pppnukm.files.wordpress.com  · web viewsebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau...

88
1.0 Pengenalan Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang terkenal dan tersohor di Asia Tenggara. Pengangkatan martabat bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar dalam pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepqat, lengkap, tuntas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hokum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa dahulunya dikenali sebagai nahu. Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara rin gkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk- bentuk bahasa yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) pula mendefinisikantatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. 1

Upload: others

Post on 18-Apr-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanBahasa Melayu merupakan satu bahasa yang terkenal dan tersohor di

Asia Tenggara. Pengangkatan martabat bahasa kebangsaan dan bahasa

rasmi malahan bahasa pengantar dalam pendidikan menunjukkan betapa

gagah perkasanya bahasa ini. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa

ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang

indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat

dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri.

Dengan itu, tatabahasa mestilah tepqat, lengkap, tuntas dan mudah difahami

serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.

Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hokum bahasa yang

menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya.

Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan

umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis.

Tatabahasa dahulunya dikenali sebagai nahu. Awang Sariyan dalam Ceritera

Bahasa (2002) secara rin gkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang

membina bentuk-bentuk bahasa yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu.

Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk

membentuk kata, frasa dan ayat. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa

Pedagogi Sekolah Menengah (2008) pula mendefinisikantatabahasa sebagai

susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina

dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara

inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Menurut Siri Hajar (1996), tatabahasa

diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan

bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan

lain untuk menghasilkan ayat-ayat gramatis. Dengan perkataan lain,

tatabahasa laiah retetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian

unsure-unsur ucapan menurut fungsinya.

Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan

ataupun undang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat

penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu

akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu

1

kerana bahasa itu sifastnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama

dengan masyarakat penuturnya. Terdapat 12 kategori tatabahasa yang

diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa. Hanya 4 kategori tatabahasa yang

akan kami huraikan. Antaranya ialah tatabahasa transformasi generatif,

tatabahasa tradisional, tatabahasa structural dan tatabahasa fungsional.

1.1 Tatabahasa Transformasi Generatif

Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam

bidang linguistik pada tahun 1957 oleh Avram Noah Chomsky. Beliau

ialah seorang ahli linguistik , pendidik , aktivis politik dan penulis

Amerika Syarikat yang prolifik. Beliau dilahir dan dibesarkan di

Philadelphia, Pennsylvania. Beliau menamatkan ijazah pertamanya

pada tahun 1945 dan pengajian sarjananya pada tahun 1955 di

Universiti Pennsylvania. Chomsky telah mencipta dan memperkenalkan

satu bidang linguistik baharu yang diberi nama tatabahasa generatif

berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun 1950- an.

Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa tranformasi

generatif dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan

Aspects of the Theory of Syntax (1965) iaitu buku yang telah

menghuraikan nahu tranformasi dengan eksplisit dan formal. Teori ini

terkenal kerana kelainan yang ditonjolkan iaitu penggunaan rumus

semacam rumus matematik.

Tatabahasa Transformasi Generatif mendapat sambutan dan

popular dalam kalangan para linguistik antarabangsa termasuklah

pakar-pakar bahasa di Malaysia. Pengaruh terhadap tatabahasa

Transformasi Generatif ini bukan hanya setakat di Amerika sahaja

malah telah menular ke negara-negara Eropah dan juga ke Asia

Tenggara khususnya Malaysia. Antara tokoh-tokoh bahasa Melayu

yang sealiran dan seangkatan dengan tatabahasa ini ialah Lutfi Abas

melalui bukunya iaitu Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu

yang ditulisnya pada tahun 1971 , Abdullah Hassan melalui bukunya

iaitu Linguistik Am tahun 1980 , Nik Safiah Karim melalui buku

2

Tatabahasa Dewan (1991) dan Bahasa Malaysia Syntax (1978) dan

beberapa orang lagi ahli bahasa Transformasi Generatif Melayu.

Tatabahasa Transformasi Generatif (TG) merupakan satu aliran

mazhab pengkajian bahasa. TG memberi tumpuan terhadap bidang

sintaksis serta mengutamakan bidang semantik. Dasar utama teori ini

ialah dengan menganggap bahawa setiap ayat yang dihasilkan

sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkat-peringkat tersebut

ialah struktur dalaman dan struktur permukaan.

Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk ayat

dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat

atau membentuk semantik ayat. Struktur permukaan ialah struktur ayat

yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur

dalamannya. Ia juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya

diucapkan oleh si penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa

atau komponen fonologi.

Menurut Nik Safiah Karim (1993), teori TG mengandaikan

adanya dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan

peringkat struktur permukaan. Kedua-dua peringkat struktur ini

diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Rumus-rumus

tersebut ialah Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi.

RSF akan membentuk ayat pada struktur dalaman manakala Rumus

Transformasi akan menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-

ayat yang terhasil daripada kedua-dua bentuk tersebut biasanya tidak

mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman

akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat

permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis

rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan

berbahasa seseorang individu.

Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada set rumus untuk

menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis

3

bahasa berdasarkan himpunan-himpunan tulisan dan bertujuan untuk

memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat

membentuk ayat-ayat baharu dan memahami pertuturan orang lain

yang tidak pernah didengarinya. TG juga dinyatakan bahawa nahu

dibahagikan kepada tiga komponen iaitu sintaksis, semantik dan

fonologi.

Menurut Hashim Haji Musa (1993), komponen nahu mengikut

aliran TG mengandungi lima komponen iaitu komponen leksikon,

komponen kategori atau struktur frasa, komponen transformasi,

komponen fonologi dan komponen semantik. Komponen leksikon dan

komponen struktur frasa sekaligus membentuk komponen dasar dan

bergabung dengan komponen transformasi untuk membentuk

komponen sintaksis. Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif

yang diasaskan oleh Chomsky memberi impak kepada arus

perkembangan tatabahasa sejagat. Aliran tersebut telah memberi satu

dimensi baru dalam suatu kesatuan tatabahasa dunia. Teori ini telah

mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh aliran-aliran tatabahasa

sebelumnya. Pendekatan tatabahasa transformasi generatif telah pun

diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu di Malaysia.

Penerapan ini dilakukan dengan beberapa pengubahsuaian dengan

kehendak dan kriteria bahasa Melayu.

Tokoh-tokoh bahasa di Malaysia seperti Nik Safiah Karim, Arbak

Othman, Asmah Hj Omar dan Hashim Hj Musa telah menggunakan

pendekatan Tatabahasa Transformasi Generatif dalam penulisan buku

teks dan pengajaran bahasa Melayu di peringkat universiti.

Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif telah mempengaruhi

senario penyelidikan bahasa dan merancakkan lagi perkembangan

tatabahasa Melayu di Malaysia.

1.2 Tatabahasa TradisionalTatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara

jenis-jenis aliran linguistik. Nahu ini mementingkan peraturan

preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Dalam erti kata lain,

4

menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa telah

disediakan dan penggunaan bahasa mestilah berdasarkan

kepada peraturan yang telah ditetapkan. Ini bermaksud nahu

seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul

dan tepat sepanjang masa.

Teori Tatabahasa Tradisional mengutamakan bahasa

tulisan. Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran

lisan yang merangkumi latihan terjemahan daripada bahasa

asaran kepada bahasa ibunda ataupun dikenali sebagai bahasa

pertama. Ini kerana bahasa adalah bersifat sejagat. Pengajaran

tatabahasa ini lebih berkonsepkan secara deduktif. Penghafalan

hukum tatabahasa yang diajarkan secara deduktif dan

diaplikasikan ke dalam penulisan. Terdapat juga kekecualian

daripada hukum-hukum biasa kerana setiap hukum tidak dapat

elak daripada kekecualian. Kesilapan ini menjadikan masalah

kepada murid dan ianya perlu diberikan perhatian.

1.3 Tatabahasa StrukturalTatabahasa Struktural mempunyai konsep yang berupa

penghuraian (description). Oleh itu, aliran Tatabahasa Struktural

menekankan bahawa tatabahasa: “….. is concerned with the

observable forms, structural functions and inter- relations of the

components of sentences of stretches of utterance” ( Robins,

1971). Dalam Bahasa Melayu ianya bermaksud “…. merangkumi

bentuk –bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan saling

perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian

pertuturan”.Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima

puluhan , muncul tokoh-tokoh bahasa seperti Bloch, Haris, Wells

dan Hocket yang membawa pengertian metadologi mereka.

Aliran ini digelar Struktural, taxonomist dan Bloomfieldian.

Tatabahasa Struktural dikait dengan era Linguistik Moden.

Antara tokoh yang menjadi pengasas teori deskriptif ialah

Ferdinand de Saussure. Ferdinand menjadi tersohor kerana hasil

5

karyanya dibukukan oleh murid-muridnya yang mana buku

tersebut dikenal dengan nama Course in general Lingistik.

Sesungguhnya Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai jirim

dan bentuk.

Dengan itu lahirlah Tatabahasa Struktural yang

menekankan aspek sistem dan unsur-unsur huraian bahasa

secara mendalam. Aliran Ferdinand berkembang dengan

pelbagai mazhab antaranya ialah mazhab Geneva, Draha dan

Glosematik. Sementara itu di Amerika, L. Bloomfield , Franz

Boas dan Edward Sapir juga banyak menurut langkah

Ferdinand. Seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenal

ialah Z.S Haris menjalankan kajian linguistik secara struktur.

Usaha Haris jelas terpapar dalam buku berjudul Structural

Linguistik (1951). Dalam bukunya itu, Haris didapati sangat

mementingkan langkah-langkah dan kaedah yang patut

dijalankan untuk mengkaji bahasa. Sementara itu tokoh

Tatabahasa Struktural Melayu Era Tahun 1960-an ialah Asmah

Hj. Omar (1968) -Morfologi- Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya)

dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola.” Asmah Hj.

Omar dan Rama Subbiah (1968) - An Introduction to Malay

Grammar. Asmah Hj. Omar (1970) - Bahasa Malaysia Kini: Satu

Pengenalan Melalui Struktural (Buku 1-V) dan asraf (1971) -

Mari Belajar Bahasa Kita.

Hasilan Asmah Hj. Omar (1993). Nahu Melayu

Mutakhir,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka dilihat

berunsurkan aliran struktural. Hal ini jelas apabila beliau

menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori

sistematik-fungsional, dari aliran Linguistik London. Ini kerana

asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of London

di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969.

Pemerian beliau terhadap nahu secara secara bersistem.

Maksudnya kajian Bahasa Melayu dihuraikan dari tingkat bawah

6

iaitu morfem kepada tingkat yang paling atas iaitu ayat dari segi

skala tatatingkat dalam nahu. Penghuraian beliau lebih

cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai

segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan

digunakan oleh penuturnya. Asmah Hj Omar juga banyak

menerangkan secara terperinci aspek morfologi dan sintaksis

secara mendalam.

Fokus pengkajianTatabahasa Struktural ialah aspek

penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasa merupakan

perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem

sebagai unit bahasa. Secara asasnya tiap-tiap bahasa terdiri

daripada satu pertalian struktur tersendiri. Antara ciri-ciri

Tatabahasa Struktural ialah:

Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan

Bahasa ialah satu system

Sistem bahasa ialah arbitari

Bahasa adalah untuk perhubungan

Aliran Struktural menekankan pertalian struktur tersendiri,

maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat

tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Pada peringkat

morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu

berdasarkan taburan kata-kata dalam struktur ayat. Pada

peringkat sintaksis, aliran struktul memberi tumpuan kepada

perkembangan elemen dalam ayat ataupun konstituen-

konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang

memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada

konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen

kepada konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini

digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent

Analysis).(Fries, 1957). Secara khususnya cirri-ciri Tatabahasa

Struktural ialah:

7

Mementingkan bentuk atau struktur yang

sebenarnya terdapat dalam sesuatu bahasa.

Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang

terkandung dalam sesuatu unsur tatabahasa.

Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa

sejagat.

Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi,

logika dan metafizik.

Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan

bukti yang tepat dan betul

Aliran strultural lebih menekan terhadap konsep struktur

permukaan kerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku,

bentuk dan struktur sesuatu bahasa.

1.4 Tatabahasa FungsionalTatabahasa Fungsional (Functional Grammar)

sebenarnya adalah merupakan nama sekumpulan teori linguistik

yang secara umum dapat digolongkan ke dalam linguistik

fungsional (linguistic functionalism), termasuk di dalamnya

functional discourse grammar yang dibangunkan oleh linguis

Belanda Simon Dik dan systemic functional grammar yang

dibangunkan oleh linguis Inggeris Michael A. K. Halliday.

Di samping itu juga, pandangan Choamsky yang

mendapat penambahbaikan dari Simon C.Dick (1978) telah

mengembangkan tatabahasa fungsional. Tata bahasa ini

didasarkan pada fungsi bahasa sebagai satu alat komunikasi.

Dalam pada itu juga, tata bahasa ini tidak diakui sintaksis

sebagai sistem yang otonom, melainkan sistem ini didasarkan

pada semantik (Dick,1978).

Tatabahasa fungsional adalah salah satu linguistik moden.

Tatabahasa fungsionalnya juga merupakan instrumen simbolik

8

yang digunakan untuk tujuan berkomunikasi. Pandangan

tatabahasa fungsional mendasarkan bahawa struktur bahasa

tidak akan difahami secara tidak baik apabila prinsip pragmatik

diabaikan. Kajian sintaksis dan semantik dilihat sebagai satu

dasar konvensyen pragmatik yang menentukan penggunaan

bahasa sebagai interaksi verbal iaitu sintaksis membentuk

kemampuan gramatikal untuk mengekspresi bahasa, sedangkan

pragmatik berkemampuan menggunakan ekspresi bahasa

secara sesuai demi mewujudkan kejayaan sesebuah

komunikasi. Oleh kerana itu, tatabahasa fungsional melibatkan

fungsi sintaksis, fungsi semantik dan fungsi pragmatik.

Secara umumnya, tatabahasa fungsional (TBF) adalah

teori yang berusaha menjelaskan susunan bahasa semulajadi

dari segi fungsionalnya. Kerana itulah pengembangan teori ini

memusatkan perhatiannya kepada tiga perkara yang saling

berkaitan, iaitu (1) fungsi bahasa semulajadi, (2) fungsi

hubungan yang terjadi pada pelbagai peringkat susunan tata

bahasa, dan (3) sasaran yang ingin dicapai.

Untuk merealisasikan perkara di atas, pembangunan teori-

teori tata bahasa fungsional ini harus memenuhi tiga standard,

iaitu:

Tipologis. Ertinya, peraturan dan prinsip-prinsip

teori ini harus dapat diterapkan dalam mana-mana

bahasa semulajadi.

Pragmatik. Ertinya, rumusan yang dikemukakan

harus memberi pemahaman mengenai bagaimana

ungkapan-ungkapan dapat digunakan secara

efektif dalam interaksi komunikatif.

Psikologi. Ertinya, apa-apa yang dikemukakan oleh

tata bahasa fungsional harus bersesuaian dengan

perkara-perkara yang telah diketahui.

9

Dalam pada itu juga, tatabahasa fungsional ada tiga

tingkatan fungsi-fungsi yang menjadi perhatian, iaitu:

Fungsi Semantik (Pelaku [Agent], Pesakit [Patient],

Penerima [Recipient], dsb.)

Fungsi ini mendefinisikan peranan yang dimainkan

oleh peserta dalam suatu peristiwa atau perbuatan

sebagaimana ditunjukkan oleh predikat.

Fungsi Sintaksis (Subjek dan Objek).

Fungsi ini mendefinisikan bagaimana sudut

pandang suatu peristiwa atau perbuatan

diwujudkan dalam bahasa-bahasa yang

diungkapkan.

Fungsi Pragmatik (Tema dan Ekor [Tail], Topik dan

Fokus).

Fungsi ini mendefinisikan status maklumat yang

diungkapkan dan menyambung ungkapan-

ungkapan yang ada dalam perbincangan atau

wacana yang sedang berlangsung itu. Interaksi

verbal yang sedang berlangsung juga dapat

digunakan sebagai alat analisis atas pelbagai

aspek bahasa dan penggunaan bahasa, maka

tatabahasa fungsional berupaya sekaligus dapat

memaksimumkan tahap tipologis dan

meminimakan peringkat abstraksi analisis

linguistiknya. Usaha ini dilakukan dengan

mengurangkan kadar abstraksi (aturan, cara kerja,

atau prosedur), sehingga jarak antara struktur

berdasarkan teori ini dapat disusun dan

disempitkan. Sekatan abstraksi dilakukan dengan

mengikut prinsip-prinsip berikut:

Mengelakkan transformasi (dalam erti

operasi perubahan struktur);

10

Mengelakkan elemen-elemen kosong dalam

struktur utama yang tidak mendapatkan

ekspresi;

Menolak peranti penapis (filter devices);

Tidak melaksanakan penguraian leksikal

yang abstrak (sebagai gantinya, hubungan

semantik antara kata dilakukan melalui

definisi makna.)

Secara ringkas, formal grammar (atau umumnya

disebut grammar sahaja) adalah seperangkat aturan yang

mengatur pembentukan kata, frasa, atau ayat dalam suatu

bahasa atau ilmu mengenai hal itu. Sementara functional

grammar adalah model tatabahasa yang memasukkan

unsur fungsi (pemakaian) yang kontektual dalam suatu

rangkaian sistem-sistem yang disambungkan dalam

menghasilkan makna. Dengan kata lain, tata bahasa atau

tatabahasa formal hanya tertarik dengan susunan atau

proses penyusunan bentuk kata, frasa, atau ayat,

sedangkan, tatabahasa fungsional memusatkan

perhatiannya pada bagaimana para pengguna bahasa

memilih dan menggunakan bentuk atau susunan kata,

frasa, atau ayat tertentu dalam menyampaikan makna

yang mereka inginkan. Pilihan yang mereka gunakan itu

sudah tentu tidak akan hanya mahal bentuknya saja,

tetapi juga hal-hal kontekstual yang lain.

2.0 Asal Usul Bahasa Melayu

Menurut Amat Juhari Moain ( 2006) , apabila kita ingin mengetahui asal

usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi

penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu

dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu

membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan

11

bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka

kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu.

Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul

bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada

dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan

bahawa bangsa Melayu berasal dari utara iaitu Asia Tengah dan pandangan

yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di

Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.

2.1.1 Bahasa Melayu Berasal Dari Nusantara

Menurut Nik Safiah Karim (1986 : 1), terdapat beberapa teori

telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada

golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Golongan manusia

ini datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam bentuk beberapa

gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia.Buktinya

ialah pergerakan manusia ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi

iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu

Proto.Gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro.

Secara ringkasnya terdapat perkaitan antara pergerakan gelombang

manusia dengan bahasa kerana masyarakat Austronesia tersebar luas

di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik.

Nik Safiah Karim ( 1986 : 2 ) juga telah mengatakan bahawa

bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara dalam keluarga

Austronesia. Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling

banyak, iaitu kira-kira 200-300. Oleh yang demikian bahasa-bahasa ini

dapat dibahagikan kepada golongan tertentu seperti golongan Filipina,

Sumatera dan banyak lagi.

Gorys Keraf ( 1984:184-201) pula berpendapat bahawa bangsa

Melayu memang berasal dari kepulauan Melayu atau Nusantara. Beliau

menyatakan bahawa bangsa Melayu sudah sedia ada di kepulauan

Melayu dan mereka menuturkan bahasa keluarga Nusantara. Menurut

beliau negeri asal orang Melayu ialah daerah Indonesia dan Filipina.

12

J.Crawfurd ialah seorang sarjana Inggeris telah membuat kajian

perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan

kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang

tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa iaitu

bahasa Jawa dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera atau

bahasa Melayu. Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan

induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.

Sehubungan itu, J.Crawfurd juga telah menambah hujahnya

dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki

taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini

hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya

beberapa abad lamanya. Beliau telah merumuskan bahawa Orang

Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan

induk  yang menyebar ke tempat lain.Manakala Bahasa Jawa ialah

bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

Mengikut Harry Judge (1991 :18), bahasa Melayu telah wujud

sejak abad kedua Masihi.Buktinya ialah kewujudan Kerajaan Melayu

Campa yang terletak di Vietnam Tengah. Secara logiknya,kerajaan ini

wujud kerana ada bangsa menetap di kawasan ini. Kewujudan bangsa

telah membuktikan bahawa wujudnya bahasa untuk

berkomunikasi.Oleh yang demikian dapat dikatakan bahawa bangsa

yang mendirikan kerajaan tersebut dan bahasa yang digunakan dalam

kerajaan yang berkenaan.Sehubungan itu, terdapat beberapa

penemuan penggunaan bahasa Melayu seperti prasasti.Prasasti yang

ditemui bertarikh pada abad ke-4 Masihi.Prasasti ini menggunakan

bahasa Melayu Kuno Campa. Sumber ini ditemui di Dong Yen Chau, di

Teluk Tourane, Vietnam Selatan. Berdasarkan bahan bukti yang

dijumpai,dapat dikatakan bahawa pendiri Kerajaan Melayu Campa ialah

bangsa Melayu iaitu Melayu Campa dan begitu juga bahasanya.

2.1.2 Bahasa Melayu Berasal Dari Asia Tengah

R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru

besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat

13

kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari

Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua.

Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di

sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan

Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di

beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern telah membuat

kesimpulan bahawa kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia ke

tanah Kepulauan Melayu.

Seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit

dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian

berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama

nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau ialah J.H.C.

Kern. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan

Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan

beberapa buah pulau di Lautan Pasifik .Perkataan tersebut di antaranya

ialah padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan

senarai perkataan yang dikajinya itu Kern telah merumuskan bahawa

bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

Manakala W. Marsden (1812) pula dalam kajiannya mendapati

bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia iaitu bahasa yang

digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik

adalah merupakan bahasa yang serumpun.

J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan

kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata

dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat

bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua

yang dinamainya Melayu Polinesia Purba.

Menurut J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam

suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum

Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam yang terdapat di

daerah Burma dan Tibet. Persamaan adat resam ini berkait rapat

14

Bahasa Melayu Purba

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Induk

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden

dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan

bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia.

Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana ( 11-28) dan

Asmah Haji Omar (28-29) juga menyokong pendapat di atas.

Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan

perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa

Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari

Asia.

Asmah Haji Omar (1985:395) pula telah membuat huraian yang

lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang

Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga

tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah

Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan

China.

Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa

pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku

kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan

demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan

perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik

berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu

asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang

keliru. 

Beliau berpendapat bahawa hubungan bahasa Melayu Moden

dengan bahasa Melayu Purba berdasarkan skema seperti yang

ditunjukkan di dalam rajah 1.1.

15

Rajah 1.1. Hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu

Purba

Skema di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden

berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik

berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal

daripada bahasa Melayu Kuno yang juga merupakan asal daripada

bahasa Melayu Purba.

2.1.3 Kesimpulan Asal-Usul Bahasa Melayu

Berdasarkan pendapat Geldern tentang hasil kajiannya iaitu

kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang

diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia

Tengah dan Nusantara.Budaya yang sama akan ditemui pada semua

masyarakat primitif sama ada di Amerika dan juga di Eropah pada

zaman tersebut. Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat

kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau

tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara,

kemudian ke Asia Tengah.

Berbeza pula dengan kajian Kern berdasarkan bukti

Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut

hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas

dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah.Ini

menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi

pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa

tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau

Easter di Lautan Pasifik.

Pendapat Marsden (1812) bahawa bahasa Melayu yang

termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa

Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa

Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya

kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah.

16

Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian

pesisir pantai timur iaitu Lautan Pasifik, pantai barat, dan Selatan Asia

di kawasan Nusantara sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia

Tengah.

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan

bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan

struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa Kampuchea juga

memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia

Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita

lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa

di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan

bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma.

Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga

Dravida, iaitu Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua

keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur,

Tenggara,dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia.

2.2 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman

perkembangan bahasa Melayu.Ini membuktikan bahawa bahasa

Melayu tersebar dan berkembang secara bertahap –tahap iaitu dari

zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah zaman bahasa Melayu

Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu

Moden. Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman

perkembangan telah membuktikan bahawa bahasa Melayu

berkembang dan mempunyai sejarah penyebarannya.

2.2.1 Zaman Bahasa Melayu Purba

Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud

pada zaman prasejarah.Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana

tidak ada sejarah bertulis pada masa itu.

Manakala menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu

Purba dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro.

17

Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu

Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan.

2.2.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno

Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 :

27), bahasa Melayu Kuno bermula pada abad ke-4 Masihi.

Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad ke-4 Masihi

kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen

Chau di Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh

pada abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah

prasasti.

Berdasarkan maklumat daripada wikipedia bahasa

Melayu, bahasa Melayu Kuno wujud setelah menerima pengaruh

daripada India. Bahasa Melayu Kuno mencapai

kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada

zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa

pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno

merangkumi Semenanjung Tanah Melayu , Kepulauan Riau dan

Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana terdapat

beberapa ciri yang boleh diterima oleh orang ramai. Antaranya

ialah bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat kepada

perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu, bahasa

Melayu Konu juga mempunyai sistem yang lebih mudah

berbanding bahasa Jawa.

Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa

berlakunya perkembangan bahasa Melayu iaitu bahasa Melayu

Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah melalui aktiviti

perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah

pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan

pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India.

Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat

Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan

18

Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi

menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok

seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab.

Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh

India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan

agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama

ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh

baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai

bahasa Melayu Kuno.

2.2.2.1 Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh

sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana kebanyakan

masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan

Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan

mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa

Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga

antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima.

Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara

Pallava dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata

pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata

pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem

Sanskrit.

Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan

penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh

contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit

adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan

sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai

pengaruh Parsi atau Arab.

19

2.2.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu Kuno

Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui,

terdapat beberapa batu bersurat yang menggunakan

bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di

sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan

penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7.

Tulisan yang digunakan ialah aksara

(alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yang berasal dari

selatan India. Antara batu bersurat tersebut ialah batu

bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh

605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 Masihi. Tulisan

yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan

huruf Palava.

Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun

Saka, bersamaan dengan 684 M dan batu, Jawa Tengah

yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf

Nagiri.Ringkasnya, penemuan batu bersurat ini

membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno wujud dan

digunakan oleh masyarakat.

2.2.2.3 Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno mempunyai ciri-cirinya yang

tersendiri. Beberapa kajian telah dijalankan pada bahan

bukti iaitu batu bersurat. Tulisan yang terdapat pada batu

bersurat tersebut telah dikaji dari aspek bahasanya.

Berdasarkan kajian tersebut, bahasa Melayu jelas

memperlihatkan pengaruh bahasa Sanskrit, terutama dari

segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada waktu

itu bahasa Melayu tidak mempunyai kata-kata yang

sesuai untuk memperkatakan perkara-perkara dan

20

konsep-konsep baru yang dibawa dari kebudayaan asing.

Oleh itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada

bahasa masyarakat yang membawa konsep-konsep baru

itu. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada

bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava,

karana, tatakala dan sebagainya.

Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja.

Oleh itu dapat dibuat kesimpulan bahawa bahasa Melayu

kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa untuk

urusan pemerintahan di istana.Bahasa Melayu kuno juga

telah tersebar luas dan berfungsi sebagai lingua

franca.Selain itu bahasa Melayu kuno juga bersifat

kosmopolitan, keranan menerima pengaruh dari luar

terutama pengaruh bahasa Sanskrit.

2.2.3 Definisi Bahasa Melayu Klasik

Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh

pengkaji bahasa .Antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), “

bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan

bahasa Melayu Klasik”.

Menurut Ismail Hussein (1984:24), “pembahagian yang

dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan

bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman

politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh

kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut

zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang

diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin.

Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang

beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang

dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera

India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-kata

Sanskrit.

21

2.2.3.1 Sejarah Bahasa Melayu Klasik

Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa

perkembangan bahasa Melayu Klasik mempunyai

perkaitan dengan perkembangan karya sastera.

Perkembangan kesusasteraan memberikan gambaran

tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi

kebudayaan,dan keperibadian bangsa . Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik

digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan

sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan,

ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan

keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu

Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi

sedikit sehinggalah ke abad ke-15.

Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada

abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah penemuan

beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu

Klasik telah digunakan sebagai lingua –franca iaitu zaman

kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu

Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan

penyebaran agama Islam.

Bukti tentang penyebaran agama islam

menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah penghasilan

kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu’

Al-Masa’il oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan

Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-

Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai

agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf, di

samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan,

22

perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan

pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.

Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas

dalam kalangan orang bukan Melayu dari kelompok Asia,

juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang

datang ke Asia Tenggara.

2.2.3.2 Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik

Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada

abad ke -13 pengaruh agama Islam menjadi makin

dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam

membawa bersama-samanya bahasa Arab.

Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan

Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan huruf-huruf

Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku

kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang

dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan

Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula

berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti

Portugis, Inggeris, dan Belanda.

Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu

Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Tetapi

beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh

kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam.

Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari

sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu

Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya

tentang pengislaman Pasai.

Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14

telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu

yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya

23

sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya

bahasa Melayu klasik.

Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik

boleh ditandai dengan kemunculan dan keagungan

kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi medium

dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan

penyebaran agama Islam.

Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan

baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan meminjam dan

menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada

tahap bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu

menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan rencong dan

lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India

walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan

yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti

yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7

hingga abad ke-14.

2.2.3.3 Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa

Arab,telah menyebabkan bahasa Melayu melangkah

setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi.

Bahasa Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula

pengaruh dari Barat dengan kedatangan penjajah dari

Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi

bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan

kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa

Melayu.

Amat Juhari Moain ( 1992:1062) tulisan rumi mula

digunakan dengan penggunaan yang pertama dalam

bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516

Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian

pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara Itali,

24

Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu

dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa

Itali.

Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik

mencakup zaman antara abad ke-14 hingga abad ke-19,

dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan

antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa

Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik dapat disimpulkan

sebagai bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan,

pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah,

perdagangan, dan perhubungan iaitu budaya dan

kemasyarakatan.

Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab

banyak digunakan. Penggunaan bahasa Melayu dapat

dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-

raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang

Tuah, Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi karya yang

ditulis dalam tulisan Jawi.

2.2.3.4 Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik

Berdasarkan bahan yang di akses, didapati ada tiga

zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik. Antaranya

ialah zaman kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan

Johor –Riau. Ketika zaman tersebut terdapat beberapa

orang tokoh penulis. Buktinya ialah pada zaman kerajaan

Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah Hamzah

Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-

Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

2.2.3.5 Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik

Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah

menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa Melayu Klasik.

Namun demikian cirri-ciri yang dinyatakan adalah lebih

25

mencirikan bahasa Melayu Klasik dari aspek perubahan

dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Antara ciri –

ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan

berbelit-belit. Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah

ayat pasif dan songsang.Ketika itu juga banyak

menggunakan laras bahasa istana.

Manakala terdapat perbezaan dalam

mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu Klasik bagi Dr.

Zaitul Azma bt Zainon Hamzah. Beliau telah

membahagikan ciri tersebut kepada beberapa aspek iaitu

aspek sistem tulisan,kosa kata dan tatabahasa.

Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam

bahasa Melayu Klasik terdapat penggunaan kata pangkal

ayat yang agak klise atau usang. Penggunaan kata

pangkal ayat ini agak meluas. Contoh kata pangkal

adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta",

"arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan

"adapun. Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan

untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan

juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan

dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan

penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.

Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa

Melayu Klasik agak berbeza dengan bahasa Melayu

Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-

ulang dan berbelit-belit.Terdapat juga gabungan

beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan

menggunakan kata-kata hubung yang tertentu,

terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan

menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik

sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat

26

berikut “Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke

penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si

peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang

yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan

dia baik-baik”.

Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat

perubahan dari aspek bentuk ayat yang digunakan.

Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk

ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan

objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, “Hatta

datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar

Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada

mualim ……”

Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga

banyak menggunakan partikel “pun”dan “lah”.Contoh

perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti

“adapun, bertitahlah,dan berebutlah”. Manakala contoh

penggunaan partikel dalam ayat pula ialah seperti berikut

““Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti

dikhatankan orang rupanya” dalam Sejarah Melayu.

Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada

beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu Klasik kerana

di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit

bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan

penyebaran agama islam.Contoh penggunaan bahasa

Arab ialah “Allah Taala, makhdum, mualim daulat,

wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah

“dosa,pahala,dan raja” . Bahasa Melayu Klasik juga

menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’. Contoh

perkataan seperti “khamis, zakat, syarat”.

27

Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah,

bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini

amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem

panggilannya. Contohnya ialah ‘sembah, beta, titah,

berangkat, dan gering.” Penggunaan ini adalah

disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu

klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang

menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh

kalangan raja di istana.

Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak

menggunakan kiasan dan perbandingan serta

penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair,

seloka dan gurindam dalam karya prosa. Buktinya ialah

terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama.

Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu

sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan

penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat

menghidupkan suasana penceritaan.

2.2.4 Zaman Bahasa Melayu Pramoden

Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 :

32 ), bahasa Melayu Pramoden bermula pada abad ke -19.

Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara

untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini

bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi

mengukuhkan kedudukan di tanah Melayu, mereka telah

mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah

mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan

budaya pribumi terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu

dan bahan-bahan tinggalan sejarah,budaya dan sastera Melayu

telah dikumpulkan di perpustakaan- perpustakaan barat ini.

Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada

bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke

28

dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku secara sedikit demi

sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan

kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana

raja seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam

masyarakat umum.Dengan kata lain, kegiatan penulisan dalam

bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan merakyat.

Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat

banyak hasil penulisan seperti buku “Sejarah Melayu, Taj al-

Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain itu, zaman ini turut

mencetak banyak kitab –kitab agama di Asia Tenggara. Abdul

Rashid Melebek (2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa

berlakunya beberapa peristiwa pada abad ke -19. Antaranya

ialah pertembungan budaya Melayu dengan Barat,

perkembangan teknologi cetak ,serta perkembangan

perhubungan yang lebih mudah telah menjadikan bahasa

Melayu terdedah kepada pengaruh Barat.Oleh yang

demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang

menyebabkan bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat

sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa Melayu.

2.2.5 Zaman Bahasa Melayu Moden

Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah

menyatakan bahawa zaman bahasa Melayu Moden telah mula

pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah

seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi

Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu

moden.Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai

kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan,

pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat

pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah

dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam

sistem pendidikan. Namun semasa Malaysia mencapai

29

kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah

menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan

1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah

mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem

pendidikan negara.

Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa

Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk

yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah

apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri

dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa Melayu

dalam urusan pemerintahan negerinya terutamanya yang

berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika

itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih

banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun

yang dalam pemerintahan Belanda.

Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa

Melayu pula, seperti syarikat percetakan telah banyak didirikan.

Maka banyak buku,majalah, jurnal dan akhbar berbahasa

Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di

Asia Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu

secara langsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.

Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa

kebangsaan dan salah satu bahasa rasmi negara Malaya

Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah

menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi

meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar,

buku, majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama

ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura terutamanya selepas

Perang Dunai Kedua.

30

Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi

memajukan bahasa serta menigkatkan kemampuannya dalam

menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan

untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus

bahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh

Pakatan Belajar –Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka

memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun

panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda bacaan,surat

kiriman,dan peristilahan.

Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan

daripada persatuan dan lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan

seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usaha-

usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem

ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan

lain –lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi

mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai kongres

dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah

diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan

Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang

keempat.

Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan

seumpama di atas ini, maka bahasa Melayu terus melonjak naik

kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang

digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian

tinggi, dan tulisan ilmiah.

3.0 Sejarah Kedatangan Islam dan Tulisan Jawi

Hubungan antara bangsa Arab dengan umat Melayu telah bermula

sejak sebelum kedatangan Islam lagi menerusi aktiviti perdagangan. Sesudah

Islam menjadi agama pegangan orang Melayu, hubungan itu menjadi semakin

erat. Orang Arab yang datang bermukim di Alam Melayu bertambah ramai.

Setengahnya datang untuk berniaga manakala yang lain untuk berdakwah.

31

Demikian juga orang Melayu yang pergi ke Tanah Arab; kebanyakan mereka

bertujuan untuk mengaji agama (Hamdan 1999: 1).

Syed Naquib al-attas (1969 :11) menyebut tentang catatan pengembara

Cina yang menyatakan bahawa pada tahun 55 Hijrah 672 Masihi sudah ada

penempatan orang Islam di Sumatera Timur.Beliau menyatakan sedemikian

kerana kemungkinan perpindahan orang Islam yang sudah bermastautin di

negeri China sejak abad pertama akibat daripada kekacauan politik yang

berlaku di China pada zaman Raja Hi-Tsung.

Menurut Fatimi (1963:69) dan S.M.N. al–Attass (1969 :11) orang Islam

yang berpindah dari Canton telah turun ke Selatan dan menubuhkan

kawasan-kawasan penempatan di Kalah Kedah pada sekitar tahun 878 Masihi

dan di Palembang.Penempatan yang sama berlaku di tempat lain seperti yang

dibuktikan oleh peninggalan dan inskripsi Jawi di Champa,Kampuchea

bertarikh 431 Hijrah 1039 Masihi .

Othman Mohd.Yatim dan Abdul Halim Nasir (1990:12-16) juga telah

menyatakan terdapat penemuan inskripsi bertarikh 419 Hijarah 1020 Masihi di

Permatang Pasir Pekan Pahang dan 440 Hijrah 1048 Masihi di Brunei.

Sehubugan itu Omar Bin Awang (1985:189) juga bersetuju tentang

kehadiran orang Islam di Asia Tenggara pada abad kelapan Masihi lagi

dengan memetik G.R Tibbets (1957: 37) yang mengatakan bahawa kehadiran

pedagang-pedagang Islam di pelabuhan-pelabuhan China,tentu sekali

menunjukkan bahawa mereka juga telah melawat dan berdagang di Asia

Tenggara.Selain itu ialah bukti kedatangan Islam ialah penemuan tiga duit

syiling kerajaan Abbasiyah zaman Khalifah al-Mutawakkil di

Kedah,membuktikan kegiatan perdagangan dan kehadiran orang Islam di

Kepulauan Melayu, ( Omar Awang, ibid:190)

Menurut Wan Azmi ( 1980 : 144) di Kelantan telah ditemui wang emas

yang tertulis tarikh 577 H/116 M dan tulisan Arab “ al-julus Kelantan” yang

bermaksud “menduduki Kelantan” dan tertulis “al-Mutawakkil” pada satu muka

lagi iaitu gelaran rajanya yang bermaksud “yang bertawakal kepada Allah”,

32

menunjukkan sudah tertubuh satu kerajaan Islam yang pertama di

Semenanjung Tanah Melayu dalam pertengahan yang kedua abad ke-12 M.

Secara ringkasnya,kedatangan Islam bukan sahaja agama dan

kepercayaan masyarakat di Kepulauan Melayu berubah,tetapi aspek-aspek

budaya yang lain turut berubah. Implikasi yang amat besar dalam

perkembangan bahasa Melayu akibat daripada proses pengislaman ialah

penggunaan dan adaptasi skrip Arab sehingga menjadi skrip Jawi untuk

mengeja bahasa Melayu.

3.1 Asal – Usul Kata Jawi

Tulisan Melayu huruf Arab atau sekarang ini dikenal dengan

nama tulisan Jawi, seperti yang telah disebutkan sebelum ini, telah

digunakan sejak kedatangan Islam. Nama “Jawi” itu berasal daripada

kata nama bahasa Arab “Jawah”. Apabila dijadikan kata kata adjektif

“Jawah” menjadi “Jawi”.Perkataan “Jawah” atau “Jawi itu besar

berkemungkinan besar berasal daripada perkataan “Javadwipa”, iaitu

nama bagi daerah Asia Tenggara pada zaman purba. Buktinya Ibnu

Battutah dalam bukunya al-Rihlah menggelar nama Sumatera sebagai

al-Jawah. Bagi orang Arab bahagian kata “Java” sahaja yang diambil,

sedangkan “dwipanya” ditinggalkan. Kata “Jawa” ini digunakan untuk

merujuk ke seluruh daerah Asia Tenggara.

Penduduknya juga dinamakan dengan menggunakan kata itu

juga, atau dalam bentuk kata adjektifnya menjadi “Jawi”. Oleh itu, kata

Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang

menjadi peribumi di Asia Tenggara; bukan hanya kepada orang Jawa

iaitu penduduk yang berasal dari Pulau Jawa. Jawah atau Jawi merujuk

kepada seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa,

Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipino

mahupun yang lain. Oleh sebab inilah, maka para ulama dari Asia

Tenggara sering membubuh nama al-Jawi sebagai laqab, pada hujung

nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada suku bangsa berlainan

seperti Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul Samad al-

Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al- Fatani al-Jawi dan lain-lain.

33

Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapan-ungkapan

seperti bahasa Jawi, masuk Jawi dan bangsa Jawi. Sampai kini orang-

orang Vietnam menamakan orang di Kepulauan Nusantara sebagai

orang Jawa (Amat Juhari Moin 1996: 17).

3.2 Kemunculan Skrip dan Istilah Jawi

Istilah “tulisan Jawi” hanya dikenal di Malaysia, Singapura,

Thailand Selatan dan Negara Brunei Darussalam. Di Indonesia tulisan

ini terkenal dengan nama “tulisan Melayu Huruf Arab” atau “tulisan

Melayu Arab”. Penggunaan jawi digunakan di banyak tempat di Asia

Tenggara. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan oleh orang Melayu

untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh suku-suku bangsa Melayu yang

lain. Antara suku bangsa Melayu yang menggunakannya ialah Campa

di Indo-China, Patani di selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh,

Minangkabau, Bengkulu dan juga lain-lain.

Bagi tulisan Jawa yang menggunakan huruf Arab dikenal dengan

nama atau tulisan Pegon, yang sekarang ini masih dipakai atau

digunakan untuk menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di

pesantren-pesantren di Jawa. Contohnya ialah kitab Tafsir al-Ibriz dan

al-Munjiyat bahasa Jawa (Amat Juhari Moain 1996: 18).

Manakala menurut Russels Jones ( 1983:125) skrip Arab mula

diadaptasikan sebagai skrip untuk mengeja bahasa Melayu dibuat

selepas abad ke-7 H. Buktinya ialah berdasarkan kajian Fatimi

(1963:50) yang membuktikan penggunaan skrip Arab untuk mengeja

teks bahasa melayu terdapat pada batu Bersurat Terengganu yang

bertarikh 702 H/1303 M.

Mengikut Omar Awang (1985:190), skrip Arab yang

diadaptasikan oleh bahasa Melayu dikenal dengan nama skrip

jawi.Tidak diketahui siapa yang memberikan nama jawi kepada skrip

itu, namun Omar Awang telah memetik keterangan dalam kamus

R.J.Wilkinson (1959:452), perkataan Jawi dalam bahasa Melayu

digunakan untuk pokok Jawi-Jawi atau jejawi dan juga beras Jawi yang

34

berbeza dengan beras pulut serta makna lembu atau kerbau dalam

bahasa Minangkabau. Ringkasnya pendapat ini langsung tidak

menyebut perkaitan nama Jawi dengan tulisannya.

Omar Awang seterusnya menegaskan kemungkinan perkataan

Jawi berasal daripada perkataan Arab al-Jawah. Beliau mengatakan

sedemikian kerana kata tersebut pernah digunakan dalam catatan Arab

yang tertulis sebelum pertengahan abad ke-14 M untuk menamakan

Sumatera. Contohnya ialah Yaqut dalam “Mu’jam al-Buldan, Abu al-

Fida’ dalam Taqwin al-Buldan dan Ibn Batutah dalam “Rihlat Ibn

Batutah”. Fakta ini mempunyai perkaitan iaitu menunjukkan satu

kemungkinan yang kuat bahawa skrip ejaan yang digunakan oleh orang

Sumatera, iaitu penduduk al-Jawah yang beragama Islam dan

menggunakan bahasa Melayu.

Pendapat yang terakhir ialah Jawi itu bermakna Melayu,

misalnya dalam ungkapan “Jawikannya” yang bermaksud “terjemahkan

ke dalam bahasa Melayu iaitu tentunya dalam tulisan jawi, Wilkinson.

3.3 Penggunaan Tulisan Jawi

Menurut Amat Juhari Moain (1996) tulisan Jawi telah digunakan

oleh orang Melayu dalam berbagai-bagai jenis lapangan dan kegiatan

penulisan. Bahkan untuk kesenian juga tulisan ini digunakan, iaitu pada

seni khat bagi menghiasi mihrab, di dinding dalam masjid, batu nisan

dan seumpamanya. Dalam sejarah yang lalu tulisan Jawi telah

digunakan untuk beberapa perkara seperti prasasti atau batu bersurat.

Contohnya prasasti Terengganu yang telah ditemui di Sungai Tersat,

Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Selain prasasti, tulisan jawi juga digunakan pada batu hidup dan

batu nisan.Tulisan jawi telah ditemui pada batu hidup di Pangkalan

Kempas Negeri Sembilan.Manakala bagi batu nisan pula terdapat di

berbagai-bagai tempat bekas beridirnya kerajaan –kerajaan Islam pada

zaman silam.

35

Penggunaan tulisan semakin meluas. Buktinya ialah pada mata

wang. Tulisan jawi yang digunakan pada mata wang terutamanya wang

emas dan perak. Pada mata wang ini diukir nama raja Melayu yang

memerintah dengan menggunakan tulisan jawi seperti nama Sultan

Muzaffar Shah,Mansur Shah dan lain-lain.

Sehubungan itu, dari aspek perhubungan rasmi, tulisan jawi

digunakan dalam penulisan surat rasmi.Contohnya ialah surat kiriman

antara raja. Kaedah ini bukan sahaja dilakukan oleh raja Melayu tetapi

juga raja-raja di tempat lain seperti raja Melayu dengan Portugal, raja

Melayu dengan raja Inggeris atau raja-raja lain.Penggunaan tulisan jawi

termasuklah dalam surat-surat perjanjian antara raja dan negara di

Alam Melayu.

Pada zaman dahulu kegiatan penulisan giat dijalankan. Buktinya

ialah kewujudan kitab dan buku. Kitab dan buku yang ditemui

kebanyakkannya terdapat dalam bentuk manuskrip yang bertulis

tangan dan cap batu.

Berdasarkan sejarah sememangnya terbukti kedatangan para

pedagang ke tanah Melayu.Bagi urusan perniagaan dan perdagangan

ini bahasa dan tulisan yang digunakan adalah sama iaitu tulisan jawi.

Bukti ialah beberapa catatan pemilikan dan perdagangan terutama di

pelabuhan dan kapal-kapal perdagangan.

Kedatangan para pedagang dan penjajah telah mengubah

suasana di tanah Melayu. Antara ialah kemajuan yang telah dicapai

berlandaskan pengaruh yang masuk ke tanah Melayu.Contohnya ialah

pihak penjajah yang telah memperkenalkan teknologi

mencetak.Dengan mengaplikasikan teknologi ini maka berkembanglah

bahasa dan tulisan.Buktinya ialah banyak pencetakan surat khabar dan

majalah seperti surat khabar Alamat Lankapuri, Majalah Bustan Arifin,

surat khabar Jawi Peranakan dan majalah al-Imam.

4.0 Sejarah Perkembangan Pengistilahan

36

Pembinaan istilah Bahasa Melayu bermula di Dewan Bahasa dan

Pustaka pada tahun 1957.  Jawatankuasa Istilah, jawatan dan jabatan

ditubuhkan untuk mencipta nama jabatan dan jawatan kerajaan yang

digunakan di seluruh Tanah Melayu.  Jawatankuasa ini telah mengadakan

sesi kerja kali pertamanya pada 15 Januari 1957.  Hasilnya buku Istilah

Jawatan dan Jabatan telah diterbitkan pada tahun 1960 dan terciptalah 2514

istilah baru.  Kerja peristilahan secara terancang atau sistematik bermula pada

tahun 1975.

Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan buku Pedoman Umum

Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM) hasil kerjasama kebahasaan

Malaysia Indonesia menerusi Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM).

Bahagian Peristilahan terus dipertanggungjawabkan untuk mengumpul,

membentuk, menggubal, memperbanyakkan istilah dan menerbitkan istilah

Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu.  Tanggungjawab tersebut

dilaksanakan dengan melantik ratusan profesional yang terdiri daripada

mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang ilmu di

seluruh negara.  Dianggap sebagai pakar bidang mewakili Institusi Pengajian

Tinggi, sektor swasta, sektor awam, dan sektor pendidikan negara.

Sehingga kini, Bahagian Peristilahan telah menerbitkan 207 daftar

glosari istilah dengan sejumlah 1002438-Istilah telah dibentuk dalam pelbagai

bidang. Penubuhan MABBIM di peringkat serantau juga turut

bertanggungjawab menyelaraskan sejumlah 123885 istilah ilmu pengajian

tinggi dan profesional untuk pengguna bahasa di ketiga-tiga negara anggota

MABBIM.

4.1 Peristilahan Bahasa Melayu

Proses menggubal kata-kata untuk bidang ilmu yang tertentu.

Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan

Bahasa Melayu.  Istilah dan perkataan baharu dicipta untuk

memperkayakan kosa kata Bahasa Melayu.  Kekurangan istilah

menjadi masalah pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada

peringkat awal.

37

Menyedari akan keperluan dan kepentingan istilah ini, melalui

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), istilah-istilah dalam pelbagai

bidang ilmu telah digubal sebanyak mungkin untuk memenuhi

keperluan penggunaannya dalam bidang-bidang berkaitan. 

Penggubalan istilah ini dilakukan melalui sistem Mesyuarat

Jawatankuasa Istilah yang ahlinya dilantik oleh DBP daripada pelbagai

Institusi Pendidikan Tinggi dan Pusat Pendidikan.

Walaupun peristilahan berkembang seiring dengan

perkembangan ilmu dan teknologi, tetapi peristilahan Bahasa Melayu

agak terkemudian daripada perkembangan ilmu dan teknologi itu

sendiri.  Keadaan ini berlaku disebabkan penggubalan istilah dalam

Bahasa Melayu lebih merupakan penggubalan istilah sekunder.

Penggubalan istilah-istilah dalam Bahasa Melayu dilakukan dengan

menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti pinjam langsung, pinjam

suai dan pinjam terjemah.  Dengan kaedah pinjam suai pula, istilah-

istilah asing dipinjam dengan beberapa penyesuaian, sama ada suai

bentuk penuh.

4.2 Konsep Dasar Dalam Pembentukan Istilah

Dalam pembentukan istilah terdapat beberapa konsep dasar

yang perlu diteliti sebelum membentuk sesuatu istilah baru. Antaranya

ialah takrif istilah,tataistilah dan tatanama,istilah dan kata

umum,morfem dan proses peristilahan.Istilah baru akan wujud jika

menepati konsep dasar tersebut. Ringkasnya pembentukan istilah

bukanlah sesuatu yang sewenang-wenangnya sebaliknya berdasarkan

konsep yang tertentu dan ini membuktikan pembentukkanya berkualiti

dan diterima sejagat.

4.2.1 Takrif Istilah

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, istilah boleh diertikan

sebagai perkataan atau rangkai kata yang mempunyai erti yang

jitu dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan,pekerjaan atau

kesenian.

38

Manakala dalam Buku Bahasa Melayu Tinggi pula

mengatakan bahawa istilah ialah kata atau gabungan kata yang

menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang

khusus dalam bidang tertentu.

Berdasarkan maklumat yang diakses,istilah ialah kata

atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses,

keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu.

Contohnya cecair, hablur, inflasi, budaya, medan magnet,

metamofosis, dan lain-lain lagi.

Manakala dalam buku Pedoman Umum Pembentukan

Istilah Bahasa Melayu, istilah ialah kata atau frasa yang

mengungkapkan konsep khusus yang terdapat dalam sesuatu

bidang ilmu atau professional. Sesuatu istilah itu mempunyai

makna yang tepat bagi konteks bidangnya dan dengan itu dapat

diberi definisi yang tetap.

4.2.2. Tataistilah dan Tatanama

Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk

istilah ini termasuklah kumpulan istilah yang

dihasilkannya.Ringkasnya tataistilah merupakan kumpulan istilah

bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-

peraturan yang ada.Misalnya, tataistilah matematik bermakna

kumpulan istilah matemtik yang ada yang telah dibentuk

berdasarkan sistem tertentu.

Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan

nama dalam bidang ilmu iaitu termasuklah kumpulan nama yang

dihasilkan.

4.2.3.  Istilah dan Kata Umum

Istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya

khusus pada bidang tertentu.Secara logiknya kata “istilah” itu

sendiri membawa pengertian penggunaan dalam konteks

39

khusus,tetapi ada juga istilah yang digunakan dalam konteks

umum.Keadaan ini berlaku apabila istilah tersebut digunakan

dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa dan

penggunaannya itu tersebar melalui media massa.Contohnya

ialah kata “taqwa” merupakan istilah bidang keagamaan

Islam,tetapi sekarang ini kata berkenaan sudah digunakan

secara am dalam penggunaan bahasa sehari-hari.

Manakala kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa.

Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. 

4.2.4 Morfem dan Proses Peristilahan

Menurut Nik Safiah Karim ( 2004:43) morfem ialah unit

atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna

atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan

imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah, Abdullah

Hassan ( 1986;191).  Proses pembentukan istilah Bahasa

Melayu ialah pengimbuhan, penggandaan dan penggabungan

atau pemajmukan.

4.2.5 Bentuk Prototaip Peristilahan

Menurut Abdullah Hassan (1986:192) bentuk prototaip

peristilahan ialah bentuk yang dijadikan acuan atau dasar dalam

pembentukan istilah. Bentuk prototaip yang berasal daripada

bahas aklasik seperti Latin,Yunani dan Sanskrit ialah bahagian

kata yang menunjukkan ciri-ciri persamaan di antara beberapa

bahasa.Contohnya seperti Latin,Yunani dan Sanskrit ialah

bahagian kata yang menunjukkan ciri-ciri persamaan di antara

beberapa bahasa.Contohnya ialah “derhaka:bahasa Malaysia”,

“drohana :bahasa Sanskrit” dan “druhaka:bahasa Jawa Moden”.

4.3 Syarat –Syarat dalam Pembentukan Istilah

40

Berpandukan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa

Melayu,terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi dalam

pembentukan istilah. Antaranya ialah kata atau frasa yang dipilih

sebagai istilah adalah yang paling tepat untuk mengungkap konsep

yang dimaksudkan dan yang stabil dari segi maknanya dalam bidang

ilmu.

Sehubungan itu, kata atau frasa yang dipilih hendaklah yang

paling ringkas antara pilihan yang ada dan mempunyai rujukan yang

sama.Dalam masa yang sama haruslah mempunyai konotasi yang

baik, iaitu tidak berbau lucah atau boleh membawa implikasi buruk dari

segi agama,norma suku kaum dan hubungan antara bangsa.

Lantaran itu,dari aspek bunyi pula, kata atau frasa mestilah

memiliki bunyi yang sedap di dengar iaitu mempunyai ciri keindahan

bunyi atau eufoni. Kata dan frasa tersebut adalah dibentuk berdasarkan

kaedah yang diterima.

Kesimpulannya, syarat-syarat pembentukan istilah merupakan

salah satu garis panduan dalam membentuk istilah baru bagi

memastikan istilah yang dibentuk boleh diterima masyarakat dan

setaraf dengan istilah yang lain.

4.4 Sumber dan Inventori Istilah Melayu

Jika dilihat semula sejarah bahasa Melayu sememangnya tidak

dapat dinafikan penyerapan bahasa asing dalam bahasa Melayu. Boleh

dikatakan bahawa sejak dahulu lagi bahasa Melayu merupakan satu

sistem yang dalam pertumbuhan dan perkembangannya mengambil

manfaat daripada bahasa-bahasa lain sebagai sumber. Oleh yang

demikian istilah bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber

iaitu koasat kata umum bahasa Melayu, kosa kata umum bahasa

serumpun, dan kosa kata bahasa asing.

Kosa kata umum bahasa Melayu termasuklah bahasa Indonesia

serta dialek-dialek Melayu dan juga bahasa Melayu Klasik yang telah

menyerap perkataan daripada bahasa Arab, Sanskrit, Parsi dan lain-

41

lain.Manakala sumber bahasa –bahasa serumpun pula merujuk kepada

bahasa Melayu seperti bahasa Iban,Kadazan-Dusun,Jawa dan

sebagainya.

Merujuk kepada sejarah kedatangan pendatang ke tanah Melayu

,ketika itu penduduk di tanah Melayu turut menggunakan istilah bahasa

asing seperti istilah bahasa Inggeris dan bahasa Arab.Oleh yang

demikian, bahasa –bahasa ini juga dijadikan sebagai sumber

peristilahan. Bahasa Arab penting dalam pembentukan peristilahan

keagamaan, manakala bahasa Inggeris dalam bidang sains dan

teknologi.

Kesimpulannya, dalam pembentukan istilah terdapat konsep dan

syarat yang tersendiri bagi memastikan istilah yang dibentuk sesuai dan

tidak memberi implikasi negatif terhadap mana-mana pihak, serta

mempunyai perkaitan dengan sejarah bahasa Melayu iaitu sumber

istilah adalah berdasarkan bahasa Inggeris dan bahasa Arab.Ini adalah

berikutan kemasukan pendatang ke tanah Melayu pada zaman dahulu.

5.0 Sejarah Perkembangan Perkamusan

Berdasarkan sejarah perkembangan perkamusan, terdapat tiga jenis

kamus yang telah dihasilkan iaitu kamus awal yang hanya dikarang dalam

bentuk senarai kata dan istilah tertentu. Kemudiannya hasil usaha penambah

baikkan telah wujud kamus yang disusun bersama dengan deskripsi

tatabahasa bahasa Melayu dan kamus yang terakhir ialah kamus yang

dibentuk seperti yang terdapat pada masa kini.

Menurut Ibrahim Ahmad (1994 : 3), senario perkamusan Melayu boleh

dibahagikan kepada empat fasa utama iaitu berdasarkan jenis kamus yang

dihasilkan.Beliau menyatakan bahawa kamus pertama adalah kamus bahasa

Inggeris-Melayu yang disusun oleh Marsden pada tahun 1812.

Marsden (1812) dikatakan telah membawa perubahan dalam dunia

perkamusan Melayu kerana beliau telah mengaplikasikan penyusunan kamus

secara sainstifik dengan tujuan untuk kesedaran mengangkat martabat

bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

42

Mengikut Yusuf Hitam (1961:155) kamus yang disusun oleh Marsden

adalah kamus yang pertama disusun secara saintifik dengan sistem ejaan

rumi yang bentuknya berasaskan kerangka bahasa barat. Marsden juga telah

menngunakan konsep sejarah dalam penyusunan kamusnya.

Sehubungan itu, terdapat juga sarjana barat yang turut menyumbang

dalam sejarah perkamusan.Beliau ialah John Crawford. John Crawford (1852)

telah menyusun “A Grammar and Dictionary of Malay Language”.

Perkamusan terus berkembang. Buktinya ialah pada tahun 1875,

I’Abbe P.Favre telah menghasilkan “Dictionaire Malais-Francais”. Inilah satu-

satunya kamus bahasa Melayu-Perancis yang disusun oleh orang Perancis

bertujuan untuk membawa kesinambungan usaha-usaha Marsden dari aspek

penerapan prinsip sejarahnya.

Pada abad ke-20 dunia perkamusan telah mencapai kecemerlangan

akibat bermulanya perkembangan dunia percetakan pada awal abad ke -20

sehinggalah sekarang yang telah menghimpunkan pelbagai genre dan bidang

ilmu.Beberapa jenis kamus telah diterbitkan kerana penemuan mekanisme

kerja yang lebih canggih dan berkesan ini.

5.1 Sejarah Perkembangan Kamus Ekabahasa Melayu

Berdasarkan catatan sejarah,bentuk daftar kata bermula dengan

penyusunan kamus daripada jenis dwibahasa sebagai akibat keperluan

golongan orientalis dan pedagang melakukan aktiviti penyebaran

agama dan perdagangan.

A.Teeuw (1964) mendapati bahawa penyusunan kamus

dwibahasa bermula dalam bentuk daftar katabahasa Sanskrit-Melayu

Kuno pada abad ketujuh Masihi.Buktinya ialah penemuan 482 daftar

kata bahasa Melayu-Cina pada tahun 1403 hingga 1511.Jelas dan

nyata berdasarkan bukti ini, menunjukkan bahawa perkembangan

kamus ekabahasa Melayu tentunya lewat sedikit selepas bermulanya

penyusunan kamus dwibahasa.

43

Penyusunan kamus ekabahasa telah dimulai oleh sarjana Barat

dengan penyusunan “Dictionary of the Malay Tongue as Spoken in the

Peninsula of Malacca,the Island of Sumatra ,Java,Borneo,Pulo Pinang”,

susunan J.A Howison pada tahun 1801.Kamus ini lebih awal daripada

Onverp van een Maleisch Woordenbook eene Malaeische Spraakkunst

susunan H.Von de Wall pada tahun 1857.

Sehubungan itu, anak tempatan juga tidak ketinggalan dalam

penyusunan kamus. Raja Ali Haji telah menyusun “Kitab Pengetahuan

Bahasa” iaitu kamus longhat Melayu-Johor-Pahang-Riau-Lingga

Penggal yang Pertama. Kamus ini merupakan kamus ekabahasa

pertama yang pernah disusun oleh anak tempatan berbangsa Melayu

pada tahun1858.Kamus ini juga dianggap oleh para sarjana dan

pengkaji bahasa sebagai kamus ekabahasa Melayu yang tertua pernah

dihasilkan oleh orang Melayu.

5.2 Sejarah Perkembangan Kamus Ekabahasa Melayu di Malaysia

Sejarah perkembangan perkamusan Melayu ekabahasa yang

seimbang berlaku di Malaysia. Buktinya ialah “Kitab Benih Bahasa”

susunan Fadhil Jaafar pada tahun 1917 dianggap kamus yang pertama

pernah dihasilkan pada abad ke-20.Ini diikuti oleh penyusunan Kamus

al-Mahmudiah oleh Syed Mahmud Syed Abdul Kadiral-hindipada 1925.

Pada tahun 1935, Shamsuddin Yunos al-Haj juga telah

menyusun kamus Melayu.Perkamusan di Malaysia terus berkembang.

Terdapat banyak lagi kamus yang dihasilkan.Contoh kamus lain adalah

seperti Kamus Angkatan Baru,Kamus Am Bahasa Melayu dan Buku

Katan .

Dalam masa yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka telah

ditubuhkan. Kesan penubuhan ini telah menerbitkan beberapa buah

kamus ekabahasa.Contohnya ialah Kamus dewan pada tahun 1970

dan dicetak semula dengan edisi pertama dan kedua pada tahun 1984

dan 1989.Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pula diterbitkan pada

tahun 1975.Ini diikuti Kamus Pelajar Bahasa Malaysia pada tahun

44

1987. DBP juga telah menerbitkan Kamus Rendah Dewan Bergambar

pada tahun 1989.

Selain usaha perbadanan sebagai usaha agen bahasa Melayu,

usaha persendirian terus menambah jumlah kamus ekabhasa.

Contohnya ialah Kamus Umum Bahasa Malaysia, susunan Yang Kui

Yee pada tahun 1972,Kamus Pelajar Federal oleh Mohd.Salleh Daud

pada tahun 1973 dan banyak lagi.

Ringkasnya, penyusunan kamus ekabahasa menjadi penting

dengan semangat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa berdaya

saing dengan bahasa-bahasa maju yang lain sebagai bahasa ilmu.

5.3. Kamus Awal

Penerbitan kamus awal adalah terhad.Buktinya ialah kamus ini

hanya dikarang dalam bentuk senarai kata dan istilah yang tertentu

sahaja. Senarai kata yang pertama diketahui ialah senarai Melayu-Cina

yang dikatakan terkarang sebelum kurun ke-15. Senarai ini tertulis

dalam bahasa Cina.

Manakala senarai kedua yang ditulis oleh Pigafetta pada tahun

1521 menggunakan bahasa Melayu-Latin, dan menggunakan tulisan

Rumi. Senarai ketiga dikarang oleh Frederick de Houtman (1603)

dalam bahasa Belanda, juga mengandungi kata bahasa Malagasi.

Penerbitan kamus terus berkembang, namun mengambil masa

yang lama, buktinya tempoh dan jarak tahun penerbitanya. Contohnya

ialah Casper Wiltens dan Sebastian Danskearts telah menerbitkan

kamus Belanda-Melayu dan Melayu-Belanda pada tahun 1622.

Ringkasnya penerbitan kamus awal adalah bergantung kepada

istilah dan kata yang hanya diketahui oleh ahli bahasa.Pelbagai bahasa

yang digunakan dalam penerbitan kamus yang menunjukkan bahawa

penyerapan antara bahasa. Contohnya ialah kamus Belanda-Melayu,

Melayu-Latin dan Melayu-Cina.

5.4 Kamus dan Tatabahasa

45

Berdasarkan pola perkembangan perkamusan,penghasilan

kamus mula giat pada tahun 1521. Buktinya ialah William Marsden

telah menghasilkan kamus yang sangat penting pada tahun 1521.

Kamus ini penting kerana dianggap sebagai kamus pertama yang

sempurna. Marsden juga menulis sebuah kamus jilid lain pada tahun

yang sama, iaitu The Grammar of the Malayan Language dalam tulisan

Rumi dan Jawi.

Pada tahun 1701, Thomas Bowery telah menyusun sebuah

kamus Melayu-Inggeris yang mengandungi deskripsi tatabahasa.

Usaha ini berterusan dan pada tahun 1852, John Crawfurd telah

menghasilkan kamus yang diberi judul The Grammar and Dictionary of

the Malay Language.

Manakala Winstedt iaitu seorang tokoh tatabahasa Melayu

tradisional telah menyusun kamus pada tahun 1922, Hamilton tahun

1923, dan Swettenham pada tahun 1927. Seterusnya David Haex

menyusun sebuah kamus bertajuk Dictionarium Malaico-Latino et

Latinum-Malaicum pada tahun 1931.

Selepas tahun 1930-an, baharu muncul ahli perkamusan Melayu

seperti Shamsuddin Mohd. Yunus (1935), Mustapha Abdul Rahman

Mahmud (1940), Haji Abdul Hamid Ahmad (1941), Mohammad Haniff

(1955), Mohd. Shah Munji dan Abdullah Samad (1975), Farid Wajidi

(1959), Zainal Abidin Safarwan (1966), dan lain-lain lagi.

5.5 Kamus Moden

Penerbitan kamus moden adalah setelah wujudnya jawatan

kuasa dan badan yang telah dipertanggungjawabkan iaitu Dewan

Bahasa dan Pustaka.Penghasilan kamus moden ini membuktikan

usaha yang giat oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Buktinya ialah

terdapat tiga jenis kamus moden yang telah diterbitkan iaitu kamus

ekabahasa, kamus dwibahasa dan kamus pancabahasa.

Kamus ekabahasa adalah kamus yang disediakan dalam satu

bahasa sahaja. Contohnya ialah kamus bahasa Melayu. Manakala

46

kamus dwibahasa pula ialah kamus yang memuatkan 2 bahasa.

Contohnya ialah kamus bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Berdasarkan contoh kamus yang telah diterbitkan dapatlah disimpulkan

bahawa penjenisan kamus adalah berdasarkan bahasa.

5.6 Definisi Kamus

Mengikut The American College Dictionary (1960:36), kamus

ialah buku yang berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas

kata khusus, biasanya disusun mengikut abjad dengan penjelasan

makna serta maklumat lain dinyatakan atau dilahirkan dalam bahasa

yang sama atau dalam bahasa yang lain.

Kamus juga dimaksudkan sebagai buku rujukan yang

memuatkan daftar kata atau gabungan kata dengan keterangan

pelbagai makna dan penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut

abjad ,Harimurti Kridalaksana, (1982:73).

5.7. Konsep Dasar dalam Perkamusan

Perkamusan merupakan bidang yang menerangkan makna

sesuatu istilah dan kata. Bidang ini penting kerana hasilnya dijadikan

panduan dalam bahasa. Oleh yang demikan terdapat tiga konsep

penting dalam penciptaan kamus,iaitu tipologi, leksikologi, dan

leksikografi.

5.7.1. Tipologi

Dari sudut bahasa tipologi bermaksud pengelompokan

bahasa berdasarkan ciri-ciri fonologi, nahuan atau leksikal untuk

menentukan jenisnya yang lalu daripada perkembangan sejarah,

Hartmann, (1972:243).

5.7.2. Leksikologi

Manakala leksikologi pula ialah ilmu untuk mempelajari

dan menganalisis kosa kata melalui perkembangan bentuk dan

47

makna dengan bantuan bidang etimologi iaitu kajian tentang

asal-usul kata tersebut.

5.7.3. Leksikografi

Bidang leksikografi merupakan bidang linguistik terapan

yang garapannya mencakupi teknik dan metodologi penyusunan.

Leksikografi juga adalah cabang leksikologi yang mengkaji

dasar dan kaedah penyusunan kamus, iaitu dari segi

pengumpulan data, pemilihan data, dan pengabjadan, di

samping penyusunan definisi dan pemberian makna.

5.8. Kesimpulan Perkembangan Perkamusan

Berdasarkan sejarah perkamusan ,dapatlah dirumuskan disini

bahawa pihak Dewan Bahasa dan Pustaka adalah pihak yang

bertanggungjawab dalam bidang ini. Justeru itu, pihak Dewan Bahasa

dan Pustaka juga tidak sewenang-wenangnya dalam menghasilkan

kamus, namun terdapat beberapa konsep yang perlu dipatuhi agar

kamus sesuai dengan jenisnya dan pengguna.

6.0 Sejarah Perkembangan Penterjemahan

Sejarah penterjemahan dikatakan bermula selepas penemuan bahan

sejarah. Buktinya ialah penterjamahan dilakukan selepas menemui batu

bersurat dua bahasa di Mesir iaitu ketika zaman Mesir Tua 3000 Masihi.

Pada abad ke-12 bersamaan 1100 Masihi, telah lahirnya kerajaan Moor

di Sepanyol. Kelahiran kerajaan ini berikutan kejayaan Tariq bin Ziyaid

menakluki Sepanyol.Ketika zaman kerajaan ini aktiviti penterjemahan telah

giat dijalankan.Buktinya ialah bahan bahasa Arab diterjemah ke bahasa-

bahasa Eropah. Terjemahan besar-besaran dari Tamadun Islam ke bahasa

Greek.

48

Dalam masa yang sama, turut ditubuhkan Sekolah Terjemahan Toledo,

Sepanyol . Penubuhan sekolah ini adalah bertujuan untuk menterjemah idea

Islam ke bahasa Greek. Penterjemahan ini adalah meliputi ilmu sains yang

diperolehi daripada Islam serta ilmu falsafah Islam.

Pada tahun 1522,penyebaran agama kristian turut berkembang.Ketika

ini,ilmu penterjemahan telah diaplikasikan untuk aktiviti keagamaan.

Contohnya ialah Martin Luther (1522) telah menterjemah kitab Injil ke bahasa

Afrika. Penterjemahan ini adalah untuk memudahkan penganut Kristian yang

berbahasa Afrika memahami agama tersebut. Kegiatan penterjemahan kitab

agama ini berterusan sehinggalah penterjemahan kitab Injil ke bahasa

Inggeris berdasarkan versi Jerman dan Perancis.

Tyler (1790) berpendapat, “Terjemahan yang baik itu dapat dirasai oleh

pembaca seolah- olah karya itu karya asli.” Sehubungan itu,Benjamin (1923)

telah menamakan terjemahan  yang dihasilkan sebagai penyalinan semula .

Beliau juga mengatakan bahawa tahun  1920-an dianggap sebagai Zaman

Penyalinan Semula.Pendapat Benjamin ini turut disokong oleh Jumplet (1961)

menamakan abad ke 19 dan 20 sebagai Zaman Penterjemahan.

Terdapat beberapa orang tokoh penterjemahan yang memperkenalkan

terjemahan perkataan demi perkataan.Antaranya ialah Noralis (1798), Goethe

(1813/14),  Humbold (1816), Schleievmacher (1813), Schopenhaner

(1851),  danNietzsche (1882).

Pada awal tahun 1900 telah berlakunya perubahan kaedah

penterjemahan berikutan perkembangan pengaplikasian teknologi. Oleh yang

demkian, padan tahun 1990 sehinggan 1990, pemindahan teknologi telah

memesatkan lagi proses terjemahan bahasa.Penterjemahan bahasa berlaku

disetiap negara. Ini membuktikan bahawa taraf negara tidak

mendiskriminasikan proses terjemahan bahasa sama ada negara

miskin,sedang membangun atau negara membangun. Keadaan sedemikian

kerana kegiatan penterjemahan peting lantaran setiap negara mempunyai

Bahasa Kebangsaan.

49

Berdasarkan Encyclopedia Britannica (1911),ada menyiarkan rencana

menyatakan bahawa kebanyakan   terjemahan dilakukan secara tidak cekap

dan tidak tepat.  Mutu terjemahannya rendah sebab kerjaya dibuat tidak

profesional.  Encyclopedia Britannica menyarankan agar terjemahan mestilah

tepat dan bermutu tinggi dilakukan.  Oleh yang demikian telah di laksanakan

proses basmi penyelewengan terjemahan.

Sejajar dengan peredaran zaman,Badan Antarabangsa mula

menubuhkan perdagangan antarabangsa, kemajuan  Sains dan Teknologi

bercambah dan maju.  Bahasa tempatan diperlukan untuk usaha-usaha

promosi bahan-bahan komersial dan pemindahan Sains dan Teknologi. Oleh

itu,peranan penterjemah mendapat tempat untuk tujuan-tujuan

tersebut. Penterjemahan semakin mustahak.  Di Malaysia sahaja, badan-

badan seperti Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dan Dewan

Bahasa dan pustaka telah ditubuhkan untuk melaksanakan penterjemahan.

Manakala, Kesatuan Ekonomi Eropah (1967) pula telah mencatat

bahawa mereka mempunyai 16 ribu orang penterjemah khusus dalam bidang

ekonomi, jurnal dan lain-lain.Menurut Spitzbart (1972) ,terdapat 80 ribu jurnal

stilistik diterjemah setiap tahun.Ini adalah kerana Eropah memerlukan

terjemahan bahan global dan mempunyai nilai komersial.

6.1 Sejarah Perkembangan Penterjemahan di Tanah Melayu.

Sejarah penterjemahan di Tanah Melayu boleh dikatakan

bermula ketika zaman kegemilangan Melaka. Sejarah penterjemahan

dikatakan bermula di Melaka kerana ketika itu kedatangan kuasa asing

ke alam Melayu.Bagi memenuhi keperluan kuasa asing ini di tanah

Melayu, maka penterjemahan dilakukan.

Kedatangan kuasa asing ini bukan sahaja membawa pengaruh

bahasa, namun turut membawa agama mereka. Oleh yang

demikian,pada zaman kemasukan agama Hindu,Buddha dan Islam,

mereka mereka telah menterjemahkan kitab-kitab Mahabratha dan

Ramayana serta Al-Quran ke dalam bahasa Melayu walaupun hanya

secara lisan.

50

Dalam masa yang sama, pada awal abad ke-20 telah berlakunya

pertembungan bahasa dan budaya. Pertembungan bahasa ini telah

menyebabkan timbulnya masalah dalam berkomunikasi. Keadaan ini

telah menyebabkan pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu

mula menggunakan buku terbitan berbentuk terjemahan sebagai

panduan bagi mereka menguasai bahasa Melayu demi kepentingan

pentadbiran.

Kesimpulannya,kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu telah

memberi kesan dalam perkembangan bahasa akibat pertembungan

bahasa penjajah dan bahasa penduduk pribumi.Namun, tanpa

kedatangan penjajah,kita kemungkina tidak menerima bahasa lain

malah hanya menguasai bahasa pribumi sahaja.Tuntasnya,sejarah

perkembangan penterjemahan di Tanah Melayu adalah sama dengan

dengan keadaan di Tanah Melayu iaitu sebelum kemerdekaan dan

selepas kemerdekaan.

6.1.1 Sejarah Perkembangan Penterjemahan di Tanah Melayu Sebelum Merdeka

Sebelum Merdeka, penterjemahan di Tanah Melayu lebih

tertumpu kepada buku-buku agama. Buktinya ialah apabila

terbitnya buku tauhid, usuluddin, dan tasauf. Pada awal tahun

1930-an, anak watan Tanah Melayu telah menjalankan kerja

penterjemahan iaitu Sheikh Idris al-Marbawi.Penterjemahan juga

telah dilakukan pada karya Arab.Contoh karya Arab yang telah

diterjemah kepada bahasa Melayu ialah “Al-Islam” dan “Seruan

Al-Azhar” yang merangkumi pengetahuan am dan novel.

Menurut Kasim Ahmad (1991), dalam sejarah

penterjemahan bahasa Melayu, banyak cerita dari India dan

Semenanjung Arab telah diterjemahkan ke dalam bahasa

Melayu. Contohnya Hikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma dan

Hikayat Si Miskin dari India, manakala Hikayat Iskandar

Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Bayan Budiman

dari Arab. Beliau menggunakan istilah saduran termasuklah juga

51

kitab agama yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri, Shamsuddin

al-Raniri, Sheikh Abdul Samad al-Pelembangi dan Sheikh

Muhamad Arshd a-Banjari. Antaranya ialah Hidayatul Salikin,

Bulughul Muram, dan Minhajul Abidin.

Kegiatan penterjemahan bermula dengan rasminya

selepas penubuhan Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris

(SITC), Tanjung Malim, Perak. Menurut Norizah Ardi (2000),

pada tahun 1924 ,O.T. Dusseck telah memohon kebenaran

untuk menubuhkan Badan Menterjemah yang ditukar nama

menjadi Pejabat Karang Mengarang (PKM). PKM melaksanakan

tugas awalnya, iaitu menulis, menterjemah dan menyunting buku

pelajaran dan novel serta menyelenggarakan percetakan karya

terjemahan.

PKM terus berusaha menterjemah sehingga pada tahun

1936 telah berjaya menghasilkan 32 buku teks. Buku teks ini

terbahagi kepada lima kelompok, iaitu buku teks sekolah, buku

teks sejarah, buku teks matematik, geometri dan congak, buku

teks ilmu alam, dan buku teks kesihatan dan latihan tubuh.

Dalam masa yang sama telah lahir seorang tokoh bahasa

iaitu Za’ba. Beliau memainkan peranan besar dalam bidang

penterjemahan bahasa Melayu ketika beliau bertugas di Pejabat

Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung

Malim, Perak. Beliau banyak menterjemah karya bahasa Inggeris

ke dalam bahasa Melayu. Contohnya ialah karya prosa drama

Shakespeare.

Kesimpulannya, kedatangan kuasa asing mempunyai

perkaitan dengan perkembangan penterjemahan sehinggakan

telah ditubuhkan badan Pejabat Karang Mengarang bagi

memantapkan lagi kegiatan penterjemahan melalui penterjemah

yang terlatih seperti Za’ba.

6.1.2 Sejarah Perkembangan Penterjemahan di Tanah Melayu Selepas Merdeka

52

Kemerdekaan di Tanah Melayu telah memberi ruang

kepada bahasa untuk berkembang dengan lebih meluas.

Buktinya ialah penubuhan beberapa badan –badan khas yang

telah dipertanggungjawabkan dalam bidang bahasa.Dewan

Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan selepas Tanah Melayu

merdeka.Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada 22

Jun 1956 di Johor Bahru.Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan

Pustaka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Pejabat Karang Mengarang yang telah

ditubuhkan sebelum merdeka telah dipindahkan ke DBP dan

diletakkan di bawah Jabatan Pelajaran. Oleh yang demikian,

tugas menterjemah telah diambil alih oleh pihak Dewan Bahasa

dan Pustaka.Tokoh bahasa iaitu Za’ba terus memberi

sumbangan kepada pihak DBP.Pihak DPB telah menerbitkan

majalah bulanan Dewan Bahasa.

Jika dilihat dari aspek bidang tugas, sememangnya tidak

dinafikan bahawa pihak Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan

peranan penting dalam penterjemahan. Selain itu, DBP juga

menyemak dan menterjemah borang serta surat-surat rasmi

yang diperlukan sesetengah kementerian dan jabatan kerajaan.

Selaras dengan itu pihak Dewan Bahas dan Pustaka telah

banyak mengeluarkan buku terjemahan oleh Sharifah Haji Malek

(1995). Dalam masa yang sama,kajian tentang penterjemahan

juga telah dilaksanakan. Kajian ini telah diterajui oleh Abdullah

Sanusi Ahmad. Melalui latihan yang telah diterimanya, beliau

telah menghasilkan penulisan ilmiahnya yang bertajuk “Peranan

Pejabat Karang Mengarang” pada tahun 1966.

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah

menggunakan alternatif lain untuk memperbanyakkan karya

terjemahan. Salah satunya ialah mengadakan “Peraduan

Menterjemah Novel” pada tahun 1978.Lantaran itu, sejak tahun

53

1980, penterjemahan telah menjadi satu disiplin akademik yang

semakin berkembang maju.

Selain daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka,

terdapat persatuan lain yang turut menyumbang kepada

penterjemahan. Antaranya ialah Persatuan Penterjemah

Malaysia (PPM).Persatuan Penterjemah Malaysia telah

ditubuhkan pada 8 April 1978 dan didaftarkan sebagai sebuah

persatuan pada 4 Oktober 1979. Kegiatan penterjemahan

dijalankan secara kolektif dan memperkukuh kerjasama antara

para penterjemah. Keahlian PPM terdiri daripada pelbagai

kaum dan latar akademik yang berbeza.

Sehubungan itu,permintaan terhadap buku terjemahan

telah meningkat kerana pada tahun 1983 bahasa Melayu telah

menjadi bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi. Bahan

dan sumber dalam bahasa Inggeris perlu diterjemah untuk

memenuhi keperluan pelajar. Implikasi daripada keadaan ini,

maka pihak Majlis Tindakan Negara telah mewujudkan semula

Bahagian Penterjemah pada 1 Mac 1986.

Pada tahun 1985 ,telah ditubuhkan Biro Terjemahan.Biro

Terjemahan ditubuhkan untuk mengendalikan kegiatan

terjemahan bagi mereka yang memerlukan khidmat terjemahan.

Perkhidmatan yang disediakan dalam pelbagai bahasa seperti

bahasa Melayu, Perancis, Arab, Jepun dan Mandarin.

Biro ini telah membuat kerja-kerja terjemahan untuk

industri seperti badan kerajaan, sekor swasta dan penerbit

antarabangsa. Biro ini ditubuhkan dengan matlamat untuk

memberi perkhidmatan terjemahan bagi pelbagai bentuk teks,

termasuk buku, laporan, skrip, dokumen, ucapan, perjanjian,

surat, iklan, poster, sijil dan sebagainya. Biro ini juga membantu

pemindahan ilmu melalui terjemahan dan interpretasi.

54

Badan yang akhir sekali ditubuhkan ialah Institut

Terjemahan Negara Malaysia Berhad, pada 14 September

1993. ITNMB mengambil alih kerja-kerja terjemahan daripada

Bahagian Penterjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka secara

rasmi dan menjadi badan tunggal di Malaysia yang merancang,

melaksana, mengurus dan menyelaras hal ehwal terjemahan,

kejurubahasaan dan pemindahan maklumat berbilang bangsa di

peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Ringkasnya, perkembangan penterjemahan semakin

meluas selepas kemerdekaan dengan penubuhan badan –badan

penterjemah serta implikasi daripada bahasa Melayu yang telah

dijadikan bahasa pengantar telah mencabar pihak penterjemah

dalam menyediakan bahan rujukan.

7.0 Perkaitan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dengan Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi, Pengistilahan dan Perkamusan serta Penterjemahan.

Berdasarkan bahan maklumat yang diperolehi,didapati perkembangan

tulisan jawi, pengistilahan dan perkamusan dan penterjemahan merupakan

bukti perkembangan bahasa Melayu.Perkaitan ini juga boleh dikatakan

sebagai implikasi daripada sejarah bahasa Melayu telah mencetuskan sistem

tulisan jawi,pengistilahan,perkamusan dan penterjemahan.

Setelah meneliiti sejarah bahasa Melayu dan sejarah tulisan jawi,

pengistilahan, perkamusan dan penterjemahan, terdapat persamaan faktor

yang menyebabkan tercetusnya sejarah perkembangan ini. Faktor yang

pertama ialah kedatangan penjajah ke alam Melayu.Manakala faktor kedua

pula ialah aktiviti perdagangan di Tanah Melayu.

Faktor kedatangan penjajah ke Tanah Melayu telah mencetuskan

perkembangan bahasa dari aspek pengistilahan dan

perkamusan.Pengistilahan dan perkamusan diwujudkan bagi memudahkan

pihak penjajah berkomunikasi dalam mengurus Tanah Melayu serta dijadikan

panduan dalam urusan dengan penduduk pribumi. Catatan istilah bahasa ini

55

telah dijadikan sumber untuk pengistilahan dan perkamusan.Disini secara

langsung penterjemah diperlukan untuk memahami dan menterjemah istilah

bahasa tertentu.

Manakala dari faktor perdagangan pula,jelas perkaitannya dengan

sistem tulisan jawi berdasarkan bahan bukti seperti duit syiling yang

ditemui.Para pedaganga yang datang ke Tanah Melayu telah membawa 2

elemen baru dan diserap ke Tanah Melayu. Elemen ini adalah agama Islam

dan bahasa Arab.Penyebaran agama Islam sekaligus telah menyebarkan

bahasa Arab sehinggakan penduduk pribumi turut menggunakan bahasa

Arab dan wujudnya tulisan jawi.

Tuntasnya, perkembangan tulisan jawi, pengistilahan dan perkamusan

dan penterjemahan merupakan impak positif daripada kemasukan penjajah

dan pedagang ke Tanah Melayu.

7.1 Cadangan untuk Memantapkan Perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia

Berdasarkan kajian terhadap sejarah perkembangan bahasa

Melayu Purba sehingga bahasa Melayu moden, dapat disimpulkan

bahawa terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk

memantapkan lagi perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia.

Pertama adalah melalui badan yang telah

dipertanggungjawabkan iaitu pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.Pihak

Dewan Bahasa dan Pustaka harus mempunyai strategi untuk

memperkembangkan bahasa. Contohnya ialah mengadakan seminar

atau bengkel penulisan di institusi dan sekolah. Tujuannya adalah untuk

menyedarkan golongan generasi tentang bahasa dan sekaligus boleh

memantapkan penguasaan bahasa Melayu serta penghasilan karya

baru yang sejajar dengan perubahan zaman.

Langkah kedua pula adalah pihak kerajaan seharusnya

memainkan peranan terutamanya dalam dunia pendidikan. Maksudnya

ialah pihak kerajaan menegaskan penggunaan bahasa Melayu tanpa

sempada dalam bidang akademik.Impaknya adalah kepada kegiatan

56

penterjemahan. Kegiatan penterjemahan akan terus dilakukan kerana

pelajar memerlukan sumber dalam bahasa Melayu.

Sehubungan itu, langkah yang terakhir adalah peranan

masyarakat itu sendiri dalam menentukan hala tuju bahasa Melayu.

Buktinya ialah penggunaan bahasa rojak dan tidak baku sudah cukup

menggusarkan kita. Ini merupakan salah satu cabaran untuk

memastikan masyarakat menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

Oleh yang demikian, pihak media massa harus bijak memainkan

peranan. Pihak media sememangnya menjadi tumpuan masyarakat

kerana berupaya memberi informasi. Maka tidak salah jika peluang ini

dimanfaatkan untuk mengajak dan menarik perhatian masyarakat untuk

bersama-sama memantapkan bahasa rasmi negara kita.

8.0 Menterjemah Teks (bahan autentik) menggunakan teknik terjemahan secara global.

Article From : The Star, THURSDAY, 30 January 2014

Victims of intolerant teachers

Punished or ignored for performing poorly

In a special report on child abuse, Harian Metro highlighted four cases of

young boys and girls who were victims of intolerant teachers.

In the first case, atuition teacher allegedly canned a four-year-old boy who

could not read alphabets beyond the letter D.

Mother Ong Mei Li said Isaac Chan Yi Bing returned from class, she found that

his back was scratched and bleeding, while his hands, cheks and ears were

swollen.

She said Issac cried uncontrollably.The family immediately rushed him to the

Selayang Hospital following the incident in Gombak three days ago.

A doctor said the boy was mentally traumatised and was afraid to meet

people.

57

Issac had only begun attending classes with the teacher this year, for which

his parents were charged RM600 a month.

His parents have lodged a police report against the teacher and have decided

to stop Issac from attending the tution.

Gombak OCPD Abdul Rahim Abdullah confirmed receiving the report.

In another case, a primary schoolgirl was allegedly left unattended for six

hours at her school “s treatment room when she fell ill.

Qistina Batrisyia Khairul Anuar, nine, had felt dizzy and nausea during

assembly at her school in Putrajaya on Jan 21.

Her father Khairul Anuar Aziz, 35, claimed he was not informed of his

daughter”s condition and only knew about it when he came to pick her up .

A check at Putrajaya Hospital revealed that Qistina had a tennis ball-sized

tumour in her brain, and she was then referred to Hospital Kuala Lumpur for

surgery.

The school claimed it tried to contact the girl”s father but the calls had gome

unanswered.

Popular actress Maya Karin has confirmed rumours that she is seeing

someone, Sinar Harian reported.

“I have a special someone, and we have known each other for six month. I will

inform everyone if I have reached that stage in my relationship. Let”s wait and

see,”she said.

BIL English Bahasa Melayu1 Victims of intolerant teachers

2 Punished or ignored for performing

poorly

3 In a special report on child abuse,

Harian Metro highlighted four

58

cases of young boys and girls who

were victims of intolerant teachers.

4 In the first case, atuition teacher

allegedly canned a four-year-old

boy who could not read alphabets

beyond the letter D.

5 Mother Ong Mei Li said Isaac

Chan Yi Bing returned from class,

she found that his back was

scratched and bleeding, while his

hands, cheks and ears were

swollen.

6 She said Issac cried

uncontrollably.The family

immediately rushed him to the

Selayang Hospital following the

incident in Gombak three days

ago.

7 A doctor said the boy was mentally

traumatised and was afraid to meet

people.

8 Issac had only begun attending

classes with the teacher this year,

for which his parents were charged

RM600 a month.

9 His parents have lodged a police

report against the teacher and

59

have decided to stop Issac from

attending the tution.

10 Gombak OCPD Abdul Rahim

Abdullah confirmed receiving the

report.

11 In another case, a primary

schoolgirl was allegedly left

unattended for six hours at her

school “s treatment room when she

fell ill.

12 Qistina Batrisyia Khairul Anuar,

nine, had felt dizzy and nausea

during assembly at her school in

Putrajaya on Jan 21.

13 Her father Khairul Anuar Aziz, 35,

claimed he was not informed of his

daughter”s condition and only

knew about it when he came to

pick her up .

14 A check at Putrajaya Hospital

revealed that Qistina had a tennis

ball-sized tumour in her brain, and

she was then referred to Hospital

Kuala Lumpur for surgery.

15 The school claimed it tried to

contact the girl”s father but the

calls had gome unanswered.

60

16 Popular actress Maya Karin has

confirmed rumours that she is

seeing someone, Sinar Harian

reported.

17 “I have a special someone, and we

have known each other for six

month. I will inform everyone if I

have reached that stage in my

relationship. Let”s wait and

see,”she said.

9.0 Kesimpulan

Tuntasnya seperti pepatah “ringan sama dipikul,berat sama dijinjing”.Begitulah

juga ibaratnya usaha dalam memantapkan bahasa Melayu di Malaysia. Semua pihak

bertanggungjawab dalam merealisasikan bahasa Melayu tanpa sempadan.Namun

jika asyik menunding jari kepada pihak tertentu,maka adalah mustahil untuk kita

memantapkan perkembangan bahasa Melayu. Ringkasnya,kerjasama semua pihak

rahsia kemajuan masyarakat.

61