia Sabah khasnya dan seterusnya menjadi rakyat Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Page 2: sssums.files.wordpress.com  · Web viewYang terakhir, memberi keyakinan kepada para pelajar sekolah menengah bahawa mereka mampu mendapat keputusan cemerlang walaupun bukan dari

Majlis pelepasan program bersama penolong pendaftar Sekolah Sains Sosial

Bersama pengetua SMK Temin.Jerantut

Page 3: sssums.files.wordpress.com  · Web viewYang terakhir, memberi keyakinan kepada para pelajar sekolah menengah bahawa mereka mampu mendapat keputusan cemerlang walaupun bukan dari

Di pintu gerbang SMK Temin, Jerantut

Di antara persembahan pelajar sekolah ketika program

Page 4: sssums.files.wordpress.com  · Web viewYang terakhir, memberi keyakinan kepada para pelajar sekolah menengah bahawa mereka mampu mendapat keputusan cemerlang walaupun bukan dari

Sesi fotografi bersama pentadbir SMK Jubli Perak Sultan Ahmad Shah