sitimaheran.files.wordpress.com · web viewbagaimana boleh kita memahami istilah “viral” dalam...

23
BMCO 3105: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI (SEKSYEN 1) TAJUK: MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL DISEDIAKAN OLEH : NUR HAZWANI BINTI HASHIM (1616346) SITI MAHERAN BINTI ZAINAL (1617214) SITI NOR HAFIZAH BINTI RAMLI (1524586) NURUL SHAZANA BINTI RAMLI (1519050) DISEDIAKAN UNTUK : ASSOC. PROF. DR. ROSSENI DIN SEM 1 SESI 2018/2019 Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan

Upload: others

Post on 04-Feb-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

BMCO 3105: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

(SEKSYEN 1)

TAJUK: MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

DISEDIAKAN OLEH :

NUR HAZWANI BINTI HASHIM (1616346)

SITI MAHERAN BINTI ZAINAL (1617214)

SITI NOR HAFIZAH BINTI RAMLI (1524586)

NURUL SHAZANA BINTI RAMLI (1519050)

DISEDIAKAN UNTUK :

ASSOC. PROF. DR. ROSSENI DIN

SEM 1 SESI 2018/2019

Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

2018.

SENARAI KANDUNGAN

HALAMAN.

SENARAI KANDUNGAN………………………………………………..………...02

1.0. PENGENALAN……………………………………………………………...…..03

2.0. OBJEKTIF……………………………………………………….……….............03

3.0. KAJIAN LITERATUR…………………………………………..……..…..........04

4.0. METODOLOGI……………………………………………………………….....05

5.0. PANDUAN MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL…………………………......05-07

6.0. KONTROVERSI TENTANG MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL….............07-10

7.0. MEDIA SOSIAL DAN KHALAYAK TUMPUAN…………………………...10-12

8.0. KESIMPULAN…………………………………………………………….........12-13

RUJUKAN………………………………………………………………………….....14

LAMPIRAN……………………………………………………………...……………15

1.0. PENGENALAN

Perkembangan teknologi informasi membawa sebuah perubahan dalam masyarakat dan mendapat perhatian setiap peringkat umur masyarakat seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju. Lahirnya media sosial menjadikan pola perilaku masyarakat mengalami pergeseran baik budaya, etikan dan norma yang ada. Dinamika kehidupan masyarakat mengalami perkembangan yang sangat pesat. Akulturasi budaya dengan sentuhan teknologi informasi merupakan fenomena pendorong perubahan tersebut. Kebebasan personal dalam menyampaikan idea, kritikan, pendapat dan bahkan hujahan sering dijumpai setiap jam dan hari melalui berbagai saluran media yang digunakan. Media sosial telah mendapat perhatian setiap peringkat umur masyarakat seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju. Golongan remaja khususnya melihat media sosial sebagai satu trend terkini untuk mengisi aktiviti pada waktu lapang di samping bersosial di alam maya. Harian Metro turut melaporkan bahawa Malaysia muncul sebagai negara ketiga tertinggi untuk penggunaan internet, selepas Singapura dan Brunei daripada jumlah keseluruhan pengguna Internet di seluruh Asia Tenggara. Laporan ini jelas menunjukkan tahap penggunaan internet yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagaimana boleh kita memahami istilah “Viral” dalam media sosial sehingga munculnya fenomena penggunaan istilah baharu dalam masyarakat seperti “membawang’, “mak cik bawang”, “apa celup”, “awek cendol” dan sebagainya di hampir setiap pelosok negeri yang menggunakannya. Berbicara tentang fenomena “viral” semuanya tidak lepas daripada pengaruh media sosial.

2.0. OBJEKTIF

Bahagian ini memaparkan objektif dalam melaksanakan tugasan ini. Antara objektif bagi topik ini adalah seperti yang berikut:

2.1. Untuk memberi pendedahan tentang panduan media sosial dan personal

2.2. Untuk memberi pendedahan tentang kontroversi personal dan media sosial

2.3. Untuk memberi pendedahan tentang media sosial dan khalayak tumpuan

3.0. KAJIAN LITERATUR

Bahagian ini memaparkan kajian literature atau sorotan kajian berkaitan dengan topi yang telah ditugaskan, iaitu Media Sosial dan Personal.

Siti Ezaleila Mustafa dan Azizah Hamzah (2011) telah mengkaji Media Baharu yang Baharu: Trend Penggunaan Jaringan Sosial Dalam Kalangan Pengguna di Malaysia. Penelitian ini telah menggunakan kaedah lapangan iaitu dengan mengedarkan boring soal selidik kepada 369 respondent. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti trend penggunaan jaringan sosial dalam kalangan pengguna aktif di Malaysia. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat ramai pengguna aktif teknologi media sosial mempunyai lebih daripada sebuah akaun profil media sosial. Malahan, didapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia juga melakukan aktivit log masuk ke akaun media sosial beberapa kali dalam masa sehari dan mereka juga telah memperuntukkan sebanyak satu sehingga dua jam dalam melayari media sosial pada setiap kali mereka log masuk. Malahan, aktiviti ini juga didapati berlarutan sehingga ke 20 jam setiap minggu untuk membolehkan pengguna aktif media sosial berkomunikasi melalui media sosial. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja digunakan atas tujuan untuk berkomunikasi, bahkan ia juga digunakan untuk berkongsi maklumat, hiburan,dan sebagainya. Dapatan selanjutnya juga menunjukkan bahawa para responden bersetuju bahawa media adalah merupakan tapak atau medium aktivit berkomunikasi secara atas talian yang menggantikan medium perkomunikasian yang lain.

Kajian literature yang seterusnya ialah hasil kajian oleh Romlah Ramli yang mengkaji tentang Sejauhmana Kebebasan dalam Media Sosial: Peradaban Sosial dan Privasi dalam Sempadan Keagamaan. Kertas kerja ini adalah hasil dari sorotan kajian yang terdahulu dan perbincangan secara dasar perkaitan antara adab perhubungan sosial Islam dan kebebasan penggunaan media secara kolektif dengan peradaban sosial yang ketara dalam jaringan sosial kini iaitu adab pergaulan dan adab aurat. Dimensi ini boleh digunapakai secara terus untuk menafsirkan aktiviti sosial dalam jaringan sosial berkenaan dengan merujuk dua aspek utama ciri-ciri jaringan sosial iaitu berbentukvisual dan penulisan. Garis panduan ini telah dilihat secara aplikasi dengan aliran komunikasi masa kini hasil dari pembangunan teknologi media sosial. Perkaitan ini dibincangkan dengan melihat permasalahan adab bersosial dalam kalangan masyarakat kini menjadi runcing akibat persekitaran sosial yang terlalu terbuka dan diluar kawalan. Perkara ini dapat dikaitkan dengan penggunaan media sosial dan personal.

4.0. METODOLOGI

Bahagian ini memaparkan cara-cara yang digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat dalam melaksanakan tugasan ini.

Antara kaedah yang telah digunakan bagi melaksanakan tugasan ini ialah melalui kaedah mendapatkan maklumat. Antara kaedah untuk mendapatkan maklumat adalah seperti berikut:

4.1. Kaedah mendapatkan maklumat

Antara kaedah yang diterapkan bagi mendapatkan maklumat dalam melaksanakan tugasan ini adalah:

4.1.1. Rujukan internet

Kaedah rujukan internet merupakan kaedah primer dalam menjalankan tugasan ini. Kaedah rujukan internet telah digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan dalam bentuk digital dengan menggunakan penyediaan tapak maklumat yang bervariasi di laman-laman sesawang. Antara manfaat yang telah diperolehi dalam memanfaatkan pengaplikasian kaedah ini untuk mendapat maklumat berkaitan dengan topik yang ditugaskan ialah kemudahan untuk mengakses dan memperolehi maklumat dengan lebih terperinci. Malahan, ia juga memudahkan aktiviti mendapatkan definisi konsep dan latar belakang yang diperlukan secara lebih khusus dalam menjalankan tugasan berkaitan dengan topik yang telah dipertanggungjawabkan ini.

5.0. PANDUAN MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

Media sosial merupakan antara medan terbesar dalam penyebaran maklumat dan komunikasi dalam dunia dan era yang berkembang dengan penuh pesat ini. Kepesatan media sosial ini telah memberi peluang kepada sesama insan untuk menyebarluaskan informasi, maklumat dan berita-berita yang penting dalam kehidupan seharian kita. Penggunaan media sosial ini telah digunakan secara menyeluruh oleh setiap peringkat umur, jantina dan kerjaya tidak kiralah sama ada yang muda mahupun tua, yang dewasa mahupun remaja, yang perempuan mahupun lelaki, yang bekerjaya mahupun suri rumah di seluruh pelusuk dunia.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan, dalam kebebasan manusia sejagat menggunakan laman sosial pada hari ini, mereka tidak disekat dengan kebebasan bersuara dan hak sebagai pengguna. Hal ini telah menyebabkan timbulnya pelbaga isu dan gejala di alam maya yang telah menyerang umat sejagat seperti penyebaran fitnah, siber buli, laman sesawang digodam sesuka hati dan pelbagai lagi masalah kronik di atas talian yang telah menimpa pengguna. Hal ini mampu mengundang masalah-masalah besar lain lagi.

Oleh hal yang demikian, sebenarnya sebagai pengguna di atas talian, kita digalakkan untuk mematuhi peraturan dan mengikut panduan yang ada dalam menggunakan dan melayari laman sosial. Bukan sahaja ketika berada di jalan kita perlu mematuhi peraturan, namun ketika menggunakan laman sosial juga. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan isu salah laku dan penyebaran maklumat yang tidak beretika di laman sosial serta mampu mengawal daripada perkongsian dan penyebaran maklumat yang tidak betul.

Antara etika dan garis panduan yang boleh diamalkan adalah dilarang memuat naik atau berkongsi maklumat, pautan, video, gambar atau bahan-bahan yang beunsur negatif termasuk yang berunsur lucah, perkauman, ganas dan penghinaan. Hal ini merupakan salah satu daripada kesalahan yang perlu dielakkan daripada berlaku di media sosial kerana ia merupakan penyebaran maklumat yang mampu mengaibkan sesetengah pihak dan menimbulkan amarah serta pergaduhan terutamanya daripada netizen sendiri.

Seterusnya ialah pengguna perlu mengehadkan limitasi dalam penggunaan media sosial. Pengguna perlu sedar bahawa kehidupan zaman sekarang tidak seratus peratus bergantung kepada alam maya, malah mereka juga perlu bergaul dan bersemuka secara terus dengan alam sekeliling agar tidak dilihat seperti kera sumbang. Kajian mendapati secara purata remaja menggunakan laman sosial selama 11.6 jam sehari. Ini belum termasuk dengan penggunaan internet bagi tujuan lain seperti pencarian maklumat dan bermain permainan secara atas talian. Kajian menjadi semakin kritikal apabila ada segelintir daripada remaja mengakui bahawa mereka menggunakan internet selama 24 jam sehari. Hal ini akan mengakibatkan implikasi yang lebih kritikal dengan masalah-masalah yang bakal melanda terutamanya dalam masalah kesihatan.

Selain itu, para pengguna juga perlu sentiasa berhati-hati dalam menciplak mahupun meniru hak cipta orang lain di laman sosial. Ini merupakan jenayah di laman sosial yang sungguh berat kerana ia dikira mengambil karya dan hak orang lain atau dalam erti kata lain ialah mencuri. Jika disabit kesalahan boleh didakwa atas Akta Hak Cipta 1987 mengikut Seksyen 41(1)(g) kerana telah menciplak dan mencuri hak cipta orang lain. Hal ini perlu dielakkan kerana jenayah siber ini sangat menggerunkan.

Selain itu, jenayah siber buli juga perlu dielakkan dengan tidak menyebarkan aib dan berkongsi maklumat yang tidak benar di laman sosial. Penggunaan teknologi komunikasi kini telah banyak disalahgunakan oleh pembuli siber. Buli siber tidak melibatkan fizikal tetapi emosi. Melalui aplikasi ini, terdapat banyak golongan terutamanya remaja yang dibuli sama ada diejek, dipulaukan dan dibenci oleh orang lain. Pembuli di alam siber adalah lebih agresif kerana mereka tidak diketahui identitinya ataupun anonymous. Para pengguna perlu sedar bahawa perbuatan ini merupakan jenayah yang melibatkan emosi yang sangat berat terhadap diri sesetengah manusia yang menghadapinya dan boleh menyebabkan kecelaruan mental. Oleh hal yang demikian, awasi diri kita sebagai pengguna agar tidak terjebak dengan jenayah seperti ini.

Sebenarnya, terlalu banyak garis panduan yang boleh pengguna ikut dan jadikan sebagai panduan dalam menggunakan media sosial. Hal ini adalah untuk membendung masyarakat daripada menjadi golongan yang tidak berperikemanusiaan dan tiada etika dalam menggunakannya. Media sosial bukanlah hanya kita sahaja yang melayarinya, malah setiap manusia dari segenap aspek turut menggunakannya. Jadi, berhati-hatilah dalam menggunakannya.

6.0. KONTROVERSI TENTANG MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

Dalam era globalisasi kini, media baharu dilihat lebih dominan berbanding dengan media tradisional atau media lama seperti media cetak, media elektronik, media siaran, dan media interpersonal yang lain. Oleh sebab itu, bentuk masyarakat pada era ini juga turut menyaksikan perubahan. Yang jelas, masyarakat kini tidak lagi hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil atau berpuak, malah era masyarakat massa yang dikaitkan dengan pengaruh media massa semakin hilang dan mulai digantikan dengan struktur masyarakat jaringan yang menyaksikan komunikasi bersemuka semakin digantikan dan ditambah dengan komunikasi berperantaraan. Dalam masyarakat kini, media massa diiringi atau sebahagiannya digantikan dengan narrowcast interactive media yang mencapai khalayak terpilih sehingga lahirnya komuniti maya atau kumpulan maya melalui pelbagai bentuk komunikasi baharu terutamanya melalui komunikasi dalam talian atau berperantaraan komputer yang berasaskan internet. Umum mengetahui bahawa komunikasi terbentuk adalah hasil daripada pencantuman komunikasi massa dan interpersonal di samping pemisahan yang semakin tidak ketara antara penyedia kandungan dengan pengguna kandungan sehingga membentuk masyarakat jaringan yang bukan lagi bersifat kuantitatif semata-mata yang meluas merentasi dunia, tetapi juga bersifat kualitatif yang menyaksikan perubahan infrastruktur dan mempengaruhi masyarakat semasa dalam semua peringkat, iaitu hubungan individu, hubungan kumpulan atau organisasi, hubungan sosial dan hubungan global. Walaupun pada awalnya komunikasi berperantaraan seperti Computer-Mediated Communication (CMC) dikatakan menyediakan kehadiran sosial yang kurang berbanding saluran komunikasi lain dalam interaksi interpersonal kerana kekurangan isyarat verbal untuk mentafsir maksud sesuatu mesej dan bersifat tidak peribadi (Wood & Smith, 2005) yang menyebabkannya tidak digunakan untuk tujuan yang sama dengan komunikasi bersemuka. Bukan itu sahaja, komunikasi sebegini hanya sesuai bagi sesetengah bentuk interaksi, terutama yang melibatkan komunikasi berkaitan tugas seperti pertukaran maklumat dan pertanyaan (Lievrouw & Livingstone, 2002; Wood & Smith, 2005). Perkembangan yang berlaku dalam industri telekomunikasi menyebabkan peniruan mimik komunikasi bersemuka semakin menjadi. Misalnya, dengan menggunakan “avatar” seperti dalam laman maya “There”, “Kaneva”, dan “Second Life” yang menggunakan teknologi animasi tiga dimensi (3D), menjadikan komunikasi dalam talian sebagai salah satu medium yang menyediakan kehadiran sosial yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Oleh sebab itu, ia menjadi medium pilihan dalam pembentukan interaksi dan jaringan sosial. Kemunculan pelbagai teknologi dan aplikasi baharu berasaskan internet dan konvergens ini, termasuklah media sosial seperti jaringan sosial dan dunia maya, menyaksikan pilihan pengguna semakin pelbagai. Penerimaan atau penggunaannya bergantung pada situasi dan keperluan individu di samping beberapa faktor luaran atau penggalak seperti faktor sosial, ekonomi, politik, dan teknologi. Walaupun media ini boleh dikatakan sangat baharu dan ada yang hanya wujud beberapa tahun yang lepas, ia telah mendapat tempat utama dalam kehidupan manusia, khususnya dalam kalangan pengguna muda yang dilihat sebagai penerima awal yang lazimnya akan mempengaruhi rakan yang lain dan seterusnya kumpulan sosial lain bagi mencuba dan menerima sesebuah inovasi baharu.

Beralih kepada kontroversi media sosial pula, hal ini sangat berkait rapat dengan isu-isu yang sering kali berlaku di media-media sosial dewasa kini seperti pemalsuan maklumat, penyebaran fitnah dan gosip, pelayaran web negatif, aktiviti perjudian dan seumpamanya. Seperti yang kita ketahui, laman jaringan sosial dan masyarakat amat sukar dipisahkan pada alaf ini, manakala bilangan pengguna media sosial, terutamanya laman Facebook di Malaysia mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun. Menurut laman web statistik, di seluruh dunia dianggarkan terdapat 2.13 bilion pengguna aktif laman Facebook sehingga suku keempat 2017, iaitu peningkatan 14 peratus dari tahun ke tahun, manakala bilangan pengguna aktif Facebook mencecah 1.15 bilion pengguna. Saluran berita Cable News Network (CNN) pula melaporkan terdapat juga 83 juta profil Facebook palsu. Akaun Facebook palsu diwujudkan untuk pelbagai tujuan seperti iklan dan perniagaan (spambot, likebot), penghendap dan politik (troll). Walau bagaimanapun, laman Facebook hanya satu daripada pelbagai laman jaringan sosial yang paling aktif dan popular digunakan oleh rakyat Malaysia, tidak kira golongan remaja mahupun golongan yang sudah berusia. Selain itu, penduduk negara ini turut menggunakan rangkaian sosial lain seperti Instagram, Twitter, laman video seperti Bigo, di samping aplikasi mesej yang mempunyai fungsi komuniti seperti WhatsApp, WeChat, Telegram dan Line. Ledakan teknologi maklumat mempercambah serta memperluas sumber maklumat yang pelbagai. Maklumat tidak terhad daripada satu sumber sahaja, tetapi muncul daripada pelbagai sumber. Abad digital menyaksikan maklumat, berita dan satu-satu isu diketahui dengan pantas dan disebarkan menerusi dunia maya, sama ada di dalam atau di luar negara. Kesemua laman sosial tersebut, walaupun berbeza ciri, cara penggunaan dan penampilan tetap berkongsi prinsip sama iaitu perkongsian. Sebagai pengguna laman sosial, seseorang itu tidak boleh lari daripada berkongsi pelbagai maklumat termasuk yang tidak sepatutnya. Pengguna media sosial seperti laman Facebook berkongsi berita, maklumat, gambar dan pengalaman, manakala dengan berbuat demikian, pengguna tersebut turut membina perhubungan baharu di samping mengekalkan kenalan sedia ada. Namun, pakar-pakar beranggapan bahawa pengguna yang berkongsi terlalu banyak maklumat di media sosial seperti Facebook adalah insan-insan yang sering diperhatikan sekaligus ada yang diberi amaran supaya mereka berhati-hati tentang status yang dimuat naik di media sosial kerana ia mungkin boleh memakan diri melalui cara yang tidak terjangkau oleh akal fikiran mereka. Menurut seorang penulis mengenai laman Facebook, iaitu Scott Ayres, terdapat beberapa perkara yang tidak wajar langsung dimuat naik pengguna termasuk alamat dan gambar kediaman, tarikh dan lokasi percutian, maklumat tentang anak, perkara buruk tentang majikan dan pasangan hidup, pendirian atau komen mengenai politik serta kepercayaan agama. Seorang lagi pengkaji laman sosial, Emily Anthony berkata, antara tanda seseorang itu terlalu kerap memuat naik status di laman sosial adalah apabila dia berbuat demikian semata-mata untuk mendapatkan perhatian ataupun ‘like’ walaupun status itu tidak mendatangkan manfaat kepada dirinya dan kenalan di laman Facebook. Peraturan mudah yang perlu diingat sebelum berkongsi sesuatu dalam media sosial adalah tidak memuat naik perkara atau gambar yang anda tidak mahu semua orang melihatnya.

Satu laporan oleh badan bukan kerajaan, Freedom yang disiarkan dalam laman teknologi Recode pada November 2017, mendapati bahawa bukan sahaja Rusia yang menyebarkan maklumat tidak benar di Facebook, Google dan Twitter untuk mencetuskan ketidakstabilan politik dan menutup mulut pengkritiknya di seluruh dunia, malah laporan itu mendapati kerajaan di 30 buah negara termasuk Turki, Venezuela dan Filipina turut menerbitkan kandungan sendiri secara lambakan untuk memanipulasi landskap digital untuk manfaat mereka. Tambahan lagi, kerajaan Venezuela kerap menyiarkan rakaman yang dimanipulasi untuk menyebarkan berita palsu dan penipuan tentang pembangkang dalam media sosial. Tidak cukup dengan itu, kajian oleh Freedom mendapati usaha memanipulasi maklumat online termasuk dalam media sosial oleh kerajaan ataupun elemen lain dipercayai menjejaskan pilihan raya di 18 buah negara dengan mengurangkan keupayaan rakyat untuk memilih pemimpin berdasarkan berita fakta dan debat sebenar. Perkara itu turut berlaku di Amerika Syarikat di mana troll upahan Rusia mengapi-apikan konflik melibatkan isu kontroversi seperti undang-undang senjata api, dasar imigran dan hak gay. ‘Troll’ merujuk kepada mereka, sama ada diupah atau sebaliknya, yang cenderung mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran dan ejekan serta provokasi dalam media sosial dengan niat atau matlamat tertentu. Selain itu, isu terbaharu kini, laman Facebook dihimpit kontroversi kerana membenarkan firma Britain, Cambridge Analytica mengumpulkan data 50 juta penggunanya bagi kegunaan kempen pilihan raya Presiden Donald Trump pada tahun 2016. Contoh mudah tentang perkara ini adalah mengenai ciri ‘like’ pada laman Facebook. Sesebuah parti politik boleh mengetahui sokongan seseorang dengan melihat maklumat atau status di Facebook yang mendapat klik ‘like’ oleh penggunanya. Natijahnya, teknologi komunikasi digital seperti media sosial ini semakin berkembang pesat ke seluruh pelosok dunia. Kita boleh mendapatkan apa jua maklumat yang kita inginkan dengan hanya menekan butang sehingga pada suatu tahap kita boleh katakan setiap maklumat dan informasi berada di hujung jari. Oleh itu, pengguna di media sosial tidak kira laman Facebook, Instagram, WhatsApp dan sebagainya hendaklah berhati-hati dalam berkongsi pelbagai jenis maklumat dengan pengguna-pengguna lain, lebih-lebih lagi dalam menekan butang ‘like’ di akaun media sosial masing-masing kerana setiap butang ‘like’ itu dapat dihidu dan dikesan oleh individu yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita.

7.0. MEDIA SOSIAL DAN KHALAYAK TUMPUAN

Media sosial merupakan sejenis perisian komputer yang menjadi pemangkin berinteraksi sesama manusia dalam dunia siber. Media sosial juga adalah sejenis media yang digunakan secara atas talian (online) dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Menurut Andreas Kaplan dan Michael Haenlein, media sosial didefinisikan sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan membolehkan berlakunya proses pertukaran maklumat dan ilmu pengetahuan.

Sementara itu, jaringan sosial merupakan laman di mana setiap orang boleh membuat laman web secara peribadi, kemudian berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi. Antara jaringan media sosial lain yang terbesar ialah aplikasi Facebook, WhatsApp, Instagram dan Twitter. Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk berhibur dengan memberi sumbangan dan maklum balas secara terbuka, memberi komen, serta berkongsi maklumat dalam tempoh jangka masa yang pantas dan meliputi seluruh dunia tanpa sebarang batasan.

Ketika teknologi internet dan telefon bimbit semakin maju, media sosial turut membangun dengan pesat. Kini aktiviti pengaksesan facebook atau twitter dapat dilakukan dimana-mana sahaja tanpa sebarang batasan yang dapat menghubungkan ramai pihak dalam jangka masa yang singkat hanya dengan menggunakan kemudahan telefon pintar.

Menurut Khusnul Hanafi dan Mohd. Helmi Abd. Rahim didalam artikel kajiannya menyatakan bahawa media sosial merupakan salah satu media yang mempunyai peranan besar dalam kehidupan masyarakat kini. Malahan, media sosial telah menjadi sebuah medium yang semakin dicintai oleh masyarakat global dari masa ke semasa. Media sosial menjadi salah satu media yang mempunyai pelbagai keunggulan berbanding dengan media lainnya. Menurut Fan & Gordon (2014) pada zaman ledakan teknologi komunikasi dan maklumat ini, media sosial mempunyai kuasa yang sangat besar. Pelbagai impak daripada kehadiran media sosial ini mula memberikan suasana yang baharu. Media sosial menggantikan pelbagai peranan media lama yang popular pada zamannya. Pelbagai aktiviti sosial boleh diperolehi daripada media sosial ini.

Media sosial telah diubahsuai mengikut kesesuaian pelbagai keperluan dan dijadikan sebagai asas utama untuk melakukan pelbagai komunikasi dengan orang lain dan masyarakat secara meluas. Media sosial semakin diminati oleh pelbagai kumpulan lapisan umur, khasnya lapisan umur remaja mahupun golongan dewasa. Gaile (2013) dalam kajian nya juga menyatakan bahawa media sosial telah mampu menggantikan peranan media lokal dalam mendapatkan maklumat dan juga dalam berinteraksi dengan orang lain. Media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan media sosial yang paling digemari masyarakat di negara Latvia

Media sosial terbahagi kepada dua jenis. Antaranya adalah seperti jenis media sosial baharu dan jenis media sosial tradisional. Media sosial baharu merupakan media sosial yang hanya memerlukan penggunaan telefon pintar dan jaringan internet yang meluas. Antaranya contoh media sosial baharu adalah seperti Whatsapp, Facebook, Instagram, Line, dan WeChat. Seterusnya adalah media sosial tradisional. Media sosial tradisional merupakan media sosial yang melibatkan pengeluaran kos dan tenaga, melibatkan penyiaran dan penerbitan. Antara contoh jenis media sosial tradisional adalah seperti radio, televisyen, majalah, surat khabar, pager dan sebagainya.

Pada zaman arus globalisasi dan perkembangan teknologi yang semakin pesat ini, media sosial semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dunia. Jumlah pengguna media sosial dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, menurut sebuah artikel yang disiarkan oleh Astro Awani pada tarikh 30 Januari 2018 menyatakan bahawa jumlah pengguna internet di Malaysia menunjukkan peningkatan yang ketara dari masa ke masa iaitu sebanyak 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. Malahan, menurut Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan oleh Hootsuit dan We Are Social mendedahkan bahawa jumlah pengguna Internet meningkat sembilan peratus berbanding tahun-tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia sebagai negara ke-9 dunia paling aktif di laman sosial. Oleh itu jelaslah bahawa laman sosial sering mendapat perhatian dan kunjungan daripada masyarakat dunia tanpa sebarang batasan.

Antara jenis-jenis media sosial yang menjadi tumpuan khalayak untuk berkongsi maklumat, rakaman video, rakaman suara, gambar-gambar dan sebagainya adalah seperti Microblogging (Twitter, Instagram), Publishing (Slideshare, Words), Photo Sharing (Flickr, Picasa, Photobucket), Audio (I Tune, Smule), Video (Youtube, Viddler, Metacafe), Search (Bing, Google, Firefox), Conversation Apps (Skype, Yahoo, Gmail, Whatsapp) dan Social Networking (Facebook, Linked In).

8.0. KESIMPULAN

Kemunculan media sosial telah mempengaruhi pola kehidupan dalam masyarakat.  Mulai dari kebergantungan pengguna terhadap media sosial sehingga pengaruh kehidupan sosial dalam lingkungan masyarakat. Media sosial begitu popular kerana kemudahan-kemudahan yang ditawarkan tidak dapat diperoleh melalui media tradisional dan semua orang mampu memiliki media sendiri. Menurut Antony Mayfield dari iCrossing, media sosial adalah mengenai menjadi manusia biasa. Manusia biasa yang saling berkongsi idea dan bekerjasama untuk mencipta ciptaan, berfikir, berdebat, mencari seseorang yang boleh menjadi kawan baik, mencari pasangan, dan membina sebuah komuniti. Terasnya, pengunaan media sosial menjadikan pengguna sebagai diri sendiri. Selain kelajuan maklumat yang boleh diakses dalam beberapa saat, menjadikan diri sendiri dalam media sosial merupakan alasan mengapa media sosial berkembang pesat. Tidak terkecuali, keinginan untuk kepentingan diri dan keperluan menciptakan nama peribadi. Jika dalam kehidupan seharian pengguna boleh menyampaikan pendapat secara terbuka, maka mengapa tidak kita menggunakan media sosial. Kita boleh menulis apa saja yang kita mahu atau kita tidak mengulas apapun yang ditulis atau disediakan orang lain. Ini bererti komunikasi terjalin melalui dua arah. Komunikasi ini kemudian mencipta komuniti dengan cepat kerana adanya minat yang sama mengenai sesuatu perkara. Perlu diingatkan. media sosial sama ada membawa kepada kebaikan atau keburukan jawapannya terletak kepada pengguna media sosial itu sendiri. Kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya.

RUJUKAN

Jurnal/Artikel:-

Khusnul Hanafi & Mohd. Helmi Abd. Rahim, (2017). Penggunaan Media sosial dan

faktor-faktor yang mempengaruhi terbentuknya gerakan sosial oleh pemimpin pelajar universiti di bandar Pekan Baru, Riau, Indonesia

Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah, (2011). Media Baharu yang Baharu: Trend

Penggunaan Jaringan Sosial Dalam Kalangan Pengguna di Malaysia.

Romlah Ramli. Sejauhmana Kebebasan dalam Media Sosial: Peradaban Sosial dan

Privasi dalam Sempadan Keagamaan

Internet:-

http://www.astroawani.com/gaya-hidup/malaysia-negara-ke-9-paling-aktif-media-

sosial-ke-5-paling-ramai-guna-e-dagang-laporan-166998. Cfm 16/09/2018

https://afiqrosli92.weebly.com/artikel Cfm 16/09/2018

https://www.hmetro.com.my/node/103534 Cfm 16/09/2018

LAMPIRAN

15