web 2.0

5
Penggunaan media sosial dalam pembelajaran dan pengajaran adalah konsep yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pendidikan. Ia adalah satu perkembangan pendidikan hasil daripada proses ledakan teknologi maklumat yang merujuk kepada penggunaan teknologi ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi pelajar. Menerusi penggunaan teknologi Web 2.0, para pelajar tidak lagi mencapai web untuk mendapatkan maklumat semata-mata, sebaliknya mereka mencapai dan membina pengetahuan secara kolektif menerusi interaksi sosial (Maloney, 2007). Dengan adanya teknologi, ianya dapat meningkatkan lagi pembelajaran dan interaksi dalam kalangan pelajar dan guru. Menurut (Pempek et.al., 2010), teknologi Web 2.0 adalah sebahagian daripada alatan dimana guru dapat memanfaatkannya untuk merancang dan membantu pembelajaran pelajar. Memandangkan pengguna alatan rangkaian sosial terdiri daripada golongan muda, mereka pastinya telah mempunyai kepelbagaian pengalaman, kebiasaan, sikap dan pengharapan terhadap teknologi atas talian. Oleh itu, penggunaan media sosial oleh pelajar seperti Facebook, Twitter, Youtube dan sebagainya dapat meningkatkan potensi dalam pembelajaran dan pengajaran(P&P). Penggunaan media sosial yang dimanfaatkan oleh guru yang berkemahiran akan dapat meningkatkan tahap pembelajaran pelajar dan memudahkan pembangunan kemahiran pelajar seperti kolaborasi, pemikiran kreatif dan pembinaan pengetahuan. Ini bukan membawa maksud kemahiran penting tidak boleh diajar tanpa teknologi, namun kerjasama antara pelajar daripada pelbagai latar belakang akan menambahkan dan mendalamkan lagi pengalaman

Upload: gy-tan

Post on 13-Jul-2016

8 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

J

TRANSCRIPT

Penggunaan media sosial dalam pembelajaran dan pengajaran adalah konsep yang

menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pendidikan. Ia adalah

satu perkembangan pendidikan hasil daripada proses ledakan teknologi maklumat yang

merujuk kepada penggunaan teknologi ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan

prestasi pelajar. Menerusi penggunaan teknologi Web 2.0, para pelajar tidak lagi

mencapai web untuk mendapatkan maklumat semata-mata, sebaliknya mereka

mencapai dan membina pengetahuan secara kolektif menerusi interaksi sosial

(Maloney, 2007). Dengan adanya teknologi, ianya dapat meningkatkan lagi

pembelajaran dan interaksi dalam kalangan pelajar dan guru. Menurut (Pempek et.al.,

2010), teknologi Web 2.0 adalah sebahagian daripada alatan dimana guru dapat

memanfaatkannya untuk merancang dan membantu pembelajaran pelajar.

Memandangkan pengguna alatan rangkaian sosial terdiri daripada golongan muda,

mereka pastinya telah mempunyai kepelbagaian pengalaman, kebiasaan, sikap dan

pengharapan terhadap teknologi atas talian. Oleh itu, penggunaan media sosial oleh

pelajar seperti Facebook, Twitter, Youtube dan sebagainya dapat meningkatkan potensi

dalam pembelajaran dan pengajaran(P&P).

Penggunaan media sosial yang dimanfaatkan oleh guru yang berkemahiran

akan dapat meningkatkan tahap pembelajaran pelajar dan memudahkan pembangunan

kemahiran pelajar seperti kolaborasi, pemikiran kreatif dan pembinaan pengetahuan. Ini

bukan membawa maksud kemahiran penting tidak boleh diajar tanpa teknologi, namun

kerjasama antara pelajar daripada pelbagai latar belakang akan menambahkan dan

mendalamkan lagi pengalaman pelajar. (Asniza dan Zaidatun, 2011). Menurut

(Batchelder, 2010), pengalaman dan aktiviti-aktiviti rangkaian sosial turut memberi

pengetahuan baru kepada pelajar tentang sesuatu konsep berdasarkan aktiviti dan

keinginan mencari maklumat yang berterusan. Contohnya, guru boleh menggunakan

media sosial iaitu blog. Blog boleh digunakan untuk memberi ruang kepada pelajar

menulis pengalaman sebenar, guru dapat memberi maklum balas kepada pelajar

dengan cepat dan pelajar juga memberi maklum balas sesama mereka. Selain itu,

menggunakan komen dan maklum balas dalam blog dapat menggalakkan pelajar

membantu antara satu sama lain dalam penulisan mereka dan mendapatkan respon

yang berbeza antara pelajar terhadap topik yang dibincangkan. Guru boleh mengadakan

perbincangan dengan pelajar mengenai isu atau topik yang boleh melahirkan pelajar

berfikiran kritis dan kreatif. Blog juga membolehkan para guru dan pelajar menulis idea

mereka untuk dikongsikan dengan mudah. Rangkaian yang merangkumi guru, rakan

sebaya dan tambahan maklumat akan membuatkan sesuatu pembelajaran itu lebih

menarik.

Selain itu, media sosial ini dapat memberi peluang kepada guru untuk

menyebarkan bahan pengajaran dan dapat diakses oleh para pelajar pada bila-bila

masa. Berdasarkan kajian yang dianalisis oleh (Siti Salwa & Jamaluddin, 2013), majoriti

guru-guru muda sememangnya bersemangat dan sentiasa ke arah inovasi dengan

mengambil langkah positif iaitu menggunakan medium rangkaian sosial Google Plus

dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Seperti yang kita ketahui, Google

Plus dilihat sebagai medium baru dan ramai pengguna tidak mengetahuinya, namun

sesetengah guru sanggup meluangkan masa mempelajari dan meneroka rangkaian

sosial ini untuk membuat pembaharuan dalam pengajaran di sekolah yang bercorak

maya. Sesetengah guru yang terdiri dari kalangan pendidik yang inovatif, Google Plus

dilihat sebagai suatu medium yang mudah dipelajari kerana ia bersifat mesra pengguna.

Guru-guru berpendapat Google Plus menjadi bahan pengajaran yang sangat efektif

kepada pelajar. Bahan pengajaran yang guru muat naik di Google Plus mudah dikemas

kini dari masa ke semasa. Guru boleh menghantar apa-apa saja bahan berbentuk nota

pelajaran, kuiz mahupun latihan dengan mudah. Hasil kajian ini mendapati, kebanyakan

guru yang menggunakan aplikasi Google Plus ini pada bila-bila masa boleh menghantar

tugasan untuk dilengkapkan oleh pelajar. Jika guru tidak dapat masuk ke kelas, pelajar

hanya perlu mengakses laman sosial Google Plus untuk mendapatkan latihan atau

sebarang nota yang dihantar oleh guru. Hal ini memudahkan sama ada pihak guru

mahupun pelajar dalam memastikan P&P berjalan dengan lancar.

Di samping itu, media sosial juga dapat menjadikan pengajaran dan

pembelajaran pelajar lebih berkesan dan mampu menarik minat pelajar untuk

mempelajari sesuatu topik. Aplikasi YouTube merupakan salah satu rangkaian sosial

yang sangat popular dalam kalangan masyarakat sekarang. Kini, laman sosial YouTube

bukan lagi sekadar digunakan untuk berkongsikan video peribadi, pemasaran dan

sebagainya, malah YouTube juga telah digunakan sebagai salah satu medium

pembelajaran. Menurut (Mohamad Amin Embi, 2012), video boleh menjadi satu alat

pendidikan dan motivasi yang amat berpengaruh. Namun, kekuatan sesuatu pengajaran

bukan terletak pada video itu sendiri tetapi cara video itu digunakan oleh guru. Video itu

sendiri bukanlah satu bahan atau sasaran tetapi merupakan satu cara ke arah mencapai

objektif dan matlamat pembelajaran. Video pendidikan yang efektif bukanlah pengajaran

yang berbentuk televisyen kepada pelajar tetapi pengajaran guru kepada pelajar dengan

video sebagai satu alat untuk penzahiran (Duff, 2008). Berdasarkan pendapat

(Mohamad Johdi & Ariegusrin, 2009) dalam kajian mereka iaitu “Transformasi

Pengajaran Sejarah Berasaskan Multimedia”, berpendapat bahawa penggunaan video

dalam mata pelajaran Sejarah mampu membantu guru dalam meningkatkan mutu

pengajarannya di samping dapat menjadikan pengajaran lebih menarik. Oleh itu,

jelaslah bahawa video boleh menimbulkan minat dan seterusnya menggerakkan

keinginan pelajar untuk memahami sesuatu topik dengan lebih terperinci. Selain itu,

video juga dapat menghilangkan rasa bosan pelajar. Contohnya dalam subjek Sejarah,

dimana dahulunya hanya menggunakan buku teks. Pelajar akan berasa bosan

mempelajari fakta melalui pembacaan. Oleh itu, guru boleh mencari pelbagai video

dalam Youtube sebagai bahan pengajaran supaya pelajar tidak berasa bosan dengan

subjek tersebut.

Media sosial juga dapat meningkatkan interaksi yang baik di kalangan pelajar

dan guru. Pelajar tidak berasa malu kerana interaksi adalah secara maya tanpa

bersemuka dengan orang lain. Hal ini kerana semua pelajar di dalam kelas tidak

mempunyai sikap yang sama. Ada yang berasa malu apabila ditanya oleh guru dan

pasif dalam aktiviti kumpulan. Pelajar sebegini selalunya lebih menunjukkan penglibatan

mereka ketika berinteraksi secara maya, contohnya dalam penggunaan media sosial

Facebook. Lebih-lebih lagi pelajar zaman sekarang sudah mempunyai akaun Facebook

sendiri. Kelebihan aplikasi Facebook adalah dapat meningkatkan interaksi antara guru

dengan pelajar dan juga sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web.

(Mohamed Amin Embi, 2012). Ini menjadikan P&P yang dijalankan di kelas tidak tamat

begitu sahaja tetapi pelajar boleh berinteraksi dengan guru ketika di rumah.

Penggunaan Facebook menyebabkan komunikasi antara guru dan pelajar tidak lagi

dibatasi oleh waktu dan juga jarak geografi. Kaedah menggunakan laman sosial ini juga

dapat menarik minat dalam berkomunikasi kerana ia menjadikan pengguna lebih aktif

apabila dapat membina pengetahuan menerusi penggunaan internet. Hal ini bermaksud

pengguna menggunakan laman rangkaian sosial untuk meningkatkan lagi hubungan

dengan rakan dan dunia luar tanpa perlu risau akan sempadan geografi. (Faridanura,

2014). Oleh itu, ianya dapat mengekalkan hubungan baik antara guru dengan pelajar

dan memudahkan komunikasi ketika P&P berlangsung di dalam kelas.