jawapan-jawapan bertulis bagidun.terengganu.gov.my/files/link/2019m1p2d14.doc · web viewyang kedua...

516
DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS Pada PADA 1, 2, 3 DAN 4 APRIL 2019 bersamaan 25, 26, 27 DAN 28 REJAB 1440 274

Upload: others

Post on 24-Dec-2019

41 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANUMESYUARAT PERTAMA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUADEWAN UNDANGAN NEGERI

KEEMPAT BELAS

PadaPADA 1, 2, 3 DAN 4 APRIL 2019

bersamaan

25, 26, 27 DAN 28 REJAB 1440

Dikeluarkan oleh:

274

Page 2: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Pejabat Dewan Undangan NegeriTerengganu

DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANUMESYUARAT PERTAMA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUADEWAN UNDANGAN NEGERI

KEEMPAT BELAS

PadaPADA 1, 2, 3 DAN 4 APRIL 2019

bersamaan

25, 26, 27 DAN 28 REJAB 1440

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Dewan Undangan NegeriTerengganu

275

Page 3: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

daripada:

SETIAUSAHADEWAN UNDANGAN NEGERI

TERENGGANU

276

Page 4: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

MESYUARAT YANG PERTAMAPENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS

KANDUNGANBIL

.PERKARA MUKA SURAT

AHAD, 1 APRIL 2019

1. Nama Ahli-ahli. 1

2. Doa. 5

3. Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

5

ISNIN, 2 APRIL 2019

1. Nama Ahli-ahli. 18277

Page 5: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

2. Ucapan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.

22

3. Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan. 26

4. Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:

4.1. Soalan-soalan Bertulis. 274.2. Soalan-soalan Lisan. 28

5. Usul Di Bawah Fasal 30. 49

6. Usul Yang Telah Diberi Notis:

- Usul Merafak Sembah Ucapan PenghargaanDan Menjunjung Kasih.

52

- Ucapan Perbahasan Ke Atas Usul Merafak Sembah Ucapan Penghargaan Dan Menjunjung Kasih

53

RABU, 4 JULAI 2018

1. Nama Ahli-ahli. 235

2. Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:

- Soalan-soalan Lisan. 240

3. Enakmen Perbadanan Memajukan IktisadNegeri Terengganu 1965 (Pindaan) 2019

266

4. Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-OrangMelayu (Pindaan) 2019

269

5. Tangguhan. 273

278

Page 6: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

6. Lampiran[Soalan-soalan dan Jawapan-jawapan Bertulis]

274

279

Page 7: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

PERSIDANGAN

PADA HARI AHAD, 1 APRIL 2019

280

Page 8: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA

PADA PUKUL 9.30 PAGI

HADIR:

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUAHaji Yahaya bin Ali, PJC

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANUDr. Ahmad Samsuri bin MokhtarWAKIL RHU RENDANG

Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin MamatWAKIL PAKA

Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin RazakWAKIL BUKIT TUNGGAL

Yang Berhormat Mohd Nor bin HamzahWAKIL BUKIT PAYONG

Yang Berhormat Dr. Azman bin IbrahimWAKIL JABI

Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT.,PJC.,PJK.,BLB.WAKIL LADANG

Yang Berhormat Ariffin bin DeramanWAKIL ALUR LIMBAT

Yang Berhormat Haji Hanafiah bin MatWAKIL CUKAI

Yang Berhormat Wan Sukairi bin Wan Abdullah281

Page 9: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

WAKIL WAKAF MEMPELAM

Yang Berhormat Dr. Mamad bin PutehWAKIL KUALA BERANG

Yang Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. RahmanWAKIL KOTA PUTERA

Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul KarimWAKIL TEPOH

Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul HadiWAKIL BATU BUROK

Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan NikWAKIL SURA

Yang Berhormat Haji Ridzuan bin HashimWAKIL BULUH GADING

Yang Berhormat Haji Hilmi bin HarunWAKIL MANIR

Yang Berhormat Haji Alias bin HarunWAKIL RANTAU ABANG

Yang Berhormat Sulaiman bin SulongWAKIL PENGKALAN BERANGAN

Yang Berhormat Ahmad Shah bin MohamedWAKIL BANDAR

Yang Berhormat Ab. Razak bin IbrahimWAKIL AIR PUTIH

Yang Berhormat Maliaman bin KassimWAKIL AJIL

Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin SuhailiWAKIL KEMASIK

Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. Noor282

Page 10: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Wakil Wanita

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, SSMZ.WAKIL SEBERANG TAKIR

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK.WAKIL KIJAL

Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat, DPMT.,SMZ.WAKIL TELEMONG

Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, SMT.,PJK.WAKIL HULU BESUT

Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud, AMZ.,PPN.WAKIL BUKIT BESI

Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT.,PPN.WAKIL JERTIHYang Berhormat Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK.WAKIL LANGKAPYang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT.,PJK.WAKIL BATU RAKITYang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK.WAKIL KUALA BESUT

Yang Berhormat Dato’ Halim bin Jusoh, DPSM.WAKIL PERMAISURI

283

Page 11: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRIKERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)

YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAANDato’ Haji A. Rahman bin Yahya, DPMT.,AMZ.,KMN.,PJK.

YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERIDato’ Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK.

YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERITuan Haji Mohd Zahari bin Md. Azahar, SMT.,PJK.

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERIEncik Zulkifly bin Isa, PJK.

284

Page 12: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

PUKUL 10.20 PAGI

SETIAUSAHA DEWAN: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum kita memulakan Persidangan Dewan pada pagi ini marilah sama-sama kita membaca Ummul Kitab, Al-Fatihah. .....[ Al-Fatihah ] .....

Perkara pertama dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Doa oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan.

DOA

Dibaca oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA DEWAN KELUAR DARI DEWAN UNDANGAN NEGERI MEMOHON PERKENAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH TERENGGANU UNTUK BERANGKAT KE MAJLIS DEWAN UNDANGAN NEGERI.

TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASULTAN TERENGGANU

Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin, Wabihi Nastain.

285

Page 13: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan limpah dan rahmatNya dapat Beta dan Sultanah hadir untuk menyempurnakan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang Keempat Belas pada pagi yang mulia ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Solallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekelian ahli keluarga, para sahabat serta seluruh umat Baginda.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan kehendak dan izinNya jua, Beta dianugerahkan kesihatan yang berterusan untuk melaksanakan amanah bagi menaungi dan memayungi negeri tercinta ini. Beta juga menzahirkan kesyukuran kerana seluruh rakyat negeri ini dapat terus menikmati keharmonian, keselamatan dan keamanan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pilihan Raya Umum Ke-14 telah pun berlalu hampir setahun. Beta berasa sukacita dengan kepimpinan Memanda Beta, Yang Amat Berhormat Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar kerana telah berjaya mengamalkan konsep kepimpinan yang matang dan sejahtera. Beta melihat semangat perpaduan dan kekitaan di antara Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat Beta tanpa mengira mana-mama parti telah terserlah demi memastikan Negeri Terengganu Darul Iman menjadi di antara negeri yang paling harmoni di negara ini. Beta menyeru supaya ketepikan politik kepartian dan berilah keutamaan kepada agenda rakyat dan pembangunan negeri. Beta ingin melihat negeri ini setaraf dengan negeri-negeri maju yang lain.

Akhir-akhir ini Beta merasakan ada banyak perkara yang sedang berlaku dan dilihat seperti ada pihak-pihak tertentu yang ingin cuba menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan yang telah terbina sekian lama di bumi Malaysia yang tercinta ini. Ada pihak yang berani melakukan perkara-perkara yang menyentuh kesucian Agama Islam, memperlekehkan Institusi Diraja dan

286

Page 14: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

banyak lagi perkara yang berpotensi mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Beta selaku Ketua Agama di negeri ini mahu pihak yang berkenaan mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara-perkara seperti ini tidak menular di negeri ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Beta dimaklumkan kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Terengganu dijangka tumbuh sederhana sebanyak 5.0 peratus pada tahun 2018 berbanding 5.9 peratus pada tahun 2017. Ekonomi negeri secara langsung menerima kesan krisis mata wang, kewangan dan perang perdagangan di peringkat global. Penyusutan dalam sektor pertanian dan pembinaan telah memperlahankan prestasi keseluruhan KDNK. Walau bagaimanapun, sektor perkhidmatan terus menjadi pemacu pertumbuhan dengan peningkatan dalam sub sektor perdagangan borong dan runcit, utiliti, pengangkutan dan penyimpanan, maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan Kerajaan.

Beta berasa amat sukacita kerana Beta dimaklumkan bahawa berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Negeri Terengganu telah menerima jumlah pelaburan yang tinggi pada tahun 2018 iaitu dengan nilai pelaburan sebanyak RM4.9 bilion. Justeru, Beta berharap Invest Terengganu akan terus memainkan peranan yang agresif dengan memastikan ekosistem pelaburan seperti infrastruktur, gaya hidup (lifestyle) dan kemudahan utiliti terus diperkasakan bagi mengekalkan Negeri Terengganu sebagai destinasi pelaburan yang kondusif. Kerajaan Negeri perlu fokus kepada bagaimana untuk menurunkan ‘cost of doing business’ di Terengganu bagi menarik lebih banyak pelaburan swasta.

Beta menyambut baik usaha Kerajaan Negeri dalam membangunkan Terengganu Silica Valley (TSV) di Jambu Bongkok, Marang. Terengganu Silica Valley adalah satu kawasan pembangunan bersepadu untuk aktiviti pemprosesan produk-produk akhir berasaskan silika dan quart yang akan mengukuhkan rantaian nilai dalam ekonomi negeri. Beta berharap pembangunan TSV akan menjadi game changer pembangunan ekonomi Negeri Terengganu.

287

Page 15: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur(ECERDC) telah melancarkan pelan induk ECER 2.0 bermula tahun 2018 hingga 2025 dengan penerapan Revolusi Industri 4.0 sebagai pengupaya ekonomi berteraskan produktiviti. Fokus bagi pelaburan di bawah ECER 2.0 adalah industri yang bernilai tinggi dan berintensif teknologi bagi mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan lebih tinggi kepada rakyat Negeri Terengganu.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Beta telah dimaklumkan pelan pembangunan Negeri Terengganu Darul Iman yang komprehensif telah dibangunkan iaitu Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS 2030). Beta amat gembira dengan pelan yang dicadangkan ini kerana ia menunjukkan bahawa kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar beserta barisan kepimpinan negeri mempunyai halatuju yang jelas bagi memacu Negeri Terengganu lebih jauh ke hadapan sejajar dengan dasar Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.

Beta difahamkan PITAS 2030 ini telah dibangunkan selepas mengambil kira dua (2) elemen penting, iaitu pertama, permasalahan Negeri Terengganu dalam pembangunan insan seperti pendidikan, masalah jenayah, gejala sosial dan isu-isu pembangunan ekonomi seperti kadar pertumbuhan KDNK yang rendah, kesukaran menarik pelaburan, kadar pengangguran dan kadar kemiskinan yang tinggi. Elemen kedua adalah potensi Negeri Terengganu yang boleh dibangunkan secara optimum berteraskan kepada kekayaan sumber asli negeri, potensi sektor pelancongan, air dan sebagainya.

Beta yakin dengan kepimpinan unggul yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan gandingan institusi pengendali dan pelaksana, Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) mampu menjadi penggerak bagi mencapai sebuah Negeri Terengganu yang Maju, Berkat dan Sejahtera.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Beta dimaklumkan secara keseluruhannya pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM1.792 bilion iaitu menurun sebanyak RM280.34 juta berbanding kutipan pada tahun 2017. Penurunan ini adalah disebabkan oleh Terimaan Bukan Hasil yang

288

Page 16: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

berpunca daripada bayaran royalti minyak telah berkurang sebanyak RM317.57 juta atau 17.38 peratus.

Namun demikian, Beta berasa sukacita kerana Hasil Cukai tahun 2018 telah meningkat kepada RM77.99 juta berbanding RM57.46 juta pada tahun 2017. Hasil Bukan Cukai juga meningkat daripada RM188.58 juta kepada RM205.29 juta.

Selain itu, Beta juga berasa sukacita dan bersyukur apabila jumlah kutipan zakat sentiasa meningkat setiap tahun. Pada tahun 2018, jumlah kutipan zakat adalah sebanyak RM160.37 juta, peningkatan sebanyak RM22.42 juta berbanding tahun 2017 iaitu sebanyak RM137.95 juta. Beta mengucapkan syabas dan tahniah terutamanya kepada Kerajaan Negeri dan warga kerja MAIDAM kerana telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan jayanya.

Beta telah meneliti Bajet Negeri Tahun 2019 yang telah dibentangkan pada 25 November 2018 yang lalu yang bertemakan “Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera” yang mana merupakan Bajet Berimbang dengan jangkaan hasil dan perbelanjaan sebanyak RM2.015 bilion. Beta berharap Kerajaan Negeri dapat memastikan perbelanjaan Bajet 2019 ini dipantau dan diteliti dengan sebaik mungkin.

Keutamaan haruslah diberikan ke arah kesejahteraan hidup rakyat dengan penekanan kepada Peningkatan Pendapatan Rakyat, Pembasmian Kemiskinan, Peningkatan peluang-peluang pekerjaan dan keusahawanan serta Pembinaan Asas Ekonomi bagi Penjanaan Pertumbuhan Ekonomi masa hadapan. Beta juga ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan tiga (3) jabatan Kerajaan Negeri yang mendapat penarafan pengiktirafan tertinggi lima (5) bintang Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan Tahun 2017 iaitu Pejabat Daerah Setiu, Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Kejayaan ini hendaklah menjadi inspirasi kepada jabatan-jabatan lain untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang pada masa akan datang.

289

Page 17: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pembangunan seimbang antara daerah hendaklah diberikan penekanan oleh Kerajaan Beta. Daerah-daerah seperti Setiu, Hulu Terengganu dan Besut perlu diberi suntikan pembangunan yang baharu. Berdasarkan jumlah pendapatan isirumah pada tahun 2016, pendapatan isi rumah di daerah-daerah ini jauh ketinggalan. Beta suka mencadangkan agar pembangunan ekonomi di daerah-daerah ini dirancang berdasarkan kekuatan setempat khususnya dalam sektor pertanian dan pelancongan.

Sehubungan itu, peruntukan yang mencukupi dan usaha yang berterusan hendaklah dilaksanakan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur, pemulihan tanah terbiar dan memperkasakan sektor pertanian. Projek Pembinaan Drawbridge yang bernilai RM248.73 juta akan siap sepenuhnya pada bulan April 2019. Jambatan ini akan memendekkan jarak dan masa perjalanan dari Pusat Bandar Kuala Terengganu ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Impak yang paling besar adalah dapat menyuraikan aliran trafik dari Pusat Bandar Kuala Terengganu ke Daerah Kuala Nerus yang sekaligus akan dapat mengatasi masalah kesesakan di Jambatan Sultan Mahmud terutamanyapada waktu puncak. Drawbridge ini juga akan menjadi ikon baharu pelancongan Negeri Terengganu.

Selain itu, penyiapan Double Road Frontage Fasa 2 Dari Pasar Payang Ke Taman Shah Bandar, Kuala Terengganu akan memberi manfaat kepada rakyat dari segi aliran trafik yang lebih tersusun. Ini akan mewujudkan tarikan pelancongan yang baharu di sepanjang pesisir Sungai Terengganu. Projek inijuga dapat meningkatkan sistem kemudahan pengangkutan di Bandaraya Kuala Terengganu.

Beta difahamkan bahawa kemajuan fizikal pembangunan Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus dan juga pembangunan infrastruktur di Bandar Baharu Kijal, Kemaman Fasa 2 berjalan lancar dan mendahului jadual. Beta yakin kedua-dua projek pembangunan bandar baharu ini apabila siap nanti ianya akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pembangunan dan ekonomi penduduk-penduduk di kawasan sekitar.

290

Page 18: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Beta juga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan infrastruktur di Negeri Terengganu yang diterjemahkan melalui Pelaksanaan Program dan Projek Pembangunan melaluiRancangan Malaysia Ke-11 di bawah Rolling Plan 4 Negeri Terengganu. Sebanyak 260 projek telah dirancang dengan peruntukan sebanyak RM1.03 bilion telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Beta berharap semua pihak yang berkenaan dapat memastikan pelaksanaan semua projek ini berjalan dengan sempurna dan mencapai matlamatnya.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam merencana pembangunan negeri, Kerajaan Negeri perlu menitikberatkan kelestarian alam sekitar. Beta sedar konflik antara pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Namun demikian, Beta berharap ianya dapat diuruskan dengan sempurna dan penuh bijaksana.

Beta merasa bangga apabila telah banyak projek berasaskan Teknologi Hijau yang dilaksanakan di negeri ini terutamanya projek Ladang Solar pertama yang berkapasiti 5 MegaWatt di atas tapak berkeluasan kira-kira 20 ekar di KawasanPerindustrian Saujana, Setiu yang bermula pada tahun 2012. Selain daripada itu, Beta dimaklumkan juga Syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Bhd telah membangunkan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5MegaWatt di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu sekaligus menjadi loji janakuasa solar terbesar beroperasi di negara ini sekarang.

Projek bernilai kira-kira RM86 juta di atas tapak seluas kira-kira 28.3 hektar ini telah beroperasi sejak 14 Januari 2018. Kerajaan juga harus memberikan tumpuan kepada pembangunan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi khususnya kemudahan internet berkelajuan tinggi.

Beta dimaklumkan Kerajaan Negeri komited untuk menyediakan perkhidmatan Wi-Fi berkelajuan tinggi dan kemudahan internet yang menyeluruh ke seluruh pelosok Negeri Terengganu. Penyediaan perkhidmatan ini pada masa sekarang telah memberi manfaat kepada 300,000 orang pengguna dan dijangka akan

291

Page 19: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

meningkat lagi apabila projek Terengganu Wi-Fi siap sepenuhnya pada Julai 2019. Kita semua harus ingat bahawa pada masa ini internet berkelajuan tinggi adalah pra syarat ke arah pembangunan ekonomi yang lebih pesat.Beta juga dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3.1 juta pada tahun ini bagi memperkenalkan Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) yang merupakan penjenamaan semula pusat Bestari.com sebagai pusat one stop centre bagi semua aktiviti berasaskan internet. Beta juga berasa sukacita apabila projek TD1303 yang menawarkan ruang co-working space dengan internet berkelajuan tinggi telah berjaya disiapkan dan sekarang sedang beroperasi. TD1303 adalah usaha perintis Kerajaan Negeri bagi menggerakkan ekonomi digital di negeri ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Beta berharap Kerajaan Negeri turut memberi penekanan kepada menjenamakan Negeri Terengganu sebagai destinasi eko-pelancongan yang kompetitif di rantau ini. Pembangunan sektor pelancongan akan merangsang keperluan ke arah penyediaan perkhidmatan sokongan seperti penginapan, makan minum, industri kraftangan, pengangkutan dan lain-lain. Malah, kesan gandaan atau ‘multiplier effect’ akan dapat dinikmati secara terus oleh rakyat.

Dalam konteks pelancongan, Beta berharap Kerajaan Negeri melihat kepada beberapa parameter iaitu;

Pertama, meningkatkan jumlah kedatangan pelancong;

Kedua, meningkatkan tempoh tinggal pelancong; dan

Ketiga, meningkatkan perbelanjaan pelancong di Negeri Terengganu.

Beta dimaklumkan Garis Panduan Pembangunan Pulau-Pulau Peranginan dan Taman Laut telah diluluskan pada bulan Disember 2018. Tujuan utama pelan ini adalah bagi mengawal daya tampungan (Carrying Capacity) setiap pulau serta mengawal aktiviti pembangunan di pulau supaya dapat mengekalkan kelestarian ekosistem dan keindahan alam semulajadi.

292

Page 20: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Beta berharap pelan ini dilaksanakan bagi menjaga kelestarian pulau-pulau peranginan di Negeri Terengganu ini. Beta juga amat sukacita dengan pewujudan Enakmen Taman Negeri Terengganu dan Majlis Pengurusan TamanNegeri. Beta difahamkan sehingga kini kawasan yang telah diwartakan di bawah Enakmen Taman Negeri Terengganu adalah seluas 30,432 hektar. Beberapa kawasan lagi di Daerah Setiu termasuk Tasik Berombak masih dalam proses pewartaan.

Beta berasa sukacita apabila Kerajaan Negeri turut berhasrat untuk mewartakan Pulau Tenggol sebagai Taman Negeri. Penekanan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada usaha pemeliharaan alam sekitar ini adalah selari dengan trend global.

Beta percaya Kerajaan Negeri melalui Majlis Pengurusan Taman Negeri berupaya merancang pengisian terbaik bagi projek ini agar limpahan pembangunan akan dirasai oleh komuniti setempat. Oleh itu, Beta mencadangkan agar lebih banyak program bersifat ‘community base’ dilaksanakan supaya rakyat dapat menikmati usaha-usaha pembangunan yang dilaksanakan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri hendaklah memberi perhatian serius kepada pelaburan modal insan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, mempunyai nilai-nilai murni, berakhlak mulia dan berdaya saing. Beta mengambil maklum hasrat Kerajaan Negeri dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI). Kedua-dua jenis sekolah ini menekankan gabungan aspek pendidikan Al-Quran, Agama Islam dan Bahasa Arab dan sistem pendidikan arus perdana masa kini. Beta percaya, dengan penubuhan sekolah agama ini, Terengganu akan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan mempunyai akhlak dan sahsiah yang tinggi.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang berjaya mengekalkan kecemerlangan pendidikan Terengganu. Kejayaan Terengganu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mengatasi Purata

293

Page 21: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Gred Keseluruhan (PGK) di peringkat nasional adalah satu kejayaan yang amat membanggakan. Namun demikian, kita tidak boleh berhenti di sini. Usaha-usaha berterusan perlu diambil bagi mengekalkan kejayaan dan melahirkan talent yang akan menjana pembangunan negeri pada masa akan datang.

Dalam bidang sukan, kecemerlangan Terengganu tidak boleh dipertikaikan lagi. Antaranya ialah berjaya merampas kembali kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, kejayaan Siti Rahmah binti Mohamed Nasir mempertahankan pingat emas kali keempat berturut-turut di Kejohanan Pencak Silat Dunia, saudara Ahmad Atif Irsyad berjaya menjadi Juara Remaja Dunia di Kejohanan Pencak Silat Dunia 2018 dan Azizulhasni Awang menerima Anugerah Olimpian Lelaki Terbaik daripada Majlis Sukan Negara.Beta berharap kejayaan-kejayaan yang dicapai diperingkat antarabangsa ini dapat diteruskan lagi. Beta juga ingin berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang bersetuju untuk menyediakan peruntukan berjumlah RM60 juta untuk pembangunan belia dan sukan di Negeri Terengganu.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Beta dimaklumkan juga bahawa Kerajaan Negeri telah menyediakan ‘Pelan Strategik Halatuju Pertanian Negeri Terengganu 2019 - 2023’. Pelan ini yang merangkumi enam (6) teras strategik akan dilaksanakan mulai 2019 sehingga 2023 meliputi sektor pertanian, perikanan, penternakan, industri asas tani dan kulinari. Pelan ini telah disusun dengan memfokuskan beberapa strategi bagi tahun pertama 2019 iaitu;

Strategi Pertama - Fasa pemulihan semua kemudahan dan infrastruktur pertanian dan asas tani yang telah sedia ada;

Strategi Kedua – Mengemaskini semula status tanah-tanah kerajaan yang dirizabkan dan diwartakan dibawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN) bagi tujuan pertanian, perikanan dan penternakan; dan

294

Page 22: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Strategi Ketiga – Memanfaatkan tanah-tanah pertanian kosong serta memperkayakan sumber perikanan dan penternakan.

Beta berharap pelan strategik halatuju pertanian bagi tempoh lima (5) tahun ini akan digembleng dan dimanfaatkan sepenuhnya dengan harapan ianya akan berjaya memajukan ekonomi negeri dan meningkatkan pendapatan rakyatkhususnya di luar bandar.

Beta dimaklumkan sepanjang tahun 2018, Urusetia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER) telah melaksanakan pelbagai program keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan di antaranya adalah seperti latihan dan kemahiran, penyertaan usahawan ke ekspo serta ‘showcase’ yang diadakan di dalam dan di luar negara.

Beta juga difahamkan bagi tujuan memperkembangkan lagi perniagaan usahawan-usahawan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) telah menyediakan pelbagai kemudahan skim dana usahawan seperti Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) yang memperuntukkan sejumlah RM15 juta. Pewujudan TUGAS yang menggabungkan skim-skim sedia ada seperti Skim Pinjaman Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T), Dana Usahawan Belia Sejahtera (U-BES), Tabung Siti Khadijah (TSK), Dana Prihatin Terengganu (D-HATI) dan lain-lain dilihat sangat tepat bagi memastikan usahawan Terengganu mengembangkan lagi potensi perniagaan dan meningkatkan ekonomi rakyat.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam pembentangan Bajet Negeri Terengganu tahun 2019, Beta dimaklumkan Kerajaan Negeri menyasarkan pembinaan sebanyak 20,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) dalam tempoh lima (5) tahun. Sebagai permulaan, pada tahun ini sebanyak empat (4) projek Rumah Mampu Milik yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 710 unit rumah akan dibina.

Beta juga difahamkan Kerajaan Negeri menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

295

Page 23: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

untuk pelaksanaan enam (6) projek di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam Program Pemajuan Kawasan (PPK). Beta berasa sukacita kerana cadangan projek-projek ini dikhaskan kepada golongan miskin dan miskin tegar.

Beta juga amat gembira dengan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menyediakan bantuan bina baharu dan baikpulih rumah kepada rakyat miskin melalui Projek Perumahan Terengganuku Sejahtera (PPTS). Peruntukan sebanyak RM30 juta dengan penambahbaikkan pembinaan kos sebuah rumah sebanyak RM56,000 serta baikpulih RM11,000 sebuah rumah mampu mendatangkan manfaat kepada rakyat miskin terutamanya golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU), ibu atau bapa tunggal dan juga mangsa bencana alam.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Beta dimaklumkan bahawa Terengganu merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai kemudahan bantuan segera seperti Bantuan Perubatan, Bantuan Sara Diri Tahunan, Bantuan Susu dan Lampin Pakai Buang serta Bantuan Musibah melalui Tabung Darul Iman. Sehingga kini, hampir 25,000 orang telah menerima manfaat menerusi bantuan-bantuan yang dianggarkan mencecah sekitar RM24 juta. Kelangsungan kemudahan bantuan kepada rakyat ini mestilah dipelihara. Justeru itu, Beta menyeru kepada semua pihak untuk turut sama-sama menyumbang kepada Tabung Darul Iman bagi manfaat rakyat yang memerlukan dan kurang berkemampuan.

Dalam masa yang sama, program-program seperti Walimatul Urus Perdana dan penyediaan Kad Sejahtera kepada golongan rakyat yang layak amatlah disambut baik oleh seluruh warga Negeri Terengganu kerana ianya membantu golongan ini berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam menterjemah program dan projek yang telah dirangka, Beta ingin menekankan kepentingan dasar prinsip tadbir urus yang baik dalam pelaksanaan tugas dan proses membuat keputusan. Oleh itu, proses perundingan awam perlu diperbanyakkan. Jauhkanlah

296

Page 24: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

sikap menjalankan program atau projek semata-mata untuk golongan tertentu sahaja sehingga mengetepikan kepentingan rakyat jelata. Kerajaan Negeri Beta harus berusaha menggembleng setiap kepakaran yang ada pada semua pihak bagi mencapai objektif memajukan negeri.

Syukur alhamdulillah Beta dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3.5 juta untuk menubuhkan Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) yang bertujuan melatih para pendakwah dengan pelbagai ilmu dan kemahiran kontemporari. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mewujudkan Program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) iaitu Kelas Pengajian Agama Hujung Minggu kepada mereka yang berumur 25 tahun ke atas. Pada tahun ini, Program SPAIT telah memberikan manfaat kepada 1,955 pelajar untuk menuntut ilmu-ilmu agama dalam subjek Tauhid, Feqah dan Tasawuf.

Beta berharap Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Memanda Beta, Yang Amat Berhormat, Doktor Ahmad Samsuri Bin Mokhtar akan terus komited berusaha memartabatkan lagi Agama Islam dan umat Islam di negeri ini menerusi gerakkerja yang profesional yang berupaya menangkis sebarang fitnah dan tuduhan jahat sekaligus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam sebagai Ad-din.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adalah menjadi tanggungjawab Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memimpin dan membimbing rakyat agar sama-sama bersedia bergerak seiring membina sebuah negeri dan negara yang teguh bersatu, sejahtera dan makmur. Oleh yang demikian, sepanjang Sidang ini berlangsung, berbahas dan berhujahlah secara rasional dan intelektual atas perkara-perkara yang boleh membawa kebaikan dan manfaat bersama.

Beta juga menyarankan agar sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing. Beta yakin negeri dan

297

Page 25: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

rakyat akan terus menikmati keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup sekiranya sikap hormat-menghormati dan mematuhi undang-undang dijadikan dasar utama.

Akhirnya, Beta berharap Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta dengan kerjasama padu daripada jentera pentadbiran awam, akan mendapat petunjuk dan bimbinganIlahi bagi menyempurnakan tanggungjawab dan amanah, secara adil lagi saksama, jujur lagi ikhlas, amanah lagi berintegriti.

Semoga semua usaha murni ini mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala. Dengan lafaz suci Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta dengan sukacitanya merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Keempat Belas Tahun 2019. Selamat Bersidang.

Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH TERENGGANU DIIRINGI OLEH YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA DEWAN BERANGKAT KELUAR DARI DEWAN UNDANGAN NEGERI.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA MASUK SEMULA KE DEWAN UNDANGAN NEGERI.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk meneliti dan mengkaji terlebih dahulu Titah Ucapan Diraja bagi tujuan perbahasan.

Sebelum saya tangguhkan Sidang pada hari ini, saya ingin mengumumkan beberapa perkara. Yang pertama, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dan Sultanah memperkenan Sesi

298

Page 26: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Bergambar bersama-sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mohon kerjasama semua Ahli Yang Berhormat sekalian untuk berkumpul segera selepas Sidang Dewan ini ditangguh di hadapan Pentas Diraja di Perkarangan Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Yang kedua, selepas Sesi Bergambar, mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat sekali lagi untuk segera beratur bagi Sesi Bersalaman dengan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dan Sultanah.

Yang ketiga, Sesi Bergambar juga akan diadakan dengan Ahli Yang Berhormat dengan pakaian Lounge Suit gelap pada hari esok, Selasa, 2 April 2019 untuk dimuatkan di dalam Buku Khas Dewan Undangan Negeri Terengganu yang akan diterbitkan.

Yang keempat, pasangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bergambar bersama jemputan VIP yang lain, diminta kerjasama berada di laluan dari Holding Room untuk Sesi Bersalaman dengan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dan Sultanah selepas ini.

Semua Yang Berhormat dan pasangan berserta jemputan VIP dijemput dan dipersilakan makan di Damai Lounge sebaik sahaja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Sultan berangkat pulang. Manakala bagi Ketua-ketua Jabatan dijemput makan di Dewan Besar.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan Persidangan Dewan hari ini ke hari esok, Selasa, 2 April 2019 dengan sama-sama kita membaca Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Asr. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 11.20 PAGI.

299

Page 27: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

PERSIDANGAN

PADA HARI ISNIN, 2 APRIL 2019

300

Page 28: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA

PADA PUKUL 9.30 PAGI

HADIR:

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUAHaji Yahaya bin Ali, PJC

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANUDr. Ahmad Samsuri bin MokhtarWAKIL RHU RENDANG

Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin MamatWAKIL PAKA

Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin RazakWAKIL BUKIT TUNGGAL

Yang Berhormat Mohd Nor bin HamzahWAKIL BUKIT PAYONG

Yang Berhormat Dr. Azman bin IbrahimWAKIL JABI

Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT.,PJC.,PJK.,BLB.WAKIL LADANG

Yang Berhormat Ariffin bin DeramanWAKIL ALUR LIMBAT

Yang Berhormat Haji Hanafiah bin MatWAKIL CUKAI

Yang Berhormat Wan Sukairi bin Wan AbdullahWAKIL WAKAF MEMPELAM

301

Page 29: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Yang Berhormat Dr. Mamad bin PutehWAKIL KUALA BERANG

Yang Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. RahmanWAKIL KOTA PUTERA

Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul KarimWAKIL TEPOH

Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul HadiWAKIL BATU BUROK

Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan NikWAKIL SURA

Yang Berhormat Haji Ridzuan bin HashimWAKIL BULUH GADING

Yang Berhormat Haji Hilmi bin HarunWAKIL MANIR

Yang Berhormat Haji Alias bin HarunWAKIL RANTAU ABANG

Yang Berhormat Sulaiman bin SulongWAKIL PENGKALAN BERANGAN

Yang Berhormat Ahmad Shah bin MohamedWAKIL BANDAR

Yang Berhormat Ab. Razak bin IbrahimWAKIL AIR PUTIH

Yang Berhormat Maliaman bin KassimWAKIL AJIL

Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin SuhailiWAKIL KEMASIK

Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. Noor302

Page 30: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

WAKIL WANITA

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK.WAKIL KIJAL

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, SSMZ.WAKIL SEBERANG TAKIR

Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat, DPMT.,SMZ.WAKIL TELEMONG

Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, SMT.,PJK.WAKIL HULU BESUT

Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud, AMZ.,PPN.WAKIL BUKIT BESI

Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT.,PPN.WAKIL JERTIHYang Berhormat Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK.WAKIL LANGKAPYang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT.,PJK.WAKIL BATU RAKITYang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK.WAKIL KUALA BESUT

Yang Berhormat Datuk Halim bin Jusoh, DPSM., PJK.WAKIL PERMAISURI

303

Page 31: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRIKERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)

YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAANDato’ Haji A. Rahman bin Yahya, DPMT.,AMZ.,KMN.,PJK.

YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERIDato’ Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK.

YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERITuan Haji Mohd Zahari bin Md. Azhar, SMT.,PJK.

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERIEncik Zulkifly bin Isa, PJK.

PUKUL 9.30 PAGI

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum kita memulakan Persidangan Dewan pada pagi ini marilah sama-sama kita membaca Ummul Quran, bagi memberkati majlis kita. Al-Fatihah. [Al Fatihah dibaca].

304

Page 32: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

UCAPAN YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, para Pemerhati, tuan-tuan dan puan yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan taufik dan inayahNya kita masih dipanjangkan umur dapat bersama lagi dalam Persidangan pada penggal baru ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini bagi merafak sembah dan menjunjung kasih di atas keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah mencemar duli bagi merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Keempat Belas pada hari semalam.

Kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana negeri kita diberi keamanan dan Kerajaan terus komited berusaha melaksanakan segala janji kepada rakyat dan melaksanakan reformasi untuk meningkatkan proses penyampaian. Apa yang penting, semua pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) adalah rakan kongsi Kerajaan dan harus bekerjasama bagi menjadikan negeri ini Maju, Berkat, Sejahtera.

Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Hajah Zuraida Md. Noor sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Wanita pertama yang dilantik pada hujung Persidangan yang lepas. Ini merupakan suatu pengiktirafan Kerajaan Negeri kepada golongan wanita. Saya berharap kehadiran Yang Berhormat dapat memperkasakan isu-isu pembangunan wanita dan keluarga secara keseluruhan meliputi aspek politik, ekonomi, sosial dan budaya. Dengan pelantikan ini, kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu sekarang bertambah dari 32 kepada 33 kerusi.

305

Page 33: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Namun begitu, selaras dengan hasrat Kerajaan Baru Persekutuan yang selalu bercakap soal reformasi, termasuk Reformasi Institusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah sampai masanya Negeri Terengganu mempunyai lebih banyak kerusi sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri mahupun Parlimen dalam suasana bilangan pengundi yang bertambah berlipat kali ganda. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, sejak tahun 1984 sudah tiga kali berlaku semakan Persempadanan Kawasan Pilihan Raya oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya, tetapi Negeri Terengganu masih tidak menerima sebarang pertambahan kerusi baru.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada 21 hingga 23 Februari yang lepas, Pejabat Dewan Undangan Negeri menganjurkan Program Retreat Pemantapan Dewan Undangan Negeri yang dihadiri oleh sebahagian besar Ahli-ahli Yang Berhormat selain dari pegawai dan kakitangan Pejabat Dewan Undangan Negeri. Sebagai komitmen bersama kita telah bersetuju menjadikan Visi Dewan Undangan Negeri Terengganu sebagai Dewan Undangan Negeri Terbilang di Malaysia. Dan sudah tentu antara Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Index) untuk mencapai visi ini ialah penglibatan secara menyeluruh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dalam setiap kali Persidangan dan mutu perbahasan yang semakin meningkat dengan idea-idea yang bernas untuk kepentingan rakyat.

Oleh itu bagi meningkatkan kualiti perbahasan dan melancarkan perjalanan Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu telah mengambil langkah proaktif sejajar dengan perkembangan Industri 4.0 yang memanfaatkan kemudahan digital. Sehubungan itu, buat pertama kalinya pada Sidang kali ini, setiap Ahli-ahli Yang Berhormat disediakan dengan sebuah laptop di atas meja masing-masing. Hasil lawatan saya ke Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat Negeri, dulunya Unit Pengurusan Maklumat Negeri, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri yang bersetuju menyediakan laptop kepada Ahli-ahli Yang Berhormat melalui jabatan ini bagi tujuan untuk meningkatkan kecekapan capaian maklumat dan meminimumkan penggunaan kertas (paperless). Ahli-ahli Yang Berhormat boleh memanfaatkan maklumat asas yang disediakan termasuk Kertas-kertas Laporan, hansard yang lalu, bahkan Peraturan Dewan selain

306

Page 34: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

dari maklumat lain yang boleh dicari dengan kemudahan wifi yang disediakan. Namun begitu, sebab saya dengar ada suara-suara yang bercakap, saya pohon maaf kepada Ahli Yang Berhormat semua bahawa laptop yang dibekalkan ini hanya untuk kegunaan sewaktu Persidangan sahaja, bukan untuk dibawa balik. Sebab laptop ini akan digunakan semula oleh pihak Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat selepas Persidangan Dewan.

Bagi meningkatkan prestasi semua Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas di dalam Dewan yang mulia ini dan mencapai Visi Dewan Undangan Negeri Terengganu sebagai Dewan Undangan Negeri terbilang di Malaysia, saya telah mengadakan lawatan kerja ke Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS) pada bulan lalu. Hasil lawatan tersebut, pihak TSIS telah menzahirkan kesediaan dan akan memberi kerjasama untuk membantu mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri yang ingin mendapat khidmat rujukan bahan-bahan dan maklumat penyelidikan sebagai persiapan setiap kali Sidang Dewan. Oleh itu, saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Terengganu Strategic and Institute (TSIS) di atas kesungguhan untuk menyokong visi dan misi Dewan Undangan Negeri Terengganu dalam mendokong demokrasi untuk kesejahteraan rakyat negeri ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada Persidangan yang lepas kita telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Terpilih (Select Committee) Pengurusan Dewan yang dipengerusikan oleh saya sendiri. Jawatankuasa ini telah mengadakan dua kali mesyuarat dan akan membentangkan laporannya dalam Sidang yang akan datang, insya-Allah. Saya berharap dengan penubuhan dan perjalanan Jawatankuasa Terpilih ini dapat memantapkan proses semak dan imbang dalam Kerajaan.

Selain itu, sebagai Pelan Pemantapan Dewan Undangan Negeri Terengganu juga, saya ingin memaklumkan bahawa Jadual atau Takwim Persidangan untuk tempoh setahun telah ditetapkan lebih awal. Ini termasuk Sidang Dewan Undangan Negeri akan datang iaitu pada 15 hingga 16 Julai dan Sidang Belanjawan pada 24 hingga 28 November 2019. Pengumuman takwim bagi tempoh setahun ini diharap dapat membantu dan memudahkan semua

307

Page 35: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

pihak termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat semua untuk membuat persiapan dan perancangan lebih awal. Pendekatan ini telah lama sebenarnya diamalkan di Parlimen Malaysia.

Saya juga ingin mengingatkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat lebih teliti dan cermat dalam mengemukakan soalan-soalan sama ada Soalan Lisan atau Bertulis. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat semua merangka soalan-soalan tersebut dengan berpandukan Peraturan-Peraturan Dan Perintah Tetap Dewan (Standing Rules And Orders) iaitu buku merah yang telah dibekalkan kepada Ahli Yang Berhormat sebelum ini. Ini adalah untuk mengelakkan supaya soalan-soalan yang dikemukakan tidak mudah ditolak. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh merujuk kepada perkara 26, ceraian 1 hingga 11 dengan pecahan-pecahannya. Sebagai contoh, soalan-soalan yang terlalu panjang lebar, hal-hal yang berkaitan dengan bidang kuasa Persekutuan yang memerlukan rujukan lebih lanjut dan mendalam, soalan yang berbentuk anggapan dan tohmahan, dan soalan yang telah dijawab dengan jelas sebelum ini dalam tempoh waktu terdekat seharusnya perlu dielakkan dan boleh ditolak. Kita harus mengambil berat tentang perkara ini kerana ia merupakan satu aspek penting dalam Institusi Legislatif.

Ahli Yang Berhormat sekalian, pihak DUN sedang berusaha menyiapkan Buku Khas Dewan Undangan Negeri Terengganu termasuk dari segi sejarahnya. Sebagaimana yang kita sama-sama bergambar dengan Tuanku Al-Sultan kelmarin. Untuk tujuan ini saya mohon kerjasama semua Ahli Yang Berhomat untuk menghadiri sesi bergambar pada hari ini dalam pakaian Lounge Suit sebaik sahaja Dewan ditangguhkan untuk berehat dan minum pagi.

Saya doakan Sidang Dewan Undangan Negeri kita, sepanjang Persidangan kali ini akan berjalan dalam keadaan tenang lancar dan penuh kematangan dengan kerjasama semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Marilah sama-sama kita jadikan sebagai panduan apa yang dititahkan Tuanku Al-Sultan kelmarin iaitu sila rujuk muka surat 27, Buku Titah Ucapan Diraja iaitu Tuanku bertitah sepanjang Sidang ini berlangsung, berbahas dan berhujahlah secara rasional dan intelektual atas perkara-perkara yang boleh membawa kebaikan dan manfaat bersama.

308

Page 36: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Sebelum saya akhiri ucapan, saya juga ingin menjemput semua Ahli-ahli Yang Berhormat ke pertandingan menembak di Lapang Sasar Lembah Bidong pada hari akhir Persidangan, 4 April jam 2.30 petang, ini adalah bertujuan merapatkan hubungan sesama Ahli Yang Berhormat selepas kita penat bersidang.

Dan akhirnya tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Pembangkang baru, tak berapa sedap nak sebut Ketua Pembangkang sekarang ini iaitu Yang Berhormatg Dato’ Seri Ahmad Said, ADUN Kijal, orang lama tapi masih segar dan bergaya.

Sekian, Selamat Bersidang. Seeru ‘ala barakatillah. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

KERTAS-KERTAS KERJA DAN LAPORAN-LAPORAN

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Kertas-kertas Kerja Dan Laporan-laporan yang dibentangkan ialah:

1. Penyata Tahunan 2017 Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu.

(D.U.N. Bil.1/2019)

2. Laporan Tahunan 2017 Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Negeri Terengganu.

(D.U.N. Bil.2/2019)

3. Laporan Tahunan & Penyata Kewangan Tahun 2017 Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu.

(D.U.N. Bil.3/2019)

4. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri

309

Page 37: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Terengganu.(D.U.N. Bil.4/2019)

5. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 Pengurusan Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Siri 2.

(D.U.N. Bil.5/2019)

6. Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Negeri Terengganu Berkaitan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu dan Amphicoach. (Edaran atas meja).

(D.U.N. Bil.6/2019)

SOALAN-SOALAN YANG TELAH DIBERI NOTIS

SOALAN-SOALAN BERTULIS [LAMPIRAN]

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Jawapan-jawapan kepada Soalan-soalan Bertulis yang telah diberi notis dan dibentangkan di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ialah soalan-soalan daripada:

1. Y.B. Haji Hishamuddin bin Abdul Karim(Wakil Tepoh)

2. Y.B. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi(Wakil Batu Buruk)

3. Y.B. Haji Nawi bin Mohamad (Wakil Hulu Besut)

4. Y.B. Haji Wan Hapandi bin Wan Nik(Wakil Sura)

5. Y.B. Haji Roslee bin Daud(Wakil Bukit Besi)

6. Y.B. Haji Ridzuan bin Hashim 310

Page 38: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

(Wakil Buluh Gading)7. Y.B. Haji Hilmi bin Harun

(Wakil Manir)

8. Y.B. Haji Alias bin Harun(Wakil Rantau Abang)

9. Y.B. Ir. Saiful Azmi bin Suhaili(Wakil Kemasik)

10. Y.B. Hajah Zuraida binti Md. Noor(Wakil Wanita)

SOALAN-SOALAN LISAN

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sekarang kita masuk kepada Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah ahli-ahli yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini, 2 April 2019 iaitu daripada:

1. Y.B. Haji Hishamuddin bin Abdul Karim(Wakil Tepoh)

2. Y.B. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi(Wakil Batu Buruk)

3. Y.B. Dato’ Haji Rozi bin Haji Mamat (Wakil Telemong)

4. Y.B. Haji Wan Hapandi bin Wan Nik(Wakil Sura)

5. Y.B. Haji Nawi bin Mohamad(Wakil Hulu Besut)

6. Y.B. Haji Ridzuan bin Hashim (Wakil Buluh Gading)

7. Y.B. Haji Roslee bin Daud(Wakil Bukit Besi)

8. Y.B. Haji Hilmi bin Harun311

Page 39: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

(Wakil Manir)

9. Y.B. Dato’ Haji Mohamad Pehimi bin Yusof(Wakil Jertih)

10. Y.B. Haji Alias bin Harun(Wakil Rantau Abang)

11. Y.B. Haji Bazlan bin Abd. Rahman(Wakil Batu Rakit)

12. Y.B. Sulaiman bin Sulong(Wakil Pengkalan Berangan)

13. Y.B. Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman(Wakil Kuala Besut)

14. Y.B. Ahmad Shah bin Mohamed(Wakil Bandar)

15. Y.B. Ab. Razak bin Ibrahim(Wakil Air Putih)

16. Y.B. Haji Maliaman bin Kassim(Wakil Ajil)

17. Y.B. Ir. Saiful Azmi bin Suhaili(Wakil Kemasik

18. Y.B. Hajah Zuraida bin Md. Noor(Wakil Wanita)

Sebelum saya teruskan dengan Soalan Lisan, saya hendak maklumkan juga sebagai perhatian Ahli-ahli Dewan iaitu antara Pemerhati yang turut sama dalam Persidangan kita pada kali ini iaitu:-

۰ Khairunnisa (Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat) ۰ Pejabat ADUN Kemasik ۰ Universiti Malaysia Terengganu (UMT)۰ Petronas۰ Majlis Daerah Setiu۰ Majlis Tindakan DUN Sura۰ Majlis Tindakan DUN Batu Burok

312

Page 40: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

۰ Pusat Khidmat DUN Buluh Gading ۰ Majlis Tindakan DUN Bukit Tunggal ۰ Majlis Tindakan DUN Ladang۰ Majlis Tindakan DUN Cukai۰ Pejabat ADUN Jabi۰ Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Terengganu ۰ Pusat Khidmat ADUN Ajil۰ Majlis Daerah Hulu Terengganu, dan ۰ Pejabat ADUN Kota Putera

yang berjumlah kesemuanya seramai 201 orang.

Yang kedua, sebagaimana biasa soalan-soalan tambahan boleh dikemukakan, 2 soalan tambahan yang pertama akan kita berikan kepada tuan punya soalan yang asal dan kalau perlu 1 lagi soalan tambahan secara bebas. Ahli Yang Berhormat sekalian, saya persilakan Yang Berhormat Wakil Tepoh untuk mengemukakan soalan.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Tuan Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama –

Sejauhmanakah perancangan pihak Kerajaan untuk memanfaatkan bas Amphicoach dalam industri pelancongan negeri?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tepoh, soalan yang pertama yang disoal: Sejauhmanakah perancangan pihak kerajaan untuk memanfaatkan bas Amphicoach dalam industri pelancongan negeri? Perancangan asal pihak Kerajaan Negeri bagi memanfaatkan bas Amphicoach dalam industri pelancongan negeri adalah menjadikan bas ini sebagai salah satu produk tarikan baharu dengan menawarkan perkhidmatan pakej menyelusuri Sungai Terengganu melalui jalan darat dan jalan air yang beroperasi di Taman Tamadun Islam.

Walau bagaimanapun, status terkini bas Amphicoach seumpama seorang pesakit yang dibawa ke hospital, sakit tenat dan pihak hospital kata buat baliklah, hendak mati sudah. Jadi, macam tidak boleh hendak

313

Page 41: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

berubat dah. Lalu pihak Kerajaan Negeri akan menolak projek ini kerana kontraktor tidak dapat mematuhi syarat-syarat, tidak dapat mematuhi terma kontrak selaras klausa 20(A) - Penamatan Penggajian Kontraktor.

Projek ini juga gagal mendapat kelulusan pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut Malaysia. Kita ada dengar yang last-last kenderaan ini hendak kereta ke, bas ke, hendak naik ikut udara pula, dah laut tidak boleh, darat tidak boleh. Dan saya ada terima pagi ini Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Dewan Undangan Negeri Keempat Belas juga mengesyorkan sebagaimana pengesyoran muka surat belakang itu, daripada JKR yang mengesyorkan supaya projek ini ditamatkan kerana sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Begitu juga projek ini akan diserahkan kepada TTI, Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TTI juga mengesyorkan supaya pihak kerajaan tidak serah kepada mereka. Begitu juga dengan Jabatan Pelancongan sendiripun tidak berhasrat untuk bercadang untuk menerima bas Amphicoach ini. Saya rasa Muzium mungkin terimalah bas ni. Wallahua’lam.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama. Berapakah bayaran yang telah Kerajaan Negeri belanjakan untuk pembelian bas Amphicoach yang dimaksudkan ini?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, bayaran yang sehingga kini iaitulah RM2,745,163.00 dan baki kontrak yang sepatutnya dibayar adalah RM336,350.00. Sekian.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Tuan Yang Dipertua, soalan terakhir saya, sebentar tadi dimaklumkan kehendak Jabatan Laut dan JPJ tidak dapat dipenuhi. Bolehkah Yang Berhormat dapat nyatakan, apakah kehendak Jabatan Laut, apakah kehendak JPJ sehingga menyebabkan kita tidak boleh memenuhi tuntutan-tuntutan tersebut bagi melayakkan operasi bas Amphicoach?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Sebenarnya kehendak daripada JPJ ini yang pertama dari segi item dia,

314

Page 42: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

pengecopan nombor enjin dan nombor casis. Kehendak JPJ perlu mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan, Pembinaan dan Penggunaan 1959 kerana enjin dia itu memang padat yang susah untuk dicetaklah, nombor enjin dan juga nombor casis.

Kemudian yang kedua, Sijil Pematuhan Peraturan (UN) dan Laporan Ujian berikut kehendak JPJ nya perlu mematuhi ketetapan Vehicle Type Approval (VTA) semasa melibatkan peraturan UN yang dikuatkuasakan bagi kenderaan Kategori M3 serta mendapatkan pengesahan berkaitan pengubahsuaian yang dilakukan daripada pihak teknikal servis yang diiktiraf oleh Jabatan JPJ, ini berkait dengan pengubahsuaian. Kemudian kehendak Jabatan Laut, itemnya Proven Hull perlu disahkan sebagai kategori bas Proven Hull. Pembinaan bas ini perlu melalui class notation daripada pihak Llyod’s Register. Kedudukan Overboard Discharge perlu diletakkan lebih tinggi daripada maksimum paras air di bahagian kabin ataupun dibahagian deck.

Yang ketiga, ujian kesengetan, Healing Test. Perlu menjalani Ujian Kesengetan (Healing Test) bagi penetapan bilangan penumpang, susunatur semula kerusi perlu dibuat bagi memastikan agihan penumpang yang seimbang dan memudahkan pemindahan ketika kecemasan. Sebenarnya bas yang kita terima, bas MAN ini adalah bas biasa yang penumpangnya 42 orang dan apabila digunakan di dalam tasik ataupun sungai menyebabkan kalau penuh 40 orang itu, bila berlaku kesengetan, orang sebelah kiri perlu pergi ke kanan, kalau senget sebelah kiri yang sebaliknya kena pergi sana. Jadi bila penuh itu, memang sangat bahaya. Kesimpulan yang saya buat daripada kehendak JPJ dan Jabatan Laut adalah faktor keselamatan itu sendiri. Wallahua’lam.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya ingin tahu apakah masalah teknikal yang sebenar yang berlaku kerana saya percaya bahawa bas ini bukan pertama di dunia dan saya pernah menaiki bas yang sama di Korea. Malah banyak negara-negara yang telah membeli dan daripada syarikat yang sama, tapi kenapa kejadian ini berlaku, saya tahu bahawa JPJ Malaysia memang agak kritikallah sebab dia tiada

315

Page 43: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

pengalaman pengurusan bas macam bas kita di Malaysia, kereta roda tiga tidak boleh berjalan, negeri lain boleh pakai. Sebab itu saya dulu pernah beli bas double-decker daripada Thailand, itupun susah hendak dapat kelulusan, masa itu Malaysia tiada lagi, lening baru ada bas double-decker di Malaysia. Sebab itu kita mintalah supaya JPJ melihat perkara ini dan saya hendak tahu apakah masalah kita sebenarnya dan sepatutnya Kerajaan Negeri berhubung dengan pihak pembuat untuk dapat kepastian kenapa ini berlaku. Adakah kerana kecuaian semasa percubaan operasi baru-baru ni?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Sila Yang Berhormat.YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Molek soalan ni bekas MB tanya. ....(Sambil gelak).... Takpe, apa ni jawab, bukan tanya. Jadi sekarang ni sebenarnya untuk makluman, semasa bekas Yang Amat Berhormat Menteri Besar test dulu sebenarnya bukan bas atau pun badan bas atau pun syarikat yang bas sampai tu. Sebenarnya bila sampai asalnya bas lain tiba-tiba yang sampai MAN Truck & Bus (M) Sdn. Bhd. Yang lain sebenarnya sampai dan tidak melalui MAN Truck & Bus di (M) tapi dia direct daripada Jerman. Jadi pada 15.11.2018, pihak kontraktor mendapati berlaku masalah pada sistem suspension akibat daripada engine diagnose dan troubleshooting pada enjin ECU. Pada enjin ECU ni ketika pemeriksaan oleh pihak MAN Truck & Bus (M) Sdn. Bhd.YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang di-pertua, minta penjelasan sikit Yang di-Pertua, saya ingin kepastian mengikut jawapan yang diberikan oleh Ahli Exco tadi, iaitu kita order lain sampai yang lain. Maksud begitu?YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Ya, ya. Memang asalnya hok lain hok gi tengok. Tiba-tiba sampai hok lain. Ni maklumat daripada JKR kepada saya.YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Alur Limbat): Doh sebab apa pihak Kerajaan Negeri terima masa tu. Saya harap benda ni boleh bawa ke SPRM ni.YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Dok terima lagi. Kita sampai sekarang dok terima lagi bas ni.YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey saya ingat jelaslah. Saya ingat jelas. Saya nak jemput Wakil Sura untuk mengemukakan soalan.

316

Page 44: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama -

Nyatakan status pembinaan Hospital Daerah Dungun sehingga kini?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Exco dan Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan dan juga pihak Pembangkang serta Pegawai-pegawai Kerajaan dikasihi sekalian. Terima kasih kepada Sura yang bertanyakan soalan nombor satu yang berbunyi: Nyatakan status pembinaan Hospital Dungun sehingga kini?Hospital baharu Dungun sekarang sedang dalam pembinaan. Status sekarang, kemajuan fizikalnya 76.8% dan ini adalah mengikut jadual pelaksanaan projek. Terima kasih.YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama. Mengapakah berlakunya kelewatan terpaksa ditangguh sehingga 28 Ogos sedangkan tarikh siap yang telah ditetapkan ialah pada 22 Februari 2019 dan adakah dengan kelewatan ini pihak kontraktor dikenakan charge? Terima kasih.YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Bagus ADUN Sura dia tahu lewat dok lewat. Saya dok royatpun. Kelewatan yang berlaku, sedikit kelewatanlah dan pihak kontraktor telah memohon untuk Melanjutkan Tempoh atau EOT (Extension of Time) sebenarnya kerana kelewatan persiapan tapak. Kerja Fasa 1(A) lewat atas kerja-kerja persiapan tapak. Maka dengan itu pihak kontraktor telah memohon untuk mendapat kelulusan Lanjutan Tempoh dan tempohnya sepertimana yang disebutkan tadi kita lulus untuk disambung sehingga 28 Ogos 2019 atas sebab: Pertama, kontraktor yang bina bangunan ini dia lambat masuk kerana tapak belum siap. Yang kedua, kerana kelewatan mendapat kelulusan merancang. Biasalah, lewat satu fasa, dia akan menyebabkan lewat pada fasa yang kedua. Oleh itu, dengan alasan yang munasabah itu, pihak JKR telah membenarkan untuk melanjutkan tempoh dan maka tidak ada apa-apa denda yang dikenakan ataupun LAD. Terima kasih.

317

Page 45: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan yang kedua. Apakah perancangan Jabatan Kesihatan terhadap bangunan lama Hospital Dungun setelah hospital baru siap dan beroperasi? Terima kasih.YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih, untung orang Dungun ni. Jadi dia boleh dua hospital. Ini tambahanlah bukan ganti-ganti ni tambah. Hok baru ditambah dan hok lama dikekalkan dengan 100 katil cuma dikurangkan sikit dari segi skopnya. Apa yang dikekalkan ialah Bahagian Penjagaan Pesakit Kronik, Bahagian Rehabilitasi, Penyakit Berjangkit serta Pusat Bersalin Berisiko Rendah juga akan dikekalkan sebagai Unit Pesakit luar, akan dijadikan Klinik Kesihatan Bandar Dungun untuk fungsinya bagi manfaat kepada penduduk-penduduk di Daerah Dungun dan khususnya di Bandar Dungun itu sendiri. Terima kasih.YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sekarang saya jemput ADUN Hulu Besut.YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan saya soalan 1 -

Berapakah jumlah masjid yang mengadakan Solat Jumaat tetapi tidak mendapat kelulusan Kerajaan Negeri di seluruh Negeri Terengganu?

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, Ketua-ketua Jabatan, Pemerhati, Soalan Lisan ADUN Hulu Besut: Berapakah jumlah masjid yang mengadakan solat Jumaat tetapi tidak mendapat kelulusan Kerajaan Negeri di seluruh Negeri Terengganu?

Jawapannya, jumlah masjid yang mengadakan Solat Jumaat tetapi tidak mendapat kelulusan Kerajaan Negeri di seluruh Negeri Terengganu adalah sebanyak tiga buah masjid.

318

Page 46: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya kemuka soalan ni kerana kawasan saya ada dua masjid yang tidak mendapat kebenaran. Semasa sebelum pilihan raya telah saya minta dengan Pejabat Agama untuk diberi kelulusan. Sesuai dengan keadaan semasa, mengapa harus ada tiga sepatutnya sudah tidak ada lagi kerana Konsep Penyatuan Ummah pada masa ini?YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Soalan tambahan daripada Hulu Besut tu nampak macam ada dua. Ada dua. Jadi tak payah tambah dah kot. Dua dah. Soalan tambahan dia yang pertama, mengenai dua masjid yang beliau sebut di Besut. Setakat dalam makluman kami, tidak ada masjid yang menunaikan Solat Jumaat yang tidak mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri. Hanya melainkanlah yang dimaksudkan masjid oleh pihak Hulu Besut ialah surau. Wallahu Ta’ala a’lam. Jika itu diminta tambahan, saya boleh jawab kemudianlah.Soalan tambahan yang kedua mengenai kenapa masih ada tiga masjid yang belum mendapat kelulusan Kerajaan Negeri bagi menunaikan Solat Jumaat. Insya-Allah ketiga-tiga masjid ini dalam proses oleh pihak Kerajaan untuk meluluskannya. Setelah diteliti bahawa tiga masjid ini sebenarnya telah lama ditubuhkan dan dibina dan Insya-Allah ia akan diselesaikan dalam tempoh yang terdekat. Terima kasih.YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila.YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Sekali lagi saya nak dapat pengesahanlah. Kerajaan menyatakan di Besut sudah tidak ada lagi. Maknanya kawasan saya itu ada dua lagi masjid yang dibuat Jumaat sebelum ni maknanya telah dibenarkan ataupun telah diberi kelulusan oleh kerajaan. Di kawasan saya tu ada satu di Keruak, yang kedua di Kampung Awek yang buat Sembahyang Jumaat. Maknanya kedua-dua tu telah mendapat kebenaran Kerajaan sebagaimana yang telah dijawab oleh Wakil Kerajaan tadi.YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Terima kasih kepada Hulu Besut. Betul sebagaimana yang saya sangka apa yang dianggap oleh Hulu Besut sebagai masjid. Sebenarnya ia adalah berstatus surau. Surau yang mengadakan Solat Jumaat dan kesemua surau-surau itu telah mendapat

319

Page 47: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

persetujuan daripada pihak MAIDAM pada 21 April 2015 dengan syarat-syarat yang telah dinyatakan kepada mereka. Selesai.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey ....

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Saya ada soalan simple aje. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pihak Kerajaan ada menyatakan bahawa ada tiga buah masjid yang mengadakan Solat Jumaat yang tidak mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Boleh nyatakan dok masjid mana sebab kita tak mahu benda ni menjadi persepsi dan juga andaian. Masjid mana tu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Yang di-Pertua, lima soalan tambahan dah ni.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Tak apa.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Tak apa? Takut orang lain kata dok adil pulok banyak ni.

Tiga masjid yang dimaksudkan adalah: Yang pertama, Masjid Lama Kampung Jabi, Besut yang telah dibina semenjak tahun 1950. Yang kedua, Masjid Lama Kampung Sura, Dungun yang telah dibina semenjak tahun 1917. Dan yang ketiga, Masjid Lama Kampung Tebing Tembah, Paka yang telah dibina sekitar tahun 1950. Ketiga-tiga masjid ini dalam proses permohonan dan akan mendapat kelulusan MAIDAM, insya-Allah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA : Ya, terima kasih. Sekarang saya persilakan ADUN Buluh Gading.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor satu –

Apakah status terkini usaha dan perancangan pihak kerajaan dalam menubuhkan Sekolah Menengah Agama Darul Iman (SMIDI)?

320

Page 48: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh, Yang Berhormat Yang di-Pertua, ADUN Buluh Gading bertanya: Apakah status terkini usaha dan perancangan pihak kerajaan dalam menubuhkan Sekolah Menengah Darul Iman (SMIDI)? Manifesto PAS dalam pilihan raya PRU-14, antaranya adalah mewujudkan 32 Sekolah Rendah Islam berdasarkan 32 DUN dan juga lapan Sekolah Menengah Islam berdasarkan lapan Parlimen. Alhamdulillah pihak Kerajaan Negeri sudah berjaya mewujudkan enam Sekolah Rendah Islam di enam DUN dan kita merancang untuk mewujudkan Sekolah Menengah Islam pertama (SMIDI) pada awal tahun depan insya-Allah yang akan kita operasi di tapak KIST Kuala Berang.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama. Tadi disebutkan cadangan SMIDI yang dijangka beroperasi awal tahun 2020 ini ialah di tapak atau di KIST iaitu Kolej Islam Sains Terengganu, Kuala Berang. Jadi saya ingin tahu adakah bagi tujuan penempatan SMIDI ini, KIST perlu dibaik pulih dan sekiranya perlu dibaik pulih berapakah anggaran kos yang terpaksa Kerajaan tanggung bagi memungkinkan SMIDI dapat beroperasi? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat Yang di-Pertua, hasrat kita memang untuk memanfaatkan bangunan yang sedia ada. Isu KIST ini macam Taman Ilmu jugaklah, Kerajaan telah mengeluarkan RM30 juta lebih untuk ambil tapak tersebut dan bangunan yang sedia ada terbiar sekarang. Hasil tinjauan dan lawatan kami, pihak JKR menyebut bahawa kos baiki lebih kurang RM10 juta. Saya tanya juga JKR dah kalau kita buat baru dekat lain guaner? RM10 juta gok dia kata. Jadi kalau kita tidak baiki juga bangunan ni sebab dia merupakan aset Tabung Warisan kita rasa punah saja jer, jadi rosak sedangkan ada bangunan empat tingkat yang baru belum diguna pun lagi. Jadi kita amik keputusan pihak Tabung Warisan akan baiki bangunan tersebut dan insya-Allah kita akan boleh beroperasilah, insya-Allah pada tahun depan.

321

Page 49: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang kedua soalan saya ni ada dua pecahan. Yang pertama berkait dengan status sekolah ataupun SMIDI dan jugak guru di SMIDI itu nanti. Saya ingin tahu adakah kedudukan SMIDI ini akan diletakkan dalam kategori SABK seperti IMTIYAZ, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di mana para gurunya di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan atau diletakkan di bawah kategori milik sepenuhnya Kerajaan Negeri. Pecahan yang kedua daripada soalan pertama yang kedua ni Tuan Yang di-Pertua berkait dengan kokurikulum. Adakah kurikulum yang bakal diguna nanti berasaskan Kurikulum Tamayyuz di mana subjek agama seperti Feqah, Sirah, Akhlak dan seumpamanya diajar dalam Bahasa Arab atau berasaskan kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Agama? Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, Yang Berhormat.YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Terima kasih pada Yang Berhormat, hasrat Kerajaan Negeri menubuhkan SMIDI ini antaranya adalah untuk memenuhi permintaan masyarakat yang terlalu tinggi dan kita hanya ada Sekolah Menengah Agama Negeri ada satu Sekolah Menengah Agama saja setiap daerah lebih kuranglah. Jadi kewujudan Sekolah Menengah Darul Iman ini (SMIDI) ini adalah antaranya untuk memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat.

Yang kedua, hasrat kita adalah untuk kesinambungan kepada SRIDI Sekolah Rendah Islam Darul Iman ini. Jadi SRIDI yang ada ini mereka menggunakan kurikulum Kementerian yang sedia ada ambil UPSR, dia ada ujian ambil UPSRi yang kurikulum berdasarkan agama di bawah bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan juga akan mengambil peperiksaan UPKK di bawah JAKIM, ketiga-tiga peperiksaan tersebut akan diambil oleh SRIDI dan selepas pada itu kesinambungan di peringkat sekolah menengah ini sama saja. Kita tidak akan menyerahkan di bawah SABK dia merupakan milik penuh Kerajaan Negeri dan SMIDI ini merupakan gabung jalin antara kurikulum standard sekolah menengah KSSM yang ada dan juga Kurikulum Agama Negeri yang akan menggabung jalinkan antara Tahfiz dan Qura’ tapi memberi penekanan kepada juga bahasa iaitu Bahasa

322

Page 50: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Inggeris dan juga Bahasa Arab. Insya-Allah kita akan mengambil pengambilan guru awal untuk mendapat latihan dan sebagainya sebagaimana persiapan yang kita adakan untuk mengambil SRIDI pada tahun lalu, insya-Allah. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya jemput Wakil Bukit Besi. YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan saya nombor tiga -

Berapa ramaikah penduduk di Terengganu telah berjaya dikeluarkan dari status kemiskinan sejak tahun 2018 dan apakah usaha yang dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi memastikan lebih ramai di kalangan mereka bebas daripada status kemiskinan?

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, soalan daripada Yang Berhormat Bukit Besi berbunyi: Berapa ramaikah penduduk di Terengganu telah berjaya dikeluarkan dari status kemiskinan sejak tahun 2018 dan apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan lebih ramai kalangan mereka bebas daripada status kemiskinan?

Tuan Yang di-pertua, sehingga ini Sistem e-Kasih kendalian Jabatan Pembangunan Persekutuan yakni Jabatan Perdana Menteri tidak menyimpan rekod status kemiskinan terdahulu isi rumah untuk dibuat perbandingan sistem ini hanya menyimpan maklumat terkini isi rumah. Untuk makluman, tiada kes keluar daripada Sistem e-Kasih kerana setiap isi rumah yang berdaftar akan kekal berada di dalam Sistem e-Kasih. Di antara perkara-perkara atau langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah kemiskinan ialah:-

Yang pertama, Program Perumahan Terengganu Sejahtera di mana setiap DUN dibekalkan, diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri di

323

Page 51: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

antara RM750,000.00 sehingga RM1 juta setahun bagi memastikan dan membaiki rumah-rumah di bawah Terengganu Sejahtera.

Yang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan dalam bentuk wang atau peralatan yang sesuai. Yang kedua, khidmat nasihat bagi memantapkan lagi urusan perniagaan. Yang ketiga, Kursus Asas Lanjutan Keusahawanan agar peniaga memahami selok-belok perniagaan yang diusahakan. Dan yang keempat, modal pusingan agar para peniaga mampu terus bersaing di pasaran.

Yang ketiga ialah Program Bekalan Air Percuma. Sehingga ini rakyat Negeri Terengganu mendapat bekalan air daripada MAIDAM 2,118 orang, e-kasih 1,146 orang, PPRT 5,432 orang dan jumlah keseluruhannya ialah 8,696 orang. Antara pelaksanaannya juga ialah Program Bantuan Persekolahan kepada lebih kurang 125,169 orang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM12,516,900.00 dan juga bantuan daripada JKM. Sekian, terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Terima kasih Yang Berhormat Exco, soalan tambahan saya yang pertama. Kalau kita tengok memang Kerajaan dah telah banyak membantu rakyat untuk membebaskan rakyat Negeri Terengganu kita ni daripada paras kemiskinan. Jadi saya nak tahu apakah punca sebenar adakah sama ada rakyat kita ni kerana sikap dia, cara hidup dia ataupun apakah punca-punca lain yang menyebabkan masih lagi ada rakyat kita yang berada dalam paras kemiskinan. Jadi, saya nak tahu juga apakah sasaran Kerajaan Negeri dalam usaha nak menangani tahap kemiskinan dalam negeri? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Tuan Yang di-Pertua, antara punca yang menyebabkan berlaku kemiskinan ialah yang pertamanya ianya bermula daripada persekolahan. Kebanyakan mereka yang gagal di peringkat persekolahan akhirnya tidak mendapat kerjaya yang baik dan antaranya juga ialah yang terlibat dengan gejala-gejala sosial seperti dadah dan seumpamanya. Dan bagi pihak Kerajaan Negeri

324

Page 52: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga agensi-agensi lain sehingga kini berusaha bagi memastikan golongan-golongan sasar ini terkeluar daripada kemiskinan dengan beberapa perkara yang telah dinyatakan sama ada bantuan daripada MAIDAM ataupun daripada Yayasan Pembangunan Usahawan ataupun daripada Yayasan Pembangunan Keluarga bagi memastikan mereka diberi bantuan untuk meneruskan sama ada dari segi menjalankan perniagaan-perniagaan secara kecil-kecilan dan saya rasa ianya mengambil sedikit masa bagi memastikan mereka ini terkeluar daripada kemiskinan.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Seterusnya saya jemput Wakil Manir. Ada soalan lagi, soalan tambahan? Okey.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Ada se lagilah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, saya beri. Sila, sila. Yang Berhormat slow jer bangun ni, tu yang saya nak beri ke orang lain tu. Kalau ada tak apa, sila, sila.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Sebab kita perpaduan ummah kan? Jadi kena berhemah sikit. ..... (Dewan gelak)..... Okey, soalan tambahan kedua saya. Biasanya kita kaitkan dengan nelayan ataupun petani dari segi tahap kemiskinan. Dan saya difahamkan bantuan kepada mereka telah dipotong oleh Kerajaan Pusat. Jika betul, tapi rasanya betul doh hok sebab di viral di mana-mana. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu golongan petani dan nelayan bagi Kerajaan Negeri Terengganu? Terima kasih.YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Tuan Yang di-Pertua, memang Kerajaan Pusat, Kerajaan Pakatan Harapan hanya pandai berjanji tetapi adalah menipu dan kita bersama-sama akan runtuhkan Kerajaan Pakatan Harapan, boleh ke dok boleh? .... (Tepukan Sokongan) .... Bagi pihak Kerajaan Negeri kita sudah berbincang dan Exco Perikanan sendiri sedang membawa satu usul supaya suatu kebajikan atau satu peruntukan diperuntukan dan insya-Allah Kerajaan Negeri sedang menimbang

325

Page 53: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

untuk memberi sedikit bantuan kepada para nelayan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, terima kasih. Seterusnya, saya menjemput Wakil Manir.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Di-Pertua, soalan saya yang pertama -

Berapakah jumlah kutipan zakat bagi Negeri Terengganu untuk tahun 2017 dan 2018?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Yang Di-Pertua, ADUN Manir bertanya: Berapakah jumlah kutipan zakat bagi Negeri Terengganu untuk tahun 2017 dan 2018?

Untuk makluman Sidang Dewan semua, jumlah kutipan zakat 2017 berjumlah RM130,949,523.03, ada lagi 3 sen ni ya. Dan jumlah kutipan zakat 2018, RM160,371,554.62. Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama . Rakyat Negeri Terengganu ramai yang berada di luar Negeri Terengganu dan mempunyai perusahaan-perusahaan dan juga pekerjaan-pekerjaan masing-masing. Apakah pihak Kerajaan mempunyai satu mekanisme yang boleh menggalakkan mereka berzakat di Negeri Terengganu?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat Yang di-Pertua, kalau kita tengok daripada jenis zakat yang dikutip dan memang ada peningkatan antaranya adalah Zakat Pendapatan. Walaupun kita sedia maklumlah Mazhab Shafie ni tidak ada Zakat Pendapatan. Tapi, secara keseluruhan kita memakai pendapat yang kita boleh keluarkan Zakat Pendapatan ini yang tahunya untuk kita kontra dengan Cukai Pendapatan. Tahun 2017, RM72 juta, tahun 2018, RM78 juta. Jadi biasanya, walaupun anak Terengganu contohnya seperti zakat di bulan Ramadan dan sebagainya mereka biasa membayar zakat itu di tempat mereka bekerja ataupun mereka mendapat sumber

326

Page 54: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

pendapatan tersebut kecualilah antaranya Zakat Simpanan dia ataupun Zakat Pendapatan dia. Memanglah digalakkan untuk seseorang itu membayar zakat di tempat dia mendapat sumber pendapatan ataupun tempat dia bekerja. Tapi, kat Malaysia kita ni boleh untuk dia bayar di negeri dia ataupun di kampung dia kepada Amil yang bertauliah dan sebagainya. Dan perkara ni insya-Allah kita galakkan paling kurang ia dapat membantu kawasan tempat dia sendiri. Perkara ini harap dapat kesedaranlah daripada masa ke semasa. Insya-Allah untuk membayar zakat ke Negeri Terengganu. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Soalan tambahan saya yang kedua Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Berdasarkan Teks Ucapan Baginda Sultan pada muka surat 10, peningkatan zakat sebanyak pada tahun 2018 sebanyak RM22.42 juta berbanding dengan tahun 2017 adalah suatu angka yang besar. Jadi, apakah Kerajaan mengenalpasti apakah key factor peningkatan tersebut? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Terima kasih Yang Berhormat. Antaranya kesedaran umat Islam hari ini. Kita rasakan masyarakat lebih bermaklumat dan mereka mempunyai kefahaman Islam yang lebih baik dan juga adanya sumber ekonomi dan pendapatan yang lebih selesa dan mereka orang panggil, berusaha untuk mengeluarkan zakat.

Yang kedua, pihak MAIDAM sendiri, pihak yang berwajib dan sebagai semua mengambil peranan, orang panggil turun padang untuk mempromosikan pembayar zakat dengan bank bergerak dan sebagainya, promosi brochure di masjid-masjid, secara online dan sebagainya dan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk mereka ini membayar zakat dan faktor-faktor ini insya-Allah akan memudahkan kepada pembayar zakat-pembayar zakat dan secara langsung peningkatan kepada sumber zakat itu sendiri dan juga kepada syarikat-syarikatlah kesedaran-kesedaran khususnya syarikat-syarikat yang mereka mempunyai pendapatan yang besar untuk membayar zakat dan insya-Allah dia membersihkan sumber mereka dan juga insya-Allah akan menambahkan lagi keuntungan kepada perniagaan-perniagaan mereka. Terima kasih.

327

Page 55: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Seterusnya, saya jemput Wakil Jertih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Soalan saya, soalan yang pertama -

Berapakah bilangan penerima Program Bantuan Dana Raya Kerajaan Negeri Terengganu untuk tahun 2018?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Yang di-Pertua, ADUN Jertih bertanyakan berapakah bilangan penerima Program Bantuan Dana Raya Kerajaan Negeri Terengganu untuk tahun 2018?

Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Sidang Dewan semua, jumlah keseluruhan penerima Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018 ialah 279,822 orang. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama. Apakah kategori-kategori yang mendapat bantuan di bawah Program Dana Raya ini yang ada perbezaan dengan Kerajaan dahulu, maknanya kategori itu adakah kita kekalkan kategori yang sama ataupun ada penambahbaikan pada kategori yang baru? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Memandangkan pilihan raya berlaku bulan Mei, selepas pada itu, Ramadan dan juga hari raya, kita pun ‘dok dang nak kilas kain mana ni’, jadi terus datang Program Bantuan Hari Raya ini. Jadi, pihak Kerajaan Negeri setakat ini meneruskan mereka yang mendapat Bantuan Hari Raya, antaranya mereka yang berpendapatan rendah dan miskin, warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga ibu dan bapa tunggal. Tapi, dalam masa yang sama ada perubahan yang dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri iaitu membuka kembali permohonan mereka-mereka yang terkilanlah. Jadi, ada peningkatan daripada angka yang terdahulu

328

Page 56: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kerana adanya permohonan-permohonan baru yang dibuka balik oleh pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Pinjam mikrofon sebelah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Okeylah soalan tambahan seterusnya. Adakah Dana Raya Tahun Baru Cina juga diberi sebagaimana biasa untuk tahun 2019 baru ini? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita beri peruntukan seperti biasa untuk Program-Program Sambutan Hari Raya Cina dan cuma untuk maklumanlah Kerajaan Pusat sudah potong peruntukan royalti kita ini. Jadi, kita kena bincang balik pula untuk bantuan dana raya yang akan datang. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Wakil Rantau Abang untuk kemukakan soalan.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan. Soalan saya ialah soalan nombor satu –

Apakah usaha untuk membangunkan semula aktiviti pertanian di tapak Rimbunan Kaseh, Rantau Abang setelah pihak Kerajaan Pusat menyerahkan kepada Kerajaan Negeri?

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih pada kekanda Yang Berhormat ADUN Rantau Abang yang mengajukan soalan berkaitan dengan usaha untuk membangunkan semula aktiviti pertanian di tapak Rimbunan Kasih, Rantau Abang setelah pihak Kerajaan Pusat menyerahkan kepada Kerajaan Negeri?

329

Page 57: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit ruang untuk makluman Dewan sedikit latar belakang Projek Rimbunan Kasih yang terletak di Rantau Abang di Dungun. Projek ini, projek di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri dan tugas pelaksanaan dan pengurusan dipertanggungjawabkan kepada syarikat IRIS Corporation dibina di atas tanah Kerajaan Negeri seluas 57 ekar. Dan komponen utamanya ialah 100 buah rumah, 26 Green House SPH (Struktur Pelindung Hujan) dan ada 400 tangki untuk penternakan ikan. Mula beroperasi pada bulan Julai tahun 2015 dengan aktiviti ekonomi utamanya ialah penanaman golden melon, penternakan ikan dalam tangki dan juga penanaman limau kasturi. Setakat beroperasi, seramai 85 orang peserta telah dimasukkan atau lebih tepatnya sebenarnya 85 keluarga.

Aktiviti ekonomi berasaskan pertanian di Program Rimbunan Kasih telah berhenti sepenuhnya pada bulan April 2017 dan pihak IRIS sepatutnya menguruskan Program Rimbunan Kasih sehingga 14 Julai 2020 tetapi atas beberapa faktor terutamanya faktor kewangan pihak IRIS telah memohon dengan Kerajaan Negeri untuk proses penamatan awal. Program Rimbunan Kasih pada 31.12.2018 dan setelah melalui beberapa fasa perundingan dan perbincangan, akhirnya Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya Program Rimbunan Kasih ini ditamatkan pada tarikh yang diminta oleh IRIS dengan beberapa syarat. Di antara syaratnya ialah Kerajaan Negeri dan juga IRIS akan membuat pemeriksaan bersama. Segala aset yang ada di Rimbunan Kasih dan aset-aset ini mesti diserahkan kepada Kerajaan Negeri dalam keadaan sempurna. Kerosakan-kerosakan yang berlaku pada aset akan diperbaiki menggunakan wang jaminan projek daripada IRIS yang ada pada ICU tanpa melibatkan sebarang dana daripada Kerajaan Negeri dan insya-Allah proses pembaikiannya akan siap menjelang bulan Jun akan datang. Insya-Allah.

Habis fasa penyerahan dan sekarang ni, tanpa pihak Kerajaaan Negeri nak menyalahkan mana-mana pihak atas kegagalan projek ini, kita memandang ke hadapan memandang kehadapan untuk mengambil alih pengurusan Program Rimbunan Kasih dan satu Jawatankuasa Khas Rimbunan Kasih telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri pada 5 Disember 2018. Fokus penyelesaian kita dua, yang pertama, isu 85 keluarga peserta yang menetap di

330

Page 58: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

rumah dalam kawasan Rimbunan Kasih. Kerajaan telah membuat keputusan kesemua 85 peserta yang sekarang ni menetap di rumah dalam Program Rimbunan Kasih ni akan terus diberikan kebenaran tinggal dan mereka tidak akan dikeluarkan kecuali mereka memilih untuk keluar. Dalam masa yang sama proses untuk memberikan hak milik kepada peserta ni dalam bentuk sewa beli sedang diuruskan oleh Kerajaan Negeri.

Berkaitan dengan isu kebajikan peserta Rimbunan Kasih setelah mereka tidak lagi diberikan gaji RM1,000 sebulan yang sebelum ni dibayar oleh IRIS Corporation, kita telah buat penyelarasan di antara Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dan Kebajikan Masyarakat supaya isu ini dibawa ke Mesyuarat Focus Group Daerah Dungun dan khususnya bila membabitkan peserta yang tua dan yang muda.

Segmen yang ke dua yang kita bincang dari segi perancangan ialah bagaimana kita nak memajukan kembali 26 buah Green House dan 400 tangki ternakan ikan supaya dia boleh dimanfaatkan untuk aktiviti pertanian dan penternakan perikanan yang akhirnya akan memberikan pulangan ekonomi. Pada 2 Januari 2019 Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah menghantar surat tawaran kepada pihak LPP menawarkan kepada mereka untuk mengoperasikan infrastruktur pertanian yang ada dalam program Rimbunan Kasih ni dan awalnya telah disambut baik dan pihak LPP dalam rangka untuk menyiapkan kertas cadangan bagaimana pelan mereka untuk memajukan projek ini seterusnya. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Soalan tambahan saya yang pertama. Peserta lama 85 keluarga dan masih menetap dan alhamdulillah ditawarkan untuk menetap di Rimbunan Kasih di rumah yang lama dengan perancangan untuk beri sewa beli. Soalan sayanya ialah apakah nasib 85 peserta untuk mendapat peluang pekerjaan dalam bidang pertanian yang bakal disediakan di Rimbunan Kasih? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih Yang Berhormat Rantau Abang atas keperihatinan Yang

331

Page 59: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Berhormat kepada rakyat Rantau Abang. 85 peserta yang masih ada di Program Rimbunan Kasih ni, kita telah maklumkan kepada mereka bahawa kita tak jamin kesemua mereka akan diambil bekerja dengan syarikat baru yang akan mengoperasikan Rimbunan Kasih yang pertama kerana bilangan mereka sebenarnya terlalu ramai 85 orang, dengan 26 Green House dan juga 400 tangki untuk ternakan ikan sebenarnya melebihi daripada kapisiti. Mereka yang arif dalam bidang pertanian memaklumkan untuk kawasan seluas tu kita hanya memerlukan sekitar 10 orang pekerja sahaja tidak memerlukan sehingga 85 orang dan mereka diberikan kebebasan untuk tinggal kemudian boleh keluar mencari rezeki di mana-mana tempat yang munasabah. Sebelum daripada ni ketika berada di bawah pengurusan IRIS, peserta-peserta ni tak dibenarkan keluar bekerja di luar. Mereka mesti bekerja dengan program Rimbunan Kasih. Dalam masa yang sama kita juga menggalakkan operasi baru yang nak dilaksanakan supaya mereka lebih mengutamakan peserta yang mendiami kawasan Rimbunan Kasih untuk diambil sebagai bekerja. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Soalan tambahan saya yang kedua. Berkaitan dengan rumah Rimbunan Kasih berjumlah 100 buah tapi yang telah didiami 85 buah selama beberapa tahun dan apakah perancangan kerajaan untuk 15 rumah yang tinggal ini yang belum didiami dan bagaimana peserta-peserta yang akan dipilih untuk memenuhi rumah-rumah ini sebab dewasa ini memang perumahan merupakan kehendak rakyat kerana terlalu ramai rakyat yang perlukan rumah. Jadi dengan 15 yang kosong tak tahu dari segi status rumah itu masih elok atau pun rosak tetapi 15 buah ni mesti diberi kepada pemohon-pemohon jadi apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memenuhi 15 buah rumah yang pun telah siap?

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Kita ada 15 lagi rumah yang kosong dan 15 rumah yang kosong ini sebenarnya rosak. Memang peliklah, rumah yang tidak diduduki rosak tapi itulah kenyataannya dan pihak JKR sedang melakukan proses pembaikian dengan dana sebagaimana yang saya sebutkan tadi daripada wang jaminan projek IRIS Corporation yang ada pada ICU dan bila siap insya-Allah untuk proses kemasukan peserta baru

332

Page 60: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Yang Berhormat ADUN Rantau Abang bersama dengan Pejabat Daerah Dungun akan dilibatkan untuk kita menyelaraskan senarai peserta atau penghuni baki 15 buah rumah. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA : Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk nak tangguhkan sidang ini .....

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon Persidangan ini ditangguhkan Di Bawah Perkara 30.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya minta Yang Berhormat bacakan tajuknya saja dahulu kemudian serahkan kepada Bentara untuk dibawa kepada saya.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

“Adalah saya Zuraida Md. Noor, mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Wanita mohon mencadangkan bahawa Persidangan ini hendaklah ditangguhkan mengikut Fasal 30 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan Dewan yang mulia ini menyokong Usul Mengutuk Dan Mengecam Keganasan Zionis Di Gaza Dan Penjajahan di Bukit Golan”.

Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Minta Bentara bawa.

[Bentara Dewan memungut Kertas Usul daripada Y.B. Wakil Wanitadan menyerahkannya kepada Y.B. Yang di-Pertua Dewan.]

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya akan meneliti dahulu usul ini di bawah Perkara 30 sama ada perlu atau pun tidak. Saya akan beri jawapan selepas rehat nanti dan seterusnya saya tangguhkan Sidang ini pada pukul 11.25 pagi dan sebelum kita minum saya minta Yang

333

Page 61: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Berhormat bergambar terlebih dahulu sebagaimana yang saya sebutkan lebih awal.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.55 PAGI.

PUKUL 11.35 PAGI

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian mesyuarat disambung semula. Sebelum berehat tadi saya ada menerima satu Usul Di Bawah Perkara 30 Peraturan Tetap Dewan kita dan saya telah meneliti usul ini. Saya memutuskan usul ini adalah perkara tertentu mustahak bagi orang ramai dan juga perlu disegerakan. Maksudnya usul ini ada asasnya maka dengan itu sebelum saya benarkan usul ini dibawa seterusnya saya memerlukan tidak kurang daripada 9 orang untuk menyokong usul ini. Jadi saya minta ada sokongan tak daripada Ahli Yang Berhormat sekalian untuk menyokong usul ini? Saya nak 9 orang, sila bangun siapa yang menyokong usul ini.

….[Sembilan orang Ahli-ahli Yang Berhormat Wakil Kerajaan telah bangun menyokong]…

Okey terima kasih. Usul ini saya terima. Jadi saya dengan ini mempersilakan pembawa usul iaitu Yang Berhormat ADUN Wanita kita untuk membentangkan usul tersebut. Dipersilakan.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru memohon keprihatinan seluruh Ahli Dewan untuk kita bersama-sama mengecam dua tragedi besar yang menimpa saudara seakidah kita di Timur Tengah saat ini.

Pertamanya, saya menyeru agar kita mengecam sekeras-kerasnya serangan negara haram Israel ke atas saudara kita di Gaza.

334

Page 62: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Keduanya ialah kita turut mengecam tindakan melampaui batas Presiden Amerika Syarikat Donald Trumph yang melanggar Undang-undang Antarabangsa dengan menandatangani Pengisytiharan Bukit Golan yang dijajah dari tangan Syria sebagai milik negara haram Zionis.

Sesungguhnya kedua-dua peristiwa ini benar-benar mencalar maruah kita maruah ummah. Langkah Presiden Trumph ini juga sama seperti sebelum ini dengan mengiktiraf Baitulmuqaddis tempat suci ketiga orang Islam umat Islam sebagai ibu negara haram Israel pada Disember 2017. Sepertimana status Baitulmuqaddis yang mana hakikatnya dijajah oleh Israel begitulah juga dengan Bukit Golan ibarat melakukan jenayah di siang hari. Tindakan keji Amerika ini jelas melanggar dua resolusi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di PBB serentak iaitu Resolusi Majlis Keselamatan 497 dan Resolusi 242.

Resolusi Majlis Keselamatan 497 jelas menyatakan bahawa keputusan Israel untuk melaksanakan undang-undang bidang kuasa dan pentadbiran di bawah Wilayah Bukit Golan milik Syria yang diduduki adalah batal dan tidak sah serta tidak mempunyai kesan perundangan antarabangsa. Resolusi Majlis Keselamatan 242 pula memberi garis panduan jelas bahawa wilayah yang dirampas melalui peperangan adalah tidak sah untuk dimasukkan sebagai wilayah milik negara yang menjajah berkenaan. Alasan kononnya Bukit Golan bakal menjadi sasaran untuk melancarkan serangan ganas ke atas Israel amat hipokrit. Mengapa mereka tergamak berdiam diri saat Zionis Israel melakukan jenayah kemanusiaan dengan mengebom orang awam Palestin yang tidak bersalah yang dikepung di Gaza.

Sekali lagi saya menyeru agar kita seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu menunjukkan solidariti bersama-sama saudara kita di Gaza dan Bukit Golan dengan mengecam keras pencabulan hak asasi manusia dan pelanggaran Undang-undang Antarabangsa.

Isu ini merupakan perkara-perkara tertentu kerana telah melibatkan pencabulan penglibatan kepentingan orang ramai kerana ia melibatkan pencabulan hak asasi manusia dan mesti

335

Page 63: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

segera kecaman ekoran yang baru saja berlaku. Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai maka perlu disegerakan. Sekian terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih pada ADUN Wanita Yang Berhormat Hajah Zuraida yang telah mengemukakan Usul Di Bawah Perkara 30. Oleh kerana isu ini saya telah sebutkan tadi merupakan isu tertentu, mustahak pada orang ramai dan perlu disegerakan dan atas kepentingan kita umat Islam saya berpendapat macam panjang dah supaya apa nama ni kita tak melanjutkan perbahasan, jadi saya nak terus kepada undian -

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dandipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat diteruskan kepada Tertib Pekerjaan Dewan seterusnya. Sila Setiausaha.

USUL YANG TELAH DIBERI NOTIS

SETIAUSAHA DEWAN: Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Usul Yang Telah Diberi Notis. Dipersilakan Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat, Wakil Paka untuk mengemukakan usul.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:-

“Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat KETETAPAN bersetuju merakam dan merafak sembah ucapan penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan kerana menyampaikan Titah Diraja mengenai dasar-dasar Kerajaan bersempena Pembukaan

336

Page 64: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Keempat Belas dan bersetuju merafak sembah ikrar taat setia Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan bersedia memberi kerjasama yang erat kepada pentadbiran negeri supaya dasar-dasar Kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna demi kepentingan negeri dan rakyat seluruhnya.”

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya mohon menyokong usul tersebut.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Usul ini telah mendapat sokongan, sekarang saya buka untuk perbahasan. Saya bercadang untuk Penyokong Usul saya nak beri masa 20 minit sementara Ahli-ahli Berhormat yang lain selama 15 minit. Saya persilakan Penyokong Usul untuk memulakan perbahasan.YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil ‘alamin. Wassolatu wassolamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Amma ba’d.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan, puan-puan hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah marilah sama- sama kita merakamkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala yang terus mengurniakan peluang kepada kita semua untuk berada dalam Persidangan pada kali ini. Dalam usaha untuk memberikan fokus kepentingan terhadap rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. Tepoh merakamkan ucapan penghargaan serta Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan yang telah bertitah menyentuh dasar-dasar kerajaan sempena Pembukaan Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas.

Sebelum saya lanjutkan perbahasan, izinkan saya mengajak semua Ahli Yang Berhormat dan juga sidang pendengar yang lain untuk menghayati kisah yang cukup bererti buat kita semua melalui Al-Quran Nur Karim. Kata Allah Subhanahu Wata’ala:-

337

Page 65: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

“Dan sebutkanlah peristiwa Dzun Nun iaitu kisah Nabi Yunus ‘Alaihissalam ketika ia pergi meninggalkan kaumnya dalam keadaan yang marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan. Setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku, maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap gelita dengan berkata. Sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolong melainkan Engkau Ya Allah, Maha Suci Engkau daripada melakukan kezaliman. Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah al-Anbiya ayat-87).

Saya sengaja memilih ayat daripada Surah Al-Anbiya untuk mengenang balik kisah Nabi Yunus ‘Alaihissalam kerana para alim ulama telah menyebut ada tiga isi kandungan doa yang dikemukakan oleh Nabi Yunus ‘Alaihissalam untuk diberikan perhatian oleh kita. Peristiwa yang berlaku ini ketika Nabi Yunus ‘Alaihissalam gagal mendapatkan sokongan daripada kaumnya untuk menyambut dakwah yang dikemukakan, keluar daripada kawasan kaumnya pada waktu tersebut, menaiki sebuah kapal, berdepan dengan ribut, kemudian dibuang muatan dalam kapal tersebut dan beliau juga antara yang telah dihumbankan ke dalam laut setelah berlaku pengundian. Maka pada waktu tersebut datang seekor ikan yang besar lalu terus menelannya menyebabkan Nabi Yunus ‘Alaihissalam berada dalam perut ikan tersebut. Maka dalam keadaan kegelapan itulah Nabi Yunus berdoa kepada Allah. Antaranya disebut di dalam ayat ini:

Bahawa tidak ada Tuhan melainkan Engkau,

Maha Suci Engkau,

Sesungguhnya aku terdiri daripada kalangan orang yang zalim.

338

Page 66: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Doa yang ringkas ini disimpulkan oleh para alim ulama ada tiga erti. Yang pertama adalah kalimah al-Tauhid dengan menyebut:

Bahawa tidak ada Tuhan melainkan Engkau, disusuli dengan kalimah seterusnya iaitu kalimah al-Tanzif yang disebut sebagai kalimah penyucian.

Maha Suci Engkau

Dan kalimah yang ketiga adalah kalimatul al-Iktiraf iaitu kalimah pengakuan kesalahan diri sesungguhnya aku terdiri daripada kalangan orang-orang yang zalim. Itulah yang dilalui oleh Nabi Yunus ‘Alaihissalam dengan kalimah Tauhid dia memiliki kekuatan, dengan kalimah Tanzif dia menyerahkan diri kepada Allah dengan naik kapalnya, dengan berlaku ributnya, dengan dihumbankan ke dalam lautnya, dalam masa yang sama ditelan pula oleh seekor ikan yang besar. Kemudian seterusnya Allah mengizinkan untuk ia keluar kembali semuanya adalah kalimah penyucian yang dipulangkan balik kepada Allah sebagaimana kunci yang paling besar dalam kehidupan kita adalah kalimatul iktiraf, mengaku kesalahan diri untuk kita membaiki demi masa depan. Inilah yang telah dilakukan oleh Nabi Yunus ‘Alaihissalam. Saya menyebut isi kandungan ini supaya masing-masing daripada kalangan kita memiliki tiga kunci penting ini dengan kalimah tauhidnya, dengan kalimah tanzifnya dalam masa yang sama kita mengaku kesalahan diri untuk membentuk masa depan yang lebih gemilang di hari yang mendatang.

Tuan Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan telah menyentuh secara menyeluruh tentang dasar serta agenda pembangunan untuk rakyat melalui Titah Ucapan Pembukaan kelmarin. Pelbagai isu telah disentuh termasuk dalam kepentingan memartabatkan Agama Islam, Perlembagaan, Undang-Undang Tubuh Negeri agar dipelihara dengan sebaiknya menjadi antara intipati utama dalam Titah Ucapan Tuanku. Tepoh berhasrat untuk mengajak semua Ahli Dewan agar dapat melihat kerangka demokrasi Negara kita dan kesan yang terpaksa dihadapi pada hari ini. Kalau kita membuat penilaian sebahagian

339

Page 67: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

besar pengkaji politik Malaysia akan bersetuju bahawa sistem yang mendasari politik Malaysia bersifat permuafakatan. Ini berlaku dalam kerajaan yang lama dan kita boleh melihat siapa yang mendominasi kerajaan yang lepas di peringkat Persekutuan. Pada hari ini Kerajaan Persekutuan telah beralih. Kita juga dapat melihat di atas sifat permuafakatan mereka. Mereka berjaya menubuhkan Kerajaan. Kita juga mampu melihat siapakah yang lebih mendominasi pada hari ini.

Inilah kesan yang telah dirasai oleh seluruh Rakyat Malaysia pasca PRU Ke-14. Kita perlu melihat situasi ini sebagai cabaran dan melihat keperluan untuk menongkah cabaran ini secara lebih cekap. Beberapa aspek perlu dipegang oleh semua pemimpin politik dan pegawai-pegawai bagi meyakinkan rakyat bahawa keutuhan dan jati diri pemimpin mereka sentiasa evergreen dengan izin, dan bersedia untuk melakukan kembali pembelaan. Justeru atas semangat integriti dan amanah ada beberapa kesilapan lepas perlu disebut kembali dalam ruangan Dewan ini bukan untuk menunding jari siapa yang salah, kerana kita perlu terus memandang ke depan bagi melihat rakyat, bangsa, Negeri dan Negara kita tidak berada dalam keadaan yang terumbang-ambing. Saya bersetuju pihak Kerajaan hanya perlu fokus gerak kerja kepentingan rakyat. Menyelesaikan apa yang belum selesai. Kesilapan yang dipelajari yang silam usahlah diulangi kembali. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan untuk melakukan sedikit muhasabah dalam beberapa kes yang berlaku untuk dijadikan panduan di hari yang mendatang.

Yang pertama, saya melihat dalam insiden pembelian Bas Amphicoach yang telah dijelaskan di dalam sesi soal jawab di sebelah pagi tadi. Kita dapat mengikuti maklum balas pihak Kerajaan berkenaan dengan status Bas Amphicoach, jelas menunjukkan kita tidak lepasi standard undang-undang yang diperuntukkan sama ada di bawah Jabatan Laut ataupun di bawah JPJ sendiri. Ertinya atas darat tak lepas, atas air pun kita tak lepas. Projek yang menelan belanja jutaan ringgit ini tidak memiliki due diligence dengan izin, yang komprehensif jika ia perlu hadir untuk bisnes, maka bisnesnya bagaimana? Lebih malang ia tidak lepasi pula aspek keselamatan dan seumpamanya. Ya, saya bangkitkan isu ini bukan untuk mencari salah sesiapa, untuk itu kerja-kerja ini

340

Page 68: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

akan dilakukan oleh pihak yang lain. Yang saya ingin tegaskan adalah value for money dengan izin, dapat diterjemahkan oleh semua kepimpinan Negeri dalam mengurus tadbir. Bagaimana nak cipta projek yang memiliki daya tahan tersendiri, membawa pulangan yang berbaloi kepada rakyat bukan projek tangkap muat semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, untuk projek-projek sakit yang berbaki, saya mencadangkan Kerajaan Negeri menubuhkan satu pasukan task force yang memiliki pelbagai kepakaran untuk meneliti keseluruhan projek-projek super mega ini, sama ada memiliki keboleh upayaan untuk disiapkan, diguna dan dimanfaatkan. Pembangunan Pulau Bebas Cukai, Taman Ilmu Tembila, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan lain-lain. Seboleh mungkin semua pimpinan Kerajaan Negeri mengelak untuk memberikan komitmen terhadap pembangunan ini sehingga task force ini memberikan pandangan profesional mereka atas untung rugi pengurusan projek, pemanfaatan atas projek dan sebagainya.

Saya berikan contoh Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, alhamdulillah April ini akan bermula kerja-kerja menukar padang bola sepak di bawah seliaan Malaysia Footballing. Saya rakamkan ucapan terima kasih atas sokongan padu daripada pihak Kerajaan Negeri sehingga akhirnya usaha menukar padang ini menjadi kenyataan. Pun begitu, saya risau dengan kos berjangkit selepas ini, keperluan bumbungnya, bilik VIPnya, trek balapannya, ini belum lagi masuk tentang kos baik pulih keseluruhan komponen-komponen dalam stadium ini. Malahan tidak keterlaluan jika boleh dikatakan kos baik pulih sahaja boleh mencecah kos pembinaan sebuah stadium baharu yang berkapasiti lebih rendah. Di dalam insiden-insiden ini, kita juga perlu menyemak balik kebolehupayaan kontraktor di dalam melakukan kerja-kerja. Saya memberi contoh di dalam finding yang dibuat oleh PAC sebagai suatu contoh malahan ia juga pernah disebutkan oleh kami ketika mana berada dalam kerusi Pembangkang satu ketika dahulu. Umpamanya lantikan kontraktor yang hanya ditubuhkan semata-mata untuk melaksanakan kerja tersebut tanpa kita mengetahui apakah prestasi yang pernah dipamerkan oleh kontraktor tersebut. Demikian juga projek yang telah diterminatekan oleh pihak

341

Page 69: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Kerajaan Negeri. Di dalam bumbung Stadium Sultan Mizan pun berlaku dalam isu yang sama apabila kontraktor yang dilantik tidak terbukti memiliki keupayaan untuk memperbaiki bumbung atau memasang kembali bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan ini terbukti akhirnya kontraktor ini telah diisytiharkan bankrap dan dalam masa yang sama kita sudah bersiap sedia untuk mengambil risiko yang sangat dahsyat memberikan projek kepada kontraktor yang tidak terbukti pengalaman, dalam masa yang sama kita sedang mengambil risiko, keruntuhan bumbung kali yang kedua kerana ini adalah lokasi yang sangat memudharatkan untuk rakyat kita.

Tuan Yang di-Pertua, kini datang pula bebanan projek-projek deferred payment yang memulakan proses pembayaran pada tahun ini secara tidak langsung ia akan menyebabkan kerancakan agenda pembangunan yang akan terikat dengan kos ratusan juta. Kos ratusan juta ini akan tertumpu untuk memulakan pembayaran bermula pada tahun ini. Saya mencadangkan agar dilakukan semakan semula dan menggunakan pelbagai kaedah yang boleh membantu memenangkan kembali kepentingan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi saya menyentuh tentang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kini saya beralih kepada Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang merupakan stadium lagenda Negeri Terengganu. Percayalah, stadium ini amat suram. Kalau kita melawat stadium-stadium dalam seluruh pelusuk negara ini kita akan merasai kekerdilan ekoran suram dan lusuhnya stadium negeri sendiri. Sebagai antara mercu tanda utama negeri, apakah pihak-pihak Kerajaan tidak berhasrat untuk mengambil inisiatif rebranding, rejuvenate dengan izin, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah ini. Paling tidak, stadium yang berada di hadapan bangunan pentabiran Kerajaan Negeri, berada dalam keadaan yang cukup indah untuk ditatap, dilihat oleh tetamu-tetamu yang berkunjung di bangunan pusat pertadbiran negeri ataupun yang berkunjung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah ini. Saya menjemput semua tetamu yang berada dalam Dewan ini ketika kita menuruni escalator rehat nanti, pandanglah seketika Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan masing-masing akan merasai kebenaran apa yang telah disebut oleh saya dalam ucapan ini.

342

Page 70: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Saya tidak bercadang untuk memperincikan keseluruhan, tetapi sangat bersedia untuk membantu mencurahkan idea untuk melihat stadium lebih gah berada di depan pusat pentadbiran negeri. Saya menyentuh perkara ini bukan hanya berfaktorkan atas kegunaan bola sepak semata-mata. Tetapi turut melihat dalam kepentingan kegunaan atas pelbagai kapasiti termasuk perhimpunan sempena perarakan kemerdekaan, dan pelbagai acara lain yang dianjurkan di lokasi tersebut. Tidak lengkap seandainya saya hanya berbicara soal stadium tanpa menyentuh soal pembangunan bola sepak Negeri Terengganu. Lantikan ahli politik di dalam Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu merupakan pindaan statut yang dibuat sendiri oleh pihak persatuan melalui kongres luarbiasa, ia bukan permintaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, juga ia bukan permintaan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Memang benar, kita berhasrat agar persatuan ini diuruskan sendiri oleh pakar dalam bola sepak suatu hari nanti. Bagi saya sebagai ahli politik, kita boleh tumpukan kerja-kerja dalam pentadbiran kerajaan. Apakan daya buat masa ini kami menggalas dahulu tanggungjawab penting ini ekoran bola sepak dilihat sebagai ibu sukan.

Di Terengganu sukan bola sepak ini mendapat tempat di hati seluruh lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak, anak muda, wanita, lelaki termasuk golongan veteran. Buktinya cukup jelas apabila setiap kali perlawanan, stadium dilimpahi penonton. Jika layak ke final krisis tiket akan berlaku dalam konteks negeri tidak ada hiburan anak muda diperolehi secara mingguan melainkan menonton bola sepak. Sewajarnya bentuk hiburan sihat ini perlu dipelihara dan disokong kuat oleh pihak kerajaan. Saya sentuh perkara ini agar mendapat perhatian pihak Kerajaan Negeri untuk terus memberikan sokongan khususnya dalam penyaluran kewangan secukupnya dalam isu emolumen dan tanggungjawab berkaitan. Saya ingin fahamkan Dewan pada hari ini pelaburan dalam bola sepak adalah untuk memastikan keseimbangan keperluan yang lain. Saya suarakan isu yang sama walaupun persatuan ini ditadbir oleh individu lain kerana bukan di atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden FA. Alhamdulillah, buat masa ini kita tidak berdepan tunggakan gaji. Ucapan terima kasih buat

343

Page 71: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Kerajaan Negeri yang telah membantu secara berterusan tetapi kita berdepan dengan isu hutang lampau yang agak banyak. Justeru seandainya dapat diformulakan kembali kaedah dan inisiatif ia suatu perkara yang cukup melegakan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya beralih kepada isu Terengganu Sports Rehabilitation Center. Walaupun ada perkataan sports pada pangkal namanya tetapi ia bukan berada di bawah Portfolio Sukan. Jadi saya berharap ia tidak dijawab nanti oleh Exco saya. Saya tidak jelas kenapa soalan saya ditolak untuk Khamis depan. Ada beberapa isu yang perlu diperhalusi dalam pembangunan projek ini. Yang pertama berapakah jumlah pelaburan yang dibuat oleh Terengganu Inc. untuk pembelian aset dan kos pengubahsuaian di Permai Hotel untuk lokasi sports rehab ini. Yang kedua, apakah yang menghalang sports rehab ini untuk beroperasi sehingga hari ini belum lagi dapat dilaksanakan. Yang ketiga apakah operasi ini akan diteruskan atau adakah ianya akan menjadi satu lagi koleksi pelaburan yang gagal. Saya kemukakan perkara ini kerana bimbang dalam tempoh yang lama tidak beroperasi bagaimana nasib semua peralatan yang mencecah harga jutaan ringgit, Permai Hotel juga sebagai salah satu syarikat hotel Kerajaan Negeri juga menanggung bebanan ekoran lokasi yang boleh mencipta peluang perniagaan hanya dijadikan stor simpanan peralatan, ini amat merugikan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penghujung izinkan saya menyentuh sedikit tentang ekonomi Negeri. Umum mengetahui kita berdepan dengan lima cabaran ekonomi semasa di Negeri, yang pertama kebergantungan kepada perbelanjaan awam dalam memacu pertumbuhan ekonomi, yang kedua pelaburan swasta yang lemah, yang ketiga rantaian ekonomi rendah, yang keempat keterbatasan tanah, yang kelima ekosistem pelaburan. Lima perkara ini mesti jelas dalam kerangka pemikiran semua pentadbir untuk merentasi cabaran ini dengan objektif yang lebih jelas dan kukuh. Cetusan Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 amat tepat dengan masanya, pun begitu jangan terlalu lewat diperturunkan kerangkanya kepada semua lapisan Pemimpin Negeri dan juga Penjawat Awam Negeri, dari atas ke bawah, semuanya mesti hadam secara menyeluruh, jangan mengambil sikap mudah membiarkan ia berlalu tanpa sebarang tindakan agresif dan pro-

344

Page 72: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

aktif demi kepentingan rakyat, kita sewajarnya mengikuti roadmap dan batu tanda yang ditetapkan untuk mencapai sasaran. Elakkan berlaku kerja secara ikut dang dan ikut selera. Perubahan minda, gaya kerja perlu ditingkatkan secara holistik untuk melihat outcome yang lebih luar biasa. Pihak Kerajaan perlu untuk membentuk dasar ekonomi yang lebih cergas, tumpukan sektor utama ekonomi secara serius, tingkatkan produktiviti setiap sektor dan perbaiki rantaian antara industri dalam ekonomi Negeri.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila…

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Sektor perkhidmatan awam…

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Singkatkan ucapan Yang Berhormat…

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Perlu menjadi nukleus utama dalam membentuk sokongan padu, untuk mana-mana cetusan pemerkasaan ekonomi setempat, memiliki SOP yang cekap dan jelas untuk dilaksanakan semua peringkat. Inilah harapan kepada semua Ahli Yang Berhormat dan kepada semua Penjawat-penjawat Awam yang berada di bawah naungan Kerajaan Negeri Terengganu.

Tuan Yang di-Pertua, pengalaman pihak Pembangkang dalam Kerajaan, saya sendiri pun agak keliru untuk menggunakan Pembangkang ataupun perkataan yang lain, kita gunalah sementara perkataan Pembangkang ini. Pengalaman mereka berada dalam pihak Kerajaan, amat perlu untuk diguna bersama bagi melihat kesinambungan kemajuan Terengganu, walau berdebat dan berhujah dalam Dewan ia tetap untuk melihat kesejahteraan rakyat. Insya-Allah harapan yang dibawa oleh Tuanku Sultan dapat digalas bersama oleh kita semua untuk melihat keupayaan Terengganu. Semoga usaha Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk melihat Negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera dapat direalisasikan sebaiknya.

345

Page 73: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Tuan Yang di-Pertua, Tepoh mohon menyokong. Wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Wa’alaikumu’salam warahmatullah. Terima kasih Tepoh. Saya buka pada Ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Diraja. Sila Wakil Buluh Gading.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil alamin wabihi nastain wa nusali wa nussalim wa’ala Rasulihi ‘alamin. Wa’ala alihi wa ashabihi ajmain. Amma ba’d. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para pegawai, Pemerhati seterusnya hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua yang telah memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian bagi membahaskan ucapan Tuanku Al-Sultan yang telah disampaikan pada hari kelmarin sempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Keempat Belas.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan sebagaimana tercatat pada muka surat 26 dan 27, Baginda Tuanku Al-Sultan ada menegaskan soal memperkasa dan mempertabatkan lagi Agama Islam dan Umat Islam di Negeri ini bagi membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam sebagai Addin, di waktu yang sama Tuanku Al-Sultan melahirkan rasa syukur atas usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri menubuhkan Akademik Didik Ulama’ Amilin Terengganu iaitu DUAT, di samping memperkasakan lagi Program SPAIT iaitu Kelas Pengajian Agama Hujung Minggu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Di mana kedua-duanya merupakan antara usaha yang banyak yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan bagi memertabat dan memperkasakan Islam dan umatnya di Negeri ini.

346

Page 74: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, antara perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh Kerajaan bagi tujuan memertabatkan Islam dan umatnya juga ialah dengan memperkasakan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Jika diteliti kita dapati masih banyak lagi aspek yang perlu ditambah baik dari masa ke semasa. Di antaranya ialah berkait dengan usaha merujukkan lima lapisan Mahkamah Syariah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga hari ini, kita di Terengganu hanya ada tiga lapisan Mahkamah Syariah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Bagi memperkasakan Islam, maka disarankan kepada pihak Kerajaan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan agar tiga lapisan Mahkamah Syariah ini dipertingkatkan kepada lima lapisan, dengan menambah Mahkamah Tengah Syariah dan yang paling tinggi Mahkamah Utama Rayuan Syariah.

Paling tidak, kalaupun tidak lima peringkat, sekurang-kurangnya lima peringkat iaitu Mahkamah Utama Syariah selain daripada Mahkamah Rayuan Syariah yang ada pada hari ini. Di samping itu Kerajaan juga dipohon agar memberikan perhatian yang serius dari aspek kebajikan fizikal dan kebajikan infrastruktur Mahkamah Syariah. Yang dimaksudkan dengan kebajikan fizikal ialah dari aspek pembinaan bangunan Mahkamah Syariah itu sendiri. Untuk makluman, Dewan yang mulia ini sehingga hari ini, kita memiliki enam Mahkamah Rendah Syariah Daerah-daerah dan Negeri Terengganu, empat Mahkamah Rendah Syariah Daerah-daerah menggunakan bangunan lama. Bangunan lama, Pejabat Agama dan dua lagi Mahkamah Rendah Syariah Daerah-daerah iaitu Setiu dan Kemaman dengan menyewa di rumah kedai.

Tuan Yang di-Pertua, Mahkamah Rendah Syariah hanya dengan menyewa di rumah kedai bukannya menyewa sebuah bangunan berasingan jauh sekali untuk miliki bangunan sendiri. Kalau di Kemaman itu, saya difahamkan bukan sahaja menyewa di rumah kedai bahkan keadaannya agak uzur di samping masalah kumbahan yang berlaku sehingga mengeluarkan bauan yang tidak menyenangkan mereka yang mengambil khidmat di Mahkamah Syariah tersebut. Kadang-kadang rakyat menjadi confuse apakah ini Mahkamah Syariah dan kadang-kadang mereka keliru antara

347

Page 75: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

masuk pintu rumah kedai dengan masuk pintu Mahkamah Syariah, ia sangat menyedihkan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua saya bukan berhasrat untuk menyalahkan mana-mana pihak dan perkara yang dibangkitkan ini kita mahu bergerak ke hadapan dan saya menyatakan ini dengan harapan agar pihak Kerajaan dapat meletakkan pembinaan Mahkamah Syariah ini dalam senarai keutamaan dalam Pelan Pembangunan Negeri yang akan datang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, manakala yang dimaksudkan dengan kebajikan infrastruktur pula ialah dari sudut penyediaan infrastruktur ICT. Untuk makluman Dewan yang mulia ini sehingga Januari 2018 Mahkamah Syariah di semua peringkat di seluruh Negeri Terengganu memiliki 82 buah komputer dan 11 laptop sahaja. Daripada 82 komputer, satu daripadanya telah berusia pengunaannya selama 18 tahun. Satu daripadanya telah berusia 15 tahun penggunaannya, 40 daripadanya 11 tahun, 4 daripadanya 10 tahun, 6 daripadanya 9 tahun, dan 22 daripadanya 8 tahun usia penggunaannya yang sangat daif. Sehingga hari ini apabila Kerajaan Persekutuan telah membentuk satu Sistem e-Syariah bagi memperkasakan Mahkamah Syariah ini mahkamah-mahkamah di negeri kita ini tidak dapat mengakses ataupun melaksanakan sepenuhnya Sistem e-Syariah disebabkan penggunaan komputer dan laptop yang tidak moden atau pun yang tidak memenuhi keperluan masa kini. Oleh kerana itu kita mengharapkan perkara ini diambil perhatian serius oleh pihak Kerajaan Negeri bagi usaha untuk kita memartabatkan Islam dan umatnya di negeri kita ini khususnya sebagaimana yang dibangkitkan dan disebut oleh Tuanku Al–Sultan dalam Titah Ucapan pada hari semalam.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pada muka surat 20 Tuanku Al-Sultan juga ada melahirkan rasa gembira dan melafazkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang berjaya mengekalkan kecemerlangan pendidikan Terengganu khususnya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang lalu. Saya juga mengambil kesempatan di sini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dan di waktu yang sama saya juga ingin mengambil

348

Page 76: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang telah mengumumkan penajaan biasiswa sepenuhnya kepada 4 pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat semua A+ dalam SPM 2018 yang lalu. Pengumuman tersebut dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu sendiri di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik pada 14 Mac 2019 yang lepas. Syabas dan tahniah juga kepada 4 pelajar yang berkenaan iaitu Muhammad Hilman Nur Azmi dari Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu dan Nurin Badlisya Muhammad Azmin dari Sekolah Menengah Imtiaz Besut yang mendapat 11 A+. Manakala Amirah Husna Abdul Kahar dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud Kuala Nerus dan Nur Atikah Syuhada Hamdan dari Sekolah Menengah Tengku Lela Segara Marang dengan masing-masing mendapat 9 A+. Ini merupakan satu lembaran baru yang dibuka semula oleh Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan Parti Islam Semalaysia (PAS) dengan peruntukan bajet, Bajet 2019 sebanyak RM6.5 juta bagi tujuan biasiswa ini sebagai satu dorongan yang kuat kepada seluruh anak Terengganu untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam pencapaian akademik mereka.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita di samping bergembira dengan tajaan kepada pelajar cemerlang, tajaan biasiswa ini namun masih ada satu dua persoalan yang masih bermain dalam kotak pemikiran masyarakat khususnya di kalangan para ibu bapa dan anak-anak para pelajar. Persoalan yang perlu dirungkai dengan jawapan yang tuntas dan menyakinkan dalam Dewan yang mulia ini. Persoalan yang saya maksudkan ialah apakah skop dan kriteria dan maksud cemerlang yang melayakkan seseorang pelajar itu mendapat tawaran biasiswa Kerajaan ini?” Adakah biasiswa yang ditawarkan itu hanya kepada pelajar cemerlang melalui peperiksaan arus perdana seperti SPM dan STPM sahaja. Bagaimana pula jika ada di kalangan pelajar kita yang cemerlang melalui Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat mumtaz dalam semua subjek yang diambil sehingga melayakkan mereka menyambung pelajaran khususnya di luar negara di Timur Tengah dan seumpamanya. Yang kedua adakah biasiswa yang ditawarkan ini hanya kepada pelajar cemerlang yang menyambung pelajaran dalam bidang akademik sahaja seperti

349

Page 77: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

accountant, engineer dan seumpamanya atau termasuk juga yang menyambung pelajaran dalam bidang pengkhususan agama seperti Syariah Usuluddin dan seumpamanya. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA : Yang Berhormat, sambil-sambil berucap itu minta jelling-jeling sikit jam sebab kita pakai timer sekarang ini tapi masa itu kena jaga ya.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Terima kasih Yang di-Pertua. Saya ini kali pertama berucap Tuan Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila. Sila.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Setelah berapa sidang yang telah berlangsung sebelum daripada ini jadi mungkin bagi lebih masa sikitlah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita tidak nafikan pelajar yang cemerlang yang belajar di Mesir, di Jordan dan juga di beberapa buah negara lain di Timur Tengah sudah ada peruntukan melalui zakat tapi itu hanya cukup untuk pembiayaan yuran pengajian mereka sahaja berbanding dengan kelebihan biasiswa yang kita semua sedia maklum di mana skop pembiayaannya bersifat menyeluruh yang disediakan kepada pelajar yang berkenaan.Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya kira polisi-polisi ini perlu dijelaskan dengan jelas kepada rakyat agar tidak berbangkit persoalan-persoalan dan kekhilafan di kemudian hari. Berkaitan dengan pendidikan ini juga khususnya dalam bidang agama saya berharap Kerajaan Negeri mengambil tindakan yang lebih proaktif bagi mendapatkan tempat untuk pelajar-pelajar kita menyambung pengajian tinggi dari pelbagai negara khususnya di Timur Tengah tidak hanya terhad kepada beberapa buah negara seumpama Mesir, Jordan, Sudan dan seumpamanya. Dalam hal ini barangkali ada baiknya jika pihak Kerajaan Negeri dapat membina kerjasama yang erat dengan Kerajaan Kelantan yang hari ini saya difahamkan telah berjaya menghantar pelajar-pelajar mereka ke

350

Page 78: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Tunisia dan Morocco, di mana ada di kalangan pelajar tersebut mendapat tajaan biasiswa penuh dari negara yang berkenaan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, 3 minit lagi, insya-Allah. Di kesempatan ini juga, saya ingin mendapatkan penjelasan terhadap beberapa isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat:-

Yang pertama, berkaitan Pusat Pemprosesan Susu Kambing Tenusu yang mampu memproses 1,000 liter susu sehari di Pusat Pengembangan Veterinar Kampung Jenang, Marang yang sekaligus dapat menambah pendapatan puluhan penternak di negeri kita ini. Saya ingin penjelasan apakah status terkini pembinaan pusat tersebut.

Yang kedua, berkaitan dengan KTNZ iaitu Kompleks Tuanku Nur Zahirah di Kampung Tanjung Bunut. Kompleks yang telah siap dibina pada tahun 2011 dengan kos RM4.6 juta itu adalah bertujuan memperkasakan lagi industri songket dan batik sekaligus mampu meningkatkan ekonomi negeri dengan kedatangan peminat songket dan batik dari dalam dan luar negara. Namun keadaannya kini bagaikan hidup segan mati tak mahu. Jadi apakah perancangan terkini Kerajaan Negeri bagi menghidupkan kembali fungsi dan matlamat penubuhan KTNZ.

Dan yang akhir sekali, yang ketiga Yang Berhormat Tuan Yang Di-pertua, saya ingin tahu apakah status terkini proses pembinaan Masjid Kampung Kesom Alor Rekang, dalam kawasan DUN Buluh Gading, di mana saya difahamkan proses pengambilan tanah penduduk dan juga bayaran pampasan bagi tujuan pembinaan masjid ini telah pun selesai semenjak 2015 lagi. Namun, sehingga kini belum ada apa-apa pergerakan ke arah pembinaan tersebut .....

YANG BERHORMAT TUAN YANG DIPERTUA: Tolong ringkaskan Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah cukup.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): ….seperti pembersihan kawasan, penambunan tanah dan seumpamanya. Saya berharap selepas daripada Sidang ini, akan ada perkembangan yang positif dan berita gembira daripada

351

Page 79: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Kerajaan Negeri bagi penduduk di kampung tersebut yang sabar menunggu untuk melihat sebuah masjid baru di kawasan mereka.

Yang Berhormat Tuan Yang Di-pertua, saya kira itulah beberapa isu yang saya ingin dibangkitkan pada hari ini untuk perhatian pihak Kerajaan Negeri. Buluh Gading mohon menyokong. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamu ’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Wakil Buluh Gading. Persidangan yang lepas Buluh Gading dia uzur, jadi hari ini kita bagi peluang, walaupun lebih daripada masa yang diperuntukkan. Tapi saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat lain yang mengambil bahagian dalam perbahasan untuk jaga masa kerana kita sudah menggunakan sistem timer sekarang ni, boleh tengok daripada masa ke semasa sama ada kita sudah melewati masa ataupun tidak. Pandai-pandailah gunakan masa. Saya persilakan, sila Yang Berhormat daripada Kemasik.

YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil alamin. Assalatu wassalamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dr. Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan, para Pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala yang telah memberikan keizinan kepada kita untuk menghadiri Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas ini. Alhamdulillah. Kemasik dalam kesempatan yang diberikan pada hari ini, merakamkan ucapan penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan yang telah bertitah menyentuh pelbagai aspek pelaksanaan dan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan bersempena dengan Pembukaan Penggal Persidangan Yang Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas ini.

Menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, beberapa perkara yang telah disentuh. Antara lain berkenaan

352

Page 80: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

konsep kepimpinan, kemakmuran, keamanan dan keharmonian negeri, peningkatan tahap sosioekonomi negeri, menyediakan negeri sebagai sebuah destinasi pelaburan yang kondusif, pembangunan negeri yang komprehensif, pembangunan yang menitikberatkan kelestarian alam sekitar, pembangunan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi, penjenamaan Negeri Terengganu sebagai destinasi ekopelancongan yang kompetitif, pembangunan modal insan, peningkatan dan pemerkasaan sektor pertanian, pembangunan usahawan, menjaga kebajikan serta menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat dan lain-lain tersebut. Semua ini menujukkan rasa keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan ke atas keharmonian serta kesejahteraan negeri, pembangunan dan kemajuan negeri berseiring dengan kebajikan dan keprihatinan kerajaan kepada seluruh rakyat di dalam Negeri Terengganu yang tercinta ini.

Kemasik berkeyakinan Terengganu di bawah kepimpinanan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri bin Mokthtar serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersama seluruh jentera kerajaan sedang dan akan terus merangka, merancang, melaksanakan dan menyempurnakan pelbagai program yang diperlukan bagi memastikan tercapai cita-cita kita semua untuk membina sebuah Negeri Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kemasik suka menyentuh beberapa perkara dari Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, antaranya Baginda Al-Sultan menitahkan berkenaan dengan kejayaan mengamalkan konsep kepimpinan yang matang dan sejahtera. Konsep yang digagaskan oleh PAS di bawah Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS) telah memberi suatu impak yang sangat baik kepada perpaduan, kesepakatan dan keharmonian dalam pelbagai perkara terutama untuk kebaikan dan kejayaan rakyat, negeri, negara, agama dan bangsa. Budaya ini akan memberi impak kepada penyuburan budaya politik yang berasaskan ilmu, fakta dan kebenaran. Ia juga bakal meningkatkan persaingan negeri dan negara dalam ekonomi dan lain-lainnya secara harmoni. Sudah pasti ia akan mengelakkan ketidakstabilan politik, sosial dan ekonomi negeri sebagaimana yang sama-sama kita rasai dan nikmati sekarang. Impak lain yang boleh juga saya

353

Page 81: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

sebut dalam perbahasan ini adalah budaya ini insya-Allah akan mengelak perselisihan dalam kalangan rakyat dan ketidakstabilan negeri dan negara, membendung parti pemerintah atau pembangkang daripada memperkotak-katikkan rakyat melalui pelbagai bentuk manipulasi seterusnya ia juga mampu menutup ruang daripada campur tangan pihak politik luar dalam menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan negeri dan negara tercinta ini. Mungkin untuk menyegarkan balik kepada budaya politik matang yang telah digagaskan terutama pada tujuh ciri budaya politik matang sejahtera ini iaitu yang pertama, politik bertunjangkan prinsip. Yang kedua, politik dakwah dan amal maaruf nahi mungkar. Yang ketiga, politik penyelesaian berasaskan Islam. Yang keempat, politik utamakan rakyat. Yang kelima, politik damai dan diplomasi Yang keenam, politik benar bukan persepsi. Yang ketujuh, politik rasional dan profesional.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Kebawah Duli Maha Mulia Sultan turut menyebut berkenaan peningkatan jumlah pelaburan yang tinggi pada 2018 memberi indikator baik kepada pembangunan negeri. Usaha berterusan dan lebih agresif perlu dilakukan bagi memastikan ekosistem pelaburan seperti infastruktur, gaya hidup dan kemudahan utiliti terus diperkasakan bagi mengekalkan Terengganu sebagai hab pelaburan yang kondusif. Tindakan yang lebih berfokus perlu diberikan bagi menarik lebih banyak pelaburan swasta dalam dan luar negara memilih Terengganu untuk melabur dan menjadi destinasi pelaburan yang baik berbanding negeri-negeri lain. Kos awal pelaburan dan menjalankan perniagaan perlu diformulasikan kepada yang lebih kompetitif tanpa menafikan kepentingan negeri dan keperluan rakyat, jaringan pengangkutan darat, laut dan udara perlu ditambah baik dan diperkasakan.

Pembangunan infastruktur teknologi maklumat dan komunikasi khususnya kemudahan internet berkelajuan tinggi juga antara lain membantu menyokong perkembangan pelaburan ini. Persediaan menerusi era Revolusi Industri 4.0 termasuk kepada transformasi kepada Teknologi 5G juga perlu diberi perhatian sewajarnya. Dilaporkan jangkaan Teknologi 5G akan memacu tambahan jualan tahunan pada 2035 sebanyak USD12 trilion sebagaimana anggaran dalam rujukan IHS Markit. Pembangunan kemudahan

354

Page 82: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

internet berkelajuan tinggi ini bakal meningkatkan keupayaan kita untuk mendepani era Revolusi Industri 4.0 dan Tranformasi Teknologi 5G dan juga kesediaan Terengganu untuk menjadi Hab Pembangunan Industri Robotik di rantau ini.

Institusi pengajian tinggi berasaskan teknikal seperti TATIUC, TESDEC boleh terlibat langsung dalam melatih dan memperkasa bakat serta kemahiran yang dimiliki pekerja tempatan dan pelajar-pelajar dalam industri ini. Industri yang telah establish dengan izin, seperti minyak dan gas dan industri berat lain pula perlu terus diperkasakan dan dipertingkatan. Kawasan perindustrian sedia ada perlu diperbesarkan bagi membolehkan pelabur baharu untuk melabur dalam kawasan perindustrian tersebut pada bila-bila masa sahaja. Usaha berterusan untuk menyedia, membangun, menambah baik infastruktur serta keperluan asas dan meningkatkan keselesaan mereka perlu dilakukan supaya ia menjadi lokasi kerja dan tempat tinggal yang baik untuk mereka malah menjadi lokasi pilihan setelah bersara. Mercu tanda baharu juga boleh difikirkan untuk dibangunkan selaras dengan jolokan yang diberi kepada Terengganu sebagai ‘Kuwait Malaysia’.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu turut bertitah dan menyatakan harapan Baginda untuk Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada penjenamaan Negeri Terengganu sebagai sebuah destinasi ekopelancongan yang lebih kompetitif di rantau ini. Usaha untuk terus menarik pelancong datang ke Negeri Terengganu perlu kita tambah baik dan rancakkan. Promosi perlu terus dipergiatkan sama ada melalui media cetak juga media elektronik dan sosial. Maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negeri ini perlu ditingkatkan. Pelancong yang berkunjung ke negeri ini inginkan keselesaan dan mencari ketenangan, oleh itu Kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat wajar memperlengkapkan kemudahan pengangkutan, penginapan serta memajukan bidang komunikasi. Kebersihan dan ketenangan juga boleh menjadi antara sebab pelancong ingin datang dan berulang datang. Ramai pelancong datang ke negeri kita adalah untuk menikmati keindahan pulau, pantai dan ekosistem menarik yang ada. Aspek kebersihan harus menjadi antara fokus yang utama untuk dipertingkatkan. Usaha mendidik dan membudayakan

355

Page 83: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kebersihan perlu terus diambil perhatian serius, layanan istimewa dan mesra juga harus menjadi budaya masyarakat kita. Sebagai langkah permulaan mungkin kita boleh sama-sama mempelajari serba sedikit bahasa asing bagi menyapa pelancong yang berkunjung, juga perlu diberi perhatian. Setidak-tidaknya layanilah pelancong dengan senyuman dan kemesraan. Mungkin tagline yang sinonim dengan Terengganu iaitu ‘Negeri Cantik Budaya Menarik’ boleh ditambah kepada ‘Rakyat Bersih, Negeri Cantik Budaya Menarik’.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pembinaan Rumah Mampu Milik sebagaimana yang telah dirancang pada tahun ini adalah sebanyak empat projek dan salah satu daripadanya setakat yang dimaklumkan adalah terletak di DUN Kemasik. Adalah saya berbesar hati sebagaimana kehendak rakyat berpendapatan rendah terutama golongan nelayan, petani, penternak serta yang bekerja sendiri agar projek ini dapat dijalankan sebagai mana perancangan. Mereka tiada pilihan lain kecuali memiliki rumah melalui perumahan yang dilaksanakan dengan pinjaman Kerajaan. Pembinaan menerusi pemaju-pemaju perumahan yang mengunakan pinjaman institusi perbankan seperti mustahil untuk mereka kerana ketidaklayakan mereka.

Semoga kita terus mengorak langkah ke hadapan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam membina Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera. Saya, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kemasik, mohon menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Wa’alaikumu salam wa rahmatullah. Terima kasih Wakil Kemasik. Setakat ini tiga Ahli Yang Berhormat daripada Kerajaan telah terlibat dalam perbahasan, saya nak jemput kawan-kawan kita yang sebelah sini, sila. Okey, daripada Hulu Besut.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Bismilahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Ahli-

356

Page 84: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pemerhati, hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Syukur kepada Allah kerana dapat bersama lagi di sesi ini dan saya rasa saya di antara ADUN yang lama di dalam Dewan ni, sudah beberapa penggal, saya duduk perhati, bukan saya nak puji tidak, antara Yang di-Pertua yang bagus jugak, Yang di-Pertua ni lah. Yang pertama, saya perhati bila setiap kali Dewan dia buat program, baru ni bowling boleh baju sehelai tapi tidak warna hijaulah tetapi warna koko, lepas itu hari khamis ini bunyi nak menembak pula, bunyi tidak beri baju hijau lagi, beri baju lain, cuma adalah setengah-setengah daripada rakan kita ada yang nak pergi ada yang tidak pergi. Yang di-Pertua Dewan, tidak apalah dia buat program pun, pasal dia sebuah rumah. Yang orang lain, dua buah rumah tak sempat nak buat program ni, jadi saya ucapkan syabas kepada Yang di-Pertua Dewan kita.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Dan saya harap, rakan-rakan Yang Berhormat pun tak kira yang banyak rumah ke, sibuk ke, kena turut sama sebagai ......

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Ramai ke Yang Berhormat yang banyak rumah ni?

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Sebagai menghormati Yang di-Pertua Dewan kita yang bagus ini. Bukan saya nak puji, betul ni, bagus. Saya duduk perhati, pasal saya di antara orang lama dan saya tengah perhati sekarang ini. .....(Dewan gelak) .....

Seterusnya, saya juga ingin mengambil peluang untuk nak mengucap, menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan yang sudi untuk memberi Titah Ucapan Perasmian Dewan kita ini. Banyak perkara yang disentuh oleh Tuanku Al-Sultan kita. Dan saya selaku Ahli Dewan yang lama juga, saya duduk perhati juga, sebenarnya ni di antara pada saya,

357

Page 85: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

satu sejarah, apabila setiap kali usul kita nak putuskan sama ada setuju atau pun tidak setuju, inilah antara yang semua Ahli Dewan mengangkat tangan. Tak ada yang membangkang. Sebelum ini, cantik, comel setara mana pun, sebelah ni tak angkat tangan. Tak angkat tangan. Tapi kali ini semua angkat tangan. Dan itulah yang saya perhati, hikmah bila berlakunya Pilihan Raya Yang Ke-14 baru–baru ini. Sebab itulah antara soalan saya, yang saya tanya hari mula-mulanya ialah, berapa buah lagikah masjid yang mengadakan solat Jumaat yang tidak mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri. Pada saya selama saya berkhidmat sebagai Wakil Rakyat, saya tak rasa bahagia, tak rasa gembira apabila balik ke kampung, dua tiga masjid, orang-orang kita terpaksa melangkah untuk sembahyang ke masjid yang satu lagi. Itulah rahmatnya bila berlakunya Pilihan Raya Yang Ke-14 baru-baru ini. Dan kita di sebelah sini juga, rasa senang hati apabila diarah oleh Ketua Pembangkang kita kalau nak berucap jangan bercakap yang boleh menimbulkan rasa tak puas hati bagi pihak sebelah Kerajaan. Kena bercakap yang elok-elok dan saya duduk perhati juga, memang orang Barisan memang macam itu, orang UMNO ni memang macam itu, daripada dulu sampai ke hari ini orang UMNO ni memang, itulah gambarannya kita orang Melayu. Mudah bertolak ansur, tak ada masalah, kalau bagi rumah, Rumah PPRT, Wakil Rakyat BN, orang PAS pun dia bagi, orang UMNO pun dia bagi, betul sebelum ni. Betul dok?

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Macam nak panas pulak ni …..

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Tak, tak, bagusnya orang UMNO ni. Bila ketua kata jangan cakap yang tak elok nanti sebelah Kerajaan marah, tak puas hati memang saya pun, atur cakap ini supaya Ahli-ahli EXCO ke, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ke tak rasa kita ni nak balloh pulak, dok. Cuma, mari rasa juga, bila mengundi untuk dapat keputusan Bajet semua angkat tangan, kita pun angkat tangan dengan harapannya dapat juga, dok? Tak dapat apa pun, tak apa, tak apa. Tak ada masalah. Pasal kita Pembangkang kepada Kerajaan yang ada hari ini, tapi Kerajaan yang ada hari ini, kita juga turut menyokong Kerajaan yang ada pada hari ini. Tapi di sebelah sini tidak dapat apa-apa pun. Tidak apa-apa. Pasal kita ini biasa

358

Page 86: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

diasuh, Ahli-ahli UMNO atau Parti Barisan Nasional memang macam itu, tak ada masalah. Dalam pada itu juga, itulah rahmatnya bila berlakunya Piilihan Raya yang ke baru ini.

Di samping itu juga, saya duduk perhati, ada orang kata bila supaya konsep penyatuan ummah ini dijadikan satu gelombang dalam masyarakat kita, yang duduk berbual kedai kopi dia kata puak-puak atas tak apalah pasal dia tak berasa. Hok orang atas-atas, pemimpin-pemimpin atas-atas tak ada masalah dia sebut penyatuan ummah, tak ada masalah. Kita kampung-kampung ini rasa berat, tidak boleh nak terima. Tidak sebenarnya. Di kampung pun boleh menerima penyatuan ummah. Di kawasan saya, Pemuda saya buat Lawatan Kasih rumah ke rumah, Pemuda Harapan kejut, bukan cerita kosong bukan cerita tak betul, cerita betul. Dia buat Lawatan Kasih rumah ke rumah, dia ajak Ketua Pemuda PAS, Ketua Pemuda UMNO dan juga Puteri UMNO dan juga Muslimat PAS untuk berjalan bersama dan ini tandanya bahawa konsep penyatuan ummah ini perlu kita jadikan satu asas untuk kita betul-betul menyatukan semula orang kita. Orang atas tak ada masalah. Orang kampung pun tak ada masalah dah. Boleh terima dah. Kita lupakan masa yang lalu, kita bina bersama untuk masa hadapan yang lebih bersatu lagi.

Mungkin suatu masa di peringkat Negeri juga kena duduk satu meja. Kalau di kampung pun Ketua Pemuda UMNO pun dan Ketua Pemuda PAS pun boleh berjalan bersama dan usaha-usaha yang dibuat oleh Yang di-Pertua Dewan pun nampak untuk bersama, anjur boling, anjur menembak dah boleh, apa salahnya Menteri Besar selaku Ketua Kerajaan panggil Ketua Pembangkang duduk satu meja bincang macamana betul-betul nak bersatu. Ikhlas saya beritahu. Hari ini orang kampung tengok Terengganu ini toksey bersatu lagi. Pusat nak bersatu dah. Di Terengganu tak bersatu-bersatu lagi. Orang UMNO kata, kita nak bersatu, orang PAS toksey bersatu. Ada orang kata orang PAS nak bersatu macam mana kalau dia dah jadi Kerajaan. Bagi dia rugi. Duit ada sepuluh ringgit nak bahagi dengan anak yang satu lagi, rugi. Lebih baik tidak bersatu. Dan mungkin itu juga sebab, mungkinlah Menteri Besar tak panggil Ketua Pembangkang untuk membincang macam mana nak bersatu. Orang UMNO pun malu nak bersatu pasal kita Pembangkang mana boleh kita nak pergi, betul tak? Pada sayalah.

359

Page 87: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Jadi dengan sebab itu kalau ingin melihat kita betul-betul bersatu, maka suatu perbincangan ataupun mesyuarat di peringkat Negeri perlu dibentuk. Tapi ada juga orang UMNO kata tak apa Terengganu ni kalau tak bersatu pun tak apa PAS ni, pasal mengikut sejarahnya PAS di Terengganu cuma satu penggal saja, penggal yang kedua boleh ambil balik. Ada juga. ...(Sambil gelak) .... Betul. Ini sejarah, boleh. Kalau orang PAS tak boleh nak berbaik, tak boleh berbaik tak apa, satu penggal sahaja, kita akan ambil balik.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Penjelasan sikit Yang Berhormat ..…

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Itu saya kata betul ..…

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Boleh ya, bagi laluan. Sila.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Terima kasih Hulu Besut. Tuan Yang di-Pertua, saya suka untuk mencelah sedikit bukan nak ganggu sebab untuk bersatu ini kita tidak kacaulah, saya tengok macam mesyuarat agung pula antara PAS dengan UMNO, apabila duk sebut PAS-UMNO, PAS-UMNO ini, jadi boleh ataupun tidak, kalau boleh yang ni serah kepada peringkat kepimpinan parti masing-masing untuk membahaskan perkara ini dan kita fokus isu-isu Negeri apa yang kita hendak bawa, apa yang kita nak tegur pun tidak apa. Pada kita Kerajaan bukan tak mahu panas, hendak panas pun tiada masalah sebab dalam Dewan jer, lepas tubik nanti kita keluar minum air sama juga. Jadi harap tidak itu sangatlah PAS-UMNO ni, takut rimas penonton-penonton kita.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Saya sebut pasal Tuanku Al-Sultan pun sebut, tidak kira parti mana-mana ingin melihat Negeri Terengganu ini membangun. Dalam Negara kita asas utama untuk bangunkan Negeri kita ialah mesti rakyatnya bersatu padu, bukan perkara main-main, bukan perkara PAS-UMNO, bukan soal rimas tidak rimas, ini perkara sangat penting. ‘Bersatu kita kukuh, bercerai kita roboh’, itu pesan orang tua bukan benda main-main. Sebab itu saya sebut soal

360

Page 88: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

bersatu, bukan saya sebutnya kerana bukan kerana sebelah sini, bila diarah supaya cakap baik, cakap baik, bila sebelah sini diarah apa yang dikehendaki untuk meluluskan sesuatu usul kena angkat tangan semua, bukan. Tapi kita betul-betul ingin melihat perpaduan di dalam masyarakat ini betul-betul menjadi realiti, kerana saya banyak pengalaman.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Masa Yang Berhormat ada dua minit lebih lagi ya.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Dua minit.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya, sila.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Banyak pengalaman dalam Dewan ini, dalam masyarakat, dalam Dewan. Asasnya di peringkat inilah, di peringkat kepimpinan inilah, kalau di peringkat ini boleh duduk satu meja, saya percaya kita akan dapat melihat masyarakat kita bekerja dalam satu pasukan. Kalau Kerajaan kata kita nak Negeri kita bersih, bila kita bersatu orang PAS pun mungkin boleh duduk satu padang dengan UMNO dengan parti-parti lain untuk melihat Negeri kita ini bersih. Itulah pentingnya bersatu. Kalau tidak bersatu, kalau Kerajaan kata kita kena jaga kebersihan Negeri kita, orang UMNO kata biar PAS moga dia Kerajaan. Dulu orang UMNO yang bersih sahaja, biarlah sahaja Kerajaan, orang PAS tidak cara pun, tidak pernah ikut serta pun untuk melihat Negeri kita bersih. Itulah contohnya pentingnya bersatu. Jadi dengan sebab itu saya ingin mengambil peluang di sini, di hadapan Yang di-Pertua Dewan, saya rasa juga berpengalaman lebih kurang saya juga rasanya, kita sama-sama menjadikan bersatu ini menjadi realiti di dalam masyarakat kita di Terengganu, bila kita kuat, insya-Allah kita boleh bangunkan Negeri kita ini bersama-sama.

Akhir sekali saya juga nak ambil peluang di sini di dalam Dewan yang mulia ini, kawasan saya yang saya wakili sudah beberapa kali tapi banyak lagi benda yang tak boleh ditunaikan antaranya masjidlah, saya kalau boleh dalam masa sepenggal ni, empat tahun ini, boleh satu masjid pun tak apa dah. Pasal saya pun sedar

361

Page 89: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kita di Terengganu, sumber agak terhad, jadi dengan sebab itu, saya ingin memohon jasa baik Kerajaan Negeri, paling-paling kurang pun dapat satu masjid okey dah kawasan saya itu di Kampung Kubang Depu. Tanah telah diambil siap tambun cuma tunggu masa untuk buat sahaja.

Itulah antara yang saya harapkan selaku Wakil rakyat di kawasan Hulu Besut. Insya-Allah kalau bersatu ini boleh kita sama jadikan, saya di Hulu Besut akan gerakkan supaya kita di Hulu Besut ini, PAS ke dengan UMNO boleh jalan dalam satu pasukan.

Saya juga ingin memohon salah dan silap sekiranya ada yang tidak kena Yang di-Pertua, saya pohon maaf. Saya juga turut menyokong Titah Ucapan. Sekian, Wassalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih pada Yang Berhormat Wakil Hulu Besut, menepati masa yang telah diperuntukkan. Insya-Allah apa Yang Berhormat sebut tadi kita akan panjangkan di tempat yang lebih sesuai.

Ahli Yang Berhormat sekalian saya tangguhkan sementara Dewan ini dan disambung semula pada pukul 2.30 petang.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 1.05 TENGAH HARI.

PUKUL 2.30 PETANG

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Mesyuarat disambung semula. Ahli Yang Berhormat sekalian, kita teruskan Usul Perbahasan Menjunjung Kasih Di Atas Titah Ucapan Diraja, cuma saya hendak peringatkan kepada Yang Berhormat, masalah ketepatan masalah, sebab pagi tadi kita sudah ambil masa banyak untuk

362

Page 90: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

bergambar, cuma hendak masuk balik itu, makan masa juga. Jadi daripada jumlah yang saya rancang yang sepatutnya berucap, sudah lari dah, sebab itu saya hendak minta pada petang ni masing-masing jaga masa sebagaimana yang diperuntukan. Saya persilakan Yang Berhormat daripada Ajil untuk memulakan perbahasan Titah Ucapan Diraja pada petang ini, dipersilakan.

YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil ‘alamin. Assalatu wassalamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Amma ba’d. Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan dan para Pemerhati.

Pertamanya, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana diberi kesempatan untuk kita berbahas dan meneruskan agenda pada petang yang mungkin ramai yang mengantuk, makan kenyang-kenyang, petang-petang ini biasa begitulah dok? Walau bagaimanapun, insya-Allah dan alhamdulillah kita dapat meneruskan agenda kita dan saya ucapkan terima kasih kepada yang hadir, cuma Pembangkang tiada seorang lagi. Walau bagaimanapun, kita teruskanlah.

Dan yang pertama sekali saya hendak merakamkan penghargaan sebagai suatu sambungan daripada apa yang disebut oleh Y.B. Hulu Besut tadi, satu penghargaan kepada Speaker, Yang di-Pertua Dewan di atas beberapa pembaharuan yang telah dilakukan. Pembaharuan pada kali ini ada laptop atas meja kita masing-masing. Cuma sedih jugalah, tidak boleh buat balik, tapi insya-Allah sidang Dewan akan datang ini berlaku satu pembaharuan boleh buat balik, Insya-Allah. ....(Dewan gelak) ....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya tidak janji Yang Berhormat tu.

YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Saya harap. ....(Sambil gelak) ..... Cadangan, ramai sokong ni. Yang di-Pertua, saya ingin menarik satu perkara yang ada dalam Titah Ucapan Sultan

363

Page 91: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kelmarin berkenaan dengan wujudnya pihak-pihak tertentu yang dalam Titah Ucapan Baginda di muka surat lima, para yang kedua, wujud pihak-pihak tertentu yang cuba menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan yang terbina sekian lama di bumi Malaysia ini. Antara yang disebut oleh Baginda, wujudnya pihak yang cuba menyentuh kesucian Islam, memperlekeh Institusi Diraja dan juga menghina Islam itu sendiri sebagaimana juga yang berlaku dalam masyarakat kita baru ini, apabila ada seorang pemuda yang menghina Rasulullah melalui karikatur yang kita kira satu tindakan yang agak melampau. Walaupun di Terengganu, isu-isu ini masih lagi terkawal, tetapi ia perlu kepada komitmen semua pihak untuk cuba membendung supaya tidak menular. Kerana apabila dia menular, maka sudah pastilah ancaman ini akan menjadi satu gelombang yang besar, yang boleh membahayakan kepada kita semua khususnya orang-orang Melayu Islam.

Kita melihat ancaman ini datang daripada luar. Tetapi tempiasnya, ataupun ngecik, orang kata ngecik. Ngecik tu tetaplah mari kepada kita apabila baru ini dalam di Mahkamah Syariah dilaksanakan hukuman sebat ke atas pesalah lesbian, pun juga ada pihak untuk campur tangan untuk menggugat kestabilan dan kesucian Mahkamah Syariah. Dan sesuatu yang kita harus sedar bahawa institusi yang memelihara agama kita iaitu Institusi Diraja, juga cuba diperlekehkan sebagaimana yang disebut oleh Baginda Sultan dan saya rasa kita orang Melayu menyedari bahawa Institusi Diraja ini merupakan di antara benteng yang terakhir untuk menjadi penyelamat kepada kesucian Islam dan juga ketuanan Melayu. Jadi kalau kita tidak menjaganya daripada serangan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, penduduk Malaysia, rakyat Malaysia, tetapi mereka nampak semacam cuba untuk merobek ketenangan yang ada dalam masyarakat ini. Sementelah pula kebanyakannya melalui landasan politik baru di peringkat pusat sekarang ini, kita melihat satu perkembangan yang membimbangkan apabila cubaan-cubaan untuk menghina dan mengkritik isu-isu yang sensitif dalam masyarakat kita Malaysia, cuba untuk diketengahkan berkemungkinan sebagai satu testing dengan izin, hendak test, ataupun hendak tengok sejauh mana orang Melayu peka dengan isu yang mereka cuba robek-robekkan. Jadi, Islam sebenarnya tidak pernah menyekat kebebasan beragama. Sepatutnya masyarakat khususnya masyarakat Cina dan India, kita sebenarnya kita tidak memusuhi dari segi bangsa

364

Page 92: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kita tidak bermusuh sama ada dalam parti Barisan Nasional yang selama ini memang bersama dengan India dan Cina, MCA, MIC, dalam PAS sendiripun kita ada Dewan Himpunan Penyokong PAS, satu-satunya parti Islam di dunia ini yang ada sayap kirinya yang terdiri daripada orang bukan Islam yang menjadi penyokong kepada kita. Dan di Ajil baru ini, saya buat satu majlis, meraikan orang Cina sempena dengan Tahun Baru Cina. Bermakna kita tidak memusuhi mereka sama ada di sudut bangsa ataupun di sudut agama. Mereka bebas untuk mengamalkan agama masing-masing dalam kondisi yang tersendiri dan kita tidak pernah mengacau. Tetapi sekarang ini kita nampak apabila mereka cuba menghina Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, maka kita sepatutnya mempunyai kesedaran yang tinggi bahawa benda ini, perkara ini kita tidak boleh biarkan berlalu sebegitu rupa, bimbang, takut mereka ni orang kata kalau ayat-ayat kasar sikit gak, naik tocang. Haa, naik tocang. Jadi kalau kita tidak bertindak ataupun kita tidak tunjukkan respon kita apabila mereka menghina Rasulullah, menghina Islam, maka kita bimbang takut dia jadi suatu isu yang menular, yang akhirnya kita bimbang lagi kalau sekiranya kita akan berada di bawah, mereka mempunyai kuasa yang boleh, kemungkinan-kemungkinan yang berlaku di negara-negara luar akan berlaku kepada negara kita.

Kemudian perkara kedua, saya nak ucap tahniah dan penghargaan yang tinggi kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sebagai suatu sambungan daripada apa yang disebut oleh Y.B. Buluh Gading tadi, mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pengarah dia pun ada hari ni dan juga Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu di atas kejayaan cemerlang pelajar-pelajar Terengganu dalam SPM dan STPM baru-baru ini. Suatu kesinambungan daripada kecemerlangan-kecemerlangan lalu dan ini merupakan satu daripada penunjuk bahawa rakyat Terengganu yang mungkin makan budu, makan belacan menjadi orang yang mempunyai IQ yang excellent bahkan sekolah kita, Sekolah Imtiaz menjadi contoh dan model kepada orang luar daripada Terengganu seperti yang ada di Melaka, mereka tubuh sebuah sekolah yang modelnya sama macam Imtiaz di Terengganu dengan nama pun Imtiaz juga. Cuma kita mengharapkan dengan konsep dan juga hala tuju yang ada sekarang ni, pendidikan tidak berasaskan kepada sijil semata-mata

365

Page 93: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

apabila ada PBD (Penilaian Bilik Darjah) maka walaupun kalau sekiranya kemungkinan kita tidak berjaya di sudut sijil tetapi yang penting sekali ialah kemenjadian anak murid kita menjadi orang yang boleh dimanfaatkan oleh semua sektor dan teknologi. Tetapi apatah lagi kalau sekiranya kita berjaya di dua-dua unsur, sijil kita cemerlang, keperibadian dan sahsiah pelajar kita pun cemerlang. Dengan adanya Sekolah-sekolah Agama yang sudah pun mendapat nama bukan sahaja di peringkat negeri, bukan sahaja di peringkat kebangsaan bahkan di peringkat antarabangsa. Kalau Sekolah-sekolah Imtiaz dan juga Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Batu Burok, memang sekolah yang ternama di peringkat antara bangsa yang selalu mencipta nama mendapat anugerah-anugerah yang cemerlang di peringkat antarabangsa dan dunia dan ini merupakan satu produk yang seharusnya kita bangga bahawa anak-anak murid kita di Terengganu mempunyai kehebatan bukan sahaja dari sudut akademik bahkan di sudut pemikiran mereka untuk mencipta teknologi-teknologi baru melalui reka cipta dalam STEM, School Arrangement Model dan sebagainya.

Dan perkara ketiga, saya mengejar masa sikit. Perkara ketiga yang saya nak sebut ialah berkenaan dengan harapan daripada Tuanku Sultan, mengharapkan pembangunan yang seimbang di antara daerah-daerah dan Tuanku ada sebut tiga daerah yang mungkin terkebelakang sedikit iaitu Daerah Besut, Setiu dan daerah saya Hulu Terengganu. Hulu Terengganu memang terkenal dengan daerah pertanian sama macam Setiu dan satu lagi produk yang kayanya ialah di Hulu Terengganu, produk pelancongan. Kita mengharapkan Exco Pelancongan dan Exco Pertanian akan memberi fokus yang tersendiri kepada Hulu Terengganu dan keperluan kepada pekerjaan. Keperluan kepada pekerjaan, rakyat nak kerja, jadi kita mengharapkan fokus kerajaan kepada daerah-daerah ini memberi satu, beberapa projek ataupun perancangan untuk menghidupkan institusi ataupun agensi dan yang boleh membekalkan pekerjaanlah.

Dan baru ni pada 25 haribulan Mac, saya selaku Pengerusi PPSB (Permint Plywood Sdn. Bhd.) telah menandatangani satu perjanjian dengan Gimzan Plywood untuk menggunakan Kilang Gimzan Plywood untuk suatu tambahan operasi menerbitkan ataupun

366

Page 94: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

mengeluarkan Vinyl Plywood dan di situ, alhamdulillah kita dapat menambahkan lagi pekerjaan dan saya mengharapkan GLC yang ada mungkin boleh tumpukan ke daerah-daerah yang seperti yang saya sebut tadilah Daerah Hulu Terengganu kalau di Ajil tu, boleh kata takdok GLC kecuali sebahagian kecil daripada kilang ladang TDM yang ada di Ajil yang boleh membekalkan pekerjaan kepada penduduk kita.

Dan baru-baru ni juga pada 27 dan 28 saya telah meninjau Ladang Penternakan Rusa di Lenggong bersama dengan Pesuruhjaya PAS Perak dan insya-Allah selepas ni saya akan bersama dengan Exco Pertanian, sebagaimana yang kami janjikan kita akan pergi melihat, meninjau untuk bawa balik teknologi pemeliharaan, penternakan rusa ke Hulu Terengganu dan saya menaruh harapan yang sangat tinggilah kalau sekiranya Kerajaan boleh bantu untuk mencipta satu produk baru di Ajil sebagai satu daripada daya tarikan baru lokasi penternakan rusa yang terbesar di Terengganu, insya-Allah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Jaga masa Yang Berhormat, ya.

YANG BERHORMAT HAJI MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Ya?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Masa ada lagi, saya peringatkan saja.

YANG BERHORMAT HAJI MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Secara rumusannya ada beberapa perkara lagi tapi oleh kerana masa ni sangat cemburu, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan dan terima kasih jugalah kepada pihak nak sebut Pembangkang rasa dok tergamok. Sebab saya sebenarnya takdok pengalaman dengan Sidang dulu sebab saya orang baru dalam politik ni. Tapi kalau dengar cerita dulu gak, memang kuat sangatlah bangkang. Mungkin dulu banyak isu yang patut dibangkang, tapi sekarang ni oleh kerana tak ada isu nak bangkang jadi sama-sama pakat senyap belaka smooth molek, selesa dan tenteram. Terima kasih kepada semua. Wallahu a’lam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

367

Page 95: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih kepada Wakil Ajil. Sebelum saya meneruskan perbahasan Titah Ucapan Diraja, saya nak tahu berapa ramai lagi yang nak berucap? Okey. Saya persilakan Wakil Wanita dulu.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. Wassolatu wassalamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, Pemerhati serta hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya dalam sesi perbahasan Menjunjung Kasih Titah Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu Kali Keempat Belas, Penggal Kedua. Memandangkan ini merupakan ucapan sulung ADUN Wanita di dalam Dewan yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan setinggi penghargaan pada semua kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu terutamanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah memberi kepercayaan untuk diadakan posisi ADUN Wanita dan melantik saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri mewakili Wanita. Alhamdulillah, sepanjang, sepanjang empat bulan ini saya mendapat sokongan dan dokongan daripada semua pihak termasuklah EXCO Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan dalam merangka dan melaksanakan pelbagai agenda dan program ADUN Wanita. Terima kasih saya ucapkan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dengan kewujudan posisi ADUN Wanita ini menunjukkan Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sedar akan kepentingan dan peranan kaum hawa dalam kepimpinan sehingga mengangkat martabat wanita untuk sama-sama kita menyumbang idea ke arah Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. Insya-Allah kehadiran ADUN Wanita di sini bukan sahaja membangkitkan isu-isu berkaitan wanita semata-mata tapi akan

368

Page 96: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

turut mengketengahkan apa jua isu yang dilihat relevan dari sudut pandang kami sebagai seorang wanita yang juga bergelar sebagai ibu, anak, isteri dan juga rakyat Terengganu.

Wanita hari ini bergerak maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran, pekerjaan, kepimpinan dan sebagainya. Kita boleh ambil contoh sahabat saya daripada Ahli Parlimen, contohnya Ahli Parlimen Rantau Panjang, Yang Berhormat Puan Hajah Siti Zailah yang sanggup mengharungi banjir bergadai nyawa untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir tanpa mengira bahaya dan risiko. Begitu juga sahabat-sahabat saya peranan yang besar dimainkan contohnya daripada Yang Berhormat Hajah Mumtaz Nawi yang juga merupakan ADUN Demik dan juga merupakan EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Puan Hajah Rohani Ibrahim daripada ADUN Tanjung Mas, Kelantan dan juga Yang Berhormat Datuk Siti Aisyah Razali, ADUN Merbau Pulas, Kedah. Sesungguhnya dengan izin Allah Subnahu Wata’ala tangan lembut yang menghayun buaian mampu menggegar Sidang DUN Terengganu, insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk wanita Terengganu berjumlah 602,400 orang bagi tahun 2018 ini. Ia meningkat berbanding 561,600 orang pada tahun 2017. Pertambahan bilangan wanita di Terengganu mewujudkan kepelbagaian sosio budaya dan kehidupan semakin mencabar. Insya-Allah ADUN Wanita sebagai pemudah cara ataupun intermideator dengan izin, antara rakyat dan Kerajaan Negeri Terengganu khususnya dalam segmen tertentu tanpa mengira fahaman politik kepartian seiring dengan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin semalam. Sebagai contoh hampir setiap hari saya berjumpa dengan pelbagai individu dan pertubuhan-pertubuhan seperti Kelab Sokongan Kanser Payu Dara Terengganu, Persatuan Ibu-Ibu Tunggal, Persatuan OKU, kakitangan Kerajaan, para usahawan wanita dan lain-lain lagi dan mereka menyatakan hasrat dan juga melontarkan komentar cadangan kepada kepimpinan Kerajaan. Ini amat membantu saya mendapatkan input-input sewajarnya untuk disalurkan kepada Kerajaan.

369

Page 97: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Suka saya berkongsi dalam Sidang Dewan yang mulia ini semasa pertemuan saya bersama dengan penjawat awam Kerajaan baru-baru ini mereka telah mencadangkan agar diwujudkan jawatan khas iaitu pemandu wanita di agensi Kerajaan. Kadang-kala pegawai wanita terpaksa melakukan perjalanan jauh demi tugasan seperti mesyuarat, program rasmi dan sebagainya. Jadi sebagai seorang ibu berkerjaya, mereka mungkin terpaksa menyediakan stok susu perahan buat bayi mereka atau kadang-kadang terlena kepenatan dalam kenderaan. Ini agak kurang selesa jika pemandu adalah daripada kaum lelaki. Justeru, saya ingin mencadangkan agar beberapa ruang pekerjaan dibuka kepada wanita bagi menjamin keselesaan agar lebih memelihara keadaan seperti jawatan pemandu wanita itu. Raikan fitrah wanita sebagai pekerja, ibu dan juga muslimah, insya-Allah. Begitu juga saya pernah didatangi atau dikunjungi oleh kumpulan daripada orang-orang OKU yang memohon agar disampaikan suara dan keperluan mereka agar bangunan atau infrastruktur lebih mesra OKU.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu atas pengumuman Bajet 2019 yang banyak menimbulkan reaksi positif daripada Tuanku Al-Sultan semalam. Terima kasih buat kepimpinan Negeri Terengganu kerana tidak meminggirkan wanita dalam Bajet 2019. Peruntukan khas sebanyak RM2 juta dan Tabung Siti Khadijah bakal membantu golongan wanita dan ibu tunggal meningkatkan ekonomi melalui perniagaan dan keusahawanan. Begitu juga dengan kebajikan anak-anak dari penceraian keluarga juga diambil kira dengan peruntukan RM1 juta melalui Tabung Hadhanah. Saya tidak menafikan kadang-kadang terdapat juga Bajet Khas pada wanita saya nampak dalam Bajet 2019 tidaklah terlalu besar. Tapi saya percaya semua elemen dalam Bajet 2019 ini dapat dinikmati oleh wanita secara tidak langsung. Namun saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang penaiktarafan Dewan dan Pusat Rekreasi Khas Mesra Muslimat atau mesra wanita ini yang telah dibentangkan dalam Bajet 2019 yang lalu. Ia telah mendapat reaksi yang sangat positif daripada masyarakat khususnya wanita. Saya memohon kepada pihak Kerajaan agar ia disegerakan. Ini merupakan Soalan

370

Page 98: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Lisan saya tapi Soalan Lisan telah ditolak. Saya pun tidak pasti kenapa soalan ini ditolak.

Suka saya ingin mencadangkan supaya program yang lain juga diberi kuota khas kepada wanita sememangnya memandangkan kami dalam program yang wajar dibela wanita harus mendapat tempat sewajarnya termasuk dari kalangan beliawanis, orang kelainan upaya, golongan gadis remaja dan juga kanak-kanak. Harapan kami juga agar bajet ini tidaklah sekadar cantik ditangkap di atas kertas dan manis hanya di bibir tanpa perasaan yang cekap di peringkat jabatan dan agensi Kerajaan. Dan yang paling penting sebenarnya rakyat seluruhnya perlu bersama-sama berganding bahu dalam menterjemahkan hasrat ini dengan penuh iltizam.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, umum mengetahui bahawa tema Negeri Terengganu ialah Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera manakala tema Bajet 2019 pula adalah Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera. Namun apakah definisi sebenar sejahtera kepada rakyat Terengganu dalam erti kata yang komprehensif. Adakah semua golongan dapat menikmati kesejahteraan ini? Ini adalah tugas berat kita sama ada kita di peringkat legislatif mahupun eksekutif.

Dan kini suka saya ingin berkongsi dengan Dewan yang mulai ini, tadi saya baru dapat jawapan dari soalan-soalan yang bertulis ada yang menyatakan bahawa keganasan rumah tangga agak membimbangkan. Mengikut laporan statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan jumlah kes keganasan rumah tangga Negeri Terengganu pada tahun 2018 adalah sebanyak 254 kes. Pecahan mengikut daerah adalah Daerah Kuala Terengganu sebanyak 85 kes, Dungun - 53 kes, Hulu Terengganu - 36 kes, Besut - 28 kes, Kemaman - 21 kes, Setiu - 18 kes dan Marang - 17 kes. Kami wanita memandang serius tentang isu-isu keganasan rumah tangga kerana mangsa iaitu wanita sering berdiam diri atau lambat mengambil tindakan apabila didera. Ini wajar diambil perhatian dan tindakan bersama, insya-Allah. Saya juga saya sebenarnya ingin memuji tindakan pihak Polis Daerah Kemaman dalam menangani isu rempit apabila diuar-uarkan dalam media sosial juga media cetak, operasi bersepadu yang dijalankan pada baru-baru ini para remaja dibawa ke masjid untuk Solat Subuh

371

Page 99: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Berjemaah dan membaca Surah Yaasin, satu pendekatan yang sangat baik. Apa yang ingin saya sampaikan di sini supaya peranan Kerajaan, agensi dan pasukan Keselamatan termasuklah NGO dan masyarakat boleh disenergikan untuk mencapai kaedah peyelesaian yang holistik jangka masa panjang dan jangka masa pendek, insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengutarakan beberapa perkara. Pertama, saya amat bimbang terhadap kesedaran rakyat Terengganu tentang kebersihan. Kadangkala budaya tidak sihat ini menjadi bahan jenaka atau troll dengan izin, di kalangan netizen apabila tempat tumpuan pelancong dicemari sampah sekaligus mencemarkan nama baik negeri ini. Kebanyakan sampah pula, terdiri daripada bahan tidak mudah diurai biodegradasi seperti plastik dan polisterin. Jika tidak diuruskan dengan baik, memberi kesan buruk kepada alam sekitar jangka masa panjang. Tambahan pula, Negeri Terengganu merupakan negeri pesisir pantai dan sampah ini boleh mencemari laut yang boleh menjejaskan habitat ikan dan hidupan akuatik.

Profesor Kejuruteraan Alam Sekitar, University of Georgia, Janelle Jamback pernah membuat kajian, Malaysia merupakan negara kelapan pencemaran plastik di lautan dan ini dikuatiri boleh menjejaskan industri perikanan yang menjadi salah satu sumber rezeki rakyat di Terengganu ini. Jika tidak dibendung dengan segera, kerajaan terpaksa berbelanja jumlah peruntukan yang sangat besar untuk menguruskan sisa bahan pepejal dan sampah domestik ini. Sedangkan wang rakyat ini dapat dijimatkan untuk perkara lebih utama ‘mencegah lebih baik daripada merawat atau mengubati’. Itu yang pertama.

Yang kedua, saya suka menyentuh isu perumahan. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah mensasarkan untuk membina 20,000 Rumah Mampu Milik dalam jangka masa 5 tahun dan turut mendapat perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu dan Titah Ucapan semalam. Saya percaya Kerajaan Terengganu sentiasa berusaha keras bagi mencapai sasaran ini. Harapan saya, agar terus diberi peluang yang adil dan saksama kepada pemohon. Saya ingin

372

Page 100: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

mencadangkan agar Jawatankuasa Pemilihan lebih telus dan berintegriti dalam pemilihan permohonan Rumah Mampu Milik ini dan memberi keutamaan kepada ibu-ibu tunggal yang mempunyai tanggungan anak yang ramai.

Yang ketiga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu kerana berjaya meningkatkan jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan pada tahun 2018 kepada RM4.9 bilion seperti dilaporkan semasa kunjungan Yang Berhormat Datuk Ignatius Dorell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke Pejabat Menteri Besar baru-baru ini. Jumlah ini meningkat berkali ganda dari angka RM73.1 juta pada tahun 2017. Saya difahamkan ia berpotensi memberi peluang pekerjaan sebanyak 2,000 pekerjaan mulai 11 projek. Besar harapan saya supaya keutamaan pekerjaan ini dibuka kepada rakyat Terengganu khususnya dan saya juga amat berbesar hati jika wanita anak Terengganu turut diberi peluang dengan kuota khas iaitu melalui dengan beliawanis.

Dan yang keempat, Terengganu terkenal dengan perkembangan Institusi Pendidikan Islam bermula dari pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Sejarah telah membuktikan Pusat Pengajian Islam telah wujud bermula pada abad ke-16 masihi dan terus berkembang pada abad 20 masihi hingga ke hari ini. Jika sebelum ini kebanyakan pusat pendidikan ini diuruskan dan dibiayai hasil derma dan sumbangan orang ramai yang amat terhad dan saya ingin mencadangkan peruntukan RM3 juta yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri berkenaan bantuan berkapita kepada institusi Pendidikan Islam persendirian dimanfaatkan sepenuhnya. Ini termasuklah, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang sekarang ini menjadi pilihan kepada ibu bapa di Terengganu untuk menghantar anak-anak mereka diperingkat pra-sekolah kerana sistem pembelajaran yang komprehensif antara dunia dan ukhrawi dalam membentuk sahsiah dan keperibadian anak-anak. Yang Berhormat Tuan di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk memikul tugas sebagai ADUN Wanita ini. Dan sebagai akhirnya, semoga segala gerak kerja

373

Page 101: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

pentadbiran sentiasa cekap dan telus dengan perdayakan budaya politik matang dan sejahtera di bawah naungan…

YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan): Yang di-Pertua Speaker mohon laluan.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya, bagi laluan dok ADUN Wanita? Ada pencelahan, boleh?

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Boleh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila.

YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan): Mintak penjelasan sedikit berkenaan dengan pra-sekolah tu, institusi mana yang paling berpengaruh di Negeri Terengganu.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Terima kasih kepada Wakil Pengkalan Berangan. Seperti yang saya maklumkan tadi, jelas menunjukkan bahawa pada hari ini, mengikut pemantauan saya bersama dengan masyarakat khususnya golongan wanita di Negeri Terengganu memilih Pusat Asuhan Tunas Islam iaitu (PASTI) menjadi pilihan utama ibu bapa di Terengganu. Tahniah saya ucapkan kepada kepimpinan yang mengangkat pra-sekolah sampai di tahap yang menjadi orang kata sentiasa menjadi suara, menjadi ingatan kepada wanita-wanita, ibu-ibu di Terengganu, insya-Allah.

Akhir kata izinkan saya akhiri dengan serangkap pantun:

Guaner gamok orang kite, Minum teh cicoh kayu kamak, Pakat menuju Terengganu Sejahtera, ADUN Wanita sedia berkhidmat.

Salam perkenalan dari saya Zuraida binti Md. Noor, ADUN Wanita Terengganu, Maju, Sejahtera.

374

Page 102: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Tuan Yang di-Pertua, dengan lafaz rafak dan takzim, saya menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Wanita mohon menyokong. Sekian, terima kasih.YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih ADUN Wanita, yang saya kira ini merupakan ucapan sulong beliau dalam Sidang Dewan Undangan Negeri. Tadi saya nampak, kebanyakan Yang Berhormat mengantuk belaka, apabila Yang Berhormat ADUN Wanita berucap nampak segar belaka. Nampak kita perlu ramai lagi ADUN Wanita insya-Allah pada masa akan datang. Okey, saya nak jemput kawan-kawan kita sebelah sini pula berucap. Sila.

Kita pagi tadi kita banyak missed jadi sepatutnya lebih ramai pagi tadi. Jadi saya rasa kalau dia tak cepat, ramai ketinggalan untuk berucap sebenarnya. Jadi ambil peluang. Sila.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila wakil daripada Kuala Besut. YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Saya start semula. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang di-Pertua. Bismillahilazi laa yaduru ma’asmihi syaiun fil ardi wa la fis samaie wahuwas sami’ul ‘alim. Rabisy rahli sadri wayasirli amri wahlul ukhdatan minlisani yafkahu qauli. Amin.

Yang Berhormat Menteri Besar, barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para Pemerhati dan seterusnya tuan-tuan Sidang Dewan yang saya hormati sekalian.

Terutamanya, alhamdulillah dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi izin kepada saya untuk bersama-sama di waktu petang ni untuk kita mengambil bahagian dalam perbahasan bagi kita membahaskan Titah Ucapan Diraja Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu

375

Page 103: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kelmarin. Saya tengok pada buku teks ucapan ni berjumlah 29 helaian yang mana telah dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku supaya kita sama-sama hayati dan juga kita laksanakan dengan sebaik mungkin.

Dan saya juga sepertimana rakan-rakan yang mana disebut oleh Yang Berhormat Hulu Besut tadi. Kita pun nak cakap banyak-banyak pun jadi macam sakkok jugok. Tapi disebabkan tugas kita di sebelah ni sebagai Pembangkang, kita juga diminta oleh rakyat di bawah sana sebagai orang putih kata check and balance dok? Apa jua tindakan yang dibuat oleh pihak Kerajaan supaya akhirnya supaya natijahnya,supaya keputusannya dapat dicapai sebaik mungkin khususnya kepada rakyat di bawah sana supaya apa jua tindakan, dasar-dasar yang kita putuskan di peringkat Dewan dan juga apa juga peraturan yang kita putuskan, yang kita bahaskan di peringkat Dewan Undangan ini dapat memberi kelebihan dan juga kesenangan demi kepentingan stake holders dengan izin, khususnya pemegang taruh, khususnya para rakyat jelata di Negeri Terengganu.

Jadi, saya pun tak cadang hendak cakap panjang, cuma saya nak sentuh beberapa perkara-perkara yang dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku, iaitu yang pertama, merujuk kepada muka surat 6, Buku Titah Diraja tersebut. Tuanku ada menyatakan bahawa KDNK yang dicapai pada tahun 2018 berjumlah 5.0% adalah lebih rendah daripada KDNK yang dicapai pada tahun sebelum itu iaitu tahun 2017 yang mana pada tahun 2017 adalah sebanyak 5.9 %. Kita semua sedia maklum bahawa dalam kesuraman ekonomi yang kita hadapi bukan saja di peringkat global tapi juga di peringkat Pusat yang mana rata-rata kita dengar keluhan daripada orang kampung, peniaga dan apatah lagi kita di Kuala Besut, apabila kita merujuk kepada pengusaha-pengusaha chalet, resort di pulau-pulau khususnya. Di Kuala Besut, kita ada Pulau Perhentian, pengusaha chalet dan juga resort di Pulau Perhentian menyatakan keluhan mereka bahawa tahun ini, cuti sekolah minggu lepas, sekala-sekala gok, kalau tahun-tahun lepas juga, memang penuh sampaikan kena camping di atas pasir tepi pantai. Tapi, pada tahun ini, jumlah booking, jumlah yang diminta oleh pelanggan-

376

Page 104: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

pelanggan adalah berkurangan daripada tahun-tahun terdahulu. Jadi ....

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Celahan sikit.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Silakan Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Ya, sila.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat Yang di-Pertua, ada fakta ke itu? Saya rasa yang saya kena dulu, gini juga, tak ada fakta juga ini.YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Okey, terima kasih. Tak apa, nanti Exco jawab jerlah.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Masa ucapan tu, kena ada sekali dengan fakta, baru betul. Kalau tak, tak payah sebutlah.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Merujuk kepada Indeks Bursa Saham, kita berdasarkan antara indicator ekonomi yang ada pada masa ini. Pada tahun lepas, pada bulan dua tahun lepas, disasarkan Indeks Mata Bursa Saham pada awal tahun lepas iaitu sebanyak 1,796.81 mata dan dijangka naik pada 2,000 mata pada tahun lepas. Tapi, perkara ini tidak berlaku dan pada hari ini sehingga ke sekarang ini kalau Manir boleh buka indeks saham pun hari ini pada masa lening ini adalah mencatat paras yang agak rendah di peringkat Asia, hari ini saja mencatat 1,634.15 mata. Itu juga salah satu indicator menunjukkan bahawa ekonomi kita adalah berada pada keadaan yang sangat suram. Jadi, kita nak tahulah, rakyat pun nak tahu, rakyat Terengganu nak tahu, rakyat Kuala Besut pun nak tahu, apakah strategi, apakah kaedah-kaedah di peringkat Kerajaan Negeri, apakah penyelesaian di peringkat Kerajaan Negeri untuk kita meningkatkan lagi kadar KDNK daripada tahun 2017 sebanyak 5.9% tiba-tiba 2018, turun kepada 5.0%. Tahun 2019 diharapkan akan berlaku satu lonjakan dan kita nak tahu

377

Page 105: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

apakah strategi di peringkat Kerajaan supaya memberi berita gembira supaya aliran ekonomi dan juga limpahan ekonomi itu dapat berlaku di peringkat negeri kita khususnya kepada rakyat kita.

Perkara yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang yang dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku dalam muka surat 12. Merujuk Buku Titah ini, iaitu antara yang dinyatakan iaitu tentang pembangunan yang ditekankan oleh Tuanku iaitu pembangunan yang seimbang antara daerah hendaklah diberi penekanan khususnya melibatkan daerah-daerah seperti Setiu, Hulu Terengganu dan juga Besut. Jadi, kita khususnya rakyat di Besut secara khususnya nak tahu juga apakah Kerajaan akan membuat satu program, ataupun apakah perancangan di pihak Kerajaan supaya suntikan pembangunan yang baru yang ditekankan oleh Kebawah Duli Tuanku untuk pembangunan di tiga daerah yang seperti disebutkan dalam Buku Titah tersebut.

Perkara yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua yang saya ingin tekankan juga iaitu berkenaan aktiviti dan juga perancangan pelancongan ataupun program-program pelancongan yang akan kita perkasakan lagi di peringkat Negeri Terengganu kerana saya difahamkan di Negeri Terengganu kita juga ada program menyertai program yang dipanggil East Coast Tourism Corridor Lab and Summit dengan izin, ataupun Koridor Pelancongan Pantai Timur yang mana melibatkan kerjasama jalinan, kerjasama antara Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang termasuklah rakan kita di Johor. Dan difahamkan pelbagai mesyuarat, pelbagai makmal, pelbagai program yang telah diatur dan disusun sebegitu rupa, jadi kita ingin tahu apakah perkembangan terkini khususnya untuk makluman penggiat-penggiat ataupun tourism player yang terlibat dalam aktiviti pelancongan di Terengganu supaya mereka boleh sama-sama menyahut dan juga menjayakan apa jua perancangan yang dibuat oleh pihak Kerajaan khususnya melibatkan East Coast Tourism Corridor Lab and Summit yang telah dirancang. Jadi, kita nak tahu apakah progress, apakah perkembangan terkini dan kalau perkembangan itu, kalau Gantt Chart, ataupun perancangan milestone, carta perbatuan, kita tak tahu kita ini di peringkat mana dah, kalau peringkat perancangan ke, peringkat

378

Page 106: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

pelaksanaan ke ataupun masih lagi di peringkat konsep. Dan kita juga membawa suara tourism player dengan izin, iaitu mereka juga ingin mengetahui sama ada Kerajaan Negeri juga akan fokus seperti mana sebelum ini kita ada tagline Visit Beautiful Terengganu untuk tahun sebelum ini sama ada tahun ini kita nak teruskan lagi dengan Visit Beautiful Terengganu yang ada perkataan lain pula, macam Visit Beautiful Terengganu Craft atau Visit Beautiful Terengganu Food Galore dan sebagainya. Itu kita nak tahu apakah perancangan di pihak Kerajaan supaya tourism player, supaya orang kampung, peniaga-peniaga boleh bersama-sama dengan pihak Kerajaan menyahut seruan Kerajaan dengan slogan yang diuar-uarkan oleh pihak Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang berikut yang saya ingin sentuhkan juga adalah yang mana yang disentuh oleh Tuanku pada awal Titah Kebawah Duli Tuanku iaitu kalau ikut muka surat saya tengok ini iaitu muka surat yang kelima, yang mana Tuanku menyeru supaya Negeri Terengganu menjadi antara negeri yang paling harmoni di Malaysia dan mengetepikan politik kepartian dan berilah keutamaan kepada agenda rakyat dan juga pembangunan negeri. Dan sepertimana kata rakan kita daripada Hulu Besut tadi juga kita amat gembira dengan suasana yang penuh harmoni pada kali ini dan kita bermohonlah supaya keadaan ini bukan sahaja berlaku di peringkat Pusat tapi juga di peringkat negeri dan juga di peringkat kampung-kampung. Ini kerana, yalah, nak sebut pun jadi payah juga tapi kena, kita kena maklumkan juga iaitu baru-baru ini kita didatangi oleh beberapa ahli qariah masjid, ada beberapa ahli qariah masjid mari jumpa kita, dia kata amalan yang berlaku baru-baru ini tidak berlaku seperti amalan-amalan sebelumnya iaitu tentang pemilihan Jawatankuasa Masjid di Kuala Besut khususnya. Saya didatangi 2 qariah yang mana dia kata kalau ikut amalan sebelum ini pemilihan Ahli Jawatankuasa Masjid dibuat di masjid dan melibatkan qariah masjid itu sendiri. Nak pilih siapa jawatankuasa, nak pilih siapa AJK dia tapi baru-baru ini perkara tersebut tidak berlaku khususnya di Kuala Besut yang mana menjadi kegusaran menjadi kegelisahan kepada ahli qariah masjid itu sendiri.

Jadi saya membawa suara mereka ni ke dalam Dewan yang mullia ini bagi kita membincangkan supaya ambillah pendekatan yang

379

Page 107: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

sebaik mungkin kerana masjid-masjid ni kita semua sedia maklum bahawa rumah Allah tempat kita bersatu padu, tempat kita beribadat kepada Allah. Jadi moleklah kalau kita buat secara sebaik mungkin, janganlah guna kaedah-kaedah yang boleh memberi kegusaran kepada ahli qariah, janganlah tempoh perkhidmatan saya difahamkan Bulan Sembilan ni baru habis tapi ada dah, ada dah pihak-pihak di kampung sana yang mana telah membawa perkara ni tanpa mengikut saluran yang sebetulnya yang tidak melibatkan pemilihan seperti sebelum-sebelum ni yang sekali gus memberi kegusaran kepada, kepada rakyat dan juga jemaah sehinggakan kita dengar ada menda-menda yang tidak molek takut berlaku di kampung kita. Takut ahli qariah tu lari ke guaner ni. Dan kalau nak tanya fakta gok saya khabor selalulah iaitu di Masjid Al-Jumhuriah Kuala Besut dan juga Masjid Nurul Iman di Kampung Tok Saboh. Jadi mohonlah pihak kerajaan supaya tengoklah sebaik mungkin sebab kita nak di masjid ni berlaku perkara-perkara yang molek dan kita dalam program penyatuan ummah ni jadi saya harap penyatuan ummah ni bukan sahaja berlaku di peringkat atas, peringkat pemimpin tetapi juga berlaku di peringkat bawah ni juga.

Dan sebagai akhirnya Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhirnya untuk sama-sama kita mengembling tenaga demi Negeri Terengganu yang lebih maju lagi pada masa akan datang. Saya juga ingin membawa suara di kampung saya, ada suara sikit ni, iaitu tentang penternakan ikan air tawar di Kampung Seri Kemunting, di Sungai Seri Kemunting, lama doh dia buat ni tapi baru-baru ni menjadi kegusaran mereka kerana ada ikan mati dan juga masalah-masalah lain melibatkan pencemaran. Jadi saya mohonlah pihak Kerajaan bersama-sama dengan pihak jabatan sebab saya tak mahu apa yang berlaku seperti pengajaran kita di Pasir Gudang Johor tu berlaku di tempat kita. Jadi marilah kita mengambil langkah pencegahan yang mana kita semua sedia maklum bahawa mencegah tu memang jauh lebih baik daripada, daripada mengubat.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak kerana telah memberi peluang kepada saya, dengan ini Kuala Besut mohon menyokong Titah Ucapan. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

380

Page 108: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih kepada Kuala Besut. Sila sesiapa Ahli Yang Berhormat yang ingin berucap. Wakil daripada Sura. Sila.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, alhamdulilahir rabbil alamin. Wassalatu wassalamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Alhamdulillah terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saf pimpinan atau barisan Exco, rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para Pemerhati, serta hadirin-hadirat yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, pertamanya saya melafazkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana pada petang ini saya dapat mengambil bahagian dalam perbahasan Ucapan Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana memberikan laluan untuk saya menyampaikan ucapan pada petang ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, perkara pertama yang saya ingin sebut dalam ucapan saya pada petang ini ialah berkaitan dengan harapan Tuanku supaya dapat kita menwujudkan suatu urus tadbir dan juga mewujudkan suatu hidupan masyarakat yang harmoni di Negeri Terengganu ini tanpa mengira parti dan alhamdulillah, saya kira selepas PRU Ke-14 Negeri Terengganu adalah di antara negeri yang saya kira memperlihatkan budaya politik yang baik, yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Dan sesuailah dengan saranan Tuanku Al-Sultan supaya kita semua dapat berganding bahu dalam memastikan kesinambungan kecemerlangan pentadbiran untuk membawa kesejahteraan kepada kehidupan rakyat. Dan kita sebenarnya telah diberikan panduan oleh Allah Subhanahu Wata’ala melalui firmannya:

حيم الر حمن الر ه الل بسمقوا ه جميعا وال تفر � واعتصموا بحبل الل  

Yang bermaksud: Berpegang teguhlah kamu dengan tali yakni Agama Allah dan jangan kamu bercerai berai.

381

Page 109: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Inilah sebenarnya suatu prinsip yang perlu ada di kalangan kita umat Islam. Dan juga apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Hulu Besut sebentar tadi. Kita umat Islam perlu bersatu dan kesatuan kita mestilah di atas dasar agama di atas satu akidah yang mana itulah prinsip yang boleh kita bersama dengan menerima Islam sebagai dasar, dalam menerima Islam sebagai agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan kita sebagaimana juga firman Allah:

جيم الر يطان الش من ه بالل أعوذه لكم عدو يطان إن بعوا خطوات الش لم كافة وال تت ذين آمنوا ادخلوا في الس ها ال � يا أي

مبين

Yang Bermaksud: Wahai orang yang beriman, terimalah masuklah ke dalam Islam keseluruhnya dan jangan kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.

Maka atas prinsip itulah, insya-Allah kita daripada parti PAS sentiasa berlapang dada untuk menerima kerjasama dalam melaksanakan agenda kehidupan masyarakat dalam urus tadbir peringkat negeri dan juga negara. Kita mengharapkan khususnya kepada kepimpinan kita akan berusaha mencari jalan untuk mewujudkan kesepakatan bersama dalam memastikan kuasa politik Islam Melayu dapat dikembalikan semula khususnya di peringkat Nasional, di peringkat Pusat yang mana pada hari ini kita semua maklum berbagai-bagai perkara, berbagai isu yang telah menyentuh berhubung kait dengan bangsa kita, berkaitan dengan agama kita, berkaitan dengan bahasa dan budaya kehidupan masyarakat kita di Malaysia ini. Insya-Allah dengan usaha ini kita doakan semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada Ucapan Titah Tuanku yang menyatakan bahawa hasil negeri kita, Hasil Cukai negeri kita daripada tahun 2017 yang berjumlah RM57.46 juta telah meningkat kepada RM77.99 juta pada tahun 2018 dan Hasil Bukan Cukai juga meningkat daripada RM188.58 juta kepada RM205.29 juta. Ini suatu peningkatan yang menggambarkan usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak

382

Page 110: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Kerajaan Negeri dalam memastikan ekonomi negeri kita tidak terlalu bergantung kepada royalti yang selama ini kita semua maklum, Negeri Terengganu kita sangat bergantung kepada hasil royalti sehingga 80%. Jadi saya mengharapkan usaha yang lebih baik, usaha yang lebih bersungguh daripada kepimpinan Kerajaan Negeri bagi memastikan hasil-hasil ini terus meningkat pada tahun-tahun yang akan datang.

Seterusnya kita melihat, bahawa pelaburan juga dijangka meningkat sehingga RM4.9 bilion dan apa yang saya ingin nyatakan di sini agar Kerajaan dan juga kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu kita supaya dapat menjaga ataupun menegaskan berkaitan dengan kuota pekerja bagi rakyat Negeri Terengganu kerana kita pernah dengar suara-suara masyarakat kita yang menyatakan negeri kita dilimpahi oleh tenaga-tenaga pekerja luar yang begitu ramai. Jadi penegasan kerajaan terhadap kuota untuk penduduk Negeri Terengganu perlu kita tegaskan kepada pihak-pihak yang terlibat.

Dan seterusnya saya ingin juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada seluruh rakyat Terengganu dan juga kepimpinan negeri dan juga khusus kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jabatan Agama Islam yang telah terus mencipta kecemerlangan kepada anak-anak kita yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM yang lalu. Tinggal lagi apa yang ingin saya suarakan pada petang ini ialah di mana Imtiaz sebuah Sekolah Menengah yang berteraskan kepada agama, yang khususnya saya ingin sebut ialah Sekolah Menengah Imtiaz Daerah Dungun yang mana saya melihat anak-anak kita yang cemerlang yang belajar di Imtiaz itu terpaksa tinggal di penempatan yang ditinggalkan oleh syarikat perlombongan bijih besi sejak tahun 60an dan 70an dahulu. Sehingga hari ini Imtiaz berada di tempat ataupun di rumah yang ditinggalkan itu. Begitu juga satu lagi ialah Imtiaz yang ditinggalkan oleh MRSM. Jadi saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri dan pihak Yayasan Terengganu dan mungkin juga pihak MAIDAM supaya dapat menyediakan infrastruktur ataupun binaan baru kepada Sekolah Imtiaz Daerah Dungun ini. Memandangkan Imtiaz di daerah-daerah lain saya rasa mempunyai bangunan yang begitu baik, maka saya mengharapkan Imtiaz Daerah Dungun tidak

383

Page 111: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

ditinggalkan kerana semua anak-anak kita ini adalah merupakan anak-anak yang cemerlang yang perlu kita sentiasa memberikan perhatian.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin juga menyentuh Ucapan Tuanku pada muka surat 25 berkaitan dengan TDI (Tabung Darul Iman). Alhamdulillah rakyat kita seramai 25,000 orang telah menikmati sumbangan daripada TDI berjumlah RM24 juta, tinggal lagi suara yang sering kita dengar ialah proses pemberian sumbangan itu memakan masa yang agak panjang hingga sampai empat, lima, enam bulan dan juga saya pernah turun untuk menyampaikan sumbangan dan apabila sampai ke rumah berkenaan rupanya tuan rumah telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Maka inilah perkara-perkara yang perlu pihak TDI mengambil perhatian supaya dapat kita mengadakan satu mekanisma yang dapat memproses dan memberikan khidmat yang lebih cepat kepada anggota masyarakat kita yang perlu kepada bantuan.

Dan seterusnya saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan peniaga-peniaga kita usahawan kita yang mana alhamdulillah saya melihat di Daerah Kemaman misalnya dia ada Binjai Souq, di Daerah Besut ada Jerteh Souq yang menjadi setempat untuk peniaga-peniaga, usahawan-usahawan bumiputera kita berniaga. Maka konsep itu boleh kita lebar luaskan ke daerah lain khususnya saya sebut untuk Daerah Dungun yang mana peniaga-peniaga kita, usahawan kita Daerah Dungun tidak ada lagi satu tempat untuk mereka berniaga. Perkara ini telah berulang kali saya sebut dalam perbahasan Ucapan Dewan masa menjadi Pembangkang pun saya sebut supaya pihak Kerajaan dapat menyediakan satu tempat untuk peniaga-peniaga bumiputera kita bertapak meniaga supaya kita dapat menyediakan prasarana yang lebih baik kepada mereka. Kalau Dungun saya kira tempat yang sesuai ialah di tapak pasar buah Sura Gate yang perlu dinaiktaraf kerana bangunan itu sudah memakan masa yang begitu lama dan dengan suasana perkembangan ekonomi hari ini rasanya perlu dinaiktaraf dan dibina baru, semoleknya dibina barulah.

Seterusnya Yang di-Pertua, bahawa negeri kita ini merupakan salah satu daripada sumber ekonomi kita ialah dari sudut

384

Page 112: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

pelancongan. Sebagaimana yang disebut tadi banyak tempat-tempat yang menjadi tumpuan kepada pelancong-pelancong luar untuk datang ke Negeri Terengganu dan salah satu daripada tempatnya ialah pasar. Pasar ini perlulah kita sentiasa mempertingkatkan dia punya kemudahan-kemudahan dan juga keselesaan kepada pengunjung. Saya sebut ini khususnya di Pasar Dungun yang mana pihak Majlis Perbandaran Dungun menyatakan bahawa pihak Majlis kekurangan dari segi peruntukan untuk memperbaiki dan juga menaiktaraf pasar yang perlu pihak Kerajaan Negeri membantu pihak Majlis ini bagi pihak Majlis dapat menyediakan prasarana dan suasana yang lebih selesa kepada pengunjung kerana pengunjung-pengunjung, pelancong ini memang pasar adalah merupakan tempat tumpuan mereka untuk membeli belah. Jadi keselesaan kepada pengunjung dan pembeli sangat perlu diutamakan bukan sahaja dari sudut kebersihan sebagaimana yang disebut malahan suasana yang kondusif yang lebih selesa kepada pengunjung dan juga pembeli. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan muara Sungai Dungun walaupun insya-Allah soalan saya akan saya persoalkan pada hari esok tetapi saya ingin menyatakan di sini bahawa masalah kecetekan muara Sungai Dungun ini telah meninggalkan kesan yang tidak baik kepada hampir 1,000 lebih nelayan di kawasan Dungun dan juga kepada aktiviti pelancong nak keluar masuk ke muara sungai. Jadi pihak Kerajaan telah mengambil pendekatan iaitu dengan memberikan kebenaran kepada sebuah syarikat untuk mendalami muara Sungai Dungun dan pada 25 haribulan yang lalu pihak Exco telah turun untuk melihat dan pada hari tersebut memang kita lihat kapal yang mengorek pasir itu ada berhampiran dengan muara dan seolah-olah memperlihatkan kepada kepimpinan negeri bahawa kerja mendalami muara sungai itu telah dilaksanakan. Tapi sebenarnya itu sebagai satu lakonan dari pihak syarikat kerana pada hari esoknya bila saya melihat saya meninjau kapal itu sudah tidak ada di muara sungai, mereka sudah beralih di kawasan yang lebih jauh daripada muara. Jadi saya berharap supaya pihak Kerajaan melalui agensi jabatan yang berkenaan supaya dapat memantau aktiviti mendalami muara sungai ini supaya memberikan keselesaan kepada nelayan kita keluar-masuk untuk mencari rezeki dan juga kepada agensi-agensi yang terlibat

385

Page 113: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

dalam aktiviti pelancongan supaya tidak menjadi suatu halangan kepada mereka dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat tempatan dalam masa yang sama kita dapat meningkatkan produktiviti kita hasil kepada negeri dan penduduk tempatan kita.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya kira itulah di antara beberapa perkara yang sempat saya sebut pada petang ini. Mudah-mudahan ianya menjadi suatu yang akan diambil perhatian oleh pihak barisan Exco kita dalam memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat di daerah dan juga di Negeri Terengganu kita ini. Jadi dengan itu saya menyokong Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan dan saya sudahi dengan ucapan wabillahi taufik wal hidayah. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Wa’alaikumusalam warahmatullah. Terima kasih pada Wakil Sura. Memandangkan saya nampak tadi ramai lagi yang hendak berucap sebelum saya tangguh sementara harap dapat kembali semula ke Dewan mengikut masa ditetapkan. Oleh itu Yang Berhormat sekalian saya tangguhkan sementara Dewan ini dan disambung semula pada pukul 4.00 petang.

DEWAN DITANGGUH PADA PUKUL 3.45 PETANG.

386

Page 114: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

PUKUL 4.00 PETANG

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim. Asalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Mesyuarat disambung semula. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya persilakan siapa lagi yang hendak bercakap? Sila, Wakil Rantau Abang.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Asalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil alamin. Wal’aqibatulil muttaqim wa’ala adwa nailla alazzolimin. Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Qola Rabbisy rahli sadri wayasirli amri wahlul ‘uqdatan minlisaani yafqahu qauli. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ketua-ketua Jabatan, rakan media, Pemerhati yang dihormati Allah sekalian.

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama hingga ke petang ini walaupun nampaknya dah makin susut. Namun, kerja buat kita terpaksa kita teruskan. Dan sempena Sidang Dewan kali ini terima kasih saya mengucapkan kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana membenarkan, mengizinkan saya untuk mengambil kesempatan dalam Ucapan Menjunjung Kasih Tuanku. Dan alhamdulillah sekali lagi Kerajaan baru dengan para-para Exco

387

Page 115: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

dan kakitangan Kerajaan dapat melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan baik dan sempurna. Kita mengharap dan berdoa kepada Allah, mudah-mudahan Allah memberi kekuatan, tenaga, buah fikiran untuk kita lalui apa sahaja perancangan yang dirancangkan oleh Kerajaan Negeri yang baru memerintah 10 bulan ini.

Kerajaan baru telahpun meletakkan PITAS 2030 sebagai suatu Pelan Induk Terengganu Sejahtera untuk memajukan apa sahaja program, sama ada ekonominya, sosialnya, pendidikannya dan yang lain selaras dengan apa yang dirancangkan dalam PITAS. Dan alhamdulillah dalam membangun modal insan untuk menerajui Kerajaan Terengganu ada tujuh prinsip yang telah diletakkan dalam PITAS ini. Perkara ini harus difahami oleh seluruh yang ada dalam Dewan yang mulia ini untuk kita sama-sama memperkasakan apa sahaja hala tuju kita dan apa sahaja penyelesaian kita, kita tidak boleh lari daripada elemen yang pertama.

Elemen yang pertama ini, pematuhan kepada prinsip Islam. Sebagai orang Melayu yang beragama Islam, insya-Allah kita memahami prinsip yang pertama ini dan sebagai kita yang mengaku beragama Islam, kitalah yang akan ke depan, apa sahaja halangan yang datang, kitalah yang dahulu supaya Islam yang kita ketahui agama yang diterima disisi Allah ialah Islam:

Sebab itulah dalam Titah Ucapan Tuanku, banyak perkara yang telah disentuh tetapi, kita lihat Tuanku memetikkan bahawa ada kuasa-kuasa, cakap-cakap yang cuba hendak melemahkan Islam ini, lebih-lebih lagi berkaitan dengan Institusi Diraja. Kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam mesti meletakkan ini, dan setiap penyelesaian mestilah mengikut penyelesaian Islam.

عليه يعلى وال يعلو االسالم(Islam itu tinggi, tidak ada yang lebih tinggi)

388

Page 116: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Siapa yang hendak meninggikan Islam kalau tidak kita yang mengaku beragama Islam, maka kitalah yang dipertanggungjawabkan untuk kita selesaikan apa sahaja permasalahan dengan kita letakkan Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai panduan perlembagaan kita.

Perkara yang saya hendak kemukakan berkaitan dengan prinsip Islam ini, satu daripadanya yang sedang berjalan berkuat kuasa dalam masyarakat kita, dan masyarakat kita terpengaruh dengan budaya ini iaitu budaya pinjam dengan Ah Long, di merata-rata tempat ditampal, tetapi masyarakat kita yang dalam keadaan kesempitan terpengaruh dan menerima bantuan ini. Dan apa yang terjadi mereka tak lama, mereka terpaksa menunaikan janji-janji yang telah diberi oleh Ah Long-Ah Long yang tidak diberi apa-apa kebenaran, maka di kebanyakan daerah-daerah telahpun diambil tindakan menjatuhkan banner-banner ini. Tetapi ianya sekadar di situ sahaja. Maka saya mengambil kesempatan atas rungutan masyarakat supaya perkara ini perlu diambil tindakan sewajarnya supaya masyarakat kita tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang boleh tidak menyebabkan mereka hidup dalam keadaan ketakutan. Sudahlah perkara tersebut melanggari syariatnya. Dan dalam prinsip ini ditekankan tentang insan berkualiti yang merupakan aset terpenting negeri. Dan alhamdulillah kita tahu Kerajaan Negeri senantiasa memberi peluang-peluang untuk melahirkan modal insan supaya modal insan ini menjadi tenaga penggerak masa akan datang. Sebab itulah usaha kerajaan dengan membina sekolah-sekolah yang berasaskan Pendidikan Islam. Kita hendaklah memberi keyakinan dan memberi kerjasama kepada penubuhan sekolah-sekolah SRIDI dan SMIDI seterusnya ke peringkat Universiti.

Yang ketiga prinsipnya ialah kekayaan dan hasil tempatan adalah untuk rakyat. Oleh itu kita mengharapkan, Negeri Terengganu yang Allah kurniakan petroleum dan hasil galian yang banyak. Kita mengharapkan peluang-peluang pekerjaan dibuka luas seperti yang dijanjikan walaupun tidak semudah itu, dengan kebanjiran tenaga-tenaga kerja daripada luar. Cuma kita mengharapkan perlu ada kuota seperti yang disebut tadi. Saya sebut sekali lagi ni, supaya perkara ini menjadi agenda utama kita dalam kita menarik pelabur-pelabur luar datang ke tempat kita supaya anak tempatan

389

Page 117: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

tidak ketinggalan. Anak tempatan mempunyai kepakaran-kepakaran kerana anak-anak remaja kita telahpun ramai keluar daripada pusat-pusat pengajian dan juga pusat-pusat kemahiran. Maka saya rasa peluang begitu terbuka kepada anak-anak remaja dan kitalah yang meletakkan dasar ini, supaya pelabur-pelabur dapat mematuhi sebahagian daripada kuota yang kita peruntukan. Kuota perlulah munasabah sesuai dengan perbincangan dua pihak. Oleh kerana mengejar masa saya tinggal lima lagi prinsip ini, cuma saya tegaskan prinsip PITAS ini perlu kita ambil perhatian yang baik supaya apa yang kita rancang mesti kita letakkan perancangan PITAS ini mendahului perancangan-perancangan yang lain.

Seterusnya, alhamdulillah soalan berkaitan dengan silika kebetulan berada dalam berhampiran dengan DUN Rantau Abang dan DUN Pengkalan Berangan dan kita yakin EXCO yang diamanahkan dapat melaksanakan perancangan yang telah dirancang sebelum-sebelum ini. Kita sangat-sangat mengharapkan supaya Terengganu Silica Valley ini biar menjadi sebab telah lama diperbincangkan dan saya yakin sudah ada satu keputusan. Cuma kita mengharapkan seperti yang dirancang supaya menjadi di mana kita tidak mahu hanya silika mentah sahaja dikeluarkan sedangkan pembangunan kilang tidak berlaku. Dan saya kira ini dalam perancangan dan saya mengharapkan kerana peluang-peluang pekerjaan ini amat-amat diperlukan oleh penduduk sekitar Rantau Abang dan Pengkalan Berangan, Jambu Bongkok.

Perkara seterusnya ialah, perkara ketiga yang ingin saya bangkitkan dalam kesempatan ini adalah berkaitan dengan Pelan Strategik Hala Tuju Pertanian Negeri Terengganu 2019 hingga 2023 yang terkandung dalam muka surat 21 dalam Buku Titah Ucapan Tuanku. Saya rujuk di kawasan saya iaitu Rantau Abang, kawasan ini perlu dibangunkan potensinya ada iaitu di muara Sungai Dungun bermula daripada Nibong sampai ke Delong. Ini merupakan suatu tempat yang paling sesuai. Dan bulan ini merupakan bulan Tuntung bertelur dan kita mengharapkan perkara ini menjadi perhatian Kerajaan Negeri supaya dibangunkan daripada Nibong sampai ke Delong untuk dijadikan pusat bertelur dan juga merupakan tempat tarikan pelancong selain daripada kawasan-kawasan Perikanan Air Tawar.

390

Page 118: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, masa dah cukup.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Akhir sekali, berkaitan dengan Rumah Mampu Milik yang telah dijanjikan dalam Sidang yang lepas iaitu bagi DUN Rantau Abang sebanyak 310 unit rumah akan dibina di Kuala Abang. Sebelum ini 2016 di bawah PRIMA pun telah dijanjikan tapi tidak menjelma. Saya mengharapkan atas permintaan masyarakat setempat dan permintaan masyarakat Negeri Terengganu berkaitan dengan pemilikan rumah, saya mengharapkan perkara ini perlu mendapat perhatian dan kalau boleh disegerakan. Jadi sekadar itu, saya daripada Rantau Abang menyokong. Wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Wa’alaikummussalam. Terima kasih Rantau Abang. Saya persilakan sila Wakil Bandar.

YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Alhamdulillahi bi ni’matihi tatimmus solihat. Asyhadu alla ilaha illallah, wahdahu la syariqalah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu warosuluh. Allahumma salli wasallim’ala habibina wasyaf’ina Muhammad wa’ala alihi wassahbihi wattabi’ina lahum bi ihsani ilaihimiddin. Amma ba’d.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya turut sama membahas dan juga merafak sembah ucapan penghargaan dan menjujung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan kerana menyampaikan Titah Diraja di dalam Sidang Dewan kali ini.

Alhamdulillah, setelah kita mendengar sebahagian besar daripada perbahasan, dan setelah kita mendengar juga titah daripada Baginda Sultan yang telah menyatakan kegembiraan Baginda berhubung dengan suasana politik dan juga Kerajaan Negeri Terengganu. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada barisan pimpinan Kerajaan Negeri Terengganu, khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga

391

Page 119: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

rakan-rakan kita, daripada penasihat yang turut sama menjadikan suasana politik Negeri Terengganu begitu baik, harmoni dan ceria.

Tuan Yang di-Pertua seterusnya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, keadaan harmoni ini sebenarnya berkait rapat, dengan perkembangan ekonomi Negeri Terengganu, di dalam Titah Baginda ada menekankan bahawa perlunya Kerajaan Negeri Terengganu, memperkasa dan menambahkan pelabur-pelabur supaya mereka tertarik datang ke Negeri Terengganu. Suasana yang seperti inilah yang patut kita wujud, dalam iklim politik yang stabil, barulah ada keberanian para pelabur untuk sama-sama turut melabur dan memajukan Negeri kita. Saya cukup merasakan banggalah dengan Kerajaan dan juga rakan-rakan kita yang banyak memberi kerjasama supaya kita dilihat di antara Pentadbiran Negeri yang ada di dalam Malaysia yang terbaik sehingga hari ini. ...(Tepukan sokongan) ....

Tuan Yang di-Pertua, walaupun pelaburan yang masuk pada tahun lepas, tahun 2018 mencatat RM4.9 bilion tetapi jumlah yang seperti ini boleh lagi kita tambah, dengan kita menyediakan suasana yang mesra kepada pelabur. Saya juga ingin menyentuh berhubung dengan pembangunan Negeri Terengganu yang komprehensif yang bukan sahaja melibatkan penggunaan potensi yang ada dalam Negeri Terengganu sepertimana sumber asli, kawasan-kawasan pelancongan yang sedia ada yang memang cantik dan indah. Sumber air kita, sungai-sungai yang menarik tetapi juga pembangunan kita perlu kepada melihat Pembangunan Insan, kerana pembangunan yang kita tempa, tanpa membangun insan sudah pasti akhirnya menuju kepada kepincangan.

Saya juga ingin menyatakan persetujuan dan menyokong penuh apabila Kerajaan Negeri telah berusaha untuk menubuhkan Sekolah Rendah Islam Darul Iman dan juga Sekolah Menengah, selaras dengan hasrat Pembangunan Insan bukan sahaja kita mahu melihat rakyat kita mempunyai pendidikan yang sempurna, cemerlang tetapi dalam masa yang sama juga mempunyai sahsiah yang cemerlang. Sama-sama kita merakamkan tahniah kerana pada tahun ini pada tahun 2018, SPM kita dan juga STPM kita mencatat keputusan yang cemerlang. Dan juga kita mengharapkan ianya dapat diteruskan dan diberi galakan yang

392

Page 120: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

sebaik-baiknya kepada pelajar-pelajar kita sehingga sampai kepada peringkat yang lebih tinggi di universiti.

Sebelum ini saya ada juga nak buat soalan tapi tak sempat pada hari ini, cuma saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk memberi cadangan, di mana mahasiswa kita yang sudah selesai menghabiskan pelajarannya yang telah mencapai keputusan yang cemerlang, kita boleh tukarkannya daripada pinjaman kepada biasiswa, sekiranya ia adalah di bawah pinjaman Kerajaan Negeri Terengganu. Ini bukan sahaja boleh menggalakkan mahasiswa para pelajar kita untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh tetapi ia akan menyediakan ruang dan peluang bagi pelajar tersebut untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Yang Berhormat Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Dewan, di antara penekanan yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan berhubung dengan Negeri Terengganu yang perlu dijenamakan sebagai destinasi eko-pelancongan kerana Negeri Terengganu memang terkenal dengan tempat-tempatnya yang memang cantik. Adalah malang kalau sekiranya kita tidak dapat memaksimumkan atau mengguna kelebihan yang ada pada Negeri kita ini. Ada beberapa tempat yang memang sudah cantik dan di sana ada tempat yang kalau sekiranya kita tambah sedikit sahaja nilai maka dia akan menjadi tempat yang boleh menggamit para pengunjung sama ada dari dalam dan luar Negara. Saya mengharapkan pihak Kerajaan memandang serius tempat-tempat yang seperti ini dan di antaranya mungkin yang boleh kita tambah nilai sepertimana Taman Tamadun Islam, tempatnya dah cantik, keluasannya cukup, tetapi ada sedikit kekurangan yang perlu kita perhati, kalau kita tanya ramai pengunjung-pengunjung ada yang menyebut, kalau dibina di sini Taman Permainan kanak-kanak, dibuka kolam, lagi meriahlah tempat itu. Jadi ini di antara perkara yang boleh diambil perjalanan oleh pihak Kerajaan khususnya Bahagian Pelancongan kerana tempat-yang sedia ada ini memang sudah cukup cantik cuma nak tambah nilai sikit lagi. Begitu juga tempat-tempat yang lain di pesisir pantai, pesisir sungai, yang ini juga perlu diberi perhatian sesuai dengan Titah Baginda dan bukan sahaja tempat ini ia dikunjungi oleh pengunjung tetapi boleh menjana pendapatan kepada penduduk dan juga kepada Kerajaan.

393

Page 121: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Sudah pasti tempat yang seperti ini memerlukan penginapan dan perlu kepada makan minum begitu juga hasil kraftangan boleh kita satukan. Saya rasa pihak kerajaan perlu juga melihat bagaimana pakej pelancongan yang ada di Negeri Terengganu yang mesti ataupun menggaris pandu agensi-agensi ataupun mereka yang terlibat dengan aktiviti pelancongan ini memasukkan dalam jadual program mereka tempat-tempat yang melibatkan hasil-hasil kraftangan galeri-galeri penduduk setempat. Yang ini juga kalau sekiranya kita ambil perhatian, Kerajaan mendapat pendapatan, rakyat juga boleh berniaga dan industri warisan kita juga tidak akan pupus.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan berhubung dengan sukan kita yang telah melakar kemenangan yang cemerlang. Tahniah kepada EXCO Sukan kita bersama dengan Majlis Sukan Negeri dan juga barisan kepimpinan Kerajaan Negeri di atas kesungguhan sehingga kali ini Terengganu menjadi juara dalam SUKMA 2018. Tetapi walaupun kita telah mencapai kemenangan banyak lagi ruang-ruang yang boleh kita penuhi daripada aktiviti sukan yang boleh dimanfaatkan dan mendatangkan kebaikan rakyat Terengganu.

Seterusnya saya juga ingin menyentuh berhubung dengan pertanian. Walaupun Negeri Terengganu dikenali dengan hasil-hasil pertanian dan juga penternakan, tetapi di sana ada rungutan yang berkait dengan industri perikanan para nelayan kita yang berdepan dengan ancaman nelayan-nelayan daripada luar negara kerana mereka ini bukan datang dengan bawa pukat semata-mata, tetapi mereka datang bersama dengan senjata. Jadi kita mengharapkan pihak Kerajaan mengambil perhatian di samping mereka ini merosakkan ekosistem yang ada di dalam laut dengan menggunakan pukat-pukat yang tidak dibenarkan. Jadi ini di antara perkara serius yang akhirnya merugikan Negeri dan telah mengurangkan pendapatan para nelayan kita.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga isu rumah yang telah disentuh oleh beberapa Ahli Yang Berhormat sepertimana yang telah dimaklumkan Kerajaan berhasrat untuk membina 20,000 unit rumah sepanjang 5 tahun ini. Walaupun angka ini memang angka yang belum mencukupi lagi bila dirujuk kepada permintaan yang

394

Page 122: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

telah melebihi 100,000 permohonan tetapi kita hanya baru berjanji nak buat 20,000 dan apabila Tuanku Sultan telah menegaskan di antara maklumat bahawa Kerajaan telah mengenalpasti tempat-tempat untuk menyediakan rumah tersebut yang melibatkan 710 unit ini merupakan langkah yang bijak dan baik dan saya rasa belum mencapai kepada apa yang kita hasratkan. Saya merayu bagi pihak rakyat Negeri Terengganu supaya Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan lebih lagi peruntukan untuk menyediakan Rumah Mampu Milik kepada rakyat.Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh perkara yang pertama yang telah dititah oleh Tuanku Sultan walaupun ucapannya diawal tetapi saya mengambil peluang untuk diakhir, biasanya yang akhir ini orang ingat yang dulu-dulu tidak ingat. Yang akhir ini ialah berkait dengan isu yang melanda Negara kita sekarang yang digusar oleh Tuanku Al-Sultan dan juga ramai orang apabila ada pihak yang sudah berani untuk menyatakan perkara-perkara yang boleh mengganggu dan mencemar Agama Islam. Tuan Yang di-Pertua seerta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kalau kita melihat kepada apa yang berlaku sekarang ini semua bukan silap sesiapa tetapi silap kita sendiri apabila kita tidak mempunyai sensitiviti dan kita tidak boleh bersepakat untuk mempertahankan Islam dan mempertahankan agama kita serta bangsa kita maka ia sudah menjadi satu perkara yang memberi peluang kepada pihak lain.

Tuan Yang di-Pertua, jadi oleh kerana itu mengambil kesempatan pada hari ini untuk sama-sama memperkuatkan semangat mempertahankan agama dan mempertahankan bangsa kita Bangsa Melayu dan kita tidak pernah lupa hak-hak orang lain. Akhirnya saya ingin membaca satu hadis kesempatan yang ringkas. Ansaubana Radhiallah wa anhu qola Rasulullahi Salallahi Wassalam:

395

Page 123: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Riwayat Abu Daud daripada Sauban Radhiallahu anhu Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam bersabda: Hampir tiba masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya apakah dari kerana sedikit bilangan kami Ya Rasulullah. Rasulullahi Sallahu ’Alaihi Wassalam menyatakan bahawa bahkan kamu ketika itu ramai seperti buih di lautan tetapi Allah Subhanahu Wata’ala telah mencabut daripada hati musuh kamu gerunnya mereka terhadap kamu dan Allah Ta’ala mencampakkan penyakit Wahan di dalam hati kamu, di dalam diri kamu, maka mereka bertanya kepada Rasulullah “Wamal Wahnu Ya Rasulullah?” Apa dia Al-Wahan itu? Qala, Sabda Rasulullah mereka ini cintakan dunia dan takutkan mati. Saya sudahi ucapan saya, Bandar mahu menyokong. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Wakil Bandar. Sila angkat tangan siapa lagi nak berucap? Siapa yang nak berucap, sila angkat tangan lagi? Saya nak sebutkan lebih awal kalau yang tak angkat tangan memang nak berucap memang kita kesuntukan masa besok sebab kita dah kelewatan kerana beberapa program sampingan tadi dan sebahagian daripada Ahli Yang Berhormat masuk tidak mengikut jadual. Oleh sebab itu, esok sebenarnya saya akan bagi sikit lagi peluang untuk Ahli Yang Berhormat yang berbaki yang yang belum berucap tapi akan digulungkan oleh pihak Kerajaan juga esok. Jadi, kalau mengikut pada masa, terpaksa saya nampak, kalau nak gulung pun akan makan masa, perlu Usul untuk Melanjutkan Tempoh Masa selepas

396

Page 124: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

pada pukul 5.00 petang. Jadi, sekarang ni saya nak bagi peluang yang terakhir, yang terakhir tapi berucap 3 minit sebelum pukul 5.00. Siapa nak berucap? Yang terakhir petang ni. Sila, 3 minit sebelum pukul 5.00 saya minta berhenti oleh kerana, kalau tidak terpaksa Usul Lanjut Tempoh Masa. Dipersilakan Wakil Manir.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat EXCO-EXCO Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan dan Pemerhati yang dirahmati oleh Allah Ta’ala sekalian. Mengambil bahagian dalam Ucaptama Menjunjung Kasih Titah Tuanku yang dapat kita lihat bersama hasrat Baginda Sultan sebagaimana yang tertera di dalam ucapan baginda yang kita sama-sama teliti pada malam semalam, alhamdulillah kita melihat bagaimana respon yang sangat positif daripada Tuanku Al-Sultan mengenai perjalanan Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama barisan EXCO yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, hari ini tempoh Kerajaan Negeri Terengganu menghampiri usia setahun. Yang mana saya yakin seluruh mereka yang diberi tugas dan tanggungjawab Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat-Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri melalui fasa-fasa proses mengenalpasti permasalahan punca sebenar dan menghuraikan kemelut permasalahan-permasalahan yang ditemui di dalam tanggungjawab yang digalas oleh mereka. Dan saya yakin bahawa fasa ini adalah satu fasa yang sangat kritikal kerana bagi memahami sesuatu yang ditinggalkan oleh mereka yang terdahulu adalah sesuatu yang sangat mencabar. Tetapi dengan kematangan, kita boleh puji kebanyakan Pegawai-pegawai Kerajaan memberikan kerjasama yang sangat baik. Alhamdulillah, fasa ini dapat dilalui dengan cepat dan selamat. Alhamdulillah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, sekarang ini kita telah juga masuk di dalam fasa penambahbaikan dan pemulihan pada segala penemuan yang ada dan ia merupakan salah satu fasa yang juga mencabar, kerana kita mempunyai satu masa yang sangat

397

Page 125: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

singkat, iaitu satu penggal Pilihan Raya yang sudah tentu ianya bukanlah satu masa jangka masa yang panjang. Ditambah lagi dengan pendapatan Kerajaan Negeri Terengganu yang kita semua tahu berkenaan dengan royalti, kita diberikan dengan bayaran yang orang kata, tidak diberi secara sekaligus ditambah lagi dengan kekurangan, kalau kita teliti dengan ucapan dengan Titah Tuanku ini, kekurangan kita lebih kurang 17% pengurangan daripada apa yang kita diperolehi pada masa yang telah lalu. Ia juga menambahkan renjatan bagi fasa penambahbaikan dan pemulihan ini. Namun begitu, itu semua bukanlah satu alasan untuk Kerajaan yang baru ini beralasan merencatkan dalam merencana fasa penambahbaikan ini. Saya mengucapkan tahniah kerana Kerajaan Negeri Terengganu telah mula mendepani fasa ini dengan baik dan dapat mendepani penambahan pada Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai. Pada tahun yang lalu, 2018 sebanyak RM37.24 juta penambahan. Yang Berhormat Yang di-Pertua, di dalam Surah Nuh ayat yang ke-10 hingga ke-14 yang menceritakan berkenaan dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, memohon, meminta  dikatakan:

Pohonkanlah keampunan kepada Tuhan kamu sesunggahnya Dialah Allah yang Maha Pengampun. Dan ayat yang ke seterusnya yang menyebut Dialah Allah yang menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu dan ia akan memberikan kepada kamu dengan sebanyak-banyaknya harta kekayaan serta anak pinak dan Dialah Allah yang mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai yang mengalir di dalamnya, mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah dan kekuasaan-Nya padahal sesunggahnya Allah Ta’ala telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, melihat kepada muka surat 21 apa yang disebut oleh Baginda Al-Sultan mengenai Pelan Strategi Halatuju Pertanian Negeri Terengganu yang sudah tentu digaris dengan teliti di antara yang disebut enam point yang disebut di dalam perkara ini merangkumi:

398

Page 126: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

1. Mengukuhkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri (KDNK) sektor pertanian, perternakan dan perikanan secara komprehensif dan mampan.

2. Memperkasakan produk pertanian Negeri Terengganu yang berkualiti dan berpotensi tinggi.

3. Teknologi dan inovasi sebagai pemangkin produktivi dan peningkatan kualiti hasil.

4. Memperkasakan industri asas tani dalam mengoptimumkan penghasilan produk yang berdaya saing.

5. Memaju sektor perternakan sebagai satu bidang kerjaya.

6. Memperkukuhkan masyarakat yang saksama melalui program secara inklusif.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita juga mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Asas Tani di atas kejayaan pembukaan yang pertama Hab Pemprosesan Dan Pengembangan Cendawan di Tempinis, Besut yang pertama di Malaysia. Yang kedua, makmal kualiti madu yang pertama di Pantai Timur yang bertempat di UMT. Yang Ketiga, pemprosesan susu kambing di Jenang yang merupakan Pusat Pemprosesan Susu Kambing yang pertama di Terengganu.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, alhamdulillah sedikit sebanyak, di sana juga kita sebagai Kerajaan yang cuba menilaikan, membuat menerapkan nilai-nilai Islam ....

YANG BERHORMAT TUAN DI-PERTUA: Yang Berhormat Wakil Manir, saya minta berhenti dulu ucapan Yang Berhomat, jangan susah hati insya Allah saya akan memberi masa Yang Berhormat untuk sambung esok.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Terima kasih.

399

Page 127: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan Sidang kita pada hari ini kepada hari esok, 3 April 2019 jam 9.30 pagi.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA 5.00 PETANG.

400

Page 128: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

PERSIDANGAN

PADA HARI SELASA, 3 APRIL 2019

401

Page 129: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA

PADA PUKUL 9.30 PAGI

HADIR:

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUAHaji Yahaya bin Ali, PJC

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANUDr. Ahmad Samsuri bin MokhtarWAKIL RHU RENDANG

Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin MamatWAKIL PAKA

Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin RazakWAKIL BUKIT TUNGGAL

Yang Berhormat Mohd Nor bin HamzahWAKIL BUKIT PAYONG

Yang Berhormat Dr. Azman bin IbrahimWAKIL JABI

Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT.,PJC.,PJK.,BLB.WAKIL LADANG

Yang Berhormat Ariffin bin DeramanWAKIL ALUR LIMBAT

Yang Berhormat Haji Hanafiah bin MatWAKIL CUKAI

Yang Berhormat Wan Sukairi bin Wan AbdullahWAKIL WAKAF MEMPELAM

402

Page 130: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Yang Berhormat Dr. Mamad bin PutehWAKIL KUALA BERANG

Yang Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. RahmanWAKIL KOTA PUTERA

Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul KarimWAKIL TEPOH

Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul HadiWAKIL BATU BUROK

Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan NikWAKIL SURA

Yang Berhormat Haji Ridzuan bin HashimWAKIL BULUH GADING

Yang Berhormat Haji Hilmi bin HarunWAKIL MANIR

Yang Berhormat Haji Alias bin HarunWAKIL RANTAU ABANG

Yang Berhormat Ahmad Shah bin MohamedWAKIL BANDAR

Yang Berhormat Ab. Razak bin IbrahimWAKIL AIR PUTIH

Yang Berhormat Maliaman bin KassimWAKIL AJIL

Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin SuhailiWAKIL KEMASIKYang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. NoorWAKIL WANITA

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK.WAKIL KIJAL

403

Page 131: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, SSMZ.WAKIL SEBERANG TAKIR

Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat, DPMT.,SMZ.WAKIL TELEMONG

Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, SMT.,PJK.WAKIL HULU BESUT

Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud, AMZ.,PPN.WAKIL BUKIT BESI

Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT.,PPN.WAKIL JERTIHYang Berhormat Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK.WAKIL LANGKAPYang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT.,PJK.WAKIL BATU RAKITYang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK.WAKIL KUALA BESUT

Yang Berhormat Datuk Halim bin Jusoh, DPSM., PJK.WAKIL PERMAISURI

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF):Yang Berhormat Sulaiman bin SulongWAKIL PENGKALAN BERANGAN

HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRIKERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)

404

Page 132: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAANDato’ Haji A. Rahman bin Yahya, DPMT.,AMZ.,KMN.,PJK.

YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERIDato’ Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK.

YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERITuan Haji Mohd Zahari bin Md. Azahar, SMT.,PJK.

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERIEncik Zulkifly bin Isa, PJK.

PUKUL 9.30 PAGI

SOALAN-SOALAN LISAN

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebelum kita memulakan Persidangan kita, marilah kita sama-sama membaca Ummul Quran, Al-Fatihah. [Al-Fatihah].

405

Page 133: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Mesyuarat pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini, 3 April 2019 iaitu:

1. Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim(Wakil Tepoh)

2. Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi (Wakil Batu Buruk)

3. Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat(Wakil Telemong)

4. Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik(Wakil Sura)

5. Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad(Wakil Hulu Besut)

6. Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim (Wakil Buluh Gading)

7. Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud (Wakil Bukit Besi)

8. Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun(Wakil Manir)

9. Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof(Wakil Jertih)

10. Yang Berhormat Haji Alias bin Harun(Wakil Rantau Abang)

11. Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman(Wakil Batu Rakit)

12. Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong(Wakil Pengkalan Berangan)

13. Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd Rahman(Wakil Kuala Besut)

406

Page 134: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

14. Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamed(Wakil Bandar)

15. Yang Berhormat Ab. Razak bin Ibrahim(Wakil Air Putih)

16. Yang Berhormat Maliaman bin Kassim (Wakil Ajil)

17. Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili(Wakil Kemasik)

18. Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. Noor(Wakil Wanita)

Sebagaimana biasa untuk berlaku adil, saya akan mulakan Soalan-soalan Lisan bermula daripada Ahli Yang Berhormat yang tak sempat nak mengemukakan soalan pada hari kelmarin, jadi oleh sebab itu mengikut susunannya saya persilakan Yang Berhormat Wakil Batu Rakit. Hampir-hampir terlepas tadi, sebenarnya saya tunggu tadi. Dua-tiga minit saya tunggu untuk memulakan Persidangan. Sila.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana dimaklumkan tunggu juga saya. Terima kasih banyak.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Tak apa sekali sekala jerlah. Jangan kerek-kerek sangat.YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Tapi saya masuk tadi, sedang molek baru start. Okeylah terima kasih banyak. Soalan saya, soalan nombor satu -

Pada pembentangan Bajet 2019, Y.A.B Menteri Besar telah mengumumkan pendapatan dari hasil minyak dan gas ialah sebanyak RM1.7 bilion. Dari perbincangan dengan Kerajaan Pusat, adakah angka ini realistik?

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang dihormati

407

Page 135: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Ahli-ahli Yang Berhormat serta Pegawai-pegawai Kerajaan dan para Pemerhati sekalian. Soalan yang pertama pada hari ini adalah soalan daripada Batu Rakit yang berbunyi: Pada perbentangan Bajet 2019, Menteri Besar telah mengumumkan pendapatan dari hasil minyak dan gas ialah sebanyak RM1.7 billion. Dari perbincangan dengan Kerajaan Pusat, adakah angka ini realistik?

Terima kasih kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Rakit. Dalam pembentangan Bajet 2019, saya telah mengumumkan pendapatan dari hasil minyak dan gas ialah sebanyak RM1.4 bilion dan bukannya RM1.7 bilion, di mana sebenarnya RM1.7 bilion yang disebut di dalam Bajet itu adalah Terimaan Bukan Hasil dan terimaan ini bukan sahaja terdiri daripada pendapatan daripada hasil minyak dan gas, tetapi ia juga termasuk dalamnya bayaran balik DKKP (Dana Khas Kerajaan Persekutuan) dan Pemberian Kerajaan Persekutuan serta lain-lain hasil.

Perkara yang kedua dalam persoalan itu ialah adakah jumlah ini realilstik. Kita berpandangan bahawa jumlah ini adalah realistik kerana purata harga minyak dunia adalah pada kadar USD60 hingga USD70 setong. Kerajaan Negeri membentangkan Bajet 2019 dengan merujuk pada anggaran harga minyak dunia pada kadar USD60 setong. Manakala dalam masa yang sama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pusat membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat dengan merujuk kepada anggaran harga minyak dunia pada kadar USD70 setong. Sekian.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Soalan tambahan saya. Adakah sekiranya kalau perbelanjaan ini realistik, maknanya pendapatan kita dapat sebanyak yang dinyatakan itu, adakah kita telah menerima pembayaran sepenuhnya.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Rakit sebenarnya berkait dengan satu soalan lain dalam senarai soalan iaitu soalan daripada Yang Berhormat Bukit Besi. Minta jawab terus ke, Bukit Besi?

408

Page 136: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Kalau Yang Amat Berhormat Menteri Besar jawab, baik sekaliguslah. Kalau kata nak .....

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Boleh Bukit Besi?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya?

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Sebab ia berkait langsung dengan soalan Bukit Besi.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Nak tunggu Bukit Besi?

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Yalah jawab teruslah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Jawab terus.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih. Soalan tambahan tadi berkait dengan soalan daripada Yang Berhormat Bukit Besi iaitu secara khususnya tentang komitmen yang telah diberikan Kerajaan Pusat dalam menyelesaikan bayaran royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan apakah statusnya yang boleh dikongsikan hingga kini. Komitmen yang disebut dalam persoalan ini adalah kalau kita rujuk dalam Dewan Bahasa dan Pustaka adalah bermaksud iltizam, kata putus ataupun persetujuan daripada Kerajaan Pusat terhadap pembayaran royalti petroleum pada Kerajaan Negeri. Apa yang saya nak cuba sampaikan di sini ialah komitmen itu ialah satu perkara, perkara yang kedua ialah pelaksanaan pada komitmen. Komitmen yang diberikan oleh Kerajaan Pusat adalah bersandarkan kepada dua surat, dua keputusan dan surat yang disampaikan oleh Kerajaan Persekutuan pada Kerajaan Negeri iaitu yang pertama melalui Keputusan Majlis Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang telah diadakan pada 7hb Jun 2018 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Di mana dalam keputusan itu telah menjelaskan bahawa wang bayaran royalti petroleum pada Kerajaan Negeri Terengganu dan beberapa negeri yang lain yang disebut dalam perbincangan Majlis Mesyuarat Majlis Kewangan Negara akan dibayar terus pada Kerajaan Negeri.

409

Page 137: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Dan surat yang kedua yang lebih memperincikan lagi adalah surat yang diterima oleh Kerajaan Negeri yang dihantar oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan bertarikh 4hb Januari 2019 yang memaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Januari 2019 telah bersetuju DKKP atau Dana Khas Kerajaan Persekutuan yang disebut dalam surat itu dengan nama baharu iaitu Wang Tunai Petroleum akan dibayar terus kepada Kerajaan Negeri dan melibatkan pemotongan sebanyak 25% daripada Wang Tunai Petroleum itu untuk membayar hutang Kerajaan Negeri Terengganu kepada Kerajaan Persekutuan.

Pendekatan yang kita ambil ialah walaupun surat itu menjelaskan pemotongan 25% tetapi Kerajaan Negeri mengambil sikap yang segera selepas daripada itu dengan kita menghantar surat rayuan supaya tidak diambil 25% pemotongan tetapi dengan kadar yang lebih munasabah dan lebih kecil dengan mengambil kira kita telah membentangkan dan menyediakan Bajet 2019 yang kita bentangkan pada tahun lepas tanpa mengambil kira berlaku sebarang pemotongan maka apabila berlaku pemotongan twenty five percent atau 25% maka tentulah kita berpandangan ianya sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan kewangan Negeri Terengganu. Walaupun begitu kita masih lagi belum menerima maklum balas daripada Kerajaan Persekutuan tentang rayuan terhadap kadar pemotongan untuk membayar hutang Kerajaan Negeri Terengganu.

Status yang boleh dikongsikan dengan rakyat yang berkait dengan soalan Yang Berhormat Bukit Besi adalah seperti berikut. Bagi tempoh berakhir 31 Disember 2018, Kerajaan Negeri telah menerima bayaran DKKP atau royalti atau Wang Tunai Petroleum itu sebanyak RM1,053,960,000 atau Satu Bilion Lima Puluh Tiga Juta Sembilan Ratus Enam Puluh Ribu. Bayaran telah dibuat secara berperingkat sebagaimana berikut: Yang pertama yang diterima sebelum daripada Pilihan Raya Umum pada tahun lepas yang diterima pada 10.4.2018 sebanyak RM603,960,000 yang diterima pada 21hb Ogos 2018 adalah sebanyak RM100 juta, yang diterima pada 8hb Oktober 2018 sebanyak RM200 juta, yang diterima pada 12hb Disember 2018 sebanyak RM150 juta. Sekian.

410

Page 138: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA : Bagi pada kepada tuan punya soalan asal dulu. Sila. Bagi laluan? Bagi laluan pada bos, ya.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bagi tahun 2019 adakah Kerajaan Negeri telah menerima dana tersebut dengan Kerajaan Pusat kerana mengikut perjanjian setiap bulan Mac kadang-kadang masuk April, satu. Yang kedua, kalau mengikut perjanjian bayaran ini dibuat dua tahun sekali, bulan Mac dan juga bulan September. Kenapa .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dua tahun sekali ke Yang Berhormat?

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Ya.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dua tahun sekali ke dua kali setahun?

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Dok, dua kali setahun sorry.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Horr, saya perbetulkan.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Terima kasih. Tapi mengikut kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tahun lepas bagi tiga kali beruncit-runcit. Ini adalah menyalahi perjanjian yang sepatutnya dilaksanakan dengan syarat Kerajaan menulis surat kepada Kerajaan Pusat mengapa ini terjadi. Adakah Kerajaan Pusat tak ada duit juga? Sedangkan minyak dapat sepanjang masa. Dua soalan saya tadi, satu bagi tahun 2019 boleh atau tidak lagi setakat ini. Yang kedua, kenapa tiga kali bayaran dan sekiranya ini berlaku bagi saya Kerajaan Negeri akan suffer dengan izin, sebab saya dimaklumkan sekurang-kurangnya

411

Page 139: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

ikut payment saja kena bayar tahun ini lebih kurang RM200 juta. Ini hakikat yang perlu diketahui oleh rakyat sebenarnya. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Yang Berhormat, Terima kasih.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kijal. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kijal adalah merupakan suatu realiti bahawa penerimaan kita pada penerimaan wang royalti pada 2018 adalah secara beruncit-runcit dan memang apabila dibayar secara beruncit ini akan menyukarkan dari segi perancangan kewangan termasuklah pembayaran-pembayaran yang perlu diselesaikan oleh Kerajaan Negeri. Walaupun begitu, kita juga dalam beberapa kesempatan menyuarakan kegusaran kita dan ketidakpuashatian kita bahawa secara pembayaran beruncit ini akan menyukarkan Kerajaan Negeri yang berkait juga dengan suatu penderaan secara halus kepada rakyat. Tapi sehingga kini kita belum mendapat satu jawapan yang pasti yang tuntas daripada Kerajaan Pusat.

Ingin saya jelaskan juga bahawa pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah menerima bayaran royalti ataupun Wang Tunai Petroleum sebanyak RM193.18 juta yang mana sebenarnya RM193.18 juta ini adalah Wang Tunai Petroleum yang sepatutnya kita terima pada tahun 2018 tetapi diberi runcit-runcit sampai yang terakhir itu dibayar pada Januari 2019. Dan jumlah tersebut yang kita terima sebanyak RM193.18 juta itu adalah jumlah bersih setelah ditolak siang-siang, orang Terengganu kata .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dicandat.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Dicandat siap-siap sebanyak 25% oleh Kerajaan Pusat. Persoalan sama ada kenapa itu berlaku, saya rasa kita Dewan yang mulia ini dan seluruh rakyat Terengganu menuntut satu jawapan yang pasti daripada Kerajaan Pusat sama ada saya ingin mengulangi apa yang disebut oleh persoalan Yang Berhormat Kijal bahawa sama ada Kerajaan Pusat ada duit ke tidak ataupun apa masalah mereka, itu saya

412

Page 140: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

rasa memerlukan suatu jawapan pada seluruh rakyat Negeri Terengganu.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan lagi iaitu kalau nok kira candatlah sepatutnya Kerajaan Pusat juga harus mengambil kira tentang pengambilan duit Kerajaan Negeri yang membina Lebuh Raya Pantai Timur. Kalau kita ada hutang RM700 juta, dia ambil duit kita RM1.850 bilion, tolaklah ada RM1 bilion lagi dan tidak termasuk RM200 juta yang saya tuntut setiap tahun Januari dibayar oleh Kerajaan Pusat yang membina projek-projek di Terengganu menggunakan Dana Khas dan saya rasa belum lagi habis jumlah RM2.1 bilion dulu. Takpe, kita tak ada masalah sepatutnya. Kalau nak kita fair and square lah atau tak nak tolak hutang kita dan kita masih berbalance lagi. Dan kita haraplah kita dapat berjumpa, tulis surat kepada Perdana Menteri dan saya bersedia seperti yang saya kata dahulu bersedia menghadap PM bersama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar demi kepentingan Negeri Terengganu. Takkan hutang kita nak potong, hutang dia tak nak potong? ...(Tepukan sokongan) .... Janji boleh belaka, nak bagi balik royalti dan sebagainya. Ini pembohong semata-mata. Terima kasih.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih kepada Kijal. Pertama saya sangat teruja di atas tawaran yang diberikan oleh Yang Berhormat daripada Kijal. Insya-Allah kita akan sama-sama berusaha bersepadu untuk kebajikan rakyat Negeri Terengganu. Sememangnya setelah kita menerima surat pemotongan sebanyak 25% itu, maka dalam masa yang sama kita juga akan sedang dalam proses untuk menuntut hutang-hutang Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri di mana yang berjumlah jangkaan dalam pengiraan kita adalah berjumlah RM1.651 bilion, di mana ianya adalah bayaran balik DKKP 2019 sebanyak RM220 juta dan bayaran balik pembinaan LPT2 - RM1.431 juta. Sekian.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, terima kasih.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Satu yang terakhir.

413

Page 141: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Tepoh dulu Speaker.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Tembung, tak apa saya pandang dia dulu.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebab perkara yang dibincang ini perkara yang sangat penting khususnya untuk kita rakyat Terengganu. Kita memahami kesukaran yang dihadapi oleh pihak Kerajaan Negeri sekarang ini. Cuma, apa yang kita bincang kita juga nak tahu jugalah apa dia inisiatif ataupun strategi ataupun plan contingency pihak kerajaan untuk kita menangani isu yang sukar yang dihadapi sekarang ni. Sekiranya duit minyak tu tak mari sepenuhnya macam mana kita nak merealisasikan bajet maknanya strategi ataupun contingency plan? Okey, terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ini soalan lain Yang Berhormat ni, nanti akan digulung oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Tepoh, sila.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya merujuk jawapan yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat sebentar tadi sebab kita tahu sikap Kerajaan Federal pada kali ni agak kurang sikit untuk kita boleh percayalah. Dan disebut tadi 25% berlaku pemotongan, saya percaya pihak kerajaan sudah tentu menyusun strategi bagi mengisi balik 25% pemotongan itu. Apakah cadangan pihak Kerajaan Negeri untuk top up Terimaan Bukan Hasil yang telah dipotong 25% sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat sebentar tadi.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat nak jawab sekarang atau dalam pergulungan nanti? Dalam pergulungan eh. Okey, terima kasih.

414

Page 142: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang di-Pertua, mintak maaf Yang di-Pertua, demi kepentingan rakyat saya mintak fahamlah, saya minta izin, iaitu saya mengharaplah, saya nak tanya, minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, adakah Kerajaan Pusat membayar kepada Kerajaan Negeri RM200 juta setiap tahun yang mana projek-projek yang telah dibuat di Negeri Terengganu yang saya tuntut merupakan salah satu sebab saya bergaduh dengan Perdana Menteri ketika itu. RM200 juta, setiap Januari RM200 juta, dibayar atau tidak?

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih kepada persoalan itu. Memang kita sedar bahawa setiap Januari dibayar RM200 juta oleh Kerajaan Pusat pada Kerajaan Negeri dan pada untuk tahun 2019 lagi belum menerima. Dan kita juga menerima surat daripada Kerajaan Pusat oleh Kementerian Kewangan yang memohon, mereka memohon untuk menangguhkan pembayaran di satu waktu yang lain bukan Januari 2019 iaitu berjumlah RM220 juta.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang di-Pertua, mana boleh, hok dia nak potong jer, hok kita takmboh bayor.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya, ya. Okey, terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Baham rambang Kerajaan PH ni.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Hari ini kita bagi kredit kepada Wakil Kijal. Seterusnya saya persilakan soalan daripada Yang Berhormat Pengkalan Berangan. Tidak hadir. Oh, ada mesej saya terima, mak Wakil Pengkalan Berangan sakit tenat. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Wakil Kuala Besut.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Terima kasih Yang di-Pertua, soalan saya no. 1 -

Apakah perancangan jangka panjang dan jangka pendek

415

Page 143: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

pihak kerajaan untuk merancakkan ekonomi di Negeri Terengganu khususnya dalam membantu golongan B40?

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kail kerapu boleh ketutu saya jawab soalan nombor 1. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Besut yang mengajukan soalan berkaitan dengan perancangan jangka panjang dan jangka pendek, pihak kerajaan untuk merancakkan ekonomi di Negeri Terengganu khususnya untuk membantu golongan B40.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, di mana kita nak cari golongan B40 di negeri kita. Kita akan jumpa majoriti mereka dalam sektor pertanian, sektor perladangan, perikanan, dan penternakan. Maka perancangan untuk bantu golongan B40 ini mesti difokuskan kepada sektor ini. Biasanya mereka segan dan malu untuk datang jumpa. Kitalah sebagai pemimpin yang perlu turun selami suka duka dan susah payah mereka, kenalpasti apa pemasalahan mereka hadapi dengan tepat dan kita akan dapat mengatur gerak langkah yang betul untuk membantu golongan B40 ini. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada program turun padang secara intensif ke tepi pantai, bendang, kebun, ladang, kolam, sungai sampai ke laut. Saya kemukakan kepada Dewan beberapa contoh langkah-langkah dan perancangan yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan B40 seterusnya membantu merancakkan kegiatan ekonomi mereka.

Yang pertama di kawasan Yang Berhormat Kuala Besut sendiri di Kampung Pengkalan Nangka. Pesawah berhadapan dengan masalah pengairan untuk mengusahakan sawah ekoran daripada tali air di kawasan sawah kampung tersebut terbiar agak lama lebih kurang 6 tahun disebabkan oleh kerosakan Empangan Pengkalan Nangka. Kita telah mengambil langkah segera melakukan penyelenggaraan tali air dan alhamdulillah kelmarin saya dimaklumkan oleh Yang Berhormat Kuala Besut sawah padi di kawasan Pengkalan Nangka telah menghijau kembali. Syukur

416

Page 144: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kepada Allah atas limpahan rezeki kepada rakyat kita di Negeri Terengganu.

Contoh lain Yang Berhormat, nelayan kita nelayan pantai yang rata-rata yang berpendapatan rendah masuk dalam golongan B40 mengadu kepada kita tentang kekurangan hasil tangkapan dan pencerobohan pukat tunda. Kita buat Program Labuh Unjam dan Labuh Tukun untuk memperkayakan semula sumber perikanan dan insya-Allah menjelang tahun 2020 kawasan Zon A iaitu Kawasan Zon Tangkapan Nelayan Pantai akan diperluaskan daripada 5 batu nautika sekarang ni kepada 12 batu nautika supaya zon untuk tangkapan nelayan pantai ini diperluaskan dan membuka ruang yang lebih luas untuk mereka mencari rezeki.

Ada isu yang kita terima berkaitan dengan rintihan penternak kambing tenusu kecil-kecilan di Negeri Terengganu. Jumlah mereka sekitar 50 orang, susu tidak dapat diproses dengan sempurna. Maka Kerajaan Negeri telah mengambil sepenuh dokongan dan sokongan kepada Syarikat Tenox untuk mewujudkan satu Pusat Pemprosesan Susu yang pertama di Negeri Terengganu bertempat di Pusat Pengembangan Veterinar, Jenang di Marang dan insya-Allah akan beroperasi dalam masa yang terdekat ini.

Di antara bidang yang banyak diceburi oleh golongan B40 ialah Bidang Industri Cendawan. Kerajaan Negeri dengan kerjasama MESTECC telah menubuhkan HPPC Hab Pengembangan dan Pemprosesan Cendawan yang pertama di Malaysia bertempat di Kampung Tempenis, Besut yang telah kita rasmikan pada tanggal 19.10.2018 yang lalu.

Masalah-masalah berkaitan dengan modal yang dihadapi oleh petani, penternak dan nelayan juga mereka yang terlibat dengan IAT (Industri Asas Tani), Kerajaan Negeri telah melancarkan Skim Bantuan Modal Tani satu skim bantuan modal, pinjaman mudah, faktor syariah tanpa faedah bukan pinjaman takdok faedah, pinjaman tanpa faedah yang telah kita lancarkan pada 29hb Januari baru-baru ni.

417

Page 145: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Masalah pemasaran yang dihadapi oleh masyarakat petani, penternak, dan nelayan sehingga mereka menjadi bahan permainan orang tengah dalam memasarkan hasil-hasil keluaran mereka, kita bantu dengan kita wujudkan Pasar Nelayan, Agro Bazar, Pasar Ternakan, Program Jualan Terus daripada ladang dan beberapa lagi program supaya masyarakat petani, penternak, dan nelayan golongan B40 ini mendapat keuntungan yang lebih baik tanpa dipermainkan oleh orang tengah. Dalam masa yang sama pengguna juga akan dapat harga yang lebih rendah daripada harga semasa kerana rantaian bekalan hasil ni telah kita pendekkan daripada pengeluar terus kepada pengguna. Kalau ada golongan di bawah B40 ini yang ingin meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kita sedia pelbagai kursus sama ada jangka pendek atau jangka sederhana yang meliputi 4 sektor utama ini.

Satu lagi isu yang suka saya sebut, bagaimana kita bantu golongan B40 pada pagi ini ialah pengusaha Pusat Pembenihan Kerapu Hibrid di kawasan Pantai Air Tawar di Besut yang sebelum ni berada di dalam keadaan ketidaktentuan ekoran daripada mereka ini berstatus penceroboh tanah haram Kerajaan. Dalam masa alhamdulillah, sekitar 6 bulan kita telah selesaikan dengan kawasan seluas 36 hektar di kawasan Pantai Air Tawar di Besut, kita telah wartakan sebagai ZIA (Zon Industri Akuakultur) di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara. Selesailah masalah dan dilema yang dihadapi oleh pengusaha di sini dalam tempoh lebih daripada 5 tahun.

Yang terbaru, masalah yang dihadapi oleh pesawah di kawasan Skim Pengairan Jelapang Langkap sedang dalam proses untuk diambil tindakan oleh Kerajaan Negeri agar kawasan sawah padi seluas lebih 700 hektar boleh dimanfaatkan untuk pesawah-pesawah kita, golongan B40 yang berada di Kampung Bukit Putera, Bukit Layak dan juga di Kampung Jelapang. Saya boleh simpulkan bantuan Kerajaan kepada golongan B40 ini bukan dalam bentuk bagi ikan, tetapi kita bagi pancing dan umpan. Ikan kena gi kail sendiri, tak dapat kerapu pun, dapat ketutu pun kira alhamdulillah. Terima kasih.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya

418

Page 146: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

yang pertama. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO kerana memberi penjelasan dan apa jua rancangan jangka panjang dan juga pendek untuk kita bantu golongan B40. Cuma pada awal tahun ini, pihak Kerajaan Negeri telah melancarkan satu tabung saya rasa untuk bantu juga golongan B40 sebahagian daripada target group dia dengan izin, iaitu tabung yang dipanggil Tabung Usahawan Sejahtera Terengganu ataupun short form dia TUGAS dan juga Skim Pinjaman Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T) dan juga Skim Program Business Online yang telah dilancarkan pada awal tahun ini. Jadi, yang berjumlah dana yang disediakan oleh pihak Kerajaan berjumlah RM15 juta. Jadi, saya nak tahu jugalah, kita mewakili orang kampung, nak tahu berapa ramai yang telah mohon dana ini, tabung ini dan juga berapa ramai yang telah dapat dan ada tak statistik yang boleh kita asingkan ikut daerah ataupun ikut DUN? Terima kasih Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT DR AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Besut, saya mohon kepada rakan EXCO usahawan untuk ambil perhatian kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Besut tadi untuk dijawab dalam penggulungan nanti. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Sekarang.... Ada lagi?

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Ada dinyatakan oleh Yang Berhormat EXCO berkait dengan projek cendawan di Tempinis. Mengikut pengalaman saya, Lembaga Pertubuhan Peladang Terengganu pernah mengadakan projek cendawan yang mana kalau tidak silap ingatan saya, 15 - 20 tahun yang lalu yang mana projek cendawan ini mendapat minat yang memberangsangkan kerana cara ternakan dan penanaman cendawan tidak begitu rumit. Cuma apabila tidak ada langkah kawalan ataupun persediaan yang dibuat oleh Kerajaan berkait dengan pemasaran, maka ramai daripada pengusaha-pengusaha cendawan tidak mampu untuk bayar balik hutang dengan masa itu, Bank Pertanian, Agrobank dan .....

419

Page 147: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya, soalannya Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Jadi soalan saya, adakah persediaan dibuat oleh Kerajaan berkait dengan kapasiti jangkaan pengeluaran cendawan dengan keperluan masyarakat?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih Yang Berhormat bekas EXCO Pertanian yang menunjukkan minat yang tinggi kepada bidang pertanian. HPPC, Hab Pengembangan dan Pemprosesan Cendawan di samping kita fokus kepada untuk mengembangkan industri cendawan segar dalam konteks kita di Terengganu ini, spesies tiram kelabu yang paling popular sekali. Kita juga fokuskan untuk mengembangkan produk hiliran daripada cendawan. Sekarang ini dah ada mi cendawan, murtabak cendawan, burger cendawan, sos cendawan, Ajis Cendawan macam-macam cendawan. Jadi, produk-produk ini dia akan jadi satu daripada strategi pemasaran kerana cendawan segar kita ini mungkin ada sedikit limitation dari segi permintaan dia dan yang menjadi masalah kepada pengusaha cendawan bila musim hujan. Saya tanya apa masalah, dia kata cendawan keluar banyak bila musim hujan melebihi daripada permintaan dan bila pengeluaran ini melebihi daripada permintaan kerana itulah kita bekerjasama rapat dengan MESTECC untuk mengembangkan lagi dari segi industri hiliran yang dihasilkan daripada produk cendawan tadi. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Wakil Bandar kemukakan soalan.

YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MUHAMED (Wakil Bandar): Yang di-Pertua, soalan saya, soalan yang pertama –

Apakah usaha Kerajaan di dalam menarik para pengunjung

420

Page 148: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

dari dalam dan luar negeri ke pusat-pusat peranginan yang popular di Terengganu seperti Sekayu, Tasik Kenyir dan lain-lain?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, soalan daripada ADUN Bandar: Apakah usaha Kerajaan di dalam menarik para pengunjung dari dalam dan luar negeri ke pusat-pusat peranginan yang popular di Terengganu?

Kerajaan Negeri berterusan mempromosikan Terengganu sebagai pusat pelancongan yang terkemuka di Malaysia dan di dunia, insya-Allah. Antara usaha-usaha terkini yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri melantik Tyler Danial James yang dikenali sebagai Mat Dan, seorang selebriti yang terkenal di negara kita sebagai ikon pelancongan di Terengganu. Usaha ini dilihat sangat baik sekali dan seterusnya pihak Pelancongan Negeri dan Kerajaan Negeri juga telah pergi ke negeri-negeri di seluruh semenanjung dan termasuk Sabah dan Sarawak bagi melantik anak-anak Terengganu di perantauan, melantik mereka sebagai Duta Pelancongan ataupun yang dikenali sebagai Tourism Friends yang mana mereka sangat berminat untuk mempromosikan Terengganu dengan keindahan apa yang ada di Terengganu kita.

Kita juga telah mengadakan MATTA Fair yang pertama sekali pada di Terengganulah pada 28 Februari sehingga 2 Mac di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu. Alhamdulillah, jualannya melebihi RM1 juta. Tujuan MATTA ini adalah untuk mempromosikan produk di negeri kitalah. Di samping kita sepanjang tahun terlibat di dalam MATTA Fair Malaysia.

Dan sebagaimana yang disoal pada semalam berkenaan dengan ECDC, insya-Allah, saya akan jawab dalam penggulungan nanti di mana Negeri Terengganu juga kita telah menubuhkan ECDC ini wakil dia Penubuhan Jawatankuasa bagi mempromosikan bersama di antara Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Johor dan juga kita menggunakan teknologi terkini menerusi internet pemasaran atas talian yang semakin popular sekarang ini bagi mempromosikan Terengganu. Alhamdulillah dengan teknologi-teknologi moden sekarang ini kita dapat menerima kehadiran yang

421

Page 149: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

lebih baik pengunjung. Dan juga kita meneruskan Fan Trip di mana Fan Trip ini adalah kita invite dengan izin, mengajak blogger-blogger, wartawan-wartawan daripada luar dan kita bagilah sedikit imbuhan kepada mereka bagi kalau mereka pergi ke Kenyir, mereka naik houseboat dengan izin, dan lain-lain kemudahan penginapan dan seumpamanya bagi mereka sendiri menilai ataupun melihat keindahan Negeri Terengganu dan insya-Allah selepas daripada itu, mereka mempromosikan Terengganu di mata dunia. Wallahua’lam.YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama. Selain daripada pusat pelancongan yang sedia ada, ada tak pihak pelancongan ataupun EXCO Pelancongan dan Jawatankuasa mengenalpasti tempat-tempat baru ataupun mewujudkan tempat yang munasabah untuk dijadikan pusat pelancongan?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Terima kasih kepada yang bertanya, daripada ADUN Bandar. Sebenarnya Terengganu terkenal dengan produk yang begitu banyak sebab itulah kami meletakkan 5 kluster utama, Kuala Terengganu, Pulau dan lain-lain. Kami menubuhkan, Kerajaan Negeri menubuhkan satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan di setiap daerah iaitulah Majlis Tindakan Pembangunan Pelancongan Daerah bagi membincang dan mengenalpasti peluang dan permasalahan produk yang baharu dan sedia ada. Tujuan penubuhan ini supaya kita mengambil sikap decentralize dengan izin, di mana pihak Pejabat Daerah di daerah-daerah di Negeri Terengganu mengenal pasti tempat-tempat yang menarik bukan sahaja mengenalpasti tetapi membantu Kerajaan Negeri untuk memelihara dan mempromosikan produk-produk yang sedia ada. Sekian.

YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan yang kedua. Industri pelancongan berkait rapat dengan seni warisan. Bagaimana langkah kerajaan di dalam menubuhkan kembali industri kraf tangan warisan ini dan ada tak kita masukkan ataupun kita membuat garis panduan kepada mana-mana pakej pelancongan ataupun agensi pelancongan supaya mereka ini mesti ataupun dikenakan melalui, menyinggah di galeri-galeri ataupun tempat-tempat yang dikeluarkan produk-produk tersebut. Terima kasih.

422

Page 150: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Pihak Kerajaan Negeri dari masa ke semasa berusaha sebenarnya khususnya apabila terbentuknya secara agresif Majlis Tindakan Pembangunan Pelancongan Daerah yang akan kita bincangkan isu-isu sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bandar tadi seperti pertukaran warisan bangsa yang semakin lesu. Perbincangan secara berkala bersama agen-agen pelancongan bagi memastikan pertukaran warisan bangsa ini tidak ketinggalan, sebagai contoh pada 23 hingga 25 April ini, Inbound Tourism Food Camp, err… satu Kursus Peningkatan Prestasi Pelancongan Inbound iaitulah dalaman akan diadakan di Primula Hotel, Hotel Primula di mana ianya akan membincangkan pakej yang akan melibatkan tempat terpilih di Terengganu termasuklah pusat-pusat pertukangan warisan bangsa sebagai contohnya tempat membuat batik dan lain-lain dan juga garis-garis panduan yang akan kita buat dari segi pakejnya macam mana dari segi pergi ke tempat tu, ke tempat ni insya-Allah, Waallahu ‘alam.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya persilakan Yang Berhormat .....

YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Yang di-Pertua…

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOR (Wakil Wanita): Soalan tambahan?

YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Soalan tambahan boleh, satu lagi?

Yang Berhormat Yang di-Pertua, berkait dengan soalan asal berkenaan dengan pelancongan di Negeri Terengganu, saya ingin mengemukakan satu soalan tambahan. Sebagaimana yang kita maklum dalam Manifesto PAS, PRU yang lepas mengemukakan antara apa yang akan dilaksanakan di Negeri Terengganu, Kerajaan baru di bawah PAS ini ialah Hab Pelancongan Islam. Sejauh manakah garis panduan Konsep Pelancongan Islam yang telah digubalkan? Terima kasih.

423

Page 151: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Okey, terima kasih kepada yang bertanya. Sebenarnya kita dari semasa ke semasa, insya-Allah kita sedang, terutamanya pakej-pakej pelancongan Islam dan juga hotel berasaskan Islam maksudnya tidak kita nafikan semua hotel sekarang ni sudah memenuhi sebahagian daripada kehendak Islam. Tapi kita akan memperkenalkan di mata dunia bahawa sebenarnya bila datang ke Terengganu mereka telah umpamanya halal muslim food, kalau di negara-negara luar mereka terpaksa misalnya di Hong Kong, di Tokyo, di Korea, hatta di Thailand sendiri mereka oleh kerana kedatangan pelancong Islam di seluruh dunia memang terlalu ramai sekarang ni, tapi Terengganu memang terkenal hampir semua kalau tidak hundred percent, sekitar 95% sudah beragama Islam dan tentulah mereka datang dengan mereka telah tahu bahawa negeri kita ni adalah negeri Islam. Walau bagaimanapun pakej-pakej Islamik ni kita akan perkasakan dari masa ke semasa termasuklah dalam seminar yang akan kita adakan yang saya sebutkan tadi kita akan selaraskan tentang perkara ini. Wallahu’alam.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya jemput .....

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Ermm.. boleh saya .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ada lagi? Saya ingat masa tak mengizinkan tapi oleh kerana ADUN Wanita tak apalah, saya bagi jugak laluan.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Okey, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. ...(Sambil gelak) .... Soalan saya juga berkaitan dengan pelancongan. Dalam usaha Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan melalui aktiviti-aktiviti pelancongan, adakah pihak Kerajaan membuka ruang kepada pelabur-pelabur luar untuk memajukan lokasi-lokasi pelancongan yang terbiar ataupun lokasi yang lesu, pelancongan yang lesu agar dapat dimajukan dengan lebih efektif?

424

Page 152: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Pihak Kerajaan Negeri ..... Saya pun suka jugak nok jawab ni walaupun soalan lebih doh. Sebenarnya pihak Kerajaan Negeri sentiasa terbuka sebenarnya dan saya sendiri didatangi oleh pelabur-pelabur daripada luar antaranya daripada Selangor, bahkan ada daripada United Kingdom sendiri dan lain-lain negara, China dan lain-lain. Mereka ingin melabur dalam sektor pelancongan termasuklah Singapura yang datang dan juga saya bersama-sama dengan Yang Berhormat EXCO Pelaburan, Yang Berhormat Dato’ Tengku Hassan yang sentiasa didatangi. Selain daripada sektor-sektor lain sebenarnya mereka sangat teruja dengan keindahan negeri Terengganu dan ramai di antara mereka kalau asalnya dalam bidang lain bila datang ke Terengganu mereka akan melabur dalam sektor pelancongan dan ini suatu yang pada saya masa depan yang sangat baik dalam sektor pelancongan di Terengganu. Wallahu’alam.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya persilakan Y.B. Air Putih.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Hok laki dokleh lebih. Hok laki dokleh lebih.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Se agi?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Dokleh, dokleh.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Biasa hak laki boleh lebih.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Takmboh izin dah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bukan masalah laki ni, bukan masalah laki- puan tapi telah guna masa terlalu panjang. Ramai kawan-kawan kita menunggu soalan masing-masing. Saya jemput Wakil Air Putih, sila.

425

Page 153: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih): Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu –

Permintaan kepada Rumah Mampu Milik (RMM) di kalangan rakyat Negeri Terengganu sangat tinggi. Adakah pihak Kerajaan mempunyai apa-apa skim yang boleh merangsang pihak pemaju perumahan untuk membina lebih banyak RMM di atas tanah Kerajaan?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dr. Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai Kerajaan. Terima kasih kepada Wakil Air Putih. Wakil Air Putih bertanya soalan yang berbunyi: Permintaan kepada Rumah Mampu Milik (RMM) di kalangan rakyat Negeri Terengganu sangat tinggi. Adakah pihak Kerajaan mempunyai apa-apa skim yang boleh merangsang pihak pemaju perumahan untuk membina lebih banyak RMM di atas tanah Kerajaan?

Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan sekalian, pada masa ini, pada masa ini kita masih lagi menggunapakai Dasar Perumahan Bagi Projek-projek Swasta Negeri Terengganu yang diperbaharui pada tahun 2017. Jadi baharu lagi dasar ini, setelah kita mengambil alih kuasa pada bulan Mei saya tengok dalam masa enam bulan pertama ramai pemaju-pemaju yang mengadu kepada kita dasar ini agak tidak memberi keuntungan kepada pemaju-pemaju swasta dengan syarat yang kita tetapkan iaitu setiap tanah yang berkeluasan lebih dari 3 hektar wajib memenuhi kriteria-kriteria berikut. Kita menetapkan tiga (3) jenis Rumah Mampu Milik: Yang pertamanya, mereka mesti membina Rumah Mampu Milik Jenis A dengan kadar 20% daripada jumlah keseluruhan rumah yang akan dibina dan harganya adalah RM68,000 tetap, harga RM68,000 sebuah dengan keluasan 800 kaki persegi. Ini yang menjadi persoalan kepada pemaju-pemaju swasta kerana dia terpaksa top-up ataupun subsidi kepada Rumah Jenis A ini sekitar RM60,000 hingga ada sampai RM100,000 kerana kos untuk rumah keluasan 800 kaki persegi rata-rata mengatakan

426

Page 154: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

antara RM120,000 hingga RM150,000. Ini yang menjadi merasakan begitu membebankan mereka dengan kadar 20% dan golongan ini memang ramai yang memohon kerana ini adalah golongan yang B40 yang pendapatan kurang daripada RM3,500 sebulan, Pendapatan Isi Rumah. Dan hari ini permohonan untuk golongan ini sudah mencecah hampir 130,000 dalam sistem kita online.

Yang kedua, Rumah Jenis B, juga dengan kadar 20% dengan keluasan 900 kaki persegi harga ditetapkan antara RM68,001 sehingga RM185,000. Ini untuk pendapatan antara RM3,500 hingga tidak melebihi RM10,000.

Yang ketiga, Rumah Jenis C, juga dengan kadar 20% jumlah rumah yang akan dibina dan harga ditetapkan antara RM185,001 sehingga RM300,000 keluasan 1000 kaki persegi dan yang 40% lagi terpulang kepada pihak pemaju hendak buat berapa luas dan berapa harga dia.

Yang menjadi isunya atau halangan kepada kebanyakan pemaju-pemaju ialah harga Rumah Mampu Milik yang terpaksa mereka tanggung perbezaan nilai sebenar yang mereka bina dengan harga yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan yang kedua peratus yang kita tetapkan.

Jadi untuk itu, kita sekarang telah enam bulan saya pun mengambil keputusan untuk mengkaji semula dasar ini dan kita telah berbengkel dan insya-Allah dalam masa yang terdekat kita akan keluarkan satu dasar baru dan kita harap akan lebih memberi lebih mesra kepada pemaju dan tidak mengabaikan tanggungjawab pemaju swasta untuk membina Rumah Mampu Milik untuk rakyat di Negeri Terengganu ini. Terima kasih.YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih): Soalan tambahan saya yang pertama: Adakah Pihak Kerajaan membuat kajian melalui Pejabat Tanah kawasan-kawasan tanah Kerajaan yang diberi kepada pemaju membina rumah-rumah tersebut? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih kepada Wakil Air Putih. Memang pihak

427

Page 155: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Kerajaan khususnya di Bahagian Perumahan telah kita mengenal pasti untuk seluruh Negeri Terengganu banyak kawasan-kawasan yang boleh kita yang tanah Kerajaan yang akan kita bina Rumah-rumah Mampu Milik untuk rakyat ini. Sebagai contoh untuk tahun ini kita telah menyediakan tanah-tanah yang telah kita kemukakan antaranya kepada pihak swasta, kita ada di Kemaman tiga tempat, di Mak Lagam ada tiga kawasan di situ, kita ada di Hulu Besut, kita ada di Besut dua tempat, kita ada di Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan juga di Kuala Nerus. Dari segi tanah kita tidak ada masalah memang kita mempunyai Bank Tanah yang banyak untuk dikemukakan kepada pemaju. Yang masalahnya adalah pemaju tidak sanggup kerana syarat yang kita tentukan itu tidak begitu menguntungkan mereka. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Soalan tambahan. Saya ingin penjelasan apakan benar Kerajaan Negeri telah mengadakan kolaborasi dengan sebuah syarikat yang bernama Tok Arau Sdn. Bhd untuk membina Rumah-rumah Mampu Milik dan Kos Rendah di seluruh Negeri Terengganu dan apa statusnya sekarang? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih Wakil Kijal. Tok Arau ni saya ingat yang zaman dululah, kita dah batalkan semua apa ni perjanjian itu dan kita buka kepada tender baru, kita tidak terikat lagi dengan yang lama. Setakat ini kita tidak menggunakan cara yang lama itu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya persilakan Wakil Ajil.

YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor satu -

Mohon pencerahan mengenai jumlah keseluruhan pusat penempatan orang miskin (POM) di seluruh negeri?

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum Tuan Yang di-Pertua, soalan daripada Wakil Ajil: Mohon pencerahan mengenai

428

Page 156: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

jumlah keseluruhan pusat penempatan orang miskin di seluruh Negeri Terengganu?

Jumlah keseluruhan pusat penempatan orang miskin di Negeri Terengganu ialah sebanyak 11 buah.

YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Soalan tambahan saya yang pertama. Mohon diberi secara terperinci tentang lokasi serta rumah dan juga keluarga yang mendiami pusat penempatan orang miskin di seluruh Terengganu? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Terima kasih kepada Wakil Ajil. Ada 11 buah penempatan: Yang pertama ialah Taman Rahmat Marang, bilangan rumah 54 buah, bilangan keluarga 54.

Yang kedua ialah Kampung Macam Ajil, Hulu Terengganu Taman Hidayah, bilangan rumah 15, bilangan keluarga 7, 5 buah rumah telah rosak dan tidak didiami.

Yang ketiga, Taman As-Asyakirin Kampung Saujana Setiu, bilangan rumah 10, bilangan keluarga 9, 1 buah rumah rosak dan tidak boleh didiami.

Yang keempat ialah Penempatan Orang Tua Dan Miskin Rhu Sepuluh Setiu, bilangan rumah 10, bilangan keluarga 10.

Yang kelima ialah Penempatan Orang Tua Dan Miskin Merang Setiu, bilangan rumah 9, bilangan keluarga 5, 4 buah rumah rosak tidak boleh didiami.

Yang keenam ialah Penempatan Orang Tua Dan Miskin Kampung Bukit Kecil Setiu, bilangan rumah 8, bilangan keluarga 2, 6 buah rumah rosak tidak boleh didiami.

Yang ketujuh ialah Kampung Gertak 100 Besut, Besut, 8 bilangan rumah, bilangan keluarga 7, satu buah rumah rosak.

429

Page 157: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Yang kelapan ialah Kampung Gong Mak Som Besut, bilangan rumah 8, bilangan keluarga 7, 1 buah rumah rosak.

Yang kesembilan Kampung Tembila Besut, bilangan rumah 9, bilangan keluarga 9.

Yang kesepuluh ialah Kampung Sura Hujung Dungun, bilangan rumah 10, bilangan keluarga 2, 5 buah rumah rosak dan tidak boleh didiami.

Yang terakhir 11 ialah Kampung Batu Empat Kampung Binjai Kemaman, bilangan rumah 10, bilangan keluarga 9, 1 buah rumah rosak.

YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Soalah tambahan saya yang kedua. Mohon dinyatakan berkenaan dengan syarat-syarat untuk mendiami penempatan tesebut? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Tuan yang di-Pertua, antara syarat-syarat dan kelayakan pemohon ialah:

1. Rakyat Negeri Terengganu atau mereka yang bermastautin di negeri ini tidak melebihi 10 tahun.

2. Keluarga yang telah didaftarkan sebagai rakyat miskin atau termiskin.

3. Pendapatan keluarga di bawah garis kemiskinan iaitu RM720.

4. Warga tua atau keluarga miskin yang daif serta tidak mempunyai tempat kediaman atau tidak mempunyai saudara mara yang boleh membantu.

5. Tidak memiliki tanah sendiri.

6. Syarat penempatan adalah berbentuk sementara transit bagi mereka yang sudah mempunyai taraf

430

Page 158: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

sosial ekonomi yang baik tidak dibenarkan untuk terus menetap di penempatan ini.

7. Rumah yang didirikan di atas Milik Kerajaan dan diberi untuk didiami percuma kepada mereka yang layak. Jika penghuni meninggal dunia atau taraf sosial ekonomi telah melepasi garis kemiskinan, rumah tersebut akan diambil balik dan diberi kepada orang lain yang layak pula. Sekiranya penghuni meninggal dunia dan meninggalkan balu penyiasatan akan dilakukan oleh JKM. Sekiranya mereka didapati layak boleh dipertimbangkan serta dibenarkan untuk terus tinggal di rumah itu.

Terima kasih.

YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Saya mohon mencadangkan kepada pihak Kerajaanlah supaya menukar nama Penempatan Orang Miskin ini kepada suatu nama yang lebih harmoni seperti yang ada di Taman Hidayah dan Taman Rahmat tapi kalau bolehnya kita mohon tukar keseluruhannya sebab bila kita namakan dengan nama POM ni (Penempatan Orang Miskin), jadi nama itu sendiri sesak dah, susah dah. Jadi kalau kita nak tukar kepada nama yang lebih harmoni seperti Penempatan Masyarakat Sejahtera ke, selaras dengan PPRT pun sudah ditukar kepada Program Penempatan Terengganu Sejahtera. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Ya, Kerajaan sedia menerima pandangan tersebut dan saya akan bawa ke dalam Mesyuarat Portfolio. Terima kasih.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat EXCO ada menjawab bahawa penduduk ataupun rakyat Terengganu yang duduk tidak melebihi 10 tahun kita dengar tadi tu hak layak menduduki POM ni. Jadi rasa kena betul balik. Kita dengar tidak melebihi 10 tahun duduk kita dengar tadi kita takut mengelirukan Pemerhati kita ni. Okey. Cuma soalan saya yang rosak-rosak tadi sebab kita di Kuala Besut pun ada sebuah yang

431

Page 159: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

rosak, adakah perancangan pihak Kerajaan nak baiki ke, nak baikpulih ke, atau pun nak biar gitu jer. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Insya-Allah kita akan cuba baik pulihlah pada tahun ini.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Seterusnya saya jemput Wakil Kemasik.

YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua -

Berapakah statistik kanak-kanak yang terabai dan terbiar yang disebabkan oleh masalah keluarga seperti bapa atau ibu penagih, penceraian atau masalah sosial lain?

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kemasik. Soalan dua daripada Yang Berhormat Kemasik: Berapakah statistik kanak-kanak yang terabai dan terbiar yang disebabkan oleh masalah keluarga seperti bapa atau ibu penagih, penceraian atau masalah sosial lain?

Jawapannya bagi tahun 2016 telah melibatkan seramai 39 orang kanak-kanak yang mana 23 orang terdiri daripada masalah ibu bapa penagih, penceraian keluarga 7 orang dan masalah sosial seramai 9 orang.

Tahun 2017 pula telah melibatkan seramai 68 orang kanak-kanak, yang mana 36 orang terdiri daripada ibu bapa penagih, penceraian keluarga 16 orang dan masalah sosial seramai 16 orang.

Manakala bagi tahun 2018 telah melibatkan seramai 105 orang kanak-kanak iaitu yang melibatkan ibu bapa di kalangan penagih seramai 30 orang, penceraian keluarga 23 orang dan masalah sosial seramai 52 orang.

432

Page 160: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Soalan tambahan pertama saya bagaimanakah status keadaan anak-anak yang terabai tersebut, adakah mereka juga terlibat ataupun terikut-ikut dengan mak ayah mereka?

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Untuk mengelakkan daripada mengikuti keadaan ibu bapa mereka, tindakan telah dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mempastikan permasalahan itu tidak timbul. Sehingga hari ini persoalan itu terkawal dan terjamin.

YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Soalan tambahan kedua saya adalah: Inisiatif ataupun tindakan Kerajaanlah sebagaimana yang telah dijawab oleh Ahli EXCO cumanya sudah pasti perkara yang sangat penting untuk mereka adalah berkenaan dengan agama mereka dan masa depan merekalah. Apa yang kita lihat di lapangan, ibu bapa mereka yang terutama sekali berkenaan dengan dadah seakan-akan sampai bila-bilalah lebih kurang, boleh disebutnya, jadi mereka terabai dan anak- anak golongan ini biasanya ramai-ramai, ada sepuluh, ada tujuh. Wallahua’alam.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Beberapa tindakan yang telah diambil: Yang pertama, menyediakan Perkhidmatan Kaunseling terhadap kanak-kanak itu sendiri. Yang kedua, menyediakan Bengkel Interaktif kepada ibu bapa dan kanak-kanak. Ketiga, Menyediakan Bantuan Kewangan kepada ibu bapa sekiranya layak. Keempat, Menyediakan Perkhidmatan Pusat Aktiviti Kanak-kanak, supaya mereka terjaga. Sehingga hari ini Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu mempunyai 14 buah Pusat Aktiviti Kanak-kanak. Yang kelima, menyediakan perkhidmatan kemasukan kanak-kanak ke institusi tertentu melalui Seksyen 31 (d) Akta Kanak-kanak 2001. Dan yang seterusnya juga program juga diteruskan dan dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga dan MPKK yang berkaitan. Insya-Allah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sekarang saya jemput yang terakhir ya, ADUN Wanita untuk mengemukakan Soalan Lisan.

433

Page 161: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD NOOR (Wakil Wanita): Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan satu –

Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan RM500,000 untuk pemeriksaan pap smear dan mammogram secara percuma kepada rakyat wanita Terengganu yang berumur 35 tahun dan memenuhi syarat. Sejauh manakah program ini mendapat sambutan dan adakah akan diteruskan untuk tahun 2019?

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Tuan Yang di-Pertua, soalan pertama ialah: Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan RM500,000 untuk pemeriksaan pap smear dan mamogram secara percuma kepada rakyat wanita Terengganu yang berumur 35 tahun dan memenuhi syarat. Sejauh manakah program ini mendapat sambutan dan adakah akan diteruskan untuk tahun 2019?

Tuan Yang di-Pertua, sebagai permulaan Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan RM190,000 kepada LPPKN Negeri Terengganu bagi pelaksanaan program ini pada tahun 2018. Bagi tempoh April hingga Disember 2018, sejumlah 506 orang wanita telahpun menjalani Ujian Pap Smear manakala bagi bujang subsidi mamogram pula seramai 500 orang wanita telah menjalani pemeriksaan menerusi pelbagai program-program anjuran Kerajaan Negeri. Bagi tahun 2019 program ini akan diteruskan lagi setelah ianya mendapat sambutan yang agak baik daripada kalangan wanita.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD NOOR (Wakil Wanita): Soalan tambahan saya yang pertama. Apakah objektif perlaksanaan program ini dan mohon dikongsikan kumpulan atau pun golongan sasaran manakah yang disasarkan bagi manfaat pelaksanaan program ini dapat dijalankan. Dan untuk makluman semalam saya mendapat laporan daripada Hospital Besar Kuala Terengganu setiap tahun ada kes baru, new case, contohnya dalam 2016 ada 84 orang, 2017 ada 130 orang dan 2018 ada 122 orang. Jadi soalan saya apakah promosi atau pun publisiti yang

434

Page 162: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

dijalankan bagi memastikan program ini berkesan dan sampai kepada semua wanita yang berada di seluruh pelosok Negeri Terengganu.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Tuan Yang di-Pertua, antara objektif program ini ialah yang pertama meningkatkan kesedaran golongan wanita mengenai kepentingan Ujian Pap Smear dan Ujian Subsidi Mamogram. Yang kedua meningkatkan jumlah wanita untuk menjalani Ujian Pap Smear dan Ujian Subsidi Mamogram. Yang ketiga, mengenalpasti dan mendapatkan rujukan bagi wanita yang mengalami pra kanser dan kanser serviks dan payudara untuk tindakan susulan.

Dengan kemajuan teknologi terkini yang berkembang pesat kebanyakan wanita yang dikesan menghadapi penyakit kanser serviks dan kanser payudara pada peringkat awal masih boleh dirawat dan diselamatkan. Namun begitu menurut Nasional Health dan Morbidity Survey 2006, hanya 47.3% sahaja wanita yang menjalani Ujian Pap Smear. Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaporkan sebanyak 2000 hingga 3000 kemasukan ke hospital bagi kes kanser serviks dan setiap tahun. Kanser serviks adalah kanser dengan kekerapan ketiga tertinggi dalam kalangan wanita Malaysia. Walau bagaimanapun usaha telah dilakukan seperti menjalankan program saringan Ujian Pap Smear dan program-program kesedaran kepentingan menjalankan saringan Ujian Pap Smear, kadar kematian disebabkan kanser ini masih lagi tinggi. Perlaksanaan program khas TP9 ini diberikan secara percuma dengan memfokuskan kepada kumpulan sasar seperti Warganegara Malaysia atau penduduk tetap Negeri Terengganu, wanita berkahwin atau pernah berkahwin, kumpulan berisiko yakni di bawah umur 18 tahun yang berkahwin atau belum berkahwin tetapi aktif seksual. Yang keempat, wanita yang berusia 35 tahun ke atas bagi Ujian Subsidi Mamogram.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu telah dipilih selaku agensi utama untuk melaksanakan program ini memandangkan perkhidmatan Ujian Pap Smear atau Saringan Kanser Pangkal Rahim disediakan di setiap Klinik Nur Sejahtera dan Klinik Subfertiliti LPPKN di

435

Page 163: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

seluruh negara. Untuk makluman perkhidmatan ini telah diberikan kepada 13,120 orang klien LPPKN seluruh negara pada tahun 2016.

Untuk makluman juga, Hospital Salam Kuala Terengganu juga telah dilantik sebagai rakan strategi LPPKN untuk menjalankan ujian subsidi mamogram memandangkan hospital ini adalah diberikan akrediterasi oleh Kolej Radiologi Malaysia bertauliah untuk menjalankan ujian mamogram yang mana ianya memerlukan peralatan mesin terkini telah memenuhi syarat serta mampu memberikan keputusan ujian yang tepat.

Kaedah perlaksanaan pula dijalankan oleh Pejabat LPPKN Terengganu adalah melalui pendekatan berikut. Yang pertama, penyediaan perkhidmatan di tiga buah Klinik Nur Sejahtera LPPKN di Kuala Terengganu, Dungun dan Besut. Yang kedua, Program Subsidi Ujian Mamogram di Hospital Salam. Dan yang ketiga ialah Program Temu Seru yakni turun padang menggunakan Pusat Keluarga Bergerak Bas yang dijalankan di seluruh Negeri Terengganu.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai selesai sesi soalan lisan, saya fikir saya dah cover semua mana yang tak sempat semalam. Saya tangguhkan sementara Dewan ini dan sambung semula pada pukul 11.10 minit.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.40 PAGI.

436

Page 164: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

PUKUL 11.15 PAGI

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Mesyuarat disambung semula. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi dalam sesi perbahasan keatas Usul Menjunjung Kasih Keatas Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan dan sebagaimana yang saya janjikan kelmarin kepada Wakil Manir, tak sempat nak habiskan dalam masa yang diperuntukkan, sebelum pada itu saya juga nak ingatkan masa kitapun sebenarnya tidak banyak, jadi saya persilakan Wakil Manir untuk menyambung perbahasan dalam tempoh masa 7 minit sahaja. Dipersilakan.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, menyambung apa yang telah disebut semalam, berkenaan dengan perkara point-point yang positif yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri di antaranya penerapan nilai-nilai Islam yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri, antaranya menutup premis-premis pasar malam, 15 minit untuk Solat Maghrib. Di antara praktiknya yang

437

Page 165: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

telah dibuat di Medan Selera Jertih. Insya-Allah, akan diperluaskan di seluruh negeri. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, sebenarnya ramai yang berpendapat Kerajaan Negeri berada di .... Digunakan istilah dengan izin, ‘on the right track’ di peringkat pengurusan masing-masing.

Walaupun tidak dinafikan terdapat kekurangan-kekurangan yang sudah tentu ada, rakyat boleh menerima kekurangan ini kerana Kerajaan dilihat melaksanakan janji-janji manifesto yang telah dibuat sebelum pilihan raya baru-baru ini. Mereka menyedari kesukaran pengurusan perbelanjaan Kerajaan Negeri disebabkan pembayaran wang tunai petroleum yang dibayar secara berperingkat, ditambah lagi dengan informasi yang telah diterima sebentar tadi dicabut 25% untuk dibayar hutang State dengan Federal. Ditambah lagi dengan keadaan yang lebih parah, dengan deffered payment projek-projek yang terdahulu dalam masa yang sama, Federal mempunyai hutang dengan State sebagaimana yang saya dimaklumkan tadi dalam jumlah yang sebanyak RM1.6 bilion. Tetapi saya juga ada menyuarakan ataupun mempersoalkan Soalan Bertulis saya berkenaan dengan: Berapakah jumlah hutang Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri? Tetapi jawapan yang saya terima, Kerajaan Pusat tidak mempunyai apa-apa hutang dengan Kerajaan Negeri sehingga tahun berakhir 31 Disember 2018. Saya rasa mungkin hutang Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri digunakan istilah lain, mungkin itulah yang saya husnuzon saya dengan jawapan ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, dengan jumlah yang besar itu, Kerajaan mempunyai tanggungjawab yang besar, rakyat menjadi mangsa penderaan. Sebenarnya rakyat Negeri Terengganu bersama kepimpinan negeri, mengharapkan Kerajaan Pusat memberikan hak kami sebagaimana sepatutnya, jangan mendera kami rakyat Negeri Terengganu. Dan dalam keadaan yang umum mengetahui bahawa Negeri Terengganu adalah antara negeri yang mempunyai telaga-telaga minyak yang terbanyak.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, walaupun keadaan kesukaran dan kegusaran ini, rakyat sebenarnya ingin melihat dan merasai sesuatu untuk diri mereka sendiri yang datang dari Kerajaan Negeri dalam bentuk dan keadaan yang segera dan tahniah saya ucapkan kepada

438

Page 166: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

pihak Kerajaan yang telah membuka ruang kepada pengusaha-pengusaha kecil, petani-petani dan pemula-pemula perniagaan sebanyak RM15 juta yang telah diluluskan dalam Bajet 2019 pada baru-baru ini. Ianya dibawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan yang dipecahkan di bawah Pertanian dan juga Kebajikan.

Pun begitu, saya bersependapat dengan Y.B.-Y.B. yang lain berkenaan dengan Perumahan Rakyat yang menjadi satu permasalahan dan isu yang besar kepada rakyat Terengganu. Bila mana dalam keadaan Terengganu diketahui keadaan ekonominya dan kewangan yang terhad ini, pelabur-pelabur sebenarnya ingin melabur di Negeri Terengganu. Mereka mengharapkan Kerajaan menjadi pemudahcara bagi membangunkan Negeri Terengganu. Mereka di antaranya pelabur-pelabur dan player-player dalam bidang construction ataupun perumahan. Kita ambil contoh pelabur-pelabur perumahan dengan polisi yang lama sebagaimana disebut oleh EXCO Perumahan tadi seolah-olah tidak membuka ruang kepada pelabur untuk melabur di Negeri Terengganu. Insya-Allah kita mengharapkan dengan polisi yang baru, yang bakal kita nantikan nanti merancakkan pembangunan perumahan rakyat dipelbagai kategori pendapatan rakyat. Ini adalah kerana jika kita perhatikan, mereka yang berpendapatan ataupun suami isteri yang isi rumahnya berpendapatan RM3,600.00 hingga RM4,500.00 sebulan, kebanyakan golongan ini tidak mampu untuk membeli rumah-rumah yang telah dibina di Negeri Terengganu disebabkan oleh kekurangan rumah yang dibina dibawah Kategori B iaitu kategori RM68,001.00 hingga RM185,000.00 yang berkeluasan dengan keluasan 900 kaki persegi. Tetapi mereka sebenarnya dalam paksa, mampu dalam paksa untuk menyewa rumah dengan kadar bayaran RM400.00 hingga RM500.00 sebulan. Andai kata perumahan Kategori B ini dapat dirancakkan, insya-Allah kita dapat melihat dan mengurangkan menantu-menantu yang menumpang paksa dan malu di rumah mentua masing-masing.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, akhirnya Manir mohon menyokong Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Wakil Manir yang telah menggunakan masa yang diperuntukkan. Sebelum saya teruskan

439

Page 167: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

usul ataupun Perbahasan Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan, saya nak tahu berapa ramai yang nak bercakap hari ini? Okey. Saya jemput Wakil Air Putih. Dipersilakan.

YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir Rabbil alamin. Assalatu wassalamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Saidina Muhammadin Wa’ala alihi wasahbihi ajmain.

Amma Ba’d. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan seterusnya para Pemerhati sekalian. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua telah memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam Perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Air Putih merafakkan sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan mencemar duli berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kali Keempat Belas. Tuan Yang di-Pertua, Duli Yang Maha Mulia Sultan telah menyentuh berbagai-bagai aspek yang melibatkan kepentingan rakyat dan negeri demi merealisasikan Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera. Dengan perbahasan ini, saya ingin menyentuh beberapa aspek yang terdapat dalam Titah Ucapan Yang Maha Mulia Tuanku, di antaranya berhubung dengan pelaburan modal insan yang berkualiti mempunyai nilai murni, berakhlak mulia dan berdaya saing. Tuanku telah mengambil maklum hasrat Kerajaan Negeri dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI). Kini Kerajaan telahpun menubuhkan enam buah Sekolah Rendah Islam Darul Iman dan akan menubuhkan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) pada awal tahun depan. Alhamdulillah.

440

Page 168: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Bagi mencapai hasrat penubuhan SRIDI dan SMIDI ini sudah tentu ia memerlukan beberapa elemen yang penting, diantaranya tenaga pengajar. Adakah guru-guru yang dilantik mengajar di SRIDI terdiri daripada mereka yang berpengalaman yang mendapat latihan perguruan. Dan sesungguhnya untuk menjadikan SRIDI dan SMIDI ini berjaya mendapat matlamatnya, para guru, pendidik, mesti diisi sepenuhnya dengan ilmu pendidikan sama ada segi teori mahupun praktikal. Tugas guru mengajar kanak-kanak di peringkat awal sekolah sangat memerlukan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan. Guru mestilah menguasai teknik kaedah dan ilmu psikologi kanak-kanak. Oleh itu, kursus dan latihan perguruan sama ada sepenuh masa, ataupun berkala sangat penting diadakan. Begitu juga, dari segi perjawatan, adakah guru-guru yang dilantik menjawat jawatan di SRIDI dan SMIDI ini dilantik secara kontrak ataupun secara taktikal dan apakah kelayakannya yang dipilih untuk menjawat jawatan di SRIDI ataupun SMIDI.

Tuan Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga ada dalam Titahnya ada menyebut Bajet 2019 tentang keupayaan Kerajaan berhubung dengan pembinaan Rumah Mampu Milik sebanyak 20,000 unit dalam tempoh lima tahun. Dan kini empat projek dalam pelaksanaan dengan jumlah sasaran keseluruhan 710 unit. Walau bagaimanapun saya tak jemu-jemu untuk berharap pihak Kerajaan, sebab dalam DUN saya Air Putih sehingga sekarang tidak ada lagi, tidak ada lagi, projek-projek perumahan yang dibina oleh Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri kerana telah mensasarkan, 20,000 unit dalam tempoh lima tahun. Walaupun jumlah ini masih belum mencukupi berbanding dengan permintaan keperluan rumah sekarang ini. Oleh yang demikian, Kerajaan perlu mengambil langkah yang drastik dan memberi ruang dan peluang kepada pihak swasta untuk bina Rumah Mampu Milik di atas tanah Kerajaan. Tidak dapat dinafikan bahawa setakat ini banyak pihak swasta terlibat dengan pembinaan Rumah Mampu Milik negeri ini. Dan juga untuk mengkaji dasar pembinaan rumah oleh pihak swasta, dan saya mencadangkan untuk skim ataupun insentif bertujuan meransang pihak swasta agar lebih banyak lagi pemaju

441

Page 169: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

yang akan mengambil bahagian dengan projek pembinaan Rumah Mampu Milik, selain daripada rumah-rumah kos sederhana di atas tanah Kerajaan. Tadi kita sudah dengar Yang Berhormat Bukit Tunggal ada menyebut bahawanya Dasar Perumahan masih lagi menerima pakai dasar tahun 2017, kita harapkan dasar ini memberi peluang kepada pemaju perumahan dapat insentif dan sebagainya.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, di samping keperluan asas tempat tinggal, keperluan prasarana seperti kemudahan asas, juga perlu diberi perhatian oleh pihak Kerajaan dan di dalam Negeri Terengganu yang mempunyai Dana Petroleum yang ratusan juta ringgit saban tahun, mana mungkin masih ada kampung-kampung yang masih belum mendapat bekalan air bersih. Air Putih ingin sebutkan di sini yang DUN saya masih ada lagi kampung-kampung yang belum mempunyai saluran air paip yang bersih. Rakyat masih menggunakan air sungai, dan air alur sungai sebagai keperluan asas mereka. Tahniah pihak SATU sudah ada menghantar tangki untuk rakyat ambil air secara angkut. Kami memerlukan air, macam kampung-kampung lain, inilah keluhan rakyat di kampung yang terlibat. Mereka sudah bosan dengan permintaan dan jawapan dari pihak yang berkenaan, bajet sudah lulus tetapi sehingga sekarang keadaan masih tidak berubah, ibarat buah atas pokok tapi tak luruh-luruh. Hogeh, hingguk, kocok, tangkai masih liat lagi. Kami masih menderita itulah ucapan orang kampung yang terlibat.

Yang di-Pertua, berhubung dengan isu ini, Pejabat DUN menjadi lebuk dengan kehadiran mereka orang kampung yang datang menagih air bersih. Walaupun air bersih, air putih namun air tidak ada di kampung-kampung yang berdekatan dengan Sungai Air Putih. Kiranya mampu menggunakan perkataan: “Bersabarlah wahai pokcik weh”. Oleh itu dalam Dewan yang mulia ini, saya merayu kepada pihak Kerajaan, sudi kiranya dapat mempercepatkan masalah rakyat ini. Orang Kampung berpantun:

Ayam jaguh bersisik taji,Tersengih-sengih si anak dara, Malang sungguh nasib kami,Menagih simpati tak kunjung tiba.

442

Page 170: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

..... (Tepukan Sokongan) .....

Makan bihun mendengar lagu,Lagu dendangan nenek kebayan,Bertahun-tahun kami menunggu,Air oh air di mana mu gerangan.

..... (Tepukan Sokongan) .....

Beruk Pok Long jangan diganggu,Anak Mak Limah mati kelaparan,Walau bertahun kami menunggu,Tetap istiqamah dalam perjuangan

..... (Tepukan Sokongan) .....

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD.RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Air Putih dahkan?

YANG BERHORMAT AB.RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih):

Monyet Cik Jat sekampung sayangi,Membantu rakyat sambil berbakti,Wahai Kerajaan tunailah hajat kami ini,Air bersih kami sedang sudi menanti.

Inilah pantun orang kampung ni. Orang kampung yang takdok air.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat EXCO Infra kena jawab dengan pantun jugak lepas ni.

YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih): Yang Mulia Tuanku, juga bertitah, Kerajaan diberi harap memberi tumpuan kepada sektor pelancongan, kerana pelancongan merupakan sumber yang boleh memberi pulangan yang baik kepada Kerajaan, mahupun rakyat. Peluang rakyat mencari rezeki dan sedikit sebanyak juga dapat merubah kedudukan suasana-suasana dari mundur kepada maju. Sudah banyak pusat

443

Page 171: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

pelancongan pantai, pulau, chalet, hotel, resort dan macam-macam lagi prasarana dibuat demi menarik pelancong.

Di samping perkara di atas, saya mencadangkan agar Pusat Pengajian Pondok dijadikan Pusat Pelancongan. Institusi Pondok, saya kira ada potensi untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan sama ada domestik ataupun luar negara. Menepati konsep Kerajaan Maju, Berkat dan Sejahtera saya mencadangkan agar Terengganu merintis Pondok Mesra Pelancongan, sama ada memanfaatkan Sekolah Pondok yang sedia ada atau membina sebuah Pondok Moden yang mesra pelancong di samping, pengajian pondok berjalan seperti biasa. Pondok berkonsepkan mesra pelancong telah menyediakan penginapan, kos rendah yang boleh menyambut pengunjung antara 40 dan 100 orang, dalam satu-satu masa. Tempat letak bas pelancongan, gerai-gerai makanan yang dibuka dari pagi hingga malam, gerai menjual kitab, barang kraf dan slot-slot Kuliah Agama khusus untuk pelancong perlu diadakan. Kaedah pelancong begini memberi ruang dakwah untuk berkembang subur di Negeri Terengganu Darul Iman. Di Aceh sebagai contoh, terbukti pondok atau pesantren, di sana mampu menarik minat pelancong. Ramai rakyat negara ini mengambil pakej lawatan ke Aceh dengan melawat pondok dan pesantren di sana. Malah ada yang datang memberi sumbangan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana Kerajaan sudah maklum DUN Air Putih laluan jalan yang penting yang dibuat projek naiktaraf jalan yang melibatkan pengambilan tanah rakyat di antaranya yang terkesan dengan projek ini ialah dua keadaan. Yang pertama, tanah milik dan yang kedua tanah milik Kerajaan (ROW). Lebih kurang 70 buah rumah kediaman rakyat dan tanah milik Kerajaan dan melalui Dewan yang mulia ini buat kali yang kedua saya merayu kepada pihak Kerajaan sudi kiranya dapat mempertimbangkan untuk memberi saguhati kepada yang terlibat dengan penaikkan taraf jalan ini walaupun tidak ada dalam undang-undang pun membayar kepada pemilik rumah kediaman atas tanah Kerajaan, saya memohon dan saya merayu kepada Kerajaan supaya sedikit saguhati diberikan kepada rakyat yang terlibat dengan pembinaan naiktaraf jalan tersebut.

444

Page 172: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Akhir sekali saya mohon menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan. Wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Wakil Air Putih. Saya akan beri peluang yang pastinya insya-Allah kepada Ketua Pembangkang dan juga Wakil Batu Burok, sementara itu saya bagi peluang setakat masa yang ada kepada Ahli Berhormat yang lain yang masih belum bercakap. Sila Wakil Telemong.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Bismillahir Rahmani Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabaratuh. Alhamdulillahir rabbil alamin. Assalatu wassalamu’ala asyrafil iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan seterusnya para hadirin Pemerhati yang saya kasihi sekalian.

Pertamanya saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya walaupun sedikit masa insya-Allah saya akan cuba sependek dan juga sebaik mungkin dengan waktu yang diberikan kepada kita. Saya juga mengambil kesempatan wakil daripada Telemong ingin merafak sembah serta menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas Titah Ucapan Kebawah Duli Tuanku pada dua hari yang lepas.

Yang Berhormat Yang di-Pertua dan tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin, Dato’-Dato’ yang saya kasihi sekalian, sejak daripada hari semalam kita mendengar berbagai-bagai pandangan dan juga ucapan perbahasan daripada rakan-rakan kita sama ada daripada sebelah sini dan juga rakan-rakan kita di sebelah pihak Kerajaan. Dan kita rasa bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana kita sudah memperlihat bahawa sudah ada satu kelainan di dalam Dewan yang mulia kita ini yang mana kita sudah menampak bibit-bibit yang telah dibawa untuk persefahaman

445

Page 173: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

untuk kepentingan rakyat Terengganu lebih diutamakan oleh Yang Berhormat -Yang Berhormat yang berada dalam Dewan pada masa sekarang ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, sehinggakan membuatkan rakan-rakan saya sebelah daripada sini pun jadi serba salah kok kek kok kek gitu nok cakap, kita jadi serba salah kita pun tidak tahu kita duduk dalam landasan yang mana. Ramai orang bercakap, semalam pun ada yang bercakap sama ada daripada pihak Kerajaan dan jugak daripada pihak kami yang bercakap tentang hal perpaduan di kalangan kita. Tapi sebenarnya bercakap memang mudah perpaduan nok berpadu, nok molek, nok wak comel, nok wak baik mudoh jer cakap tapi nok buat bukan satu kerja yang mudah, sekarang ini peringkat kita ini merupakan peringkat pelaksana dan kita juga yang diberi anugerah oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk menjadi pemimpin buat masa sekarang ini. Saya yakin dan percaya kita semua ini bukan boleh jadi tongkat langit pun hidup tidak boleh nak kekal buat selama-lamanya maka kita kena memikirkan satu natijah yang terbaik demi kepentingan rakyat, agama, bangsa dan negara kita.

Oleh sebab itu, saya memohon kepada pihak Kerajaan, memohon kepada pihak Kerajaan supaya kita menyediakan satu platform dan modul bagaimana jambatan untuk kita laksanakan perpaduan ini sebab bukan saja rakyat di bawah yang keliru sekarang ini, rakyat semuanya keliru orang di bawah keliru apalagi kita duduk di atas pun sebagaimana yang saya beritahu kok kek kok kek nok boleh ke bercakap hari ini. Ini juga telah juga telah menjadi initipati dan juga banyak disentuh oleh Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada dua hari yang lepas iaitu kalau boleh kita baca dalam muka surat 4 yang mana Tuanku telah bertitah: “Beta melihat semangat perpaduan dan kekitaan di antara Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat beta tanpa mengira mana-mana parti telah terserlah selepas PRU Yang Ke-14 baru –baru ini.” Ini merupakan satu hadiah yang terbaik kepada rakyat Negeri Terengganu cuma sekarang ini sebagaimana yang saya bagitahu bagaimana kita nak laksanakan perkara ini sebab sebelum pada ini pun kalau kita bercakap, kita bersyarah orang politik ini cair tahi telinga belaka, sedap belaka bersyarah, kong... kong... kong.... bersyarah tapi sampai peringkat pelaksanaan

446

Page 174: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kokang kokang kokang. Ini yang perlu kita perjelaskan walaupun saya yakin dan percaya bukan satu benda yang mudah kerana kita telah melalui proses ini telah lama sangat dan ianya telah menjadi berakar umbi sampai ke bila-bila dan sebab itu saya kata kita kena menyediakan satu platform kalau tidak untuk kita pada hari ini pun insya-Allah pada generasi yang akan datang ianya boleh diikuti dan boleh menjadi panduan kepada anak-anak cucu kita insya-Allah. Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita ini sebagaimana yang saya maklum bahawa kita semua ini tidak akan kekal untuk selama-lamanya keadaan pada hari ini rakyat melihat bagaimana kepimpinan kita begitu juga Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri kerana rakyat Negeri kita, rakyat kita pada hari ini merupakan rakyat yang sudah jauh ke hadapan. Mereka akan melihat dan mereka akan merasai bagaimana servis dan juga perkhidmatan kita kepada rakyat, apakah rakyat menerima pada hari ini kepimpinan kita lebih baik daripada kepimpinan yang sudah-sudah. Dan ini harapan kita dan kita sedar ke diri pada hari ini bahawa kita telah ditolak pada Pilihan Raya Yang Ke-14 baru-naru ini, bukan kita tidak sedar kita tahu tapi kita mengharapkan Kerajaan yang ada pada hari ini memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat khususnya kita sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Terengganu ini.

Oleh sebab itu, kalau kita bercakap tentang nak buat perpaduan kita jangan cakap tentang kita-kita saja, Wakil-Wakil Rakyat saja, Ahli-Ahli Dewan sahaja maka kita kena turun ke satu peringkat satu peringkat ke peringkat akar umbi ini perlu diterjemahkan dengan cara yang sungguh-sungguh Yang Berhormat Yang di-Pertua. Ini tepuk dada tanya selera kita tak boleh nak kata ke siapa-siapa dia.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, apabila kita melihat kekecelaruan dalam politik negara kita pada masa sekarang ini pada sayalah apa guna kita menjadi pemimpin jika agama kita dicerca sebegini rupa, apa guna kita menjadi pemimpin jika bangsa dan negara kita hampir-hampir tergadai, apa guna kita menjadi pemimpin jika raja-raja kita dihina sebegini rupa sebab itu saya kata ianya memerlukan kepada penterjemahan yang begitu konkrit daripada kita sebagai seorang pemimpin yang diberi anugerah oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada masa ini.

447

Page 175: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Yang Berhormat Yang di-Pertua, berbalik kepada Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, yang banyak juga menyentuh, saya juga mengambil kesempatan dalam masa yang singkat ini untuk saya mengutarakan beberapa pandangan-pandangan dan juga rungutan-rungutan daripada peringkat akar umbi. Dan saya berharap ianya akan menjadi dan juga diberi keutamaan oleh pihak Kerajaan yang ada pada hari ini. Sejak daripada dulu lagi memang kita tahu dan kita sedar bahawa dalam Titah Ucapan Kebawah Duli Tuanku juga menyentuh dan rakan-rakan kita yang berucap pun ramai yang menyentuh iaitu berkait dengan kepentingan pelancongan di Negeri Terengganu ini. Memang kita sejak pada dulu lagi, kita dah sedar dah bahawa Negeri Terengganu ini tidak boleh bergantung semata-mata dengan minyak, dengan hasil petroleum selama-lamanya, dok boleh. Kita kena mencari satu alternatif-alternatif baru sebagaimana kita boleh mengorak ke arah perindustrian, kita kena mengorak ke arah usahawan, kita kena memperkasakan lagi industri-industri sukan kita, kita kena memperkasakan lagi industri-industri pelancongan di negeri kita. Berbalik kepada industri pelancongan, kalau saya nak ulas satu-satu, dok dang. Pelancongan, saya ni ada banyak benda yang berkait pelancongan berkait dengan kawasan saya, iaitu khususnya Tasik Kenyir. Saya sedar dan juga tuan-tuan juga tahu, sejak daripada dulu lagi ramai rakan-rakan kita kata ini merupakan satu pelaburan yang membazir, satu pelaburan Kerajaan yang membazir membuat pembangunan dan juga perancangan di Tasik Kenyir. Saya nak beritahu kepada tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang berada di dalam Dewan pada hari ini. Dulu Kenyir ni orang panggil Terengganu Mati. Terengganu Mati ni tempat hok, hok jauh sekali. Terengganu Mati, dulu. Tapi kita buat perubahan dimensi baru, dengan transformasi baru sebagaimana kehendak Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan sebut kena buat trasnformasi baru, tapi kita telah buat transformasi baru daripada Terengganu Mati kita buat nak jadi Terengganu Hidup pula lening. Dan hari ini telah terbukti ramai orang datang ke Kenyir setiap tahun, sentiasa meningkat daripada tahun 2010, 2011 sampai 2018 ni. Dan kita tengok kehadiran pelancong ini begitu ramai disebabkan kerana kita meletak pelaburan yang cukup tinggi kepada Tasik Kenyir, dan pulangan kepada kita. Kita

448

Page 176: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

tak boleh bercakap di dalam Dewan ini bahawa pelaburan Kerajaan dengan rakyat, kita berpaksikan kepada money for we… tak boleh, sebab Kerajaan dan rakyat ni tidak bukan gitu, kalau kita nak gitu, kita kena business, kita kena niaga. Ini Entity Government To Service dengan izin, Dato’ Yang di-Pertua, minta maaf. Kita dengan rakyat ini adalah untuk kita service rakyat dan pulangan kita selepas pada itu. Pulangan dia mungkin kepada rakyat, dan secara tidak langsungnya mungkin sistem percukaian kita, kita boleh perbetulkan. Kita perbetulkan sistem percukaian, sebab tu kita dulu kita cadang buat GST. Orang takmboh pulak. Sebab supaya orang tidak boleh lari. GST 6%, orang kata dok, SST bagus, 6% campur dengan 10% campur 6%. Jadi 3% mo’oh . Saya dok paham, sebab 6% orang kata tinggi, hok ni 10 campur 6 jadi 16, orang kata tinggi hok mula, jadi saya tidak faham di sini.

Jadi tuan-tuan, saya berharap Kerajaan baru di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekarang ini, sebagaimana yang disebut oleh Titah Tuanku sendiri pun saya juga tertarik dan saya ucap tahniah dan syabas, yang mana Tuanku bertitah: “ Beta berasa sukacita dengan kepimpinan memanda Beta, Yang Amat Berhormat Dr. Ahmad Samsuri kerana telah berjaya mengamalkan konsep kepimpinan matang dan sejahtera, tanpa mengirakan budaya politik dan kefahaman politik masing-masing.” Ini bagus, takdok masalah. Dan kita pun faham. Kalau Yang Berhormat kata, semalam Yang Berhormat Hulu Besut kata semalam, kalau time nak bahas Bajet, suruh angkat tangan, kita angkat tangan belaka. Dah memang dok hal Bajet pun, hal lain pun kita angkat tangan belaka. Tapi, kita dok dapat menda-menda pun dakpe Yang Berhormat, kita tahu, dok susah bab tu. Kalau Yang Berhormat Paka, takdok dah, pah kuana hala dah. Zaman dia mapuh dia dok angkat tangan. Saya ada dalam Dewan ni juga, saya tahu, jadi Yang Berhormat tuan-tuan, dengan perubahan yang dibawa oleh kepimpinan Terengganu Sejahtera hari ni, kita mendoakan .....

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Laluan sekali.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Pulok…hor mari.

449

Page 177: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Terima kasih Telemong. Dah kalau angkat tangan belaka, ajak berlawan lepas ni angkat tangan dok?

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Berlawan lepas ni mangkah, bukan angkat tangan. Hor kita kerah orang mangkah lah. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kat mana tadi dok tahu, aku hok nilah .....(Dewan gelak) .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Tak apa rileks, rileks Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Camba laa ni nak cari cari ni, duk ganggu-ganggu ni yang susah ni.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Urang hulu dokleh gitu.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Yang Berhormat Yang di-Pertua, jadi saya mengharaplah, macam pembangunan di Tasik Kenyir, Kerajaan perlu teruskan, saya faham, dan juga kita tahu dengan situasi ekonomi kita pada hari ini. Dan Yang Berhormat tidak boleh menyatakan, Kerajaan tidak boleh menyatakan bahawa ini kesilapan Kerajaan dahulu. Tidak. Sebab Kerajaan pada masa tersebut, ada barang sikit, pitih ada masa tu, kita buat perancangan besar sikit. Takkan kita nak buat perancangan kecil-kecil. Sebab kita Terengganu ni sudah jauh ketinggalan daripada orang. Kita nak suruh orang melabur, orang takmboh mari melabur, orang dok mari melabur, rakyat kita tak dapat peluang. Bila kita melabur, maka memang kita kena keluar sikit. Lepas pada ni harapan kita dengan infrastruktur yang kita buat, ada pelabur-pelabur luar dan swasta yang boleh masuk dan boleh menguruskan perkara-perkara tersebut. Dengan cerita dalam masa yang pendek, apa untung Kerajaan buat benda ni? Tak ada untung Kerajaan, nama pun Kerajaan. Kalau Kerajaan jadi jer Kerajaan, buat tabung suruh rakyat bayar hutang, tak betul. Bila jadi Kerajaan, buat tabung minta rakyat mari buh dalam

450

Page 178: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

tabung belaka, kita nak bayar hutang ni, hutang Kerajaan dulu banyak. Tu tak betul, doksoh jadi Kerajaanlah mu. Ramai lagi orang boleh jadi Kerajaan. Saya nak beritahu .....

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alor Limbat): Paka masuk dah, Paka masuk dah tu.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Dakperlah .... (Dewan gelak) ….

YANG BERHORMAT HAJI SATIPUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Aii... marah sapa tu? ...(Sambil gelak) ....

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Dok marah, bukan marah, kabor …. (Sambil gelak) …. Yang Berhormat Paka ni, memang dia, dia dok berapa nak lagi tu. Dakpe lah, dakpe.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebab tu saya kata saya berharaplah, dengan, sebab saya melihat, saya melihat di Tasik Kenyir itu sangat ramai orang yang hadir. Dan saya takut bila kita semakin suram, orang semakin menurun hadir. Bila orang kurang hadir, peluang pekerjaan, berapa ribu yang boleh diwujudkan untuk anak-anak tempatan di sini. Houseboat sahaja, daripada dua tiga butir dulu, hari ni ada sampai hampir 100…

YANG BERHORMAT HAJI SATIPUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat, benda apa sakni dok dengar. Benda apa? Dokdang tangkap.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Houseboat, houseboat….(Dewan gelak)….YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Hok mana ni nak suruh ulang ni?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dia nak minta sebut houseboat.

YANG BERHORMAT HAJI SATIPUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Houseboat? Oh, okey okey…. (sambal gelak kecil) ….

451

Page 179: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Sampai 100 buah hari ni. Berapa ramainya budak boleh kerja. Begitu juga dengan pemandu pelancong, tukang masak dan sebagainya kerana hasil yang kita buat. Orang nak gi tengok apa benda? Orang nak gi tengok ikan kelah, Santuari Kelah. Orang nak gi tengok Taman Rama-rama. Mapuh pun tak apa nak buat guaner, mapuh bukan kerja kita, dok? Kita nak buat.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Nasib baik ngaku mapuh.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Habis dah waktu Dato’ Yang di-Pertua ni. Sabar dulu, tengah sedap lagi ni.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Tapi tak boleh lama sangat Yang Berhormat, kesian kat kawan-kawan.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Sekarang ni, Taman Rama-Rama, kita dah cuba nak buat yang terbaik, kita ni memang gitulah Kerajaan. Pihak Kerajaan pun sama juga, lening dia baru peringkat reka nak buat, dia kaborlah benda tu bagus, benda ni bagus, pelaksanaan belum tentu. Jangan tebeng main jadi Kerajaan ni, aku duduk doh belah alik nung, pening kepala. Kalah bola pun sakit kepala nak jawab. Haa. Bolehlah ..... Mung jadi Kerajaan buat lepas pada ni. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Point terakhir, point terakhir.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Point terakhir. Dalam banyak-banyak tu adalah benda-benda yang saya ada bisik dah dengan Yang Berhormat Infastruktur orang kawasan saya jugak Kuala Berang, tapi dalam kawasan payah jumpa dia ni, jumpa-jumpa Dewan ginilah dia. Dang bisik ke dia, tolonglah saya kata Kampung Basun kampung yang paling hampir dengan Tasik Kenyir orang mari ramai, jadi orang nak sembahyang, masjid saya buat, saya cuba besar dah dulu tapi tidak padan, orang mari ramai sehinggakan sembahyang di bawah

452

Page 180: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kalau time panas gini takpelah, sembahyang bawahpun, time hujan gok siang ke orang. Tu lah saya harap, saya minta tolong sungguh. Bab tanah kita dah selesai, saya tak dang dulu bukan takmboh buat, dok dang, lulus dah brok kalah lalu, mapuh kerah. Nak kata guaner. Tengoklah dalam dalam peruntukan ada ke dok, pah sudoh dok buat. Saya haraplah, saya jumpa dengan siapa-siapa dia pun saya mintak tolong supaya memudahkan orang nak pergi dan juga orang yang berada di sana untuk menunaikan ibadat. Soal dia nak beribadat nak sembahyang tu cerita dialah tapi kita sebagai Kerajaan kena sediakan platform tersebut, supaya mudah kepada mereka yang ke sana.

Dan juga saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat EXCO Belia Dan Sukan Terengganu yang cuba membawa membuat perubahan sebagaimana yang disebut semalam oleh Yang Berhormat Tepoh nak buat, tukar apa ni, rumput di stadium. Sebenarnya memanglah, Yang Berhormat Tepoh semalam dia pun menyentuh berkaitan dengan pembaziran yang berlaku di Stadium Sultan Mizan, sebenarnya kita buat Kompleks Sukan Terengganu adalah di antara kompleks Sukan yang terbaik di Malaysia kita cadang dulu, yang terbaik dan kalau kita tengok pada hari ini pun tak ada negeri pun yang tiada kompleks sukan, takkan kita takmboh buat, dan kalau kita nak buat hari ini RM500 juta tidak cukup lagi. Kita buat masa itu, RM200 juta padanlah tu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Soal banyak-banyak nak runtuh nak buat guaner , runtuh se, sepuluh lagi tidak runtuh. Guaner Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Yang Berhormat, yang terakhir. Sila-sila.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Hak itu, bukan runtuh stadium, runtuh bumbung siapa dia nak. Kita dulu masa merancang pun semua orang beri taklimat pada kita bagus. Oh, pakai besi kuat ini Yang Berhormat, besi hok kukuh sekali kita import daripada nung, betul ke tidak mung, natang mung tipu aku, dok. Bukan kita nak suruh runtuh,

453

Page 181: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kontraktor pun sama, doksoh dera dia, kontraktor pun tidak mahu berlaku sebagaimana tersebut kerana kalau berlaku gitu confirm dia kena gam tak leh projek berseharang, koho mampus dia. Tapi bukan kehendak kita, soal dia runtuh, kita perbetulkan balik dan kita perbetul kita faham dalam keadaan ekonomi pada hari ini, kita betul sikit-sikit, macam tukar rumput, tapi kena tengok sistem sebab sistem pengairan, system waterproofing dan sebagainya Yang di-Pertua, kalau tidak tengok, tukar pun pelole jugak, benda yang sama akan berlaku. Ini benda yang kita kena tengok dari segi teknikal betul-betul supaya ianya boleh memberi manfaat kepada Sukan Nombor Satu Negeri Terengganu ini. Bola ini, Sukan Nombor Satu di Terengganu ini, kalah bola, hancur kita jawapan dia, bengkak muka EXCO nak beri jawapan. Tapi menang bola, yes bagus selalu. Itu budaya kita, nak wak guaner .

Jadi tuan-tuan, yang akhirlah saya, banyak lagi Yang di-Pertua nak bercakap ini, tapi takdok arohlah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Nak panjang, sidang akan datang pula.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Sidang akan datang pula, terima kasih banyak. Saya Telemong, sama juga menjunjung kasih dan merafak sembah Kebawah Duli Tuanku dan menyokong Titah Ucapan Tuanku, terima kasih. Wallahu a'lam. Wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA : Terima kasih kepada Wakil Telemong yang penuh semangat hari ini. Sila. YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil alamin. Wabihi nastain. Amma ba’d.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para Pemerhati dan sidang hadirin yang dihormati sekalian.

454

Page 182: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Pertama sekali saya ucap terima kasih kerana diberi peluang untuk sama-sama membahas Titah Ucapan kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, saya juga menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Mulia Tuanku Sultan. Walaupun kita bercakap tentang penyatuan ummah, perpaduan tetapi jangan pula kita mengambil kesempatan oleh pihak Kerajaan mungkin berasa lenang kata orang. Kita di pihak Pembangkang ini tetap menjadi penyumbang yang betul tetap kita kata betul, yang salah tetap kita kata salah. Jadi oleh sebab itu, kita berharap pihak Kerajaan dapat memberi yang terbaik demi untuk rakyatlah, apa yang kita perbincangkan di sini adalah semuanya tertumpu matlamat kita untuk kesejahteraan rakyat.

Di dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, lebih 20 perkara dipesan ataupun diingatkan kepada kita dan beberapa perkara saya nak sebut di sini iaitu yang pertama tentang pendidikan. Terlebih dahulu saya ucap tahniahlah kepada semua pihak di atas kejayaan kita mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM dan STPM dan juga kepada pelajar-pelajar yang berjaya.

Walau bagaimanapun, kita tidak dengar sebab selama ini ada insentif tertentu yang kita beri kepada sekolah-sekolah yang berjaya atau pun dan juga kepada pelajar-pelajar berjaya tetapi kita tidak dengar sekarang ini tiada liputan sama ada beri ataupun tidak saya tak tahulah, dan kita berharaplah sedikit sebanyak Kerajaan Negeri dapat memberi insentif kepada sekolah-sekolah dan juga pelajar-pelajar yang cemerlang ini.

Lebih-lebih lagi kita difahamkan sekolah-sekolah hari ini peruntukan dipotong, dikurangkan dan kita mengharapkan Kerajaan Negeri memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah ini kerana ada setengah-tengah sekolah sampai tidak dapat mengadakan Hari Sukan Sekolah hari ini, dan hantar pelajar-pelajar yang menyertai Sukan Peringkat Daerah dan Negeri hanya yang dia rasa boleh pingat sahaja. Betapa teruknya peruntukan kepada sekolah-sekolah. Dan kita juga ucap terima kasihlah dalam Bajet 2019 ini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM3.7 juta bagi pendidikan, tetapi adakah peruntukan ini sampai ke sekolah-

455

Page 183: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

sekolah ini kerana sekolah-sekolah ini masih lagi merungut kerana tiada bajetlah nak buat sesuatu program, aktiviti dan sebagainya tidak ada bajet.

Jadi saya berharap Kerajaan Negeri mengambil perananlah dalam soal ini supaya membantu, kerana inilah tempat kita untuk melahirkan modal insan kita supaya modal insan kita ini menjadi yang lebih terbaik yang cemerlang dan sekiranya peruntukan-peruntukan seperti ini tidak disalurkan sudah tentu, kecemerlangan yang kita nak yang kita idam-idamkan ini tidak akan tercapai.

Dan yang keduanya tentang bantuan petani dan nelayan. Kita tahu Kerajaan Persekutuan telah mengurangkan bantuan-bantuan ini kepada petani, golongan inilah petani dan nelayan ini dan setengah-setengahnya dipotong terus. Jadi apakah sebab ini pun, ada soalan saya semalam tetapi tidak sempat jadi saya berharap EXCO dapat gulungkan. Jadi, semalam telah jawab, ada disalurkan peruntukan tapi dalam bentuk macam mana? Kerajaan Negeri beri dalam bentuk apa? Biasanya petani dapat baja, nelayan juga dari segi sara hidup dipotong RM200 dan juga berapa ramai. Maksud saya mungkin dilakukan pemutihan dan sebahagian besarnya tidak dapat setelah dilakukan pemutihan sara hidup ini tidak dapat, dan dipotong RM100 hari ini daripada RM300 kepada RM200. Dan bagaimana Kerajaan untuk mengimbangi kos sara hidup mereka dengan kehilangan RM100 ini, apakah Kerajaan Negeri bantu kepada golongan ini. Dan yang ketiganya tentang Manisfesto PAS, ada disebut juga dalam Titah Ucapan tentang Kad Sejahtera. Ini tertumpu kepada golongan B40. Golongan orang susahlah. Jadi, kita juga tidak dengar Kad Mesra ini dilancarkan dan sebagainya. Mungkin saya tidak dengar, mungkin dah dibuat atau sebagainya. Tetapi, ini perlu dilaksanakan lebih segeralah maksud saya kerana golongan ini perlu diberi tumpuan. Jadi, maksud saya adakah Kad Sejahtera ini telah dilaksanakan ataupun tidak dan kalau tidak dilaksanakan lagi kita berharap disegerakan perlaksanaannya.

Dan yang seterusnya tentang 20,000 peluang pekerjaan dan sekarang ini dalam keadaan ekonomi yang cukup suram, saya pun tidak tahulah sebab kita juga tidak kedengaran bahawa peluang-

456

Page 184: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

peluang pekerjaan ini diberikan kepada rakyat dan sejauh mana manifesto yang mengatakan 20,000 peluang pekerjaan ini telah dilaksanakan. Sebab kita juga difahamkanlah EXCO ada buat lawatan ke luar negara dan sebagainya dan kita harap dapat pelaburan-pelaburan baru dan kita juga nak tahulah impak daripada lawatan-lawatan ini yang memberi manfaat kepada rakyat.

Dan akhir sekali saya nak menyebut tentang masalah di kawasan saya iaitu yang pertama, bekalan air sejak bulan 10 lagi, bekalan air ke Pulau Redang dicatukan dan difahamkan ada masalah kebocoran tetapi dah sekarang ini hampir lima bulan dan enam bulan dah orang Pulau Redang ini tidak dapat air dengan sebaik mungkinlah. Jadi saya berharap .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bocor atas darat ke bocor di dalam air Yang Berhormat?

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Ya?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bocor tu, paip atas darat ke paip dalam air, submarine?

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Paip dalam air biasanya ni. Payah sikit ni. Tapi, kalau dulu taklah sampai setara ni. Sampai empat bulan, lima bulan ni. Jadi, saya berharaplah Kerajaan Negeri mengambil perananlah sebab ini masalah berterusan lama dah sebenarnya tapi saya ingatlah tidak seteruk ini sehingga empat bulan, lima bulan Pulau Redang tidak sampai air, lebih-lebih lagi pulau ini pulau pelancongan. Dalam Titah Ucapan Tuanku pun ada menyebut tentang kehadiran pelancong dan sebagainya. Tetapi dengan masalah-masalah ini mungkin kehadiran pelancong juga akan berkurangan.

Dan yang kedua tentang Rumah Mampu Milik di Pulau Redang kita nak tahu juga status dia. Delay sokmo ni. Jadi, bila, berapa percent dah dan sebagainya. Termasuk juga kawan saya kata ni, Pulau Perhentian, status Rumah Mampu Milik Pulau Redang dan juga Pulau Perhentian. Dan yang seterusnya saya ulangi sekali lagi ini

457

Page 185: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kali yang ketiga mengenai pembinaan Masjid Mengabang Lekor. Semua perkara pengambilan balik tanah telah berlaku lama dah dan macam hok lain juga di zaman saya tidak sempat lulus walaupun kita dah angkat ini dalam Bajet, tapi kita nak tahulah status sebab Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah jawab dalam Sidang yang lepas, projek ini akan diteruskan. Cuma kita tidak nampak apa ni berlaku komitmen untuk menjalankan projek ini.

Dan yang seterusnya tentang tanah lot di Bukit Wan sebanyak 24 lot yang tidak dapat diselesaikan walaupun telah ada penama-penamanya dan saya difahamkan tanah lot ini telah dibatalkan dan akan diberi kepada penama-penama baru. Jadi saya bimbang suasana yang tidak harmoni di dalam kampung. Jadi kalau betul kita nak tengoklah yang kita sebut perpaduan, penyatuan ummah dan sebagainya. Teruskanlah, kalau nak buka, bukalah tanah lain, ambillah tanah lain. Janganlah kacau tanah hok dah selesai dan sebagainya.

Dan yang terakhir satu lagi iaitu Rumah PPRT yang telah siap di zaman BN memerintah dululah dan telah ada juga penama. Juga telah ditangguhkan pemberiannya. Jadi saya bimbang rumah ini akan jadi rosak kalau orang dok masuk. Rumah siap dah, rosak dan sebagainya. Jadi, beri jelah kepada penama, dia orang pun dah tahu…..

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Yang Berhormat, minta laluan, minta penjelasan rumah di mana tu?

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Di Wakaf Cagak.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Apa tu?

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Wakaf Cagak.

458

Page 186: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Wakas?

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Wakaf Cagak.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Cagak? Ooo di Batu Rakit?

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Oh, Batu Rakit.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Okey. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Cakap Batu Rakit boh. ...(Dewan gelak) ... bukan Bukit Tunggal ni. Batu Rakit boh. Kita masalah kita jer. Jadi itulah sedikit sebanyak dan Batu Rakit pohon menyokong. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah. Wassalum’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Wakil Batu Rakit. Sila Wakil Bukit Besi.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahir Rabbil ‘Alamin. Wassalatu wassalamu'ala asrofil anbiya iwal mursalin, Sayyidina Muhammadin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, barisan Ahli-ahli EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan…..

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhomat, saya ganggu sekejap yer. Saya lepas pada Yang Berhormat Bukit Besi, saya nak bagi seorang lagi sebelum apa nama ni ADUN Kijal dan juga Batu Burok. Okey, sila sambung.

459

Page 187: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Para Pemerhati, tuan-tuan, puan-puan yang saya kasihi sekalian. Alhamdulillah ada kesempatan juga pada saya pada pagi ini untuk sama-sama mengambil bahagian dalam Menjunjung Kasih Keatas Titah Ucapan Tuanku yang disempurnakan di Majlis Perasmian dua hari yang lepas. Dan izinkan saya melahirkan ucapan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas Titah Ucapan dan keprihatian yang saya rasa amat berat untuk kita sama-sama memainkan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat iaitu menyeru ke arah perpaduan dan keharmonian demi memenuhi agenda rakyat dan pembangunan yang tersusun dan berterusan bagi Negeri Terengganu kita.

Di atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan yang amat tinggi lagi mendalam ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga menyeru kita semua mengetepikan politik kepartian dan turut mengingatkan kepada kita iaitu anasir-anasir luar yang cuba menggugat keharmonian dan kestabilan kita di Terengganu khasnya dan juga Malaysia amnya. Sebelum ini kawan-kawan kita dah ramai yang menyentuh tentang keharmonian dan perpaduan. Jadi itulah sebenarnya yang sesungguhnya pada kita bagi Negeri Terengganu sama-sama mengambil perhatian yang begitu serius, bukan untuk kita tetapi untuk rakyat Negeri Terengganu keseluruhannya untuk menjayakan misi dan visi Kerajaan pimpinan baru ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi.

Dan saya di sini, saya ingin melafazkan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan izin dan inayah-Nya jua saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi dengan rasa penuh tanggungjawab berdiri di sini untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Di Atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Bagi Kali Yang Keempat Belas. Dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan dan peluang kepada saya untuk membahaskan usul tersebut.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa perkaralah ingin saya ajukan di sini. Saya amat menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang telah menitahkan agar

460

Page 188: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Kerajaan berusaha menjadikan Terengganu destinasi pelaburan dengan memberi fokus menurunkan cost of doing business di Terengganu. Oleh itu, moleklah kalau pihak Kerajaan yang telah merangkakan satu pelan yang cukup baik. Wakil Rantau Abang sebenarnya hari tu tak sempat. Katanya tujuh strategi PITAS ni, hanya sempat dua. Jadi saya pada kesempatan ini ingin berkongsilah maklumat yang jelas supaya dapat kita sama-sama dapat kongsi maklumat itu. Sebelum ni, kita tahu PITAS, tapi kita tak tahu maklumat yang lebih tepat dan jelas untuk kita pastikan supaya rakyat di bawah sana juga dapat mengambil maklumat-maklumat ini. Dan kita nak tahu apakah aktiviti atau program-program yang akan ada dalam kerangka PITAS ni. Maaf saya nak cakap ni, sehingga kini dah setahun dah, setahun tak sampai lagi dok, sepuluh bulan.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya, belum.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Sepuluh bulan PITAS diumumkan. Tetapi tiada satu pun lagi, Town Hall mengenai PITAS dilakukan kepada kepimpinan masyarakat, mahupun kakitangan Kerajaan serta juga kita sendiri di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat, rasanya setakat ini, saya sendiri pun tak pernah dijemput lagilah seingat saya ke taklimat ataupun apa-apa forum mengenai PITAS yang dikerangkakan ini. Maaflah bukan apa, kita meluahkan rasa ini kerana kita nak bekerjasama kawan-kawan kita semua tadi dah sebut jadi semangat untuk bekerjasama ni cukup tinggi di kalangan kita, jadi kita nak biarlah dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat, Negeri Terengganu kita ni dapat sama-sama memajukan sepertimana saranan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Perlu diakui, kerjasama perlu digerakkan untuk meningkatkan keupayaan pertumbuhan ekonomi negeri dijangka kekal lembap, ada kawan-kawan kata suram, tapi saya ambil ayat berhemah sikit ni, yang dijangka kekal lembap pada tahun 2018 ni. Ni baru nak masuk 2019, kita perhatikan banyak kini kedai-kedai ditutup operasi yang secara tidak langsung mewujudkan pengangguran. Oleh itu, saya amat mengharapkan Kerajaan dapat menggerakkan PITAS, yang mampu memfokuskan pertumbuhan ekonomi agar pertumbuhan tahun ini dan tahun-tahun yang akan kehadapan bergerak lebih memberansangkan lagi.

461

Page 189: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ke arah keusahawanan juga menarik minat saya untuk turut merakamkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang akan memperuntukkan, betul dah ayat saya tu dok? Yang akan memperuntukkan dana RM15 juta iaitu Tabung Usahawan Sejahtera Terengganu (TUGAS). Saya difahamkan ini merupakan jumlah yang terbesar yang pernah diperuntukkan kepada YPU bagi membantu usahawan ini, sebab saya lama juga jaga usahawan ini tak pernah peruntukkan sebegini rupa besarnya. Hebat dan terbaik bossku, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, boss kita semualah dok. Dah Kita nak kerjasama dahkan. Namun, dalam masa yang sama cuma nak berkongsi pengalaman dan ingatan, usahawan bukan nak dengar peruntukkan sebenarnya. Kaborlah banyak mana peruntukkan pun, pada usahawan biasa saja. Tetapi mereka nak pitih, kita kabor peruntukan dia dengar jer, tapi dia nak pitih dengan cepat. Hok ni kepada EXCO Usahawanlah, Kota Putera. Saya tumpang suka dengan juta-juta tu, saya sendiri pun rasa, nak tu doklah sebab kita tak niaga, tetapi kepada usahawan. Tetapi saya juga terima keluhan daripada usahawan sebenarnya, yang dia kata dah hantar borang bulan Disember 2018, beberapa bulan lepaslah, dan bulan Januari 2019 tetapi hingga kini belum dapat lagi keputusan lulus atau gagal permohonan ini. Kalau telefon Pejabat YPU pun cakap dengan Bahagian Pembiayaan, pegawai situ jawab, banyak terima permohonan, jadi kena sabar dulu, betul dah, dan hok menariknya ada juga yang dapat jawapan peruntukan Kerajaan tak hantar sepenuhnya lagi ke YPU. Kalau boleh kita dimaklumkan berapa permohonan, tolong bagitahulah, kita nak tahu juga, berapa permohonan ke ada tanya tak silap tadi, tambahan tadi dok? Takpelah saya cuba itu balik sebab mungkin sama tu. Berapa permohonan yang sudah diterima sejak Disember sehingga kini dan berapa jumlah bilangan yang telah diluluskan. Jumlah Ringgit Malaysia. Faham sajalah, dalam keadaan hari ini, orang niaga nak pitih cepat, dia nak buat modal. Saya sebenarnya dalam hal ini saya, masa saya dulu saya senantiasa mengingatkan kepada pegawai-pegawai di YPU sebenarnya, kita kena ingat, usahawan-usahawan kita tu mari dari Kemaman, mari daripada Besut dengan masalah nak bawa masalah ke kita, dengan harapan yang begitu tinggi, mungkin dia mari sewa kereta, mungkin dia

462

Page 190: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

mari dengan motosikal, kalau hari hujan dia berbasah, kalau hari panas makna berpeluh, nak sampai ke Pejabat YPU. Tetapi apabila dia sampai ke Pejabat YPU dengan layanan yang tidak sempurna, akan menyebabkan usahawan-usahawan kita merasa kecewa. Jadi inilah kita nak supaya, pegawai-pegawai kita di Pejabat YPU tu, tolong tengok-tengok dan timbang-timbangkanlah kepada usahawan-usahawan kita apatah lagi dengan peruntukan yang akan disediakan oleh Kerajaan satu jumlah yang cukup besar. Saya mengharapkan Kerajaan atau pengurusan YPU menjelaskan keadaan sebenarnya kepada pemohon dan kalau boleh tempoh menunggu itu janganlah lama sangat, buatlah acap sedikit, orang Terengganu kata buatlah kerek sikit mesyuarat itu kalau dua tiga kali sebulan pun, buatlah demi untuk beri keselesaan dan kemudahan kepada usahawan-usahawan kita. Satu lagi harapan agar kalau boleh pemohon boleh buat semakan sendiri secara online, ini cadanganlah, bagaimana status permohonannya. Kita nak Kerajaan kita hebat. YPU sudah melatih ramai usahawan-usahawan digital, moleknya segala permohonan dan semakan pun boleh dilakukan secara digital sebab keusahawan ini masih dekat di hati saya sebenarnya dan amat faham sangatlah masalah kewangan orang niaga terutamanya yang hantar borang pinjaman. Secara umumnya saya mengambil pandangan positif usaha terbaik Kerajaan memberi fokus kepada keusahawanan itu namun kami merasakan beberapa pembaikian mekanisma boleh dilakukan untuk memenuhi harapan para usahawan dan menjadikan IKS penjana ekonomi negeri dalam situasi ekonomi kini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, menarik perhatian saya juga bila Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut memberi pandangan terhadap Revolusi Industri 4.0 dan TD1303. Kalau dahulu TD1303 diketuai oleh seorang CEO, dan diletakkan di bawah UTENT. Namun difahamkan kini masih lagi belum ada lagi CEO, betul tak betul, dan difahamkan juga UTENT pun sudah dibubarkan, jadi apakah halatuju TD1303 dan apakah fokus usahawan nak start yang akan dibangunkan di TD1303? .... [Buzzer timer berbunyi] ..... Boleh saya teruskan Yang di-Pertua?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Habis dah masa Yang Berhormat.

463

Page 191: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi):Sikit lagi saya ambil masa.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Satu minit sebab kita ada ADUN Kijal, lepas itu ADUN Batu Burok, lepas tu tadi saya janji ada seorang lagi, kan? Ada tak? Tak ada dah kan? Tak ada dah ya? Boleh sikit lagi.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi):Kita juga hendak tengok secara moleklah matlamat atau

objektif kewujudan TD1303 dikekalkan dengan mungkin ambil sikit kalau kata ada kelemahan di situ di sini untuk kita ubah suai strategi dan program agar agenda ke arah melahirkan digital citizen atau usahawan yang mampu memacu IR 4.0. di Terengganu dapat kita rancakkan. Dan pada kesempatan ini juga saya nak mendapatkan kesahihan atau kepastian apakah inisiatif-inisiatif terbaru untuk menarik usahawan-usahawan tempatan atau pelaburan tempatan untuk menggerakkan IR 4.0. di Terengganu.

Seminit, dang lagi dok? Sebelum saya mengakhiri Ucapan Junjung Kasih Atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia marilah kita sama-sama memahami seruan dan harapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk melihat Terengganu maju dan rakyatnya sejahtera. Justeru itu atas nama perpaduan, saya walaupuan duduk di meja sebelah sini bersiap sedia akan memberi kerjasama demi agenda nak tengok Terengganu maju macam yang viral lening, ‘Malu Apa Bossku’, hebat sangat sekarang ini, dia viral ‘Malu Apa Bossku’. Jadi begitu jugalah dengan harapan saya untuk melihat Negeri Terengganu kita ini akan dapat negeri yang terbaik dan rakyatnya sejahtera. Justeru itu kalau kita buat tegur dan memberi pandangan yang agak berbeza atau bercanggah sikit bukanlah bermakna kita ini nak membangkang atau memandang secara negatif. Kita sayang Terengganu, kita rakyat Negeri Terengganu memang kita sayang Terengganu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang terakhir Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi):Ya. Okey, yang terakhirnya, saya tak boleh habis jugalah, tak

464

Page 192: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

apalah untuk akan datang pula. Jadi sekali lagi saya nak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua yang telah memberi ruang dan peluang kepada saya, sama-sama mengambil bahagian dalam Titah Ucapan Tuanku. Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Bukit Besi turut menyokong. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Bukit Besi, akhirnya saya menjemput Wakil Kijal, selaku ketua .... Tak apalah ya deh sebut Ketua Pembangkang yang baru, beri semangat sikit, untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Sila.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua Jabatan, dan para Pemerhati sekalian.

Alhamdullilah saya bersyukur ke hadrat Allah Ta’ala kerana saya diberi peluang oleh Yang di-Pertua untuk turut sama membahaskan Ucapan Junjung Kasih Atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa Perasmian Sidang Dewan yang lalu. Saya nak pendekkan hanya ada beberapa perkara. Pertama, saya ingin menyentuh Ucapan Tuanku mengenai kewujudan Terengganu Silica Valley iaitu di Jambu Bongkok yang mana kita sedar bahawa ini merupakan aset utama Terengganu kerana mengikut kajian, silika yang terdapat Terengganu boleh bertahan jika diusahakan secara mampan selama 75 tahun. Justeru itu, apa yang saya harapkan Kerajaan Negeri harus berhati-hati menarik para pelabur kerana kita ada dua aset utama yang dulu saya telah laksanakan di samping silika dan juga bauksit kalau boleh kita mencari pelabur-pelabur yang datang membuka kilang di sini. Ini adalah kerana apa yang berlaku hari ini, tahulah kebanyakan pelabur ini kung kali kung, ikut syarat kita dia mesti mengeluar produk sekurang-kurangnya separuh siap tapi kita tidak mahu bahawa apabila mereka diberikan kelulusan mereka mengeksport silika ini secara bahan mentah, raw sahaja ke luar negara. Ini sudah tentu merugikan kita dan saya harap kita telah

465

Page 193: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

ada kelulusan diberikan dulu. Saya berharap Kerajaan Negeri berhati-hati membuat pemantauan tentang apa yang berlaku kerana saya dimaklumkan telah mulai silika kita ini dieksport ke luar negara secara bahan mentah bukan sekurang-kurangnya separuh siap.

Begitu juga dengan bauksit kita yang juga merupakan aset yang ada pada Terengganu di samping minyak, justeru itu kita juga kalau boleh saya harap Jawatankuasa Pelaburan Negeri dapat menarik pelabur-pelabur datang dan pastikan mereka ini boleh membuka kilang mereka di sini. Kita beri keutamaan kepada pelabur-pelabur dan kalau kita beri kepada mereka yang hanya nak ambil, punggah dan pergi, ini sudah tentu merugikan kita. Ingin jugalah saya memberi peringatan kepada Kerajaan Negeri supaya berhati-hati.

Yang kedua, secara ringkasnya Kerajaan Negeri merancang untuk membina 20,000 unit Rumah Mampu Milik kepada rakyat Terengganu walaupun saya percaya angka ini adalah begitu besar, mungkin ini di luar kemampuan kita. Walau apa pun, saya melihat dari segi positif saya harap EXCO berkenaan dapat merealisasikannya kerana bagi saya, masa saya dulu kita hanya buat janji 10,000, kita hanya dapat buat 9,000 lebih itupun dalam keadaan duit kita agak lebih sedikit ketika itu berbanding sekarang ini kerana kita sedar bahawa kalau ikut Bajet sebagaimana dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar hasil daripada petrol sahaja kira-kira RM1.4 bilion dengan harga antara USD 60 – 70 tapi bila ditolak 25% kita hanya tinggal lebih kurang RM1 bilion 50 juta sahaja dan kita campur lagi dengan hasil Terengganu, hasil-hasil lebih kurang RM350 juta menjadikan pendapatan kita lebih kurang RM1.4 bilion. Sedangkan dalam Bajet kita tulis RM2.015 bilion, kekurangan lebih kurang RM600 juta. Inilah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Kerajaan Negeri dan juga rakyat Terengganu kerana kita sedar, kalaulah diikutkan keadaan biasa memang tidak mencukupi kerana saya rasa tidak ada Kerajaan Negeri lain, yang mana Kerajaan Pusat berhutang dengan Kerajaan Negeri kecuali Terengganu. Kalau kita hutang RM700 juta lebih, ditolak dengan RM1.7 bilion lagi yang ada untuk pembinaan lebuh raya, kita ada lebih kurang RM100 bilion lagi dicampur dengan lebih kurang RM400 atau RM600 juta lagi duit

466

Page 194: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

yang patut dipulangkan RM230 juta setahun makna kita akan ada lebih kurang RM1.6 bilion. Sebab tu saya katakan tadi bahawa Kerajaan Pusat candat hok kita. Dia potong 25% tapi bila dia berhutang dengan kita, dia mintak tangguh dulu. Boleh tangguh sementara tapi saya harap tapi Menteri Besar tulis surat dengan kadar faedah yang tertentu, 8% bolehlah kata. Ni nok kecek kita sokmo. Sebab itulah saya harap bahawa, sebagaimana yang disebut tadi, saya ada sebut bahawa Kerajaan Negeri telah berkolaborasi dengan Tok Arau Sdn. Bhd. Tapi Yang Berhormat EXCO jawab tidak ada, tu Kerajaan dulu. Tapi bila saya check, sebenarnya Kerajaan sekarang kerana saya dapat maklumat ini lebih kurang tiga minggu yang lalu. Saya harap Yang Berhormat dapat betulkan dengan Tok Arau Sdn. Bhd. kerana katanya Kerajaan Negeri nak bayar 50% harga rumah yang dibina nanti. Bagi saya ini suatu yang membebankan, saya rasa Kerajaan mungkin tak mampu dan sebagainya. Yang ketiga, ringkas-ringkas Yang di-Pertua, iaitu saya mengharapkan Kerajaan Negeri mengambil perhatian yang serius mengenai Pembangunan Tasik Kenyir dari segi sektor pelancongan kerana Terengganu tidak boleh tidak lari dari jadikan pelancongan sebagai agenda utama dan saya harap kita boleh fokus. Kalau kita nak buat belaka, ecer belaka kata orang, sini nak buat, sini nak buat, akhirnya tak jadi. Ada peruntukan RM100 juta, bagi sini RM2 juta, bagi sini RM3 juta, akhirnya tak dapat apa-apa. Lebih baik kita fokus kepada Kenyir sahaja kerana saya percaya Kenyir mempunyai potensi yang besar sebagaimana yang dibentangkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku iaitu ada 3 parameter yang sepatutnya dikuti oleh Kerajaan Negeri:-

1. Meningkatkan jumlah kedatangan pelancong. 2. Meningkatkan tempoh tinggal pelancong. 3. Meningkatkan perbelanjaan pelancong di Negeri

Terengganu.

Ketiga-tiga ini boleh dilaksanakan, boleh kita realisasikan kalau kita bangunkan Tasik Kenyir. Kerana dulu kita merancang untuk membina kira-kira permulaan 30 unit kedai atau Premium Outlet Kenyir. Kalau ini dapat dilaksanakan, maknanya pelancong akan boleh syarat dia tinggal sekurang-kurangnya dua malam di Tasik Kenyir. Kedua, mereka boleh shopping di Tasik Kenyir. Dan ketiga,

467

Page 195: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kita boleh jual dengan harga yang murah kompetetif, berbanding dengan tempat-tempat lain, kerana saya telah buat survey hampir sebahagian besar dunia ini tempat-tempat sama ada Factory Outlet atau Premium Outlet yang boleh kita laksanakan. Pelan telah siap, tinggal lagi dilaksanakan Yang Berhormat Yang di-Pertua. Dan kita lihat sendiri, walaupun satu ketika dulu saya diperkecilkan dalam keadaan kata orang kita nak bersama ni dok kasor sangatlah, hok dulu bahang parok dah ning. Orang kata saya bila kita bangun Tasik Kenyir, orang kata, siapa nak gi kat jin tendang. Saya takmboh sebutlah siapa yang kata tu tapi dia faham-faham sendirilah. Tapi hari ini, diakui sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Ucapan Bajet dia pada untuk 2019, kedatangan pelancong 2017 ke Kenyir seramai 817 ribu. 2018 angka belum keluar, dan saya jangka insya Allah sekurang-kurangnya 2019 ini angka akan mencapai 1 juta lebih. Ini adalah kerana kita lihat sendiri hari ini, hampir 100 houseboat yang ada di Kenyir tak cukup lagi. Itu kita belum siap lagi Kawasan Bebas Cukai, Premium Outlet yang kita nak bangunkan, kemudahan hotel dan lain-lain lagi. Sebab itu saya kata kita fokus pada membangunkan Tasik Kenyir, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Dan kita lihat sendiri bahawa Kenyir ini sebenarnya mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tertentu. Kalau kita ingin lihat berbanding tempat-tempat lain, kalau di Pulau Perhentian hingga ke 200 ribu setahun datang melawat, Pulau Redang lebih kurang 250 ribu, Pulau Kapas lebih kurang 80 ribu tapi Kenyir telah mencapai angka kalau kita buat insya-Allah mencecah 1 juta dan akan datang lagi malah kita boleh jangkakan sekurang-kurangnya 100 ribu sebulan akan melawat Kenyir sekiranya semua kemudahan–kemudahan ini dapat disediakan. Justeru itu saya pohon Kerajaan Negeri fokuskan sektor pelancongan terutamanya di Kenyir. Banyak perkara yang boleh kita lakukan dan dulu saya dah beritahu kepada Kerajaan Negeri supaya memindahkan terowong air, gelongsor air yang berada di Zoo Kemaman itu ke Tasik Kenyir untuk tambahkan kemudahan yang ada kerana ianya sekarang tidak berubah, ia perlu dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu saya juga ingin menyentuh mengenai kemajuan fizikal Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus dan Bandar Baru Kijal. Disebut oleh Tuanku dari segi

468

Page 196: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

infrastrukturnya telah pun mencapai lebih daripada target dari segi kesiapannya. Saya ucapkan terima kasih cuma saya nak tambah sikit, saya mintak, merayu Kerajaan Negeri kerana dalam Manifesto PAS juga ada menyebut mengenai Bandar Lestari. Sebab saya menjadi EXCO Kerajaan Negeri lebih kurang 15 tahun dalam Kerajaan Tempatan, dan 5 tahun sebagai Yang di-Pertua Majlis Daerah Kemaman. Jadi antara yang kita wujudkan di bandar-bandar baru ini adalah mewujudkan jalan tiga lorong kerana dua lorong kata orang dah ketinggalan zaman obsolete. Sebab tu bandar-bandar kita hari ni semuanya jammed nak besarkan lagi tak boleh, nak design tak mencukupi dan sebagainya. Sebab tu kita bangunkan Bandar Kuala Nerus dengan tiga lorong sebelah, jadi enam lorong termasuk juga Bandar Baru Kijal. Jadi Kerajaan Negeri terdahulu telah meluluskan peruntukan hingga RM230 juta untuk kemudahan infrastruktur termasuk jalan tiga lorong sebelah tetapi saya difahamkan akhirnya Kerajaan Negeri yang baru telah mengurangkan kepada dua lorong sahaja. Jadi sudah tentu keadaan ini akan menyulitkan pada masa depan kerana satu, melibatkan kos. Kalau dibuat masa depan, kosnya lebih tinggi. Jadi saya haraplah supaya Kerajaan Negeri fikir kembali supaya tiga lorong ni diteruskan. Mahu tak mahu kita buat juga akan datang tu tapi kosnya akan berlipat kali ganda. Kalau buat, buat sekaligus saya kata, begitu juga dengan longkang dan sebagainya. Dan saya haraplah bahawa perkara-perkara ini dapat dilaksanakan dan saya percaya bahawa kita ingin melihat Terengganu terus maju dengan peruntukan yang kita ada dan saya sedar Kerajaan Negeri akan mengambil masa yang besar menunaikan tanggungjawabnya melaksanakan program-program yang saya sebutkan tadi kerana Bajet RM2.05 bilion ini adalah satu angka yang tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya Kerajaan Pusat tidak memberikan peruntukan sewajarnya sebagaimana yang diputuskan. Saya sedar bahawa inilah yang berlaku sekarang ini, mungkin Perdana Menteri bersetuju tapi Menteri Kewangan kata tak ada duit dan akhirnya PM terpaksa akur pada kehendak Menteri Kewangan. Sebab tu saya menawarkan diri untuk sama-sama kalau sekiranya ada kesempatan untuk jumpa PM ke, Lim Guang Eng sebab saya kenal dia, saya pernah bersama-sama beberapa tahun dulu, dalam mesyuarat dan sebagainya. Dan saya tak kisah saya kata. Saya jenis buat peluru tak apa. Saya bila saya marah tak kira siapa. Tak ada hal bagi saya. Apatah lagi dia parti

469

Page 197: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

lain kita parti lain tak boleh pecat. Hok parti sama nak pecat pun tak pecat stabuk. Sepatutnya pecat lama dah ni Mat Said ni tapi nok kata guane dokleh pecat. Payah sikit. Sebab tu arwah mok saya kata, saya masa beranak dulu, tali pusat panjang do’oh lalu. ...(Dewan gelak) .... Dia berlilit pah tekok. Jadi maknanya, sebab kata tu lah nak dapat payah, nak jadi Menteri Besar pun payah gok dulu. Nak berhenti pun bolok juga. Nak maapuh pun payah jugak. Dok mapuh jugak. Jadi nak kata guaner. Jadi umur panjang dalam politik. Jadi sebab tu saya kata, saya nak tengok bahawa Kerajaan Pusat tidak boleh memperkotak-katikkan Kerajaan Negeri dan rakyat Terengganu. Kita mesti ada stand, satu pendirian demi kepentingan rakyat, kita berjuang bersama. Tak kisah. .....(Tepukan sokongan)..... Saya sanggup menjadi galang ganti. Sebab itu kita haraplah biar mesej ni sampai kepada Kerajaan Pusat, Kerajaan Pusat jangan tipu rakyat. Janji lain nak buat lain. Saya kata saya rapat dengan Tun Mahathir, sepatutnya saya orang pertama masuk parti dia. Tapi saya tak bersetuju dengan beberapa langkah yang dibuat. Saya sebab itu saya kata, jangan cuba bermain politik terlalu banyak sangat. Kita nak lihat Kerajaan membela rakyat bukan Kerajaan menipu rakyat. Ini yang perlu dilakukan. Cakap mudah, nak buat payah. Sebab itulah saya sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, ingin memohon supaya apa yang saya sebutkan ini diberi perhatian serius oleh pihak Kerajaan kerana kita sama-sama bertanggungjawab untuk memberikan kemudahan keselesaan kepada rakyat sebagaimana yang kita janjikan kerana kita sebagai pemegang amanah yang akan dipersoalkan suatu ketika nanti.

Justeru itu sekali lagi saya mengambil kesempatan ini Menjunjung Kasih Atas Titah Perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyampaikan Titah Ucapan yang mulia ini dan saya turut sama menyokong dan juga mengucapkan terima kasih di atas Titah Ucapan Baginda di Dewan Negeri tiga hari yang lalu. Mudah-mudahan Allah merahmati kita. Sekian. Wassalamualai’kum warahmatuallahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang Di-pertua.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Wa’alaikumus salam warahmatullah. Terima kasih banyak pada Wakil Kijal yang telah banyak sebenarnya tadi memberikan ucapan perbahasan termasuk memberikan nasihat kepada pihak Kerajaan yang ada.

470

Page 198: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Seterusnya saya jemput pembahas yang terakhir iaitu Wakil Batu Burok. Selepas pada ini sebenarnya kita rehat, petang nanti akan dibuat penggulungan oleh pihak Kerajaan. Saya persilakan Wakil Batu Burok.

YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, wassalatu wassalamu’ala Rasulillah waba’. Suka untuk saya memulakan perbahasan ini dengan memetik firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

كاة وأمروا بالمعروف ونهوا عن اهم في األرض أقاموا الصالة وآتوا الز ن ذين إن مك الالمنكر �

ه عاقبة األمور ولل

Bermaksud: Orang-orang yang kami berikan kekuasaan di bumi mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan menyuruh perkara yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar dan kepada Allah jua lah kesudahan segala urusan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan tidak lupa juga kepada rakan-rakan media, Pemerhati-pemerhati yang dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta’ala sekalian. Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan atas Titah Baginda yang saya kira merangkumi kesemua aspek berkait dengan pentadbiran Kerajaan Negeri dan juga perbahasan-perbahasan sama ada daripada pihak Kerajaan mahupun daripada pihak Pembangkang yang telah menyentuh sudut-sudut penting yang telah digariskan di dalam Titah Tuanku Sultan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, di dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Negara Brunei, negara jiran kita yang mana telah mengisytiharkan untuk melaksanakan Hukum Jenayah Syariah sepenuhnya bermula daripada 3hb. April yang lepas. Bermula daripada beberapa hari yang lepas dalam ucapan yang telah disampaikan oleh Sultan Brunei yang saya kira ia adalah satu

471

Page 199: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

perkara yang sangat besar dalam konteks Kesultanan Islam di Tanah Melayu. Walaupun sebuah negara kecil tetapi sanggup untuk melaksanakan perkara yang sangat besar ini walaupun berdepan dengan berbagai-bagai ancaman khususnya daripada kuasa-kuasa besar dunia. Ini adalah merupakan salah satu daripada mata rantai Kesultanan Islam di Tanah Melayu ini daripada utara di Selatan Thailand seterusnya di Selatan Kesultanan Brunei dan lain-lain lagi dan sehinggalah di Tanah Melayu ini yang telah memartabatkan syariat Islam beratus tahun lamanya. Berdasarkan kepada semangat inilah kita melihat bagaimana dalam Titah Tuanku Al-Sultan menekankan perkara pertama menunjukkan kepada kita bagaimana keprihatinan Tuanku berkait dengan ancaman-ancaman semasa yang berlaku terhadap Islam. Pihak-pihak tertentu yang ingin mencuba bagi menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan yang telah terbina sekian lama di bumi Malaysia yang tercinta ini. Dan kita melihat bagaimana dalam Titah Tuanku yang menyebut bagaimana di sana terdapat pihak yang berani melakukan perkara-perkara yang menyentuh kesucian agama Islam, memperlekehkan Institusi Diraja dan banyak lagi perkara yang berpotensi mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Kita melihat PAS sebagai sebuah Parti Islam sudah tentulah menjadikan agenda Islam adalah agenda yang paling penting bukan sahaja ketika menjadi parti pembangkang bahkan juga ketika menjadi parti yang memerintah. Inilah yang ditunjukkan oleh PAS yang memerintah di Kelantan dan juga di Terengganu ini walaupun disebut oleh Yang Berhormat Hulu Besut, PAS ni memerintah hanya satu penggal sahaja tetapi saya melihat satu penggal pemerintahan PAS khususnya pada penggal lepas telah berjaya mengembalikan semula Undang-Undang Tubuh Asas Negeri Terengganu yang bertunjangkan kepada Al-Quran, As-sunnah, Ijmak dan Qias yang gagal dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum ini walaupun beberapa penggal. ....(Tepukan sokongan) .... Itu cerita lamalah.

Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli-ahli Yang berhormat, lanjutan daripada apa yang ditekankan di dalam Titah Tuanku, timbul agenda perpaduan ummah yang banyak disentuh oleh rakan-rakan saya semalam dan juga hari ini, Yang Berhormat Kijal Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Telemong, Yang Berhormat Batu

472

Page 200: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Rakit cuma Yang Berhormat Hulu Besut banyak kali sebut bersatu. Saya bimbang juga, saya doakan mudah-mudahan beliau dan kita semua istiqomah dalam perjuangan Insya-Allah. Apa yang penting bagi saya lafaz-lafaz yang digunakan adalah biasa saja, yang lebih penting ialah bagaimana pelaksanaannya sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Telemong. Walaupun kita mengguna lafaz-lafaz tersebut, yang penting ialah kebersamaan dalam tindakan. Alhamdulillah, dengan kerjasama di atas asas perpaduan ummah ini kita boleh bersama-sama khususnya dalam perkara-perkara yang kita persetujui isu Islam dan ancaman terhadapnya, Melayu, bumiputera dan kepentingan rakyat secara umumnya. Saya percaya bahawa kerjasama yang dijalankan ini Insya-Allah akan membawa satu perubahan yang besar pada PRU Ke-15 yang akan datang yang akan membawa kerjasama ini memerintah Putrajaya Insya-Allah. Cuma untuk Negeri Terengganu ini kita beri pada PAS dululah memerintah.

Kita melihat bagaimana kerjasama yang utuh ini telah diambil satu respon yang sangat negatif daripada pihak-pihak yang tidak mahu melihat umat Islam, Melayu bersama di dalam membawa agenda-agenda yang saya sebutkan tadi. Saya sebut di sini beberapa contoh antaranya ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri kewangan yang menyifatkan hubungan ini umpama mengisytiharkan perang terhadap masyarakat non muslim di Malaysia. Ada juga pimpinan di sana yang menuduh hubungan kedua-dua parti ini akan membentuk negara seperti acuan Taliban di Afganistan. Sehingga yang lebih dasyat daripada itu mengaitkan perkara dan peristiwa berdarah yang berlaku di New Zealand baru-baru ini akan membawa kepada sikap-sikap melampau dalam konteks politik di negara kita.

Saya ingin tegaskan walaupun kita umat Islam bersama, kita sama sekali tidak menzalimi dan menindas orang-orang bukan Islam. Inilah yang dapat kita lihat dalam negara kita khususnya di Negeri Terengganu ini walaupun jumlah umat Islam melebihi 95%, tetapi masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan aman damai sama ada ketika pemerintahan Barisan Nasional dahulu, mahupun ketika pemerintahan PAS pada penggal ini dan pada penggal-penggal sebelum daripadanya. Kita tidak menafikan hak mereka. Apa yang berlaku kita melihat umat Islam manoriti yang tinggal di negara

473

Page 201: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

bukan Islam majoriti banyak yang dizalimi dan ditindas. Tidak perlu kita mengambil contoh-contoh di negara-negara yang jauh, yang paling dekat dengan kita umat Islam Rohingya minoriti di Myanmar yang di zalimi dan di tindas. Kita melihat kenyataan-kenyataan seperti ini adalah kenyataan-kenyataan yang biadab dan tidak bertanggungjawab.

Kita mahu mengajak mereka yang mendakwa dan menuduh dakwaan-dakwaan ini untuk datang bertandang ke Negeri Terengganu, ke Kelantan, ke Pahang, dan negeri-negeri lain yang majoritinya umat Islam bagaimana masyarakat majmuk hidup dalam keadaan aman dan damai tidak berlaku kekecohan dan perkara-perkara yang tidak diingini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya suka untuk menyentuh satu perkara penting yang melibatkan Politik Nasional yang saya kira berkait rapat dengan kebimbangan yang dititahkan oleh Tuanku Sultan. Berkait dengan perubahan politik pilihan raya yang mungkin akan berlaku dalam PRU yang Ke-15 yang akan datang. Dan ini diutarakan juga oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua dalam ucapan alu-aluannya ketika membuka Dewan ini. Berkait dengan persempadanan semula pilihan raya yang mana malangnya, kita melihat di negeri-negeri yang mempunyai kaum Melayu dan bukan Melayu sama ada hampir sama ataupun perubahannya hanya sedikit di situ di tambah banyak kerusi-kerusi Parlimen tetapi negeri-negeri majoriti Melayu seperti Terengganu tidak ditambah jumlah kerusi. Ini di antara kesilapan-kesilapan lalu kerajaan lepas walaupun kita nak bekerjasama tetapi tidak menjadi masalah untuk kita bermuhasabah supaya kita melihat kesilapan-kesilapan lampau untuk kita membina kekuatan pada masa yang akan datang.

Apa yang membimbangkan kita, antaranya ialah Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk membina Perlembagaan bagi menurunkan hak umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Walaupun ini baru peringkat cadangan yang mana perlu melalui proses-proses ini akan dibawa ke Parlimen. Tetapi jika sekiranya perkara ini dipersetujui dan diamalkan kita

474

Page 202: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

melihat ia adalah satu cabaran besar kepada negara kita khususnya generasi muda. Bayangkan pada hari ini kita mempunyai 18 juta warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan layak menjadi pengundi, kalaulah ditambah dengan umur 18 tahun diturunkan, maka sudah tentu akan meningkat jumlah pengundi PRU yang Ke-15 yang akan datang. Maka di sini saya ingin menyarankan kepada Kerajaan Negeri khususnya portfolio yang berkaitan dengan belia supaya kita melihat ini sebagai satu cabaran bagaimana untuk kita mendepani cabaran ini dengan kita mendidik generasi remaja belia supaya memahami politik yang berlaku di dalam negara kita dan supaya mereka membuat keputusan yang tepat dalam PRU yang mereka sertai.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin menyentuh yakni juga disebut di dalam Titah Ucapan Tuanku Sultan bagaimana kepimpinan yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Besar setelah 10 bulan kepimpinan baharu menerajui Terengganu, kita terus mengorak langkah meneruskan legasi, melunaskan janji. Alhamdulillah 13 daripada tawaran manifesto yang jumlahnya 20 sama ada telah dilaksanakan dan sedang dilaksanakan. Kita tidak seperti Kerajaan PH yang hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikan janji dan meneguhkan aspirasi. Kita bersyukur kepada Allah kerana Kerajaan Negeri Terengganu yang baharu bukan sahaja telah menyedia perancangan jangka pendek seperti belanjawan tahunan malah juga bersedia dengan perancangan jangka sederhana iaitu 15 tawaran manifesto dan perancangan jangka panjang iaitu Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030. Ini menunjukkan bagaimana persediaan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri hatta sebelum diberikan mandat oleh rakyat untuk kita memerintah Negeri Terengganu ini supaya ianya dapat mengembalikan manfaat kepada rakyat.

Apa yang penting ialah bagaimana kita melaksanakan janji-janji dan tawaran-tawaran yang disebutkan tadi. Di antaranya ialah dengan kita membudayakan politik matang dan sejahtera. PAS alhamdulillah dengan politik matang dan sejahtera ini kita bukan sahaja mahu menyebut secara teori tetapi kita mahu membudayakan dalam masyarakat kita. Parti-parti politik

475

Page 203: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

mahupun hubungan di antara dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Saya ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang mengambil langkah Diplomasi Politik Matang Dan Sejahtera yang sentiasa pergi berjumpa, berbincang dan saya juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Pembangkang yang tadi menyebut beliau bersedia bila-bila masa untuk memastikan manfaat hasil daripada perbincangan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat ini kembali kepada rakyat Negeri Terengganu kita ini. Dan insya-Allah saya doakan mudah-mudahan segala usaha yang kita lakukan ini diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala apa yang penting ialah keikhlasan di dalam diri kita dan seterusnya Batu Burok mohon menyokong Titah Ucapan Tuanku Sultan. Sekian. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih kepada Batu Burok. Alhamdulillah kita telah selesai sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih kepada Titah Ucapan Tuanku Sultan. Sebahagian besar dan cuma ada beberapa orang yang tak sempat, terlibat sepanjang perbahasan daripada kelmarin sampai pada ini dengan pelbagai pendekatan dan gaya. Jadi, insya-Allah pada sebelah petang nanti saya akan menjemput Wakil Kerajaan untuk membuat pergulungan isu-isu yang ditimbulkan sepanjang dua hari perbahasan berhubung dengan Titah Ucapan Diraja. Yang Berhormat sekalian saya tangguhkan sementara Dewan ini dan disambung semula pada pukul 2.30 petang ini.

476

Page 204: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

PUKUL 2.30 PETANG

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Mesyuarat disambung semula. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagaimana yang saya sebutkan sebelum kita rehat tadi, pada petang ini sampai masanya giliran pihak Kerajaan untuk membuat penggulungan di atas segala isu-isu yang dibangkitkan dalam perbahasan dua hari ini. Jadi, saya nak mulakan dengan Wakil daripada Kota Putera memulakan penggulungan bagi pihak Kerajaan. Dipersilakan.

YANG BERHORMAT MOHD NURKHUZAINI BIN AB RAHMAN (Wakil Kota Putera): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Alhamdulillahilladzi hadana lihadza wama kunna linahtadiyalaula an hadanallah. Asyhadu alla ila ha illallah wa asyhadu anna Muhammadan abduhu warasuluh. Subhana qala ‘lmalana illama ‘allamtana innaqa an tal’ali mul hakim. Rabisy rahli sadri wayarsirli amri wahlul ukhdatan minlisani yafkohu qauli.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan, yang dihormati lagi dikasihi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Dr. Samsuri bin Mokhtar, sahabat-sahabat barisan Ahli Majlis

477

Page 205: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Mesyuarat Kerajaaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan seterusnya Pemerhati dan hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Setinggi-tinggi kesyukuran kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang memberi keizinan untuk kita sekali lagi dapat berada dalam Dewan yang mulia ini bagi Persidangan Penggal Kedua DUN Keempat Belas.

Saya mengambil kesempatan ini ingin menjunjung kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin di atas Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan dalam istiadat pembukaan pada hari Isnin yang lepas.

Saya sangat berbangga apabila mendengar Titah Ucapan Tuanku itu kerana telah menyentuh hampir keseluruhan tindakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kita sangat bertuah kerana ditakdirkan mempunyai seorang Sultan yang begitu prihatin terhadap Kerajaan dan rakyat. Saya merakamkan dan mendoakan agar Tuanku Al-Sultan diberi kesihatan yang berterusan dan sentiasa mendapat rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar terus dapat memimpin dan memayungi rakyat Terengganu ini.

Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah pada kali ini pada peringkat awalnya tidak banyak Yang Berhormat-Yang Berhormat yang bercakap menyentuh portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Tetapi akhir-akhir hari ini barulah ada yang fokus sedikit pada portfolio ini dan insya-Allah dalam penggulungan ini saya cuba memberikan respon-respon terhadap apa yang dibangkitkan. Saya tidak bercadang untuk sebut satu persatu Yang Berhormat yang menyentuh kerana ada perkara-perkara yang berlaku secara bertindan. Pertanyaan-pertanyaan khususnya kepada TUGAS, Tabung Terengganu Sejahtera, Tabung Usahawan Sejahtera, banyak juga yang bertanya dan minta untuk diperincikan. Insya-Allah, saya cuba ambil masa ini untuk perincikan perkara-perkara sedemikian.

Tuan Yang di-Pertua, pada Bajet 2019 yang lepas telah diluluskan dalam Sidang DUN ini Kerajaan Negeri telah melaksanakan janji

478

Page 206: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

manifestonya dengan mewujudkan Tabung Keusahawanan yang dinamakan TUGAS iaitu Tabung Usahawan Sejahtera. Alhamdulillah, cuma jumlahnya yang agak tersasar sedikit daripada manifesto yang dijanjikan. Di dalam Manifesto Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di dalam 20 perkara yang kita janjikan kepada rakyat, kita telah menjanjikan akan mewujudkan Tabung Usahawan berjumlah RM10juta tetapi Kerajaan Negeri telah meluluskan tidak RM10juta, alhamdulillah, RM15juta. Mungkinkah ini termasuk dalam mungkir janji kerana kita janji RM10 juta, kita bagi RM15juta. Tapi, untuk makluman sidang hadirin hadirat dan Yang Berhormat sekalian, inilah cara kita mungkir janji kita. Kita janji RM10 juta, kita bagi RM15 juta. Kalau itupun diletakkan kategori mungkir janji, jadi mungkir janji inilah yang kita hasrat untuk amalkan setiap kali dalam perjanjian-perjanjian yang kita janjikan, tidak sepertimana orang berjanji, janji RM10 juta, habuk pun tak ada.

Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan kepimpinan untuk terus melaksanakan janji kita kepada rakyat dalam bidang keusahawanan ini dan juga saya juga merakamkan terima kasih kepada Bukit Besi tadi yang menyebut bahawa inilah jumlah yang besar diperuntukkan dalam keusahawanan kerana beliau pun sendiri datang daripada keusahawanan. Memang pada peringkat awal, ceritanya kita rasa besar berbanding dengan yang lama-lama itu kecil. Tetapi dalam pelaksanaan kita dalam tiga bulan, dalam 2019 ini rasa macam RM15 juta kecil pula Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi, insya-Allah dengan kapasiti yang ada kita cuba laksanakan sebaik mungkin amanah ini dan kita akan tunaikan kepada rakyat seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Besi juga tadi, dia kata rakyat tak nak janji sahaja tapi rakyat nak tahu bila dan berapa yang dia akan dapat. Insya-Allah ada di tangan saya ini, jumlah-jumlah yang kita perincikan permohonan daripada rakyat sehingga kepada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, antara perkara yang boleh dibanggakan juga adalah dalam pelaksanaan TUGAS dengan jumlah yang saya sebutkan tadi adalah jumlah yang besar tetapi pelaksanaannya adalah kita menyediakan pinjaman, bantuan yang tanpa riba atau yang disebut oleh Y.B. Jabi tadi pinjaman tanpa faedah. Saya tak berapa nak guna tanpa faedah ini sebab orang “duk gelar” dia

479

Page 207: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kata pinjam buat gape, takdok faedah bukan tak ada faedah yang itu tapi tanpa riba. Dan kita mendapat maklumat bahawa kita antara negeri yang terulung yang mengetengahkan pinjaman kepada rakyat yang tidak mengenakan apa-apa riba terhadap pinjaman tersebut. Apabila berita ini tersebar di dalam banyak facebook, media baru sekarang ini, feedback yang daripada ramai rakyat negeri lain yang cemburu ataupun jealous dengan izin, kerana mereka bukan daripada rakyat Terengganu. Jadi rakyat Terengganu seharusnya merasa bangga dengan kepimpinan Kerajaan sekarang yang boleh memberikan suatu bantuan yang boleh mengirihatikan orang lain.

Alhamdulillah inilah satu daripada perkara yang kita hendak ketengahkan kerana kita nak buat walaupun bidang keusahawanan ini tidak nampak direct syariahnya, kalau tidak ada undang-undang khusus tetapi saya yang dipertanggungjawabkan ini ingin sangat melaksanakan setiap daripada tanggungjawab itu sesuai dan menjadi patuh syariah. Alhamdulillah.Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan sedikitlah daripada Hulu Besut semalam menyatakan bahawa sepertimana yang disentuh oleh Batu Burok juga tadi, bahawa sejarah PAS memerintah Terengganu ini sepenggal, insya Allah dengan usaha-usaha yang telah dibuat ini kami di barisan Kerajaan dan juga Backbenchers Kerajaan Negeri berusaha keras untuk memecahkan rekod ini, rekod yang keramat ini pada penggal yang akan datang insya Allah juga diterajui oleh Kerajaan daripada Parti Islam Semalaysia (PAS).

Tuan Yang di-Pertua, saya suka menyentuh berkenaan dengan peluang pekerjaan. Banyak Yang Berhormat menyentuh berkenaan dengan peluang-peluang pekerjaan yang dijanjikan oleh Kerajaan. Sebenarnya pihak kerajaan beriltizam untuk membuka peluang-peluang pekerjaan ini sebanyak mungkin, bukan sahaja menjadikan bidang usahawan itu sebagai bidang pekerjaan ataupun sara diri ataupun sumber pendapatan kepada rakyat tetapi juga kita berhasrat untuk melahirkan tenaga-tenaga kerja mahir dan separuh mahir untuk dijadikan pekerjaan mereka. Dan alhamdulillah setakat hari ini kita telah menerima permohonan apa yang kita panggil pekerjaan..... Allahumma Salli ‘Ala Sayyidina Muhammad, melahirkan tenaga separa mahir kepada school

480

Page 208: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

leaver yang selepas daripada sekolah. Alhamdulillah pada awal bulan lepas, kita telah menerima permohonan 130 dan kita sekarang ini di dalam short listed untuk mengambil 30 yang pertama pelajar-pelajar yang kita akan bagi, akan latih mereka dalam bidang fiber optik selama 8 bulan, 4 bulan dalam kelas dan 4 bulan kita akan attachkan ke syarikat-syarikat yang berada dalam bidangnya. Kerana apa kita pilih fiber optik ini? Ia berdasar kepada maklumat-maklumat daripada kita dapat adalah bidang ini menjadi demand yang tinggi di dalam bidang pekerjaan sekarang hari ini.

Jadi berdasar kepada pengalaman-pengalaman yang lepas, di peringkat teraju sendiri juga membuat perkara yang sama dan 98% dapat memberikan pekerjaan sebaik sahaja selepas daripada tamat tempohnya. Yang 2% itu bukanlah kerana kegagalan sistem itu tetapi gagal kerana pelajar itu tidak dapat bekerja kerana ibu ataupun keluarga mereka sakit dan menerima musibah menyebabkan mereka tidak dapat bekerja di tempat yang disediakan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam merangka peluang pekerjaan ini, kita meletakkan dalam bidang usahawan menjadi suatu perkara yang utama untuk menjadikan rakyat kita suka involve ataupun terlibat dalam keusahawanan dan bersesuaian sangatlah apabila Kerajaan memberikan bantuan, meluluskan Tabung Usahawan Sejahtera sebanyak RM15 juta. Jadi dalam pelaksanaan Tabung tersebut, kita tidaklah menggunakan satu tabung sahaja, kita telah membuatkan beberapa skim-skim ataupun dana-dana yang lain, maknanya daripada tugas itu, kita telah memperincikan beberapa tabung-tabung lain, ini bertujuan untuk membuat KPI yang berbeza terhadap pemohon-pemohon. Contohnya kita ada Tabung Siti Khadijah, kita ada Tabung Pembiayaan Atas Talian, kita ada tabung, kita ada Skim Pembiayaan Mobile Truck. Jadi setiap tabung-tabung ataupun skim-skim ini, kita buat KPI-nya tersendiri untuk mengelak ada golongan-golongan sasar yang tercicir. Contoh yang boleh saya berikan dalam Sidang Dewan yang mulia ini, kalau kita buat satu saja tabung, KPI dia mestilah satu sahaja dan kemungkinan pada waktu itu belia-belia akan bersaing dengan muslimat ataupun wanita ataupun bersaing dengan Orang Kurang Upaya menyebabkan apabila satu KPI saja diletakkan, mungkin 7

481

Page 209: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

ataupun 8 diperolehi oleh belia, 2 daripada kaum wanita dan tidak ada dalam golongan Orang Kurang Upaya.

Jadi untuk mengelakkan perkara ini, Kerajaan telah membuat beberapa Skim ataupun Dana ataupun Tabung yang sub kepada tugas ini. Jadi dia ada, semuanya ada 6, kalau boleh saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini iaitu sebahagian yang saya sebutkan tadi, tapi nak sebut semula: Yang pertamanya kita panggil SP3T iaitu Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu. Yang keduanya yang disebut tadi TSK iaitu Tabung Siti Khadijah. Yang ketiga, SPIN iaitu Skim Pinjaman Atas Talian Terengganu. Yang keempat, SPMT iaitu Skim Pembiayaan Mobile Truck. Yang kelima, DUIT, Dana Usahawan Industri Mikro Terengganu. Dan keenam, DIHATI iaitu Dana Prihatin Terengganu untuk Orang Kelainan Upaya. Inilah keenam-enam yang sub Tabung kepada tugas tersebut yang kita perincikan mengikut kategori-kategori pemohon-pemohon itu sendiri.

Dan untuk makluman Dewan sepertimana ditanya oleh Kuala Besut tadi dan disoal juga oleh Bukit Besi berkenaan dengan berapakah jumlah yang telah terima sekarang, hari ini. Untuk SP3T kita terima permohonan sebanyak 130, untuk TSK, Tabung Siti Khadijah berjumlah 100 pemohon, SPIN Atas Talian berjumlah 21, Mobile Truck - 0, tidak ada pemohon lagi, DUIT ataupun Dana Usahawan Industri Mikro Terengganu - 26 dan DIHATI - 14 untuk Orang Kelainan Upaya, so jumlahnya berjumlah 291 sehingga kini. Tetapi borang yang kita, pihak YPU telah keluarkan lebih daripada 1,000 borang kita telah cetak dan habis diambil oleh pemohon-pemohon. Mungkin akan dikembalikan dalam sedikit masa lagi. Untuk jawapan juga daripada Yang Berhormat Bukit Besi menyatakan ada yang memohon tapi tak ada apa ni jawapan lagi. Benda itu benar kerana kita baru wujud tabung kita ini pada tahun ini dan kita mengambil masa sedikit untuk menyiapkan SOP dari segi permohonan-permohonan ini dan dalam masa yang sekarang ini kita terima dah jumlah itu dan insya-Allah jumlah ini akan kita bagikan di peringkat awal ini pada April tahun ini ataupun masuk bulan ni dah. Awal April ini akan kita buat mesyuarat pertama dan insya-Allah dalam masa terdekat kita akan maklumkan kepada pemohon-pemohon yang berjaya di atas permohonan itu.

482

Page 210: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kita hendak menghadapi Ramadan dan saya menerima rungutan daripada peniaga-peniaga kecil kita apabila nak berhadapan dengan Ramadan ini peniaga-peniaga banyak terlibat dalam Bazar Ramadan dan apabila nak berniaga bulan Ramadan ni dia memerlukan modal lalu pihak YPU kita berbincang untuk meringankan tenaga peniaga-peniaga kita ini dan kita menawarkan dengan kerjasama Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Negeri Terengganu. Kita bagi pinjaman jangka pendek kepada peniaga-peniaga Bazar Ramadan seluruh Negeri Terengganu yang berjumlah tidak lebih daripada RM3,000. Dan permohonan-permohonan sekarang ini kita telah terima daripada peniaga-peniaga tersebut berjumlah 406 orang dan insya-Allah kita akan proses dalam masa terdekat dan kita akan bagi pinjaman ini kepada peniaga-peniaga kita ini sebab saya pun asal daripada penjaja kecil. Saya masih lagi ingat mak ayah saya bagaimana apabila nak berhadapan dengan .... dia menjaja di depan sekolah jer tapi apabila sekolah itu mengadakan Sukan Peringkat Daerah, bagaimana peniaga-peniaga kecil ini terpaksa pergi ke rumah-rumah mak saudara ataupun adik beradik dia yang lain untuk pinjam sikit duit untuk buat modal, buat modal kepada event tersebut. Jadi perkara ini apabila datang kepada saya mengimbau balik peristiwa bagaimana susahnya bukan senang orang nak bagi pinjam ni walaupun kita tahu orang itu banyak duit tetapi atas dasar kesedaran itulah saya memudahcarakan perkara ini agar dapat peniaga-peniaga kecil kita mudah untuk berhadapan dengan situasi Bazar Ramadan untuk mereka mendapat pendapatan yang lebih pada bulan Ramadan nanti dengan Bantuan Pinjaman Jangka Pendek ini. Kita pergi kepada mereka jumlah yang saya sebutkan tadi dan mereka perlu bayar balik sebaik sahaja habis Ramadan sehingga akhir Syawal makna lebih kurang sebulan sebulan setengah sahaja kita bagi pinjaman kepada mereka untuk mereka betul-betul dapat optimumkan pemberian itu untuk bulan Ramadan.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam kita menggalakan usahawan ini saya melihat satu perkara yang perlu kita tingkatkan iaitu permohonan Persijilan Halal di kalangan peniaga-peniaga kita agak kurang memberangsangkan. Ini adalah kerana kita berada dalam zon selesa kerana kita di dalam Negeri Terengganu yang bertuah

483

Page 211: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

ini tidak banyak orang yang bukan Islam menjadikan produk-produk keluaran kita tidak dinilai oleh pembeli-pembeli. Contohnya nama Fatimah makna terus kita kata boleh beli perkara ini, barangan ini tetapi kalau berada di sebelah Pantai Barat, Fatimah ini kena tengok elok-elok ‘Faateemaah’ sebutnya sama juga Fatimah tapi daripada pembuatnya adalah bukan Islam. Oleh kerana kita berada dalam zon selesa menyebabkan usahawan-usahawan kita tidak begitu menjadi keutamaan mereka untuk memiliki Sijil Halal. Jadi di sini YPU dan kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu kita buat kempen untuk mendapatkan peniaga-peniaga, usahawan-usahawan kita ini memohon Sijil Halal itu dengan kita bagi syarat kepada peniaga-peniaga, usahawan-usahawan yang ingin ikut serta dalam program-program yang dianjurkan oleh YPU mestilah mereka mempunyai Sijil Halal. Dan alhamdulillah selepas daripada makluman itu dikeluarkan kita dapat maklumat pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu menerima permohonan-permohonan yang lebih daripada usahawan-usahawan kita untuk mendapatkan Sijil Halal. Sijil Halal ini pula pihak Jabatan Hal Ehwal Agama, pihak Persijilan Halal telah memudahkan, kalau sebelum ini Sijil Halal mesti salah satu syaratnya selain daripada ada kedai mestilah ada sijil daripada Pihak Penguasa Tempatan tetapi sekarang hari ini pihak Persijilan Halal telah memudahkan boleh buat di rumah masing-masing tetapi mestilah diasingkan kegiatan usahawan itu dengan kegiatan harian mereka.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, panjang lagi dok?

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota Putera): Ada sikit jer lagi.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dah masuk 25 minit.

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota Putera): 25 minit dah? Rasa sekejap baru. Okey, saya dah dekat penghujung kepada penggulungan saya. Saya nak sentuh sedikit berkenaan yang disebut oleh Y.B. kita berkenaan dengan Kompleks Tuanku Nur Zahirah iaitu yang merupakan Bangunan Milik Kerajaan Negeri yang menempatkan Pejabat

484

Page 212: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Operasi Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) dan Bengkel Tenunan Songket di tingkat bawahnya. Secara dasarnya Kompleks Tuanku Nur Zahirah (KTNZ) ini merupakan pusat utama rujukan, pameran, demonstrasi, bimbingan, rekaan dan penyelidikan Pembangunan Fabrik Songket. Kompleks ini juga akan dijadikan pusat inovasi berasaskan tradisi warisan songket. Kompleks ini bertindak sebagai inkubator untuk membimbing tenaga muda dengan khidmat nasihat dalam aspek corak reka bentuk fesyen dan songket.

Jadi itu sahaja saya rasa yang saya hampiri pada kesemua dah yang tercatit ini yang telah saya bangkitkan mudah-mudahan dengan jawapan itu dapat memberi penjelasan yang mantap kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat pada kemusykilan-kemusykilan yang telah diutarakan. Jadi saya juga merakamkan, menyokong Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan. Walahua’lam. Assalamua’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Wa’alaikumusalam waramatullah. Terima kasih pada Wakil Kota Putera. Saya bercadang untuk menghabiskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan pada petang ini juga. Oleh sebab itu, pandai-pandailah menggunakan masa dengan bijaksana dan kalau tak cukup masa kita kena sambung selepas pada pukul 5.00 petang. Saya persilakan wakil daripada Kuala Berang menggulung bagi pihak Kerajaan.

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh. Alahamdulillahir rabbil ‘alamin, Assalatuwassalamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain.

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, semua Pemerhati sekalian. Marilah kita panjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan limpah izinnya kita dapat bersama-sama di Dewan ini di dalam Ucapan Titah kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.

485

Page 213: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Jadi bahagian saya ni ada beberapa Yang berhormatlah yang membangkitkan berkaitan dengan infra. Jadi secara ringkasnya saya suka menyebut di sini bahawa di antaranya ialah wakil daripada Sura telah membangkitkan berkaitan dengan muara sungai di Dungun yang mana kita tahu bahawa tahun lepas Yang Berhormat Sura ni dah bangkit dah, jadi nampak sesuatu perkara yang amat penting kepada penduduk di Dungun supaya benda ini dapat diselesaikan dalam kadar segera. Kita tahu bahawa, muara sungai di Dungun ini amat cetek. Dan Kerajaan pada tahun 2011 telah membelanjakan kira-kira RM7 juta untuk menggali, mengorek muara tersebut. Tetapi tahulah kerja pasir ini berjalan 24 jam. Jadi dalam beberapa bulan sahaja kita korek ni dia kambus semula. Kemudian kita lihat bahawa pada tahun 2016 telah diserahkan kepada satu syarikat untuk nak gali balik. Kemudian tahun 2017, kita dimaklumkan bahawa empat orang telah meninggal kerana masalah kecetekan sungai ini. Jadi, kebetulan pula ada perubahan daripada Kerajaan, kita buat iaitu kita luluskan pasir ini untuk dieksport. Maka syarikat yang kita beri pada tahun 2016 tu dia mohon balik supaya dia dapat korek dan mengeksportkan pasir ini keluar. Jadi pada hari ini, kalau kita pergi ke Sungai Dungun, muara Sungai Dungun sekarang ni dah ada mother vessel ataupun ibu kepada kapal ni yang membawa pasir ini keluar negara. Jadi mother vessel ini dengan dibantu oleh vas iaitu macam feri itu kita boleh letak pasir ada beberapa buah. Jadi kerja-kerja ini sedang berjalan dan alhamdulillah setakat ini walaupun .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, ada minta laluan, boleh? Sila.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID (Wakil Kijal): Saya nak dapat penjelasan. Bila Kerajaan Negeri Terengganu membuka dasar menjual pasir ke luar negara selain daripada di Malaysia? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih ADUN Kijal. Kita telah bermesyuarat baru-baru ini dan kita lulus pada tahun akhir 2018 kepada syarikat, saya lupa tetapi kalau tak salah saya Asal Jasa dan jugak di Kemaman kita

486

Page 214: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

luluskan kepada satu syarikat yang lain. Jadi dua syarikat yang kita luluskan.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID (Wakil Kijal): Yang di-Pertua, pasir ini dijual ke negara mana?

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Saya dimaklumkan dijual ke Hong Kong kerana di sana permintaan tinggi dan diberi kemudahan kepada kontraktor atau pun orang yang nak ambil pasir ini. Kalau kita pergi .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Teruskan, teruskan.

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Kalau kita pergi ke muara Sungai Dungun hari ini, kita dapati bahawa kerja-kerja ini sedang dijalankan. Dan alhamdulilah setakat hari ini sudah tiga kapal telah dieksport pasir ini dan mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri kira-kira dalam RM1.2 juta. Kerja-kerja mengorek pasir ini dipantau oleh Jabatan Laut bersama dengan Pejabat Tanah Dan Galian dan jugak oleh JPS itu sendiri. Jadi mereka hendaklah melaporkan hasil daripada pengorekan ini berkala dari masa ke semasa kepada pihak JPS. Saya rasa itulah jawapan kepada Sura. Puas hati?

Seterusnnya, Wakil Tepoh bercakap berkaitan dengan projek-projek yang terbengkalai yang perlu diselesaikan dan kita dapati bahawa ada beberapa projek yang berskala besar yang menjadi masalah kepada kita pada hari ini. Pertamanya saya suka menyebutkan berkaitan dengan Taman Ilmu. Dan di sana JKR telah membuat kajian anggaran kasar untuk membaikinya memerlukan kira-kira RM250 juta. Kemudian juga berkaitan dengan Pulau Bebas Cukai yang masih belum siap memerlukan sebanyak RM60 juta. Hotel di Pulau Poh begitu juga kira-kira RM70 juta dan jambatan nak menghubungkan ke Pulau Poh itu RM50 juta. Jadi, di sini saja memerlukan kira-kira RM180 juta.

Begitu juga berkaitan dengan Stadium Sultan Mizan yang mana dijangka memerlukan hampir RM120 juta untuk diperbaiki. Dan satu lagi untuk mengindahkan Stadium Sultan Ismail, yang ni tak sampai RM1 jutalah kira-kira RM136,000 sahaja. Dan

487

Page 215: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

alhamdulillah saya dimaklumkan pagi tadi Kerajaan Negeri telah meluluskan RM20,000 untuk mengecat stadium tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Tepoh kerana disuarakan itu maka Kerajaan telah meluluskan walau pun belanjanya agak kecil.

Kemudian juga dinyatakan berkaitan dengan masalah kewangan kita. Kalau dulu pernah dibangkitkan berkaitan dengan deferred payment dan juga schedule payment yang menjadi masalah kepada Kerajaan Negeri pada hari ini dan juga Kerajaan Negeri di masa-masa hadapan, tahun-tahun hadapan. Kerana kita kalau lihat projek dua perkara tadi iaitu deferred payment dan schedule payment kita berhutang kira-kira RM2,966 juta, hampir RM 3 bilion. Yang mana pada tahun ini, tahun 2019 kita kena membayar sebanyak RM221 juta, untuk nak bayar hutang sahaja. Dan dijangka tahun depan, tahun 2020, RM346 juta. Naik lagi 2021 sebanyak RM386 juta dan tahun 2022, naik lagi kepada RM385 juta. Inilah saya katakan tadi bebanan ini bukan pada tahun ini sahaja bahkan in the future masa-masa yang terdekat tahun-tahun yang mendatang ini menjadikan satu masalah yang agak besar kepada Kerajaan. Seterusnya, ada beberapa ADUN membangkitkan berkaitan dengan pembinaan masjid. Ya, sila .....

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Berang. Boleh atau pun tidak untuk projek-projek yang berkonsepkan deferred payment ini dilakukan semakan semula supaya beban tanggungan tersebut dapat diringankan untuk pihak Kerajaan. Terima kasih. YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih Yang Berhormat Tepoh. Dari segi projek itu kita tidak boleh nak ubah dah, memang harganya begitulah iaitu: Pertamanya, Kerja-kerja membaikpulih Loji Air di Bukit Sah, Kemaman sebanyak RM686 juta. Kemudian, Skim Bekalan Air Kuala Terengganu Utara RM1,305 juta (RM1.3 bilion). Jadi projek ini begitulah kos dia, tetapi kaedah membayarnya mungkin kita boleh bincang untuk sikit-sikit saja bayar taklah sampai beratus-ratus juta satu tahun. Jadi kalau kita sewa kereta gok, kita kata pergi ke bank, kita buat refinance balik. Ini saya tak tahulah kita kena tanya expertise daripada Perbendaharaan dan daripada Kewangan bagaimana kaedah untuk supaya kita boleh bayar. Terima kasih.

488

Page 216: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Seterusnya, berkaitan dengan masjid-masjid yang dibangkitkan oleh sahabat-sahabat kita tadi. Sebenarnya kita memang kalau boleh nak buat belaka masjid ni, bendanya baik, bendanya bagus tapi gitulah, bila kita gagal projek kita ini, kosong, nak buat guaner. Jadi saya ucap terima kasihlah kalaulah kita ada keberanianlah ataupun kita ada kesungguhan, dulu saya baca dah ayat tu, kita pakat derma-derma, kita pakat binalah sekadar kita boleh buat. Kita nak dapat pahala ni, pahala bina masjid ni amatlah besar. Untuk Batu Rakit, berkaitan dengan Masjid di Mengabang Lekor ni, MAIDAM dah lulus hanya peruntukan sahaja tidak ada. Insya-Allah kita tunggulah.

Seterusnya, berkaitan dengan masalah pengambilan tanah iaitu apa yang dibangkitkan oleh Air Putih, Yang Berhormat Cikgu Razak kita kerana projek ini dalam kawasan dia. Sebelum pilihanraya dulu, menjadi bahan kempen kepada Yang Berhormat Cikgu Razak ni, bahawa di sana ada satu projek daripada Kerajaan Federal, kos dia RM139 juta untuk jalan raya daripada Exit LPT2 ke Cukai. Jadi, jalan ini melalui beberapa tanah ataupun kawasan sama ada kawasan persendirian, tanah Kerajaan dan juga dibinanya beberapa binaan secara kita kata secara haramlah tapi tidak haram macam mana dok? Dan pembinaan ini apabila nak buat jalanraya ni dia kena alihlah. Jadi inilah yang menjadi isu supaya apa yang dibangkitkan oleh Air Putih tadi bahawa dia minta bayaran. Hok ni kalau ikut Akta 425 Kanun Tanah Negara, sesiapa yang menduduki atas tanah Kerajaan ini dia kena pindahlah tanpa apa-apa bayaran. Jadi dulu kita dah beritahu bahawa memanglah tidak ada bayaran daripada Kerajaan Negeri untuk nak suruh mereka ini pindah ataupun memindahkan mereka ini tetapi bergantunglah kepada kontraktor sekiranya ada budi bicara dia untuk memberi bantuan kecil-kecilan untuk memindahkan mereka ini, itu terpulanglah kepada kontraktor. Seterusnya, Batu Rakit juga membangkitkan berkaitan dengan masalah air di Pulau Redang. Memang saya akui memang betul, kita paip air ke Pulau Redang ini dah lama dah, 20 tahun lebih dah. Jadi bila umur paip air yang lama ini, dia mula mereput dan pecah. Tahun ini sahaja dah diberi maklum kepada saya dah 5 kali dah pecah dan pecah dalam air ni memerlukan belanja yang besar, kita perlu selam, perlu order benar, order sendiri untuk tempat pecah ini kerana luas dia itu jadi alat bracket

489

Page 217: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

dia tu kena order khas benar untuk tu. Jadi belanjanya memang besar. Memang ada rancangan untuk memperbaiki ataupun menggantikan paip air untuk ke Pulau Redang ini dan kita dah buat kajian memerlukan kira-kira RM100 juta untuk membekalkan air bersih ke Pulau Redang.

Seterusnya, ADUN Kijal juga membangkitkan bandar tempat dia. Bandar Baru Kijal yang dulunya hok ni salah satu daripada schedule payment iaitu RM250 juta untuk membina antaranya ialah skop membina jalanraya 6 lorong tetapi apabila kita mengambil tampuk pemerintahan, kita ubah mengecilkan skop ini kepada 4 lorong sahaja. Dan kalau kita lihat daripada paper ini, kita hanya membelanjakan RM189 juta. Jadi kita menjimatkan kewangan Negeri kita sebanyak RM61 juta. Kalau kita kira, kita buat andaianlah, contoh-contoh ni sajalah neh, ADUN Paka ni dia kahwin seorang, seorang lagi, lepas tu .....

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):Bakpe kait dengan Paka ni?

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Contoh, saya beri contoh saja ni.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):Oh, kalau contoh okeylah.

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Ingat ada sungguh tadi.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Buat contoh yang ada doh hor, Bukit Besi ke .....

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Hey....

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):Kijal ke, ke dok berani.

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Bila kahwin, belum boleh anak lagi dok, lepas tu dia pun binalah banglo untuk cucu-cucu dia ni yang bakal lahir, yang bakal lahir, bila lahir kita

490

Page 218: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

tak tahu lagi. Jadi bina banglo doh ni, jadi kita rasa amat jauh ke depan. Jadi kalaulah boleh kita buat daripada 6 lorong kepada 4 lorong, tanah itu kita siapkan, kita sediakan, kita kosongkan tetapi untuk future development tak apa, boleh dibuat tetapi kita buat 4 lorong dulu kerana daripada sinilah jimat daripada 6%.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal):Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencelah?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Mintak laluan boleh?

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Saya rasa contoh dok sesuai tu, sedia rumah banglo untuk cucu akan datang dengan buat jalan, dok sama. Kalau kata nak bini awal seorang lagi munasabah. ....(Dewan gelak) ....

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih Kijal. Jadi gitulah neh. ...(Sambil tergelak) .... Sebelum saya sudahi ucapan ini, satu lagi apa yang dibangkitkan oleh Air Putih berkaitan dengan bekalan air bersih di tiga buah kampung di tempat dia.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Kena jawab dalam pantun.

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Hok ni dokdang nak cari pantun ni. Pertama berkaitan dengan bekalan air di Kampung Lubuk Batu, hok ni saya dimaklumkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dah lulus dah, jangan risau, insya-Allah tahun ni siaplah tu. Begitu juga berkaitan dengan bekalan air di Kampung Darat Buaya, buaya darat ke darat buaya ni? Kampung Darat Buaya dan Kampung Lubuk Emas, projek bekalan air, hok ni pun juga kita telah dimaklumkan oleh pihak SATU bersama dengan UPEN, saya tanya tadi dah lulus RM800,000 untuk kemudahan kepada 52. Insya-Allah, jangan bimbang Yang Berhormat Air Putih, panjang umur boleh bertanding pula akan datang, rakyat sokong, insya-Allah menang lagi.

Seterusnya, semalam ataupun kelmarin, Yang Berhormat Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier ada mari melawat ke Terengganu dan sempat berkunjung hormat kepada Menteri Besar kita dan di sana

491

Page 219: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

dibincang juga dan kita mengambil kesempatan kita bawa juga apa kehendak daripada Batu Rakit tadi iaitu berkaitan dengan bekalan air ke Pulau Redang. Yang ini kita beri paper dan kita maklumkan kepada beliau supaya disegerakan kerana masalah paip air yang kita ada ini agak uzur, dah lama dan perlu diselesaikan segera. Kita mintak kalau boleh tahun hadapan tapi kita mintak jerlah tu.

Begitu jugak masalah, tak ada orang tanya kali ini, iaitu masalah Sungai Merang, kalau kita tengok dalam facebook, bagaimana orang viralkan nak pergi ke Pulau Redang pada hari ini, kena tolak bot, kadang-kadang passenger pun kena tolak bot kerana muaranya cetek, jadi masalah tersebut juga kita telah utarakan kepada Yang Berhormat Menteri Air Tanah dan Sumber Asli sekarang. Dan dimaklumkan kepada kita bahawa Sewerage Treatment Plant ataupun STP untuk Pulau Perhentian sebanyak RM55 juta diluluskan untuk ditenderkan pada tahun ini. Begitu jugak STP untuk Pulau Redang diluluskan untuk ditenderkan dalam masa yang terdekat. Jadi sekadar itulah, ucapan ringkas saya Yang Berhormat Speaker. Terima kasih. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Wa’alaikumussalam. Terima kasih pada Yang Berhormat Kuala Berang, sekarang saya jemput Wakil Wakaf Mempelam. Sila.

YANG BERHORMAT WAN SUKAIRI BIN ABDULLAH (Wakil Wakaf Mempelam): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil ‘alamin. Assalatu wassalamu’ala Rasululillah wa’ala alihi wasabihi ajmain amma ba’d. Yang Berbahagia Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat Ketua-ketua Jabatan dan seluruh Pemerhati yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah, pertama saya syukur kepada Allah di atas kesempatan untuk melakukan penggulungan di dalam Dewan yang mulia ini. Pertamanya, saya suka untuk menjujung kasih dan merafak sembah di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

492

Page 220: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Di dalam ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, sewaktu merasmikan Sidang DUN kali ini, baginda telahpun menyebut dua perkara di dalam titahnya yang disentuh langsung dengan portfolio saya ketuai. Yang pertamanya, berkenaan dengan pencapaian atlet-atlet sukan daripada Negeri Terengganu. Alhamdulillah, sepanjang tahun 2018 menyaksikan Sukan Terengganu dipenuhi dengan warna-warni kejayaan sama ada di peringkat Kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Alhamdulillah, juga di peringkat Kebangsaan misi Win Back Mission 2018 telahpun berjaya kita laksanakan dengan sempurna apabila Terengganu berjaya mengembalikan semula kejuaraan ke Negeri Terengganu Darul Iman. Alhamdulillah. Dan dua atlet kita iaitulah Saudari Azreen Nabila binti Alias yang telahpun mendapat Anugerah Olahragawati Terbaik dalam SUKMA di Perak baru-baru ini. Dan yang keduanya, Saudari Nur Aisyah binti Mohd Zubir yang telahpun memperolehi pingat terbanyak untuk Terengganu iaitulah sebanyak 7 Emas. Tahniah kepada kedua-dua atlet ini. Dan selain daripada itu juga, sukan bola sepak juga menyaksikan kegemilangan Sukan Bola Sepak pada tahun 2018 dan dalam Anugerah Sukan Terengganu yang diadakan baru-baru ini, kita telahpun memberikan anugerah khas kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu yang telahpun berjaya meletakkan Sukan Bola Sepak pada tahun 2018 di tempat yang paling cemerlang dalam sejarah. Alhamdulillah.

Selain daripada itu juga, di peringkat antarabangsa menyaksikan atlet-atlet daripada Negeri Terengganu seperti Saudara Nafiizuan Adnan daripada Sukan Squash dan juga Alia Sazana Azahari daripada Sukan Menembak telahpun berjaya memenangi pingat di dalam Sukan Komanwel yang diadakan di Australia pada April 2018 yang lalu. Begitu juga dalam sukan Asia yang diadakan di Jakarta, Palembang, Indonesia, juga menyaksikan Atlet-atlet Terengganu telahpun dilibatkan dalam jumlah yang agak besar iaitulah seramai 36 orang atlet, lima jurulatih dan dua orang pegawai daripada Terengganu. Dan daripada 19 jenis sukan sebanyak 3 Pingat Emas, 3 Perak Dan 3 Gangsa telahpun disumbangkan oleh atlet-atlet daripada Negeri Terengganu Darul Iman. Dan insya-Allah kita mengharapkan agar sukan akan terus berada di persada yang membanggakan untuk Negeri Terengganu

493

Page 221: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Darul Iman ini dan bagi meneruskan penguasaan sukan di Terengganu ini, Kerajaan telahpun bersetuju insya-Allah pada September 2019 untuk melaksanakan SUTERA 2019 ataupun Sukan Terengganu 2019, yang mana dalam Sukan SUTERA 2019 ini, pertandingan yang diadakan di peringkat daerah-daerah akan berlangsung dan kita mengharapkan agar ianya akan menjadi satu platform untuk melahirkan lebih ramai lagi atlet-atlet daripada Terengganu untuk negeri, untuk negara seterusnya di peringkat antarabangsa insya-Allah. Dan alhamdulillah atlet-atlet kita juga turut menempatkan diri mereka di persada antarabangsa contoh, Saudara Azizulhasni Awang yang masih lagi berjaya mencapai kegemilangan di dalam Sukan Berbasikal begitu juga dengan Saudari Siti Rahmah Mohd Nasir daripada Sukan Silat yang baru-baru ini telahpun muncul sebagai juara dalam memenangi pingat emas kali keempat berturut-turut pada Kejohanan Pencak Silat Dunia Yang Kelapan Belas yang diadakan di Singapura baru-baru ini. Dan insya-Allah mudah-mudahan perkembangan sukan di Terengganu ini, akan senantiasa berada di peringkat yang membanggakan semua, insya-allah.

Seterusnya, yang kedua yang juga disentuh oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan berkenaan dengan peruntukan yang telahpun disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan kepada Negeri Terengganu. Alhamdulillah, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telahpun memperuntukkan sebanyak RM60.07 juta untuk pembangunan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu dan daripada jumlah tersebut sebanyak lima projek-projek yang besar telahpun diluluskan. Di antaranya, Projek Menaiktaraf Dewan Besar, Asrama Dan Padang Kompleks Belia dan Sukan di Pasir Panjang. Yang keduanya, Pembinaan Velodrom Berbasikal di Dungun. Yang ketiga, Pembinaan Kompleks Sukan di Hulu Terengganu. Yang keempat, Pembinaan Kompleks Sukan Mini Jabi. Dan, Pembinaan Pusat Reaksi Air di Pulau Duyong. Dan alhamdulillah, juga sewaktu kunjungan Yang Berhormat Menteri Belia Dan Sukan ke Terengganu baru-baru ini, dalam kesempatan bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Yang Berhormat Menteri telahpun bersetuju agar satu lagi Kompleks Sukan diadakan di Negeri Terengganu iaitulah di kawasan Marang dengan mengambil sebahagian daripada peruntukan yang telahpun diluluskan untuk 2019 ini. Insya-Allah.

494

Page 222: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Yang Berhormat Yang di-Pertua, dalam perbahasan yang telahpun berlangsung dua hari yang lepas, termasuk hari ini, beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh beberapa perkara tentang portfolio saya di antaranya, Yang Berhormat daripada Tepoh yang telah menyentuh tentang tiga isu. Yang pertamanya berkenaan dengan pembaikan Stadium Sultan Mizan yang telahpun dijawab oleh kekanda saya daripada Kuala Berang. Dan kita juga sebenarnya mengharapkan agar isu pembaikan Stadium Sultan Mizan ini akan berlangsung dengan kadar yang segera kerana beberapa projek ataupun beberapa kemudahan sukan yang sepatutnya kita boleh guna tetapi terbantut. Sebagai satu contoh apabila kita ingin untuk menjadikan Sukan Squash sebagai sukan utama negeri kita, sebaris dengan Sukan Berbasikal, Bola Sepak dan sebagainya, kita mempunyai masalah dari sudut fasiliti. Dan di Stadium Sultan Mizan itu sendiri sebenarnya telah ada lapan gelanggang squash tetapi ianya rosak seperti yang kita semua tahu dan bila mana cadangan untuk dilakukan bagi pembaikian kompleks ataupun pembaikian gelanggang-gelanggang ini, kita tersekat kerana kalau dilakukan pembaikian juga, ianya tidak akan menyelesaikan masalah kerana yang perlu dibaiki adalah bumbung, kalau kita baiki juga gelanggang itu, bila mari hujan gelanggang itu akan rosak jugak itu ertinya bumbung adalah satu isu yang perlu selesaikan terlebih dahulu. Jadi kerana itu kita terpaksa fikir cara lain bagaimana untuk kita memajukan Sukan Squash ini.

Selain daripada itu juga, isu Yang Berhormat daripada Yang Berhormat ADUN Wanita untuk menyentuh tentang isu fasiliti untuk wanita bersukan. Dan untuk makluman ADUN Wanita, pihak Kerajaan telahpun bersetuju untuk menaiktaraf dewan-dewan ataupun taman rekreasi melalui PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) untuk memberikan keselesaan kepada golongan wanita beriadah. Dan kita juga telah mengambil beberapa inisiatif bagi program ini, di antaranya adalah melalui pengasingan Litar Cergas antara lelaki dan wanita yang telahpun dilakukan di sebahagiannya di Taman Hiliran Kuala Terengganu. Di antaranya lagi kita juga telah menerima cadangan untuk menaiktaraf dua Dewan Sivik di Seberang Takir dan juga di Padang Nenas supaya sesuai untuk kegunaan kaum Hawa. Begitu juga cadangan untuk pengasingan

495

Page 223: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

masa di antara lelaki dan wanita bagi penggunaan dewan juga kita telahpun lakukan untuk memastikan kedua-dua antara lelaki dan wanita ini bebas dan selesa untuk melakukan aktiviti riadah. Dan di samping itu juga, pihak Majlis Perbandaran Dungun juga telah menyediakan beberapa tempat khas untuk wanita beriadah termasuk di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun sendiri, di Arena Merdeka Dungun, Taman Rekreasi Seri Paka, Taman Tasik Bukit Besi dan Taman Tasik Tanjung Sura dan juga Taman Rekreasi Keluarga di Sura Jeti. Dan Majlis Daerah Hulu Terengganu juga telah mengeluarkan jadual penggunaan Dewan Sivik di Kuala Berang di antara lelaki dan wanita. Jadi setakat ini itulah usaha yang telahpun kita lakukan dan insya-Allah kita mengharapkan agar apabila keadaan ataupun kedudukan kewangan kita baik maka lebih banyak lagi pengasingan ataupun lebih banyak lagi kemudahan-kemudahan yang kita berjaya wujudkan untuk memastikan wanita juga boleh beriadah sama sepertimana kalangan kaum Adam.

Seterusnya selain daripada itu juga Wakil Batu Burok juga menyentuh tentang isu pendidikan politik untuk belia Terengganu. Sepertimana kita semua tahu bahawa Kerajaan Pusat telahpun menyatakan bahawa satu cadangan untuk meminda had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 telahpun diutarakan dan sekarang ini berada di peringkat akhir cadangan dan hanya menunggu masa sahaja untuk dibentang di Parlimen bagi mendapat kelulusan daripada Parlimen. Sekiranya Parlimen meluluskan ataupun setuju dengan cadangan ini maka kemungkinan PRU Ke-15 ini, had umur pengundi adalah mereka yang berumur seawal 18 tahun dan sudah tentulah kita tidak mahu Kerajaan yang akan dipilih oleh rakyat nanti adalah Kerajaan yang tidak matang. Maka kerana itu Wakil daripada Batu Burok menyentuh tentang isu tentang pendidikan politik untuk memberikan kesedaran kepada para belia kita supaya mereka yang berumur 18 tahun itu sebenarnya telah bersedia untuk membuat pilihan yang sebenar siapa yang akan menguruskan isu-isu ataupun negeri dan negara Malaysia yang tercinta ini. Dan untuk itu alhamdulillah juga, Sidang DUN Terengganu dalam Sidang Bajet baru-baru ini kita telahpun meluluskan sejumlah peruntukan untuk membina ataupun untuk melaksanakan Program DUN Belia dan ia telahpun diluluskan dan insya-Allah kita hanya

496

Page 224: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

menunggu masa sahaja untuk kita melaksanakan Program DUN Belia ini yang kita harap dengan pelantikan ADUN-ADUN Belia yang mewakili golongan belia di semua 32 daerah ini akan menjadi satu platform kepada kita untuk memberikan pendidikan politik kepada rakyat terutama mereka yang berumur seawal 15, 16, 17, 18 dan begitulah seterusnya supaya kelak apabila mereka boleh mengundi maka mereka mampu untuk membuat pilihan yang terbaik dalam Pilihan Raya Umum Yang Ke-15 nanti insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sekadar itu sahaja perbahasaan yang saya boleh lakukan dan saya juga sebenarnya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan daripada UMNO, Barisan Nasional yang telahpun masing-masing menyatakan komitmen di atas isu perpaduan ummah ini. Dan sememangnya kita, PAS ini sangat menyambut baik isu tersebut dan bagi membuktikan keseriusan kita dalam perpaduan ummah ini untuk PRK di Rantau, Negeri Sembilan ini di Terengganu ini telahpun menggerakkan jentera kita dengan bersungguh-sungguh, hari ini pun ada beberapa mesyuarat yang diadakan oleh di peringkat Jawatankuasa Pilihan Raya PAS Terengganu dan hari ini juga Wakil-wakil Rakyat daripada PAS daripada Kerajaan telah mula menerima pelbagai pesanan whatsapp untuk minta derma minta itu, minta inilah untuk menampung kos bagi kempen yang akan kita lakukan di Rantau bagi memenangkan calon UMNO dalam Pilihan Raya Kecil di Rantau nanti insya-Allah. Jadi kita PAS ini dang kita kalau kita bersaing kita bersaing sungguh deh, kalau kita wat kerja kita wat kerja sungguh, itu style kita orang PAS ini. Jadi insya-Allah mudah-mudahan ianya bakal memberikan manfaat dan juga memberikan kemajuan kepada umat Islam kita kepada perpaduan Melayu untuk kebaikan negeri dan negara, insya-Allah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua itu sahaja. Sekian. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI PERTUA : Wa’alaikumusalam warahmatullah. Terima kasih kepada Wakil Wakaf Mempelam. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Dewan sekalian, saya tangguhkan sementara Dewan ini kita sambung semula pukul 4.00 petang.

497

Page 225: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

DEWAN DITANGGUH PADA PUKUL 3.40 PETANG.

PUKUL 4.00 PETANG

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Mesyuarat disambung semula. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Cukai membuat penggulungan bagi pihak Kerajaan.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil ‘alamin. Assalatu wassalamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan pada petang ini merakamkan, merafak sembah dan menjunjung kasih di atas Titah Baginda Sultan dan insya-Allah saya akan merealisasikan nasihat dan tunjuk ajar apa yang dititahkan oleh Baginda Tuanku.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, sepanjang perbahasan dalam Sidang Dewan pada kali ini, hanya satu persoalan sahaja yang ditimbulkan oleh wakil daripada Sura yang menyatakan kenapa berlaku kelewatan dalam pembayaran Tabung Darul Iman.

498

Page 226: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Sesungguhnya bagi pihak diri saya, dan juga bagi pihak Kerajaan, saya memohon maaf kerana pada awal tahun ataupun akhir tahun bulan 11, bulan 12, nak masuk pada awal tahun ini, berlaku kekangan kewangan di peringkat Tabung Darul Iman yang menyebabkan banyak perkara tidak dapat dijalankan. Banyak yang telah kita lulus tak dapat kita tunaikan kerana masalah kewangan. Tetapi alhamdulillah saya yakin bermula pada bulan 4 ni, saya yakin semuanya akan dapat diselesaikan. Dan kekangan kewangan ini ialah akibat daripada kerana Kerajaan lambat menerima wang royalti minyak daripada Kerajaan Pusat yang menyebabkan Kerajaan tidak dapat memberi peruntukan kepada Tabung Darul Iman. Itu masalah yang paling besar sekali.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, oleh kerana masalah ini sangat besar, maka pada Sidang kali ini, saya mengambil kesempatan untuk memberitahu kepada seluruh Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan dan juga seluruh yang hadir. Setakat ini Tabung Darul Iman berbelanja hampir RM800,000 setiap bulan bagi menyelesaikan penyakit-penyakit kronik, bagi menyelesaikan orang-orang yang accident, nak beli besi dengan segera, bagi menyelesaikan pampers, susu dan seumpamanya. RM800,000 sebulan suatu angka yang sangat besar ditanggung oleh Tabung Darul Iman. Dan seluruh rakyat Negeri Terengganu hari ini, bila dia tahu bahawa agak senang sedikit permohonan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, maka mereka berduyun-duyun hadir ke Tabung Darul Iman. Dan insya-Allah sebagai sebuah parti, sebagai sebuah Kerajaan yang telah memberitahu kepada rakyat bahawa Kerajaan Parti Islam Semalaysia PAS ini adalah Kerajaan berkebajikan, maka insya-Allah kita akan menjaga kebajikan rakyat.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMAMD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Yang Berhormat, boleh celah tak? Boleh celah?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Pohon laluan ya? Sila.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMAMD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Untuk Tabung Darul Iman ini, selain daripada sumber Kerajaan Negeri, kita ada juga usaha dapatkan sumber daripada kakitangan Kerajaan dan juga sumber daripada derma-derma syarikat-syarikat

499

Page 227: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Kerajaan Negeri jadi sejauh manakah sambutan, potongan gaji dan juga derma daripada sumber-sumber luar selain daripada dana Kerajaan? Terima Kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Terima kasih kepada Jertih. Setakat ini potongan gaji; yang pertama daripada Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan. Dan yang terbaru ni pula ialah daripada jabatan-jabatan Kerajaan dan hari ini saya dah minta supaya pegawai saya di Tabung Darul Iman supaya agresifkan lagi minta sumbangan-sumbangan termasuklah juga daripada GLC yang telah memberi bantuan kepada kita kerana setakat ini Kerajaan hanya memperuntukkan RM5juta sahaja setahun sedangkan belanjanya hampir RM8 juta. Dan insya-Allah pada tahun ini saya sudah berjanji dengan Tabung Darul Iman untuk melipatkaligandakan lagi untuk mencari seberapa banyak kewangan untuk memastikan Tabung Darul Iman ini sentiasa bersedia untuk berdepan dengan rakyat kita di Negeri Terengganu yang berada di dalam kesusahan.

Terima kasih kepada semua yang membantu Darul Iman dan saya mengharapkan bantuan kita itu mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan akan membawa kita kepada Syurga Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Insya-Allah.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Saya juga nak ambil kesempatan di atas perpaduan ummah yang telah disebut oleh sahabat saya, besok satu rombongan besar daripada Kemaman, saya dah arah askar-askar saya untuk pergi ke Rantau bagi memastikan Pilihan Raya pada kali ini, UMNO Barisan Nasional sekali lagi diberikan kemenangan. Boleh ke dok boleh? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin mencelah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sudah dah.

500

Page 228: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Berkaitan dengan soalan Tabung Darul Iman.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dah berhenti dah Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Saya dah bangun dah tadi. Ingat dia tak nak berhenti lagi lagi.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dah bagi salam dah. Lepas nilah, lepas ni. Terima kasih kepada Wakil Cukai. Saya jemput Wakil Alur Limbat bagi pihak Kerajaan untuk menggulung.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua yang hadir pada hari ini, Pegawai-pegawai Kerajaan dan Pemerhati.

Setelah saya meneliti persoalan apa yang dibangkitkan sama ada termasuk Soalan Lisan dan Bertulis serta soalan-soalan tambahan, saya sebagai Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat yang paling banyak sekali ditimbulkan, jadi saya ucap terima kasih dan rasa terharu jugalah kali ini. Pada saya dah masuk Penggal Yang Kedua, jarang sekali isu pelancongan ditimbulkan sebanyak ini. Menandakan bahawa harapan yang tertinggi khususnya kepada ekonomi rakyat, perkara yang berkait dengan pelancongan ini. Ahli-ahli Yang Berhormat (ADUN) yang bertanya adalah daripada Air Putih, Kemasik, Kuala Besut, Bandar, Sura, Rantau Abang, Telemong, Batu Rakit, Kijal, ADUN Wanita, Bukit Besi, Batu Burok, Kuala Besut dan mungkin ada lagi yang saya tak sempat untuk catat. Jadi saya juga tidak berhajat untuk menjawab semua soalan kerana sebenarnya sebahagian besar memberikan pandangan dan insya-Allah pihak Kerajaan akan meneliti segala perkara yang ditimbulkan oleh pihak Yang Berhormat sebelum daripada ini.

Cuma ada beberapa perkara yang saya nak sebut secara ringkas khususnya yang berkait dengan Tasik Kenyir. Saya ingin

501

Page 229: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

memberikan respon sedikit bagi pihak Kerajaan. Kerajaan hari ini mengucapkan terima kasih atas idea dan cadangan pembangunan Tasik Kenyir oleh Kerajaan, Wakil Kerajaan yang terdahulu dan tidak berhajat untuk memberhentikan pembangunannya, malah telah menambahbaik dengan merangka satu pembangunan yang terancang dan berstruktur dengan menjadikan kawasan sekitar Tasik Kenyir sebagai kawasan Geopark dan menjadikan sebahagiannya sebagai Taman Negeri bagi membolehkan ianya dijaga dengan lebih bersistematik. Untuk makluman, Taman Negeri Kenyir, yang pertama Kawasan Lawit Cendana sebanyak 15,000 hektar. Dan yang kedua, Kawasan Perlindungan Hidupan Liar sebanyak 15,000 hektar.

Kemudian saya ingin menjawab beberapa soalan yang ditimbulkan oleh sahabat saya daripada Kuala Besut, dari segi keluhan ataupun keluhanlah pengusaha resort dari segi kedatangan pelancong yang dikatakan berkuranganlah berbanding dengan tahun sebelumnya. Sebenarnya adalah tidak wajar ataupun sebenarnya sukar untuk kita menilai apabila baru tiga suku pertama, tiga bulan pertama kedatangan pengunjung kerana berbeza-beza kedatangan pengunjung ni sebagai contohnya, saya ada menghubungi dua minggu yang lalu salah seorang pengusaha daripada pulaulah, mereka menyatakan tahun lepas bulan empat tiada orang, bulan tiga ramai, tapi tahun ini bulan tiga kurang, bulan empat mereka oleh kerana mereka mengadakan tempahan online mereka dapat maklumat bulan satu, bulan dua, bulan tiga sehinggalah Oktober tahun ini, bulan April sahaja, peningkatan hampir 50% berbanding dengan tahun yang lalu. Ini yang perkara sepatutnya kita ambil caknalah dan pulau ini mula dibuka kebanyakannya bermula daripada awal bulan tiga, jadi berilah masa kepada pengusaha-pengusaha chalet di pulau-pulau dan insya-Allah saya yakin, tahun ni kedatangan pengunjung lebih ramai daripada tahun yang sebelumnya. Saya ambil satu contoh di darat di TTI (Taman Tamadun Islam) sebagai satu indikator mudahlah tetapi walaupun kita tidak boleh mengambil kira ke semua tempat, sebagai contoh tahun 2017 - 2018 kedatangan pengunjung di TTI kalau 2017 hanya 19,784, 2018 - 23,915 ini daripada Januari hingga Mac tetapi pada tahun 2019 kedatangan pengunjung sudah 28,000. Tahun lepas waktu ini tiga bulan 23,000, tahun yang sebelumnya 19,000 sekarang ini

502

Page 230: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

sudah melebihi hampir 10,000 berbanding dengan tahun 2017 maknanya peningkatan itu ada dan saya yakin di sebelah pulau juga perkara yang sama insya-Allah akan berlaku, kalau tidak berlaku bulan tiga ini ataupun bulan tiga yang lalu bulan empat ini, insya-Allah akan datang pelancong yang kita haraplah dan kita doa berlaku demikian.

Kemudian ada persoalan sama ada motto atau logo ‘Beautiful Terengganu’. Insya-Allah oleh kerana motto ini telah terkenal di seluruh dunia, kita tidak berhajat lagi untuk menukar ‘Beautiful Terengganu’ ini kita kekal dahulu sehinggalah satu masa yang kita fikir dah sudah establish boleh ditukar kepada logo ataupun motto yang lain. Berkenaan dengan ECTC atau pun East Coast Tourism Corridor, pihak Kerajaan Negeri baru sahaja meluluskan penubuhannya, Secretariat East Coast Tourism Corridor bagi peringkat Negeri Terengganu dalam Mesyuarat MMKN bulan lepas. Sebagaimana yang saya jawab sebelum ini ECTC ini merupakan satu inisiatif bagi mewujudkan kerjasama antara empat negeri di Pantai Timur, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor dengan memfokuskan untuk memantapkan sektor pelancongan di negeri-ngeri ini, kerana negeri di sebelah timur jauh daripada KLIA yang dekatnya Pahang. Pahang kedatangan pelancongnya 11 juta setahun pada tahun lepas. Tahun 2017 di mana lebih kepada Cameron Highland dan juga Genting Highland dan mereka dekat dengan KLIA begitu juga Johor. Johor dia ada highway yang memang dekatlah dan pengunjung ramai di sana tapi cabarannya terletak di Terengganu dan juga Kelantan tapi kita ada pelbagai persamaanlah empat buah negeri ini dan kita mewujudkan ECTC bagi membantu mempromosikan sektor pelancongan di empat buah negeri ini. Saya ringkaskan insya-Allah Inbound Industry Food Camp Peringkat Negeri Terengganu di bawah ECTC akan diadakan pada 23 hingga 25 April pada tahun 2019 di Primula Beach Hotel yang akan datang ini. Dan lain-lain perancangan ada dengan saya ini, saya tidak berhajat untuk membentangkan kepada rakan-rakan dalam Dewan Undangan Negeri ini tapi perancangannya sangat baik untuk ECTC.

Kemudian berkenaan dengan halatuju TD1303, operasi TD1303 berjalan dengan lancarlah sekarang ini untuk maklumat Dewan, mengikut perancangan asal penubuhannya 21 Fix Desk yang

503

Page 231: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

disediakan, telah disewa dan digunakan, insya Allah, Fix Desk ini kita akan tambah lagi, kita akan buat pembangunan baru di sebelah, kalau kita masuk sebelah kanan ni, kanak kiri atas tingkat satu, kita akan tambah lagi Fix Desk. Dan kita akan renovate dengan izin, renovate lagi bangunan TD untuk kita bagi sewa bagi tingkat yang kedua. Fix Desk ini disediakan telah disewa sebanyak 21 dan digunakan oleh Usahawan Digital Rakyat Terengganu. Empat buah ruang pejabat (private room office) hanya ada empat sahaja setakat ini, sebenarnya dah lama dah penuh, permintaan sangat tinggi, juga telah disewa sepenuhnya oleh usahawan tempatan. TD ini maksudnya Terengganu Digital, 1303 bermaksud penemuan Batu Bersurat. TD ini juga telah berjaya melahirkan satu syarikat start up yang kini mempunyai 25 orang pekerja, kita mulakan dengan satu syarikat insya-Allah kami akan berjuang untuk memastikan setahun ada syarikat-syarikat baru, syarikat IT yang akan ataupun syarikat yang berasaskan daripada TD1303, insya-Allah. Walaupun U-TENT telah dibatalkan sebagaimana yang telah ditanya, tetapi TD1303 telah diletakkan di bawah Terengganu TI lah semua orang tahu TI, dan sebuah anak syarikat iaitu TD1303 SDN. BHD telah ditubuhkan untuk menguruskan operasi TD1303.

Kerajaan Negeri komited untuk meneruskan agenda penubuhan untuk TD1303 dan kini Kerajaan Negeri berusaha untuk melengkapkan ekosistem yang perlu bagi merancakkan perkembangan Ekonomi Digital di Terengganu. TD1303 ini merupakan pejabat ataupun ruang Home Working Space yang semakin hari semakin mendapat tempat khususnya kepada generasi muda. Jadi saya juga mencadangkan supaya semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Pegawai-gegawai Kerajaan supaya melawat TD1303 dan kami beroperasi 24 jam sehari selama 7 hari seminggu, maksudnya adalah kaedah dia, bila nak pergi daftar, bila nak masuk, bila-bila masa kita boleh pergi ke sana dengan memberitahu kepada pegawai yang ada di sana.

Jadi itulah sedikit sebenarnya walaupun banyak perkara yang ditimbulkan pada saya, lebih banyak kepada cadangan kepada yang sangat baik dan insya-Allah pihak Kerajaan akan mengambil perhatian tentang perkara yang ditimbulkan. Akhirnya saya mengucap berbanyak-banyak ribuan terima kasihlah kepada

504

Page 232: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang telah menimbulkan beberapa perkara berkait dengan portfolio saya dalam perbahasan pada kali ini. Wallahu a'lam. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Wakil Alur Limbat. Seterusnya saya jemput Wakil Ladang untuk membuat penggulungan bagi pihak Kerajaan.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat-Yang Berhormat dan juga Pegawai dan Pemerhati yang hadir. Saya, insya-Allah akan tidak mengambil masa yang panjang kerana menghormati gesaan Yang Berhormat Tuan di-Pertua yang nak habis hari ini juga, jadi pendek-pendek doh ah. Tapi kalau ada soalan sedia menjawab.

Ada beberapa orang Yang Berhormat membangkitkan tentang isu yang berkenaan dengan industri, contohnya Kemasik, Rantau Abang , Bandar, Batu Rakit, Kijal dan ADUN Wanita turut menyinggung atau turut mengambil bahagian membicarakan soal industri. Saya nak mulakan tentang promosi pelaburan. Tengahari tadi pun ada wakil pelabur daripada Jepun datang berjumpa dengan saya. Besok, tengahari pukul 1.30 pun ada yang buat appointment untuk jumpa daripada Korea dan hampir setiap hari saya menerima kunjungan pelabur-pelabur yang ingin tahu terutamanya tentang pelaburan berkenaan dengan silika. Yang datang tu berbagai, ada yang memang serius, ada yang broker, ada yang nak tanya-tanya khabar. Jadi, selalunya apabila datang saya tanya, apa yang saya boleh bantu. Nak mende sebenarnya kabor spesifik nak mende? Saya terus, direct, mari ni tujuannya nak mende. Saya tanya begitu sebab saya kata kalau saya tahu jelas boleh kita bantu dengan jelas. Dia dokdang musing-musing, dok doh lening. Direct to the point. Kemudian, saya juga diminta untuk meninjau di luar negara. Saya telah mengikuti program MIDA ke Tokyo, ke Osaka dan juga ke Seoul pada tahun lepas. Tahun ini MIDA takmboh ajak. Dia nak gi USA tapi dia kata tahun ini takmboh ajak negeri-negeri pergi, kementerian jer pergi.

505

Page 233: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Kemudian, saya juga baru balik daripada Taiwan. Dalam masa sebulan lebih, saya pergi dua kali ke Taiwan, ke Kaohsiung dan juga ke Taipei untuk berjumpa dengan pelabur-pelabur yang kita fikir serius untuk datang ke Terengganu. Kita belajar daripada pengalaman orang-orang lama dulu. Dia kata kita kena mesra dengan pelabur ini, sebab ada kes dulu mereka datang ke Terengganu, kemudian tidak buat follow-up. Dia pergi ke Singapura, selepas satu minggu dia balik, satu rombongan daripada Singapura pergi dan akhirnya dia melabur di Singapura. Maknanya kita kena sangat mesra dengan mereka. Kalau tidak dia kata kenapa saya kena mari ke Terengganu. Selalu tanya why pasal apa saya kena mari melabur di Terengganu. Dia ada pilihan lain. Baru-baru ini kita kalah ke Sabah. Mereka ada dua pilihan. Satu ke Terengganu, satu ke Sabah dan akhirnya mereka memilih untuk ke Sabah dengan alasan mereka sendiri. Jadi, saya sebut itu sebab nak menunjukkan bahawa dalam melayani karenah pelabur-pelabur ini memang kita mesra dan kita bersungguh, dan kita yakinkan mereka bahawa Terengganu adalah satu destinasi yang baik untuk mereka datang melabur terutamanya dalam industri silika. Jadi, berkenaan silika ini saya nak sebut sikitlah. Pertamanya, kita telah wujudkan satu masterplan untuk TSV, Terengganu Silica Valley dan masterplan ini telah dibentangkan kepada kita dan kita pada asalnya bersetuju untuk menerima pembentangan itu dan cadangan-cadangan yang dikemukakan. Dan, saya juga diberitahu bahawa players silika ini ada empat giant yang besar. Satunya di Taiwan, satu di Tokyo, satu di India dan satu lagi di China. Ini mereka besar, dan ini kita sedang mencuba untuk paling-paling kurangnya kalau dapat satu pun alhamdulillah sebab pelaburan mereka besar. Yang saya pergi ke Taiwan itu adalah untuk menjemput mereka melabur dan mereka bercadang untuk melabur bukan dalam glass tapi nak buat macam sama dulu macam, fabric dia panggil, fabric fibre, nak buat baju silika. Memang sungguh rupanya sebab benang silika, Dato’ Ahmad Said takdok, dia duduk sebut dulu silika dia pakai seluar silika dia kata. Betul ke dok, dok tahu.

...[Kedengaran ada ahli yang menyebut seluar dalam] ....

506

Page 234: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Dok tahulah hok dalam tapi memang ada sebenarnya barang itu dan dia bercadang untuk datang melabur dalam bidang itu dan sekarang ini dia mengawal 18% daripada market di Taipei sekarang ini ataupun di Taiwan. Insya-Allah dijangka dia akan datang. Cuma, pelaburan dalam bidang silika ini dia bukan cepat, bukan hari ini, sebulan lagi dia akan buat. Yang saya pergi Taiwan itu dia kata kami pergi ini bukan seorang, saya pergi ini dengan rombongan termasuk TI, Petronas, SEDC, semua yang berkaitan dengan pelaburan ini kita bawa bersama. Dan dia kata kalau saya nak melabur saya akan makan masa tiga tahun. Plan hari ini tiga tahun lagi baru boleh pakai. Jadi sedang moleklah sebab gas kita pun akan datang lebih kurang tiga tahun dari sekarang, dan untuk makluman, kita telah tandatangani MOU dengan Petronas untuk membawa gas ke TSV ini daripada Paka dan saya dapat tahu bahawa dua-tiga hari yang lepas, apa ini, EPU juga telah bersetuju untuk menyokong permohonan kita ini. Dan insya-Allah, saya rasa paip gas daripada Paka, daripada Santong ke TSV ini akan dapat kita mulakan dengan segera. Insya-Allah pembinaannya.Cuma, kita ada dasar yang jelas berkenaan dengan silika ini bahawa yang nak datang ini mesti melabur untuk membuat factory atau kilang-kilang yang mengeluarkan bahan-bahan yang dikatakan end product atau finish product bukan raw material. Banyak sangat pertanyaan untuk membawa pasir kita keluar begitu sahaja. Dia kata, no, tak boleh. Nak, mari melabur untuk buat kilang mengeluarkan bahan-bahan yang finish product dan alhamdulillah ada mereka itu yang memang berhasrat untuk datang melabur di TSV Group. Insya-Allahlah tapi kita kena beri masa panjang sikitlah untuk mereka datang.

Dan tentang peluang pekerjaan, kita memberitahu, berjanji dengan rakyat bahawa kita mewujudkan lebih kurang 20,000 peluang pekerjaan dalam masa empat tahun ini. Sekarang ini, bagaimana? Sekarang ini daripada sumber yang kita dapati, sehingga Februari 2019, sehingga bulan lepas, kita dah dapat wujudkan 7,057 peluang pekerjaan, dan insya-Allah pada tahun 2022 hingga 2024, kita jangka peluang pekerjaan akan bertambah sebanyak 18,729 orang. Jadi target kita kalau betul unjuran ini betul akan sampai target, insya-Allah. Itu dalam bidang industri sahaja .....

507

Page 235: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Tuan Yang di-Pertua, mohon mencelah. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada EXCO Ladang, Wakil Ladang, daripada 7,000 itu, peluang pekerjaan yang telah diwujudkan, di mana paling ramai ditempatkan pekerja baru itu? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Ya, kita dapati dia ada enam sumber yang kita dapat iaitu daripada Aktif Malaysia Sdn. Bhd - 500 orang, Madura Industry - 44 orang, Wood Base Industries - 115 orang, Eastern Steel Kemaman itu dia tambah lagi expansion dia lebih kurang 800 orang dan Compass Industries Sdn. Bhd. - 200 orang, daripada Jobs Malaysia kita dapat 5,378 orang. Kemudian, seterusnya itulah 18,000 itu dijangka daripada tahun 2022 hingga 2024 besarnya ialah di Silika kita, di TSV. Ni nak tahu apa mende lagi ni? Banyak ni tapi kabor belaka dah itu kot. Yang lain-lain itu kita juga ada 26 sebenarnya kawasan industri, 26 kawasan industri yang terbaru ialah di Arun, Dungun. Tok Arun dia panggil. Tok A.R.U.N ...(mengeja)... di Dungun. Dan keluasan kawasan- kawasan industri ini ialah 4,500 hektar jumlahnya dan campur dengan TSV 4,000 hektar, itu jumlah kawasan industri. Selain daripada silika ini kita juga menerima pertanyaan untuk paling kurang ada dua syarikat besar yang akan melabur di kawasan Biopolimer Kerteh, Paka, dan insya-Allah mereka sedang menunggu kita lulus tanah dia nak buat dia kata, kita tunggulah. Saya kira itu sahaja saya nak sebut melainkan ada soalan, saya duduk dulu kalau ada saya bangun semula. Terima kasih. Allahhu wa’alam. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Wa’alaikummussalam warahmatullah. Terima kasih Wakil Ladang. Seterusnya saya jemput Wakil Jabi untuk membuat penggulungan.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan Pemerhati yang dihormati sekalian.

508

Page 236: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Pertama sekali saya juga mengambil kesempatan merafak sembah, menjunjung kasih di atas Titah ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan terutamanya di atas perhatian yang diberikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada sektor pertanian di Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya sentuh berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Setiu Yang Berhormat Batu Rakit berkenaan dengan bantuan untuk nelayan. Kebajikan masyarakat nelayan memang menjadi antara agenda utama Kerajaan Negeri. Terutamanya bila dalam keadaan musim tengkujuh, nelayan tidak memiliki pendapatan apabila mereka tidak dapat turun ke laut. Kerajaan Negeri telah menerima permohonan Bantuan One-Off daripada Persatuan Nelayan Terengganu atau ringkasnya PENENTU yang mewakili seramai 6,498 orang nelayan berdaftar. Daripada 6,498 orang nelayan berdaftar, 3,879 merupakan penerima Bantuan Elaun Sara Hidup. Permohonan ini sedang dipertimbangkan sebaiknya oleh Kerajaan Negeri. Berdasarkan kepada kedudukan kewangan semasa dan doakan semoga ada rezeki untuk nelayan kita menjelang musim tengkujuh akan datang insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Buluh Gading menyentuh berkenaan dengan status terkini, Pusat Pemprosesan Susu Kambing di Jenang. Situasi terkini hanya tunggu Cooler Tank, tangki susu yang diimport daripada Turki untuk sampai. Peralatan-peralatan lain pusat pemprosesan ni dibeli daripada China dan semuanya sudah sedia. Dijangkakan pusat pemprosesan ini akan mampu dimanfaatkan oleh seramai 50 orang penternak kambing tenusu kecil-kecilan. Dan mereka dijangkakan mampu membekalkan sekitar 500 liter susu kambing sehari. Dia masih lagi di bawah tahap keupayaan pusat pemprosesan ni kerana kapasitinya mampu memproses sehingga 1,000 liter sehari. Buat masa sekarang ni, operasi secara kecil-kecilan sudah pun berjalan dan insya-Allah apabila Cooler Tank ..... Cooler Tank ni fungsi dia untuk meletakkan susu pada suhu di bawah daripada pada tahap beku tapi susu tu tak beku. Sebab susu apabila beku dia akan jadi butter dia akan jadi macam butterlah. Dan syarikat Tenox yang mengoperasikan pusat pemprosesan susu ni dengan dana sendiri telah membelanjakan

509

Page 237: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

RM750,000 yang menggambarkan keseriusan syarikat ni untuk nak menjayakan projek ni yang merupakan projek yang pertama sekali di Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ajil menyentuh berkenaan dengan isu pembangunan yang tidak seimbang. Terutamanya tiga daerah yang agak ketinggalan iaitu Daerah Besut, Daerah Setiu dan juga Daerah Hulu Terengganu. Dalam Dewan yang mulia ni saya nak mengajak kita yang berada di tiga daerah ni mari bersama kita kembangkan ekonomi untuk tiga daerah ni, berasaskan pertanian sesuai dengan realiti sosio ekonomi setempat. Kenyataan yang kita tidak dapat nafikan kita tidak akan mampu bersaing dengan daerah lain seperti Kemaman, dalam sektor industri. Padang tempat kita berlawan ni diistilahkan padang yang tidak sama rata bukannya orang Besut, orang Setiu atau pun orang Hulu tak nak maju tetapi ada faktor geografi terutama dari segi strategik kedudukan, jalan perhubungan, pelabuhan, lapangan terbang, kepadatan penduduk yang memainkan peranan besar dari segi kemajuan. Tapi buat pengubat hati sekurang-kurangnya Daerah Setiu boleh berbangga sebagai daerah yang paling rendah kadar jenayah dan paling aman dalam Negeri Terengganu. Lepas daripada penyatuan ummah ini kita rasa dia akan jadi lebih aman berkali-kali ganda lagi Insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, MIER (Malaysian Institute of Economic Research) telah meletakkan sektor pertanian dan perhutanan adalah potensi penyumbang utama kepada sosio ekonomi rakyat di Negeri Terengganu. Ini adalah fakta dan pembangunan di tiga daerah mesti berpijak di bumi nyata dan bukan dalam bentuk ikut-ikutan. Mari kita bersama meletakkan suatu keyakinan bahawa pertanian ini adalah satu kerjaya dan kita boleh maju dengan sektor pertanian. Bukan setakat sebagai satu sumber rezeki tetapi dia juga sebagai satu jaminan sumber makanan bagi negeri kita. Tanah kita masih luas, tanah terbiar saja ada sekitar 12,000 hektar. Pelbagai peluang dalam bentuk kursus-kursus kemahiran, kemudahan dana disediakan oleh Kerajaan Negeri seperti bantuan modal tani dan dana-dana daripada Kerajaan Pusat. Antaranya saya maklumkan dalam Dewan ini, bantuan untuk tanaman semula buah-buahan yang memfokuskan kepada tanaman durian dan tanaman lain, ada

510

Page 238: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

RM6,000 untuk 1 hektar dalam bentuk insentif. Yang kedua, Kluster Durian kita fokuskan untuk sulam dusun-dusun durian kampung dengan durian klon. Maknanya kita buat cantuman dewasa daripada durian kampung pusaka daripada tok kita, kita cantumkan dengan durian klon supaya walaupun dia durian kampung akhirnya dia buah Durian Musang King. Yang ni Yang Berhormat Telemong tengah buat yang ni. Dan kita juga boleh cantumkan pokok-pokok mempelam yang ada di kampung-kampung dengan buah yang bernilai rendah kita cantumkan supaya semuanya keluar buah dalam bentuk buah Harum Manis. Kita beruntung kerana Pemangku Pengarah Pertanian kita ni dia mari daripada Perlis. Dia ada kepakaran dalam bidang Harum Manis. Di antara insentif yang ditawarkan lagi yang perlu dimanfaatkan insentif tanaman tembikai sehingga RM20,000 - 1 hektar. Insentif untuk Kluster Tanaman Pisang RM20,000 juga. Kluster Tanaman Betik RM20, 000 juga. Kluster Tanaman Kontang RM20,000. Dana-dana ni kita boleh manfaatkan dan kita gabungkan dengan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk rakyat memanfaatkan tanah Kerajaan bagi tanaman kontang dalam bentuk permohonan Lesen Menduduki Sementara.

Saya ucap tahniah dan terima kasih di atas hasrat Yang Berhormat ADUN Ajil untuk menjadikan DUN Ajil sebagai Pusat Penternakan Rusa yang terbesar di Negeri Terengganu. Penternakan rusa ni dia mampu menghasilkan pelbagai produk yang menguntungkan di antaranya produk yang boleh dijual tanduk lembut. Yang kedua, tanduk keras. Rusa ada tanduk lembut dan tanduk keras. Kulit rusa, daging rusa dan juga ekor rusa, yang ni boleh jual belaka. YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang Berhormat di-Pertua penjelasan, tanduk lembut guaner, tanduk keras guaner dok rajin tengok saya.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Nanti.

YANG BERHORMAT DATUK SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Memang sedap hok keras sepatutnya. Cuma nak tahu hok lembut guaner? YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang Berhormat Kijal minat yang keras jer...(Sambil gelak) ..... Nanti

511

Page 239: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

saya bawa Yang Berhomat Kijal pergi melawat ladang rusa, insya-Allah. Dan penternakan rusa ni, dia mampu menjadi satu ikon untuk Agro Pelancongan di Negeri Terengganu dalam masa yang sama boleh menjadi destinasi untuk Food Tourism. Dan insya-Allah pada Sidang DUN akan datang kita harap kita akan dapat rasa keenakan daging rusa sumbangan Yang Berhormat Ajil, insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ADUN Wanita menyentuh berkenaan dengan pencemaran laut yang mendatangkan ancaman kepada industri perikanan kita. Memang ada kes penyu yang mati kerana makan plastik sebab sebenarnya penyu ni dia keliru di antara plastik dengan obor-obor yang menjadi makanan asasi penyu. Lautan yang ada, di pesisir pantai di Negeri Terengganu sepanjang 244 kilometer daripada Kemaman sehingga ke Besut adalah sumber mata pencarian rakan-rakan nelayan kita dan laut ni bukan tong sampah. Dan hidupan laut ini dijadikan oleh Allah secara sunnahnya untuk hidup dalam lingkungan yang bersih. Bila persekitaran kotor, mereka lari dan yang akan ruginya ialah kita, dan saya suka mencadangkan kepada semua rakan-rakan Yang Berhormat yang kawasannya ada pantai terkecuali kawasan Pantai Ali di kawasan Yang Berhormat Kuala Berang agar menjadikan program gotong royong bersih pantai ini di antara program rutin sama ada secara dwi bulanan ataupun secara dua-tiga kali setahun untuk kita melazimi menyumbang kepada kebersihan pantai kita.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Besut menyentuh berkenaan dengan pencemaran Sungai Seri Kemunting di Kuala Besut yang dimaklumkan menjejaskan sangkar-sangkar ternakan ikan air tawar yang ada di sungai ini. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Besut. Setelah saya teliti dan mendapat beberapa maklumat sebenarnya dia bukan berpunca daripada pencemaran industri tapi berpunca daripada kegiatan menyembur racun kepada kawasan sawah padi yang berdekatan kemudian air daripada kawasan sawah padi ini mengalir ke dalam sungai, air yang dicemari racun dan ia menjejaskan sedikit sebanyak sangkar-sangkar ternakan ikan yang ada di dalam sungai itu. Alhamdullilah, laporan yang kita terima, kematian ikan yang berlaku akibat sedikit pencemaran tidak membimbangkan. Setakat ini dalam

512

Page 240: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

konteks Negeri Terengganu tidak berlaku lagi pencemaran sungai kita kerana buangan sisa-sisa industri dan kita perlu pelihara untuk masa depan anak cucu kita, insya-Allah. Bila berlaku pencemaran sungai natijahnya ialah kematian ikan-ikan yang diternak oleh penternak-penternak kita. Ikan ini bila dia mati dia akan timbul, yang itu kita tak kisah sangat, yang kita kisah bila air mata penternak kita jatuh, yang ini kita kisah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Abang menyentuh berkenaan dengan Muara Sungai Dungun daripada Nibong ke Delong yang dikatakan sesuai sebagai lokasi untuk pendaratan tuntung bertelur. Tuntung ni ada dua jenis, yang pertama, Tuntung Air Masin, Tuntung Air Masin di bawah bidang kuasa Jabatan Perikanan dan yang kedua, Tuntung Air Tawar di bawah bidang kuasa Jabatan Perhilitan dan EXCO Pertanian kena jaga dua-dua, masin dan tawar kena jaga dua-dua. Dan untuk makluman Dewan, dua lokasi di sepanjang Sungai Dungun iaitu di Pasir Kumpal dan juga Pasir Tok Chu telah diwartakan sebagai Tempat Pendaratan Tuntung Bertelur yang dijaga oleh Jabatan Perikanan.

ADUN Bandar, Yang Berhormat ADUN Bandar menyentuh berkenaan dengan ancaman nelayan asing yang menceroboh pengairan negara kita yang bukan hanya setakat memusnahkan khazanah hasil laut kita, dalam masa yang sama juga mendatangkan isu ancaman keselamatan kepada nelayan kita. Ancaman nelayan asing ini bila kita sebut dia bermakna nelayan Vietnam kerana tidak berlaku lagi pencerobohan nelayan Thailand kepada kawasan pengairan kita. Isu ini isu lama, walaupun lama dia sebut berulang kali tetap kita kena sebut tanpa jemu dan kita berusaha untuk menangani, tak boleh selesai semua, kita selesai sebahagian. Isunya berkaitan dengan isu pelesenan dan penguatkuasaan di laut yang melibatkan multi agencies di peringkat Kerajaan Persekutuan yang masih gagal sehingga sekarang ini untuk disatukan di bawah satu pengarahan. Nelayan Vietnam yang menceroboh pengairan kita sebenarnya bukan guna Pukat Kokok, Pukat Kokok itu kesan dia masih kecil lagi kalau nak banding dengan dahsyatnya kesan Pukat Ganding yang digunakan oleh nelayan Vietnam. Pukat Ganding dengan makna pukat yang ditarik dengan dua buah bot dengan jarak 150 meter di antara

513

Page 241: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

dua buah bot ini daripada dasar laut sampai ke atas, habis dia kokok khazanah hasil laut kita dan dengan keluasan ZEE (Zon Ekonomi Eksklusif) di Negeri Terengganu, sekitar seluas 87,000 kilometer persegi memang laut kita sangat luas dan kalau kita nak kira Zon Ekonomi Eksklusif Wilayah Timur yang dijaga oleh Maritim Wilayah Timur luasnya seluas lebih kurang 200 kilometer persegi, satu keluasan yang sangat luas, sebab itu bila kita mengunjungi Pejabat APMM Wilayah Timur berbincang dengan mereka tentang masalah ini, saya secara jujurnya sangat-sangat menghargai dan berterima kasih di atas pengorbanan yang dilakukan oleh anggota Maritim kita dalam mengawal kedaulatan dan menjaga khazanah hasil laut kita walaupun pencerobohan demi pencerobohan berlaku sebenarnya mereka telah melakukan apa yang terdaya, yang terbaik berdasarkan kekuatan aset dan kemampuan peralatan yang mereka ada. Dalam masa yang sama kita tengok peningkatan kecaknaan daripada nelayan kita, dengan rasa kekitaan, rasa sense of belonging terhadap laut kita dan saya telah minta kepada Pengarah Perikanan Negeri termasuk saya sendiri telefon kita buka untuk menerima laporan daripada nelayan ini 24 jam sehari. Ada nelayan yang hantar gambar, video bot Vietnam yang sedang menceroboh supaya aduan-aduan ini kita boleh selaraskan segera dengan pihak berkuasa. Mudah-mudahan dengan sedikit sebanyak apa yang kita buat, satu kerja yang sebenarnya berada di luar daripada bidang kuasa kita Kerajaan Negeri tapi prinsip kita kerja, tak boleh untuk kita buat semua, kita jangan tinggal semua, kita buat sebahagian, mudah-mudahan ini juga menjadi satu sumbangan sokongan kepada industri perikanan kita.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Manir menyentuh beberapa kejayaan daripada Pelan Strategik Hala Tuju Pertanian Negeri Terengganu. Kejayaan ini baru bunga-bunga sikit-sikit, baru bau-bau sikit, buahnya tak nampak lagi dan kita perlu bekerja keras supaya bunganya bertukar menjadi buah biarlah kejayaan-kejayaan dalam bentuk kejayaan kecil tak apa, tapi kita selesaikan keresahan dan rungutan rakyat secara berperingkat dan kepada Allah kita berserah segala urusan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Wakil Jabi, saya jemput Wakil Bukit Payong untuk membuat penggulungan.

514

Page 242: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Alhamdullilah Hilqoil:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taat, patuhilah Allah dan taat, patuhilah Rasul dan pemegang-pemegang urusan pemerintahan di kalangan kamu, maka jika kamu bertelingkah dalam semua perkara, maka hendaklah kamu kembalikan urusan itu kepada Allah yakni Al-Quran dan Ar-Rasul yakni hadis, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, yang demikian itu paling baik dan itulah pentafsiran yang paling indah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, Ketua-ketua Jabatan, para Pemerhati yang saya hormati lagi saya kasihi sekalian.

Saya mengambil peluang untuk merakamkan dan merafa’ sembah Ucapan Penghargaan dan Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Tuanku Sultan yang telah menyebut beberapa perkara penting.

USUL MELANJUTKAN TEMPOH MASA PERSIDANGAN

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat Yang di-Pertua, memandangkan masa Persidangan akan tamat tempohnya pada pukul 5.00 petang, dengan ini saya mencadangkan supaya tempoh persidangan ini dilanjutkan sehingga selesai semua Tertib Pekerjaan berkaitan Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan di dalam Tertib Pekerjaan Dewan sebagaimana yang telah ditetapkan menurut di bawah Perkara 7(1A) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri.

515

Page 243: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah menerima satu cadangan supaya melanjutkan tempoh masa persidangan pada hari ini. Oleh demikian masa Persidangan Dewan ini dilanjutkan sehingga selesai semua pekerjaan berkaitan Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagaimana telah ditetapkan dalam Tertib Pekerjaan Dewan bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-14, Persidangan Dewan diteruskan.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan sangat teruja dengan beberapa perkara yang disebut dalam Titah Diraja khususnya mengenai peranan MAIDAM, peranan Akademik DUAT Terengganu atau pun Didik Ulama Amilin Terengganu, Program SPIKE yang dilaksanakan bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan MAIDAM. Dalam peluang yang ada ini, saya juga menjunjung kasih setinggi-tingginya atas peranan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan sebagai Ketua Agama negeri ini. Kerajaan Negeri sudah tentu adalah khadam bagi mengurus dan mentadbir dan memartabatkan agama di negeri ini dan saya hanya mahu respon tentang dua perkara yang disebut oleh beberapa Ahli Dewan.

Yang pertama, yang berkaitan dengan penyatuan ummah. Sudah tentu penyatuan ummah yang kita maksudkan ialah penyatuan ummah yang berpaksikan Islam. Penyatuan ummah bagi membina kebajikan dan agenda Islam di waktu yang sama penyatuan ummah ke arah membina perpaduan yang hebat dalam menyekat segala usaha-usaha bagi menggugat kemuliaan dan ketinggian agama Allah bahkan kita mengharapkan penyatuan ini akan dapat menumbangkan DAP yang kelihatan dominan dalam memerintah Malaysia hari ini, Insya Allah. Saya sangat mengalu-alukan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Besut agar penyatuan ini menjadi segar dan mekar dalam kehidupan masyarakat Negeri Terengganu. Saya mengharapkan insya Allah, Yang Berhormat-Yang Berhormat dan semua pihak dapat turut hadir dalam semua

516

Page 244: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

program yang disusun oleh Kerajaan Negeri. Sempena bulan Rejab ini, telah menganjurkan suatu Program Penghayatan Bulan Ibadat Solat, kita harap semua pihak dapat menyatukan bagi menjayakan semua program-program seumpama ini, insya Allah.

Yang Berhormat Hulu Besut sebut bahawa kemungkinan Kerajaan yang ada ini sepenggal sahaja. Itu adalah perkara yang mungkin. Kerana dunia ini adalah mungkinan. Dalam ilmu tauhid, semua mungkin. Mungkin juga Yang Berhormat Hulu Besut tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Mungkin juga UMNO tidak akan bertanding di Terengganu dalam Pilihan Raya Yang Ke-15 kerana saya rasa tidak sepatutnya lagi untuk bertanding di Negeri Terengganu atas asas penyatuan ummah ini. Bahkan kemungkinan pemimpin-pemimpin UMNO akan bertanding di Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Yang Ke-15 yang kita bersedia untuk membantu dalam pilihan raya di Negeri Sembilan. Semua itu adalah mungkin, mungkinan. Tetapi kita mengajak agar rakyat ini berfikir Kerajaan yang ada hari ini sedang berusaha untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan kerajaan yang lalu dan memenuhi agenda kebajikan dan kebaikan rakyat. Sudah tentu rakyat yang cerdik dan bijak akan meneruskan Kerajaan yang ada ini. Tetapi tidak mustahil kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam menyebut, di antara tanda hari kiamat (Yang bermaksud): Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah manusia yang paling bahagia dalam memimpin dunia ini adalah pemimpin yang bodoh daripada keturunan yang bodoh.

Tidak mustahil kerana perkara itu semua adalah perkara yang mungkinan. Terserahlah di masa depan untuk Allah menentukannya. Tetapi kami berdoa agar Kerajaan ini akan terus memikul amanah dan menunaikan amanahnya agenda kebaikan rakyat. Kami tidak sedih jika Kerajaan ini tumbang dan tidak diterima oleh rakyat jika kami telah memenuhi amanah dan melaksanakan agenda-agenda kepentingan rakyat. Yang kami sedih jika Kerajaan ini tumbang dan dikalahkan sedangkan Kerajaan ini sedang membina dan telah, akan melaksanakan agenda kebajikan rakyat, mengecualikan cukai pintu rumah kediaman, memberikan pengecualian bayaran 20 meter padu air percuma kepada golongan miskin dan berbagai-bagai lagi. Insya Allah penyatuan ini akan menjadi segar, insya Allah.

517

Page 245: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Yang kedua, Pilihan Raya Yang Ke-14 merupakan kehendak rakyat yang mahukan perubahan. Perubahan dalam polisi dan kepimpinan sudah tentulah Kerajaan hari ini sudah berlaku perubahan kepimpinan. Saya memuji bekas Menteri Besar yang lalu yang telah menerima persediaan untuk berubah sehingga berlaku Majlis Penyerahan Fail di antara bekas Menteri Besar kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Inilah yang kita harapkan bahawa semua pihak bersedia menerima perubahan termasuklah bersedia menerima perubahan kepimpinan masjid. Sudah tentu kepimpinan mana-mana tidak kekal. Masjid bukan milik Imam, masjid bukan milik Bilal, masjid bukan milik mana-mana peribadi dan tidak ada orang boleh kekal menjadi Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid selama-lamanya. Ia boleh berubah. Sesiapa sahaja boleh berubah. Perubahan ini juga perlu dan wajar dibuat. Yang pertama kerana memenuhi kehendak rakyat yang mahu perubahan kepimpinan. Yang kedua, perubahan ini juga wajar dibuat bagi mempastikan bahawa Jawatankuasa Masjid bergerak bagi menunaikan visi, misi dan hala tuju Kerajaan Negeri ke arah mencapai Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera. Yang ketiga, kita telah memberi tempoh 10 bulan dan di waktu yang sama saya melihat bahawa ada Jawatankuasa Masjiid yang lagi tidak rasa bersemangat kerana kejujuran mereka untuk menyerahkan perubahan kepimpinan di masjid-masjid ini. Hasil daripada tuntutan inilah kita rasakan bahawa kepimpinan masjid perlu dibuat agar kepimpinan masjid boleh bergerak di atas asas kerjasama dengan kepimpinan kampung, MPKK. Pejabat agama telah menentukan garis panduan dan peraturannya bahawa MPKK di atas kehendak rakyat sebagai pemimpin majoriti masyarakat boleh memilih 10 orang sebagai pemimpin. Enam orang kita serah kepada budi bicara Pejabat Agama. Memang sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Besut, berbeza dengan yang ni. Ya, berbeza. Tahun 2004, saya bukan nak ungkit. Tahun 2004 saya pernah menjadi Pengerusi Masjid. Hari ini kalah, besok orang terus isytihar kamu bukan lagi Pengerusi Masjid. Kita terima perubahan itu. Kita terima perubahan itu kerana perubahan adalah kehendak rakyat. Oleh kerana itu saya rasa kita semua mestilah mencontohi apa yang berlaku kepada sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam, Khalid bin Al-Walid, seorang yang banyak jasanya sehingga kata-kata di zaman itu berkata (yang bermaksud):

518

Page 246: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

“Adakah orang perempuan tidak lagi berupaya untuk melahirkan orang yang hebat seperti Khalid bin Al-Walid”. Khalid Al-Walid jasanya besar. Setiap kali memimpin tentera, menang, menang, menang. 13 Hijrah bulan Rejab, Khalid Al-Walid seorang pemimpin yang sedang mengepung tentera di Syam. Berlaku perubahan kepimpinan kewafatan Abu Bakar diganti dengan Sayyidina Umar. Sayyidina Umar menulis surat menghantar surat bukan kepada Al-Khalid, bukan kepada Khalid, tetapi kepada Abu Ubaidah Al-Jarrah. Dalam surah itu, menulis wahai Ubaidah, aku memberi wasiat kepadamu supaya bertaqwa kepada Allah, peganglah tentera yang sedang dipimpin oleh Khalid, pecat Khalid, engkaulah hari ini menjadi pemimpin. Khalid Al-Walid menerima keputusan itu dengan hati yang tenang. Khalid Al-Walid menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Akhirnya mewujudkan penyatuan tentera yang bukan sahaja berjaya mengalahkan musuh di Syam, tetapi bergerak, akhirnya tumbang kuasa besar dunia Parsi. Kuasa besar itu gugur, kalah kerana kesediaan seluruh masyarakat dalam menerima perubahan. Contohilah dan dengari apa yang disebut oleh Nabi Salallahu ‘Alaihi Wasallam (Yang bermaksud): Dengarlah, taatlah walaupun yang dipilih menjadi pemimpin kamu seorang lelaki hamba, hitam legam, kepalanya seperti buah kismis.

Tidak ada karisma. Kemungkinan ada orang kata cadangan-cadangan jawatankuasa masjid tu ada orang hok jarang-jarang pergi masjid, kemungkinan sebelum dia jadi Pengerusi Masjid, dia jarang. Lepas dia jadi Pengerusi Masjid, dia jadi rajin. Perubahan yang besar, perubahan yang bagus. Orang yang banyak jasanya, kita ucap terima kasih kepada semua pihak termasuk Yang Berhormat-Yang Berhormat yang pernah menjadi Menteri Besar yang pernah menjadi EXCO, semua pegawai-pegawai, semua pengerusi-pengerusi masjid yang pernah memberi jasanya yang besar terhadap masjid, insya-Allah jasa mereka akan dibalas oleh Allah. Sedialah menerima perubahan ini dengan tenang. Contohilah sahabat Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam yang tidak ada seorang pun di antara kita serupa dengan Khalid bin Al-Walid pada jasanya. Saya rasa cukuplah dua perkara itu untuk memberikan respon agar kita dapat membina kebaikan

519

Page 247: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. Saya mohon menyokong Titah Diraja Tuanku. YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Wakil Bukit Payong. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal untuk membuat penggulungan.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang dihormati Tuan Yang di-Pertua Dewan, yang dihormati Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang dihormati rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan dan para Pemerhati sekalian.

Pertamanya saya mengucap syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada petang ini diberi peluang untuk sama-sama Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Keempat Belas. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua yang telah mengizinkan saya untuk mengambil peluang tersebut.

Alhamdulillahir rabbil alamin wabihi nasta’in, wassalatu wassalamua’la asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Rabisy rahli sadri wayasirli amri wahlul ukhdatan minlisani yafqohu qauli. Pada perbahasan yang telah disertai oleh kebanyakan ahli-ahli Yang Berhormat dan juga dalam Titah Ucapan Tuanku dan saya kira dua muka surat, muka surat 23 dan 24 telah menyentuh secara meluas tentang projek perumahan ataupun disebut Rumah Mampu Milik yang kita mensasarkan penggal ini Kerajaan Negeri dapat menyediakan sekurang-kurangnya 20,000 unit. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan para hadirin-hadirat sekalian, untuk tahun ini kita sudah ada 1,740 unit rumah dalam pembinaan yang kita jangka insya-Allah akan siap pada tahun ini. Sementara itu, dalam perancangan kita ada yang untuk hari inilah untuk sampai ke hari ini perancangan kita, kita ada 8,510 unit yang akan dibina yang mana 5,317 daripadanya insya-Allah akan kita mulakan pada tahun ini dan bakinya kita akan mulakan tahun 2020. Ini melibatkan bukan

520

Page 248: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

sahaja daripada peruntukan Kerajaan Negeri sahaja kerana kita semua maklum dengan peruntukan Kerajaan Negeri, dengan duit yang kita ada dicandat pula 25%, sudah tentulah tidak mampu untuk kita menyediakan rumah sebanyak itu. Tapi, dengan kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan, saya mengucapkan terima kasih Dewan ini pada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah memberi akujanji dan bersedia untuk memberi peruntukan pada tahun ini bagi membina rumah di bawah peruntukan KPKT (Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan) juga melibatkan penswastaan, joint venture, kerjasama di antara Kerajaan Negeri melalui Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dengan pemaju-pemaju swasta juga daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad. Kerjasama inilah yang boleh kita merancang sehingga pada 8,510 unit hingga pada hari ini. Kita doa semoga janji-janji pada Kerajaan Pusat akan ditunaikan dan perjalanan pembinaan rumah termasuk pemaju swasta juga tidak menghadapi banyak halangan untuk dilaksanakan pada tahun ini dan tahun hadapan.

Untuk saya respon tentang rumah ini dulu berkaitan dengan ditimbulkan oleh ADUN Batu Rakit, Wakil Batu Rakit, terutama status Rumah Mampu Milik Pulau Redang, projek tersebut memang slow tapi hidup, tak mati, tak terbengkalai, tapi slow-slow. Sudah siap 88.7%, insya-Allah baki dijangka boleh siap pada tahun ini walau slow-slow macam penyu. Penyu ke apa yang slow, kura-kura. Rumah Mampu Milik Pulau Perhentian dukacita dimaklumkan tapak itu tidak sesuai dan merbahaya untuk dibuat rumah dan kita batalkan projek tersebut. Tentang agihan rumah PPRT Batu Rakit, untuk makluman Wakil Batu Rakit, rumah ada 10 buah, betulkan? Tapi pemohon ada 20 orang sekarang, jadi insya-Allah pihak DUN Batu Rakit akan menyelesaikannya melalui satu proses temu duga, pemilihan dan sebagainya. Serah pada Batu Rakitlah, itu 10 buah rumah saja, tak banyak.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Asalnya pemilihan sudah dibuat oleh penghulu seramai 10 orang, dia telah maklum penama-penama ini sudah dimaklum dapat rumah itu, jadi sebab itu saya kata kita terus saja pemilihan yang telah dibuat oleh penghulu tadi. Terima kasih.

521

Page 249: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih, insya-Allah kita akan serah kepada Batu Rakitlah, Penyelaras DUN Batu Rakit sekarang dan kita akan bincanglah bagaimana untuk diselesaikan cepat 10 buah rumah yang ada ini.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Tuan Speaker, mencelah sikit.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Ya, sila.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CH EKU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Di Pulau Perhentian, kita sedia maklum dah bahawa tapak itu memang tidak berapa sesuai, cuma dimaklumkan oleh pihak Pejabat Tanah di Besut dan juga Pejabat Daerah dan juga orang kampung pun setuju, dia ada satu lagi tapak di sebelah Pulau Perhentian Besar yang agak landai di kawasan Teluk Dalam yang boleh didirikan perumahan untuk orang kampung. Saya mohon supaya pihak Kerajaan mengambil kira faktor geografi yang kita maklumkan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih Kuala Besut, memang kita cukup ambil berat tentang kekurangan rumah di pulau ini tapi apakan daya tapak yang dipilih dahulu itu memang tak boleh buat rumah dan kontraktor pun tak mampu buat. Dan oleh itu insya-Allah cadangan itu kita akan ambilkira di Pulau Perhentian Besar. Okey, insya-Allah. Terima kasih.

Berkaitan dengan yang ditimbulkan oleh Wakil Kijal, tentang Syarikat Perumahan Tok Arau Sdn. Bhd. Telah saya minta siasatan dibuat oleh Bahagian Perumahan dan juga UPEN. Kita tidak ada rekod tentang syarikat tersebut. Minta maaf Kijal. Tiada rekod hingga hari inilah. Saya pergi kepada tajuk yang seterusnya berkaitan dengan kebersihan yang ditimbulkan oleh Wakil Kemasik dan juga ADUN Wanita. Kerja-kerja pembersihan awam di tempat awam seperti di taman rekreasi, pantai-pantai utama tumpuan pengunjung, pulau-

522

Page 250: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

pulau peranginan dan hentian bas telah dijalankan oleh kontraktor pembersihan. Pihak Berkuasa Tempatan merangkumi kerja kutipan sisa pepejal, penyapuan, pemotongan rumput dan pembersihan longkang. Selain daripada itu, antara inisiatif lain yang telah dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ialah dengan mewujudkan Zon Sifar Sampah di mana beberapa tempat hotspot di kawasan tumpuan orang awam telah digazetkan sebagai tempat larangan membuang sampah dan tindakan penguatkuasaan dengan kaedah pengeluaran notis kompaun dijalankan. Di samping itu juga pemantauan dan rondaan pengawal di lapangan sentiasa dilakukan bertujuan untuk memastikan kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak kontraktor PBT di kawasan tumpuan orang awam sentiasa dalam keadaan bersih, bebas daripada sampah sarap.

Hasil daripada itu, saya ucap tahniah pada pihak-pihak PBT telah dibuat satu penilaian oleh MURNInets. MURNInets merupakan singkatan kepada Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Luar Bandar Malaysia ataupun Malaysian Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development. Itu satu pendekatan yang dapat mengukur dan menilai kemampanan sesebuah bandar serta kawasan gabungannya melalui penggunaan Petunjuk Bandar. Hasil daripada itu yang MURNInets ini menilai dalam enam dimensi. Dimensi pertama ialah ekonomi berdaya saing. Dimensi kedua, kualiti persekitaran mampan. Dimensi ketiga, komuniti sejahtera. Dimensi empat, guna tanah dan sumber asli optimum. Dimensi lima, infrastruktur dan pengangkutan efisyen. Dan keenam, urus tadbir efektif. Hasil daripada itu maka keputusannya ialah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mendapat markah 94% - Mampan. Mampan ini yang dapat markah 85 hingga 100 peratus. Majlis Pembandaran Dungun juga mendapat taraf Mampan - 92 peratus. Majlis Daerah Setiu, Sederhana Mampan - 84 peratus. MPK Sederhana Mampan - 81 peratus. MDM Sederhana Mampan - 80 peratus, MDB bukan 1MDB ni, Majlis Daerah Besut, Sederhana Mampan - 74 peratus. Majlis Daerah Hulu Terengganu, Sederhana Mampan - 72 peratus. Ini menunjukkan bahawa kerja-kerja yang dibuat oleh PBT adalah memuaskan dan mendapat pengiktirafan yang baik daripada MURNInets, daripada pengiktirafan tersebut.

523

Page 251: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Suka saya sambung sedikit berkaitan dengan kebersihan dan keceriaan yang ditimbulkan oleh Kemasik dan juga ADUN Wanita berkaitan alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar juga telah terlibat dalam memberi kesedaran alam sekitar pada orang awam bagi memastikan kelestarian alam sekitar. Jabatan ini telah menyambut Hari Bumi pada 22 April, Hari Alam Sekitar Sedunia, World Environment Tour Day, Hari Ozon dan Hari Alam Sekitar Negara, 22 Oktober setiap tahun. Seminar kesedaran alam sekitar kepada remaja serta pelajar sekolah juga dijalankan. Program gotong royong membersihkan kawasan bersama Rakan Alam Sekitar (RAS) juga diadakan setiap tahun. Jabatan Alam Sekitar juga menganjurkan Pertandingan Sekolah Lestari Alam Sekitar dan Program Kesedaran Pengumpulan (e-Waste).

Pemantauan pembuangan sisa toksik yakni buangan berjadual yang ditimbulkan oleh Kuala Besut. Pemantauan pembuangan sisa toksik dijalankan melalui pemeriksaan penguatkuasaan secara berkala, empat kali setahun terutama terhadap premis-premis yang ditetapkan yang terlibat dalam pengurusan dan pelupusan buangan berjadual di Terengganu, di lapan premis kita ada. Pemantauan Buangan Terjadual juga dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar melalui online system, E-SWISS di mana pergerakan buangan berjadual dari kilang-kilang kepada tempat pelupusan yang dibenarkan atau dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan direkod melalui sistem tersebut. Dengan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan oleh Jabatan Alam Sekitar Terengganu, insya-Allah tragedi seperti Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor pada 10 Mac 2019 yang lalu itu tidak akan berlaku di Negeri Terengganu Darul Iman ini. Insya-Allah.

Berkaitan dengan Kad Sejahtera, insya-Allah, kita sudah pada peringkat akhir, kita jangka kita akan dapat lancarkan pada awal bulan Mei 2019 nanti. Insya-Allah. Wad Kelas 3 tak timbul dok? Esok saya jawablah soalan tu Wad Kelas Tiga.

Bagi Jabatan Kesihatan pula demi menjaga kesihatan rakyat yang ditimbulkan tadi, beberapa program telah dijalankan khususnya sekarang bila kita sebut tentang wabak denggi yang melanda Negeri Terengganu dengan kadar yang tinggi. Maka telah dibuat Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes Peringkat

524

Page 252: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Kebangsaan serentak seluruh negara. Yang kedua, Program Gotong Royong Terengganu Go Clean Peringkat Negeri Terengganu. Yang ketiga, Sambutan Hari Bumi SMK Badrul Alam Shah Kemaman. Kempen e-Waste menggunakan teknik Nudge Program Gotong Royong Bersepadu, Sesi Bual Bicara Bersama Pengendali Makanan, Rahsia Premis Makanan Gred A dan Premis Bersih Tanpa Asap Rokok. Kempen Kesedaran Perlindungan Lapisan Ozon, Program Khidmat Komuniti Kesihatan Persekitaran sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia dan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Terengganu. Semua agensi-agensi di bawah portfolio telah menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kita doa semoga ianya dapat memberikan kita hidup yang dalam keadaan sejahtera.

Akhirnya suka saya menyentuh yang ramai disebut tentang PITAS (Pelan Induk Terengganu Sejahtera) yang menjadi blueprint kita atau pelan induk untuk memacu kemajuan Negeri Terengganu. Berkenaan dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera PITAS 2030 yang disentuh oleh Yang Berhormat Tepoh, Yang Berhormat Rantau Abang dan juga Yang Berhormat Bukit Besi. Untuk makluman semua PITAS 2030 merupakan pelan induk yang merangkumi Pelan Pembangunan Ekonomi dan Pelan Pembangunan Insan di samping menggabungkan semua pelan-pelan yang sedia ada. PITAS 2030 secara asasnya diwujudkan untuk mencipta peluang pekerjaan dan menjana pendapatan baharu pada Kerajaan Negeri selain daripada royalti daripada sumber minyak dan gas. Untuk makluman Yang Berhormat juga, setakat ini PITAS 2030 telah dibentangkan kepada beberapa agensi Kerajaan seperti UPEN, Plan Malaysia, SUK Bahagian Sumber Manusia dan lain-lain. Dalam masa yang sama kita dalam proses mengadakan Bengkel PITAS 2030 bersama dengan semua agensi Kerajaan untuk proses pelaksanaan dan memastikan perancangan agensi akan diselaraskan dengan PITAS 2030. Hasil daripada bengkel ini insya-Allah, PITAS 2030 akan dibentangkan kepada semua pihak yang disebut town hall tadi untuk mendapatkan pandangan tambahan untuk menjadikan PITAS 2030 sebagai hak milik kita bersama. Antara perkembangan lain adalah beberapa ahli dari barisan EXCO Kerajaan Negeri, portfolio tertentu telah mula merangka pelan peringkat portfolio masing-masing yang diselarikan dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera, PITAS

525

Page 253: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

2030. Semoga dengan perkembangan yang penting ini boleh memastikan matlamat Kerajaan Negeri Terengganu untuk menjadikan Negeri yang Maju, Berkat, Sejahtera akan dapat dicapai secara holistik dan kolektif bermula daripada peringat pembuat dasar sehinggalah pada akar umbi.

Ahli-ahli Yang Berhormat dan tuan-tuan yang dihormati sekalian. Hasrat kita memang tinggi, kita mempunyai hasrat yang sangat tinggi dan sudah tentulah untuk melaksanakan PITAS yang begini besar kita memerlukan satu Jawatankuasa Pemandu untuk menjadi pembimbing dan juga memantau kerja-kerja yang akan dijalankan oleh agensi-agensi yang akan melaksanakan PITAS 2030. Semoga kita berjaya mencapai kemajuan yang kita inginkan mengikut jadual manifesto yang telah kita tetapkan.

Saya rasa sekadar itulah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua yang dapat saya gulung ataupun buat suatu conclusion pada petang ini berkaitan dengan Titah Ucapan Diraja, dengan itu saya mohon menyokong Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Wakil Bukit Tunggal. Sila Wakil Paka untuk membuat penggulungan.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil alamin. Assalatu wassalamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wassahbihi wa man tabi’ahum bi ihsani ila yaumiddin.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saf EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pemerhati dan hadiran-hadirat sekalian. Pertamanya, alhamdulillah berkesempatan untuk turut sama menyentuh dan juga merafak sembah Ucapan Titah Tuanku Sultan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-14

526

Page 254: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

dan saya rasa memandangkan kesuntukan masa ini, saya terus memberi pandangan ataupun respon terhadap beberapa pandangan Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Sidang Dewan Kali ini.

Yang pertama, Yang Berhormat Sura yang menyentuh tentang perihal Sekolah Menengah IMTIAZ di Dungun yang antaranya masih lagi menggunapakai bangunan lama. Ya, memang ada 22 bangunan kayu yang diguna pakai sejak tahun 1975 bekas bangunan ITM lama dulu, yang dahulunya milik PMINT dan juga telah diserahkan kepada pihak Yayasan. Sebenarnya ia sudah dibaik pulih pada tahun 2006 yang membelanjakan kos sebanyak RM3 juta. Dan untuk persiapan tahun 2020 ni pihak Yayasan bercadang untuk mengambil kembali pelajar tingkatan satu dan akan ditempatkan di Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu di Dungun ini. Pihak Yayasan sudah bersedia untuk membaik pulih dan menaik taraf beberapa bangunan lagi yang bakal menelan belanja kos sebanyak RM600,000, insya-Allah. Tak banyak mana sebab kayu ni walaupun 1975 kayu lama ni tahan, kayu cengal Cap Raleigh …(sambil tergelak) … lambat karat, insya-Allah. Jadi boleh pakai lagi bangunan ni cuma kos baik pulih tu anggar dalam RM600,000, insya-Allah demi keselesaan dan keselamatan pelajar kita. Dan pihak Yayasan juga akan mempersiapkan satu kelas khas di Dungun ini iaitu kita akan membuka satu kelas khas iaitu Tahfiz Mandarin bermula pada 2020 kerana ada 497 orang pelajar Melayu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan di seluruh Terengganu ni daripada Cukai ke Jerteh dan ada lebih kurang 50 pelajar darjah 6, 62 pelajar di darjah 5 sekarang yang kita akan offer untuk satu kelas khas di IMTIAZ Dungun ini untuk ambil mata pelajaran Mandarin dan juga Tahfiz Al-Quran, insya-Allah, yang akan bakal meluaskan lagi ruang untuk pelajar memilih pusat-pusat pengajian di luar negara nanti, insya-Allah. Dan untuk akan datang tu insya-Allahlah kalau ada pitih, orang pun dok candat, insya-Allah kita akan buat bangunan barulah.

Yang kedua, Yang Berhormat Buluh Gading menyentuh tentang Skim Pinjaman Pelajaran Pelajar Cemerlang Anak Terengganu. Pihak Kerajaan Negeri sebagaimana telah diwar-warkan dan sedia maklumlah dan sekarang baru kita dapat keputusan SPM, STAM dan juga STPM, pihak Kerajaan Negeri saya ambil kesempatan

527

Page 255: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

inilah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat JPNT, Bahagian Hal Ehwal Pendidikan, Pejabat Agama dan sebagainya, sekolah-sekolah, guru-guru warga pendidik yang telah berjaya mengharumkan Negeri Terengganu Darul Iman dalam bidang pendidikan dan keputusan peperiksaan STPM, STAM dan juga apa SPM baru-baru ini yang terus meletakkan Negeri Terengganu antara negeri yang terbaik cemerlang dalam peperiksaan.

Jadi atas hal ini, pihak Kerajaan Negeri membuka ataupun menawarkan Skim Biasiswa Pelajar Cemerlang Untuk Anak Terengganu sebanyak RM5 juta. Jadi ada beberapa persoalan yang ditanyalah tapi kita menyebut bahawa biasiswa ini kita offer sama ada untuk luar negara mahupun untuk dalam negara bukan kata untuk luar negara sahaja tapi juga untuk di dalam negara. Untuk luar negara antaranya adalah untuk perubatan, pergigian, sains kejuruteraan ataupun perakaunan dan juga Pengajian Islam, Islamic Banking dan juga Finance di Jordan. Antara syarat-syarat kelayakan akademik, antaranya lulus SPM dengan sekurang-kurangnya A dalam 8 mata pelajaran. Jadi kita pun sedia RM5 juta jadi kita tengok rangkinglah Insya-Allah yang apa layak dan sekarang ini ramai pelajar-pelajar cemerlang sama ada STPM, STAM dan sebagainya layak untuk memohon dengan syarat-syarat yang kita sebutlah ataupun lulus peperiksaan peringkat Foundation dengan pencapaian CGPA 3.75 ataupun yang setaraf dengannya.

Bagi yang mengambil perubatan, pergigian Mesir ataupun Jordan lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya A dalam 8 mata pelajaran termasuk 3 mata pelajaran Sains Tulen, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris ataupun mendapat sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan, CGPA 3.50 ke atas dalam peperiksaan tahun semasa. Dan begitu juga Program Perubatan di Indonesia, India ataupun Pakistan ataupun satu lagi Bangladesh. Ia lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya A dalam 8 mata pelajaran, sama sahaja. Dan juga bagi Pengajian Islam, lulus SPM dengan mendapat pangkat A dalam 8 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran, Sunnah dan juga Pendidikan Syariah Islam tapi sedia maklumlah, dia kena

528

Page 256: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

mohon dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapat tempat di universiti di luar negara. Walaupun cemerlang, kadang-kadang salah pilih kos, dia ditolak, maka kita tidak menawarkanlah. Dan pengajian IPT dalam negara lulus Matrikulasi kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan memperolehi CGPA 3.75 dan ke atas.

Juga pihak Kerajaan Negeri menawarkan peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah, RM1.5 juta dan kita anggarkan ini untuk dalam negara sahaja. Anggaran kita dalam 38 orang. Bagi mendapat Biasiswa Program Sarjana ini, hendaklah mendapat lepasan Sarjana Muda universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf dalam dan luar negara dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50, dia boleh memohon dan umur tidak boleh melebihi 28 tahun. Y.B. Bukit Besi tak boleh dah, 28 tahun ke bawah. Untuk program Doktor Falsafah, lepasan Ijazah Sarjana daripada universiti diiktiraf dan berumur tidak melebihi 32 tahun semasa memohon dan dia mendapat tawaran daripada universiti yang diiktiraf pengajian sepenuh masa dan tidak berkerja kita akan bagi biasiswa.

Satu lagi Skim Pinjaman Pelajaran, kadar yuran sahaja. Kerajaan Negeri menyediakan RM10 juta dan anggaran dalam 250 orang sama ada luar negara mahupun dalam negara. Antaranya dia perlu mendapat tempat dahulu dan dia melepasi satu peperiksaan, keputusan peperiksaan itu hendaklah dihantar untuk dimohon untuk ke pihak Yayasan dan keputusan itu perlu memperolehi CGPA 3.50 ke atas ataupun Jayyid Jiddan paling kurang ataupun Mumtazlah dan dia tidak mendapat apa-apa penajaan lain. Maka dia berhak untuk mendapat pinjaman yuran, kita bagi pinjaman yuran sahaja biasanya kos kehidupan tu dia boleh tanggunglah biasa macam medik biasa kena bayar USD8,000, RM32,000 yuran jadi Insya-Allah dengan kos tu meringankan banyak bebanan dia. Dan bagi dalam negara dia telah mengikuti pengajian di IPTA atau IPTS dan kursus yang diiktiraf oleh MQA dan Kerajaan Malaysia dan tidak layak ataupun gagal memperolehi penajaan PTPTN dan badan-badan penaja lain. Makna dia tidak dapat PTPTN maka dia boleh, insya-Allah. Dan lagi ada lagi iaitu kalau dia dapat tapi tidak mencukupi untuk membiayai yuran pengajian maka pihak Yayasan Terengganu menyediakan skim untuk top up pembelanjaan yuran dia, itu yang ditanya oleh Yang Berhormat Buluh Gadinglah.

529

Page 257: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Yang kedua, Yang Berhormat Buluh Gading menyebut tentang Mahkamah Syariah. Jadi pihak Mahkamah Syariah telah membuat tuntutan permohonan pembaikian dan pengubahsuaian bangunan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kemaman. Pihak JKR sudah melihat dan mengambil kira kos sebanyak RM620,000 tapi Unit Aset Pejabat SUK mengadakan lawatan siasatan tapak dan anggaran kos lebih kurang RM490,000 dan insya-Allah dalam proses pemulihanlah.

Seterusnya, Yang Berhormat Buluh Gading sebut berkait dengan laptop, komputer sejak 18 tahun dulu. Bagus Yang Berhormat, dia pergi check habis berapa tahun, berapa tahun kalau kira 18 tahun ni zaman PAS perintah dululah, lama orang UMNO tak ganti-ganti, tunggu PAS perintah pulok baru minta takpe-takpe, insya-Allah. Kita minta Unit Pengurusan Maklumat Negeri sekali-sekala sikit-sikitlah takpe ork, …(Sambil tergelak)… masih lagi tidak menghalang perpaduan kita. Dan saya minta Yang Berhormatlah saya rasa laptop hak ada ni 32 ni nampak tak pakai mana ni, kita bagi ke Mahkamahlah. Kalau Yang Berhormat Yang di-Pertua setuju hor bereh doh selesai doh ni, insya-Allah. Nyaknye sampai e-Syariah tak boleh nak buka, laptop tahun bila, kesian. Okey, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Air Putih menyentuh tentang lantikan guru pengajar SRIDI dan setakat ni 6 DUN yang telah buka sekolah ini dan guru-guru lantikan baru diambil sementaranya secara adhoc kecuali Guru Besar yang diambil daripada jawatan-jawatan yang sudah lama berkhidmat DG41. Dan guru-guru SRIDI yang ada telah melalui proses temu duga dan sebagainya dan mereka sedang melanjutkan pengajian Diploma Pendidikan di UNISZA sekarang ini, kebanyakan graduate belaka, lepasan ijazah belaka dan sekarang membuat Diploma Pendidikan di UNISZA seramai 32 orang, 11 orang sudah memiliki Ijazah Pendidikan dan Diploma Pendidikan. Dan lepas mendapat Diploma Pendidikan tu insya-Allah akan dilantik secara kontrak setelah melalui SPNT (Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu). Panjang dan banyak lagi maklumat ni, nok derah. Penghapusan pinjaman, memang Yayasan Terengganu masih lagi ada penukaran pinjaman Yayasan Terengganu kepada biasiswa

530

Page 258: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

yang dikenali dengan Skim Penghapusan Pinjaman, masih ada lagi dan boleh menghubungi pihak Yayasan Terengganu.

Dan yang terakhir daripada ADUN Batu Rakit. Memang Kerajaan menyediakan insetif kepada yang cemerlanglah, dalam proses, baru lagi, masing-masing sekolah tengah buat pulut lagi baca Yasin doa kesyukuran lepas pada ni insya-Allah kita akan kumpul belaka. Pihak Yayasan sedang mengumpulkan senarai pelajar-pelajar yang cemerlang dan pihak Kerajaan Negeri insya-Allah akan diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar insetif yang akan kita beri pada pelajar-pelajar cemerlang SPM, STPM dan STAM dan juga yang melibatkan pelajar luar negara, memang terdekat ni ada 78 pelajar Terengganu yang akan menyambung pengajian ke Mesir insya-Allah, ke Universiti Al-Azhar. Ada juga yang sedang menyambung pengajian ke Turki sekarang ini. Jadi pelajar-pelajar Terengganu kita ini, kita juga walau macamana pun sebab untuk Jordan, Mesir dan juga di Morocco dia perlu melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Semua perlu masuk online, tak boleh kita adakan hubungan secara langsung macam tu, tapi kita sedang cuba insya-Allah beberapa negeri yang kita akan mengadakan hubungan termasuk di Timur Tengah, di Arab Saudi dan sebagainya. Kita menunggu MOU dan juga beberapa perkembangan, terbaru untuk pelajar-pelajar kita menyambung ke pusat-pusat pengajian di sana insya-Allah.

Satu lagi berkait dengan bantuan daripada Kerajaan Negeri setakat ni pihak Kerajaan Negeri masih lagi bersedia untuk membantu yang melibatkan pendidikan di Negeri Terengganu ni. Tapi yang lepas antara pihak Jabatan Pendidikan Negeri ini buat soalan cetaklah, pencetakan soalan yang dibayar oleh pihak Kerajaan Negeri dengan Percetakan Yayasan Terengganu. Masalahnya cetak-cetak Kerajaan Negeri dulu tak bayar tinggal hutang, ni tengah mikir RM3.8 juta hutang hak cetak kertas dulu. Pihak Yayasan nak suruh bayar hutang dia dicampur yang UKOM RM1.7 juta jadi RM5 juta lebih hutang di situ. Jadi kita sedang fikir nak bayar hutang lagi, nak cetak yang baru ini lagi. Jadi apa-apapun insya-Allah pihak Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu dan mengekalkan kejayaan kecemerlangan pelajar di Terengganu.

531

Page 259: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Saya rasa sekadar itu sahaja, terima kasih. Saya, Paka mohon menyokong Titah Ucapan Tuanku. Assalamu’alalaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Wakil Paka atas penggulungan yang telah diberikan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sekarang tibalah masanya yang kita tunggu-tunggu untuk mendengar penggulungan dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Wakil Rhu Rendang. Yang Amat Berhormat dipersilakan.

YANG AMAT BERHORMAT DR. AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR (Wakil Rhu Rendang): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh. Alhamdulillahir rabbil ‘alamin. Wabihi nastain. Wal ‘akibatul lil muttaqin wala udwana illa alaz zhalimin. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan, yang dihormati Ahli-ahli Yang Berhormat, seluruh Pegawai-pegawai Kanan, para hadirin, para Pemerhati sekalian.

Alhamdulillah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atas kesempatan yang diberikan untuk kita sama-sama berada di dalam Dewan yang mulia ini dalam suasana yang sangat harmoni dan sejahtera.

Saya mengambil ruang ini untuk merafak sembah dan menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa sesi Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Udangan Negeri Keempat Belas pada 1 April 2019. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan-pandangan yang bernas dan menarik untuk diteliti serta terus dipertimbangkan bagi mencapai matlamat Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasaan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan juga kepada Yang Berhormat Tepoh di atas keprihatinan dengan mengemukakan isu berkenaan dengan projek sakit yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri, kita menerima saranan beliau untuk menubuhkan Task Force bagi memulihkan projek-projek

532

Page 260: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

sakit termasuk menjalankan kajian terperinci mengenainya. Walaupun begitu, dengan mengambil kira keadaan kewangan Kerajaan Negeri yang terhad, kesemua projek sakit ini akan disusun mengikut priority.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat sekalian berkenaan dengan Pembangunan Seimbang Tiga Daerah iaitu Besut, Setiu dan Hulu Terengganu. Sebagaimana yang disentuh oleh Yang Berhormat Ajil dan Yang Berhormat Kuala Besut berpandukan kepada Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Bagi menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Kerajaan Negeri komited mengagihkan peruntukan Bajet Tahunan kepada semua daerah secara adil dan saksama. Lanjutan itu, ia dapat meningkatkan kemudahan infrastruktur dan menjadi pemangkin kepada pembangunan setiap daerah. Sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO Pelancongan, Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas iaitu Majlis Tindakan Pembangunan Pelancongan Seluruh Daerah sebagai sokongan merancakkan aktiviti pelancongan terutamanya di tiga daerah tersebut. Secara tidak langsung, ia akan dapat memberdayakan pendapatan isi rumah masyarakat setempat dan menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah menghadiri dua mesyuarat ECERDC yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama bagi membangunkan kawasan-kawasan perindustrian di seluruh Negeri Terengganu. Sebagai makluman untuk Sidang yang mulia ini, saya ingin menjelaskan bahawa dalam Pelan Pembangunan Projek Infrastruktur Jaringan Utama ECERDC, terdapat beberapa projek utama jalanraya iaitu Central Spine Road, Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT 3) dan East West Link 2 – Laluan Gua Musang–Kuala Berang–Kuala Terengganu.

Selain daripada itu juga, kita juga telah menyuarakan kepada Kerajaan Pusat sebagaimana yang saya pernah sebut dalam Mesyuarat ECERDC yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa projek LPT 3 wajar direalisasikan dan disegerakan kerana kita

533

Page 261: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

optimis bahawa pembangunan dan pembinaan LPT 3 ini akan menjadi suatu daya pemangkin baru bagi merancakkan perkembangan ekonomi Negeri Terengganu. Dalam masa yang sama, Projek Pembangunan ECRL juga dapat dipertimbangkan secara serius oleh Kerajaan Pusat supaya ianya dapat diteruskan tanpa membebankan kewangan Kerajaan Pusat dan dalam masa yang sama mengutamakan aspek kepenggunaan ECRL yang memberi keuntungan kepada rakyat. Dalam masa yang sama, ECERDC juga sedang mempertimbangkan cadangan daripada Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan pelabuhan kargo perindustrian sedia ada. Jaringan pengangkutan yang cekap akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik saranan yang diberikan oleh Yang Berhormat Kemasik dan Yang Berhormat Bukit Besi berkenaan dengan cadangan untuk leverage dengan izin, perkembangan Revolusi Indsutri 4.0. Buat masa ini, Kerajaan Negeri memfokuskan kepada pelaburan Pembangunan Sumber Manusia bagi mempersiapkan tenaga terlatih dan pakar dalam Revolusi 4.0.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri telah menawarkan biasiswa Terengganu Sejahtera kepada pelajar di TATIUC untuk mengikuti pengajian bidang Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat. Selain daripada itu juga, pihak Kerajaan Negeri akan memperkenalkan Terengganu Skills Enhancement Programme for School-Leavers (T-SEPS) yang akan menyediakan berbagai kursus teknikal kepada golongan belia. Ini akan menjadi asas kepada golongan belia daripada Negeri Terengganu dalam mempersiapkan diri mereka berhadapan dengan Revolusi Industri 4.0. Saya juga mengambil peluang ini turut ingin mempromosikan Program Fourth International Conference On Engineering Technology anjuran TATIUC. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap perkembangan teknologi khususnya Revolusi Industri 4.0 di mana saya sendiri akan membentangkan ucaptama berkaitan dengan IR. 4.0.

Merujuk kepada soalan tambahan Yang Berhormat Tepoh dan Yang Berhormat Kuala Besut iaitu mengenai usaha menampung kekurangan hasil wang royalti sebanyak 25% yang dipotong. Terdapat empat langkah kontigensi yang akan dilakukan. Ianya adalah berkisar pada

534

Page 262: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

sebuah satu peribahasa melayu iaitu: ‘Dalam berselam, dangkal berjingkat’ yang bermaksud pendapatan sedikit itu dipada-padakan. Antara empat pelan kontigensi yang akan kita lakukan dalam berdepan dengan pemotongan 25% wang tunai petroleum daripada Kerajaan Persekutuan. Yang pertama, Kerajaan Negeri akan melaksanakan perbelanjaan berhemah, prudent spending dengan izin dengan kadar cost cutting yang sesuai terhadap program-program yang telah dijanjikan kepada rakyat tanpa berkompromi dari segi objektif yang ingin dicapai dari setiap program berkenaan. Yang kedua, Kerajaan Negeri akan menuntut hutang-hutang dari Kerajaan Persekutuan yang berjumlah kira-kira RM1.65 bilion. Yang ketiga, Kerajaan Negeri akan terus meneroka sumber baharu serta meningkatkan kecekapan kutipan hasil supaya ianya lebih efisien dan mampu untuk memperolehi tambahan sumber kepada Kerajaan Negeri.

Yang keempat, mengkaji semula kadar penggunaan air oleh syarikat utiliti dan penjualan air kepada negeri-negeri lain tanpa mengorbankan kepentingan air kepada rakyat Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, antara perkara yang hangat dan menarik minat Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas sepanjang dua hari ini ialah mengenai agenda Penyatuan Ummah. Perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan agenda Penyatuan Ummah telah memberi satu gambaran bahawa Penyatuan Ummah, kerjasama ke arah kebaikan adalah suatu perkara yang sangat penting. Ini adalah berdasarkan kepada prinsip ta’awun sebagaimana yang disebut yang dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Al-Maidah ayat ke – 2.

الرجيم الشيطان من بالله أعوذه شديد العقاب ه إن الل قوا الل قوى وال تعاونوا على اإلثم والعدوان وات وتعاونوا على البر والت �

Yang bermaksud: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa yakni maksiat dan pencerobohan dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya bagi sesiapa yang melanggar perintahNya.

535

Page 263: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Atas dasar kerjasama antara pihak Kerajaan dan rakan-rakan di hadapan saya iaitu atas dasar tolong menolong dalam perkara kebaikan dan taqwa, inilah panduan dari sumber tertinggi yang dirujuk sepertimana yang terdapat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu iaitu panduan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam. Kerjasama ini haruslah diterjemahkan di setiap peringkat bermula daripada pucuk pimpinan sehingga akar umbi. Perkara ini adalah merupakan satu agenda besar yang menuntut ke arah penelitian dan mekanisma tertentu untuk direalisasikan tanpa menafikan suasana puluhan tahun dahulu yang menjadi tempias terhadap komitmen yang ingin dijayakan. Maklumlah, pasangan yang baru kenal mengenal tentulah banyak perkara yang perlu difahami dan diharmonikan. Kerajaan Negeri sangat komited untuk melaksanakan secara beransur-ansur demi rakyat Terengganu dan menjunjung tinggi Titah Tuanku yang menyeru supaya ketepikan politik kepartian dan berilah keutamaan kepada agenda rakyat dan pembangunan negeri. Ini juga sebenarnya yang aspirasi daripada satu puisi yang bertajuk Puisi Pak Uteh, karangan Sasterawan Negara 2015, Datuk Dr. Zurinah Hassan yang ditulis pada tahun 1990. Yang menjelaskan tentang permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan bagaimana peranan mereka yang dipilih oleh rakyat dalam menyelesaikan masalah rakyat. Izinkanlah saya membacakan sedikit, daripada Puisi Pak Uteh:

Pak Uteh, Pak Uteh 1954, Punya satu isteri mahu dakap sampai mati, Lima anak mahu makan setiap hari, Teratak tua digayuti cerita pusaka, Sebidang tanah tandus untuk huma, Kulit tangan tegang belulang, Biasa keluarkan peluh beberapa sahaja.

Oh Pak Uteh petani berjasa, Tapi malaria senang menjenguk mereka, Meski dalam sembahyang doa berjuta, danMak Uteh biasa panggil dukun kampung Lalu jampi mentera serapah berulang-ulang, Betapa pak dukun dan bekalan pulang, Wang dan ayam dara diikat bersilang.

536

Page 264: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Itu fasa pertama rakyat, fasa kedua kepada kita yang menjadi pentadbir dan dipilih oleh rakyat:

Di kota pemimpin berteriak-teriak, Pilihan raya dan kemerdekaan rakyat, Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat, Jambatan emas kemakmuran sampai ke akhirat.

Ketika kemenangan bersinar gemilang,Pemimpin atas mobil maju ke depan, Dadanya terbuka, Ahhh!!! rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.

Di mana-mana jamuan dan pesta makan, Ayam panggang yang enak di depan, Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran,

Pak Uteh masih menanti dengan doa, Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan pelbagai usaha yang praktikal ke arah merealisasikan hasrat bagi mencapai keharmonian di Negeri Terengganu. Sebab itulah, Kerajaan Negeri mengamalkan open door policy dengan izin, dan menjemput sesiapa sahaja terutamanya dalam kalangan rakan-rakan di sebelah sana untuk menyumbang idea kepakaran dan nasihat untuk pembangunan negeri yang dicintai ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan termasuk Ketua Pembangkang, ketua rakan di seberang sana dan rakan-rakan yang lainnya, yang turut sama memeriahkan Program Terengganu Inc, Classic Golf Amal Menteri Besar Terengganu 2019, sambil bermain dan membuat sumbangan amal, banyak perkara serius yang dibincangkan secara santai. Terima kasih banyak-banyak.

Mengenai keluhan rakan-rakan sebelah sana terutama dari Yang Berhormat Telemong dan Yang Berhormat Hulu Besut, Kerajaan

537

Page 265: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Negeri sangat terkesan dengan potongan 25%, daripada royalti petroleum. Namun Kerajaan Negeri sekali-kali tidak akan mendiskriminasikan rakan-rakan disebelah sana. Sebagai contohnya, saya sendiri ketika pertemuan dengan Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyuarakan perkara yang berkaitan dengan penaikan taraf Stesen Bas Jerteh dan alhamdulillah hasil daripada perbincangan yang dilakukan oleh Kerajaan, di antara Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Zuraidah. Yang Berhormat Menteri telah meluluskan peruntukan komitmen awal sebanyak RM1 juta untuk menaiktaraf Stesen Bas Jerteh. Ini adalah salah satu contoh bagaimana inisiatif secara bersama yang boleh kita buat.

Akhirnya, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat yang berpartisipasi dalam perbahasan sepanjang Sidang DUN ini dijalankan. Moga-moga apa yang kita laksanakan ini, akan diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sekianlah saja. Wabillahi taufik wal hidaya., Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Amat berhormat Menteri Besar Wakil Rhu Redang atas penggulungan yang terakhir. Ahli Berhormat sekalian, alhamdulillah penggulungan dari pihak Kerajaan telah selesai, sekarang saya buka kepada undian -

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

Alhamdulillah. Sebelum saya tangguh Persidangan kita ini, saya nak ingatkan Yang Berhormat petang esok 2.30 petang kita ada Pertandingan Menembak di Lapang Sasar Lembah Bidong, jadi minta Ahli Yang Berhormat bersama isteri ataupun mungkin, oh kejap ... isteri-isteri. Isteri sorang jer deh. Ini sebab menembak ni, bahaya dan diminta bawa pakaian yang sesuai.

538

Page 266: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya tangguh Persidangan Dewan sehingga ke hari esok, Khamis 4 April pada pukul 9.30 pagi. Marilah kita sama-sama kita tangguhkan dengan baca Tasbih Kafarah dan Surah Al ‘Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 6.00 PETANG.

539

Page 267: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

PERSIDANGAN

PADA HARI RABU, 4 APRIL 2019

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA

PADA PUKUL 9.30 PAGI

HADIR:

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUAHaji Yahaya bin Ali, PJC

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU540

Page 268: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarWAKIL RHU RENDANG

Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin MamatWAKIL PAKA

Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin RazakWAKIL BUKIT TUNGGAL

Yang Berhormat Mohd Nor bin HamzahWAKIL BUKIT PAYONG

Yang Berhormat Dr. Azman bin IbrahimWAKIL JABI

Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT.,PJC.,PJK.,BLB.WAKIL LADANG

Yang Berhormat Ariffin bin DeramanWAKIL ALUR LIMBAT

Yang Berhormat Haji Hanafiah bin MatWAKIL CUKAI

Yang Berhormat Wan Sukairi bin Wan AbdullahWAKIL WAKAF MEMPELAM

Yang Berhormat Dr. Mamad bin PutehWAKIL KUALA BERANG

Yang Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. RahmanWAKIL KOTA PUTERA

Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul KarimWAKIL TEPOH

Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul HadiWAKIL BATU BUROK

Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik541

Page 269: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

WAKIL SURA

Yang Berhormat Haji Ridzuan bin HashimWAKIL BULUH GADING

Yang Berhormat Haji Hilmi bin HarunWAKIL MANIR

Yang Berhormat Haji Alias bin HarunWAKIL RANTAU ABANGYang Berhormat Sulaiman bin SulongWAKIL PENGKALAN BERANGAN

Yang Berhormat Ahmad Shah bin MohamedWAKIL BANDAR

Yang Berhormat Ab. Razak bin IbrahimWAKIL AIR PUTIH

Yang Berhormat Maliaman bin KassimWAKIL AJIL

Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin SuhailiWAKIL KEMASIK

Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. NoorWAKIL WANITA

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK.WAKIL KIJAL

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, SSMZ.WAKIL SEBERANG TAKIR

Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat, DPMT.,SMZ.WAKIL TELEMONG

Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, SMT.,PJK.WAKIL HULU BESUT

542

Page 270: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud, AMZ.,PPN.WAKIL BUKIT BESI

Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT.,PPN.WAKIL JERTIHYang Berhormat Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK.WAKIL LANGKAPYang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT.,PJK.WAKIL BATU RAKITYang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK.WAKIL KUALA BESUT

Yang Berhormat Datuk Halim bin Jusoh, DPSM., PJK.WAKIL PERMAISURI

543

Page 271: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRIKERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)

YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAANDato’ Haji A. Rahman bin Yahya, DPMT.,AMZ.,KMN.,PJK.

YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERIDato’ Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK.

YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERITuan Haji Mohd Zahari bin Md. Azahar, SMT.,PJK.

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERIEncik Zulkifly bin Isa, PJK.

544

Page 272: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

PUKUL 9.30 PAGI

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,mesyuarat disambung semula.Sebagaimana biasa sebelum kita memulakan Persidangan kita,bagi memberkati Persidangan kita ini kita mulakan dengan Ummul Quran, Al-Fatihah.

Mesyuarat pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini iaitu 4 April 2019 iaitu dari:

1. Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim(Wakil Tepoh)

2. Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi(Wakil Batu Burok)

3. Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat(Wakil Telemong)

4. Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik(Wakil Sura)

5. Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad(Wakil Hulu Besut)

6. Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim(Wakil Buluh Gading)

7. Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud(Wakil Bukit Besi)

8. Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun

545

Page 273: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

(Wakil Manir)

9. Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof(Wakil Jertih)

10. Yang Berhormat Haji Alias bin Harun(Wakil Rantau Abang)

11. Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman(Wakil Batu Rakit)

12. Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong(Wakil Pengkalan Berangan)

13. Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman(Wakil Kuala Besut)

14. Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamed(Wakil Bandar)

15. Yang Berhormat Ab. Razak bin Ibrahim(Wakil Air Putih)

16. Yang Berhormat Maliaman bin Kassim(Wakil Ajil)

17. Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili(Wakil Kemasik)

18. Yang Berhormat Hajah Zuraida bt. Md. Noor(Wakil Wanita)

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Telemong untuk mengemukakan Soalan Lisan.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya yang pertama-

546

Page 274: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Sumber pendapatan penduduk Terengganu yang bergantung kepada hasil tanaman getah dan kelapa sawit terjejas selepas harga pasaran komoditi itu menurun. Apakah strategi yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan yang terjejas ini?

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan,terima kasih kepada Yang Berhormat Telemong yang mengajukan soalan yang berkaitan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk membantu pekebun-pekebun yang terjejas ekoran daripada kejatuhan harga komoditi getah dan sawit. Yang Berhormat Yang di-Pertua, bantuan kepada golongan yang terjejas kerana kejatuhan harga komoditi getah dan sawit mestilah masih dalam skop Sektor Pertanian dan Sektor Perladangan. Kita tak boleh nak ajak mereka tinggalkan sektor ini kerana ini adalah dunia mereka. Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri komited untuk terus memperjuangkan harga lantai getah pada paras RM4.00 sekilogram yang kita kira harga yang sangat munasabah dengan situasi semasa sekarang ini. Kita bercakap RM4.00 sekilogram ni dalam kes getah skrapbukan latex ataupun getah cair sebagaimana yang biasa disebut oleh Yang Berhormat Menteri yang menjaga hal ehwal getah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya fokus jawapan saya dalam situasi the worst scenario dengan izin, iaitu rakyat yang terjejas ni cuma ada tanah getah dan tanah sawit dan tidak ada lagi sebarang aset lain sebagai tempat untuk mencari rezeki. Dengan kebun ataupun ladang getah dan sawit yang ada, pemilik mestilah diberikan sokongan bagaimana untuk menjana dan menambahkan pendapatan dengan beberapa usaha sampingan, sawit tetap kena kait jangan tinggal, getah pun tetap kena toreh, tak praktikal

547

Page 275: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

untuk kita cadangkan pekebun getah tukar profesion jadi pekerja kilang ataupun ajak turun ke laut menangkap ikan.

Cadangan Kerajaan Negerini bagaimana kita nak memanfaatkan ruang kebun atau ladang yang ada dengan sektor pertanian yang lain dan apa yang Kerajaan Negeri boleh bantu. Yang pertama, Kerajaan Negeri menfokeyuskan kepada ternakan lembu dan kambing secara integrasi dalam ladang. Masalah modal boleh ditampung dengan Skim Bantuan Modal Tani yang kita dah umumkan dalam Sidang DUN ini dan keperluan sebenarnya, keperluan pasaran untuk daging lembu dan daging kambing di Negeri Terengganu masih terlalu banyak kekosongan dan lompang. Apa yang ada di Negeri Terengganu setakat ni cuma mampu memenuhi sekitar 30% sahaja SSL (Self Sufficent Level) dengan izin, dan kita masih ada lagi 70% ruang kosong yang perlu diisi.Dan di antara fokus Kerajaan Negeri ialah Penternakan Lembu Sado.Sebab apa kita fokus lembu sado sebabnya yang pertama lembu sado tidak memerlukan kawasan yang luas dan yang kedua hasil dia boleh diperolehi dengan cepat, dalam sekitar lima enam bulan seekor anak lembu sado dah boleh mencecah nilai dalam RM5,000 hingga RM6,000. Dan dalam Bajet 2019 ada satu fokus khusus untuk penternakan lembu sado yang kita namakan sebagai Program Penggandaan Induk, dengan makna kita syer di antara pemohon dengan Kerajaan Negeri. Pemohon biaya 60% daripada harga induk lembu sado, Kerajaan Negeri biaya 40% dan lembu tu kita bagi terus bukan dalam konsep pawah sebagaimana yang diamalkan sebelum daripada ini. Yang kedua, yang sangat berkesan untuk kita buat secara integrasi dalam ladang getah ialah tanaman nenas. Dan Kerajaan Negeri mencadangkan supaya diberi tumpuan kepada nenas Variety Premium MD2. Bantuan sulur untuk tanaman nenas MD2 ni memang disediakan oleh Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia dan kalau ada bantuan-bantuan lain yang kita perlu dia boleh dimanfaatkan daripada Skim Bantuan Modal Tani. Satu lagi ialah ada banyak insentif daripada Jabatan Pertanian yang tidak

548

Page 276: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

dimanfaatkan dan kita boleh buat secara integrasi dalam kebun ataupun ladang getah berdasarkan kepada umur pokok getah ataupun pokok sawit yang kita ada.Di antaranya insentif tanaman tembikai, betik, pisang yang kadar insentifnya mencecah sehingga RM20,000 untuk satu hektar, yang ni banyak yang tidak dimanfaatkan oleh petani-petani kita. Kalau yang minat nak pelihara lebah madu atau lebah kelulut, dalam Bajet 2019 juga kita ada peruntukan untuk pembangunan industri lebah madu dan lebah kelulut, yang perlu hanyalah pergi ke Jabatan Pertanian bawa geran tanah untuk didaftarkan di dalam sistem.Dan Jabatan Pertanian akan atur dari segi khidmat nasihat dan juga untuk kursus mungkin akan timbul sikit isu dalam kes NGO. NGO ni Yang Berhormat Telemong, dia ada di Jabi dan di Telemong noreh getah orang maknanya kebun getah yang ditoreh tu bukan hak dia. Dalam kes ni rasanya kalau tuan kebun boleh bagi kepada orang lain untuk toreh kebun getah dia, kita rasa tidak ada masalah untuk tuan kebun juga bagi keizinan supaya setiap …..

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan

penjelasan. Saya menyokong usaha tanaman tambahan di kawasan ladang nenas, betik dan sebagainya, tapi masalah sekarang ialah terlalu banyak musuh tanaman terutamanya melibatkan babi, khinzir dan juga kera. Jadi saya mintalah Yang Berhormat berbincang dengan Perhilitan kerana ada satu kes kalau tembak babi kena denda RM8,000 dan dengan senapang-senapang dia rampas. Kera gitu juga. Siapa tangkap kera suruh pindah ke tempat lain pula. Saya lening kalau nak tembak kera pun dokleh. Bahagian kita ni maknanya kata orang terlalu mesra sangat dengan binatang untuk tanaman. Saya minta bincang dengan Perhilitanlah nak tembak babi pun kena tangkap, kena denda, tembak kera pun kena denda. Biar Perhilitan pergi tangkaplah kera belaka. Sebab saya ada juga Yang di-Pertua, tanam Nangka Madu sebab saya bermadu. ...(Dewan Gelak) ....

549

Page 277: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

140 pokok tak boleh makan sutir pun, pernah 4,500 pokok buah nangka, nak tembak tak sampai hati, kalau tembakkan, kena tangkap di Perhilitan pula.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Yang Berhormat, okey. YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal):

Minta bincanglah dengan Perhilitan molek-molek sikit.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila Yang Berhormat, cuma ringkaskanlah sebab kita bukan sesi penggulungan sekarang ni. Jawab direct to the point.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Okey, terima kasih Yang Berhormat. Itulah di antara yang kita cadangkan untuk diintegrasikan dalam kebun ataupun ladang getah dan sawit dan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhomat Kijal insya-Allah kita bincang dengan pihak Jabatan Perhilitan. Terima Kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong):Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya

untuk penjelasan yang lebih lanjut. Yang Berhormat EXCO Jabi, saya menyokong dan saya ucap tahniah, apa yang dimaklum dan juga telah diambil inisiatif oleh pihak Kerajaan. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, sepatutnya kita kena tahu berapa jumlah sebenar yang peserta kita yang menghadapi masalah ini. Memang di peringkat akar umbi ini adalah masalah yang sangat besar, harga getah skrap memang RM4 tapi getah orang kampung RM2 lebih, RM2.15 gitu jer. Begitu juga kelapa sawit, harga RM200 jer lening. Jadi ini menimbulkan masalah yang besar di peringkat akar umbi dan penduduk Terengganu kalau luar bandar macam kawasan kampung saya, 80% terlibat dengan perkara-perkara berkenaan. Jadi saya pohon guideline yang jelas supaya memudahkan rakyat Negeri Terengganu untuk mengambil

550

Page 278: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

manfaat sebagaimana Yang Berhormat kabor tadi dengan tepat dan juga jelas dan cepat. Terima Kasih Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima Kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Telemong dalam isu yang sebenarnya melibatkan majoriti daripada rakyat kita. Yang saya sebut tadi ialah apa yang kita perjuangkan dengan pihak Kerajaan Pusat supaya satu paras harga lantai yang munasabah dan dalam masa yang sama kita sedia maklum harga getah sekarang ni RM2, RM2.10 sekilo. Untuk orang yang noreh getah orang, bagi dua pula dengan tuan kebun, jadi seringgit lebih dapat. Itu realiti yang ada di lapangan dan memang kita tekankan kepada pihak jabatan peruntukan-peruntukan yang kita ada ni memang rakyat tak nak dengar yang rakyat nak ialah pitih supaya benda ni segera sampai dan insya-Allah peringatan itu kita ambil perhatian. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya tak dengar tadi Kerajaan Negeri tidak mengambil tindakan daripada Kerajaan Pusat supaya masalah harga kelapa sawit turun ni diganti dengan tanaman pokok buluh.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Besut, setakat ni buluh-buluh yang tumbuh liar di Negeri Terengganu masih mencukupilah untuk industri lemang di negeri kita, kita tak perlu tanam pula lagi. Terima Kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima Kasih. Saya persilakan Yang Berhormat Wakil Sura untuk mengemukakan Soalan Lisan.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi

551

Page 279: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama -

Di antara janji di dalam manifesto PRU 14 yang lalu ialah membuka pusat nursery bagi kakitangan Kerajaan di setiap jabatan. Sehingga kini berapa buahkah yang telah dilaksanakan di jabatan-jabatan dan beberapa buahkah yang akan dilaksamakan mengikut daerah pada masa akan datang?

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan daripada Sura ialah: Berapa banyakkah di antara janji di dalam Manifesto PRU 14 yang lalu ialah membuka pusat nursery bagi kakitangan Kerajaan di setiap jabatan. Sehingga kini berapa buahkah yang telah dilaksanakan di jabatan-jabatan dan beberapa buahkah yang akan dilaksanakan mengikut daerah pada masa yang akan datang?

Sehingga kini 5 buah pusat dibuka ialah Taska Permata keluarga di MPK Majlis Perbandaran Kemaman, Taska Permata Keluarga Sura Hujung di UiTM Dungun, Taska Permata Keluarga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak, Taska Permata keluarga Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Taska Permata Keluarga Kota Putera, Majlis Daerah Besut.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Soalan tambahan yang kedua. Yang Berhormat Yang di-Pertua, di antara lima buah Taska Permata yang disebut tadi berapa buahkan yang baru dibuka selepas Kerajaan baru ambil alih dan berapa buah yang tersedia ada? Terima Kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Yang Berhormat Yang di-Pertua, pada tahun ini kita merancang untuk membina dua buah taska. Yang pertamanya ialah Taska Permata

552

Page 280: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Keluarga Wisma Darul Iman yang mana kita sedang menunggu recommend daripada JKR untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian, di tingkat satu. Insya-Allah kita mengharapkan bahawa dalam bulan enam atau bulan tujuh kita akan dapat buka taska di Wisma Darul iman. Dan satu lagi ialah Taska Permata Keluarga di Majlis Perbandaran Dungun juga dalam proses, insya-Allah.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura):Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan yang

kedua, setakat manakah sambutan terhadap pusat nursery ataupun Taska Permata ini di kalangan kakitangan Kerajaan yang mana hasrat kita ialah untuk membantu kakitangan Kerajaan dan memudahkan urusan mereka untuk meninggal anak-anak di taska dan berapakah bayaran yang dikenakan kepada penjaga tersebut? Terima Kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Yang Berhormat Yang di-Pertua, sehingga kini sambutannya sangat menggalakkan, cuma bila berlaku persaingan di antara Taska Kerajaan dengan Taska Persendirian, ramai daripada pemain-pemain daripada Taska Persendirian berjumpa dengan saya, kerana bayaran yang dikenakan oleh Taska Permata kita ni sangat rendah sedangkan Taska Persendirian sangat tinggi dan ianya sedikit kegusaran kepada merekalah. Dan mereka memberi pandangan supaya jangan buka banyak sangat di jabatan-jabatan Kerajaan. Setakat ini bayaran yang dikenakan ialah 0-1 tahun bayi, pendaftaran RM100, yuran bulanan RM250, 1-3 tahun pendaftaran RM100, yuran bulanan RM230, 3-4 tahun pendaftaran RM100, yuran bulanan RM230, 5-9 tahun ataupun budak tumpang jer pendaftaran RM100, yurannya ialah RM200. Sekian, terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya persilakan Yang Berhormat Wakil Hulu Besut.

553

Page 281: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Terima Kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya soalan satu -

Apakah Program Perniagaan terbaru bagi golongan muda di Negeri Terengganu yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu?

YANG BERHORMAT HAJI NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota Putera): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Besut. Yang dihormati Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan yang dikemukakan kepada saya berbunyi: Apakah program perniagaan terbaru bagi golongan muda di Negeri Terengganu yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu?

Bagi tahun 2019 ni, satu program yang terbaru yang telah diluluskan di dalam bajet yang lepas Bajet 2019 ialah Program Usahawan Belia Sejahtera atau singkatannya U-BES. Dalam bajet yang lepas Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk program ini dengan sasaran untuk melahirkan usahawan belia seramai 150 orang setahun insya-Allah. Pengambilan sesi pertama seramai 40 orang yang akan bermula pada April ini, fokus utama program ini adalah kepada program latihan dan bantuan usahawan belia yang akan menjalankan aktiviti perniagaan atas talian. Pihak YPU telah membuat sesi temu duga pengambilan (U-BES) untuk kali pertama ini pada 25, 26 dan 27 Februari yang lepas dan latihan keusahawanan, insya-Allah akan bermula April ini. Wallahua’lam.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Saya nak ambil kesempatan tahniah la kerana ada usaha kepada orang muda di Terengganu. Cuma satu lagi yang menyebabkan

554

Page 282: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

saya tanya soalan ini Yang di-Pertua ada orang-orang memberitahu saya di Terengganu kitalah khasnya, ada anak-anak muda kita yang menjaja di persimpangan jalan yang ada traffic light ataupun tempat kenderaan berhenti seolah-olah keadaan di negeri kita ini, susah untuk anak muda kita mendapatkan pekerjaan. Mereka terpaksa menjaja di jalanan yang mendedahkan bahayanya mereka berniaga, mereka terpaksa, jadi seseolah negeri kita makin tidak makmur susah untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi adakah Kerajaan Negeri menggalakkan mereka berniaga macam itu ataupun adakah Kerajaan Negeri tidak membuat tindakan supaya apabila orang pelancong datang ke Terengganu melihat seolah-olah, gambaran yang dibuat oleh anak muda kita berniaga di jalanan ini seolah-olah negeri ini kita susah, seolah-olah sepertimana kalau kita pergi ke Indonesia dulu. Jadi saya ingin tahu adakah Kerajaan Negeri tidak berusaha untuk membantu anak-anak muda kita yang berniaga di jalanan?

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota Putera): Terima kasih Hulu Besut, okey berkenaan dengan tumbuhnya peniaga-peniaga yang di persimpangan ini. Kita sangat aware dan ambil berat perkara ini. Cuma dari segi sudut mana kita melihat, kalau kita melihat dari segi negatif, maka negatiflah dia dan kalau melihat pada positif, akan positiflah ia. Sebenarnya kita sentiasa menggalakkan usahawan-usahawan kita mencari bidang-bidang kerja yang kreatif dalam usahawan ini. Sebab dalam usahawan ini dia perlukan kreativiti yang tinggi untuk mendapatkan pendapatan. Kalau kita copycat dengan izin, ataupun dengan tiru orang, orang jual burger, kita jual burger juga, orang jual keropok lekor, kita pun pakat jual keropok lekor belaka. Jadi benda itu jadi persaingan dan persaingan itu kadang-kadang dilihat sihat tetapi sebenarnya kalau ditanya kepada peniaga sendiri dengan persaingan itu menyebabkan kek itu dibahagi-bahagikan.

555

Page 283: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Jadi Kerajaan melihat perkara ini, contoh yang disebutkan sebagai yang menjual di persimpangan jalan itu bagi saya, saya melihat itu satu kreativiti cuma dengan pihak berwajib, kita sentiasa melihat dari segi keselamatan dari segi orang kata akan berlaku apa ni, berlanggar, accident, apa semua tu kerana perkara tersebut. Benda itu apabila saya cuba senaraikan di mana yang tidak kebolehan itu sebab ini satu kreativiti, bagi saya saya meletakkan satu kreatif dan saya mendapat maklumat kita dah pergi berjumpa dengan pengusaha-pengusaha adalah satu sumber yang jauh lebih baik daripada yang duduk dalam kedai, okey. Jadi saya melihat untuk kita buat proaktif kita nak kekangkan apa yang kebarangkalian yang berlaku, contohnya dari segi kemalangan, kita akan tingkatkan keselamatan kepada mereka dan ini kita sedang berbincang untuk cari satu jalan yang baik dengan Majlis-Majlis Daerah dan Bandaraya untuk tangani perkara ini dengan sebaik mungkin. Ada yang negatifnya begitulah yang disebutkan macam kita tak ada benda lain dah nak menjual tetapi kita kena ingat kreativiti itu adalah satu benda yang kita perlu, highlightkan perkara tersebut. Wallahua’lam.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Seterusnya, saya menjemput wakil daripada Buluh Gading. Cuma sebelum pada itu saya nak maklumkan, bersama kita pada pagi ini selain daripada Pemerhati yang lain, ada seramai 53 orang pelajar-pelajar dan juga guru-guru daripada Yayasan Terengganu, pelajar-pelajar IMTIAZ yang turut sama sebagai Pemerhati dalam persidangan kita pada pagi ini. Sila Yang Berhormat Wakil Buluh Gading.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya, soalan nombor satu -

Apakah perkembangan terkini usaha Kerajaan dalam merealisasikan Program AL-FATEH?

556

Page 284: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Yang Berhormat Yang di-Pertua soalan daripada Buluh Gading Gading berbunyi: Apakah perkembangan terkini usaha Kerajaan dalam merealisasikan Program AL-FATEH?

Menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga, YPK, Kerajaan telah merangka pelbagai pengisian bagi memperkasakan program khas yang dinamakan FITYAH Terengganu ataupun Al-FATEH. Antaranya ialah Program TAKLIF, Pemantapan Tanggungjawab Ibu Bapa dan Anak-Anak dan Program Saya Anak Terengganu yakni peningkatan Potensi Diri Dan Ingat Sebelum Terkena, di mana ianya dilaksanakan dengan kerjasama seluruh sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. YPK, kini telah mula bergerak ke sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti menerusi YPK di setiap daerah. Sehingga kini sebanyak 4 buah sekolah telah terlibat dengan penganjuran Program FATEH dengan melibatkan seramai 350 orang pelajar dan ibu bapa. Okey.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada pihak Kerajaan yang telah memberikan penjelasan atas soalan yang dikemukakan. Boleh Pihak Kerajaan menjelaskan dengan lebih terperinci program-program yang akan dilaksanakan melalui YPKT bagi merealisasikan Program FITYAH di masa yang akan datang? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Yang Berhormat Yang di-Pertua programnya ialah yang pertama Saya Anak Terengganu yakni TAKLIF, Pemantapan Tanggungjawab Ibu-bapa dan Anak. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada anak-anak tentang tanggungjawab sebagai khalifah, pewaris, legasi anak Terengganu. Ianya telah dijalankan sejak tahun 2007 dengan jumlah pelaksanaan program sebanyak 333 kali. Sehingga

557

Page 285: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Disember 2018, program ini telah dilaksanakan di 26 buah sekolah.

Yang kedua, Saya Anak Terengganu yakni Ingat Sebelum Terkena. Program ini dilaksanakan bertujuan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan berlakunya kes-kes salahlaku dan memberi panduan kepada remaja atau pelajar daripada mudah tertipu dah terlibat dengan perkara yang melalaikan. Program ini bermula sejak tahun 2009 dengan pelaksanaan keseluruhan adalah 1,420 program bagi tahun 2018 program ini telah dilaksanakan di 140 buah sekolah dengan pendekatan secara motivasi kepada pelajar sekolah Tingkatan Satu oleh kaunselor sekolah atau penceramah daripada agensi dan jabatan.

Program yang ketiga ialah Saya Anak Terengganu, Peningkatan Potensi Diri, program ini dilaksanakan bertujuan untuk menambah potensi dan kekuatan diri melalui kemahiran dan semangat keinginan untuk berubah. Program ini telah bermula sejak tahun 2008 dengan perlaksanaan keseluruhan adalah sebanyak 122 program. Bagi tahun 2018, program ini dilaksanakan sebanyak 13 kali dengan pendekatan secara motivasi, ceramah, bengkel kepada belia dan beliawanis di seluruh Negeri Terengganu.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan yang kedua. Selain daripada program-program yang disusun oleh pihak Kerajaan melalui YPK yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah, kita juga sedia maklum bahawa pihak Kerajaan ada menguruskan pusat-pusat asuhan kanak-kanak. Jadi, kalau boleh pihak Kerajaan boleh maklumkan kepada kita di sini jumlah terkini pusat jagaan kanak-kanak yang dikelolakan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga mengikut daerah-daerah? Terima kasih.

558

Page 286: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita sedia maklum selain penglibatan Program Pembangunan Sahsiah yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun di peringkat menengah, YPK juga merupakan salah satu agensi Kerajaan yang menyelia dan menguruskan pusat asuhan kanak-kanak. Yayasan Pembangunan Keluarga telah mempunyai 66 buah pusat jagaan kanak-kanak iaitu Taska Permata, pecahannya ialah kalau kita ikut Parlimen:

ParlimenBilangan

Taska Permata

Jumlah Kanak-kanak

Kakitangan

Besut 10 505 102Setiu 7 380 71Kuala Nerus 9 669 126Kuala Terengganu

9 841 142

Marang 7 411 86Hulu Terengganu

7 336 66

Dungun 10 546 102Kemaman 7 420 72JUMLAH 66 4,108 767

Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Wakil Bukit Besi untuk mengemukakan Soalan Lisan.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu.

559

Page 287: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Satu?

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi):Nombor satu, he...he...he..., Paka.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Soalan Yang Berhormat telahpun dijawab sebelum pada ini. Jadi soalan seterusnyalah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Soalan yang ketiga Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Soalan ketiga?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dok jupe cari ke?

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Takpe, soalan yang ketiga? Sebab saya soalan nombor dua yang ditolak kan? Itu yang saya ambil soalan nombor satu. Okeylah, nombor tiga kalau gitu. Soalan nombor tiga -

Sila nyatakan jumlah Pusat Hemodialisis yang terdapat di Negeri ini mengikut pecahan daerah dan apakah ianya mencukupi bagi menampung keperluan pesakit buah pinggang di Terengganu dan nyatakan juga berapa ramaikah di kalangan rakyat Terengganu yang menderita akibat penyakit buah pinggang?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Guaner semabur habis tu? Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, soalan daripada Bukit Besi, soalan nombor tigalah. Nombor tiga yang berbunyi: Sila nyatakan jumlah Pusat Hemodialisis yang terdapat di negeri ini mengikut pecahan daerah dan apakah ianya mencukupi bagi menampung keperluan pesakit buah pinggang di Terengganu dan nyatakan juga berapa ramaikah

560

Page 288: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

di kalangan rakyat Terengganu yang menderita akibat penyakit buah pinggang? Dia ada tiga komponen soalan ini. Tiga dalam satu. Sebab itu semabur. Soalan nombor tiga tolak satu dok tahu nak jawab.

Untuk makluman Wakil Bukit Besi dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jumlah pesakit di Pusat Hemodialisis di Negeri Terengganu, kita ada sebanyak 25 buah semuanya. Pecahan mengikut daerah, Daerah Kuala Terengganu 9 buah, Kuala Nerus 4, Hulu Terengganu 1, Kemaman 3, Dungun 4, Besut 2 dan Setiu 1, Marang juga 1. Jumlah keseluruhannya 25. Berkaitan saya jawab cukup tak cukup saya jawab bilangan pesakit dulu. Jumlah pesakit yang perlu Hemodialisis, untuk rekod kita ada tiga jenis. Pertama yang sedang dalam rawatan ada 1,367, yang dirawat secara Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) seramai 348 orang dan yang sedang menunggu continuous sekitar 500 menunggu kerana tidak cukup tempat. Ada 291 orang. Jumlah keseluruhan ialah 2,066 orang penghidap penyakit buah pinggang yang perlu Hemodialisis untuk setakat inilah yang ada rekod dengan kita. Dengan sendiri menjawab bahagian yang kedua tadi, ada yang mencukupi? Sudah tentu tidak mencukupi. Sekian terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi):Okey, terima kasih atas jawapan daripada Bukit Tunggal,

EXCO yang berkaitan. Jadi kalau kita tengok dari segi perkembangan semasa setakat ini memang tak cukuplah, Pusat Hemodialisis ini. Jadi dalam tidak kecukupan pusat ini, apakah perancangan Kerajaan untuk menangani masalah-masalah ini sebab apa yang kita maklum bahawa pesakit buah pinggang ini merupakan sakit yang kronik, jadi apakah perancangan ataupun strategi Kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih atas soalan tambahan. Pihak Kerajaan

561

Page 289: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah yang kita kenalpasti. Antaranya ialah untuk menambah bilangan syif di pusat-pusat yang kita kira masih beroperasi satu syif, ditambah kepada dua syif dan akan bertambah sekali ganda lagi. Itu satu cadangan jangka pendek. Yang kedua ialah membina pusat, menambah unit Hemodialisis di pusat-pusat sedia ada. Pusat sedia ada masih boleh, ada ruang untuk ditambah mesin Hemodialisis. Antaranya di hospital-hospital kita memerlukan lebih kurang 68 unit yang boleh ditambah untuk menambah bilangan pesakit yang boleh menggunakannya. Juga dalam rancangan untuk mengadakan pusat-pusat baharu, antaranya pusat baharu yang telah siap ialah di Telaga Mengkudu yang kapasiti 10 mesin, satu syif sahaja dan insya-Allah ini akan dapat memberi manfaat kepada 20 orang pesakit di Daerah Marang. Juga yang paling penting sebenarnya bila kita melihat begitu tinggi kadar penghidap buah pinggang, pesakit buah pinggang kronik yang memerlukan rawatan Hemodialisis, maka kaedah pencegahan itulah yang lebih baik. Kalau kita semua mengambil perhatian tentang kaedah menjaga kesihatan, mengelakkan kita daripada terkena penyakit buah pinggang ini, insya-Allah keperluan itu tidaklah setinggi apa yang berlaku pada hari ini. Antaranya pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah menjalankan promosi pendidikan dan pencegahan penyakit buah pinggang secara berterusan kepada pesakit-pesakit diabetis. Di antara mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat ataupun terkena penyakit buah pinggang adalah mereka-mereka yang menghidap penyakit kencing manis. Jadi sesiapa yang ada history keluarga yang ada kencing manis dan juga yang berumur dah melebihi umur dah lewat 35 tahun ke atas silalah buat pemeriksaan kencing manis ataupun diabetis peringkat awal supaya tahu lebih awal dan dapat dirawat secara yang sempurna di peringkat awal. Bila dapat dirawat, dikawal, insya-Allah penyakit .....

562

Page 290: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Paka ada kencing manis dok?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Ya?

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Paka ada kencing manis dok?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Nanti nak tengok muka dulu.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Ke kencing masam ....(Sambil gelak) .....

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Insya-Allah Yang Berhormat semua ni kena periksa. Periksa mudah jer kencing manis ni, kita periksa semua supaya kita jaga kesihatan. Kita pun dah ada seorang sahabat kita yang terkena yang akan menjalankan rawatan. Dan inilah kita tekankan pada pesakit-pesakit kencing manis ini supaya mereka mendapat rawatan yang sempurna dan mengawal, mengawal kandungan gula dalam darah, itu yang paling penting, dengarlah nasihat doktor, mana yang perlu makan ubat, makan ubat, yang perlu exercise, kena exercise. Nak naik basikalpun boleh sama dengan M.B. Yang Berhormat selalu naik basikal, pergi beli basikal untuk exercise, insya-Allah antara exercise yang terbaik, tapi kalau umur dah meningkat macam kita jalan kaki cukuplah. Haa ..... itu pun cara Kijal exercise lagi bagus dia ada tiga padang. ...(Dewan gelak) ....

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Kalau kencing hancing ada ubat tak?

563

Page 291: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Kalau hancing kuat kena jatuhlah 15 kekgi. Kalau jatuh 15 kekgi hilanglah hancing dia, insya-Allah.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Yang kedua ialah juga kita menekankan pendidikan kesihatan di kalangan orang awam juga di pelajar-pelajar sekolah supaya mereka aware tentang bahayanya kencing manis dan penyakit yang berkaitan yang boleh membawa kepada komplikasi rosaknya atau mendapat penyakit buah pinggang. Juga di Daerah Besut kita dapati yang agak ramai yang menunggu, 75 orang, insya-Allah pihak swasta akan membina sebuah lagi Pusat Dialis is Swasta di untuk kegunaan pesakit di Daerah Besut. Sekian, terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Soalan tambahan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Tunggal – EXCO, saya melihat orang sakit buah pinggang ini adalah satu penyakit yang sangat menyusahkan dan juga menderitalah, menderita bagi orang kampung. Kalau kena hampir-hampir tergadai, saya rasa Yang Berhormat EXCO seorang doktor lebih fahamlah. Dan satu tindakan jangka masa panjang itu, itu kita kena buat secara berterusan sebagaimana Yang Berhormat EXCO beritahu. Tapi dalam jangka masa pendek Yang Berhormat, kita lihat keadaan ini menyebabkan pihak Kementerian walaupun dia kata nak tambah, nak tambah, still tidak cukup Yang Berhormat. Apakah Kerajaan Negeri sendiri tidak mengambil inisiatif untuk kita tambah, hok negeri kita ni, kita buat hal negeri kita, kita tambah Besut se ke, Kemaman se ke, di Hulu Terengganu se ke, kita tambah di bawah pengawasan ataupun sedialah peruntukan sikit daripada Kerajaan Negeri dalam masa terdekat ini. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih di atas cadangan yang sangat baik

564

Page 292: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

daripada Wakil Telemong. Memang Kerajaan pun dah banyak membantu antaranya kita menubuhkan Pusat-Pusat Hemodialisis dengan kerjasama pihak MAIDAM, Kementerian Kesihatan dan pihak Kerajaan Negeri. MAIDAM menyediakan mesin Hemodialisis, Kerajaan Negeri menyediakan tempat, bangunan dan Kementerian Kesihatan menyediakan tenaga sebab memanglah pengendali ataupun operator kepada Hemodialisis hendaklah kepada yang terlatih, tidak boleh kita ambil lebih kurang. Dan kedua mereka ini sentiasa dipantau akan amalan yang mengikut SOP yang sebenar yang dikehendaki oleh Kementerian Kesihatan. Oleh itulah kita memang, sayapun dari semasa ke semasa berbincang antara dengan pihak hospital, Pengarah Kesihatan, pihak MKF dan juga pihak MAIDAM dan juga Kerajaan sendiri supaya kita dapat menambah beberapa lagi Pusat Hemodialisis di Negeri Terengganu antara yang terdekat ini mungkin insya-Allah kita akan buka pula di Kuala Berang, insya-Allah. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ada, soalan terakhir.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Ada, soalan tambahan soalan terakhir. Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih juga pada Yang Berhormat Bukit Tunggal. Soalan tambahan terakhir saya sebenarnya apa yang kita difahamkanlah bahawa kos untuk mewujudkan pusat-pusat ni memang cukup tinggi apatah lagi dengan sepertimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Bukit Tunggal tadi dengan diberi latihan kepada pengendali untuk mengatasi masalah-masalah yang ada ni, cuma saya nak ambil maklum kalau boleh kita nak suruh rakyat kita semua tahulah Kerajaan maklum bahawa berapakah kos untuk buat satu Pusat Hemodialisis ini?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila, Yang Berhormat

565

Page 293: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Boleh tu dok? Saya bukan apa nak suruh rakyat tahu bukan senang maknanya untuk buat ni? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih Bukit Besi. Kos untuk membina sesuatu pusat memang tinggi, antaranya mesin dia saja satu unit memerlukan dalam RM30,000 hingga RM50,000 tengok jenis mesin. Untuk tempat iaitu tempat yang paling mahalnya sama ada kita sewa ataupun kita buat bangunan. Jadi bangunan ini mengikut saizlah. Ada yang dah offer di Kuala Berang nak bagi sewa RM10,000 sebulan, itu juga kos yang sangat tinggi dan dari segi kakitangan dah tentu kita terpaksa menggaji Kerajaan Negeri, kalau yang kerjasama dengan Kementerian Kesihatan bayaran kakitangan itu ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Maka ianya adalah melibatkan untuk pembukaan sesuatu itu mesti dipertimbangkan dengan teliti. Oleh itulah dengan kos yang besar ini kita harap rakyat Negeri Terengganu lebih menekankan pada pencegahan daripada kita dah kena sakit. Tadi yang Telemong kata bila sakit adalah satu benda yang amat sukarlah bagi mereka yang menghidap penyakit buah pinggang ini dan terpaksa mendapat rawatan Hemodialisis tiga kali seminggu, selang sehari dan terpaksa berbaring di situ nak buat kerja buat dokleh doh untuk diri dia. Tapi kesan kepada Kerajaan juga, pada rakyat yang menanggung, kos yang untuk membuka satu pusat dan untuk pengoperasian pusat itu sangat-sangat tinggi yang mana kita hanya mengenakan bayaran kepada rakyat untuk Hospital Kerajaan dan yang NBOS ini hanya RM13 sahaja satu sesi sedangkan di NGO mengenakan RM200, kalau swasta RM250 hingga RM300 untuk setiap sekali cuci untuk satu sesi. Hospital Kerajaan hanya bayar RM13. Jadi itulah kos yang ditanggung, subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan begitu besar untuk satu-satu kes menggunakan ataupun rawatan melalui Hemodialisis ini.

566

Page 294: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Saya harap rakyat dapat ambil pertimbanganlah di antara perkara-perkara yang mana yang lebih penting kita mencegah atau kita membiarkan kita terkena penyakit dan akhirnya tergolong dalam golongan yang menghidap penyakit buah pinggang ini. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila Yang Berhormat Wakil Jertih

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya soalan pertama -

Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam penyediaan rumah kepada rakyat Terengganu (seperti Rumah Mampu Milik, Projek Perumahan Rakyat Termiskin dan lain-lain)?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih Jertih, saya rasa soalan Jertih ini saya dah jawab dalam penggulungan panjang semalam tu dok? Tapi kalau nak jawab sekali lagi tu boleh juga, tak ada masalah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya ingat ringkas Yang Berhormat, dah jawab dah.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Jadi di antara soalan Jertih yang berbunyi: Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meyediakan rumah kepada rakyat Terengganu (seperti Rumah Mampu Milik, Projek Perumahan Rakyat Miskin dan lain-lain)?

Jadi untuk makluman Wakil Jertih di mana telah saya sebut semalam. Untuk projek yang dalam pembinaan disebut pada 1,740

567

Page 295: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

unit yang akan siap pada tahun ini dan untuk Rumah PPRT, yang dulu nama PPRT dan sekarang kita panggil rumah PPTS (Projek Perumahan Terengganu Sejahtera) yang kita jangka 500 unit akan dibuat untuk tahun ini mengikut DUN masing-masing danrancangan kita, rancangan untuk 2019-2020, kita ada 8,550 setakat ini dan insya-Allah yang akan kita laksanakan, mulakan pembinaan pada tahun inilah sebanyak 5,317 mengikut beberapa kategori yang disebutkan semalam. Saya rasa tak perlu ulang lagilah. Wallahua’lam.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Okey, terima kasih Bukit Tunggal. Yalah, kelmarin dah digulung panjang lebar. Cuma ada yang tidak disentuh saya nak tanya, berapa bajet ataupun berapa unit setiap DUN Rumah PPRT ataupun PPTS ini yang dibina, adakah bilangannya sama banyak mengikut DUN dan adakah bajet Kerajaan Negeri untuk membaiki rumah dan kalau ada, berapa bagi satu unit. Terima kasih Yang Berhomat Yang di-Pertua. YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih Jertih. Dalam PPTS ataupun PPRT dahululah namanya, Kerajaan menyediakan peruntukan melalui DUN masing-masing untuk bina baharu dan baiki rumah adalah RM1 juta setahun dan untuk kawasan yang tidak dimenangi oleh Pihak Kerajaan, diberi RM750,000 untuk setiap DUN. Jadi, duit itu dia boleh guna untuk sama ada bina rumah baru ataupun untuk baiki rumah yang rosak. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Okey, terima kasih. Soalan soalan tambahan kedua, saya bagi DUN Jertih terima kasihlah kepada Pihak Kerajaan kerana kita dapat maklum bahawa KPKT yang telah bersetuju untuk meluluskan RM1 juta bus stand ataupun Stesen Bas Jertih baru-baru ini dan pada akhir tahun lepas juga kita dimaklum, Dewan dimaklum bahawa Kerajaan Negeri juga telah meluluskan

568

Page 296: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

RM1 juta untuk Bus Stand Jertih. Jadi, yang itu saya ucap terima kasihlah. Saya nak tanya, apakah usaha Kerajaan untuk follow up dengan KPKT projek perumahan di Paroh Padang Tapong yang telah pun dilulus dan dipecah tanah sebelum pilihan raya baru ini sebanyak 500 unit. Jadi, saya difahamkan ada sebahagian tempat diteruskan oleh KPKT dan sebahagiannya ada ..... Jadi saya nak tahu status Projek PPRT, Projek Perumahan Rakyat di Paroh Padang Tapong? Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih Jertih. Dalam satu soalan, banyak soalan, dia beranak-anak. Berkaitan dengan terminal bas itu, kita dah bincang dengan KPKT, dia beri peruntukan RM1 juta untuk penggunaan tahun ini dan insya-Allah yang lain akan menyusul, kita sedang berbincang. Insya-Allah benda ini memang macam confirmlah setakat ini dengan menteri yang berkenaan. Jertih, saya pun tak tahu sebab dia bukan pegang kawasan ni. Cuma yang saya dapat sebut di sini yang dalam maklumat kita Jertih untung, KPKT lulus satu projek perumahan yang dipanggilkan PPR Bukit Puteri 300 unit dan tahun depan dia akan ada buat pula di Gong Medang, Besut, 300 unit juga dan ada satu projek swasta di Alor Akar ke, dalam Pasir Akar, di Pasir Akar ada .....

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil Jertih): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya rasa itu projek lain itu. Maksud saya projek PPR, Projek Perumahan Rakyat di bawah KPKT yang mana di Besut, di Terengganu hanya ada 2 projek iaitu di Kuala Nerus dan juga di Besut dan di Besutnya, di Paroh Padang Tapong dan di Paroh Padang Tapong, tanah telah dibeli dan diserah, saya ingat diserah kepada KPKT. Cuma, saya difahamkan pihak Federal macam dia perlu surat baru, macam bus stand, sepatutnya tak perlu surat dah. Jadi, nak tahu, ataupun kalau tidak dapat jawab hari ini pun, kita nak minta supaya Kerajaan Negeri follow up lah.

569

Page 297: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Boleh sebab itu tidak ada dalam maklumat kita. Cuma apa yang kita maklumkan Projek PPR yang disebutkan itu telah dibatalkan kerana tanah tersebut tanah milik, bukan tanah Kerajaan. Jadi, saya dah jumpa dengan menteri baru ni dia cakap secara umum, mana-mana projek PPR, tanah bukan tanah Kerajaan dia akan batalkan, dia akan cari tanah Kerajaan. So, termasuklah PPR, sebut Tapah tadi kan? Dibatalkan kerana tanah itu tanah milik, bukan tanah Kerajaan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, saya persilakan.

YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok): Yang di-Pertua, mohon .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya?

YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok): Mohon mencelah soalan tambahan?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sekejap-sekejap.

YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok): Boleh?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Soalan tambahan?

YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok): Ya.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey.

YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok): Terima kasih kepada Yang Berhormat Jertih. Kalau kita lihat kepada definisi rakyat yang miskin ada dua bahagian,

570

Page 298: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

miskin luar bandar dan miskin di kawasan bandar. Kalau kita lihat kepada penyelesaian untuk membina rumah-rumah bagi rakyat miskin ini, dalam penjelasan yang diberikan di sini kebanyakan di kawasan luar bandarlah. Jadi, apakah konsep Rumah Rakyat Termiskin dalam kawasan bandar seperti Kuala Terengganu?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih Batu Burok. Konsep Kerajaan masih sama, cuma kita tengok di mana pertama, keperluan. Yang kedua, lokasi tanah Kerajaan ada ke tidak di kawasan tersebut. Kalau sebut dalam bandar ini, kita untuk yang telah siap, macam sekarang ini PPR Hiliran telah siap dan yang akan datang ini, insya-Allah kita akan siapkan di Batu Burok di Tok Adis projek yang terbengkalai itu dan tender telah dibuka dan dah dipilih pemaju yang tersebut, cuma nak tinggal masa untuk dimulakan saja. Dari segi kita, pemilihan tidaklah kata nak pilih, ada pilih kasih mana-mana, tidak ada. Pertama, kita tengok senarai yang memohon di mana banyak. Yang kedua, yang pentingnya adalah tanah Kerajaan ada tak kat situ untuk kita utamakan sebab kalau kita nak ambil balik tanah orang, tanah rakyat, tanah milik untuk dijadikan projek perumahan kosnya terlalu tinggi dan tidak ekonomiklah, tidak berbaloi. Insya-Allah, kita lebih utamakan tanah-tanah Kerajaan dahulu dan juga tempat permohonan yang paling tinggi yang kita perlu selesaikan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya persilakan Wakil Rantau Abang.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan saya ialah soalan nombor satu –

Apakah janji Manifesto PAS Terengganu adalah memberi Caj Percuma Wad Kelas 3 di Hospital Kerajaan

571

Page 299: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

di Negeri Terengganu. Bilakah pelaksanaan akan mula berkuatkuasa kepada rakyat Terengganu?

YANG BERHORMAT DR HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Acap bangun teh, minta maaflah. .....(Sambil gelak).... Terima kasih kekanda saya Rantau Abang yang ingin tahu antara janji Manifesto PAS Terengganu adalah memberikan Caj Percuma Wad Kelas Ketiga di Hospital Kerajaan di Negeri Terengganu. Bilakah pelaksanaan akan dimula berkuatkuasa pada rakyat Terengganu. Sebagai jawapannya, untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tarikh cadangan pelaksanaan Caj Percuma Wad Kelas Ketiga ialah pada Jun 2019. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tunggal atas jawapan yang telah diberikan. Cuma, agak menjadi tanda tanya kepada rakyat sebab berkaitan dengan percuma-percuma ini memang ditunggu-tunggu oleh rakyat terutama sekali yang berpendapatan rendah apabila mereka berada di wad, mereka senantiasa rasa risau untuk membayar caj-caj yang dikenakan. Jadi, kemungkinan kita tahu bahawa hospital ini melibatkan bersama dengan Kerajaan Pusat. Jadi, saya ingin tahulah dan juga rakyat ingin tahu apakah sebab berlaku kelewatan dalam pelaksanaan ini? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih kekanda Rantau Abang. Memang Kerajaan kita ini sangat prihatin dan kita berusaha sedaya upaya untuk menepati janji-janji yang telah kita berikan khususnya dalam Pilihan Raya Ke-14 yang lalu dan antara yang terlibat yang disebutkan tadi ialah berkaitan dengan Wad Kelas Ketiga percuma untuk hospital-hospital Kerajaan. Ekoran begitu jawatankuasa saya dah mula bermesyuarat dan berjumpa dengan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bagaimana mekanisme dan pelaksanaannya. Sebenarnya mekanisme ini telah siap pada tahun lepas lagi dan

572

Page 300: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

apabila bajet telah diluluskan kita telah memperkemaskan teknik-teknik ataupun teknikal dari segi pelaksanaannya, maka bila dah siap kita kemukakan kepada Kementerian Kesihatan maka didapati tidak direstui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, maka walaupun di peringkat Pengarah Kesihatan berjumpa dengan pihak Kementerian Kesihatan memaklumkan perkara ini dan ditolak maka kita membuat rayuan. Pihak Kerajaan Negeri beberapa kali membuat rayuan dan akhirnya kita terima satu surat daripada Kementerian yang menyatakan antaranya, panjang kalau saya nak baca pun, mungkin padan saya sorang jer arini. Saya baca apa-apa yang mustahak untuk dimaklumkan kepada Ahli Dewan sekalian dan juga para Pemerhati.

A. Cadangan ini didapati akan mengakibatkan lambakan pesakit di Wad Kelas 3 hospital-hospital di Terengganu. Jumlah katil di Wad Kelas 3 di hospital-hospital di Terengganu sedia ada tidak dapat menampung jumlah pesakit yang ramai. Saya takmboh komen, tuan-tuan komen sendirilah. Dia kata sebab takut ramai orang pergi ke hospital.

B. Pelaksanaan cadangan ini akan menyebabkan peningkatan kos pentadbiran bilangan perjawatan perlu ditambah kerana terdapat kakitangan yang perlu ditugaskan khusus bagi menyemak dan menyelenggara bil-bil yang akan dituntut daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

Sebab cadangan kita ialah mudah jer, pihak hospital hantar bil pada SUK, kakitangan bayar dua minggu sekali, sebulan sekali, lambat sangat sebulan sekali, dua minggu sekali okey, kita setuju dua minggu sekali. Tapi, itu alasan yang ditolak jugalah. Dia kata pada masa ini unit hasil hospital sememangnya mempunyai masalah kekurangan kakitangan untuk menanggung tugas-tugasan sedia ada. Dia tambah pulak, dia kata berat. Tu komen sendiri.

C. Ketiadaan sistem yang teratur bagi menyelenggara pelaksanaan pemberian kemudahan rawatan tersebut dikhuatiri akan menimbulkan isu audit pada masa hadapan. Kos untuk

573

Page 301: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

membangunkan System Information Technology (IT) di hospital semata-mata tujuan tersebut adalah tinggi katanya.

Itulah antara alasan yang diberikan kepada kami. Maka kami walau bagaimanapun, sedang berusaha juga untuk menyelesaikan masalah ini secara baik cara adik beradik bagi pihak Kementerian, pihak Kerajaan Pusat. Namun, kita ada pelan kita untuk mengatasinya. Jadi antara pelan yang kita ada, dua pelan lagi, Pelan B dan Pelan C. Pelan B ni insya-Allah kita akan laksanakan atau kita akan kemukakan kalau rundingan terakhir kita ni masih ditolak oleh pihak Kementerian. Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Tunggal. Nampaknya Kerajaan Baru Negeri Terengganu terlalu peka terhadap kesusahan yang dialami oleh rakyat, pertama sekali yang menerima rawatan di hospital Wad Kelas Ketiga ini. Dan saya kira memang pihak Kerajaan sekarang sedang merangka langkah-langkah bagaimana untuk mengatasi kerana daripada jawapan tadi akan dilaksanakan dicadangkan pada bulan Jun. Jadi, soalan saya apakah langkah-langkah dan cadangan pihak Kerajaan untuk memenuhi janji manifesto ini? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih sekali lagi Rantau Abang. Jika, kita harap doklah, kita harap cara baik sokmo. Harap Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Kesihatan dapat menerima rayuan kita seterusnya. Jika tidak, maka kita bercadang insya-Allah akan menempatkan seorang pegawai kita di setiap hospital khusus untuk melaksanakan pembayaran kepada pihak hospital melalui kaedah-kaedah yang tertentulah bukan keslah. Itu cara kita yang sedang dalam rangka kita, kita akan letakkan satu pegawai untuk membayar bil bagi pihak pesakit di hospital. Kerajaan Pusat takmboh tanggung kos gaji kakitangan kita, insya-Allah kita akan menyediakannya. Ini kira begitu bersungguh usaha kita untuk menyelesaikan masalah rakyat mendapatkan rawatan percuma Wad Kelas 3 di hospital-hospital Kerajaan. Terima kasih.

574

Page 302: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya persilakan Wakil Batu Rakit.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Terimakasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua. Sebelum itu saya mengalu-alukan kehadiran Pemerhati. Selamat datang terutamanya kepada pelajar IMTIAZ kerana soalan saya berkenaan Sekolah Menengah IMTIAZ. Dan soalan saya satu-satunya nombor satu -

Sehingga kini Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu telah mempunyai 8 buah Sekolah Menengah IMTIAZ yang mana pelajar-pelajarnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana universiti bagi memudahkan pelajar-pelajar tersebut melanjutkan pengajian?

Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat-Yang Berhormat dan seluruh hadirin sekalian. Soalan ADUN Batu Rakit berbunyi: Sehingga kini Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu telah mempunyai 8 buah Sekolah Menengah IMTIAZ yang mana pelajar-pelajarnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana universiti bagi memudahkan pelajar-pelajar tersebut untuk melanjutkan pengajian.

Untuk makluman, memang Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu telah mengadakan kerjasama dengan beberapa universiti khususnya universiti tempatan dan juga bercadang untuk memperluaskan lagi kerjasama berkenaan bagi memastikan kecemerlangan dan hala tuju pelajar-pelajar IMTIAZ terjamin. Terima kasih.

575

Page 303: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):Soalan tambahan saya, sekiranya ada kerjasama dengan mana-mana universiti, berapakah kuota yang diperuntukkan kepada pelajar Sekolah Menengah IMTIAZ ini dan apakah kelulusan minima yang diperlukan? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Setakatini antara universiti yang ada kerjasama dengan pihak Yayasan Terengganu. Antaranya adalah UniSZA yang telah diadakan persefahaman MoU pada tahun 2016. Antaranya melibatkan pelajar-pelajar untuk ke arah pembangunan kecemerlangan pelajar dan juga beberapa tawaran program pengajian yang berkaitan.

Yang kedua, antaranya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terlibat secara langsung dalam mengadakan Program Pencarian Saintis Islam Terengganu dan program itu masih lagi berlangsung sehingga kini dan pelajar kita tahun ini juga akan dihantar ke Jepun dan juga UK. Saintis Islam dan kita juga sedang buat penyaringan untuk pelajar yang cemerlang dalam keputusan baru-baru ini. Dan mereka juga sudah melalui program sebelum keputusan SPM keluar baru-baru ini bersama dengan UMT. Untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan juga Doktor Falsafah (PhD). Pihak Yayasan Terengganu juga mengadakan hubungan dengan USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) dan antaranya pihak USIM juga ada menyediakan program khusus antaranya Program Hafazan dan juga untuk kemasukan Tamhidi USIM tahun 2018 telah disediakan kouta 50 pelajar IMTIAZ. Dan pihak USIM juga turut bersetuju untuk mewujudkan Program Double Degree, Double Ijazah untuk bidang agama dan juga Bidang Sains. Dan Pihak Yayasan juga mengadakan MoU dengan Universiti Malaya pada April 2015 dengan beberapa program yang ditawarkan untuk pelajar-pelajar membuat pilihan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Soalantambahan saya seterusnya. Adakah pelajar-pelajar IMTIAZ ini ada yang tercicir daripada memasuki IPT, sekiranya ada apakah

576

Page 304: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

inisiatif yang diambil untuk mempastikan pelajar-pelajar ini dapat meneruskan pengajian di IPT? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Data tu perlu notis. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya persilakan Wakil Pengkalan Berangan.

YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan): Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh, soalan nombor satu –

Apakah perkembangan penubuhan Pusat Pemulihan Penagih Dadah Secara Holistik dan dijanjikan dalam Manifesto PAS Terengganu dalam Pilihanraya Umum ke 14.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Berangan. Soalannya: Apakah perkembangan penubuhan Pusat Pemulihan Penagih Dadah Secara Holistik yang dijanjikan dalam Manisfesto PAS Terengganu dalam Pilihraya Umum Yang Ke-14?

Kita menjangkakan bahawa pelaksanaannya akan dilaksanakan pada tahun 2020. Dalam usaha ke arah pelaksanaan yang menyeluruh bagi menunaikan Janji Manisfesto, usaha-usaha telah dilakukan:

Yang pertama, Kertas Cadangan Membangunkan Pusat Pemulihan Dadah pada Tahun 2020 di setiap daerah dalam jangka pendek, bermodelkan Pusat Komuniti Sa’adah yang telah dibangunkan oleh UniSZA sebagai asas kepada pusat pemulihan penagih dadah secara holistik oleh UniSZA.

577

Page 305: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Yang Kedua, pihak AADK telah menyediakan garis panduan untuk Pusat Pemulihan Penagih Dadah Secara Holistik.

Yang ketiga, menyediakan modul-modul Pusat Pemulihan Dadah Secara Holistik merangkumi modul rawatan, pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan dadah.

Dan yang ke seterusnya, menyediakan kertas cadangan bagi menempatkan mubaligh-mubaligh oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan): Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan yang diberikan sebentar tadi. Dan kita rakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan yang begitu bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Janji-janji Manifesto.

Soalan tambahan saya, kita melihat penagih-penagih ini, bilangan dia agak ramai, jadi kita nak tanya berkenaan dengan tempat yang kita yang cadangkan untuk adakan Pusat Pemulihan Dadah Secara Holistik ini. Berapakah kapasiti penghuni bagi setiap tempat pemulihan yang kita akan bina selepas daripada ini? Sekian.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Berangan, setakat ini kita masih lagi menilai beberapa tempat yang dicadangkan khususnya Pusat-Pusat PLKN yang telah dihentikan operasinya. Sehingga hari ini kita memohon daripada pihak UPEN untuk buat kajian tentang Pusat PLKN di Cador yang kita rasakan agak sesuai dengan sebab tanahnya milik Kerajaan dan pihak yang membina bangunan-bangunan PLKN di Cador itu bersedia untuk menjualnya dengan harga yang sewajarnya kepada Pihak

578

Page 306: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Kerajaan. Sehingga hari ini masih lagi dalam meneliti dan buat kajian dan keputusan yang sewajarnya. Terima kasih. YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan): Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Payong. Setelah kita melihat pusat-pusat pemulihan yang ada dan kita mendengar cakap-cakap bahawa kalangan-kalangan mereka yang keluar daripada pusat pemulihan ini kadang-kadang menjadi penagih yang berulang dan melihat di sana ada kegagalan-kegagalan dalam pelaksanan kepada modul-modul yang telah diadakan.

Jadi soalan saya pada pagi ini ialah apakah kriteria mereka-mereka yang akan kita ambil untuk memastikan Pusat Pemulihan Dadah Secara Holistik ini berjaya kita laksanakan dan berjaya untuk memulihkan penagih-penagih yang ada? Sekian. YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Secara asasnya pusat pemulihan penagih dadah ini dilaksanakan dalam bentuk perkampungan dengan kita membahagikan dalam tiga kategori. Yang pertama, kemungkinan penagih dadah tegar. Yang kedua, yang agak dalam kawalan. Yang ketiga, sudah dalam pemulihan yang baik dan kita akan sediakan tempat juga di kawasan tersebut untuk mereka berdikari dan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai satu komuniti. Jadi dengan erti kata yang lain Pusat Pemulihan Penagih Dadah Secara Holistik ini dalam bentuk perkampungan dan kita akan bagi ruang kepada mereka pulang ke kampung-kampung kerana mengikut penelitian daripada banyak pihak, bila balik kampung temu tauke balik, temu penjual balik, temu geng-geng balik, jadi tauke balik, mengedar balik. Jadi dengan sebab itulah, kita masih lagi banyak penelitian-penelitian yang kita sedang buat kajian dan insya-Allah, kita harap kita mendapat sokongan dan saya ucap terima kasih banyak-banyak khususnya daripada pihak AADK, pihak PEMADAM dan seluruh khususnya pensyarah-pensyarah UniSZA yang

579

Page 307: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

memberikan kerjasama dalam menyediakan cadangan dalam melaksanakan pusat pemulihan ini. YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada kebiasaannya sesi soal jawab Soalan Lisan ini satu jam, hari ini saya bagi masa lebih daripada satu jam, lebih lima belas minit sebenarnya. Jadi saya nak berhenti setakat ini sahaja. Mana-mana yang tidak sempat ditanya insya-Allah akan dijawab secara bertulis.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Berhormat sekalian saya juga bercadang untuk menyambung terus Tertib Pekerjaan Dewan ataupun Agenda Persidangan kita tanpa kita berhenti rehat, kita ikat perut sekejap sebab saya tengok pada agenda ia mungkin tidak memakan masa yang lama, jadi kita rehat dan tangguh sekaligus.

ENAKMEN PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU 1965 (PINDAAN) 2019

Bacaan Kali Yang Pertama

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 1965, dibaca bagi kali yang pertama.

YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU 580

Page 308: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU 1965, DIBACA KALI YANG PERTAMA.

Bacaan Kali Yang Kedua

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 1965, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 1965. [En. Tr. 3/1965] (“Enakmen”).

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Enakmen, yang dicadangkan.

3. Fasal 2 mengandungi pindaan am untuk menggantikan perkataan “General Manager” dengan perkataan “Group Chief Executive Officer” selaras dengan penstrukturan semula Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu.

Implikasi Kewangan

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.

Yang berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

581

Page 309: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang Berhormat Tuan di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan, ada sesiapa Ahli Yang Berhormat yang nak berucap? Sila. Tidak ada.

Oleh kerana tiada sesiapa Ahli Yang Berhomat yang hendak berucap, maka kita teruskan kepada proses perjalanan Rang Undang-Undang seterusnya. Sekarang saya buka kepada undian –

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG YANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU 1965, DIBACA KALI YANG KEDUA.

Dalam Jawatankuasa

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU 1965, TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI DENGAN TIADA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA.

582

Page 310: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Mesyuarat balik semula. Bacaan Kali Yang Ketiga

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU 1965, DIBACA BAGI KALI YANG KETIGA DAN DILULUSKAN.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah diluluskan dan menjadi Enakmen Pentadbiran Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (Pindaan) 2019.

583

Page 311: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGIORANG-ORANG MELAYU (PINDAAN) 2019

Bacaan Kali Yang Pertama

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-Orang Melayu 1360, dibaca bagi kali yang pertama.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360, DIBACA KALI YANG PERTAMA.

Bacaan Kali Yang Kedua

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang

584

Page 312: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-Orang Melayu 1360, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-orang Melayu [En. Tr. 17/1360].

1. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tarikh permulaan kuat kuasa.

2. Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan SMEB ASSET MANAGEMENT SDN. BHD. menjadi badan yang kepadanya tanah Orang-Orang Melayu boleh dipindahmilik.

Implikasi Kewangan

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa pebelanjaan wang tambahan. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada siapa-siapa Yang Berhormat yang ingin berucap?

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya tidak bercadang untuk membahaskan tetapi saya ingin mendapatkan penjelasan, pihak Kerajaan iaitu apakah maksud SMEB? Sama ada Small Middle Bank atau apa-apa? SMEB. Itu sahaja.

585

Page 313: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Tunggu sekejap Yang Berhormat, ya.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Boleh?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: SMEB ASSET MANAGEMENT SDN. BHD. adalah anak syarikat di bawah SME Bank. Terima kasih.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Tuan yang di-Pertua, sebelum kita luluskan pindaan Enakmen Tanah Rizab Melayu pada kali ini, saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan, apakah tujuan sebenar kita membuat pindaan ini dengan memasukkan SMEB ASSET MANAGEMENT SDN. BHD. menjadi badan kepadanya Tanah Orang-Orang Melayu boleh dipindahmilik dalam pindaan Enakmen pada kali ini. Adakah ada projek yang tertentu yang lebih spesifik yang boleh kita, pihak Kerajaan nyatakan dengan kita membuat pindaan kali ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih kepada pertanyaan. SMEB ASSET MANAGEMENT SDN. BHD. ini dimasukkan kerana ada permohonan daripada SME Bank untuk memasukkan syarikat ini sebagai salah satu syarikat yang boleh mengendalikan tanah rizab, tanah simpanan Orang Melayu dan ianya adalah untuk menjadikan tanah tersebut berdaya maju dan diusahakan. Sekian terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Kita telahpun selesai membahaskan Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) 2019. Sekarang saya buka kepada undian –

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi 586

Page 314: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA.

Dalam Jawatankuasa

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360, TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI DIBUAT PINDAAN PADA FASAL 2 VERSI JAWI IAITU PERKATAAN سبسیکشن KEPADA ن ݢسبڤرڠDENGAN SEBULAT SUARA.

Mesyuarat balik semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbang dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

587

Page 315: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360, DIBACA BAGI KALI YANG KETIGA DAN DILULUSKAN.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) 2019.

588

Page 316: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

TANGGUHAN

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tangguhkan Dewan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat selama empat hari kita bersidang. Di luar sana, saya mendapat mesej yang baik daripada orang ramai bahawa Persidangan kita berjalan dalam suasana yang penuh ukhuwah dan matang. Bukan semestinya Persidangan Dewan yang baik itu penuh dengan perbalahan dan suasana yang riuh rendah. Apa yang penting ialah isi perbincangan kita, isi Persidangan kita dan keputusan yang kita buat. Semoga ini semua dapat merealisasikan Visi Dewan Undangan kita untuk kita jadikan sebagai ‘Dewan Undangan Negeri Yang Terbilang’ di Malaysia. Insya-Allah.

Saya juga memohon maaf di atas apa-apa kelemahan sepanjang pengendalian Persidangan pada kali ini dan juga saya nak ingatkan jangan lupa janji kita pada petang ini untuk sama-sama kita menembak.

589

Page 317: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan Persidangan Dewan ini ke suatu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan marilah kita sama-sama membaca Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 11.04 PAGI.

590

Page 318: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

LAMPIRAN

591

Page 319: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGI

MESYUARAT PERTAMA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS

PADA 1, 2, 3 DAN 4 APRIL 2019

592

Page 320: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

MESYUARAT PERTAMAPENGGAL PERSIDANGAN KEDUADEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELASPADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019 TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERIBILANGAN 5.1.1.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEHY.B. HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIMADUN TEPOH

SOALAN 1 : Sila nyatakan secara terperinci jumlah kes saman yang melibatkan kerajaan negeri dan GLC yang berada di bawah kerajaan negeri dalam tempoh 2017-2018? Berapakah pula jumlah bayaran ganti rugi yang diperintah oleh mahkamah jika melibatkan kekalahan dan seumpamanya?

JAWAPAN : Jumlah kes saman yang melibatkan GLC pada tahun 2017 ialah sebanyak 12 kes dan 9 kes pada tahun 2018. Keterangan terperinci setiap kes dan tuntutan boleh dirujuk dalam jadual di bawah:

593

Page 321: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

594

Page 322: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

2017:

No Kes Rujukan kes Pihak-pihak terlibat Tuntutan Status kes

1. Kes kecuaian perubatan yang difailkan terhadap Kuala Terengganu Specialist Hospital Sdn Bhd

Session Court Kuala Terengganu Case no. TA-A52 – 08 – 07/2017

Ahmad Mardzuki Bin Ibrahim. (Plaintiff)

Kuala Terengganu Specialist Hospital Sdn Bhd. (Defendant)

Tuntutan dari plaintiff seperti berikut:

i. A judgment for the sum of RM224,632.86 (“Sum”) as at 30.11.2015;

ii. Interest for the Sum at the rate of 5% per annum to be calculated from 1.12.2015 until full payment;

iii. Costs and any other order that the Court deems fit and reasonable.

Tuntutan telah ditolak oleh mahkamah dan kes telah ditutup.

2. Kes rayuan oleh Ibu Suryati terhadap PT. Rafi Kamajaya Abadi (“PTRKA”)

Pengadilan Tinggi Pontianak.

Ibu Suryati.. Appellant PT. Rafi Kamajaya Abadi. Respondent

Ibu Suryati appeals to the Pengadilan Tinggi Kalimantan Barat, Pontianak that:

a. She is the lawful owner of three (3) pieces of lands approximately 15 hectares;

b.The alleged act of PTRKA in clearing and planting the land with oil palms is an act against the Indonesian law;

Pengadilan Tinggi Pontianaktelah menolak rayuan Perayu dan mengesahkan keputusan Pengadilan Negeri Sintang no. 35/Pdt. G/2016/PN bertarikh 22 Jun 2017.

Pengadilan Tinggi Pontianak memerintahkan kos rayuan berjumlah IDR150,000 ditanggung oleh Perayu. Kes telah ditutup.

595

Page 323: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

c. She has suffered losses due to the alleged activities by PTRKA;

d. To allow the Conservatoir Beslaag (Sita Jaminan) order against PTRKA to stop all alleged activities over the disputed lands including transfer of the lands;

e. The Defendant to pay compensation of all losses suffered by the Plaintiff due to the alleged land clearing activities by PTRKA (including Ganti Rugi 2 Makam/ 2 Graves Compensation) with total sum of IDR4,528,100,000 (approximately RM1,408,995.00); f. To pay a Dwangsom (Uang paksa) of IDR10,000,000 per day from the date this appeal was filed; and

g. To bear all costs and expenses in relation to this suit.

596

Page 324: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

3. Bankruptcy case Ex Parte Application by TDM Plantation Sdn Bhd

High Court of Kuala Terengganu Bankruptcy no. TA-29NCC-1139-10-2017

Ex Parte by TDM Plantation Sdn Bhd Judgment Debtor: Ahmad Azani Bin Mohamad (Analogy Enterprise)

Session Court of Kuala Terengganu has on 28.2.2017 ordered the Defendant (Judgment Debtor) to pay RM145,959.45 with 5% interest per annum calculated from the date of judgment until full settlement with cost of RM1,134.40.

The Judgement Debtor has agreed to make a monthly payment of RM3,000 in order to settle his debt of RM145,959.45. The case is closed.

This order is in relation to the claim by TDM Plantation against the Defendant for the loss of 44.03mt of crude palm oil which was transported by a tanker of the Defendant on 31.1.2011.

4. EPIC Berhad v. Baltic Agencies Pte. Ltd. & Anor.

Mahkamah Persekutuan Rayuan Sivil T-02(NCVC)(W)-963-05/2014 Mahkamah Rayuan Rayuan Sivil T-02(NCVC)(W)-1317-07/2017

EPIC Berhad – Appellant

Baltic Agencies Pte. Ltd. – Respondent

In the original suit at the Kuala Terengganu High Court, the Plaintiff (Baltic) filed a writ of summons against EPIC Berhad and Kondisi Utama Sdn. Bhd. for breach of contract pursuant to the asserted Letter of Offer issued by EPIC Berhad to the unincorporated JV between Kondisi and Baltic in relation to dredging and reclamation works at Pulau Kucing, Kemaman.

Pursuant to Settlement Agreement dated 7 December 2018 which was ratified by Board on 25 February 2019, EPIC to pay RM42.5 million as the final payment to Baltic.

597

Page 325: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

EPIC had in fact on 16 October 2011 officially awarded the dredging and reclamation works to Kondisi Utama Sdn. Bhd. (“Kondisi”) for a contract amount of RM110,000,000.

Kondisi later entered into a sub-contract appointing Baltic to undertake the said dredging and reclamation works. Baltic failed to secure a specific dredger, “Sical Portofino” and the sub-contract between the same were terminated by Kondisi. Baltic instituted the claim against EPIC Berhad, being the project owner and Kondisi respectively, being the main contractor for breach of contract.

5. EPIC Berhad v. Ramli Shahul Hameed & Mohd. Isa Mujani

Mahkamah Rayuan Rayuan Sivil T-02(NCVC)(W)-503-03/2017

Ramli Shahul Hameed (RSH); and Mohd Isa Mujani (MIM) - Appellants EPIC Berhad – Respondent

EPIC Berhad instituted a suit against RSH, the former CEO of the Company for illegally procuring RM1.7 million from the Company allegedly as payment of gratuity that he is entitled. MIM is the accomplice in materialising RSH’s action.

Appellants appeal dismissed with costs by the Court of Appeal on 14 November 2018: (i) EPIC to proceed with the execution of the judgement to recover the RM1.7 million from RSH; (ii) MIM was already adjudicated a bankrupt on 30/7/2018.

598

Page 326: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

6. Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd., Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn. Bhd., EPIC Mushtari Engineering Sdn. Bhd. vs. Perisai Drilling Sdn. Bhd.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Guaman Sivil T-22(NCC) -02-10/2017

Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd.; Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn. Bhd.; and EPIC Mushtari Engineering Sdn. Bhd. (collectively “the Plaintiffs”) Perisai Drilling Sdn. Bhd. – Defendant

Plaintiffs’ claims are as follows: (i) Sum of RM13,682,059.93 (continuing losses);

(ii) Interests; and

(iii) Costs As a result of the Defendant’s breaches in contract and negligence, the Defendant’s rig that berthed at the West Wharf, within the defined limits of the Kemaman Port had broken free of the Defendant’s moorings resulting in the collision which caused losses and damages to the Plaintiffs.

Parties settled the matter out of court for RM3 million on 3 October 2018.

7. Zakaria Ismail v. EPIC Berhad

Zakaria Ismail v. EPIC Berhad (Industrial Relations Matters) Kuala Lumpur Industrial Court [No. 12/4-411/15]

Zakaria Ismail v. EPIC Berhad

Claimant, the former General Manager of PBKSB claimed that he was dismissed constructively by EPIC

The Industrial Court dismissed the Claimant’s case on 16/6/2017.

599

Page 327: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

8. Pesama Timber Corporation Sdn Bhd disaman oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu

Kesalahan mengikut Akta Bomba 1974

Kerosakan saluran paip, pepasangan sistem pengesan haba dan saluran paip pepasangan

Denda berjumlah RM6,000.00 pada 12.1.2017

9. Pesama Timber Corporation Sdn Bhd disaman oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu

Kesalahan mengikut Akta Bomba 1974

Kelewatan membaiki kerosakan saluran paip, pepasangan sistem pengesan haba dan saluran paip pepasangan

Denda berjumlah RM6,000.00 pada 19.3.2017

10. Saman dan penyataan tuntutan oleh TI Offshore Services Sdn Bhd berjumlah RM32,700,000.00

Mahkamah Tinggi Shah Alam BA-22NCvC-615-10/2017

TI Offshore Services Sdn Bhd (Plaintif)

Mohamad Nazroel bin Mokhtar dan Azri Sani bin Mazlan (Defendant)

Penghakiman Ingkar telah diperolehi terhadap Defendan Pertama Mohamad Nazroel bin Mokhtar pada 16/11/2017 dan Defendan Kedua Azri Sani bin Mazlan pada 20/2/2018.

Defendan telah masing-masing diisytiharkan bankrap pada 8/2/2018 dan 21/6/2018.

Proof of Debt penghakiman terhadap defendan-defendan adalah sebanyak RM32,700,000.00 telah difailkan di Jabatan Insolvensi pada 25 Februari 2019.

11. Tuntutan Mahkamah Tinggi SATU (Plaintiff) v Jumlah hutang dituntut oleh SATU SATU memfailkan bukti hutang "Proof

600

Page 328: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

berjumlah RM1,966,836.57 oleh Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (“SATU”) terhadap Perwaja Steel Sdn Bhd

Kuala Terengganu bertarikh 23hb Oktober 2017

Perwaja Steel Sdn Bhd (Defendant)

ialah RM 1,966,836.57.Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu bertarikh 23hb Oktober 2017 membenarkan satu penghakiman terus dibuat ke atas Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd dengan kos RM 10,000.00.

Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd tersebut telah digulung "wound up" pada 8 November 2017.

of Debt" ke Jabatan Insolvensi.

12. Kes saman pencerobohan tanah melibatkan orang persendirian ke atas paip SATU.

Mahkamah Sesyen Kuala terengganu

Sebelum tarikh bicara 21 Januari 2018, pihak Plaintif telah menarik balik kes tersebut. Mahkamah Sesyen Kuala terengganu telah membatalkan writ saman tersebut dengan kos RM 2,000.00 perlu dibayar kepada SATU.

2018:

No Kes Rujukan kes Pihak-pihak terlibat Tuntutan Status kes

601

Page 329: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

1. Kes kecuaian perubatan yang difailkan terhadap Kuantan Medical Centre Sdn Bhd

High Court of Malaya at Kuantan

Suit no. CA-22NCVC-31-06/2018

Dato’ Mohamad alias A Bakar bin Ali… Plaintiff -v-

1. Kuantan Medical Centre Sdn Bhd… 2. Dr. Abdul Aziz Bin Awang… 3. Dr. Md Lukman Bin Mohd Mokhtar… Defendants

The Plaintiff claims for the following: i. General damages and aggravated damages;

ii. Interest thereon calculated at the rate of 8% per annum from the date of service of the Writ up to the date of judgment;

iii. Special damages of RM1,104.414.51;

iv. Interest thereon calculated at the rate of 4% per annum from 3.7.2012 up to the date of judgment;

v.Interest on the judgment sum calculated at the applicable statutory rate from the date of judgment up to the date of payment;

vi. Costs; and

vii. Such further or other relief as the Court deems fit.

The Court in its case management hearing on 3 December 2018, has fixed a further case management hearing on 31 January 2019 with the following directions:- 1. Plaintiff's solicitor to file and serve the Statement of Agreed Facts, Issues To Be Tried and Supplementary Common Bundle of Documents;

2. Parties to file and serve their respective list of witnesses; and

3. Parties to file and serve their respective expert reports.

The Court has also set this matter down for trial from 1 April 2019 to 4 April 2019.

2. Kes kecuaian perubatan yang difailkan terhadap

High Court of Malaya at Kuala Terengganu Suit

Lim Puay Leng… Plaintiff

Due to the alleged negligence, the Plaintiff claims for the following:

The Court had on 31 January 2019 fixed the matter for a final case management on 24 February 2019 for

602

Page 330: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Kuala Terengganu Specialist Hospital Sdn Bhd

no. TA-23NCVC-2-06/2018

-v-

1.Dr. Azhar Bin Zainuddin…

2.Kuala Terengganu Specialist Hospital Sdn Bhd… Defendants

i. General damages of RM1,000,000.00 or any amount as granted by the Court with interest;

ii. Special damages with interest;

iii. Exemplary damages of RM100,000.00 or any amount as granted by the Court with interest;

iv. Aggravated damages of RM200,000.00 or any amount as granted by the Court with interest;

v. Interest on general damages and special damages calculated at the rate of 4% per annum from the date of the Writ up to the date of full settlement;

vi. Costs; and vii. Such further or other relief as the Court deems fit.

the parties to file the Common Bundle of Documents and the 1st Defendant to file his list of witnesses. The Court has also set this matter for trial from 7 April 2019 to 11 April 2019.

3. Kes kecuaian perubatan yang difailkan terhadap Kuala Terengganu

High Court of Malaya at Kuala Terengganu Suit no. TA-22CNVC-

Ahmad Thaqif Amzar Bin Ahmad Huzaira (Suing by his mother and litigation representative,

The Plaintiff alleges that the 2nd Defendant as the medical officer employed by KTS had failed to recognised sufficiently the Plaintiff

The Court has fixed the trials date from 26.5.2019 to 30.5.2019.

603

Page 331: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Specialist Hospital Sdn Bhd

33-09/2018 Majdah Binti Mohd Yusof)

-v-

1. Kuala Terengganu Specialist Hospital Sdn Bhd

2. Dr. Zainal Rashid bin Abdullah

3. The Government of Malaysia

4. Dr. Zaidatul Akmal Binti Othman

5. Dr. Muhammad Fathi Bin Karim @ Kasim

6. Dr. Zul Akmar Binti Zakaria

condition which caused him now suffered irreversibly brain-damaged with mental and physical disabilities.

Due to the alleged negligence, the Plaintiff claims for the following:

i. Special damages of RM528,485.00 and Interest thereon calculated at the rate of 4% per annum from the date of service of the writ up to the date of judgment ;

ii. General damages and aggravated damages and interest thereon calculated at the rate of 8% per annum from the date of service of the writ up to the date of judgment;

7. Dr. Ahmad Mardzuki Bin Ibrahim

8. Dr. Khairuddin Bin Ismail

iii. Costs;

iv. Interest on the judgment sum calculated at the applicable statutory rate from the date of

604

Page 332: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

9. Dr. Nik Nabihah BinNik Razin

10. Dr. Mastural Binti Mohamed

11. Dr. Rabiatul Aida Binti Ramli

12. Dr. Abdul Karim Othman

judgment up to the date of full payment; and

v. Such further or other relief as the Court deems fit.

4. Mohd Azlisham Bin Jaffar v TDM Berhad

High Court of Malaya at Kuala Lumpur (Appellate and Special Powers Division)

Application for Judicial Review No. WA-25-187-07/2018

Mohd Azlisham Bin Jaffar.. Appellant i. Industrial Court of Malaysia.. ii. TDM Berhad.. Respondents

The Claimant claims that he was constructively dismissed from TDM Berhad and prays for the following:

i. An order from Court that he be reinstated to his former position;

ii. TDM to pay his arrears of salary from the date of dismissal until the date of reinstatement;

Azlisham proffered an appeal to the Court of Appeal against the High Court decision dated 15.01.2019. The Court of Appeal will fix a Case Management date upon issuing the sealed Notice of Appeal

iii. The Claimant damages in lieu of reinstatement; and

iv. Other reliefs that the Court deems fair and proper

605

Page 333: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

5. EPIC Berhad v. Ramli Shahul Hameed

Mahkamah Rayuan

Rayuan Sivil W-02(NCVC)(W)-188-01/2018

EPIC Berhad – Appellant

Ramli Shahul Hameed – Respondent

EPIC Berhad instituted a suit against the Respondent, the former Managing Director/CEO of the Company in relation to the breach of fiduciary duties as the Group Managing Director of EPIC Berhad into acquiring of ten (10) per centum of shares of a telecommunications company, Xiddig Cellular Telecommunications Sdn. Bhd. (“Xiddig”). EPIC Berhad claims RM13 million from the Respondent, being the value of the said shares and general damages incurred to be assessed by the Court.

The Court of Appeal has fixed 14 May 2019 as the hearing date for the case.

6. Saman oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan terhadap Golden Pharos Glass Sdn Bhd

Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya,Kerac

Golden Pharos Glass Sdn Bhd telah gagal melapor kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang terdekat dalam tempoh 7 hari tentang kemalangan dalam kawasan kilang pada 21 Ogos 2016.

Denda berjumlah RM1,500.00 pada 1.11.2018.

606

Page 334: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

unan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004

7. Tuntutan oleh Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd bayaran semula wang pelaburan yang diuruskan oleh Metrowangsa Asset Management Berjumlah RM 1.0 Juta

Mahkamah Tinggi Kuala TerengganuGuaman Sivil No. : 22-05-2004

Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd (Plaintiff)

Defendant : 1.Metro Global Asset Management Private

2. Metrowangsa Asset Management Sdn Bhd

3. Dr Ghazali bin Atan

4. Mohamed b Abdul Wahab

Notis tuntutan beserta Penghakiman bertarikh 30/02/2012 telah diserahkankepada Metrowangsa Asset Management Sdn Bhd dihantar pada 14/03/2018.

Sehingga 31/12/2018 tiada sebarang maklum balas diterima dari Metrowangsa Asset Management Sdn Bhd

8. Tuntutan oleh Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd kepada Kiloemas Matrik Sdn Bhd bagi mengembalikan wang deposit sebanyak RM687,000

Mahkamah Sesyen Kuala TerengganuGuaman No. : TA-B52NCVC-10-06/2016

Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd (Plaintif)

Defendant : 1. Kiloemas Matrik Sdn Bhd

2. Loo Chye Hee

Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd melalui peguamcara Tetuan Ros Mawarti & Haslinda telah menghantar notis menuntut pengembalian deposit pada 20/04/2016 namun pihak Kiloemas Matrik Sdn Bhd gagal mematuhi notis tersebut.

Ladang Rakyat Trengganu Sdn.

Mahkamah menurunkan Perintah Mutlak pada 06/12/2018 bahawa keseluruhan jumlah RM2,267.46 dalam akaun Kiloemas Matrik Sdn Bhd di Maybank dibayar kepada Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd.

607

Page 335: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Bhd telah melantik peguamcara Tetuan Amin Karlos untuk meneruskan prosiding Garnishee.

9. Lembaga Hasil Dalam Negeri telah memfailkan tuntutan cukai tertunggak sebanyak RM1,932,826.70 bagi tahun taksiran 2011 sehingga 2013 kepada Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd (“SPYIT”)

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu

Lembaga Hasil Dalam Negeri Vs SPYIT

Setelah kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, jumlah yang dipersetujui ialah sebanyak RM 1,068,251.44 melalui penyelesaian di luar mahkamah

Bayaran ansuran cukai oleh SPYIT adalah berjumlah RM543,338.28. Jumlah baki tuntutan sebanyak RM500,789.71 akan diselesaikan melalui lebihan bayaran cukai semasa.

608

Page 336: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

SOALAN 2 : Pohon disenaraikan syarikat pengusaha kuari di seluruh Terengganu mengikut pecahan daerah dan berapakah pula hasil yang kerajaan perolehi melalui kegiatan kuari, penjualan pasir dan tanah untuk tahun 2018 mengikut pecahan daerah?

JAWAPAN : Senarai Kuari Mengikut Pecahan Daerah

Bilangan kuari seluruh Negeri Terengganu adalah sebanyak 22 kuari.

Pecahan kuari mengikut daerah adalah sebagaimana jadual di bawah:

Bil. Daerah Bil. Kuari Nama Syarikat Catatan

1. Besut 1 QMC Sdn. Bhd. Beroperasi

2. Dungun

1 Kuari Pondok Limau Sdn. Bhd. Beroperasi

2 Permodalan Terengganu Berhad Beroperasi

3 Hanson Quarry Product Sdn. Bhd. Beroperasi

4 Kemajuan Quarry (M) Sdn. Bhd. Beroperasi

5 Hexatrend Quarry Sdn. Bhd.

- Belum beroperasi (Belum memperolehi kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar)

- Jabatan Mineral Dan

609

Page 337: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Geosains (JMG) Terengganu belum mengeluarkan Surat Kelulusan Skim Kuari (SKSK)

6 Wahab bin Abd Lah Beroperasi

3 Hulu Terengganu

1 Syarikat Terengganu Kuari Sdn. Bhd Beroperasi

2 RK Kuari Sdn Bhd Beroperasi

3 Jerlan Quarry Sdn. Bhd Beroperasi

4 T-Tian Nerus Sdn. Bhd Beroperasi

5 Diman Kuari Sdn. Bhd Beroperasi

4 Kemaman

1Kuari Terengganu Tengah (KTT) Sdn. Bhd

Beroperasi

2 Kemaman Quarry Sdn. Bhd Beroperasi

3 Pasak Alam Resources Sdn. Bhd Beroperasi

5 Marang

1 Sungai Serai Kuari Sdn. Bhd Beroperasi

2 GPQ Sdn. Bhd Beroperasi

6 Kuala Nerus

1 Imbohan Pelangi Sdn. Bhd Beroperasi

2 Hamparan Bumi Sdn. Bhd Beroperasi

3 Bukit Jong Kuari Sdn. Bhd Beroperasi

610

Page 338: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

4 Casa Hartamas Quarry Sdn. Bhd Beroperasi

7 Setiu 1 Ikatan Umbi Sdn. Bhd Beroperasi

Hasil/ Fi Pengalihan Bahan Batuan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri melalui kegiatan kuari, penjualan pasir dan tanah merah untuk tahun 2018 mengikut pecahan daerah adalah sebagaimana jadual di bawah:

Daerah Batu Kuari (RM) Pasir (RM) Tanah Merah (RM) Jumlah (RM)

Besut 88,317.00 41,851.85 247,500.45 377,669.30

Dungun 401,898.39 385,158.60 552,853.12 1,339,910.11

Hulu Terengganu 186,736.15 199,927.50 103,412.23 490,075.88

Kemaman 331,465.30 85,534.00 1,172,509.42 1,589,508.72

Kuala Terengganu 0 145,921.65 88,851.35 234,773.00

Marang 191,653.78 12,371.25 288,181.75 492,206.78

Setiu 0 5,343.00 90,023.60 95,366.60

Kuala Nerus 694,700.41 100,251.60 376,154.65 1,171,106.66

JUMLAH KESELURUHAN 5,790,617.05

SOALAN 3 : Indeks jenayah di negeri Terengganu dilaporkan semakin menurun. Pohon dinyatakan secara

611

Page 339: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

terperinci bandingan tiga tahun yaitu tahun 2016, 2017 dan 2018 untuk kadar jenayah di Terengganu mengikut daerah?

JAWAPAN : Perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu pihak polis untuk terus meminimumkan kadar jenayah dan membentuk masyarakat yang lebih berdisiplin tinggi dengan mengadakan program seperti berikut:

a) Program pencegahan dan kesedaran masyarakat dengan mengadakan:

b)●Hari Bersama PDRM●Program ceramah/kempen/dialog●Memperkasakan kerjasama JKKK/SRS●Kempen kesedaran melalui media massa iaitu portal polis,facebook, vsp dan pelbagai lagi●Pegawai perhubungan sekolah

c) Penguatkuasaan undang-undang dengan lebih efisyen:

d) ●Mengadakan operasi bersepadu●Mengadakan operasi bersama jabatan luar●Menguatkuasa undang-undang sukarelawan simpanan polis (pvr)

612

Page 340: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

SUMBER PDRM - Tidak dibenarkan salin/cetak tanpa kebenaran Ketua Polis Negara.

613

PERBANDINGAN JENAYAH INDEKS MENGIKUT DAERAH

TAHUN 2017 / TAHUN 2018

Page 341: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

614

Page 342: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

SOALAN 4 : Tempohari dikejutkan dengan penyiasatan SPRM terhadap SPYIT. Walaupun semua pihak termasuk TI Group, agensi kerajaan, badan berkanun dan pegawai kerajaan telah menandatangani ikrar Integrity Corporate dan Ikrar Bebas Rasuah.

Pohon penjelasan adakah masih ada syarikat GLC, agensi berkanun, jabatan kerajaan atau projek-projek kerajaan negeri yang disyaki terdapat unsur rasuah atau salah guna kuasa yang belum dilaporkan kepada SPRM atau pihak berwajib untuk tindakan siasatan?

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(2)(c) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

SOALAN 5 : Pohon dinyatakan jumlah pelaburan di setiap daerah semenjak tahun 2017 sehingga kini. Apakah insentif atau ganjaran yang diberikan kepada pelabur tempatan dan asing. Pohon dinyatakan juga pelabur asing yang terlibat dalam tempoh tersebut di Terengganu?

JAWAPAN : i. Jumlah pelaburan di setiap daerah semenjak tahun 2017 sehingga kini.

615

PERBANDINGAN JENAYAH INDEKS MENGIKUT DAERAH

TAHUN 2016 / TAHUN 2017

SUMBER PDRM – Tidak dibenarkan salin/cetak tanpa kebenaran Ketua Polis Negara

SUMBER PDRM – Tidak dibenarkan salin/cetak tanpa kebenaran Ketua Polis Negara

Page 343: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Bil Daerah Jumlah Pelaburan (RM)

1 Kemaman 4,214,489,000.00

2 Dungun 35,797,732.003 Kuala

Terengganu 2,794,616.00

4 Hulu Terengganu 49,391,647.00

5 Kuala Nerus 980,000.006 Besut 53,187,527.00

ii. Apakah insentif atau ganjaran yang diberikan kepada pelabur tempatan dan asing?

- Galakan Cukai Pelaburan dan Pengecualian Duti Import.

- Harga tanah industri yang kompetitif.

iii. Pelabur asing yang terlibat dalam tempoh tersebut di Terengganu.

- China.- Perancis- Korea Selatan

616

Page 344: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

MESYUARAT PERTAMAPENGGAL PERSIDANGAN YANG KEDUADEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELASPADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERIBILANGAN 5.1.2.Y.B. MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADIADUN BATU BUROK

SOALAN 1 : Ekoran krisis kewangan global menjelang tahun 2020 dan anggaran perbelanjaan rakyat semakin berkurang, Terengganu mungkin berdepan dengan cabaran untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara ke negeri ini. Adakah sasaran untuk mencapai 5 juta pelancong masih relevan? Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menampilkan keunikan Terengganu sebagai hab pelancongan Islam di Malaysia?

JAWAPAN 1. Berdasarkan pencapaian statistik kedatangan pelancong sebanyak 4.79 juta pada tahun 2018, sasaran untuk mencapai 5 juta pada tahun 2020 adalah relevan.

2. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menjalankan aktiviti promosi seperti pengiklanan di 6 lapangan terbang di Semenanjung Malaysia, kerjasama bersama radio, menggalakan penggambaran perfileman, kerjasama bersama perantau dan pelantikan Mat Dan sebagai ikon pelancongan Negeri Terengganu.

3. Selain itu, Kerajaan Negeri berkerjasama bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dalam program usahasama 4 negeri

617

Page 345: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

(Terengganu, Kelantan, Pahang & Johor) iaitu East Coast Tourism Council (ECTC) dalam membangunkan & mempakejkan produk-produk pelancongan yang terdapat di negeri ini.

SOALAN 2 : Pada bulan Disember 2018, Kerajaan Negeri Terengganu buat pertama kali menerusi Terengganu Inc menjalin kerjasama strategik dengan PETRONAS bagi membangunkan pembangunan tenaga ke Lembah Silika Terengganu (TSV). Apakah hasil kajian dan penilaian teknikal yang telah diperolehi setakat ini?

JAWAPAN : Pada masa kini, PETRONAS dengan kerjasama Terengganu Inc dalam peringkat penyediaan dokumen untuk di hantar kepada Suruhanjaya Tenaga. Antara dokumen penting yang diperlukan adalah surat niat (LOI) dari pihak pelabur yang akan membuka kilang dan beroperasi di Lembah Silika Terengganu. Berikut adalah maklumat teknikal yang telah diperolehi:

Jarak laluan paip gas dari Paka

: 32 km

Keperluan tenaga (elektrik) : 150 MWKeperluan gas (kilang) : 60 mmscfd/hariDiameter paip gas : 36” x 28 km

10” x 4 kmPengambilanbalik tanah (30m x 32km)

: RM51,300,000.00

Kos projek (termasuk kos tanah sehingga 2019)

: RM260,000,000.00

618

Page 346: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

MESYUARAT PERTAMAPENGGAL PERSIDANGAN KEDUADEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERIBILANGAN 5.1.3.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEHY.B. HAJI NAWI BIN MOHAMADADUN HULU BESUT

SOALAN 1 : Bilakah Masjid di Kampung Kubang Depu dan Masjid Kampung Durian Telor yang berada di kawasan Hulu Besut akan dibina oleh Kerajaan Negeri Terengganu?

JAWAPAN : Setakat ini belum ada cadangan pembinaan masjid baharu Masjid Kubang Depu dan Masjid Durian Telor yang berada di kawasan Hulu Besut akan dibina oleh Kerajaan Negeri Terengganu .Namun begitu kajian keperluan pembinaan masjid akan dibuat jika permohonan cadangan pembinaan masjid ini diterima.

SOALAN 2 : Apakah status pembangunan Lata Pak Siton di kawasan Hulu Besut?

JAWAPAN Setakat ini tiada kerja-kerja pembangunan dijalankan di Lata Pak Siton, Hulu Besut, Lata Pak Siton ini belum disenaraikan di dalam kawasan hutan lipur.

SOALAN 3 : Apakah status pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) di Pekan Pasir Akar?

JAWAPAN : Kerajaan Negeri masih tiada sebarang perancangan pembangunan Rumah Mampu Milik

619

Page 347: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

(RMM) di Pekan Pasir Akar, Besut.

620

Page 348: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

MESYUARAT PERTAMAPENGGAL PERSIDANGAN KEDUADEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELASPADA 1 APRIL HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERIBILANGAN 5.1.4

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEHY.B. HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIKADUN SURA

SOALAN 1 : Nyatakan status pembinaan rumah mampu milik yang telah diputuskan pada sidang dewan terdahulu di empat (4) kawasan dan berapakah jumlah yang diperuntukkan bagi setiap kawasan tersebut?

JAWAPAN : Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan projek Rumah Mampu Milik (RMM) sebanyak empat kawasan iaitu:

i) RPMM Tok Jembal, Kuala Nerus RM 2,500,000.00;ii) RMM Tajin, Hulu Terengganu RM 2,500,000.00;iii) RMM Tempinis, Besut RM 2,500,000.00; daniv) RMM Gong Chengal, Kemaman RM 2,500,000.00.

Sehingga Mac 2019, dua tender projek telah pun ditutup iaitu projek RPMM Tok Jembal, Kuala Nerus dan RMM Tajin, Hulu Terengganu. Manakala RMM Tempinis, Besut berada dalam penyelarasan pra-pelaksanaan dan RMM Gong Chengal (II), Kemaman akan diteliti pelaksanaannya dari masa ke semasa.

SOALAN 2 : Nyatakan status penyusunan susun atur peniaga-peniaga pasar borong Bandar Dungun dan penyediaan kemudahan infrastruktur yang diperlukan di tempat tersebut?

621

Page 349: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

JAWAPAN : Pihak Persatuan Penjaja - Penjaja Kecil Cawangan Dungun telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan pemborong dan Ahli-Ahli Majlis bagi menjalankan kajian penyusunan semula tapak pemborong yang lebih sesuai.

SOALAN 3 : Nyatakan berapakah bilangan imam dan bilal yang telah diisi mengikut daerah?

JAWAPAN : Bilangan Imam dan Bilal yang telah diisi mengikut daerah adalah seperti berikut:

1. Masjid Kerajaan

622

BIL DAERAHPENGISIAN

JUMLAHIMAM BILAL

1 Kuala Terengganu 36 29 65

2 Kemaman 25 20 45

3 Dungun 24 15 39

4 Besut 22 18 40

5 Hulu Terengganu 16 10 26

6 Marang 15 13 28

7 Setiu 6 5 11

8 Kuala Nerus 15 16 31JUMLAH

KESELURUHAN 159 126 285

Page 350: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

2. Masjid Mukim

623

BIL DAERAHJAWATAN YANG

DIISI JUMLAH

IMAM BILAL

1 Kuala Terengganu 188 195 383

2 Kemaman 95 89 184

3 Dungun 99 94 193

4 Besut 160 187 347

5 Hulu Terengganu 164 167 331

6 Marang 112 112 224

7 Setiu 100 101 201

8 Kuala Nerus 88 97 185JUMLAH

KESELURUHAN 1006 1042 2048

Page 351: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

MESYUARAT PERTAMAPENGGAL PERSIDANGAN KEDUADEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELASPADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERIBILANGAN 5.1.5 .

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEHY.B. ROSLEE BIN DAUD WAKIL BUKIT BESI

SOALAN 1 : Apakah usaha-usaha yang diambil kerajaan bagi meningkatkan sektor pelancongan khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Besi seperti Taman Tasik Bukit Besi dan sebagainya serta sejauh manakah pada pandangan Kerajaan Negeri ia mampu memberikan impak terhadap sektor pelancongan negeri?

JAWAPAN : Memandangkan kawasan pelancongan DUN Bukit Besi berada dalam kawalan KETENGAH, Kerajaan Negeri menjalinkan kerjasama yang erat bersama KETENGAH dalam usaha memajukan kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan. Ianya disokong setelah pihak KETENGAH telah menjalankan Bengkel Hala Tuju Pelancongan KETENGAH baru - baru ini.

SOALAN 2 : Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengecilkan saiz kakitangan awam di negeri ini dan pada pandangan kerajaan negeri, apakah berlaku lebihan kakitangan awam di Terengganu?

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(6) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan

624

Page 352: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Undangan Negeri Terengganu.

SOALAN 3 Sila nyatakan jumlah pengangguran yang terdapat di Terengganu bermula Mei 2018 hingga Februari 2019 dan apakah sebenarnya faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya sedemikian?

JAWAPAN : Statistik rasmi bagi kadar pengangguran tahun 2018 dan 2019 belum dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

SOALAN 4 : Sebutkan jumlah kawasan yang sering berlaku kebakaran hutan di seluruh Terengganu mengikut pecahan daerah dan sejauh manakah kerugian yang dialami pihak berkaitan akibat kejadian tersebut serta apakah pula langkah-langkah yang diambil bagi menanganinya?

JAWAPAN : 1. Kawasan yang sering berlaku kebakaran hutan di seluruh Terengganu mengikut pecahan daerah adalah sebagaimana berikut:

Daerah Bil Lokasi Status Tanah Jenis Kawasan

Tarikh Kebakaran

Luas (Ha)

Setiu 1 Kg. Bukit Layat, Setiu Tanah Milik Belukar 24-Apr-16 ±3.00

Kuala Terengganu 1

Kg. Pagar Besi, Batu Rakit, Kuala Terengganu

Tanah Kerajaan & Tanah Milik

Belukar 4 Mac 2014 ±250.00

Marang

1

Kg. Rhu Kubur, Jambu Bongkok, Marang

Tanah Kerajaan Belukar 22 Julai

2013 ±4.00

2Pulau Kerengga, Marang

Tanah Kerajaan

Belukar/Tanah Beris

30 Julai 2013 ±3.00

625

Page 353: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

3 Kg. Durian Guling, Marang Tanah Milik Ladang

Kelapa Sawit 20-Apr-16 ±20.00

Dungun

1 Kg.Baru Rantau Abang, Dungun

Tanah Kerajaan Belukar 18 Mei

2013 ±40.00

2 Kg.Rantau Abang, Dungun

Tanah Kerajaan Belukar 24 Julai

2013 ±3.00

3Kg. Rhu Batil, Kuala Abang, Dungun

Tanah Kerajaan Belukar 29 Julai

2013 ±4.50

4Kg. Bahagia, Tok Kah, Dungun

Tanah Kerajaan Belukar 26-Jan-14 ±407.00

5Kg. Bahagia, Tok Kah, Dungun

Tanah Kerajaan Belukar 10-Feb-14 ±17.00

6 Kg. Baru Kuala Abang, Dungun

Tanah Kerajaan Belukar 20-Apr-14 ±6.00

7Kg. Batu Pelanduk, Kuala Abang, Dungun

Tanah Kerajaan Belukar 20-Apr-14 ±14.00

8 Kg.Batu 7, Dungun

Tanah Kerajaan

Belukar/Tanah Beris 7-Apr-16 ±49.00

9 Felda Jerangau, Dungun Tanah Milik Ladang

Kelapa Sawit 24-Apr-16 ±4.00

10 Kg. Balai Besar, Dungun Tanah Milik Belukar 25-Apr-16 ±3.00

1Kompartmen 3, Hs Bukit Palus, Kemaman

Hutan Simpan & Tanah Kerajaan

Hutan 9 Julai 2013

±0.7 - Tk

±0.2 -

626

Page 354: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Kemaman

Hs

2Teluk Kalong, Kemaman (Eastern Steel)

Tanah Kerajaan Belukar 4 Mac

2014 ±14.70

3Kg. Chabang, Kertih, Kemaman

Tanah Kerajaan

Belukar/Tanah Beris 12-Apr-16 ±22.00

4Teluk Kalong, Kemaman (Eastern Steel)

Tanah Kerajaan Belukar 17-Apr-16 ±100.00

Hulu

Terengganu1

Kg.Bukit Taduk, Paya Bukit Papan, Hulu Terengganu

Tanah Kerajaan & Tanah Milik

Hutan & Belukar

1 Julai 2013 ±100.00

: 2. Kawasan Kg.Baru Rantau Abang, Dungun mencatatkan kes kebakaran tertinggi dengan catatan sebanyak tiga (3) kali iaitu pada 9 April 2013, 24 Julai 2013 dan 20 April 2014.

3. Hampir kesemua kebakaran yang dicatatkan melibatkan tanah kerajaan yang kebanyakkannya adalah belukar. Oleh itu, tiada sebarang kerugian dicatatkan.

4. Walaubagaimanapun, langkah-langkah pencegahan tetap diambil iaitu antara lain dengan memasang papan tanda larangan melakukan pembakaran, meningkatkan aktiviti rondaan dan pemantauan berkala oleh agensi-agensi berkaitan dan menggunapakai teknologi penderiaan jauh dan imej satelit bagi mengesan kawasan-kawasan yang terbuka akibat berlakunya kejadiaan kebakaran hutan.

627

Page 355: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

SOALAN 5 : Sila sebutkan jumlah kemalangan dan kemalangan maut mengikut pecahan bulan yang berlaku sepanjang tahun 2018 di laluan Lebuh Raya Pantai Timur dari Jabor hingga ke Gemuruh, Kuala Terengganu?

JAWAPAN : Bagi tahun 2018, sebanyak 909 kes kemalangan telah direkodkan di sepanjang laluan Lebuh Raya Pantai Timur dari Jabor hingga ke Gemuruh, Kuala Terengganu. Daripada jumlah kes kemalangan tersebut, 17 merupakan kes kemalangan maut yang melibatkan 21 kematian.

628

Page 356: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

MESYUARAT PERTAMAPENGGAL PERSIDANGAN KEDUADEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERIBILANGAN 5.1.6

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEHY.B. HAJI RIDZUAN BIN HASHIMADUN BULUH GADING

SOALAN 1 : Apakah perancangan terkini pihak kerajaan dalam memajukan Kompleks Usahawan Terengganu (KUT), Kubang Jela, Kuala Terengganu?

JAWAPAN : Perancangan terkini Kerajaan Negeri dalam memajukan Kompleks Usahawan Terengganu (KUT), Kubang Jela, Kuala Terengganu ialah:

i) Mengoptimakan pengisian dan penyewaan melalui pendekatan Mampu Sewa

a) YPU telah membuat rebet sewa sebanyak 50% bermula tahun 2017 dan peratus pengisian sehingga kini meningkat kepada 72%.

b) Saiz lot yang sediaada akan dikecilkan bagi mengurangkan kos kadar sewa.

ii) Acara Promosi dan Karnival Jualan

a) Pelbagai program promosi dan carnival jualan akan dilaksanakan secara berkala pada tahun hadapan bagi menarik pengunjung serta masyarakat setempat.

629

Page 357: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Beberapa lot kedai pula akan dijadikan pusat seminar dan aktiviti keusahawanan negeri.

Antara program dan acara yang akan dilaksanakan ialah :-

Karnival Usahawan Atas Talian Seminar & Latihan Keusahawanan secara

bulanan. Festival Jualan Bazar Ramadhan Jualan Akhir Tahun (Year End Sale ‘ YES’) Karnival Kembali Ke Sekolah Pusat perjumpaan Santai Usahawan

iii) Pusat Aktiviti Keusahawanan

a) Beberapa lot kedai akan dijadikan pusat seminar dan aktiviti keusahawanan negeri. Program secara berjadual ini akan memeriahkan suasana disamping menarik minat usahawan untuk menyewa lot KUT.

iv) Bermula 01 Januari 2019, Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) telah mula beroperasi di Tingkat 1, Kompleks Usahawan Terengganu (KUT).

SOALAN 2 : Sila nyatakan jumlah dan nama RTB pertanian dan kediaman sepanjang 1999 hingga 2004 yang tidak dapat diselesaikan, dan daripada jumlah tersebut, berapakah pula yang telah berjaya diselesaikan bermula Mei 2018 hingga Mac 2019.

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(4A)(b) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

630

Page 358: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

SOALAN 3 : Sila nyatakan jumlah terkini serta lokasi padang ragut mengikut Kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Negeri Terengganu?

JAWAPAN : Jumlah serta lokasi padang ragut mengikut kawasan dewan undangan negeri Terengganu adalah sembilan puluh empat (94) dan sebagaimana berikut:

DUN BIL

LOKASINO LOT KAMPUNG MUKIM DAERAH

AIR PUTIH

1 PTK 36 Seberang Tayor Tebak Kemaman

2 PT 36 Sungai Nipah Tebak Kemaman3 PT 2450 Paman Pasir Semut Kemaman4 2451 Paman Pasir Semut Kemaman5 PT 1028 Perasing Jaya Hulu Jabor Kemaman

AJIL

1 3261 Bukit Diman Penghulu Diman

Hulu Terenggan

u

2 1937 Pengkalan Ajal

Hulu Berang

Hulu Terenggan

u

3 3926 Gunung Hulu Berang

Hulu Terenggan

u

4 3927 Gunung Hulu Berang

Hulu Terenggan

u

5 3928 Gunung Hulu Berang

Hulu Terenggan

u

6 2248 Ceting TersatHulu

Terengganu

631

Page 359: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

BATU RAKIT

1 8454 Tok Him Batu Rakit Kuala Nerus

2 PT 6452 R Bukit Nenasi Batu Rakit Kuala Nerus

3 11341 Bukit Wan Batu Rakit Kuala Nerus

4 21051 Mengabang Bakong Batu Rakit Kuala

Nerus

BUKIT BESI

1 453 Sungai Iman Kuala Jengai Dungun

2 683 Jongok Batu Pasir Raja Dungun3 6465 Cermin

Kanan Jerangau Dungun4 PT 4364 Tepus Jerangau Dungun5 540 Chemuak Kuala

Jengai Dungun

6 - Seberang Surau

Kuala Jengai Dungun

7 631 Pelambor Kuala Jengai Dungun

8 452 Bukit Labu Pasir Raja Dungun9 639 Besol Jerangau Dungun

10 6494 Minda Jerangau DungunBUKIT

PAYONG 1 9554 Bukit Binjai Undang

Bukit Payong Marang

CHUKAI 1 PT 1435 Bukit Jembalang Banggol Kemaman

HULU BESUT 1 1085 Segading Hulu Besut Besut2 2596 Kuala

BelawangLubuk Kawah

Besut

632

Page 360: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

3 2595 Bukit Kemuntong

Lubuk Kawah Besut

4 2616 Lubuk Agu Lubuk Kawah Besut

5 3262 Padang Buloh Pasir Akar Besut6 2364 Durian Telor Pasir Akar Besut7 979 Baroh Masin Pasir Akar Besut8 689 Bukit Payung Tenang Besut

JABI 1 2366 Padang Lindong Jabi Besut

2 2686 Petai Patah Kerandang Besut

JERTEH

1 2408 Padang Baloh Kampung Raja Besut

2 2409 Alor Lintang Kubang Bemban Besut

3 1443 Gong Keruing Kubang Bemban Besut

4 993 Alor Lintah Kubang Bemban Besut

KEMASIK1 6477 Cabang Kerteh Besut2 PT 234 Ranggong

Estate Kerteh Besut3 PT 440 Batu Putih Kerteh Besut

KOTA PUTRA1 - Gong Panjang Tembila Besut2 3493 Alor Nibong Tembila Besut

KUALA BERANG 1 3661 Lerek Jenagor

Hulu Terenggan

u

2 3141 Kuala Ping Hulu Telemong

Hulu Terenggan

u

3 PT3607 Sekayu TersatHulu

Terengganu

4 4776 Kuala Pueh Jenagor Hulu Terenggan

u

633

Page 361: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

5 3561 Tapah JenagorHulu

Terengganu

KUALA BESUT

1 3627 Tok Has Bukit Puteri Besut2 3593 Gong Melor Bukit Puteri Besut

LANGKAP

1 9394 Bukit Aman/ Bukit Lawang Hulu Setiu Setiu

2 9081 Payung Hulu Nerus Setiu3 9245 Langkap Hulu Nerus Setiu

4 9080Sungai Dagang Pelong

Hulu Nerus Setiu

5 PT 3714 Merbau Menyusut Hulu Nerus Setiu

PAKA1 3481 Durian

Mentagau Paka Dungun

2 3454 Kampung Nyior Paka Dungun

3 7372 Santong Paka Dungun

PENGKALAN BERANGAN

1 2630 Bukit Lebam Jerong Marang2 PT 1714 Tok Chan Jerong Marang3 PT 4472 Padang Cador Jerong Marang4 5749 Baruh Tok Ator

KubuPulau

Kerangga Marang

PERMAISURI

1 2772 Alor Fatimah Guntong Setiu2 2773 Alor Fatimah Guntong Setiu3 841 Gong Kiong Pantai Setiu4 9588 Telaga Papan Chalok Setiu5 1445 Anting Hulu Setiu Setiu6 534 Sungai Lanjut Hulu Setiu Setiu7 1444 Padang

Seladang Hulu Setiu Setiu8 PT 4535 Damar Minyak Tasek Setiu

RANTAU ABANG

1 2151 Paya Kemudi Kumpal Dungun2 2150 Paya Kemudi Kumpal Dungun

634

Page 362: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

3 1508 Legong Kumpal Dungun4 2325 Delong Kumpal Dungun

RHU RENDANG

1 PT 4343 Gong Tepas Pulau Kerangga Marang

2 3688/3689 Tanjung Gadoh Mercang Marang

3 PT 8470 Padang Lalang Pulau Kerangga Marang

4 4154 Tertak Batu Rusila Marang

TELEMONG

1 3378 Binjai Kertas TanggolHulu

Terengganu

2 PT 6952 Payang Kayu Hulu Telemong

Hulu Terenggan

u

3 3697 Teris Gerdong Hulu Telemong

Hulu Terenggan

u

4 3698 Teris Gerdong Hulu Telemong

Hulu Terenggan

u

5 4985 Capu Hulu Telemong

Hulu Terenggan

u

6 4986 Capu Hulu Telemong

Hulu Terenggan

u

7 4987 Capu Hulu Telemong

Hulu Terenggan

u

8 6369 Baong Hulu Telemong

Hulu Terenggan

u

9 3669 Pelam Kuala Temelong

Hulu Terenggan

u10 PT 7769 Tengkawang Hulu Hulu

635

Page 363: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Telemong Terengganu

11 PT 7770 Tengkawang Hulu Telemong

Hulu Terenggan

u

TEPOH1 13149 Bukit Seraya Kuala Nerus Kuala

Nerus2 9997 Sungai Lekar Belara Kuala

NerusJUMLAH 94

MESYUARAT PERTAMAPENGGAL PERSIDANGAN KEDUADEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELASPADA 1 APRIL HINGGA 4 APRIL 2019

636

Page 364: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERIBILANGAN 5.1.7

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEHY.B. HAJI HILMI BIN HARUNADUN MANIR

SOALAN 1 : Berapakah jumlah hutang kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Pohon dinyatakan mengikut pecahan projek dan tahun?

JAWAPAN : Kerajaan Pusat tidak mempunyai apa-apa hutang dengan Kerajaan Negeri sehingga tahun berakhir 31 Disember 2018.

SOALAN 2 : Berapakah jumlah hutang kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. Pohon dinyatakan mengikut pecahan projek dan tahun.

JAWAPAN : Jumlah hutang Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat berakhir pada 31 Disember 2018 adalah berjumlah RM733,129,563.52 merangkumi RM707,269,913.19 (pokok) dan RM25,859,650.33 (faedah).

BIL. TAHUN KATEGORI PROJEK POKOK (RM) FAEDAH (RM) JUMLAH (RM)

1 1990 - 1996 PMINT 49,209,291.70 13,494,233.83 62,703,525.53

2 1993 - 2013

Rancangan Bekalan Air

578,015,710.73 - 578,015,710.73

3 1993 - 2005

PAKR / Skim Pertapakan 60,525,644.51 3,728,887.82 64,254,532.33

637

Page 365: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

4 1987 - 1999

Projek Pembangunan Dalam Negeri 19,328,364.99 8,632,700.20 27,961,065.19

5 1992 - 1995 Pembangunan Hutan 190,901.26 3,828.48

194,729.74

JUMLAH 707,269,913.19 25,859,650.33 733,129,563.5

2

SOALAN 3 : Berapakah jumlah sebenar hutang untuk kos pembinaan LPT2? Berapakah jumlah yang telah dibayar semula oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri setakat Mac 2019?

JAWAPAN : Jumlah sebenar hutang untuk kos pembinaan LPT 2 ialah RM1,850,000,000.00. Jumlah yang telah dibayar semula oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri setakat Mac 2019 adalah sebagaimana berikut:

i. Naiktaraf Jalan Marang ke Awana Kijal - RM118,500,000.00

ii. Bayaran Pendahuluan yang tidak dibayar balik - RM200,000,000.00

iii. Pembinaan Rumah Mampu Milik - RM100,000,000.00

Oleh itu, jumlah yang telah diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM418,500,000.00. Manakala baki yang belum diterima bagi Pembinaan LPT 2 ialah sebanyak RM1,431,500,000.00.

638

Page 366: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

MESYUARAT PERTAMAPENGGAL PERSIDANGAN YANG KEDUADEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELASPADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERIBILANGAN 5.1.8.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEHY.B. HAJI ALIAS BIN HARUNADUN RANTAU ABANG

SOALAN 1 : Tambatan banjir 2014 telah memberi kesan baik kepada penduduk Taman Rakyat tetapi telah memberi kesan buruk kepada penduduk Kg. Che Lijah dan sekitarnya.Apakah perancangan kerajaan dalam mengurangkan kesan buruk akibat pembinaan Tebatan Banjir Taman Rakyat ini?

JAWAPAN : Kerajaan negeri dalam kajian dan perancangan untuk mengadakan satu sistem saliran selaras dengan projek tebatan banjir yang telah di laksanakan di Taman Rakyat. Perancangan itu merangkumi pembinaan dan penahan banjir dan sistem pam memandangkan aras platform Kampong Che Lijah yang rendah. Di jangkakan projek ini dapat dilaksana pada tahun 2020.

SOALAN 2 : Keluarga B40 hilang punca pendapatan apabila Ketua Isi Rumah (KIR) meninggal dunia. Apakah bantuan dan usaha kerajaan Negeri dalam menangani isu ini?

JAWAPAN : Menerusi jabatan Kerajaan, pelbagai bantuan disediakan bagi membantu rakyat yang menghadapi permasalahan sebegini. Berikut dinyatakan antara langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam membantu

639

Page 367: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

keluarga yang kehilangan KIR, antaranya:

1. Program Perumahan TerengganuKu Sejahtera (PPTS)

2. Bantuan Bekalan Air Percuma 20 meter padu kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

3. Bantuan Persekolahan.4. Program Dana Raya (Bantuan Perayaan)5. Program Dana Bakti Remaja6. Skim Bantuan-Bantuan Utama MAIDAM7. Bantuan-Bantuan JKM

Bagi keluarga B40 yang hilang punca pendapatan apabila Ketua Isi Rumah meninggal dunia, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu menyediakan beberapa Skim Bantuan Zakat dibawah asnaf Fakir Miskin yang boleh dipohon seperti dibawah;

BIL JENIS BANTUAN KADAR BANTUAN1 Bantuan Kewangan

/Saraan BulananRM 300- Pertambahan RM 50 bagi tanggungan air.

2 Bantuan Persekolahan RM 500 bagi seorang anak yang bersekolah (setahun)

3 Bantuan Perubatan Antara RM 1,000-RM 3,000/mengikut keperluan (setahun)

4 Bantuan Sara Hidup Antara RM 1,000-RM 3,000/mengikut keperluan (setahun)

5 Bantuan Serta -Merta Tidak lebih RM 2506 Bantuan Sewa Rumah Tidak lebih RM 300

640

Page 368: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

7 Bantuan modal RM 3,000-RM 20,000 setahun

Melalui JKM sentiasa memberi perhatian dan membantu keluarga B40 yang kehilangan Ketua Isi Rumah (KIR) sama ada meninggal dunia, hilang atau terlibat dengan apa-apa musibah. Bantuan dan sokongan kepada penerima disalurkan bagi meringankan beban kewangan dan menjamin kesejahteraan hidup rakyat.

Dalam konteks peruntukan bantuan kerajaan negeri, melalui pihak JKM telah menyalurkan bantuan am bulanan kepada penerima yang layak dengan jumlah minima sebanyak RM200.00 seorang dan maksimum sebanyak RM450.00 sekeluarga. Kelulusan bagi penerima-penerima bantuan am negeri ini adalah atas kelulusan Jawatankuasa Penimbang yang dilantik di setiap daerah dengan pengesyoran daripada pihak JKM. Untuk rekod, sejak 3 tahun yang lepas, Bantuan Am kepada penerima yang layak sentiasa menunjukkan peningkatan jumlah peruntukan seperti maklumat berikut:

TAHUN JUMLAH (RM) JUMLAH PENERIMA2016 48,193,800.00 18,523 Orang2017 50,251,654.62 20,408 Orang2018 51,525,850.00 21,484 Orang

Untuk tahun 2019, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM55,700,000.00 kepada pihak JKM untuk tujuan bantuan kepada rakyat Terengganu. Daripada jumlah besar itu, sejumlah RM51,564,600.00 telah diperuntukkan untuk bantuan am dan telah pun diagih-agihkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah-daerah (PKMD). Selain daripada itu, kerajaan negeri juga menyalurkan bantuan kepada penerima-penerima yang layak iaitu bantuan membaiki rumah

641

Page 369: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kepada klien yang rumahnya dhaif, bantuan bencana alam (pemulihan keluarga) dan bantuan cermin mata.

Usaha-usaha kerajaan negeri melalui JKM tidak terhad kepada penyaluran bantuan kewangan sahaja, malah perkhidmatan sokongan emosi kepada keluarga yang menghadapi musibah dan kesusahan dengan memberi perkhidmatan kaunseling dan bimbingan, memastikan hak atau keperluan anak-anak diberi penjagaan dan perlindungan kepada orang yang layak dan sesuai, contohnya penempatan anak-anak yatim di Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi dan Asrama PERKAYA atau penempatan di tempat selamat seperti di Rumah Kanak-kanak, Di samping itu, bantuan-bantuan lain yang sesuai di bawah kerajaan pusat turut disalurkan kepada penerima-penerima yang layak seperti Tabung Bantuan Segera (TBS: bantuan segera sebanyak RM300.00 sekaligus), Bantuan Kanak-kanak (RM100.00 seorang kanak-kanak dengan maksima sebanyak RM450.00 sekeluarga), Bantuan Anak Pelihara (RM250.00 seorang kanak-kanak dengan maksima sebanyak RM500.00 sekeluarga).

Syarat kelayakan penerima bantuan negeri di bawah JKM Terengganu:

i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Terengganu

ii. Pendapatan di bawah RM960.00 sebulan;iii. Keluarga yang berkeperluan dan tidak

berkemampuan

*Nota: (faktor-faktor lain yang diambilkira semasa siasatan dijalankan ke atas setiap permohonan juga mengambilkira bilangan tanggungan dalam keluarga, keadaan rumah kediaman, umur penjaga atau ketua keluarga, tahap kecacatan dan keuzuran pemohon serta lain-lain aspek dalam keluarga).

Pemohon-pemohon yang layak boleh berhubung atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah terdekat atau boleh dirujuk oleh mana-mana orang atau boleh memuat turun borang online e-JKM18 melalui website

642

Page 370: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

JKM.

PROGRAM PERUMAHAN TERENGGANUKU SEJAHTERA (PPTS):Laporan Pelaksanaan Projek Perumahan TerengganuKu Sejahtera(PPTS)

2010 - 2018 Mengikut Daerah:

BIL DAERAHBAIK PULIH

2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018

1 KUALA TERENGGANU 328 560 1465 1310 261 200 315 307 515

2 KEMAMAN 28 21 684 471 309 334 398 335 289

3 DUNGUN 36 24 162 178 128 193 491 220 111

4 MARANG 40 40 89 103 94 167 230 148 137

5 HULU TERENGGANU 30 88 277 254 297 291 153 536 192

6 BESUT 45 30 608 622 569 553 363 405 213

7 SETIU 69 149 120 192 176 195 194 114 141

643

Page 371: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

8 KUALA NERUS 0 0 0 0 0 276 225 282 247

JUMLAH KESELURUHAN 576 912 3,405 3,130 1,834 2,209 2,369 2,347 1,845

BIL DAERAHBINA BARU

2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018

1 KUALA TERENGGANU 109 90 99 78 53 13 7 9 7

2 KEMAMAN 31 24 40 40 32 23 1 18 2

3 DUNGUN 40 40 58 4 10 7 1 7 5

4 MARANG 15 15 20 15 10 9 0 0 1

5 HULU TERENGGANU 30 30 30 30 30 30 28 41 2

6 BESUT 53 55 50 50 51 47 42 47 34

7 SETIU 13 17 18 10 8 4 4 0 1

8 KUALA NERUS 0 0 0 0 0 13 7 0 3

JUMLAH KESELURUHAN 291 271 315 227 197 146 90 122 55

JUMLAH KESELURUHAN 2010 - 2018:Baik Pulih : 18,627Bina Baharu : 1,714

PROGRAM BEKALAN AIR PERCUMA

Memberi bekalan air 20 meter padu kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah iaitu kepada senarai Pemilik Rumah PPRT, miskin dan Miskin tegar e-Kasih serta penerima bantuan daripada MAIDAM.

Jumlah bilangan rakyat yang menerima faedah ini ialah seramai 8,696 orang penerima sebagaimana pecahan di

644

Page 372: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

bawah:

TOTALMAIDAM 2118

e-Kasih 1146PPRT 5432

Jumlah Keseluruhan 8696

PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN

Pengagihan bantuan persekolahan iaitu sebanyak RM100.00 seorang kepada penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah melalui pembekalan set pakaian dan kelengkapan sekolah.

Bantuan persekolahan ini diagihkan kepada keluarga yang berpendapatan bulanan bawah RM2,500 melibatkan pelajar yang berumur antara 7 hingga 17 tahun bagi sesi persekolahan tahun 2019.

DATA BANTUAN PERSEKOLAHAN SESI 2014 HINGGA 2019

DATA BANTUAN PERSEKOLAHAN BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2014 HINGGA 2018

TAHUN (SESI PERSEKOLAHAN)

BILANGAN PENERIMA

JUMLAH PERUNTUKAN (RM)

2014 94,966 orang 9,496,600.00

2015 101,984 orang 10,198,400.00

2016 104,021 orang 10,402,100.00

2017 109,880 orang 10,988,000.00

2018 116,375 orang 11,637,500.00

2019 125,169 orang 12,516,900.00

645

Page 373: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

646

Page 374: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

STATISTIK TAHUNAN PENERIMA DAERAH BAGI BANTUAN RAYAHARI RAYA AIDILFITRI

NO DAERAH/PARLIMEN

2015 2016 2017 2018BIL RM BIL RM BIL RM BIL RM

1 BESUT 33,956 12,566,200 35,013 13,008,700 39,221 14,603,500 44,889 11,222,250

2 DUNGUN 25,583 9,511,500 26,851 10,018,400 29,553 11,038,500 34,777 8,694,250

3 HULU TERENGGANU

18,919 6,965,200 19,407 7,157,700 20,642 7,618,600 23,534 5,883,500

4 KEMAMAN 34,151 12,722,900 34,766 12,996,500 37,709 14,128,200 43,053 10,763,250

5 KUALA TERENGGANU

41,751 15,212,200 43,482 15,916,300 47,676 17,491,700 57,533 14,383,250

6 MARANG 21,234 7,816,300 22,191 8,188,700 24,070 8,906,200 28,430 7,107,500

7 SETIU 14,273 5,271,600 14,762 5,460,500 15,937 5,900,000 18,032 4,508,000

8 KUALA NERUS 22,523 8,262,600 23,278 8,574,100 25,443 9,390,800 29,561 7,390,250

JUMLAH KESELURUHAN

212,390 78,328,500 219,750 81,320,900 240,251 89,077,500 279,809 69,952,250

TARIKH CETAKAN : 27 – NOV 2018 02:57PM

647

Page 375: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

PROGRAM SKIM BANTUAN UTAMA KENDALIAN MAIDAM

Bagi membantu menyelesaikan masalah kemiskinan, MAIDAM menyediakan 13 skim bantuan utama kepada asnaf fakir dan miskin yang berkelayakan seperti berikut:

BIL JENIS BANTUAN KADAR BANTUAN

1 Bantuan Kewangan /Saraan Bulanan

RM 300. Pertambahan RM 50 bagi AIR yang dalam tanggungan

2 Bantuan Persekolahan RM 500 bagi seorang anak yang bersekolah (setahun)

3 Bantuan Sempena Ramadhan RM 400/RM 600 (setahun) 4 Bantuan Kecemasan / Bencana

AlamTidak lebih RM 10,000

5 Bantuan Membina Rumah Tidak lebih RM 60,0006 Bantuan Membaik Pulih Rumah Tidak lebih RM 20,0007 Bantuan Perubatan Antara RM 1,000-RM 3,000/mengikut

keperluan (setahun)8 Bantuan Hemodialisis RM 2,600 sebulan9 Bantuan Tambang Hemodialisis RM 650 sebulan

10 Bantuan Sara Hidup Antara RM 1,000-RM 3,000/mengikut keperluan (setahun)

11 Bantuan Serta -Merta Tidak lebih RM 25012 Bantuan Sewa Rumah Tidak lebih RM 30013 Bantuan modal RM 3,000-RM 20,000 setahun

648

Page 376: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Perbelanjaan MAIDAM bagi 13 Skim Bantuan Utama sehingga Oktober 2018:

BIL JENIS BANTUAN JUMLAH PENERIMA BELANJA (RM)

1 Bantuan Kewangan /Saraan Bulanan 2,590 9,059,100

2 Bantuan Persekolahan 2,144 3,264,900

3 Bantuan Sempena Ramadhan 26,465 13,763,200

4 Bantuan Kecemasan / Bencana Alam 19 30,172.95

5 Bantuan Membina Rumah 68 8,152,400

6 Bantuan Membaik Pulih Rumah 131

7 Bantuan Perubatan 1,426 6,756,882.49

8 Bantuan Hemodialisis 26 337,850

9 Bantuan Tambang Hemodialisis 41 116,350

10 Bantuan Sara Hidup 13,612 22,754,288

11 Bantuan Serta -Merta 2,547 440,074

12 Bantuan Sewa Rumah 416 1,350,910

13 Bantuan Modal 774 2,702,555.45

JUMLAH KESELURUHAN 50,259 68,728,682.89

Manakala pada tahun 2019, MAIDAM memperuntukan sebanyak RM89.3 juta meliputi pelbagai jenis agihan bantuan termasuk pemberian bantuan berupa wang tunai dan bantuan berupa kemudahan bagi memastikan kehidupan asnaf terbela dan dapat menyelesaikan masalah kemiskinan asnaf.

Antara usaha MAIDAM bagi memastikan kehidupan asnaf berubah, MAIDAM memberi tumpuan kepada anak-anak asnaf dengan dengan memberi Bantuan Kursus atau Latihan Kemahiran yang dijamin pekerjaan selepas tamat dengan memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta. Diharapkan dengan bantuan kursus atau latihan ini mereka akan mendapat pekerjaan dan dapat membantu keluarga mereka..

649

Page 377: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

SENARAI BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

1. Pemberian Bantuan Kewangan Bulanan

Perkhidmatan Bantuan kewangan bulanan ini diberikan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).  Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari. Kadar pemberian bantuan ini ialah minimum sebanyak RM100.00 dan maksimum sebanyak RM450.00 sebulan. Dalam pemberian bantuan ini Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa (RM 930.00 sebulan) atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa (RM 230.00 seorang) diambilkira.

2. Program peningkatan pendapatan penerima bantuan jabatan.

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan satu program yang diberi nama 2 Years Exit Programme melalui pendekatan Productive Welfare. Program ini mensasarkan penerima bantuan kebajikan yang produktif diberi peluang untuk berdikari dan hanya menerima bantuan kewangan bulanan kebajikan untuk tempoh maksimum 2 tahun sahaja.

Tujuan program ialah sebagai satu exit policy untuk menggalakkan penerima bantuan Jabatan yang produktif agar berdikari melalui penglibatan secara aktif dalam pekerjaan atau program menjana pendapatan tanpa bergantung kepada bantuan sebagai saraan hidup.

Pendekatan “Productive Welfare” yang mula diperkenalkan pada 2010 adalah satu bentuk usaha yang mensasarkan penerima bantuan

650

Page 378: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kebajikan supaya dapat terus hidup berdikari melalui pembelajaran pelbagai kemahiran kehidupan (survival skills) agar tidak selamanya bergantung kepada bantuan kerajaan buat selama-lamanya.  Pendekatan ini sangat menekankan kepada pemerkasaan klien agar lebih bermotivasi memperolehi latihan kemahiran yang bersesuaian dengan keupayaan mereka. Melalui program ini secara tidak langsung dapat mengeluarkan klien daripada kepompong kemiskinan dengan memperoleh pendapatan melepasi paras garis kemiskinan.

Penerima-penerima yang terpilih diberi modal permulaan sebanyak RM 2,700.00 seorang bagi menguruskan pekerjaan atau perniagaan bagi menambahkan pendapatan.

3. Pemberian Bantuan Membaiki Rumah

Perkhidmatan bantuan ini diberikan kepada penerima bantuan jabatan yang memerlukan pembaikian rumah kediaman yang mengalami kerosakan. Ini bertujuan untuk menyediakan tempat tinggal klien jabatan yang lebih selesa. Kadar bantuan adalah maksimum RM 8,000.00.

1. Pemberian Bantuan Kewangan Bulanan

JUMLAH PENERIMA BANTUAN BULANAN MENGIKUT SKIMSKIM JUMLAH JUMLAH( RM )

BANTUAN KANAK-KANAK 6,174 1,594,150.00

BANTUAN ORANG TUA 4,154 1,453,900.00

BANTUAN ANAK PELIHARA 6 2,500.00

BANTUAN PENJAGAAN PESAKIT KRONIK/OKU TERLANTAR 1,585 555,400.00

BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA 2,929 732,250.00

ELAUN PEKERJA CACAT 5,129 2,051,600.00

BANTUAN AM 20,939 4,393,550.00

651

Page 379: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

JUMLAH 40,916 10,783,350.00

(SEHINGGA SEPTEMBER 2018)

TAHUN  BIL KES JUMLAH ( RM )

2013 34,952 100,866,730.002014 35,505 102,450,226.002015 35,622 106,760,290.002016 36,472 105,897,715.002017 39,395 112,657,805.00

Sehingga SEP 2018 40,916 63,162,115.00

2. Program Peningkatan Pendapatan (2 Years Exit Programme)

BIL

DAERAHTAHUN 2016-

2018TAHUN 2017-

2019

BIL KES

AMAUN(RM)

BIL KES

AMAUN(RM)

1. KEMAMAN 17 45,900.00 18 48,600.002. DUNGUN 15 40,500.00 16 43,200.003. MARANG 23 62,100.00 24 64,800.004. KUALA

TERENGGANU25 67,500.00 25 67,500.00

5. KUALA NERUS 25 67,500.00 25 67,500.006. HULU

TERENGGANU12 32,400.00 8 21,600.00

7. SETIU 8 21,600.00 8 21,600.008. BESUT 25 67,500.00 26 70,200.00

JUMLAH 405,000.00 405,000.00

652

KESELURUHAN JUMLAH (RM) PENERIMA BANTUAN JKMNT

Page 380: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

3. Bantuan Membaiki Rumah

DAERAH BIL KES JUMLAH ( RM )

KEMAMAN 7 39,850.00

DUNGUN 2 13,970.00

MARANG 3 11,763.00

KUALA TERENGGANU 14 102,475.00

KUALA NERUS 22 147,340.00

HULU TERENGGANU 10 48,430.00

SETIU 22 120,350.00

BESUT 9 57,190.00

JUMLAH 89 541,360.00

653

JUMLAH PENERIMA BANTUAN MEMBAIKI RUMAH NOVEMBER 2018

Page 381: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

PERBANDINGAN PROGRAM DANA BAKTI REMAJABAGI TAHUN 2014 HINGGA 2018

BIL PROGRAM

TAHUN 2014 TAHUN 2015 TAHUN 2016 TAHUN 2017 TAHUN 2018

1Dana Bakti

Remaja @

Tranformasi Orang

Muda (TOM)

99,237 orang 95,177 orang 96,939 orang 113,012 orang 117,284 orang

RM 19,847,400.00

RM

19,035,400.00 RM

19,387,800.00RM

22,602,400.00RM

23,456,800.00

Perbandingan peningkatan :- 1. Penerima tahun 2015 dengan tahun 2016 sebanyak 1,762 orang

melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 352,400.00 atau 1.8 %

2. Penerima tahun 2017 berbanding 2016 sebanyak 16,073 orang dengan perbelanjaan sebanyak RM 3,214,600.00 atau 14.2%

3. Penerima tahun 2018 berbanding 2017 sebanyak 4,272 orang dengan perbelanjaan sebanyak RM 854,400.00 atau 3.78% (gaji pemohon yang layak memohon telah dinaikkan dari RM1,500.00 kepada RM2,000.00)

654

Page 382: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

STATISTIK KESELURUHAN PENERIMA PARLIMEN BAGI DANA BAKTI REMAJA @ TRANSFORMASI ORANG MUDA

No Parlimen

CYBER ORANG MUDA (COM)

SAF ORANG MUDA (SOM)

JELAJAH ORANG MUDA (JOM)

KOMUNITI ORANG MUDA (KOM)

SUKAN ORANG MUDA

(SukOM)

PERANTAU ORANG

MUDA (PROM)

JUMLAH

Bil Bil Bil Bil Bil Bil Bil

1. BESUT 2,433 1,438 445 6,320 992 1,296 12,924

2. SETIU 1,741 2,180 378 5,942 1,505 1,034 12,780

3. KUALA NERUS 2,823 1,592 661 7,727 2,691 893 16,387

4. KUALA TERENGGANU 2,345 1,436 435 6,783 1,464 956 13,419

5. MARANG 2,621 2,333 420 7,765 2,061 1,288 16,488

6. HULU TERENGGANU 1,882 1,419 520 6,794 1,956 919 13,490

7. DUNGUN 2,207 2,321 411 5,683 1,451 645 12,718

8. KEMAMAN 3,407 1,672 767 5,811 2,349 800 14,806

Jumlah Keseluruhan 19,459 14,391 4,037 52,825 14,469 7,831 113,012

Jumlah Peserta Tahun 2017 ialah : 113,012 orang x RM 200.00 =RM 22,602,400

(RINGGIT MALAYSIA : DUA PULUH DUA JUTA ENAM RATUS DUA RIBU EMPAT RATUS SAHAJA)

** Dulu Ada Tujuh Subprogram Tranformasi Orang Muda (TOM)

655

Page 383: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

STATISTIK KESELURUHAN PENERIMA PARLIMENBAGI PROGRAM DANA BAKTI REMAJA 2018

No PARLIMENSAF ORANG MUDA (SOM)

KOMUNITI ORANG

MUDA (KOM)

SUKAN ORANG MUDA

(SukOM)

PERANTAU ORANG MUDA

(PROM)

Jumlah

Bil Bil Bil Bil Bil

1 BESUT 2,190 9,328 1,194 1,820 14,532

2 SETIU 2,784 6,871 1,644 1,365 12,664

3 KUALA NERUS 2,864 9,892 2,512 1,365 16,633

4 KUALA TERENGGANU 2,103 8,766 2,020 1,415 14,304

5 MARANG 2,942 10,330 2,230 1,703 17,205

6 HULU TERENGGANU 1,800 8,528 1,997 1,299 13,624

7 DUNGUN 2,549 7,874 1,569 977 12,969

8 KEMAMAN 2,329 8,948 2,601 1,475 15,353

JUMLAH 19,561 70,537 15,767 11,419 117,284

Jumlah Peserta Tahun 2018 ialah : 117,284 orang x RM 200.00 = RM 23,456,800.00

( RINGGIT MALAYSIA : DUA PULUH TIGA JUTA EMPAT RATUS LIMA PULUH ENAM RIBU LAPAN RATUS SAHAJA )

** Tujuh Subprogram telah dikecilkan kepada empat subprogram bagi program tersebut

656

Page 384: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

SOALAN 3 : Senaraikan bilangan penduduk Terengganu yang mempunyai masalah kewarganegaraan mengikut Daerah, kaum, umur dan jantina dan apakah peranan kerajaan negeri dalam usaha menangani masalah ini?

JAWAPAN : Untuk makluman, berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari bulan Januari 2018 hingga Disember 2018, sebanyak 135 permohonan kewarganegaraan Malaysia telah diterima di Negeri Terengganu dengan perincian pecahan mengikut Daerah dan Jantina seperti berikut:

DAERAH JANTINA JUMLAHLELAKI WANITABesut 2 10 12Dungun 8 7 15Kemaman 11 16 27Kuala Terengganu 26 51 77Marang 0 2 2Setiu 1 1 2JUMLAH 48 87 135

Manakala perincian mengikut pecahan umur dan kaum adalah seperti berikut:

KETURUNAN JUMLAHCina 4

657

KATEGORI UMUR JUMLAHUmur kurang daripada 18 tahun 42Umur 18 tahun hingga 25 tahun 15Umur 25 tahun hingga 60 tahun 60Umur lebih 60 tahun 18JUMLAH 135

Page 385: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Filipino 6Hainanese 1India 2

Indonesia 32Kemboja 10Khmer 11Korean 1Laos 2Myanmar 2Pakistani 10Thai 37Vietnamese 5Lain-Lain 12JUMLAH 135

Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap isu kewarganegaraan Malaysia dan sentiasa bersama rakyat untuk mengenalpasti masalah yang dihadapinya. Melalui maklumat-maklumat yang diterima, Kerajaan Negeri sentiasa melaksanakan enggagement dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendapatkan penyelesaian terbaik. Walau bagaimanapun, selaras dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, taraf kewarganegaraan seseorang individu ditentukan berdasarkan kepada taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung dan status perkahwinan yang sah mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa sewaktu kelahiran berlaku.

Untuk makluman juga, bagi kanak-kanak bertaraf bukan warganegara, adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya ibu bapa atau penjaga untuk menguruskan dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan dengan negara asal kanak-kanak bagi mengelakkan isu keberadaan yang tidak sah di negara ini.

Setiap permohonan kewarganegaraan yang diterima oleh KDN akan diproses dengan teliti dalam memastikan setiap permohonan berkenaan memenuhi

658

Page 386: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

syarat-syarat yang ditetapkan dalam Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan. Sukacita diingatkan

bahawa syarat-syarat yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan hanya melayakkan permohonan dikemukakan tetapi tidak menjamin bahawa permohonan akan diluluskan. Ingin ditegaskan bahawa penganugerahan kewarganegaraan Malaysia merupakan anugerah tertinggi dan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan yang tidak ditawarkan dan diberikan dengan sewenang-wenangnya.

SOALAN 4 : Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan dalam meluaskan kawasan tarikan pelancongan dalam Negeri ? Jika ada, sila nyatakan kawasan-kawasan baru dengan produk-produk tertentu yang ingin ditonjolkan dalam industri pelancongan.

JAWAPAN : Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk mengembangkan sektor pelancongan. Pada masa kini, Kerajaan Negeri sedang mengenalpasti produk - produk pelancongan yang bercirikan Islamik untuk diperkenalkan sebagai Pelancongan Islamik. Produk terbaru yang diperkenalkan adalah Muslim Tour Guide (MTG) di masjid yang terpilih iaitu di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Masjid Zainal Abidin, Masjid Kristal dan Masjid Kayu.

SOALAN 5 : Apakah target majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) yang hendak dicapai untuk Sukan Malaysia ( SUKMA) yang ke-20 akan datang di Johor Darul Takzim?.

JAWAPAN : Kerajaan Negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) In SyaAllah telah mensasarkan untuk mengekalkan Kejuaraan Keseluruhan di SUKMA ke-20 di Johor Darul Takzim pada tahun hadapan 2020 ini. Hasrat ini telah dimaklum, difahami dan diyakini dengan terperinci kepada semua pasukan sukan yang bakal dipertandingkan di Johor melibatkan persatuan-persatuan sukan negeri, pengurus-pengurus pasukan, jurulatih-jurulatih, pegawai-pegawai dan semua atlet

659

Page 387: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

yang terpilih. Sebagai pelambangan kepada misi kali ini, MSNT telah memperkenalkan tagline “2020 VICTORY MISSION” dan telah digunakan bermulanya program berjalan.

MESYUARAT PERTAMAPENGGAL PERSIDANGAN KEDUADEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELASPADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERIBILANGAN 5.1.9

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEHY.B. IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILIADUN KEMASIK

SOALAN 1 : Apakah perancangan dan inisiatif kerajaan negeri untuk menjadikan tempat-tempat bersejarah dan warisan sebagai tarikan baharu pelancongan bersejarah/warisan (Heritage Tourism) dan berapakah peruntukan yang mungkin disediakan?

JAWAPAN : Kerajaan Negeri bersama Jabatan Warisan akan mengenalpasti tapak yang sesuai bagi diwartakan tempat-tempat yang bersejarah. Jabatan Warisan Negara (JWN) telah mencadangkan Istana Maziah yang telah menepati kriteria di bil (1) dan Kerajaan Negeri bersama Jabatan Warisan masih dalam perancangan dan perbincangan termasuk peruntukan bagi mewartakan cadangan tempat yang memenuhi kriteria. Jabatan Warisan Negara (JWN) sebuah agensi yang bertanggungjawab dan memegang amanah untuk memulihara dan memelihara warisan negara yang terdiri daripada warisan ketara dan tidak ketara berdasarkan kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Akta ini yang memperuntukan berkaitan pemuliharaan,pemeliharaan dan perlindungan Warisan Kebangsaan, warisan semula jadi, warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan di bawah air, harta karun dan bagi perkara-

660

Page 388: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

perkara yang berkaitan serta Orang Hidup. Seksyen 67, Akta 645 memberi peruntukan kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk mengisytiharkan status Warisan Kebangsaan terhadap mana-mana butiran Warisan dan Orang Hidup.

SOALAN 2 : Apakah perancangan dan inisiatif kerajaan negeri untuk menarik golongan belia menceburi sektor pertanian dan perikanan yang berimpak tinggi secara lebih serius untuk jangka masa panjang?

JAWAPAN : Perancangan dan inisiatif kerajaan negeri untuk menarik minat golongan belia menceburi sektor pertanian dan perikanan yang berimpak tinggi secara lebih serius untuk jangka masa panjang adalah berdasarkan Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023 yang menggariskan hala tuju sektor pertanian untuk tempoh 5 tahun. Antara perancangan dan inisiatif tersebut adalah sebagaimana berikut:

a. Penggunaan teknologi dalam sektor tanaman bagi menggantikan tanaman secara konvensional seperti teknologi fertigasi dan penggunaan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti sektor perikanan tangkapan negara.

b.

Inisiatif yang disediakan adalah penyediaan skim pinjaman tanpa faedah, bantuan input, bantuan khidmat nasihat, bimbingan dan kursus jangka pendek dan jangka panjang.

SOALAN 3 : Apakah kerajaan negeri berhasrat untuk meningkatkan ekonomi desa dengan memperkasakan hasil produk tempatan setiap kawasan supaya lebih kompetitif dan berimpak tinggi?

JAWAPAN : Selain daripada program Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu

661

Page 389: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

(YPU) juga turut menyediakan skim-skim pembiayaan kepada usahawan dan peniaga. Untuk meningkatkan ekonomi desa, mereka layak untuk memohon mana-mana skim yang ditawarkan tertakluk kepada syarat-syarat permohonan skim-skim yang disediakan iaitu:

i. Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T)

ii. Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT)

iii. Tabung Siti Khatijah (TSK)

iv. Skim Pembiayaan Mobile Truck (SPMT)

v. Dana Usahawan & Industri Mikro Terengganu (DUIT), iaitu Program Gerai Maju dan Bantuan Perniagaan Penjaja Kecil.

vi. Dana Prihatin Terengganu untuk usahawan OKU iaitu (D’HATI)

Usahawan dan peniaga juga diberi bimbingan melalui seminar dan kursus untuk memperkasakan hasil produk tempatan oleh YPU, FAMA, MARA dan MATRADE serta agensi-sgensi dibawah Urusetia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER), yang dianggotai oleh 37 agensi persekutuan dan negeri.

662

Page 390: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

MESYUARAT PERTAMAPENGGAL PERSIDANGAN KEDUADEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS PADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERIBILANGAN 5.1.10

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEHY.B. HAJAH ZURAIDA BINTI MD NOORADUN WAKIL WANITA

SOALAN 1 : Berapakah kes keganasan rumahtangga di Negeri Terengganu pada tahun 2018? dan apakah pendekatan Kerajaan untuk mengatasi permasalahan tersebut?

JAWAPAN : Jumlah kes keganasan rumah tangga di negeri Terengganu pada tahun 2018 adalah sebanyak 254 kes.

Antara pendekatan Kerajaan Negeri bagi membendung permasalahan ini adalah menerusi tindakan dan kerjasama jabatan-jabatan kerajaan. Antaranya ;

i. Menerusi YPK, diwujudkan program-program seperti Pasca Perkahwinan “Keluarga Jannah”, Forum Perdana Kekeluargaan dan Pasca Perkahwinan “2nd Honeymoon”.

ii. PDRM pula mengambil pendekatan dengan melaksanakan program yang melibatkan kerjasama jabatan dan pihak NGO seperti program Women Awareness Campaign (WAC) berbentuk,

663

Page 391: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

seramah, forum serta pameran yang berbentuk kesedaran kepada kaum wanita.

iii.

Pihak Jabatan Pembangunan Wanita  (JPW) pula ada mengadakan program Literasi Undang-Undang yang berhasrat memberikan wanita  kesedaran tentang hak mereka sebagai isteri dalam aspek agama dan undang-undang. 

iv.

Jabatan Kebajikan Masyarakat, melalui Seksyen 11 Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan 2017) juga menyediakan program pemulihan, nasihat dan kaunseling oleh pegawai kaunselor JKM dengan persetujuan mangsa.

Pendekatan kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) bagi menangani permasalahan tersebut dengan mengadakan program-program sebagaimana berikut :-

1. Pasca Perkahwinan “Keluarga Jannah”

i. Membentuk paradigm kasih sayang serta suasana rumahtangga yang lebih kondusif dan dirahmati Allah.

ii. Mendedahkan persekitaran hidup berkeluarga dan apakah cabaran yang bakal dihadapi.

iii. Mendedahkan petua-petua mengukuhkan kebahagiaan dan keharmonian pasangan & keluarga.

2. Forum Perdana Kekeluargaan

i. Memberi kesedaran dan motivasi tentang tanggungjawab / peranan ibubapa sebenar bagi mewujudkan sebuah keluarga bahagia.

664

Page 392: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

ii. Memahami konsep model sebuah keluarga bahagia dan masyarakat penyayang melalui sikap kecaknaan sesama sendiri.

3. Pasca Perkahwinan “2nd Honeymoon”

i. Meningkatkan penguasaan ilmu kekeluargaan, pengurusan minda dan emosi serta sikap positif ke arah memantapkan dan meningkatkan hubungan suami isteri.

ii. Membina keluarga yang utuh, penyayang, bahagia dan sejahtera melalui pengurusan masa dan sumber kewangan keluarga yang terancang.

Jumlah Kes Keganasan rumahtangga di Negeri Terengganu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan jumlah kes keganasan rumahtangga di negeri Terengganu pada tahun 2018 adalah sebanyak 254 kes. Pecahan mengikut daerah adalah, Daerah Kuala Terenganu sebanyak 85 kes, Dungun 53 kes, Hulu Terengganu 36 kes, Besut 24 kes, Kemaman 21 kes, Setiu 18 kes dan Marang 17 kes.

Pendekatan kerajaan untuk mengatasi masalah keganasan rumahtangga

Pihak PDRM telah mengambil pendekatan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dengan mengadakan ceramah-ceramah, pameran dan juga slot melalui radio RTM Terengganu.Cawangan siasatan seksual, wanita dan kanak-kanak (d11) jabatan siasatan jenayah, ibu pejabat polis kontinjen Terengganu juga telah mengadakan program Women Awareness Campaign (WAC) dengan mengadakan ceramah dan juga pameran kepada masyarakat tentang keganasan rumahtangga.

Mengikut kajian punca kejadian keganasan rumahtangga di Terengganu pada tahun 2018 paling

665

Page 393: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

banyak adalah disebabkan oleh pengaruh dadah iaitu sebanyak 134, dan diikuti oleh perselisihan faham.

Pihak Jabatan Pembangunan Wanita

memandang serius tentang isu

keganasan rumahtangga kerana mangsa iaitu wanita

sering berdiam diri atau lambat mengambil tindakan

apabila didera. Sehubungan itu, pihak Jabatan

Pembangunan Wanita  mengadakan program Literasi

Undang-undang yang berhasratmemberikan

wanita  kesedaran tentang hak meraka sebagai isteri

dalam aspek agama dan undang- undang.  Pada tahun

2018, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri

Terengganu telah menjalankan tiga (3) Program Klinik

LUU. Pada Tahun 2019, Pejabat Pembangunan Wanita

Negeri Terengganu merancang untuk mengadakan

empat (4) Klinik LUU.

Klinik LUU yang pertama akan diadakan pada 7

Mac 2019. Selain daripada pengisian bercorak

pendidikan kesedaran wanita, Pejabat Pembangunan

Wanita turut mengadakan   Program WAJA (Wanita

Anti Jenayah) yang dirancang diadakan dengan

666

Page 394: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

kerjasama PDRM, SPRM, Suk Negeri Terengganu,

LPPKN dan JKM. Demosntrasi keselamatan

yang   berbentuk pertahanan diri turut diadakan

semasa program berlangsung. Pada     tahun 2019,

pihak Pejabat Pembangunan Wanita Negeri

Terengganu merancang untuk  mengadakan program

di empat (4) Parlimen terpilih. Program WAJA siri 1

akan diadakan pada 28.03.2019.

667

Page 395: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Melalui JKM, menurut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) Seksyen 2, tafsiran Keganasan Rumah Tangga ialah bermaksud sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal, mencederakan mangsa secara fizikal, memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau selainnya yang mana mangsa itu berhak tidak melakukannya. Selain itu, keganasan rumah tangga seperti mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa dan melakukan khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa. Keganasan rumah tangga boleh dilakukan oleh seseorang isteri atau suaminya, bekas isteri atau suaminya, kanak- kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan atau mana- mana anggota lain keluarga. Berikut jumlah kes keganasan rumah tangga sebagaimana Rajah 1:

Rajah 1 : Jumlah kes keganasan rumahtangga bagi tahun 2017 sehingga tahun 2018

Daerah/ Tahun

Tahun 2017 Tahun 2018JKM Rujuk ke

Pejabat Agama

Rujuk ke Biro

Bantuan Guaman

JKM Rujuk ke Pejabat Agama

Rujuk ke Biro

Bantuan Guaman

Advokasi

Kaunseling

Advokasi

Kaunseling

Kuala Terengganu

1 0 0 0 6 1 1 1

Kemaman 0 0 0 0 4 2 0 0Marang 0 0 0 0 0 0 0 0Dungun 7 0 0 0 0 0 0 0

Hulu Terengganu

0 0 0 0 2 0 0 0

Besut 4 0 0 0 0 0 0 0Setiu 0 0 0 0 0 0 0 0

Jumlah 12 0 0 0 12 3 1 1

668

Page 396: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Bidang Kuasa JKM Dalam Menangani Kes Keganasan Rumahtangga

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambil beberapa pendekatan dalam menangani kes melibatkan keganasan rumahtangga. Antaranya ialah :

a)

b)

c)

d)

e)

Memohon pihak mahkamah mengeluarkan perintah perlindungan interim (IPO) kepada mangsa bagi menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap mangsa.

Memohon mahkamah mengeluarkan perintah perlindungan (PO) apabila melibatkan aduan keganasan rumahtangga kepada mangsa yang mana perintah perlindungan berkuatkuasa selama sesuatu tempoh tidak melebihi dua belas bulan.

Pegawai JKM juga boleh mengeluarkan perintah perlindungan kecemasan (EPO) dan boleh dimohon bila- bila masa oleh mangsa dan perlindungan sah selama 7 hari dari tarikh pengeluaran perintah perlindungan kecemasan.

Pihak JKM mempunyai 43 tempat selamat bagi perlindungan mangsa di seluruh Malaysia iaitu di mana- mana rumah atau institusi yang telah diluluskan oleh Menteri. Tempat selamat di Terengganu ialah di Taman Sinar Harapan Bukit Besar, Kuala Terengganu dan Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang. Selain itu, tempat selamat di negeri terdekat ialah Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin Kota Bharu , Kelantan dan Desa Bina Diri Jerantut, Pahang.

Selain itu, pihak JKM juga melalui Seksyen 11 Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan 2017) juga menyediakan program pemulihan dan kaunseling oleh pegawai kaunselor JKM dengan

670

Page 397: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

persetujuan mangsa.

f)

g)

Pihak JKM juga memberi perkhidmatan khidmat bimbingan dan nasihat kepada mangsa. Selain itu, merujuk kes – kes berkaitan kepada jabatan lain yang bersesuaian dengan kes mangsa seperti pejabat agama, biro bantuan guaman dan lain- lain.

Aduan keganasan rumah tangga boleh disalurkan oleh masyarakat melalui Talian Kasih iaitu di nombor talian 15999 untuk diambil tindakan secara segera dan pantas dalam menangani isu tersebut.

SOALAN 2 : Gelandangan menjadi satu masalah sosial kerana keadaan hidup golongan ini mendedahkan mereka kepada pelbagai gejala sosial. Berapakah jumlah gelandangan yang direkodkan di Negeri Terengganu?Dan apakah pendekatan untuk mengatasi permasalahan ini?

JAWAPAN : Sehingga kini, berdasarkan rekod yang didapati menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah gelandangan yang didapati di negeri Terengganu adalah seramai 148 orang yang turut diklasifikasikan sebagai pengemis.

Antara pendekatan yang telah dibuat oleh JKM bagi membendung peningkatan golongan ini adalah menerusi operasi-operasi sebagaimana berikut ;

1. Operasi Bersepadu

Dilaksanakan dengan melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kesihatan Negeri,

671

Page 398: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Jabatan Pendaftaran Negara, Pihak Berkuasa Tempatan, MAIDAM dan lain-lain agensi yang berkaitan.

2. Operasi Berkala/ Berjadual

Bertindak mengikut jadual yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disertai oleh satu atau dua agensi yang dipilih.

3. Ad. Hoc/ Mengejut

Bertindak atas aduan awam yang diterima.

Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka (Kamus Dewan Edisi Keempat), gelandangan ialah orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap. Selain itu, gelandangan juga turut dikenali sebagai tunawisma. Kategori gelandangan yang diselamatkan adalah terdiri daripada pengemis, pesakit mental, penagih dadah, pengidap penyakit berjangkit (Tibi, dll), mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal dan warga asing

Bidang Kuasa JKM Dalam Menangani Gelandangan

Mengikut Akta Orang Papa 1977, maksud gelandangan tidak termaktub di bawah akta ini. Walaupun begitu, pihak JKM sering mengetuai operasi bersama dengan agensi- agensi lain dalam menangani isu ini. Mengikut Seksyen 2 Akta Orang Papa 1977 “ orang papa” ertinya ialah :-

a) Seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang yang lazim mengunjungi tempat itu atau pun hingga menimbulkan kacau ganggu; atau

b) Seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam, samada atau tidak dia mengemis,

672

Page 399: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.

Pihak JKM melalui operasi menyelamat orang papa, pengemis dan peleseran setakat Disember 2018, melalui semakan tiada golongan gelandangan yang didapati memandangkan orang yang diselamatkan mempunyai tempat tinggal, waris dan keluarga selain itu juga dirujuk kepada jabatan yang

bersesuaian dengan situasi, kesihatan dan warganegara orang papa dan pengemis semasa operasi menyelamat dilaksanakan. Data operasi menyelamat orang papa adalah sebagaimana Rajah 1 dan jumlah pengemis yang berjaya diselamatkan mengikut daerah di Negeri Terengganu dari tahun 2016 sehingga 2018 sebagaimana Rajah 2.

Kaedah Menyelamat Orang Papa

1. Operasi Bersepadu Dilaksanakan dengan melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Pihak Berkuasa Tempatan, Maidam dan lain-lain agensi yang berkaitan.

2. Operasi Berkala/BerjadualBertindak mengikut jadual yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disertai oleh satu atau dua agensi yang dipilih.

3. Ad. Hoc/Mengejut Bertindak atas aduan awam yang diterima.

Rajah 1 : Kaedah Menyelamat Orang Papa 2018

673

Page 400: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Jumlah gelandangan di seluruh Negeri Terengganu melalui statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu dari bulan Januari sehingga Oktober 2018 adalah sebanyak 148 orang pengemis yang berjaya diselamatkan. Sebanyak 257 operasi berjadual, 9 operasi bersepadu melibatkan inter-agensi telah dijalankan oleh JKM di mana

seramai 102 orang adalah warga tempatan manakala 46 orang adalah warga asing.

Tindakan yang dilakukan oleh JKMN dalam membendung pengemis dan gelandangan yang diselamatkan ialah:

1. Mengembalikan mereka kepada keluarga jika dapat dikesan.

2. Bagi gelandangan atau pengemis yang mempunyai masalah mental, tindakan selanjutnya akan diambil oleh pihak Jabatan Kesihaatn Negeri manakala gelandangan yang mempunyai masalah dadah akan diambil alih tindakannya oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

3. Pengemis atau geladangan warga negara diperintahkan masuk ke Desa Bina Diri selama 3 tahun bagi yang berumur bawah 60 tahun manakala yang berumur lebih 60 tahun dihantar ke Rumah Seri Kenangan untuk menjalani latihan vokasional, kerohanian, riadah & sosial, kaunseling dan bimbingan, integrasi, masyarakat dan sebagainya.

674

BIL JENIS OPERASI SETAKAT DIS 2018

1. Operasi Bersepadu 72. Operasi Berjadual 1753. Ad hoc/Mengejut 99

Page 401: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

4. Pengemis warga asing dan pemegang kad UNHCR diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

5. Mewujudkan biodata geladangan disetiap daerah dan negeri serta tindakan yang telah diambil terhadap mereka setakat ini.

Kesimpulannya pihak JKMN dari semasa ke semasa akan terus menjalankan operasi bagi membendung isu peminta sedekah dan gelandangan ini.

KESIMPULAN

Masalah gelandangan didapati tidak berlaku di Negeri Terengganu memandangkan melalui operasi menyelamat yang dijalankan hanya pengemis sahaja yang berjaya diselamatkan. Mereka yang tidur di stesen-stesen bas ataupun masjid selama tempoh sehari sehingga dua hari contohnya pemandu teksi sebenarnya mempunyai rumah sebagai tempat tinggal. Walaubagaimanapun, pemantauan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa oleh pihak jabatan kami.

675

Page 402: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

Rajah 2 : Jumlah gelandangan yang diselamatkan di seluruh Negeri Terengganu mengikut pecahan daerahdari tahun 2016 – 2018

TAHUN 2016 2017 2018Bil Daerah Jumlah

PengemisWarga Negara

Bukan W/negara

Gelan-dangan

Jumlah Pengem

is

Warga Negara

Bukan W/negar

a

Gelan-dangan

Jumlah Pengem

is

Warga Negara

Bukan W/negar

a

Gelan-dangan

1 Kuala Terengganu

61 38 21 0 58 37 21 060 38 22

0

2 Kemaman 15 8 7 0 18 8 10 024 12 12

03 Besut 4 2 2 0 3 1 2 0

2 2 00

4 Dungun 44 41 3 0 43 40 3 040 38 2

05 Hulu

Terengganu

0 0 0 0 0 0 0 00 0 0

0

6 Marang 0 0 0 0 0 0 0 00 0 0

07 Setiu 0 0 0 0 0 0 0 0

0 0 00

8 Kuala Nerus 15 10 5 0 18 12 6 0

22 12 100

JUMLAH 139 99 38 0 140 98 42 0 148 102 46 0

*Operasi menyelamat yang dijalankan menunjukkan tiada gelandangan yang diselamatkan dan hanya pengemis yang berjaya diselamatkan oleh jabatan sehingga Disember 2018 sebagaimana Akta Orang Papa 1997.

676

Page 403: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

SOALAN 3 : Berapakah bilangan anak tidak sah taraf yang direkodkan di Negeri Terengganu mengikut pecahan daerah pada tahun 2018?

JAWAPAN : Jumlah kelahiran yang didaftarkan sebagai anak tidak sah taraf bagi tahun 2018 di Terengganu adalah sebanyak 899 orang. Daripada jumlah tersebut, maklumat terperinci berdasarkan pecahan daerah adalah seperti berikut:

DAERAH (TERENGGANU) JUMLAH

Besut 155Dungun 130

Hulu Terengganu 34Kemaman 192

Kuala Terengganu 319Marang 28Setiu 41

JUMLAH 899

Istilah anak tidak sah taraf yang digunakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah merujuk kepada kanak-kanak dilahirkan oleh:-

1. Pasangan tidak berkahwin; atau

2. Pasangan tidak mendaftarkan perkahwinan mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia;

Merujuk kepada keutusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003, bagi pasangan beragama Islam, anak yang dilahirkan tidak mencukupi enam bulan Qamariah dan dua lahzah daripada tarikh perkahwinan juga dikategorikan sebagai anak tak sah taraf.

SOALAN 4 : Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengetengahkan produk-produk tempatan terutama yang diusahakan oleh penduduk setempat bagi memasarkan di pasaran sama ada di peringkat negeri atau luar negara?

JAWAPAN : * Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, menawarkan beberapa Skim Bantuan Pembangunan Produk

677

Page 404: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

iaitu:

i. Bantuan Bar kod20 nombor bar kod diberi secara percuma kepada usahawan

ii. Fakta NutrisiYPU akan membiayai sebanyak 50% dan usahawan 50% atau RM 80 - RM 120 (mengikut kategori produk).

iii. Bantuan Pembungkusan dan Perlabelan ProdukYPU membiayai 50% atau maksima RM2,500.00 atau mana yang lebih rendah.

* Selain daripada itu, YPU juga memberi kerjasama menjayakan dasar dan hasrat kerajaan dalam menggalakkan penyertaan usahawan Bumiputera di pasaran tempatan dan antarabangsa. Pelawaan usahawan supaya melibatkan diri secara langsung menerusi ‘showcase’ atau pun pameran-pameran yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan atau dianjurkan secara bersama dengan syarikat swasta. Di samping penyertaan dalam pameran, program pemadanan perniagaan (business matching) yang diadakan serentak membolehkan pihak usahawan membuat hubungan awal dengan bakal pembekal Bumiputera yang berpotensi.

* Penyediaan peruntukan dan juga sebagai pemudah cara kepada pengusaha kecil dan sederhana untuk mendapatkan pensijilan yang disyaratkan bagi memasarkan produk mereka samada di dalam atau di luar Negara sebagaimana berikut:-

i. Pensijilan Halal

ii. GMP/HACCP

iii. Sijil KKM

SOALAN 5 : Bagaimana untuk membantu golongan pelajar di Terengganu yang tercicir dari segi akademik, apakah saranan pihak Kerajaan untuk membantu golongan ini? dan berapakah jumlah pelajar yang tercicir di Negeri Terengganu ini mengikut pecahan daerah pada

678

Page 405: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

tahun 2017 dan 2018?

JAWAPAN : Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah menjalankan usaha bersepadu untuk membendung masalah keciciran. Antaranya:-

a. Intervensi peningkatan kehadiran murid di peringkat jabatan, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.

b. Pengurusan sekolah dan guru- melakukan lawatan ke rumah murid yang yang tidak hadir sekolah dalam suatu tempoh yang lama dan berisiko cicir.

c. TABUNG SAYANG DI SAYANG diwujudkan untuk membantu murid yang kurang berkemampuan dan masalah kesihatan.

d. Program Ziarah Cakna oleh guru ke rumah murid mengikut keperluan.

e. Program Jom Ke Sekolah – meningkatkan kehadiran.

f. Kempen sifar buang sekolah – melibatkan pengurusan sekolah, ibu bapa masyarakat.

g. Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) kepada murid yang dikenalpasti berisiko cicir tetapi berminat mengikuti kursus kemahiran di industry yang terpilih selama 3 hari di industry dan 2 hari di sekolah. (8 buah sekolah rintis).

h. Pendedahan peluang-peluang kursus kemahiran kepada murid-murid yang lemah penguasaan akademik.

Data Keciciran tahun 2017 dan 2018

PPD 2017 2018 JUMLAH

BESUT 466 792 1258DUNGUN 302 338 640HULU TERENGGANU 182 282 464KEMAMAN 359 718 1077KUALA NERUS 272 341 613KUALA TERENGGANU 418 549 967MARANG 181 304 485SETIU 137 240 377

679

Page 406: JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGIdun.terengganu.gov.my/files/LINK/2019m1p2d14.doc · Web viewYang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di mana modal permulaan

JUMLAH 2317 3564 5881

680