conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/sadaqahouse2015/eproceeding... · web viewkebaikan...

12
1 st Seminar on Sadaqa House 2015 Kerangka Perundangan Rumah Sedekah Sebagai Institusi Perbankan : Satu Tinjauan Awal Ruzian Markom, Mohammad Ramzi Zakaria; Asma Hakimah Ab Halim Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, SELANGOR [email protected] , [email protected] & [email protected] ABSTRAK Perkembangan ekonomi dan kewangan Islam telah dijadikan satu ikutan dalam perbankan dan sistem kewangan konvesional dalam aturan sistem kewangan dunia. Anjakan ini telah membuktikan kemampuan persaingan dengan sistem kewangan konvensional yang merupakan sistem kewangan dunia yang utama. Evolusi perkembangan ini diperolehi melalui instrumen-instrumen tertentu seperti deposit, pembiayaan , sewaan serta pasaran modal. Peranan instrumen kebajikan dalam pembangunan ekonomi dan kewangan konvesnional telah lama diamalkan melalui endowmen, philantrofi dan tanggungjawab sosial korporat. Sistem kewangan Islam juga mempunyai instrumen kebajikan seperti kutipan zakat, sedekah dan infaq. Keunikan instrumen dana sedekah dalam usaha kecairan mata wang adalah diharapkan dapat menjadikan Malaysia sebagai negara yang pertama yang menggunakan instrumen dana sedekah dalam memperkembangkan sistem kewangan Islam. Kertas kerja ini bertujuan mengkaji kerangka perundangan rumah sedekah sebagai institusi perbankan Islam dalam sistem kewangan Malaysia. Terdapat dua pendekatan yang boleh diambil iaitu menggubal Akta Rumah Sedekah atau menggunapakai Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Kata kunci : Kerangka perundangan ; rumah sedekah; institusi perbankan Islam; kewangan Islam; instrumen dana sedekah 1.0 PENDAHULUAN Sistem kewangan Islam telah diamalkan sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi, namun dengan munculnya fahaman pemikiran kapitalis, sosialis serta pemikiran ekonomi yang lain menyebabkan sistem ekonomi Islam dipinggirkan. Walau bagaimanapun, kejatuhan dan ketidak seimbangan yang wujud dalam sistem-sistem tersebut, maka berlaku peralihan di seluruh dunia untuk mempraktikkan sistem kewangan Islam yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan khususnya sistem kewangan yang menjadi tumpuan, bukan sahaja di negara-negara Islam tetapi juga di negara-negara Eropah. Perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia bermulanya penubuhan Tabung Haji yang menjadi institusi kewangan bukan bank Islam pertama di Malaysia. Diikuti penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad dan 23

Upload: others

Post on 19-Jan-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/sadaqahouse2015/eproceeding... · Web viewKebaikan kaedah ini ialah ia memberi pelesenan serta governan yang jelas dalam tadbir urus operasi

1st Seminar on Sadaqa House 2015

Kerangka Perundangan Rumah Sedekah Sebagai Institusi Perbankan : Satu Tinjauan Awal

Ruzian Markom, Mohammad Ramzi Zakaria; Asma Hakimah Ab HalimFakulti Undang-undang,

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, SELANGOR

[email protected], [email protected] & [email protected]

ABSTRAK

Perkembangan ekonomi dan kewangan Islam telah dijadikan satu ikutan dalam perbankan dan sistem kewangan konvesional dalam aturan sistem kewangan dunia. Anjakan ini telah membuktikan kemampuan persaingan dengan sistem kewangan konvensional yang merupakan sistem kewangan dunia yang utama. Evolusi perkembangan ini diperolehi melalui instrumen-instrumen tertentu seperti deposit, pembiayaan , sewaan serta pasaran modal. Peranan instrumen kebajikan dalam pembangunan ekonomi dan kewangan konvesnional telah lama diamalkan melalui endowmen, philantrofi dan tanggungjawab sosial korporat. Sistem kewangan Islam juga mempunyai instrumen kebajikan seperti kutipan zakat, sedekah dan infaq. Keunikan instrumen dana sedekah dalam usaha kecairan mata wang adalah diharapkan dapat menjadikan Malaysia sebagai negara yang pertama yang menggunakan instrumen dana sedekah dalam memperkembangkan sistem kewangan Islam. Kertas kerja ini bertujuan mengkaji kerangka perundangan rumah sedekah sebagai institusi perbankan Islam dalam sistem kewangan Malaysia. Terdapat dua pendekatan yang boleh diambil iaitu menggubal Akta Rumah Sedekah atau menggunapakai Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Kata kunci : Kerangka perundangan ; rumah sedekah; institusi perbankan Islam; kewangan Islam; instrumen dana sedekah

1.0 PENDAHULUANSistem kewangan Islam telah diamalkan sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi, namun dengan munculnya fahaman pemikiran kapitalis, sosialis serta pemikiran ekonomi yang lain menyebabkan sistem ekonomi Islam dipinggirkan. Walau bagaimanapun, kejatuhan dan ketidak seimbangan yang wujud dalam sistem-sistem tersebut, maka berlaku peralihan di seluruh dunia untuk mempraktikkan sistem kewangan Islam yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan khususnya sistem kewangan yang menjadi tumpuan, bukan sahaja di negara-negara Islam tetapi juga di negara-negara Eropah.

Perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia bermulanya penubuhan Tabung Haji yang menjadi institusi kewangan bukan bank Islam pertama di Malaysia. Diikuti penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad dan penawaran produk-produk kewangan Islam di perbankan konvesional yang dikenali sebagai Skim Perbankan Tanpa Faedah. Kewujudan sistem ini telah menjadikan Malaysia negara pertama yang memperkenalkan SPI yang selari dengan perbankan konvensional. Perkembangan sistem kewangan Islam terus berkembang ke fasa seterusnya dengan memfokuskan usaha memperkukuhkan institusi kewangan domestik yang menjadikan Malaysia sebagai pusat Islam antarabangsa dengan membuka pasaran kewangan Islam negara kepada institusi-institusi kewangan di luar negara.

23

Page 2: conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/sadaqahouse2015/eproceeding... · Web viewKebaikan kaedah ini ialah ia memberi pelesenan serta governan yang jelas dalam tadbir urus operasi

1st Seminar on Sadaqa House 2015

Pelaksanaan perkembangan sistem ini dijalankan secara berperingkat-peringkat selaras dengan kemampuan negara dan kemaslahatan agama, bangsa dan budaya di Malaysia. Hal ini menurut Mustafa Dakian1 mengatakan perkembangan pesat sistem kewangan Islam di Malaysia seiring dengan sistem kewangan konvensional. Maka tidak hairalah pada masa ini perkebangan sistem kewangan Islam menjadi semakin pesat melalui operasi Lembaga Tabung Haji, Bank Islam Malaysia, Bank Muamalat Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia dan Syarikat-syarikat Takaful yang lain. Bagi memastikan perkembangan ini selaras dengan tuntutan Syariah, satu Jawatankuasa Syariah telah dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai kepakaran dalam kewangan Islam dan juga menubuhkan Panel Syariah yang menentukan perbankan serta kewangan Islam di Malaysia. Perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia dapat dijelaskan melalui evolusi dalam rajah 1 di bawah:

Rajah 1 Evolusi Sistem Kewangan Islam di MalaysiaSumber : Bank Negara Malaysia

Di samping itu, perkembangan sistem kewangan Islam ini juga memberi kesan positif terhadap instrumen-intrumen yang berbentuk amal kebajikan terutama sedekah. Sedekah yang merupakan salah satu instrumen yang bercirikan fleksibel dan berbentuk sukarela pada bila-bila masa. Instrumen sedekah ini boleh dikategorikan sebagai instrumen penyokong dan pelengkap bagi instrumen-instrumen yang wajib dalam Islam seperti zakat, nafkah, kaffarah

1 Mustafa Dakian, Sistem Kewangan Islam : Instrumen, Mekanisme dan Pelaksanaannya di Malaysia.

24

Page 3: conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/sadaqahouse2015/eproceeding... · Web viewKebaikan kaedah ini ialah ia memberi pelesenan serta governan yang jelas dalam tadbir urus operasi

1st Seminar on Sadaqa House 2015

dan lain-lain. Hikmah di sebalik kebaikan dan kesan positif intrumen ini terlalu luas dan tidak dapat dihimpunkan di dalam artikel ini. Kesan positif sedekah ini tidak dapat dipancarkan dan digambarkan dalam bentuk nombor atau kuantiti kerana ia bukan sahaja meliputi kesan ekonomi dan kewangan, malah meliputi semua aspek iaitu kerohanian, sosial, keberkatan dan lain-lain.

2.0 KONSEP SEDEKAH

Sedekah merupakan perkataan متصدق"” bemaksud “ يعطي الصدقة merupakan orang yang ”الذيmemberi sedekah, dan perkataan " pula bermaksud ”"مصدق للصدقة "القابل merupakan orang yang menerima sedekah.2 Daripada kedua-dua perkataan ini dapat dijelaskan dan difahami bahawa perkataan merupakan "صدقة" perkataan yang menunjukan definisi pemberian atau bantuan yang dihulurkan oleh mana-mana pihak secara sukarela atau ikhlas tanpa balasan kerana Allah. Sepetimana firman Allah S.W.T.yang bermaksud :

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

(Surah Al-Baqarah 2:291)

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud:

Maksudnya: “ Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

(Surah At- Taubah 9:103)

Merujuk perkataan “sedekah” dalam ayat di atas menjelaskan sedekah fardu. Menurut Al-Qurtubi3 menafsirkan maksud sedekah dalam perkataan di atas disebut secara mutlak dalam al-Qur’an, maka dimaksudkan dengan sedekah fardu. Allah juga berfirman yang bermaksud:

Maksudnya: “ Wahai orang-orang yang beriman! apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Al-Mujaadalah 58:12)

2 Ibn Manzur, 1966, Lisan al-‘arab, Mesir: al-Muassasah al-Misriyyah al-‘ammah li al-Ta’lif wa al-Anba’ wa-Nasyr. Al-Dar al-Misriyyah li al-Ta’lif wa al-Tarjamah.3 Al-Qurtubi, 1967, al-Jami’li Ahkam al-Quran, Dar Al-Kutub:Jordan, jld 17.

25

Page 4: conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/sadaqahouse2015/eproceeding... · Web viewKebaikan kaedah ini ialah ia memberi pelesenan serta governan yang jelas dalam tadbir urus operasi

1st Seminar on Sadaqa House 2015

Menurut ayat di atas, perkataan sedekah merupakan derma kepada fakir miskin sebelum mengunjungi Rasulullah S.A.W. Derma ini adalah wajib pada peringkat awal Islam, kemudian ia dimansuhkan4 menerusi ayat yang bermaksud:

Maksudnya: “ Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap?

(Surah Al-Mujaadalah 58:12)

Begitu juga firman Allah yang bermaksud:

Maksudnya: “Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).”

(Surah Al-Baqarah 2:280)

Dan firman Allah lagi yang bermaksud:

Maksudnya: “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.”

(Surah Al-Nisaa’ 4:114)

Merujuk Al-Shaukani mentafsirkan bahawa maksud sedekah ayat diatas adalah sunat da nada juga pendapat lain menyatakan sedekah wajib. Namun begitu pendapat pendapat pertama lagi lebih masyhur. Berdasarkan hujah tersebut dapat difahami dan disimpulkan bahawa perkataan sedekah dalam al-Qur’an ditafsirkan dalam beberapa erti berdasarkan kedudukan dalam mana-mana ayat berkaitan.

Di samping itu, dalam hadis Rasulullah S.A.W.

عن حكيم بن حزام رضي الله تعالى عنه قال يا رس��ول الل��ه أر أيت أشياء كنت أتحنث بها الجاهلية من ص��دقة أو عتاق��ة وص��لة رحم فه��ل فيه��ا من أج��ر فق��ال الن��بي ص��لى الل��ه علي��ه وس��لم :Maksudnya .اسلمت على ما سلف من خير“Daripada Hakim ibn Hizam r.a berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah, apakah jawapan anda terhadap beberapa perkara yang saya lakukan sebagai ibadah semasa jahiliah seperti sedekah, memerdekakan hamba, dan silaturahim? Apakah ada gajaran pahala padanya? Lalu Nabi S.A.W bersabda: Anda menganut Islam bersama-sama dengan kebaikan yang silam.” (al-Bukhari 1377H, 2:130)

4 Al-Qurtubi, 1967, al-Jami’li Ahkam al-Quran, Dar Al-Kutub:Jordan, jld 3.26

Page 5: conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/sadaqahouse2015/eproceeding... · Web viewKebaikan kaedah ini ialah ia memberi pelesenan serta governan yang jelas dalam tadbir urus operasi

1st Seminar on Sadaqa House 2015

Maka jelaslah daripada nas tersebut ternyata bahawa perkataan sedekah memberi erti pemberian atau derma.

Perbezaan Instrumen Zakat, Sedekah dan Infak5

Instrumen PeneranganZakat Mengeluarkan sebahagian daripada harta apabila telah mencukupi nisab

dan diberi kepada orang yang berhak menerimanya.6 Zakat hanya wajib ditunaikan apabila melepasi beberapa syarat antaranya iaitu harta tersebut mencukupi kadar minima (nisab), dimiliki dalam tempoh setahun (haul) dan wajib ditunaikan atas kadar tertentu (2.5%).

Sedekah Suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah (haul dan nisab) tertentu sebagai kebajikan yang mengharapkan pahala dan redha Allah SWT.7

Infak Membelanjakan atau mengeluarkan sebahagian daripada harta atau pendapat/penghasilan yang diperolehi untuk sesuatu kepentingan pada jalan Allah secara umum.

3.0 IMPLIKASI KEBAIKAN PENGGUNAAN KONSEP DANA SEDEKAH

Instrumen sedekah dalam sistem ekonomi dan kewangan Islam dapat dibentuk pada tiga bahagian dana iaitu dana siasi, tijari dan dana ijtima’i.8 Dana Siasi adalah dana yang melibatkan sektor kerajaan atau awam yang mempunyai ikatan dengan sektor swasta dan sektor kebajikan sosial yang merangkumi pentadbiran, pertahanan, penyelenggaran dalam undang-undang dan peruntukan, dan sebagainya. Manakala, dana tijari merupakan dana yang berkonsepkan keuntungan untuk pemiliknya dan bagi dana ijtima’i ialah dana yang tidak berkonsepkan kepada keuntungan kewangan bagi pihak-pihak iaitu pemilik dan pengurusnya. Pengurusan dana di Malaysia dapat ditunjukan melalui dana pengurusan haji dan umrah melalui dana tijari yang menunjukkan konsep pengurusan dana yang mematuhi Syariah dan pada masa yang sama ia mampu memberi pulangan yang baik kepada pemiliknya serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi.9

Secara dasarnya, didapati tiga jenis dana ijtima’i yang berpontesi untuk dibangunkan dalam skala besar melalui sistem ekonomi dan kewangan Islam iaitu dana zakat, harta wakaf dan sedekah.10 Walau bagaimanapun, kekurangan dana sedekah di peringkat negara dan negeri telah menyebabkan peranannya ditampung dan disokong oleh dana zakat. Penggunaan

5 Utusan Malaysia, Infak, Sedekah dan Zakat 14 Oktober 20116 Muhsin Nor Paizin, t.th, Fadhilat Mengeluarkan Zakat dan Sedekah Menurut Perspektif al-Quran dan Hadith Rasulullah S.A.W, Wisma PPZ: Kuala Lumpur.7 Muhsin Nor Paizin, t.th, Fadhilat Mengeluarkan Zakat dan Sedekah Menurut Perspektif al-Quran dan Hadith Rasulullah S.A.W, Wisma PPZ: Kuala Lumpur.8 Abdul Halim Ismail, 2015, The Concept Of Sedaqah House: A Proposal For An Inclusive Islamic Banking And Finance System By Embracing The Social Wefare Sector, Suruhanjaya Sekuriti: Kuala Lumpur.9 Abdul Jalil & Muhamad Muda, 2008, Pengurusan Dana Sedekah Secara Sistematik:Analisis Peranan Institusi Kerajaan dan Swasta, Universiti Sains Islam Malaysia: Negeri Sembilan.10 Abdul Jalil & Muhamad Muda, 2008, Pengurusan Dana Sedekah Secara Sistematik:Analisis Peranan Institusi Kerajaan dan Swasta, Universiti Sains Islam Malaysia: Negeri Sembilan.

27

Page 6: conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/sadaqahouse2015/eproceeding... · Web viewKebaikan kaedah ini ialah ia memberi pelesenan serta governan yang jelas dalam tadbir urus operasi

1st Seminar on Sadaqa House 2015

pentafsiran dana zakat yang lebih meluas sehingga hari ini telah menyebabkan faktor penggunaan dana sedekah kekurangan.

Justeru, penggunaan dana sedekah boleh dijadikan amalan bersedekah ini sebagai salah satu kekuatan dan instrumen ekonomi negara yang dapat memperbaiki keadaan ekonomi negara di peringkat makro. Kemampuan untuk memastikan pengaliran dana yang lebih efisien dapat dilihat melalui kecanggihan teknologi maklumat pada masa kini. Berdasarkan pandangan penulis, sistem dana yang sedia ada sekarang melalui institusi tertentu seperti zakat dan baitulmal, masjid, yayasan negeri dan beberapa lagi institusi lain dapat membentuk satu jaringan di bawah penubuhan dana ini. Kutipan-kutipan ini, boleh dijalankan melalui pelbagai cara atau kaedah yang memudahkan masyarakat antaranya bayaran tunai, wang pos, perbankan elektronik dan SMS, kad kredit, potongan gaji dan berbagai-bagai lagi. Oleh itu, dapat disimpulkan kelebihan dana berkonsep sedekah dalam beberapa kesan positif iaitu sumbangan yang diterima sentiasa dibuka sepanjang tahun, boleh dijalankan dalam pelbagai jenis dan bentuk harta, diagihkan lebih meluas dalam pelbagai bidang tanpa syarat-syarat ketat tertentu, tiada pergantungan pada mana-mana pihak dan tiada penetapan syarat jumlah sumbangan.

4.0 PERANAN RUMAH SEDEKAH PERBANKAN ISLAM DALAM SISTEM KEWANGAN ISLAM

Gerakan dalam muamalat Islam perlu berpaksi pada konsep adil dan ihsan melalui urusniaga jual beli sepertimana dijelaskan oleh Imam al-Ghazali di kitabnya yang masyhur, Ihya’ ‘Ulum al-Din.11 Konsep adil yang digariskan oleh Imam Ghazali adalah satu garis panduan minimum yang perlu dipatuhi oleh semua pihak terutamanya dalam konteks sistem ekonomi, Syariat Islam yang telah mewajibkan zakat bagi memastikan sistem ekonomi beroperasi dengan adil. Manakala konsep ihsan yang dipertekankan oleh Imam Ghazalai merupakan amalan terbaik (the best practice) yang mempunyai hikmah dan kebaikan jangka masa pendek dan panjang. Melalui kedua-dua konsep ini didapati sedekah adalah instrumen yang memastikan mewujudkan ihsan di dalam masyarakat Islam. Menurut Imam al-Ghazali, peniaga yang mengamalkan prinsip ihsan adalah peniaga yang akan berjaya dalam jangka masa panjang.12 Oleh itu, dapat dirungkaikan bahawa sistem ekonomi dan kewangan Islam, dana sedekah mempunyai fungsi dan peranan sepeti berikut:

i. Menyediakan skim pengagihan semula kekayaan (secara sukarela) di dalam sistem ekonomi Islam.

Pengagihan kekayaan yang diperolehi melalui pasaran akan mudah meminggirkan golongan-golongan yang kurang bernasib baik sehingga menyebabkan ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan. Justeru, syariat Islam menyediakan beberapa instrumen pengagihan semula yang berbentuk wajib dan sukarela. Merujuk perspektif ekonomi, sedekah adalah salah satu skim pengagihan kekayaan yang dilakukan secara sukarela.13

11 Al-Ghazali, Muhammad. 2001. Ihya’ Ulum al-Din. Beirut: Dar al- Arqam.12 Al-Ghazali, Muhammad. 2001. Ihya’ Ulum al-Din. Beirut: Dar al- Arqam.13 Al-Misri, Rafiq Yunus. 2000. Usul al-Iqtisad al-Islami. Beirut: Dar al-Qalam.

28

Page 7: conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/sadaqahouse2015/eproceeding... · Web viewKebaikan kaedah ini ialah ia memberi pelesenan serta governan yang jelas dalam tadbir urus operasi

1st Seminar on Sadaqa House 2015

ii. Menyediakan dana pelengkap yang mampu menampung kekurangan yang berlaku di dalam dana zakat atau dana-dana lain seperti wakaf.

Dana sedekah yang berperanan sebagai pelengkap dan penyokong kepada dana zakat dan dana-dana lain dalam perkembangan sistem ekonomi Islam. Apabila dana zakat terdapat kekurangan dan pembangunan harta wakaf mengalami pemasalahan, dana sedekah dapat menampung dana-dana tersebut.

iii. Meyediakan Dana yang fleksibel dan berkebolehan untuk digunakan dalam pelbagai bentuk dan sektor.

Dana sedekah yang merupakan dana yang fleksibel dalam kegunaannya secara umum ataupun khusus dimana dana khusus terikat ke atas pada penyumbang tersebut dan dana umum digunakan mengikut maslahah kepada golongan penerima, manakala dana zakat tertakluk kepada lapan kategori asnaf yang berhak menerimanya dan penggunaan harta wakaf serta hasilnya tertakluk kepada syarat dan tujuan pewakaf. di samping itu, dana sedekah juga sunat juga dibelanjakan oleh golongan bukan Muslim mengikut sebahagian ulama’ tanpa mengira sama ada ia merupakan golongan harbi ataupun tidak.14 Hal ini sepertimana menurut jumhur ulama’, keluarga Rasulullah tidak boleh menerima sumbangan daripada sedekah wajib iaitu zakat, namun begitu mereka boleh menerima sumbangan daripada sedekah yang sunat.15

iv. Menyediakan dana sebagai proses penyuncian harta(haram dan shubahat) di dalam ekonomi Islam.

Menurut pendapat ulama’ empat mazhab fiqh yang utama (Hanafi, Maliki, shafi’e dan Hanbali), penadapatan atau hasil yang haram diperolehi oleh seseorang Muslim wajib dibersihkan. Sekiranya harta yang diperolehi itu halal pada zat dan pemiliknya dengan diketahui, maka pemegang harta tersebut perlu mengembalikan wang tersebut kepada pemilik asalnya. Jika pemilik itu tidak mengetahui pemilik atau waris sebenar harta itu mada perlulah disedekahkan yang sunat.16

Namun begitu, dalam keadaan ini, menurut ulama’ mazhab al-Shafi;e seperti Imam al-Nawawi dan Imam al-Ghazali berpendapat sultan atau pemerintah adalah pihak bertanggungjawab dalam menguruskan harta-harta haram apabila harta itu tidak diketahui pemiliknya. hal ini kerana, sultan atau pemerintah adalah seorang yang adil maka beliau lebih tahu maslahah umat.

v. Menyediakan dana bagi kecemasan berlaku dalam masyarakat.Kewujudan dana sedekah ini yang berupaya menjadi dana bagi bantuan ketika kecemasan apabila berlaku musibah pada masyarakat dalam skala yang besar. Hal ini dapat difahami, dana sedekah yang dikumpul tidak terikat dengan mana-mana syarat yang menyukarkan pemberi dan penerima sedekah tersebut.

14 Al-Jumu’ah, Ali Ibn Muhammad. 2000. Mu’jam al-Mustalahat al-Iqtisadiyyah wa al-Islamiyyah. Riyadh: Maktabah al-‘Ubaykat.15 Al-Jumu’ah, Ali Ibn Muhammad. 2000. Mu’jam al-Mustalahat al-Iqtisadiyyah wa al-Islamiyyah. Riyadh: Maktabah al-‘Ubaykat.16 Al-Ghazali, Muhammad. 2001. Ihya’ Ulum al-Din. Beirut: Dar al- Arqam.

29

Page 8: conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/sadaqahouse2015/eproceeding... · Web viewKebaikan kaedah ini ialah ia memberi pelesenan serta governan yang jelas dalam tadbir urus operasi

1st Seminar on Sadaqa House 2015

5.0 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN SEDEKAH

Sedekah bukanlah satu intrumen yang baru tetapi merupakan instrumen yang wujud pada sebelum zaman Rasulullah S.A.W lagi. Disamping itu, kewujudan sedekah ini tiada sebarang peruntukan undang-undang atau peraturan ke atas pihak-pihak iaitu pemberi atau penerima sedekah. Sehingga kini, tiada sebarang peruntukan atau statut yang menyentuh intrumen sedekah ini secara umum atau khusus. Walau bagaimanapun terdapat peruntukan lain dalam Akta / Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia selain negeri Sarawak yang hanya mengariskan kebenaran untuk kutipan pungutan khairat. Kutipan pungutan khairat ini merupakan kutipan dari sedekah dan derma yang diperolehi melalui badan-badan atau individu-individu tertentu. Sebagai contoh, Seksyen 84(1), Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 menyatakan bahawa:

“ Majlis boleh memungut, atau memberikan surat kebenaran dengan terma-terma yang difikirkan patut kepada mana-mana orang atau kumpulan orang, membenarkan orang atau kumpulan orang itu memungut wang atau sumbangan-sumabangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak”

Enakmen negeri-negeri lain selain Sarawak juga memperuntukan peruntukan yang sama di mana klausa peruntukan di antara enakmen negeri-negeri ini dilihat hampir sama dan dengan jelas menyatakan kuasa MAIN dalam memberikan kebenaran kepada mana-mana umat Islam untuk menjalankan pungutan bagi maksud memajukan agama Islam.

6.0 CADANGAN KERANGKA PERUNDANGAN RUMAH SEDEKAH

Terdapat dua pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam menyediakan kerangka perundangan Rumah Sedekah. Kaedah pertama adalah menggubal undang-undang yang baru iaitu Akta Rumah Sedekah. Kebaikan kaedah ini ialah ia memberi pelesenan serta governan yang jelas dalam tadbir urus operasi dan instrumen Rumah Sedekah. Walau bagaimanapun, penggubalan Akta yang baru mengambil masa yang panjang kerana ia perlu diluluskan di Parlimen. Pendekatan yang kedua adalah melalui pengawalseliaan Bank Negara Malaysia. Melalui pendekatan ini, penubuhan Rumah Sedekah sebagai sebuah institusi perbankan Shariah adalah tertakluk di bawah Akta Perkhdimatan Kewangan Islam 2013. Tadbir urusnya pula adalah menurut Kerangka Governans Shariah Bank Negara 2012. Pendekatan yang kedua lebih mirip kepada pengoperasian perbankan Islam yang lebih cekap dan telus.

Rujukan:

Al-Qur’an

Hadis

Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993

30

Page 9: conference.kuis.edu.myconference.kuis.edu.my/sadaqahouse2015/eproceeding... · Web viewKebaikan kaedah ini ialah ia memberi pelesenan serta governan yang jelas dalam tadbir urus operasi

1st Seminar on Sadaqa House 2015

Ahmad Hizzad Baharuddin. 2010. Seminar Sekilas Pandang Mengenai Pembangunan & Perkembangan Sistem Kewangan Islam. Kuala Lumpur :Bank Negara Malaysia.

Abdul Jalil & Muhamad Muda. 2008. Pengurusan Dana Sedekah Secara Sistematik:Analisis Peranan Institusi Kerajaan dan Swasta. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Muhsin Nor Paizin. t.th. Fadhilat Mengeluarkan Zakat dan Sedekah Menurut Perspektif al-Quran dan Hadith Rasulullah S.A.W. Kuala Lumpur :Wisma PPZ.

Abdul Halim Ismail, 2015, The Concept Of Sedaqah House: A Proposal For An Inclusive Islamic Banking And Finance System By Embracing The Social Wefare Sector, Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti.

Utusan Malaysia. Infak, Sedekah dan Zakat. 14 Oktober 2011

Mustafa Dakian. Sistem Kewangan Islam : Instrumen, Mekanisme dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, 2005.

Ibn Manzur. Muhammad ibn al-Mukram al-Ansari. 1966. Lisan al-‘arab. Mesir: al-Muassasah al- Misriyyah al-‘ammah li al-Ta’lif wa al-Anba’ wa-Nasyr. Al-Dar al-Misriyyah li al-Ta’lif wa al-Tarjamah.

Al-Qurtubi. 1967. al-Jami’li Ahkam al-Quran. Jordan:Dar Al-Kutub.

Al-Jumu’ah, Ali Ibn Muhammad. 2000. Mu’jam al-Mustalahat al-Iqtisadiyyah wa al-Islamiyyah. Riyadh: Maktabah al-‘Ubaykat.

Al-Misri, Rafiq Yunus. 2000. Usul al-Iqtisad al-Islami. Beirut: Dar al-Qalam.

Al-Ghazali, Muhammad. 2001. Ihya’ Ulum al-Din. Beirut: Dar al- Arqam.

31